NOTA IKAN HIASAN 1

4,870 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,870
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1,210
Actions
Shares
0
Downloads
184
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

NOTA IKAN HIASAN 1

  1. 1. KEMAHIRAN HIDUPIKAN HIASAN TAHUN 5OBJEKTIF PEMBELAJARANDi akhir pembelajaran ini pelajar berupaya : 1. Mengenal, melabel bahagian luar ikan dan menyenarai spesis ikan hiasan tropika 2. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara. 3. Mengenal, memilih dan menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium. 4. mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan. 5. mengenal pasti kandungan mutu air. 6. mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan. 7. menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium. 1
  2. 2. 1. MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR IKAN Sisik Sirip dorsal Garisan lateral Mata Sirip kaudal / Mulut ekorPenutup insang Sirip Sirip anal Sirip pelvik pektoral Sisik Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari musuh, kecederaan dan penyakit . Sirip Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung. 2
  3. 3. Garis lateral Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutupinsang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain didalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.Insang Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulutnya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerakmelalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.2 MEMILIH IKAN HIASAN UNTUK DIPELIHARA. Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkankerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang didalam akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan inidipelihara di dalam akuarium yang yang ditanam dengan pelbagai jenistumbuhan akuatik hidup dan hiasi dengan eksessori lain. Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenisikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuaidipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkansendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara didalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalamkurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam akuarium juga mestilah ikanyang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang unik dan cantik. Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untukdipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satukomuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yanghanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lainyang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komunitisahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan. 3
  4. 4. Jenis ikan hiasan yang terdapat di pasaran. Ikan Guppy Ikan Swordtail Ikan Molly Ikan Platy Ikan Angel Ikan Tiger barb 4
  5. 5. Ikan Pelaga Ikan Sepat Ikan Koi Ikan EmasIkan Harlequin Ikan Oskar 5
  6. 6. MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah seperti ikan Corydoras atau Loach.3.1 Pemakanan ikan Hiasan Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utamaberdasarkan jenis permakanannya. a. Ikan karnivor Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana. b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air) Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak. c. Ikan herbivor Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb. d. Ikan omnivor Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan 6
  7. 7. hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.3.2 Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton ataumakanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lainbergantung kepada jenis ikan yang dipelihara. Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makananikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara.Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lamamenyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyakdipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makananyang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.3.3 Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 4 kumpulan  Makanan hidup  Makanan kering  Makanan basah  Makanan rumusan. 7
  8. 8. a. Makanan hidupMakanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalamair, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dansebagainya. Blood worm Ulat roti Plankton Planktonb. Makanan keringMakanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.c. Makanan basahMakanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad ataubayam. 8
  9. 9. d. Makanan rumusanMakanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sediadiproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikanhiasan atau pembekal makanan haiwan. Pellet Emping3.4 Pembiakan ikanIkan membiak dengan cara bertelur atau beranak ikan bertelur dan telurnyamenetas di dalam air. Ada sesetengah ikan menjaga telurnya sehingga menetasdan sebahagiannya akan meninggalkan telurnya tanpa penjagaan. Ikan beranakanak melahirkan anak yang telur sempurna sifatnya dapat hidup dengan sendiri. 9

×