Definisi komunikasi

  • 20,258 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
No Downloads

Views

Total Views
20,258
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
309
Comments
2
Likes
3

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. DEFINISI KOMUNIKASIKita sering membicarakan ttg komunikasi yg baik & relevan akan mampu mempengaruhminda mahupun tindakan/perilaku seseorang. Kebanyakkan drpd kita mengandaikankomunikasi itu sebagai percakapan sehari-hari tak kiralah ianya percakapan yg rasmiatau biasa2 seja. Komunikasi sebenarnya merangkumi dua(2) aspek iaitu komunikasilisan dan juga komunikasi bkn lisan.Komunikasi Lisan adalah melibatkan percakapan atau perbualan & penulisan ygbertujuan menyampaikan mesej dr satu pihak kpd pihak yg lain & pihak yg menerimamesej itu pula akan memproses mesej yg diterima itu. Ia juga tidak terhad secara "faceto face" saja, malah komunikasi secara virtual atau maya seperti chatting & e-mail jugaadalah dikategorikan sebagai komunikasi lisan kerana tujuannya sama iaitumenyampaikan mesej.Komunikasi Bukan Lisan pula adalah komunikasi yg melibatkan gerak-laku seseorgindividu yg ditunjukkan seperti posture tubuh, gesture tangan/kepala, mimik mukatermasuk mata, hidung & bibir. Cthnya, menggelengkan kepala memberi maksud takmahu atau tak setuju dan sebaliknya jika menganggukkan kepala tanda setuju.Definisi komunikasiSecara umum, komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dariseorng kepada yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lainmengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yangdikongsi bersama.Komunikasi berkesanKomunikasi berkesan berlaku dalam keadaan-keadaan berikut:1. mesej yang disampaikan difahami dengan tepat dan jelas penerima2. makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima
  • 2. 3. perubahan yang berlaku (sekiranya dikehendaki) akibat dari mesej adalah sepertiperubahan yang dikehendaki oleh penghantar4. mesej yang disampaikan mempunyai kos efektifElemen dalam komunikasiElemen-elemen tersebut adalah:1. Penghantar - Orang yang mempunyai mesej untuk disampaikan.2. Mesej - Maklumat idea atau pandangan yang datangnya dari minda penghantar dancuba disampaikan kepada pihak lain.3. Gangguan - Perkara-perkara yang menggangu dan menghalang keberkesanankomunikasi. Akibatnya maklumat yang diterima mungkin tidak tepat atau salah tafsirPenghantarPenghantar hendaklah memastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian sewajarnyaiaitu:1. penghantar jelas tentang mesej yang hendak disampaikan2. meneliti dengan baik mesej yang hendak disampaikan3. pasti dengan kepentingan mesej itu4. Mendapatkan perhatian penerima5. menghantar pada waktu yang tepat dan sesuai6. sensitif kepada maklumbalas pihak lain7. mengenal pasti gangguan8. mengurangkan gangguan
  • 3. Maklum balas boleh diberi atau didapati melalui berbagai kaedah iaitu:1. mengemukakan soalan-soalan sama ada daripada penghantar atau penerima2. reaksi-reaksi bukan lisan yang kelihatan3. rephrasing atau paraphrasing iaitu merumuskan semula mesej4. ringkasan-ringkasanAntara gangguan dalam komunikasi ialah:1. persediaan yang tidak mencukupi di pihak penghantar sehingga menyebabkan mesejkurang jelas .2. penghantar dan penerima tidak dapat mengenal pasti dan memisahkan antarapemerhatian, sangkaan dan mesej sebenar.3. pemilihan perkataan yang tidak tepat dan terlalu umum yang mengundang tafsiranberbeza-beza mengenai perkataan4. masing-masing mempunyai kefahaman yang berbeza-beza mengenai perkataan danayat.5. Satu pihak sensitif dan menghormati kelainan pihak lain. Anggapanya ialah semuayang terlibat mempunyai pandangan dan perasaan yang serupa.Terdapat beberapa kemahiran yang terlibat dalam komunikasi berkesan iaitu:1. Kemahiran tingkah laku
  • 4. a) komunikasi matab) kedudukan tubuh dan pergerakanc) mimik muka dan air mukad) ketrampilane) suaraf) komunikasi berkesan2. Kemahiran menimbulkan minat oranga) libatkan pendengarb) menghiburkanc) mengenalpasti keistimewaan orang laind) membawa topil perbualan yang anda mahir3. Kemahiran memberi perhatiana) mendengar dengan aktifb) menumpukan sepenuh perhatian dengan perhubungan matac) mata tidak liar ke sana ke mari tidak kerap melihat jam atau tidak meninjauninjaukeluard) memberi maklumbalas lisan atau bukan lisan yang positif seperti perkataanya atau mengangguk angguk kecile) bertanya untuk penjelasan selanjutnya sekiranya kurang jelas4. Kemahiran mendengar
  • 5. 5. Kemahiran pemerhatian6. Kemahiran mengemukakan soalana) Soalan tertutupb) Soalan terpimpinc) Soalan terbuka7. Kemahiran memberi rekleksi perasaan8. Kemahiran memberi maklumbalas9. Maklumbalas yang gagalPerhubungan InterpersonalPerhubungan Interpersonal ialah bagaimana anda berinteraksi dan berkomunikasidenganseorang yang lain. Anda memerlukan kemahiran bagi mendapatkan perhubungan yangbaik. Dalam komunikasi dan perhubungan interpersonal, terdapat 2 peringkat yangterlibat iaitu:1 Peringkat maklumat2 Peringkat perhubungan3 Layanan yang diharapkanDifahami
  • 6. Setiap individu mahu dirinya difahami dan tidak disalah anggap. Individu adalah unik,mempunyai latarbelakang berbeza dengan pengalaman berbeza yang menyebabkanperibadi dan kelakuannya sedemikian rupa. Semua orang tidak mahu dirinya dijatuhkanhukuman atau dituduh melulu kerana sesuatu sebab.DiterimaUntuk diminta diterima seadanya, tanpa perlu dipersoalkan bagaimana dan mengapa.Setiap orang mahukan kebebasan asas dan diberi ruang untuk membentuk peribadinyasendiri tanpa perlu ubahsuai yang banyak kepada masyarakat sekeliling, dengansyaratnya kebebasan tersebut tidak menggangu ketenteraman orang lain. Apabila adastandard atau piawaian yang sukar diterima oleh orang orang tertentu, maka terjadilahsingkiran dan penafian.DipercayaiManusia memninta dipercayai tanpa melihat paras rupa atau kedudukan pada dasarnyalayanan seperti di atas diperlukan oleh setiap orang, bersesuaian dengan fitrahsemulajadi manusia sebagai seorang ahli masyarakat. Apabila semuanya ini dipenuhimaka akan berlakulah keadaan ideal yang harmoni dan bersefahaman.Asas perhubungan interpersonal1. layanan orang lain sebagaimana anda mahu diri anda dilayan oleh orang lain2. usah beri layanan yang tidak wajar kepada orang lain sebagaimana anda tidak mahudiri anda dilayan sedemikian rupa walaupun orang lain memberi anda layanan yangtidak wajar.Empati
  • 7. Empati ialah untuk anda memahami pandangan, kelakuan, sikap atau perasaanseseorang sekiranya amda ,asih melihat dari dunia anda. Untuk anda memahami danmenyelami pandangan, perasaan, sikap dan kelakuan orang lain, anda perlu keluar daridunia anda dan memasuki dunia orang berkenaan.Langkah untuk mempraktikan sikap empati:1 mendengar secara aktif2. mendapatkan maklumat fakta dan perasaan disebaliknya3. mengesahkan kefahaman anda melalui kaedah “paraphrasing” atau “rephrasing”4. melihat isu dan pandangan melalui kacamata5. bersama-sama memahami dan menyelami perasaan mereka denganbersungguhsungguhRapport bmaksud :i. memupuk perhubungan /membina jambatan perhubungan antara anda danorang lain.ii. kepercayaan atau percaya mempercayai antara satu sama lainCara-cara memupuk rapportFokus kepada diri orang berkenaan kerana pada prinsipnya semua orang berminatdengan dirinya sendiri. Memandangkan anda perlu memupuk perhubungan danmenarik minatnya maka fokus adalah kepada diri dan subjek orang berkenaan.Bagi memupuk kepercayaan lakukan apa yang anda katakan. Ini bermakna anda tidakberpura-pura atau bermuka-muka.Asertif
  • 8. Asertif ialah kelakuan atau tindakan seseorang dalam menyatakan perasaan,pandangan dan haknya dengan jelas dan tegas tanpa menggangu perasaan atau hakorang lain. Dalam komunikasi terdapat tiga kelakuan atau tindakan yang dapat dilihatiaitu:a) Pasif – kelakuan (kelakuan atau tindakan dimana anda tidak berdiri untukmenegakkan hak dan pandangan anda.b) Agresif- kelakuan (Kelakuan atau tindakan yang agresif kadang kala disalahanggapkan sebagai asertif)c) Asertif – kelakuan (orang yang yakin pada dirinya dan jelas akan haknyabiasanya mempunyai kelakuan asertif)Secara amnya ada 2 pendekatan kepada masalah perhubungan interpersonal iaitu:1. Menyelesaikannya iaitu mencari jalan untuk menyelesaikan dan memperbaikiperhubungan.2. membiarkanya iaitu menghindari orang berkenaan sekiranya boleh.KonflikKonflik ialah satu keadaan di mana terdapatnya pertembungan dan pertentangan duayang berbeza tidak kira sama ada dua kehendak berbeza, dua keperluan berbeza ataudua kepentingan berbeza dalam satu jiwa yang menyukarkan pilihan dan keutamaan.Pendekatan yang boleh diambil untuk meyelesaikan konflik ialah:
  • 9. a) Berhadapan dengan orang yang berkenaan dan menyelesaikannyab) melibatkan orang ketiga yang mempunyai kuasac) salah seorang mengalah dan berundur dari konfliknyahttp://sabahan.bigforumpro.com/t1376-pendidikan-definisi-komunikasi