Pengurusan asset dan fasiliti (a+f)

995 views
773 views

Published on

masjid wilayah KL

Published in: Business
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
995
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
21
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Pengurusan asset dan fasiliti (a+f)

  1. 1. PENGURUSAN ASSET DAN FASILITI (A+F) DI MASJID MENGGUNAKAN APLIKASI PENGURUSAN FASILITI BERBANTUKAN KOMPUTER (COMPUTER AIDED FACILITIES MANAGEMENT, CAFM) Kajian kes : MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR LOGO
  2. 2. Definisi Masjid • • • • Masjid adalah perkataan bahasa Arab yang bermaksud tempat sujud. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat (Budiman, 2007).
  3. 3. Latar Belakang Kajian • • • • • Bersesuaian dengan kepelbagaian fungsi dan peranan yang dimainkan oleh masjid pada hari ini, pelbagai aset dan fasiliti disediakan oleh pengurusan masjid untuk memudahkan dan memberi keselesaan dalam menjalankan aktiviti di masjid. Pengurusan aset dan fasiliti yang baik akan dapat menjamin kelancaran aktiviti yang dijalankan. Kajian melihat corak dan keberkesanan pengurusan aset dan fasiliti di Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) Mengenalpasti beberapa pihak yang boleh membantu pengurusan aset dan fasiliti masjid ke arah yang lebih efektif. Hasil daripada kajian ini diharapkan akan dapat menjadikan pengurusan masjid di malaysia lebih efisyen dan strategik.
  4. 4. PERNYATAAN MASALAH • Menurut Murray (2012), A+F awam bukan sahaja sepatutnya perlu diuruskan dengan baik, malahan ianya seharusnya dapat digunakan seproduktif mungkin dan juga mampu menjanakan pendapatan bagi memajukan dan membangunkan ekonomi dan kebajikan sesebuah komuniti/orang awam disekitarnya. • Sebagaimana fenomena ini turut berlaku bagi masjid-masjid di malaysia, Salleh et al., (2002) ) turut mempersoalkan ketiadaan pihak yang mampu menguruskan A+F bagi masjid-masjid ini dengan baik. Institusi masjid yang bersifat lokal (mengikut kawasan masing-masing) memerlukan pengurusan yang cekap bagi mengurus aset dan fasiliti yang ada selain perlu dipantau rapi oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) masing-masing.
  5. 5. PERSOALAN KAJIAN   1) Apakah  Application Areas of Assets and Facilities  (A+F)  di  dalam Computer Aided Facilities Management  (CAFM)  yang  boleh diaplikasikan di Masjid Wilayah Persekutuan (MWP) ?  2) Adakah  pendekatan  Pengurusan  Aset  dan  Fasiliti  (A+F)  menggunakan  Computer Aided Facilities Management  (CAFM) berupaya  menambahbaik  sistem  pengurusan  sedia  ada  terhadap  aset  dan  fasiliti  di  Masjid  Wilayah  Persekutuan  (MWP) ?  3) Apakah  penambahbaikan  yang  boleh  dilaksanakan  di  MWP  dengan  menggunakan  pendekatan  Pengurusan  Aset  dan  Fasiliti  (A+F)  menggunakan  Computer Aided Facilities Management (CAFM) ? 
  6. 6. MATLAMAT KAJIAN • Kajian yang dijalankan bertujuan mengenalpasti pengurusan fasiliti dan aset  di masjid. Pengurusan fasiliti dan aset masjid memainkan peranan penting  dalam memastikan masjid dapat menjalankan fungsinya dengan  mmaksimum.  • Perisian Computer Aided Facilities Management (CAFM) digunapakai dalam  menambah baik sistem pengurusan sedia ada. Hasil kajian diharapkan  dapat menambahbaik dan melancarkan pengurusan yang dilakukan.  • Kajian kes ialah Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  7. 7. FUNGSI MASJID • • • • • • • • • • • • Masjid pada zaman kegemilangan islam berjaya melaksanakan pelbagai  fungsi dengan efektif sebagaimana yang dinyatakan oleh Sulaiman (1999)  bahawa masjid ketika itu berfungsi sebagai :  (1) Pusat Ilmu;  (2) Pusat Urusan Politik dan Ketenteraan;  (3) Pusat Kaunseling/Penyelesaian Masalah;  (4) Pusat Kesenian Islam; (5) Pusat Riadah;  (6) Pusat Rawatan dan Kecemasan;  (7) Pusat Interaksi Masyarakat;  (8) Pusat Penerangan dan Sumber Maklumat dan juga sebagai  (9) Pusat Kemudahan.    Pembuktian ini adalah melalui rujukan dari sumber-sumber berasaskan AlQuran dan Hadis yang dihimpunkan oleh (Sulaiman, 1999).
  8. 8. OBJEKTIF KAJIAN • • • • Mengenalpasti Application Areas of Assets and Facilities (A+F) di dalam  Computer Aided Facilities Management (CAFM) yang boleh digunakan di  dalam pengurusan aset dan fasiliti di Masjid Wilayah Persekutuan (MWP).  Mengaplikasikan Pengurusan Aset dan Fasiliti (A+F) menggunakan  Computer Aided Facilities Management (CAFM) berupaya menambahbaik  sistem pengurusan sedia ada terhadap aset dan fasiliti di Masjid Wilayah  Persekutuan (MWP). Menambahbaik (enhance) Pengurusan Aset dan Fasiliti (A+F) sedia ada di  Masjid Wilayah Persekutuan (MWP).  Mencadangkan penggunaan Computer Aided Facilities Management  (CAFM) di dalam Pengurusan Aset dan Fasiliti (A+F) sedia ada di Masjid  Wilayah Persekutuan (MWP) dan lain-lain masjid di Malaysia. 
  9. 9. SKOP KAJIAN DAN LIMITASI KAJIAN • Dalam melaksanakan kajian ini, skop kajian telah digariskan bagi memastikan objektif kajian tercapai. Kajian ini menumpukan kepada pengurusan aset dan fasiliti di MWP. • Di samping itu, pengkaji mengadakan temubual dengan responden dari kalangan pegawai Jabatan Agama, penduduk setempat, imam dan ahli jawatankuasa masjid.
  10. 10. Metodologi • Metodologi adalah bagaimana cara kerja dilaksanakan dan aliran kerja dalam sesuatu kajian. • Single case study - mengadakan temubual dengan responden dari kalangan pegawai Jabatan Agama, penduduk setempat, imam dan ahli jawatankuasa masjid.
  11. 11. JANGKAAN HASIL KAJIAN • Aplikasi ini bertujuan bagi menguruskan A+F bagi Masjid Wilayah Persekutuan (MWP). Namun, replikasi (replication) boleh dilaksanakan di lain-lain masjid di Malaysia. • Sistem pengurusan aset dan fasiliti masjid dengan menggunakan CAFM akan dapat memajukan lagi institusi masjid sebagai salah satu institusi yang berketrampilan dan mampu menjadi contoh kepada institusi lain. • Penambahbaikan dalam sistem pengurusan aset dan fasiliti yang diamalkan di masjid dapat dipraktikkan dan diadaptasikan kepada institusi lain mengikut kesesuaian.
  12. 12. KESIMPULAN Penambahbaikan yang dilakukan diharapkan dapat memaksimumkan fungsi dan keberkesanan masjid dalam konteks sumbangan masjid kepada kemajuan dan pembangunan ummah. Kajian mengupas permasalahan yang membelenggu pengurusan masjid selama ini. Diharap objektif kajian yang ditentukan dapat menjawab persoalan yang timbul dalam permasalahan.
  13. 13. Thank You Miftahuddin Bin Misri published by CEFM deriliumboy Ah diin @ facebook LOGO

×