Khilafah Adalah Kewajipan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Khilafah Adalah Kewajipan

on

  • 6,668 views

 

Statistics

Views

Total Views
6,668
Views on SlideShare
6,614
Embed Views
54

Actions

Likes
0
Downloads
655
Comments
0

7 Embeds 54

http://muslimberjuang.blogspot.com 20
http://kartini87.wordpress.com 16
http://www.slideshare.net 14
http://webcache.googleusercontent.com 1
http://rizkymf.blogspot.com 1
http://van-edward.blogspot.com 1
http://muslimberjuang.wordpress.com 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Khilafah Adalah Kewajipan Khilafah Adalah Kewajipan Presentation Transcript

  • KHILAFAH ADALAH KEWAJIPAN ABDUL HAKIM OTHMAN LL.B (Hons) Malaya (Syabab) Universiti Kebangsaan Malaysia 4 Mac 2006 حزب التحريرماليزيا
  • Apa itu Khilafah ?
    • Khilafah/Imamah adalah kepemimpinan umum bagi seluruh kaum muslimin di dunia untuk menegakkan hukum-hukum Syariat Islam dan mengembang risalah/dakwah Islam ke seluruh penjuru dunia
    • (Taqiyuddin An Nabhani, Nidzamul Hukmi fil Islam , hal. 17). 
  • Apakah hukum menegakkan Khilafah ?
    •  
    • Hukum menegakkan Khilafah adalah WAJIB
    • berdasarkan dalil-dalil berikut :-
    • Dalil Al-Qur’an
    • Dalil As-Sunnah
    • Dalil Ijma’ Sahabat
    • Dalil dari Qaedah Usul
    • Pendapat Ulama’
  • Dalil Al-Qur’an
    • يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً
    • “ Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Qs An-Nisa’ [4] : 59)
  • Dalil Al-Qur’an...
    • وَأَنِ احْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ وَاحْذَرْهُمْ أَن يَفْتِنُوكَ عَن بَعْضِ مَا أَنزَلَ اللّهُ إِلَيْكَ
    • “ Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu.” (Qs. Al-Maa’idah [5]: 49).  
  • Dalil Al-Qur’an...
    • فَاحْكُم بَيْنَهُم بِمَا أَنزَلَ اللّهُ وَلاَ تَتَّبِعْ أَهْوَاءهُمْ عَمَّا جَاءكَ مِنَ الْحَقِّ
    • "Maka putuskanlah perkara di antara mereka dengan apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka (dengan) meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu." (Qs. Al-Maa’idah [5]: 48). 
  • Dalil As-Sunnah
    • من خلع يدا من طاعة لقي الله يوم القيامة لا حجة له ومن مات وليس في عنقه بيعة مات ميتة جاهلية
    • Abdullah bin Umar meriwayatkan, "Aku mendengar Rasulullah mengatakan, ‘Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya  dia akan menemui Allah di Hari Qiamat dengan tanpa hujah. Dan barangsiapa mati sedangkan di lehernya tidak ada bai’ah (kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati jahiliyah." [HR. Muslim]. 
  • Dalil As-Sunnah...
    • Rasulullah SAW bersabda:
    • إنما الإمام جنة يقاتل من ورائه ويتقى به
    • ” Sesungguhnya Imam (khalifah) itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung." [HR. Muslim]
  • Dalil As-Sunnah...
    • Rasulullah SAW bersabda:
    • كانت بنو إسرائيل تسوسهم الأنبياء كلما هلك نبي خلفه نبي وإنه لا نبي بعدي وستكون خلفاء فتكثر قالوا فما تأمرنا قال فوا ببيعة الأول فالأول وأعطوهم حقهم فإن الله سائلهم عما استرعاهم
    • "Dahulu urusan politik (siasah) Bani Israel diurus oleh para nabi. Bila wafat seorang  nabi diganti dengan nabi yang lain, sesungguhnya tidak ada lagi nabi sesudahku, akan tetapi akan ada para Khalifah dan jumlahnya banyak." Para sahabat bertanya,’Apa yang engkau perintahkan kepada kami? Rasulullah menjawab,’Penuhilah bai’at yang pertama dan yang pertama itu saja. Penuhilah hak-hak mereka. Allah akan meminta pertanggungjawaban terhadap apa yang menjadi kewajiban mereka." [HR. Muslim].
  • Dalil Ijma’ Sahabat
    • Def : Kesepakatan para sahabat bahawa itu adalah hukum syara’ atau persetujuan mereka berkenaan suatu hukum dalam suatu perkara.
    • Sebagai sumber hukum Islam ketiga, Ijma’ Sahabat menunjukkan bahawa mengangkat seorang Khalifah sebagai pemimpin bagi kaum muslimin hukumnya adalah WAJIB. 
    • (1) Mereka telah sepakat mengangkat Khalifah Abu Bakar Ash-Shiddiq, Umar bin Khaththab, Utsman bin Affan, dan Ali bin Abi Thalib, ridhwanullah ‘alaihim.
  • Dalil Ijma’ Sahabat...
    • (2) Jenazah Rasulullah tertangguh selama
    • 3 HARI 2 MALAM kerana para sahabat mendahulukan pengangkatan seorang Khalifah. (Hal ini tak mungkin terjadi
    • kecuali jika status hukum mengangkat seorang Khalifah adalah fardhu dan wajib diutamakan daripada menguburkan jenazah). 
  • Dalil Ijma’ Sahabat...
    • Demikianlah - seluruh sahabat selama hidup mereka telah bersepakat mengenai kewajiban mengangkat Khalifah. Walaupun sering muncul perbezaan pendapat mengenai siapa yang lebih layak untuk dipilih dan diangkat menjadi Khalifah, namun mereka tidak pernah berselisih pendapat sedikit pun mengenai wajibnya mengangkat seorang Khalifah, baik ketika wafatnya Rasulullah maupun ketika penggantian masing-masing Khalifah yang empat.
    • Oleh kerana itu Ijma’ Sahabat merupakan dalil yang jelas dan kuat mengenai kewajiban mengangkat Khalifah.
  • Dalil Dari Qaedah Usul
    • Ditinjau dari Qaedah usul fiqh, mengangkat Khalifah juga adalah wajib –
    • ما لا يتم الواجب الا به فهو واجب
    • "Sesuatu kewajiban yang tidak sempurna kecuali dengan suatu perbuatan, maka perbuatan itu adalah wajib." 
    • Menerapkan hukum-hukum yang berasal dari Allah SWT dalam segala aspeknya adalah wajib. Sementara hal ini tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa adanya kekuasaan Islam yang dipimpin oleh seorang Khalifah. Maka dari itu, berdasarkan Qaedah Usul tadi, eksistensi Khilafah hukumnya menjadi wajib.
  • Pendapat Para Ulama
    • Tak hanya kalangan Ahlus Sunnah saja yang mewajibkan Khilafah, bahkan seluruh kalangan Ahlus Sunnah dan Syiah ¾termasuk Khawarij dan Mu’tazilah¾ tanpa kecuali bersepakat tentang wajibnya mengangkat seorang Khalifah. Kalau pun ada segelintir orang yang tidak mewajibkan Khilafah, maka pendapatnya itu tidak perlu dianggap, kerana bertentangan dengan nas-nas syara’ yang telah jelas.
    • Imam Asy Syaukani dalam Nailul Authar jilid 8 hal. 265 menyatakan:
    • "Menurut golongan Syiah, minoritas Mu’tazilah, dan Asy A’riyah, (Khilafah) adalah wajib menurut syara’."
    • Ibnu Hazm dalam Al Fashl fil Milal Wal Ahwa’ Wan Nihal juz 4 hal. 87 mengatakan:
    • "Telah sepakat seluruh Ahlus Sunnah, seluruh Murji`ah, seluruh Syi’ah, dan seluruh Khawarij, mengenai wajibnya
    • Imamah (Khilafah)."
    • Bahawa Khilafah adalah sebuah ketentuan hukum Islam yang wajib ( bukan haram apalagi bid’ah )— dapat kitab temukan dalam khazanah Tsaqafah Islamiyah yang sangat kaya. Berikut ini sekelumit saja referensi yang menunjukkan kewajiban Khilafah:
    • Imam Al Mawardi,  Al Ahkamush Shulthaniyah, hal. 5,
    • Abu Ya’la Al Farraa’, Al Ahkamush Shulthaniyah, hal.19,
    • Ibnu Taimiyah, As Siyasah Asy Syar’iyah, hal.161,
    • Ibnu Taimiyah, Majmu’ul Fatawa, jilid 28 hal. 62,
    • Imam Al Ghazali, Al Iqtishaad fil I’tiqad,hal. 97,
    • Ibnu  Khaldun, Al Muqaddimah, hal.167, 
    • Imam Al Qurthubi, Tafsir Al Qurthubi, juz 1 hal.264,
    • Ibnu Hajar Al Haitsami, Ash Shawa’iqul Muhriqah,  hal.17,
    • Ibnu Hajar A1 Asqallany, Fathul Bari, juz 13 hal. 176,
    • Imam An Nawawi,  Syarah Muslim, juz 12 hal. 205,
    • Dr. Dhiya’uddin Ar Rais, Al Islam Wal Khilafah, hal.99,
    • Abdurrahman Abdul Khaliq, Asy Syura, hal.26,
    • Abdul Qadir Audah,  Al Islam Wa Audla’una As Siyasiyah, hal. 124,
    • Dr. Mahmud Al Khalidi, Qawaid Nizham Al Hukum fil Islam, hal. 248,
    • Sulaiman Ad Diji,  Al Imamah Al ‘Uzhma, hal.75,
    • Muhammad Abduh, Al Islam Wan Nasraniyah, hal. 61, dan masih banyak lagi yang lainnya.
  • Pendapat Para Ulama...
    • Seluruh imam madzhab dan para mujtahid besar tanpa kecuali telah bersepakat bulat akan wajibnya Khilafah (atau Imamah). Syaikh Abdurrahman Al Jaziri menegaskan hal ini dalam kitabnya Al Fiqh ‘Ala Al Madzahib Al Arba’ah, jilid V, hal. 416:-
    • "Para imam madzhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) --rahimahumullah-- telah sepakat bahawa Imamah (Khilafah) itu wajib adanya, dan bahawa ummat Islam wajib mempunyai seorang imam (khalifah,) yang akan meninggikan syiar-syiar agama serta menolong orang-orang yang tertindas dari yang menindasnya..."
  • Pendapat Para Ulama...
    • Imam Nawawi, Syarah Sahih Muslim, XII/205
    • وأجمعوا على أنه يجب على المسلمين نصب خليفة
    • “ Mereka (para imam) berijmak bahawa kaum Muslimin wajib mengangkat seorang Khalifah.”
    • Imam Qurthubi, Tafsir Al-Qurthubi, I/264
    • ولا خلاف في وجوب ذلك بين الأمة
    • “ Tidak ada perbezaan pendapat mengenai kewajipan tersebut (mengenai pengangkatan Khalifah) di kalangan umat.”
  • Pendapat Para Ulama...
    • Imam Marwardi, Al-Ahkam Al-Sultaniyyah, ms 5
    • “ Mengadakan akad Imamah (Khilafah) bagi orang yang meneggakkannya di tengah tengah umat merupakan kewajipan yang didasarkan kepada Ijma’ Sahabat.”
    • Ibnu Taimiyyah, Majmu’ Al-Fatawa, XXVIII/297
    • Ali bin Abu Talib ra berkata, “Manusia mesti mempunyai pemimpin, samada dianya baik atau buruk” Lalu ada yang berkata kepada beliau “Amirul Mukminin, kalau yang baik kami ketahuinya, tapi bagaimana dengan pemimpin zalim?” Ali menjawab “Asal dia tetap menjalankan hudud, mengamankan jalan-jalan awam, berjihad melawan musuh, dan membahagikan harta fai’”
    • [di tempat lain lagi banyak Ibnu Taimiyah menerangkan peri pentingnya Khalifah].
  • Kata-kata si kafir, Lord Curzon
    • “ We must put an end to anything which brings about any
    • Islamic unity between the sons of the Muslims. As we have
    • already succeeded in finishing off the Khilafah, so we must
    • ensure that there will never rise again unity for the Muslims,
    • be it intellectual or cultural unity.”
    • “ The situation now is that Turkey is dead and never rise again
    • because we have destroyed its moral strength, the Khilafah and
    • Islam.”
    • [*Lord Curzon, British Foreign Minister in front of the House of Common
    • after the Lausanne Treaty of July 24 th , 1924]
  • Kata-kata musuh kaum muslimin, Jonathan Paris
    • “ Fundamentalist Islam dapat berubah menjadi sebuah
    • bola salji revolusioner yang dapat menembusi semua
    • perbatasan ke arah satu umat yang lebih besar, atau
    • mencapai kesatuan melalui jihad. Satu-satunya yang
    • diperlukan adalah seorang Nasser berjanggut untuk
    • menyatukan Muslim menjadi sebuah kekuatan politik
    • pan-Islam”
    • [*Jonathan Paris, When to worry in the Middle East ]
  • Kata-kata musuh Allah, Donald Rumsfeld
    • Beliau memberi amaran bahawa jika AS mengambil keputusan
    • untuk meninggalkan bumi Iraq secara tergesa-gesa, sebuah
    • Negara Besar Islam (Islamic Superstate) akan muncul. Katanya :
    • “ Iraq akan menjadi tapak sebuah Khilafah Islam Baru (a new Islamic Caliphate) yang akan berkembang di seluruh Timur Tengah dan bakal mengancam kerajaan sah di Eropah, Afrika dan Asia. Inilah perancangan mereka. Mereka telah mengatakannnya. Kita bakal melakukan kesilapan besar jika kita tidak mengendahkan dan belajar darinya”
    • [*Donald Rumsfeld, Setiausaha Pertahanan AS, www.defenselink.mil/news]
  • Kata-kata musuh Allah, Donald Rumsfeld…
    • Pada 3hb Feb 2006 yang lalu, di dalam Persidangan Keselamatan Tahunan Munich ke-42 yang diadakan di German, si musuh Allah ini menyeru semua negara agar bersatu dalam menghapuskan sebarang usaha untuk mengembalikan Islam sebagai pemimpin percaturan politik dunia. Katanya :
    • “ Mereka ingin mengambil alih kerajaan dari Afrika Utara ke Asia Tenggara dan menegakkan semula KHILAFAH yang mereka harapkan pada suatu hari nanti akan merangkumi seluruh benua di dunia. Mereka telah melakarkan sebuah peta di mana semua sempadan nasional akan dihapuskan dan digantikan dengan sebuah empayar pelampau global. Hari ini negara-negara kita mempunyai pilihan untuk berpura-pura dengan mengatakan bahawa ancaman ini tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Tetapi…bagaimana sekiranya anggapan ini ternyata salah? Sekiranya kita tidak menekankan pelaburan dalam bidang keselamatan dan pertahanan, kita dalam bahaya.” [Sunday Times UK 6/2/06]
  • Janji Allah kepada kaum muslimin
    • وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْناً يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئاً وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
    • “ Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun denganKu. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Qs An-Nur [24] : 55)
  • Khabar gembira dari Rasulullah
    • قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَكُونُ النُّبُوَّةُ فِيكُمْ مَا شَاءَ
    • اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى
    • مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اللَّهُ
    • أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا عَاضًّا فَيَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكُونَ ثُمَّ
    • يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ مُلْكًا جَبْرِيَّةً فَتَكُونُ مَا شَاءَ
    • اللَّهُ أَنْ تَكُونَ ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةً عَلَى
    • مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ثُمَّ سَكَتَ (HR Ahmad)
  • Khatimah
    • Wahai kaum muslimin! Sesungguhnya
    • menegakkan hukum Allah di muka bumi ini
    • adalah kewajipan anda semua. Kami dengan ini
    • menyeru supaya anda bersama-sama kami
    • (HIZBUT TAHRIR) untuk mengembalikan
    • semula kehidupan Islam dengan menegakkan
    • Khilafah ‘ala minhaj nubuwwah sebagaimana
    • yang telah dijanjikan oleh Allah dan RasulNya.
  • Wahai umat yang mulia… “… Dan selepas itu akan kembali Khilafah yang mengikut minhaj kenabian…” (HR Ahmad) Hizbut Tahrir MALAYSIA الخلافةُ الثانية وعد و فرض Khilafah kedua kalinya adalah janji Allah dan kefardhuan