Panduan penulisan kajian tindakan

14,099 views
13,705 views

Published on

Published in: Spiritual, Technology

Panduan penulisan kajian tindakan

  1. 1. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAPANDUAN PENYEDIAAN LAPORANPENYELIDIKAN TINDAKANPROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUANDENGAN KEPUJIANINSTITUT PENDIDIKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA25 Mei 2010
  2. 2. PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN1.0 PENDAHULUANGaris panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru,Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporanpenyelidikan tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah SarjanaMuda Perguruan.2.0 KERTAS2.1 Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)2.2 Warna: Putih3.0 PENAIPAN3.1 Jenis Huruf: ‘Times New Roman’ bersaiz 12 yang ditaip ‘justify’3.2 Selang Baris: DUA (2) langkau ‘double spacing’ bagi teks am.Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak danTerjemahan Abstrak dan Rujukan3.3 Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:• Atas : 2.5 cm daripada jidai atas• Bawa : 2.5 cm daripada jidai bawah• Kanan: 2.5 cm daripada jidai kanan• Kiri : 4.0 cm daripada jidai kiriPeringatan:i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada biraiatas kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran.ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halamanmengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip.Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halamanberikutnya sebagai perenggan baru.iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakantanda sempang.iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah mengandungisekurang-kurangnya DUA baris teks.
  3. 3. 3.4 Format Am : Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecualisubtajuk.3.5 Nombor Halaman :i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah1.5 cm daripada birai bawah dan 2.5 cm daripadabirai kanan. Gunakan huruf yang sama denganhuruf teks, tanpa hiasan.ii. Pada halaman permulaan (bermula daripadahalaman judul) hendaklah dinomborkan denganangka kecil roman secara berturut-turutsepertimana berikut: i, ii, iii, iv …….Peringatan: halaman permulaan dianggapsebagai halaman (i), tetapi tidak ditaip padahalaman pertama.iii. Manakala pada halaman teks am hendaklahmenggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 …….Peringatan: halaman pertama teks dianggapsebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai(1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiapbab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya,tetapi diambil kira ketika menomborkan halamanberikutnya.4.0 CETAKANCetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklahpada sebelah kanan.5.0 PENJILIDAN5.1 Serahan : Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskahuntuk pemeriksaan (penyelia/penilai kedua)hendaklah dijilid menggunakan kulit ‘keras’ jenisbiasa SAHAJA.Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikansetiap pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakanpembentangan dalam seminar penyelidikan.
  4. 4. 5.2 Penduaan : Bagi salinan berikutnya, calon hendaklahmenggunakan kertas mempunyai mutu yang baiksekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.5.3 Warna : Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengankulit jenis “buckram” dan bertulisan emas. Warnakulit adalah Merah Tua (maroon).6.0 KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN6.1 Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusunmengikut urutan berikut:• Judul lengkap penyelidikan• Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan• Penyataan tujuan penyelidikan• Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar• Bulan dan Tahun diserahkanMaklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan‘Tajuk Penyelidikan’ (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran5.0 cm daripada birai atas dan berakhir dengan ‘Tahun’ 5.0 cmdaripada birai bawah.Sila lihat contoh di Lampiran A.6.2 Tulang KulitMaklumat pada ruang ‘tulang laporan penyelidikan’ hendaklahdicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana padamuka hadapan laporan dan hendaklah mengikut susunan yangberikut:Nama IPG (singkatan)Nama CalonIjazahTahunContoh:5.0 cmIPG-KBA MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR PISMP 20105.0 cm
  5. 5. 7.0 FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKANLaporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusunmengikut format Penyelidikan Tindakan.8.0 SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORANLaporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:8.1 Kertas Kosong8.2 Pengesahan PenyeliaLaporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuanpenilaian hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebihdahulu. Sila lihat contoh pada Lampiran B.8.3 Halaman Pengakuan PenulisHalaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslianpenyelidikan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis. Sila lihatcontoh pada Lampiran C.8.4 Halaman Dedikasi (Pilihan)Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripadasatu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, cartaatau gambar. Sila lihat contoh pada Lampiran D.8.5 Halaman Penghargaan (Pilihan)Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat.Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan atauorganisasi yang telah memberikan sebarang bantuan dalampenyediaan kajian. Sila lihat contoh pada Lampiran E.8.6 AbstrakAbstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayudan diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yangdigunakan dalam kursus major di muka surat yang berikutnya.Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidakmelebihi 250 patah perkataan dalam satu muka surat sahaja. Iahendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penyelidikan,kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang
  6. 6. dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan. Silalihat contoh pada Lampiran F dan G.8.7 Halaman KandunganHalaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru danmengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripadatajuk yang terdapat dalam penyelidikan. Sila lihat contoh padaLampiran H.8.8 Halaman Senarai JadualSenarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalampenyelidikan ini. Sila lihat contoh pada Lampiran I.8.9 Halaman Senarai RajahRajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta danpeta. Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yangmemuatkan rajah tersebut. Sila lihat contoh pada Lampiran J.8.10 Halaman Senarai LampiranSenaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisanpenyelidikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:a. Laporan penyelidikan tidak semestinya mengandungilampiran. Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan,jadual, soal-selidik, peta, gambar dan sebagainya yangterlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yangtidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkarayang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan kedalam lampiran.b. Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran Bdan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknyabahan yang disertakan sebagai lampiran. Lampiran jugaboleh diberi tajuk-tajuk tertentu. Sila lihat contoh padaLampiran K.
  7. 7. 8.11 Teksa. Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklahmengandungi tajuk/judul yang membayangkankandungannya berdasarkan format penulisan PenyelidikanTindakan. Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan kepada subtajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu.b. Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan. Elakkanmenulis perenggan yang panjang. Setiap perenggansebaiknya dapat menerangkan satu isu atau perkara yangada kesinambungan dengan perenggan berikutnya.c. Berikut adalah contoh tajuk/judul teks dalam laporanPenyelidikan Tindakan.1.0 PENDAHULUAN1.1 Pengenalan1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran1.3 Refleksi Nilai Pendidikan2.0 FOKUS KAJIAN2.1 Isu Kajian2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian3.0 OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN4.0 KUMPULAN SASARAN5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN6.0 CARA PENGUMPULAN DATA7.0 KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI8.0 RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN9.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA10.0 SENARAI RUJUKAN
  8. 8. Tajuk Alternatif1.0 PENDAHULUAN1.1 Pengenalan1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Saya Yang Lalu1.3 Refleksi Nilai Pendidikan Saya2.0 FOKUS KAJIAN2.1 Apakah Isu Kajian Saya?2.2 Apakah Yang Telah Saya Pelajari Tentang Isu KajianSaya?3.0 APAKAH SOALAN KAJIAN SAYA?4.0 SIAPAKAH MURID SAYA DALAM KAJIAN INI?5.0 APAKAH TINDAKAN SAYA?6.0 BAGAIMANAKAH TELAH SAYA MENGUMPUL DATA?7.0 APAKAH KEPUTUSAN KAJIAN SAYA?8.0 APAKAH YANG TELAH SAYA PELAJARI?9.0 APAKAH AKAN SAYA BUAT SETERUSNYA?10.0 SENARAI RUJUKAN[Perhatian: Tajuk-tajuk di atas hanya merupakan contoh sahaja; Pelajarboleh menulis laporan mengikut peringkat dalam ModelPenyelidikan Tindakan Lewin (1946) & Laidlaw (1992)]8.12 Sistem Rujukan8.12.1 Menulis Rujukan Dalam TeksBagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber,penulis hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks.Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulismengikut sistem American Psychological Association (APA) yangterkini. Contoh rujukan dalam teks adalah seperti yang berikut:
  9. 9. (a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan…Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembanganindividu yang menyeluruh (Choy, 2006).(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan…Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee &Boon, 2005).(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006)menyatakan …Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon,1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan…(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkanpeperiksaan (Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990),sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkanpeperiksaan.8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai RujukanContoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:(a) BukuKleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney:Hodder Headline.(b) JurnalLindsay, A. W. (1982). Institutional performance in highereducation: The efficiency dimension [Prestasi institusidalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.] Review ofEducational Research, 2, 175-199.
  10. 10. (c) Surat khabarBall, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. UtusanMalaysia, hlm. 15.(d) Tesis tidak diterbitkanAeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guruWilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, UniversitiMalaya, Kuala Lumpur, Malaysia.(e) Media elektronikFatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/survey-1997-10/(f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)GVUs 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/survey-1997-10/8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang AsiaDalam TeksPengarang MelayuPengarang CinaPengarang IndiaDalam Senarai RujukanDalam senarai rujukan, tulisnama penuh pengarang yangtidak mempunyai nama keluarga.Mohd. Ali (2005) menyatakan …Lim (2006) menyokong …Krishnan (2003) menerangkan…Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005).Merdeka. Kuala Lumpur: PenerbitTaufik Intelek Sdn. Bhd.Lim, C. B. (2006). Politik dan saya.Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd.Krishnan a/l Thambipillay. (2003).Dunia politik. Kuala Lumpur:Tasha Publications.
  11. 11. 9.0 Had MaksimumHad panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidakmelebihi 10 000 patah perkataan.

×