Modul Kepimpinan dalam pengurusan awam

6,539 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
6,539
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
87
Actions
Shares
0
Downloads
133
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Modul Kepimpinan dalam pengurusan awam

  1. 1. i Kepimpinan dalam Pengurusan Awam
  2. 2. ii
  3. 3. iii GMGM3023 Kepimpinan dalam Pengurusan Awam Muslimin Wallang Amir Hamzah Abdul Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Universiti Utara Malaysia Sintok • 2010
  4. 4. iv ISBN 978-983-3827-84-8 Cetakan Pertama, 2008 Cetakan Kedua, 2010 © Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah, Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE), Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman. Siri Modul Kendiri merupakan bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran kendiri di bawah Program Pengajian Luar Kampus, Universiti Utara Malaysia. Siri Modul Kendiri diterbitkan tanpa melalui proses penilaian. Mutu Siri Modul Kendiri ini diperbaiki dari semasa ke semasa berdasarkan maklum balas daripada aktiviti pengajaran. Edaran buku ini terhad dalam kawasan Universiti Utara Malaysia sahaja.
  5. 5. v KANDUNGAN Prakata xi Penghargaan xiii Kata Kunci xv Matlamat dan Objektif Modul xvii Senarai Jadual xix Senarai Rajah xix BAB 1 PENGENALAN KEPADA KONSEP PEMIMPIN, PENGARUH, KUASA DAN KEPIMPINAN Objektif Bab 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Konsep Pemimpin 2 1.3 Konsep Pengaruh 4 1.4 Konsep Kuasa 6 1.4.1 Jenis-Jenis Kuasa 7 1.4.2 Punca-Punca Kuasa 9 1.5 Konsep Kepimpinan 11 1.6 Kenapa Kepimpinan Penting Pada Hari Ini? 14 1.7 Rumusan 16 Soalan Penilaian Kendiri 16 Jawapan Soalan dalam Teks 17 BAB 2 TEORI-TEORI KEPIMPINAN Objektif Bab 19 2.1 Tipologi dan Taksonomi Kepimpinan 19 2.2 Ciri-Ciri Seorang Pemimpin 19 2.3 Klasifikasi Pemimpin 21 2.4 Peranan Pemimpin 22 2.4.1 Melaksanakan Misi dan Visi Organisasi 23 2.4.2 Mengeratkan Hubungan antara Subordinat 23 2.4.3 Menerima dan Memberi Maklumat 24 2.4.4 Membuat Keputusan 24 2.5 Teori Pendekatan Sifat 26 2.6 Teori Pendekatan Tingkah Laku (Behavioral Theory) 27 2.6.1 Kajian oleh Universiti Ohio State 27 2.6.2 Kajian oleh Universiti Michigan 28 2.6.3 Grid Pengurusan 29 2.7 Teori Pendekatan Situasi 30 2.7.1 Teori Pendekatan Kontingensi Fiedler 31 2.7.2 Teori Pendekatan Laluan-Matlamat House 35 2.7.3 Model Vroom-Yetton 36
  6. 6. vi 2.7.4 Model Situasi Kepimpinan Hersey dan Blancard 38 2.8 Rumusan 40 Soalan Penilaian Kendiri 40 Jawapan Soalan dalam Teks 41 BAB 3 SIFAT-SIFAT PERIBADI PEMIMPIN Objektif Bab 45 3.1 Pengenalan 45 3.2 Sifat dan Skil 46 3.3 Kajian Awal Mengenai Sifat dan Skil Pemimpin 48 3.4 Hubungan antara Sifat dan Kecekapan Pengurusan 49 3.4.1 Kekuatan Fizikal dan Tahap Kematangan Terhadap Tekanan 49 3.4.2 Keyakinan Diri 49 3.4.3 Kematangan dan Kestabilan Emosi 50 3.4.4 Integriti 51 3.4.5 Berorientasikan Pencapaian 52 3.5 Gaya Kepimpinan yang Berkesan 52 3.5.1 Charismatic Leader 53 3.5.2 Situational Leader 56 3.5.3 Transactional Leader 57 3.5.4 Participative Leader 57 3.5.5 Transformation Leader 58 3.5.6 The Quiet Leader 58 3.5.7 Servant Leader 59 3.5.8 Autoritarian Leader 59 3.6 Trait Kepimpinan 60 3.6.1 Kepimpinan Sebagai Aktiviti 60 3.6.2 Kepimpinan dan Kualiti 61 3.6.3 Kepimpinan dan Perubahan 63 3.7 Rumusan 66 Soalan Penilaian Kendiri 67 Jawapan Soalan dalam Teks 67 BAB 4 KUASA DAN PENGARUH Objektif Bab 71 4.1 Pengenalan 71 4.2 Takrif Kuasa, Pengaruh dan Kepemimpinan 71 4.3 Jenis-Jenis dan Asas–Asas Kuasa 73 4.3.1 Kuasa Keabsahan 73 4.3.2 Kuasa Ganjaran 74 4.3.3 Kuasa Paksaan 74 4.3.4 Kuasa Informasi/Maklumat 74
  7. 7. vii 4.4 Jenis Kuasa Personal atau Peribadi 75 4.4.1 Kuasa Pakar 75 4.4.2 Kuasa Rujukan atau Karismatik 75 4.4.3 Kuasa Prestij atau Reputasi 75 4.5 Pengaruh dan Taktik Pengaruh dalam Organisasi 76 4.5.1 Kepimpinan Melalui Teladan 76 4.5.2 Sifat Mendesak atau Menekan 76 4.5.3 Rasionaliti 77 4.5.4 Mesra 77 4.5.5 Tukaran 77 4.5.6 Menunjukkan Rasa Emosional dan Merayu dengan Inspirasi 77 4.5.7 Berjenaka dan Bergurau 78 4.5.8 Menggunakan Autoriti yang Lebih Tinggi 78 4.6 Kepemimpinan dan Pengagihan Kuasa 78 4.6.1 Kepentingan Perbezaan Kuasa 78 4.7 Pengagihan Kuasa dalam Komuniti dan Organisasi 81 4.7.1 Struktur Kuasa Komuniti 81 4.7.2 Sistem Kuasa 82 4.7.3 Status dan Kuasa 82 4.8 Pengukuran Pengagihan Kuasa 83 4.9 Kuasa Kumpulan 83 4.10 Autoriti, Tanggungjawab dan Kepemimpinan 83 4.10.1 Autoriti 84 4.11 Tanggungjawab 87 4.12 Rumusan 89 BAB 5 KEPEMIMPINAN TRANSAKSIONAL DAN PENGUKUHAN Objektif Bab 91 5.1 Pengenalan 91 5.2 Kepemimpinan Transaksional 91 5.2.1 Jenis Kepemimpinan Transaksional 93 5.3 Kepemimpinan Sebagai Satu Pertukaran Sosial 94 5.4 Pengukuhan Kepemimpinan dan Kepengikutan 95 5.4.1 Utiliti Kontingensi Pengukuhan 96 5.4.2 Kesan Terhadap Kepuasan 96 5.4.3 Kesan Terhadap Pencapaian 97 5.4.4 Utiliti Tindakan Disiplin 97 5.4.5 Pengurusan Mengikut Pengecualian 98 5.4.6 Mengaplikasikan Kontingensi Pengukuhan 98 5.4.7 Gelagat Khusus dan Ukuran Kontingensi Ganjaran dan Hukuman 99 5.5 Kesan Interaktif Pemimpin dan yang Dipimpin 101
  8. 8. viii 5.5.1 Sumbangan Kepemimpinan Terhadap Perhubungan Transaksional 101 5.5.2 Impak Pengikut Terhadap Pemimpin 105 5.6 Menggunakan Kontingensi Pengukuhan Kepemimpinan dan Kesan-Kesannya 109 5.6.1 Had-Had Terhadap Kontingensi Pengukuhan 109 5.6.2 Kekangan Menggunakan Maklum Balas dan Impaknya 113 5.7 Rumusan 116 Soalan Penilaian Kendiri 116 Jawapan Soalan dalam Teks 116 BAB 6 KEPEMIMPINAN DAN PENGURUSAN Objektif Bab 119 6.1 Pengenalan 119 6.2 Apakah yang dibuat oleh Pemimpin dan Pengurus? 119 6.3 Peranan Pemimpin dalam Kumpulan atau Pasukan Kecil 121 6.3.1 Peranan Ketua atau Pemimpin 121 6.3.2 Fungsi-Fungsi Pemimpin 121 6.4 Kepemimpinan dalam Organisasi yang Kompleks 123 6.4.1 Kekurangan Fungsi-Fungsi Pengurusan Klasikal 123 6.4.2 Komponen Tingkah Laku dan Sosial 124 6.4.3 Pertindihan Fungsi atau Mengurus dan Memimpin 124 6.4.4 Peranan Pengurusan Mintzberg 124 6.5 Kepemimpinan Autokratik Lawan (Vs) Kepemimpinan Demokratik 125 6.5.1 Kepemimpinan Autokratik 125 6.5.2 Kepemimpinan Demokratik 126 6.6 Kepemimpinan Direktif Lawan (Vs) Kepemimpinan Partisipatif 126 6.6.1 Kepemimpinan Direktif 126 6.6.2 Kepemimpinan Partisipatif 127 6.7 Kepemimpinan Berorientasi Tugas Lawan (Vs) Kepemimpinan Berorientasi Hubungan 129 6.7.1 Maksud Orientasi Tugas 129 6.7.2 Maksud Orientasi Hubungan 130 6.7.3 Anteseden-Anteseden antara Sebab Terhadap Orientasi Tugas dan Orientasi Hubungan 131 6.8 Kepemimpinan Laissez-Faire 134 6.9 Faktor-Faktor yang Menerangkan Kelakuan Pemimpin dalam Membuat Keputusan 135 6.9.1 Faktor Pertimbangan 136 6.9.2 Faktor Struktur Permulaan 136
  9. 9. ix 6.10 Rumusan 137 Soalan Penilaian Kendiri 138 Jawapan Soalan dalam Teks 139 BAB 7 KEPIMPINAN DAN PERSEKITARAN ORGANISASI Objektif Bab 141 7. 1 Pengenalan 141 7.2 Persekitaran Organisasi 141 7.3 Kepimpinan dan Kumpulan Kerja 143 7.3.1 Formal Team 144 7.3.2 Informal Team 144 7.3.3 Cross Functional Team 145 7.3.4 Self Managed Moral Team 146 7.3.5 Virtual Team 147 7.4 Pemimpin, Perubahan dan Teknologi 147 7.5 Kepimpinan, Stres dan Konflik 149 7.5.1 Jenis-Jenis Konflik 149 7.5.2 Pengurusan Konflik 150 7.5.3 Perkaitan antara Stres dan Konflik 152 7.6 Rumusan 154 Soalan Penilaian Kendiri 154 Jawapan Soalan dalam Teks 155 BAB 8 KEPIMPINAN DAN PENTADBIRAN DALAM ORGANISASI AWAM Objektif Bab 159 8.1 Pengenalan 159 8.2 Definisi Sektor Awam 159 8.3 Pengorganisasian dan Penstafan Organisasi Awam 161 8.4 Kepimpinan Eksekutif 161 8.5 Kepimpinan Eksekutif: Cabaran Terhadap Organisasi Awam 163 8.6 Integriti dan Akauntabiliti Kakitangan Awam 165 8.7 Kepimpinan dan Anjakan Paradigma dalam Sektor Awam 167 8.8 Budaya Kerja Organisasi Awam 169 8.9 Rumusan 172 Soalan Penilaian Kendiri 172 Jawapan Soalan dalam Teks 173
  10. 10. x BAB 9 ISU-ISU KEPIMPINAN Objektif Bab 175 9.1 Pengenalan 175 9.2 Kepimpinan dari Perspektif Islam 175 9.2.1 Nilai dan Kriteria dalam Asas Kepimpinan Islam 177 9.2.2 Isu Kepimpinan di Malaysia: Islam Hadhari 179 9.3 Wanita dan Kepimpinan 181 9.4 Kepimpinan dan Penilaian Prestasi 183 9.4.1 Kelemahan Penilaian Prestasi dan Peranan Pemimpin 185 9.5 Kepimpinan dalam Pelbagai Budaya 186 9.6 Rumusan 189 Soalan Penilaian Kendiri 189 Jawapan Soalan dalam Teks 190 BIBLIOGRAFI 191
  11. 11. xi PRAKATA Kursus KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN merupakan salah satu kursus yang ditawarkan kepada pelajar-pelajar program Sarjana Muda Pengurusan Awam, dengan kepujian di Universiti Utara Malaysia (UUM). Kursus ini memberi tumpuan kepada aplikasi pengetahuan mengenai kepimpinan serta perkaitannya dengan pengurusan. Kepemimpinan merupakan nadi bagi sesebuah organisasi. Kepemimpinan merupakan satu keupayaan menginspirasi manusia untuk bekerjasama sebagai satu pasukan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kepemimpinan yang efektif penting bagi kejayaan sesebuah organisasi. Modul ini disediakan untuk pelajar-pelajar Pengajian Luar Kampus (PLK) UUM sebagai teks asas kursus ini. Modul ini akan diperkemaskan dari semasa ke semasa sebagai usaha pembaikan dan supaya menjadi teks yang lebih mantap pada masa akan datang. Namun demikian, para pelajar digalakkan supaya menambahkan pengetahuan melalui bahan-bahan bacaan tambahan seperti yang dicadangkan untuk menguatkan lagi tahap serta penguasaan pembelajaran masing-masing. Selain itu, pelajar juga dinasihatkan supaya berbincang sesama sendiri serta cuba menjawab soalan-soalan yang diberikan di dalam modul serta di penghujung setiap bab. Oleh itu, diharapkan agar pelajar PLK UUM dapat memanfaatkan kursus ini menerusi kaedah pembelajaran berdasarkan modul di samping kesediaan penulis membantu para pelajar dalam usaha memahami kursus ini dengan lebih lanjut lagi. Sebagai usaha penambahbaikan mutu modul ini, penulis juga mengalu-alukan maklum balas daripada pihak-pihak tertentu mengenai format, isi kandungan, fakta dan sebagainya. Semoga Allah menambahkan ilmu pengetahuan kita serta mendapat keredhaan-Nya. Kepada Allah dipohon segala taufik dan hidayah-Nya. Muslimin Wallang Amir Hamzah Abdul
  12. 12. xii
  13. 13. xiii PENGHARGAAN Segala puji-pujian dan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia serta pertolongan-Nya maka kami beroleh kekuatan untuk menyiapkan modul ini bagi memenuhi keperluan pelajar-pelajar PLK Program Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian di Universiti Utara Malaysia. Penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Penolong Naib Canselor, Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Penyelaras PLK Program Sarjana Muda Pengurusan Awam dengan Kepujian serta rakan-rakan kerana memberi kepercayaan dan peluang kepada penulis untuk menyempurnakan penulisan modul ini. Di sini juga, penulis ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan (PACE) UUM dan Penerbit UUM yang bertanggungjawab menerbitkan modul ini. Semoga semua usaha ini mendapat kerberkatan Ilahi. Muslimin Wallang Amir Hamzah Abdul
  14. 14. xiv
  15. 15. xv KATA KUNCI Terdapat beberapa lambang yang akan anda lihat di dalam modul ini. Lambang tersebut memberi maksud tertentu seperti yang dinyatakan di bawah. Lambang ini disediakan bagi membimbing dan melengkapkan proses pengajaran dan pembelajaran anda. Soalan Dalam Teks (SDT) atau soalan latihan yang merujuk kepada perbincangan dalam teks yang dipelajari. Contoh jawapan disediakan di akhir setiap bab. Soalan Penilaian Kendiri (SPK) atau soalan ulang kaji merujuk kepada perbincangan keseluruhan bab. Skema jawapan disediakan di akhir modul kursus. Anda boleh menyemak jawapan latihan anda dengan contoh/skema jawapan yang disediakan di akhir bab atau modul kursus. Anda dinasihatkan membuat latihan terlebih dahulu sebelum menyemak jawapan tersebut. Anda dikehendaki berfikir sejenak tentang situasi di sekeliling anda atau mengimbas kembali bab yang lepas. Pelbagai soalan yang berkaitan dengan bab tersebut akan dikemukakan.
  16. 16. xvi
  17. 17. xvii MATLAMAT DAN OBJEKTIF MODUL MATLAMAT Kepemimpinan merupakan nadi bagi sesebuah organisasi. Kepemimpinan merupakan satu keupayaan menginspirasi manusia untuk bekerjasama sebagai satu pasukan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kepemimpinan yang efektif penting bagi kejayaan sesebuah organisasi. Kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada konsep kepimpinan yang efektif. Pelajar akan dapat menilai keperluan seseorang pemimpin terutamanya dalam mencorak organisasi ke arah yang lebih baik dalam mengharungi persaingan globalisasi. Justeru itu, perbincangan mengenai kepemimpinan dalam pengurusan organisasi mesti mengambil kira kompleksiti perubahan dalam persekitaran dinamik. OBJEKTIF Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat: 1. Memahami konsep-konsep penting, tipologi dan taksonomi serta teori dan model kepimpinan. 2. Memahami lokus kepemimpinan, ciri-ciri kepemimpinan dan stail kepemimpinan. 3. Memahami ciri-ciri pengikut dan situasi. 4. Membezakan antara kepemimpinan, kuasa dan autoriti. 5. Mampu menganalisis peranan kepemimpinan dalam pengurusan organisasi.
  18. 18. xviii
  19. 19. xix SENARAI JADUAL Jadual 2.1 : Klasifikasi Kumpulan Kerja Berasaskan Tiga Dimensi 34 Jadual 3.1 : Tingkah Laku dan Skil Pemimpin 48 Jadual 3.2 : Komponen Tingkah Laku bagi Pemimpin Berkarisma dan Bukan Berkarisma 55 SENARAI RAJAH Rajah 2.1 : Hubungan Tingkah Laku Pertimbangan dan Tingkah Laku Struktur 28 Rajah 2.2 : Grid Pengurusan 30 Rajah 3.1 : Tiga Peranan Pemimpin 61 Rajah 7.1 : Strategi Menangani Konflik 151
  20. 20. xx
  21. 21. 1 BAB 1 PENGENALAN KEPADA KONSEP PEMIMPIN, PENGARUH, KUASA DAN KEPIMPINAN OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Mendefinisi dan membincangkan istilah dan konsep pemimpin, pengaruh kuasa dan juga jenis-jenis kuasa. 2. Menjelaskan maksud kepimpinan serta peranan pemimpin. 3. Memahami dan membincangkan dengan lebih lanjut lagi peranan dan tugas yang harus dilaksanakan oleh seseorang pemimpin. 1.1 PENGENALAN Setiap kumpulan masyarakat atau organisasi haruslah diketuai oleh seorang ketua atau pemimpin. Dengan adanya ketua ini, organisasi tersebut bukan sahaja mudah untuk diurus, tetapi turut memudahkannya dalam mencapai organisasi yang telah ditetapkan. Apabila kita bercakap mengenai kepimpinan, kita akan melihat kepada konteks yang lebih mudah iaitu merujuk kepada ketua, autoriti dan juga pengaruh. Secara mudahnya, pemimpin mempunyai kuasa dan autoriti yang melayakkannya untuk memberikan sebarang arahan atau permintaan kepada pihak bawahannya. Malah, pemimpin yang baik juga dikaitkan dengan sifat karismatik yang ada pada diri mereka bagi menonjolkan lagi kredibiliti yang dimiliki agar segala tindak tanduk dan keputusan yang dibuat tidak mudah dipertikai oleh pihak lain. Tamadun manusia memperlihatkan tentang pentingnya pemimpin dalam sesebuah masyarakat atau negara. Pemimpin akan memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju masyarakat tersebut. Malah, pendekatan serta stail kepimpinan yang digunakan juga berperanan dalam memudahkan lagi pencapaian matlamat organisasi. Begitu juga halnya dalam konteks agama atau pengikut sesuatu ajaran. Setiap masyarakat, kaum atau penganut sesuatu agama mempunyai pemimpin contoh yang menjadi kebanggaan mereka.
  22. 22. 2 Bagi penganut agama Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat r.a merupakan pemimpin yang disanjung tinggi. Begitu juga halnya dengan penduduk India yang memandang tinggi terhadap ketokohan Mahatma Gandhi. Negara kita juga memiliki pemimpin-pemimpin agung semenjak Zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah ke era pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Ironinya, setiap pemimpin mempunyai sifat dan stail kepimpinan masing-masing. Pemimpin, pengaruh dan kuasa merupakan satu kesinambungan dan sememangnya berkait antara satu sama lain. Pelantikan seorang pemimpin secara formalnya akan memiliki pengaruh dan kuasa untuk merencana, mengurus dan melaksanakan objektif sesuatu organisasi. Malah, dalam keadaan biasa, seorang pemimpin juga berhak untuk memberi sebarang arahan kepada orang bawahan bagi melaksanakan apa yang telah dirancang demi mencapai objektif organisasi. Ringkasnya, pemimpin dan kepimpinan memberi gambaran tentang kuasa dan autoriti. Melalui kuasa dan autoriti, pihak pengurus dengan sendirinya memiliki kuasa untuk mengarah dan memerintah. Apabila seseorang telah dilantik menjadi pemimpin, selain pengaruh dan kuasa yang dipegangnya, soal prinsip dan tanggungjawab juga harus dititikberatkan dalam hal memberikan sebarang arahan. Tanpa karisma yang dimiliki, seseorang pemimpin mudah untuk dijatuhkan apatah lagi mudah dipermainkan oleh orang bawahannya. Oleh itu, soal kredibiliti menjadi tulang belakang dalam menjadikan seseorang itu pemimpin yang baik dan disegani oleh subordinat bawahannya. Menurut Abdul Aziz (2000), apabila seseorang pemimpin gagal untuk mengambil kira perihal moral kepimpinan, maka akibatnya mereka tidak akan kekal lama dengan jawatan yang dipegang. Moral kepimpinan di sini merujuk kepada adanya tolak ansur dan timbang rasa dalam kalangan pemimpin apabila memberikan sesuatu pilihan kepada pihak bawahannya. 1.2 KONSEP PEMIMPIN Pemimpin atau ketua merupakan individu yang penting dalam sesuatu masyarakat. Malah, kejayaan sesebuah masyarakat, negara dan tamadun dilihat dari segi pemimpin yang menerajuinya. Oleh itu, sejarah ketamadunan manusia penuh dengan kepelbagaian pemimpin sama ada dalam bidang politik, ketenteraan, ekonomi, sosial dan juga teknologi maklumat. Menurut Kamus Dewan (1991:1038), pemimpin merujuk kepada orang yang memimpin. Ini bermakna pemimpin secara jelasnya akan mempunyai orang bawahan (orang yang dipimpin) dalam sesebuah kumpulan masyarakat ataupun
  23. 23. 3 organisasi. Seorang pemimpin haruslah mempunyai kebolehan untuk menggunakan pelbagai bentuk kuasa yang dimiliki bagi mempengaruhi gelagat pekerja dan seterusnya mampu mendidik pekerja yang taat setia kepada organisasi. Setiap pemimpin memiliki kelebihan dan kemahiran masing-masing. Pelantikan pemimpin boleh dilantik dengan pelbagai kaedah sama ada melalui pilihan raya, warisan turun-temurun ataupun melalui pelantikan rasmi yang biasanya diamalkan oleh organisasi sekarang. Disebabkan oleh kepelbagaian kaedah pelantikan ini khasnya warisan turun- temurun, maka terdapat ungkapan Inggeris yang berbunyi “leaders are born, not made”. Menurut Razali (1998), ungkapan ini lahir hasil daripada strata masyarakat zaman dahulu iaitu kedudukan seseorang akan diwarisi mengikut keturunan dan kelas-kelas tertentu. Malah, ungkapan ini menganggap bahawa ciri-ciri peribadi yang terdapat dalam diri seseorang individu secara semula jadi ialah sebagai penentu mutlak dalam menentukan kejayaannya dalam organisasi. Dalam kata mudah, pemimpin memiliki ciri-ciri peribadi seorang pemimpin dan dapat ditonjolkan melalui keterampilan dan kemahiran yang dimiliki. Setiap pengurus di sesebuah organisasi memiliki stail kepimpinan yang berbeza antara satu sama lain. Namun, keupayaan dan tahap kemahiran kepimpinan mereka akan dinilai berdasarkan kepada kejayaan dan kegagalan yang telah dicapai. Dalam hal ini, pendekatan barat dan Islam memiliki pandangan yang berbeza. Bagi agama Islam, tahap kejayaan seseorang hanya berdasarkan kepada keimanan dan juga ketakwaan kepada Allah. Dengan adanya garis panduan ini, akan lahirlah beberapa sifat seperti amanah, jujur, pemurah dan berkemahiran tinggi dalam diri seseorang. Sifat-sifat ini juga telah menjadi pegangan kerajaan untuk memperkenalkan beberapa dasar dalam melahirkan kakitangan yang beretika dan amanah dalam menjalankan tugas. Ini termasuklah dasar Bersih, Cekap dan Amanah, Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam dan juga Tonggak Dua Belas. Selain itu, bagi menerapkan nilai-nilai positif yang diamalkan di negara Jepun dan Korea Selatan, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur pada tahun 1983. Sebagai tambahan, menurut Stoner dan Wankel (1989), seseorang pengurus yang hendak menjadi pemimpin haruslah memiliki sifat-sifat peribadi yang jitu dalam melahirkan idea dan pemikiran yang dinamik untuk kemajuan organisasi. Antara sifat-sifat yang perlu ada ialah seperti berikut: (i) Minat untuk mengurus - Pemimpin yang baik ialah seorang yang minat terhadap tugas dan
  24. 24. 4 tanggungjawab yang telah diamanahkan. Malah, pemimpin sebegini akan merasa puas dan selesa dengan kerja yang dilaksanakan serta gembira untuk melaksanakannya. (ii) Keinginan terhadap kuasa - Para pemimpin harus mempengaruhi orang lain untuk mengikutinya. Oleh itu seseorang pemimpin perlulah memiliki kuasa, ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi memperlihatkan lagi karismanya sebagai seorang ketua. (iii) Keupayaan empati - Seorang pemimpin juga haruslah bijak memahami, mengatasi sikap serta perasaan pihak lain. Dengan tindakan sedemikian, pemimpin tersebut mudah mendapat kerjasama dari pihak bawahannya dan seterusnya memudahkan pelaksanaan tugas. Ini berbeza dengan Barat yang menilai kejayaan seseorang sama ada pemimpin atau tidak berdasarkan kejayaan dunia semata-mata. Untung dan rugi telah menjadi pengukur mutlak bagi menentukan sama ada organisasi tersebut berjaya atau sebaliknya. Malah dalam kebanyakan keadaan, organisasi yang menekankan pendekatan barat sebagai panduan sanggup membelakangkan norma-norma positif demi keuntungan semata-mata. Contohnya, setiap hari dada akhbar mendedahkan tentang pencemaran dan penerokaan alam akibat kerakusan organisasi yang ingin mengaut keuntungan lebih tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap masyarakat. Dengan definisi yang diberikan, dapatkah anda membezakan antara pemimpin dan juga pengurus? 1.3 KONSEP PENGARUH Menurut Kamus Dewan (1991: 1006) pengaruh didefinisikan sebagai kuasa yang terbit daripada seseorang individu kepada individu lain dan meninggalkan kesan kepada orang lain. Ada sarjana yang melihat pengaruh sebagai satu keadaan yang membolehkan seseorang membuatkan orang lain menyokong, mengundi, patuh dan berpuas hati dengannya (Ramanathan, 1993). Malah ada pula sarjana yang mengaitkan pengaruh sebagai satu kebolehan secara semula jadi untuk mengambil hati orang lain dan memberi tunjuk ajar terhadap seseorang bagi memudahkan pelaksanaan objektif kumpulan atau organisasi (Certo, 2000). Ini bermakna kemahiran dan kewibawaan seseorang dalam
  25. 25. 5 mempengaruhi orang lain menjadi penentu kepada pengaruh yang dimiliki. Semakin tinggi kemahiran seseorang, maka semakin banyak pengaruh yang bakal diperoleh. Menurut Md. Zhahir (2000: 96) pengaruh berbeza dengan kuasa kerana konsep pengaruh lebih luas daripada kuasa. Pengaruh melibatkan kebolehan mengubah orang lain dengan cara yang lebih umum. Malah pengaruh juga boleh mengubah kepuasan serta prestasi pekerja dan orang bawahannya. Sebagai tambahan, kuasa dan pengaruh sering digunakan secara bergantian. Ini bersesuaian dengan pendapat Mintzberg (1983) yang menganggap bahawa pemisahan antara kedua-dua konsep sebagai tidak realistik dan jarang berlaku. Katz dan Kahn melihat pengaruh sebagai sebarang interaksi antara individu yang melibatkan kesan psikologi dan kelakuan. Dengan kata lain, pihak yang dipengaruhi berhak memilih untuk menerima atau menolak setiap arahan yang diberikan. Jika ia terpengaruh, ini bermakna ia menerima arahan dan keputusan oleh pihak yang mempengaruhinya dan biasanya terdiri daripada pihak pengurusan atasan. Dalam sesebuah organisasi, apabila disebut pengaruh, ia kerap kali merujuk kepada istilah kuasa dan juga kewibawaan. Namun dalam situasi-situasi tertentu, ketiga- tiga konsep ini tidaklah seiringan dan haruslah dilihat dari perspektif yang berlainan (Ahmad Atory, 1998). Secara ringkasnya, dapatlah kita simpulkan bahawa pengaruh berkait rapat dengan ketaatan dan kepatuhan oleh pihak bawahan kepada pihak yang memberikan arahan. Malah pengaruh juga dilihat sebagai satu medium untuk menonjolkan kredibiliti dan karisma seseorang ketua atau pengurus kepada subordinatnya. Tanpa pengaruh yang menjadikan kredibiliti dan karisma sebagai tulang belakang, agak mustahil untuk seorang pemimpin bertahan dan melakukan sebarang perubahan dalam organisasi yang diwakilinya. SOALAN DALAM TEKS 1. Berikan sifat-sifat peribadi yang perlu ada pada seorang pemimpin seperti yang diutarakan oleh Stoner dan Wankel (1989). 2. Berikan secara ringkas definisi pengaruh. Semak jawapan anda di akhir bab ini.
  26. 26. 6 1.4 KONSEP KUASA Selain kita membincangkan tentang pengaruh, kuasa juga memainkan peranan penting untuk melahirkan seorang pemimpin yang berjaya. Bertand (1948), mendefinisikan kuasa sebagai satu nilai yang boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu kesan atau kejadian. Kuasa juga selalu dikaitkan dengan kebolehan yang dimilki oleh seseorang atau kumpulan sama ada kebolehan intelektual atau spiritual bagi mempengaruhi individu atau kumpulan lain untuk memenuhi kehendak mereka. Namun, England et al. (1974) melihat kuasa ini dari sudut positif. Mereka berpendapat bahawa kuasa penting untuk melakukan sebarang perubahan dan melalui kuasa juga pihak-pihak yang terbabit bertanggungjawab untuk menerima dan melaksanakan segala arahan yang diberikan. Oleh yang demikian, kuasa boleh dianggap sebagai satu kebolehan memaksa bagi menjayakan sesuatu rancangan mengikut pendapat dan keputusan seseorang walaupun akan mendapat tentangan dan percanggahan pendapat. Menurut Mitcell dan Larson (1987) kuasa dikaitkan dengan kebolehan seseorang untuk mengubah kelakuan dan sikap orang lain bagi mengikut kehendak dan arahannya. Razali (1990) pula melihat kuasa sebagai satu tekanan yang boleh diturunkan daripada individu kepada individu lain, mengikut had kuasa dan autoriti yang diberikan kepadanya. Kurt Lewin percaya bahawa tekanan yang diterima oleh pihak pengurus dan subordinat akan mengubah stail pengurusannya agar selari dengan objektif dan matlamat organisasi. Mengikut Pfeffer (1981) pula, kuasa boleh diertikan sebagai kapasiti seseorang, pasukan atau organisasi untuk mempengaruhi pihak lain. Melalui kuasa, seseorang individu akan menggunakan kebolehan diri sendiri dalam melaksanakan tugas yang diberikan walaupun mengalami kekangan dan masalah dari sudut masa dan kos. Sungguhpun demikian, kuasa masih tidak mampu untuk mengubah sikap dan gelagat seseorang namun masih berpotensi untuk melakukannya (Abdul Aziz, 2000). Kekuasaan yang dimiliki oleh pengurus atau pemimpin akan menjadi lebih kukuh apabila pekerja yakin bahawa pihak pengurusan mampu memberikan pulangan yang baik bukan sahaja kepada dirinya sendiri tetapi turut melibatkan pihak bawahan itu sendiri. Kesimpulannya, kuasa bolehlah diertikan sebagai kebolehan dan kemahiran seseorang untuk mempengaruhi orang lain agar melakukan tugasan yang diperintahkan. Memandangkan kuasa mempunyai implikasi yang kuat terhadap kedudukan seseorang, maka tidak hairanlah jika
  27. 27. 7 banyak pihak yang menggunakannya untuk kepentingan peribadi. Justeru, gejala rasuah dan penyelewengan kuasa amat berkait rapat dengan penggunaan kuasa yang telah disalahgunakan. Kenyataan ini selari dengan pendapat yang dikemukakan oleh Manfred (1989) yang mengatakan bahawa kuasa juga boleh membawa maksud kotor. Kekuatan yang ada pada kuasa bukan sahaja boleh mengawal dan memperoleh sesuatu dengan cepat, tetapi dalam masa yang sama kuasa boleh membunuh kemahuan dan maruah orang lain. Ringkasnya, kuasa boleh mendatangkan kesan positif atau negatif mengikut siapa dan cara kepimpinan individu yang mengawasi kuasa tersebut. 1.4.1 Jenis-Jenis Kuasa Setelah kita mengetahui serba ringkas mengenai kuasa, kita juga harus melihat kepada jenis-jenis kuasa yang ada. Dengan adanya kepelbagaian kuasa ini, ia dapat menunjukkan perbezaan antara satu sama lain. Malah dengan adanya kepelbagaian kuasa ini, sebarang tindakan penggunaan kuasa melebihi daripada yang sepatutnya akan menjadikan kuasa tersebut terhad dan berkurangan (Jinkins, 1998). Sebagai tambahan, mereka berpendapat bahawa sebarang penggunaan kuasa paksaan secara berlebihan akan mengundang rasa tidak puas hati terhadap pemimpin terbabit dan ini berbeza dengan kuasa berbentuk ganjaran. Kuasa paksaan yang menekankan mengenai hukuman dan denda akan menimbulkan rasa tidak senang dan ugutan kepada pihak pekerja. Manakala kuasa ganjaran pula lebih menekankan kepada pendekatan yang lebih positif dan bersifat terbuka dalam mengiktiraf pekerjaan dan sumbangan pihak pekerja. Dari sudut psikologi, pendekatan ini dilihat sebagai satu medium utama dalam melahirkan pekerja yang bermotivasi dan mempunyai semangat taat setia yang tinggi kepada organisasi. Menurut French dan Raven lagi, kuasa dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kuasa sah, kuasa ganjaran, kuasa kepakaran, kuasa petunjuk dan juga kuasa paksaan. 1. Kuasa ganjaran Kuasa ini dianggap sebagai medium positif kerana berpotensi untuk menyebabkan perubahan dalam tingkah laku dan perilaku seseorang. Selain itu, kuasa ganjaran ini digunakan bagi tujuan melatih para subordinatnya untuk mencapai matlamat dan kehendak organisasi. Kuasa ganjaran melihat segala tindak tanduk subordinat sebagai positif dan baik untuk perkembangan organisasi. Oleh yang demikian,
  28. 28. 8 pendekatan kuasa ini lebih menekankan kepada ganjaran atau reward yang akan diberikan kepada pekerja apabila berjaya melaksanakan sesuatu tugas atau tanggungjawab (Abdul Aziz, 2000). 2. Kuasa paksaan Kuasa ini bertentangan dengan kuasa ganjaran. Ini kerana kuasa paksaan bersifat negatif dan perubahan perlakuan subordinat bukanlah atas kerelaan ataupun kemahuan sendiri. Kuasa ini lebih menekankan kepada bentuk hukuman dan denda oleh pihak atasan kepada pihak bawahan mereka. Sebarang ketidakpatuhan dan perlanggaran terhadap arahan yang diberikan akan dikenakan hukuman yang sepatutnya. Penggunaan kuasa ini secara berlebihan juga seolah-olah mewujudkan ugutan terhadap pekerja. Pekerja tidak bebas untuk memberi pandangan dan pendapat kerana takut terhadap hukuman dan denda yang telah ditetapkan. Kuasa yang wujud melalui cara ini kebiasaannya tidak kekal dan pemimpin yang mengamalkan kuasa ini terdedah kepada ancaman untuk dijatuhkan (Razali, 1990). 3. Kuasa sah Berdasarkan kepada pangkat formal seseorang dalam hierarki dan kedudukan dalam organisasi. Ini bermakna kedudukan yang diberikan kepada seseorang membenarkan seseorang itu menggunakan kuasa yang dimilikinya dan pelantikan pula berdasarkan kepada kelayakan tanpa mengira siapa yang mengisi kedudukan tersebut. Biasanya pelantikan ini dilakukan oleh pihak pengurusan dan peralihan kuasa dilaksanakan secara formal. Contohnya, pelantikan jawatan utama dalam sektor awam seperti Pengarah, Timbalan Pengarah, Ketua Daerah atau sebagainya memerlukan surat pelantikan yang formal dan diiktiraf oleh semua pihak khasnya kerajaan. Tanpa surat pelantikan yang sah, jawatan seseorang boleh dipersoalkan dan kemungkinan besar tidak layak untuk menerima sebarang faedah yang disediakan oleh kerajaan. 4. Kuasa kepakaran Kuasa ini melihat bahawa orang yang dipimpin memiliki kemahiran dan kepakaran yang kurang berbanding pemimpin mereka. Dengan cara ini, individu tersebut memiliki kelebihan berbanding pihak lain khasnya dari sudut pendidikan, kemahiran, minda dan juga tahap kepakaran. Segala kelebihan tersebut akan digunakan bagi mewujudkan kesetiaan dan komitmen dari pihak subordinat untuk melaksanakan tugas-tugas yang
  29. 29. 9 telah dipertanggungjawabkan. Selain itu, kuasa ini juga menyebabkan seseorang itu dihormati dan dipandang tinggi oleh orang lain berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. 5. Kuasa petunjuk Kuasa ini bergantung kepada perspektif orang bawahan. Apabila seseorang pemimpin disukai oleh pihak pekerja, maka pemimpin tersebut memiliki kuasa berbanding pengurus yang tidak disukai. Di samping itu juga, kuasa ini memberi kelebihan kepada pekerja dalam menentukan hala tuju kepimpinan organisasi. Pihak pekerja akan menilai dan memilih pemimpin yang disukai dan sudah tentu akan memihak kepada pemimpin yang mengambil berat terhadap kepentingan mereka. Kesimpulannya, kuasa bukan sahaja terhad kepada lima jenis, malah ia turut merangkumi kuasa maklumat, kuasa harta, kuasa rujukan, kuasa ekonomi, ketenteraan dan lain-lain lagi. Berpandukan kepada pendapat French dan Raven, setiap kuasa yang dikategorikan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu, dalam konteks organisasi, pengendalian dan penggunaan kuasa secara teratur dan tanpa sebarang penyelewengan akan mewujudkan sokongan dari pihak pekerja tanpa sebarang masalah dan ancaman. Jatuh bangun sesebuah organisasi bergantung kepada sejauh mana kerjasama antara pihak pengurusan dan juga pihak pekerja yang terlibat. Pada pendapat anda, adakah kuasa memainkan peranan penting dalam sistem pengurusan masa kini? 1.4.2 Punca-Punca Kuasa Kuasa memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi. Melalui kuasa, arahan dan komunikasi akan bertambah jelas dan dapat melaluinya juga, jawatan seseorang dapat dibezakan. Kuasa hadir dalam pelbagai punca sama ada kuasa kepada individu, kumpulan mahupun organisasi. Menurut Razali (1990) punca utama kuasa dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu sumber, kemahiran, hutang dan juga fizikal. Kuasa berdasarkan sumber wujud dalam pelbagai bentuk seperti keadaan, maklumat atau hadiah, pembiayaan kemahiran kewangan, masa dan juga kakitangan. Dapat diperhatikan bahawa kuasa ini merupakan kuasa yang dimiliki oleh individu tertentu ataupun organisasi tertentu. Setiap individu dan organisasi saling memerlukan dan saling bergantungan antara satu sama lain (Abdul Aziz, 2000). Contohnya, sesebuah organisasi yang baru hendak menceburi bidang perniagaan
  30. 30. 10 haruslah mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Oleh itu, kita dapat lihat sumber pembiayaan kewangan diperlukan bagi menggerakkan operasi syarikat tersebut. Sistem pentadbiran organisasi zaman lampau melihat kekuatan dan bentuk fizikal sebagai penentu kepada kuasa seseorang. Tubuh badan yang sasa, tegap, kesihatan yang baik serta memiliki paras rupa yang menarik menjadi faktor utama kepada pelantikan seseorang sebagai pemimpin. French dan Raven (1960) percaya bahawa ciri-ciri ini akan dapat menjayakan lagi seseorang untuk mendapatkan kuasa dan seterusnya boleh mendapat perhatian serta kepercayaan dari pihak lain. Contohnya, semasa zaman pemerintahan Jahiliyah, pihak yang kuat akan dilantik sebagai pemimpin khasnya dalam mengetuai ketenteraan. Begitu juga sebaliknya, golongan lemah akan ditindas dan kebanyakannya akan menjadi hamba abdi seumur hidup. Selain itu, sumber kuasa yang seterusnya ialah kemahiran. Oleh itu, dalam organisasi masa kini, kelayakan daripada akademik menjadi penentu dalam menjawat sesuatu jawatan. Ramai pengurus yang percaya bahawa akademik seseorang mencerminkan kemahiran yang dimiliki. Kemahiran serta pengetahuan yang dimiliki amat diperlukan dalam mempengaruhi dan membimbing orang lain. Ini kerana kemahiran dan pengetahuan merupakan asas kepada pembentukan sesuatu idea atau pemikiran. Dengan adanya kuasa berdasarkan kemahiran ini seseorang individu itu boleh mengarah, mengawal dan mentadbir organisasi dengan baik dan cemerlang. Hutang juga merupakan punca kuasa apabila seseorang memiliki hutang yang berbentuk wang, jasa dan budi baik daripada seseorang yang lain. Orang yang diberi hutang akan merasakan bahawa perlu untuknya melakukan sebarang suruhan yang diarahkan kepadanya atas dasar hormat mahupun malu kepada pemberi hutang. Punca kuasa ini dapat dilihat dalam masyarakat golongan yang mempunyai harta kekayaan, manakala mereka yang menurut atas arahan ini pula ialah golongan miskin (Alias, 1984). Selain daripada punca kuasa yang diutarakan oleh Razali (1989), sifat karismatik yang ada pada diri seseorang juga dilihat sebagai salah satu punca kuasa. Kuasa karismatik kebanyakannya hadir dalam diri pemimpin terulung seperti Rasulullah SAW, dan juga Mahatma Gandhi. Sifat-sifat peribadi yang mereka miliki mampu mempengaruhi orang bawahan. Menurut Alias (1984) lagi, individu yang memiliki personaliti seperti ini dapat mewujudkan satu keadaan yang selesa kerana ramai individu yang percaya bahawa pemimpin yang dilantik mampu menyelesaikan masalah dengan mudah.
  31. 31. 11 SOALAN DALAM TEKS 3. Senaraikan jenis-jenis kuasa yang biasanya terdapat dalam sistem pengurusan. 4. Apakah punca-punca kuasa? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 1.5 KONSEP KEPIMPINAN Ramai sarjana sependapat bahawa kepimpinan diumpamakan sebagai seorang individu yang mempunyai kuasa untuk mempengaruhi orang lain dengan tujuan untuk mencapai sesuatu matlamat. Ini dapat dilihat dengan jelas apabila Koontz dan O’Donnel yang mengaitkan pemimpin sebagai satu pengaruh apabila kuasa yang dimiliki mampu untuk mempengaruhi pihak lain berusaha secara sukarela demi mencapai matlamat bersama. Di sini, pemimpin boleh memperoleh kuasa dan pengaruh yang dimiliki sama ada secara formal ataupun tidak formal. Sebagai contoh, kedudukan sebagai pengurus telah memberikan pakej kuasa dan pengaruh secara formal. Manakala kedudukan dalam keluarga pula telah memberikan kuasa dan autoriti secara tidak formal kepada seorang bapa. Selain itu, ada juga sarjana yang melihat kepimpinan dari sudut hubungan interaksi antara individu dengan kumpulan bawahannya. Menurut Greenberg dan Baron (1997), pemimpin bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju dan objektif organisasi. Namun segala pelaksanaan dan strategi yang telah diatur haruslah dijalankan dengan baik oleh subordinat yang berada di bawahnya. Komunikasi dan hubungan yang baik antara pihak pengurusan dan pekerja penting dalam menjamin objektif organisasi tercapai dengan jayanya. Kenyataan ini dapat dilihat melalui definisi ringkas oleh Fulmer (2001) yang melihat bahawa “kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada keupayaan atau kekuatan untuk meyakinkan orang lain bekerja keras ke arah sesuatu matlamat, dan kemahiran atau kebolehan untuk membantu pekerja bawahannya untuk mencapainya”. Malah pendapat ini turut dipersetujui oleh Robbin dan Coulter (2002) yang melihat keupayaan dan kebolehan sebagai teras bagi seseorang pemimpin dalam mencapai matlamat organisasi yang diwakilinya.
  32. 32. 12 Di samping itu juga, Gordon (1955:51) telah mengaitkan kepimpinan sebagai satu interaksi dengan pihak lain sebagai: “Kepimpinan dapat dilihat sebagai proses interaksi antara individu dengan kumpulan atau ahli-ahli yang menganggotai kumpulan tersebut. Setiap ahli yang terlibat dalam kumpulan ini secara dasarnya berinteraksi antara satu sama lain dan memegang watak-watak tertentu serta berbeza dengan yang lain. Asas yang membezakan proses interaksi tadi ialah pengaruh iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut pula mematuhi serta akur dengan arahan yang diberikan”. Pengaruh dan taat setia menjadi pegangan kepada jatuh bangunnya seseorang pemimpin. Dengan adanya pengaruh, pemimpin boleh memberikan arahan dan karisma yang dimiliki memberikan kelebihan kepada pemimpin tersebut untuk membuat keputusan tanpa sebarang bantahan. Menurut Bennis (1989), ciri-ciri pemimpin yang berkarisma adalah seperti berwawasan jelas dan menarik, boleh berkomunikasi tentang wawasan mereka, memiliki daya tumpuan yang baik dan juga mengenali kekuatan organisasi sepenuhnya. Manakala sifat taat setia yang dimiliki oleh pihak bawahan mengukuhkan lagi hubungan yang terjalin dan seterusnya memudahkan organisasi terbabit mencapai matlamat mereka. Kesinambungan pengaruh dan taat setia ini dapat dilihat melalui penjelasan Razali iaitu “Seseorang pemimpin tidak akan kekal lama sebagai pemimpin sesuatu kumpulan sekiranya anggota-anggota kumpulan tersebut tidak lagi menerima pengaruh, petunjuk dan juga arahannya.” (Razali, 1989: 2). Menurut Ivancevich dan Matterson (2002) kepimpinan ialah satu proses berterusan dan berpanjangan. Peranan pemimpin sangat diperlukan dalam proses merancang, melaksana dan menentukan hala tuju sesebuah organisasi. Sebagai tambahan, Harold dan Heinz juga mendefinisikan kepimpinan sebagai satu pengaruh seni atau proses mempengaruhi orang lain supaya pekerja berjuang dengan rela hati dan penuh semangat bagi tujuan mencapai matlamat organisasi. Ini bermakna ahli dalam kumpulan akan berusaha untuk menggunakan segala keupayaan mereka secara maksimum. Jatuh bangun sesebuah organisasi amat bergantung rapat dengan perancangan dan strategi pemimpinnya. Kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada sejauh mana kejayaan pekerja melaksanakan tugas seperti yang diarahkan. Ini bermakna kegagalan dalam melaksanakan tugas memperlihatkan kepincangan dalam organisasi dan seterusnya mendedahkan kelemahan pengurus. Oleh itu,
  33. 33. 13 pemimpin haruslah bijak untuk memanfaatkan pengaruh yang dimiliki dalam memberikan arahan dan seterusnya memastikan arahan tersebut dipatuhi dan dilaksanakan. Dalam menghadapi era perubahan yang semakin pantas pada abad ke-21, pemimpin yang lahir haruslah mempunyai daya keintelektualan dan berkemahiran tinggi. Malah pemimpin yang ditampilkan juga haruslah mempunyai komitmen dan dorongan yang tinggi, bersikap terbuka, memiliki akhlak yang baik dan paling penting menjadi sumber inspirasi kepada orang bawahannya (Naisbitt, 1995). Kini, cabaran utama kepada pemimpin adalah teknologi. Kegagalan dalam menguasai teknologi terbaru akan menyebabkan seseorang pemimpin itu ketinggalan dan kemungkinan besar tidak mampu untuk membimbing lagi organisasi yang diwakilinya. Oleh itu, pemimpin haruslah berusaha untuk mempertingkatkan kemahiran yang dimiliki dan mengemaskininya dari semasa ke semasa. Menurut Cumming dan Woley (2001), pengurusan perubahan haruslah dalam keadaan baik dalam memastikan organisasi mampu bertahan dan bersaing pada masa depan. Penguasaan teknologi haruslah diberi perhatian yang serius bukan sahaja kepada pihak pekerja bawahan, tetapi yang paling penting oleh pihak pengurusan. Menurut Abdul Aziz (2000: 293), pemimpin yang lahir pada masa kini haruslah dari kalangan individu yang mampu menangani sebarang perubahan dan kesannya sama ada terhadap persekitaran, budaya, dan jangkaan subordinat. Malah di dalam buku beliau juga, Abdul Aziz amat menekankan tentang kepentingan kepimpinan transformasional dalam merajui segala perubahan yang berlaku dalam organisasi. Sebagai tambahan, beliau memberikan definisi kepimpinan trasformasional seperti berikut: “...pasukan interfunctional semakin mendapat tempat dalam sesebuah organisasi apabila pasukan kerja memerlukan integrasi yang tinggi sesama unit kerja...pemimpin harus memberi latihan semasa ke semasa kepada subordinat bawahannya agar mereka dapat memikul tanggungjawab dengan baik dan berkesan...merangsang subordinat untuk berubah dengan menggilap bakat mereka, mengembangkan potensi dan menyegarkan nilai-nilai murni yang mereka miliki...” (Abdul Aziz, 2000: 294-295)
  34. 34. 14 Berdasarkan kepada konsep pemimpin dan kepimpinan, dapatkah anda membezakan kedua-duanya? 1.6 KENAPA KEPIMPINAN PENTING PADA HARI INI? Kepimpinan merujuk kepada proses individu mempengaruhi ahli kumpulan lain untuk mencapai matlamat kumpulan dan matlamat organisasi. Pemimpin yang berkarisma akan menggunakan pendekatan demokratik berbanding dengan penggunaan pendekatan autokratik iaitu pandangan semua ahli kumpulan diambil kira dalam pembuatan keputusan. Pemimpin yang baik juga dilihat memiliki personaliti yang baik, tinggi dari segi keinginan untuk pencapaian, lurus dan dipercayai, berkarisma, bermotivasi tinggi dan boleh berubah gaya apabila menghadapi situasi yang berlainan. Malah pemimpin yang berkaliber juga haruslah peka dengan faktor persekitaran dalam menentukan stail kepimpinan yang akan diamalkan. Antara faktor persekitaran tersebut adalah seperti keperluan tugas, ciri-ciri subordinat dan pemimpin, jangkaan pengurus atasan, kuasa kedudukan pemimpin, struktur tugas, dasar dan juga budaya organisasi. Dunia kepimpinan kini berhadapan dengan isu-isu pengurusan dan cabaran yang semakin kompleks. Dunia semakin cepat berubah dan semestinya mempengaruhi banyak isu termasuklah isu kepimpinan. Menurut Md. Zhahir (2000) didapati bahawa manusia sebenarnya suka dan peka terhadap perubahan. Hal ini turut berlaku dengan kepimpinan di semua organisasi di dunia termasuklah di negara kita. Untuk menjadi seorang pemimpin yang berjaya, seseorang pemimpin haruslah mempunyai prinsip dan hala tuju yang jelas. Dengan adanya kriteria sebegini, tidak mustahil pemimpin tersebut akan berusaha untuk memberikan komitmen yang penuh dan melaksanakan tugas dengan jujur dan ikhlas. Di samping itu juga, seorang pemimpin haruslah mempunyai wawasan serta berpandangan jauh. Dengan adanya tekanan dunia seperti globalisasi dan dunia tanpa sempadan, pemimpin harus menggunakan tekanan ini untuk lebih maju dan bukannya mengelakkan diri untuk berhadapan dengan cabaran tersebut. Strategi yang diatur haruslah konsisten dan mampu menghilangkan tekanan bukan sahaja untuk dirinya tetapi turut melibatkan organisasi. Memandangkan kebanyakan teori motivasi lahir dari negara barat, maka telah tertanam di dalam jiwa setiap pengurus bahawa ganjaran memainkan peranan penting dalam memotivasikan pekerja. Namun dalam dunia realiti, keadaan ini tidak berlaku sepenuhnya. Dalam hal ini, pihak pengurus harus bijak dalam merancang sistem ganjaran atau motivasi organisasi supaya ia sesuai dengan budaya yang telah diamalkan.
  35. 35. 15 Banyak isu dan perkara yang perlu diambil kira sebelum penetapan ganjaran dibuat. Ini termasuklah isu jantina, pencen, jawatan dan juga prestasi. Peranan pengurus amat penting bagi memastikan ganjaran yang diberikan dapat memuaskan semua pihak dan memotivasikan pekerja untuk jangka masa panjang. Dunia pengurusan hari ini juga harus menilai perlakuan organisasi sebagai isu terpenting. Ini penting bagi memastikan pihak pengurusan mengamalkan gaya kepimpinan yang bersesuaian dengan keadaan. Ini berbalik kepada teori kontingensi yang melihat kepada penyesuaian gaya kepimpinan bergantung kepada keadaan yang berlaku. Oleh yang demikian, secara logiknya gaya kepimpinan yang diamalkan di negara barat mungkin tidak sesuai untuk diamalkan di negara kita. Ramai sarjana yang berpendapat bahawa keadaan ini mungkin berlaku disebabkan oleh faktor nilai peribadi, latar belakang pengurus dan juga kaedah pembuatan keputusan (Zainal, 1997: England et al, 1974). Ringkasnya nilai peribadi pengurus dan pengikut dalam menganalisis sesuatu penyelesaian atau masalah mungkin mempengaruhi gaya kepimpinan yang diamalkan. Malah cara individu menilai kesetiaan, komitmen dan kerjasama juga turut mempengaruhi gaya kepimpinan sesuatu organisasi. Oleh yang demikian, pemimpin haruslah peka dengan persekitaran dan seterusnya bijak menggunakan pendekatan yang sesuai untuk gaya kepimpinan. Ironinya, kegagalan pemimpin yang tidak sensitif dengan persekitaran akan membawa kepada kegagalan organisasi untuk bersaing dengan pihak lain. Malah kegagalan ini akan memperlihatkan kelemahan pemimpin tersebut khasnya dalam membawa hala tuju organisasi. Keadaan akan bertambah rumit lagi apabila subordinat mula mempersoalkan kredibiliti pemimpin mereka. Kesannya, prestasi kerja akan merosot dan kualiti kerja serta perkhidmatan akan berada pada tahap kurang memuaskan. SOALAN DALAM TEKS 5. Pada pendapat anda, mengapakah kepimpinan sangat penting pada dalam menguruskan sesebuah organisasi? Semak jawapan anda di akhir bab ini.
  36. 36. 16 1.7 RUMUSAN Dalam perbincangan yang telah dikemukakan, dapatlah disimpulkan bahawa kepimpinan memainkan peranan penting dalam organisasi. Ini bagi memastikan organisasi yang diwakili berada pada keadaan yang sentiasa bersiap sedia dalam mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pemimpin atau ketua kepada sesebuah organisasi dilihat sebagai tonggak dalam memastikan kejayaan sesebuah organisasi. Malah kepincangan pemimpin akan meninggalkan kesan yang besar kepada prestasi organisasi. Begitu juga halnya dengan kuasa yang diberikan kepada seseorang pemimpin. Pemimpin yang baik haruslah menggunakan segala kuasa atau autoriti yang diberi untuk kepentingan organisasi. Sebarang penyalahgunaan bukan sahaja akan menjejaskan reputasi pemimpin tersebut, tetapi turut melibatkan prestasi organisasi yang diwakili. Ringkasnya, kepimpinan memainkan peranan yang sangat tinggi kepada reputasi sesebuah organisasi. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. Apakah yang anda faham mengenai pemimpin dan pengaruh? 2. Huraikan secara ringkas sifat-sifat yang perlu ada bagi seorang pengurus. 3. Jelaskan kepentingan pengaruh kepada pengurus. 4. Nyatakan secara ringkas konsep kuasa. 5. Jelaskan jenis-jenis kuasa yang telah diklasifikasikan oleh French dan Raven (1960). 6. Huraikan punca-punca kuasa yang anda ketahui. 7. Berikan maksud kepimpinan. 8. Mengapakah kepimpinan dilihat sebagai satu elemen yang penting dalam dunia pengurusan hari ini?
  37. 37. 17 JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Antara sifat yang perlu ada seperti yang diutarakan oleh Stoner dan Wankel (1989) ialah: (i) Minat untuk mengurus. (ii) Keinginan terhadap kuasa. (iii) Keupayaan empati. 2. Definisi pengaruh ialah seperti berikut: (i) Kamus Dewan (1991: 1006) - pengaruh didefinisikan sebagai kuasa yang terbit daripada seseorang individu kepada individu yang lain dan meninggalkan kesan kepada orang lain. (ii) Ada sarjana yang melihat pengaruh sebagai satu keadaan yang membolehkan seseorang membuatkan orang lain menyokong, mengundi, patuh dan berpuas hati dengannya (Ramanathan, 1993). (iii) Menurut Certo (1997) - pengaruh sebagai satu kebolehan secara semula jadi untuk mengambil hati orang lain dan memberi tunjuk ajar terhadap seseorang bagi memudahkan pelaksanaan objektif kumpulan atau organisasi. (iv) Md. Zhahir (2000: 96) - pengaruh melibatkan kebolehan mengubah orang lain dengan cara yang lebih umum. (v) Katz dan Kahn melihat pengaruh sebagai sebarang interaksi antara individu yang melibatkan kesan psikologi dan kelakuan. 3. Menurut French dan Raven, kuasa dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu: (i) Kuasa sah (ii) Kuasa ganjaran (iii) Kuasa kepakaran (iv) Kuasa petunjuk (v) Kuasa paksaan 4. Menurut Razali (1989) punca utama kuasa dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu: (i) Sumber
  38. 38. 18 (ii) Kemahiran (iii) Hutang (iv) Fizikal 5. Pemimpin penting pada hari ini kerana: (i) Pemimpin yang berkarisma akan menggunakan pendekatan demokratik berbanding dengan penggunaan pendekatan autokratik iaitu pandangan semua ahli kumpulan diambil kira dalam pembuatan keputusan. (ii) Pemimpin yang baik juga dilihat memiliki personaliti yang baik, tinggi dari segi keinginan untuk pencapaian, lurus dan dipercayai, berkarisma, bermotivasi tinggi dan boleh berubah gaya apabila menghadapi situasi-situasi yang berlainan. (iii) Pemimpin yang berkaliber juga haruslah peka dengan faktor persekitaran dalam menentukan stail kepimpinan yang akan diamalkan. (iv) Seorang pemimpin yang berjaya haruslah mempunyai prinsip dan hala tuju yang jelas. (v) Pemimpin haruslah mempunyai wawasan serta berpandangan jauh. Strategi yang diatur haruslah konsisten dan mampu menghilangkan tekanan bukan sahaja untuk dirinya tetapi turut melibatkan organisasi. (vi) Pengurus harus bijak dalam merancang sistem ganjaran atau motivasi organisasi supaya ia sesuai dengan budaya yang telah diamalkan. Peranan pengurus amat penting bagi memastikan ganjaran yang diberikan dapat memuaskan semua pihak dan memotivasikan pekerja untuk jangka masa panjang.
  39. 39. 19 BAB 2 TEORI-TEORI KEPIMPINAN OBJEKTIF BAB Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Mendefinisikan istilah-istilah pemimpin. 2. Menjelaskan teori-teori kepimpinan. 3. Memahami dan membincangkan kelemahan serta kekuatan setiap teori yang telah digunakan dalam menghuraikan konsep- konsep kepimpinan. 2.1 TIPOLOGI DAN TAKSONOMI KEPIMPINAN Tidak semua pemimpin dilahirkan dengan sifat kepimpinan semula jadi. Oleh yang demikian, pemimpin jenis ini perlulah dibentuk dan dilatih agar menjadi lebih berkarisma dan mempunyai kemahiran tinggi. Malah dalam beberapa keadaan, seorang pemimpin haruslah memiliki pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam menguasai atau mempengaruhi pihak lain. Ini penting kerana menurut Razali (1990), keberkesanan dan kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada penerimaan oleh pihak pekerja. Tanpa penerimaan yang baik daripada pihak pekerja, sudah tentu pemimpin tersebut akan mengalami masalah dalam melaksanakan tugas. Menurut Md. Zhahir (2000) pula, selain daripada penerimaan oleh pihak pekerja, keberkesanan seseorang pemimpin juga bergantung kepada perkara-perkara yang bersangkutan dengan dirinya. Antara yang menjadi pendorong kepada keberkesanan seorang pemimpin itu ialah status, gaji, pencapaian, ganjaran, jaminan kerja dan jawatan, pengiktirafan dan juga penghargaan diri. Bab ini akan membicarakan dengan lebih lanjut lagi mengenai kriteria, klasifikasi, peranan dan juga tingkah laku seorang pemimpin. Di akhir bab pula, beberapa teori kepimpinan akan dihuraikan dengan lebih lanjut lagi bagi memberi kefahaman yang mendalam mengenai isu kepimpinan. 2.2 CIRI-CIRI SEORANG PEMIMPIN Selain mempunyai gaya kepimpinan yang boleh disesuaikan mengikut keadaan, seorang pemimpin yang baik juga perlu mempunyai beberapa
  40. 40. 20 ciri kepimpinan tertentu. Ini berdasarkan kepada teori kepimpinan awal yang menyatakan bahawa pemimpin mempunyai ciri yang berbeza daripada yang dipimpin. Teori awal yang cuba untuk menjelaskan tentang kepimpinan ini ialah teori sifat atau teori ciri. Teori ini pada dasarnya menyatakan bahawa terdapat sesetengah orang yang dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin kerana mempunyai sifat-sifat atau ciri-ciri tertentu. Teori ini seterusnya menyatakan bahawa kepimpinan ialah ciri yang lahir semula jadi dalam diri seseorang (Beaumont, 1993). Antara contoh pemimpin yang dilahirkan untuk memimpin ialah seperti Nabi Muhammad SAW, Mahatma Ghandi, Adolf Hitler dan Winston Churchill. Jika dilihat secara teliti, kesemua pemimpin agung ini mempunyai ciri-ciri yang agak menonjol jika dibandingkan dengan pengikutnya. Pada masa ini terdapat beberapa ciri kepimpinan iaitu kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Kepimpinan juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi. Di samping itu, kepimpinan mempunyai pertalian yang rapat dengan kuasa. Fungsi kepimpinan mengandungi tugas-tugas menetapkan matlamat dan menyusun, mengarah serta menyelaras usaha-usaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Kepimpinan ialah satu proses mempengaruhi, kerana tanpa pengaruh maka tidak wujud konsep kepimpinan. Ia merupakan satu proses berterusan bukan hanya dilaksanakan atau diamalkan apabila keadaan terdesak atau apabila timbul sesuatu krisis. Setiap keadaan memerlukan corak gelagat kepimpinan yang tertentu kerana gelagat yang bersesuaian untuk sesuatu keadaan mungkin tidak sesuai untuk keadaan yang lain. Oleh itu, kepimpinan ialah fungsi terkhusus, bukan bersifat umum. Sesiapa pun tidak boleh memaksa orang lain membuat sesuatu yang mereka tidak mempunyai minat terhadapnya. Kepimpinan berkait rapat dengan pengaruh yang bergantung kuat kepada keupayaan memujuk. Seterusnya, mendorong pengikut untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi ialah ciri utama dalam proses kepimpinan. Kepimpinan yang berkesan memberi kepuasan kepada pengikut dan ini menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang (Razali, 1990). Dapatkah anda membezakan ciri-ciri seorang pemimpin?
  41. 41. 21 2.3 KLASIFIKASI PEMIMPIN Pemimpin memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi. Setiap organisasi atau kumpulan memerlukan hanya seorang pemimpin sahaja. Apabila setiap ahli dalam sesebuah kumpulan atau organisasi ingin menjadi pemimpin, maka organisasi tersebut akan mengalami masalah yang besar. Tanpa pemimpin, organisasi akan terumbang-ambing dan begitu jugalah apabila organisasi tidak mempunyai pengikut. Oleh itu, kombinasi antara pengurus dan pengikut amat diperlukan dalam menjadikan sesebuah organisasi lebih teratur dan terancang dari segi operasinya. Menurut Md. Zhahir (2000), pemimpin dalam organisasi dapat dikelaskan berdasarkan kepada bidang tugas dan juga jawatan yang disandang. Pengkelasan pengurus mengikut jawatan ialah seperti berikut: 1. Pengurus barisan pertama Pengurus di bahagian ini terlibat dengan tugasan untuk menyelia sahaja. Sebagai penyelia, pengurus kategori ini hanya menumpukan kerja mereka kepada subordinatnya sahaja tanpa mengambil kira subordinat yang lain. Kebanyakan pengurus kategori ini lebih kepada pemberian arahan di peringkat operasi. 2. Pengurus pertengahan Pengurus bahagian pertengahan merupakan bos pengurus barisan pertama. Ini bermakna segala arahan daripada pengurus kategori ini lebih kepada pengurus bahagian pertama. Namun dalam beberapa keadaan, pihak pengurusan pertengahan juga akan terlibat dalam memberi arahan kepada pekerja di bahagian operasi. Menurut Md. Zhahir (2000) lagi, tanggungjawab utama pengurus kategori ini ialah menjadi perantara antara pihak bawahan dan atasan dalam organisasi di samping melaksanakan segala dasar dan polisi yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. 3. Pengurus atasan Pengurusan atasan biasanya dikaitkan dengan ketua pegawai eksekutif sesebuah organisasi. Pegawai ini akan bertanggungjawab terhadap keseluruhan program dan aktiviti organisasi. Para pengurus di peringkat ini akan terlibat dalam pembentukan dasar berhubung dengan operasi dan interaksi organisasi dengan persekitarannya.
  42. 42. 22 Manakala pengkelasan pengurus mengikut tugas ialah seperti berikut: 4. Pengurus fungsian Pengurus kategori ini bertanggungjawab terhadap aktiviti organisasi seperti pengeluaran, pemasaran, sumber manusia dan kewangan. 5. Pengurus am Pengurus kategori ini dipertanggungjawabkan untuk mengawal satu unit yang melibatkan syarikat, anak syarikat, cawangan dan juga operasi umum. Oleh itu, tugas pengurus am lebih besar dan kompleks kerana terpaksa mengawal semua aktiviti yang melibatkan syarikat, anak syarikat serta cawangan. Berdasarkan kepada huraian di atas, dapatkah anda membezakan kategori bagi setiap pengurus? 2.4 PERANAN PEMIMPIN Seperti yang diketahui, pemimpin bertanggungjawab menentukan hala tuju organisasi yang dipimpinnya. Kejayaan seseorang pemimpin diukur melalui pencapaian yang telah dicapai oleh organisasi yang diwakilinya. Stail kepimpinan yang dipilih oleh seseorang pemimpin akan menentukan identitinya di mata pengikut-pengikutnya (Razali, 1990). Ringkasnya, pemimpin bertanggungjawab dalam memastikan bahawa setiap individu dalam organisasi jelas dengan matlamat dan visi yang telah ditetapkan. Dengan ini, kerjasama dan komitmen yang tinggi daripada pekerja akan diperoleh dengan mudah. Kegagalan dalam mencapai matlamat organisasi bukan sahaja akan menyusahkan pelaksanaan objektif yang telah dirangka tetapi turut menyumbang kepada kejatuhan kerjaya seseorang pemimpin. Percanggahan matlamat antara organisasi dan individu akan mengundang masalah dalam pencapaian objektif organisasi. Penglibatan seseorang pemimpin dengan perilaku tidak sihat seperti rasuah akan menyebabkan sesebuah organisasi yang dulunya megah di mata dunia jatuh bankrap dengan hanya sekelip mata. Banyak syarikat atau organisasi yang telah jatuh akibat daripada tindakan tidak beretika pemimpin yang menerajuinya. Sebagai contoh, syarikat Enron iaitu syarikat telekomunikasi terbesar di Amerika Syarikat yang telah bankrap disebabkan amalan rasuah di
  43. 43. 23 kalangan pihak atasannya. Kes Tan Sri Eric Chia dan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Seri Kasitah Gadam juga boleh dijadikan contoh terhadap kemusnahan kerjaya dan organisasi akibat penyelewengan kuasa yang dilakukan. Oleh itu, tugas dan peranan pemimpin amatlah berat. Antara tugas pemimpin ialah mengeratkan hubungan antara subordinat, melaksanakan misi dan visi organisasi, menerima dan memberi maklumat serta membuat keputusan (Razali, 1990; Abdul Aziz, 2000, Robbin & Coulter, 2002). Secara ringkasnya, antara peranan pemimpin ialah: 2.4.1 Melaksanakan Misi dan Visi Organisasi Pemimpin bertanggungjawab untuk menggubal dan memastikan dasar yang telah digubal dilaksanakan dengan baik. Ini bermakna tugas utama pemimpin ialah memastikan misi dan visi organisasi tercapai. Pemimpin bertanggungjawab dalam membangunkan sumber manusia bagi tujuan pencapaian misi dan visi organisasi. Pembangunan kerjaya melalui latihan dan kursus akan diadakan dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi kepakaran dan kemahiran pekerja. Jika organisasi yang diwakili bermotifkan keuntungan, maka jumlah keuntungan akan menjadi garis panduan kepada kejayaan syarikat tersebut. Manakala jika organisasi yang diwakili berbentuk perkhidmatan seperti sektor awam, maka bilangan aduan awam akan dijadikan sebagai ukuran kejayaan atau kegagalan. Biro Pengaduan Awam (BPA) telah diberi peranan penting dalam menerima, menyiasat dan mengambil tindakan bagi setiap laporan yang telah dibuat oleh orang awam berkenaan mutu perkhidmatan awam di Malaysia. 2.4.2 Mengeratkan Hubungan antara Subordinat Kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh subordinatnya. Malah, seseorang pemimpin haruslah pandai untuk menjalinkan hubungan bukan sahaja dalam kalangan pihak atasan atau rakan sejawatnya, tetapi turut melibatkan perhubungan yang baik dalam kalangan pekerja bawahan. Sebagai seorang pemimpin, tugas utama ialah untuk memastikan dan mendorong pihak bawahannya agar melaksanakan tugas yang diarahkan dengan rela hati dan gembira dengan setiap keputusan yang telah dibuat. Pihak pengurus memainkan peranan penting dalam menyatukan semua sumber manusia yang terdapat dalam organisasi bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kekuatan hubungan dalam kalangan subordinat juga turut dikaitkan dengan sikap dan pendekatan pihak pengurusan terhadap kebajikan serta kemahuan pekerja bawahannya. Apabila pihak
  44. 44. 24 pengurusan menitikberatkan kebajikan dalam sistem pengurusan organisasi, maka akan lahirlah pekerja yang taat dan setia kepada organisasi. 2.4.3 Menerima dan Memberi Maklumat Selain itu, pemimpin juga haruslah berperanan dalam perkongsian maklumat dalam kalangan pekerja-pekerja bawahannya. Seorang pemimpin memerlukan maklumat bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kalangan pekerjanya. Hubungan yang baik antara pemimpin dan pihak pekerja memudahkan proses mendapatkan maklumat sama ada maklumat berkenaan perkara- perkara di dalam mahupun di luar organisasi. Malah dalam konteks yang lebih luas lagi, pemimpin memerlukan maklumat bagi merangka visi dan misi organisasi. Begitu juga sebaliknya, pihak pekerja juga memerlukan maklumat daripada pihak pengurusan dalam menjalankan tugas agar kerja yang dilaksanakan mudah untuk dilakukan. Individu-individu yang dipimpinnya memerlukan banyak maklumat daripada pihak pengurusan atas untuk membantu dalam menjalankan tugas-tugas yang diberikan. Melalui kerjasama yang erat ini, perkongsian maklumat bukan sahaja akan bertambah mudah, namun secara sendirinya akan mengurangkan jurang antara pihak pengurus dan pihak pekerja. 2.4.4 Membuat Keputusan Sebarang keputusan yang dilakukan oleh seorang pemimpin akan memberi impak kepada pekerja bawahannya. Impak negatif atau positif bergantung kepada cara pembuatan keputusan tersebut dibuat serta cara penerimaan daripada pihak pekerja. Jika seseorang pemimpin lebih cenderung menggunakan kuasa paksaan dalam pembuatan keputusan, rasa tidak puas hati serta rungutan akan wujud dalam kalangan pekerja. Setiap keputusan yang dilakukan berhadapan dengan risiko dari segi kos, kredibiliti dan juga masa depan organisasi yang diwakili. Oleh itu, setiap keputusan yang hendak dilakukan haruslah berdasarkan kepada fakta dan maklumat yang relevan. Namun, jika pemimpin membuat keputusan berdasarkan kepada semangat setiakawan tanpa meminggirkan matlamat, organisasi akan menerima maklum balas yang baik daripada pihak pekerja. Kebanyakan konflik dalam organisasi rumit dan memerlukan keputusan yang bukan sahaja memihak kepada pihak pengurusan tetapi turut memberi faedah kepada pekerja. Oleh itu, keputusan yang berpihak kepada kedua-dua pihak amat diperlukan bagi menjaga hubungan organisasi.
  45. 45. 25 Selain itu, antara tugas utama seorang pemimpin ialah menjadi perunding. Tugas ini bukan sahaja terhad kepada pihak dalam organisasi tetapi turut melibatkan pihak luar seperti pelanggan, ahli politik, badan bukan kerajaan, media dan sebagainya. Biasanya pemimpin akan berunding dengan pihak ini dalam menentukan hala tuju organisasi dan yang paling penting ialah di akhir proses perundingan akan melibatkan pembuatan keputusan. Oleh itu, setiap keputusan yang dibuat amatlah penting dalam memastikan organisasi mendapat faedah dan keuntungan terhadap perundingan yang telah dilakukan. Memahami teori dan model-model kepimpinan penting sebelum kita mempelajari dengan lebih lanjut mengenai perjalanan sesebuah organisasi dan perkaitannya dengan stail kepimpinan yang diamalkan. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, jatuh bangun sesebuah organisasi amat bergantung kepada kejayaan dan kegagalan pemimpin yang menerajuinya. Bab ini akan menerangkan tentang model dan juga teori-teori yang diamalkan serta dilaksanakan oleh pemimpin masa lampau dan masa kini. Secara ringkasnya, terdapat tiga pendekatan atau aliran yang menjadi pegangan kepada sarjana dalam menghuraikan teori-teori kepimpinan. Pendekatan pertama ialah teori pendekatan sifat yang melihat sifat personaliti seseorang sebagai kelebihan dalam pelantikannya sebagai pemimpin. Pendekatan kedua pula menekankan kepada tingkah laku (behavioral) seseorang dalam mempengaruhi orang bawahannya. Namun, kedua-dua pendekatan ini banyak kelemahannya dalam memberikan makna yang jelas mengenai konsep kepimpinan. Justeru itu, teori kontingensi telah diperkenalkan sebagai pendekatan ketiga bagi memperbaiki kelemahan yang wujud sebelum ini. SOALAN DALAM TEKS 1. Huraikan secara ringkas mengenai peranan pemimpin? 2. Berikan kategori pengurus yang anda fahami. Semak jawapan anda di akhir bab ini.
  46. 46. 26 2.5 TEORI PENDEKATAN SIFAT Pendekatan ini melihat pemimpin sebagai personaliti semula jadi yang membezakan mereka dengan individu bukan pemimpin. Ini disusuli dengan pendapat yang mengatakan bahawa faktor fizikal seperti gagah dan memiliki kecerdasan yang baik akan menentukan sama ada seseorang itu layak menjadi pemimpin ataupun tidak. Pendekatan ini percaya bahawa pemimpin haruslah memiliki sifat dan tabiat istimewa yang tidak dimiliki oleh individu lain. Oleh itu, di samping menjadi seorang yang kuat secara fizikal, kecerdasan dan kemahirannya juga mestilah lebih baik daripada orang lain (Razali, 1989). Menurut Stogdill (1948), teori pendekatan sifat ini menekankan kepada dua perspektif utama iaitu: (i) Membezakan pemimpin dengan bukan pemimpin; dan (ii) Membezakan pemimpin yang berkesan dan tidak berkesan. Memandangkan teori ini lebih kepada andaian semata-mata dalam melantik seseorang pemimpin, maka wujud banyak pertentangan mengenainya daripada kalangan sarjana. Ramai sarjana yang sependapat bahawa pelantikan seseorang pemimpin bukanlah ditentukan oleh sifat semula jadi pemimpin itu sendiri, tetapi turut dipengaruhi oleh faktor- faktor lain seperti politik, persekitaran, sosiologi, umur dan juga kelas sosial (Razali, 1989; Greenberg & Baron, 1997). Kenyataan ini sinonim dengan pendapat yang diutarakan oleh Hollander (1978: 21) yang menyatakan bahawa “…terdapat faktor-faktor lain yang turut memberi sumbangan kepada pelantikan seorang pemimpin kejayaan seseorang pemimpin turut dipengaruhi oleh faktor motivasi dan juga keupayaan- keupayaan interpesonal yang lain”. Malah, menurut Shahrom (1997), jika kesemua sifat semula jadi dijadikan ukuran dalam melantik seseorang pemimpin, kesimpulan yang boleh dibuat ialah kepimpinan ialah kebolehan semula jadi. Sedangkan dalam realiti, terlalu sukar untuk membezakan sifat-sifat yang dimiliki oleh seseorang pemimpin. Menurut beliau lagi, bolehkah kita membezakan antara sifat-sifat yang dimiliki oleh Tun Dr. Mahathir Mohamed, Margaret Thatcher, Adolf Hitler, Sukarno, Mahatma Gandhi dan lain- lain lagi. Mereka ialah pemimpin yang pernah mengetuai satu-satu kerajaan, namun adakah semua sifat mereka serupa? Ini menunjukkan bahawa hanya terdapat sedikit sahaja sifat-sifat kepimpinan yang dikongsi secara semula jadi atau kebetulan apabila kita menghuraikan mengenai konsep kepimpinan. Oleh itu, jelaslah bahawa sifat semula jadi bukanlah penentu mutlak kepada pelantikan seseorang pemimpin.
  47. 47. 27 2.6 TEORI PENDEKATAN TINGKAH LAKU (BEHAVIORAL THEORY) Kelemahan dalam teori sifat bagi memberikan makna yang jelas terhadap konsep kepimpinan telah menjadi titik tolak kepada wujudnya teori tingkah laku ini. Teori ini diperkenalkan dengan tujuan untuk memberi makna yang lebih jelas lagi mengenai konsep kepimpinan. Pendekatan tingkah laku ini mula aktif diperkenalkan pada akhir tahun 1950-an iaitu fokus kajian pada masa itu lebih kepada ragam kelakuan pemimpin dan bukannya kepada sifat-sifat pemimpin (Razali, 1998). Sebagai tambahan, beliau turut mengatakan bahawa “...pendekatan ini menilai ragam kelakuan seseorang pemimpin seperti autokratik berbanding demokratik, orientasi terhadap kerja berbanding dengan sosio-emosional, tumpuan terhadap pekerja berbanding dengan tumpuan pengeluaran dan sebagainya”. (Razali, 1990: 16) Teori pendekatan tingkah laku memberi penekanan terhadap pengenalpastian kepimpinan yang efektif dengan melihat kepada tingkah laku pemimpin serta kesan tingkah laku tersebut terhadap pencapaian subordinat di bawahnya. Ringkasnya, pendekatan kepada tingkah laku kepimpinan ialah kajian terhadap tindakan yang telah dilakukan oleh pemimpin yang berkesan dan bukannya apa yang ada pada pemimpin tersebut. Sinonimnya, kajian tingkah laku mengharapkan penemuan terhadap penentu tingkah laku pemimpin yang berkesan dan jika andaian ini betul dan terbukti, kesimpulan yang boleh kita buat ialah pemimpin itu boleh dibentuk. Terdapat tiga kajian awal yang menjadi titik tolak kepada kajian tingkah laku dalam kalangan pemimpin. Antaranya ialah kajian yang dijalankan di Universiti Ohio State, kajian oleh Universiti Michigan dan juga kajian tingkah laku kepimpinan yang menggunakan Grid Pengurusan. 2.6.1 Kajian oleh Universiti Ohio State Kajian di universiti ini dilakukan bagi mendapatkan rumusan yang jelas mengenai tingkah laku paling penting bagi pengurus atau pemimpin yang berjaya. Malah, kajian ini juga cuba membuat kesimpulan mengenai tingkah laku yang menjadi peneraju utama dalam kejayaan seseorang pemimpin tanpa mengira jenis organisasi yang diwakili. Hasilnya, kajian ini merumuskan bahawa terdapat dua pendekatan tingkah laku yang menjadi nadi utama iaitu pendekatan tingkah laku pertimbangan dan juga tingkah laku struktur. Tingkah laku pertimbangan menjelaskan tentang semangat kekitaan, saling mempercayai antara satu
  48. 48. 28 sama lain, keselesaan dan hormat menghormati dalam kalangan pemimpin terhadap subordinat di bawahnya. Ini termasuklah perasaan timbang rasa dan sentiasa memenuhi keperluan mereka. Ini berbeza dengan tingkah laku struktur yang lebih memfokuskan kepada tingkah laku pemimpin dalam pembentukan tatacara kerja subordinat dan kaedah untuk membimbing mereka ke arah pencapaian matlamat. Ini termasuklah cara pemimpin menentukan peranan dan pembahagian tugas untuk dirinya serta subordinat bagi mencapai objektif organisasi. Hasil kajian ini mendapati bahawa pemimpin yang mempunyai tingkah laku pertimbangan yang tinggi akan memiliki subordinat yang lebih proaktif, berdaya saing dan berpuas hati berbanding dengan pemimpin yang mempunyai tingkah laku pertimbangan yang rendah (Stogdill, 1974). Begitu juga sebaliknya apabila pemimpin yang memiliki tingkah laku struktur yang tinggi tetapi rendah dari segi timbang rasa dan kurang berinteraksi dengan subordinat akan menghadapi masalah kerja seperti kadar lantik henti yang tinggi. Ini dapat dijelaskan melalui Rajah 2.1. Struktur rendah Pertimbangan tinggi Struktur tinggi Pertimbangan rendah Struktur tinggi Pertimbangan tinggi Struktur rendah Pertimbangan rendah Tinggi Rendah Tinggi Rendah STRUKTUR PERTIMBANGAN Sumber: Certo. (2000). Modern management (8th ed). Rajah 2.1: Hubungan tingkah laku pertimbangan dan tingkah laku struktur 2.6.2 Kajian oleh Universiti Michigan Kajian oleh universiti ini dilakukan serentak dengan kajian tingkah laku yang dilakukan oleh Universiti Ohio State dan turut mempunyai objektif yang sama iaitu mengenal pasti ciri-ciri pemimpin dan kaitannya dengan keberkesanan dalam pencapaian objektif (Alias, 1984). Seperti kajian yang dilakukan oleh Universiti Ohio State, kajian ini juga mendapati bahawa terdapat dua pendekatan yang mempengaruhi kepuasan dan
  49. 49. 29 produktiviti sesuatu kumpulan atau organisasi. Pendekatan tersebut ialah pendekatan berorientasikan pekerja dan pendekatan berorientasikan pengeluaran. Penemuan kajian ini mendapati bahawa tingkah laku pendekatan berorientasikan pekerja akan mendapat tempat di hati pekerja berbanding pendekatan berorientasikan pengeluaran. Ini bermakna pengurus yang inginkan produktiviti dan prestasi yang baik dalam kalangan pekerja haruslah lebih bersikap bertimbang rasa dan prihatin dengan keperluan pekerja. Menurut Katz dan Kahn (1966), pemimpin yang berorientasikan pekerja akan menghasilkan produktiviti yang lebih tinggi dan juga kepuasan yang lebih baik dalam kalangan pekerja. Apakah perbezaan yang paling ketara antara kajian oleh Ohio State Universiti dan juga Universiti Michigan? 2.6.3 Grid Pengurusan Pendekatan Grid Pengurusan diperkenalkan hasil daripada kelemahan yang timbul berdasarkan kajian oleh Universiti Ohio State dan Universiti Michigan. Menurut Black dan Mouton (1964), bagi mengenal pasti gaya dan ciri kepimpinan yang baik, ia haruslah ditunjukkan melalui rajah dua dimensi. Namun, di sebalik kelemahan teori terdahulu, Blake dan Mounton berpendapat bahawa kedua-dua orientasi tugas dan orientasi manusia sangat penting dalam mendapatkan komitmen daripada pihak pekerja. Oleh itu, mereka berpendapat bahawa pengurus berprestasi terbaik haruslah menggunakan gaya pengurusan berpasukan. Pengurus pada gaya ini akan memberikan tumpuan yang lebih bukan sahaja kepada tugas dan pengeluaran tetapi turut menekankan terhadap kebajikan pekerja. Selain itu, terdapat juga gaya pengurusan kelab, pengurusan jalan tengah, pengurusan daif dan juga pengurusan kuasa. Ini dapat dilihat melalui Rajah 2.2. Berdasarkan Rajah 2.2, didapati Pengurusan Kelab berada pada grid 1.9. Perhatian yang lebih telah ditekankan kepada keperluan manusia berbanding pengeluaran. Pengurusan jenis ini menekankan kepada persekitaran kerja yang harmoni dan bersifat selesa. Pengurusan Berpasukan pula dianggap paling berkesan (9.9) kerana pengurus dapat menyeimbangkan antara perhatian kepada manusia dan juga pengeluaran. Komitmen pekerja dan sikap saling hormat menghormati menjadi agenda utama dalam pengurusan jenis ini. Pengurusan Daif (1.1) pula tidak memfokuskan sepenuhnya perhatian kepada manusia mahupun
  50. 50. 30 pengeluaran. Di sini, pengurus hanya memberi perhatian yang sedikit sahaja dalam penyediaan tugas dan manusia. Pengurusan Jalan Tengah (5.5) memberikan tumpuan yang sederhana terhadap pengeluaran dan manusia. Pengurusan jenis ini hanya menetapkan matlamat organisasi pada tahap yang boleh dicapai oleh semua orang dan tidak menetapkannya terlalu tinggi. Pengurusan Kuasa pula lebih bersifat autokratik. Ia bertentangan dengan pengurusan kelab kerana perhatian kepada pengeluaran amat ditekankan berbanding manusia. Pengurusan Kelab Pengurusan Daif Pengurusan Kuasa Pengurusan Berpasukan 1.1 1,9 9,9 5 5.5 9,1 Perhatiankepadamanusia Perhatian kepada pengeluaran Sumber: Black, & Mouton. (1964). Rajah 2.2: Grid pengurusan SOALAN DALAM TEKS 3. Nyatakan pendekatan utama yang diutarakan dalam kajian Universiti Michigan? 4. Nyatakan LIMA (5) stail kepimpinan yang diketengahkan oleh teori Grid Pengurusan? Semak jawapan anda di akhir bab ini. 2.7 TEORI PENDEKATAN SITUASI Penilaian terhadap stail kepimpinan berdasarkan kepada sifat dan tingkah laku mengandaikan gaya dan stail kepimpinan ialah tetap. Ini berbeza dengan realiti kerana dalam satu-satu keadaan, pihak pengurusan akan
  51. 51. 31 berhadapan dengan keadaan luar jangka atau kontingensi. Oleh yang demikian, pendekatan teori sifat dan tingkah laku telah dilengkapkan lagi oleh teori pendekatan situasi iaitu pihak pengurusan mempunyai alternatif dalam melaksanakan stail kepimpinan mereka. Pendekatan ini cuba untuk memperkenalkan beberapa alternatif terhadap situasi yang boleh mempengaruhi perilaku pemimpin dan kepimpinan. Menurut Md. Zhahir (2000: 90), teori situasi diperkenalkan dengan tujuan untuk: (i) Mengenal pasti faktor situasi yang paling penting. (ii) Meramalkan gaya kepimpinan yang paling berkesan dalam situasi yang dihadapi. Teori pendekatan situasi akan menyentuh beberapa teori seperti Teori Pendekatan Kontigensi Fiedler, Teori Pendekatan Matlamat-Laluan, Teori Vroom-Yetton dan juga Model Situasi Kepimpinan Hersey dan Blancard. 2.7.1 Teori Pendekatan Kontigensi Fiedler Berbeza dengan teori sebelum ini, teori pendekatan kontigensi amat berkait rapat dengan stail kepimpinan dan juga penilaian ahli kumpulan. Teori ini telah diperkenalkan oleh Fred Fiedler yang telah menghasilkan kajian bertajuk Contigency Model of Leadership Effectiveness pada tahun 1951. Melalui kajian ini Fiedler (1976) telah menggunakan teknik khas bagi melihat keberkesanan stail pemimpin berinteraksi dengan ahli kumpulan dan bagaimana setiap ahli kumpulan menilai ahli yang lain. Antara fokus utama kepada pendekatan ini ialah untuk mengukur dan menentukan sama ada pemimpin lebih cenderung kepada orientasi terhadap tugas atau orientasi terhadap perhubungan. Hasilnya, Fiedler mengasaskan keputusannya kepada dua jenis markah iaitu markah bagi rakan sekerja yang paling tidak digemari atau Least Preffered Co-worker (LPC) dan juga markah bagi andaian persamaan antara pihak yang berlawanan atau Assumed Similarity Between Opposites (ASO). LPC merujuk kepada penilaian yang dibuat oleh subordinat tentang individu yang paling tidak digemari oleh mereka dalam membentuk satu kumpulan kerja. Manakala ASO pula melihat kepada andaian bahawa pemimpin merasakan subordinatnya seperti diri mereka sendiri iaitu orang lain menyukainya dan sanggup bekerjasama penuh dengannya. Kajian tersebut mendapati bahawa pemimpin yang mempunyai markah yang tinggi bagi kategori LPC ialah pemimpin yang menekankan kepada orientasi perhubungan yang mesra dan percaya bahawa komunikasi yang baik mampu untuk meningkatkan pencapaian organisasi. Sebaliknya pemimpin yang berorientasikan kerja semata-mata tanpa mengambil kira
  52. 52. 32 tentang aspek kemanusiaan, pengawalan yang terlalu ketat dan sentiasa bekerja di bawah tekanan pula akan mendapat markah yang rendah bagi kategori LPC. Ringkasnya, Fiedler menyokong pendapat yang mengatakan bahawa kepimpinan ialah proses mempengaruhi. Semakin tinggi kuasa dan pengaruh pemimpin untuk mempengaruhi orang bawahannya semakin berkesan sifat kepimpinannya. Terdapat tiga dimensi yang kritikal bagi menentukan tahap pemimpin mempunyai pengaruh terhadap bawahannya: 1. Kuasa kedudukan Tahap ini merujuk kepada kuasa yang wujud daripada autoriti organisasi. Ini bermakna kedudukan dan jawatan itu sendiri membolehkan pemimpin mengawal subordinatnya supaya akur kepada segala arahan yang diberikan. Oleh itu, Fiedler percaya bahawa kuasa yang dimiliki hasil daripada kedudukan yang tinggi dalam carta organisasi akan memudahkan urusan-urusan pemimpin dan mampu membawa organisasi ke arah hala tuju yang betul. Contohnya, seorang pengarah syarikat mampu untuk membuat keputusan dengan mengambil kira keperluan syarikat walaupun mendapat tentangan daripada beberapa pihak. Ini dapat dilihat melalui Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) yang telah membuat pengumuman untuk melaksanakan Skim Pemberhentian Secara Sukarela (SMM) dengan peruntukan sebanyak RM80 juta lebih walaupun mendapat tentangan daripada Persatuan Kakitangan MAS (SEQUE). Di sini, seseorang pemimpin dengan kuasa kedudukan yang tinggi boleh mendapatkan kerjasama yang lebih mudah daripada seseorang yang tidak mempunyai kuasa sedemikian. 2. Struktur tugas Tahap membayangkan bagaimana tugas yang diberikan dapat dihuraikan dengan jelas dan timbul rasa tanggungjawab terhadap tugas tersebut. Ini penting supaya tugas-tugas yang dilaksanakan jelas dan mendapat perhatian daripada semua pihak. Apabila tugas yang diamanahkan jelas, maka tidak hairanlah kualiti kerja yang dihasilkan ditingkatkan dan dikawal dengan mudah. 3. Perhubungan antara pemimpin dan pengikut Berdasarkan kepada kedua-dua dimensi di atas, didapati bahawa keadaan tersebut dikawal oleh organisasi. Namun untuk dimensi ini, segala keputusan bergantung kepada tahap kesukaan dan keyakinan pihak subordinat kepada pihak atasannya. Ini penting dalam menentukan tahap
  53. 53. 33 kesetiaan seorang pekerja kepada majikannya. Semakin tinggi tahap kesetiaan pekerja tersebut, maka semakin tinggilah tahap keyakinan yang lahir dari dalam diri setiap pekerja bagi menghasilkan kualiti kerja yang lebih baik. Fiedler juga telah menyimpulkan bahawa hubungan ketiga-tiga dimensi tersebut ialah signifikan. Ini kerana proses kepimpinan dan keberkesanannya sangat bergantung kepada suasana yang memberangsangkan atau tidak. Jika suasana organisasi memberangsangkan, maka makin mudahlah pihak pengurusan untuk memimpin kumpulannya ke arah kerberkesanannya. Begitu juga sebaliknya. Pihak pengurusan akan berhadapan dengan kesukaran untuk memimpin apabila berhadapan dengan suasana yang tidak memberangsangkan. Dalam hal ini, Fiedler telah merumuskan lapan dimensi yang berlaku kesan daripada perhubungan antara pemimpin dan pengikut, struktur kuasa dan juga kuasa kedudukan. Merujuk kepada Jadual 2.1, dapatlah disimpulkan bahawa: Suasana I : Apabila perhubungan antara pemimpin dan subordinat baik, maka struktur tugas yang terhasil tinggi dan kedudukan kuasa juga berada pada tahap yang kuat. Suasana II : Apabila perhubungan antara pemimpin dengan pengikut baik, tugas berstruktur tinggi dan kuasa pemimpin akan lemah. Suasana III : Apabila perhubungan antara pemimpin baik dengan pengikutnya, tugas berstruktur rendah dan kuasa kepimpinan akan kuat. Suasana IV : Apabila perhubungan antara pemimpin dengan pengikutnya baik, tugas berstruktur berada pada tahap rendah dan kuasa kedudukan pemimpin juga lemah. Suasana V : Apabila perhubungan antara pemimpin dengan pengikutnya sederhana merosot, tugas berstruktur berada pada tahap tinggi dan kuasa kedudukan pemimpin berada pada tahap yang kuat. Suasana VI : Apabila perhubungan antara pemimpin dengan pengikutnya sederhana merosot, tugas berstruktur berada pada tahap tinggi dan kuasa kedudukan pemimpin juga lemah. Suasana VII : Apabila perhubungan antara pemimpin dengan pengikutnya sederhana merosot, tugas berstruktur berada pada tahap lemah dan kuasa kedudukan pemimpin kuat.
  54. 54. 34 Suasana VIII : Apabila perhubungan antara pemimpin dengan pengikutnya sederhana merosot, tugas berstruktur berada pada tahap lemah dan kuasa kedudukan pemimpin kuat. Jadual 2.1: Klasifikasi Kumpulan Kerja Berasaskan Tiga Dimensi Suasana Perhubungan antara Pemimpin dan Pengikut Struktur Tugas Kuasa Kedudukan I Baik Tinggi Kuat II Baik Tinggi Lemah III Baik Rendah Kuat IV Baik Rendah Lemah V Sederhana merosot Tinggi Kuat VI Sederhana merosot Tinggi Lemah VII Sederhana merosot Lemah Kuat VIII Sederhana merosot lemah lemah Sumber: Fiedler. (1976:34). Secara kesimpulannya, model ini menghuraikan bahawa suasana yang berlainan akan melahirkan pelbagai reaksi ragam. Ini bermakna bahawa keberkesanan kepimpinan sangat bergantung kepada suasana dan persekitaran yang berlaku. Sebagai contoh, apabila kuasa kedudukan kuat, struktur tugas akan bertambah jelas dan sudah tentu perhubungan antara pihak pemimpin dan pengikut akan kukuh. Begitu juga halnya apabila berada dalam hierarki ketenteraan. Pemimpin mempunyai kuasa yang teguh dan hubungan yang baik dengan para anggota dan terdapat suasana yang memberangsangkan apabila orientasi tugas dilaksanakan. Dengan hanya mengetengahkan dua jenis gelagat kepimpinan sahaja iaitu orientasi terhadap tugas dan orientasi terhadap perhubungan telah mengundang beberapa pandangan daripada sarjana-sarjana bidang kepimpinan dan pengurusan. Walhal dari sudut realiti, didapati bahawa pihak pengurusan atau pemimpin tidak terikat sepenuh masa terhadap gelagat itu sahaja. Antara persoalan yang ditimbulkan ialah mengenai pengertian markah LPC serta persoalan mengenai model tersebut yang tidak menghuraikan secara jelas tentang kesan penyebab markah ASO terhadap prestasi. Menurut Razali (1990) pula, dalam model ini Fiedler menganggap faktor- faktor suasana menentukan sama ada urusan kepimpinan itu memberangsangkan atau tidak, tetapi data-data yang dikaji hanya melibatkan keadaan kumpulan semasa dikaji sedangkan tiada laporan mengenai keadaan sebelum kajian dilakukan. Sebagai tambahan juga, Razali telah mempersoalkan tentang sampel yang digunakan dalam kajian
  55. 55. 35 ini yang diambil daripada sampel yang kecil dan perbezaan yang timbul tidak signifikan dari sudut statistik. Walaupun teori ini menimbulkan banyak persoalan, namun Fiedler (1976: 261) telah merumuskan bahawa: Keberkesanan prestasi kepimpinan berkait rapat dengan tingkah laku pemimpin terbabit...tidak wajar untuk membincangkan kepimpinan yang berkesan jika berlakunya kes luar biasa dan kita hanya boleh bercakap tentang isu berkesan dalam sesuatu situasi dan kemungkinan besar tidak berkesan kepada situasi lain...jika kita berhasrat untuk meningkatkan keberkesanan organisasi, kita haruslah tahu cara untuk membangunkan sebuah persekitaran organisasi di mana pemimpin mampu menunjukkan prestasi terbaiknya. 2.7.2 Teori Pendekatan Laluan-Matlamat House Teori ini melihat peranan pemimpin untuk menjelaskan dan menetapkan matlamat organisasi dan subordinat, memberi laluan kepada pekerja- pekerja supaya mereka dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan dan seterusnya mengalihkan halangan yang menjadi penghalang kepada peningkatan kualiti dan prestasi pekerja. Menurut House, jika seseorang pemimpin ingin mencapai keberkesanan dalam proses kepimpinannya, beliau haruslah melihat ganjaran sebagai medium utama dalam mempengaruhi prestasi kerja pekerjanya. Beliau juga berpendapat bahawa motivasi seseorang pekerja bergantung pada jangkaan terhadap ganjaran yang bakal diperoleh. Walaupun pengurus mempunyai banyak kaedah dan cara untuk memotivasikan pekerja, mereka juga haruslah memberikan ganjaran dan menentukan perkara yang mesti dilakukan oleh pekerja untuk mendapatkan ganjaran yang dijanjikan. Menurut Md. Zhahir (2000), melalui model ini pemimpin dikenal pasti sebagai punca kepada ganjaran yang bakal diterima. Model ini juga banyak bergantung kepada ramalan dan andaian tentang ganjaran dan hadiah yang bakal diterima hasil daripada prestasi yang diberikan. Tugas pengurus pula haruslah mengurangkan halangan dan cabaran yang menjadi penghalang kepada pencapaian prestasi terbaik dan semestinya cabaran tersebut bersifat realistik dan mampu untuk dicapai. Ini bolehlah ditentukan melalui pencapaian prestasi serta kualiti kerja yang dinilai setiap tahun seperti Sistem Saraan Baru (SSB) dan juga Sistem Saraan Malaysia (SSM). Selain House, Martin G. Evans juga berpendapat bahawa stail kepimpinan seorang pengurus mempengaruhi bentuk ganjaran yang tersedia untuk subordinatnya serta menyediakan laluan yang perlu ditempuhi bagi tujuan mendapatkan ganjaran dan hadiah tersebut.
  56. 56. 36 Ringkasnya, seorang pengurus yang mengambil kira tentang kebajikan pekerja bukan sahaja akan menawarkan gaji dan kenaikan pangkat tetapi juga menyediakan sokongan, galakan, jaminan kerja dan juga hormat. Keadaan ini berbeza dengan pengurus yang mementingkan tugas. Ganjaran terbuka kepada semua pekerja iaitu prestasi kerja menjadi ukuran bagi setiap ganjaran yang diberikan. Malah sebagai tambahan, prestasi kerja juga menjadi penentu kepada pemberian elaun, bonus, kenaikan gaji, ganjaran tahunan dan juga kenaikan pangkat. Oleh itu, stail kepimpinan ini akan mempengaruhi motivasi pekerja untuk mendapatkan ganjaran yang telah dijanjikan. Teori ini telah menggariskan dua faktor yang menentukan stail kepimpinan yang paling sesuai. Faktor-faktor tersebut ialah ciri-ciri peribadi pekerja dan juga tekanan persekitaran dan permintaan di tempat kerja. Ciri-ciri peribadi pekerja melihat kepada keyakinan pihak subordinat untuk menonjolkan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki. Seseorang pekerja yang gemarkan stail kepimpinan ini juga tidak suka kepada arahan yang keterlaluan kerana merasakan bahawa kredibiliti yang dimiliki tidak begitu tercabar. Sebaliknya, subordinat yang bersifat pasif akan lebih suka menerima arahan semata-mata dan dapat menerima gaya pengurusan yang bersifat autokratik (Md. Zhahir, 2000). Manakala tekanan persekitaran dan permintaan di tempat kerja pula melihat kepada beberapa faktor yang mempengaruhi stail kepimpinan ini. Antara faktor yang terlibat ialah bentuk tugas pekerja, sistem autoriti formal organisasi serta kumpulan pekerja. Kesimpulannya, seseorang pengurus haruslah bijak dalam menentukan stail kepimpinan yang bakal dilaksanakan. Ini penting bagi menghasilkan keputusan yang tepat berdasarkan kepada suasana atau situasi yang berlaku. Pengurus haruslah fleksibel dalam pemilihan gaya kepimpinan dan tidak terikat dengan hanya satu stail kepimpinan sahaja kerana pengurus akan berhadapan dengan banyak situasi sepanjang perkhidmatannya. 2.7.3 Model Vroom-Yetton Memandangkan teori laluan matlamat hanya menekankan kepada ganjaran semata-mata tanpa mengambil kira keputusan pengurus untuk melibatkan pekerja, maka Vroom-Yetton telah memperkenalkan teori baru dalam stail kepimpinan. Sebagai tambahan, teori ini telah memasukkan dua faktor utama dalam menghuraikan stail kepimpinan iaitu kualiti dan juga penglibatan pekerja dalam pembuatan keputusan. Model ini diperkenalkan pada tahun 1973 dengan tujuan untuk membantu pengurus-pengurus menentukan keadaan dan masa yang
  57. 57. 37 sesuai bagi melibatkan pekerja-pekerja dalam pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah. Model ini juga merumuskan tiga stail gelagat kepimpinan iaitu autokratik, perundingan dan stail kepimpinan. Malah, menurut Razali, stail-stail yang dikemukakan oleh Vroom-Yetton juga mempunyai tahap keberkesanan yang tidak sama dan bergantung kepada beberapa kriteria seperti masa yang diperlukan untuk memilih penyelesaian yang bersesuaian, kualiti penyelesaian yang dikemukakan dan juga penerimaan subordinat terhadap keputusan yang dibuat. Ringkasnya beliau berpendapat bahawa setiap keputusan yang bakal dilakukan haruslah mengambil kira pendapat dan penglibatan pihak pekerja bawahan. Menurut Razali (1990), model Vroom-Yetton ini telah memperkenalkan lima stail kepimpinan yang berbeza dan saling bergantungan antara satu sama lain iaitu melibatkan autoritarian (AI, AII) yang akan berubah kepada bentuk konsultif (CI, CII) dan seterusnya berubah kepada pendekatan partisipasi (GII). Berikut ialah penerangan mengenai stail kepimpinan tersebut: AI : Pengurus hanya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah mereka sendiri dengan hanya berpandukan kepada maklumat yang ada pada beliau. AII : Pengurus mengambil keputusan sendiri berdasarkan kepada maklumat daripada pihak bawahan. Maklumat hanya disalurkan tanpa sebarang penilaian dan tujuan pengambilan maklumat tersebut tidak dimaklumkan kepada pekerja. CI : Pengurus berkongsi masalah dengan pekerja tertentu dan mendapat maklumat serta pendapat mereka secara individu mahupun berasingan. Keputusan terakhir masih lagi terletak di tangan pengurus dan keputusan tersebut tidak mewakili pendapat semua ahli pasukan. CII : Pengurus mendapatkan maklumat daripada subordinat secara berkumpulan, berkongsi idea dan cadangan dengan mereka. Keputusan akan dibuat oleh pihak pengurus tetapi keputusan yang dibuat tidak menggambarkan pendapat keseluruhan ahli kumpulan. GII : Pengurus berkongsi masalah dengan semua ahli organisasi, mencari jalan penyelesaian kepada masalah dan sedia berkongsi idea. Pengurus tidak akan mempengaruhi ahli dalam pemberian cadangan malah pengurus menerima dan menyokong sebarang keputusan yang dibuat oleh ahli kumpulan.
  58. 58. 38 Secara asasnya, didapati teori ini logik dan konsisten dari segi faktor masa dalam pembuatan keputusan. Namun teori ini masih lagi mempunyai kelemahan khasnya kepada faktor masa kerana teori ini tidak membicarakan secara jelas mengenai proses membuat keputusan yang akan mengambil masa yang lama khasnya apabila organisasi yang diwakili kompleks dan tidak seragam (Razali, 1990). Jadi jelaslah bahawa teori ini sukar untuk dilaksanakan apabila pengurus tidak memahami secara jelas mengenai organisasi khasnya dari segi struktur dan hierarki. 2.7.4 Model Situasi Kepimpinan Hersey dan Blancard Model situasi ini melihat kepada kematangan dalam menentukan hala tuju sesebuah organisasi. Hersey dan Blanchard (1974) percaya bahawa gaya kepimpinan yang berkesan bergantung kepada kematangan subordinat yang melaksanakannya. Konsep kematangan yang dihuraikan bukanlah menjurus kepada umur dan emosi seseorang pekerja tetapi lebih kepada kesediaan dan juga kesanggupan seseorang pekerja menerima tugas yang diberikan. Dengan penerimaan secara terbuka ini, Hersey dan Blancard percaya bahawa tugas akan mudah untuk dilaksanakan dan pastinya menjanjikan kualiti dan prestasi terbaik. Pada asasnya, teori ini terbahagi kepada empat fasa dalam menghuraikan perhubungan antara pihak pengurus dan juga pekerja. Setiap fasa memerlukan pendekatan dan stail kepimpinan yang berlainan bergantung kepada situasi yang dialami. Berikut ialah fasa-fasa yang terlibat serta stail kepimpinan yang bersesuaian. 1. Fasa pertama Berlaku semasa pekerja baru mula bekerja dan melaporkan diri di organisasi. Pada fasa ini, stail kepimpinan yang sesuai ialah yang berorientasikan kepada tugas kerana pekerja tersebut perlu diarahkan dalam menjalankan tugas-tugas mereka. Pada fasa ini juga, para pekerja mula didedahkan dengan peraturan, tatacara dan akta yang terlibat dengan organisasi. Pendekatan hubungan pekerja berbentuk penyertaan masih tidak sesuai kerana pekerja tersebut masih lagi baru dalam organisasi dan belum diterima sepenuhnya oleh rakan sejawatan. 2. Fasa kedua Pada fasa ini, pekerja sudah mula memahami tugas yang diberikan. Namun pengurusan berorientasikan tugas masih diperlukan kerana pihak pekerja masih belum mampu menerima tanggungjawab sepenuhnya. Para pengurus akan mula memberi kepercayaan kepada pekerja dan sentiasa menggalakkan mereka bekerja dengan lebih komited dan kuat lagi.
  59. 59. 39 3. Fasa ketiga Pada fasa ini, pekerja telah berada agak lama dalam organisasi. Kebolehan dan kemahiran pekerja juga turut bertambah dan bersedia untuk menerima tanggungjawab dan cabaran yang lebih besar. Pihak pengurus akan memberikan sedikit kelonggaran kepada pekerja tanpa pengawasan yang terlalu rapi. 4. Fasa keempat Setelah berada lama dalam organisasi, para pekerja menjadi lebih yakin, berkeupayaan dan berpengalaman. Para pekerja juga telah diberikan kebebasan untuk membuat keputusan dan bertindak sendiri tanpa pemantauan yang kerap daripada pihak pengurusan. Malah, pekerja juga telah diberi tanggungjawab yang lebih besar bagi menentukan hala tuju organisasi. Ringkasnya, model ini mencadangkan agar pihak pengurusan mengamalkan stail kepimpinan berdasarkan kepada fasa-fasa yang dilalui oleh pekerja. Ini penting bagi mengelakkan berlakunya ketegangan hubungan antara pihak pengurus dan pekerja. Malah, stail kepimpinan yang bersesuaian juga akan banyak membantu dalam mematangkan lagi pekerja untuk melaksanakan tugas yang telah diberikan. Menurut Md. Zhahir (2000: 94), gaya kepimpinan yang bersesuaian bukan sahaja dapat mendorong subordinat ke arah kemajuan tetapi gaya kepimpinan yang diamalkan banyak membantu ke arah kematangan pekerja. Tanpa pemantauan yang kerap dan kekerapan memberi peluang kepada pekerja untuk berdikari akan mendorong pekerja bekerja lebih berdedikasi dan efektif kerana bebas untuk menonjolkan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki. SOALAN DALAM TEKS 5. Jelaskan pendekatan yang menjadi asas kepada teori Vroom Yetton? 6. Nyatakan secara ringkas fasa-fasa yang terlibat serta stail kepimpinan yang ditekankan dalam Model Situasi Kepimpinan Hersey dan Blancard. Semak jawapan anda di akhir bab ini.
  60. 60. 40 2.8 RUMUSAN Secara keseluruhannya kepimpinan merupakan kuasa dan pengaruh yang menghubungkan pemimpin dengan pengikutnya. Perkaitan antara pengaruh dengan kuasa dalam kepimpinan penting dan tidak dapat dipisahkan untuk mencapai sesuatu matlamat. Jika membincangkan tentang kepimpinan, kita tidak akan terlepas daripada aspek-aspek pengaruh dan kuasa pemimpin, gaya kepimpinan, ciri-ciri dan dimensi utama kepimpinan. Negara Malaysia tidak terlepas daripada menghadapi isu dan cabaran dalam kepimpinan contohnya isu rasuah, penyalahgunaan kuasa dan juga politik wang yang sememangnya sangat membimbangkan. Dengan adanya teori-teori yang dibincangkan maka kita dapat melihat dengan lebih jelas lagi mengenai stail dan gaya kepimpinan yang biasanya menjadi pilihan pengurus masa kini. SOALAN PENILAIAN KENDIRI 1. Jelaskan secara ringkas klasifikasi pengurus. 2. Pengurus memainkan peranan penting dalam menerajui organisasi ke arah pencapaian matlamat organisasi. Nyatakan peranan tersebut. 3. Apakah penekanan yang diberi perhatian dalam Teori Pendekatan Sifat? 4. Huraikan perbezaan antara kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Ohio State dan juga Universiti Michigan dalam menerangkan mengenai tingkah laku pemimpin. 5. Nyatakan secara ringkas mengenai Teori Pengurusan Grid yang telah diperkenalkan oleh Blake dan Mouton (1964). 6. Huraikan perbezaan antara Teori Pendekatan Kontigensi Fiedler dan Model Situasi Kepimpinan Hersey dan Blancard.
  61. 61. 41 JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS 1. Antara peranan seorang pemimpin ialah: (a) Melaksanakan misi dan visi organisasi Pemimpin bertanggungjawab untuk menggubal dan memastikan dasar yang telah digubal dilaksanakan dengan baik serta memastikan misi dan visi organisasi tercapai. Jika organisasi yang diwakili bermotifkan keuntungan, maka jumlah keuntungan akan menjadi garis panduan kepada kejayaan syarikat tersebut. Manakala jika organisasi yang diwakili berbentuk perkhidmatan seperti sektor awam, maka bilangan aduan awam akan dijadikan sebagai ukuran kejayaan atau kegagalan. (b) Mengeratkan hubungan antara subordinat Kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh subordinatnya. Tugas utama pemimpin ialah memastikan dan mendorong pihak bawahannya agar melaksanakan tugas yang diarahkan dengan rela hati dan gembira dengan setiap keputusan yang telah dibuat. (c) Menerima dan memberi maklumat Seorang pemimpin memerlukan maklumat bagi mengenal pasti dan menyelesaikan masalah yang berlaku dalam kalangan pekerjanya. Hubungan yang baik antara pemimpin dan pihak pekerja memudahkan proses mendapatkan maklumat sama ada maklumat berkenaan perkara-perkara di dalam mahupun di luar organisasi. Melalui kerjasama yang erat ini, perkongsian maklumat bukan sahaja akan bertambah mudah, namun secara sendirinya akan mengurangkan jurang antara pihak pengurus dan pihak pekerja. (d) Membuat keputusan Impak negatif atau positif bergantung kepada cara pembuatan keputusan tersebut dibuat serta cara penerimaan daripada pihak pekerja. Setiap keputusan yang dilakukan berhadapan dengan risiko dari segi kos, kredibiliti dan juga masa depan organisasi yang diwakili. Oleh itu, setiap keputusan yang hendak dilakukan haruslah berdasarkan kepada fakta dan maklumat yang relevan.

×