http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/identiti-masyarakat-dan-budaya-melayu/Ident...
Anggota-anggota masyarakat dipupuk nilai dan norma sosial melalui proses sosial atau prosessosialisasi. Melaluinya identit...
Kelompok majoriti dan kelompok minoritiKelompok majoriti, seperti orang Melayu di Malaysia mewarisi tradisi budaya dan ber...
tersendiri, di samping memupuk nilai-nilai sosial yang berkaitan. Ada kelompok pula amatterpengaruh dengan kemodenan barat...
Didapati rumah Melayu itu membela monyet yang digunakan untuk memetik kelapa. SeterusnyaBird juga menerangkan lelaki Melay...
kecenderungan mereka, perlu bersifat toleransi dan jangan memandang serong terhadap prejudismereka, bersimpati dan membant...
Walaupun orang Melayu beragama Islam dan sanggup dipaku hidup-hidup dari menolakagamanya, orang Melayu bukannya menganggap...
ketawa mereka adalah orang lain (suka mengusik dan mempermainkan orang lain). Mereka tidaksuka membaca atau bekerja. Merek...
Pada masa yang sama mereka juga tahu menulis dan membaca jawi. Jadi masyarakat Terengganuadalah masyarakat yang mementingk...
bangun pagi, bekerja atau rehat pada waktu siang dan tidur sebaik sahaja hari malam. Hidupmereka mudah dan sudah pasti mem...
dan tidak tersusun cara pembuangan sampahnya, maka kawasan ini menjadi kawasan kegemarangagak yang tertarik dengan kekotor...
Di Terengganu (Kuala Terengganu) Abdullah menerangkan terdapat pasar yang dibuka padawaktu petang. Raja menduduki tempat d...
Di Kelantan lelakinya juga banyak memakai senjata. Setiap orang ada 6/7 batang campak buangdi samping parang lading atau c...
http://pgsdunnes2008.wordpress.com/page/17/Bahasa dan budaya           Edwad sapir dan Benjamin Lee Whorf (dan oleh karena...
http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/budaya/BUDAYABudaya Popular dalam Pembangun...
1.     Gelombang budaya popular yang berkembang secara global itu didapati memainkanperanan yang semakin penting bukan sah...
6       Budaya massa itu selalu dirujuk sebagai unsur-unsur budaya yang disalurkan melaluimedia massa, seperti media cetak...
membolehkan penawaran bahan-bahan budaya itu dapat dipertahankan mutunya. Malahan,dengan pesatnya pembangunan teknologi, p...
tumpuan pengusaha yang menjadikan sebagai bahan-bahan yang dapat dikeluarkan secara besar-besaran bagi mengisi kepentingan...
didapati amat pesat perkembangannya. Permainan juga sebahagian daripada budaya popularyang pesat berkembang.Media elektron...
tradisi itu boleh diteliti kaitan atau hubungannya dengan agama dan kepercayaan. Terdapatunsur-unsur budaya yang merupakan...
budaya rakyat itu. Kepercayaan warisan yang menghidupkan unsur-unsur budaya rakyat itukerapkali dianggap bercanggah dengan...
itu dianggap sebagai pembaharuan dan kemajuan dalam konteks kemodenan. Kesannya itu turutmembawa perubahan kepada perkemba...
kepada tradisi. Seniman di pentas Bangsawan berusaha melahirkan sesuatu yang baru, yangmenyatakan kemodenan bagi menarik p...
penyebaran budaya popular adalah meluas yang merintasi kelas sosial. Golongan kelas atasanatau menengah juga turut menerim...
Perkembangan pesat media massa, iaitu media elektronik dan media cetak turut membawaperubahan nilai dan pemikiran orang ra...
Penawaran bahan-bahan budaya popular itu bukan sahaja melibatkan pengurusan moden,malahan usaha pemasaran juga perlu dilak...
dan perlakuan atau kejadian luar biasa. Bahan-bahan budaya dari luar negara kurangmenimbangkan aspek moral dan etika berla...
budaya rakyat tidak dapat menarik perhatian ramai, terutama ikatannya kepada tradisiberbanding                      dengan...
Kerajaan telah menerima konsep dan prinsip budaya kebangsaan, dan usaha perancangan sertaperlaksanaan dimulakan pada tahun...
Dari sudut ekonomi, perlibatan dalam kegiatan-kegiatan kesenian tradisional atau budaya rakyattidak memberikan pendapatan ...
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Funsibudaya
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Funsibudaya

3,908

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
3,908
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
71
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Funsibudaya

  1. 1. http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/identiti-masyarakat-dan-budaya-melayu/Identiti Masyarakat dan Budaya MelayuIdentiti IndividuSebagai individu setiap orang mempunyai identiti sendiri yang membezakan dirinya daripadaindividu-individu lain dalam masyarakatnya. Seorang itu dapat membina image atau identiti diridengan berbagai cara berasaskan kemampuan masing-masing. Pengenalan diri yang berasaskanidentiti boleh diteliti kepada pakaian, gaya perlakuan, suaranya, cara berjalan, dan berbagaiperkara.Seseorang individu itu boleh membina image atau identiti, yang menunjukkan ciri-ciripengenalannya dengan berbagai cara. Image atau identiti seseorang yang popular dan dikenaliramai dalam masyarakat itu selalunya ditiru atau cuba diikuti orang lain pula. Misalnya, identitiseorang penyanyi popular dengan mudah pula dapat mempengaruhi peminat-peminatnya.Identiti di peringkat individu itu merupakan pengenalan image yang dibina secara sedar atautidak sedar, sebagai menyatakan kedudukannya sebagai individu dan anggota masyarakat.Individu dan BudayaSeorang itu sebagai anggota masyarakat dipengaruhi nilai-nilai sosial, yang memupuk nilai-nilaiitu bagai membolehkannya hidup dalam masyarakatnya. Oleh itu, individu itu mempelajari danmenerima budayanya. Nilai-nilai sosial sebagai teras budaya memainkan peranan penting dalammenyatakan identiti sesuatu budaya itu. Image atau identiti yang dibina oleh individu itu adalahtidak terpisah daripada budayanya.Walau bagaimanapun individu turut memainkan peranan dalam menyumbangkan nilai-nilaisosial dalam membina identiti itu. Dengan kata lain, individu itu sebagai anggota masyarakatdapat membawa perubahan atau memperkukuhkan identiti masyarakat dan budayanya.Identiti masyarakat dan budaya itu dibina oleh individu. Anggota-anggota masyarakatmempunyai tanggungjawab penting dalam menentukan identiti masyarakat dan budayanya.Sebaliknya berasaskan identiti yang dibina itu selalunya menerngkan sifat-sifat anggotamasyarakat. Melaluinya juga sesuatu masyarakat dan budaya dikenali umum.Identiti individu dan masyarakat itu turut menyatakan nilai-nilai sosial. Pengenalan diri yangmelibatkan perasaan atau nilai-nilai individu dan nilai-nilai sosial dibina demikian sehinggaterbina image atau identiti masyarakat dan budaya.Identiti dan Perubahan Budaya
  2. 2. Anggota-anggota masyarakat dipupuk nilai dan norma sosial melalui proses sosial atau prosessosialisasi. Melaluinya identiti masyarakat dan budaya dapat dipertahankan. Individu sebagaianggota masyarakat menyedari identiti masyarakat dan budayanya yang berbeza daripadamasyarakat dan budaya lain.Dalam masyarakat itu terdapat pula kelompok-kelompok sosial yang membina image dan identititersendiri. Sebagai anggota kepada kelompok sosial itu, dalam membina kesedaran rasa kekitaan,maka ia berusaha mempertahankan image atau identiti kelompoknya. Berbagai kelompok sosialdalam sesuatu masyarakat itu membina sub budaya yang membina kesatuan di peringkatmasyarakat dan budaya yang lebih luas. Sub budaya yang berbagai dalam masyarakat Melayu itumerupakan khazanah yang menyatakan kekayaan budaya Melayu itu.Masyarakat berusaha mempertahankan identitinya yang menyatakan dengan jelas kekuatanmasyarakat itu. Identiti itu mahu dipertahankan selama-lamanya. Di samping itu, anggota-anggota masyarakat mahukan perubahan. Perubahan yang berlaku itu menyatakan dengan jelastentang budaya itu dinamis. Tetapi perubahan yang berlaku itu tidak pula menghilangkan identitiyang diwarisi sejak sekian lama. Dalam perubahan yang berlaku masih boleh diteliti identiti yangdipertahankan. Budaya Melayu yang dinamiks, berkemampuan menerima dan menyesuaikandengan perubahan, tetapi mempertahankan identiti Melayu sejak sekian lama. Dengan tu dapatdikatakan, tidak Melayu hilang di dunia.Identiti dan PrasangkaIdentiti masyarakat dan budaya yang dibina itu diakui dan disedari anggota-anggota masyarakat.Mereka berbangga dengan identiti budaya yang mereka warisi dan mereka bina sekian lama.Malahan mereka berusaha menonjolnya, untuk dikenali sehingga ke peringkat global. Tradisiyang diwarisi itu mempunyai nilai-nilai yang tinggi yang ingin dipertahankan.Dalam membina identiti seperti di atas itu bermakna anggota-anggota masyarakat melihat danmenilai ke dalam masyarakat dan budaya sendiri yang sentiasa dipandang tinggi. Sebaliknyamereka juga melihat keluar, iaitu melihat masyarakat dan budaya lain. Dalam melihat keluar atauorang luar melihat budaya Melayu, kerapkali melibatkan prasangka, iaitu melihat identiti budayalain berasaskan sentiman, misalnya memandang rendah masyarakat dan budaya lain dalamkonteks mengagongkan budaya sendiri. Adakala prasangka itu tidak berasaskan realiti, tetapisemata-mata timbul dari sentiman yang terbina dalam masyarakat. Adakala prasangka itu dibinaberasaskan kepentingan tertentu.Malaysia yang terdiri daripada berbagai kumpulan ethnik, boleh menimbulkan prasangka antarasatu dengan yang lain dan seterusnya boleh membawa kesan dalam hubungan antara kumpulanethnik itu. Oleh itu usaha dilakukan oleh kerajaan bagi mengurangkan prasangka buruk antarasatu dengan yang lain.Orang luar yang melihat orang Melayu secara luaran, sebagaimana yang pernah ditulis olehorang-orang barat masa lalu, adakala menggambarkan orang Melayu sangat buruk. Mereka tidakmemahami masyarakat dan budaya Melayu. Pandangan mereka berasaskan budaya mereka, daninilah yang dikatakan ethnocentric.
  3. 3. Kelompok majoriti dan kelompok minoritiKelompok majoriti, seperti orang Melayu di Malaysia mewarisi tradisi budaya dan berusahamengekalkan identiti Melayu dalam berbagai lapangan. Tradisi budaya memainkan perananpenting dalam menyatakan lambang identiti yang diperturunkan dari satu generasi kepadagenerasi berikut. Kelompok majoriti itu menentukan identiti. Walaupun perubahan berlaku,tetapi kelompok itu berusaha mengekalkan identiti.Kelompok Melayu minoriti, terutama di luar alam Melayu ini didapati tidak mampu untukmempertahankan identiti Melayu seperti kelompok majoriti itu. Kelompok minoriti itu selalunyadipengaruhi masyarakat dan budaya majoriti sehingga kelompok itu tidak mampu untukmengekalkan identiti. Apabila generasi baru mengambil tempat dalam kelompok minoriti itu,maka kaitan dengan identiti itu didapati semakin lemah dan dalam jangka masa yang lamaidentiti Melayu yang asal itu boleh hilang. Bandingkan dengan kelompok Melayu di AfrikaSelatan, Sri Lanka dan lain-lain.Krisis IdentitiDalam masyarakat Melayu yang pesat mengalami proses perubahan, terutama tekanan daripadaperadaban asing dan proses globalisasi, anggota-anggota masyarakat menghadapi masalah dalammempertahankan tradisi. Mereka menghadapi krisis dalam mempertahankan tradisi sebagaimenyatakan lambang identiti masyarakat dan budaya Melayu. Dalam menghadapi perubahan itu,selalunya unsur-unsur budaya tradisi diketepikan, dan gaya hidup moden menjadi pilihan. Dalamkeadaan menghadapi krisis identiti itu, terdapat pula gerakan oleh kumpulan-kumpulan tertentuyang mempertahankan identiti, terutama unsur-unsur budaya tradisi yang diwarisi sekian lama.Krisis identiti juga turut dialami di peringkat individu. Dalam pesatnya perubahan yang melandaorang-orang Melayu, turut membawa kesan kepada individu, dalam menentukan bahawaperubahan yang berlaku itu tidak ketinggalan, maka ia juga menghadapi krisis dalammengekalkan tradisi.Krisis identiti ini turut dialami individu yang ibu atau bapanya bukan Melayu. Ia menghadapimasalah dalam menentukan identiti, sebelah ibunya atau sebelah bapanya. Dalam keadaan iniselalunya identiti yang lebih dominan mempengaruhi seseorang itu.Mencari dan Mengenali IdentitiDalam membina identiti sebagaimana yang telah dinyatakan sebelum ini dapat dilakukan secaraluaran, melalui rupa bentuk fisikal dan sesuatu yang dihasilkan dalam melambangkan identiti ituberasaskan kepada struktur luaran. Selain itu, identiti itu juga melibatkan secara dalaman, iaitujiwa Melayu itu. Oleh itu dalam mengenali identiti itu perlu juga difahami aspek dalamannya,iaitu struktur dalaman sebagaimana yang dinyatakan oleh anggota-anggota masyarakat.Kelompok-kelompok sosial dalam masyarakat itu adakala berusaha membina identiti sendirisebagai melambangkan kekuatan kelompok sosial itu. Dalam membina identiti itu berbagai carapernah dilakukan, misalnya melalui agama kelompok sosial itu menyatakan lambang-lambang
  4. 4. tersendiri, di samping memupuk nilai-nilai sosial yang berkaitan. Ada kelompok pula amatterpengaruh dengan kemodenan barat dan menyatakan identiti berasaskan nilai-nilai itu. Walaubagaimanapun kelompok-kelompok sosial itu tidak terpisah daripada masyarakat dan budayaMelayu yang dianggap dominan.Identiti Sosial dan Identiti BudayaMasyarakat membina identiti berasaskan berbagai-bagai aspek kehidupan, termasuk aspek sosialdan budaya. Dengan berbagai-bagai aspek kehidupan itu secara keseluruhan dalam konteks yanglebih luas masyarakat itu membina identiti.Antara aspek atau sistem yang memberikan sumbangan kepada pembinaan identiti itu adalahseperti dinyatakan di bawah:(1)Kekeluargaan dan perkahwinan – termasuk dalam menyusur galur keturunan.(2)Sistem sosial – struktur sosial, meliputi aspek hiraki sosial, status sosial – tradisi dan moden.(3)Sistem kepimpinan dan politik – kedudukan pemimpin.(4)Agama dan kepercayaan – termasuk simbol/lambang yang berkaitan seperti masjid.(5)Sistem ekonomi – termasuk demografi. Kegiatan cari makan, budaya kerja dan sebagainya.Penempatan kampung – bandar.(6)Simbol status/kelas sosial. Kekayaan, kekuasaan.(7)Pakaian, makanan.Berasaskan identiti budaya pula termasuklah nilai dan norma sosial, adat, dan seumpamanya,atau dalam konteks visual dan bukan kebendaan.Melihat kepada perkara-perkara yang diterangkan di atas itu, identiti masyarakat dan budaya itumeliputi keseluruhan aspek kehidupan masyarakat.Pandangan Orang Luar tentang Orang MelayuIsabella Bird, (The Golden Chersonese, Oxford University Press) seorang pengembara Inggeristelah menceritakan tentang orang Melayu Perak semasa beliau melawat negeri itu pada abad ke19. Beliau menerangkan orang Melayu tinggal di kampung menumpukan kepada pekerjaanbertani dan menangkap ikan. Mereka tidak suka tinggal di bandar. Rumah dan perkampunganmereka di tepi hutan dan di tepi sungai. Mereka sukakan kebebasan untuk bergerak. Rumahmereka dibina agak berjauhan antara satu dengan yang lain. Rumah dibina di atas tiang, dindingrumah diperbuat dari kayu yang telah diketam, bumbung rumah dari daun nipah yang disirat.Bumbung rumah agak tinggi dan curam. Rumah orang miskin dan orang kaya tidak jauh berbeza,kecuali tangga rumah orang miskin dibina dari kayu dan rumah orang kaya dari batu. Rumahmereka tidak banyak ruang, didapati ruang tamu juga digunakan sebagai tempat tidur. Dalamrumah tidak banyak perabot. Tikar digunakan sebagai tempat duduk. Lantai rumah pula dipasangrenggang supaya udara dapat beredar ke dalam rumah dan sampah dan sisa makanan bolehdisapu ke bawah rumah tuntuk dimakan oleh ayam. Pada waktu malam nyamuk di keliling dapatdihalau dengan memasang unggun api di bawah rumah.
  5. 5. Didapati rumah Melayu itu membela monyet yang digunakan untuk memetik kelapa. SeterusnyaBird juga menerangkan lelaki Melayu bersifat pendiam, cemburu, curiga dan pembelot.Perempuan pula berbadan kecil, pembersih dan bergiat dalam aktiviti ekonomi sepertimenganyam tikar dan bakul. Pakaian mereka dari sutera atau kain kapas yang menutup bahagianlutut hingga leher.Rupa paras Melayu berkulit sawo matang, kening mereka rendah, tulang pipi tinggi, hidungleper, mulut lebar dengan bibir tebal. Rambut hitam berkilat dan rambut perempuan pula disiput.Perempuan Melayu dikatakan malas bekerja, hasil jualan tikar dan buahan mereka membeli kainbaju. Perempuan suka memakai sarung berwarna merah dan berjalur-jalur. Baju kebayadikenakan kerongsang yang diperbuat dari perak, emas atau permata. Sanggul rambut atau siputrambut disematkan pin sanggul. Kain yang dipakai perempuan diikat dengan tali pinggang yangdiperbuat dari perak atau emas bertatahkan permata. Bagi lelaki pula memakai sarung dan bajuMelayu dan di kepala mereka memakai destar.Undang-undang mereka adalah berteraskan undang-undang Islam. Bird juga memetik pendapatseorang pegawai Inggeris yang bernama Capt. Shaw, yang menyatakan orang Melayu itu lembut,halus, lurus dan peramah, serta mementingkan harga diri. Mereka sensitif dan sanggupmembunuh untuk menjaga dan mempertahankan harga diri dan keluarga. Mereka beragamaIslam dan cita-cita utama mereka ialah untuk menunaikan haji ke Mekah. Ada di kalanganmereka yang telah ke Mekah beberapa kali. Di sekeliling rumah ditanam dengan pokok buahanseperti nangka, durian, sukun, mangga, pisang dan lain-lain. Mereka menghabiskan masa denganmendengar muzik, cerita atau mengadakan ritual keagamaan. Setiap masjid ada kariahnya dansetiap kariah terdapat 44 buah rumah. Kalau ada kampung yang hendak membina masjidnyasendiri mesti ada 44 buah rumah. Hal-hal ugama diserahkan kepada Imam yang jugamelaksanakan tugas-tugas berkaitan perkahwinan dan kematian. Kenduri sering diadakan sepertipada masa kelahiran, memotong jambul, perkhatanan dan perkahwinan. Dan pada waktu kenduriini lazimnya disembelih kerbau. Dari segi kepercayaan, orang Melayu amat percaya kepda hantu,pawang, bomoh dan tanda-tanda baik-buruk. Sebagai contoh, orang Melayu percaya adanyahantu, harimau jadi-jadian dan sebagainya. Orang Melayu juga percaya kepada keujudan pelesit,polong dan lain-lain. Burung pungguk dikatakan burung hantu. Penanggalan pula dalam bentukwanita, kepalanya boleh ditanggalkan dan meninggalkan badan untuk pergi mencari darahperempuan yang baru bersalin. Orang Melayu juga percaya kesan azimat yang dipakai padabadan mereka. Bagi Bird, yang paling penting untuk menjelaskan identiti orang Melayu ialahkeris dan konsep amuk. Keris dilihat sebagai senjata dan simbol diri atau kejantanan lelakiMelayu. Amuk juga dikaitkan dengan hargadiri. Orang mengamuk sekiranya harga dirinyadicemuh atau diperendahkan, ataupun dirinya dan keluarganya diaibkan. Mereka mengamukkerana pandangan mereka menjadi gelap dan tidak tahan menanggung malu dan celaan tersebut.Orang Melayu mengikut F. Swettenham (“The Real Malay”) dalam Stories and Sketches by SirF. Swettenham; selected and introduced by William Roff, Oxford University Press) adalahsebagaimana berikut ini:Untuk memahami orang Melayu dengan mendalam, Swettenham berpendapat, seseorang ituperlu tinggal di kalangan mereka, menghormati agama dan kepercayaan mereka, meminati
  6. 6. kecenderungan mereka, perlu bersifat toleransi dan jangan memandang serong terhadap prejudismereka, bersimpati dan membantu mereka ketika mereka dalam kesusahan dan kalau bolehbukan sahaja berkongsi keseronokan mereka tetapi juga risiko yang mereka hadapi. Hanyadengan cara ini sahaja seseorang itu boleh memperolehi kepercayaan dan keyakinan orangMelayu. Melalui keyakinan ini sahaja seseorang itu akhirnya boleh memahami hati budi orangMelayu, terutama bersifat batiniah itu.Orang Melayu yang sebenarnya, adalah pendek, berbadan tegap dan gempal. Rambutnya lurushitam, kulit sawo matang, hidung dan bibirnya tebal dan matanya cerah dan nampak cerdik.Tingkahlakunya lemah lembut dan mudah untuk didampingi. Orang Melayu bersifat curigaterhadap orang luar tetapi tidak menunjukkan sikap tersebut secara terbuka. Orang Melayuberani dan boleh dipercayai menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Walau bagaimanapundia bersifat boros dan suka meminjam wang tetapi lambat membayarnya balik. Dia petah danbijak bercakap, pandai berkias (dan mungkin juga menyindir), sering memetik peribahasa dankata-kata hikmah, pandai melawak dan berjenaka dan sukakan kepada jenaka yang baik. OrangMelayu suka ambil tahu hal orang lain, terutama jirannya. Oleh itu orang Melayu dikatakan kuatgosip atau suka menjaga tepi kain orang lain. Orang Melayu beragama Islam dan pada pendapatSwettenham ini menyebabkan mereka bersifat fatalistik, iaitu percaya kepada qada’ dan qadar(nasib dan rezeki ditentukan Allah). Tetapi pada masa yang sama mereka juga percaya kepadaperkara-perkara karut dan tahyul yang bertentangan dengan Islam. Dia tidak minum arak danjarang sekali menghisap candu tetapi dia amat minat berjudi, sama ada menyabung ayam ataupunpermainan-permainan yang ada elemen pertaruhan.Secara semulajadi orang Melayu adalah ahli sukan. Mereka suka dan berminat menangkap danmenjinakkan gajah. Mereka juga merupakan seorang nelayan atau penangkap ikan yang cekap.Dari satu segi orang Melayu konservatif, bangga dan megah terhadap negerinya danmasyarakatnya. Mereka menyanjung adat dan tradisi lama masyarakat Melayu. Mereka takutkepada Raja, hormat dan tunduk kepada kuasa. Orang Melayu memandang rendah kepadasebarang pembaharuan dan seboleh-bolehnya akan menolak sebarang pengenalan kepadaperubahan secara mendadak. Sebaliknya, jika mereka diberi masa untuk memeriksa danmenelitinya dan perubahan tersebut tidak dipaksa ke atas mereka, mereka boleh diyakinkantentang keuntungan dan faedah yang boleh dicapai melalui pembaharuan-pembaharuan tersebut.Orang Melayu cepat mempelajari ilmu yang diajar kepadanya. Bagi Swettenham, sekiranyaorang Melayu ingin dan juga bercita-cita tinggi dia boleh menjadi seorang mekanik yang baik.Walau bagaimanapun orang Melayu malas. Dia tidak mempunyai sebarang perancangan yangteratur di dalam hidupnya. Dia tidak tahu tentang ketepatan masa termasuk juga waktumakannya. Padanya waktu itu tidak penting. Rumah orang Melayu tidak tersusun dan kotortetapi dia mandi dua kali sehari. Dia juga suka berhias dan memakai pakaian yang kemas. OrangMelayu tidak toleran kepada sebarang penghinaan. Baginya malu yang diterima hanya bolehdibersihkan dengan darah. Dia akan masam muka dan memendam rasa apabila kewibawaannyadan maruahnya tersentuh atau terguris sehingga dia dirasuk oleh perasaan hendak membalasdendam. Jika dia tidak dapat membalas pada orang berkenaan atau berkaitan dia akanmengancam orang pertama yang ditemuinya, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda.Inilah yang dikatakan amuk. Semangat kesukuan kuat di kalangan orang Melayu. Dia taat dansetia kepada Raja, Penghulu dan pemimpin. Pemberian kurnia oleh Raja kepada rakyat danpemberian hadiah dari rakyat kepada Raja adalah satu amalan yang biasa.
  7. 7. Walaupun orang Melayu beragama Islam dan sanggup dipaku hidup-hidup dari menolakagamanya, orang Melayu bukannya menganggap agama orang lain rendah. Dia juga bukanseorang hipokrit. Kehidupannya akan menghadapi kitaran hidup berikut:Pada masa kecil dia dijaga dengan baik, dia tidur bila dia suka dan makan apabila dia merasalapar (elemen masa tidak penting). Dia jarang dipukul atau dirotan, oleh itu dia jarang menangis.Pada umur 15 atau 16 tahun dia rajin belajar dan dihantar mengaji Qoran walaupun mengajidalam bahasa yang dia tidak faham. Pada umur di antara 16 hingga 25 tahun dia harus dielakkankerana pada peringkat umur ini dia suka bersuka-sukaan, berfoya-foya, boros, pemurah, sukaberjudi, banyak terikat dengan hutang, sering terlibat dalam melarikan isteri jirannya dan sukamenonjol-nonjolkan dirinya. Selepas itu jika dia tidak meneruskan dengan perangai buruknya,dia akan cuba, dengan bantuan orang-orang yang lebih tua darinya, berusaha memantapkankedudukan sosialnya. Jadi, apabila dia mencecah umur 40 tahun dia akan menjadi seorangmanusia yang bijak (dan berpengalaman). Anak perempuan pula dibiarkan hidup bebas sehinggaumur 5 tahun dan kemudian diberi pakaian yang sempurna. Sejak itu dia dididik dan diasuhdalam membantu kerja-kerja rumah dan dapur. Dia juga diajar turun ke sawah. Tujuannya untukmenyediakan menjadi seorang isteri dan ibu yang baik. Pada peringkat umur 15/16 tahun diasukakan pakaian yang cantik dan juga sudah tahu memakai barang-barang kemas. Gadis yangbelum kahwin diasuh dan diajar bagi mengelakkan dari mengadakan hubungan dengan lelakiyang tidak ada tali persaudaraan dengannya. Selepas berkahwin orang perempuan Melayumendapat kebebasan yang seluas-luasnya. Orang Melayu amat mementingkan bangsa danketurunan. Lelaki Melayu boleh kahwin empat dan boleh menceraikan isteri/ isteri-isteri danmenggantikan mereka dengan isteri yang baru. Sekiranya dia mampu dia akan menggunakankesempatan ini tetapi lelaki Melayu jarang-jarang mempunyai empat orang isteri pada satu masa.Orang Melayu mengikut pandangan Hugh Clifford (“The Pople of the East-Coast” dalam buku,In Court and Kampung) diterangkan di bawah ini.Clifford adalah Residen di Pahang dan beliau menceritakan tentang negeri-negeri Pantai Timuriaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan. Walaupun negeri-negeri ini berdekatan tetapi rakyatnegeri-negeri ini jauh berbeza, sama ada dari segi rupa, pakaian, dialek, watak mahupun adatresam. Orang Pahang, mengikut Clifford, hanya menggunakan fikiran dan minda mereka untukmencari jalan berkelahi, bergaduh, berasmara dan bercumbu dan berjudi, yang mereka tahu dansedar dilarang sama sekali oleh agama Islam. Orang Pahang, jelasnya, adalah seorang penyabungayam dan pejudi yang sering terlibat dalam pergaduhan. Dia mempunyai perasaan banggadirinya, bangsanya dan negaranya. Dia kurang arif, kurang ugama dan kurang dayakeintelektualannya sehingga dibuat orang Melayu lain bidalan tentang mereka: kecek anakMelaka; bual anak Minangkabau; tipu anak Rembau; bidaah anak Terengganu; penakut anakSingapura; pencelok anak Kelantan dan sombong anak Pahang. Namun demikian, orang Pahangjuga banyak kualiti yang baik. Mereka jantan dan berani mati. Kelemahan mereka adalah dipermukaan sahaja dan mereka jarang mahu menyurukkan kelemahan ini. Mereka sombong!Mereka berpakaian segak dan sebagai kaki judi sering boros. Mereka juga suka bertindakmengikut nafsu tanpa berfikir panjang tentang hasil atau kesan tindakan mereka. Mereka jugaamat taat dan setia kepada Raja. Begitu juga taat setia mereka kepada seseorang atau sesiapayang dipercayainya, tidak berbelah bagi. Hubungan ini adalah berasaskan saling mempercayai diantara satu sama lain. Mereka sentiasa bergembira dan suka melawak dan berjenaka dan bahan
  8. 8. ketawa mereka adalah orang lain (suka mengusik dan mempermainkan orang lain). Mereka tidaksuka membaca atau bekerja. Mereka juga tidak boleh dipaksa membaca Koran. Mereka jugahanya akan sembahyang setelah dipaksa. Mereka menghadiri sembahyang Jumaat kerana takutkena denda. Kalau boleh orang Melayu tidak mahu bekerja dan tidak akan melakukan sebarangkerja walapun dibayar gaji atau upah yang tinggi dan lumayan. Dia akan melakukannya (kerja)apabila dia dikerah, iaitu atas permintaan dan suruhan orang-orang besar ataupun raja. Kerja-kerja kerah tidak dibayar upah dan di dalam kebanyakan kes mereka terpaksa membawamakanan sendiri. Kerja Raja dikelek sedangkan kerja sendiri diabaikan. Mereka akanmengerjakan kerja-kerja kerah ini tanpa sebarang rungutan seolah-olah itu adalah tugas hakikimereka. Clifford melihat ini sebagai satu sifat yang bertentangan dengan jiwa orang Melayu itu.Dari satu segi, secara sukarelanya, orang Melayu malas bekerja walaupun ganjaran yang dibayarlumayan tetapi dari satu segi yang lain dia sanggup pula dipaksa bekerja dan menyerahkantenaganya secara percuma.Orang Terengganu pula jauh berbeza daripada orang Pahang. Paling utama, mereka sukakankeamanan dan keharmonian. Kegiatan dan minat mereka ialah kepada perniagaan danperdagangan. Apa yang mereka mahu ialah kebenaran dan kebebasan untuk mencari rezeki tanpadiganggu. Namun demikian, mereka tidak menunjukkan sikap taksub dan taat setia membabibuta seperti yang ditunjukkan oleh orang Pahang, yang akhirnya (iaitu orang Pahang) terpaksamenanggung bermacam kerenah, helah dan juga bencana dari Raja dan kerabat Diraja merekasendiri. Bagi Clifford, orang Terengganu hanya berminat untuk belajar, berdagang danbertukang. Sejak kecil lagi dia dibesarkan dalam suasana buku, duit dan tawar menawarperniagaan dan perdagangan. Dikatakan dia tahu memuji dan mengangkat tinggi nilai dan mutubarang-barang yang hendak dijualnya dan menawar atau menurunkan harga barangan yanghendak dibelinya sebaik sahaja dia pandai bercakap. Orang Terengganu dilahirkan dalam duniaperniagaan dan perdagangan. Dia boleh dan sanggup berbohong semasa berniaga, tanpa segandan silu ataupun malu sehingga mereka terkenal ataupun dikenali sebagai pembohong yangpaling terkenal di Tanah Melayu.Sekiranya seorang kanak-kanak Pahang dibesarkan dalam suasana perang atau khabar angintentang peperangan, dan dia pula akan bercita-cita apabila besar nanti mahu menjadi seorangpahlawan terbilang, tetapi berlainan pula dengan kanak-kanak Terengganu. Walaupun lelakiTerengganu memakai senjata tetapi dia kurang tangkas menggunakan senjata tersebut. Kerisyang dipakai hanya sebagai pelengkap pakaian lelaki sahaja. Keadaan ini berlaku keranamasyarakat Terengganu memberi sanjungan yang lebih dan memandang tinggi mereka yangberpendidikan atau yang mempunyai kemahiran-kemahiran yang tertentu. Jelasnya orangTerengganu memuliakan mereka yang berpelajaran dan berilmu sama ada yang menguntungkanmereka di dunia mahupun akhirat. Bagi Clifford, orang lelaki Terengganu dibesarkan sebagaipengecut tetapi mereka tidak mahu mengakui hakikat ini. Pandangan Clifford ini mungkin tidakadil kerana mencintai keamanan dan tidak suka bergaduh bukanlah sifat orang yang pengecut.Sebaliknya ia menggambarkan seseorang yang ingin tinggal di dalam sebuah masyarakat yangmadani.Walau bagaimanapun prestasi dan imej orang Melayu Terengganu adalah lebih baik dari orangMelayu lain, bukan sahaja di Pantai Timur tetapi juga di Semenanjung Tanah Melayu.Umumnya, seseorang anak Terengganu itu telah tamat membaca Koran sebelum akil baligh lagi.
  9. 9. Pada masa yang sama mereka juga tahu menulis dan membaca jawi. Jadi masyarakat Terengganuadalah masyarakat yang mementingkan ilmu. Namun demikian, orang Terengganu lebih terkenalkerana kemahiran mereka dalam bidang kraftangan. Hasil tangan seperti barangan tembaga,senjata dan juga pertukangan kayu mereka adalah yang terbaik, tercantik dan terhalus dikalangan orang Melayu di Semenanjung Tanah Melayu. Begitu juga dengan hasil tenunan kaindan songket mereka. Mereka juga dikatakan pandai membuat barang-barang tiruan, contohnya,serban yang diekspot setiap tahun ke Mekah dan dijual di sana sebagai barangan tempatan yangdihasilkan oleh Arab Saudi sendiri. Dari segi pakaian, pakaian orang Terengganu jauh berbezadari orang Pahang. Kita boleh kenal orang Terengganu sebelum dia membuka mulutnya. Walaubagaimanapun Clifford tidak menjelaskan apakah yang dimaksudkannya. Namun begitu,sekiranya kita hendak buat andaian mungkin pakaian orang Terengganu itu lebih kemas sesuaidengan kerja mereka sebagai peniaga dan pedagang.Orang Kelantan juga mempunyai ciri-ciri mereka tersendiri. Bagi mereka yang berjumpa denganorang Kelantan buat kali pertamanya mungkin tidak akan faham tentang tutur-katanya. OrangKelantan juga tidak faham bahasa orang lain kecuali dialeknya sendiri. Rupa atau paras orangKelantan serupa sahaja; tidak begitu bersih baik dari segi rupa mahupun perangai. Walaubagaimanapun dia mempunyai temperamen yang baik dan sentiasa bergembira. Orang Kelantankuat dan gagah. Mengikut Clifford, ada orang Kelantan yang boleh memecahkan pintu dengankepalanya. Contohnya, seorang lelaki yang diberi gelaran Awang Kepala Keras. Selain itu, diajuga boleh memikul beban yang berat, mengayuh perahu untuk beberapa jam dan bolehmelakukan kerja lebih dari orang Melayu lain. Tingkahlaku orang Kelantan agak kasar dan tidaksensitif seperti orang Melayu lain. Mereka kurang prihatin terhadap perasaan orang lain. OrangKelantan berani tetapi beraninya membabi buta tanpa memikirkan akan bahaya yang mungkindihadapi. Bagi masyarakat lain di Pantai Timur (orang Pahang dan Terengganu) watak baikorang Kelantan ditenggelami oleh reputasi orang Kelantan sebagai pencuri, perompak ataupenceluk. Semasa merompak mereka dikatakan menggunakan senjata tajam yang dikenalisebagai parang jengok. Perempuan Kelantan lebih menonjol dari wanita-wanita lain di TanahMelayu. Mereka sering kelihatan di pasar sama ada meniaga atau membeli. Mereka senangbertutur mesra dengan semua orang dan tidak menunjukkan sifat-sifat malu yang lazimditunjukkan oleh perempuan Melayu yang lain. Ada kalanya kemesraan mereka khusus denganpelanggan lelaki bersifat `flirtatious’ atau kemanja-manjaan. Di Kelantan, lelaki dan perempuan,lain cara berpakaian mereka jika dibandingkan dengan orang Melayu lain. Orang lelaki Kelantantidak memakai baju atau seluar sebaliknya mereka lebih selesa memakai sarung. Kain sarungdiikat singkat hingga ke lutut dan apabila duduk lutut mereka terdedah. Orang perempuanKelantan pula suka berkemban dan bahagian bahu dan dada sering terdedah. Cara berpakaianbegini membuat orang lain menganggap orang Kelantan tidak beradat dan beradab sopan.Sebelum tahun 1888 orang Kelantan takut ke Pahang kerana orang Pahang menganggap orangKelantan itu hanya layak untuk menajamkan matakerisnya sahaja. Dalam perkataan lain orangKelantan itu baik dibunuh sahaja. Seperti orang Melayu lain di Pantai Timur, orang Kelantanjuga suka berjudi sama ada berlaga ayam, kambing atau kerbau.Pada keseluruhannya bagaimanakah agaknya cara hidup orang Pantai Timur? Mengikut Clifford,di Kelantan, Terengganu dan Pahang, cara hidup mereka hampir serupa. Di kawasan pendalamanrakyatnya lebih lurus dan amanah, lebih rajin, mengalami prubahan yang sedikit dan hidupmereka sehari-hari berkisar kepada saraan hidup semata-mata. Mereka juga cepat tua. Mereka
  10. 10. bangun pagi, bekerja atau rehat pada waktu siang dan tidur sebaik sahaja hari malam. Hidupmereka mudah dan sudah pasti membosankan. Hidup mereka sederhana dan kebanyakan merekatidak mampu untuk kahwin lebih dari satu. Penduduk yang tinggal di tepi pantai pula berbeza.Gosip dari istana, cerita-cerita tentang keberanian pahlawan, perbincangan tentang ilmu dansebagainya memenuhi masa hidup mereka. Bagi golongan remaja lelaki, dayang-dayang dangundek-gundek Raja keadaan dan pergaulan yang bebas menambahkan lagi kenakalan remajamereka. Walaupun risikonya tinggi, golongan remaja ini jarang-jarang mahu melepaskanpeluang tersebut. Mereka yang didapati berkendak dengan gundek Raja bolah dihukum bunuh.Orang Melayu mengikut pandangan Munshi Abdullah (Kisah Pelayaran Abdullah :diselenggarakan oleh Kassim Ahmad). Pelayarannya ke Kelantan, Abdullah telah sempat jugasinggah di Pahang (Pekan) dan Terengganu (Kuala Terengganu). Sebagai seorang etnografer diatelah mencatatkan dengan detail apa yang dapat diperhatikannya di ketiga-tiga buah negeri diPantai Timur ini. Catatannya ini menarik jika kita bandingkan perbezaan dan persamaanpandangan tersebut dengan apa yang ditulis oleh Hugh Clifford. Mengikut Abdullah, negeriPahang seperti sebuah dusun, penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang menghijau. Tidak terdapatsebarang pasar, kedai atau lorong untuk orang ramai berjalan kaki. Abdullah percaya negeriPahang kaya dengan hutan sebab penduduknya malas. Sekiranya hutan-hutan ini ditanam denganpokok-pokok yang boleh mendatangkan hasil usaha tersebut pasti berjaya kerana tanah Pahangsubur. Mengikut pemerhatian Abdullah, dari 100 orang penduduknya hanya 10 orang sahajayang nampak berkerja. Yang lainnya, sama ada lalai, miskin atau suka berbuat jahat (mungkinmaksud Abdullah, mencuri atau menjadi samseng kampung). Setiap lelaki Pahang ada sekurang-kurangnya 4-5 jenis senjata yang tidak bercerai dari tubuhnya. Tabiat lelaki Pahang ialah sukamelawar sahaja. Gemar memakai seluar dan kain-baju yang bagus-bagus sahaja tetapi malasbekerja atau tidak mahu berusaha. Kebanyakan mereka kurus kering keana mereka juga sukamenghisap madat atau candu. Jelasnya ramai orang Melayu Pahang yang ketagih candu. Rumahmereka rumah atap. Bergantung kepada taraf hidup, rumah mereka ada yang kecil dan ada yangbesar. Kesemua rumah tersebut didirikan di atas darat. Namun demikian, kawasan keliling rumahmereka semak-samun. Kampung orang Melayu Pahang tidak tersusun kerana rumah-rumah yangdidirikan tanpa perancangan dan peraturan. Terdapat sebuah rumah di sini dan sebuah rumah disana. Ada rumah yang dibina dalam hutan dan yang didirikan di tepi pantai. Ada kawasan rumahyang dipagar dan ada yang tidak dan dibiarkan begitu sahaja. Kawasan di bawah rumahselalunya kotor. Di bawah rumah, biasanya di bawah rumah dapur akan terdapat kelimbahan ataulopak air yang bertakung dan menjadi dalam apabila dicakar dan disudu oleh ayam dan itik yangmencari sisa-sisa makanan yang dibuang ke dalamnya selepas pinggan mangkuk makan dibasuh.Kawasan ini dan juga rumah berbau busuk kerana tidak terdapat longkang untuk mengalirkan airyang bertakung itu. Di bawah rumah juga terdapat banyak sampah sarap yang disapu dari atasrumah. Setiap malam unggun api akan dipasang di bawah rumah untuk menghalau nyamuk.Asap sering naik ke rumah menyebabkan mata menjadi pedih dan berair. Pakaian di atas rumahjuga akan menjadi hitam disebabkan asap dan jelaga. Tanaman yang banyak ditanam disekeliling rumah ialah pokok nyiur dan pinang. Harga 8 buah nyiur ialah seringgit. Terdapat jugasayur-sayuran seperti keladi, ubi, keledek, tebu, pisang dijual tetapi hasil kebun ini datangnyadari kawasan hulu negeri. Orang Pahang juga memelihara ternakan seperti kambing, kerbau,lembu, ayam dan itik. Jelasnya, cara hidup orang Pahang adalah cara hidup masyarakat tani(peasang) atau masyarakat kampung yang di samping bercucuk tanam dan berternak untuksaradiri juga menghasilkan tanaman kontan. Oleh kerana kawasan persekitaran kampung kotor
  11. 11. dan tidak tersusun cara pembuangan sampahnya, maka kawasan ini menjadi kawasan kegemarangagak yang tertarik dengan kekotoran dan bangkai-bangkai yang bersepah. Hasil daganganPahang yang terbesar ialah emas dan timah. Ada juga penduduk yang menghasilkan sutera. Adajuga antara mereka yang ke hutan mencari kayu kemuning, damar dan rotan. Wang yangdigunakan di Pahang dikenali sebagai tampang. 16 tampang = 1 ringgit.Dari segi sistem sosialnya, terdapat ramai golongan Sayid (Syed) di Pahang. Kononnya merekaadalah keturunan nabi. Maka cucu-cicit mereka juga memakai gelaran Syed pada awal namamereka. Di Pahang terdapat juga golongan yang dikenali sebagai golongan Sheikh. Gelaran inijuga dipakai turun-temurun. Bahasa yang digunakan oleh orang ramai apabila bercakap dengangolongan ini serupa seperti mereka bercakap dengan golongan Raja-Raja. Mereka bertengku danberhamba Tengku. Pekerjaan golongan ini berniaga. Di kalangan ini lebih ramai yang kaya dariyang miskin. Rumah-rumah mereka lebih baik dan cantik dari rumah orang Melayu. Nampakjelas bahawa golongan ini wujud sebagai satu kelas yang nyata. Mereka mengamalkan carahidup dan status yang jauh lebih baik dari rakyat Pahang yang lain. Penempatan atauperkampungan mereka jauh berbeza dari perkampungan orang Melayu. Mereka tinggal di tepipantai dan di kawasan perkampungan itu terdapat sebuah masjid. Anak-anak mereka dihantarmengaji di masjid tersebut walaupun mereka tidak faham tentang apa yang mereka baca. Namundemikian kebanyakan rakyat biasa tidak tahu membaca dan sekiranya keadaan ini dibiarkannescaya akan merosakkan generasi orang Melayu yang akan datang. Di Pahang, seperti dinegeri-negeri Melayu yang lain, terdapat juga golongan istana atau Raja yang merupakanpemerintah negeri. Mengikut Abdullah, anak-anak Raja Pahang menaruh berpuluh-puluh hambaRaja. Hamba Raja wujud apabila orang yang bersalah melakukan jenayah bunuh mengadapSultan dan di samping memohon maaf di atas perbuatannya menyerahkan juga dirinya kepadasultan untuk dijadikan hamba Raja. Status dan kedudukan hamba raja tinggi dan ditakuti olehorang ramai. Di dalam kebanyakan hal mereka menjadi tukang pungut hutang dan tukang pukulanak-anak raja. Mereka bolehlah dianggap sebagai samsing kampung. Mereka sering digunakanoleh pihak raja dan anak-anaknya untuk mengganggu anak-isteri orang. Oleh kerana merekadilindungi raja maka ditakuti dan boleh melakukan apa-apa sewenang-wenangnya. Sekiranyamereka dibunuh sultan akan menuntut tujuh nyawa kerabat orang yang membunuh hamba rajatadi. Terdapat dua cara hukuman bunuh dilaksanakan di Pahang, iaitu cara sula dan salang. Suladilaksanakan dengan menikam dubur pesalah dengan pucuk nipah hingga sampat ke perutnya.Salang pula ialah membunuh dengan menggunakan keris panjang yang dikenali juga sebagaikeris penyalang. Keris tersebut digunakan untuk menikam jantung melalui tulang selangka, iaitukawasan di antara bahu dengan leher sebelah kiri. Keris akan dicabut dan kawasan luka itu akanditekap dengan kain untuk menghalang darah dari memancut. Rakyat Pahang dikatakan takuthendak mengubah cara hidup mereka, terutama taksub kepada golongan raja kerana takutkandaulat Raja. Abdullah mengimbas semula tentang negeri Pahang. Dahulu Pahang mashur tetapisekarang negeri tersebut kesunyian dan miskin. Kemiskinannya bukanlah kerana ia diserang danditawan musuh dari luar atau disebabkan oleh perompak dan penyamun yang mengganggu danmenjejaskan perniagaannya ataupun oleh kerana tanahnya yang tandus kerana terbukti hutannyahidup subur menghijau. Bagi Abdullah, Pahang miskin kerana kezaliman rajanya. Rakyat takutdan juga tidak mahu berusaha dan menghasilkan lebihan untuk simpanan kerana akhirnya akandiminta oleh raja. Kalau tidak diberi akan dirampasnya juga. Maka keadaan ini mematahkansemangat rakyat untuk membuat harta, menabung dan sebagainya.
  12. 12. Di Terengganu (Kuala Terengganu) Abdullah menerangkan terdapat pasar yang dibuka padawaktu petang. Raja menduduki tempat dan hiraki yang istimewa dalam masyarakat Melayu.Apabila melalui istana dan perkampungan raja, rakyat biasa dilarang memakai payung samasekali. Golongan rakyat juga dilarang memakai baju kasa, kasut dan pakaian serba kuning.Abdullah menganggap larangan ini sebagai kolot dan bodoh. Dia bertanya, mengapa tidakdilarang burung terbang di atas istana, atau nyamuk memakan darah raja atau pijat-pijatmenggigit raja dan sebagainya. Sebaliknya mengapa tidak dilarang penjualan dan penghisapanmadat atau candu yang berleluasa bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi juga raja. Sepatutnyaraja menjadi contoh, teladan dan role model untuk rakyat tetapi di Pahang dan Terengganusebaliknya berlaku. Golongan raja tidak menampakkan ciri-ciri orang yang dianggap berbangsa,bangsawan dan berdarjat mulia. Jadi jika golongan raja tidak berakhlak mulia bagaimanakahpula dengan rakyat biasa? Orang yang menjadi penagih madat jarang mementingkan kebersihandirinya. Pakaian mereka kotor dan berdaki. Kadang-kadang pakaian tersebut 4-5 bulan tidakdibasuh. Baju mereka penuh dengan tuma. Kebanyakan kanak-kanak Terengganu tidakbersekolah. Mereka asyik bermain-main sahaja sepanjang hari. Jalan-jalan dan lorong-lorong disekitar pekan didapati kotor dan penuh dengan sampah sarap. Jalan dan lorong tersebut jugasering becak. Perkampungan dan rumah mereka congkah-mangkih, iaitu tidak tersusun dan tidaksama. Masing-masing penghuni membina rumah ikut suka hati. Ada rumah yang membelakangijalan ada yang mengiring jalan dan terdapat juga lorong-lorong yang sempit yang hanya muatuntuk seorang lalu sahaja. Rumah dipagar tetapi pagar yang dibina bengkang-bengkok. Ataprumah pula dipasang tinggi. Keliling rumah kotor dan di bawah rumah terdapat banyak sampahsarap. Di bawah rumah dapur pula terdapat kelimbahan. Kebanyakan rumah terdapat banyaksabut yang diperun pada waktu malam untuk menghalau nyamuk. Di kawasan kampung ditanambanyak pokok kelapa. Pada tiap-tiap kampung terdapat sebuah madrasah. Di pasar terdapat ramaipeniaga barang-barang makanan tetapi kesemua mereka perempuan. Barangan makanan yangdijual adalah penganan, cucur, pisang rebus, keladi rebus, penganan talan dan sebagainya.Terdapat perbezaan di antara rumah orang kaya dengan orang miskin. Rumah orang kaya dibuatdari batu dan bangunan rumah adalah seperti rumah orang Cina. Rumah tersebut diberi temboktetapi dinding tembok penuh dengan kesan ludah sirih dan juga lumut. Di Terengganu jugabanyak ditanam pokok limau yang dijual di pasar. Lembu, kambing dan biri-biri murahharganya. Harga seekor kambing seringgit. Walaupun daging murah orang ramai tidak sukamemakannya. Sebaliknya mereka lebih suka makan makanan yang busuk-busuk sepertitempoyak, pekasam, petai, jering, ulam dan sebagainya. Di Terengganu juga tiada tempat atausekolah orang mengajar Bahasa Melayu tetapi terdapat 6/7 buah rumah tempat kanak-kanakbelajar mengaji. Abdullah menceritakan juga tentang dialek Terengganu di mana perkataan yangberakhir dengan n dibunyikan ng. Contohnya, ikan = ikang, tuan = tuang, bulan = bulang, makan= makang dll. Walau bagaimanapun apabila mereka menyurat betul pula ejaannya. DiTerengganu, raja dan hamba raja bermaharajalela. Setiap orang dikatakan ada 4-5 campak buang(lembing?), sebilah keris dan sebilah chenangkas (pedang panjang). Mereka tidak bekerja kecualimemikul senjta-senjata ini ke hulu ke hilir. Orang lelakinya malas tetapi orang perempuannyarajin-rajin terutamanya di dalam bidang perniagaan. Di Terengganu juga rakyat takut hendakmengumpulkan harta atau menghasilkan lebihan takut nanti diminta atau dirampas ataudirompak oleh golongan raja. Abdullah risau sekiranya kaum ibu yang bekerja dan berniaga,anak-anak di rumah akan terbiar dan tidak terurus pakaian dan makan minum mereka. Apa yangakan jadi pada generasi akan datang?
  13. 13. Di Kelantan lelakinya juga banyak memakai senjata. Setiap orang ada 6/7 batang campak buangdi samping parang lading atau chenangkas atau pedang. Sebilah keris juga lazimnya tersisip dipinggang. Ada juga di kalangan mereka yang membawa senapang. Warna kulit merekasemuanya hitam. Tanah perkampungan orang Kelantan subur dan ditanam penuh dengan nyiur,durian dan buah-buahan tempatan yang lain. Terdapat juga binatang ternakan seperti lembu, dankerbau yang gemuk-gemuk. Di pasar penuh dengan perempuan yang berniaga. Seperti diTerengganu, di pasar terdapat juga makanan busuk-busuk yang disukai orang tempatan sepertibudu, ikan asin, siput asin dll. Orang tempatan tidak banyak makan daging tetapi sebaliknya sukamakan ikan yang banyak terdapat di perairan negeri itu. Abdullah disuruh makan timun tetapiapa yang dipanggil oleh orang Kelantan timun itu adalah tembikai. Kenderaan Raja Kelantanadalah gajah. Abdullah menghadap raja, dikeluarkan tempat sirih dahulu dan dia disuruh makansirih sementara menunggu raja santap. Raja Kelantan pada waktu itu berwajah rendah, hitammanis, tubuhnya gempal, mukanya bulat dan hidungnya mancung. Rambutnya mencecah bahu.Pada pinggangnya tersisip sebilah keris. Keadaan kampung tidak tersusun. Sampah-sarapberselerakan menyebabkan alam persekitaran berbau busuk. Orang Kelantan, sama ada rajamahupun rakyat tidak memakai kasut. Di Kelantan terdapat ramai perempuan jalang yangdikenali sebagai orang bujang. Apabila waktu petang mereka datang menghampiri perahu.Mereka datang berkemban dan memakai sanggul lintang. Pada rambut mereka diletakkan bungamelor yang telah dikarang. Bagi orang Kelantan pekerjaan ini tidak dianggap hina. MengikutAbdullah, “adat dalam negeri tiada menjadi hina pekerjaan itu”. Kebanyakan orang Kelantanjuga suka menyabung dan berjudi. Mengikut Abdullah, dari 100 orang hanya 2 sahaja yangmengikut perintah Allah seperti sembahyang. Rakyat taat kepada sultan. Apabila sultanberperang sama sendiri (perang saudara kerana berebut takhta) rakyat dikerah untuk berlawan.Mereka membuat kubu dan terpaksa membawa bekalan makan sendiri kerana raja tidakmenyediakan makanan untuk mereka. Anak bini di rumah dibiar mencari nafkah sendiri. Rakyatyang dikerah berperang juga terpaksa bawa senjata sendiri kerana raja juga tidak membekalkanmereka dengan sebarang senjata. Peperangan ini biasanya memakan masa berbulan-bulan keranamasing-masing pasukan akan hanya melepaskan beberapa das tembakan dari kubu mereka setiaphari. Peperangan ini menguji ketahanan mental dan juga bekalan makanan masing-masingpasukan. Apabila makanan habis rakyat yang dikerah akan balik ke rumahnya untukmenyediakan bekalan makanan bagi jangka masa berikutnya. Di Sabak (sebuah perkampungannelayan di tepi pantai) rakyat rata-rata miskin. Kain baju mereka compang-camping. Kepalamereka gondol. Pekerjaan penduduk ialah memukat dan bertanam padi. Tempat tinggal merekamerupakan pondok, atap dan dindingnya dibuat dari daun nipah. Lantai pula jongkang-jongkit.Kawasan rumah busuk, bau ikan dan sampah sarap yang bertimbun-timbun. Sawah mereka luasdan bersih. Di sawah terdapat beratus-ratus ekor kerbau dan lembu. Raja Kelantan disifatkanzalim oleh Abdullah. Rakyat sering dianiaya. Rakyat sehari-hari mengerjakan pekerjaan rajatetapi makan minum rakyat tersebut laki-bini tidak diberi. Sebaliknya, perahu, tanaman danternakan akan diambil (rampas) oleh raja mengikut sesuka hatinya. Begitu juga dengan anak-anak perempuan yang cantik akan diambil oleh raja untuk menjadi gundeknya
  14. 14. http://pgsdunnes2008.wordpress.com/page/17/Bahasa dan budaya Edwad sapir dan Benjamin Lee Whorf (dan oleh karena itu disebut hipotesis Sapir-Whorf) yang menyatakan bahwa bahasa mempengaruhi kebudayaan. Atau dengan bahasa itu mempengaruhi cara berpikir dan bertindak anggota masyarakat penuturnya. Karena eratnya hubungan antara bahasa dengan kebudayaan ini, ada pakar yang menyamakan hubungan keduanya itu sebagai bayi kembar siam, dua hal yang tidak bisa dipisahkan.http://ms.wikipedia.org/wiki/AgamaFungsi Agama Kepada ManusiaDari segi pragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan olehfungsinya. Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagiaan hidup.Tetapi dari segi sains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti apa yangdihuraikan di bawah: Memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya manusia. Agama dikatankan memberi pandangan dunia kepada manusia kerana ia sentiasanya memberi penerangan mengenai dunia(sebagai satu keseluruhan), dan juga kedudukan manusia di dalam dunia. Penerangan bagi pekara ini sebenarnya sukar dicapai melalui inderia manusia, melainkan sedikit penerangan daripada falsafah. Contohnya, agama Islam menerangkan kepada umatnya bahawa dunia adalah ciptaan Allah(s.w.t) dan setiap manusia harus menaati Allah(s.w.t). Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia. Sesetangah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang tidak terjawab oleh akal manusia sendiri. Contohnya soalan kehidupan selepas mati, matlamat hidup, soal nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk menjawabnya adalah perlu. Maka, agama itulah berfungsi untuk menjawab soalan-soalan ini. Memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia. Agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama. Memainkan fungsi kawalan sosial. Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya. Maka ini dikatakan agama memainkan fungsi kawalan sosial.
  15. 15. http://zanas.wordpress.com/pembinaan-bangsa-dan-negara-malaysia-yang-berdaulat/budaya/BUDAYABudaya Popular dalam Pembangunan Masyarakat dan Budaya MelayuAbad ini dunia menghadapi gelombang kepesatan perkembangan budaya popular yang dibawabersama dalam proses globalisasi yang semakin meningkat. Fenomenon ini melanda masyarakatdi peringkat global terutama berikutan dengan pesatnya pembangunan teknologi. Ini telahmenarik perhatian para pengkaji masyarakat dan budaya untuk memahami kesan danpengaruhnya kepada masyarakat dan budaya di luar negara-negara maju.
  16. 16. 1. Gelombang budaya popular yang berkembang secara global itu didapati memainkanperanan yang semakin penting bukan sahaja dari segi pengaruh budaya, malahan turutberperanan dalam membawa pembangunan ekonomi, teknologi dan seterusnya dalammenyalurkan ideologi negara-negara maju ke paras global.2 Kesannya itu amat dirasai di negara-negara sedang membangun seperti Malaysia.Fenomenon budaya popular didapati merupakan sebahagian penting dalam kehidupanmasyarakat moden kini. Peranan fenomenen itu dalam mempengaruhi pembinaan peradabanmanusia tidak dapat dinafikan. Oleh itu, fenomenon ini tidak boleh dianggap kurang penting,tetapi perlu diberikan perhatian serius, terutama untuk menilai kesannya dan menyusun strategiperancangan pembangunan budaya selaras dengan perubahan yang berlaku di peringkat global.Perbincangan ini bertujuan untuk meninjau kedudukan peranan budaya popular Melayu sebagaisuatu arus perkembangan budaya moden yang turut mempengaruhi masyarakat dan budayaMelayu.3 Selain itu, perbincangan ini turut menilai keberkesanan perkembangan budaya populardalam membawa perubahan kepada kehidupan orang Melayu, terutama nilai-nilai sosial.Perbincangan juga memberikan perhatian terhadap permasalahan pembinaan budaya kebangsaandan pembangunan sosial dalam pesatnya arus perkembangan budaya popular itu.Konsep dan Pemikiran Fenomenon Budaya PopularFenomenon budaya popular itu secara umumnya boleh difahami sebagai unsur-unsur budayayang diminati, atau disukai ramai. Konsep budaya dalam pengertian yang luas secara mudahadalah sebagai keseluruhan cara hidup, yang menjadi amalan dan dikongsi bersama olehanggota-anggota masyarakat.4 Dalam konteks yang lebih khusus konsep “budaya” dalam budaya popular itu merujukkepada segala perlakuan yang merupakan keperluan manusia atau anggota-anggota masyarakatuntuk mengisi keinginan yang lebih tinggi, iaitu bersifat ekspresif dan simbolik.5 Unsur-unsur budaya itu dihasilkan untuk diminati dan dihayati secara bersama, dandengan ini menyatakan penerimaan atau pengesahan masyarakat untuk dikongsi bersama.Majoriti penduduk atau anggota-anggota masyarakat itu terdiri daripada golongan muda,termasuk golongan remaja. Sesuatu unsur budaya itu selalunya merupakan fenomenon popular dikalangan golongan itu, dan ini selalu dirujuk sebagai budaya muda mudi. Biasanya pengusahabudaya popular itu menumpukan sasaran penawaran bahan-bahan budaya itu kepada golonganmuda mudi itu. Walau bagaimanapun budaya popular berkembang dan tersebar secara meluasmeliputi semua golongan dan kelompok sosial, tidak terbatas di kalangan kelompok itu.Konsep budaya popular tidak boleh dianggap membawa maksud yang sama dengan budayamassa.
  17. 17. 6 Budaya massa itu selalu dirujuk sebagai unsur-unsur budaya yang disalurkan melaluimedia massa, seperti media cetak dan media elektronik. Tetapi budaya massa itu, yang tersebarmeluas melalui media popular turut diminati ramai dan menjadi sebahagian daripada budayapopular. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan lagi, peranan media massa itu amat pentingdalam membina fenomenon budaya popular. Malahan, teknologi media massa itu mendorongkankepesatan perkembangan budaya popular.Budaya popular sebagai fenomenon budaya memainkan peranan penting dalam menggalakkandinamiknya budaya itu, dan seterusnya mempengaruhi kedudukan peradaban sesuatu masyarakatitu. Terdapat anggapan sesetengah pihak yang memandang rendah dan mengaitkan penyebaranbahan-bahan budaya popular itu dengan peningkatan masalah sosial terutama di kalanganremaja. Selain itu, terdapat pula anggapan yang mengaitkan budaya popular dengan rendahnyapenghayatan nilai-nilai seni dalam masyarakat.7 Persoalan seperti itu akan diperkatakan dalam kertas ini. Walau bagaimanapun, budayapopular kini adalah sebahagian daripada kehidupan masyarakat moden, yang mempengaruhisemua golongan masyarakat tanpa mengira kelas sosial. Budaya popular itu tersebar luas,merintasi kelas atau kelompok.Perkembangan Budaya PopularKemunculan budaya popular dalam konteks masyarakat moden adalah berkaitan denganpembangunan ekonomi, misalnya perkembangan ekonomi kapitalis. Budaya popular moden diMalaysia pula mulai berkembang berikutan dengan perubahan ekonomi yang dibawa olehpemerintah kolonial.8 Pusat perubahan ekonomi itu ialah di bandar. Oleh itu kemunculanfenomenon budaya popular moden itu turut berpusat di bandar-bandar besar. Bandar itu jugasebagai pusat perubahan budaya. Dalam konteks ini proses modenisasi dan urbanisasimemainkan peranan penting dalam kemunculan dan perkembangan fenomenon budaya popular.Perubahan yang berlaku di bandar-bandar kolonial itu kemudian turut mendorongkankemunculan budaya popular Melayu.Pembangunan bandar-bandar moden telah membawa perubahan pesat kepada gaya hiduppenduduk bandar. Pembangunan ekonomi yang berpusat di bandar-bandar itu telah menarikramai pekerja dari luar bandar. Mereka ini memerlukan penawaran unsur-unsur budaya bagimengisi masa lapang, dan keperluan yang lebih tinggi. Gaya hidup mereka yang berbezadaripada gaya hidup golongan elit di bandar, memberikan peluang penawaran unsur-unsurbudaya bercorak popular untuk mengisi keperluan mereka itu.9Unsur-unsur budaya mulai ditawarkan secara komersial, misalnya sebagai bahan hiburan,mainan, pengisian masa lapang atau keperluan mengisi gaya hidup moden. Oleh itu unsur-unsurbudaya menjadi komoditi budaya atau bahan budaya yang dikomersialkan untuk mengisikeperluan orang ramai.10Pembangunan teknologi dan ilmu pengetahuan moden turut mendorongkan peningkatanperkembangan budaya popular. Teknologi membolehkan produktiviti ditingkatkan dan denganitu penawaran bahan-bahan budaya boleh disebarkan secara meluas. Dengan teknologi itu juga
  18. 18. membolehkan penawaran bahan-bahan budaya itu dapat dipertahankan mutunya. Malahan,dengan pesatnya pembangunan teknologi, penawaran bahan-bahan budaya itu dapatdipelbagaikan. Misalnya, teknologi telekomunikasi terkini membolehkan penawaran bahan-bahan budaya dilakukan secara global dan penyebarannya dapat disegerakan.Perkembangan budaya popular yang berasaskan kegiatan komersial itu, maka pihak pengusahamenguruskan dagangan itu sebagai suatu industri sebagaimana pengurusan industri yang lainjuga. Dalam perjalanan pengurusan industri budaya itu, bahan-bahan yang ditawarkan adalahselaras dengan cita rasa budaya orang ramai.11 Sebagai gaya hidup bandar, yang melalui prosesmodenisasi dan urbanisasi maka bahan-bahan budaya itu perlu selalu dilakukan perubahan untukmenyesuaikan dengan perubahan selera orang ramai. Oleh itu bahan budaya popular sebagaikomoditi budaya sentiasa berubah dan diperbarui selaras dengan perubahan nilai-nilai sosial.12Perkembangan budaya popular telah dapat melahirkan golongan profesional, dan peluangpekerjaan kepada ramai orang, terutama dalam industri budaya. Mereka yang berkebolehan danberbakat dapat bergantung hidup dalam bidang berkaitan. Seterusnya mereka bolehmeningkatkan mutu kerana perlibatan sepenuh masa mereka dalam bidang mereka Itu.13Budaya popular merupakan suatu kepentingan dalam menyatakan gaya hidup baru masyarakatmoden. Semakin maju sesuatu masyarakat itu, penumpuan, misalnya permintaan terhadapbudaya popular semakin meningkat. Orang ramai bekerja kuat boleh dikatakan tidak lagibertujuan untuk mengisi keperluan-keperluan asas sebagaimana masyarakat tradisional. Budayapopular sebagai keperluan yang lebih tinggi tidak lagi terbatas kepada perkara-perkara yangmerupakan pengisian asas semata-mata. Misalnya, hiburan hanya merupakan sebahagiandaripada unsur budaya popular yang didapati semakin penting dalam masyarakat maju.Keperluan yang lebih tinggi semakin beragam dan berbagai-bagai keinginan yang lebih tinggiboleh merupakan suatu dorongan atau impian penting bagi orang ramai untuk bekerja lebih kuat.Fenomenon budaya popular itu berbagai-bagai, adakala berasaskan kepada keperluan asas.Dalam masyarakat moden kini kita dapati keperluan-keperluan asas itu juga semakin bertambahbergantung kepada kemajuan yang dicapai oleh masyarakat. Misalnya, pakaian sebagaikeperluan asas, orang ramai mendapatkan pakaian umumnya kurang menitikberatkan lagitentang keperluan asas sebagaimana konsep yang terbina masa lalu. Tetapi kini orang berusahamendapatkan pakaian yang lebih menekankan kepada fesyen, mutu dan kecantikan. Unsur-unsurfesyen dan jenama selalu menjadi pertimbangan utama. Kepentingan seperti ini lebihmenekankan kepada keperluan sosial. Dalam memahami keperluan atau kepentingan yang lebihmengutamakan kepada keindahan dan kepuasan diri tidak dapat dipisahkan daripada kepentingansosial sebagaimana yang diberikan nilai oleh anggota-anggota masyarakat. Keperluan individutidak dapat dipisahkan daripada pengaruh keperluan sosial. Dalam keadaan ini, budaya popularyang terbina adalah berasaskan kepada citarasa golongan majoriti yang mempengaruhi individu.Kedua-dua pihak iaitu individu dan masyarakat saling mempengaruhi. Individu sebagai anggotamasyarakat adakala dapat memainkan peranan mempengaruhi citarasa anggota-anggotakelompok dan seterusnya masyarakat.Budaya popular yang berkembang pesat dalam masyarakat moden merupakan penghasilanindustri budaya yang berasaskan kepada kegiatan komersial. Unsur-unsur budaya menjadi
  19. 19. tumpuan pengusaha yang menjadikan sebagai bahan-bahan yang dapat dikeluarkan secara besar-besaran bagi mengisi kepentingan dan keperluan orang ramai. Dalam keadaan ini unsur-unsurbudaya itu menjadi barang-barang dagangan sebagaimana barang-barang dagangan yang lainjuga. Misalnya, unsur-unsur hiburan didapati semakin penting menjadi bahan dagangan. Bahan-bahan budaya kini dapat disebarkan secara meluas dengan terdapatnya berbagai-bagaikemudahan teknologi moden seperti pengangkutan dan saluran media massa. Industri budayadapat berkembang pesat, terutama apabila kemudahan teknologi moden didapati semakindigunakan dengan meluas. Teknologi moden memainkan peranan penting dalam membolehkanpenawaran bahan-bahan budaya popular yang berbagai-bagai bentuk tersebar luas dalampasaran.Pemisahan budaya kepada sub-budaya rakyat, popular dan elit adalah berasaskan kepada kelassosial. Pada satu pihak menerangkan bahawa kita membicarakan tentang gaya hidup kelompok-kelompok sosial yang berkaitan. Hal ini kerapkali menimbulkan kekeliruan antara sub-budayadan kelas sosial. Misalnya, apabila membicarakan budaya rakyat bermakna kita berusahamenerangkan gaya hidup kelas tani, budaya tinggi pula menyatakan kelas berada yangmerupakan kelas elit di bandar. Sub-budaya itu menyatakan gaya hidup kelompok-kelompoksosial. Setiap kelompok sosial sudah pasti tidak dapat dipisahkan daripada keseluruhanmasyarakat yang lebih luas, namun demikian perbezaan gaya hidup mereka melahirkanperbezaan sub-budaya, tetapi pada paras yang lebih luas perbezaan sub-budaya di antarakelompok-kelompok sosial itu tidak menonjol. Namun demikian, suatu pola umum dapatdinyatakan sebagai sub-budaya yang berbeza antara kelompok-kelompok sosial itu berasaskankepada kedudukan sosio-ekonomi. Sub-budaya itu tidak boleh dipisahkan daripada keseluruhanmasyarakat dan budaya. Dalam konteks ini fenomenon budaya popular tersebar luas merintasikelompok-kelompok sosial.14Kandungan Budaya PopularDalam masyarakat Melayu tradisi berbagai jenis budaya rakyat diminati ramai dan dapatdianggap budaya popular tradisi.15 Ini termasuklah berbagai-bagai jenis seni dan mainan yangtersebar luas. Kegiatan seni dan mainan itu memberikan anggota-anggota masyarakat hiburan,pengisian masa lapang, keseronokan, dan penghayatan seni. Di samping itu berbagai-bagai jenistradisi rakyat itu mempunyai fungsi dan peranan yang lebih penting, seperti ritual mengubatpenyakit, perlakuan keagamaan dan sebagainya.16Tradisi budaya rakyat sebagai budaya popular tradisional yang ekspresif dan simbolikmenyatakan gaya hidup masyarakat Melayu masa lalu. Melaluinya masyarakat menyampaikanmaklumat, sindiran dan kritik sosial di samping peranannya yang ekspresif dan simbolik.Dalam masyarakat moden, penawaran bahan-bahan budaya popular itu terdapat kepelbagaian,dan fungsi atau peranannya juga boleh ditinjau dalam berbagai konteks. Peranan budaya popularmoden itu tidak terbatas setakat hiburan sahaja. Ini akan dibincangkan dalam teks seterusnya.Kini, budaya popular moden itu termasuk muzik dan nyanyian, drama, filem, tarian, jenaka, danseumpamanya, baik yang disalurkan melalui media elektronik mahupun melalui teknologi lain.Selain itu, bahan-bahan bercetak seperti majalah popular17, novel, dan cerita-cerita popular lain
  20. 20. didapati amat pesat perkembangannya. Permainan juga sebahagian daripada budaya popularyang pesat berkembang.Media elektronik dan media cetak sebagai contoh, pengisian utamanya ialah bahan-bahan budayapopular yang menyatakan masyarakat dan budaya Melayu yang sedang mengalami perubahan.Media elektronik menyalurkan antaranya, muzik dan nyanyian, filem dan drama, tarian, lawakjenaka, permainan, sukan, perlumbaan, masakan, pengembaraan, peraduan/tekateki, dan cerita-cerita sensasi/ganjil. Majalah popular adalah media cetak yang tersebar luas. Antara isikandungan majalah popular itu termasuklah, gosip bintang-bintang popular dan tokoh-tokohterkenal, cerita-cerita sensasi dan ganjil, termasuk cerita-cerita hantu, perhiasan diri danpenjagaan kecantikan serta kesihatan, perhiasan rumahtangga, cerita percintaan, ulasan filem,muzik dan nyanyian, hiburan semasa, pengembaraan dan melancong, fesyen, permainan, sukan,komik/jenaka dan umumnya gaya hidup moden dan bandaran. Adakala cerita dan gaya hidupkampung turut mendapat minat ramai, terutama mereka yang tinggal di bandar. Cerita-ceritakhayalan, seperti cerita hantu, jin, mistik dan kejadian ganjil adalah juga bahan-bahan sensasidalam perkembangan budaya popular.Budaya Popular TradisionalFenomenon budaya popular dalam masyarakat Melayu bukanlah sesuatu yang baru.18 Tetapikedudukan budaya popular tradisi yang telah lama berkembang dan diwarisi orang Melayu sejakzaman berzaman itu adalah berlainan daripada budaya popular moden. Unsur-unsur budayaekspresif tradisional, seperti seni dan mainan didapati penyebarannya terbatas, iaitu bersifatkedaerahan oleh kerana sistem perhubungannya terbatas. Unsur-unsur budaya popular tradisionalitu adalah tersebar dan berkembang di kalangan rakyat, atau dikenali sebagai tradisi budayarakyat.19Struktur sosial masyarakat Melayu tradisional yang terdiri daripada golongan memerintah danrakyat mempengaruhi struktur budaya, iaitu tradisi budaya istana dan tradisi budaya rakyat.Tradisi budaya istana itu dapat dianggap mempertahankan tradisi budaya elit atau budaya tinggi.Golongan itu yang mempunyai kekayaan dan kuasa berusaha mempertahankan tradisi budayaistana itu sebagai melambangkan kedudukan golongan bangsawan itu. Tradisi rakyat sebagaibudaya popular tradisional menyatakan dengan jelas kedudukan sosial dan ekonomi golonganitu.Tradisi budaya rakyat itu jelas menyatakan sifat-sifat kedaerahan, misalnya suasanapenyampaian, penggunaan bahasa dialek dan seumpamanya. Tradisi itu berkembang sebagaitradisi lisan yang diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi sebagai usahamempertahankan tradisi. Ikatan emosi kepada tradisi itu didapati tradisi itu dapat dipertahankanwalaupun perkembangannya berasaskan minat dan penghayatan mendalam. Melalui tradisi itukita dapat memahami dan menyelami pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu. Pemupukannilai-nilai sosial didapati sangat berkesan dilakukan melalui tradisi itu. Selain itu, tradisi itu jugamerupakan saluran komen dan kritik sosial.20Tradisi budaya rakyat mempunyai fungsi dan kepentingannya tersendiri dalam masyarakat, perluditeliti peranannya tidak terbatas sebagai unsur seni dan mainan. Unsur-unsur budaya popular
  21. 21. tradisi itu boleh diteliti kaitan atau hubungannya dengan agama dan kepercayaan. Terdapatunsur-unsur budaya yang merupakan ritual berasaskan kepercayaan, seperti mantera, main dewa,main puteri dan seumpamanya. Unsur-unsur seni yang dipengaruhi Islam juga turut populardalam masyarakat Melayu, seperti hadrah, marhaban, zikir dan nasyid. Populariti unsur-unsurbudaya itu diperkukuhkan oleh ikatan emosional kepada tradisi, kepercayaan warisan dan Islam.Tradisi budaya rakyat itu mempunyai peranan dan kepentingannya dalam kehidupan masyarakat.Nilai-nilai seni tidak dapat dipisahkan daripada nilai guna sesuatu unsur tradisi itu. Popularitisesuatu tradisi itu berasaskan nilai-nilai sosial yang memberikan penekanan peranan dankepentingannya dalam masyarakat.Pemisahan antara tradisi budaya istana dan tradisi budaya rakyat itu tidaklah merupakanpemisahan yang jelas. Hubungan antara kedua-dua itu sangat rapat. Perbezaan itu boleh dianggapsebagai gaya hidup yang berlainan, tetapi sebagai tradisi budaya Melayu, masih dianggap tidakjauh berbeza.Suasana alam sekitar dan kehidupan orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial membolehkanmereka menghasilkan tradisi budaya popular yang beranika ragam. Malahan dengan sifatkedaerahan dan pelbagai suku ethnik Melayu di alam Melayu yang luas itu, orang Melayumewarisi kekayaan khazanah tradisi budaya yang amat berharga. Warisan tradisi budaya rakyatitu memerlukan penyelidikan mendalam, terutama untuk memahami struktur dalaman, iaituaspek ekspresif dan simbolik.21Kepentingan budaya rakyat dalam konteks masyarakatnyaUnsur-unsur budaya rakyat pada umumnya mempunyai kepentingan tersendiri dalam konteksmasyarakat masa lalu. Unsur-unsur itu bukan sahaja bertujuan untuk memberikan hiburan ataumengisi keperluan yang lebih tinggi kepada ramai. Sesuatu jenis seni atau mainan seperti muzik,tarian dan teater merupakan saluran memupuk nilai-nilai sosial dan menyampaikan ilmupengetahuan dan maklumat dalam masyarakat yang buta huruf. Di samping segala itu ada kaitandengan kepercayaan warisan, unsur-unsur itu juga mempunyai kaitan dengan ritual yangbertujuan untuk membawa kesejahteraan dan keharmonian hidup anggota-anggota kelompok.Nilai-nilai sosial, world-view dan falsafah yang terdapat di sebalik unsur-unsur budaya tradisitidak dapat dipisahkan daripada kepercayaan warisan. Tradisi ini mempengaruhi keseluruhancara hidup orang-orang Melayu masa lalu. Segala unsur budaya itu mempunyai kepentingantersendiri dalam masyarakat, yang dapat difahami dan dirasai anggota-anggotanya.Dalam masyarakat Melayu yang mengalami perubahan, berikutan pesatnya proses modenisasidan urbanisasi, nilai-nilai sosial dan world-view yang mereka warisi turut mengalami perubahan.Kedudukan budaya rakyat tidak dapat menyesuaikan dengan keperluan masyarakat moden yangmengalami perubahan itu. Unsur-unsur budaya warisan itu cuba disesuaikan dengan fungsi ataukepentingan baru tetapi umumnya didapati tidak dapat menyesuaikan dengan perubahan cita rasabudaya ramai. Dalam keadaan ini, kita dapati unsur-unsur budaya popular memainkan perananyang semakin penting dalam kehidupan masyarakat moden.Melihat kepada perkembangan Islam atau proses islamisasi yang semakin mendalam dan meluastidak dapat dinafikan bahawa itu juga membawa kesan yang menyeluruh kepada kedudukan
  22. 22. budaya rakyat itu. Kepercayaan warisan yang menghidupkan unsur-unsur budaya rakyat itukerapkali dianggap bercanggah dengan kehendak-kehendak Islam. Perkara itu semakindipandang serius, terutama di kalangan golongan muda. Mereka tidak menggalakkan unsur-unsurkepercayaan warisan itu terus berkembang. Anggapan demikian sudah pasti mempunyai kesan-kesan yang jelas kepada kedudukan budaya rakyat itu. Tetapi unsur budaya tradisi yangberteraskan kepada Islam, seperti nasyid dapat dipopularkan mengikut keperluan semasa. Lagu-lagu nasyid kini membuktikan popularitinya dalam masyarakat Melayu yang pesat mengalamiperubahan.Perubahan sosio-ekonomi yang berlaku secara menyeluruh, mempengaruhi nilai orang ramaidalam memberi penekanan dan mengutamakan kepada kegiatan cari makan bagi memperbaikikedudukan sosial mereka. Usaha memperbaiki ekonomi dapat memberikan kepuasan sosial, danseterusnya dapat menjamin kedudukan sosial. Nilai-nilai yang lebih menekankan kepadakepentingan material, mendorongkan orang bersikap lebih mementingkan diri sendiri, bukannyatumpuan kepada kebajikan secara bersama. Sedangkan dalam masyarakat tradisional,kepentingan kelompok sangat ditekankan bagi menjamin keharmonian dan keseimbangan sosialsebagaimana yang dinyatakan dalam tradisi budaya rakyat.Generasi muda kerapkali memandang rendah terhadap warisan budaya rakyat berbanding denganbudaya popular moden. Budaya rakyat yang masih terdapat di kampung-kampung selaludianggap bersifat kekampungan. Misalnya, barang-barang kerajinan tangan yang dihasilkan olehorang kampung selalu dianggap kurang mutu. Warisan tradisi itu dianggap mempunyai nilai-nilaiyang rendah dan kurang fungsi dalam masyarakat moden. Sebaliknya penghasilan seni popularterutama dari negara-negara maju diberikan nilai tinggi. Nilai-nilai sosial demikian dipengaruhibudaya barat telah dapat diterima secara meluas oleh penduduk negara ini. Berasaskan kepadanilai-nilai sosial seperti ini, barang-barang penghasilan kraftangan Melayu kurang mendapatperhatian ramai dan ini membawa kesan kepada kegiatan kerajinan tangan tempatan. Barang-barang tempatan, seperti pertukangan tembaga, besi dan ukiran kayu yang indah kurangmendapat perhatian orang ramai, terutama generasi muda. Malah, batik tempatan selalu dianggapbermutu rendah berbanding dengan tekstil yang dibawa dari luar. Pandangan demikianmempengaruhi nilai-nilai sosial penduduk tempatan secara meluas. Barang-barang yang diimportdari negara-negara maju, terutama dari barat sentiasa diberi nilai tinggi. Berikutan dengan inimaka barang-barang yang diimport selalu berharga lebih tinggi berbanding dengan barang-barang tempatan.Budaya KolonialMatlamat kolonial campur tangan politik di negara ini ialah atas kepentingan ekonomi. Bagimengisi kepentingan itu maka berlaku perubahan dalam politik dan pentadbiran, pendidikan,teknologi, dan sosial. Pemerintah kolonial menumpukan kepada pembangunan ekonomi, sepertilombong bijih dan perladangan dan berkaitan dengan itu penyediaan kemudahan asas danpembangunan pusat pelabuhan dan bandar-bandar turut diberikan perhatian. Pembangunanekonomi yang berasaskan ekonomi kapitalis, berlaku kemasukan modal dan teknologi dari barat,serta tenaga buruh dari India dan China. Pembangunan yang dilakukan oleh pemerintah kolonialitu berbeza daripada tradisi kehidupan orang Melayu. Pembangunan yang membawa perubahan
  23. 23. itu dianggap sebagai pembaharuan dan kemajuan dalam konteks kemodenan. Kesannya itu turutmembawa perubahan kepada perkembangan budaya.Walau bagaimanapun, pemerintah kolonial tidak mempunyai rancangan pembangunan untukmembawa perubahan kepada orang Melayu. Malahan, mereka berusaha mengekalkan orangMelayu dalam sektor tani. Pemisahan kumpulan-kumpulan ethnik dalam sektor berbeza dinegara ini adalah bertujuan supaya tidak berlaku kekacauan yang boleh mengganggu kegiatanekonomi mereka.Walaupun orang Melayu tidak terlibat secara langsung dalam rancangan pembangunan kolonial,seperti pembangunan bandar-bandar moden itu, tetapi orang Melayu turut menerima kesanpembangunan kemodenan yang dilakukan oleh pemerintah kolonial itu.Pemerintah kolonial berusaha memupuk dan menyebarkan nilai-nilai sosial kolonial yangberasaskan kemodenan dan budaya kolonial di kalangan golongan elit, terutama elit Melayuyang bertujuan untuk mengekalkan kedudukan pemerintahan kolonial di negara ini. PendidikanInggeris yang diberikan tumpuan kepada anak-anak golongan elit atau bangsawan Melayu olehpemerintah kolonial didapati berjaya membawa perubahan nilai, sikap dan pemikiran golonganitu untuk terus menyanjung dan menghormati pemerintah kolonial. Bahasa dan budaya kolonialamat dipandang tinggi dan dihormati, dan itulah juga yang dianggap membawa kemodenankepada negara ini.22Untuk membangunkan bandar-bandar moden sebagai pusat pembangunan ekonomi, pemerintahkolonial menggalakkan berbagai-bagai jenis dan corak perniagaan di bandar-bandar itu. Denganitu bandar-bandar kolonial itu juga menjadi pusat perkembangan budaya kolonial, yang dianggapsebagai moden.23 Pemerintah kolonial tidak memberikan tumpuan kawalan terhadap berbagaikegiatan dagangan di bandar-bandar moden itu. Berikutan dengan itu bandar-bandar moden ituturut menjadi pusat kegiatan maksiat yang dianggap bercanggah dengan nilai-nilai MelayuIslam.24 Di samping itu berbagai-bagai unsur budaya popular dari barat berkembang pesat dibandar-bandar moden itu. Nilai-nilai yang dipupuk di kalangan orang-orang bandar bahawabudaya yang dibawa dari barat itu semuanya moden yang dikaitkan dengan kemajuan. Berbagai-bagai jenis kegiatan seni dan mainan barat didapati semakin popular di bandar-bandar moden,dan ini menjadi ikutan orang Melayu di bandar.25Budaya Popular ModenBandar-bandar moden yang dibangunkan oleh pemerintah kolonial merupakan pusatperkembangan ekonomi dan budaya. Bagi mengisi keperluan hidup penduduk bandar yang kianmeningkat, maka penawaran unsur-unsur budaya popular didapati semakin meluas. Sebagaicontoh, teater popular Melayu moden, iaitu Bangsawan yang pada mulanya berkembang di PulauPinang didapati mendapat minat ramai. Ciri-ciri baru yang dibawa oleh teater itu dan sebagai“urban product”, Bangsawan muncul sebagai teater popular moden yang ditawarkan secarakomersial dan berkembang luas.26Pentas Bangsawan merupakan pusat perkembangan muzik dan nyanyian27, tarian dan jenaka disamping drama28. Perkembangan itu mulai menunjukkan pembaharuan yang tidak lagi terikat
  24. 24. kepada tradisi. Seniman di pentas Bangsawan berusaha melahirkan sesuatu yang baru, yangmenyatakan kemodenan bagi menarik penonton.Bangsawan muncul sebagai teater popular adalah suatu perubahan dalam perkembangan budayapopular Melayu. Bangsawan membawa pembaharuan, misalnya isu, komen dan kritik sosialmasyarakat Melayu semasa yang sedang mengalami proses perubahan, iaitu pengalamankemodenan mereka yang tinggal di bandar-bandar moden itu. Bangsawan membawa kemodenandan pembaharuan yang menjadikan teater itu popular. Oleh itu, Bangsawan membawa isu danpersoalan tentang masyarakat dan budaya Melayu yang sedang mengalami perubahan.Kemajuan teknologi barat yang dibawa oleh pemerintah kolonial, seperti piring hitam, radio danfilem telah berjaya menyalurkan bahan-bahan budaya, terutamanya sebagai bahan hiburan orangramai. Berasaskan teknologi itu kemudian muncul industri yang berkaitan yang memberikanpeluang kepada orang Melayu turut terlibat dalam menyalurkan bahan-bahan budaya untukkeperluan orang ramai, terutama orang Melayu. Teknologi moden itu memerlukan kepakarandan pengetahuan, yang menyebabkan industri itu dikuasai orang bukan Melayu. Orang Melayu,seperti artis atau bintang-bintang yang terlibat hanya mampu memberikan sumbangan tenaga.29Populariti bahan-bahan budaya yang disalurkan melalui teknologi moden itu juga yangmembawa kepada kelemahan Bangsawan sebagai teater popular. Sedangkan bahan-bahanbudaya yang disalurkan melalui teknologi moden boleh sentiasa disesuaikan dengan perubahanselera budaya orang ramai sebagai pengguna.Dalam bidang mainan juga didapati penyebaran berbagai jenis mainan yang dianggap moden danmaju itu kian meluas dan popular di kalangan orang Melayu. Berbagai-bagai bahan budayapopular lain, seperti fesyen, perhiasan diri dan seumpamanya turut mempengaruhi kehidupanorang Melayu.Perkembangan budaya popular moden terus berkembang dan merupakan sebahagian pentingkeperluan hidup moden. Malahan keperluan terhadap bahan-bahan budaya popular itu jugaadalah penting dalam mendorongkan anggota-anggota masyarakat untuk meningkatkanpencapaian ekonomi.Struktur Sosial dan Budaya PopularAdakala fenomenon budaya popular itu dapat dilihat sebagai menyatakan kelas sosial.30 Budayapopular itu menyatakan golongan majoriti rakyat biasa, sedangkan golongan atasan dan golonganmenengah mempertahankan tradisi budaya elit atau budaya tinggi sebagai menyatakan kelaskelompok itu. Secara sedar atau tidak fenomenon ini memang berlaku dan didapati dalammasyarakat di negara ini. Tetapi bahagian budaya elit itu tidaklah pula dominan. Selalunyatradisi budaya elit itu dapat dipertahankan apabila kos atau harganya tinggi. Adakala berlakulambang-lambang budaya elit itu menjadi bahan popular apabila ia mampu dibeli dan dimilikiramai.Pemisahan kelompok sosial Melayu berasaskan kelas yang dinyatakan oleh fenomenon budayaitu sebenarnya tidak jelas dan pembahagian itu sebenarnya tidak mudah dilakukan. Tetapi
  25. 25. penyebaran budaya popular adalah meluas yang merintasi kelas sosial. Golongan kelas atasanatau menengah juga turut menerima dan merupakan sebahagian khalayak budaya popular.Berikutan pesatnya pembangunan bandar-bandar moden adakala tidak memberikan ruang kepadaunsur-unsur budaya Melayu tradisional atau tradisi budaya rakyat untuk turut berkembang. Olehitu, tradisi budaya itu dapat dipertahankan di kampung-kampung Melayu. Masyarakat taniMelayu mempertahankan tradisi budaya rakyat itu, tetapi apabila proses modenisasi danurbanisasi pesat berlaku berikutan meningkatnya pembangunan di luar bandar, maka tradisirakyat itu tidak mampu dipertahankan lagi. Sebahagian tradisi rakyat itu semakin lemahkedudukannya. Fenomenon budaya popular turut menjadi sebahagian kehidupan orang Melayudi kampung.Penyaluran dan Penyebaran Budaya PopularBudaya popular tersebar luas, yang dipupuk oleh nilai-nilai moden, bandar dan maju. Orangramai sebagai pengguna bahan-bahan budaya telah melalui perubahan nilai-nilai sosial, dalampengalaman mereka mengalami proses modenisasi dan urbanisasi.31 Mereka terdedah kepadapenawaran berbagai-bagai bahan budaya popular. Nilai-nilai sosial mereka yang dipengaruhiperkembangan semasa sentiasa berusaha mencari dan mendapatkan sesuatu yang baru, modendan semasa.Sistem perhubungan yang baik, terutama pembangunan teknologi telekomunikasi, seperti mediaelektronik, media cetak dan penyediaan kemudahan asas yang semakin meluas mendedahkanorang ramai, termasuk mereka yang tinggal di luar bandar mengalami proses modenisasi danurbanisasi yang didedahkan oleh berbagai-bagai bahan budaya popular. Orang Melayu di semuaperingkat dapat menerima baik pembangunan dan perubahan yang berlaku di sekitar mereka.Perkembangan ini memberikan kesan kepada perubahan nilai-nilai sosial, sikap, world-view danpemikiran anggota-anggota masyarakat.Perkembangan pesat pendidikan moden turut mempengaruhi perubahan nilai dan sikap orangMelayu. Mereka lebih terbuka dan menerima bahan-bahan budaya popular sebagai bahagiankeperluan hidup moden. Malahan budaya popular memainkan peranan dalam menyalurkanmaklumat dan pendidikan kepada ramai.Pesatnya perpindahan orang Melayu ke bandar sejak DEB hingga kini, memberikan peluangorang Melayu terlibat dalam berbagai-bagai lapangan kegiatan ekonomi bukan tani danseterusnya meningkatkan proses modenisasi dan urbanisasi. Oleh itu didapati bahan-bahanbudaya popular memainkan peranan penting dalam mengisi keperluan gaya hidup moden.Perubahan ekonomi yang dapat meningkatkan pendapatan atau kedudukan ekonomi turutmempengaruhi gaya hidup orang ramai. Berkaitan dengan ini turut mempengaruhi penyebarandan perkembangan budaya popular.Kesetabilan politik dan kesejahteraan sosial juga mempengaruhi penyebaran dan penyaluranbahan-bahan budaya popular kepada ramai.
  26. 26. Perkembangan pesat media massa, iaitu media elektronik dan media cetak turut membawaperubahan nilai dan pemikiran orang ramai. Media massa itu juga mendedahkan kira-kira 80%daripada isi kandungannya berupa bahan-bahan budaya popular, baik bahan-bahan luar mahupunbahan-bahan budaya tempatan.32 Suasana ini sudah pasti dengan mudah dapat mempengaruhiorang ramai dengan gaya hidup moden. Bahan-bahan budaya popular merupakan suatukeperluan kehidupan moden.Penawaran bahan-bahan budaya popular dalam konteks masyarakat moden didapati lebihdominan di kalangan orang-orang muda. Penawaran bahan-bahan budaya popular itu lebihbanyak tertumpu di kalangan muda mudi. Berkaitan dengan ini perkembangan budaya mudamudi yang popular di negara-negara maju turut mempengaruhi perkembangan budaya populartempatan. Adakala oleh kerana terdapat perbezaan nilai di antara orang dewasa dengan orangmuda, selalunya persoalan kejatuhan moral orang muda dikaitkan dengan budaya popular itu.33Budaya popular selalu dianggap oleh golongan dewasa membawa nilai-nilai baru yangmerupakan kelainan daripada nilai-nilai tradisi dan Islam.Budaya Popular dan EkonomiBudaya popular moden dapat tersebar luas apabila kegiatannya berasaskan kepada usahakomersial. Unsur-unsur budaya menjadi komoditi budaya yang merupakan bahan-bahanpengguna kepada orang ramai sebagaimana bahan-bahan pengguna yang lain.Industri budaya melibatkan pengurusan yang tersusun bagi menjamin pulangan yang baik. OrangMelayu pernah berjaya menawarkan Bangsawan secara komersial.34 Seterusnya artis-artis atauseniman-seniman yang berkebolehan telah memberikan sumbangan dalam berbagai industribudaya moden, seperti rakaman muzik dan nyanyian, filem, perlibatan dalam pementasan danpersembahan yang dilakukan secara komersial. Budaya popular telah memberikan peluangpekerjaan sepenuh masa atau sambilan, baik sebagai mereka yang profesional dalam sesuatubidang mahupun terlibat dalam industri budaya popular sebagai pekerja biasa. Malahan,perkembangan budaya popular telah dapat memberikan kedudukan ekonomi yang baik kepadabintang-bintang popular.Pembangunan budaya popular itu juga turut memberikan sumbangan pendapatan kepada negara.Ini tidak terbatas dalam industri budaya popular Melayu, malahan kemasukan bahan-bahanbudaya popular asing, terutama dari negara-negara maju turut memberikan pulangan ekonomikepada negara.Kerajaan berusaha membantu kegiatan industri budaya popular tempatan atau yang diusahakanoleh orang Melayu, yang bertujuan produktiviti bahan-bahan budaya tempatan itu dapatditingkatkan.35Kini orang Melayu turut terlibat dalam berbagai-bagai industri budaya popular, seperti muzik,nyanyian, filem, pementasan, majalah popular, sukan dan sebagainya. Namun, berbagai halanganselalu mereka hadapi. Misalnya, kegiatan cetak rompak yang sukar untuk dikawal. Kerajaanberusaha mengawal masalah ini agar kegiatan industri budaya popular, terutama yangdiusahakan orang Melayu dapat ditingkatkan.
  27. 27. Penawaran bahan-bahan budaya popular itu bukan sahaja melibatkan pengurusan moden,malahan usaha pemasaran juga perlu dilakukan secara berkesan. Penawaran bahan-bahan budayaitu disertakan dengan berbagai cara promosi, seperti iklan. Peningkatan teknologi moden dapatmeningkatkan produktiviti dan meluaskan penyebaran pasaran. Kerajaan juga berusahamengawal persaingan dengan pasaran bahan-bahan budaya dari luar.Penawaran bahan-bahan budaya popular dapat dilakukan sepanjang tahun, tanpa terbatas kepadamusim atau masa-masa tertentu sebagaimana yang berlaku dalam masyarakat Melayutradisional. Para pengguna memerlukan bahan-bahan budaya itu tidak mengira masa,sebagaimana juga bahan-bahan pengguna yang lain.Populariti sesuatu bahan budaya itu bergantung kepada sambutan atau permintaan parapengguna. Adakala minat orang ramai itu dipengaruhi publisiti, promosi dan iklan yangdilakukan oleh pengusaha. Tetapi orang ramai sebagai pengguna boleh memilih daripadaberbagai bahan budaya popular yang ditawarkan di pasaran. Walau bagaimanapun, publisitikerapkali mempengaruhi orang ramai. Umumnya, penawaran bahan-bahan budaya popular itumampu didapati orang ramai.Budaya popular itu melahirkan bintang-bintang yang diminati ramai. Sesuatu bahan budaya ituboleh menjadi popular berikutan dengan bintang-bintang popular mengambil bahagian. Sistembintang ini dapat memainkan peranan penting dalam menentukan turun naiknya penawaransesuatu bahan budaya itu.Penawaran bahan-bahan budaya popular yang berasaskan kegiatan komersial itu terpaksabersaing di pasaran terbuka. Dengan terdapat persaingan itu di pasaran selalunya memberidorongan pula kepada pengusaha, artis atau seniman dan mereka yang terlibat untuk berusahamelakukan pembaharuan, menyesuaikan dengan perubahan atau menghasilkan sesuatu yangberlainan bagi menarik perhatian ramai. Persaingan itu juga mendorongkan pengusaha untukmemperbaiki dan meningkatkan mutu sesuatu yang dihasilkan. Oleh itu budaya popular itusentiasa berubah menyesuaikan dengan selera peminat, di samping itu masing-masing pengusahadan seniman berusaha meningkatkan mutu bahan-bahan budaya.Ekonomi dan Nilai-nilai SosialPihak pengusaha dalam penawaran bahan-bahan budaya selalu mementingkan pulanganekonomi. Bagi tujuan itu selalu pula dikatakan pihak pengusaha kurang memberikan perhatiantentang mutu seni, tetapi lebih mementingkan selera budaya orang ramai sebagai pengguna.36Berkaitan dengan ini, orang ramai sebagai pengguna kini didedahkan kepada penawaran bahan-bahan budaya di peringkat global. Persaingan dalam penawaran bahan-bahan budaya itu orangMelayu juga dapat menilai dari segi mutu sesuatu bahan budaya itu. Mereka itu juga mempunyailatarbelakang pendidikan yang mampu memberikan nilai terhadap sesuatu bahan itu. Oleh itu,pihak pengusaha, artis dan mereka yang terlibat dalam penghasilan bahan-bahan budaya popularberusaha menghasilkan sesuatu yang baik atau bermutu tinggi.Adakala pihak pengusaha menggunakan berbagai kaedah untuk mendapat perhatian ramai.Mereka berusaha mengeksploit keinginan semula jadi manusia, seperti unsur seks,37 keganasan,
  28. 28. dan perlakuan atau kejadian luar biasa. Bahan-bahan budaya dari luar negara kurangmenimbangkan aspek moral dan etika berlandaskan Islam dan tradisi tempatan. Tetapi bagipengusaha tempatan, mereka sangat peka dan memahami nilai-nilai sosial tradisi Melayu danIslam. Di samping itu pihak berkuasa dan masyarakat Melayu sentiasa mengawasiperkembangan bahan-bahan budaya popular Melayu supaya bersesuaian dengan budaya Melayudan Islam.Selama ini pihak berkuasa berusaha mengawal kemasukan bahan-bahan budaya popular dariluar, misalnya mengadakan sekatan dan penapisan bagi menjamin kesesuaian bahan-bahan itudengan nilai-nilai sosial tempatan dan Islam. Tetapi kini penyebaran bahan-bahan budaya dariluar adakala tidak mampu diteliti oleh kerajaan. Misalnya, internet kini terdapat berbagai rupabentuk bahan budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai sosial Melayu dan Islam. Usahamengawalnya kini tidak lagi berkesan. Tekanan dari luar seperti undang-undang tidak dapatdilakukan secara menyeluruh. Oleh itu, usaha yang dapat dilakukan ialah denganmemperkukuhkan ketahanan diri, terutama dengan meningkatkan pendidikan Islam di kalanganmuda mudi.Tradisi Budaya Rakyat dan Budaya PopularPesatnya pembangunan yang dilalui orang Melayu telah membawa kepada meningkatnyaperkembangan dalam penawaran bahan-bahan budaya popular. Penawaran bahan-bahan budayapopular dari luar negara juga kian meningkat dan ini memberikan persaingan kepadaperkembangan budaya tempatan.Penawaran bahan-bahan budaya popular berusaha menyesuaikan dengan citarasa budaya parapengguna. Pengusaha industri budaya bekerjasama dengan artis atau seniman dan pemain yangberusaha menghasilkan sesuatu yang baru, yang dapat menyatakan kemodenan dan kemajuan.Sebagai bahan pengguna, bahan-bahan budaya sentiasa berubah, silih berganti. Mereka yangterlibat dalam kegiatan yang berkaitan menumpukan sepenuh masa untuk menghasilkan sesuatuyang baru.Bahan-bahan budaya popular membawa nilai-nilai moden dan gaya hidup bandar yangmenyatakan perkembangan semasa sebagaimana yang diharapkan oleh orang bandar. OrangMelayu yang pesat mengalami perubahan itu mahukan sesuatu yang dapat memberikan merekamengalami proses urbanisasi dan modenisasi. Bahan-bahan budaya popular memberikantumpuan kepada aspek itu dan itulah yang menentukan populariti sesuatu bahan budaya itu.38Tradisi budaya rakyat yang terikat kepada tradisi tidak dapat bersaing dengan perkembanganbudaya popular. Peminatnya semakin berkurang, malahan mereka yang mahir dan berkebolehandalam berbagai-bagai jenis tradisi budaya rakyat semakin sukar didapati. Generasi muda yangsepatutnya mengambil tempat meneruskan tradisi itu didapati sangat terbatas. Beberapa faktorboleh dikaitkan dengan kemerosotan tradisi budaya rakyat,Generasi muda tidak berminat kepada tradisi itu kerana mereka tidak dapat menghayatinya.Mereka tidak mengenali dan tidak diberikan pendedahan kepada tradisi rakyat itu.Perkembangan budaya popular itu memberi pilihan kepada orang ramai. Unsur-unsur tradisi
  29. 29. budaya rakyat tidak dapat menarik perhatian ramai, terutama ikatannya kepada tradisiberbanding dengan budaya popular.Perkembangan pendidikan dan teknologi moden turut mempengaruhi kelemahan tradisi rakyat.Budaya popular membawa bersamanya nilai-nilai kemodenan dan kemajuan, sedangkan budayarakyat dianggap tidak menyatakan nilai-nilai itu.Tradisi budaya selalunya berkaitan dengan kepercayaan warisan yang adakalanya dianggap tidaksesuai dengan ajaran Islam.Sebahagian daripada tradisi itu tidak lagi berfungsi atau tidak dapat memainkan peranan dalammasyarakat Melayu moden kini.Adakala tradisi rakyat itu bercirikan kedaerahan, yang tidak dapat difahami mereka dari luardaerah.Dalam kepesatan perkembangan bahan-bahan budaya popular itu, terdapat pula usaha untukmempopularkan unsur-unsur budaya rakyat. Dalam proses penyesuaian sebagai usaha komersial,pembaharuan dilakukan. Sebagai contoh, kumpulan-kumpulan nasyid mendapat tempat yangbaik di pasaran, dan penyebaran bahan-bahan budaya yang dihasilkan oleh kumpulan-kumpulanitu adalah meluas. Contoh lain, dikir barat yang dihasilkan dalam bentuk VCD, keset dansebagainya turut popular, tetapi penyebarannya agak terbatas.Adakala unsur-unsur budaya rakyat itu disesuaikan dengan perkembangan teknologi moden yangdihasilkan sebagai bahan budaya popular. Misalnya, terdapat usaha menggabungkan muziktradisi dengan muzik moden sebagai usaha kreatif bagi menghasilkan suatu muzik popular.Dalam keadaan ini unsur budaya rakyat tradisi itu mulai luntur atau hilang nilai-nilai keaslian.Namun, kaedah itu boleh dilakukan dengan tujuan untuk mempopularkan unsur-unsur budayarakyat. Tetapi bentuk atau unsur asli itu perlu dipertahankan agar keasliannya tidak hilang.Tradisi budaya rakyat dalam bentuk asli itu perlu dipertahankan bagi mengawal nilai-nilaikeasliaannya. Budaya rakyat itu membawa nilai-nilai tersendiri yang menyatakan makna danpengertiannya. Tradisi budaya itu sebagai warisan budaya rakyat bukan sahaja merupakanbudaya ekspresif, malahan juga sebagai budaya simbolik. Daripada tradisi itu konteks aslinyadapat difahami jiwa Melayu, misalnya dari segi ketinggian nilai seninya.Pembinaan Budaya KebangsaanPembinaan budaya kebangsaan amat penting diberikan perhatian dan tumpuan. Budayakebangsaan itu bukan sahaja menyatakan jati diri masyarakat dan negara Malaysia, malahan jugapenting dalam memupuk semangat patriotisme dan integrasi kaum di negara ini.39 Melaluibudaya kebangsaan itu membolehkan anggota-anggota masyarakat mengenali sejarah danmembina ikatan emosi kepada masyarakat dan negara. Kesedaran tentang pentingnya budayakebangsaan itu adalah sebahagian daripada kekuatan semangat kebangsaan Melayu yangdipupuk sejak zaman pemerintahan kolonial lagi. Pemerintah kolonial tidak memberikanperhatian tentang bahasa dan budaya Melayu, sebaliknya bahasa dan budaya kolonial didapatisemakin penting yang membawa nilai-nilai sosial dan ekonomi. Perjuangan orang Melayu untukmencapai kemerdekaan adalah tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan persoalan bahasadan budaya.
  30. 30. Kerajaan telah menerima konsep dan prinsip budaya kebangsaan, dan usaha perancangan sertaperlaksanaan dimulakan pada tahun 1970. Kerajaan menyedari pentingnya pembinaan budayakebangsaan, terutama kesan daripada peristiwa 13 Mei 1969. Kementerian Kebudayaan Beliadan Sukan waktu itu ditubuhkan bagi menumpukan perancangan dan perlaksanaan budayakebangsaan itu,40 terutama pemuliharaan dan penggalakan budaya rakyat.Salah satu usaha yang dilakukan ialah mengenali dan menggalakkan perkembangan di peringkatnasional berbagai-bagai unsur budaya tradisional pribumi Malaysia. Dalam pemuliharaan danpenggalakan tradisi rakyat itu, berbagai bantuan diberikan. Malahan ada usaha mendorongkangenerasi muda terlibat dalam kegiatan-kegiatan tradisi budaya rakyat itu. Berbagai pihak,terutama pencinta-pencinta seni rakyat berusaha mengembangkan dan menyebarkan ke peringkatnasional. Terdapat institusi-institusi pendidikan yang turut menggalakkan perkembangan senidan mainan tradisonal. Selain itu, penyelidikan, seminar dan bengkel tentang berbagai warisantradisi rakyat itu sentiasa diberikan perhatian oleh berbagai-bagai pihak.Kesan daripada berbagai usaha yang telah dilakukan itu, minat generasi muda terhadap budayarakyat itu tidak juga meningkat. Sebagaimana telah dinyatakan bahan-bahan budaya popularsentiasa dapat menarik minat ramai. Sebagai contoh, walaupun persembahan budaya rakyat ituditawarkan secara percuma di bandar-bandar, masih tidak dapat menarik penonton. Tetapimereka sanggup mengeluarkan perbelanjaan untuk menonton persembahan popular.Generasi muda tidak diberikan pendedahan seluasnya kepada tradisi budaya itu, yangmenyebabkan mereka tidak mengenali dan memahami unsur-unsur budaya tradisi.41 Apabilamereka tidak mengenalinya maka mereka tidak mencintainya. Sedangkan tradisi sangat pentinguntuk memberikan peluang generasi muda mengenali sejarah, tradisi dan budaya sendiri. Denganitu akan dapat memupuk nilai-nilai sosial cintakan bangsa dan tanahair. Seterusnya dapatmembina ikatan emosi yang mendalam untuk mempertahankan warisan tradisi, dan jatidiribangsa dan negara.Generasi muda patut dipupuk dengan nilai-nilai positif, iaitu memandang tinggi dan berbanggadengan warisan tradisi. Kedudukan warisan tradisi tidak boleh disamakan dengan bahan-bahanbudaya popular. Bahan-bahan budaya popular sebagaimana bahan-bahan pengguna yang lainuntuk mengisi keperluan yang lebih tinggi. Apabila nilai-nilai sosial yang berbeza diberikankepada kedua-dua fenomenon itu, maka budaya popular itu tidak dapat dianggap sebagaipersaingan kepada warisan tradisi atau budaya rakyat itu.Kedudukan budaya tradisi atau budaya rakyat yang ingin diperkembangkan dalam rancanganpembinaan budaya kebangsaan tidak menunjukkan kemajuan sebagaimana yang diharapkan.42Oleh itu kerajaan telah mengubah strategi bagi menggalakkan pertumbuhan budaya kebangsaan,iaitu Kementerian yang berkenaan telah digabungkan dengan industri pelancongan, yang kinidikenali sebagai Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. Memahami masalah yangdihadapi dalam usaha membangunkan berbagai-bagai unsur seni tradisional adalah berkaitandengan masalah ekonomi. Mereka yang terlibat dalam kegiatan seni tradisional tidak dapatmenumpukan sepenuh perhatian kepada kegiatan yang berkaitan memandangkan kegiatan itutidak memberikan pulangan ekonomi sewajarnya. Mereka terpaksa bergiat dalam lapanganberkaitan secara sambilan semata-mata berasaskan kepada minat.
  31. 31. Dari sudut ekonomi, perlibatan dalam kegiatan-kegiatan kesenian tradisional atau budaya rakyattidak memberikan pendapatan sewajarnya. Ini tidak dapat menarik minat generasi muda untukmelibatkan diri. Ganjaran ekonomi dipercayai boleh menarik dan mendorong generasi mudauntuk terlibat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan budaya. Pelancongandiharapkan dapat memberikan suntikan ekonomi kepada kegiatan budaya itu.Budaya pelancongan kini merupakan sebahagian fenomenon budaya popular. Penawaran bahan-bahan budaya kepada para pelancong itu dipercayai dapat menghidupkan kegiatan atau industribudaya yang berkaitan dengan budaya tradisi atau budaya rakyat terutama dalam bidangkesenian. Usaha meningkatkan industri pelancongan itu, berasaskan pengalaman negara-negaralain didapati mampu meningkatkan kegiatan yang berkaitan dengan tradisi budaya atau warisanbudaya rakyat tempatan.Berasaskan pengalaman industri pelancongan di Malaysia, didapati industri yang berkaitandengan kraftangan dapat berkembang dengan baik. Malahan, terdapat badan-badan swasta danagensi-agensi kerajaan yang menggalakkan peningkatan industri kraftangan tradisionalbumiputera di negara ini. Tetapi dalam bidang seni persembahan dan mainan tradisional tidakmengalami pertumbuhan sebagaimana yang dijangkakan. Terdapat usaha komersial yangdilakukan secara kecil-kecilan tetapi setakat ini tidak membuktikan kejayaan yang baik.Perkembangan warisan budaya tradisi atau tradisi rakyat bagi tujuan industri pelancongan ituterdapat pula kelemahannya. Unsur-unsur budaya yang ditawarkan itu, berasaskan kepentingankomersial selalunya disesuaikan dengan citarasa budaya para pelancong. Atas kepentingan itudidapati pihak pengusaha kurang memberikan tumpuan untuk mempertahankan mutu senisebagaimana dalam bentuk asalnya. Dalam seni persembahan sebagai contoh, persembahanuntuk pelancong yang tidak memahami konteks tradisi budaya tempatan, dilakukan semata-matauntuk pelancong, tetapi tidak dipersembahkan dalam suasana sebenar sebagaimana yang menjadiamalan dalam budaya itu.Budaya Popular dan Budaya KebangsaanDalam hasrat membina budaya kebangsaan itu, ruang lingkup budaya yang diliputi itusepatutnya tidak terbatas kepada warisan budaya tradisional atau budaya rakyat. Budaya itudinamiks. Budaya Melayu juga adalah dinamiks, yang sentiasa berubah menyesuaikan denganperubahan yang dilalui masyarakat. Perkembangan budaya terkini itu kemudian akan menjaditradisi. Proses penciptaan dan penghasilan bahan-bahan budaya popular itu adalah sebahagiandaripada proses perubahan masyarakat dan budaya Melayu. Dengan itu juga dapatmemperkukuhkan kedudukan budaya Melayu. Masyarakat dan budaya akan terus dinamiks, iaituperubahan perlu dilakukan bagi menjamin peningkatan peradaban Melayu itu. Dalam konteks inipenghasilan bahan-bahan budaya popular itu adalah sebahagian daripada kemajuan budaya yangdicapai masyarakat Melayu. Dalam konteks ini budaya kebangsaan itu perlu dibina atas warisanbudaya tradisi dan pembangunan budaya moden, iaitu budaya popular. Oleh itu dalampenghasilan bahan-bahan budaya popular itu juga perlu mempertahankan mutu yang sewajarnya.Bahan-bahan budaya popular itu juga tidak dapat dinafikan masih mempunyai mutu dan nilai-nilai seni yang akan menjadi warisan budaya Melayu. Penghasilan budaya popular itu juga

×