Penipisan lapisan ozon
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
8,921
On Slideshare
8,921
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
189
Comments
2
Likes
4

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 1) Wan Nurhidayah Adila2) Siti Aishah3) Annabella Jane
  • 2.  Ozon terjadi apabila sinaran ultraungu matahari bertemu dengan molekul oksigen di atmosfera yang menyebabkan berlakunya tindak balas yang menghasilkan atom oksigen.
  • 3.  Keadaan dimana lapisan ozon berada dibahagian stratosfera yang mengalami hakisan akibat tindak balas gas CFC kesan daripada aktiviti manusia dengan molekul oksigen sehingga molekul oksigen tadi terhurai. Molekul oksigen terhurai mengakibatkan sinaran ultraungu memancar terus ke bumi.
  • 4. a) Penggunaan bahan kloroflorokarbon (cfc)b) Pelepasan gas nitrogen oksidac) Penyahutanan secara meluasd) Bilangan kenderaan bermotor
  • 5. a) Penggunaan bahan kloroflorokarbon (cfc)  Cfc boleh bertindak sebagai pemangkin yang mempercepatkan penipisan lapisan ozon dengan kehadiran cahaya ultraungu yang tinggi.  Contohnya dalam industri peti sejuk, pendingin hawa, pencuci atau pelarut, foam, aerosol atau prepollen dan sebagainya.
  • 6. b) Pelepasan gas Nitrogen Oksida  Terhasil daripada aktiviti manusia seperti ujian bom nuklear, pelancaran roket.  Pembebasan gas nitrogen oksida melalui ujian nuklear menyebabkan lapisan ozon musnah.  Contohnya negara amerika, india, pakistan.
  • 7. c) Penyahutanan secara meluas  Tumbuh-tumbuhan berperanan membebaskan oksigen dan menyerap gas karbon dioksida melalui proses fotosintesis.  Penyahutanan menyebabkan kandungan oksigen di atmosfera berkurangan dan pembentukan ozon terjejas.  Contohnya hutan di Pulau Langkawi, Kedah yang mengalami kepupusan.
  • 8. d) Bilangan kenderaan bermotor  Peningkatan jumlah kenderaan meningkatkan gas karbon dioksida di atmosfera.  Hal ini menyebabkan peningkatan suhu di lapisan troposfera dan penurunan suhu di stratosfera lalu mempengaruhi pertambahan hablur ais dan mempercepatkan proses penipisan lapisan ozon.
  • 9. a) Kesan ke atas Sistem Geomorfologib) Kesan ke atas Sistem Atmosferac) Kesan ke atas Sistem Hidrologid) Kesan ke atas Sistem Ekologi
  • 10. a) Kesan ke atas Sistem Geomorfologi Penipisan lapisan ozon akan menyebabkan : 1) Peningkatan kadar luluhawa khususnya luluhawa fizikal. 2) Pertambahan kadar hakisan seterusnya mengubah landskap sesuatu kawasan misalnya kawasan gurun panas. 3) Pemanasan suhu dunia akan mempercepatkan proses pemanasan batuan yang akan cepat mengembang dan memudahkan berlakunya penyepaian fizikal.
  • 11.  Contoh di kawasan gurun panas  Keadaan akan menjadi semakin kontang dan gersang yang akan mempercepatkan hakisan layangan angin menghakis dan mengangkut bahan batuan yang sudah tersepai dalam pelbagai bentuk dan saiz ke kawasan pinggiran gurun, lama kelamaan kawasan gurun semakin luas.  Kombinasi antara luluhawa fizikal dan hakisan layangan angin menyebabkan saiz gurun semakin membesar menghala ke pinggirannya dinamakan fenomena “penggurunan”.
  • 12.  Contoh, hampir semua gurun di Afrika dan Asia Tengah seperti Gurun Sahel, Gurun Sahara, Gurun Turkestan, Gurun Namibia dan Gurun Gobi sedang mengalami fenomena penggurunan ini.
  • 13.  Contoh ke atas pencairan ais benua dan ais pergunungan tinggi  Kewujudan lubang ozon di benua Antartika boleh mencairkan litupan ais kerana pancaran matahari khususnya UV diterima permukaan ais tanpa halangan.  Pencairan suhu dunia ke atas litupan ais pergunungan tinggi seperti puncak Everest, Banjaran Himalaya, Banjaran Alps, Banjaran Andes, Banjaran Rocky dan lain- lain akan membentuk sungai-sungai glasier yang besar dan akan menambahkan kadar hakisan ragutan serta lelasan.
  • 14.  Hakisan ragutan dan lelasan akan mempercepatkan kejadian tanah runtuh, runtuhan tebing, salji runtuh, gelangsaran dan sebagainya. Dalam jangka masa panjang, cairan ais akan membanjiri laut, meningkatkan isipadu dan paras air laut seterusnya menambahkan kadar hakisan ombak.
  • 15.  Contoh di kawasan pantai dan kawasan tanah pamah  Kawasan pantai lebih cepat terhakis  Kawasan tanah pamah akan mudah ditenggelami seperti negara Belanda dan Bangladesh.  Natijahnya, daratan akan menjadi semakin kecil.  Dianggarkan jika kesemua litupan ais di benua Antartika setebal 1.6 km mencair maka seluruh benua Eropah akan tenggelam.
  • 16. b) Kesan ke atas Sistem Atmosfera Kadar kenaikan suhu lautan khususnya lautan pasifik akan menjadi lebih cepat.  Contohnya antara September 1997, suhu lautan Pasifik telah bertambah sebanyak sebanyak 5 darjah celcius dan meliputi kawasan seluas 8000km persegi.  Kenaikan air laut menjadikan tekanan udaranya rendah.
  • 17.  Keadaan ini akan melemah, menghenti atau mengubah tiupan angin timuran selama ini membawa hujan lebat di bahagian barat Pasifik meliputi negara- negara Asia Tenggara. Negara-negara tersebut mengalami cuaca panas dan kamarau teruk akibat kekurangan hujan.
  • 18.  Situasi ini mendorong berlakunya kebakaran hutan secara semulajadi sekaligus menyebabkan jerebu seperti yang dialami di Indonesia dan Malaysia pada akhir tahun 1997. Pada masa yang sama, negara-negara di Timur Lautan Pasifik seperti Ecuador, Peru, Chile, Mexico dan Brazil akan mengalami ribut taufan, hujan lebat dan banjir berikutan perubahan angin timuran yang menuju ke negara-negara tersebut.
  • 19.  Pemanasan global yang menambahkan kekerapan dan kekuatan kejadian El Nino itu telah berupaya mengubah cuaca dunia dari kelaziman menjadi tak menentu dan amat sukar diramal.
  • 20.  Pada skala mikro seperti kawasan pemanasan global akan menyebabkan kejadian pulau haba bandar.  Dengan terbentuknya lapisan “selimut karbon dioksida” yang membenarkan sinar lembayung masuk tetapi menghalangnya keluar di ruang atmosfera bandar telah menyebabkan tenaga matahari terperangkap.  Kitar tenaga berlaku pada ruang atmosfera yang sama, lama kelamaan akan memanaskan udara dalam bandar berkenaan.
  • 21.  Oleh kerana suhu atau kepanasan di bandar adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan pinggir atau kawasan luar bandar maka ia seolah-olah pembentukan pulau haba yang panas di bandar dikelilingi oleh suhu sejuk di luar bandar. Contoh bandar-bandar utama yang mengalami pulau haba ialah: a) New York b) London c) Paris d) Tokyo e) Kuala Lumpur
  • 22.  Kejadian pulau haba akan mempercepatkan proses sejatan dan kehilangan wap-wap air di dalam atmosfera dan menyebabkan jerebu.  Udara bandar akan menjadi kering yang menggalakkan pembentukan jerebu apabila partikulat-partikulat terampai seperti debu, habuk, asap dan lain-lain memenuhi ruang udara tersebut.
  • 23.  Di kawasan hawa sederhana seperti di negara-negara Eropah yang mengalami empat musim, tempoh keempat-empat musim tersebut menjadi tidak seimbang lagi. Musim panas lebih pangjang daripada musim bunga, musim luruh dan musim dingin.
  • 24. c) Kesan ke atas Sistem Hidrologi Penipisan lapisan ozon juga menyebabkan kejadian pemanasan global yang mengakibatkan: 1) Gangguan keseimbangan kitaran hidrologi. 2) Pengurangan kuantiti air benua. 3) Regim wilayah daripada sumber-sumber sungai, tasik, kolam. 4) Gangguan terhadap proses transpirasi tumbuhan.
  • 25.  Kadar sejatan permukaan berlaku dengan cepat, tidak sepadan dengan bekalan air misalnya daripada sumber hujan, embun, kabus, kabut dan lain-lain.  Gangguan ke atas kitaran hidrologi memungkinkan sungai, tasik dan kolam tidak mempunyai bekalan air secukupnya atau lebih kritikal lagi punca-punca tersebut mengalami kekeringan air.  Sungai akan berhenti mengalir, empangan kering dan manusia akan merasai bahangannya.
  • 26.  Simpanan air berkurangan  Air tanah berkurangan, paras mata air dalam tanah menurun, sistem akuifer kehabisan sumber air dan kawasan tadahan tidak berfungsi lagi.  Keadaan tersebut mengganggu bekalan air yang tetap kepada sungai sehingga mengalami kekeringan air.
  • 27.  Contoh di kawasan-kawasan gurun panas dan tropika kering  Peningkatan suhu yang berlebihan membolehkan garam-garam galian dari dalam tanah ditarik ke permukaan atau hampir permukaan bumi dalam bentuk larutan menerusi daya tarikan kapilari.  Garam-garam galian seperti kalsium karbonat akan ditinggalkan di permukaan manakala airnya akan tersejat ke udara.  Peninggalan dan pengumpulan garam di permukaan akan membentuk lapisan keras dan kematu dikenali sebagai hardpan, caliche dan duripan .
  • 28.  Contoh di kawasan iklim sejuk dan sederhana  Kawasan tersebut menerima pengaruh salji, tetapi proses sebaliknya yang akan berlaku.  Dimana pemanasan global menyebabkan kuantiti cairan ais akan bertambah, lebih cepat memasuki sungai dan melimpah seterusnya membanjiri kawasan-kawasan yang rendah.  Dalam konteks keseimbangan sistem sungai, keadaan ini dianggap sebagai satu gangguan yang menyebabkan tahap keseimbangan sungai sudah tidak seimbang lagi.
  • 29. d) Kesan ke atas Sistem Ekologi Penipisan lapisan ozon mempengaruhi ekosistem- ekosistem yang terdapat dalam golongan sistem ekologi.  Contohnya ekosistem hutan.  Apabila suhu dunia meningkat, kecenderungan hutan untuk terbakar adalah tinggi seperti yang berlaku di : i. Amerika Syarikat ii. Australia iii. Kepulauan Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia.
  • 30.  Kebakaran hutan secara besar-besaran akan memusnahkan : i. Kepelbagaian biologi (biodiversiti). ii. Kepupusan spesies flora dan fauna yang berharga. iii. Merosakkan rantaian makanan serta habitat. Kesan daripada kemusnahan tersebuut akan menyebabkan ekologi hutan akan berakhir.
  • 31.  Kesan kepada ekologi akuatik, misalnya ekosistem laut :  Air laut yang panas telah memusnahkan hidupan plankton yang menjadi makanan utama kepada hidupan laut yang lain. i. Akhirnya ikan, kerang, sotong turut musnah dan pupus apabila bekalan makanannya berkurangan. ii. Contohnya, nelayan ikan bilis di pesisir pantai Ecuador dan Peru terjejas teruk akibat peningkatan suhu laut apabila sumber ikan bilis di kawasan tersebut makin berkurang.
  • 32.  Kemusnahan terhadap pertumbuhan karang laut dan terumbu karang paling ketara. i. Kawasan laut tropika merupakan kawasan pembiakan terumbu karang yang paling aktif dan menjadi habitat kepada hidupan laut yang lain. ii. Terumbu karang terdapat di taman- taman maritim utama di dunia seperti di :  Pulau Tioman di Pahang  Pulau Sipadan di Sabah  Pulau Redang di Terengganu  Pulau Langkawi di Kedah
  • 33.  Polip-polip karang hanya akan hidup, membiak dan membesar dengan baik apabila suhu laut tersebut adalah sederhana. Apabila suhu meningkat, polip-polip karang akan mati dan sekaligus memusnahkan habitat hidupan laut.
  • 34. Kesan-kesan yang lain akanmenyebabkan :1. Kesihatan terjejas o Penyakit kulit,demam panas,ketarak mata.2. Menjejaskan persekitaran sosial. o Aktiviti riadah tidak dapat dijalankan.
  • 35. a) Melalui persidangan  Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) mengadakan persidangan bagi membincangkan kesan penipisan lapisan ozon dan langkah untuk mengatasinya.b) K empen kesedaran dan badan sukarela  Badan badan sukerela seperti Greenpeace dan WWF meningkatkan kempen kesedaran kepada masyarakat dunia melalui demonstrasi,ceramah dan bengkel.
  • 36. c) Mengekalkan kawasan hutan sebagai hutan simpan  Masalah penyahutanan yang berleluasa di negara maju akan menyebabkan pemanasan global berlaku.  Oleh itu, negara di seluruh dunia perlu mewartakan kawasan hutan sebagai kawasan hutan simpan dalam mengekalkan suhu bumi.
  • 37. d) Kesedaran dalam kalangan pengguna  Masyarakat digalakkan mengurangkan penggunaan bahan CFCs dalam kehidupan harian.e) Kempen kesedaran melalui pendidikan  Pihak kementerian perlu menerapkan isu- isu penipisan lapisan ozon ini dalam sukatan pelajaran seperti matapelajaran geografi dan sains.
  • 38. 1) Lomgman Teks Pra-U STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal2) Internet