Pengenalan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Pengenalan

on

  • 411 views

 

Statistics

Views

Total Views
411
Views on SlideShare
411
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
2
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Pengenalan Pengenalan Document Transcript

  • 2 Pengenalan Apabila timbul persoalan mengenai Minangkabau pasti masyarakat awam akan mengaitkannya dengan masyarakat Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan diantara Negeri Sembilan dan Minangkabau.Minangkabau berasal daripada Sumatera Barat Indonesia.Orang Minangkabau tergolong dalam golongan yang suka bergerak atau lebih dikenali sebagai “merantau”.Orang Minangkabau yang datang ke Semenanjung sekitar abad ke-12 terdiri dari 2 golongan iaitu merekayang datang dengan tujuan mencari penempatan baru dan mereka yang datang untuk berniaga. Falsafah kebendaan Minangkabau telah mendorong anak-anak muda lelaki agar keluar mencari harta atau dalam bahasa mereka “emas dan pitih”. Konsep mereka ini telah dipantunkan sebagai; Apo gunonya kabau bertali, Usah dipauik di pamatang, Pauikkan sajo di tengah padang, Apo gunonya badan mencari, Iyo pamagang sawah jo lading, Nan membelo sanak kandueng. Mereka telah bermula sebagai pedagang dan petani di Pantai Timur Pulau Sumatera Barat.Kemudian mereka menjadi lebih aktif di Temasik.Oleh yang demikian, melalui masa perantan ini telah menjadikan mereka berpengetahuan dan belajar dalam bidang perniagaan sehingga ke peringkat antarabangsa.
  • 3 Dari kawasan Sang Hyang Hujung mereka telah mudik ke pedalaman ikut sungai Linggi, Sungai Rembau dan Sungai Penajis untuk ke kawasan Rembau dan melalui sungai Siput untuk ke kawasan Naning. Terdapat 2 corak penghijrahan orang Minangkabau iaitu: A. Penghijrahan awal bermula sejak abad ke-12 sehingga abad ke-14 yang datang dalam kelompok kecil.Faktor kedatangan mereka juga mengikut musim dan penempatan yang mereka bina adalah penempatan sementara. B. Mulai abad ke-15 dan seterusnya pola penghijrahan orang Minangkabau ke Rembau Negeri Sembilan telah berubah. Mereka datang bukan sahaja untuk berdagang dan membuat penempatan yang sementara bahkan untuk meneroka kawasan baru dan dijadikan perkampungan kekal.Walaubagaimanapun, kedatangan mereka masih lagi dalamkelompok yang kecil tetapi lebih kerap dari yang sebelumnya. Disamping itu, kedatangan kumpulan ini dipimpin oleh pembesar adat yangbergelar. Rombongan pertama kedatangan bangsa Minangkabau telah dipimpin oleh seorang Datuk yang bergelar Datuk Raja dan isterinya Tok Seri. Mereka dalam perjalanan ke Negeri Sembilan singgah di Siak kemudian meneruskan perjalanan menyeberang Melaka terus ke Johor. Dari Johor mereka terus ke Naning dan terus ke Rembau dan akhirnya menetap di tempat yang bernama Londar Naga.Sekarang dinamakan Kampung Galau. Rombongan kedua pula ini bergelar Datuk Raja juga yang berasal dari keluarga Datuk bandaro Penghulu Alam dari sungai Tarab.Rombonganini menetap disebuah tempat dan akhirnya terkenal dengan Kampung Sungai Layang.
  • 4 Rombongan ketiga pula datang dari Batu Snagkar, keluarga Datuk Makudum Sati di Sumanik.Mereka dua orang yang bersaudara iaitu Sultan Sumanik dan Joahan Kebesaran.Kemudian mereka singgah juga di Siak, Melaka dan Rembau.Akhirnya mereka membuat penempatan di Tanjung Alam dan kini berganti dengan Gunung Pasir. Rombongan yang keempat ini datang dari Sarilamak (Payakumbuh) yang diketuai oleh Datuk Putih.Datuk Putih merupakan seorang pawang atau bomoh yang terkenal dengan ahli ilmu kebatinan.Nama bagi Seri Menanti juga telah diberi oleh beliau.Kemudian rombongan-rombongan Minangkabau bukan terhenti setakat itu sahaja bahkan kemudiannya berturut-turut lagi rombongan datang yang dicatat oleh sejarah Negeri Sembilan.Rombongan yang mula mendiami Rembau datangnya dari Batu Hampar (Payakumbuh) bersama pengiringnya dari Batu Hampar dan Mungka.Nama beliau adalah Datuk Lela Balang. Kemudian menyusul adik Datuk Lela Lalang bernama Datuk Laut dari Kampung Tiga Nenek. Berdasarkan asal kedatangan mereka terdapatlah 12 suku di Negeri Sembilan iaitu: 1. Biduanda 2. Tanah Datar 3. Mungkal 4. Seri Lemak 5. Seri Melenggang 6. Tiga Batu 7. Tiga Nenek 8. Batu Belang 9. PayaKumbuh 10. Anak Acheh 11. Anak Melaka
  • 5 12. Batu Hampar Namun begitu, hanya 9 suku dari Negeri Sembilan dan 3 lagi adalah daripada Minangkabau. 3 suku tersebut ialah: 1. Biduanda Orang Jakun (Minangkabau Asli) campur Melayu 2. Anak Melaka Mengamalkan Adat Pepatih 3. Anak Acheh Datang ke Negeri Sembilan dan Mengamalkan Adat Pepatih Asal penubuhan Negeri Sembilan adalah oleh Dato' Pepatih Nan Sebatang.Beliau juga merupakan pengasas bagi adat pepatih yang sangat dikenali umum.Seperti yang di ketahui umum, adat pepatih lebih mementingkan kaum wanita daripada lelaki. Pada dasarnya, adat ini adalah adat yang terbaik yang terdapat di Negeri Melayu dari sistem masyarakat Minangkabau kerana ia sangat mencakupi segala aspek. Namun,di Negeri Sembilan bukan seluruh masyarakat Melayu mengamalkan Adat Pepatih. Masyarakatnyaboleh dikategorikan kepada 4 bahagian: 1. Adat Melayu yang diamalkan oleh masyarakat daerah Port Dickson melainkan Mukim Linggi. 2. Masyarakat Mukim Linggi mengamalkan Adat Linggi di bawah Y.M Dato‟ Muda Linggi. Nama sebenar Adat Linggi ialah:“muafakat bil kitab wassunati Qabulatan minal ustaz Ilamati” – Adat Muafakat dan Kebulatan.
  • 6 3. Adat Bangkahulu yang diamalkan oleh masyarakat Rawa Kampung Bangkahulu iaitu sekitar Gemas dan Londa. 4. Adat Pepatih yang diamalkan oleh masyarakat Kuala Pilah,Jempol, Jelebu, Tampin, Rembau dan Seremban. 5. Di luar Negeri Sembilan adat ini diamalkan oleh masyarakat Naning, Melaka.Masyarakat Melayu di Kg Lukut,Kota Tinggi Johor dan Kg Sasapan Batu, Rembau di Beranang Selangor juga mengamalkan variasi adat ini.(Norhalim Ibrahim,2007) 6. Adat Pepatih menjalurkan keturunan mengikut sistem „matrilineal‟(mengikut nasab ibu).Pusaka dan warisan diturunkan mengikut suku ibu. Keutamaan wanita di dalam adat pepatih sebenarnya lebih kepada mewarisi harta pusaka dan membawa darah keturunan.Berbeza dari kesultanan Melayu di Malaysia pada umumnya, harta dan darah keturunan di warisi oleh kaum lelaki.Menurut adat pepatih, wanita yang mengandungkan dan melahirkan anak maka wanitalah yang membawa darah keturunan kepada pewaris iaitu anaknya. Dari segi harta pula, hanya harta pusaka iaitu termasuk tanah dan rumah induk diwarisi oleh wanita bertujuan agar kaum wanita tidak terabai sekiranya dicerai suami.Namun demikian harta sepencarian adalah milik bersama lelaki dan wanita dan dibahagi mengikut hukum Islam. Hasil positif daripada pengamalan adat pepatih ini, harta pusaka tidak tergadai kerana tidak boleh dijual malah di dalam sesebuah kampung biasanya terdiri daripada saudara mara kerana tanah pusaka telah dibahagi dari awal keturunan kepada generasi sekarang. Dalam erti
  • 7 katalain, di dalam sebuah kawasan biasanya terdiri keluarga dari satu keturunan.Bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Selain itu, adat pepatih juga mempunyai pelbagai kategori. Kategori tersebut terbahagi kepada 4 kategori iaitu Adat Nan Sebenar Adat, Adat Nan Di Adatkan, Adat Yang Teradat dan Adat Istiadat. Adat Nan Sebenar Adat ialah adat berlaku sepanjang masa tanpa terikat dengan ruang, waktu dan tempat serta berkait rapat dengan perilaku manusia.Manakala Adat Nan Di Adatkan pula bermaksud warisan budaya daripada ketetapan yang dibuat oleh datuk nenek dahulu lagi. Adat ini teguh dipertahankan dan tidak pernah bergeser antara satu sama lain. Adat Yang Teradat ialah permuafakatan yang dibuat oleh Penghulu-Penghulu,Lembaga dan pemegang-pemegang adat. Disinilah terdapat variasi antara satu luak dengan luak-luak yang lain, pemakaian adat tersebut yang berlainan. Dasar pokoknya tetap tidak berubah.Adat Istiadat pula ialah Adat Istiadat kebiasaan atau resam satu-satu tempat.Contohnya adat istiadat beraja,lembaga, nikah kahwin dan lain-lain. Adat nan teradat dan adat istiadat boleh diubah atas kesepakatan pemegang-pemegang adat. Adat ini juga disebut adat nan bersimpul mati dan menjadi dasar adat itu sendiri. Sebarang perubahan akan merosakkannya.
  • 8 Objektif kajian 1. Mengkaji sejarah kedatangan kaum Minangkabau ke Negeri Sembilan. 2. Mengetahui suku kaum Minangkabau. 3. Mengenalpasti samada penduduk Negeri Sembilan itu merupakan kaum Minangkabau. 4. Mengenalpasti pembentukan adat pepatih di Negeri Sembilan. 5. Mengetahui perbezaaan antara adat pepatih dan adat alam Minangkabau.
  • 9 SOROTAN LITERATURE KEDATANGAN ORANG MINANGKABAU Mengikut Schnitger penghijrahan orang Minangkabau mungkin telah bermula sejak dari awal sejarah lagi. Berkemungkinan pada zaman atau sebelum pembinaan candi Muaro Takuih yang dibina di sekitar abad ke 11-12 Masihi. Tempat tersebut dinamakanMuaro Takuih mungkin sebagai lambang atau petanda ingatan bagi keadaan kehidupan rakyat Minangkabau iaitu sentiasa dalam ketakutan. Marsden berpendapat bahawa penghijrahan orang Minangkabau ke Semenanjung Tanah Melayu ini bermula dengan pembukaan Temasik (Singapura) dalam abad ke-12. Dengan berpandukan tradisi lisan setempat, Newbold telah menterjemahkan masa ketibaan orang Minangkabau itu pada abad ketujuh Hijrah.Tarikh ini telah diberikannya persamaan dengan abad Masihi sebagai abad ke-12 apabila rencana tersebut diterbitkannya dalam bentuk buku pada tahun 1839. Dalam abad ke-19 mengikut Favre seorang mubaligh Kristian, Rembau dan Naning telah diteroka oleh orang Minangkabau seratus tahun selepas Temasik dibuka oleh Tun Nila Utama dan beliau memberikan tahun 1160 Masihi sebagai tahun Temasik dibuka. Ini bermakna secara tidak langsung Favre berpendapat Rembau dan Naning telah dibuka pada tahun 1260 Masihi.
  • 10 Parr dan Mackray mengatakan bahawa Rembau telah dibuka oleh orang Minangkabau pada tahun 1388, bersamaan tahun 773 Hijrah.Abas Haji Ali berpendapat pada tahun 1338 bersamaan dengan tahun 773 Hijrah.1 SEJARAH ASAL USUL MINANGKABAU. Edwin M. Loeb mengatakan bahawa nama Minangkabau pertama kali muncul dalam catatan sejarah pada tahun 1365 selepas Masihi. Pelbagai kisah rakyat seperti mitos dan lagenda menyebutkan asal usul nama Minagkabau tersebut. Antaranya yang cukup terkenal ialah tentang kemenangan kerbau Minangkabau melawan kerbau orang Jawa, sehingga nama tempat itu menjadi manang „menang‟ kabau„kerbau‟, Minangkabau. Sebutan “Minangkabau” adalah sebutan secara budaya. Mengikut Mansoer MD istilah Minangkabau mempunyai pengertian kebudayaan di samping makna geografis. Sementara itu, Minangkabau bermakna secara kebudayaan yang berkaitan dengan adat resam, cara hidup, nilai social mahupun susunan kekeluargaan yang memenuhi sebahagian makna kata Sumatera Barat. BAHASA MINANGKABAU. Bagi orang Minangkabau mereka menyebut bahasanya sebagai bahasa Minang.Secara umum, bahasa Minangkabau tidak mengenal adanya perbezaan ragam sosial, sebaliknya mengenal adanya ragam geografi. Menurut Nio perbezaan dialek geografi ini hanya berbeza secara fonologi dan morfologi, tetapi bukan dalam sintaksis. Oleh itu, masyarakat Minangkabau yang mempunyai dialek berbeza tetap akan saling mengerti antara satu sama lain apabila mereka bertutur. 1 Norhalim Hj. Ibrahim, 1995, Negeri yang Sembilan, Selangor: Penerbit Fajar Bakti.
  • 11 Menurut Umar Yunus secara garis besarnya daerah pemakaian bahasa Minangkabau dibezakan dalam dua daerah besar iaitu daerah /a/ dan daerah /o/ berdasarkan keadaan yang ada pada contah berikut: Bahasa Melayu Dialek /a/ Dialek /o/ Penat panek Ponek Apa A Apo Mana Ma Mano Lepas Lapeh Lopeh Khaidir Anwar menambahkan bahawa sebetulnya bahasa Minangkabau tersebut mempunyai ragam juga yang berdasarkan pemakaian dan situasinya iaitu ragam sehari- hari yang digunakan untuk pertuturan sesama orang Minangkabau sehari- hari, ragam adat pula ialah ragam bahasa datuk-datuk yang digunakan dalam acara adat.Kemudian ragam bahasa parewa iaitu bahasa yang digunakan oleh pemuda-pemuda yang belum mempunyai pekerjaan tetap. Menurut Harimurti Kridalaksana mengatakan bahawa bahasa Minangkabau termasuk dalam rumpun bahasa Melayu-Polinesia.Dinyatakan juga bahawa bahasa Minangkabau adalah bahasa yang merupakan bahagian daripada rumpun Sumatera di samping bahasa Aceh, Gayo, Lampung, dialek-dialek Melayu dan sebagainya.
  • 12 Sementara itu, Dyen, Blust dan Adelaar bersetuju bahawa bahasa Melayu, Minangkabau, Kerinci dan Seraway adalah satu kelompok bahasa yang berasal dari satu induk bahasa iaitu Proto- Melayu.2 2 Media Sandra Kasih, 2004, Kata Sapaan Bahasa Minangkabau: Cerminan Adat dan Sistem Sosial, Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia, hlm 13 .
  • 13 KAEDAH KAJIAN Sepanjang tempoh penyelidikan yang kami dilakukan dalam menjalankan kerja kursus Hubungan Etnik,terdapat dua kaedah yang telah digunakan bagi memperolehi maklumat yang diperlukan.Kaedah-kaedah tersebut adalah mengkaji maklumat melaluikajian lapangan dan kajian perpustakaan.Melalui kajian lapangan, kami memilih kaedah temubual bagi mendapatkan maklumat yang asli mengenai kaum Minangkabau. Temubual selama satu jam setengah bersama Ahmad Afian Bin. Abd Kadir yang memegang jawatan sebagai pembantu Muzium, unit adat pepatih, Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Beliau sendiri yang berketurunan biduanda iaitu campuran orang asli Minangkabau dan melayu menyebabkan kami memilihnya untuk dijadikan sumber rujukan alternatif dan mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan jelas dalam kajian ini. Hasil temubual dengan beliau ternyata membantu kami memahami topik yang dikaji dengan lebih baik dan mencapai objektif kajian.Beliau juga mencadangkan beberapa buah buku yang boleh membantu kami dalam kajian. Sumber seterusnya bagi kajian ini adalah buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan tajuk kajian di samping rujukan-rujukan daripada laman web tertentu.Hasil pencarian daripada dua sumber ini membantu ahli kumpulan kami untuk mendapatkan maklumat selaras dengan objektif tajuk kajian ini.
  • 14 HASIL KAJIAN TEMU BUAL Temu bual bersama Ahmad Afian Bin.Abd Kadir yang memegang jawatan sebagai pembantu Muzium, unit adat pepatih, Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Pada 23 mac 2012 tepat jam 9.30 pagi,4 orang wakil dari ahli kumpulan kami telah mengadakan satu sesi temu bual bersama Ahmad Afian Bin. Abd Kadir bagi mendapatkan maklumat mengenai tajuk kajian kami. Sebelum memulakan sesi temubual, kami telah diajukan dua soalan oleh Encik Ahmad Afian.Tujuan soalan diajukan ialah untuk menguji pengetahuan kami terhadap Minangkabau.Persoalan pertama yang diajukan ialah mengenai keaslian masyarakat Minangkabau yang berasal dari Negeri Sembilan atau mereka adalah sebagai “pendatang”.Soalan ini telah kami jawab dengan yakin iaitu “tidak”.Soalan kedua ialah “adakah adat pepatih berasal dari Minangkabau”.Kami kurang pasti tentang adat pepatih tersebut dan telah diterangkan oleh beliau dengan lebih lanjut. Antara persoalan yang telah diajukan kepada beliau ialah asal usul Minangkabau dan kehidupan masyarakat Minangkabau.Menurut beliau, Minangkabau berasal daripada Sumatera Barat Indonesia.Kedatangan orang Minangkabau ialah pada abad ke-16 di Negeri Sembilan secara berkelompok-kelompok.Sebelum mereka sampai di Negeri Sembilan, mereka telah singgah di beberapa tempat.Apabila tiba di Siak masyarakat Minangkabau yang ketika itu mengamalkan adat alam minangkabau telah bergabung dengan adat Siak.Kemudian apabila tiba di Negeri Sembilan mereka sekali lagi bergabung adat dengan masyarakat orang asli iaitu yang dikenali adat benar.Maka terjadilah adat pepatih seperti yang diamalkan sekarang.
  • 15 Orang Minangkabau tergolong dalam golongan yang suka bergerak atau lebih dikenali sebagai “merantau”.Menurut beliau, orang Minangkabau ini telah diasuh dalam diri mereka bahawa harus hidup merantau untuk mencari harta kekayaan dan bawa balik ke kampung. Konsep mereka ini telah dipantunkan yang berbunyi : Kerantau madan berhulu, Berbuah berbunga bolun, Merantau bujang dahulu, Dikampung berguna bolun. Maksud pantun ini ialah pada usia bujang mereka disuruh untuk mencari harta atau pada zaman mereka dikenali sebagai “pitih atau emas”. Kemudian harta tersebut dibawa balik ke kampung untuk membina rumah, membeli kereta dan sebagainya.Disamping itu beliau juga memberikan maklumat tambahan bahawa di Indonesia kini, orang Minangkabau digelar sebagai “Chinese Indonesia”. Ini bermakna mereka merupakan orang terkaya di Indonesia, Sumatera Barat. Soalan seterusnya ialah persoalan tentang bilangan suku kaum asal Minangkabau. Beliau menyatakan bahawa terdapat 12 suku kaum Minangkabau.3 daripada suku kaum tersebut adalah bukan asal daripada Minangkabau.3 suku tersebut ialah biduanda, anak Melaka dan anak Acheh.
  • 16 Suku biduanda ini ialah campuran masyarakat asli Negeri Sembilan (jakun) dengan melayu.Selain itu, menurut beliau juga ada yang mengatakan bahawa campuran antara masyarakat asli Negeri Sembilan yang menerima kemasukan dan mengamalkan Islam.Mereka dikenali sebagai Biduanda. Manakala suku anak Melaka pula ialah penduduk Melaka yang berhampiran dengan Negeri Sembilan.Mereka mengamalkan adat pepatih.Suku anak acheh pula ialah daripada penduduk acheh yang datang ke Negeri Sembilan dan mengamalkan adat pepatih. Nama- nama selain daripada biduanda, anak Melaka dan anak acheh adalah diambil sempena nama kampung di Indonesia. Berbeza pula dengan suku Seri Lemak iaitu gabungan antara Pahang dan Minangkabau.Suku ini sebahagian terdapat di Indonesia dan sebahagian menetap di Pahang.Beliau menerangkan bahawa ulu Pahang sebelum ini di bawah pemerintahan Negeri Sembilan.Tetapi bukanlah bermakna penduduk Pahang itu dari suku seri lemak, bahkan masyarakat Minangkabau yang menetap di Pahang. Disamping itu, beliau juga menerangkan sedikit maklumat mengenai suku kaum Minangkabau di Sumatera Barat.Antaranya seperti kodi, poto, chaniago dan pilek. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa suku kaum di Sumatera Barat penamaanya tidak sama seperti penamaan suku yang terdapat di Negeri Sembilan. Persoalan seterusnya ialah seni bina Minangkabau.Menurutnya, antara keunikan seni bina Minangkabau ini terletak pada atap rumah tersebut.Atapnya berbentuk bergonjor dihujungnya seperti tanduk kerbau.Berbeza dengan atap Negeri Sembilan yang melentik dihujungnya.
  • 17 Beliau juga turut menceritakan mengenai adat pepatih dengan lebih jelas.Adat pepatih ini lahir daripada campuran adat-adat yang menjadi persinggahan kaum Minangkabau yang merantau sebelum tiba di Negeri Sembilan.Terutamanya ketika di Siak dan apabila tiba di Negeri Sembilan, mereka bergabung adat dengan orang asli. Adat pepatih telah diasaskan oleh Datuk Pepatih Nan Sebatang.. Penamaan adat pepatih ini hanya terdapat di Negeri Sembilan, tetapi di Sumatera nama adat mereka ialah adat alam minangkabau. Asas adat pepatih ini ialah “adat bersendikan syara’, syara’ bersendikan kitabullah”.menurut keterangan beliau, apa sahaja yang bertentangan dengan hukum syara‟ dan kitabullah (al-quran) akan terbatal hukum adat itu. Sepertimana yang diketahui bahawa adat pepatih mengamalkan system matrilineal (mengikut nasab sebelah ibu).Pusaka dan warisan sebelah ibu. Contohnya jika dalam sesebuah keluarga itu terdapat 5 orang adik-beradik dan seorang perempuan.Ibunya mempunyai tanah sebanyak 3 ekar. Dalam Negeri Sembilan tanah itu berstatus “tanah adat”. Apabila ibunya meninggal dunia, maka tanah adat tersebut akan kembali pada perempuan agar wanita tidak terabai dan juga jika sudah berkahwin kemudian bercerai. Tanah tersebut tetap milik wanita tersebut, kecuali jika ada harta pencarian maka akan dibahagi dua dan lelaki tersebut akan mengambil hartanya semula sebelum berkahwin. Beliau juga ada menceritakan bahawa terdapat juga beberapa kelompok yang masih asli Minangkabau seperti di Seremban (peniaga-peniaga khususnya di Ampangan) dan Mantin.Kelompok ini datang pada abad ke-19. Contohnya dari segi dialek asli seperti kampiang (kambing), wa ang (kamu) dan dima (dimana). Antara tokoh yang terkenal masih mengamalkan dialek minangkabau ialah YB Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan Kebudyaan dan Komunikasi)
  • 18 Akhir kata dari beliau ialah orang Minangkabau mempunyai semangat jati diri yang kuat dalam sesuatu perkara seperti perniagaan,perdagangan dan sebagainya.Minangkabau adalah satu komuniti yang mempunyai keunikan tersendiri.
  • 19 Cadangan Kaum Minangkabau merupakan kaum minoriti.Namun begitu, orang awam sering beranggapan bahawa orang Minangkabau ini berasal daripada Negeri Sembilan.Tetapi setelah dikaji ternyata orang Minangkabau itu berasal dari Sumatera Barat yang datang ke Negeri Sembilan pada mulanya sebagai perantau kemudian membuat penempatan kekal. Oleh hal demikian, seharusnya pihak yang bertanggungjawab digalakkan untuk menerangkan kepada masyarakat mengenai asal-usul kedatangan kaum Minangkabau agar tidak lagi disalah ertikan. Disamping itu, menggunakan khidmat media massa untuk mewujudkan sebuah rancangan yang khusus tentang keunikan kaum ini samada dalam bentuk cerita ataupun dokumentari. Selain itu, kami juga mencadangkan agar memperbanyakkan penerbitan buku atau majalah yang terkini dan menjelaskan asal usul Minangkabau dalam bentuk ayat yang mudah difahami. Daripada kajian ini, kami mendapati banyak maklumat bahan bacaan daripada karya-karya Indonesia dan sangat kurang maklumat mengenai kehidupan kaum Minangkabau di Negeri Sembilan khususnya. Sehubungan itu, pihak muzium negeri seharusnya melaksanakan aktiviti-aktivti yang dapat mendedahkan kepada masyarakat tentang kaum ini. Dengan terlaksananya aktiviti tersebut ia akan membuka minda masyarakat mengenai salasilah kewujudan Minangkabau di Negeri Sembilan.
  • 20 Rumusan Secara keseluruhannya objektif daripada kajian telah berjaya dicapai melalui instrument pemerhatian, bacaan dan temubual. Hasil daripada temubual bersama Encik Ahmad Afian bin Abd Kadir ternyata telah banyak membantu kami dalam mencapai objektif kajian ini. Berdasarkan kajian yang telah kami jalankan, kami dapat mengetahui secara jelas mengenai asal usul kaum Minangkabau.Kaum Minangkabau ini bukanlah penduduk asal Negeri Sembilan seperti yang kami jangkakan.Mereka berasal daripada Sumatera Barat, Indonesia.Mereka adalah perantau, kemudian membina penempatan kekal di Negeri Sembilan. Selain itu juga kami dapat mengenali suku-suku kaum Minangkabau di Negeri Sembilan. Penamaan suku-suku kaum Minangkabau tidak sama seperti penamaan suku kaum di Indonesia. Penamaan suku-suku ini diambil daripada nama kampung-kampung yang mereka duduki. Melalui kajian ini kami dapat mengenalpasti bahawa adat pepatih itu berasal daripada Minangkabau yang diamalkan oleh penduduk Negeri Sembilan. Namun begitu pengamalnya hanyalah dibeberapa tempat atau daerah contohnya Kuala Pilah, Jelebu dan Tampin. Masyarakat adat pepatih mengamalkan nasab sebelah ibu atau matrilineal yang diasaskan oleh Datuk Pepatih Nan Sebatang. Sebagai rumusan, daripada kajian ini kami dapati bahawa Minangkabau berasal daripada Sumatera barat Indonesia dan tidak semestinya orang Negeri Sembilan merupakan Minangkabau. Adat pepatih juga berasal dari Minangkabau yang telah bercampur adatnya semasa persinggahan mereka sebelum tiba di Negeri Sembilan juga daripada orang asli Negeri Sembilan.
  • 21 Rujukan 1. „Dewis‟ Is Sikumbang November 5, 2008. Retrieved April 12, 2009 Sejarah Adat Alam Minangkabau. http://palantaminang.wordpress.com/pedoman-adat-minangkabau/pedoman-adat/ 2. Prof. Dr. Hamka. (2006). Islam dan Adat Minangkabau. Edisi Terkini. Shah Alam, Selangor Darul Ehsan: Pustaka Dini Sdn. Bhd 3. Amir M.S. (2007). Masyarakat Adat Alam Minangkabau Terancam-Punah. Jakarta: PT Mutiara Sumber Widya. 4. Tan Sri A. Samad Said Idris Norhakin Haji Ibrahim. (1994). Adat Merentas Zaman, Negeri Sembilan: Gemuk Dipupuk, Segar Bersiram Jawatankuasa Penyelidikan Budaya Negeri: Negeri Sembilan 5. Media Sandra Kasih.(2004). Kata Sapaan Bahasa Minangkabau: Cerminan Adat dan Sistem Sosial. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 6. Norhalim Hj. Ibrahim. (1995). Negeri yang Sembilan: Daerah kecil pesaka adat warisan kerajaan berdaulat. Selangor: Penerbit Fajar Bakti. 7. Amir M.S. (1999). Adat Minangkabau: Pola dan Tujuan Hidup Orang Minang. Jakarta: Mutiara Sumber Widya. 8. H. Datoek Tofah. (1930). Tambo Alam Minangkabau. Indonesia: Pustaka Indonesia, Bukit Tinggi.
  • 22 Lampiran Sesi temubual bersama Ahmad Afian Bin.Abd Kadir yang memegang jawatan sebagai pembantu Muzium, unit adat pepatih, Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Bahan Rujukan di Muzium Negeri Sembilan.
  • 23 Bersama Pembantu Muzium Negeri Sembilan.
  • 24 Atap Minangkabau yang berbentuk bergonjor.
  • 25 Atap Negeri Sembilan yang hanya melentik dihujungnya.