Jelaskan empat pendekatan motivasi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Like this? Share it with your network

Share
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
842
On Slideshare
544
From Embeds
298
Number of Embeds
4

Actions

Shares
Downloads
54
Comments
0
Likes
0

Embeds 298

http://notappismpsejarah.blogspot.com 290
http://www.notappismpsejarah.blogspot.com 4
http://notappismpsejarah.blogspot.in 3
http://notappismpsejarah.blogspot.com.es 1

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Jelaskan Empat Pendekatan Motivasi Iaitu Pendekatan Behaviouris, Pendekatan Humanistik, Pendekatan Kognitif Dan Pendekatan Sosiobudaya
  • 2. MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN KONSEP ASAS: MOTIVASI JENIS MOTIVASI PENDEKATAN MOTIVASI MOTIVASI INTRISTIK PENDEKATAN BEHAVIORIS PENDEKATAN KOGNITIF PENDEKATAN HUMANISTIK PENDEKATAN SOSIOBUDAY A MOTIVASI EKSTRINSIK
  • 3. Motivasi bermakna sesuatu kuasa yang mendorongkan seseorang untuk melakukan sesuatu untuk mencapai matlamat atau kejayaan Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggap sebagai salah satu unsur penting yang membolehkan murid-murid melibatkan diri secara aktif, di samping menjadikan proses pembelajaran itu berlangsung dalam keadaan yang bermakna, berfaaedah dan mengembirakan (Kamarudin Hj. Husin, 1993)
  • 4. MOTIVASI INTRINSIK MOTIVASI EKSTRINSI K
  • 5. MOTIVASI INTRINSIK
  • 6. Pada amnya, motivasi intrinsik menekankan kepada galakan untuk kebebasan belajar berasaskan minat dan keseronokan belajar. Ini membawa kepada kesan pembelajaran yang lebih berkekalan oleh murid tanpa paksaan walaupun belum diajar oleh guru
  • 7. 1 2 3
  • 8. Pendekatan Humanistik menekankan kebebasan peribadi, pilihan, kegigihan kendiri dan menuju ke arah pertumbuhan kendiri. Manusia dilahirkan dengan kecenderungan semulajadi serta keperluan untuk berusaha mencapai potensi yang optimum. Manusia juga didorong untuk melakukan tingkah laku tertentu kerana penyempurnaan kendiri, iaitu semua manusia mempunyai keinginan dalaman mencapai segala yang diinginkan oleh mereka. Antara pengkaji teori Humanistik adalah Maslow (1997) yang membuat kajian mengenai peranan keperluan dalam menentukan motivasi.
  • 9. Menurut Maslow, keperluan merupakan keadaan deprivasi yang memotivasikan seseorang untuk bertindak terhadap sesuatu matlamat, sama ada keperluan fisiologi, psikologi, emosi mahupun intelek. Pendekatan Humanistik juga meninjau tentang ciri-ciri peribadi seseorang seperti kompetensi kendiri, harga diri, kegigihan kendiri, pencapaian kendiri dan autonomi dan memberi penekanan terhadap individu yang mempunyai kawalan dalaman tentang proses-proses hidup sendiri. Matlamat pendekatan humanistik untuk merangsang pengalaman murid supaya mereka akan mengurangkan tabiat mempertahankan diri dan bertindak lebih terbuka terhadap pembelajaran daripada persekitaran.
  • 10. Dengan demikian, murid dapat mengawal diri sendiri dan tidak dipengaruhi oleh lokus kawalan luaran. Ahli Humanistik juga menyatakan perlunya hubungan rapat/keakraban antara guru, ibu bapa dengan murid kerana keadaan ini akan mewujudkan motivasi inrinsik yang tinggi. Penglibatan dan sokongan autonomi yang tinggi akan meningkatkan kompetensi, tanggungjawab dan pencapaian seseorang murid. Secara tidak langsung murid akan bermotivasi untuk melaksanakan tugasan atau aktiviti yang diberikan.
  • 11. Antara strategi yang boleh digunakan oleh pendidik untuk meningkatkan motivasi secara pendekatan humanistik ialah:-
  • 12. Pendekatan Kognitif menekankan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh cara manusia berfikir tentang diri mereka dan persekitaran. Arah dimana tingkah laku diambil boleh diterangkan berdasarkan empat pengaruh iaitu:- 1. Keperluan untuk membina suatu asas pengetahuan yang teratur dan kosisten. 2. Harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan berjaya 3. Faktor yang mana seseorang percaya akan menghasilkan kejayaan / kegagalan 4. Kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.
  • 13. Dalam teori kognitif, manusia dilahirkan dengan naluri ingin tahu intrinsik, bermotivasi, dan meneroka untuk menyelesaikan masalah sebagai suatu bentuk tingkah laku penyesuaian. Untuk memotivasikan murid, kita harus merangsang naluri ingin tahu dan menyokong kepercayaan tentang kebolehan mereka untuk berjaya. Dalam teori kognitif, manusia dilahirkan dengan naluri ingin tahu intrinsik, bermotivasi, dan meneroka untuk menyelesaikan masalah sebagai suatu bentuk tingkah laku penyesuaian. Untuk memotivasikan murid, kita harus merangsang naluri ingin tahu dan menyokong kepercayaan tentang kebolehan mereka untuk berjaya.
  • 14. Teori Atribusi Weiner (Weiner, 1980, 1992), merupakan teori kontemporari yang berpengaruh terhadap implikasi motivasi akademik. Teori ini menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini.
  • 15. Penekanan ditumpukan kepada persepsi seseorang murid yang mempengaruhi cara mereka mentafsir kejayaan / kegagalan usaha mereka yang turut sama mempengaruhi kecenderungan murid untuk mengulangi tingkah laku yang sama. Menurut Weiner, atribut boleh wujud dalam 3 dimensi: 1.Lokus (Lokasi di mana penyebab itu berada) 2.Stabiliti (penyebab boleh berubah atau tidak) 3.Kawalan (Sejauh mana murid-murid bertanggungjawab ke atas kejayaan atau kegagalan mereka untuk mengawal situasi pembelajaran yang sedang dilalui).
  • 16. ATRIBUT LOKUS (LOKASI PENYEBAB) STABILITI (PENYEBAB) KAWALAN (SITUASI PEMBELAJARAN) Kebolehan Di dalam murid- murid Stabil Luar kawalan Usaha Di dalam murid- murid Tidak stabil Dalam kawalan Nasib Di luar murid- murid Tidak stabil Luar kawalan Aras kesukaran tugasan Di luar murid- murid Stabil Luar kawalan Empat faktor yang akan mempengaruhi motivasi dalam pendidikan seperti dalam jadual:
  • 17. Peranan guru dalam meningkatkan motivasi murid antara lain ialah seperti:- 1. Guru perlu membantu murid memastikan bahawa mereka percaya adalah kompeten. Kegagalan yang hanya berlaku sekali- sekala adalah disebabkan oleh nasib dan usaha yang tidak mencukupi dan perkara ini tidak akan wujud pada masa hadapan. 2. Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, usaha dilipat-gandakan. 3. Pastikan murid berusaha dan beranggapan mereka boleh berjaya. Elakkan daripada situasi yang mana murid berulang kali gagal kerana ini akan menyebabkan mereka berasa tidak kompenten. 4. Bantu murid memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa mereka ke tahap kejayaan / kegagalan. 5. Merangsang konsep kendiri murid akan sentiasa fokus kepada usaha sebagai faktor kejayaan
  • 18. VICTOR VROOM Menurut Victor Vroom, biasanya kita dimotivasikan untuk melakukan sesuatu berasaskan kepada apa yang kita anggap sebagai impak ke atas tindakan kita. Kita akan mengkaji ganjaran yang timbul hasil daripada tindakan yang kita ambil, seterusnya akan bertindak mengikut cara yang akan membawa kepada kejayaan serta pemberian ganjaran yang paling besar sekali.
  • 19. Teori Ekspektansi x Nilai berpandangan bahawa motivasi ialah gabungan antara dua elemen penting, iaitu nilai dan ekspektansi. Dengan perkataan lain motivasi merupakan fungsi ekspektansi seseorang untuk mencapai matlamat dan nilai yang diletakkan pada matlamat tersebut Motivasi ialah hasil harapan dan nilai, jikalau mana- mana antara faktor ini adalah sifar, maka tidak akan wujud motivasi untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat. Dengan itu guru perlu memastikan tugasan penguasaan dan perkembangan yang membolehkan murid memperoleh kejayaan.
  • 20. Dua Konsep Penting
  • 21. Persepsi efikasi kendiri membantu dalam menentukan bagaimana seseorang individu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh. Ini boleh merangsang pencapaian manusia dan mempengaruhi pilihan seseorang terhadap tindakan selanjutnya. Individu berkecenderungan untuk memilih tugas yang mereka fikir kompeten dan yakin mengelakkan tugas yang mereka tidak berkebolehan
  • 22. Semakin tinggi efikasi kendiri, semakin berusaha dan tekun seseorang murid itu. Kepercayaan efikasi kendiri juga mempengaruhi pola pemikiran dan reaksi emosi seseorang. Murid yang mempunyai kompetensi peribadi yang tinggi akan menghadapi tugas yang mencabar, melibatkan diri dalam aktiviti secara aktif, merangka matlamat yang lebih mencabar dan seterusnya mengekalkan komitmen dan meningkatkan usaha semasa menghadapi kegagalan.
  • 23. Dalam pendekatan ini, adalah penting sebagai seorang Guru:- Meningkatkan efikasi kendiri murid dengan membantu mereka merangka matlamat realistik Merancang aktiviti yang sesuai dengan kebolehan mereka.
  • 24. RUMUSAN Dua jenis motivasi yang sering digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran adalah motivasi ekstrinsik (Luaran) dan intrinsik (Dalaman). Menurut pendekatan behaviorisme, manusia akan mengulangi tingkah laku jika mendapat peneguhan dan akan berhenti jika mendapat dendaan. Pendekatan ini mementingkan peneguhan, ganjaran dan dendaan. Motivasi ini dikenali sebagai motivasi ekstrinsik. Menurut perspektif kognitif, pembelajaran ditentukan oleh nilai intrinsik. Pembelajaran adalah merupakan hasilan daripada sesuatu tingkah laku, kepercayaan terhadap kebolehan diri untuk melaksanakan sesuatu tingkah laku . Ini melibatkan motivasi intrinsik.
  • 25. Sementara itu menurut pendekatan sosiobudaya, penglibatan manusia dalam kehidupan harian dan hubungan interpersonal dengan masyarakat. Manusia akan meniru ciri-ciri model supaya dapat berada pada status yang sama dengan model. Penglibatan ini melibatkan motivasi Ekstrinsik. Pendekatan Humanisme pula berpegang kepada bahawa manusia bermotivasi terhadap sesuatu tingkah laku kerana dapat mencapai keperluan penyempurnaan kendiri. Ini melibatkan motivasi intrinsik. RUMUSAN
  • 26. RUMUSAN Oleh itu, Guru memainkan peranan penting bagi memastikan setiap pendekatan motivasi yang digunakan akan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid mereka. Pembelajaran murid biasanya akan meningkat jika insentif yang diberi adalah selaras dengan keperluan mereka termasuk menimba pengalaman baru, mengasah kemahiran- kemahiran tertentu, mengatasi cabaran-cabaran tertentu, mencapai kejayaan ataupun berinteraksi dengan orang lain. Dengan menyedari keperluan seseorang murid, guru dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demi kecemerlangan yang semaksimumnya.
  • 27. IMPLIKASI MOTIVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
  • 28. Sebelum Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, guru- guru perlu membuat rancangan mengajar dan alat-alat bantuan pengajaran berkaitan yang akan digunakan. Sebelum proses pengajaran dan pembelajaran, guru- guru perlu membuat rancangan mengajar dan alat-alat bantuan pengajaran berkaitan yang akan digunakan. Bagi mendorong minat terhadap pelajaran, guru-guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang mencabar serta mengkehendaki mereka meneroka dan mengetahui sendiri mengenai sesuatu topik tersebut. Apabila timbulnya minat, mereka akan mempunyai motivasi intrinsik untuk mengikuti langkah pengajaran yang berikutnya. Bagi mendorong minat terhadap pelajaran, guru-guru boleh mengemukakan soalan-soalan yang mencabar serta mengkehendaki mereka meneroka dan mengetahui sendiri mengenai sesuatu topik tersebut. Apabila timbulnya minat, mereka akan mempunyai motivasi intrinsik untuk mengikuti langkah pengajaran yang berikutnya.
  • 29. Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagi memperkenalkan sesuatu topik dengan melibatkan penglibatan murid-murid samada dalam perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan topik. Penghargaan dari guru amat penting kerana akan dapat memotivasikan mereka mengikuti pelajaran di bilik darjah. Contohnya, guru sering melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kata-kata lisan seperti kerja yang cemerlang, kerja awak ini kemas ataupun isyarat tubuh badan seperti anggukan atau senyuman. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru boleh menggunakan pelbagai pendekatan bagi memperkenalkan sesuatu topik dengan melibatkan penglibatan murid-murid samada dalam perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan topik. Penghargaan dari guru amat penting kerana akan dapat memotivasikan mereka mengikuti pelajaran di bilik darjah. Contohnya, guru sering melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kata-kata lisan seperti kerja yang cemerlang, kerja awak ini kemas ataupun isyarat tubuh badan seperti anggukan atau senyuman. Guru-guru mesti mengelak daripada mengkritik murid-murid semasa pelajaran berlangsung. Mereka perlu mendapatkan kepercayaan dan penghormatan serta mudah didekati oleh para murid. Selain itu, suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan guru yang mempunyai komunikasi yang berkesan dapat memotivasikan murid-muridnya mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Guru-guru mesti mengelak daripada mengkritik murid-murid semasa pelajaran berlangsung. Mereka perlu mendapatkan kepercayaan dan penghormatan serta mudah didekati oleh para murid. Selain itu, suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan guru yang mempunyai komunikasi yang berkesan dapat memotivasikan murid-muridnya mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan baik.
  • 30. Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran. Guru-guru boleh menyediakan aktiviti-aktiviti lanjutan selepas proses pengajaran dan pembelajaran seperti kuiz-kuiz dalam talian yang membolehkan murid-murid menjawab kuiz pada waktu lapang. Sebagai guru yang prihatin, perhatian yang sepenuhnya perlu diberikan kepada pelajar yang kurang cerdas dengan menyediakan latihan tambahan untuk mencapai hasil pembelajaran. Implikasi penggunaan teknik-teknik motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan penglibatan dan pencapaian akademik murid-murid. Justeru, guru mesti mempercayai bahawa pencapaian semua murid bolah dipertingkatkan melalui motivasi intrinsik dan ekstrinsik.