Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia

4,578 views

Published on

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,578
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
850
Actions
Shares
0
Downloads
173
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bab-1-Pengenalan-pensejarahan-msia

  1. 1. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) BAHAGIAN SATU: PENGENALAN PENSEJARAHAN MALAYSIA PENGERTIAN PENSEJARAHAN MALAYSIA  Pensejarahan (atau disebut juga sebagai historiografi) menurut Kamus Dewan (ed.4) membawa maksud “karya atau penulisan berkaitan dengan sejarah”.  Menurut Muhd Yusof Ibrahim & Mahayuddin Haji Yahaya (1988), pensejarahan boleh ditakrifkan sebagai “hasil karya atau penulisan yang ditulis oleh ahli sejarah atau sejarawan”.  Sejarawan akan mengkaji dan menyelidik tentang zaman, masyarakat, peristiwa yang telah berlaku dan akan menghasilkan penulisan pensejarahannya. Sejarawan akan melakukan kajian dalam bidang atau mengikut kepakaran masing-masing seperti bidang politik, ekonomi, ketenteraan dan sosial.  Oleh itu, konsep “pensejarahan Malaysia” merujuk kepada hasil karya atau penulisan yang berkaitan dengan sejarah berkenaan Malaysia.  Para sejarawan tempatan seperti Khoo Kay Kim dan Muhammad Yusof Hashim berpandangan, pensejarahan di Malaysia bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.  Menurut Khoo Kay Kim, tradisi pensejarahan di Malaysia telah bermula pada kurun ke-16 manakala Muhammad Yusof Hashim menegaskan bahawa pensejarahan negara harus bermula dengan tradisi Melaka.  Para sejarawan juga bersetuju bahawa proses pensejarahan Malaysia pra-merdeka berkembang dalam dua tahap perkembangan iaitu tahap pertama pensejarahan hazmanazhar© 2013 1
  2. 2. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) Malaysia bermula pada zaman feudalisme Melayu manakala tahap kedua pensejarahan Malaysia pula bermula dengan pensejarahan moden yang bersifat Euro-centric yang dicatatkan oleh sejarawan British di Tanah Melayu.  Selepas era kemerdekaan negara pula, perkembangan pensejarahan Malaysia yang baharu telah muncul dengan kehadiran para sejarawan tempatan yang lebih bersifat Malaysia-centric. PERKEMBANGAN PENSEJARAHAN MALAYSIA PERIODE PRA- TAHAP PERTAMA TAHAP KEDUA Zaman Feudal Melayu Zaman Kolonial Cth: Cth: Penulisan Tun Seri Kajian R.O Winstedt, Lanang, Raja Chulan, W.G Shellabear dll Raja Ali Haji dll (euro-centric) PERIODE PASCA- TAHAP KETIGA TAHAP KEEMPAT Zaman Nasionalisme Cth: Tulisan Ahmad Boestamam dll (semarak anti penjajah) Zaman Pengukuhan Malaysia-centric Sejarah Kebangsaan Sejarah Ilmiah Pensejarahan pada Zaman Feudalisme Melayu:  Di Malaysia, zaman feudalisme merujuk kepada zaman pemerintahan di Tanah Melayu sebelum daripada kedatangan penjajahan Barat ke Tanah Melayu. Antaranya termasuklah Kesultanan Melayu Melaka, Kesultanan Johor-Riau, Kesultanan Pahang, Perak, Selangor, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan dan Kelantan. hazmanazhar© 2013 2
  3. 3. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Kemunculan para pujangga, penulis dan alim ulama telah mewujudkan kegiatan persuratan, kesusasteraan dan keilmuan dalam istana Kesultanan Melayu. Daripada kegiatan persuratan dan kesusasteraan inilah maka munculnya karya-karya bercorak sejarah di alam Melayu.  Antara karya pensejarahan pada zaman feudal Melayu termasuklah melalui penulisan berkenaan salasilah raja-raja, peraturan dan undang-undang negeri, hikayat dan penulisan sastera lain seperti syair dan gurindam.  Contoh karya pensejarahan Melayu tradisional pada zaman feudal Melayu termasuklah Sulalatus Salatin (Tun Seri Lanang), Misa Melayu (Raja Chulan), Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji), Bustanus Salatin (Syeikh Nuruddin al-Raniri), Hikayat Hang Tuah, dll.  Selain itu, terdapat juga pensejarahan Melayu yang berbentuk undang-undang pada zaman feudalisme Melayu termasuklah Hukum Kanun Melaka, Undang-undang Laut Melaka, Undang-undang 99 Perak dan Undang-undang Kedah.  Selain itu, terdapat juga karya pensejarahan Melayu yang dibuat dalam bentuk syair seperti Syair Sultan Maulana (Kedah) dan Syair Tuan Hampris (Terengganu).  Kebanyakan karya pensejarahan pada zaman feudalisme Melayu dibuat atas perintah seseorang Sultan yang memerintah dan lebih bertujuan untuk mengangkat martabat dan kemuliaan seseorang Sultan dan golongan diraja.  Sebagai contoh, penulisan Bustanus Salatin oleh Syeikh Nuruddin Ar-Raniri dilihat cenderung untuk mengagung-agungkan Sultan Acheh, Sultan Iskandar Thani manakala karya Tuhfat al-Nafis pula terlalu bias dan mengagungkan suku Bugis dalam istana Johor-Riau. hazmanazhar© 2013 3
  4. 4. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Corak penulisan pensejarahan pada zaman feudalisme Melayu tidak begitu mementingkan kesahihan dan keobjektifan penulisannya kerana dicampur aduk dengan pelbagai unsur seperti dongeng, mitos dan lagenda dan naratifnya banyak berkisar di istana semata-mata. * Ciri-ciri Pensejarahan Kolonial dan Tempatan Pasca-merdeka akan dibincangkan pada bab yang lainnya. KONSEP PENULISAN BAHAN SEJARAH DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA  Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), penulisan bahan sejarah dalam tradisi pensejarahan tradisional di alam Melayu muncul dalam pelbagai bentuk.  Antara bentuk penulisan bahan sejarah termasuklah: i. Ditulis atas kertas ii. Dipahatkan di atas batu seperti batu bersurat dan prasasti iii. Diukir pada bahan ukiran seperti kayu, buluh, belulang dll iv. Diukir pada kepingan logam seperti di atas wang syiling, cap mohor, meriam, pedang, perisai dll.  Semua bahan-bahan ini di mana tulisan-tulisan tadi diperturunkan dapat memberi butiran dan menjadi sumber sejarah. hazmanazhar© 2013 4
  5. 5. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Walaubagaimanapun, bukan semua fakta dan data sejarah telah sedia ada pada sumber-sumber sejarah tadi kerana hanya sebahagian daripadanya sahaja yang membekalkan data dan pengetahuan sejarah secara langsung manakala sebahagiannya diperturunkan secara tidak langsung.  Dengan kemunculan kaedah pensejarahan moden, persoalan keobjektifan dan keabsahan sumber pensejarahan tradisional kadangkala dipertikai dan mendesak kepada satu kajian ke atas sumber-sumber tersebut.  Kedatangan pengaruh Barat ke Tanah Melayu misalnya telah mewujudkan satu bentuk pensejarahan baharu terhadap Malaysia pada ketika itu, namun para sejarawan melihat wujudnya ketidakseimbangan dari segi sumber sejarah apabila pensejarahan Barat di Tanah Melayu dilihat bersifat Euro-centric.  Oleh itu, wujud ketidakseimbangan dalam sudut pandangan dalam penulisan sejarah mereka.  Sejak zaman kolonial British lagi, sumber pensejarahan Melayu tradisional telah mula dijadikan sebagai satu disiplin kajian dalam mempelbagaikan lagi sumber pensejarahan di Malaysia terutamanya bagi periode pra-kolonial di Tanah Melayu.  Antara sumber pensejarahan Melayu tradisional yang penting adalah karya kesusasteraan Melayu tradisional yang meliputi pelbagai genre penulisan seperti sastera kitab (keagamaan), undang-undang Melayu lama, epik, pelbagai bentuk puisi, pelbagai cabang sastera rakyat (penglipur lara, cerita jenaka, teladan dll) serta sastera istana.  Kesemua sumber-sumber pensejarahan Melayu tradisional ini penting dalam merekonstruksi semula pensejarahan di Malaysia sejak zaman feudalisme di Tanah Melayu. hazmanazhar© 2013 5
  6. 6. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Walaupun sumber pensejarahan Melayu tradisional dilihat bercampur aduk di antara unsur sejarah, mitos dan lagenda, namun berdasarkan disiplin kajian sejarah, para sejarawan telah melakukan perbahasan mereka untuk menerima atau menolak sesuatu fakta sejarah dalam pensejarahan Melayu tradisional termasuklah melalui kajian perbandingan dengan sumber-sumber sezaman terutamanya melalui sumber pensejarahan China dan pengkaedahan sejarah yang lainnya.  Oleh itu, kaedah penulisan sejarah di Malaysia telah merangkumi pelbagai sumber pensejarahan termasuklah: i. Pensejarahan Melayu Tradisional (Zaman Feudalisme Melayu) ii. Pensejarahan Barat (Zaman Kolonial) iii. Pensejarahan Tempatan (Sebelum dan Selepas Merdeka)  Idea dalam Pensejarahan Melayu Tradisional • Permulaan karya-karya memuatkan unsur pensejarahan tetapi kebanyakan karya hanya menulis sejarah secara umum, ketiadaan nama pengarang pada karya untuk dipertanggungjawabkan dan serta tidak mementingkan tahun (dari segi kronologi dan tarikh berlakunya peristiwa sejarah). • Karya yang dihasilkan dalam pensejarahan tradisional memiliki ciri-ciri seperti motif, gaya penulisan, bahasa dan jalan cerita yang klasik. • Terdapat beberapa kelemahan dalam pensejarahan Melayu tradisional termasuklah: hazmanazhar© 2013 6
  7. 7. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) 1. ada unsur dongeng (iaitu data-data yang kerap menimbulkan kesangsian). 2. ada unsur penglipuran (ucapan-ucapan tokoh) 3. kritikannya tidak mendalam atau tafsirannya lemah. 4. menulis tentang sesuatu sedangkan tokoh tidak arif tentangnya (lebih bercorak seorang penyair atau pujangga kerana sebahagian ceritanya disampaikan secara puisi). 5. memuatkan unsur telahan, mimpi, kuasa ghaib/ketuhanan (menjadikan pensejarahannya tidak diterima ke dalam konsep pensejarahan moden yang sekular). 6. Berunsur berat sebelah atau bais.  Konsep dalam Pensejarahan Tradisional Melayu • Menggalurkan salasilah raja yang memerintah negeri-negeri • Menggalurkan asal-usul pembukaan negeri • Menggalurkan kedatangan sesuatu suku atau kaum (cth: kedatangan suku Bugis ke alam Melayu dlm Tuhfat al-Nafis) • Melakukan pemerian terhadap peristiwa politik • Mengangkat kehebatan dan keagungan raja yang memerintah (cth Bustanus Salatin yang mengagungkan martabat Sultan Iskandar Thani) • Merekodkan istiadat dan peristiwa diraja (cth: Misa Melayu)  Pensejarahan Melayu Moden 1. ZAMAN TAWARIKH hazmanazhar© 2013 7
  8. 8. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Pada awal abad ke-20, bidang sejarah muncul sebagai salah satu daripada bidang ilmu dan zaman tersebut turut dikenali sebagai “Zaman Tawarikh”.  Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, "tawarikh" menjadi terminologi untuk sejarah. Hal ini bagi menunjukkan tawarikh sebagai satu bidang ilmu, selain memisahkan sejarah daripada kesusasteraan (hikayat & syair).  Untuk itu, pada tahun 1918, sejarah (istilah "tawarikh") diperkenalkan sebagai satu mata pelajaran di Maktab Perguruan Melayu Melaka.  Sejarah ditulis dalam bentuk prosa tetapi skop/bidang kajian masih tertumpu kepada institusi perajaan dan riwayat hidup raja dan pembesar (1920-an).  Contohnya, muncul penulis-penulis seperti: i. Muhammad Hassan bin Dato Kerani Muhammad Arshad yang menulis Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah (1928); ii. Wan Abdul Karim bin Abdul Hamid yang menulis Tawarikh Raja-raja dan Adat Istiadat Zaman Purbakala Negeri Perak Darul Ridzuan (1934); iii. Haji Nik Mahmud bin Haji Ismail yang menulis Ringkasan Cetera Kelantan (1934); iv. Muhammad bin Haji Alias yang menulis Tawarih Dato Bentara Luar (1928).  Pada zaman ini juga munculnya pelbagai rencana mengenai sejarah dalam majalah dan akhbar. Ini menunjukkan minat masyarakat terpelajar tentang sejarah. hazmanazhar© 2013 8
  9. 9. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Sejarah "kebangsaan" pertama ditulis oleh Abdul Hadi Hj. Hasan yang berjudul Sejarah Alam Melayu (1920an), yang mengandungi tiga jilid yang berbeza.  Walaupun minat dalam bidang sejarah (tawarikh) meningkat ketika ini tetapi tidak begitu berkembang menuju keilmiahan sejarah sebagai matapelajaran. Skopnya masih kekal kepada hal-hal perajaan, kerajaan dan tokoh-tokoh (masih ikut penulisan tradisional. 2. ZAMAN NASIONALISME  Seterusnya, kesan Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Asia Tenggara dan Tanah Melayumenyemarakkan proses perjuangan untuk merdeka.  Pada zaman ini sejarah dan pahlawan-pahlawan zaman penjajahan British digunakan sebagai penggerak dan peransang semangat masyarakat menentang pentadbiran British.  Contohnya muncul penulis sejarah Melayu seperti Ibrahim Haji Yaakob - Sedjarah dan Perjuangan Melayu (1948), Yahya Abdullah - Peperangan Tok Janggut atau Balasan Derhaka (1955), Abdul Talib Haji Ahmad - Sejarah Dato Bahaman Orang Kaya Semantan (1961) dan Mustafa Tam - Tawarikh Salasilah Kedah (1962).  Secara umumnya, walaupun penulis masih memfokuskan kajiannya kepada sejarah tempatan (kenegerian), dan golongan atasan - raja dan orang besar, kaedah menulis sejarah adalah untuk menimbulkan perasaan cinta tanahair, bangga terhadap zaman kegemilangan Melayu.  Para penulis sejarah tempatan telah memulakan dimensi baharu dalam penulisan sejarah yang bercorak patriotisme termasulah: hazmanazhar© 2013 9
  10. 10. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) i. Ibrahim Yaakob yang menulis Sekitar Malaya Merdeka (1957); ii. Zainal Abidin Daud yang menulis Sejarah Malaya Merdeka (1957). Bentuk ini dikekalkan oleh sejarawan tahun 1960-an dan 1970an (penulisan yang mementingkan skop sejarah politik & biografi politik). iii. Anwar Abdullah yang menulis Dato Onn (1971); iv. Mohd. Yunus Hamidi yang menulis Sejarah Pergerakan Politik Semananjung (tema sejarah bersifat kebangsaan)  Zaman "Sejarah Kebangsaan" bagi sejarawan tempatan bermula lebih kurang pada 1957 iaitu setelah kemerdekaan, apabila sejarah kebangsaan ditekankan dalam kurikulum sekolah.  Pada zaman ini muncul perdebatan tentang bagaimana sejarah Melayu/Malaya patut ditulis. Tema perdebatan ialah sejarah Asia Tenggara (termasuk Tanah Melayu) mestilah ditulis dari sudut pandangan dan perkembangan Asia Tenggara [Asiacentric]  Selain itu, muncul desakan penulisan semula sejarah Malaysia dengan "Malaysian centric".  Selain itu juga, para sejarawan tempatan mendesak agar pejuang-pejuang pada zaman penjajahan British diangkat sebagai seorang pahlawan dan bukannya penderhaka atau penentang. Hal ini akan meletakkan mereka sebagai tokoh sejarah yang sama seperti para pembesar dan raja-raja Melayu.  Seterusnya, muncul juga desakan agar sejarah patut ditulis mengikut disiplin ilmu sejarah dan bersifat ilmiah. hazmanazhar© 2013 10
  11. 11. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Kesedaran tentang ‘sejarah sebagai ilmu pengetahuan’ manusia di Malaysia lahir pada akhir tahun 1960an. [Keperluan sokongan ilmiah dari bidang sains sosial terutama antropologi, sosiologi, filologi - pengaruh perubahan ilmu sejarah yang berkembang di Amerika Syarikat].  Peristiwa 13 Mei 1969 menimbulkan keperluan penyatuan kebangsaan (integrasi nasional) untuk menentukan keharmonian dan kedamaian masyarakat. Ertinya keperluan untuk versi sejarah Malaysia yang berdaya menanamkan kefahaman ras di antara ras-ras di Malaysia.  Hal ini juga bermakna, wujudnya desakan agar sejarah dijadikan sebagai satu medium untuk menyatukan bangsa-bangsa di Malaysia.  Oleh itu tema-tema yang menonjol dalam tulisan sejarah akademik ialah sejarah masyarakat berbilang kaum, sejarah tempatan, sejarah pendidikan, riwayat orang besar-besar, sejarah politik dan banyak lagi. Tujuannya untuk meningkatkan kefahaman rakyat terhadap dirinya dan ras-ras yang ada di Malaysia, dan mencari tema yang sesuai kepada sejarah kebangsaan.  Dapat dikatakan penulisan sejarah sejak merdeka dan terutama setelah 1969 menonjolkan sifat "autonomous" jika dibandingkan dengan karya sarjana (pegawai penjajahan sejak abad ke 19 - huraian peranan positif pentadbirannya dan justifikasi keperluan "peradaban" kuasa penjajah seperti tulisan Winstedt, Wilkinson, Swettenham, Low, dll.)  Walaubagaimanapun kebanyakan karya yang ditulis pada zaman 1970-an dan kemudian diterajui oleh sarjana luar (bukan Melayu). Justeru itu, fokus kajiannya masih mengenai zaman penjajahan Barat. hazmanazhar© 2013 11
  12. 12. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Contohnya termasuklah C.M. Turnbull, The SS 1826-67: Indian Presidency to Crown Colony (1972), E. Thio, British Policy in the Malay Peninsula 1880-1910 (1969).  Sejak tahun 1970an, muncul karya-karya bermutu akademik (oleh sarjana luar dan tempatan) mengenai sejarah Tanah Melayu yang membincang tentang tema selain daripada "conventional/national history" seperti aspek sosial, ekonomi, masyarakat bawahan, falsafah/ideologi, budaya.  Contoh pensejarahan bersifat ilmiah di Malaysia termasuklah: i. A.C. Milner, Kerajaan: Malay Politic on the eve of colonial rule (1982), ii. Shahril Talib, After Its Own Image: The Trengganu Experience 18811941 (1984), iii. Shahrom Ahmat, Kedah: Traditional and Change in A Malay State - A study of the economic and political development (1984), iv. Carl A. Trocki, Prince of Pirates: the Temenggong and the Development of Johor and Singapore 1784-1885, v. R. Bonney, Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence (1974), vi. Khoo Kay Kim, The Western Malay States 1850-1875: the effects of commercial development on Malay Politics (1972)., vii. Lim Teck Ghee, Peasants and Their Agricultural Economy in Colonial Day 1874-1941 (1977).  Era awal pensejarahan bersifat ilmiah di Malaysia ternyata dipelopori oleh penulisan yang menggunakan bahasa Inggeris sehinggalah munculnya penulis sejarah ilmiah dalam bahasa Melayu seperti Nik Safiah Karim, Muhammad Yusoff Hashim dll. hazmanazhar© 2013 12
  13. 13. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Perbezaan antara sarjana akademik yang berpengaruh ke atas perkembangan pensejarahan Malaysia ialah falsafah sejarahnya (kaedah dan pendekatan serta skop).  Secara kasar, sarjana yang dipelajari di institusi luar negeri berkecenderungan kepada konsep moden Barat. Manakala sarjana yang dilatih dalam negeri masih melihat pentingnya "conventional history" - ianya detail tetapi masih berfokus kepada sejarah politik. PENDEKATAN KAJIAN DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA Dalam bahagian ini, kita akan melihat kepada dua pendekatan utama dalam kaedah pensejarahan di Malaysia iaitu pertamanya yang berkait dengan penekanan tema penulisan dan keduanya pula iaitu motif penulisan sejarah. Penekanan Tema Penulisan  Ruang lingkup sejarah yang luas dan mencakupi pelbagai bidang kehidupan menyebabkan tema sesuatu penulisan dalam sejarah juga mulai meluas.  Dalam pensejarahan Melayu tradisional, tema penulisan sejarah dilihat agak tertutup dan ekslusif kepada penulisan sejarah yang berkisar kepada golongan pemerintah semata-mata.  Dalam penulisan sejarah seperti ini, tema penulisan sejarah tidak lari daripada membicarakan soal salasilah keturunan raja-raja, naratif berkaitan dengan jatuh bangun sesebuah kerajaan serta aturan dan perjalanan sesebuah kerajaan.  Sebagai contoh, karya-karya pensejarahan Melayu tradisional seperti Sulalatus Salatin dan Tuhfat al-Nafis terikat pada tema penceritaan terhadap asal usul dan salasilah raja-raja yang memerintah, selain tema penceritaan yang berkait dengan peristiwa politik dan pentadbiran dalam kalangan pemerintah. hazmanazhar© 2013 13
  14. 14. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Apabila pengaruh kolonial Inggeris mula menguasai Tanah Melayu, tema penulisan sejarah mulai meluas. Tema penulisan sejarah di Tanah Melayu pada ketika itu termasuklah sejarah pentadbiran British di Tanah Melayu, sejarah yang berkait dengan masyarakat, budaya, bahasa dsb.  Walaubagaimanapun, tema penulisan oleh para sejarawan-pegawai British ini dilihat cenderung ke arah euro-centic serta dilihat banyak mengangkat tema penulisan sejarah yang mengeketengahkan kejayaan pentadbiran British di Tanah Melayu.  Sebagai contoh, penulisan Frank Swettenham dalam buku British Malaya pada tahun 1907 menulis bagaimana British berjaya bertapak di Tanah Melayu, pengenalan sistem Residen, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan perkembangan Tanah Melayu di bawah pentadbiran British.  Pada awal abad ke-20 juga, kemunculan para penulis tempatan mula mengangkat pelbagai tema dalam penulisan sejarah.  Pada zaman ini, tema penulisan sejarah masih lagi berlegar mengenai pensejarahan yang berkisar kepada golongan diraja dan pembesar Melayu sehinggalah Abdul Hadi Hassan mengangkat tema pensejarahan yang bersifat “kebangsaan” pada tahun 1920-an iaitu Sejarah Alam Melayu.  Apabila gerakan nasionalisme mula mendapat tempat di Tanah Melayu, tema penulisan sejarah yang mampu membangkitkan kesedaran dan semangat rakyat menentang penjajah mula diketengahkan.  Pada zaman ini sejarah dan pahlawan-pahlawan zaman penjajahan British digunakan sebagai penggerak dan peransang semangat masyarakat menentang pentadbiran British. hazmanazhar© 2013 14
  15. 15. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Contohnya muncul penulis sejarah Melayu seperti Ibrahim Haji Yaakob - Sedjarah dan Perjuangan Melayu (1948), Yahya Abdullah - Peperangan Tok Janggut atau Balasan Derhaka (1955), Abdul Talib Haji Ahmad - Sejarah Dato Bahaman Orang Kaya Semantan (1961) dan Mustafa Tam - Tawarikh Salasilah Kedah (1962).  Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, tema penulisan sejarah mula bersifat Malaysia-centric. Telah wujud gesaan agar sejarah yang bersifat kebangsaan diwujudkan.  Kemudiannya, dalam dekad 1970-an, tema penulisan sejarah yang bersifat ilmiah mula diusahakan oleh ahli-ahli akademik dari dalam dan luar negara agar keobjektifan dalam pensejarahan Malaysia dapat dicapai.  Sehingga kini, tema penulisan pensejarahan di Malaysia dilihat merangkumi pelbagai aspek dan cabang kehidupan termasuklah politik, ekonomi, sosial, budaya, bahasa, hubungan antarabangsa dsb. Motif Penulisan  Terdapat pelbagai motif dan tujuan kepada penulisan sejarah di Malaysia.  Dalam zaman feudalisme Melayu misalnya, penulisan sejarah dibuat atas arahan dan titah perintah daripada raja atau pembesar kepada pujangga dan penulis di istana. hazmanazhar© 2013 15
  16. 16. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Antara motif penulisannya termasuklah untuk mengangkat martabat dan keagungan raja, sebagai panduan kepada para pemerintah yang terkemudian serta menjadi satu bentuk catatan ke atas segala peristiwa yang berlaku ke atas sesebuah kerajaan dari segi jatuh bangun mereka.  Pada zaman kolonial pula, motif penulisan dibuat sebagai satu bentuk pendokumentasian terhadap pentadbiran British di Tanah Melayu.  Pada awal abad ke-20 pula, kemunculan gerakan nasionalisme di Tanah Melayu telah membawa kepada penulisan sejarah yang bersentrikkan tempatan.  Motif penulisan sejarah pada ketika itu adalah untuk mengangkat dan meniup semangat anti-penjajahan di Tanah Melayu dengan mengangkat tindakan-tindakan para penentang British seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman dll sebagai peristiwa yang penuh bersejarah.  Selepas merdeka pula, antara motif penulisan sejarah termasuklah membantu kepada pembinaan sebuah negara bangsa supaya masyarakat mampu mengenali diri dan bangsanya sendiri melalui sejarah. PERMASALAHAN FILOLOG DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA hazmanazhar© 2013 16
  17. 17. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Ilmu filologi merujuk kepada ilmu yang meneliti pada naskhah-naskhah manuskrip terutamanya manuskrip lama dan kuno.  Sebuah teks yang termuat dalam manuskrip lama seringkali sulit untuk difahami, bukan disebabkan oleh penggunaan bahasanya yang sulit, akan tetapi disebabkan oleh penyalinan manuskrip tersebut secara berulang kali.  Kekerapan penyalinan teks sejarah dalam manuskrip lama telah mengakibatkan pelbagai kesalahan ditemui pada teks tersebut dari segi ejaan, struktur ayat dan istilah.  Hal ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor, akan tetapi antara faktor utama termasuklah kecuaian penyalin ketika menyalin naskhah asal manuskrip, di samping tindakan penyalin yang membuang dan melakukan tokok tambah ke atas teks asal.  Penyalinan semula teks daripada naskhah asal dilakukan atas pelbagai tujuan oleh para pembaca teks berkenaan pada masa naskhah itu berlegar dalam kalangan masyarakat. Antaranya termasuklah: i. Ingin memiliki teks itu sendiri sebagai satu koleksi; ii. Kekhuatiran akan berlakunya kemusnahan pada naskhah asal seperti hilang, terbakar dsb; iii. Disalin untuk tujuan politik, agama, pendidikan dsb; iv. Untuk tujuan magis, iaitu dengan menyalin naskhah teks tertentu, orang akan merasa kekuatan magis daripada teks yang disalin. hazmanazhar© 2013 17
  18. 18. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Proses penyalinan teks ini juga dikenali sebagai proses penggandaan atau penurunan dan tradisi teks. Proses penurunan teks bukan hanya terjadi pada naskhah asal, akan tetapi turut terjadi pada naskhah turunan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.  Hasilnya, usaha untuk menentukan sesuatu naskhah itu sebagai naskhah asli atau naskhah turunan oleh para pengkaji adalah amat sukar dan hampir mustahil.  Oleh itu, ilmu filologi adalah penting dalam membantu para pengkaji sejarah dalam memahami teks sejarah yang mungkin ada kecacatan atau kekeliruan, seterusnya melakukan penambahbaikan terhadap teks berkenaan.  Dalam ilmu filologi, terdapat dua pola kesalahan dalam tradisi penurunan teks iaitu perubahan yang berlaku kerana ketidaksengajaan dan perubahan yang berlaku dengan sengaja oleh penyalin teks.  Untuk pola perubahan ketidaksengajaan, kesalahan mungkin berlaku disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah huruf yang hilang (haplografi), bahagian yang tertinggal (lakuna), penyalinan maju dari perkataan ke perkataan yang sama (saut de même a u même), ditulis dua kali (ditografi) dan penambahan (interpolasi).  Untuk pola perubahan yang dibuat secara sengaja pula, faktor perubahan berlaku termasuklah disebabkan oleh faktor politik, agama, ideologi, budaya dsb.  Secara teorinya juga, semakin kerap frekuensi penyalin teks, semakin kerap perubahan berlaku ke atas teks tersebut.  Oleh itu, bagi mengatasi kesalahan yang terdapat pada teks, ilmu filologi membenarkan para pengkaji teks untuk menyunting teks tersebut supaya menjadi sempurna dan boleh ditafsirkan. hazmanazhar© 2013 18
  19. 19. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Walaubagaimanapun, suntingan tersebut mestilah diperbetulkan dengan bentuk yang paling dekat dengan teks aslinya. Untuk itu, ahli filolog telah memperkenalkan beberapa kaedah dalam mengkaji teks termasuklah fenomenologis, paleografi, etimologi dan etnolinguistik.  Fenomenologis • Secara fenomenologis, setiap teks memiliki tiga ciri khas iaitu: i. Teks selalu menggunakan bahasa sebagai menyimpan dan mengkomunikasikan isi teks ii. Teks menyimpan pelbagai ilmu pengetahuan iii. Teks sebagai artifak memperoleh perlakuan tertentu yang dilakukan oleh masyarakatnya. • Disebabkan ketiga-tiga ciri yang ada pada setiap teks, seseorang filolog haruslah memahami nilai-nilai budaya yang terdapat dalam setiap teks tersebut. • Dalam naskhah pensejarahan Melayu tradisional misalnya, para filolog harus faham akan bahasa yang digunakan dalam teks berkenaan terutamanya penggunaan aksara lama seperti Pallava, Jawi dsb. • Selain itu, ahli filologi juga perlu memahami dan mendalami sastera Melayu yang menjadi medium penting kepada pensejarahan tradisional yang kebanyakannya berbentuk sastera seperti syair, gurindam, perumpamaan dsb. • Selain itu, antara ciri penting dalam fenomenologi ini termasuklah memahami budaya setempat sebelum mengkaji sesuatu teks tersebut. Di Jambi misalnya, untuk hazmanazhar© 2013 19
  20. 20. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) membuka sesebuah manuskrip sejarah, satu pesta rakyat perlu diadakan terlebih dahulu manakala di Jawa, ritual tertentu perlu dijalankan sebelum meneliti manuskrip termasuklah dengan berpuasa terlebih dahulu.  Paleografi • Paleografi merujuk kepada ilmu yang mempelajari bermacam-macam jenis tulisan dan aksara kuno. • Hal ini kerana, aksara kuno adalah sangat sukar untuk dibaca dan difahami tanpa kemahiran yang ada oleh seseorang pengkaji. Dalam manuskrip pensejarahan di alam Melayu itu sendiri, terdapat beberapa tulisan kuno yang digunakan oleh penulis termasuklah Brahmi, Kiwi, Pallava dan aksara Arab (Jawi).  Etimologi • Etimologi adalah ilmu yang menyelidik mengenai asal-usul kata serta perubahanperubahannya. • Hal ini kerana, setiap penggunaan kata perlu diterjemah secara tepat mengikut konteks waktu teks tersebut ditulis. • Dalam teks pensejarahan Melayu tradisional misalnya, kata “penerangan” telah digunakan pada abad ke-16 hingga abad ke-18 sebelum ditukar menjadi “pendengaran”. hazmanazhar© 2013 20
  21. 21. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) • Selain itu, bagi merujuk kepada ulama, pada abad ke-16, para penulis cenderung menulisnya sebagai “cerdik pandai” sedangkan dalam abad ke-19, perkataan “ahli dalam bidang agama” mula digunakan.  Etnolinguistik • Kebiasaannya digunakan untuk penelitian teks lisan terutamanya yang bergenre mitos, lagenda dan dongeng. • Biasa digunakan untuk melihat hubungan antara bahasa dengan masyarakat pedalaman atau masyarakat yang masih belum mempunyai tulisan. Permasalahan Filolog dalam Naskhah Pensejarahan Tradisional Melayu 1. Sejarah Melayu:  Kajian dan pengumpulan teks Sejarah Melayu oleh para pengkaji sejarah mendapati terdapat sekurang-kurangnya 29 buah naskhah Sejarah Melayu.  Setiap satu naskhah Sejarah Melayu pula adalah berbeza dengn naskhah-naskhah yang lainnya dari segi versi, resensi dan salinannya. Antara yang paling ketara, terdapat dua buah versi Sejarah Melayu yang berbeza iaitu versi pendek dan versi panjang.  Dalam Sejarah Melayu versi pendek, seperti yang diselenggara oleh Munsyi Abdullah, T.D. Situmorang dan A.E Teeuw serta Dato’ Madjoindo, penceritaan Sejarah Melayu ini berakhir setakat kematian Tun Ali Hati di Johor. hazmanazhar© 2013 21
  22. 22. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Bagi Sejarah Melayu versi panjang pula, naratif penceritaan dibuat sehingga kepada pemerian tentang episod serangan Jambi terhadap Johor pada tahun 1673.  Antara versi Sejarah Melayu yang paling popular adalah Sejarah Melayu yang diselenggara oleh W.G Shellabear. Namun begitu, para sejarawan tempatan seperti Muhammad Yusoff Hashim (1988) mengkritik sikap Shellabear yang tidak menjelaskan dalam hasil kerjanya mengenai tindakannya yang telah menggabungkan Sejarah Melayu versi pendek dan versi panjang secara bersekali. 2. Hikayat Raja-raja Pasai:  Berbanding Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja Pasai hanya mempunyai satu naskhah sahaja.  Naskah ini dimiliki oleh Kyai Suradimanggala, Adipati Demak yang disalin untuk Stamford Raffles pada 1814.  Disebabkan naskhahnya yang tunggal, tidak begitu banyak permasalahan filolog yang timbul, namun masih terdapat beberapa kekeliruan yang timbul.  Antaranya, berlaku percanggahan dalam pengejaan perkataan yang serupa dalam teks tersebut seperti “pada”, “tegak” dan “muka”. 3. Tuhfat al-Nafis: hazmanazhar© 2013 22
  23. 23. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Terdapat empat naskhah Tuhfat al-Nafis yang diketemui iaitu milik Syamsuddin bin Imam Musa di Kelang serta Tengku Fatimah binti Sultan Abu Bakar di Johor.  Selain itu, teks Sejarah Raja-raja Melayu dan Bugis serta Sejarah Raja-raja Riau juga merupakan teks asal Tuhfat al-Nafis berdasarkan kajian yang telah dilakukan.  Terdapat dua versi Tuhfat al-Nafis di mana tiga naskhah merupakan versi panjang manakala sebuah naskhah merupakan versi pendek.  Teks Tuhfat al-Nafis versi pendek dianggap sebagai teks asas kepada naskhah Tuhfat al-Nafis versi panjang.  Hal ini kerana, teks Tuhfat al-Nafis versi panjang berlaku pemanjangannya disebabkan dua perkara.  Pertama, proses pembung-bungaan ke atas versi pendek dengan keberangkalian bertujuan untuk memperindahkan bahasanya.  Antaranya termasuklah penggunaan kalimah Arab, penggunaan pepatah, perbilangan, bahasa-bahasa kiasan dll.  Selain itu juga, terdapat amat banyak dimasukkan kata tambah dan imbuhan, kata kias, ulangan, gelaran-gelaran tokoh, klise dsb.  Kedua, Tuhfat al-Nafis versi panjang juga menyaksikan kemasukan dan penokok tambahan isu-isu, isi serta perkara baru. hazmanazhar© 2013 23
  24. 24. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) ANAKRONISME DALAM PENSEJARAHAN MALAYSIA  Perkataan anakronisme berasal daripada perkataan anachronus yang merupakan cantuman daripada dua perkataan iaitu ana dan chronus.  Perkenaan ana bermaksud bertentangan (against) manakala chronus bermaksud masa. Hal ini bererti, perkataan anachronus bermaksud bertentangan dengan masa.  Dalam sejarah, anakronisme merujuk kepada sesuatu peristiwa sejarah yang menyentuh kepada keadaan “masa bersalahan masa” atau bertentangan dengan waktu yang sebenarnya berlaku.  Funk & Wagnalls mentakrifkan anakronisme sebagai “satu kesalahan dalam penggunaan sistem tertibtarikh (kronologi) atau dinyatakan peristiwa yang berlaku hazmanazhar© 2013 24
  25. 25. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) atau diwakilkan sebagai berlaku yang terkeluar dari masa yang betul dan sewajarnya”.  Dalam pensejarahan Melayu tradisional, terdapat beberapa peristiwa dalam karya pensejarahan yang dilihat bersifat anakronisme seperti dalam Sejarah Melayu, Bustanus Salatin, Hikayat Sultan Acheh Marhum, Hikayat Merong Mahawangsa dan Hikayat Putroe Gumba Muih.  Secara umumnya, Muhammad Yusoff Hashim (1988) telah membahagikan permasalahan anakronisme dalam pensejarahan Melayu tradisional kepada tiga jenis iaitu: 1. Anakronisme pada Sebuah Karya yang Sama: • Dalam Sejarah Melayu versi R.O Winstedt, pengarang menyebut bahawa Sultan yang berhasrat untuk meminangi Puteri Gunung Ledang adalah Sultan Mansur Syah. • Dalam Sejarah Melayu versi Shellabear pula, diperkatakan bahawa Sultan yang berhasrat untuk meminangi Puteri Gunung Ledang adalah Sultan Mahmud Syah. • Selain menyalahi konsep masa, berlaku pertentangan fakta sejarah dalam kedua-dua teks tersebut kerana kedua-dua sultan yang disebut adalah dua individu yang berbeza. 2. Anakronisme pada Membanding Dua Teks Sejarah Berlainan dalam Satu Peristiwa yang Sama: • Terdapat percanggahan di antara teks Bustanus Salatin dan Hikayat Sultan Acheh Marhum. • Dalam hal ini, berlaku percanggahan di mana peristiwa yang telah lama berlaku digambarkan sebagai berlaku kemudian manakala peristiwa yang baru berlaku tetapi dianggap berlaku lebih awal. hazmanazhar© 2013 25
  26. 26. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) • Sebagai contoh, dalam peristiwa Sultan Acheh menghantar utusan ke Turki bagi mendapatkan bantuan ketenteraan menentang Portugis, Bustanus Salatin menjelaskan utusan tersebut dihantar pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah al-Kahar (pada pertengahan abad ke-16) manakala Hikayat Sultan Acheh Marhum menjelaskan utusan tersebut dihantar pada zaman Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (pada pertengahan abad ke-17). 3. Anakronisme dengan Membanding Sebuah Sumber Sejarah dengan Sumber Sezaman yang Lain: • Dalam Sejarah Melayu, pengarang menyebut tentang perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan anak Bentara Majapahit, Puteri Raden Galoh Cendera Kirana. • Dalam teks tersebut juga, dikhabarkan tentang Mangkubumi Majapahit yang mahsyur, Pateh Gadjah Mada yang turut berada dalam majlis perkahwinan tersebut. • Hal ini menunjukkan satu bentuk anakronisme berlaku kerana Sultan Mansur Syah memerintah Melaka pada tahun 1459-1477 sedangkan mengikut babad Jawa, Pateh Gadjah Mada mangkat pada tahun 1365. hazmanazhar© 2013 26

×