• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
PENULISAN ILMIAH
 

PENULISAN ILMIAH

on

  • 3,973 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,973
Views on SlideShare
3,973
Embed Views
0

Actions

Likes
4
Downloads
112
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    PENULISAN ILMIAH PENULISAN ILMIAH Document Transcript

    • SMN6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK BAHASA PENGANTAR TUGASAN 2 : PENULISAN ILMIAH SEMESTER 2 SESI 2011/2012 NAMA NO. MATRIK NORHASSEME M20112001422 BINTI MOHD DAUD MAWADDAH M20112001456 BINTI IBRAHIMSITI NOR FADZLINDA M20112001463 BINTI KAMARUDIN
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Isi KandunganAbstrak 1Isu-Isu Semasa 2Faktor-Faktor Yang Menyumbang Kepada 15Masalah Bahasa PengantarLangkah-Langkah Penyelesaian 20Kesimpulan 28Rujukan 29 2
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa PengantarABSTRAKPenulisan ilmiah ini adalah bertujuan untuk mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan bahasapengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah. Penulisan inidibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu isu-isu semasa, faktor-faktor yangmenyumbang kepada wujudnya pelbagai masalah dan juga langkah penyelesaian untukmeminimakan atau menghapuskan masalah-masalah yang berkaitan dengan bahasa pengantarini. Isu-isu semasa melibatkan PPSMI, MBMMBI, TIMMS dan sebagainya adalahmerupakan topik yang dikupas lebih lanjut di dalam penulisan ilmiah ini. Faktor-faktor yangmenyumbang kepada wujudnya masalah bahasa pengantar di kalangan pelajar ini jugadikupas dengan lebih lanjut di mana faktor guru, pelajar, persekitaran dan pentadbirandiketengahkan dan dibincangkan dengan mendalam. Di samping itu, topik langkahpenyelesaian juga turut membincangkan empat faktor di atas dalam menyelesaikan masalahbahasa pengantar ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa isu bahasa pengantar ini bolehdiminimakan sekiranya terdapat pelbagai pendekatan diambil untuk memanipulasikan bahasapengantar ini di mana semua pihak termasuklah para guru, ibu bapa, masyarakat,Kementerian pendidikan Malaysia amnya dan juga para pelajar khususnya. Pelbagai kajianlampau dijadikan sumber rujukan bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian ini. Diharapkankajian yang dijalankan ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar, guru, sekolah mahupunibu bapa serta masyarakat dalam usaha memperbaiki taraf pendidikan khususnya dalam matapelajaran Matematik. Semua pihak perlu bekerjasama bagi menangani masalah ini agar dapatmembantu pembelajaran pelajar untuk memahami dan menguasai Matematik. 3
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa PengantarISU-ISU SEMASAMasalah bahasa pengantar ini adalah berpunca dari pelbagai sumber, di mana salah satunyaadalah kerana rakyat Malaysia terdiri dari pelbagai etnik dan budaya. Jati diri yang wujud dikalangan setiap kaum ini menyebabkan mereka lebih selesa untuk menggunakan bahasaibunda berbanding dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar walaupun merekamenyedari akan kepentingan bahasa antarabangsa ini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan tahun 2005, bahasa bolehdidefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungandalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yanglain, dan sebagainya), serta percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan santun.Sehubungan itu, bahasa pengantar member pengertian dan pendefinisian bahawa bahasa yangdigunakan sebagai alat perhubungan atau komunikasi dalam pengajaran (di sekolah) atauperundingan (mesyuarat, dan sebagainya). Ilmu berkembang dengan begitu pantas dalam dunia era globalisasi kini. Kemajuandalam teknologi maklumat memberi kesan kepada kehidupan dan sistem pendidikan diMalaysia. Perubahan demi perubahan ini turut membawa bersama isu dan cabaran terhadapproses pengajaran dan pembelajaran guru di sekolah. Bahasa dalam pengajaran merupakansatu isu yang wujud dalam sistem pendidikan di Malaysia. Perdebatan tentang isu ini hangatdiperkatakan dan perkara ini mendapat maklum balas daripada banyak pihak. Bahasamerupakan alat komunikasi yang membolehkan nilai-nilai budaya, kepercayaan danpengetahuan yang difikirkan, dirunding dan disampaikan dari satu generasi ke generasi yanglain (Garagae, K.G.). Di sekolah, bahasa merupakan instrumen dan juga jentera dalaminteraksi antara guru dan pelajar (Smith & Ennis, 1961:112). 4
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Penggunaan bahasa yang sesuai dan mudah difahami oleh pelajar adalah penting bagimemastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan komunikasi duahala dapat diwujudkan di antara guru dan pelajar. Menurut Smith & Ennis, bagimeningkatkan pencapaian pelajar, mereka haruslah mahir dalam bahasa dalam pengajarandan pembelajaran. Dalam subjek Matematik, pelajar haruslah mahir dalam bahasa pengantardan bahasa Matematik seperti simbol Matematik. Laporan kajian Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatuatau United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation (UNESCO) yang turutmenegaskan bahawa pembelajaran mata pelajaran terpenting di peringkat sekolah rendahlebih sesuai diajar dalam bahasa setempat. Ini sejajar dengan resolusi pendidikan yangdiluluskan oleh UNESCO (1951:691) yang berbunyi:“ Berkenaan kepentingan pendidikan, kami menggesa supaya bahasa ibunda digunakan selama yang boleh dalam semua peringkat pendidikan. Ini lebih-lebih lagi penting supaya kanak-kanak memulakan pendidikan mereka dalam bahasa ibunda sebagai bahasa penghantar, kerana itulah bahasa yang sangat mereka fahami, dan penggunaan bahasa ibunda akan menghapuskan kelainan antara bahasa di rumah dan bahasa di sekolah. ” (On educational grounds we recommend that the use of the mother tongue be extended to as late a stage in education as possible. In particular, pupils should begin their schooling through the medium of the mother tongue, because they understand it best and because to begin their school life in the mother tongue will make the break between home and school as small as possible.) 5
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Selain itu, terdapat laporan bertajuk Education for All: Policy Lessons From High-Achieving Countries ditulis oleh Santosh Mehrotra pada tahun 1998. Mehrotra menegaskankepentingan mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa perantara dalam buku yangdikarangnya bersama Enrique Delamonica bertajuk Eliminating Human Poverty:Macroeconomic & Social Policies for Equitable Growth yang mencatatkan pemerhatianterhadap persada pendidikan di benua Asia Selatan dan Afrika sub-Sahara, di mana adalahdidapati bahawa jika bahasa perantara bukan bahasa ibunda, lebih-lebih lagi jika ibu bapapelajar itu buta huruf, maka bertambah buruklah masalah belajar dalam persekitaran yangdikelilingi kemiskinan, diiringi kemungkinan keciciran bertambah. Menurut Akta Pendidikan 1996 (Pindaan 2002) Akta 550 bagi Bahagian IV : SistemPendidikan Kebangsaan (Perkara 17) bahawa bahasa kebangsaan hendaklah menjadi bahasapengantar utama di semua institusi pendidikan dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan kecualisekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusipendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri daripada subseksyen ini dan jika bahasapengantar utama di sesuatu institusi pendidikan adalah selain daripada bahasa kebangsaan,maka bahasa kebangsaan hendaklah diajarkan sebagai mata pelajaran wajib di institusipendidikan itu. Justeru, menurut Bahagian I : Tafsiran (Bil : 2) bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan(SJK) menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar utama danmenjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib danSekolah Kebangsaan (SK) menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantarutama dan menjadikan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib. Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris(PPSMI) telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada 6
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa PengantarMesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana MenteriMalaysia keempat, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian PelajaranMalaysia, ia dilaksanakan secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003dengan perintisnya ialah semua murid Tahun Satu untuk peringkat Sekolah Rendah danTingkatan Satu serta Tingkatan Enam Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah.Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengahsementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008. Menurut kenyataan Tun Dr. Mahathir, pelaksanaan PPSMI disebabkan beliau melihatpegawai dalam Kementerian Luar Negara tidak mampu menggunakan bahasa Inggeris untukmengurus hal-hal antarabangsa. Beliau telah bercadang untuk menubuhkan sekolah aliranInggeris semula, tetapi cadangan beliau dikatakan tidak disetujui oleh UMNO, maka beliautelah mengumumkan bahawa akan melaksanakan dasar PPSMI mulai tahun 2003. (New StraitTimes 20.7.2002; The Sun 19-20.11.2005). Salah satu sebab lain pelaksanaan dasar ini adalahlebih 90 peratus graduan Melayu tidak berjaya mendapat pekerjaan, lantaran kelemahanmereka dalam bahasa Inggeris (Lee 2003 : 32). Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. MahathirMohamad (2008) juga menyatakan :“Hanya fasih bertutur dalam bahasa sendiri dengan ilmu pengetahuan yang cetek tidak akanmenjadi bangsa yang mulia dan tidak mampu bersaing dengan bangsa-bangsa maju. Sejarahmenunjukkan bahawa penguasaan ilmu yang ada pada bangsa lain bermula denganpenguasaan bahasanya. Penterjemah Melayu yang sedikit bilangan tidak mampumenterjemah jumlah ilmu baru dan kepantasan perkembangan ilmu. Sebaliknya jika kitabelajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kita akan dapat akses secara langsungsendiri semua ilmu yang diterokai.” 7
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Peruntukkan masa pengajaran dan pembelajaran bagi Sekolah Kebangsaan danSekolah Jenis Kebangsaan Tamil, 90 minit seminggu bagi mata pelajaran Sains dan 210 minitbagi Matematik Tahun Satu. Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina pula, 90 minit BahasaInggeris dan 90 minit dalam Bahasa Cina diperuntukkan bagi pengajaran dan pembelajaranSains dalam seminggu. Manakala untuk Matematik pula, 180 minit dalam Bahasa Cina dan120 minit dalam Bahasa Inggeris. Peruntukkan masa bagi Sekolah Menengah dan TingkatanEnam Rendah adalah kekal dan mengikut peruntukkan sedia ada iaitu, 320 minit dalamseminggu bagi setiap mata pelajaran. Mulai tahun 2003 hingga 2007, semua peperiksaan awam (UPSR, PMR, SPM danSTPM) bagi mata pelajaran Sains dan Matematik adalah disediakan dalam dwi bahasa.Sekolah Kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Sekolah JenisKebangsaan Tamil menggunakan Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris, Sekolah JenisKebangsaan Cina menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Kebangsaan manakala SekolahMenengah dan Tingkatan Enam Rendah menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Para calon dibenarkan menjawab soalan peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebutdalam salah satu daripada dua bahasa atau dalam kedua-dua bahasa. Pelbagai strategi pelaksanaan yang telah direncanakan oleh pihak kerajaan dalammemantapkan dasar PPSMI bagi aspek pendidik itu sendiri. Antaranya, Bayaran InsentifSubjek Pendidikan (Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik) sebanyak 10 peratus daripada gajipokok untuk Guru Bukan Siswazah dan lima peratus untuk Guru Siswazah yang mengajarketiga-tiga subjek tersebut diperkenalkan mulai tahun 2003. Para guru yang terlibat jugadikehendaki menjalani kursus ETEMS untuk meningkatkan kemahiran mereka dalampengajaran dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, sekolah-sekolah telah dibekalkan dengan 8
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantarkomputer riba dan projector LCD serta Bahan Bantu Mengajar dalam Bahasa Inggeris untuksubjek-subjek yang berkenaan. Projek Rangkaian SchoolNet yang menyambungkan semuasekolah di Malaysia dalam satu jaringan berkelajuan 1Mbps (muat turun) dan 128Kbps (muatnaik) telah diperkenalkan. Projek ini bertujuan membudayakan penggunaan Internet dalamproses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia membolehkan setiap sekolah mempunyaicapaian ke Internet. Projek ini dibiayai oleh Suruhanjaya Komunikasi dan MultimediaMalaysia (SKMM) bagi tempoh lima tahun dengan jumlah anggaran kos sebanyak RM374.20 juta. Sehingga tahun 2005, sebanyak 9 285 sekolah telah dirangkaikan. Pada tahun 2007, kelompok pelajar sekolah menengah pertama yang melalui PPSMImengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Keputusan rasmi memperlihatkanpeningkatan, khususnya bagi mata pelajaran berkenaan ilmu sains dan matematik. Menurutpemangku Pengarah Jabatan Pendidikan Johor, Ramlan Sariman, mata pelajaran Biologimenunjukkan peningkatan kelulusan sebanyak 4.87 peratus (91.45 peratus hingga 96.32peratus), Matematik Tambahan 6.81 peratus (68.61 peratus hingga 74.76 peratus), Fizik 8.76peratus (94.87 peratus hingga 97.63 peratus), Matematik 1.04 peratus (77.61 peratus hingga78.65 peratus) dan Sains Tambahan 4.29 peratus (86.25 peratus hingga 90.54 peratus),sekaligus membuktikan bahawa bahasa perantara bukan penghalang dalam kejayaan dalampelajaran peringkat menengah. Pada tahun 2008, 518,616 pelajar sekolah rendah perintis PPSMI menduduki UjianPenilaian Sekolah Rendah. Para pelajar diberi pilihan menjawab soalan Sains dan Matematikdalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil atau lebih dari satu bahasa tersebut. Pada13 November, keputusan rasmi dilaporkan mencatatkan hasil yang menggalakkan dari segipenggunaan Bahasa Inggeris dalam matapelajaran sains dan matematik. Ketua PengarahPendidikan Datuk Alimuddin Mohd Dom dilaporkan berkata, 159,234 orang murid (31 9
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantarperatus dari keseluruhan pelajar) menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris sementarauntuk kertas Matematik, bilangannya adalah 238,153 orang (46 peratus). Walaubagaimanapun, keputusan ini dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Menurut PresidenKesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad, iaitu sebanyak 31.1peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupunmatematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latarbelakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagimenggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh, disamping menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri denganmenambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain. Kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in International Mathematics andScience Study (TIMSS 2007) dibuat oleh Sekolah Pendidikan Lynch, Boston College,Chestnut Hill, Massachusetts, Amerika Syarikat. Kajian penting ini walaupun tidak merujuksecara khusus kepada dasar PPSMI tetapi ia mengenai pencapaian matematik dan sains(pelajar Gred Lapan atau Tingkatan Dua) yang membabitkan 59 negara termasuk Malaysiapada tahun 2007. Hasil kajian menunjukkan skor purata pencapaian pelajar Malaysia dalamMatematik dan Sains merosot dengan ketara. Skor matematik 2007 merosot kepada 474 mataberbanding 508 mata pada 2003 dan 519 bagi 1999, iaitu penurunan sebanyak 34 mata. SkorSains pula merosot kepada 471 mata pada 2007 daripada 510 pada 2003 dan 492 bagi kohort1999. Ini mencatatkan penurunan 40 mata antara 2007 dan 2003. Kemerosotan skor purata pencapaian pelajar Malaysia sebanyak 34 mata bagiMatematik dan 40 mata bagi Sains adalah besar, mengikut laporan itu dan terbesar sekali dikalangan 59 negara itu. Antara hasil kajian, didapati hanya dua peratus pelajar Malaysiatergolong dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics dalam TIMSS 2007 berbanding 10
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantarenam peratus pada 2003. Bagi kategori Highbench Mark (skor 550), peratus dalam kategoriini merosot kepada 18 peratus pada 2007 daripada 30 peratus pada 2003. Dalam IntermediateBenchmark (skor 475) pula merosot daripada 71 peratus dalam 2003 kepada 50 peratus bagi2007. Penurunan Malaysia adalah paling ketara berbanding negara lain. Berdasarkanperbandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia dalam ketiga-tiga kategorimatematik juga merosot. Dalam kategori Advanced Benchmark Mathematics TIMSS 2007,hanya dua peratus pelajar Malaysia berada dalam kategori ini berbanding Taiwan (45peratus), Korea (40 peratus), Singapura (40 peratus), Jepun (26 peratus), Hungary (10peratus), England dan Russia (lapan peratus), Amerika Syarikat (enam peratus) dan Serbia(lima peratus). Dalam kategori High Benchmark 550 Mathematics, hanya 18 peratus pelajarMalaysia tergolong kategori ini, berbanding Taiwan dan Korea (71 peratus), Singapura (70peratus), Jepun (61 peratus) England (35 peratus), Hungary 36 (peratus), Russia (33 peratus),Amerika Syarikat (31 peratus), Australia dan Serbia (24 peratus) dan Romania (20 peratus).Secara bandingan dengan negara lain, peratus pelajar Malaysia yang tergolong dalam ketiga-tiga kategori pencapaian Sains juga merosot secara mendadak. Laporan TIMSS mengenai faktor yang dikaitkan dengan pencapaian Matematik danSains ialah di kebanyakan negara mendapati pelajar belajar Matematik dan Sains dalambahasa keluarga (home language) puratanya lebih tinggi pencapaian ujian TIMSS berbandingpelajar yang belajar kedua-dua mata pelajaran ini dalam bukan bahasa keluarga atau bahasakedua/asing. Hasil kajian TIMSS ini menunjukkan wujud hubungan rapat antara prosespembelajaran matematik dan sains dalam bahasa asing, selain bahasa ibunda dengankelemahan dalam prestasi subjek berkenaan. Semua negara dalam kajian TIMSS 2007 yangpelajarnya mengguna bahasa keluarga dalam pembelajaran Matematik dan Sains di sekolahseperti Taiwan, Korea, Jepun, Singapura, England dan Romania mencapai skor yang tinggi. 11
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Antara kajian untuk mengkaji kelemahan dasar PPSMI ialah Kajian TahapKompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal InsanMurid oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA) menggunakan kepakaran 53pakar bahasa dan melibatkan tujuh universiti awam dibuat pada Jun hingga Disember 2008.Antara universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti TeknologiMalaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan UniversitiTeknologi Mara. Kos kajian adalah sebanyak RM470,000, melibatkan 15,089 orang daripadapelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara. Seramai553 guru termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah turut dipilih sebagaisampel bagi kajian yang dijalankan selama tujuh bulan. Kajian mendapati sejumlah 39.3peratus guru Sekolah Rendah dan 13.2 peratus guru Sekolah Menengah masih belumberpeluang menghadiri taklimat asas PPSMI. Keadaan ini telah berlanjutan, dan jika tidakdiberi perhatian, akan menyebabkan prestasi pengajaran guru tidak berkualiti. Penguasaan Bahasa Inggeris guru-guru PPSMI amatlah kritikal dan merupakanmasalah utama untuk menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Gurubelum yakin sepenuhnya untuk menggunakan Bahasa Inggeris, terutama sekolah di luarbandar. Kajian mendapati 39.3 peratus guru Sekolah Rendah dan 25.3 peratus guru SekolahMenengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris. Walaupun merekagagal, mereka terus mengajar dan masih menerima elaun Bayaran Insentif SubjekPendidikan. Kedudukan ini membimbangkan kerana ia memberi kesan terus kepada pedagogiserta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kajian juga mendapati masih terdapat guru Bahasa Inggeris Sekolah Rendah yangtidak berkelayakan atau tidak tergolong sama ada mempunyai opsyen pertama atau opsyenkedua dalam bidang Sains atau Matematik yang mengajar mata pelajaran PPSMI. Di samping 12
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantaritu sejumlah 1.4 peratus guru Bahasa Inggeris Sekolah Menengah yang tidak berkelayakandalam bidang Sains atau Matematik terus mengajar mata pelajaran PPSMI. Amalan inisepatutnya tidak berlaku secara berterusan kerana mata pelajaran PPSMI mementingkankonsep dan istilah dengan huraian secara saintifik dan tepat serta bukan sekadar mengajarmurid dengan menggunakan bahasa Inggeris. Secara keseluruhannya prestasi pengajaran dan pembelajaran guru PPSMI dalam bilikdarjah adalah pada tahap sederhana iaitu 54.4 peratus. Justeru, usaha untuk meningkatkanPengetahuan Isi Kandungan Pedagogi (PCK) memerlukan usaha yang berlipat ganda, iaitulebih daripada 20 peratus untuk mencapai tahap baik atau melebihi 30 peratus pada tahapcemerlang dalam aspek permulaan, penyampaian, penggunaan dan interaksi murid dan gurudalam Bahasa Inggeris dan penggunaan serta kemahiran menggunakan Teknologi Komputer.Bagi melipat gandakan usaha ini berkemungkinan mengambil masa lebih daripada 10 tahunbagi mencapai matlamat PPSMI. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru PPSMI mempunyai kompetensi pada tahapsederhana dalam melaksanakan proses pengajaran pembelajaran dalam Bahasa Inggeris. Inibermakna jurang kompetensi agak besar sejumlah 42.10 peratus untuk diperbaik bagi menjadiguru yang cekap dan berkualiti. Akibatnya pengajaran guru tidak bermaya, kaku, gagalmenyampaikan isi pengajaran dengan tepat dan berkesan, menjemukan, lebih banyakmembaca nota, buku teks atau menggunakan papan tulis. Gagal menghurai atau mengolah isipengajaran dengan baik. Penggunaan bahasa bercampur aduk iaitu dwibahasa sama adabahasa Melayu atau ibunda melebihi bahasa Inggeris atau bahasa Inggeris melebihi bahasaMelayu atau ibunda serta terdapat juga guru tidak menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya. Kecekapan guru dalam mengendali dan menggunakan Teknologi Komputer padatahap sederhana. Dalam erti kata lain guru-guru masih kurang menggunakan bahan Teknologi 13
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa PengantarKomputer atau menggunakannya sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja. Penggunaanteknologi komputer dalam PPSMI ini dianggap oleh guru-guru Sains dan Matematik tidakbanyak membantu murid dalam memahami isi kandungan pelajaran dan proses pengajaranpembelajaran mereka. Tulang belakang PPSMI terletak pada bahu pentadbir sekolah. Mereka memainkanperanan penting yang dipikul dan mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran guruserta pencapaian akademik murid. Kajian mendapati pentadbir yang prihatin denganTeknologi Komputer, mengaktifkan peranan panitia dalam PPSMI dan melaksanakanpemantauan ke atas pengajaran guru-guru memberi kesan dalam proses pengajaran danpembelajaran serta meningkatkan prestasi murid. Daripada 12 mata pelajaran yang diuji, didapati bahawa murid-murid di kawasanBandar mengatasi rakan-rakan mereka di kawasan luar bandar dalam 10 mata pelajaran(kecuali mata pelajaran Fizik Kertas Satu dan Kimia Kertas Satu) dengan perbezaan markahpurata antara 3.30 hingga 19.73. Status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan danpencapaian bahasa Inggeris murid-murid iaitu Sekolah Rendah didapati sumbangan dankorelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbangmeningkatkan Bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiadasumbangan terhadap peningkatan bahasa Inggeris. Bagi Sekolah Menengah Aliran Sastera,mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagiMatematik hanya berjaya menyumbang peningkatan bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratusdan 0.6 peratus bagi Sains. Di samping itu, bagi Sekolah Menengah Aliran Sains, hanya duamata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu KimiaKertas Dua dan Matematik Tambahan. Jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya 14
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantarmenyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia Kertas Dua dan 0.3peratus bagi Matematik Tambahan. Kajian PEMBINA dengan jelas mendapati sesungguhnyapelaksanaan PPSMI menimbulkan kerugian berganda (double jeopardy) kepada murid-murid,terutama kepada lebih kurang 75 peratus murid-murid yang tergolong dalam kategorisederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains danMatematik. PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-muriduntuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat Sekolah Rendah lagi. Pada 4 November 2011, Kabinet Malaysia telah memutuskan pemansuhan Pengajarandan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah kekal dankerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula PPSMI seperti dituntut sesetengahpihak. Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap sebagai Menteri PelajaranMalaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata PPSMI di sekolah rendah akan dilaksanakandalam Bahasa Melayu sepenuhnya pada 2016, manakala di sekolah menengah bagi kedua-dua mata pelajaran itu akan dilaksanakan sepenuhya pada 2021. Kabinet juga memutuskanuntuk membenarkan murid kohort PPSMI untuk meneruskan pembelajaran kedua-dua matapelajaran itu dalam bahasa Inggeris sehingga Tingkatan Lima. Ini bermakna murid kohortPPSMI boleh memilih sama ada untuk meneruskan Sains dan Matematik dalam bahasaInggeris, bahasa Malaysia atau dalam kedua-dua bahasa apabila mereka memasuki TingkatanSatu bermula tahun depan. Sehubungan itu, Tan Sri Muhyiddin telah mengakui PPSMI yangdijalankan di Malaysia, telah menemui kegagalan dan tidak mencapai hasrat dan dasarkerajaan dalam menggunakan kaedah pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasaInggeris. Sebaliknya beliau dilihat lebih berpendirian dalam menegakkan dasarMemartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).Walaubagaimanapun, Tan Sri Muhyiddin tidak menjelaskan secara terperinci tentang kesandan nasib pelajar lepasan persekolahan yang akan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian 15
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantartinggi khususnya di Malaysia, yang kini rata-rata IPT (baik IPTA dan IPTS) menggunakanbahasa Inggeris sebagai medium perantara pengajaran dan mengenepikan bahasa Melayu. DiMalaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia dilihat hanya merupakan satu-satunya IPT diMalaysia yang telus dalam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara danpembelajaran dalam kebanyakan kursus pengajian yang ditawarkan dalam pelbagai bidang. Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan MBMMBI melalui strategiMemartabatkan Bahasa Melayu melalui pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran, limaIPGM khusus Bahasa Melayu, peluasan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran danmelaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dalam Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaandan bahasa ibunda di SJKC dan SJKT. Justeru, strategi memperkukuhkan Bahasa Inggerismelalui penambahan waktu Pengajaran dan Pembelajaran BI di SK, SM, SJKC dan SJKT,empat IPGM dan satu pusat bahasa khusus Bahasa Inggeris, pendekatan Pengajaran danPembelajaran dan menambah fungsi makmal komputer kepada makmal bahasa. 16
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa PengantarFAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH BAHASAPENGANTARBahasa pengantar memainkan peranan yang amat penting bagi menyampaikan isi pelajaranserta pembelajaran dan untuk mencapai objektif sesuatu pelajaran. Terdapat paelbagai kajianyang dijalankan sebelum ini mendapati terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhikewujudan permasalahan di kalangan pelajar untuk menguasai Matematik yang disebabkanoleh bahasa pengantar pembelajaran. Antara faktor-faktor tersebut ialah faktor pengajaranguru dalam Bahasa Inggeris, tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar, sekolah danpersekitaran pengajaran dan pembelajaran. Guru merupakan faktor utama menyumbangkepada kecemerlangan pelajar dalam akademik ini kerana guru yang bijaksana akanmenjadikan proses pengajaran sesuatu yang bermanfaat (Widad, 1998). Menurut Robiah(1994), faktor pengajaran guru sangat memberikan kesan kepada corak pembelajaran danpenglibatan pelajar dalam Matematik. Selain itu Kamaruddin (1989), daya tarikan sesuatupelajaran amat bergantung kepada kemahiran mengajar dan pengajaran guru. Ini jelasmenunjukkan bahawa guru merupakan faktor utama menyumbang kepada kecemerlanganpelajar dalam akademik. Ini kerana kecekapan dan keberkesanan seorang guru memainkanperanan yang penting sebagai pembimbing atau model kerana ia akan mempengaruhi pelajaruntuk menunjukkan sikap yang positif terhadap pencapaian akademik mereka. Mengapa guru menganggap bahasa pengantar ini menjadi masalah kepada merekadalam menyampaikan pengajaran mereka? Antara sebab-sebabnya adalah guru-guru ini tidakmenguasai Bahasa Inggeris, tidak mempunyai persediaan yang khusus misalnya persediaansebelum pelaksanaan PPSMI dijalankan, kaedah pengajaran guru, kurang pengalaman danguru mengajar bidang yang bukan opsyen mereka. Menurut Nik Aziz (1996), keberkesanan 17
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantarpengajaran Matematik boleh dicapai dengan adanya komitmen guru yang menjalankan tugasdengan penuh tanggungjawab dan berusaha meningkatkan pengetahuan dan penguasaanmereka di dalam bahasa Inggeris. Apabila seseorang guru itu tidak dapat menguasai BahasaInggeris yang akan dijadikan bahasa pengantar pembelajaran mereka, sudah pasti perkara iniakan mengakibatkan pengajaran guru menjadi tidak berkesan dan sukar bagi guru-guru iniuntuk memberikan apa-apa arahan sekaligus untuk menyampaikan pengajaran itu denganlebih mendalam. Guru menjadi tidak yakin dengan pengajarannya dan akhirnya tiadahubungan dua hala yang berlaku antara guru dan pelajar semasa proses pengajaran danpembelajaran berlangsung. Menurut Mazlini Adnan dan Marzita Puteh (2009), terdapatperbezaan yang signifikan dalam keyakinan guru berdasarkan pengalaman dalam pengajaranMatematik. Oleh itu, kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Matematik yang mengajarsubjek Matematik dalam bahasa Inggeris perlu membangunkan tahap keyakinan yang tinggisupaya pengajaran subjek Matematik ini boleh dicapai dengan cepat dan berkesan. Selain itu, kaedah pengajaran guru dalam penguunaan bahasa pengantar jugamemainkan peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kamaruddin (1989)menyatakan sesuatu pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan guru yang pandai danberkebolehan mempelbagaikan kaedah, teknik dan aktiviti yang dijalankan dalampengajarannya. Menurut kajian yang dijalankan oleh Blair (1989) pula, pendekatanpengajaran guru yang pelbagai menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran mampumenarik minat responden serta responden mempunyai keyakinan yang tinggi terhadapgurunya. Oleh itu, kaedah pengajaran guru yang pelbagai akan menjadikan proses pengajarandan pembelajaran lebih menarik dan tidak membosankan sekaligus dapat menarik minatpelajar untuk belajar. Ini selari dengan pendapat Sinari (2003) yang menyatakan guru 18
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantarmemainkan peranan yang penting kerana guru merupakan media penyampai ilmupengetahuan kepada pelajar. Persediaan guru semasa proses pengajaran adalah penting apabila guru tersebutmenggunakan bahasa pengantar yang berbeza dengan bahasa ibunda mereka. Menurut AbdulRahim (1984), kesediaan guru sebelum memulakan pengajaran mempunyai pengaruh yangkuat dalam pengajaran dan pembelajaran. Manakala menurut Mohd Shahnan (2003) pula,pengajaran guru mestilah teratur dan sistematik kerana Matematik merupakan mata pelajaranyang berhierarki dan saling berkaitan antara satu tajuk dengan tajuk yang lain. Oleh itu, guruperlulah bersedia dengan tajuk-tajuk yang ingin disampaikan di samping pengetahuan isikandungan yang mantap. Ini kerana apabila guru bersedia sebelum memulakan prosespengajarannya, proses pengajaran dan pembelajaran dapat disampaikan dengan baik danberkesan, guru mempunyai keyakinan yang tinggi apabila menyampaikan pengajaran,pengajaran guru menjadi lebih sistematik dan teratur, pelajar berasa yakin dengan guru danakhirnya dapat menarik minat pelajar. Matematik merupakan mata pelajaran yang penting dan merupakan satu matapelajaran yang mencabar bagi kebanyakan pelajar, apabila pengajaran dan pembelajaranmatapelajaran ini menggunakan Bahasa Inggeris, ini semestinya menjadikan matapelajaranini lebih mencabar lagi. Menurut Mohini dan Aziz (2008), dengan perlaksanaan pengajaranMatematik dalam bahasa Inggeris menambah satu lagi masalah kepada pelajar. Masalahbahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam Matematik mempunyaiimpak yang negatif dalam pencapaian pelajar dalam Matematik. Antara faktor-faktor yangmenjadikan bahasa pengantar ini satu masalah kepada pelajar ialah kerana pelajarmempunyai asas Bahasa Inggeris yang lemah, kurang keyakinan menggunakan Bahasa 19
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa PengantarInggeris, malu untuk berkomunikasi, tidak minat dan bahasa ibunda yang berbeza denganbahasa pengantar yang digunakan dalam pembelajaran.pelajar yang menghadapi masalahadalah pelajar yang tidak dapat berkomunikasi dengan baik seerta mempunyai asas BahasaInggeris yang lemah. Fattman (1986) ada menyatakan kejayaan seseorang dalam matapelajaran bahasa kedua dipengaruhi oleh ciri-ciri individu pelajar itu sendiri. Selain itu,menurut Jumrang (2004), jika pelajar tidak memahami segala penyampaian dan pengajaranguru semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan bahasa maka pastinyaia akan membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar tersebut. Ini jelasmenunjukkan bahawa bahasa memainkan peranan dalam pembelajaran pelajar. Pelajar yangmempunyai asas Bahasa Inggeris yang lemah akan menghadapi masalah dalam pembelajaranMatematik, ini kerana pelajar bukan sahaja sukar memahami istilah-istilah yang digunakansekaligus menyebabkan mereka tidak mampu menyelesaikan masalah Matematik yang diberi.Ini sejajar dengan hasil dapatan Abdul Aziz (2002) yang menyatakan bahawa kegagalanpelajar dalam menguasai Bahasa Inggeris memungkinkan pelajar-pelajar bukan sahaja gagaldalam bahasa kedua tersebut malah turut sama gagal untuk mata pelajaran Sains danMatematik. Akibatnya, pelajar akan menghadapi masalah pembelajaran Matematik, pelajartidak memahami istilah atau sebutan Matematik dalam bahasa Inggeris serta masalah dalammenstrukturkan ayat, malu untuk berkomunikasi atau bertanyakan soalan semasa prosespengajaran dan pembelajaran berjalan, tidak dapat menjawab soalan ujian mahupunpeperiksaan dalam bahasa Inggeris dengan baik dan pelajar tidak mempunyai kesediaan,minat dan keyakinan dalam matapelajaran Matematik. Sekolah-sekolah di Malaysia juga terbahagi kepada dua iaitu Sekolah Kebangsaanyang menggunakan bahasa Melayu atau Sekolah Jenis Kebangsaan yang menggunakan 20
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantarbahasa Cina atau bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar mereka. Berdasarkan petikanakhbar Berita Harian bertarikh 9 November 2011, “Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata, Pengetua dan Guru Besar diberi kuasa untuk memilih BM atau BI atau kedua-duanya untuk mengajar subjek Matematik dan Sains mulai tahun depan sehingga Program Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya pada 2020.”Ini bermakna pihak sekolah diberi pilihan untuk memilih bahasa pengantar bagi sekolahmereka. Ini bertujuan untuk memberi pilihan kepada ibubapa dan pelajar memilih sekolahyang menggunakan bahasa pengantar pembelajaran yang diinginkan. Selain itu, langkah iniadalah bertujuan untuk megelakkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu denganperubahan PPSMI kepada MBMMBI. Persekitaran pembelajaran juga mempengaruhi penggunaan bahasa. Ini kerana pelajarakan menghadapi masalah sekiranya bahasa pengantar pembelajaran tidak sama denganbahasa ibunda mereka. Menurut Ee Ah Meng (1992), persekitaran yang baik danmemberangsangkan akan menjadikan responden bermotivasi untuk belajar denganbersungguh-sungguh. Manakala menurut Mohd Ibrahim (1995) pula, pembelajaran berkesanadalah disebabkan oleh faktor persekitaran yang menyenangkan. 21
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa PengantarLANGKAH-LANGKAH PENYELESAIANFaktor-faktor yang disebut di atas menunjukkan bahawa kita perlu menangani pelbagaielemen untuk mengatasi isu-isu yang berkaitan dengan bahasa pengantar ini. Bahagian iniakan membahagikan kepada empat langkah penyelesaian iaitu melibatkan pihak guru, pelajar,pentadbiran dan lain-lain langkah yang wajar dilaksanakan. Sebagai perancang dalam pembangunan pengajaran dan pembelajaran di sekolah,guru perlu melengkapkan diri dengan segala jenis maklumat yang akan digunakan di sekolahkelak. Kekurangan sesuatu aspek akan memberikan implikasi kepada sistem pengajaran danpembelajaran di sekolah. Justeru, guru haruslah bersedia dari segi pengetahuan, kemahiran,latihan dan emosi untuk berhadapan dengan sebarang situasi yang mungkin timbul semasamelaksanakan pengajaran Matematik menggunakan bahasa Inggeris. Kejayaan kurikulummata pelajaran ini sebahagian besarnya bergantung kepada strategi pengajaran danpembelajaran yang dilaksanakan di dalam bilik darjah. Maka, dapat disimpulkan bahawaperanan guru adalah sangat penting dalam alam pendidikan. Maka, guru perlu melengkapkandiri dengan memilih kefahaman, kemahiran, pengetahuan perguruan serta kepakaran sebagaiguru Matematik dan ini membolehkan mereka berdepan dengan tugas-tugas pendidikandengan lebih berhikmah dan proaktif. Guru juga perlu mempunyai kesediaan yang cukup dari segi keyakinan, kemampuandan emosinya semasa menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Selain itu, pengetahuanmengenai Matematik yang ada pada seseorang guru, perlu disampaikan dengan pelbagaikemahiran mengajar. Atan (1980) pula menyatakan bahawa pengetahuan mendalammengenai isi kandungan pelajaran yang hendak diajar sahaja tidak mencukupi bagimenghasilkan pengajaran yang efektif. 22
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran mereka kerana proses pengajaranyang baik tidak akan berjaya sekiranya guru hanya bercakap atau memberi kuliah sahaja.Sebaliknya guru perlu melibatkan murid secara aktif di dalam proses pengajaran danpembelajaran antaranya untuk menjana minda murid dengan menarik perhatian, menyoal ataumeminta murid member pendapat menggunakan pengetahuan sedia ada. Kreativiti daninisiatif berwawasan guru merupakan penggerak utama ke arah pencapaian pelajar yangcemerlang. Maka, jelaslah bahawa kesediaan guru dalam kelas adalah begitu penting sekali. Guru yang merupakan pelaksana utama kurikulum di peringkat bilik darjah perludiberi latihan berterusan mengenai strategi-strategi meningkatkan keberkesanan pengajaranMatematik bagi menarik dan memotivasikan minat pembelajaran murid. Glickman (1998)menyatakan bahawa inti pati kejayaan sesuatu pengajaran adalah hasil daripada tindakan danpemikiran ahli profesional di sekolah. Kursus dalam perkhidmatan dan sebarang programyang dapat menambahkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan guru adalah aspek yangtidak boleh diabaikan begitu sahaja. Ini bersesuaian dengan apa yang ditekankan di dalamKBSM iaitu memupuk budaya belajar seumur hidup. Perkara demikian sangat penting bagiseseorang guru. Jika seseorang guru itu tidak berusaha memajukan dirinya sendiri, dia akankehilangan keyakinan semasa pengajarannya, terutamanya apabila murid menyoal sesuatuperkara baru. Selain itu, ia turut menimbulkan masalah ketidakmampuan guru untukmenerima sesuatu perubahan terutamanya dalam perubahan kurikulum sekolah. LaporanJemaah Nazir Sekolah (1996) mendapati program latihan yang dihadiri oleh guru adalahsangat berfaedah dan dapat membantu mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dibilik darjah dengan lebih baik lagi. Menurut Zalizan (2000) keberkesanan pengajaran dipengaruhi oleh kepelbagaiankaedah dan strategi pengajaran yang pada asasnya mirip kepada pendekatan pengajaranberpusatkan pelajar. Sekiranya guru itu kurang persediaan, pendekatan pengajaran adalah 23
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantarlebih berpusatkan guru itu sendiri di mana pelajarnya hanya menerima maklumat sahajabukannya memberi, mengolah atau berkongsi maklumat sepanjang proses pembelajaranmereka. Ini membolehkan seseorang guru yang kurang persediaan itu berasa lebih “selamat”dengan penyampaiannya di dalam kelas. Maka setiap guru mestilah mempunyai maklumat,kemahiran dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi untuk melaksanakanpengajaran Matematik dengan menggunakan bahasa Inggeris. Seseorang guru perlumenguasai semaksimum mungkin mata pelajaran yang hendak diajarnya (Atan, 1982).Kurangnya pengetahuan guru terhadap mata pelajaran yang diajar akan menimbulkan rasatidak yakin kepada diri guru itu sendiri seterusnya mendatangkan rasa bimbang danmenghilangkan kepercayaan murid kepada guru. Kaedah pengajaran dan persembahan yangbaik dapat menjadikan pelajar lebih berminat terhadap mata pelajaran tertentu dan inimemerlukan seseorang guru yang mantap dan benar-benar bersedia dengan apa yang akandiajar. Di samping itu, adalah penting untuk memastikan bahawa guru-guru tersebutmengajar mata pelajaran opsyen mereka sendiri. Ini dikukuhkan lagi oleh Hairunisa (2001)yang menyatakan bahawa komponen utama di dalam kesediaan guru untuk mengajar ialahpengetahuan guru itu sendiri. Keupayaan guru dari segi pengetahuan terhadap apa sahajayang hendak mereka berikan kepada pelajar adalah sangat penting. Sementara itu, menurut Omar (1993), guru-guru tidak akan dapat mengajar denganberkesan tanpa perbendaharaan yang cukup. Seseorang itu akan dapat menguasai sesuatubahasa dari semua aspek sekiranya ia mempunyai serta menguasai perbendaharaan yang luas.Kita dapat melihat dengan jelas bahawa penguasaan serta kesediaan yang tinggi diperlukanbagi membolehkan seseorang guru itu menyampaikan pengajaran Matematik dalam BahasaInggeris dengan baik. Kemahiran dan penguasaan mata pelajaran adalah aset penting bagi 24
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantarseseorang guru. Guru yang mempunyai pengetahuan yang mencukupi akan dapatmelaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih mantap dan berkeyakinan. Pelbagai kaedah boleh dilakukan oleh seseorang guru untuk memajukan dirinyaantaranya ialah menghadiri ceramah dan kursus dalam perkhidmatan. Nadzim (2000)berpendapat tahap keyakinan serta kesediaan guru dalam menyampaikan sesuatu matapelajaran adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan adanyakeyakinan yang tinggi serta kesediaan yang mapan, pengajaran yang hendak disampaikanakan menjadi lebih efektif. Kursus dan latihan sentiasa diberi bagi memastikan pengetahuanguru adalah seiring dengan perkembangan ilmu semasa, jika ini tidak berlaku bermakna guru-guru kita ketinggalan berbanding warga pendidik negara lain. Usaha kerajaan memberipenekanan dalam hal ini adalah suatu janji kepada perubahan dari segi sikap dan pengetahuanguru, kita tidak mahu guru yang mendap, jumud dan beku (Razali, 2003). Oleh itu, kreativitidan inovatif guru perlu diasah melalui kursus kemahiran berfikir dan menekankan perananmereka sebagai pemudah cara dalam setiap penyampaian ilmu itu. Guru-guru harus tahukeperluan para pelajar sekarang, cara untuk memikat dan menarik perhatian pelajar. Denganpengetahuan secukupnya seseorang itu boleh membuat pelbagai perubahan di dalam kaedahpengajarannya kerana mempunyai keyakinan yang tinggi. Mereka semakin yakin untukberfikir dan melaksanakan kaedah pengajaran yang lebih kreatif dan produktif supayapengajaran Matematik dalam bahasa Inggeris menjadi lebih menarik dan berkesan. Selain itu, para pelajar sendiri memainkan peranan penting untuk memastikan bahasapengantar bukan lagi satu isu dalam pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris. Merekamestilah berani mencuba untuk menguasai bahasa lain untuk mengelakkan kekeliruanmemilih bahasa ibunda. Bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir pernah mengatakan bahawaBahasa Inggeris adalah bahasa yang diguna luas di mana- mana bidang. Perjanjian atau surat-surat biasanya adalah dalam bahasa Inggeris. Jika kita tidak menguasai bahasa tersebut, kita 25
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantarmungkin akan ketinggalan. Beliau juga berkata, oleh kerana kekurangan penegasanpenggunaan bahasa Inggeris beberapa tahun ini, kerajaan mendapati mereka yang lemahdalam menguasai bahasa tersebut juga menjadi cacat dalam menghadapi cabaran pada eraekonomi baru. Oleh itu, kita perlu memperbaiki kelemahan dalam bidang ini (New StraitsTimes, 7 Mei 2002). Oleh itu, para pelajar mesti sedar akan kepentingan bahasa kedua inidalam menjamin masa depan mereka kelak. Selain dari itu, Yeap Soo Yin (2006) mengatakankebanyakan perisian yang ada di pasaran pada masa kini adalah bukan dalam versi BahasaMelayu. Isi yang ada pada perisian pendidikan ini adalah tidak mengikut sukatan pelajaranyang dikehendaki. Selain itu, pelajar adalah kurang memahami perisian tersebut keranaperisian ini adalah menggunakan Bahasa Inggeris. Dengan ini, pelajar akan hilang minatapabila tidak memahami apa yang diajar dalam perisian tersebut. Kelemahan dalampenguasaan Bahasa Ingeeris ini akan menyebabkan keputusan para pelajar merudum danmerosakkan masa depan mereka. Kesannya, ini boleh menyebabkan peningkatanpengangguran selepas para pelajar lemah tamat pelajaran sama ada di peringkat sekolahmenengah atau peringkat lebih tinggi. Keperluan kepada kefasihan bertutur dan kemampuanmenulis dalam bahasa kedua ini sudah menjadi pengetahuan wajib bagi sesetengah syarikatantarabangsa. Selain daripada guru dan pelajar, kerajaan juga merlu memainkan peranan yangsangat penting dalam mengatasi isu-isu yang timbul berkaitan dengan bahasa pengantar ini.Pelbagai pendekatan boleh dilakukan, contohnya mengadakan pemantauan dan penyeliaanPengajaran dan Pembelajaran para guru bagi memastikan kualiti setiap guru yang mengajarterjamin. Buku rekod mengajar para guru juga mestilah disemak dari semasa ke semasa untukmemastikan guru tidak tersasar dari matlamat pendidikan yang telah ditetapkan. Kerajaan amnya atau Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya mestilahmemperbanyakkan pembangunan perisian versi Bahasa Melayu sekiranya mahu menjadikan 26
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa PengantarBahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi pembelajaran Matematik. Ini adalah untukmemastikan bahawa para pelajar tidak akan ketinggalan dalam arus media massa pada zamanatom ini. Walau bagaimanapun, jika kerajaan ingin melakukan perkara disebaliknya iaitumenjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, maka latihan dan kursus kepada gurumestilah diberikan secukupnya supaya mereka mahir dan fasih berbahasa Inggeris. Ini adalahuntuk memastikan tahap pemahaman pelajar meningkat kerana guru itu sendiri yakin danmahir dalam bidangnya. Minat pelajar mungkin akan bertambah jika para guru mampumengajar dalam cara yang mudah difahami ekoran penguasaan guru yang tinggi terhadapbahasa kedua ini. Guru juga mampu menjadi ikutan atau model yang baik kepada para pelajardalam mendorong mereka dalam mempelajari Bahasa Inggeris dengan lebih aktif. Menurut Razali (2003), kursus dan latihan sentiasa diberi bagi memastikanpengetahuan guru adalah seiring dengan perkembangan ilmu semasa, jika ini tidak berlakubermakna guru-guru kita ketinggalan berbanding warga pendidik negara lain. Usaha kerajaanmemberi penekanan dalam hal ini adalah suatu janji kepada perubahan dari segi sikap danpengetahuan guru, kita tidak mahu guru yang mendap, jumud dan beku. Oleh itu, kreativitidan inovatif guru perlu diasah. Ini menunjukkan bahawa kursus dan latihan yang diberikankepada para guru adalah tidak memfokuskan kepada penguasaan Bahasa Inggeris sahaja,tetapi juga menekankan kepada pengetahuan semasa untuk menyediakan guru dengan ilmuyang lebih luas dan lebih penting lagi mampu mengaplikasikan pengajaran dalam kehidupansebenar. Ini mampu menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran Matematik walaupundiajar dalam bahasa yang sukar difahami kerana mereka mampu memanipulasikan pelajaranyang diterima kepada kehidupan mereka yang sebenar. Faktor persekitaran, ibu bapa, masyarakat media massa dan lain-lain juga perlu diambilkira dalam menyelesaikan masalah yang timbul disebabkan oleh isu bahasa pengantar ini.Pelbagai kempen boleh dijalankan bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa dan masyarakat 27
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantartentang isu bahasa pengantar ini. Memilih Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagaipengantar bukanlah satu perkara yang patut dijadikan isu besar memandangkan apa juarancangan Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk kebaikan masa depan pelajar itusendiri khususyna dan pembangunan ilmiah rakyat sendiri amnya. Oleh itu, kempen sepertimemartabatkan bahasa kebangsaan kita, sayangi bahasa ibunda dan sebagainya sepatutnyamemberi kesedaran kepada masyarakat tentang penggunaan bahasa yang betul. Pada 19 Julai2010, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Seminar Bahasa Rojak yangdirasmikan oleh DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah.Bahasa rojakhanya akan merosakkan bahasa kebangsaan dan juga bahasa kedua itu sendiri. Selain itu, pihak Kementerian juga mestilah menyelaraskan satu bahasa pengantar untukmata pelajaran Matematik ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada para elajar dan paraguru. Adalah tidak sepatutnya menjadikan mereka sebagai „tikus putih‟ di mana sukatanpelajaran diubah-ubah kerana tidak membuat penyelidikan menyeluruh tentang keberkesanandan matlamat sebenar sebelum sesuatu dasar diperkenalkan. Pelaksanaan MBMMBI yangtelah diutarakan dalam topik isu-isu semasa dalam bab terdahulu mestilah diteruskan bagimemastikan kelangsungan kedua-dua bahasa penting ini. Pihak berwajib juga mestilah memastikan media massa mampu memberikan impakpositif kepada para pelajar dalam mempengaruhi penguasaan Bahasa Inggeris mereka.Penggunaan teknologi dalam pembelajaran pastinya akan menyeronokkan pelajar danmenambahkan minat mereka terhadap subjek tersebut. Secara tidak langsung mereka jugamampu menambahkan ilmu dan kemahiran semasa. Walau bagaimanapun, kita pastinyatidakmahu pelajar terpengaruh dengan bahasa yang salah yang dibawa media massa. Oleh itu,penapisan yang betul mestilah dilaksanakan dari akar umbi lagi. 28
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa Pengantar Selain dari itu, kerajaan juga mestilah memperbanyakkan penterjemahan buku imiah daribahasa lain kepada Bahasa Melayu sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Jepun. MenurutKamal Shukri Abdullah Sani (2007), Bahasa Jepun turut menyerap bahasa-bahasa asingkhususnya bahasa Inggeris bagi menyatakan konsep yang tidak terdapat dalam bahasanya. Inimenggambarkan keterbukaannya bagi menerima sesuatu yang tidak ada dalam bahasanyatetapi dengan syarat tertentu bermaksud kata tersebut perlu “dijepunkan”. Negara kita jugaperlulah meneladani Jepun untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita sekiranya kitamemilih untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar bagi mata pelajaranMatematik. 29
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa PengantarKESIMPULANBerdasarkan perbincangan hasil penulisan-penulisan serta kajian-kajian lepas, dapatlahdisimpulkan bahawa bahasa pengantar yang sepatutnya digunakan sama ada Bahasa Melayuatau Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik masih belum dapat diputuskan yangmanakah bahasa yang terbaik yang patut digunakan. Dasar Pendidikan Negara masih lagidalam melakukan percubaan yang dirasakan sesuai untuk mencari penyelesaian terbaik.Walau bagaimanapun, sebagai pelajar, guru atau masyarakat mestilah percaya bahawa walauapapun dasar yang diperkenalkan, ia adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap pendidikanNegara ke tahap lebih tinggi. Oleh itu, kita sebagai rakyat perlu menyokong dan menyahutseruan kerajaan dengan hati terbuka dan menganggapnya sebagai cabaran dan bukannyamenganggap ia satu perkara yang membebankan. 30
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa PengantarRUJUKANAbdul Aziz Ibrahim (2002). Penggunaan ABM Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.Abdul Rahim Osman (1994). Kanak-kanak Melayu Mundur : Keturunan Atau Persekitaran. Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.Atan Long (1980). Pedagogi Kaedah Mengajar Am. Petaling Jaya: Fajar Bakti.Glickman, C. (1998). “Renewing America‟s School: A Guide For School-based Action.” San Francisc: Jossey-Bass.Hairunisa Yosof (2001), “Persepsi Pelajar 4SPH Mengenai persediaan Mengajar Kemahiran Hidup Tingkatan Satu Di Sekolah Menengah”. Tesis Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kamahiran Hidup). Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.Johari Surif, Nor Hasniza Ibrahim, Meor Ibrahim Kamaruddin. Masalah Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Luar Bandar. Universiti Teknologi MalaysiaMohd. Nadzim Ariffin (2000). “Tahap Keyakinan Guru-Guru Lulusan UTM (SPA/SPE/SPJ) Mengajar Matapelajaran Kejuruteraan Di Sekolah-Sekolah Di Daerah Kuala Muda/Yan, Kedah.” Universiti Teknologi Malaysia : Projek Sarjana Muda 31
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa PengantarNoor Azlan Ahmad Zanzali , Norhasnida bt Mohamad (2008) :‟Keberkesanan Pelaksanaan dan Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris di Luar Bandar‟Seth Bin Sulaiman, Umi Mardhiah Binti Abu Bakar: „Kesediaan Bakal Guru Sains Untuk Mengajar Dalam Bahasa Inggeris. Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar Tahun Akhir Fakulti Pendidikan‟, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi MalaysiaProf. Madya, Dr. Yahya Buntat, Dr. Muhammad Sukri Saud, Siti Fatimah Ahmad. Masalah Pembelajaran Matematik Tahun Lima Dalam Bahasa Inggeris.Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Johor.Zalizan Mohd. Jelas, et.al (2000). “The Role Of Experience In The Learning Process Of Student Teacher.” Dalam Abdullah Mohd. Noor (2000),”Strategising Teaching And Learning In The 21st Century .” Vol.3. Universiti Kebangsaan MalaysiaKeong, C. Y. (2010). Impak Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris ke atas Pelajar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina. Jurnal Terjemahan Alam & Tamadun Melayu 1:2 , 21-38Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA). (2009, March 18). Laporan Eksekutif Kajian Pembina: Tamatkan PPSMI. Retrieved March 24, 2012, from Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) Web site: http://arkib-ppsmi.blogspot.com/2009/03/laporan-eksekutif-kajian-pembina.html 32
    • SME6044 : Isu-isu Kontemporari Dalam Pendidikan Matematik –Bahasa PengantarMicheal O., M., Ina V.S., M., Pierre, F., John F., O., Corrina, P., Ebru, E., et al. (2008). TIMSS 2007 International Mathematics Report : Findings from IEAs Trends in International Mathematics and Science Study at the Fourth and Eighth Grades. Chestnut Hill: TIMSS & PIRLS Intermational Study Center, Lynch School of Education, Boston College.Kementerian Pelajaran Malaysia. Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuhkan Bahasa Inggeris. Putrajaya: Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelajaran Malaysia. 33