Apakah disleksia

3,028 views
2,944 views

Published on

0 Comments
6 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,028
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
250
Comments
0
Likes
6
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Apakah disleksia

  1. 1. Apakah disleksiaKepayahan memahami perkataan.Kepayahan dalam melihat perkataan, mendengar sebutan perkataan,menyebut perkataan dan sebagainya.ia juga disebut kesukaran dalam mentafsir fonologi yangbermaksud kesukaran dalam menggambarkan dan menghubungkaitkan perkataan dalam ingatan untukmengingati perkataan itu.Jenis-jenis disleksia1) Disleksia VisualTidak dapat menterjemahkan lambing-lambang bahasa yang ditulis atau dicetak supaya ianyabermakna.Perkataan –perkataan atau huruf-huruf yang dilihat terbalik.Sukar mengingati dan mengenal huruf, tidak berupaya menterjemah symbol.2) Disleksia AuditoriTidak dapat membuat pengamatan pendengaran atau tidak dapat membezakan bunyi huruf yangdiperdengarkan padanya.Sukar mengingatai bunyi huruf, memahami bunyi mengikut suku kata dan menyusun ataumenggabungkan suku kata untuk menyebut perkataan.3) DisgraphiaKesukaran dalam mengkoordinasikan tangan dan otot-otot tangan agar dapat menulis dengan baik dantulisannya dapat dibaca.Bagaimana Disleksia terjadi?• Kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini banyak persamaan dengan kesilapan yang dilakukanoleh orang dewasa aphasia yang menghadapi kerosakan otak. Perbezaannya adalah mangsa aphasiatelah pun mempunyai kemahiran membaca dan menulis tetapi disebabkan kecederaan di otak, dia tidakdapat lagi membaca dan menulis sementara kanak-kanak disleksia pula tidak pernah mempunyaikemahiran membaca dan menulis.• Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut. Ini telah dibuktikanoleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapatikesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak.• Didapati penyakit ini banyak menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan dengankadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak tanggungjawab berbanding orangperempuan.• Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit.Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain perkatanpertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaantidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya.• Berlaku perlawanan dalam dua cerebral hemisphere dalam menguasai kemahiran bacaan dan ejaan.Pada kebiasaannya hemisphere kiri yang menguasai bacaan tetapi kerana ianya lemah maka terjadilah
  2. 2. keterbalikkan perkataan dan huruf kepada kanak-kanak ini.• Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masalah dysleksia adalah disebabkan oleh pengajaranguru yang tidak berkesan. Pendapat ini telah ditentang hebat dengan alasan jika pengajaran guru tidaksesuai, sudah tentu terdapat satu kumpulan murid di dalam kelas yang menghadapi disleksia.• Berlaku akibat rencatan secara am di dalam perkembangan bahasa kanak-kanak itu.Ciri-ciri kanak-kanak disleksia1) perkembangan motor yang kurang matang termasuk kelakuan-kelakuan hiperkinetik2) gangguan penglihatan3) singkat ingatan4) gangguan dalam bahasa5) kebolehan kognitif yang rendah6) kesukaran dalam kematangan emosi dan social7) tidak dapat membezakan lambing bertulis dengan bunyi lambing tersebut8) tidak dapat mengaitkan bunyi huruf dengan lambang iaitu tidak dapat mengingat lambang mana yangharus ditulis untuk dipadankan dengan bunyi-bunyi tersebut9) tidak dapat menyusun lambang tulisan supaya betul dan bersesuaian dengan bunyi-bunyinya agarmenjadi perkataan yang beermakna10) tidak dapat menulis dari kiri ke kanan dan juga tidak dapat menulis susunan huruf atau perkataanagar tidak terbalik kedudukannya.11) Tidak dapat menyusun atau mengurus masa dan ruang mengikut susunannya.12) Tidak dapat membuat koordinasi motor mata-tangan kiri kanan serta menumpukan perhatian13) Sukar mengikuti latihan sukan yang kompleks14) Peningkatan tumpuan kepada aktiviti pendengaran15) Lebih tumpuan kepada aktiviti pendebgaran yang mana menutup kemahiran pandangan16) Sukar belalar bahasa, ketidakseimbangan kebolehan intelektual17) Tidak lancar membaca,menulis daya tumpuan yang lemahKesalahan-kesalahan bacaan yang dilakukan oleh kanak-kanak disleksia• Mereka-reka cerita berdasarkan gambar yang ditunjukkan walaupun cerita tersebut tiada kaitandengan isi bacaan.• Membaca lambat dan teragak-agak.• Mengikut bacaan dengan jari.• Kerap hilang tempat bacaan, sama ada hilang terus atau membaca baris tersebut dua kali.• Membaca kuat tetapi teragak-agak dengan satu intonasi.• Cuba mengeja tetapi sebutannya salah misalnya mengeja ketat tetapi menyebut kelat.• Meramal perkataan tanpa mengira ianya bermakna atau tidak.• Membaca secara terbalik misalnya aman dibaca nama dan sebagainya.• Menyusun perkataan dengan susunan yang salah.• Memendekkan perkataan yang panjang misalnya kerosakan dibaca rosak sahaja.• Salah membaca perkataan yang mempunyai bentuk yang sama misalnya kakak=katak, baju=bayu.• Menggantikan perkataan lain yang sama maknanya misalnya ayahanda=bapa.
  3. 3. Kesilapan tulisan-tulisan yang dilakukan kanak-kanak disleksia• Menulis huruf-huruf dengan susunan yang salah misalnya saman ditulin sanam.• Menulis secara mirror writing.• Menterbalikkan huruf misalnya b menjadi d.• Menulis perkataan yang didengar misalnya buang menjadi buwang.• Menggunakan perkataan yang ganjil seperti mjeik, pojktc dan lain-lain lagi.• Tertinggal huruf dalam perkataan seperti emak menjadi mak sahaja.• Menambah huruf misalnya tuang menjadi tunang.• Tidak dapat menulis huruf yang disebut.• Tidak dapat memilih huruf yang disebut.• Tidak dapat menyesuaikan huruf dengan huruf yang sama.Bagaimana guru membantu kanak-kanak di dalam kelas?Banyak cara yang boleh dilakukan oleh guru dalam membantu kanak-kanak disleksia selain dari kaedahdan teknik mengajar. Antaranya adalah:• Dudukkan kanak-kanak di hadapan kelas.• Guru hendaklah bercakap dengan suara yang tenang dan jelas.• Tulisan guru mestilah terang dan jelas.• Beri masa yang lebih kepada kanak-kanak dalam menyelesaikan kerja mereka.• Berikan kelonggaran kepada mereka.• Banyakkan penglibatan kanak-kanak dalam kemahiran lisan.• Elakkan kerja-kerja rumah yang terlampau banyak.• Semasa kanak-kanak lain sedang membaca sendiri, guru cuba ajarkan kanak-kanak bermasalah itumembaca secara fonetik.• Jangan marahkan kanak-kanak jika tersalah mengeluarkan buku pelajaran tetapi bantulah dia.• Sediakan bahan pengajaran yang baik.• Gunakan aplikasi teori Gestalt.• Tekankan ke atas pengamatan butiran.• Konsep kedudukan dan orientasi huruf.• Berikan latihan kemahiran urutan pandangan.• Pengajaran menyela bertujuan untuk memperbaiki kemahiran membaca.Prosedur pengajaran kepada kanak-kanak disleksia pandangan yang tidak dapat belajar melaluigambaran pandangan kerana tidak dapat mengait perkataan dengan makna dan tidak dapatmengekalkan ingatan tentang imej sesuatu perkataan ialah melalui kaedah pengajaran fonetik/ linguistikdi mana kaedah ini bukan sahaja menekankan bacaan dan ejaan tetapi juga cara menulis danmenggabungkan perkataan, ayat dan idea-idea agar ianya bermakna dan logik. Oleh itu guru perlulahmempunyai pengetahuan yang luas dalam fonetik dan linguistik. Antara kaedah fonetik dalampengajaran adalah melalui:• Ajar nama dan huruf bunyi.• Ajar huruf yang bermula dengan setiap bunyi.
  4. 4. • Ajar mengenal huruf berdasarkan bunyi.• Ajar perkataan bunyi huruf.• Pengadunan bunyi membentuk perkataan yang bermakna.• Mengelompokkan perkataan dalam huruf yang sama.• Perkenalkan adunan bunyi dua huruf konsonan.• Perkenalkan adunan bunyi huruf konsonan dengan vocal.• Perkenalkan ayat, perenggan dan cerita yang senang dan pendek.Dalam kaedah fonetik/ linguistic, kanak-kanak hendaklah di ajar secara lankah dan logik.Latih tubiadalah berdasarkan teknik multy sensory. Teknik ini menggunakan pengamatan penglihatan danpengamatan pendengaran kanak-kanak selain dari membabitkan penulisan kembali dan mengulangpembacaan secara kuat apa yang telah ditulis. Langkah-langkah terperinci adalah seperti berikut:1) Guru menunjukkan di kad imbasan dengan gambar yang bermula dengan huruf tersebutdibelakangnya. Murid dikehendaki menyebut huruf tersebut.2) Guru menyuruh murid ulang ayat tersebut.3) Guru sebut sekali lagi, kali ini mengikut suku kata.4) Murid menulis ayat tersebut. Sambil menulis, sebut ayat tersebut.5) Guru menyuruh murid menyebut perkataan yang ditulis.6) Jika terdapat kesilapan, murid mencarai sendiri dengan cara semakan.Kaedah dan teknik ini dapat mempertingkatkan daya ingatan murid dalam membina ayat kerana gurutelah memulakannya dari ayat pendek kepada ayat yang lebih panjang dan semakin susah.Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah dysleksia pendengaran di mana merteka akan memberirespon positif terhadap pengajaran bacaan awal yang menggunakan pendekatan seluruh perkataanadalah dengan cara:• Membentuk kesepadanan pendengaran dan pandangan.• Mengajar perbendaharaan kata yang berlainan bunya dan bentuk.• Menggunakan pendekatan pengalaman bahasa.• Menggunakan mesin pengajaran seperti Language Master, Autoscore dan computer dalam pendidikan.• Aktiviti pengadunan dan intergrasi.• Peningkatan keupayaan diskriminasi dan analisis pendengaran.Kesimpulannya, Disleksia ialah gangguan perkembangan bahasa yang menunjukkan bentuk dalamkesukaran membaca.Ia melanda 2-8 peratus kanak-kanak sekolah rendah. Kebanyakkan daripadamereka memberi tindak balas yang baik kepada pemulihan membaca.
  5. 5. DEFINISIPerkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yangbermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakanperkataan. Istilah „buta huruf‟ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887,merangkap seorang pakar perubatan dan „ophalomotologist‟ telah memperkenalkan perkataan „Disleksia‟(Hammond dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu „Disorder‟ dalam kanak-kanak yang telah terimaPendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek”(World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitandengan Disleksia, diantaranya ialah:- Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata- tanganAPA ITU DISLEKSIA?Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis,mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna.Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya,sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukandisebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecamsesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak,selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yangberlainan.SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA?Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina ataubangsa.Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.Jenis-jenis DisleksiaDisleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :Disleksia visual (penglihatan)Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan.Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihatabjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalikDisleksia auditori (pendengaran)Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan danmenyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yangtuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengankonsonan juga dihadapi oleh disleksia auditoriDisleksia visual-auditoriKesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisansecara visual dan audio.
  6. 6. PUNCA-PUNCA DISLEKSIAMengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;Keturunan atau genetikKebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama.Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajianyang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang bolehdiperturunkan secara turun-temurunBiologiSejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekuranganoksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar.Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatanatau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkankanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimumKematanganTerdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf.Padakebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatankematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksiaCIRI-CIRIDISLEKSIAKanak-kanak pra-sekolah :- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari- Tidak merangkak semasa bayi- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalanKanak-kanakSekolah Rendah :6 hingga 9 tahun- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dannombor- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca- Keliru dengan kiri dan kanan- Tulisan cermin atau terbalik9 hingga 12 tahun- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwaSekolah Menengah :- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten- Kesukaran menulis karangan- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral- Kesukaran mempelajari bahasa lain- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan- Jenis orang yang suka senyap
  7. 7. - Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten- Kurang kemahiranbersosialMASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIAMasalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran.Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;MengejaKelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehiadalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberikesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;m – w y –g – j u – n m – nc–ep–qh–nb–dTerdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf sepertit–hf–vMembacaKesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidakberkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:Batu – tubaGula - laguSelain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:pada masa yang sama – dapa masa yang masaKekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :Bahasa Inggeris dengan Bahasa MelayuJam – jemcat - catMenulisKanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka jugamengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yangdisediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelikBercakap dan mendengarTerdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur.Mereka juga kelihatan sepertitidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimatyang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.NomborKanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematikmental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama.Contohnya seperti berikut :3–5-89-6
  8. 8. Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandaimengikat tali kasut- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah sertapengamatan yang lemahLANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awalbagi tujuan menaganinya- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapitetap disayangi.- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yangberterusan.- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandaiKANAK -KANAK AUTISMEKESAmin yang berusia 31/2 tahun dibawa ke klinik saya kerana dikatakan tidak mahu bergauldengan kanak-kanak lain dan tidak tahu mengunakan bahasa. Menurut ibunya, Amin dilahirkandalam keadaan baik, berat badannya 3.1 kg dan perkembangan dari peringkat bayi seperti kanak-kanak biasa yang lain. Tetapi, menjelang usianya 12/2 tahun, dia didapati suka bersendirian dantidak mahu menengok kearah orang. Dia berkelakuan seolah-olah seperti kanak-kanak pekak:tidak menghiraukan atau seolah-olah tidak mendengar percakapan orang lain. Hampir setiapwaktu dia bersendirian sambil bermain-main denga benda-benda seperti tali, tudung-tudungbotol dan ketul-ketul batu.Dia leka dengan permainannya sehingga berjam-jam lamanya.Ibu Amin menyatakan bahawa sejak kecil lagi, anaknya itu tidak suka dipegang, dibelai ataudicium.Dia tidak seperti kanak-kanak lain yang mudah mesra dan bergelak ketawa dengan ibubapa dan orang disekelilingnya.Ibunya mengeluh kerana tidak dapat menjalinkan hubunganmesra dengan anaknya. Apabila lapar, dia sendiri akan mengambil makanan didapur ataumenarik tangan ibunya kearah makanan yang diingini. Seringkali, bunya terpaksa menyuapkanmakanan dan memberinya minuman.Tetapi, dia tidak suka dibantu melakukan aktiviti-aktivitiharian seperti makan, minum dan bersalin pakaian.Dia pergi sendiri ketandas untukmembuang
  9. 9. air kecil dan tidak lagi kencing malam. Ibu Amin berasa hairan mengapa anaknya yang mampumenunjukkan kebolehan seperti menyusun puzzles dan merekabentuk denganmenggunakan alatpermainan lego tidak pula mampu menggunakan bahasa seperti kanak-kanak yang sebayadengannya. Dia dan suaminya jarang membawa Amin menziarahi kawan-kawan atau majlis-majlis sosialkerana malu dengan tingkah lakunya yang luar biasa yang mungkin akan menarikperhatian orang lain. Amin pernah dimasukkan ketadika untuk memberinya peluangbergauldengan kanak-kanak lain tetapi selepas sebulan, guru tadika menyatakanbahawa pihaknyatidak sanggup menerima Amin lagi kerana sikapnya yang ganjil.Dia suka bersendirian, tidakboleh berinteraki dengan kanak-kanak lain, Asyik bermain seorang diri, tidak bercakap dan tidakmenerima atau menumpukan perhatian pada arahan guru-guru atau orang lain.Dia akan keluardari kelas dan merayau-rayau disekitar kawasanTadika pada bila-bila masa sahaja yangdisukainya dan guru kelaskerap terpaksa mencarinya kerana khuatir akan keselematannya.Kes ini mengetengahkan riwayat sesorang kanak -kanak yang menunjukkan ciri -ciriaustisma.Kes -kes autisma yang dikesan dan dikenal pasti masing -masing mempunyai perbezaandari segi perkembangan dan tingkah laku penghidap autisma. Ini ada kaitannya dengan faktorbaka ,pengalaman dan keadaan alam sekitar yang mempergaruhi perkembangan seorang anakyang autistik dan cara dia membentuk personalitinya. Tetapi , hampir semua kanak -kanakautisma menunjukkan ciri -ciri seperti di bawah ini :1.Masalah komunikasi. Dia tidak menunjukkan perkembangan bahasa seperti kanak -kanak lain. Tahap kefahaman bahasanya rendah dan tahap penggunaan bahasanya terbantut.Bahasanya agak ganjil dan sukar difahami.Umpamanya , jika seseorang bertanya " sudah makan ? " , dia menjawab " sudah makan ". Jika ditanya " sudah minum ? " , dia jawab " sudah minum ". Dalam istilah Inggeris , ini dinamakan echolalia. Dia tidak pandai menggunakan bahasa dengan kreatif seperti " sudah kenyang " , " tak dahaga " , "tak mahu minum "dan sebagainya.2.Suka bersendirian. Kanak -kanak autisma tidak menunjukkan kebolehan berinteraksi secara spontan dengan orang lain. Dia seolah -olah hidup dalam dunianya sendiri. Ibunya mendapati sukar untuk menjalin kemesraan dengannya kerana dia tidak suka dibelai , dicium atau dipeluk. Kemesraan yang cuba ditunjukkan oleh ibunya tidak mendapat gerakbalas. Dia berkelakuan seperti kanak -kanak pekak , buta dan bisu.3.Tingkah laku yang aneh dan berlainan daripada kanak -kanak biasa. Kanak -kanak autisma biasanya akan leka bermain sehingga berjam -jam lamanya dengan sesuatu barang yang diminatinya dan akan menjadi baran jika barang itu diambil , dialihkan atau hilang.4.Mempamerkan tingkah laku yang pelik. Kebanyakkan kanak -kanak autistik akan menunjukkan tingkah laku yang bermacam -macam ragam dan pelik seperti menepuk -nepuk tangan , menjegkit -jengkitkan kakinya apabila berjalan , memutar -mutar benda seperti tudung botol dan alat -alat permainan seperti mangkuk -mangkuk plastik serta mengumpul batu -batu , bermain suis lampu dan sebagainya .Kebanyakan kanak -kanak autistik menunjukkan ciri -ciri perkembangan bahasa dan sosial yangterbantut sebelum menjangkau usia tiga tahun. Dalam satu kajian , didapati hampir 30 peratuskanak -kanak autistik mempunyai tahap intelek yang normal. Ibu bapa kanak -kanak yang
  10. 10. terlibat sering mengadu bahawa sejak peringkat bayi lagi , anak mereka tidak suka didukung ataudibelai dan gemar dibiarkan bersendirian. Bayi yang berusia tiga bulan biasanya sudah mulamesra dengan ibunya tetapi ini jarang -jarang dirasai atau dinikmati oleh ibu -ibu yangmempunyai anak -anak autistik. Bayi -bayi dari usia sembilan bulan keatas sudah gemarmengikut -ikut perkataan yang dilafazkan oleh ibu mereka tetapi kanak -kanak autistik jarangberbuat demikian. Ada sekumpulan kanak -kanak autistik yang didapati normal perkembanganmereka tetapi mula menunjukkan ciri -ciri autistik menjelang usia tiga tahun. Mereka dikatakansudah boleh bercakapseperti kanak -kanak lain tetapi kebolehan ini kemudian hilang sama sekali.Adakah autisma sering berlaku ?KESSeorang kanak-kanak berusia empat tahun yang dikatakan menunjukkan ciri-ciri autisma teklahdibawa kelinik saya.Tetapi, saya dapati dia boleh menumpukan perhatian dan mengikut arahansaya.Perkembangan bahasanya terbantut dan dia hanya boleh bercakap sepatah dua sahaja.Tetapi, dia faham jika disuruh menunjukkan gambar burung , ayam, kapal terbang, kereta dansebagainya. Tingkah lakunya dirumah, ditadika dan diklinik berbeza.Adalakanya, dia sukabermain seorang diri sehingga berjam-jam lamanya. Dia tidak tahu bergaul dengan kanak-kanaklain.Bilangan sebenar kanak -kanak yang menghidap autisma dinegara ini sukar didapati keranakadangkala , ciri -ciri yang digunakan untuk mengenali kanak -kanak autisma berbeza dikalangan para penyelidik. Walau bagaimanpun , adalah dianggarkan terdapat empat orang kanak-kanak autistik bagi setiap sepuluh ribu kanak -kanak. Mereka mempamerkan ciri -ciri kanak -kanak autistik yang sebenar : suka bersendirian , tidak boleh bergaul langsung dengan kanak -kanak lain , menunjukkan tingkah laku aneh dan tidak boleh menggunakan atau memahamibahasa.Tetapi , ada ramai juga kanak -kanak yang tidak menunjukkan kesemua ciri -ciri yang disebutkanini. Kes berikut menyokong pendapat ini.Dari pengalaman saya , ramai lagi kanak -kanak yang menunjukan ciri -ciri autisma tetapi tidaksepenuhnya. Kanak -kanak dalam golongan ini juga perlu dikenal pasti supaya programpemulihan dapat diaturkan segera. Dengan latihan khas , mereka boleh menunjukkan perubahantingkah laku yang diharap -harapkan. Yang anehnya , penyakit autisma ini sering terdapat dikalangan kanak -kanak lelaki. Dari seramai 40 kanak -kanak autistik yang pernah saya temui ,hanya empat orang sahaja kanak -kanak perempuan. Autisma boleh berlaku di kalangan kanak -kanak dari semua bangsa dan kedudukan sosioekonomi walaupun suatu masa dahulu ada yangmenyatakan bahawa kanak -kanak autisma sering terdapat di kalangan keluarga -keluargaprofesional.Persatuan Kebangsaan Autisma Malaysia sahaja mempunyai hampir 80 kanak -kanak autistikyang berdaftar.Saya percaya masih ramai lagi kanak -kanak autistik yang tidak diketengahkanuntuk dikenal pasti. Besar kemungkinan juga , para profesional sendiri kebanyakannya kurang
  11. 11. berpengalaman tentang autisma atau tidak dapat meluangkan masa untuk menilai kanak -kanakautistik ini. Kanak -kanak ini mungkin dikatakan rencat akal , bisu , pekak dan sebagainaya.Apakah puncanya ?Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri masih tidak dapatmengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku . Sesetengah kanak -kanak pekak , kanak -kanakyang menghidap penyakit seperti congenital rubella , penyakit baka phenylketonuria , sindromFragile - X , tuberous sclerosis , kanak -kanak yang mengalami kelemasan sewaktu dilahirkan( perinatal ashyxia ) dan menghidap penyakit encephalitis atau lembam otak dikatakanmenunjukkan ciri -ciri autisma. Tetapi lazimnya , pemeriksaan fizikal sering tidak menghasilkanapa -apa tanda untuk membantu proses pendiagnosan.Kanak -kanak autisma dan keluarganya.Cara mengendalikan anak yang autistik berbeza antara satu sama keluarga dengan keluarga yanglain. Kanak -kanak autistik yang berusia 1 1/2 tahun boleh dipaksa dan diasingkan tempat lainjika didapati tingkah lakunya mengganggu keadaan. Tetapi , jika dia sudah berusia lebihdaripada tiga tahun dan mempunyai tabiat yang degil , ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya.Ahli keluarga perlu tabah dan bersabar menghadapi kanak -kanak autistik ini dan mempelajaricara -cara untuk mengatasi masalah yang timbul serta menggunakan kaedah -kaedah seperti inimemerlukan banyak perhatian dan ini mendorong ramai ibu yang bekerja mengambil keputusanmeletak jawatan untuk mendidik dan menjaga anak sepenuh masa di rumah.Peluang untuk melawat sahabat - handai atau berekreasi sukar diperoleh kerana tumpuan perludiberikan kepada anak autistik mereka. Aktiviti -aktiviti seperti membeli belah , nersiar -siarpada hari cuti dan sebagainya mungkin sentiasa diselubungi oleh perasaan khuatir kalau -kalauanak mereka bertindak di luar kawalan.Kanak -kanak autistik perlu diberikan banyak perhatian untuk memastikan agar keperluanmereka dipenuhi dan supaya mereka tidak menjadi bahan ejekan orang lain serta terdedah padakeadaan yang boleh membahayakan keselamatan. Ini sering menyebabkan ibu bapa yang terlibatmengalami ketegangan jiwa.Selalunya , mereka sukar mendapat bantuan orang lain untukmenjaga anak mereka terutamanya di saat -saat yang memerlukan. Lebih menyukarkan lagi jikaanak sering berkelakuan ganas terhadap adik -beradiknya dan menyulitkan keluarga .Kelatihanmental boleh menggugat kesihatan mereka.Adik -beradik kepada kanak -kanak autistik mungkin juga tidak terlepas daripada masalahemosi.Ada yang berasa malu untuk mempelawa kawan -kawan datang kerumah.Mereka jugamungkin berasa diketepikan oleh ibu bapa kerana perhatian lebih sering tertumpu kepada adikautistik mereka. Jiran -jiran yang tidak faham akan keadaan ini mungkin akan menjauhkan diridaripada keluarga berkenaan. Ada pula yang mungkin memberi komen -komen yang tidakmembina dan menyinggungperasaan keluarga ini.Ketegangan mungkin berlaku antara pasangan suami -isteri dalam usaha mereka mencari jalnuntuk mengatasi masalah -masalah yang timbul sehingga boleh mengugat kestabilan rumahtangga mereka.Tetapi , apa yang menarik sekali pada saya ialah kebanyakan pasangan yamg
  12. 12. mempunyai anak -anak yang autistik , terencat akal , spastik, pekak dan sebagainya tetapmempunyai ikatan perkhawinan yang kukuh. Pada pandangan saya , rasa tangungjawab sertaperasaan kasih terhadap anak mereka mengatasi segala -galanya dan masalah -masalah yangdihadapi tidak dibarkan menggugat kestabilan rumah tangga mereka.Cara mendidik dan mengatasi masalah -masalah yang timbul akibat daripada penjagaan kanak -kanak autistik tentu sekali berbeza antara satu keluarga dengan keluarga yang lain. Kanak -kanakitu sendiri mungkin mempunyai kemahiran atau bakat yang tertentu. Saya pernah bertemu kanak-kanak autistik yang berbakat dalam bidang muzik atau matematik , bijak menyusun jigsaw -puzzles serta menggunakan komputer atau mesin taip. Oleh itu , penilaian terhadap kanak -kanakautistik perlu merangkumi aspek -aspek riwayatnya yang terperinci , pemeriksaan fizikalnyayang teliti serta penilaian keupayaan intelek dan sosialnya. Kelemahan - kelemahan dankekuatan -kekuatan yang ada pada dirinya perlulah dikenal pasti.Ibu bapa perlu mengetahui kekuatan dan kebolehan yang dimiliki oleh anak -anak autistikmereka kerana ini akan memberi mereka harapan untuk meneruskan usaha mendidik danmengasuh anak itu.Bolehkah kanak -kanak autistik pulih ?Kebanyakan kanak -kanak autistik masih menunjukkan tingkah laku yang luar biasa walaupunsetelah meningkat dewasa. Mereka sukar berinteraksi dengan orang lain dan tidak sesuaimemegang jawatan yang memerlukan mereka berbuat demikian. Tetapi , mereka boleh dilatihuntuk pekerjaan -pekerjaan yang memerlukan kemahiran -kemahiran tertentu seperti mekanikkereta, pembetul anda piano,jurukomputer, jurukira dan sebagainya memandangkan kebolehanyang mereka miliki. Ramai juga kanak-kanak autistik yang didapati terencat akal dan merekaakan memerlukan latihan-latihan khas yang sesuai dengan keupayaan intelek mereka.Untuk membolehkan mereka mendapat kemahiran , kanak-kanak autistik ini perlu dikenal pastidari kecil lagi supaya latihan-latihan khas dapat diaturkan. Matlamat latihan adalah untukmemperbaiki tingkah laku yang agak aneh, membolehkan mereka mencapai kemahiranberkomunikasi serta berinteraksi dengan orang lain seberapa baik yang boleh. Teknik-teknikpendidikan yang boleh digunakan merangkumi teknik pengubahsuain tingkah laku (behaviourmidification techique).Untuk mengetahui dengan lebih lanjut keadaan-keadaan ini, ibu bapa perlukan mendapatkannasihat daripada para profesional yang arif tentang rawatan dan pemulihan kanak-kanak austismasupaya mereka sendiri dapat menggunakan teknik-teknik ini setiap hari dirumah.Ibu bapalahyang menjadi guru terutama yang perlu memahami objetif-objktif latihan dan rawatan untukanak mereka.Kadangkala, doktor menggunakan ubat-ubat tertentu untuk merawat kanak-kanakini tetapi sehingga kini, masih belum ada ubat yang benar-benar mujarab bagi merawatsebahagian besar kanak-kanak autistik.Persatuan kebangsaan Autisma Malaysia telah membuka dua buah kelas yang menawarkanpendidikan khas kepada kanak-kanak autistik untuk membantu mereka mengatasi masalah-masalah komunikasi dan sosialisasi serta mengubah tingkah laku yang dianggap tidak
  13. 13. sesuai.Mereka dididik supaya berkelakuan bersesuian dengan sesuatu keadaan.Matlamat kelas-kelas ini juga adalah untuk meningkatkan kemahiran kendiri kanak-kanak autistik serta melatihmereka agar berjaya dalam bidang akademik dan dapat menguasai kemahiran hidup yangmungkin berguna apabila dewasa.Dalam usaha melatih kanak-kanak ini, berbagai-bagai cara pemulihan disediakan termasuk terapimuzik, terapi perhubungan dan psikoterapi. Ibu bapa yang mempunyai anak autistik perlumendapatkan peluang untuk berbincang sesama sendiri tentang masalah-masalah yang dihadapi.Di negara-negara lain, pihak ibu bapa telah menubuhkan persatuan-persatun untuk membolehkanmereka berjumpa selalu, berbincang dan bertukar-tukar pengalaman sesama mereka sambilsaling memberi sokongan bagi mengatasi ketegangan jiwa yang dialami. Sekali-sekala, ibu bapakanak-kanak autistik juga memerlukan masa untuk berehat bersama jauh daripada anak autistikmereka.Ini penting untuk menyegarkan semula fikiran mereka supaya mereka dapat merasainikmat kehidupan berumahtangga.Perkhidmatan seperti pusat-pusat harian yang boleh memberi latihan kepada kanak-kanakautistik secara sambilan amatlah perlu dan kemudahan seperti ini telah dimulakan di negara-negara maju untuk membantu keluarga yang terlibat.sumber : http://home.hamidarshat.com/ITKkanak_austistik.htmKategori dan Ciri-ciri Kanak-kanak Khas Bermasalah PembelajaranAutisme* Perlakuan yang bongkak* Ketawa dengan tiba-tiba* Perkataan yang diulang berkali-kali dan gagap.* Tidak mengenali bahaya.* Tidak merasai kesakitan.* Menangis dan marah tanpa sebab.* Permainan yang luar biasa.* Tidak mahu didakap.* Tidak dapat menyesuaikan diri dengan kanak-kanak lain.* Berkelakuan seperti orang pekak.* Tiada perhubungan mata bila bercakap.* Memutar barang.* Tidak dapat mengawal keseimbangan fizikal.* Tingkahlaku aktif keterlaluan.* Tidak mahu terima pelajaran biasa.* Mengigit kuku, hisap jari dan mencederakan diri.* Takut dan cemburu berlebihan.
  14. 14. Hyperaktif* Aktiviti fizikal yang agresif dan berlebihan.* Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan cahaya, bunyi dan warna.* Tidur yang tidak tetap.* Terlalu kerap menangis atau ketawa.* Sukar beri tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan.* Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.* Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.* Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan rakan sebaya.

×