PENTADBIRAN AWAM KORPORAT

1,795 views
1,507 views

Published on

MODUL UUM SEM 9 OKTOBER 2013/2014

Published in: Education
0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,795
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
43
Actions
Shares
0
Downloads
18
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

PENTADBIRAN AWAM KORPORAT

  1. 1. 1 BAB 1 PENDAHULUAN OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Menjelaskan konsep pentadbiran, pentadbiran awam dan tadbir urus. 2. Memahami struktur pentadbiran (eksekutif) di Malaysia. 3. Mengenal pasti ciri-ciri tadbir urus yang baik dalam pentadbiran awam. 4. Membahaskan peranan agensi-agensi kerajaan yang dibahagikan kepada sektor-sektor khusus dalam pelbagai aspek. 1.1 PENGENALAN Seorang sarjana Barat iaitu Milton J. Esman (1972) menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara pentadbiran yang sangat menarik dengan kenyataan seperti “Malaysia is the best understood as an administrative state”. Persoalannya, kenapa Malaysia dianggap sedemikian? Tentulah perkara seperti kenyataan Esman di atas mempunyai alasannya yang tersendiri. Perkara ini mempunyai kaitan dengan sejarah pentadbiran dan perkhidmatan di negara ini semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi hinggalah ke zaman penjajahan Barat—Inggeris terutamanya dalam mempengaruhi dan membentuk sistem pentadbiran di negara ini daripada sistem pentadbiran feudal kepada sistem pentadbiran moden dan demokratik. Usaha ke arah kemantapan dan permodenan pentadbiran awam di negara ini bukan sahaja dilakukan oleh pemimpin-pemimpin tempatan, malah ia sudah berlaku sejak pemerintahan British lagi. Pengukuhan sistem pentadbiran di Malaysia dilakukan melalui pelbagai usaha, langkah dan strategi termasuklah melantik pakar pentadbiran dari luar seperti dari Amerika Syarikat. Tujuannya ialah untuk memeriksa pentadbiran dan seterusnya membuat perakuan bagi memperbaiki pentadbiran di negara ini. Jika diteliti dari sudut komposisi kaum di negara ini, memang amat sukar untuk mentadbirnya. Apatah lagi jika hendak mewujudkan perpaduan
  2. 2. 2 dan kerjasama yang baik antara semua kaum—sukar dilakukan jika tiada permuafakatan seperti yang diciptakan oleh tiga parti utama dalam usaha membentuk kerajaan sendiri daripada British iaitu UMNO, MCA dan MIC. Oleh itu, kejayaan dan keupayaan pihak kerajaan dan pentadbiran di negara ini dalam mengekalkan perpaduan dan kerjasama antara kaum dalam konteks masyarakat majmuk memang boleh dianggap perkara luar biasa terutamanya di negara-negara sedang membangun. Tiada alasan jika mengatakan bahawa sistem pentadbiran awam di negara tidak berjaya. Tetapi, dalam usaha menjayakan sistem pentadbiran dan perkhidmatan awam di Malaysia, tentulah ada perkara-perkara yang tidak baik dan bercanggah dengan etika dan nilai murni wujud dan dilakukan oleh penjawat-penjawat awam. Justeru itu, pihak kerajaan tidak memandang mudah perkembangan gejala-gejala negatif dan berunsur jenayah di dalam pentadbiran dan Perkhidmatan Awam yang kian berleluasa. Pihak kerajaan sentiasa memantau perilaku, tindakan dan keputusan yang bersangkut paut dengan pentadbiran dan Perkhidmatan Awam di negara ini. Jika fenomena seperti rasuah, penyelewengan, pecah amanah, dan sebagainya berlaku, maka perkara-perkara seperti ini akan memberikan imej buruk dan menjejaskan nama baik pihak kerajaan atau pemerintah itu sendiri. Oleh sebab itu, pihak kerajaan sentiasa memandang serius segala masalah yang berlaku dalam perkhidmatan dan pentadbiran awam dengan menyeru untuk dibentuk tadbir urus yang baik (good governance). Cuba anda bayangkan keadaan Perkhidmatan Awam di negara kita di peringkat awal kemerdekaan dahulu berbanding sekarang. Perkembangan dalam sistem pentadbiran awam di Malaysia telah melibatkan banyak aspek—sistem kerja, peraturan, perundangan, profesionalisme perkhidmatan, perubahan paradigma di kalangan penjawat/pegawai awam, sokongan terhadap dasar-dasar kerajaan dan yang paling penting ke arah pengukuhan pentadbiran awam itu sendiri. Di Malaysia, aktor penting dalam kemajuan dan pengukuhan pentadbiran awam selepas peranan pihak kerajaan dan pembuat keputusan atau dasar ialah birokrat—di kalangan para pentadbir di semua peringkat agensi kerajaan. Oleh sebab itu, dewasa ini seringkali diperkatakan tentang bagaimana usaha untuk membentuk penjawat awam (tadbir urus) yang baik yang dapat memenuhi aspirasi kerajaan ke arah negara maju menjelang tahun 2020 kelak. Oleh sebab itu, perubahan tingkah laku dan respons para penjawat awam banyak mempengaruhi dasar dan tindakan yang dilaksanakan oleh pihak
  3. 3. 3 kerajaan. Perkembangan dalam politik pentabdiran di Malaysia dikatakan telah banyak membawa perubahan tingkah laku dan tanggapan di kalangan penjawat/pegawai awam disebabkan berlakunya beberapa peristiwa dan dasar-dasar kerajaan yang telah dibawa oleh pemerintahan Tun Dr. Mahathir bermula dari awal tahun 1980-an hingga tahun 2002. Tentulah semenjak merdeka pada 31 Ogos 1957 (Tanah Melayu) dan pembentukan Persekutuan Malaysia (16 September 1963), banyak perubahan yang telah berlaku dalam sistem pentadbiran di negara ini. Justeru itu, dalam modul ini akan dibincangkan beberapa perkembangan dan perubahan yang telah berlaku dalam sistem pentadbiran termasuklah penerapan nilai-nilai murni dan etika kerja positif dalam pentadbiran yang secara langsung menyentuh mengenai pembaharuan pentadbiran— penswastaan, pengkorporatan dan ICT (Ahmad Atory, 2001). Jika diteliti secara mendalam dari segi peranan pentadbir awam semenjak tahun 1970-an dan 1980-an, tidak banyak yang berubah. Namun, menjelang tahun 1990-an dan alaf baru (abad ke-21), peranan pegawai- pegawai awam telah bertambah kepada menjadi penguatkuasa peraturan- peraturan dalam projek-projek penswastaan kerajaan. Pegawai-pegawai kerajaan telah banyak menggunakan prinsip-prinsip pengurusan seperti penggunaan teknologi, automasi, komputer, teknologi maklumat dan konsep kerajaan elektronik. Sepanjang perkembangan dalam era teknologi maklumat dan era globalisasi, peranan pentadbir dan pentadbiran awam di Malaysia kian mencabar—dunia tanpa sempadan dan pengkorporatan. 1.2 DEFINISI PENTADBIRAN AWAM Pentadbiran awam menurut K. Ramanathan (2002: 1) sebagai satu aspek kegiatan dan institusi pemerintahan yang telah lama bertapak dalam kehidupan manusia. Pentadbiran awam disifatkan sebagai usaha ke arah pencapaian matlamat pemimpin dan pemerintah untuk kesejahteraan rakyat yang dibantu oleh jentera pentadbiran. Oleh sebab itu, apa sahaja kejayaan yang dicapai oleh ketua negara atau kerajaan tertakluk kepada keberkesanan dan kecekapan institusi pentadbiran awamnya. Dalam hal ini, pentadbir-pentadbir merupakan aktor penting dalam atau agen utama kerajaan dalam melaksanakan pentadbiran dalam sesebuah negara. Oleh sebab itu, pentadbiran awam tambah K. Ramanathan lagi merupakan alat kerajaan yang penting yang secara langsung terlibat dalam memberikan keberkesanan mana-mana sistem pemerintahan. Keadaan ini dapat kita lihat dalam konteks pentadbiran awam dan kerajaan Malaysia seperti yang ada pada hari ini. Peranan insitusi-institusi pentadbiran awam dan pegawai-pegawai awam terlibat secara langsung
  4. 4. 4 dalam pelaksanaan dasar awam yang diluluskan oleh Dewan Perundangan (Parlimen). Justeru itu, pentadbiran awam meliputi semua organisasi, kakitangan, tindakan serta peraturan-peraturan yang dikendalikan oleh pihak eksekutif (ketua kerajaan dan negara) untuk menjayakan rancangan yang diluluskan oleh Parlimen. Dalam mendefinisikan pentadbiran awam, Dwight Waldo (dalam Ahmad Atory, 2001: 1) mengatakan bahawa terdapat dua definisi yang tipikal iaitu (i) Pentadbiran awam ialah organisasi dan pengurusan manusia dan benda-benda untuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan; dan (ii) Pentadbiran awam sebagai satu “seni dan sains pengurusan” sebagaimana yang dapat dikaitkan kepada hal-ehwal sebuah negeri atau negara. Apa yang dapat dirumuskan daripada definisi yang dikemukakan oleh Waldo di atas adalah sama dengan apa telah dijelaskan oleh K. Ramanathan. Apa yang jelas, pentadbiran awam itu melibatkan organisasi yang di dalamnya merangkumi pegawai-pegawai awam untuk mengurus dan menjayakan dasar awam yang telah dibuat oleh pihak kerajaan melalui Parlimen. Jadi, pentadbiran awam disifatkan seni dan sains pengurusan kerana ia melibatkan aspek kemahiran, kepakaran, kebolehan dan kecekapan dalam mentadbir dan menyediakan perkhidmatan awam kepada seluruh lapisan masyarakat. Justeru itu, pentadbiran awam sebagai satu pengajian akademik yang sistematik yang diterokai dengan kewujudan negara moden di Eropah Barat (K. Ramanathan, 2002: 5). Oleh sebab itu, pentadbiran awam merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan sejenis gerakan perhubungan manusia—lebih tepat lagi untuk menerangkan semua kaedah dan teknik yang digunakan secara langsung untuk menguruskan hal ehwal yang membabitkan tiga ranting pemerintahan iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman (ibid., 244). Pentadbiran awam menurut K. Ramanathan melibatkan dua komponen iaitu (i) Awam (public) – iaitu suatu institusi atau agensi yang dijalankan atau dipunyai serta memperoleh sumber-sumber kewangannya secara terus atau sebaliknya daripada kerajaan pusat atau tempatan; dan (ii) Pentadbiran (administration) – ialah berasal daripada perkataan latin “administrare” yang membawa erti membantu atau mengarahkan. Oleh itu, ia membawa maksud memerhati akan sesuatu atau mengarahkan sesuatu atau dilaksanakan. Sama seperti definisi awal yang telah dibincangkan di atas, K. Ramanathan juga menyifatkan pentadbiran awam sebagai satu sains dan
  5. 5. 5 seni yang mempunyai matlamat untuk menyenggarakan perhubungan awam dan menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Tambahnya lagi, pentadbiran awam adalah tertakluk kepada kuasa eksekutif, kehakiman dan perundangan, di mana ia lebih menekankan kepada penguatkuasaan undang-undang yang telah dibuat, membuat dan melaksanakan peraturan-peraturan serta polisi-polisi awam. Namun, kita perlu mengetahui bahawa pentadbiran awam adalah bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar-dasar awam. Dari segi pelaksanaan dasar- dasar awam pula, pentadbiran awam tidak mementingkan keuntungan kecualilah dalam dimensi pengkorporatan dan penswastaan yang menjadi agenda baru pemerintahan negara ke arah peningkatan pencapaian ekonomi dan pembangunan negara. Manakala Muhammad Al-Buraey (1992: 202) menjelaskan bahawa pentadbiran awam merupakan suatu bidang pengajian yang direka cipta pada awal abad ke-20. Tambahnya lagi, dari segi praktisnya pentadbiran awam adalah seusia dengan manusia itu sendiri. Sehingga kini katanya, tiada perbezaan yang jelas antara kedua-dua jenis pentadbiran—awam atau swasta. Pentadbiran awam khususnya dalam sejarah negara Islam terkenal dengan kecekapan para pentadbir yang mencerminkan bagaimana mudahnya orang Islam Arab mengasimilasikan sistem pentadbiran asing ke dalam fahaman pemerintahan. Al-Buraey menyifatkan hari ini pentadbiran awam merupakan satu bidang pengajian dan praktis yang merupakan alat terpenting dalam negara birokrat (seperti Malaysia) moden dan negara yang mempunyai berbagai-bagai fungsi serta yang bergantung banyak kepadanya. Justeru itu, pentadbiran awam memainkan peranan yang penting, kerana ia terletak di tengah-tengah kegiatan dan urusan di berbagai-bagai peringkat pemerintahan yang moden, iaitu kebangsaan, negeri dan tempatan. Fungsi pentadbiran awam dalam zaman moden mencerminkan kepentingan perkembangan program sebagai sistem pendidikan umum dan pembaharuan daerah, penghapusan pencemaran air dan udara, menjalankan organisasi pelbagai negeri atau antarabangsa, penubuhan institusi ekonomi dan sosial di negara membangun dan baharu, aspek lain-lain termasuklah pembangunan negara baru. Dalam penelitian kepada definisi-definisi yang telah dibincangkan, semuanya menuntut peranan, tanggungjawab, keupayaan, kecekapan dan sebagainya seorang atau golongan pentadbir dalam Perkhidmatan Awam ke arah kecekapan dan keberkesanan pentadbiran awam itu sendiri. Dalam zaman moden, seseorang pentadbir mempunyai tugas dan kewajipan yang banyak. Ini termasuklah merekabentuk program; membuat keputusan; membina organisasi; pengambilan dan melatih
  6. 6. 6 pekerja serta memajukan personel; merunding kontrak; memperkenalkan perubahan; merangsang pertumbuhan dan mendorong organisasi unutk berfungsi sebagai sebuah institusi. SOALAN DALAM TEKS 1. Bincangkan semula dua komponen yang terdapat dalam pentadbiran awam. 2. Mengapa pentadbiran awam turut dilihat dari sagi konsepnya sebagai satu “seni dan sains pengurusan”? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 1.3 KONSEP TADBIR URUS Tadbir urus (governance) merupakan salah satu aspek penting dalam pentadbiran dan pengurusan—awam dan swasta. Kini dalam pengajian mengenai pentadbiran awam, peranan tadbir urus yang baik (good governance) semakin mendapat perhatian. Ini kerana tadbir urus yang baik akan memberikan kekuatan dan imej yang baik kepada mana-mana organisasi. Justeru itu, di dalam pentadbiran awam di Malaysia, gerakan ke arah memperkasakan tadbir urus yang berkualiti, dinamik, cekap dan sebagainya telah bermula semenjak awal tahun 1980-an lagi. Tadbir urus yang baik bukanlah perkara baru dalam pentadbiran. Ini kerana penekanan kepada ciri-ciri seperti ketelusan (transparency), keberkesanan (effectiveness) dan kecekapan (efficiency), akauntabiliti dan responsif dalam memenuhi kehendak rakyat, merupakan kehendak- kehendak tadbir urus yang baik yang sentiasa dituntut dan diseru oleh pihak kerajaan. Kerajaan Malaysia telah lama menerapkan prinsip-prinsip tadbir urus yang baik ke dalam pentadbiran agensi-agensinya. Ini dapat dilihat di beberapa agensi utama di negara ini termasuklah agensi agama seperti JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri juga sentiasa memastikan bahawa pentadbiran dan pengurusannya menepati kehendak-kehendak tadbir urus yang baik.
  7. 7. 7 Terdapat pelbagai tafsiran mengenai tadbir urus yang baik seperti: (i) Good governance is defined as “the exercise of power by various levels of government that is effective, honest, equitable, transparent and accountable” (IOG, 1999); (ii) Good governance is defined as “a system that is transparent, accountable, just fair, democratic, participatory and responsive to people’s needs” (World Conference on Governance, 1999). Manakala definisi yang lebih komprehensif tentang tadbir urus yang baik seperti yang dikemukakan oleh UNDP Governance Policy Paper “Governance for Sustainable Human Development” (1997) yang mendefinisikan tadbir urus sebagai: “the exercise of political, economic and administrative in the management of a country’s affairs at all levels. Governance comprises the complex mechanisms, processes and institutions through which citizens and groups articulate their interests, mediate their differences and exercise their legal rights and obligations”. (Dipetik daripada Haron Siraj, 2000: 116) 1.4 KONSEP TADBIR URUS YANG BAIK Sejak kebelakangan ini, perbincangan mengenai tadbir urus telah menarik perhatian umum. Tadbir urus yang baik dalam arena nasional, politikal, sosial dan ekonomi boleh dijadikan sebagai panduan dan asas serta persediaan dalam menghadapi pelbagai tekanan globalisasi. Sejajar dengan isu-isu governance semasa, Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) dengan usahasama Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) JPA, telah mengadakan Persidangan Perkhidmatan Awam Kelima (PPA 2000) dengan tema “Good Governance: Issues and Challenges” bertempat di Auditorium INTAN, Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 22 hingga 24 Jun 2000. Menyentuh mengenai peranan tadbir urus yang baik, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri ketika itu dalam ucapannya di persidangan tersebut menyatakan keperluan Perkhimatan Awam negara untuk menghapuskan imej tradisi iaitu sebagai sebuah birokrasi yang lembab dan sejajar dengan era peralihan globalisasi. Kini di bawah pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, tadbir urus yang baik di Malaysia berkait rapat dengan prinsip Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri untuk pembangunan sosioekonomi dan teknologi, keadilan sosial dan toleransi kaum. Berdasarkan kepada apa yang telah dibincangkan secara ringkas di atas, jelas sekali menunjukkan bahawa tadbir urus yang baik memerlukan
  8. 8. 8 peranan mereka dalam semua aspek pentadbiran dan pengurusan negara di semua peringkat terutama ke arah mencapai taraf negara maju menjelang tahun 2020 nanti. Oleh itu, tadbir urus yang baik hendaklah bebas daripada pelbagai gejala dan tingkah laku negatif yang tidak bermoral, menyalahi etika kerja, melanggar undang-undang dan ajaran agama—berunsurkan jenayah dan melanggar disiplin. Tadbir urus yang baik hendaklah bebas daripada masalah seperti rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, sering bertangguh dalam melakukan tugas yang diberi dan sebagainya. Lantaran itu, kini kerajaan sedang berusaha membenteras gejala rasuah di kalangan pegawai awam secara besar-besaran kerana fenomena ini akan menjejaskan nama baik, imej, kepercayaan rakyat terhadap Perkhidmatan Awam dan menjatuhkan maruah dan martabat pentadbiran awam itu sendiri. Tadbir urus yang baik perlu menunjukkan akauntabiliti, ketelusan, amanah, cekap, jujur dan sebagainya yang akan membawa kesan positif dan membina ke arah memperkukuh dan memperkasakan Perkhidmatan Awam di negara ini. Ini memandangkan tadbir urus itu sendiri adalah agen kerajaan dan juga anggota masyarakat dan mempunyai peranan yang besar dan mengurus tadbir sesebuah negara. Jadi, pengamalan nilai-nilai murni adalah sangat-sangat diharapkan dapat ditunjukkan oleh semua peringkat penjawat awam di negara ini. SOALAN DALAM TEKS 3. Dalam tadbir urus yang baik (good governance) terdapat beberapa prinsip di dalamnya termasuklah akauntabiliti, integriti, profesionalisme dan lain-lain. Bincangkan ketiga-tiga konsep di atas. Semak jawapan anda di akhir bab ini. 1.5 KONSEP TADBIR URUS KORPORAT Merujuk kepada Lee Fook Hong (2002: 4) tadbir urus korporat (corporate governance) adalah merujuk kepada:
  9. 9. 9 “the processes and structure by which the business and affairs of the company are directed and managed, in order to enhance long term shareholder value through enhancing corporate performance and accountability, whilst at the same time taking into account the interest of other stakeholders.” Tambah Lee lagi, syarikat yang berbeza mempunyai model tadbir urus korporat yang berbeza sebagai kod tadbir urus dalam setiap negara yang membenarkan atau mengizinkan fleksibiliti dan variasi terhadap pandangan yang berbeza ke arah perubahan dalam dunia korporat bagi menghadapi globalisasi dan kepesatan teknologi baru. Dalam tadbir urus korporat, peranan setiausaha syarikat adalah amat penting. Setiausaha syarikat atau perbadanan merupakan seorang yang terlatih dan profesinal dalam melaksanakan tugasnya terutama bagi membantu lembaga pengarah syarikat. Sementara itu, Owen E. Hughes (2003: 76) menjelaskan bahawa tadbir urus korporat merujuk kepada: “to how the private sector structures its internal mechanisms to provide for accountability to its stakeholder; while government may be involved in this through the company law, there are aspects which it does not control.” 1.6 BADAN PEMERINTAH DAN SISTEM PENTADBIRAN MALAYSIA Badan pemerintah atau eksekutif di Malaysia mempunyai peranan yang amat penting dalam pentadbiran negara. Ini kerana segala keputusan berhubung dengan dasar awam bermula di peringkat eksekutif. Dari segi kuasanya, badan eksekutif termaktub dalam perlembagaan dan undang- undang yang berkaitan. Mengikut Perkara 39 Perlembagaan Persekutuan, kuasa eksekutif berada pada Yang di-Pertuan Agong (YDA) yang boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri (Kabinet) atau mana-mana menteri yang diberikan kuasa oleh Kabinet. 1.6.1 Yang di-Pertuan Agong Sebagai ketua negara, YDA mempunyai kuasa eksekutif seperti yang telah diterangkan di atas. Walau bagaimanapun, YDA boleh bertindak mengikut budi bicaranya sendiri dalam tiga perkara seperti: (i) Melantik Perdana Menteri (PM). (ii) Tidak mempersetujui permintaan pembubaran Parlimen. (iii) Meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-raja. YDA merupakan pemerintah tertinggi angkatan tentera Malaysia (ATM) dan berkuasa mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera dan kesalahan yang
  10. 10. 10 dilakukan di Wilayah Persekutuan (WP) serta kesalahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). YDA merupakan ketua agama Islam bagi WP, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. YDA juga diberikan kuasa untuk melantik hakim- hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi, Jemaah Menteri, timbalan-timbalan menteri dan jawatan-jawatan lain seperti pengerusi dan ahli-ahli Suruhanjaya, Peguam Negara, dan Juruaudit Negara. Selain itu, YDA bertanggungjawab dalam menjaga dan memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. 1.6.2 Kabinet Kabinet merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh YDA yang diketuai oleh PM yang merupakan ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan besar dewan. Kabinet berkuasa merangka dasar dan memberikan arahan kepada jentera pentadbiran untuk dilaksanakan di seluruh peringkat Persekutuan. Perlu diingat bahawa kabinet bukanlah jentera pentadbiran, tetapi disebabkan menjalankan pemerintahan negara, ia merupakan satu badan pemerintah. Di Malaysia disebabkan doktrin percantuman kuasa diamalkan, maka sebahagian besar ahli kabinet merupakan ahli Dewan Rakyat mahupun Dewan Negara—Parlimen, maka kabinet bertanggungjawab kepada Parlimen. Oleh sebab itu, wajar bagi ahli-ahli Kabinet mempertahankan keputusan Parlimen dan saling sokong menyokong dengan Parlimen berhubung dengan tindakan dan keputusan yang telah dibuat. 1.6.3 Kementerian Di bawah kabinet dibentuk beberapa kementerian dan kini mempunyai 30 kementerian serta Jabatan Perdana Menteri. Kementerian ditubuhkan untuk melaksanakan tugas-tugas pemerintahan negara. Menteri yang berportfolio akan mengetuai mana-mana kementerian dan yang tidak berportfolio ditugaskan di bawah Jabatan PM yang masing-masing dibantu oleh timbalan-timbalan menteri. Kementerian merupakan agensi kerajaan tertinggi di dalam sistem pentadbiran kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab bagi membentuk dasar, merancang, mengawal dan menyelaras perkara- perkara yang berkaitan dengan bidang tugas sesuatu kementerian tertentu. Menteri akan dibantu oleh timbalan-timbalan menteri. Dalam
  11. 11. 11 masa yang sama, kementerian juga akan dibantu oleh Setiausaha Parlimen (ahli Dewan Rakyat) dan Ketua Setiausaha (KSU) yang merupakan pegawai pentadbir (awam) tertinggi di peringkat kementerian. Kementerian juga bertanggungjawab mengawal jabatan-jabatan atau badan-badan berkanun yang diletakkan di bawah tanggungjawab kementerian berkenaan. Misalnya, Kementerian Belia dan Sukan akan bertanggungjawab terdapat Jabatan Belia dan Sukan. Kementerian turut berperanan dalam mengawal pelaksanaan pentadbiran jabatan dan badan-badan berkanun sejajar dengan objektif kementerian-kementerian yang berkaitan. Seperti yang telah disebutkan di atas, pegawai tadbir utama kementerian ialah KSU yang mempunyai tugas dan tanggungjawab berkaitan dengan pembentukan dasar, perancangan aktiviti, mengawal pelaksanaan aktiviti, menyelaras aktiviti kementerian, menyelaras kegiatan jabatan dan badan- badan berkanun. KSU bertindak sebagai penasihat kepada menteri mengenai pentadbiran dan bertanggungjawab kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang merupakan ketua Perkhidmatan Awam Persekutuan. 1.6.4 Jabatan-Jabatan Kerajaan Sebenarnya agensi-agensi kerajaan seperti yang telah disebutkan iaitu kementerian, badan berkanun dan jabatan-jabatan, semuanya dibentuk bertujuan untuk merancang, mengawal, membantu dan melaksanakan segala aktiviti yang dirancang oleh kerajaan untuk mencapai objektif dan matlamat yang telah digariskan. Contohnya usaha ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020, siapa yang akan bertanggungjawab? Oleh sebab itu, kecekapan dan keberkesanan agensi-agensi kerajaan itu amat penting. Justeru itu, bagi menentukan sesebuah agensi kerajaan itu dapat berjalan dengan lancar, maka agensi itu perlu disusun berdasarkan kepada suatu struktur organisasi yang baik, sistematik dan berkesan dan dilantik pegawai-pegawai awam yang meliputi pelbagai peringkat perkhidmatan dan kategori bagi mengendalikan agensi-agensi berkenaan. Dewasa ini, agensi-agensi kerajaan sama ada yang sedia ada atau yang baru ditubuhkan meliputi pelbagai jenis Perkhidmatan Awam termasuklah sosial, ekonomi, keselamatan, perundangan, kebudayaan dan sebagainya. Jabatan merupakan agensi peringkat pelaksanaan yang kedua tertinggi selepas kementerian. Contohnya, di bawah Kementerian Pengangkutan, terdapatnya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Jabatan bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat secara langsung berkaitan dengan bidang kuasa jabatan berkenaan di dalam melaksanakan
  12. 12. 12 pentadbiran—dikenali sebagai Perkhidmatan Awam. Misalnya, JPJ dalam penyediaan perkhidmatan kepada rakyat meliputi aspek dasar-dasar yang berkaitan dengan pengangkutan jalan raya seperti lesen memandu, pendaftaran kenderaan, cukai jalan dan pertukaran hak milik kenderaan. Bagi memudahkan urusan dan menyediakan perkhidmatan kepada seluruh lapisan masyarakat, setiap jabatan kerajaan pusat ada cawangan di peringkat negeri dan daerah. Pegawai tadbir utama jabatan ialah Ketua Pengarah, tetapi nama jawatan ini disesuaikan mengikut nama jabatan-jabatan berkenaan. Contoh, Jabatan Polis dinamakan Ketua Polis Negara, Jabatan Imigresen sebagai Ketua Pengarah Imigresen, Jabatan Akauntan Negara disebut Akauntan Negara dan di peringkat negeri dikenali sebagai Pengarah Negeri. Pegawai dan kakitangan jabatan merupakan agen pelaksana dasar kerajaan yang mempunyai kelayakan dan kemahiran tertentu mengikut perjawatan. Di Malaysia terdapat beberapa katogeri dan peringkat jawatan yang diwujudkan. 1.6.5 Badan-Badan Berkanun Selepas kementerian dan jabatan-jabatan, badan-badan berkanun (akan dibincangkan secara mendalam dalam Bab 2 tentang peranannya) merupakan agensi kerajaan yang ditubuhkan dengan matlamat tertentu. Badan-badan berkanun ditubuhkan oleh kerajaan mengikut akta-akta tertentu bagi melaksanakan tugas-tugas khusus sejajar dengan objektif dan matlamat negara. Badan-badan berkanun lebih dikenali sebagai perbadanan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk mengambil alih tugas dan tanggungjawab fungsi jabatan-jabatan kerajaan tertentu yang telah lama ditubuhkan (Malaysia, 1991: 594). Penubuhan badan berkanun atau perbadanan membolehkan kerajaan melaksanakan sesuatu tanggungjawab khusus dan penting. Sebagai contoh, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditubuhkan bertujuan untuk mengendalikan segala urusan berkaitan dengan cukai termasuklah perkara-perkara seperti pendaftaran, pembayaran, urusan cukai, dan sebagai yang bersangkut paut dengan cukai. Secara umumnya penubuhan badan-badan berkanun mempunyai dua matlamat iaitu (ibid., 595): (i) Membolehkan kerajaan terlibat secara terus dengan bidang- bidang tertentu yang enggan atau tidak mampu diceburi oleh pihak swasta sebab masalah modal. Penglibatan langsung kerajaan ini dapat menolong meningkatkan pembangunan sosioekonomi negara; dan (ii) Membolehkan jentera pentadbiran bertindak secara lebih bebas daripada ikatan peraturan-peraturan pentadbiran negara. Hal ini
  13. 13. 13 membolehkan perbadanan tersebut bergerak lebih pantas seiringan dengan syarikat-syarikat swasta yang lain. Penubuhan perbadanan awam ini mempunyai beberapa faedah yang sangat penting kepada kerajaan seperti (ibid., 595): (i) Memberi peluang kepada pihak kerajaan untuk terlibat secara langsung dengan kegiatan ekonomi secara aktif; (ii) Memainkan kedua-dua peranan dalam sektor ekonomi dan sosial. Di samping bertujuan memperolehi keuntungan, perbadanan awam juga dikehendaki menyediakan berbagai-bagai kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat. Terdapat dua jenis perbadanan awam yang ada di Malaysia iaitu (i) Badan-badan berkanun – agensi kerajaan yang ditubuhkan di bawah undang-undang sama ada dibuat oleh Parlimen atau DUN. Sehingga Jun 1991 terdapat 75 buah badan berkanun Persekutuan dan 85 buah badan berkanun negeri; dan (ii) Badan-badan bukan berkanun – badan-badan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat. Didapati bahawa badan-badan berkanun adalah terikat kepada dasar- dasar kerajaan sebab semuanya (ibid., 595): (i) Ditubuhkan di bawah undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau DUN masing-masing; (ii) Mempunyai lembaga pengarah yang terdiri daripada orang yang dilantik oleh menteri yang bertanggungjawab terhadap badan tersebut; dan (iii) Ahli-ahli lembaga pengarah bertanggungjawab kepada menteri yang melantik mereka. Secara tidak langsung tindak-tanduk ahli- ahli lembaga pengarah adalah sejajar dengan kehendak kerajaan. Berbanding dengan badan-badan berkanun, badan-badan yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat adalah lebih bebas dalam menjalankan aktiviti-aktiviti mereka sejajar dengan matlamat perbadanan perniagaan. Daripada penubuhan perbadanan (berkanun dan bukan berkanun)—titik tolak kepada pengkorporatan dan seterusnya penswastaan dalam sistem pentadbiran awam di negara ini. Pegawai tadbir utama dalam badan-badan berkanun (perbadanan awam) dikenali sebagai Pengurus Besar yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir perbadanan awam mengikut objektif korporatnya. Bagi melicinkan pentadbirannya, sesebuah perbadanan mempunyai bahagian- bahagian tertentu yang meliputi keseluruhan aspek pengurusan organisasi yang sedia ada.
  14. 14. 14 SOALAN DALAM TEKS 4. Senaraikan badan-badan berkanun dalam bidang- bidang berikut: (a) Perdagangan. (b) Perusahaan. (c) Pendidikan. (d) Perindustrian. (e) Pertanian dan komoditi. 5. Apakah faedah penting yang akan diperolehi oleh pihak kerajaan dalam menubuhkan perbadanan awam di negara ini? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 1.6.6 Kawalan Kerajaan/Agensi Pusat Jabatan-jabatan dan perbadanan awam merupakan dua sektor yang berbeza, di mana kawalan terhadap kedua-duanya juga berbeza (Malaysia, 1991: 596). Jabatan-jabatan dikawal secara langsung oleh kementerian atau agensi pusat yang berkenaan. Bagi perbadanan awam pula ia dikawal secara tidak langsung, di mana kelazimannya terhadap perkara-perkara penting sahaja terutamanya yang menyentuh mengenai dasar-dasar kerajaan. Dari segi pentadbirannya, perbadanan awam mempunyai kebebasan kerana ia dikawal secara tidak langsung kerana terbentuknya ahli lembaga pengarah dalam perbadanan berkenaan. Jika perbadanan itu diletak di bawah satu kementerian, maka menteri berkenaan bertanggungjawab melantik ahli lembaga pengarahnya. Segala keputusan tentang dasar-dasar kerajaan diambilkira dalam proses membuat keputusan mengenai aktiviti perbadanan oleh pihak ahli lembaga pengarah. Cara lain pihak kerajaan mengawal aktiviti perbadanan ialah dengan melantik pegawai-pegawai kanan kerajaan untuk menganggotai badan lembaga pengarah yang akan memberi nasihat berkaitan hal-hal hubungan kerajaan dengan perbadanan (ibid., 596). Rasionalnya perlantikan pegawai awam ke dalam perbadanan agar aktiviti-aktiviti perbadanan dapat dilaksanakan sejajar dengan dasar-dasar awam yang telah diperkenal dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan.
  15. 15. 15 Selain itu, pihak kerajaan dapat melaksanakan pengawalan ke atas perbadanan dengan cara mengawal anggaran belanjawan dan rancangan- rancangan pembangunan tahunan dan lima tahun perbadanan tersebut. Justeru itu, pihak perbadanan perlu mendapatkan kelulusan dari Kementerian, Perbendaharaan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Bahagian Perancang Ekonomi terhadap belanjawannya. Manakala bagi badan-badan tidak berkanun pula tidak mempunyai kebebasan yang lebih luas sebab badan ini tidak tertakluk kepada langkah-langkah pengawalan kerajaan seperti yang dikenakan terhadap badan-badan berkanun. Tambahan pula, badan tidak berkanun bebas dalam mengadakan skim perjawatan masing-masing, tetapi setiap aktivitinya hendaklah diselaraskan mengikut peruntukan undang-undang atau akta-akta penubuhannya. 1.7 KESIMPULAN Dalam sistem pemerintahan bercorak demokrasi dan sistem pentadbiran berasaskan persekutuan (federalisme) di negara ini, setiap agensi kerajaan sama ada di peringkat pusat mahupun di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat daerah dan tempatan mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang sangat penting dalam menjayakan agenda kerajaan khususnya melalui dasar-dasar yang telah dilaksanakan. Pentadbiran awam di Malaysia, jika diteliti dari aspek sejarahnya banyak dipengaruhi dan diasaskan oleh sistem pemerintahan British. Hingga ke hari ini pengaruh British dalam sistem pentadbiran dan Perkhidmatan Awam masih kekal dalam beberapa aspek walaupun pihak kerajaan telah melaksanakan beberapa dasar pembaharuan. Dalam perkembangan Perkhidmatan Awam di negara ini, pastinya banyak masalah dan kelemahan yang telah dikenalpasti terutama yang membabit beberapa agensi kerajaan dalam melaksanakan fungsi-fungsi tertentu seperti badan berkanun atau perbadanan awam ke arah komersialisasi. Kegagalan badan-badan berkanun dan perbadanan awam dalam menjana kemajuan dan peningkatan dari segi ekonomi telah memaksa pihak kerajaan mencari alternatif untuk membolehkan agensi- agensi awam boleh menyumbang ke arah pembangunan negara. Perkhidmatan Awam di negara ini tidak terkecuali daripada berhadapan dengan masalah penyelewengan, pecah amanah, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan kelemahan disiplin di kalangan anggotanya. Oleh sebab itu, kerajaan berusaha membentuk dan memberi nafas baru kepada Perkhidmatan Awam di negara ini dengan melaksanakan beberapa pembaharuan dalam aspek pentadbiran di negara ini. Dalam erti kata lain, pihak kerajaan berusaha untuk membentuk tadbir-urus yang baik (good governance) dan berkesan dalam pentadbiran di negara ini. Justeru itu,
  16. 16. 16 pihak kerajaan telah melaksanakan pengkorporatan dan seterusnya penswastaan, di samping menekankan penerapan nilai-nilai korporat dalam pentadbiran. Pelaksanaan pengkorporatan dan penswastaan dalam sistem pentadbiran di Malaysia tidaklah menggambarkan kegagalan pentadbiran dan Perkhidmatan Awam di negara ini berfungsi dengan baik. Namun, usaha- usaha yang telah dilakukan khususnya melalui pengkorporatan dan penswastaan dilihat sebagai jalan untuk mengurangkan beban pentabdiran dan kewangan kerajaan serta mengecilkan saiz sektor awam dan mengurangkan monopoli kerajaan dalam aktiviti-aktiviti berasaskan ekonomi, di mana menggalakkan penyertaan syarikat korporat atau swasta untuk terlibat dalam menjana pembangunan dan kemajuan negara. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. Apakah yang dimaksudkan oleh Dwight Waldo dalam definisinya tentang pentadbiran awam seperti di bawah: (a) Organisasi dan pengurusan manusia dan benda-benda untuk mencapai tujuan-tujuan kerajaan. (b) Satu “seni dan sains pengurusan” dalam hal ehwal pentadbiran negara. 2. Secara umumnya, jelaskan apakah yang anda fahami tentang konsep tadbir urus yang baik? 3. Bincangkan apakah matlamat utama pihak kerajaan menubuhkan badan-badan berkanun di negara ini? Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Dua komponen yang terdapat dalam pentadbiran awam ialah (a) Awam (public) – di mana pentadbiran awam dilihat sebagai suatu institusi atau agensi yang mendapat pembiayaan kewangan secara terus atau sebaliknya daripada kerajaan pusat atau tempatan bagi menjalankan aktiviti-aktivitinya dalam mencapai matlamat kerajaan.
  17. 17. 17 (b) Pentadbiran (administration) – di mana pentadbiran awam melibatkan aspek mengarah dan memberikan bantuan khususnya kepada anggota Perkhidmatan Awam. Pentadbiran awam sentiasa memberikan tumpuan kepada masalah yang dihadapi oleh masyarakat. 2. Pentadbiran awam dilihat sebagai satu “seni dan sains pengurusan” kerana dalam pentadbiran yang cekap dan mempunyai keupayaan ke arah kecemerlangan perlu kepada aspek kemahiran, kepakaran, kebolehan dan kecekapan dalam mentadbir khususnya dalam menyediakan perkhidmatan kepada rakyat. 3. Terdapat beberapa prinsip dalam tadbir urus yang baik seperti: (a) Akauntabiliti – bermakna tanggungjawab seseorang terhadap tugas-tugas yang perlu dilaksanakan. Dalam konteks Perkhidmatan Awam, akauntabiliti bermaksud tanggungjawab pegawai-pegawai dan kakitangan awam dalam melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan dan juga bagi memastikan pencapaian matlamat serta objektif tugas-tugas tersebut. (b) Integriti – sering dihubungkaitkan dengan nilai-nilai seperti amanah, jujur, kebolehpercayaan dan sentiasa memelihara kepentingan awam tanpa mengambil kesempatan untuk kepentingan diri sendiri. Setiap kerja atau tugas yang diberikan hendaklah dilakukan dengan sebaik-baiknya iaitu dengan penuh keikhlasan dan ketulusan hati. (c) Profesionalisme – satu nilai yang penting dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan supaya segala tugas yang diserahkan dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan. Perkhidmatan secara profesionalisme bermakna setiap anggota organisasi seperti dalam Perkhidmatan Awam perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. 4. Contoh badan-badan berkanun dalam pelbagai bidang seperti: (a) Perdagangan – FIDA (Lembaga Kemajuan Perusahaan Persekutuan). (b) Perusahaan – BPM (Bank Pembangunan Malaysia). (c) Pendidikan – UUM (Universiti Utara Malaysia). (d) Perindustrian – NPC (Pusat Daya Pengeluaran Negara).
  18. 18. 18 (e) Pertanian dan komoditi – MARDI (Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia). 5. Faedah penting yang diperolehi oleh pihak kerajaan dalam menubuhkan perbadanan awam di negara ini ialah (f) Memberi peluang kepada pihak kerajaan untuk terlibat secara langsung dengan kegiatan ekonomi secara aktif. (g) Memainkan kedua-dua peranan dalam sektor ekonomi dan sosial, di mana selain bertujuan memperolehi keuntungan, perbadanan awam juga dikehendaki menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada rakyat.
  19. 19. 19 BAB 2 LATAR BELAKANG PENTADBIRAN AWAM DI MALAYSIA OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Menjelaskan tentang latar belakang sistem pentadbiran dan Perkhidmatan Awam di Malaysia sebelum dan selepas merdeka. 2. Memahami sistem pentadbiran dan Perkhidmatan Awam yang telah diperkenalkan oleh Inggeris yang mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam perkembangan Perkhidmatan Awam di Malaysia. 3. Mengenal pasti bagaimana pihak Inggeris mula campur tangan dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu. 4. Membahaskan tentang kesan penubuhan Malayan Union dan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu dalam perjuangan anak watan terhadap kepentingan tanah air sendiri. 2.1 PENGENALAN Pentadbiran awam di Malaysia diakui banyak dipengaruhi oleh sistem pentadbiran yang diperkenalkan oleh pihak British dari aspek sistem, prosedur, peraturan, gelaran dan sebagainya yang kekal hingga kini. Bagi memahami pentadbiran awam secara umumnya dan di Malaysia khasnya, kita perlu meneliti dari aspek konsep atau definisi pentadbiran awam itu sendiri (telah dibincangkan dalam Bab 1). Sila fahami semula konsep pentadbiran awam seperti yang telah dibincangkan dalam Bab 1. Apabila kita membincangkan tentang pentadbiran awam, kita secara tidak langsung membincangkan tentang Perkhidmatan Awam. Seperti yang kita sedia maklum, pengaruh asing seperti Inggeris cukup kuat dan amat sinonim dengan sistem pentadbiran dan Perkhidmatan Awam di negara
  20. 20. 20 kita ini. Walau bagaimanapun, Perkhidmatan Awam di negara ini telah mengalami atau melalui pelbagai perubahan terutama sejak peralihan dari zaman kolonial ke zaman kemerdekaan, dan seterusnya hingga kini. Oleh sebab itu, dalam modul ini (Bab 2) wajar untuk kita meneliti perkembangan sistem pentadbiran dan Perkhidmatan Awam di negara ini kerana di sebalik sejarah yang telah berlaku terdapat banyak pengajaran yang kita boleh peroleh daripadanya. 2.2 LATAR BELAKANG PENTADBIRAN AWAM DI MALAYSIA Sejarah pentadbiran awam dan Perkhidmatan Awam di Malaysia telah bertitik tolak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka (KMM) lagi (Malaysia, 1995: 7). Pada zaman KMM, pemerintahannya ketika itu sudah pun membentuk satu sistem pentadbiran yang sistematik (tersusun) dengan hierarki pemerintahan dan pentadbiran tersendiri. Pentadbiran yang dipraktikkan dalam era KMM bertujuan untuk memastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan sempurna dan cekap. Sama seperti hari ini, kuasa eksekutif terletak di bawah kuasa Yang di- Pertuan Agong (YDPA) yang dijalankan oleh Jemaah Menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri (PM). Sedangkan dalam zaman KMM, sistem pentadbirannya diketuai oleh Sultan dan baginda dibantu oleh beberapa pembesar negeri seperti Bendahara, Temenggong, Laksamana, Syahbandar, dan beberapa pembesar daerah. Struktur dalam sistem pentadbiran KKM seperti dalam Rajah 2.1. Rajah 2.1 Struktur Pentadbiran Melaka SULTAN PEMBESAR EMPAT Bendahara, Temenggong, Laksamana dan Penghulu Bendahari PEMBESAR LAPAN Syahbandar, Pembesar yang bergelar Seri PEMBESAR ENAM BELAS Pembesar yang bergelar Raja PEMBESAR TIGA PULUH DUA Pembesar peringkat rendah Sumber: Ruslan, et al. (2005). ms. 27.
  21. 21. 21 Sistem pentadbiran yang cekap dan tersusun seperti di Melaka di bawah KMM telah berjaya membawa kemajuan dan menjamin keamanan serta kemakmuran negeri Melaka. Faktor inilah yang banyak membawa Melaka sebagai sebuah kerajaan yang terkenal di seluruh dunia ketika itu. Dalam sistem pentadbiran dengan struktur yang telah diperkenalkan, setiap jawatan yang dipegang oleh pembesar atau pegawai negeri dibahagi- bahagikan mengikut bidang khusus dan tersendiri. Dalam sistem pentadbiran KMM, sudah pun wujud konsep pembahagian kuasa antara pembesar-pembesar negeri—daripada yang tertinggi kepada pegawai rendah kerajaan Melaka. Dengan adanya sistem pembahagian kuasa tersebut, kerajaan Melaka dapat mengawal pentadbiran negeri dengan cekap dan berkesan—ditambah pula dengan sikap yang adil, bijaksana dan saksama oleh Sultan. Sebenarnya kegemilangan KMM bukan semata-mata kerana Sultan yang memerintah, tetapi banyak dipengaruhi oleh kecekapan, kebijaksanaan dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pembesar-pembesar utama negeri. Sistem pentadbiran KMM banyak persamaan dengan sistem pentadbiran Malaysia pada masa kini. Ini dapat dilihat dari segi fungsi yang dimainkan atau kuasa yang ada pada pemerintah tertinggi seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1. Jadual 2.1 Persamaan antara Sistem Kesultanan Melayu Melaka dengan Malaysia 1. Ketua negeri ialah Sultan Melaka. Ketua Persekutuan Malaysia ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA). 2. Agama Islam sebagai agama rasmi. Agama Islam sebagai agama rasmi. 3. Ketua agama Islam ialah Sultan Melaka. Ketua agama Islam Persekutuan ialah YDPA dan negeri ialah Sultan/Raja. 4. Ketua Tertinggi angkatan tentera ialah Sultan Melaka. Ketua angkatan tentera Malaysia ialah YDPA. 5. Bagi melaksanakan pemerintahan, Sultan dibantu oleh Bendahara dan pembesar-pembesar negeri. YDPA dibantu oleh Perdana Menteri dan Jemaah Menteri. Sumber: Ruslan, et al. (2005). ms. 27. Di Melaka, tugas pentadbiran dijalankan berdasarkan kepada Hukum Kanun Melaka (HKM) dan Undang-Undang Laut Melaka. HKM menjadi rujukan serta teras kepada undang-undang negara bagi negeri-
  22. 22. 22 negeri di Tanah Melayu sebelum kedatangan Inggeris. HKM pada dasarnya berasaskan undang-undang Islam dan juga mempunyai unsur- unsur hukum adat dan hukum akal. HKM adalah undang-undang adat Melayu yang bersesuaian dengan Islam walaupun bukan dalam keseluruhan peruntukannya yang telah dimulai pada zaman Sultan Muhammad Shah (1424-1444M) dan dilengkapkan pada zaman Sultan Muzaffar Shah (1445-1458M). HKM dari kandungannya dibahagikan peruntukannya kepada dua bahagian iaitu (i) Hukum adat. (ii) Hukum syarak. Empat peruntukan yang menyentuh hukum syarak dalam HKM ialah (Zaini Nasohah, 2004: 4-6): (i) Undang-Undang Perkahwinan Islam; (ii) Undang-Undang Muamalah Islam; (iii) Undang-Undang Keterangan Islam; dan (iv) Undang-Undang Jenayah Islam. Secara ringkasnya, berdasarkan sistem inilah pentadbiran dan perkhidmatan awam di negara ini telah bermula. SOALAN DALAM TEKS 1. Jelaskan peranan pembesar-pembesar Melaka seperti berikut: (i) Bendahara. (ii) Temenggung. Semak jawapan anda di akhir bab ini. 2.3 PENGARUH ASING DALAM PENTADBIRAN AWAM DI TANAH MELAYU Apabila disebut pentadbiran awam, ia tidak semata-mata tentang aktor di dalamnya. Apa yang penting ialah keseluruhan sistem tersebut termasuk pentadbir, dasar, perundangan, sistem, nilai dan sebagainya. Oleh sebab itu, amat penting bagi kita selepas meneliti pengaruh KMM dalam
  23. 23. 23 pentadbiran Tanah Melayu, tidak kurang pentingnya pengaruh penjajah terutama Inggeris. 2.3.1 Penjajahan Portugis (1511-1641) Perubahan-perubahan dalam pentadbiran dan perkhidmatan awam telah banyak berlaku apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Sebaik sahaja bertapak di Melaka, Portugis telah menukar corak pentadbiran di mana seorang Gabenor telah dilantik bagi mengetuai pentadbiran dan dibantu oleh dua majlis iaitu Majlis Pertahanan dan Majlis Hal Ehwal Awam. Gabenor atau juga dikenali sebagai Kapten Kota Melaka selaku ketua pentadbir yang dilantik oleh Raja Portugal untuk bertugas selama tiga hingga empat tahun yang dipilih antara golongan Fidalgo (golongan bangsawan Portugal) dan seorang Kapten Angkatan Laut dilantik sebagai timbalan. Tentera diketuai oleh seorang Kapten-Jeneral yang dilantik oleh Vizurai Alfonso D’Albuquerque untuk bertugas selamat tiga tahun (Malaysia, 1991: 143). Dari segi pentadbiran awam, Kapten Kota dibantu oleh satu Majlis Penasihat yang di bawah kawalan tiga pegawai utama: (i) Ketua Hakim (Ovidor) – dilantik oleh Vizurai untuk mengendalikan keadilan sivil dan perlu mendapat nasihat Kapten Kota jka akan kaitan dengan kes jenayah; (ii) Datuk Bandar (Viador) – yang dipilih daripada tujuh orang yang dilantik dari warga yang terkemukan di Melaka. Bertindak sebagai majistret dan mereka akan membantu Ovidor dalam pentadbiran pengadilan sivil dan jenayah. Selain itu, mereka juga turut membantu menguruskan kewangan, kerja-kerja awam atau kebersihan bandar; dan (iii) Biskop Melaka – mereka yang dilantik bagi membantu Viador dalam menjalankan tugas-tugas perbandaran bersama tiga orang pegawai yang dilantik mewakili agama masyarakat-masyarakat di Melaka (Malaysia 1991: 143). Jawatan pentadbiran yang dikendalikan oleh tiga orang pegawai dengan gelaran Bendahari, Temenggong dan Syahbandar yang wujud sejak KMM sudah tidak mempunyai kuasa seperti sebelumnya—dilantik oleh Raja Portugal untuk mentadbir penduduk berbangsa Asia dan semua jawatan itu diisi oleh orang Portugis.
  24. 24. 24 SOALAN DALAM TEKS 2. Bincangkan apakah faktor dalaman yang membawa kepada kemerosotan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 2.3.2 Penjajahan Belanda (1641-1824) Pada tahun 1641, sistem pentadbiran yang telah dibentuk oleh Portugis bertukar corak apabila Belanda menduduki Melaka. Banyak perubahan yang telah dilakukan (Malaysia, 1995: 7). Jawatan Gabenor dan jawatan- jawatan yang berkaitan dengan perdagangan dikekalkan. Manakala jawatan-jawatan lain yang dirasakan tidak ada hubungan dengan soal perdagangan dihapuskan. Selama 183 tahun sistem ini bertahan dan berterusan hingga tahun 1824 apabila Belanda menyerahkan Melaka kepada British. Belanda telah menjadikan Melaka sebagai pengkalan untuk memaksa kapal-kapal dagang yang melalui Selat Melaka supaya berdagang dengan Betawi dan perdagangan di Melaka semakin merosot. 2.3.3 Penjajahan British (1824-1941 dan 1945-1957) Berakhirnya penguasaan Belanda di Melaka apabila termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda (Perjanjian London) pada 17 Mac 1824. Dengan demikian, sistem pentadbiran Eropah berkekalan di Tanah Melayu, malah semakin berkembang dalam zaman kolonial Inggeris. Perjanjian Inggeris-Belanda menjadi asas kepada pembentukan negara moden Malaysia (Ruslan et al., 2005: 85). Campur tangan British di Tanah Melayu bermula pada 11 Ogos 1786 apabila Francis Light menduduki Pulau Pinang atas nama Raja George III walaupun tiada perjanjian ditandatangani. Dalam tahun 1791, Sultan
  25. 25. 25 Abdullah cuba mendapatkan kembali Pulau Pinang, tetapi Francis Light telah bertindak menyerang Perai menyebabkan satu perjanjian damai ditandatangani antara Kedah dengan British. Melalui perjanjian 1 Mei 1791 antara Sultan Abdullah dan Francis Light, Pulau Pinang secara rasminya diduduki oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris. Ini membolehkan British melebarkan pengaruhnya serta kuasanya di Tanah Melayu termasuk di Kepulauan Melayu. Sebenarnya banyak peristiwa lain yang berlaku sebelum Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dimeterai. Perjanjian ini telah membuka ruang dan peluang kepada British untuk mengukuhkan kedudukannya di Tanah Melayu dan seterusnya untuk campur tangan di negeri-negeri lain selepas Melaka. SOALAN DALAM TEKS 3. Nyatakan apakah syarat-syarat penting yang terkandung dalam Perjanjian Inggeris-Belanda 1824? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 2.3.4 Campur Tangan British di Tanah Melayu Pada tahun 1826, pentadbiran Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah digabungkan di bawah satu entiti yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Selat (NS)—Singapura menjadi ibu pejabat pentadbirannya sebelum itu di Pulau Pinang sehingga tahun 1832. Ketiga-tiga negeri ini sangat penting dan muncul sebagai pelabuhan perdagangan yang penting di Tanah Melayu dan mendorong kemajuan ekonomi di negeri-negeri Tanah Melayu. Pada pandangan anda, siapakah yang harus dipersalahkan ataupun pihak yang perlu bertanggungjawab dalam campur tangan British dalam pemerintahan dan pentadbiran di Tanah Melayu? Sejarah campur tangan British di negeri-negeri Tanah Melayu bukanlah secara langsung. Ia disebabkan oleh keperluan untuk mengawal keadaan huru-hara, akibat aktiviti kongsi-kongsi gelap Cina di satu pihak, dan pergaduhan antara pembesar-pembesar Melayu yang bersaing untuk
  26. 26. 26 merebut kuasa politik sesama sendiri. Ketidakstabilan politik membuka peluang kepad British untuk meluaskan pengaruh dan campur tangan dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Selepas Perjanjian Pangkor 1874, campur tangan British semakin serius dan kukuh dalam pentadbiran di Tanah Melayu dengan memperkenalkan sistem residen. Menurut Mohd. Isa Othman (2002: 141), penguasaan Inggeris boleh dibahagikan kepada tiga tahap perkembangan: (i) Tahap pertama antara tahun 1786-1867 yang bertapak di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura; (ii) Tahap kedua bermula dari tahun 1874-1895 iaitu campur tangan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang; dan (iii) Tahap ketiga bermula pada tahun 1909 di mana kemasukan Johor di bawah pengaruh Inggeris. 2.3.5 Pentadbiran Negeri-Negeri Selat (1826-1867) Selepas Melaka diserahkan kepada Inggeris oleh Belanda secara rasminya melalui Perjanjian London 1824, Melaka ditadbir oleh Residen Konsular. Bagi komuniti-komuniti pula, sistem kapitan diperkenalkan (Mohd. Isa, 2002: 143) dan masyarakat luar bandar ditadbir oleh Penghulu. Pada tahap pertama campur tangan atau penguasaan Inggeris di Tanah Melayu, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura digabungkan dalam satu pentadbiran—Negeri-negeri Selat (NS) pada tahun 1826 dan ibu pejabat di Pulau Pinang. Ketua pentadbiran NS ialah Gabenor yang dibantu oleh sebuah majlis dan pentadbiran awam (ibid., 144). Manakala, setiap petempatan dilantik seorang Residen Konsular yang akan menjalankan tugas-tugas Gabenor. Apabila pentadbiran NS dipindahkan ke Pentadbiran Tanah Jajahan Mahkota, pentadbiran NS diketuai oleh seorang Gabenor mulai tahun 1867. Gabenor mempunyai kuasa tertinggi dan tandatangani undang- undang atau membatalkan rang undang-undang. Hanya Setiausaha Tanah Jajahan yang mengatasi kuasanya. Gabenor dibantu oleh Majlis Kerja Kerajaan (MKK) dan Majlis Perundangan (MP): (i) MKK terdiri daripada pegawai-pegawai kanan kerajaan; dan (ii) MP terdiri daripada sembilan ahli rasmi dan lima ahli tidak rasmi (tiga dari Singapura dan masing-masing 1 dari Pulau Pinang dan Melaka). Dengan pemindahan kuasa ke Pejabat Tanah Jajahan, Perkhidmatan Awam NS diperbaiki dan usaha dibuat untuk mengatasi perkara-perkara yang menjadi isu sebelumnya seperti:
  27. 27. 27 (i) Memperbaiki sistem kehakiman dengan menambahkan kakitangan; (ii) NS tidak menjadi tempat tahanan banduan dari India; dan (iii) Untuk menjaga keamanan, anggota-anggota polis ditambah dan undang-undang diketatkan dan kawalan ke atas kongsi gelapp ditingkatkan. Pegawai-pegawai tadbir dipilih dan dilantik oleh Pejabat Tanah Jajahan bagi memastikan pentadbiran NS berjalan dengan lancar. Kadet-kadet pegawai dilantik daripada pelajar lepasan Public School, Oxford, Cambridge dan Trinity College Dublin. 2.3.6 Sistem Residen Suatu sistem pentadbiran baru diperkenalkan iaitu dasar campur tangan bermula pada tahun 1874 oleh Gabenor Andrew Clarke. Suatu bentuk pemerintahan tidak langsung dan memperkenalkan sistem penasihat walaupun sistem ini (residen) tidak dirancang dan dibentuk dengan jelas. Pada asalnya, residen hanya sebagai pelindung kepada: (i) Rakyat British dan pedagang asing; (ii) Orang yang menguruskan hal ehwal luar negeri-negeri Melayu; (iii) Agen perubahan dalam membentuk birokrasi pentadbiran corak barat; dan (iv) Pelaksana dasar-dasar kerajaan. Sistem residen diperkenalkan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu selepas Perjanjian Pangkor di mana: (i) Residen akan menasihatkan sultan dalam semua hal ehwal kerajaan; dan (ii) Kecuali berkaitan dengan soal agama dan adat Melayu. 2.3.7 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NMB) Menjelang tahun 1895, pegawai-pegawai British di NNS dan London mendapati sistem residen tidak berjalan dengan lancar—banyak tentangan dan tidak memenuhi hasrat kuasa penjajah. Antaranya yang dianggap kurang memuaskan iaitu tiadanya keseragaman pentadbiran antara negeri-negeri di Tanah Melayu. Tujuan Persekutuan NMB ditubuhkan: (i) Mengatasi masalah residen yang terpaksa mendapatkan persetujuan gabenor dan Pejabat Setiausaha Tanah Jajahan dalam membuat keputusan; (ii) Berusaha untuk mewujudkan keseragaman pentadbiran di semua negeri; dan
  28. 28. 28 (iii) Ada negeri yang mengalami masalah kewangan seperti Pahang dan Negeri Sembilan akan dapat dibantu oleh Perak dan Selangor jika dibentuk Persekutuan. Cadangan penubuhan Persekutuan NMB oleh C.P. Lucas (Pegawai Tetap di Pejabat Tanah Jajahan) pada Mac 1892 berasaskan kepada perbincangan beliau dengan Frank Swettenham, di mana isu ini turut dibangkitkan oleh Maxwell dalam kuliahnya di Institut DiRaja Kolonial. Rancangan Persekutuan dikeluarkan pada 23 Ogos 1895, tetapi dilaksanakan pada 1 Julai 1896. Perlembagaan Persekutuan tidak mengubah perlembagaan negeri, kuasa sultan dan residen. Perjanjian Persekutuan mengandung lima artikel yang boleh diringkaskan seperti: (i) Sultan-sultan bersetuju menerima naungan kerajaan British; (ii) Kesemua negeri bersetuju membentuk Persekutuan NMB yang ditadbirkan di bawah penasihat British; (iii) Had kuasa sultan hanya di negeri masing-masing; (iv) Sultan-sultan bersetuju menerima seorang pegawai British yang dikenali sebagai Residen-Jeneral yang akan menjadi agen dan wakil kerajaan British di bawah Gabenor NS, di mana sultan akan menerima nasihat dalam semua urusan kecuali soal agama dan adat Melayu; dan (v) Kerjasama ekonomi antara negeri akan diwujudkan—negeri kaya akan membantuk negeri miskin. Frank Swettenham (Januari 1896-Disember 1901) merupakan Residen- Jeneral yang pertama Persekutuan NMB, negeri-negeri di tadbir oleh Residen. Manakala ketua-ketua jabatan di negeri-negeri bertanggungjawab kepada residen. Dalam Persekutuan NMB, kecenderungan pemusatan kuasa pentadbiran dan birokrasi semakin ketara. Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) ditubuhkan dengan rasmi pada 11 Disember 1909 di Kuala Kangsar, Perak, di mana kuasa berpindah dari sultan kepada residen dan residen kepada Residen-Jeneral. Kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri kia merosot. MMP merupakan badan perundangan kolonial yang dikawal oleh pegawai-pegawai British pimpinan Pesuruhjaya Tinggi yang menjadi presiden MMP. Pesuruhjaya Tinggi juga berkuasa untuk melantik dan memecat ahli-ahli (rasmi dan tidak rasmi). Bagi mengukuhkan hubungan antara sultan/raja Melayu dengan para pegawai British, Majlis Mesyuarat Raja-raja Melayu (DURBAR) dibentuk
  29. 29. 29 bertujuan untuk membincangkan kepentingan bersama. Sidang pertama di Kuala Kangsar pada tahun 1897. 2.3.8 Pentadbiran Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) tidak ditadbir sebagai unit pentadbiran—Kedah, Johor, Perlis, Kelantan dan Terengganu. NMTB diletakkan di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi merangkap Gabenor NS. Autonomi negeri di bawah pemerintahan raja masing- masing. Selepas Perjanjian Pangkor pada 10 Mei 1909, negeri-negeri di bahagian utara di bawah pengaruh British. Wakil pentadbiran di NMTB ialah Penasihat British. Tugas mereka berbeza dengan residen dan pentadbiran negeri dijalankan oleh pentadbir-pentadbir Melayu dengan bantuan Inggeris terutama dalam bidang teknikal dan profesional. 2.3.9 Desentralisasi Kolonial British mempunyai matlamat untuk mewujudkan satu unit pentadbiran British Malaya yang bersatu. Antara langkahnya ialah membentuk Persekutuan NMB dan pemusatan kuasa di Kuala Lumpur. Kuasa Residen Jeneral begitu besar dan mengurangkan kuasa Residen. Usaha ke arah pengagihan kuasa atau desentralisasi bertujuan memudahkan pentadbiran, soal kewangan dan perkhidmatan yang sepenuhnya dikuasai oleh kerajaan pusat di bawah Residen-Jeneral. Perjanjian Persekutuan tidak pula menggariskan dengan terperinci bidang kuasa kerajaan pusat dan kuasa yang dikekalkan di bawah pentadbiran Residen. Manakala, kedudukan sultan-sultan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) di NMB semakin lemah kerana peranannya telah diketepikan oleh para pegawai British yang terikat dengan arahan Residen-Jeneral. Oleh sebab itu, pembesar Melayu menyuarakan bantahan dalam Durbar pada tahun 1903 di Kuala Lumpur oleh Sultan Idris. Sultan Idris pergi sendiri ke London untuk mengemukakan isu tersebut agar kuasa dikembalikan kepada kerajaan-kerajaan negeri. British kemudiannya mencadangkan beberapa pembaharuan dalam pentadbiran dengan mengagihkan semula kuasa pentadbiran negeri kepada sultan atau raja Melayu. Pengagihan kuasa berlaku secara berperingkat bermula dari tahun 1920-an hingga 1930-an.
  30. 30. 30 Lawrence Guillemard (Pesuruhjaya Tinggi) mencadangkan penyusunan semula Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan (MMPP) termasuk menghapuskan jawatan Ketua Setiausaha. Akan tetapi, cadangan ini dikritik hebat oleh orang Cina dan Eropah yang dianggap sebagai langkah mengancam kestabilan kewangan. Dua cadangan Lawrence dilaksanakan iaitu (i) Kerajaan negeri mendapat semula memutuskan sebahagian perbelanjaan kewangan; dan (ii) Pemulihan semula MMPP, di mana sultan tidak lagi menjadi ahli tetapi boleh hadir jika baginda mahu ahli-ahli tidak rasmi ditambah. Walau bagaimanapun, tandatangan sultan masih diperlu sebelum rang undang-undang dilulus dan dikuatkuasakan. Sewaktu pentadbiran Sir Cecil Clementi, beliau menggerakkan kempen pembaharuan pentadbiran mulai bulan Ogos 1931. Dalam ucapannya di Durbar yang diadakan di Seri Menanti, telah mencadangkan: (i) Diwujudkan lembaga bagi jabatan-jabatan keretapi, pos, telegraf dan telefon; (ii) Diadakan kesatuan ukur dan kastam bagi meningkatkan kerjasama NMB dengan NMTB dan NNS; dan (iii) Tidak mahu ada lagi orang tengah antara Pesuruhjaya dengan kerajaan negeri seperti Ketua Setiausaha Kerajaan. Negeri berkuasa ke atas jabatan pertanian, perlombongan dan kerja raya, pelajaran, elektrik, hutan dan perubatan. Kuasa kewangan dan pentadbiran persekutuan terus dipegang oleh Persekutuan. Manakala hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri hendaklah disumbangkan kepada Persekutuan. Dengan itu, harapan pembentukan Malaya Bersatu akan dapat dilaksanakan. Desentralisasi disokong kuat oleh sultan-sultan dan orang Melayu serta Residen di NMB kerana mereka akan lebih banyak kuasa. Ssitem ini berterusan sehinggalah Perang Dunia Ke-2 meletus, di mana Jepun telah menyerang dan mengalahkan British di Tanah Melayu pada tahun 1941. 2.3.10 Penubuhan Malayan Union Sebelum Perang Dunia Kedua (PD2), pihak British telah mencadangkan Rancangan Kesatuan Malaya sejak tahun 1930an—desentralisasi disifatkan sebagai langkah awal ke arah tersebut. Namun, pendudukan oleh Jepun (8 Disember-Ogos 1945) telah mengejut dan menggagalkan
  31. 31. 31 usaha British tersebut. Rancangan Kesatuan Malaya telah diputuskan oleh Whitehall, di mana pada bulan Ogos 1945, kerajaan British menentapkan untuk menggubal 3 dasar utama sebelum perang: (i) Kedaulatan Raja-raja; (ii) Autonomi negeri-negeri Melayu; dan (iii) Hak istimewa orang Melayu (Mohd. Isa, 2002: 293) Setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, Lord Louis Mountbatten Pemerintah Tertinggi Pihak British mempunyai kuasa penuh dalam semua bidang dan bertanggungjawab penuh ke atas Tanah Melayu—di bawah kuasa British Military Administration (BMA). BMA ditugaskan untuk mengembalikan kekuasaan British, memelihara undang-undang dan peraturan serta mengendalikan sumber manusia dan kebendaan bagi bertujuan pemulihan serta membuat persediaan ke arah pemerintahan awam. Pemerintahan BMA bermula bulan September 1945 hingga Mac 1946 sebelum Malayan Union dilaksanakan. Akibat kegagalan dan kelemahan yang dialami oleh BMA, Tanah Melayu diserahkan kepada kerajaan awam bulan April 1946—beri keyakinan baru di Tanah Melayu. Cadangan menggabungkan NNS, NMB dan NMTB yang sebelum PD2 dalam bentuk Persekutuan kepada kesatuan di bawah cadangan penubuhan Malayan Union (MU). Alasannya supaya pentadbiran dapat diseragamkan di bawah satu pentadbiran sahaja. Di bawah MU, raja-raja Melayu akan hilang kuasa dan berperanan sebagai penasihat sahaja kerana semua kuasa pemerintahan dipusatkan kepada satu pihak sahaja. Sir Harold MacMicheal dihantar ke Tanah Melayu pada bulan Oktober 1945 sebagai utusan khas Setiausaha Tanah Jajahan British untuk mendapatkan persetujuan raja-raja Melayu tentang cadangan tersebut dan untuk menyiasat sama ada raja-raja ada bekerjasama dengan tentera Jepun atau tidak. Raja-raja dipaksa untuk menandatangani cadangan MU, tiada pilihan. Negeri-negeri Melayu di bawah kuasa British sepenuhnya dari negeri naungan kepada jajahan. Ciri-ciri perjanjian MU seperti: (i) Semua negeri di Tanah Melayu digabungkan di bawah satu kerajaan pusat. Singapura tidak termasuk dalam MU dan kekal sebagai tanah jajahan British secara berasingan; (ii) MU diketuai oleh seorang Gabenor yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat Undangan (MMU) dan Majlis Kerja; (iii) Pesuruhjaya Residen menjadi ketua pentadbir tertinggi di negeri- negeri Melayu dan NNS. Beliau menjadi Pengerusi Majlis
  32. 32. 32 Mesyuarat Negeri (MMN) yang terletak di bawah kawalan kerajaan pusat; (iv) MMN dikekalkan untuk menguruskan hal ehwal temaptan dan dikawal oleh kerajaan pusat. Majlis ini dianggotai oleh para pegawai British; (v) MMU mempunyai bilangan ahli rasmi dan ahli tidak rasmi yang sama banyak. Gabenor berkuasa melulus atau membatalkan sesuatu undang-undang. Semua undang-undang yang dikuatkuasakan tidak memerlukan tandatangan Sultan. Perlembagaan MU memberi hak kewarganegaraan yang sama kepada semua orang tanpa mengira kaum dan asal usul keturunan. Hak ini termasuk peluang untuk memasuki perkhidmatan awam adn mengundi dalam pilihan raya. Kaum bukan Melayu mendapat hak kewarganegaraan yang longgar melalui prinsip “jus soli” iaitu melalui kuatkuasa undang- undang dan permohonan. Disebabkan itu, cadangan MU ditentang hebat oleh orang-orang Melayu—42 buah pertubuhan Melayu bersetuju bersatu untuk menentang MU secara berkumpulan hasil Kongres Melayu Se-Malaya yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur pada Mac 1946. Namun, pada 1 April 1946, MU ditubuhkan dengan rasmi dan Sir Edward Gent menjadi Gabenor Jeneral yang pertama. Tentangan persatuan orang-orang Melayu semakin hebat. Kongres Melayu Se- Malaya kedua di Johor Bahru pada 11 Mei 1946 meluluskan pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentang MU. 2.3.11 Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu Disebabkan tentangan hebat oleh orang Melayu terhadap MU, kerajaan British membatalkan MU. Pada 22 Julai 1946, British membentuk satu Jawatankuasa Kerja Inggeris-Melayu (Anglo-Malay Working Committee) yang mengandungi wakil-wakil kerajaan British, UMNO dan Raja-raja Melayu. Jawatankuasa ini bertanggungjawab merangka cadangan- cadangan bagi perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM). Pada 18 November 1946, jawatankuasa ini mengadakan sesi perbincangan yang terakhir dan menandatangani laporannya. Jawatankuasa ini mencadangkan beberapa perkara seperti: (i) Kedaulatan dan kuasa politik Raja-raja Melayu dipulihkan; (ii) DUN ditubuhkan di setiap negeri; (iii) Syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum bukan Melayu; dan (iv) Hak keistimewaan orang Melayu dijamin dan dikekalkan.
  33. 33. 33 2.3.12 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu Kuasa dan kedaulatan Raja-raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dipulihkan. Jawatan Residen British digantikan dengan jawatan Menteri Besar. Orang bukan Melayu terlibat sama atau mengambil bahagian dalam pemerintahan negara. Kedudukan istimewa orang Melayu tidak disukai oleh orang Cina terutamanya kerana tidak memasukkan Singapura. Tentangan hebat daripada Parti Komunis Malaya (PKM) sehingga darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu pada bulan Jun 1948. 2.4 KESIMPULAN Seperti yang telah dibincangkan di atas, pengaruh British dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran awam di Malaysia tidak boleh diketepikan. Dalam membincangkan tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran di Malaysia, amat wajar bagi kita memahami perkembangannya bermula daripada zaman penjajahan khususnya Inggeris hinggalah kepada zaman kemerdekaan. Penentangan orang Melayu terutamanya dengan tertubuhnya UMNO terhadap Malayan Union yang kemudiannya memaksa Inggeris untuk menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 mempunyai nilai yang tersendiri terhadap sistem pemerintahan dan pentadbiran Malaysia pada hari ini. Struktur pemerintahan dan pentadbiran di negara ini disusun sedemikian rupa dengan berasaskan pembahagian kuasa di antara tiga badan pemerintah utama iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan perundangan serta ditubuhkan beberapa agensi utama kerajaan sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan daerah adalah bertujuan untuk melicinkan pentabdiran dan menyusun atur sistem pemerintahan. Oleh sebab itu, dalam konteks pentadbiran di Malaysia, konsep pemencaran kuasa atau desentralisasi dilaksanakan bagi membolehkan agensi-agansi kerajaan dan pentadir-pentabdir dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan dan cekap. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. Nyatakan tiga pegawai utama yang membantu Kapten Kota dalam sistem Majlis Penasihat pada zaman penjajahan Portugis di Melaka.
  34. 34. 34 2. Bincangkan tiga tahap perkembangan penguasaan Inggeris di Tanah Melayu selepas Perjanjian Pangkor 1874. 3. Apakah tujuan Persekutuan Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan? 4. Apakah lima artikel penting yang terkandung dalam Perjanjian Persekutuan? 5. Apakah cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Kerja Inggeris-Melayu (Anglo-Malay Working Committee) kepada pihak Inggeris? Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Peranan pembesar-pembesar Melaka: (a) Bendahara: • Merupakan penasihat kepada raja atau Sultan dan menguruskan sistem pentadbiran negeri serta jajahannya. • Ketika ketiadaan Sultan, Bendahara bertindak sebagai pemangku raja. (b) Temenggung: (i) Berperanan sebagai ketua keselamatan (ketua polis negeri). (ii) Berkuasa dalam menguatkuasakan undang-undang yang diperkenalkan dan bertanggungjawab dalam menjaga keamanan dan keselamatan negeri. 2. Faktor dalaman yang membawa kepada kemerosotan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka: (i) Sistem pemerintahan Sultan Mahmud Syah yang lemah. (ii) Sistem pentadbiran negeri yang tidak sistematik dan berada dalam keadaan kucar-kacir. (iii) Banyak berlaku persengketaan di kalangan rakyat terutama yang membabitkan orang Melayu dengan India- Muslim di Melaka. (iv) Aktiviti perdagangan di Melaka yang kian merosot. 3. Syarat-syarat penting Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ialah (a) Belanda bersetuju untuk menyerahkan kepentingannya di India dan Melaka kepada Inggeris. (b) Inggeris bersetuju untuk menyerahkan kepentingannya di Bangkahulu dan Sumatera kepada Belanda.
  35. 35. 35 (c) Belanda iktiraf pertapakan Inggeris di Singapura tetapi Inggeris tidak dibenarkan meluaskan pengaruh ke Pulau Karimun dan pulau-pulau di selatannya. (d) Belanda berjanji tidak akan campur tangan di Tanah Melayu atau membuat sebarang perjanjian dengan pemerintah-pemerintah tempatan. (e) Belanda perlu memberi layanan perdagangan yang baik kepada pedagang Inggeris dan sebaliknya. (f) Pemerintah anak negeri dibenarkan membuat hubungan secara bebas dengan kedua-dua kuasa dan sesama pemerintah tempatan. (g) Hutang Belanda kepada Inggeris dikira langsai dengan pembayaran 100,000 paun.
  36. 36. 36
  37. 37. 37 BAB 3 PENERAPAN BUDAYA KORPORAT DALAM SEKTOR AWAM DI MALAYSIA OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami konsep budaya korporat dalam konteks pentadbiran awam di Malaysia. 2. Mengenal pasti langkah-langkah dan usaha-usaha kerajaan dalam melaksanakan budaya kerja berteraskan nilai-nilai korporat dalam pentadbiran awam. 3. Membincangkan usaha ke arah pelaksanaan pengurusan kualiti dalam perkhidmatan awam menerusi penekanan kepada amalan budaya korporat. 4. Membincangkan kepentingan kualiti pentadbiran dan perkhidmatan yang disediakan dalam sektor awam sejajar dengan kualiti yang dipamerkan oleh pihak swasta. 3.1 PENGENALAN Jika diteliti dan diamati betul-betul tentang sistem kerja di dalam sektor awam ataupun di semua agensi kerajaan di Malaysia, tidak ada kurang atau cacat-celanya. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan sistem pentadbiran dan perkhidmatan awam di Malaysia adalah yang terbaik di kalangan negara-negara sedang membangun. Namun, kecemerlangan dan kejayaan sektor awam itu bukanlah terletak pada sistem kerja semata- mata, tetapi perlu diberikan penekanan kepada aspek kemanusiaan yakni tingkah laku dan budaya kerja yang diamalkan dan ditunjukkan oleh setiap anggota dalam sektor awam. Walaupun diakui berlaku kelemahan dan kepincangan terutama dalam penyediaan perkhidmtan, tetapi itu sebenarnya bukanlah disebabkan oleh kelemahan sistem itu sendiri. Kelemahan dan kepincangan yang seringkali dikaitkan dengan budaya kerja yang negatif sebenarnya melibatkan faktor personal ataupun individu itu sendiri. Oleh sebab itu, pihak pembuat dasar dan pengurusan atasan memikirkan untuk membuat perubahan serta penambahbaikan dalam sistem yang sedia ada. Dengan kata lain, usaha untuk menerapkan budaya korporat dalam sektor awam.
  38. 38. 38 Cuba anda fikirkan sejenak apakah maksud budaya korporat? Penerapan budaya korporat dalam sektor awam sebagai usaha memantapkan lagi budaya kerja yang sudah sekian lama diamalkan dalam sektor ini. Ringkasnya, penerapan budaya korporat dilihat sebagai nilai tambah (value added) kepada niai-nilai yang sedia ada. Ini kerana budaya korporat lebih mementingkan usaha untuk meningkatkan keuntungan, kualiti, kepuasan, pelanggan dan produktiviti serta daya saing yang tinggi. Penerapan budaya korporat dalam sektor awam (dalam perkhidmatan) bukanlah semata-mata untuk memperbaiki mutu perkhidmatan sahaja, tetapi lebih kepada usaha untuk memilih dan memberi nafas baru dalam pentadbiran awam di negara ini. 3.2 DEFINISI BUDAYA KORPORAT Institut Tadbiran Awam Negara atau INTAN (1993: 3) menjelaskan budaya korporat sebagai satu konsep yang pelbagai segi yang mempunyai ciri-ciri pendekatan, pandangan dan definisi yang berbeza. Budaya korporat bolehlah ditafsirkan sebagai satu pemahaman atau tanggapan yang dikongsi bersama oleh semua anggota organisasi tentang bagaimana sesuatu perkara itu dilaksanakan atau dijalankan di dalam organisasi tersebut. Pola ekspektasi dan keyakinan yang dikongsi oleh anggota- anggota organisasi adalah yang membentuk tingkah laku semua individu dan kumpulan di dalam sesebuah organisasi. Budaya korporat terbayang dan terjelma di dalam tradisi-tradisi cara bekerja dan hubungan di antara rakan sejawat, pegawai-pegawai bawahan dan atasan dan juga tradisi-tradisi lain yang menonjolkan apakah tingkah laku dan nilai yang diterima atau tidak di kalangan semua anggota sesebuah organisasi (Malaysia, 1993: 3). Siti Aishah Abdullah (2003: 4) memperjelaskan budaya korporat adalah cara bekerja warga di dalam sesebuah organisasi seperti: “corporate culture is the way people do things in an organization. It is a set of norms ccomprising beliefs, attitudes, core values and behavioral patterns shared by people in an organization. It is these shared beliefs, core values and patterns of behavior that influence the perfomance of an organization”. Jika diteliti definisi di atas, jelas menunjukkan bahawa budaya korporat ialah suatu cara baru khususnya dalam sektor awam tentang bagaimana kakitangan menjalankan kerja mereka dalam mana-mana organisasi atau
  39. 39. 39 agensi yang hanya melibatkan satu kumpulan norma selain daripada kepercayaan, sikap, nilai-nilai utama dan bentuk tingkah laku yang dikongsi bersama oleh anggota-anggota organisasi. Budaya korporat ini boleh menjadi suatu faktor yang akan membentuk tingkah laku dan seterusnya akan mempengaruhi pencapaian dalam organisasi. Menurut Siti Aishah, ini bermakna bagi menjayakan sesuatu perubahan, kita perlu ubah budaya korporat itu sendiri iaitu ke arah yang lebih sihat. 3.3 DEFINISI BUDAYA ORGANISASI Dalam membincangkan tentang budaya korporat, kita tidak boleh lari daripada membincangkan tentang budaya organisasi. Stephen P. Robbins (2000: 429) menjelaskan terdapat persetujuan bahawa budaya organisasi merujuk kepada suatu sistem yang mempunyai makna yang sama yang dipegang oleh setiap ahli yang membezakan sebuah organisasi daripada organisasi yang lain. Sistem perkongsian makna adalah suatu set sifat yang dihargai oleh organisasi. Robbins telah mencadangkan tujuh sifat yang menjadi tunjang dalam budaya organisasi seperti: (i) Inovasi dan pengambilan risiko - Darjah atau tahap pekerja digalakkan untuk berinovasi dan mengambil risiko. (ii) Perhatian terperinci - Darjah di mana pekerja dijangka untuk mempamerkan ketepatan, analisa dan perhatian terperinci. (iii) Berorientasikan keputusan - Darjah di mana pihak pengurusan memfokuskan kepada keputusan ataupun kepada cara dan proses yang digunakan untuk mencapai keputusan. (iv) Berorientasikan orang - Darjah di mana keputusan pihak pengurusan mengambil kira kesan keputusan ke atas orang di dalam organisasi. (v) Berorientasikan kumpulan - Darjah di mana penyelesaian kerja dalam bentuk kumpulan, atau secara individu. (vi) Keagresifan - Darjah di mana pekerja adalah berdaya saing dan agresif berbanding dengan sikap mengambil mudah sesuatu perkara. (vii) Kestabilan - Darjah di mana organisasi mengekalkan keadaan asal berbanding dengan pertumbuhan (ibid, 429). Ketujuh-tujuh sifat yang dinyatakan oleh Robbins di atas memberikan gambaran satu budaya yang wujud atau perlu ada dan diamalkan dalam organisasi. Ia merupakan satu bentuk budaya kerja yang menjadi teras sesuatu kerja itu dapat diselesaikan oleh setiap ahli dalam organisasi dan cara bagaimana mereka bertindak.
  40. 40. 40 Dalam pada itu, Sathe (1985) membincangkan bahawa budaya organisasi boleh dijadikan sebagai satu tanggungjawab. Ini menunjukkan bahawa kepercayaan, nilai dan tanggungjawab jika dalam sektor perniagaan hendaklah selari dengan kehendak perniagaan dan pengguna, di mana ia membuatkan manusia untuk berfikir dan bertindak secara komersial. Seterusnya Robbins (2000: 429) menjelaskan bahawa budaya organisasi adalah berkaitan dengan bagaimana pekerja menilai sifat budaya organisasi dan bukannya berkaitan sama ada mereka suka atau tidak. Justeru itu, budaya organsasi disifatkan sebagai satu tema yang diskriptif. Ini kerana, budaya organisasi mewakili suatu persepsi umum yang diamalkan oleh ahli organisasi. Tanpa mengira latar belakang individu dalam organisasi tersebut, semuanya akan menghuraikan budaya organisasi dengan cara yang sama. Justeru itu, budaya organisasi mempunyai kesan ke atas tingkah laku organisasi di mana individu atau kumpulan di dalamnya adalah tertakluk kepada budaya yang sama. Budaya organisasi menurut Robbins (2000: 432) mempunyai fungsi yang pelbagai, iaitu (i) Ia mempunyai persamaan yang mendefinisikan sempadan iaitu membezakan satu organisasi dengan organisasi yang lain; (ii) Ia menerangkan identiti ahli organisasi; (iii) Budaya bukan hanya membentuk tanggungjawab untuk kepentingan individu tetapi lebih daripada itu; (iv) Ia meningkatkan kestabilan sistem sosial; (v) Budaya penting untuk mempertahankan organisasi dengan memperuntukkan piawaian yang sesuai untuk pekerja; dan (vi) Budaya bertindak sebagai mekanisme pembuatan logik dan kawalan yang mendorong untuk tingkah laku dan gelagat pekerja. SOALAN DALAM TEKS 1. Terangkan apakah yang dimaksudkan nilai dan etika dalam Perkhidmatan Awam? 2. Apakah hubungan antara budaya dengan kualiti kerja? Semak jawapan anda di akhir bab ini.
  41. 41. 41 3.4 PELAKSANAAN BUDAYA KORPORAT DALAM SEKTOR AWAM Dalam sektor awam, penerapan budaya korporat telah lama diadakan. Pelbagai usaha dan program telah dijana agar budaya kerja bercirikan nilai-nilai korporat dapat direalisasikan sepenuhnya dalam pentadbiran di sektor awam. Penerapan budaya korporat dilihat sebagai suatu kaedah ke arah pencapaian misi sesebuah organisasi, di mana ia bergantung kepada tingkah laku semua anggotanya yang masing-masing telah dipertanggungjawabkan dengan fungsi dan tugas-tugas tertentu. Dengan bergerak sehaluan dan sealiran, pihak pengurusan dan semua anggota organisasi akan bertindak bersama-sama menguruskan sumber- sumber yang ada ke arah pencapaian objektif organisasi yang telah ditetapkan. Untuk memastikan setiap organisasi atau kakitangan mempunyai komitmen, motivasi atau dorongan untuk bekerja dan kaedah bertindak yang sehaluan, sesebuah organisasi perlu mempunyai satu budaya korporat yang sesuai yang menjadi panduan bertindak bagi semua anggotanya (Malaysia, 1993: 2). Dalam usaha menerapkan budaya korporat di dalam pentadbiran awam, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan khususnya dengan matlamat memberikan penekanan ke atas hasil kerja (results), perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan iaitu dapat menyediakan perkhidmatan yang konsisten dan boleh dipercayai (reliable), perkhidmatan yang dapat memenuhi dan memberi kepuasan kepada pelanggan, responsif kepada perubahan, akauntabiliti, inovasi dan kreativiti. Pelaksanaan budaya korporat di dalam Perkhidmatan Awam menekankan peripentingnya kualiti di dalam organisasi. Dalam usaha membudayakan kualiti, ia perlu dimulakan di peringkat organisasi, di mana organisasi dalam sektor awam perlu memainkan peranan yang penting bagi menerapkan amalan kualiti ke dalam budaya korporat. Seterusnya, menjadikan kualiti sebagai prinsip panduan dalam pengurusan seharian anggota Perkhidmatan Awam (Malaysia, 1991: 30). Dalam hal ini, persoalan tentang nilai-nilai dan norma-norma yang menjadi teras kepada falsafah pengurusan sewajarnya diasaskan kepada kualiti. Dalam membincangkan tentang penerapan budaya korporat dalam sektor awam, kita tidak boleh lari daripada membincangkan tentang kualiti itu sendiri. Di INTAN, dalam usaha menerokai era kecemerlangan masa hadapan melalui penghayatan dan amalan bersama telah diterbitkan buku Panduan Budaya Korporat dan Etika Kerja INTAN (1993) yang
  42. 42. 42 berteraskan Tonggak 12 dan buku Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam. Oleh itu, dalam modul ini adalah wajar bagi kita meneliti Tonggak 12, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam dan Pengurusan Kualiti itu sendiri sebagai menilai bagaimana usaha membentuk budaya korporat dilakukan dalam sektor awam. Kualiti pengurusan melibatkan proses, sistem, prosedur dan kaedah dalam Budaya Kerja Cemerlang. Persoalan yang ditimbulkan iaitu apakah organisasi Perkhidmatan Awam mempunyai budaya kualiti untuk menjadi lebih cemerlang? Jawapan kepada persoalan ini diberikan kerana budaya organisasi atau budaya korporat adalah faktor utama yang akan menentukan kemerosotan atau kecemerlangan pengurusan sesebuah organisasi (Malaysia, 1991: 31). SOALAN DALAM TEKS 3. Senaraikan nilai-nilai Profesionalisme yang terdapat dalam Perkhidmatan Awam. 4. Senaraikan elemen yang terkandung dalam teras Perkhidmatan Awam di Malaysia. Semak jawapan anda di akhir bab ini. Sebelum ini jika dibandingkan di antara sektor awam dengan swasta, syarikat-syarikat swasta sebenarnya telah mempunyai budaya korporat yang kukuh. Dengan adanya matlamat korporat yang cuba dicapai, syarikat-syarikat korporat atau swasta dapat menghayati matlamat utama dan ia suatu kunci kejayaan dan kecemerlangan dalam organisasi tersebut. Jelas terbukti bahawa kecemerlangan sesebuah syarikat korporat berkait rapat dengan wujudnya suatu budaya organisasi yang mementingkan aspek kualiti dan falsafah pegurusan (ibid., 1991: 32). Berikut merupakan contoh-contoh budaya korporat yang diamalkan oleh syarikat-syarikat seperti (Malaysia, 1991: 32): (i) CATERPILLAR - “24 hours part service anywhere in the world”. (ii) SEARS, ROEBUCK - “Quality at a good price”. (iii) MATSUSHITA - “We make people (people quality) before product”. (iv) RANK XEROX - “Leadership trough quality”.
  43. 43. 43 Cuba anda namakan salah satu syarikat korporat di Malaysia dan nyatakan budaya korporat yang diketengahkan. Ringkasnya, dalam membincangkan tentang budaya korporat, kita tidak dapat lari daripada membincangkan tentang proses penerapan nilai kualiti dan menjadikannya sebagai teras pembentukan budaya korporat dalam Perkhidmatan Awam masa kini. Dengan itu, kualiti menjadi inspirasi dan daya penggerak utama setiap anggota organisasi. Wujudnya budaya kualiti disokong oleh falsafah korporat yang menegaskan sepenuhnya bahawa tanpa perkhidmatan dan keluaran yang berkualiti, survival korporat akan terjejas. 3.5 PENINGKATAN KUALITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM Semenjak pelaksanaan Gerakan Budaya Kerja Cemerlang yang berteraskan kualiti pad 27 November 1989, telah banyak statut untuk meningkatkan kualiti dalam sektor awam dilaksanakan oleh kerajaan. Satu pekeliling iaitu “Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 4, Tahun 1991 – Garis Panduan Mengenai Srategi-Strategi Peningkatan Kualiti Dalam Perkhidmatan Awam” telah dikeluarkan. Pekeliling ini bagi membentuk ketua-ketua jabatan yang dapat melaksanakan strategi- strategi peningkatan kualiti dalam pengurusan di agensi masing-masing. Gerakan Budaya Kerja Cemerlang dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan peningkatan kualiti bertujuan untuk mewujudkan satu budaya kerja yang berteraskan kualiti di kalangan anggota Perkhidmatan Awam. Beberapa statut telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk meningkatkan kualiti. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan seperti: (i) Anugerah Kualiti Perdana Menteri; (ii) Panduan pengurusan dan peningkatan kualiti dalam perkhidmatan awam; (iii) Bengkel-bengkel latihan; (iv) Ceramah dan perbincangan; (v) Pita video kualiti; (vi) Pengumuman melalui TV; dan (vii) Siri panduan pengurusan kualiti. Dalam melaksanakan usaha-usaha peningkatan kualiti, beberapa tindakan susulan di agensi-agensi yang perlu dibuat oleh ketua-ketua agensi masing-masing seperti:
  44. 44. 44 (i) Membuat lawatan mengejut ke jabatan-jabatan agensi masing- masing bagi memastikan sama ada usaha-usaha peningkatan kualiti dilaksanakan; (ii) Memilih satu atau lebih jabatan/bahagian untuk melaksanakan usaha-usaha pengurusan dan peningkatan kualiti; (iii) Memilih penyelaras kualiti dan produktiviti dan ahli-ahli Pasukan Petugasnya untuk diberi latihan sebagai persediaan bagi pelaksanaan usaha-usaha pengurusan dan peningkatan kualiti di jabatan-jabatan/bahagian-bahagian yang dipilih; (iv) Menggubal Dasar Kualiti agensi untuk disebarkan kepada semua pegawai dan staf yang bertujuan memberi kefahaman kepada anggota organisasi tentang tahap kualiti keluaran atau perkhidmatan yang perlu diberikan; dan (v) Mewujudkan struktur yang sesuai untuk mengurus dan menguasai pelaksanaan perkhidmatan berkualiti. Selain daripada perkara di atas, dalam meningkatkan pengurusan kualiti dalam perkhidmatan awam, terdapat panduan tentang strategi-strategi peningkatan kualiti. Panduan tersebut telah menggariskan tujuh program peningkatan kualiti seperti: (i) Program 1 – Sistem Cadangan Q; (ii) Program 2 – Sistem Cadangan Q; (iii) Program 3 – Sistem Pemeriksaan Q; (iv) Program 4 – Slogan Q; (v) Program 5 – Hari Q; (vi) Program 6 – Sistem Maklum Balas Q; dan (vii) Program 7 – Sistem Maklumat Q. Melalui program-program di atas, kualiti perkhidmatan dan keluaran serta membudayakan kualiti dalam organisasi secara keseluruhan akan dapat ditingkatkan lagi. 3.6 PROGRAM-PROGRAM PENINGKATAN KUALITI Dalam Perkhidmatan Awam telah dilaksanakan beberapa program untuk meningkatkan kualiti. Ini kerana pihak kerajaan sentiasa menekankan perhatian terhadap kualiti yang ada pada Perkhidmatan Awam di negara ini. Antara program-program yang telah dilaksanakan seperti: (i) Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM): • Telah diperkenalkan dalam perkhidmatan awam pada tahun 1990. • TQM bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan agensi-agensi awam. • Ia untuk melahirkan lebih banyak organisasi cemerlang yang berorientasikan pelanggan dan berkemampuan
  45. 45. 45 untuk melaksanakan output dan perkhidmatan yang berkualiti. • Pelbagai insentif disediakan untuk menggalakkan pelaksanaan TQM seperti Anugerah Kualiti Perdana Menteri, Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam dan Anugerah Kualiti Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). (ii) Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM): • Telah diperkenalkan semenjak tahun 1990 yang merupakan anugerah tertinggi yang diberikan setiap tahun kepada tiga agensi yang cemerlang masing-masing satu dari sektor awam, sektor swasta dan sektor sosioekonomi. • Fokus AKPM kepada aspek kepimpinan dalam pengurusan kualiti, inovasi-inovasi penting, perancangan strategik, kepuasan hati pelanggan, penggunaan data dan maklumat dalam usaha-usaha kualiti, penggunaan sumber tenaga manusia, keperluan output dan kejayaan daripada usaha-usaha kualiti. • Hadiah wang tunai RM30 ribu, sebuah piala dan sijil penghargaan akan diberikan kepada pemenang (Malaysia, 2000: 86). (iii) Anugerah Kualiti Perkhidmatan Awam (AKPA): • Telah diperkenalkan dalam tahun 1991 yang bertujuan memberikan pengiktirafan kepada 3 agensi awam lain yang turut cemerlang dalam pengurusan kualitinya. • Ketiga agensi awam yang berjaya akan menerima anugerah mengikut keutamaan seperti: (a) Anugerah Kualiti Ketua Setiausaha Negara (KSN) (RM10 ribu); (b) Anugerah Kualiti Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) (RM8 ribu); (c) Anugerah Kualiti Ketua Pengarah MAMPU (RM5 ribu). (iv) Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK): • Selaras dengan hasrat TQM yang menuntut penglibatan aktif semua anggota peringkat organisasi bagi mencapai kecemerlangan, agensi awam telah menubuhkan pasukan kerja (Malaysia, 2000: 112). • Pasukan ini dianggotai sama ada oleh staf dalam peringkat dan fungsi yang sama atau menerusi peringkat bahagian dan fungsi. • Contoh pasukan kerja seperti KMK, Pasukan Reka Cipta, Pasukan Fungsi dan Pasukan Tugas-Tugas Khas.
  46. 46. 46 • KMK ditubuhkan sejak tahun 1983 sebagai pasukan kualiti yang bergerak untuk membantu pengurusan mengadakan usaha-usaha penambahbaikan. (v) MS ISO 9000: • Perkhidmatan Awam telah mengeluarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 1996 bertajuk “Garis Panduan Bagi Melaksanakan MS ISO9000 Dalam Perkhidmatan Awam” bagi membantu agensi melaksanakan MS ISO9000 dengan terancang. • MS ISO9000 adalah satu standard yang bertulis, menggariskan dan menghuraikan keperluan-keperluan asas bagi pembentukan sistem kerja berteraskan kepastian kualiti dalam sesebuah organisasi. • Ia memberi tumpuan kepada kualiti ke atas proses yang menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan. (vi) Inovasi: • Perkhidmatan Awan terus memberi galakan kepada pencetusan idea-idea baru yang kreatif dan inovatif. • Pelbagai anugerah disediakan untuk menghargai inovasi yang telah dapat meingkatkan produktiviti dalam kualiti, mengurangkan kos operasi serta menjimatkan masa dan tenaga kerja. • Inovasi yang diperkenal telah dapat meningkatkan motivasi dan semangat kerja di kalangan pekerja, meningkatkan kepuasan hati pelanggan dan stakeholder. • Anugerah seperti: - Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam (1992); dan - Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama antara sektor awam dan swasta. (vii) Piagam pelanggan: • Merupakan satu lagi usaha Perkhidmatan Awam untuk meningkatkan kualiti. • Diperkenalkan melalui PKPA Bil. 3 Tahun 1993 bertajuk “Panduan Mngenai Piagam Pelanggan” dan surat PKPA Bil. 1 Tahun 1994 yang bertajuk “Panduan Pelaksanaan Sistem Pemulihan Perkhidmatan”. • Piagam pelanggan merupakan komitmen bertulis jabatan dan agensi kerajaan terhadap penyampaian perkhidmatan atau keluarannya kepada pelanggan. • Ia merupakan jaminan untuk menyampaikan keluarannya atau perkhidmatannya mengikut standard kualiti yang ditetapkan.
  47. 47. 47 • Dilaksanakan berasaskan kepada prinsip bahawa ia tidak statik dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. 3.7 BUDAYA KERJA KORPORAT DALAM ORGANISASI Dalam sesebuah organisasi, setiap individu yang berbeza dari segi latar belakang akan berkongsi nilai, norma dan cara kerja yang sama di mana apa yang dikongsi bersama ia akan membentuk budaya kerja dalam organisasi. Oleh itu, pembentukan budaya kerja atau lazimnya disebut budaya organisasi mempunyai hubungan yang erat tentang bagaimana hendak membentuk atau menghasilkan mutu kerja dan produktiviti yang tinggi. Dengan penerapan budaya kerja korporat dalam organisasi seperti dalam sektor awam, ia adalah untuk: (i) Pihak pengurusan menghasilkan budaya kerja yang cemerlang; (ii) Membentuk suatu budaya kerja baru sebagai nilai tambah kepada budaya yang telah sedia ada; dan (iii) Menjadi satu kuasa penggerak bagi mewujudkan budaya kerja yang baik dalam organisasi. Menurut Jaafar Muhammad (1999: 419), dalam pengurusan, seorang pengurus perlu memahami lima aspek utama yang perlu dilaksanakan bagi membentuk budaya kerja terutama ke arah budaya kerja korporat seperti: (i) Menentukan matlamat; (ii) Merancang; (iii) Menyelenggarakan sumber-sumber yang sedia ada dengan cara yang berkesan; (iv) Mengawal proses pelaksanaan untuk mencapai matlamat organisasi; dan (v) Meletakkan standard tertentu untuk mengawal mutu kerja. Ringkasnya, budaya kerja (budaya korporat) dalam organisasi terhasil menerusi gabungan nilai-nilai asas yang dibawa oleh individu, nilai-nilai khusus yang dimiliki oleh organisasi dan nilai-nilai umum yang terdapat dalam masyarakat. Amalan dan penghayatan niai-nilai positif seperti nilai pengurusan korporat di dalam sektor awam dapat mendorong manusia bekerja, di mana menjalankan tugasnya dengan penuh komitmen dan secara kolektif. Menerusi budaya kerja murni, amalan negatif akan dapat dihindari, manakala perlakuan baik akan dapat ditingkatkan bagi membolehkan organisasi bergerak dengan lancar untuk mencapai matlamatnya.
  48. 48. 48 Budaya kerja yang mendorong ke arah kejayaan organisasi juga dikenali sebagai budaya korporat. Dalam erti kata yang lain, budaya korporat dilihat sebagai satu manifestasi ke arah satu pembentukan amalan, perlakuan dan tindakan yang bertujuan untuk menerbitkan sesuatu perasaan dan sentiment tertentu dalam organisasi. Sebagai wadah kepada pembentukan budaya korporat dalam organisasi, maka organisasi itu perlulah digerakkan dengan budaya kerja yang sihat dan positif yang secara langsung berkait dengan sikap, perilaku, tindakan, amalan dan kepercayaan di kalangan pekerja di dalam organisasi tersebut. Jika perkara ini dapat dilaksanakan, maka budaya kerja cemerlang akan dapat dibentuk dan meningkatkan perkhidmatan dan kualiti. 3.8 TUJUAN BUDAYA KORPORAT DALAM ORGANISASI Menurut Alauddin Sidal (2003) terdapat beberapa tujuan budaya korporat dilaksanakan dalam organisasi seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.1 di bawah. Organisasi yang berjaya adalah organisasi yang tidak hanya bergantung kepada kejayaan dalam akaun untung dan rugi semata- mata. Malah, kejayaan organisasi dikatakan banyak bergantung kepada falsafah pengurusan dan budaya yang menjadi teras dan pegangan korporat yang membolehkannya mencatatkan keuntungan kepada organisasi berkenaan secara keseluruhan (Nawi Abdullah, 1995: 37). Rajah 3.1 Tujuan Budaya Korporat dalam Organisasi Corporate Culture Sense of Loyalty Sense of Commitment Sense of Accomplishment Sense of Obligation Sense of Responsibility Sense of Belonging Sense of Urgency Sense of Pride Sense of Self-Fulfillment (self-actualization) Sumber: Alauddin Sidal. (2003). Dalam usaha menekankan budaya kualiti dan menaikkan imej syarikat atau organisasi, pelbagai slogan telah digunakan. Ini dapat dilihat dalam syarikat-syarikat gergasi atau multinasional seperti yang ditunjukkan dalam perbincangan terdahulu. Syarikat seperti IBM misalnya dengan
  49. 49. 49 slogan popular “mean service” adalah untuk membolehkannya menjadi satu alat kawalan agar barangan dan perkhidmatan yang disedikan adlaah selaras dengan slogan yang dibuatnya. Tanpa perkhidmatan dan barangan yang berkualiti khususnya dalam perkhidmatan awam, maka organisasi tersebut akan gagal untuk memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan. Kesannya, ia akan menjejaskan integriti sektor awam itu sendiri dan begitu juga di kalangan syarikat-syarikat swasta atau korporat. Kejayaan syarikat-syarikat korporat seperti IBM, Matshushita dan lain- lain banyak bergantung kepada prinsip-prinsip yang dipercayainya dan ini menjadi teras kepada segala bentuk tindakan kepada syarikat-syarikat berkenaan. Jika syarikat-syarikat ini telah terbukti boleh mencapai kejayaan yang sangat cemerlang, kenapa tidak di sektor awam? Oleh sebab itu, dalam sektor awam, telah diterapkan dengan prinsip dan nilai- nilai tadbir urus korporat (corporate governance) untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan. Dengan pelaksanaan beberapa nilai baru dalam Perkhidmatan Awam seperti TQM, KMK, Inovasi, Piagam Pelanggan, MS ISO9000 dan sebagainya, ia adalah bertujuan untuk mencapai prinsip-prinsip seperti yang terdapat dalam Rajah 3.1. Amalan mengutamakan pelanggan, membuat keputusan secara kolektif, sikap prihatin terhadap pekerja, komunikasi dua hala dan sebagainya adalah ciri-ciri dalam budaya korporat. Budaya korporat ini jika telah dimantapkan pastinya akan memberikan sumbangan dalam penghasilan output yang berkualiti. 3.9 KESIMPULAN Dalam perkhidmatan awam, untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti standing dengan syarikat korporat atau swasta, ia sebenarnya menjadikan inovasi dan kreativiti sebagai satu budaya di dalam organisasi termasuklah prinsip-prinsip seperti yang telah dinyatakan dalam Rajah 3.1 di atas. Jika budaya inovasi dan kualiti ini tidak ditekankan oleh pihak pengurusan organisasi, maka ini akan menyebabkan barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkan akan ketinggalan dan tidak memenuhi cita rasa semasa (Nawi Abdullah, 1995: 61). Bukan mudah untuk membentuk satu budaya kerja yang boleh diterima pakai dan dikongsi bersama khususnya dalam sebuah organisasi. Begitu juga dalam pembentukan budaya korporat dalam organisasi awam di negara ini. Membudayakan budaya kerja dengan nilai-nilai korporat bersama dengan nilai-nilai murni, etika positif, profesionalisme, dan sebagainya, ia akan berupaya untuk membentuk budaya kerja yang cemerlang dalam organisasi.
  50. 50. 50 SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. Senaraikan prinsip-prinsip yang terdapat dalam Tonggak 12 yang dilaksanakan dalam Perkhidmatan Awam di Malaysia. 2. Apakah tujuan program Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) diperkenalkan dalam Perkhidmatan Awam? 3. Terangkan apakah yang dimaksudkan sebagai Piagam Pelanggan? Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini. JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Nilai ditakrifkan sebagai kepercayaan yang mendorong seseorang atau sesebuah institusi untuk bertindak mengikut pemilihan yang berasaskan nilai-nilai utama masyarakat. Manakala etika bermaksud tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dalam Perkhidmatan Awam, seseorang penjawat awam berkewajipan mematuhi nilai dan etika perkhidmatan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan kerana ia membabitkan soal larangan dan kebenaran tingkah laku Perkhidmatan Awam yang tertera dalam perundangan dan peraturan yang ada di negara ini. 2. Budaya kerja mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan kualiti sesuatu perkhidmatan atau produk yang dihasilkan termasuklah dalam Perkhidmatan Awam. Pembudayaan kualiti dalam sektor awam adalah sangat penting kerana ia boleh dijadikan sebagai prinsip panduan dalam pengurusan seharian anggota Perkhidmatan Awam. 3. Nilai-nilai Profesionalisme yang diamalkan dalam Perkhidmatan Awam: (i) Berilmu. (ii) Kreativiti. (iii) Inovasi. (iv) Integriti. (v) Neutraliti. (vi) Kejujuran intelektual. (vii) Akauntabiliti. (viii) Berkecuali.
  51. 51. 51 4. Elemen yang terkandung dalam teras Perkhidmatan Awam Malaysia ialah (i) Berazam meninggikan mutu perkhidmatan. (ii) Bekerja dengan penuh tanggungjawab. (iii) Berusaha mengikis sikap mementingkan diri. (iv) Berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan. (v) Bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara. (vi) Bekerja dalam membenteras kelemahan dan musuh- musuh negara. (vii) Berpegang teguh kepada ajaran agama.
  52. 52. 52
  53. 53. 53 BAB 4 PERANAN PENTADBIRAN AWAM DI MALAYSIA OBJEKTIF BAB Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami peranan pentadbiran awam di Malaysia secara umumnya dalam fasa-fasa pembangunan negara semenjak mencapai kemerdekaan. 2. Mengenal pasti struktur pentadbiran awam Malaysia dalam sistem ekonomi bebas dan pembangunan sosioekonomi. 3. Membincangkan peranan pentadbir awam dalam proses pembangunan negara berteraskan pembangunan terancang. 4.1 PENGENALAN Dalam masyarakat feudal menurut pandangan Amitai Etzioni (1965), fungsi pentadbiran awam amat berbeza dengan apa yang difahami pada masakini. Ini kerana dalam masyarakat feudal, rakyat dikehendaki berkhidmat kepada Sultan dan para pembesar negeri. Sebaliknya, dalam masyarakat moden pada hari ini, peranan pentadbiran awam sangat luas peranannya hingga bersifat monopoli terutama dalam aktiviti-aktiviti bercorak ekonomi dan perdagangan. Oleh sebab itu, pihak kerajaan menubuhkan badan-badan berkanun dan perbadanan awam untuk mencapai matlamat meningkatkan pembangunan ekonomi dan terlibat dalam aktiviti perdagangan. Dari segi sejarahnya, pentadbiran awam di Malaysia dipengaruhi dengan cukup besar oleh sistem yang diperkenalkan oleh Brititsh. Kesan dan pengaruh peninggalan British dalam sistem pentadbiran awam di Malaysia masih lagi wujud dan dilaksanakan walaupun sedikit sebanyak telah diubahsuai dengan keadaan di Malaysia. Walau bagaimanapun, sepeninggalan British selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pemerintah dan pentadbir tempatan (Malaysia) untuk membangunkan pentadbiran awam di negara ini. Kesannya, dapatlah kita menikmati dan melihat proses pembangunan dengan sistem pentadbiran yang teratur dan strategi seperti yang ada pada hari ini.

×