• Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
330
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
13

Actions

Shares
Downloads
6
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. http://notappismpsejarah.blogspot.com/ Filologi berasal dari bahasa Yunani philein, "cinta" dan logos, "kata". Filologi merupakan ilmu yang mempelajari naskah-naskah manuskrip, biasanya dari zaman kuno. Sebuah teks yang termuat dalam sebuah naskah manuskrip, terutama yang berasal dari masa lampau, seringkali sulit untuk dipahami, tidak karena bahasanya yang sulit, tetapi karena naskah manuskrip disalin berulang-ulang kali. Dengan begini, naskah-naskah banyak yang memuat kesalahan-kesalahan. Tugas seorang filolog, nama untuk ahli filologi, ialah meneliti naskah-naskah ini, membuat laporan tentang keadaan naskah-naskah ini, dan menyunting teks yang ada di dalamnya. Ilmu filologi biasanya berdampingan dengan paleografi, atau ilmu tentang tulisan pada masa lampau. Permasalahan Filologi Teori dan pengkajian teks yang bercorak sejarah tidak lari dari permasalahan filologi iaitu pengkajian dan penyelenggaraan ( penggarapan ) naskah Melayu. Secara umum, proses penggarapan atau pengeditan teks bertujuan untuk ‘to discover, reveal and illuminate the original work as best he can by means of a careful comparison of the extant manuscripts’. Juga boleh diertikan sebagai ‘ to produce a text as close as possible to the original’ (Paul Mass) yakni ‘to restore the texts as closely as possible to the form which they originally had’ (Reynolds dan Wilson ). Bagi Brakel beliau menggunakan pendekatan filologi dengan satu penyusunan edisi kritis dan mengubahsuai sebuah teks yang dianggap lebih baik daripada beberapa buah naskah terhadap teks berkenaan. Beliau menafikan kegiatan mencari sebuah teks yang unggul di kalangan beberapa naskah. Manakala bagi Russell Jones, beliau membidas pendekatan Brakel. Jones menuntut agara hanya satu naskah saja daripada sebuah teks dipilih dan digarap dengan merujuk dan mengkaji varian serta kelainan yang wujud dalam naskah lain atas teks yang sama. Permasalahan filologi timbul akibat soal penaskhahanyang sering dikemukakan dalam sesebuah teks tradisional. Ini kerana tiap satu naskhah tkas mempunyai nilai dan kedudukannya sendiri. Ini adalah akibat hakikat bahawa penyalin setiap naskah berkenaan mempunyai nilai dan persepsi yang berlainan terhadap naskhahnya dan terhadap world view kesusasteraannya. Setiap persepsi tadi harus dihormati oleh penggarap terkemudian. Permasalahan yang amat sering dibangkitkan tentang pengkajian teks bercorak sejarah ialah tentang kewujudan dan pencampuran unsur fantasi ( mitos, legenda dan post-eventum) yang dianggap bukan sejarah. Penelitian teks ini ialah untuk mendapatkan bukti dan data sejarah bagi menyokong dan melengkapkan penulisan mereka tentang teks itu. Permasalahan ini timbul ekoran kehadiran sesebuah teks sejarah sebagai penjelmaan suatu budaya tempatan dan mempunyai nilai sejarahnya yang berlainan sama sekali daripada pengertian dan nilai sejarah yang difahami oleh masyarakat Eropah. Ini disebabkan peristiwa lampau dilihat secara berbeza oleh anggota masyarakat zaman lampau daripada penglihatan masyarakat masa kini. Amat sukar menemukan dua nilai masyarakat yang berlainan coraknya ke dalam satu ruang dan masa yang serupa. Dongeng dan fakta mempunyai pertalian yang relatif. Teks – teks berkenaan membawa makna dan pengertian sejarah secara tersendiri di kalangan masyarakat atau 1
  • 2. http://notappismpsejarah.blogspot.com/ sesuatu bangsa pada zaman lalu tentang kehidupan masyarakat itu sendiri jika ia didekati dengan kaedah yang objektif. Kaedah penelitian filologi:   cuba dapatkan naskah yang ‘asal’ dan ‘asal’dikaitkan dengan yang lebih ‘sederhana’, yang dapat dianggap sebagai prototaip. cuba meneliti keaslian naskhah asal ini sehingga dapat dibuktikan betul – betul ‘asal’ cuba menentukan asal pengaruhnya yang menyebabkan ‘pencemaran’ dari naskah asal. 2