7 sukri berawi_dan_victor_jibson

1,120 views
1,059 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,120
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
26
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

7 sukri berawi_dan_victor_jibson

  1. 1. INSTITUT PERGURUAN RAJANG BINTANGOR, SARAWAK SEMINAR PENYELIDIKAN PENDIDIKAN 2006 TEMA PENYELIDIKAN PENDIDIKAN KE ARAH PEMANTAPAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TAJUK KAJIANPENGGUNAAN KAEDAH BAHAN MAUJUD DAN KAEDAH BIASA (CONVENTIONAL) DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENAMBAH PELAJAR-PELAJAR TAHAP I. OLEH: SUKRI BERAWI SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA SEMAWANG SARIKEI DAN VICTOR JIBSON SEKOLAH KEBANGSAAN LUBOK ASSAM PAKAN, SARIKEI 09 – 11 OKTOBER 2006 1
  2. 2. Penggunaan Kaedah Bahan Maujud dan Kaedah Biasa (Conventional) Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menambah Pelajar-pelajar Tahap I. Oleh: Sukri Berawi (SK Nanga Semawang) Victor Jibson (SK Lubok Assam) ABSTRAKPenyelidikan ini mengkaji tentang Penggunaan Bahan Maujud dan Kaedah Biasa(conventional) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Menambah Pelajar-pelajar Tahap I. Di dalam kajian ini, keberkesanan penggunaan bahan maujud sebagaialat bantu mengajar dibanding dengan kaedah konvesional (iaitu menggunakan papanhitam dan kapur). Dua kumpulan respondan yang terdiri daripada pelajar-pelajarTahun Dua dan Tahun Tiga dipilih dengan sebab mereka telah mempunyai pengalamansedia ada tentang kemahiran menambah. Pelajar Tahun Satu tidak diambilmemandangkan mereka belum diajar lagi kemahiran ini. Kesemua respondan diberi satuminggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Selepas sesi pengajaran dan pembelajarantersebut, ujian pra ditadbirkan dan pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulanmasing-masing berdasarkan markah daripada ujian pra yang mana setiap kumpulanterdiri daripada pelajar-pelajar pada aras kebolehan cerdas, sederhana dan lemah. Sesiamali menggunakan bahan maujud untuk Kumpulan Bahan Maujud dan kaedah biasauntuk Kumpulan Conventional menyusuli. Selepas satu minggu “hands-on”, ujian pascadiberi. Markah ujian pra dan pasca kedua-dua kumpulan dianalisa dengan instrumenstatistik “Levene’s Test for Equality of Variances” dan “t-Test for Equality of Means”.Analisis data kajian ini menunjukkan bahawa tidak ada perbezaan yang signifikan darisegi pencapaian respondans tentang kefahaman kemahiran menambah yang diuji. Inibermaksud bahawa pengajaran dan pembelajaran kemahiran menambah denganmenggunakan bahan maujud adalah sama berkesan dengan kaedah konvesional. Tahapkebolehan murid dalam setiap kumpulan mempunyai perbezaan signifikan. Inimenunjukkan sama ada pembelajaran dalam kaedah konvensional ataupunmenggunakan kaedah bahan maujud murid pada aras kebolehan masing-masing masihmenunjukkan prestasi yang sama. Jadi kita boleh cadangkan bahawa penggunaan bahanmaujud merupakan satu pilihan alternatif dan inovatif di dalam pengajaran danpembelajaran kemahiran menambah pelajar tahap I. Pelajar tahap 1 boleh berinteraksidan berasa lebih seronok dengan bahan maujud yang digunakan. 2
  3. 3. PENGHARGAANKami amat bersyukur kajian ini diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.Penghargaan khusus dan jutaan terima kasih ditujukan kepada Dr. Lau Heng Soon di atassegala tunjuk ajar, teguran dan bimbingan yang telah diberikan.Penghargaan juga dirakamkan kepada En. Mat Kamal bin Abd Majid , En. Lu ChengSoon dan En. Mohd Zaki yang mencurahkan tunjuk ajar dan bimbingan yang membina.Ditujukan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah terutamanya Guru Besar duasekolah yang terlibat dalam kajian ini secara lansung iaitu Sk Lubok Assam dan SkNangga Semayang yang memberikan peluang menyertai kursus ini dan memantapkanlagi pemahaman mengenai penyelidikan kajian tindakan.Tidak ketinggalan juga diucapkan jutaan terima kasih kepada semua kakitangan PejabatPendidikan Bahagian Sarikei yang memberikan peluang kepada kami untuk menyertaikursus ini dan memberikan sokongan padu terhadap kursus ini.Victor JibsonSK Lubok AssamSukri BerawiSK Nangga Semawang 3
  4. 4. PengenalanPada masa kini, kerajaan menganggap pendidikan penting untuk menghadapi eraglobalisasi dan juga mencapai wawasan 2020. Banyak pelaburan telah dikeluarkan untukmeningkatkan pendidikan di negara kita. Matematik merupakan salah satu matapelajaranteras yang penting dalam sains dan teknologi. Memahami dan menggunakan matematikkian penting kepada kebolehan individu untuk berfungsi di dalam masyarakat dan berjayadalam alam pekerjaan. Tetapi matematik sering di anggap salah satu matapelajaran yangsukar bagi murid-murid. Matematik bukanlah sama dengan matapelajaran yang lainkerana ia berkaitan dengan simbol-simbol dan rumus-rumus yang perlu di fahamisebelum dapat di gunakan oleh murid.Sejak dahulu lagi, kebanyakan para pendidik bersetuju bahawa penggunaan alat bantumengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik banyak membantu untukmeningkatkan dan mempercepatkan lagi proses pemahaman dan penguasaan murid-murid terhadap kemahiran yang bakal diajar (Noraziah Abd. Hamid,1981). Guru haruslahmemilih alat bantu mengajar dari pelbagai sumber dan mengintegrasikannya mengikutkeperluan dan kebolehan murid-murid. Mat Nor Hussein & Abd. Rahman Rashid,1989turut menyatakan bahawa penggunaan alat bantu mengajar semasa sesi pengajaran danpembelajaran mempunyai prinsip-prinsipnya yang tersendiri bagi meningkatkan dayakomunikatif sesuatu alat bantu mengajar tersebut. Hanya alat bantu mengajar yangmempunyai daya komunikatif yang tinggi mampu membantu murid-murid memperolehipengalaman belajar yang berfaedah bagi memperkembangkan sikap ilmiah, sosial,kemantapan emosi dan daya penghargaan mereka. Penggunaan alat bantu mengajar yangsesuai juga turut membantu murid-murid untuk menguasai kemahiran asas yang adadalam sesuatu matapelajaran. Dalam matapelajaran metematik, kemahiran asas yangditekankan ialah menambah, menolak, mendarab dan membahagi.Walaubagaimanapun, murid sering didapati menghadapi masalah dalam membinakefahaman untuk simbol matematik yang sering di gunakan. Menurut Hiebert &Carpenter, 1992 ;Elif Yetkin 2003, murid sering membina kefahaman dengan mengaitkansimbol dengan persembahan yang lain contohnya bahan konkrit , gambar ataupun bahasaibunda. Sebagai contohnya ‘+’ hanya akan mempunyai maksud jikalau kita membuat satucerita mengenainya untuk memberikan maksud kepada simbol tersebut. Kebanyakanmurid mendapati pembelajaran matematik susah disebabkan konsep-konsep matematikyang berbentuk abstrak. Jadi, untuk mencapai hasil pembelajaran yang memuaskan,murid-murid mestilah mendapatkan pengalaman konkrit dahulu sebelum dibawa kepadakonsep matematik yang abstrak dan manipulasi. 4
  5. 5. Objektif KajianSuatu keistimewaan teknik pengajaran matematik KBSR adalah penggunaan alat-alatmatematik secara meluas untuk menolong murid-murid mempelajari konsep matematikdan memperolehi kemahiran matematik. Pihak Pejabat Pelajaran telah membekalkanbanyak alat bantu mengajar yang boleh digunakan semasa sesi pengajaran danpembelajaran sejak dari dulu lagi. Pada masa dahulu, alat bantu mengajar hanya menjadialat pengajaran guru sahaja, tetapi pada masa kini, alat-alat tersebut juga merupakan salahsatu bahan pembelajaran dalam aktiviti pembelajaran matematik di mana murid-muridberkonunikasi secara langsung dengan alat tersebut (Mok Soon Sang,1986). Pandanganini sedikit sebanyak akan dapat memberi penerangan umum tentang keberkesananpenggunaan bahan maujud sebagai alat bantu mengajar dalam meningkatkan penguasaankemahiran asas matematik murid-murid. Penggunaan bahan maujud sememangnya telahlama dilaksanakan oleh para guru semasa sesi pembelajaran matematik tetapi belumpernah dilihat dari segi perbandingan dengan kaedah konvensional khasnya.Penyelidikan ini bertujuan untuk: i) membandingkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran menambah pelajar tahap I melalui penggunaan bahan maujud dan keadah konvensional. ii) mengenal pasti perbezaan prestasi pelajar mengikut aras kebolehan pelajar iaitu cerdas, sederhana dan lemah dengan menggunakan bahan maujud. iii) mengenal pasti perbezaan prestasi pelajar mengikut aras kebolehan pelajar iaitu cerdas, sederhana dan lemah dengan kaedah konvensional. Persoalan KajianKajian ini cuba menjawab soalan –soalan kajian seperti berikut:1) Adakah penggunaan bahan maujud dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiranmenambah lebih berkesan berbanding dengan kaedah konvensional?2) Apakah perbezaan prestasi pelajar mengikut aras kebolehan pelajar iaitu cerdas,sederhana dan lemah dengan menggunakan bahan maujud?3) Apakah perbezaan prestasi pelajar mengikut aras kebolehan pelajar iaitu cerdas,sederhana dan lemah dengan menggunakan kaedah konvensional? 5
  6. 6. Definisi Terminologia) Keadah penggunaan bahan maujud ialah penggunaan bahan konkrit yang bolehdisentuh atau dimanipulasikan sebagai alat bantu mengajar untuk menyelesaikan masalahmenambah yang diberikan dalam bentuk ayat matematik. Contoh bahan konkrit yangboleh digunakan ialah ‘cuisenaire rod’, straw, abakus dan ‘sticks’.b) Kaedah konvensional ialah penggunaan cara bertulis di papan hitam yang biasadigunakan oleh para guru dan murid-murid dalam menyelesaikan masalah iaitumenggunakan cara bentuk lazim. Batasan KajianKajian yang dijalankan ini tertakluk kepada beberapa batasan di mana pemilihanresponden dan fokus kajian hanya terhad kepada murid-murid Tahap I iaitu murid-muridTahun 2 dan Tahun 3 sahaja, di dua buah Sekolah Rendah Kebangsaan di luar daerahJulau. Ia tidak melibatkan murid-murid Tahap I ,Tahun 1 kerana mereka belum lagidiajar kemahiran ini memandangkan tidak memasuki prasekolah sebelum memasuki keTahun 1. Penggunaan Bahan Maujud Dalam Matematik.Dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik dengan tujuan mencapai objektifpelajaran yang berkesan, guru matematik harus memahami teknik-teknik menggunakanalat-alat, sama ada untuk menerangkan konsep matematik pada peringkat konkrit ataudigunakan oleh murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran matematik.Menurut MokSoon Sang,1986, pengajaran matematik dalam sekolah rendah haruslah mengikut turutanpengajaran dari pengalaman konkrit/bahan maujud seterusnya melibatkan penggunaangambar barulah ke peringkat abstark. Untuk membekalkan murid dengan pengalamankonkrit, alat bantu mengajar memainkan peranan yang amat penting. Dalam hubunganini, penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu murid-murid membina konsepmatematik secara sendiri yang selaras dengan konsep inkuiri penemuan di sampingmengurangkan kesempatan memaksa diri untuk menghafal bahan-bahan pelajaranmereka secara membuta tuli.Sejak permulaan abad ke-20, ramai ahli falsafah, ahli psikologi dan ahli pendidikanseperti Jean Piaget, Z.P. Dienes, R.M. Gagne, J. Bruner, R. Skemp dan lain-lain telahmemikirkan apakah proses pendidikan yang baik dan bagaimanakah pengajaran danpembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Pada khususnya, penyelidikantentang perkembangan intelek seseorang individu dan kesediaannya untuk menerimapengajaran telah banyak mempengaruhi pemikiran tentang bagaimana seorang kanak-kanak belajar matematik (Jemaah Nazir Sekolah, 1989). Dalam Teori Perkembangan 6
  7. 7. Kognitif Jean Piaget, beliau telah membahagikan perkembangan intelek kanak-kanakkepada empat peringkat. Salah satu peringkat tersebut ialah Peringkat Operasi Konkrityang melibatkan kanak-kanak berumur dari 7 hingga 11 tahun. Bagi peringkat ini, kanak-kanak yang terlibat adalah murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 5. Bagi Jean Piaget,kanak-kanak pada peringkat ini hanya dapat menyelesaikan satu-satu masalah yangmelibatkan peristiwa atau objek yang konkrit dan tidak dapat menyelesaikan masalahyang abstrak atau berbentuk hipotesis. Berdasarkan teori tersebut, guru-guru hendaklahmenyampaikan konsep-konsep asas matematik secara pengalaman konkrit/bahan maujud. Kepentingan Kemahiran MenambahOleh kerana matematik adalah suatu matapelajaran yang isi pengetahuannya mempunyaihierarki tertentu, pembinaan asas yang kukuh dan mencukupi sangatlah penting dalamstrategi pengajaran dan pembelajaran. Dalam Tahap I KBSR, penguasaan asas kemahirannombor dan operasi (fakta asas) oleh murid merupakan satu usaha yang wajib diberiperhatian yang sepenuhnya.Dalam hal ini, pihak sekolah hendaklah memastikan bahawaguru berusaha memahirkan muridnya dalam penguasaan fakta asas matematik. Bagimenghasilkan pembelajaran yang berkesan, murid perlu juga diajar bahasa matematik,khasnya perbendeharaan kata pembelajaran yang khusus bagi matematik sepertipengertian simbol dan rumus-rumus. Perhatian berat patut ditumpukan kepada sama adamurid memahami sesuatu istilah matematik buat pertama kali dipakai ataupunperkataan /simbol biasa yang telah digunakan dalam konteks matematik. Di sini,penekanan diberikan kepada penekanan simbol tambah memandangkan skop kajianadalah hanya untuk kemahiran menambah.Guru matematik sekolah rendah harus sedar bahawa murid-murid yang dapatmenyelesaikan masalah menambah tidak semestinya memahami konsep menambah yangsebenar. Jika seorang murid tahu membaca simbol matematik tanpa memahami ertinya,nescaya simbol matematik itu tidak berguna langsung kerana murid tersebut tidak akandapat menyelesaikan masalah tanpa memahami erti simbol tersebut. Jadi, guru haruslahmengajar murid-murid memahami konsep sesuatu kemahiran terlebih dahulu. Dalamperingkat pemahaman konsep, penggunaan bahan maujud merupakan media yang palingsesuai untuk membantu mencapai objektif ini. Mok Son Sang,1986 ada menyatakanbahawa konsep nombor boleh dikuasai dengan empat peringkat dan peringkat pertamaialah peringkat konkrit diikuti oleh peringkat gambar kemudian peringkat separa konkrtidan barulah peringkat abstrak.Pembelajaran matematik haruslah dikembangkan secara sistematik iaitu daripada konsepatau kemahiran asas kepada konsep atau kemahiran yang kompleks/abstrak. Berdasarkankepada prinsip ini, pembelajaran operasi tambah hendaklah dibahagikan kepada empatperingkat. Peringkat pertama ialah permulaan untuk membina konsep asas penambahanyang membolehkan murid-murid menambah nombor dua digit dengan dua digit tanpamengumpul semula. Manakala pada peringkat kedua memerlukan murid-muridmenambah dua nombor dengan mengumpul semula. Seterusnya, murid-murid akan 7
  8. 8. menggunakan hukum tukar tertib dan hukum sekutuan untuk mencari jawapan dalamperingkat ketiga menambah. Dengan menggunakan hukum-hukum tersebut, murid-muriddapat menyelesaikan operasi tambah yang mengandungi tiga atau lebih angka denganlebih cepat dan mudah. Bagi peringkat keempat pula, murid-murid akan menyelesaikanmatematik bermasalah dengan kemahiran yang telah dikuasai pada ketiga-tiga peringkatsebelumnya. Dalam peringkat ini, murid-murid dikehendaki mengaitkan masalahkehidupan dengan simbol-simbol matematik dan seterusnya menterjemahkan maklumat-maklumat yang diperolehi ke dalam ayat matematik seterusnya menyelesaikannya dalambentuk lazim.Penguasaan kemahiran asas, menambah khasnya bagi murid-murid tahap I adalah sangatpenting kerana apabila memasuki Tahap II dan seterusnya ke peringkat pendidikan yanglebih tinggi, kemahiran ini sentiasa dipergunakan untuk menyeleasikan masalah. Salahsatu ciri-ciri KBSR Matematik ialah murid-murid mestilah menguasai keempat-empatoperasi dalam kemahiran asas matematik semasa Tahap I kerana dalam Tahap IImenekankan tentang penggunaan keempat-empat operasi asas tersebut untukpenyelesaian masalah. Ini dibuktikan oleh R.M. Gagne dalam Hierarki Gagnenya yangmenyatakan bahawa murid-murid haruslah menguasai kemahiran prasyarat sebelum satu-satu kemahiran yang baru dapat dipelajari.Menurut Jerome Bruner pula, murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang di pelajari. Kanak-kanak membentuk konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan perbezaan. Persekitaran dapat memberipertolongan dan pengetahuan sedia ada dapat membaikinya. Beliau menyatakanpembelajaran Matematik lebih berkesan dan mudah dengan penggunaan simbol untukmewakili konsep-konsep abstrak seperti tambah dan lain-lain. Menurut beliau lagipembelajaran matematik dapat dimudahkan dengan mengaitkan antara satu sama laincontohnya pengajaran tambah di ajar sebelum tolak dan pengajaran bahagi di ajar selepasdarab(Mok Soon Sang, Siew Fong Cheong,1986).Walaubagaimanapun, teori yang di hasilkan oleh David Ausubel bertentangan denganteori Jerome Bruner. Menurut David Ausubel, murid- murid haruslah di dedahkan denganpengetahuan umum contohnya dalam pembelajaran Matematik sebelum mengaitkandengan konsep yang lebih spesifik. Dalam pembelajaran Matematik, murid- muridhendaklah di kaitkan dengan bahan-bahan lama sebelum memulakan pembelajaran barutersebut (Mok Song Sang, Siew Fong Cheong,1986). Jenis PenyelidikanStrategi utama dalam penyelidikan ini adalah perbandingan antara dua kaedah untukpengajaran dan pembelajaran kemahiran menambah pelajar Tahap I iaitu denganmenggunakan bahan maujud sebagai alat bantu mengajar dan dengan keadahkonvensional. Dua kumpulan sampelan ditubuhkan. Satu kumpulan terdiri daripada 8
  9. 9. sebanyak lapan belas orang murid iaitu Kumpulan Konvensional dan satu lagi kumpulanjuga dengan jumlah lapan belas orang murid ialah Kumpulan Bahan Maujud.Sebelum dibahagikan kepada kumpulan masing-masing, murid-murid ini diberikan satuujian diagnostik iaitu Pra Ujian bagi mengenal pasti tahap kebolehan mereka dalamkemahiran menambah. Selepas markah ujian diperolehi, mereka akan dibahagikankepada kumpulan masing-masing secara sekata yang mana ahli-ahli setiap kumpulanterdiri daripada tiga tahap kebolehan murid iaitu murid cergas, murid sederhana danmurid lemah. Kedua-dua kumpulan akan menjalani satu set ujian yang sama dan markahujian tersebut digunakan untuk membandingkan pencapaian mereka selepasmenggunakan bahan maujud.Seterusnya, Kumpulan Konvensional akan diajar kemahiran menambah yang melibatkannombor 3 hingga 4 digit dengan cara biasa iaitu penerangan tentang menambah yangturut melibatkan kemahiran mengumpul semula di papan hitam dalam bentuk lazim tanpamenggunakan alat bantu mengajar. Kumpulan Bahan Maujud pula turut diajar kemahiranmenambah yang melibatkan nombor 3 hingga 4 digit yang melibatkan kemahiranmengumpul semula dengan menggunakan bahan maujud. Bahan maujud yang digunakanialah ‘Cuisenaire Rod’ yang terdiri daripada kiub kecil yang mewakili nilai sa, batang rodyang mewakili nilai puluh, papan yang mewakili nilai ratus dan kiub besar yang mewakilinilai ribu. Murid-murid juga dikehendaki untuk membuat bentuk lazim sebagai langkahkerja. Tempoh masa satu minggu diberikan kepada murid-murid untuk menguasaipenggunaan ‘cuisenaire rod’ tersebut kerana mereka telah mempunyai pengetahuan sediaada tentang komahiran menambah.Setelah itu, kedua-dua kumpulan akan diberikan satu ujian iaitu PascaUjian. KumpulanConventional akan menyelesaikan ujian tersebut dengan cara biasa manakala KumpulanBahan Maujud akan menyelesaikan ujian tersebut dengan menggunakan ‘cuisenaire rod’.Markah ujian tersebut juga akan diambil kemudian dibandingkan dengan menggunakan“Independent T-Test” dan “Crosstabs”. Sampel KajianSampel kajian adalah dipilih daripada murid-murid Tahun Dua dan Tahun Tiga SK Ng.Semawang dan SK Lubok Assam, Julau. Kesemua pelajar adalah sebanyak tiga puluhenam orang. Walaupun terdapat perbandingan dari segi jantina murid-murid, ini tidakbanyak mempengaruhi keputusan penyelidikan memandangkan setiap pelajar telahdibahagikan secara sama rata mengikut tahap kebolehan mereka melalui Ujian Pra yangtelah dijalankan ke dalam kumpulan masing-masing. Kesemua responden telah punmempunyai pengalaman sedia ada tentang kemahiran menambah termasuk yangmelibatkan pengumpulan semula sehingga nombor dua digit. Setakat ini,murid-muridtahun dua telah belajar kemahiran menambah dengan hasil tambah sehingga seratusmanakala pelajar tahun tiga telah belajar kemahiran menambah dengan hasil tambahsehingga seribu. 9
  10. 10. Instrumen KajianInstrumen yang telah digunakan dalam penyelidikan ini ialah Pra Ujian dan Pasca Ujian.Setiap ujian terdiri daripada tiga puluh soalan. Dalam Ujian Pra, soalan-soalan tersebutdibahagikan kepada lima peringkat iaitu soalan satu hingga lima ialah menambah nombordua digit dengan satu digit tanpa mengumpul semula manakala soalan enam hinggasepuluh pula melibatkan penambahan nombor dua digit dengan satu digit denganmengumpul semula. Bagi soalan sebelas hingga lima belas pula ialah penambahannombor tiga digit dengan dua digit tanpa mengumpul semula seterusnya penambahannombor tiga digit dengan dua digit dengan mengumpul semula bagi soalan enam belashingga dua puluh. Soalan dua puluh satu pula melibatkan kemahiran menambah nombortiga digit dengan tiga digit tanpa mengumpul semula dan dengan mengumpul semulauntuk soalan dua puluh enam hingga tiga puluh.Untuk Ujian Pasca pula, jumlah soalan ialah empat puluh soalan melibatkan semuakemahiran dalam ujian pra dan juga ada sepuluh soalan yang melibatkan nomborsehingga empat digit dengan kemahiran mengumpul semula. Kesahan instrumenpenyelidikan ini dilihat dari dua sudut. Sudut pertama ialah skop soalan. Setiap soalanditeliti supaya ianya boleh menilai setiap kemahiran dalam tajuk menambah nomborbulat yang juga melibatkan kemahiran tanpa mengumpul semula dan dengan mengumpulsemula. Sudut kedua adalah tentang peringkatan kesukaran soalan. Untuk menjaminwujudnya pemeringkatan kesukaran soalan di dalam kertas ujian, Taksonomi Bloomdiambil kira sebagai panduan semasa Jadual Penentuan Ujian dibina. Pelaksanaan InstrumenKertas ujian ditadbirkan kepada semua responden sebagai Ujian Pra dan Pasca. Ujian Pradilaksanakan selepas kesemua responden telah didedahkan kepada satu jam sesipengajaran dan pembelajaran tentang kemahiran menambah tanpa mengumpul semuladan dengan mengumpul semula secara keadah konvensional. Satu jam sesi pengajarandan pembelajaran berkenaan diberikan untuk memastikan tahap kefahaman kemahiranmenambah murid-murid bukan sifar dan pada peringkat yang sama dan boleh diukurdengan melalui Pra Ujian. Selepas Pra Ujian dilaksanakan, responden diberikan latihanyang berbeza mengikut kumpulan masing-masing. Kumpulan Konvensionalmenyelesaikan masalah dengan cara biasa iaitu tanpa alat bantu mengajar dan pengiraandalam bentuk lazim manakala Kumpulan Bahan Maujud menyelesaikan masalahmenggunakan ‘cuisenaire rod’ dan diingatkan untuk membina bentuk lazim sebagailangkah kerja. Selepas satu minggu, semua responden diberikan Ujian Pasca. Ujian Pascadijalankan serentak bagi kedua-dua kumpulan. 10
  11. 11. Jenis AnalisisDalam penyelidikan ini, varians dan min untuk hasil data Pra Ujian dan Pasca Ujian perludiambil kira bagi membuat perbandingan antara kedua-dua ujian tersebut. Jadi, instrumenstatistik yang digunakan untuk menguji data hasil Ujian Pra ialah “Independent T-Test”dan “Crosstabs”. Instrumen statistik berkenaan dipilih kerana ianya bersesuaian dengankajian ini dimana ujian “Independent T-Test” diperlukan untuk perbandingan antara duakumpulan sampelan yang berbeza iaitu kumpulan bahan maujud dan kumpulankonvensional manakala ujian “Crosstabs” pula diperlukan untuk membandingkan prestasipelajar mengikut aras kebolehan dalam kumpulan masing-masing. Ujian Pasca jugamenggunakan statistik yang sama. . Markah Ujian Pra dan Pasca Kumpulan Konvensional Ujian Pra 70 66 20 80 50 26 53 33 27 67 57 0 13 63 90 90 97 73 Ujian Pasca 66 80 15 82 46 20 73 23 33 80 67 60 0 17 73 83 83 80 Taburan Markah Pra Dan Pasca Kumpulan Konvensional Taburan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Kump. Conventional 120 100 Markah 80 Ujian Pra 60 Ujian Pasca 40 20 0 1 3 5 7 9 11 13 15 17 Responden Markah Ujian Pra dan Pasca Kumpulan Bahan Maujud Ujian Pra 100 66 35 56 88 40 33 13 53 73 53 57 0 27 60 73 90 97 Ujian Pasca 100 88 45 70 100 60 47 7 63 80 57 40 0 30 67 77 97 77 11
  12. 12. Taburan Markah Pra Dan Pasca Kumpulan Bahan Maujud Taburan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca Kumpulan Bahan Maujud 120 Markah 100 80 Ujian Pra 60 Ujian Pasca 40 20 0 1 3 5 7 9 11 13 15 17 Responden Pra Ujian (t-Test)Hasil ujian pra boleh dirujuk pada laporan Rajah 1a dan Rajah 1b. Bagi KumpulanKonvensional, skor min ialah 56.3333 manakala kumpulan menggunakan bahan maujudmempunyai skor min 54.1667. Perbezaan min bagi kedua-dua kumpulan ini ialah 2.1666.Walaubagaimanapun, kedua-dua kumpulan ini tidak mempunyai perbezaan yangsignifikan (P = 0.820) dari segi keupayan atau kefahaman menyelesaikan masalahmatamatik dalam topik penambahan yang diajar. Hasil dapatan menunjukkan bahawakedua-dua kumpulan ini berada pada kebolehan yang sama dalam topik yang akan diajar.Kami juga membincangkan tentang “Levene’s Test for Equality of Variances”, iaitu skor“F”. Skor “F” 0.087 dengan skor “Signifikan” 0.769 menunjukkan tiada perbezaan yangsignifikan di antara kedua-dua kumpulan. Hasil daripada analisis ujian pra ini telahmembuktikan bahawa tiada perbezaan yang ketara bagi setiap kumpulan dan kedua-duakumpulan adalah ‘homogenous’ iaitu mereka berada pada tahap kefahaman yang samatentang topik penambahan yang telah diajar. Rajah 1a RESPONDAN N Mean Std. DeviationUjian Pra Kumpulan Bahan Maujud 18 54.1667 28.55387 Kumpulan Konvensional 18 56.3333 28.24265 Rajah 1b Levene’s Test forUjian Pra t-Test for Equality of Means Equality of Variances F Sig. t df Sig (2-tailed) Mean DifferencesIndependent Sample Test .087 .769 -.229 34 .820 -2.16667 12
  13. 13. Pasca Ujian(t-Test)Ujian pasca dilaksanakan selepas murid-murid menerima pengajaran menggunakanbahan maujud dan konvensional dalam kumpulan masing-masing selama satu minggu.Kumpulan konvensional menerima pengajaran yang menggunakan cara biasa iaitu “chalkand talk” sementara kumpulan menggunakan bahan maujud menerima pengajaranmenggunakan bahan maujud.Dengan merujuk kepada Rajah 2a dan Rajah 2b terutamanya pada lajur “Levene’s Testfor Equality of Variences”, skor “F” didapati 0.246 dengan nilai “significant” 0.623. Iniadalah lebih daripada 0.05 yang membawa maksud tidak mempunyai perbezaan yangsignifikan terhadap dua kumpulan ini. Manakala pada lajur “t-Test for Equality ofMeans”, nilai perbezaan min bagi kedua-dua kumpulan ialah -6.8889.Walaubagaimanapun, perbezaan tersebut tidak boleh diterima kerana skor “t” 0.713mempunyai nilai”2-tailed significant 0.481” iaitu melebihi paras 0.05. Secara amnya,setelah menjalani ujian pasca, kedua-dua kumpulan ini tidak menunjukkan perbezaanyang signifikan walaupun telah menerima pengajaran yang berlainan untuk kumpulantersebut. Ini menunjukkan bahawa Kumpulan Bahan Maujud tidak semestinya lebih baikdaripada Kumpulan Konvensional. Rajah 2a RESPONDAN N Mean Std. DeviationUjian Pasca Kumpulan Bahan Maujud 18 54.5000 28.68541 Kumpulan Konvensional 18 61.3889 29.27183 Rajah 2b Levene’s Test forUjian Pasca t-Test for Equality of Means Equality of Variances F Sig. T df Sig (2-tailed) Mean DifferencesIndependent Sample Test .246 .623 -.713 34 .481 -6.88889 Pasca Ujian(Chi-Square Tests) Rajah 3a kumpulan kaedah bahan maujud Gred Kumpulan Mengikut Kebolehan A B C D Bijaksana Jumlah 6 3 0 0 Peratus dalam Gred (%) 100 60 0 0 Sederhana Jumlah 0 2 1 2 Peratus dalam Gred (%) 0 40 100 33.3 Lemah Jumlah 0 0 0 4 Peratus dalam Gred (%) 0 0 0 67.7 P = 0.005 13
  14. 14. Rajah 3b kumpulan kaedah konvensional Gred Kumpulan Mengikut Kebolehan A B C DBijaksana Jumlah 5 4 1 0 Peratus dalam Gred (%) 100 66.7 25 0Sederhana Jumlah 0 2 2 0 Peratus dalam Gred (%) 0 33.3 50 0Lemah Jumlah 0 0 1 3 Peratus dalam Gred (%) 0 0 25 100 P = 0.005Bagi kumpulan bijaksana, sederhana dan lemah, terdapat perbezaan signifikan terhadaptiga kumpulan ini kerana p <0.05. Dapat diperhatikan di rajah 3a dan 3b, Kumpulan yangbijaksana akan tetap mempunyai perbezaan gred dengan kedua-dua kumpulan lain.Begitu juga sebaliknya berlaku dengan kumpulan lain. Dapat dinyatakan di sini bahawakumpulan ini walaupun diajar dengan 2 kaedah yang berlainan akan tetap mencapaiprestasi yang sama sebelum diajar dengan keadah-kaedah tersebut. Setiap ahli kumpulanakan mendapat markah yang sama berdasarkan aras kebolehan masing-masing. Inimenunjukkan preastasi pelajar mengikut aras kebolehan adalah berbeza dan tidakdipengaruhi oleh cara pengajaran konvensional mahupun bahan maujud. Dapatan Hasil AnalisisHasil kajian mendapati kumpulan konvensional menunjukkan peningkatan yang tinggisetelah menggunakan kaedah konvensional manakala sebaliknya berlaku kepadakumpulan menggunakan bahan maujud. Ini mungkin kerana masa yang tidak mencukupiuntuk murid membiasakan diri dengan bahan maujud untuk membuat pengiraanberbanding pendedahan mereka yang telah biasa menggunakan kaedah konvensionaldalam pembelajaran Matematik sejak daripada tahun 1 lagi. Berdasarkan skor “T” dan “F” bagi kedua- dua kumpulan tidak menunjukkan perbezaansignifikasi antara kumpulan menggunakan kaedah konvensional dan kaedah bahanmaujud. Markah min untuk pra ujian dan pasca ujian untuk kumpulan bahan maujudtidak menunjukkan peningkatan. Ini bermakna tahap kebolehan murid yang berada dalamkumpulan kaedah bahan maujud meningkat dengan seimbang. Begitu juga yang brlakudengan kumpulan konvensional.Bagi prestasi murid dalam aras kebolehan masing-masing menunjukkan perbezaan yangsignifikan. Di dalam kedua-dua kumpulan bahan maujud dan konvensional, prestasimurid di aras kebolehan masih menunjukkan perbezaaan yang ketara. Ini bermaknawalaupun menggunakan kaedah pengajaran yang berlainan, murid yang berada pada araskebolehan masing-masing akan memperolehi markah yang lebih kurang sama.Kajian ini merupakan satu kajian untuk melihat perbandingan menggunakan bahanmaujud dalam pengajaran berbanding dengan kaedah konvensional. Daripada dapatankajian, bahan maujud turut membantu dalam pengajaran Matematik. Murid-murid akan 14
  15. 15. berasa lebih seronok dalam pembelajaran kerana terdapat bahan yang konkrit untuk dipegang oleh mereka. Pengajaran menggunakan bahan maujud juga boleh mewujudkandimensi yang berlainan berbeza dengan kaedah konvensional.Pada masa kini terdapat pelbagai bahan maujud yang disediakan oleh kementerianpendidikan dan juga pasaran bertujuan mengukuhkan pemahaman murid terhadap subjekMatematik. Ini merupakan satu pilihan untuk murid-murid selain daripada menggunakankaedah konvensional untuk pembelajaran mereka. KesimpulanSebagai seorang pendidik , pengajaran yang diajar hendaklah mempunyai kelainan untukmengalakkan murid-murid. Kajian ini dilaksanakan untuk mengkaji keberkesanan duakaedah pengajaran iaitu kaedah menggunakan bahan maujud dan bahan konvensional.Responden yang di pilih adalah murid-murid yang terdiri dari dua sekolah yangberlainan.Instrumen kajian adalah berbentuk ujian yang dijalankan oleh pengkaji terdiri daripada 2bahagian. Setiap bahagian mempunyai kepentingannya sendiri. Pra Ujian dijalankanuntuk mengetahui kebolehan setiap murid dan sebelum dibahagikan kepada 2 kumpulanyang seimbang. Ujian pasca dijalankan selepas kedua-dua kumpulan diajar dengan 2kaedah yang berlainan.Perbandingan ini dianalisa dengan menggunakan ‘Levene’s Test for Equality ofVariences’ dan ‘t-test for Equality of Means’. Hasil analisa menunjukan kedua-duakumpulan menggunakan bahan maujud dan konvensional tidak menunjukkan perbezaanyang signifikan. Ini bermaksud murid yang diajar dengan menggunakan bahan maujuddan dengan kaedah konvensional tidak menunjukkan perbezaan daripada segi prestasi.Masa yang terhad adalah satu faktor yang menyumbang kepada keputusan ini. Muridmungkin telah lama telah didedahkan dengan kaedah konvensional dan ini menyukarkanmereka untuk bertukar kepada kaedah yang berlainan.Walaupun sedemikian, menggunakan bahan maujud adalah satu alternatif untukmempelbagaikan sumber pembelajaran. Kaedah ‘hands-on’ ini dapat membantu muridfaham dengan lebih lanjut lagi tentang topik yang diajar. Prestasi murid mengikutkebolehan menunjukkan perbezaan yang signifikan berdasarkan analisa yangmenggunakan ‘Chi-Square Test’. Hasil analisa ini menunjukkan murid yang berada padaaras kebolehan masing-masing memperolehi markah yang lebih kurang sama berdasarkankeupayaan masing-masing. Ini bermaksud walau apa pun kaedah yang digunakan muridyang berada pada aras kebolehan masing-masing akan memperolehi yang lebih kurangsama. Kaedah bahan maujud bolehlah diintegrasikan ke dalam pengajaran sebagai satuaktiviti yang boleh meningkatkan pemahaman murid dengan melibatkan semua murid.Murid yang berada pada aras kebolehan yang lebih tinggi boleh diasuh untuk membantumurid pada aras yang yang lebih rendah. 15
  16. 16. Dapat disimpulkan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedahmenggunakan bahan maujud boleh dikatakan sama berkesan atau lebih berkesan dengankaedah konventional. Ini kerana selama ini kaedah yang konvensional boleh membuatkanmurid berasa bosan dan kaedah menggunakan bahan maujud boleh membantu muridberasa seronok dalam pembelajaran mereka. Kaedah bahan maujud juga bolehmenceriakan suasana pembelajaran murid-murid dan mengelakkan mereka daripadaberasa bosan. 16
  17. 17. BibliografiEe Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Mook Soon Sang, Siew Fook Cheng, (1986) . Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat Sekolah Rendah. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.Noraziah Abd. Hamid. (1981). “Alatan Mengajar dalam Pengajaran Bahasa”, Kertas kerja Seminar Perguruan pada 28-30 Disember, 1981 di Universiti Malaya.Nor Husin, Ab. Rahman Ab. Rashid, (1989) , Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Selangor Darul Ehsan : Longman Malaysia Sdn. Bhd.Wong Siew Ping et. al. (2005). “Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kefahaman Konsep Asas Muzik Berpandukan Komputer”, Jurnal MAPERA Jilid 16. Bintangor, Sarawak : Maktab Perguruan Rajang. 17 16
  18. 18. BibliografiEe Ah Meng. (1995). Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.Mook Soon Sang, Siew Fook Cheng, (1986) . Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Untuk Peringkat Sekolah Rendah. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.Noraziah Abd. Hamid. (1981). “Alatan Mengajar dalam Pengajaran Bahasa”, Kertas kerja Seminar Perguruan pada 28-30 Disember, 1981 di Universiti Malaya.Nor Husin, Ab. Rahman Ab. Rashid, (1989) , Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa. Selangor Darul Ehsan : Longman Malaysia Sdn. Bhd.Wong Siew Ping et. al. (2005). “Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Kefahaman Konsep Asas Muzik Berpandukan Komputer”, Jurnal MAPERA Jilid 16. Bintangor, Sarawak : Maktab Perguruan Rajang. 17 16

×