SlideShare a Scribd company logo
1 of 27
Download to read offline
PENGENALAN
Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola
sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan
bola sepak telah diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia
juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian
berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan
bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk
memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat
kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi
salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi
saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat
membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan,
kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak.
TTooppiikk 55 Permainan
Bola Baling
HASIL PEMBELAJARAN
Diakhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola
baling;
2. Mengaplikasikan kemahiran dalam strategi dan latihan permainan
tersebut; dan
3. Mengaplikasikan pengetahuan bola baling ke dalam pengurusan,
pengendalian dan pengelolaan sesuatu kejohanan dan pertandingan.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 71
SEJARAH PERMAINAN
Rajah 5.1: Pemain sedang bermain bola baling
Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum
kurun ke-6 lagi. Ianya mula dikenali sebagai ÂuraniaÊ pada Zaman Kerajaan
Greek, ÂharpastonÊ pada Zaman Kerajaan Rom dan ÂfangballspielÊ pada Zaman
Pertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang
mirip dengan permainan bola baling yang dipanggil ÂhaandboldÊ berasal dari
Denmark, ÂhazenaÊ berasal dari negara Bohemia dan Slovakia dan ÂtorballÊ
berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus
kepada permainan bola baling masa kini.
Haandbold
Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas
sekolah yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan
permainan bola sepak. Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyak
menyebabkan kerosakan pada tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai langkah
mengurangkan kerosakan tingkap di sekolahnya dan juga untuk kawalan bola
yang lebih baik dia telah memperkenalkan permainan bola dengan
menggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan akhirnya berjaya
dikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark.
5.1
AKTIVITI 5.1
Sebelum kita meneruskan topik ini, cuba nyatakan apa yang anda tahu
tentang sejarah permainan bola sepak dan perkembangannya di
Malaysia. Bandingkan jawapan awal anda dengan apa yang akan
dibincangkan seterusnya di bawah.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING72
Hazena
Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Ia
buat pertama kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz
gelanggangnya (48m x 32m), bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x
2.4m) dan masa permainan (2 x 25 minit) yang hampir sama dengan bola baling
moden. Mereka juga membahagikan kawasan gelanggang kepada tiga kawasan
yang terdiri daripada kawasan penjaga gol, pertahanan dan penyerang yang
hanya boleh bermain terhad di kawasan mereka.
Torball
Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanya
di Jerman. Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungan
di kawasan gol diukur 4m. Hanya dalam tempoh masa yang singkat, permainan
ini telah menjadi popular di seluruh Eropah. Namun, disebabkan oleh setiap
negara mempunyai peraturan permainan yang berbeza, penganjurannya di
peringkat antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu, penyelarasan peraturan
pertandingan telah dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di Berlin.
Bola Baling Padang
Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yang dimainkan di
kawasan padang bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saiz
gol, kawasan gol dan beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demi
sedikit sehinggalah permainan ini telah dipertandingkan di peringkat
antarabangsa. Walau bagaimanapun, kepesatan perkembangan dalam sukan
bola baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi ini dapat
mempromosikan sukan bola baling, menganjurkan kejohanan di peringkat
dunia, dan menyediakan program bagi membolehkan sukan ini dipertandingkan
di sukan Olimpik. Justeru itu, International Amateur Handball Federation
(IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam dan dalam tempoh
masa yang singkat pada tahun 1936, sukan bola baling telah dipertandingkan di
sukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jerman merupakan
kuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF) merupakan
satu organisasi baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark pada
tahun 1946 di mana satu arah baru dalam evolusi sukan bola baling telah wujud.
Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menghadkan permainan ini,
saiz kawasan permainan dan perubahan peraturan telah dilakukan bagi
membolehkan sukan ini dimainkan di dalam dewan
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 73
Rajah 5.2: Logo International Handball Federation (IHF)
Bola Baling Dewan
Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam dewan,
bahkan kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-duanya.
Namun, bola baling dewan lebih popular berbanding bola baling padang kerana
ia dapat dimainkan dengan pantas dan pertandingan boleh dilangsungkan tanpa
gangguan cuaca. Pelbagai pergerakan serta kemahiran dapat dilakukan dengan
lebih berkesan. Sejak tahun 1966 lagi, IHF hanya menganjurkan kejohanan
tertutup dan di dalam dewan sahaja dan ini menyebabkan perkembangan bola
baling di dalam dewan menjadi semakin berkembang dan maju. Satu lagi
perkembangan dalam bola baling di mana disebabkan oleh popularitinya, bola
baling lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich pada tahun 1972.
Pada tahun 1976 pula, acara bola baling wanita telah diperkenalkan di sukan
Olimpik Montreal dan menjadi salah satu sukan berpasukan yang paling
popular di sukan Olimpik.
Rajah 5.3: Bola baling yang dimainkan di dalam dewan
SEMAK KENDIRI 5.1
(a) Nyatakan ciri-ciri permainan Haandbold, Hazena dan Torball.
(b) Di negara manakah permainan bola baling moden mula
diperkenalkan?
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING74
5.1.1 Perkembangan di Malaysia
Seperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyai
sejarah asal usulnya di Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula di
negara kita? Sukan bola baling bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini
mula diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan
Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik pada tahun
1976. Beliau juga telah membawa balik rakaman permainan bola baling dari
Temasya Sukan Olimpik itu. Beliau telah memberi kursus asas permainan ini
kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangor
dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu.
Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60
orang guru seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempena
meraikan Hari Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan pada
tahun 1978, permainan bola baling telah diadakan di Stadium Negara sebagai
acara pertunjukan pada waktu itu.
Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola
Baling Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada
September 1979 di Morib, Selangor. Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinya
telah berlangsung Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan di padang SMK
Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telah
menjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohanan
yang pertama telah diadakan di Kelang, Selangor bagi kategori umur bawah 12
tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa kejohanan seperti
MSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat
Maktab Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA
(Sukan Antara Institusi Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah menjadikan
pemainan bola baling sebagai acara rasmi dalam kejohanan-kejohanan tersebut.
Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan
En. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala
En. Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986,
Presiden MAHF telah menjadi salah seorang ahli gabungan bersama Asia
Handball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula, beliau menjadi ahli gabungan
Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 beliau menjadi
ahli gabungan International Handball Federation (IHF). MAHF telah menyertai
Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada Mei 2004. Persekutuan
Bola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di
bawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 75
Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kini
ialah Y. Bhg. DatoÊ Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa
jawatan di peringkat antarabangsa seperti:
(a) Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF)
(b) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling
Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)
(c) Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF)
(d) Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF)
Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan
satu kejohanan di peringkat antarabangsa, iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al-
Ahmad Al-Sabah Cup Championship untuk negara-negara yang baru dalam
pembangunan bola baling.
Rajah 5.4: Logo Persatuan Bola Baling Malaysia(MAHF)
SEMAK KENDIRI 5.2
(a) Siapakah tokoh yang memperkenalkan sukan bola baling di
Malaysia?
(b) Nyatakan secara ringkas tentang perkembangan sukan bola
baling bermula di Malaysia.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING76
5.1.2 Struktur Organisasi Persatuan
Rajah berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola Baling Malaysia.
Rajah 5.5: Struktur Organisasi Persatuan Bola Baling
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG
5.2.1 Peraturan
Gelanggang Permainan
Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saiz
gelanggang permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40m
panjang dan 20m panjang lebar termasuk dua kawasan gol (rujuk Rajah 5.6).
Garisan sempadan yang panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebih
pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling gelanggang juga
terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m di
5.2
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 77
belakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-tengah
antara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar.
Tiang gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yang
dilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata akan
diperolehi. Di hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol. Kawasan gol
berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9
meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan gol.
Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang
1m. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti.
Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6) untuk setiap pasukan terletak di antara
garisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi.
Rajah 5.6: Ukuran Gelanggang Permainan
Rajah 5.7: Ukuran Tiang Gol
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING78
Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat
(a) MMasa Permainan
Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur
16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat
pula ialah selama 10 minit. Masa permainan bagi peringkat remaja bagi
umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masa
manakala bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk
setiap separuh masa. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini juga
adalah selama 10 minit. Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri,
perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat selama 5 minit.
Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua separuh masa
dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di
antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan
pertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akan
dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi. Sekiranya berlaku
seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti
sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan
pemenang.
(b) IIsyarat Akhir
Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan
permulaan. Masa perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyarat
automatik melalui jam awam atau melalui isyarat penjaga masa. Penjaga
masa boleh menggunakan jam meja atau jam randik. Jika terdapat jam
awam, maka ia harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30
minit. Jika tiada isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa,
pengadil sendiri akan memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel.
Pengadil yang akan menentukan masa perlawanan akan dihentikan buat
sementara, contohnya apabila salah satu pasukan meminta time-out dan
bilakah masanya permainan dimulakan semula, berserta isyarat yang
ditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat dibunyikan
pada waktu balingan biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bola
yang dibalingkan masih di udara, maka balingan semula perlu dilakukan.
Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada waktu balingan
percuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan didenda.
Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi isyarat
tamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan tersebut
berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasa
wisel ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama,
maka perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikut
perbezaan masa yang wujud.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 79
(c) MMemberhentikan perlawanan (time-out)
Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah dibenarkan sekiranya
berlaku situasi seperti:
seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang
diminta oleh pasukan yang bermain
melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan
Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikan
sementara (time-out) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsung
dan pengadil akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara amnya,
pengadil akan memutuskan bila tiba masanya akan dihentikan dan
dimulakan semula berhubung dengan time-out. Pengadil juga akan
memberikan isyarat kepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupan
wisel dan isyarat T. Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuat
satu panggilan time-out selama satu minit untuk setiap separuh masa,
tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa tambahan.
Rajah 5.8: Isyarat daripada pengadil
Rajah 5.9: Isyarat time-out kepada penjaga masa
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING80
BOLA PERLAWANAN
Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah
berbentuk bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan
yang boleh memberi kesan silau atau berpermukaan licin. Bagi perlawanan
pemain lelaki ukuran lilit bola yang digunakan mestilah 58sm-60sm dan berat di
antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala bagi pemain wanita pula, ukur
lilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g. Bola mini hanya
digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bola
yang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan. Pada setiap
perlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang
ditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan
dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan bila
bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola
yang digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu.
Rajah 5.10: Bola perlawanan untuk perlawanan bola baling
Pasukan, Pertukaran Pemain dan Peralatan
(a) PPasukan
etiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah
pemain utama dan selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan
seharusnya mempunyai seorang penjaga gol pada setiap masa. Setiap
pasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam gelanggang untuk
memulakan sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang
berlangsung boleh diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemain
sahaja. Hanya 4 pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasa
perlawanan berlangsung dan pegawai pasukan ini tidak boleh ditukar
semasa perlawanan sedang berlangsung. Hanya salah seorang daripadanya
sahaja yang akan diberi tanggungjawab terhadap pasukan dan beliau
seorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa atau penjaga
skor dan juga pengadil. Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasuki
gelanggang semasa perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara ini
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 81
berlaku, pengadil akan terus memberi balingan percuma kepada pihak
lawan. Hanya pemain berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Jika terdapat
pegawai dan pemain sesuatu pasukan tiba lewat di gelanggang, maka
mereka harus mendapat kebenaran daripada penjaga masa atau penjaga
skor untuk bermain.
(b) PPertukaran Pemain
ertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap
yang boleh tanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi
salah seorang daripada pemain pasukannya mestilah telah keluar dari
garisan pertukaran terlebih dahulu. Peraturan ini juga digunakan untuk
pertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa dihentikan
sementara (time-out). Penggantian secara tidak formal akan didenda dan
pemain yang bersalah akan digantung daripada permainan selama dua
minit dan salah seorang pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satu
balingan percuma kepada pihak lawan juga akan diberikan sekiranya
berlaku kesalahan tersebut. Sekiranya pemain yang dikenakan
penggantungan selama dua minit ini memasuki gelanggang sebelum
waktunya, dia akan diberikan tambahan dua minit penggantungan sebagai
denda.
Rajah 5.11: Cara pertukaran pemain
(c) PPeralatan
etiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi
pasukan masing-masing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza
di antara setiap pasukan. Setiap penjaga gol setiap pasukan harus memakai
warna jersi yang sama dengan pasukannya dan berbeza dengan warna jersi
penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran
20sm tinggi di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju.
Nombor yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula
mestilah berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan
lebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Pemain juga
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING82
tidak dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-barang yang
merbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara barang
yang tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng
muka, jam, cincin, rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya.
Pemain yang tercedera atau berdarah di anggota badannya atau
pakaiannya mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta. Pemain
tersebut tidak akan dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskan
pemainan selagi darah belum berhenti dan pakaian yang berdarah belum
dicuci.
Rajah 5.12: Contoh jersi dan kasut sukan yang sesuai untuk permainan bola baling
PENJAGA GOL
Seorang penjaga gol dibenarkan:
(a) menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di
dalam kawasan gol.
(b) bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan sekiranya dia bermain di
luar kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainan
sebagai seorang pemain.
Penjaga gol tidak dibenarkan:
(a) melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan.
(b) menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali
bola balingan tersebut telah menyentuh seorang pemain.
(c) menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek
di luar kawasan gol.
(d) mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan
pegun atau yang bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol.
(e) menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari
kawasan gol.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 83
Rajah 5.13: Pergerakan penjaga gol yang dibenarkan
KAWASAN GOL
Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Kawasan gol
termasuk garisan kawasan gol dan sekiranya pemain menyentuhnya atau
memasukinya, denda akan dikenakan terhadap pemain tersebut. Balingan
percuma akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya seorang pemain dalam
gelanggang memasuki kawasan gol.
Contoh situasi yang sering berlaku ialah:
(a) pemain tersebut memasuki kawasan tersebut bersama bola
(b) pemain tersebut memasuki kawasan gol tanpa bola di bawah keadaan yang
memanfaatkan pemain tersebut.
Satu balingan 7 meter atau penalti akan diberikan apabila pemain hadangan
(defence) yang memasuki kawasan gol untuk bermain semasa jaringan gol
hendak dilakukan oleh pihak lawan.
Rajah 5.14: Kawasan Gol
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING84
Rajah 5.15: Pemain pasukan penghadang tidak dibenarkan berada di dalam kawasan gol
Rajah 5.16: Pemain tidak dibenarkan menghantar balik bola kepada penjaga gol
pasukannya dan hukuman penalti akan diberikan sekiranya kesalahan ini berlaku
Rajah 5.17: Menjejakkan kaki ke dalam kawasan gol lawan selepas lajak balingan
dibenarkan
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 85
SYARAT-SYARAT PERMAINAN
Pemain dibenarkan:
(a) membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola
dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan
juga paha
(b) memegang bola tidak melebihi tiga saat
(c) membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah
(d) apabila berdiri atau berlari:
melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan
melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan
kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan
menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan
kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan
(e) menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain
(f) bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika
hendak melakukan hantaran
Pemain tidak dibenarkan:
(a) menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki
(b) menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di
atas lantai
(c) meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam
gelanggang
Rajah 5.18: Bermain bola baling dengan menggunakan sebahagian besar daripada
anggota badan yang dibenarkan
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING86
Rajah 5.19: Memegang bola tidak melebihi tiga saat atau berjalan sambil
memegang bola tidak melebihi tiga langkah juga dibenarkan
Rajah 5.20: Dibenarkan menerima bola sambil berjalan tiga langkah atau
memegang bola tidak melebihi tiga saat
Rajah 5.21: Tidak menjadi kesalahan untuk menggelecek bola dengan
menggunakan satu tangan tertentu sahaja
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 87
Rajah 5.22: Tidak dibenarkan menendang bola dengan kaki
Rajah 5.23: Tidak dibenarkan untuk menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang
bergerak atau berada dalam keadaan pegun
KESALAHAN PERMAINAN
Perhatikan pula kesalahan-kesalahan yang sering berlaku.
Pemain dibenarkan:
(a) menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat
penguasaan bola itu
(b) menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola
menjauhi pihak lawan.
(c) menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak
lawan tidak menguasai bola.
Pemain tidak dibenarkan:
(a) menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan
(b) menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki
(c) menarik baju atau menolak lawan secara kasar
(d) membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya
Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut
situasi yang berlaku.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING88
Rajah 5. 24: Ia menjadi satu kesalahan untuk membaling bola ke arah pihak lawan
dengan tujuan untuk mencederakan
Rajah 5.25: Berlari merempuh pihak lawan juga tidak dibenarkan
Rajah 5.26: Menghadang pihak lawan dengan badan adalah tidak menjadi kesalahan
JARINGAN GOL
Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secara
lengkap dan penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa
melakukan balingan tersebut, maka ia dikira sebagai jaringan yang sah. Jikalau
benteng pertahanan melakukan kesalahan semasa penjaring menjaringkan gol,
jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah. Namun, jaringan akan dikira
sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan isyarat sebelum bola itu
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 89
memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain lawan secara
tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri. Suatu jaringan yang telah diberikan
atau diputuskan oleh pengadil adalah muktamad. Pengisytiharan pemenang
bergantung kepada jumlah gol yang berjaya dilakukan.
Rajah 5.27: Kedudukan bola semasa memasuki gol
BALINGAN MULA (THROW-OFF)
Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia
memilih untuk memulakan permainan. Jika pasukan yang menang undian ingin
memilih kawasan gol permainan, maka pihak lawannya akan memulakan
permainan tersebut. Untuk permulaan separuh masa kedua, balingan mula akan
dilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi. Contohnya jikalau pasukan A
telah melakukan baling mula pada separuh masa pertama maka separuh masa
kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan B pula. Setiap balingan mula
selepas gol dijaringkan akan diadakan di tengah gelanggang sebelum habis masa
tiga saat daripada bermulanya tiupan wisel pengadil. Sebelum sesuatu balingan
mula dimulakan, semua pemain mesti berada di dalam kawasan permainan
sebelum sesuatu balingan mula dan pihak lawan harus berada sekurang-
kurangnya tiga meter dari pembaling untuk memulakan permainan.
BALINGAN MASUK (THROW-IN)
Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira
sebagai bola keluar. Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain boleh
mengambil suatu balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil.
Apabila bola menyentuh bumbung gelanggang, balingan masuk juga akan
diberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan di tempat di mana bola itu
keluar, tetapi jika bola keluar di belakang garisan gol, balingan masuk akan
dilakukan di titik persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepi
gelanggang permainan. Untuk membuat balingan masuk pembaling haruslah
berdiri dengan kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat,
pihak lawan mesti berada 3 meter jauh dari pembaling itu.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING90
Rajah 5.28: Balingan ke dalam dilakukan dengan sebelah kaki mesti
memijak garisan tepi
BALINGAN PENJAGA GOL
Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila:
(a) kawasan gol dimasuki pemain lawan
(b) bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek
masuk ke kawasan gol.
(c) pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas
lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol
Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga
gol melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula
bola yang telah dibaling kecuali bola itu telah menyentuh pemain lain.
BALINGAN PERCUMA
Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan
percuma diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari
penyerang. Secara amnya, pengadil akan memberhentikan permainan dan
memberikan pihak lawan satu balingan percuma sekiranya pasukan tersebut
melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil di
tempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi. Apabila balingan percuma
diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang bola mesti
meletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu berlaku.
Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripada
pengadil dan balingan yang dibuat adalah sah.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 91
Rajah 5.29: Semua pemain penyerang mesti berada di luar garisan 9 meter dan
pengadang mesti berada sejauh 3 meter dari pembaling
BALINGAN TUJUH METER
Balingan 7 meter diberi apabila:
(a) sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol
dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola.
(b) seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di
kawasan gol.
Pihak pengadil akan memberikan time-out sekiranya penjaga gol mahu
melakukan balingan 7 meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas
sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat ke
arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7 meter
hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak dibenarkan
menyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikan
oleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga
mestilah berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling.
Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan
semasa balingan tersebut dilakukan.
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING92
Rajah 5. 30: Balingan 7 meter juga dikenali sebagai balingan penalti(sumber??)
BALINGAN PENGADIL
Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan
jika:
(a) kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak
(b) apabila bola meyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang
perlawanan
(c) tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang
dilakukan
Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel
dibunyikan. Seorang pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan
dibenarkan mengambil bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti berada
sejauh 3 meter dari balingan tersebut. Bola hanya boleh dicapai atau dimainkan
setelah mencapai puncak ketinggian balingan.
Rajah 5.31: Contoh balingan pengadil untuk memulakan permainan
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 93
DENDA / HUKUMAN PERMAINAN
(a) Amaran / Kad Kuning
kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan
perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan
(b) Hukuman / Gantung Dua Minit
tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan
penggantian pemain yang tidak sah
perlanggaran peraturan permainan
kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan
(c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain
melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan
telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga
tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya
mengugut pemain di luar gelanggang pemain
kekasaran hingga mencederakan pihak lawan
kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh
dibatalkan penyertaan
Rajah 5.32: Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadil
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING94
Rajah 5.33: Pemain dilayangkan kad amaran oleh pengadil
Rajah 5.34: Penyingkiran daripada perlawanan (dalam kes keganasan)
ISYARAT TANGAN PENGADIL
Rajah 5.35: Menyentuh atau memasuki kawasan gol dan salah tangkap, salah
lantun atau salah kawal bola
Rajah 5.36: Berjalan lebih 3 langkah atau memegang bol dan
membuang masa lebih tiga saat
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 95
Rajah 5. 38: Memukul pemain dan menangkap pemain
Rajah 5.39: Salah laku penyerang menolak dan jaringan gol
merempuh ke arah lawan
Rajah 5.40: Balingan masuk dan balingan gol
TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING96
Rajah 5.41: Balingan percuma kepada pihak lawan, balingan
pengad dan jarakkan diri sejauh tiga meter
Sukan bola baling adalah salah satu sukan berpasukan yang paling popular
yang dipertandingkan di sukan Olimpik.
Terdapat dua kategori yang dipertandingkan dalam permainan bola baling
iaitu lelaki dan perempuan. Kedua-dua kategori ini menggunakan atau
mengikut peraturan dan undang-undang yang sama dan hanya jenis bola
sahaja yang berbeza.
(a) Nyatakan kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang dibatalkan
atau diberhentikan permainannya.
(b) Apakah perbuatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam
permainan bola baling?
(c) Terangkan apa yang dimaksudkan sebagai ÂTime-OutÊ dalam
permainan bola baling
SEMAK KENDIRI 5.3

More Related Content

What's hot

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahNorulhuda Ahmad
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaIka Patrict
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaranfiro HAR
 
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORTembuakar Corp
 
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranRancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranKoh Ing
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellfiro HAR
 
Gangguan dalam sukan
Gangguan dalam sukanGangguan dalam sukan
Gangguan dalam sukanNadirah Kz
 
konsep kesepaduan, pengabungjalinan, integrasi, dan tunjang KSSR dan KBSR dal...
konsep kesepaduan, pengabungjalinan, integrasi, dan tunjang KSSR dan KBSR dal...konsep kesepaduan, pengabungjalinan, integrasi, dan tunjang KSSR dan KBSR dal...
konsep kesepaduan, pengabungjalinan, integrasi, dan tunjang KSSR dan KBSR dal...Caeser Rio
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasNur Kareena
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiriVince Here
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursdimidur
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterPenny Chuah
 
Kaedah multisensori
Kaedah multisensoriKaedah multisensori
Kaedah multisensoripeggylau9318
 
Strategi & Pendekatan P&P
Strategi & Pendekatan P&PStrategi & Pendekatan P&P
Strategi & Pendekatan P&PDr22s
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialFirdaus Zailan
 
Lokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotorLokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotorPiong Yee Hsiang
 

What's hot (20)

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolahPendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran prasekolah
 
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan KepentingannyaPemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
Pemindahan Pembelajaran dan Kepentingannya
 
Aspek seni bahasa utama
Aspek seni bahasa  utamaAspek seni bahasa  utama
Aspek seni bahasa utama
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaran
 
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTORPERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR
 
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaranRancangan harian dan refleksi makropengajaran
Rancangan harian dan refleksi makropengajaran
 
PERGERAKAN KAMERA VIDEO
PERGERAKAN KAMERA VIDEOPERGERAKAN KAMERA VIDEO
PERGERAKAN KAMERA VIDEO
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaranGaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Prinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewellPrinsip pembelajran ewell
Prinsip pembelajran ewell
 
Gangguan dalam sukan
Gangguan dalam sukanGangguan dalam sukan
Gangguan dalam sukan
 
konsep kesepaduan, pengabungjalinan, integrasi, dan tunjang KSSR dan KBSR dal...
konsep kesepaduan, pengabungjalinan, integrasi, dan tunjang KSSR dan KBSR dal...konsep kesepaduan, pengabungjalinan, integrasi, dan tunjang KSSR dan KBSR dal...
konsep kesepaduan, pengabungjalinan, integrasi, dan tunjang KSSR dan KBSR dal...
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiri
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikurs
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
 
Kaedah multisensori
Kaedah multisensoriKaedah multisensori
Kaedah multisensori
 
Strategi & Pendekatan P&P
Strategi & Pendekatan P&PStrategi & Pendekatan P&P
Strategi & Pendekatan P&P
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
Lokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotorLokomotor dan bukan lokomotor
Lokomotor dan bukan lokomotor
 

Viewers also liked

Viewers also liked (18)

4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling4. peraturan bola baling
4. peraturan bola baling
 
02 bola baling
02 bola baling02 bola baling
02 bola baling
 
BOLA BALING
BOLA BALINGBOLA BALING
BOLA BALING
 
Permainan bola-baling
Permainan bola-balingPermainan bola-baling
Permainan bola-baling
 
Topik 1 Bola Sepak
Topik 1 Bola SepakTopik 1 Bola Sepak
Topik 1 Bola Sepak
 
Kemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola balingKemahiran asas bola baling
Kemahiran asas bola baling
 
Modul Latihan Sukan Bola Sepak
Modul Latihan Sukan Bola SepakModul Latihan Sukan Bola Sepak
Modul Latihan Sukan Bola Sepak
 
Kertas konsep futsal 2015
Kertas konsep futsal 2015Kertas konsep futsal 2015
Kertas konsep futsal 2015
 
Kelengkapan permainan bola sepak
Kelengkapan permainan bola sepakKelengkapan permainan bola sepak
Kelengkapan permainan bola sepak
 
Ukuran padang bola baling
Ukuran padang bola balingUkuran padang bola baling
Ukuran padang bola baling
 
Gelanggang bola baling 1
Gelanggang bola baling 1Gelanggang bola baling 1
Gelanggang bola baling 1
 
Sejarah & Undang - undang dalam Futsal
Sejarah & Undang - undang dalam FutsalSejarah & Undang - undang dalam Futsal
Sejarah & Undang - undang dalam Futsal
 
Bola baling
Bola balingBola baling
Bola baling
 
Bola jaring sekolah menengah
Bola jaring sekolah menengahBola jaring sekolah menengah
Bola jaring sekolah menengah
 
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
Kemahiran sukan tingkatan 2(bola baling)
 
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.Modul Latihan Sukan Bola Baling.
Modul Latihan Sukan Bola Baling.
 
Bola baling sekolah menengah
Bola baling sekolah menengahBola baling sekolah menengah
Bola baling sekolah menengah
 
Bola baling sekolah rendah
Bola baling sekolah rendahBola baling sekolah rendah
Bola baling sekolah rendah
 

Similar to 8243606 bola-baling

8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-balingSia Layteng
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola balingAhmad NazRi
 
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggi
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggiMakalah tentang bola voli dan lompat tinggi
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggiAmphie Yuurisman
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantarrizkynet
 
Makalah theo1
Makalah theo1Makalah theo1
Makalah theo1rohis
 
hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
hbpe laporan pemerhatian permainan bola balinghbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
hbpe laporan pemerhatian permainan bola balingSharul Anuar Abd Aziz
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hokiAhmad NazRi
 
Legie montafea
Legie montafeaLegie montafea
Legie montafeabellaaltia
 
Makalah Olahraga Volly
Makalah Olahraga VollyMakalah Olahraga Volly
Makalah Olahraga Vollyradityozu
 
Pengenalan.gegejdocx
Pengenalan.gegejdocxPengenalan.gegejdocx
Pengenalan.gegejdocxShahir Taeny
 
KEMAHIRAN BOLA JARING
KEMAHIRAN BOLA JARINGKEMAHIRAN BOLA JARING
KEMAHIRAN BOLA JARINGFarah Latiff
 
Badminton spts
Badminton sptsBadminton spts
Badminton sptsJimmy Siow
 
makalah bola v.pdf
makalah bola v.pdfmakalah bola v.pdf
makalah bola v.pdfNurFahira3
 
makalah bola v.pdf
makalah bola v.pdfmakalah bola v.pdf
makalah bola v.pdfNurFahira3
 

Similar to 8243606 bola-baling (20)

8243606 bola-baling
8243606 bola-baling8243606 bola-baling
8243606 bola-baling
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola balingTugasan qgj 3063   sukan berpasukan bola baling
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan bola baling
 
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggi
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggiMakalah tentang bola voli dan lompat tinggi
Makalah tentang bola voli dan lompat tinggi
 
Permainan bola-voli
Permainan bola-voliPermainan bola-voli
Permainan bola-voli
 
Kata pengantar
Kata pengantarKata pengantar
Kata pengantar
 
Makalah theo1
Makalah theo1Makalah theo1
Makalah theo1
 
hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
hbpe laporan pemerhatian permainan bola balinghbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
hbpe laporan pemerhatian permainan bola baling
 
Penjaskes 87
Penjaskes 87Penjaskes 87
Penjaskes 87
 
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063   sukan berpasukan hokiTugasan qgj 3063   sukan berpasukan hoki
Tugasan qgj 3063 sukan berpasukan hoki
 
Legie montafea
Legie montafeaLegie montafea
Legie montafea
 
Makalah Olahraga Volly
Makalah Olahraga VollyMakalah Olahraga Volly
Makalah Olahraga Volly
 
Pengenalan.gegejdocx
Pengenalan.gegejdocxPengenalan.gegejdocx
Pengenalan.gegejdocx
 
KEMAHIRAN BOLA JARING
KEMAHIRAN BOLA JARINGKEMAHIRAN BOLA JARING
KEMAHIRAN BOLA JARING
 
Badminton spts
Badminton sptsBadminton spts
Badminton spts
 
Projekhoki
ProjekhokiProjekhoki
Projekhoki
 
Sejarah
SejarahSejarah
Sejarah
 
Bola volly
Bola vollyBola volly
Bola volly
 
makalah bola v.pdf
makalah bola v.pdfmakalah bola v.pdf
makalah bola v.pdf
 
makalah bola v.pdf
makalah bola v.pdfmakalah bola v.pdf
makalah bola v.pdf
 
Makalah bola voli
Makalah bola voliMakalah bola voli
Makalah bola voli
 

More from czm1976

Geografi Bab 3 Tingkatan 1--------------
Geografi Bab 3 Tingkatan 1--------------Geografi Bab 3 Tingkatan 1--------------
Geografi Bab 3 Tingkatan 1--------------czm1976
 
Geografi-Tingkatan 1--------------------
Geografi-Tingkatan 1--------------------Geografi-Tingkatan 1--------------------
Geografi-Tingkatan 1--------------------czm1976
 
Geografi tingkatan 1--------------------
Geografi tingkatan 1--------------------Geografi tingkatan 1--------------------
Geografi tingkatan 1--------------------czm1976
 
Bab 4 Geografi -------------------------
Bab 4 Geografi -------------------------Bab 4 Geografi -------------------------
Bab 4 Geografi -------------------------czm1976
 
baba2..Geografi bab-2.pdf
baba2..Geografi                bab-2.pdfbaba2..Geografi                bab-2.pdf
baba2..Geografi bab-2.pdfczm1976
 
Buku Teks sejarah 1.....................
Buku Teks sejarah 1.....................Buku Teks sejarah 1.....................
Buku Teks sejarah 1.....................czm1976
 
Nota Sejarah Tingkatan 1................
Nota Sejarah Tingkatan 1................Nota Sejarah Tingkatan 1................
Nota Sejarah Tingkatan 1................czm1976
 
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 KSSM.pdf
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 KSSM.pdfNOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 KSSM.pdf
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 KSSM.pdfczm1976
 
persembahan-PdPC.pptx
persembahan-PdPC.pptxpersembahan-PdPC.pptx
persembahan-PdPC.pptxczm1976
 
program-DTP-2022.pptx
program-DTP-2022.pptxprogram-DTP-2022.pptx
program-DTP-2022.pptxczm1976
 
DTP#54-Matematik-2022.pptx
DTP#54-Matematik-2022.pptxDTP#54-Matematik-2022.pptx
DTP#54-Matematik-2022.pptxczm1976
 

More from czm1976 (11)

Geografi Bab 3 Tingkatan 1--------------
Geografi Bab 3 Tingkatan 1--------------Geografi Bab 3 Tingkatan 1--------------
Geografi Bab 3 Tingkatan 1--------------
 
Geografi-Tingkatan 1--------------------
Geografi-Tingkatan 1--------------------Geografi-Tingkatan 1--------------------
Geografi-Tingkatan 1--------------------
 
Geografi tingkatan 1--------------------
Geografi tingkatan 1--------------------Geografi tingkatan 1--------------------
Geografi tingkatan 1--------------------
 
Bab 4 Geografi -------------------------
Bab 4 Geografi -------------------------Bab 4 Geografi -------------------------
Bab 4 Geografi -------------------------
 
baba2..Geografi bab-2.pdf
baba2..Geografi                bab-2.pdfbaba2..Geografi                bab-2.pdf
baba2..Geografi bab-2.pdf
 
Buku Teks sejarah 1.....................
Buku Teks sejarah 1.....................Buku Teks sejarah 1.....................
Buku Teks sejarah 1.....................
 
Nota Sejarah Tingkatan 1................
Nota Sejarah Tingkatan 1................Nota Sejarah Tingkatan 1................
Nota Sejarah Tingkatan 1................
 
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 KSSM.pdf
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 KSSM.pdfNOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 KSSM.pdf
NOTA PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 1 KSSM.pdf
 
persembahan-PdPC.pptx
persembahan-PdPC.pptxpersembahan-PdPC.pptx
persembahan-PdPC.pptx
 
program-DTP-2022.pptx
program-DTP-2022.pptxprogram-DTP-2022.pptx
program-DTP-2022.pptx
 
DTP#54-Matematik-2022.pptx
DTP#54-Matematik-2022.pptxDTP#54-Matematik-2022.pptx
DTP#54-Matematik-2022.pptx
 

Recently uploaded

PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfNatasyaA11
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptAcemediadotkoM1
 

Recently uploaded (20)

PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdfPPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
PPT IPS Geografi SMA Kelas X_Bab 5_Atmosfer.pptx_20240214_193530_0000.pdf
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .pptMateri power point Kepemimpinan leadership .ppt
Materi power point Kepemimpinan leadership .ppt
 

8243606 bola-baling

  • 1. PENGENALAN Tahukah anda bahawa permainan yang mempunyai persamaan dan ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 S.M? Pelbagai jenis permainan bola sepak telah diperkenalkan pada zaman Pertengahan Eropah. Di Malaysia juga, permainan bola sepak cukup popular dan sukan ini diberi lebih perhatian berbanding sukan-sukan lain. Ia dapat dilihat dengan usaha pihak persatuan bola sepak di Malaysia merancang dan mengatur pelbagai strategi untuk memperkembangkan permainan bola sepak dari semasa ke semasa di peringkat kebangsaaan. Dengan adanya pelbagai perancangan, Malaysia diharap menjadi salah satu pasukan yang kuat di rantau Asia dan seterusnya dapat memberi saingan di peringkat antarabangsa. Oleh yang demikian, topik ini akan dapat membantu anda mengetahui dan mendalami aspek undang-undang, peraturan, kemahiran asas dan strategi dalam permainan bola sepak. TTooppiikk 55 Permainan Bola Baling HASIL PEMBELAJARAN Diakhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti pelbagai kemahiran asas dalam permainan bola baling; 2. Mengaplikasikan kemahiran dalam strategi dan latihan permainan tersebut; dan 3. Mengaplikasikan pengetahuan bola baling ke dalam pengurusan, pengendalian dan pengelolaan sesuatu kejohanan dan pertandingan.
  • 2. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 71 SEJARAH PERMAINAN Rajah 5.1: Pemain sedang bermain bola baling Mengikut sejarah bola baling, permainan ini telah mula dimainkan sebelum kurun ke-6 lagi. Ianya mula dikenali sebagai ÂuraniaÊ pada Zaman Kerajaan Greek, ÂharpastonÊ pada Zaman Kerajaan Rom dan ÂfangballspielÊ pada Zaman Pertengahan di Jerman. Pada kurun ke-19 pula, telah wujud tiga permainan yang mirip dengan permainan bola baling yang dipanggil ÂhaandboldÊ berasal dari Denmark, ÂhazenaÊ berasal dari negara Bohemia dan Slovakia dan ÂtorballÊ berasal dari Jerman. Ketiga-tiga permainan ini bolehlah dianggap pencetus kepada permainan bola baling masa kini. Haandbold Permainan ini mula dicetuskan oleh Helger Nilson iaitu seorang ketua pengawas sekolah yang cuba mencari dan mencipta sukan yang seakan sama dengan permainan bola sepak. Idea ini timbul setelah permainan bola sepak telah banyak menyebabkan kerosakan pada tingkap-tingkap di sekolahnya. Sebagai langkah mengurangkan kerosakan tingkap di sekolahnya dan juga untuk kawalan bola yang lebih baik dia telah memperkenalkan permainan bola dengan menggunakan tangan kepada rakan-rakannya dan akhirnya berjaya dikembangkan sebagai sukan baru sehinggalah ke seluruh negara Denmark. 5.1 AKTIVITI 5.1 Sebelum kita meneruskan topik ini, cuba nyatakan apa yang anda tahu tentang sejarah permainan bola sepak dan perkembangannya di Malaysia. Bandingkan jawapan awal anda dengan apa yang akan dibincangkan seterusnya di bawah.
  • 3. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING72 Hazena Permainan ini mula diperkenalkan oleh Vraclac Karas dan Antonin Kristof. Ia buat pertama kalinya telah dimainkan di Prague, Republik Czech dengan saiz gelanggangnya (48m x 32m), bentuk kawasan gol (6m lengkung), saiz gol (2m x 2.4m) dan masa permainan (2 x 25 minit) yang hampir sama dengan bola baling moden. Mereka juga membahagikan kawasan gelanggang kepada tiga kawasan yang terdiri daripada kawasan penjaga gol, pertahanan dan penyerang yang hanya boleh bermain terhad di kawasan mereka. Torball Hermann Bachmann merupakan orang pertama yang telah memperkenalkanya di Jerman. Saiz kawasan gelanggang ialah 40m x 20m dan kawasan lengkungan di kawasan gol diukur 4m. Hanya dalam tempoh masa yang singkat, permainan ini telah menjadi popular di seluruh Eropah. Namun, disebabkan oleh setiap negara mempunyai peraturan permainan yang berbeza, penganjurannya di peringkat antarabangsa menjadi agak sukar. Justeru itu, penyelarasan peraturan pertandingan telah dilakukan oleh Karl Schelenz pada 1917 di Berlin. Bola Baling Padang Merupakan permainan dan juga nama baru bagi permainan yang dimainkan di kawasan padang bola sepak dengan kekuatan 11 pemain setiap pasukan. Saiz gol, kawasan gol dan beberapa peraturan telah ditukar dan digubal sedikit demi sedikit sehinggalah permainan ini telah dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Walau bagaimanapun, kepesatan perkembangan dalam sukan bola baling ini memerlukan satu organisasi di mana organisasi ini dapat mempromosikan sukan bola baling, menganjurkan kejohanan di peringkat dunia, dan menyediakan program bagi membolehkan sukan ini dipertandingkan di sukan Olimpik. Justeru itu, International Amateur Handball Federation (IAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1928 di Amsterdam dan dalam tempoh masa yang singkat pada tahun 1936, sukan bola baling telah dipertandingkan di sukan Olimpik di Berlin. Pada waktu itu juga, Austria dan Jerman merupakan kuasa besar bagi sukan ini. International Handball Federation (IHF) merupakan satu organisasi baru yang telah ditubuhkan di Copenhagen, Denmark pada tahun 1946 di mana satu arah baru dalam evolusi sukan bola baling telah wujud. Disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu dan menghadkan permainan ini, saiz kawasan permainan dan perubahan peraturan telah dilakukan bagi membolehkan sukan ini dimainkan di dalam dewan
  • 4. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 73 Rajah 5.2: Logo International Handball Federation (IHF) Bola Baling Dewan Sukan bola baling telah dimainkan di padang terbuka dan juga di dalam dewan, bahkan kejohanan dunia bola baling juga dianjurkan untuk kedua-duanya. Namun, bola baling dewan lebih popular berbanding bola baling padang kerana ia dapat dimainkan dengan pantas dan pertandingan boleh dilangsungkan tanpa gangguan cuaca. Pelbagai pergerakan serta kemahiran dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Sejak tahun 1966 lagi, IHF hanya menganjurkan kejohanan tertutup dan di dalam dewan sahaja dan ini menyebabkan perkembangan bola baling di dalam dewan menjadi semakin berkembang dan maju. Satu lagi perkembangan dalam bola baling di mana disebabkan oleh popularitinya, bola baling lelaki telah diperkenalkan di sukan Olimpik Munich pada tahun 1972. Pada tahun 1976 pula, acara bola baling wanita telah diperkenalkan di sukan Olimpik Montreal dan menjadi salah satu sukan berpasukan yang paling popular di sukan Olimpik. Rajah 5.3: Bola baling yang dimainkan di dalam dewan SEMAK KENDIRI 5.1 (a) Nyatakan ciri-ciri permainan Haandbold, Hazena dan Torball. (b) Di negara manakah permainan bola baling moden mula diperkenalkan?
  • 5. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING74 5.1.1 Perkembangan di Malaysia Seperti juga dengan permainan-permainan lain, sukan bola baling mempunyai sejarah asal usulnya di Malaysia. Tahukah anda bilakah sukan ini bermula di negara kita? Sukan bola baling bermula di Malaysia pada tahun 1976. Sukan ini mula diperkenalkan oleh Encik Lim Hock Han, iaitu Pengarah Unit Sukan Universiti Malaya, setelah sekembalinya beliau dari Sukan Olimpik pada tahun 1976. Beliau juga telah membawa balik rakaman permainan bola baling dari Temasya Sukan Olimpik itu. Beliau telah memberi kursus asas permainan ini kepada sekumpulan guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada tahun itu. Pada tahun 1978, kursus pengadil bola baling yang pertama diadakan untuk 60 orang guru seluruh Malaysia di Selangor. Pada tahun yang sama juga, sempena meraikan Hari Anugerah Olahragawan dan Olahragawati kebangsaan pada tahun 1978, permainan bola baling telah diadakan di Stadium Negara sebagai acara pertunjukan pada waktu itu. Satu jawatankuasa penaja telah dibentuk untuk penubuhan Persatuan Bola Baling Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada September 1979 di Morib, Selangor. Pada 7 Disember 1985, buat julung kalinya telah berlangsung Kejohanan Bola Baling peringkat kebangsaan di padang SMK Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1987 pula, permainan ini telah menjadi acara sukan tahunan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia. Kejohanan yang pertama telah diadakan di Kelang, Selangor bagi kategori umur bawah 12 tahun dan 15 tahun lelaki dan perempuan. Terdapat beberapa kejohanan seperti MSSN (peringkat negeri), MSSM (peringkat kebangsaan), KAGUM (peringkat Maktab Perguruan), MASUM (peringkat universiti) dan yang terbaru SIKMA (Sukan Antara Institusi Kementerian Pelajaran Malaysia) yang telah menjadikan pemainan bola baling sebagai acara rasmi dalam kejohanan-kejohanan tersebut. Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF) telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan En. Cheah Hai Su telah dilantik sebagai Presiden MAHF yang pertama manakala En. Kan Tong Leong sebagai Setiausaha Kehormatnya. Pada tahun 1986, Presiden MAHF telah menjadi salah seorang ahli gabungan bersama Asia Handball Federation (AHF). Pada tahun 1990 pula, beliau menjadi ahli gabungan Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) dan pada tahun 1994 beliau menjadi ahli gabungan International Handball Federation (IHF). MAHF telah menyertai Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) pada Mei 2004. Persekutuan Bola Baling Malaysia telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di bawah Akta Sukan Kebangsaan 1997, pada 27 Mei 2000.
  • 6. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 75 Presiden MAHF yang memegang jawatan ini sejak tahun 2000 sehingga kini ialah Y. Bhg. DatoÊ Haji Suhaimi bin Haji Yacob. Beliau juga memegang beberapa jawatan di peringkat antarabangsa seperti: (a) Naib Presiden Persekutuan Bola Baling Komanwel (CHF) (b) Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Promosi Bola Baling Persekutuan Bola Baling Asia (AHF) (c) Timbalan Presiden Persekutuan Bola Baling Asia Tenggara (SEAHAF) (d) Ahli Majlis Persekutuan Bola Baling Asia (AHF) Pihak AHF telah meletakkan kepercayaan kepada Malaysia untuk menganjurkan satu kejohanan di peringkat antarabangsa, iaitu 1st Martyr Sheikh Fahad Al- Ahmad Al-Sabah Cup Championship untuk negara-negara yang baru dalam pembangunan bola baling. Rajah 5.4: Logo Persatuan Bola Baling Malaysia(MAHF) SEMAK KENDIRI 5.2 (a) Siapakah tokoh yang memperkenalkan sukan bola baling di Malaysia? (b) Nyatakan secara ringkas tentang perkembangan sukan bola baling bermula di Malaysia.
  • 7. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING76 5.1.2 Struktur Organisasi Persatuan Rajah berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola Baling Malaysia. Rajah 5.5: Struktur Organisasi Persatuan Bola Baling PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG 5.2.1 Peraturan Gelanggang Permainan Sebelum kita meneroka dengan lebih lanjut lagi marilah kita kenal pasti saiz gelanggang permainan bola baling ini. Gelanggang permainan berukuran 40m panjang dan 20m panjang lebar termasuk dua kawasan gol (rujuk Rajah 5.6). Garisan sempadan yang panjang dipanggil garisan tepi dan garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol (antara tiang gol). Di sekeliling gelanggang juga terdapat zon keselamatan dengan ukuran lm di sepanjang garisan tepi dan 2m di 5.2
  • 8. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 77 belakang garisan gol. Tiang gol (rujuk Rajah 5.7) diletakkan di tengah-tengah antara garisan gol. Ukuran untuk tiang gol adalah 2m panjang dan 3m lebar. Tiang gol juga mesti dilengkapi dengan jaring kerana sekiranya bola yang dilontar mencecah jaring, bola itu dianggap telah dijaringkan dan mata akan diperolehi. Di hadapan setiap tiang gol terdapat kawasan gol. Kawasan gol berukuran 6m dari kawasan garisan gol. Garisan balingan percuma (garisan 9 meter) ialah garisan putus-putus yang berada 3m di luar kawasan garisan gol. Garisan 7 meter ialah garisan di luar kawasan garisan gol dan dibuat sepanjang 1m. Ia terletak di hadapan tiang gol dan juga dikenali sebagai garisan penalti. Garisan penggantian pemain (Rajah 5.6) untuk setiap pasukan terletak di antara garisan tengah dengan ukuran jarak sepanjang 4.5m dari kawasan garisan tepi. Rajah 5.6: Ukuran Gelanggang Permainan Rajah 5.7: Ukuran Tiang Gol
  • 9. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING78 Masa Permainan, Isyarat Akhir dan Masa Rehat (a) MMasa Permainan Masa permainan yang biasa untuk semua pasukan bagi pemain berumur 16 tahun ke atas ialah 30 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat pula ialah selama 10 minit. Masa permainan bagi peringkat remaja bagi umur 12 hingga 16 tahun ialah 25 minit pada setiap separuh masa manakala bagi peringkat umur 8 hingga 12 tahun ialah 20 minit untuk setiap separuh masa. Masa rehat untuk kedua-dua kategori ini juga adalah selama 10 minit. Jikalau sesuatu perlawanan berakhir dengan seri, perlawanan masa tambahan akan diadakan selepas rehat selama 5 minit. Perlawanan masa tambahan adalah terdiri daripada dua separuh masa dalam tempoh 5 minit untuk setiap separuh masa tanpa masa rehat di antaranya berserta dengan pertukaran tempat gol. Peraturan pertandingan yang ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola akan dipatuhi sekiranya berlaku keadaan seri sekali lagi. Sekiranya berlaku seperti kes di atas, kebiasaannya balingan 7 meter atau balingan penalti sebanyak 5 kali untuk setiap pasukan akan dilakukan untuk menentukan pemenang. (b) IIsyarat Akhir Masa perlawanan dimulakan dengan tiupan wisel untuk balingan permulaan. Masa perlawanan tamat juga ditentukan dengan isyarat automatik melalui jam awam atau melalui isyarat penjaga masa. Penjaga masa boleh menggunakan jam meja atau jam randik. Jika terdapat jam awam, maka ia harus disetkan terlebih dahulu supaya bermula dari 0-30 minit. Jika tiada isyarat melalui jam awam atau melalui penjaga masa, pengadil sendiri akan memberhentikan perlawanan melalui tiupan wisel. Pengadil yang akan menentukan masa perlawanan akan dihentikan buat sementara, contohnya apabila salah satu pasukan meminta time-out dan bilakah masanya permainan dimulakan semula, berserta isyarat yang ditunjukkan kepada penjaga masa. Jika tiupan wisel tamat dibunyikan pada waktu balingan biasa atau balingan 7 meter dilakukan dan bola yang dibalingkan masih di udara, maka balingan semula perlu dilakukan. Pemain yang membuat kesalahan peraturan pada waktu balingan percuma atau balingan 7 meter sedang berlangsung juga akan didenda. Jika pengadil mendapati bahawa penjaga masa telah memberi isyarat tamat terlalu awal, maka beliau akan meneruskan perlawanan tersebut berdasarkan baki jangka masa yang tertinggal dengan masa mula semasa wisel ditiupkan. Jika perlawanan separuh masa pertama terlalu lama, maka perlawanan separuh masa kedua akan disingkatkan mengikut perbezaan masa yang wujud.
  • 10. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 79 (c) MMemberhentikan perlawanan (time-out) Pemberhentian masa sementara (time-out) adalah dibenarkan sekiranya berlaku situasi seperti: seorang pemain yang dikenakan penalti 2 minit keluar padang diminta oleh pasukan yang bermain melalui isyarat wisel dari penjaga masa atau teknikal pertandingan Kesalahan melanggar peraturan yang berlaku ketika masa diberhentikan sementara (time-out) adalah sama seperti ketika perlawanan berlangsung dan pengadil akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Secara amnya, pengadil akan memutuskan bila tiba masanya akan dihentikan dan dimulakan semula berhubung dengan time-out. Pengadil juga akan memberikan isyarat kepada penjaga masa diikuti dengan tiga kali tiupan wisel dan isyarat T. Setiap pasukan dibenarkan menerima atau membuat satu panggilan time-out selama satu minit untuk setiap separuh masa, tetapi ini tidak dibenarkan ketika masa tambahan. Rajah 5.8: Isyarat daripada pengadil Rajah 5.9: Isyarat time-out kepada penjaga masa
  • 11. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING80 BOLA PERLAWANAN Bola yang digunakan diperbuat daripada kulit atau bahan sintetik dan mestilah berbentuk bulat. Permukaan bola juga tidak boleh diperbuat daripada bahan yang boleh memberi kesan silau atau berpermukaan licin. Bagi perlawanan pemain lelaki ukuran lilit bola yang digunakan mestilah 58sm-60sm dan berat di antara 425g-475g (IHF berukuran 3), manakala bagi pemain wanita pula, ukur lilit bola ialah 54sm-56sm dan beratnya di antara 325g-400g. Bola mini hanya digunakan untuk perlawanan bola baling di peringkat sekolah rendah dan bola yang sama saiznya digunakan untuk pemain lelaki dan perempuan. Pada setiap perlawanan, diwajibkan terdapat dua biji bola yang mempunyai spesifikasi yang ditetapkan dalam peraturan. Bola simpanan juga mesti diletakkan berdekatan dengan meja penjaga masa semasa perlawanan. Pengadil akan memutuskan bila bola simpanan boleh digunakan. Apabila bermulanya sesuatu perlawanan, bola yang digunakan tidak boleh ditukar dengan bola yang baru kecuali perlu. Rajah 5.10: Bola perlawanan untuk perlawanan bola baling Pasukan, Pertukaran Pemain dan Peralatan (a) PPasukan etiap pasukan terdiri daripada 14 pemain di mana 7 daripadanya adalah pemain utama dan selebihnya adalah pemain simpanan. Setiap pasukan seharusnya mempunyai seorang penjaga gol pada setiap masa. Setiap pasukan perlu mempunyai 5 pemain di dalam gelanggang untuk memulakan sesuatu perlawanan dan sesuatu perlawanan yang sedang berlangsung boleh diteruskan sekiranya hanya tinggal lima orang pemain sahaja. Hanya 4 pegawai sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan semasa perlawanan berlangsung dan pegawai pasukan ini tidak boleh ditukar semasa perlawanan sedang berlangsung. Hanya salah seorang daripadanya sahaja yang akan diberi tanggungjawab terhadap pasukan dan beliau seorang sahaja yang boleh berurusan dengan penjaga masa atau penjaga skor dan juga pengadil. Pegawai pasukan juga tidak dibenarkan memasuki gelanggang semasa perlawanan berlangsung dan sekiranya perkara ini
  • 12. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 81 berlaku, pengadil akan terus memberi balingan percuma kepada pihak lawan. Hanya pemain berdaftar sahaja dibenarkan bermain. Jika terdapat pegawai dan pemain sesuatu pasukan tiba lewat di gelanggang, maka mereka harus mendapat kebenaran daripada penjaga masa atau penjaga skor untuk bermain. (b) PPertukaran Pemain ertukaran pemain boleh dilakukan pada bila-bila masa dan seberapa kerap yang boleh tanpa perlu memberitahu penjaga skor atau penjaga masa tetapi salah seorang daripada pemain pasukannya mestilah telah keluar dari garisan pertukaran terlebih dahulu. Peraturan ini juga digunakan untuk pertukaran penjaga gol. Pertukaran juga dilakukan ketika masa dihentikan sementara (time-out). Penggantian secara tidak formal akan didenda dan pemain yang bersalah akan digantung daripada permainan selama dua minit dan salah seorang pemain pasukannya akan dikeluarkan. Satu balingan percuma kepada pihak lawan juga akan diberikan sekiranya berlaku kesalahan tersebut. Sekiranya pemain yang dikenakan penggantungan selama dua minit ini memasuki gelanggang sebelum waktunya, dia akan diberikan tambahan dua minit penggantungan sebagai denda. Rajah 5.11: Cara pertukaran pemain (c) PPeralatan etiap pemain dalam sesuatu pasukan diwajibkan untuk memakai jersi pasukan masing-masing. Rekaan dan warna jersi mestilah jelas dan berbeza di antara setiap pasukan. Setiap penjaga gol setiap pasukan harus memakai warna jersi yang sama dengan pasukannya dan berbeza dengan warna jersi penjaga gol lawan. Pemain mesti memakai nombor jersi yang berukuran 20sm tinggi di belakang baju dan 10sm tinggi di bahagian hadapan baju. Nombor yang dipakai mestilah di antara 1 hingga 20 dan warnanya pula mestilah berlawanan dengan warna jersi supaya ia dapat dilihat dengan lebih jelas. Setiap pemain mestilah memakai kasut sukan. Pemain juga
  • 13. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING82 tidak dibenarkan memakai atau membawa objek atau barang-barang yang merbahaya kerana ia boleh membahayakan pihak lawan. Antara barang yang tidak dibenarkan di dalam permainan ialah pelindung kepala, topeng muka, jam, cincin, rantai, gelang, subang, cermin mata dan sebagainya. Pemain yang tercedera atau berdarah di anggota badannya atau pakaiannya mesti meninggalkan gelanggang dengan serta-merta. Pemain tersebut tidak akan dibenarkan kembali ke gelanggang untuk meneruskan pemainan selagi darah belum berhenti dan pakaian yang berdarah belum dicuci. Rajah 5.12: Contoh jersi dan kasut sukan yang sesuai untuk permainan bola baling PENJAGA GOL Seorang penjaga gol dibenarkan: (a) menyentuh bola dengan mana-mana anggota badan semasa menjaga gol di dalam kawasan gol. (b) bergerak bersama bola di dalam kawasan gol, dan sekiranya dia bermain di luar kawasan gol, maka dia haruslah mematuhi peraturan permainan sebagai seorang pemain. Penjaga gol tidak dibenarkan: (a) melakukan kekasaran kepada pihak lawan semasa bertahan. (b) menyentuh bola di luar kawasan gol selepas dia membuat balingan kecuali bola balingan tersebut telah menyentuh seorang pemain. (c) menyentuh bola yang berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di luar kawasan gol. (d) mengambil bola ke kawasan gol apabila bola itu berada di dalam keadaan pegun atau yang bergolek di atas gelanggang di luar kawasan gol. (e) menyentuh bola dengan kaki apabila bola sedang bergerak keluar dari kawasan gol.
  • 14. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 83 Rajah 5.13: Pergerakan penjaga gol yang dibenarkan KAWASAN GOL Hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan memasuki kawasan gol. Kawasan gol termasuk garisan kawasan gol dan sekiranya pemain menyentuhnya atau memasukinya, denda akan dikenakan terhadap pemain tersebut. Balingan percuma akan diberikan kepada pihak lawan sekiranya seorang pemain dalam gelanggang memasuki kawasan gol. Contoh situasi yang sering berlaku ialah: (a) pemain tersebut memasuki kawasan tersebut bersama bola (b) pemain tersebut memasuki kawasan gol tanpa bola di bawah keadaan yang memanfaatkan pemain tersebut. Satu balingan 7 meter atau penalti akan diberikan apabila pemain hadangan (defence) yang memasuki kawasan gol untuk bermain semasa jaringan gol hendak dilakukan oleh pihak lawan. Rajah 5.14: Kawasan Gol
  • 15. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING84 Rajah 5.15: Pemain pasukan penghadang tidak dibenarkan berada di dalam kawasan gol Rajah 5.16: Pemain tidak dibenarkan menghantar balik bola kepada penjaga gol pasukannya dan hukuman penalti akan diberikan sekiranya kesalahan ini berlaku Rajah 5.17: Menjejakkan kaki ke dalam kawasan gol lawan selepas lajak balingan dibenarkan
  • 16. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 85 SYARAT-SYARAT PERMAINAN Pemain dibenarkan: (a) membaling, menangkap, menolak, memberhentikan atau memukul bola dengan menggunakan seluruh tangan, menggunakan kepala, lengan dan juga paha (b) memegang bola tidak melebihi tiga saat (c) membawa bola dan berjalan tidak lebih daripada tiga langkah (d) apabila berdiri atau berlari: melantun bola sekali dan menangkapnya dengan satu atau dua tangan melantun bola berulang kali dengan satu tangan (menggelecek) dan kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan menggolek bola di atas lantai dengan menggunakan satu tangan dan kemudian menangkap kembali dengan satu atau dua tangan (e) menggerakkan bola dari satu tangan ke tangan yang lain (f) bermain bola semasa duduk atau meniarap di atas lantai, contohnya ketika hendak melakukan hantaran Pemain tidak dibenarkan: (a) menyentuh bola dengan menggunakan bahagian bawah kaki (b) menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergolek atau pegun di atas lantai (c) meneruskan permainan sekiranya bola terkena pengadil ketika di dalam gelanggang Rajah 5.18: Bermain bola baling dengan menggunakan sebahagian besar daripada anggota badan yang dibenarkan
  • 17. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING86 Rajah 5.19: Memegang bola tidak melebihi tiga saat atau berjalan sambil memegang bola tidak melebihi tiga langkah juga dibenarkan Rajah 5.20: Dibenarkan menerima bola sambil berjalan tiga langkah atau memegang bola tidak melebihi tiga saat Rajah 5.21: Tidak menjadi kesalahan untuk menggelecek bola dengan menggunakan satu tangan tertentu sahaja
  • 18. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 87 Rajah 5.22: Tidak dibenarkan menendang bola dengan kaki Rajah 5.23: Tidak dibenarkan untuk menjunam bagi mendapatkan bola yang sedang bergerak atau berada dalam keadaan pegun KESALAHAN PERMAINAN Perhatikan pula kesalahan-kesalahan yang sering berlaku. Pemain dibenarkan: (a) menggunakan lengan atau tangan untuk menahan bola dan mendapat penguasaan bola itu (b) menggunakan tangan yang terbuka untuk menampar atau menepis bola menjauhi pihak lawan. (c) menggunakan badan untuk menghalang lawan walaupun ketika itu pihak lawan tidak menguasai bola. Pemain tidak dibenarkan: (a) menarik atau menumbuk bola keluar daripada tangan pihak lawan (b) menghalang secara kasar menggunakan lengan, tangan dan kaki (c) menarik baju atau menolak lawan secara kasar (d) membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan mencederakannya Semua kesalahan di atas akan dikenakan hukuman oleh pengadil mengikut situasi yang berlaku.
  • 19. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING88 Rajah 5. 24: Ia menjadi satu kesalahan untuk membaling bola ke arah pihak lawan dengan tujuan untuk mencederakan Rajah 5.25: Berlari merempuh pihak lawan juga tidak dibenarkan Rajah 5.26: Menghadang pihak lawan dengan badan adalah tidak menjadi kesalahan JARINGAN GOL Bagaimana pula jaringan gol dikira? Apabila bola memasuki garisan gol secara lengkap dan penjaringnya tidak melakukan sebarang kesalahan semasa melakukan balingan tersebut, maka ia dikira sebagai jaringan yang sah. Jikalau benteng pertahanan melakukan kesalahan semasa penjaring menjaringkan gol, jaringan itu turut dikira sebagai jaringan yang sah. Namun, jaringan akan dikira sebagai tidak sah sekiranya penjaga masa membunyikan isyarat sebelum bola itu
  • 20. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 89 memasuki garisan gol dan jaringan dikira sah sekiranya pemain lawan secara tidak sengaja terjaring ke dalam gol sendiri. Suatu jaringan yang telah diberikan atau diputuskan oleh pengadil adalah muktamad. Pengisytiharan pemenang bergantung kepada jumlah gol yang berjaya dilakukan. Rajah 5.27: Kedudukan bola semasa memasuki gol BALINGAN MULA (THROW-OFF) Pasukan yang menang undian akan memulakan balingan mula sekiranya dia memilih untuk memulakan permainan. Jika pasukan yang menang undian ingin memilih kawasan gol permainan, maka pihak lawannya akan memulakan permainan tersebut. Untuk permulaan separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan yang berlawanan tadi. Contohnya jikalau pasukan A telah melakukan baling mula pada separuh masa pertama maka separuh masa kedua, balingan mula akan dilakukan oleh pasukan B pula. Setiap balingan mula selepas gol dijaringkan akan diadakan di tengah gelanggang sebelum habis masa tiga saat daripada bermulanya tiupan wisel pengadil. Sebelum sesuatu balingan mula dimulakan, semua pemain mesti berada di dalam kawasan permainan sebelum sesuatu balingan mula dan pihak lawan harus berada sekurang- kurangnya tiga meter dari pembaling untuk memulakan permainan. BALINGAN MASUK (THROW-IN) Apabila bola secara keseluruhannya melepasi garisan tepi maka ia akan dikira sebagai bola keluar. Apabila bola keluar dari kawasan permainan, pemain boleh mengambil suatu balingan masuk tanpa menunggu tiupan wisel pengadil. Apabila bola menyentuh bumbung gelanggang, balingan masuk juga akan diberikan. Suatu balingan masuk mesti diadakan di tempat di mana bola itu keluar, tetapi jika bola keluar di belakang garisan gol, balingan masuk akan dilakukan di titik persilangan garisan belakang gol dengan garisan sisi tepi gelanggang permainan. Untuk membuat balingan masuk pembaling haruslah berdiri dengan kaki menyentuh garisan tepi dan semasa balingan masuk dibuat, pihak lawan mesti berada 3 meter jauh dari pembaling itu.
  • 21. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING90 Rajah 5.28: Balingan ke dalam dilakukan dengan sebelah kaki mesti memijak garisan tepi BALINGAN PENJAGA GOL Penjaga gol akan diberikan kebebasan membuat balingan apabila: (a) kawasan gol dimasuki pemain lawan (b) bola yang dibaling pihak lawan berjaya dikawal atau bola tersebut bergolek masuk ke kawasan gol. (c) pemain daripada pasukan lawan menyentuh bola yang bergolek di atas lantai dan bola itu berada di dalam kawasan gol Ini bermaksud bahawa permainan ini tidak boleh diteruskan sehingga penjaga gol melakukan balingan gol. Penjaga gol juga tidak boleh menyentuh semula bola yang telah dibaling kecuali bola itu telah menyentuh pemain lain. BALINGAN PERCUMA Penyerang mestilah berada sejauh 9 meter dari tiang gol semasa balingan percuma diberikan. Pasukan lawan pula mestilah berada sejauh 3 meter dari penyerang. Secara amnya, pengadil akan memberhentikan permainan dan memberikan pihak lawan satu balingan percuma sekiranya pasukan tersebut melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Balingan percuma akan diambil di tempat di mana kesalahan atau kekasaran itu terjadi. Apabila balingan percuma diberikan kepada pihak lawan, pasukan yang sedang memegang bola mesti meletakkan bola tersebut di atas lantai, di tempat di mana kesalahan itu berlaku. Balingan percuma juga biasanya diambil tanpa mendapat isyarat wisel daripada pengadil dan balingan yang dibuat adalah sah.
  • 22. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 91 Rajah 5.29: Semua pemain penyerang mesti berada di luar garisan 9 meter dan pengadang mesti berada sejauh 3 meter dari pembaling BALINGAN TUJUH METER Balingan 7 meter diberi apabila: (a) sesuatu situasi yang jelas di mana percubaan untuk menjaringkan gol dihalang dengan kasar oleh pihak lawan untuk mendapatkan bola. (b) seseorang pemain itu melakukan kekasaran yang tidak dibenarkan di kawasan gol. Pihak pengadil akan memberikan time-out sekiranya penjaga gol mahu melakukan balingan 7 meter kerana ianya dikira melewatkan permainan. Selepas sahaja wisel dibunyikan oleh pengadil, balingan 7 meter hendaklah dibuat ke arah gol dalam masa 3 saat. Pemain yang hendak membuat balingan 7 meter hendaklah berdiri di belakang garisan 7 meter. Pemain tidak dibenarkan menyentuh ataupun melepasi garisan 7 meter apabila isyarat wisel dibunyikan oleh pengadil sehinggalah bola itu dilepaskan. Pemain pihak lawan juga mestilah berada 3 meter jauh dari pembaling sehinggalah bola itu dibaling. Balingan semula akan dilakukan sekiranya pihak lawan melakukan kesalahan semasa balingan tersebut dilakukan.
  • 23. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING92 Rajah 5. 30: Balingan 7 meter juga dikenali sebagai balingan penalti(sumber??) BALINGAN PENGADIL Pengadil akan melakukan balingan semula sebelum memulakan perlawanan jika: (a) kedua-dua pasukan yang bertanding melakukan kesalahan serentak (b) apabila bola meyentuh siling atau balingan terkena bumbung gelanggang perlawanan (c) tiada permain yang memegang bola atau tiada sebarang kesalahan yang dilakukan Balingan pengadil biasanya dibuat di tengah-tengah gelanggang selepas wisel dibunyikan. Seorang pemain daripada setiap satu pasukan yang berlawan dibenarkan mengambil bahagian, manakala pemain-pemain lain mesti berada sejauh 3 meter dari balingan tersebut. Bola hanya boleh dicapai atau dimainkan setelah mencapai puncak ketinggian balingan. Rajah 5.31: Contoh balingan pengadil untuk memulakan permainan
  • 24. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 93 DENDA / HUKUMAN PERMAINAN (a) Amaran / Kad Kuning kerap melakukan kesalahan atau melanggar peraturan permainan perlakuan yang dilakukan tanpa semangat kesukanan (b) Hukuman / Gantung Dua Minit tidak meletakkan bola ke lantai selepas sesuatu kesalahan penggantian pemain yang tidak sah perlanggaran peraturan permainan kurang sopan dan tidak mempunyai semangat kesukanan (c) Pembatalan / Pemberhentian Pemain melakukan kesalahan secara sengaja terhadap pihak lawan telah melakukan kesalahan pergantungan dua minit untuk kali ketiga tingkah laku dan tindakan yang keterlaluan dan merbahaya mengugut pemain di luar gelanggang pemain kekasaran hingga mencederakan pihak lawan kesalahan yang dilakukan oleh pegawai pasukan dan pasukan itu boleh dibatalkan penyertaan Rajah 5.32: Pemain dikenakan pergantungan dua minit oleh pengadil
  • 25. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING94 Rajah 5.33: Pemain dilayangkan kad amaran oleh pengadil Rajah 5.34: Penyingkiran daripada perlawanan (dalam kes keganasan) ISYARAT TANGAN PENGADIL Rajah 5.35: Menyentuh atau memasuki kawasan gol dan salah tangkap, salah lantun atau salah kawal bola Rajah 5.36: Berjalan lebih 3 langkah atau memegang bol dan membuang masa lebih tiga saat
  • 26. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING 95 Rajah 5. 38: Memukul pemain dan menangkap pemain Rajah 5.39: Salah laku penyerang menolak dan jaringan gol merempuh ke arah lawan Rajah 5.40: Balingan masuk dan balingan gol
  • 27. TOPIK 5 PERMAINAN BOLA BALING96 Rajah 5.41: Balingan percuma kepada pihak lawan, balingan pengad dan jarakkan diri sejauh tiga meter Sukan bola baling adalah salah satu sukan berpasukan yang paling popular yang dipertandingkan di sukan Olimpik. Terdapat dua kategori yang dipertandingkan dalam permainan bola baling iaitu lelaki dan perempuan. Kedua-dua kategori ini menggunakan atau mengikut peraturan dan undang-undang yang sama dan hanya jenis bola sahaja yang berbeza. (a) Nyatakan kesalahan yang dilakukan oleh pemain yang dibatalkan atau diberhentikan permainannya. (b) Apakah perbuatan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan dalam permainan bola baling? (c) Terangkan apa yang dimaksudkan sebagai ÂTime-OutÊ dalam permainan bola baling SEMAK KENDIRI 5.3