Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang

on

  • 666 views

 

Statistics

Views

Total Views
666
Views on SlideShare
482
Embed Views
184

Actions

Likes
0
Downloads
15
Comments
0

10 Embeds 184

http://notappismpsejarah.blogspot.com 167
http://notappismpsejarah.blogspot.com.br 7
http://notappismpsejarah.blogsopt.com 2
http://notappismpsejarah.blogspot.de 2
http://notappismpsejarah.blogspot.mx 1
http://notappismpsejarah.blogspot.pt 1
http://notappismpsejarah.blogspot.com.ar 1
http://notappismpsejarah.blogspot.ca 1
http://notappismpsejarah.blogspot.se 1
http://notappismpsejarah.blogspot.com.es 1
More...

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang Document Transcript

  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) BAHAGIAN EMPAT: PENSEJARAHAN BERBENTUK UNDANG-UNDANG  Undang-undang merupakan satu susunan peraturan dan ketentuan yang dibuat oleh badan pemerintah sesebuah negara.  Dalam zaman feudalisme Melayu, terdapat undang-undang yang telah direkodkan dalam bentuk penulisan yang boleh menjadi rujukan kepada kerajaan yang memerintah dan pemerintah selepasnya.  Antara undang-undang bertulis yang terdapat di alam Melayu termasuklah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang 99 Perak, Undangundang Kedah, Undang-undang Kedah dll.  Selain menjadi panduan kepada para pemerintah, undang-undang bertulis di alam Melayu ini juga menjadi antara sumber pensejarahan penting kepada Malaysia. HUKUM KANUN MELAKA  Hukum Kanun Melaka juga dikenali sebagai Undang-undang Darat Melaka atau Risalah Hukum Kanun.  Para sejarawan berpendapat, Undang-undang Melaka disusun dan ditulis pada zaman Sultan Muzaffar Syah berdasarkan daripada Sejarah Melayu supaya segala peraturan itu dihimpunkan “.... supaya jangan lagi bersalahan adat segala hukum menterinya”.  Walaubagaimanapun, Undang-undang Melaka telahpun wujud sejak zaman Megat Iskandar Syah seperti yang ditulis dalam Sejarah Melayu yang “....memerintah istiadat kerajaan baginda”. Oleh itu, Undang-undang Melaka telah pun wujud sejak zaman awal pengasasan Melaka.  Undang-undang Melaka mengandungi 44 fasal mengenai kuasa dan bidang kuasa raja dan pembesar-pembesar, pantang larang masyarakat umum, hukuman ke atas kesalahan jenayah dan undang-undang keluarga. hazmanazhar© 2013 1
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Beberapa fasal yang terdapat dalam Hukum Kanun Melaka adalah berdasarkan undang-undang Islam dan menampakkan pengaruh Islam dalam pemerintahan Melaka.  Antara pengaruh Islam yang jelas dalam undang-undang di Melaka adalah hukum hudud seperti hukum potong tangan kepada pencuri. Dalam Sejarah Melayu misalnya ada menyebut hukuman tersebut sebagai “kudung tangannya”. (Muhammad Yusoff Hashim,1989)  Undang-undang “kudung tangan” ini telah dikuatkuasakan ketika pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah. Hukum Kanun Melaka menyebut, “Adapun jikalau ia mencuri, maka tertangkap lalu dibunuhnya maka kenalah denda dia setengah harganya.... Adapun pada hukum Allah orang yang mencuri itu tiada harus dibunuh, melainkan dipotong tangannya.”  Selain itu, hukum-hukum Islam lain yang dapat dilihat dalam Hukum Kanun Melaka termasuklah bab jual beli dan nikah kahwin.  Contohnya, Fasal 30 dalam Hukun Kanun Melaka menjelaskan larangan menggunakan riba dalam urusan perniagaan, “...pada menyatakan hukum orang yang berniaga itu dan haram atas segala yang mengambil riba”.  Walaupun Islam mempengaruhi penggubalan undang-undang Melaka, tradisi setempat masih dikekalkan dalam undang-undang misalnya dalam Hukum Kanun Melaka (Fasal 13:3) menyebut sesiapa yang “berjual titah” (memalsukan titah) akan dikenakan samada hukuman bunuh, dibelah lidah atau dikupas kulit kepala.  Hukuman sebegini adalah hukuman tradisi yang diamalkan sejak periode pra-Islam dan bukanlah satu daripada ajaran Islam.  Dalam Hukum Kanun Melaka, dua aspek utama yang digambarkan termasuklah gambaran mengenai masyarakat Melaka pada abad ke-15 dan 16 serta sistem politik dan pentadbiran di Melaka. hazmanazhar© 2013 2
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Gambaran sistem politik dan pentadbiran pada zaman Kesultanan Melayu Melaka mengikut Hukum Kanun Melaka: 1. Raja dianggap sebagai mempunyai kekuasaan tertinggi dan berkuasa penuh di mana titah baginda adalah undang-undang tertinggi dan mengatasi undang-undang yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka itu sendiri. 2. Hukum Kanun Melaka menjadi panduan kepada para pembesar Melaka dengan menerangkan tugas-tugas para pembesar seperti Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. 3. Rakyat biasa terdiri daripada rakyat yang bermastautin dan berhijrah ke Melaka. 4. Hukuman masih mengekalkan sebahagian daripada pengaruh Hindu-Buddha di mana hukuman adalah berbeza mengikut darjat dan kedudukan seseorang.  Antara kandungan yang terkandung dalam Hukum Kanun Melaka termasuklah: 1. Tanggungjawab raja dan pembesar 2. Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat 3. Undang-undang keluarga 4. Hukuman kesalahan awam dan jenayah 5. Permasalahan ibadat dan muamalat 6. Hukum perhumaan  Walaupun undang-undang yang berteraskan Islam dilaksanakan di Melaka, namun hanya sebahagian sahaja undang-undang yang berteraskan Islam dalam Hukum Kanun Melaka.  Selebihnya, undang-undang dalam Hukum Kanun Melaka adalah mengikut undangundang yang diwarisi sejak zaman pra-Islam. hazmanazhar© 2013 3
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Sebagai contoh, berlaku perbezaan terhadap hukuman kepada setiap individu yang berlainan darjat dan keturunan.  Dalam Fasal 8.1 misalnya, hukuman menetak orang adalah berbeza-beza di mana sekiranya seseorang orang hamba abdi menetak seseorang yang merdeheka, hamba tersebut akan dihukum penjara manakala seseorang merdeheka pula hanya didenda setengah harga daripada sepuluh emas.  Menurut Hukum Kanun Melaka, terdapat tiga kesalahan berat yang tidak diampuni oleh hakim iaitu membunuh, mengambil isteri orang dan orang kelakuannya bermaharajalela seperti bertindak ganas sesuka hati.  Kesalahan seperti ini hanya boleh diampunkan oleh raja.  Walaubagaimanapun, raja adalah kebal daripada sebarang undang-undang. Sebagai contoh, walaupun Sultan Mahmud Syah pernah berzina dan mengatur pembunuhan, baginda tidak dihukum.  Dalam bidang nikah kahwin (munaqahat) dan jual beli, hukum Islam digunakan sepenuhnya seperti: 1. Pewalian seorang perempuan 2. Syarat sah ijab kabul dalam perkahwinan 3. Hukum dan syarat sah saksi dalam perkahwinan 4. Hukum tentang perceraian dan perpisahan suami isteri 5. Hukum riba 6. Hukum jual beli hazmanazhar© 2013 4
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA  Undang-undang Laut Melaka juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Kitab Peraturan Pelayaran dan Hukum Undang-undang Laut.  Undang-undang ini merupakan satu peraturan yang telah ditetapkan oleh Kesultanan Melayu Melaka berkaitan hukum dan peraturan di laut seperti tatacara, undangundang pelayaran dan perkapalan.  Undang-undang Laut Melaka juga mengandungi peraturan dan tatatertib berniaga, cara berjual beli, hukum-hukum jenayah di kapal, larangan-larangan dan tanggungjawab nakhoda, kiwi serta anak kapal.  Undang-undang Laut Melaka diwujudkan untuk melancarkan urusan pedagangan di Selat Melaka. Hal ini telah menggalakkan kedatangan pedagang asing dari luar untuk terus berdagang di Melaka.  Menurut R.O Winstedt dan Josselin de Jong yang meneliti dan menyelenggara teks Undang-undang Laut Melaka, undang-undang ini dipercayai telah disusun pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Syah dan Bendahara Seri Maharaja.  Undang-undang Laut Melaka ini dianggap sebagai undang-undang tambahan kepada Hukum Kanun Melaka (Undang-undang Darat Melaka).  Undang-undang Laut Melaka mempunyai 25 fasal di mana 24 daripadanya menyentuh soal perdagangan dan perkapalan.  Antara peruntukan yang terdapat dalam Undang-undang Laut Melaka yang bersabit dengan hal di laut termasuklah: 1. Tugas pegawai kapal 2. Hukuman yang dijalankan di atas kapal 3. Hukum-hukum perniagaan hazmanazhar© 2013 5
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Antara tugas-tugas pegawai kapal termasuklah: 1. Nakhoda: Nakhoda dianggap sebagai pegawai tertinggi dan individu yang paling berkuasa dalam sesebuah kapal, jong atau balok. Beliau diberi kuasa penuh seperti seorang raja. Nakhoda mempunyai beberapa keistimewaan tertentu, antaranya termasuklah tempat duduk khas yang hanya boleh diduduki oleh nakhoda sahaja yang dikenali sebagai “peterana lawang”. Selain itu, terdapat beberapa larangan yang perlu dipatuhi oleh anak-anak kapal bagi menghormati nakhoda. Antaranya, anak kapal dilarang untuk duduk terjuntai di atas anjung dan duduk menghadap ke belakang kapal. Hal ini dianggap sebagai tidak menghormati nakhoda sebagai seorang raja di laut. Tidak ada mana-mana anak kapal dibenarkan bercermin menghadap ke haluan kerana dikhuatiri mempunyai muslihat tertentu. Contohnya, jika nakhoda datang dari belakang akan kelihatan nakhoda dan isteri atau gundiknya di dalam cermin. Antara keistimewaan lain yang terdapat pada nakhoda termasuklah:  Jika seseorang anak kapal turun ke darat dengan suruhan nakhoda dan mendapat apa-apa harta seperti emas atau perak, semua harta itu akan jatuh kepada raja (nakhoda). Mereka hanya akan mendapat harta itu atas belas kasihan nakhoda.  Tetapi jika anak kapal turun ke darat tanpa suruhan nakhoda, nakhoda hanya mendapat 1/3 sahaja dari harta tersebut.  Akan tetapi, Fasal 3 dalam Undang-undang Laut Melaka menjelaskan jika abdi atau orang berhutang mendapat harta itu walaupun tanpa suruhan nakhoda, harta itu akan menjadi milik nakhoda hazmanazhar© 2013 6
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Barang siapa mendapat hamba yang lari ia tetap kepunyaan nakhoda. Jika bertemu dengan tuannya, hamba itu terpaksa menebus separuh harga kepada nakhoda.  Jika tidak bertemu dengan tuannya, hamba itu kekal di tangan nakhoda. Jika nakhoda mahu menjual hamba itu, hendaklah disaksikan oleh anak kapal dan orang-orang di tempat itu.  Dalam perniagaan pula, terdapat beberapa keistimewaan yang dimiliki oleh nakhoda.  Antaranya, jika nakhoda sampai ke sebuah pelabuhan atau bandar, beliau akan diberi peluang berniaga terlebih dahulu, iaitu pada empat hari yang pertama.  Dalam hal tawar menawar ke atas sesuatu barang pula, jika nakhoda menawarkannya ke peringkat harga tertentu, orang lain (pegawai atau anak-anak kapal tidak dapat mengatasinya). Jika melakukannya juga, barang itu akan jatuh ke tangan nakhoda.  Selain itu, jika terdapat pegawai kapal membeli hamba atau barangbarang yang berharga tanpa pengetahuan nakhoda, apabila diketahui oleh nakhoda ia akan jatuh ke tangan nakhoda. 2. Jurumudi: Jurumudi dianggap sebagai pegawai dan individu kedua yang terpenting selepas nakhoda. Tugas utama seorang jurumudi adalah untuk mengemudi sesebuah kapal dan kuasa yang ada padanya dianggap setaraf dengan seorang Bendahara di darat. Jurumudi dan jurubatu tidak boleh meninggalkan sesebuah kapal. Jika terpaksa berbuat demikian, mereka akan dikenakan denda. hazmanazhar© 2013 7
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) 3. Jurubatu: Kuasa yang ada pada jurubatu dianggap seperti seorang Temenggung di darat. Beliau berperanan menjaga sauh dan bahagian hadapan kapal atau perahu. Selain itu, beliau juga bertanggungjawab menjaga keamanan di atas kapal. Mengikut Undang-undang Laut Melaka, jika seseorang anak kapal melanggar perintah Tukang Agung (Ketua Segala Tukang), jurubatu berhak menjatuhkan hukuman ke atas anak kapal tersebut. 4. Tukang: Terbahagi kepada beberapa jenis mengikut tugasan. Contohnya tukang petak, tukang kiri, tukang kanan dan sebagainya. Ketua segala tukang ialah Tukang Agung. 5. Malim: Beliau dianggap sebagai hakim dalam sesebuah kapal. Beliau juga merupakan seorang yang arif mengenai arah yang hendak ditujui, mengenali tanah dan laut, angin dan ombak dalam atau tohor, bulan dan bintang, teluk dan tanjung, gunung dan bukit, batu dan pasir dsb. 6. Muda-muda: Dianggap seperti tentera dalam sesebuah kapal. Tugas seorang muda-muda termasuklah menjaga senjata, menjadi tentera dan mempertahankan kapal dari serangan musuh. Ketika di darat, muda-muda bertugas menjaga keselamatan dan menjadi pengiring nakhoda. hazmanazhar© 2013 8
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) 7. Orang Berkepung: Merupakan anak kapal yang menjalankan tugas-tugas rencam termasuklah menjaga air ruang, melihat api dalam jong, melihat musuh dan melihat angin dan ribut.  Undang-undang Laut Melaka tidak menjelaskan sama ada anak kapal dibayar gaji ataupun tidak.  Tetapi yang jelasnya, Undang-undang Laut Melaka telah memberi panduan yang jelas kepada setiap anak kapal dan peranan mereka di atas sesebuah kapal, perahu, jong atau baluk.  Selain itu, nakhoda berperanan menempatkan muatan mereka di atas kapal serta memberi pinjam wang kepada anak-anak kapalnya.  Selain menjelaskan peranan dan keistimewaan tertentu ke atas setiap pegawai dan anak kapal, Undang-undang Laut Melaka turut memuatkan bentuk hukuman yang dikenakan atas setiap kesalahan yang dilakukan di atas kapal. Antaranya termasuklah: 1. Kesalahan Berzina: Kesalahan ke atas mereka yang bersalah melakukan perzinaan dilihat mengikut undang-undang yang berasaskan Islam. Sebagai contoh, mana-mana anak kapal yang didapati berzina dan telah berkahwin, mereka akan dihukum bunuh. Kepada pesalah yang belum berkahwin, mereka akan dipalu sebanyak 100 kali. Untuk kesalahan berzina di antara seseorang yang merdeheka dengan hamba perempuan, mereka perlu membayar denda setengah harga hamba tersebut. Untuk kesalahan berzina dengan isteri nakhoda pula, hukuman bunuh akan dikenakan. Isteri nakhoda juga akan dibunuh atau dihukum masuk ulur. hazmanazhar© 2013 9
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) 2. Kesalahan Memaki Nakhoda: Kesalahan yang dianggap serius, namun tidak sampai dikenakan hukuman bunuh. Hukuman terhadap kesalahan memaki nakhoda adalah pesalah akan dimalukan di hadapan orang ramai. 3. Kesalahan terhadap Pegawai yang Cuai: Misalnya muda-muda yang ditugaskan menjaga hamba abdi. Sekiranya hamba abdi didapati melarikan diri atau berbuat jahat atas kecuaian muda-muda, mereka dikehendaki membayar harga abdi tersebut dan disebat sebanyak 60 kali sebatan. Jika malim cuai ketika menjaga kapal atau perahu sehingga pecah, hukuman bunuh dikenakan ke atasnya.  Antara kesalahan yang dianggap besar dan dikenakan hukuman bunuh termasuklah berbuat khianat, membuat pakatan hendak membunuh nakhoda, malim, tukang dsb serta seseorang yang berkelakuan amat jahat.  Selain itu, Undang-undang Laut Melaka juga menetapkan hukum-hukum mengenai perniagaan.  Antara hukum-hukum berkenaan perniagaan dalam Undang-undang Laut Melaka termasuklah kebenaran untuk membawa barang dagangan di atas sesebuah kapal.  Di samping nakhoda, pegawai dan anak-anak kapal, perahu terdapat beberapa penumpang yang juga membawa barang untuk didagangkan.  Penumpang ini dikenali sebagai mulkiwi.  Kiwi merujuk kepada penyewa petak perahu yang juga menjalankan perniagaan dan terbahagi kepada empat jenis iaitu kiwi yang membeli petak, kiwi yang hanya memberi modal kepada nakhoda tetapi barangnya tiada di atas kapal serta dua jenis lagi kiwi yang tidak dinyatakan keadaannya. hazmanazhar© 2013 10
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Kiwi hanya membayar cukai di jong dan tiada cukai negeri.  Jika kiwi berhajat untuk turun dari kapal, maka hilang harga pitaknya. Jika turun dengan satu-satu sebab, seperti berbalah dengan nakhoda, tidak semua hartanya itu akan hilang.  Jika sudah sampai musim berlayar, iaitu „musim kasip‟ jika jong itu terlambat, misalnya lebih dari 7 hari, nakhoda terpaksa mengembalikan harga pitak kepada kiwi.  Jika kiwi yang terlambat turun, disebabkan urusan perniagaannya, iaitu lebih dari 7 hari, nakhoda boleh berlayar tanpa kiwi itu. hazmanazhar© 2013 11
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) UNDANG-UNDANG 99 PERAK  Undang-undang Perak juga dikenali sebagai “Undang-undang 99 Perak” disebabkan oleh 99 perkara yang terkandung dalam undang-undang tersebut.  Undang-undang ini dipercayai berasal dari Parsi sebelum dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-17 yang dibawa ke Perak oleh Saiyid Hassan dari Hadramaut ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin (1577-1584).  Teks undang-undang ini dipercayai disalin semula oleh Syed Jaafar bin Syed Unus.  Undang-undang 99 Perak merupakan sebahagian daripada rumpun Adat Temenggong dan dianggap sebagai antara undang-undang yang paling adil dalam kalangan undang-undang tradisional di alam Melayu.  Undang-undang ini dibuat dalam bentuk dialog (soal jawab) di antara Raja Nushirwan Adil dengan menterinya bernama Khoja Berza Amir Hakim.  Walaupun terdiri daripada 99 fasal, susunan fasal-fasal adalah tidak mengikut kategori. Antara rangkuman isi kandungan Undang-undang 99 Perak termasuklah: Tugas serta Tanggungjawab Pemerintah: merangkumi peranan seorang Raja atau Sultan atau Yang Di-Pertuan Agung dalam sektor pemerintahan serta para-para pembesar yang menjadi tulang belakang dalam tampuk pemerintahan. Peraturan Adat Istiadat: merangkumi adat menghadap Raja, adat perlantikan Raja, adat Berbahasa semasa berada dalam istana dan sebagainya. Undang-undang Jenayah: contohnya; mencedera, membunuh, mencuri dan sebagainya. Undang-undang Kekeluargaan: contohnya; perkahwinan, penceraian, pembahagian harta pusaka dan sebagainya. hazmanazhar© 2013 12
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Walaupun undang-undang ini dilihat menerima pengaruh agama Islam yang kuat, namun pengaruh hukum adat dilihat bercampur baur dengan pengaruh Hindu dan pengaruh daripada Hukum Kanun Melaka.  Antara contoh fasal-fasal yang terdapat dalam Undang-undang 99 Perak termasuklah: Fasal Empat: Hukum Membunuh  Sekiranya seseorang Islam membunuh orang bukan Islam, maka pembunuh akan dihukum mati. Namun dia boleh membuat tawaran kepada keluarga si mati dengan membayar sepuluh tahil emas.  Sekiranya seseorang bukan Islam membunuh orang Islam, dia tidak dijatuhkan hukuman bunuh supaya dia masih berpeluang untuk memeluk Islam. Dia hanya perlu membayar kepada keluarga si mati. Fasal Enam: Kesalahan Mengambil Isteri Orang  Sesiapa yang bersalah mengambil isteri orang akan dibuang mukim atau didenda se paha tiga tahil emas.  Perempuan isteri orang itu pula akan didera di pintu masjid dengan dicukur kepalanya atau membayar denda. Fasal 54: Mengenai Perceraian  Isteri dibenarkan untuk mengadu meminta cerai sekiranya tidak diberi nafkah zahir dan batin. hazmanazhar© 2013 13
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) UNDANG-UNDANG KEDAH  Undang-undang Kedah merupakan satu komponen perundangan yang dibuat dalam satu jangka masa yang berbeza-beza.  Terdapat lima bab utama dalam Undang-undang Kedah iaitu: 1. Undang-undang Pelabuhan (1650) 2. Tembera Dato‟ Seri Paduka Tuan (1667) 3. Hukum Kanun Dato‟ Kota Setar (tiada tahun) 4. Adat Bunga Mas, Adat Kebesaran, Pada Masa Tabal, Orang Besarbesar, Adat Meminang 5. Undang-undang 1199 Hijrah (1784) 3. Undang-Undang Pelabuhan Kedah:  Undang-undang Pelabuhan Kedah ini dilihat digubal berdasarkan Undang-undang Pelabuhan Acheh (Adat Acheh) disebabkan pada masa tersebut, kerajaan Kedah berada di bawah jajahan takluk Kesultanan Acheh.  Antara persamaan yang terdapat pada Undang-undang Pelabuhan Kedah dan Undang-undang Pelabuhan Acheh termasuklah nama-nama jawatan dan peraturanperaturan yang hampir serupa di dalam kedua-dua undang-undang tersebut.  Undang-undang ini dipercayai disalin daripada undang-undang yang pernah dibuat sebelumnya oleh Dato‟ Besar atas perintah Sultan Kedah, Sultan Rijaluddin Muhammad Syah (1619-1652M).  Mengandungi 37 fasal, undang-undang ini merangkumi fasal-fasal berkait dengan tatacara di pelabuhan seperti: 1. Undang-undang Perlabuhan 2. Perdagangan 3. Pasar 4. Tugas Para Pembesar hazmanazhar© 2013 14
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Dalam undang-undang ini, syahbandar mempunyai kuasa yang agak besar di pelabuhan dan berperanan dalam menangkap dan menghukum pesalah-pesalah tertentu.  Antara jawatan penting yang terdapat di pelabuhan Kedah pada ketika itu dalam kalangan pegawai kerajaan termasuklah Panglima Negeri, Panglima Bandar/Syahbandar Darat, Syahbandar, Panglima Kuala/Batangan, Mata-mata dan Sakai.  Selain itu, undang-undang pelabuhan ini memberi panduan yang jelas kepada para pedagang dan pegawai pelabuhan berkaitan dengan sistem percukaian yang dikenakan ke atas para pedagang.  Jumlah cukai yang dikenakan juga adalah berbeza di antara pedagang mengikut negeri mereka. Antara pedagang yang paling banyak terdapat di pelabuhan Kedah berdasarkan catatan dalam undang-undang pelabuhan ini termasuklah pedagang dari negeri Keling, Gujerat, Perak dan lain-lain.  Barang dagangan yang diperdagangkan di pelabuhan Kuala Kedah pula termasuklah timah, garam dan kain.  Bagi sistem matawang, wang yang digunakan untuk perdagangan di pelabuhan Kuala Kedah termasuklah bidur (wang timah), kupang dan wang emas.  Bagi sistem sukatan pula, antara sukatan yang digunakan di pelabuhan Kuala Kedah termasuklah gantang, kayu (untuk gulungan kain), koyan (seberat 40 pikul), nalih (sama berat dengan 16 gantang) dan tahil.  Penulisan Undang-undang Pelabuhan Kedah ini telah membantu pensejarahan Malaysia dalam mengenalpasti zaman kegemilangan pelabuhan Kuala Kedah sebagai sebuah pelabuhan entrepot penting pada abad ke-17. hazmanazhar© 2013 15
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) 2. Tembera Dato’ Seri Paduka Tuan:  Undang-undang ini ditulis oleh pembesar negeri Kedah, Dato‟ Seri Paduka Tuan pada tahun 1078 Hijrah iaitu pada waktu pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Syah (1661-1687), Sultan Kedah yang ke-15 yang bersemayam di Kota Indera Kayangan dalam wilayah Perlis (pada ketika itu Perlis merupakan sebahagian daripada negeri Kedah).  Kandungan bahagian kedua dalam Undang-undang Kedah ini adalah membicarakan tentang kesalahan dan hukuman terhadap mereka yang melakukan perbuatan yang dianggap jenayah dan yang dilarang oleh syarak.  Hal ini menunjukkan pengaruh Islam yang kuat dalam pentadbiran dan perundangan negeri Kedah pada ketika itu.  Tembera ini mengandungi 16 fasal yang berkaitan dengan hukuman terhadap kesalahan jenayah, pertanian dan penternakan.  Tembera ini bukan sahaja mencegah perkara yang mungkar akan tetapi turut menggalakkan perkara yang baik (makruf).  Sebagai contoh dalam fasal pertamanya dinyatakan bahawa tugas kweng (penghulu) dan panglima adalah untuk menangkap mereka yang berjudi, menghisap madat (ganja), minum arak, mencuri dan merompak dan membawa mereka ke muka pengadilan.  Dan dalam fasal yang kedua pula dinyatakan bahawa para kweng juga dikehendaki menasihati anak buah mereka supaya mengerjakan sembahyang lima waktu, sembahyang Jumaat dan berpuasa.  Mereka yang tidak mahu mengerjakan sembahyang akan ditangkap dan dikakang lehernya. Pesalah hanya akan dilepaskan jika dia mahu bertaubat.  Selain itu, antara aspek yang banyak diutarakan dalam undang-undang ini ialah mengenai undang-undang pertanian dan penternakan. Sesuai dengan kedudukannya sebagai sebuah negeri pertanian, undang-undang Kedah ini banyak mencatatkan tentang hal-hal padi dan kerbau. hazmanazhar© 2013 16
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Antaranya seperti perintah membuat pagar di sawah dan hukuman terhadap kerbau dan tuan kerbau jika kerbaunya menceroboh masuk ke sawah orang lain yang sudah berpagar ataupun jika menanduk orang.  Dalam Tembera Paduka Tuan ini terdapat lima fasal yang diperuntukan untuk pemeliharaan sawah dan kerbau.  Di samping itu dicatatkan juga peraturan berdagang dan undang-undang tentang tanah. Undang-undang ini juga ada memperuntukkan hak laluan yang mirip dengan undang-undang moden hari ini. Dalam fasal 15, undang-undang mencatatkan; "Fasal yang kelima belas menyatakan hukum undang-undang pada hal jalan. Jika sa-orang kampong didalam sa-orang diluar ,jika tiada taroh jalan menjadi terpenjara-lah mereka itu, maka hendaklah jalan adat-nya enam hasta luasnya, maka dapat lalu perusongan itu-lah kira-nya. Dibicarakan oleh segala yang arif, supaya jangan hamba Allah itu jadi berbantah sesama sendiri-nya; tambah pada hokum adat negeri pun, kerana jalan besar pekerjaannya jika sudah tiada berjalan, tiada-lah dapat mereka itu dudok pada tempat itu. Maka ini dibicarakan hukumnya, jika tiadalah tuan tanah itu mahu membuka jalan, maka dapat di-beli tanah itu ka-pada-nya tiada mahu dijual-nya tanah itu, maka hendaklah gagah buka juga jalan itu dengan kekerasan : apa-apa dapat dikata oleh tuan tanah itu suatu pun tiada jadi perkataan. Demikian-lah hukum-nya."  Berdasarkan tembera ini, tuan tanah yang mengerjakan sawah wajib membuka sebahagian daripada batasnya agar boleh dijadikan laluan kepada orang ramai.  Wujudnya undang-undang khusus berkaitan persawahan ini menunjukkan bagaimana Kedah telah muncul sebagai sebuah pusat kegiatan penanaman padi sejak abad ke-17.  Selain itu, dalam fasal ke-10 juga ada menyatakan mengenai Sambang yang tugasnya menangkap orang yang berjalan malam tanpa membawa api atau lari. hazmanazhar© 2013 17
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) 3. Hukum Kanun Dato’ Kota Setar:  Undang-undang ketiga dalam Undang-undang Kedah ini tidak diketahui secara jelas tarikh penggubalannya.  Mengandungi lapan fasal, undang-undang ini mencatatkan tentang tugas dan tanggungjawab raja dan para pegawai negeri. Antaranya termasuklah: 1. Tugas Temenggung; 2. Perintah Raja-raja; 3. Syarat Raja-raja; 4. Bahasa Raja-raja; 5. Pakaian Raja-raja; 6. Lima Perkara yang dibenarkan rakyat biasa melakukannya; 7. Warna bendera untuk Raja-raja, Menteri dan Hulubalang; 8. Sifat kebesaran yang ada pada raja-raja dan para pembesar lain;  Kanun ini memperincikan tugas-tugas seseorang pegawai itu termasuk hak dan tugas seseorang raja. Ia menggariskan hak dan keistimewaan raja, tugas dan tanggungjawab Temenggung, Syahbandar, Laksamana, Panglima Negeri, Paduka Raja dan Bentara.  Undang-undang ini jelas memperlihatkan kematangan fikiran orang-orang Melayu Kedah pada masa itu untuk mengawal kegiatan dan tindakan para pegawai negeri.  Sebagai contoh, walaupun Temenggung merupakan seorang pegawai yang mempunyai kuasa yang besar yang bertindak sebagai Menteri Dalam Negeri atau Ketua Polis Negara akan tetapi beliau tidak boleh bertindak sesuka hati.  Kanun Dato' Kota Star ini memperuntukkan bahawa beliau hanya boleh bertindak menghukum seseorang itu setelah dijatuhi hukum oleh Penghulu Hakim. Fasal 1 Kanun ini mencatatkan antara lain; " …Maka akan banyak orang Temenggung mengawal negeri itu enam puloh orang berganti-ganti. Sa-bagai pula: perkerjaan Temenggong itu, apa-bila orang berdakwa sudah jatoh hokum, di-suroh penghulu hakim keluarkan maka Temenggong-lah mengeluarkan dia: barang yang thabit pada hukom Allah taala: tiada boleh Temenggong itu memereksa pandai sendiri-nya mengeluarkan itu, hazmanazhar© 2013 18
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) supaya tiada teraniaya anak daawa itu: maka akan hasil Temenggong sapuloh emas. Jikalau orang kena rantainya berlenggu, hasil Temenggong sa-paha emas. Jika orang itu jatoh hokum di-kodong atau di-bunoh, maka tiada-lah hasil kepadanya."  Seperti juga dengan tugas 'Syahbandar' yang begitu banyak diperkatakan dalam Undang-undang Pelabuhan Kedah, maka dalam Hukum Kanun Dato‟ Kota Setar banyak memperkatakan tentang tugas 'Temenggung' paling banyak dinyatakan dari fasal-fasal yang lain.  Selaku pembesar yang bertanggungawab untuk keselamatan negeri dan kesejahteraan rakyat, beliau bersama pembantunya seramai 60 orang sentiasa melakukan rondaan secara bergilir-gilir, di samping ada yang mengawal penjara. Mereka akan menangkap pesalah-pesalah seperti pencuri, penyamun, pemakan madat, penyabung ayam dan pembunuh orang.  Orang ramai tidak dibenarkan berjalan malam kecuali mempunyai sebab-sebab utama dengan syarat menggunakan damar (sebagai lampu atau obor). Mereka yang melanggar hukuman ini akan ditangkap, yang melawan akan dibunuh kerana "ia melawan titah raja".  Sekiranya orang yang didakwa atau saksi-saksinya tidak menghadiri perbicaraan yang ditetapkan oleh Hakim, maka Temenggung akan menugaskan orangnya menuruti mereka.  Pihak anak buah Temenggung yang mencari mereka akan mendapat upah atau bayaran dari mereka mengikut jarak dekat atau jauh mereka itu dapat dikesan. Misalnya jika ke Perlis atau Pedu upahnya dua emas, Tanjung Pauh upahnya dua kupang, sementara Anak Bukit atau Naga upahnya sekupang.  Fasal empat dan lima dalam HKDKS ditekankan segala 'larangan diraja' baik dari segi perkataan atau bahasa mahupun dalam hal pakaian. Ini merupakan antara ciriciri keistimewaan yang diperuntukkan kepada raja-raja yang tidak boleh dilakukan oleh orang biasa. hazmanazhar© 2013 19
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Dari segi bahasa diraja, HKDKS menegaskannya begini: "Fasal pada menyatakan hukum bahasa raja-raja itu lima perkara: pertama 'titah', dan kedua 'kami', dan ketiga 'kita', dan keempat 'berpatik' dan kelima 'derma kurnia'. Maka kelima perkara ini tiada boleh berkata-kata dengannya mereka yang keluaran, barangsiapa melalui akan dia hukumnya dibunuh jika ia hamba raja, dan dikujut mulutnya jika ia keluaran".  Apa yang menarik perhatian kita ialah perkara yang sama terdapat juga ada teks Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Riau. Cuma yang berbeza dalam HKDKS tidak terdapat kata 'murka' dan ia sebaliknya digantikan dengan kata 'kita' manakala yang lainnya adalah serupa.  Dari segi pakaian pula, HKDKS menyatakan begini: "Fasal pada menyatakan pakaian raja-raja itu empat perkara: pertama berkain kuning, dan kedua bertilam pandak empat persegi namanya peterana, dan ketiga ubur-ubur, dan keempat tombak bercabang. Maka seperti pakaian yang demikian, tiada boleh yang lain memakainya, barangsiapa memakainya kelak dirampas."  Kesemua larangan tersebut jelas menunjukkan betapa tingginya taraf seseorang raja dianggap berdaulat itu. Larangan tersebut bertujuan untuk membezakannya dengan rakyat jelata.  Dalam HKDKS, di samping warna kuning menjadi warna khusus untuk pakaian diraja, terdapat dua perkara lagi yang menjadi kepunyaan raja seperti yang ditegaskan dalam fasal 6 iaitu: 1. membuat perusung atau alat mengusung orang yang dipanggil 'raja diraja'. 2. membuat binaan sebagai tambahan kepada yang sedia ada pada bahagian kiri dan kanan sesebuah bangunan, atau rumah, kapal atau perahu, yang dipanggil 'sayap lelayang'. hazmanazhar© 2013 20
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Kedua-dua perkara ini juga adalah dilarang kepada rakyat biasa membuatnya.  Bagaimanapun ada pula kekecualiannya iaitu dalam mengerjakan sesuatu adat atau aktiviti harian, rakyat dibenarkan membina dua perkara di atas termasuk dibenarkan memakai pakaian berwarna kuning, tetapi mestilah dengan syarat-syarat tertentu dan yang ada kaitannya dengan kebaikan atau kepentingan kepada raja.  Berikut ini diperturunkan beberapa kutipan menarik dari HKDKS yang berkaitan dengan perkara yang dibincangkan ini: "Fasal yang menyatakan lima perkara yang boleh diperbuat oleh mereka yang keluaran, kerana maaf dan diampuni raja. Pertama di atas 'mempelai' yang diarak, boleh ia memakai pakaian kekuningan dan pakaian beremas dan berpayung besar yang dipegang oleh orang serta bersoraksorak, dinamai akan dia 'raja sehari', kerana puteranya pada sehari itulah raja kepada sekalian warisnya." Kedua di atas 'jenazah' boleh diperbuat mereka itu raja diraja dan sayap lelayang dan sulur bayung serta kain sampai, kerana puteranya sehari itulah hilang di mata mereka itu sekalian warisnya, sekalian pekerjaan itu tiada menjadi tulah atau papa. Ketiga di atas 'perahu' yang dibawa ke lautan boleh dibubuh sayap lelayang, maka petuanya tiada dapat pada ketika perahu itu dipinjam raja. Keempat pada 'masjid' boleh dibubuh sayap lelayang, maka petuanya di rumah Allah, apabila raja berangkat, nescaya singgah ia sembahyang. Kelima di atas 'pangkalan' yang besar-besar serta banyak orang pergi datang bolehlah diperbuat jamban berdinding papan dan bersayap lelayang. Dan demikian juga pada 'jalan raya' hendaklah diperbuat telaga dan balai bersayap lelayang, maka petuanya tatkala raja berangkat mudik, bila dipandangnya jamban itu baik, dan singgahlah ia naik kepada jamban itu, dan apabila berangkat berburu, bila dipandangnya, balai dan telaga itu baik, nescaya singgahlah ia di situ, berhenti bersemayam." hazmanazhar© 2013 21
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Pada fasal terakhir HKDKS dinyatakan apakah sifat-sifat kebesaran yang ada pada seseorang para pembesar seperti Syahbandar, Laksamana, Temenggung, Panglima Negeri dan lain-lain termasuklah juga mata-mata dan 'hamba raja'.  Pada keseluruhannya yang ingin ditegaskan oleh undang-undang tersebut ialah ketika para pembesar itu menjalankan kewajipan atau tugas yang ditetapkan, kuasa mereka seperti seorang raja, kerana mereka menjalankan tugas raja, seperti dalam beberapa kutipan berikut: "Dan kebesaran Panglima Negeri, pada masa dititahkan raja berkerah, ialah raja, tiada boleh dilalui (dibantahi) sabdanya". "Dan kebesaran Temenggung itu pada masa membunuh orang dengan titah oleh raja, tiada boleh dilalui perkataannya kerana ialah raja pada masa itu".  Di bahagian terakhir HKDKS itu terdapat gelaran 'Seri Perdana Menteri' dan pada bahagian terakhir Hukum Kanun Kedah itu gelaran tersebut diulang lagi dengan sebutan 'Paduka Seri Perdana Menteri' atau 'Perdana Menteri' sahaja.  Gelaran ini diberikan kepada seseorang pembesar paling kanan iaitu berjawatan 'Bendahara' dan ianya terus digunakan sehingga ke abad 19 iaitu pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881- 1943), Sultan Kedah ke-25.  Tokoh tersebut ialah Wan Muhammad Saman yang dilantik sebagai Perdana Menteri Kedah Darulaman pada tahun 1870 di zaman Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah, Sultan Kedah ke-23. 4. Adat Mengenai Bunga Emas:  Peraturan atau adat tentang pembuatan bunga mas untuk dikirimkan ke Siam dan adat istiadat penabalan seseorang raja dan juga adat pinang meminang.  Undang-undang ini tidak banyak berkaitan dengan orang ramai. Ia lebih tertumpu kepada urusan istana. hazmanazhar© 2013 22
  • Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Kedah terpaksa menghantar ufti berbentuk bunga emas kepada Siam setelah tewas dalam peperangan pada abad ke-18. Sebelum itu, bunga emas hanya dihantar sebagai tanda persahabatan Kedah-Siam.  Tidak ada catatan yang menjelaskan tentang bila peraturan ini digubal. Ia mengandungi 24 fasal. * Bahagian Lima Undang-undang Kedah yang digubal pada 1784 Masihi berkait dengan salinan kepada gabungan Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Selain itu, terdapat satu lagi versi Undang-undang Kedah yang dinamakan sebagai Undangundang Kedah versi Ku Din Ku Meh. hazmanazhar© 2013 23