ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketikamenuntut ilmu ikhla...
3. MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahimunkar dalam diri dan suasana sekeliling mengi...
keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang manakehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat A...
9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segalailmu yang dipelajari setakat mana yang termampu ole...
Upcoming SlideShare
Loading in …5
×

Adab menuntut ilmu

551 views
481 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
551
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
9
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Adab menuntut ilmu

  1. 1. ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU1. IKHLAS NIAT – Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketikamenuntut ilmu ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yangsementara kerana Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akanmenyediakan tempat di dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untukkesenangan dunia semata-mata tanpa memikirkan maslahat Islam dan ummatnya.Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar tetapi kita mesti terus berusahake arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang mementingkan materialmenyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk mendapatkantempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripadakejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam mela wan aruskesesatan dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah dirikita sebagaimana padi yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumikerana rendah diri. Jangan jadi sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongakke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa orang yang benar ikhlas dalammenuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji termasuk merendah diri.Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan ketahuilahbahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlahkepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.Ingatlah bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiaporang yang berilmu akan binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orangyang beramal akan binasa melainkan orang yang benar-benar ikhlas.2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalampembelajaran tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaanmalas dan mudah jemu dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membacanota atau buku-buku yang kecil dan ringan atau mendengar kaset ceramah agamayang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa Arab.Perkara ini mampu melembuthati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun tazkirah diri ditakuti Allahakan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5 surah as-Sofyang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya:"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawaaku ini adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endahsahaja lalu Allah memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjukkerpada kaum yang fasik. Ayat ini walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapiperingatannya terus kekal hingga sekarang untuk kita sama-sama ambil iktibar danpengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah mewujudkan suasana sekelilingterutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang dipenuhi dengancara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan perasaansemangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohiulama-ulama silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekunyang mana mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah danpenuh kesenangan yang menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untukbelajar.Disamping itu kita mestilah bertawakkal kepada Allah agar kejayaandiimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang dilakukan mestilah mencukupisyaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa dan menyerahnatijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.
  2. 2. 3. MENJAUHI MAKSIAT – Kita mestilah menghidupkan budaya amar ma’ruf dan nahimunkar dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada.Sesungguhnya ilmu itu adalah nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehijika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkindi dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan menutup segala jalan menuju kearahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat untuk bertapak dihati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja terhadapperkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yanglebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecilseperti maksiat mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) sertapergaulan antara lelaki dan perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkarayang biasa dan dirasakan ia bukannnya maksiat dan mereka hanya menganggaphanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul orang dan lain-lain lagi sahajasebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan menjadi dosa besar.4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita kearah kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu samalain di dalam rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab ataumelalui perbincangan yang tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernahberpesan kepada anaknya supaya sentiasa bersama orang alim dan soleh sertamenghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan keberkatan kita turut samamemperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang soleh akanmenasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapa ndan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagisemangat kita dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi merekayang tidak soleh sebaliknya kita diminta berdakwah kepada mereka setakatkemampuan yang ada dan jangan pula kita yang terpengaruh dengan cara hidupmereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67 yang bermaksud:Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepadasebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernahberpesan kepada kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan AbuDaud : Seseorang itu mengikut agama sahabat temannya. Maka hendaklahseseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan teman.5. BANYAKKAN ZIKRULLAH – Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secaraberjemaah dan mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas keranaulama’ sufi begitu menitik beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkanhati yang mati dan ia juga boleh mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diridengan amalan seharian. Tanpa wirid yang ma’thur selepas solat bolehmenyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh mendatangkanperasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul‘Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana iaakhirnya mampu membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al -Quransekurang-kurangnya sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat.Hidupkan amalan-amalan sunat dalam setiap gerak kerja kita seharian kerana hidupyang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah danmakhluk-Nya.6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan jugaorang lain. Tutup segala keaiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada
  3. 3. keredhaan Allah dan manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang manakehidupannya dicucuri dengan keredhaan dan rahmat Allah sahaja yang mampumerasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian. Manakala mereka yang jau hdaripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara yang kurang baik danderita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang dizalimiadalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al -Hujurat yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakanperasaan prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosadan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagiankamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah salah seorang daripada kamu sukamemakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka sudah tentu kamu merasa jijikkepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerimataubat lagi Maha Penyayang.7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaankedua ibubapa kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahisyariat Islam. Sentiasa berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentangkeadaan keduanya serta mendoakan kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kitajuga hendaklah sentiasa meminta agar mereka meredhai kita dan mendoakankejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung kepada keredhaanibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al -Isra yangbermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembahselain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengansebaik-baiknya. Jika salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telahlanjut usia mereka dalam jagaan kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdikkepada keduanya dengan perkataan "uf" dan janganlah kamu menghertak merekadan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimuterhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : " WahaiTuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikkusemasa kecil".8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segalaarahannya selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuhkepadanya walaupun fikrah atau pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengarbagaimana imam As-Syafie walaupun berijtihad bahawa qunut di dalam solat Subuhsunat abadh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya) tetapi dia tidakmelakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam Malikkerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama silambegitu menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagimengendahkan perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutamakeruntuhan akhlak di kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru disekolah, universiti atau di tempat pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggapbahawa dia pengajar dan secara langsung sebagai pendidik yang mesti dihormatiwalaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi bersama tentang duakeadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan danpenghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yangwujud antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalamkehidupan seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhandan mahabbah antara guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembalisuasana harmoni serta menghindari perkara negatif dalam kehidupan.
  4. 4. 9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segalailmu yang dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama silam sentiasamengingatkan kita bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunyaakan dihumban ke dalam api neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala.Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai benteng daripada terjerumus ke kancahmaksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam mematahkan seranganmusuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalammenyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan iasebagai barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Beraparamaikah yang telah dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata -matauntuk mengaut kemewahan dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yangmenyebabkan umat Islam terus mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajartentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka dilaknat oleh keduanya kerana tidakmerealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita mestilah beringat danberhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang sementaradan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dantazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalamkehidupan. Tanpa usaha yang bersungguh- sungguh, kita tidak mampumelaksanakannya.Samalah kita sama-sama menghayati firman Allah dalam ayat 2hingga 3 surah as-Sof yang bermaksud :Wahai orang-orang yang beriman! mengapakamu mengatakan apa yang kamu tidak kotakan? Amat besar kebencian Allah di sisiAllah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kotakan.

×