Your SlideShare is downloading. ×
Bab-3- Keunikan-karya-agung
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Bab-3- Keunikan-karya-agung

1,080
views

Published on


0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,080
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
14
Actions
Shares
0
Downloads
60
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) BAHAGIAN TIGA: WACANA KARYA-KARYA AGUNG/UTAMA * Di dalam bahagian ini, tiga karya agung telah dipilih (oleh proforma IPGM) untuk dikaji dari segi keunikannya dalam beberapa aspek seperti pembinaan jati diri bangsa, pembentukan masyarakat, kritikan sosial, pendidikan, pemikiran dan peranan wanita. KEUNIKAN SEJARAH MELAYU (SULALATUS SALATIN)  Sebagai sebuah sumber pensejarahan penting terhadap salasilah raja-raja Melayu serta naratif berkait dengan Kesultanan Melayu Melaka, Sejarah Melayu menampilkan pelbagai keunikan dalam pelbagai aspek termasuklah pembinaan jati diri bangsa, pembentukan masyarakat, kritikan sosial, pendidikan, pemikiran dan peranan wanita dalam karya tersebut.  Hal ini menunjukkan bahawa Sejarah Melayu bukan sekadar sastera istana yang hanya dipenuhi lagenda, mitos dan dongeng, akan tetapi sebaliknya membawa satu gagasan yang lebih besar dalam memahami ruang lingkup Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan-kerajaan lain di Alam Melayu dengan lebih luas dan terperinci.  Keunikan Sejarah Melayu dalam Aspek Pembinaan Jati Diri Bangsa i. Jati Diri Bangsa yang Taat pada Raja:  Jati diri bangsa Melayu dalam Sejarah Melayu digambarkan sebagai sebuah bangsa yang taat dan patuh kepada rajanya.  Ketaatan orang Melayu kepada Rajanya diikat oleh ikatan konsep daulat yang mana orang Melayu percaya bahawa Raja itu berdaulat dan berasal dari leluhur yang mulia dari Bukit Siguntang dan sesiapa yang menderhaka kepada rajanya pasti akan terkena tulah.  Dalam Sejarah Melayu, ketaatan orang Melayu kepada Raja digambarkan dalam pelbagai peristiwa termasuklah peristiwa pembunuhan Tun Besar, anak Bendahara Paduka Raja Tun Perak oleh Raja Ahmad. hazmanazhar© 2013 1
  • 2. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Walaupun pengikut Paduka Raja bersedia menuntut bela ke atas kematian anaknya, Tun Perak enggan menderhaka kepada rajanya disebabkan “adat hamba Melayu tiada derhaka kepada tuannya”.  Selain itu, diri masyarakat Melayu ditanam dengan pemikiran “tertimpa tulah” sekiranya mereka menderhaka kepada raja. Sejarah Melayu sendiri telah memberikan satu gambaran tulah yang tertimpa ke atas mereka yang menderhaka kepada raja.  Dalam Sejarah Melayu, pembesar Singapura, Sang Rajuna Tapa dan isterinya telah terkena tulah dan disumpah menjadi batu akibat daripada penderhakaan mereka terhadap Raja Iskandar Syah kerana belot terhadap raja dengan berkomplot bersama angkatan perang Majapahit menewaskan Singapura.  Berdasarkan konsep ikatan daulat dan konsep tulah inilah maka orang Melayu dilihat sangat mentaati rajanya yang dianggap sangat mulia kerana keturunan leluhurnya. ii. Jati Diri Bangsa yang Bersifat Animisme:  Walaupun Sejarah Melayu menceritakan bagaimana raja dan seluruh masyarakat Melaka telah memeluk Islam, jati diri mereka yang berpegang dengan kepercayaan terhadap “semangat” masih dikekalkan walaupun setelah mereka memeluk Islam.  Kedatangan Islam telah menyaksikan masyarakat Melayu yang sebelum ini berkepercayaan Hindu-Buddha telah menganut agama Islam dan mengamalkan ajaran Islam yang tidak sepenuhnya dalam diri mereka.  Hal ini kerana, walaupun mereka telah memeluk Islam, mereka masih lagi mengekalkan kepercayaan mereka terhadap ilmu mistik, semangat dan ilmu ghaib yang sebahagiannya dianggap bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar.  Sebagai contoh, Sejarah Melayu mencatatkan bagaimana masyarakat Melaka masih mengamalkan ilmu hitam dalam peristiwa Hang Nadim yang cuba merampas Tun Teja dari istana Pahang bagi dipersembahkan kepada Sultan Mahmud Syah. hazmanazhar© 2013 2
  • 3. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Dalam peristiwa tersebut, Hang Nadim telah menggunakan ilmu guna-guna dalam bentuk pelulut (serbuk) yang disapu ke badan Tun Teja sehingga Tun Teja berasa berahi akan Sultan Mahmud Syah.  Dalam peristiwa lain, Sultan Mansur Syah masih lagi mempercayai ilmu-ilmu yang bersifat “memuja semangat” dalam menundukkan haiwan-haiwan liar seperti ilmu gajah. Malah, Sejarah Melayu menceritakan bagaimana Sultan Mansur Syah sanggup memberi belanja kepada sesiapa yang ingin mempelajari ilmu gajah di istana Melaka.  Hal ini menunjukkan bagaimana walaupun Islam telah menjadi anutan dalam kalangan masyarakat di Melaka, namun kepercayaan yang diamalkan ketika periode pra-Islam tidak dihapuskan sepenuhnya.  Keunikan Sejarah Melayu dari Aspek Pembentukan Masyarakat i. Pembentukan Masyarakat berdasarkan Hierarki Politik:  Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), pengkelasan struktur masyarakat pada era Kesultanan Melayu Melaka dapat dikelaskan kepada susunan hierarki tertentu iaitu hierarki pertama dan teratas iaitu golongan diraja dan kerabat, hierarki kedua golongan bangsawan, hierarki ketiga iaitu rakyat biasa yang merdeheka serta hierarki keempat dan berada pada lapisan paling bawah iaitu golongan hamba.  Golongan pertama iaitu golongan diraja dan kerabat yang terdiri daripada seorang Raja yang dikelilingi oleh kerabat diraja, permaisuri serta putera-putera raja. Segala kuasa adalah terletak di bawah baginda.  Seterusnya, golongan kedua pula dalam hierarki masyarakat di Melaka terdiri daripada golongan pembesar yang mentadbir negeri seperti Bendahara, Laksamana, Penghulu Bendahari, Temenggung, Syahbandar dll. Selain itu, golongan yang setaraf dengan para pembesar ialah golongan agamawan seperti ulama-ulama Islam yang terdiri daripada tuan sayyid, makhdum, maulana dan kadi.  Golongan ketiga pula merupakan terdiri daripada rakyat biasa yang merdeheka yang terdiri daripada golongan pedagang, saudagar, tukang-tukang mahir dan petani. hazmanazhar© 2013 3
  • 4. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Golongan keempat pula terdiri daripada golongan hamba yang terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang, hamba abdi dan lain-lain.  Hamba merupakan golongan terbawah dalam hierarki masyarakat di Melaka. Hamba bukan sahaja dimiliki oleh Raja tetapi turut dimiliki oleh para pembesar dan orangorang kaya. ii. Masyarakat Pedagang:  Sejarah Melayu turut menceritakan bagaimana masyarakat Melaka pada era Kesultanan Melayu Melaka rata-ratanya merupakan golongan pedagang yang kaya.  Sebagai contoh, Sejarah Melayu mencatatkan, “...kerana pada masa itu orang Melaka ratalah berkapal belaka.”  Selain itu, kewujudan masyarakat Melaka yang menjadi pedagang turut diperihalkan oleh Sejarah Melayu berkenaan Hang Isap, “Adapun Hang Isap ada berniaga dengan seorang Sayid Hamba Allah”.  Dalam kisah Hang Isap ini, ada diceritakan kisah pelayaran pulang kapal Hang Isap ke Melaka dan pecah di benua Keling disebabkan balasan penipuannya ke atas seorang Sayid (orang Arab) ketika melakukan urusan perniagaan.  Hal ini menunjukkan kemampuan para pedagang Melaka untuk berlayar sehingga ke Benua Arab dan Benua Keling.  Selain itu, golongan rakyat biasa di Melaka turut diwakili oleh golongan pedagang asing yang datang berlabuh dan menetap di Melaka untuk satu tempoh yang tertentu. Kebanyakan mereka ini adalah merupakan golongan pedagang yang datang dari Tanah Arab dan Benua Keling. iii. Masyarakat Majmuk:  Selain itu, kewujudan kegiatan perdagangan di Melaka telah mewujudkan sebuah masyarakat majmuk di Melaka. hazmanazhar© 2013 4
  • 5. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Selain masyarakat Melayu yang diceritakan dalam Sejarah Melayu seperti namanama Hang Isap, Tun Biajid, Tun Mai Ulat Bulu dan lain-lain, masyarakat Melaka pada ketika itu juga terdiri daripada masyarakat Keling (India Muslim), Arab dan Cina.  Masyarakat Keling misalnya terdiri daripada watak-watak seperti Mani Ali Purindam, Si Kitul, Raja Mendeliar, Tun Mutahir dan Tun Tahir. Selain menjadi pedagang, mereka ini juga turut diberi tempat dalam pentadbiran Melaka seperti Tun Mutahir yang dilantik sebagai Bendahara.  Masyarakat Arab di Melaka pula terdiri daripada golongan pedagang dan pendakwah seperti Syeikh Abdul Aziz, Maulana Sadar Jahan dan Maulana Abu Bakar.  Keunikan Sejarah Melayu dari Aspek Pendidikan  Sejarah Melayu menceritakan bagaimana Melaka muncul sebagai pusat pendidikan Islam terkemuka di alam Melayu dengan kehadiran ulama-ulama dari Tanah Arab termasuklah Makhdum Saiyid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Kadzi Yusuf, Kadzi Menua, Kadzi Menawar Syah, Makhdum/Maulana Sadar Jahan dan Maulana Jalaludin.  Selain itu, beberapa orang Sultan seperti Sultan Mansur Syah sangat mencintai ilmu pengetahuan.  Sebagai contoh, baginda berguru dengan Maulana Abu Bakar dalam ilmu agama dan mengutus permasalahan agama ke Pasai.  Melaka juga muncul sebagai pusat keilmuan Islam terkemuka apabila Kitab Darul Manzum karangan Syeikh Abu Ishaq di bawa oleh Maulana Abu Bakar ke Melaka dan diajar kepada masyarakat.  Sejarah Melayu juga mencatatkan bagaimana masyarakat Melaka belajar dengan para ulama seperti kisah Tun Mai Ulat Bulu yang belajar menyebut perkataan Arab dengan Maulana Sadar Jahan serta kisah Sultan Mahmud Syah yang berguru dengan Kadi Yusof. hazmanazhar© 2013 5
  • 6. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Keunikan Sejarah Melayu dari Aspek Pemikiran  Dalam Sejarah Melayu, antara aspek pemikiran yang dimuatkan termasuklah pemikiran masyarakat Melayu dalam bernegara.  Menurut Muhammad Haji Salleh (2004), Kesultanan Melayu Melaka yang dikisahkan dalam Sejarah Melayu ditegakkan oleh beberapa asas penting pemikiran dalam bernegara, termasuklah susun atur kerajaan, hubungan pemerintah dan rakyatnya serta nilai dan moral seperti ketaatan dan keadilan.  Pertamanya, susun atur kerajaan yang telah dibentuk oleh Kesultanan Melayu Melaka telah menggambarkan betapa telitinya pemikiran golongan bangsawan Melayu dalam memastikan sebuah struktur kerajaan yang kompleks dan tersusun, dengan peranan raja dan para pembesarnya yang tersusun dan saling lengkap melengkapi.  Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), Sejarah Melayu secara jelas telah mencatatkan mengenai peranan seorang Raja Melaka dalam memastikan negeri berada dalam keadaan aman dan harmoni. Menurut Sejarah Melayu, “adapun pada segala raja-raja itu, pertama-tama menjadikan bendahara, kedua menjadikan temenggung, ketiga menjadikan penghulu bendahari, keempat menjadi syahbandar, maka terpelihara segala raja-raja itu dengan segala rakyatnya.”  Selain itu, Sejarah Melayu juga turut memuatkan mengenai peri pentingnya peranan rakyat kepada rajanya dalam membangunkan sebuah negara. Sebagai contoh, sebelum kemangkatan Sultan Alauddin Riayat Syah, baginda telah bertitah kepada anakandanya mengenai tanggungjawab seorang raja ke atas rakyatnya. Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1989), Sejarah Melayu menyebut, “Adapun raja-raja itu umpama api, segala perdana menteri umpama kayu, kerana api itu jikalau tiada kayu tiada akan nyala…ra’ayat itu umpama akar, raja itu umpama pohonnya; jikalau tiada akar nescaya pohon tiada akan dapat berdiri. Demikian raja-raja itu dengan segala ra’ayatnya …jikalau kau bunuh ia (ra’ayatmu) dengan tiada dosanya, bahawa kerajaanmu binasa” hazmanazhar© 2013 6
  • 7. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Peri pentingnya peranan raja dalam berlaku adil ke atas rakyatnya dalam Sejarah Melayu dapat dilihat apabila wasiat tersebut diulang semula oleh Sultan Mansur Syah kepada anakandanya Raja Ahmad, “ dan hendaklah engkau muafakat dengan segala menteri dan segala orang Besar-besarmu, kerana raja itu, jikalau bagaimana sekalipun bijaksana dan tahunya, jikalau tiada muafakat dengan pegawai, di mana akan dapat ia melakukan bijaksananya itu? Dan tiada akan sentosa kerajaannya; kerana raja-raja itu umpama api, segala menteri itu umpama kayu, kerana api itu tiada akan nyala jikalau tiada kayu; seperti kata Farsi:'Ar'ayatu juna bakhasta sultan khasad', yakni rakyat itu umpama akan dan raja itu umpama pohon; jikalau tiada akan nescaya tiada akan dapat berdiri. Demikianlah raja itu dengan segala rakyatnya....”  Berdasarkan titah nasihat dua orang Sultan di atas, perkara ini telah menggambarkan betapa pemikiran masyarakat Melayu yang mempercayai bahawa raja dan rakyatnya adalah saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain.  Hal ini kerana, raja sebagai ketua negara akan bertindak sebagai penaung (pohon) kepada rakyatnya, manakala rakyat pula bertindak sebagai pendokong (akar) kepada raja (yakni pohon tersebut).  Kemudiannya, peranan raja dan pembesar pula diumpamakan seperti api dan kayu di mana tanpa kayu, api tidak akan mampu bernyala. Dalam perumpamaan ini, kebijaksanaan raja (api) itu tidak akan terserlah tanpa adanya para pembesar (kayu) yang menyalakan kebijaksanaan tersebut.  Keadaan ini menggambarkan kepada kita bagaimana Sejarah Melayu telah melakarkan pemikiran golongan pemerintah dan rakyat Melaka yang melihat peranan masing-masing dalam bernegara yang saling lengkap-melengkapi di antara satu sama lain. hazmanazhar© 2013 7
  • 8. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Keunikan Sejarah Melayu dari Aspek Kritikan Sosial Walaupun teks Sejarah Melayu dilihat terlalu mengagung-agungkan dan memuliakan raja, namun begitu pengarangnya secara tersirat cuba untuk melakukan kritikan ke atas raja dalam beberapa peristiwa termasuklah: i. Peristiwa Singapura Dilanggar Todak:  Apabila Raja Singapura membunuh Tuan Jana Khatib kerana cemburu buta atas dakwaan kononnya ulama tersebut cuba menunjukkan kesaktian kepada isteri baginda, Tuan Jana Khatib dibunuh.  Tidak lama selepas itu, Singapura ditimpa bala apabila dilanggar todak mengakibatkan ramai rakyat mati.  Melalui kisah ini, pengarang cuba untuk meketengahkan soal kezaliman Raja tanpa usul periksa dan akibatnya Singapura ditimpa bala akibat pembunuhan seorang ulama yang sangat alim dari Pasai.  Seterusnya, Raja tanpa berfikir panjang menitahkan rakyat untuk berkubu betis bagi menangkis serangan todak tersebut.  Tindakan Raja itu sekali lagi mengundang padah apabila semakin ramai rakyat yang cedera dan mati. Dalam hal ini penulis cuba untuk menggambarkan ketidakmampuan Raja dalam berpandangan jauh dan bersikap terburu-buru.  Hanya apabila seorang kanak-kanak bernama Hang Nadim mengusulkan supaya dibuat benteng dengan batang pisang maka cadangan tersebut berjaya menghalang serangan todak.  Namun Hang Nadim kemudiannya dibunuh kerana dikhuatiri akan melawan Raja apabila besar nanti. Dalam hal ini kritikan sebenarnya ditujukan kepada para pembesar yang mengampu dan buruk sangka yang mengelilingi dan memberi nasihat pada Raja pada ketika itu. hazmanazhar© 2013 8
  • 9. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) ii. Kritikan Terhadap Moral Raja:  Secara berterus terang, penulis Sejarah Melayu tidak menyembunyikan keburukan Sultan Mahmud Syah yang dilihat sangat mengikut hawa nafsunya sehingga sanggup untuk bersekedudukan dengan isteri Tun Biajid ketika Tun Biajid dalam satu tugasan ke Morib.  Selain itu, peristiwa peminangan Puteri Gunung Ledang dan peristiwa penculikan Tun Teja dari Pahang ke Melaka bagi dijadikan isteri Sultan Mahmud Syah sehingga hampir memulakan perang di antara Pahang dan Melaka menunjukkan bagaimana sikap Sultan Mahmud Syah.  Pengarang juga turut membuka aib Sultan Mahmud Syah dengan menceritakan tentang penyakit kesukaran untuk membuang air. iii. Kritikan terhadap Sikap Suka Termakan Fitnah:  Peristiwa pembunuhan Bendahara Tun Mutahir berserta seluruh ahli keluarganya setelah difitnah oleh Raja Mendeliar (yang disampaikan melalui Laksamana Khoja Hasan) telah menunjukkan kegagalan Sultan Mahmud Syah dan sikap terburu-buru baginda yang menghukum tanpa usul periksa.  Sultan juga dikritik kerana tindakannya dipengaruhi perasaan dendam kerana Bendahara Tun Mutahir tidak mempersembahkan anakandanya Tun Fatimah menjadi isteri Sultan seperti adat-adat Bendahara sebelumnya. iv. Kritikan terhadap Kezaliman Raja:  Beberapa kali ditekankan dalam Sejarah Melayu iaitu apabila pemerintah bertindak zalim ke atas rakyatnya, bala akan menimpa negeri itu.  Dalam hal ini, pengarang Sejarah Melayu telah cuba untuk mengkritik Sultan yang melanggar perjanjian di Bukit Seguntang di mana Raja diberi Daulat, Rakyat diberi Keadilan.  Berdasarkan ikatan daulat ini, Sejarah Melayu sebenarnya secara halus cuba menunjukkan betapa Rajalah yang terlebih dahulu melanggar sumpah tersebut hazmanazhar© 2013 9
  • 10. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) sebelum berlakunya pembelotan Sang Rajuna Tapa yang akhirnya terkena tulah dan disumpah menjadi batu.  Selain dalam kisah pembunuhan Tuan Jana Khatib, peristiwa Hang Nadim yang dizalimi, kisah Tun Biajid yang menerima tamparan apabila Sultan bersekedudukan dengan isterinya, kisah pembunuhan anak Tun Perak dalam peristiwa sepak raga dan peristiwa pembunuhan keluarga Bendahara Tun Mutahir, ketidakadilan Raja terhadap rakyatnya bermula seawal kisah anak pembesar Singapura Sang Rajuna Tapa yang dijadikan gundik Raja seolah-olah menjatuhkan maruah Sang Rajuna Tapa sebagai Bendahara pada ketika itu.  Kemuncak kezaliman terhadap kezaliman Raja terhadap keluarga Sang Rajuna Tapa adalah apabila anakandanya itu disula di hadapan khalayak ramai kerana difitnah cuba bersekedudukan dengan seorang panglima.  Kerana rasa terhina dan kecewa, Sang Rajuna Tapa telah mengutus surat ke Majapahit supaya melanggar Singapura dan beliau sanggup belot dengan membuka pintu kota.  Akhirnya, balasan terhadap Singapura muncul apabila negeri tersebut alah kepada Majapahit dan Raja dan pengikutnya terpaksa berundur ke Melaka.  Walaupun begitu, kritikan tersebut masih dilihat berlapik apabila Sang Rajuna Tapa diketengahkan sebagai seorang antagonis yang akhirnya disumpah menjadi batu akibat terkena tulah.  Keunikan Sejarah Melayu dari Aspek Peranan Wanita  Menurut Muhammad Haji Salleh (2004), tema feminisme turut diangkat dalam penceritaan Sejarah Melayu bagi menunjukkan bahawa di sana terdapat peranan wanita dalam konteks Kesultanan Melayu Melaka.  Antara tokoh-tokoh wanita yang diceritakan dalam Sejarah Melayu termasuklah, Puteri Syahrul Bariyah, Wan Malini dan Wan Empuk, Tun Teja, Puteri Gunung Ledang, Puteri Hang Li Po dan Tun Fatimah, di samping beberapa watak lainnya. hazmanazhar© 2013 10
  • 11. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Setiap watak wanita yang disebut dalam Sejarah Melayu memainkan peranan mereka yang tersendiri, sama ada secara sampingan ataupun memberi kesan yang besar kepada perjalanan cerita itu sendiri. Antaranya termasuklah: i. Peranan Tun Fatimah: Antara kisah yang berkait dengan peranan wanita dalam Sejarah Melayu termasuklah peristiwa keengganan Tun Fatimah yang bertindak menggugurkan anak kandungannya dengan baginda Sultan Mahmud Syah. Menurut Muhammad Haji Salleh (2004), walaupun wanita seringkali dianggap sebagai barang dan hiasan lelaki, namun sesekali hak wanita dilatardepankan dalam teks Sejarah Melayu. Berdasarkan kisah Tun Fatimah yang diceritakan dalam Sejarah Melayu, dia telah bertindak menggugurkan kandungannya sebagai tanda protes terhadap tindakan Sultan Mahmud Syah yang telah menghukum bunuh semua ahli keluarga dan suaminya, Tun Ali. Disebabkan kemurungan dan sikap dingin Tun Fatimah terhadap Sultan Mahmud Syah, baginda telah sanggup untuk berjanji akan merajakan anak yang dilahirkan Tun Fatimah supaya Tun Fatimah tidak membahayakan dirinya dengan menggugurkan kandungan tersebut. Kisah Tun Fatimah dengan Sultan Mahmud Syah ini cukup ironik. Hal ini menggambarkan betapa seorang raja yang dikenali sebagai suka berfoya-foya dan zalim akhirnya mampu patuh terhadap seorang wanita bernama Tun Fatimah. ii. Peranan Puteri Gunung Ledang: Selain itu, kisah wanita yang turut dimuatkan dalam Sejarah Melayu adalah mengenai Puteri Gunung Ledang. Dalam kisah ini, Sultan Mahmud Syah yang telah menghantar rombongan peminangan kepada Puteri Gunung Ledang telah terpaksa membatalkan hazmanazhar© 2013 11
  • 12. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) hasratnya apabila puteri tersebut meminta pelbagai permintaan yang tidak masuk akal. Menurut Muhammad Haji Salleh (2004), kisah peminangan Puteri Gunung Ledang ini telah menggambarkan betapa ketinggian harga seorang wanita yang bukan hanya boleh dibeli dengan harta, kuasa dan darjat. Selain itu, kisah ini juga merupakan salah satu bentuk kritikan tersirat pengarang Sejarah Melayu dalam membidas sikap Sultan Mahmud Syah yang menggemari wanita-wanita cantik dan suka berfoya-foya. iii. Peranan Bonda Sultan Mahmud Syah: Seterusnya, peranan wanita yang dapat dilihat dalam Sejarah Melayu adalah melalui watak bonda kepada Sultan Mahmud Syah yang dilihat sebagai individu penting di belakang perlantikan adindanya, Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka. Dalam hal ini, Sejarah Melayu telah menceritakan bagaimana ketika Sultan Mahmud Syah ingin mencari pengganti kepada Bendahara Melaka, bonda baginda membisikkan kepada baginda supaya melantik adinda bondanya (yakni bapa saudara Sultan Mahmud) iaitu Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka yang baharu. Hal ini menunjukkan wujudnya campur tangan dalam pemilihan Bendahara Melaka pada waktu itu. Secara tidak langsung juga, walaupun diketahui kuasa politik dalam Kesultanan Melayu Melaka dikuasai oleh golongan lelaki, dalam sesetengah keadaan, peranan wanita juga dapat dilihat mencampuri urusan pentadbiran Melaka pada ketika itu. hazmanazhar© 2013 12
  • 13. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) KEUNIKAN HIKAYAT ABDULLAH  Hikayat Abdullah sebuah karya sastera sejarah karangan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi merupakan sebuah catatan kehidupan Abdullah yang sarat dengan peristiwa sejarah berdasarkan pengalamannya sebagai seorang jurutulis dan pembantu kepada Stamford Raffles ketika di Melaka dan Singapura.  Penulisan Abdullah yang realistik dan terkeluar daripada corak penulisan tempatan lain yang lebih bersentrikkan istana telah menjadi Abdullah dianggap sebagai “mencipta dan mendahului zamannya”.  Keunikan karya tulisan Abdullah dalam hikayatnya dapat dilihat daripada pelbagai aspek termasuklah aspek pembinaan jati diri bangsa, pembentukan masyarakat, pendidikan, pemikiran, kritikan sosial dan peranan wanita.  Keunikan Hikayat Abdullah dalam Aspek Pembinaan Jati Diri Bangsa  Abdullah Munsyi dalam buku Hikayat Abdullah meletakkan garis masa penceritaannya bermula sejak kelahirannya pada 1796 sehinggalah kepada zaman kehidupannya di Singapura. Abdullah lahir dan hidup di tengah-tengah masyarakat Melaka pada zaman pendudukan British di Melaka.  Zaman tersebut telah menyaksikan bagaimana jati diri masyarakat Melayu di Melaka berada di dua persimpangan, suatu pihak yang dilihat cuba untuk mengekalkan jati diri bangsa yang diwarisi zaman berzaman, manakala satu pihak yang lain pula dilihat terbuka kepada perubahan sesuai dengan peredaran masa.  Berdasarkan penulisannya dalam Hikayat Abdullah, Abdullah Munsyi secara tidak langsung telah menggambarkan mengenai jati diri masyarakat Melayu di Melaka pada ketika itu yang dilihat mempercayai pelbagai adat yang pelik dan karut-marut dalam kehidupan mereka.  Menurut Kassim Ahmad (2004), masyarakat Melayu pada zaman Abdullah Munsyi masih kekal dengan kepercayaan yang karut marut, adat resam yang jahat dan mundur dan taat kepada rajanya dengan sebenar-benar taat walaupun kelakuan raja mereka itu kadangkala itu zalim dan tidak bermoral. hazmanazhar© 2013 13
  • 14. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Menurut Siti Aisah Murad (1996), antara contoh kepercayaan karut yang dipercayai oleh masyarakat Melayu pada ketika itu termasuklah adat “menjual anak” yang turut dilakukan oleh ibu bapa Abdullah Munsyi sendiri.  Selain adat “menjual anak”, orang Melayu juga mempunyai kepercayaan pelik dengan mempercayai bahawa nama seseorang juga mempengaruhi kesihatan seseorang sekiranya nama yang diberikan itu tidak sesuai dengan tubuh badan si anak tersebut. Menurut Abdullah Munsyi seperti yang dipetik Siti Aisah Murad (1996), “ Bahawa ini pun satu adat nenek moyang bodoh, yang tiada ia mengetahui Allah Taala.... Syahadan ada pula orang yang percaya sebab nama budak itu terlalu besar itulah kononnya mendatangkan penyakit atau mati. Maka sekalian itu bohong dan adat-adat bodoh belaka.”  Selain itu, masyarakat Melaka pada zaman Abdullah Munsyi juga masih lagi menebal dengan kepercayaan terhadap perkara mistik dan magis seperti dalam peristiwa perobohan Kota Melaka oleh British dan peristiwa menangkap gajah.  Contohnya, ketika usaha Tuan Farquhar untuk merobohkan Kota Melaka itu tidak berjaya, masyarakat Melaka percaya bahawa keadaan tersebut disebabkan oleh para jembalang yang menjaga kota tersebut daripada dihancurkan.  Seterusnya, dalam peristiwa penangkapan gajah oleh Pawang Gajah yang bernama Encik Sulung, masyarakat Melaka pada ketika itu dilihat taksub dan percaya dengan kebolehan ilmu gajah Encik Sulung dalam menjinakkan hampir 63 ekor gajah di Hulu Melaka sedangkan Abdullah Munsyi yang melihat peristiwa tersebut menganggap perkara tersebut dilakukan dengan kebijaksanaan dan bukannya melalui ilmu mistik seperti hikmat, ubatan ataupun jin. (Siti Aisah Murad, 1996).  Seterusnya, masyarakat Melayu Melaka pada zaman kehidupan Abdullah Munsyi juga mempunyai kepercayaan Islam yang agak ortodoks dan tertutup. Misalnya, masyarakat pada zaman itu menegah anak-anak mereka atau sesiapa yang cuba untuk mempelajari bahasa Inggeris atau belajar dengan orang-orang Inggeris. Hal ini kerana mereka beranggapan bahawa mempelajari ilmu Inggeris seolah-olah murtad dan masuk Kristian. hazmanazhar© 2013 14
  • 15. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Sebagai contoh, Kassim Ahmad (2004) telah bertindak memetik semula dialog di antara Abdullah dengan pendukung-pendukung fahaman kolot tersebut itu: “ Jangan baca kitab ini. Buangkan, karena ini kitab orang putih. Nanti rosak iman kita.” Maka jawabku kepada mereka itu, “Bagaimana engkau boleh tau ini kitab orang putih? Bukankah ini bahasa Melayu? Dan bolehkah ia ini merosakkan iman kita? Apakah ertinya iman itu?... ertiya iman itu kuketahui, percaya. Maka jikalau kiranya tiada percaya aku akan dia, bolehkah rosak iman? ....” Maka diamlah mereka itu.”  Berdasarkan kisah-kisah yang telah diceritakan oleh Abdullah mengenai masyarakat pada masa itu, maka jelaslah bahawa jati diri masyarakat Melayu pada masa itu dilihat masih bersifat konservatif dan tertutup dengan tradisi lama sedia ada sejak zaman berzaman semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka.  Jati diri masyarakat pada ketika itu dilihat kekal dengan kepercayaan terhadap adat dan kepercayaan tertentu yang kadangkala bersikap jumud dan tertutup daripada arus perubahan semasa pada waktu itu.  Seterusnya, jati diri bangsa yang dapat dilihat dalam penulisan Abdullah adalah melalui jati diri Abdullah Munsyi itu sendiri. Walaupun beliau dianggap berlawanan daripada masyarakat kebanyakan pada masa tersebut sehingga digelar “Abdullah Paderi”, sikap dan sifatnya itu akhirnya menjadi ikutan masyarakat Melayu yang bangkit dalam Gerakan Islah pada awal abad ke-20 seperti angkatan Syed Syeikh alHadi, angkatan Za‟ba dan Angkatan 50 (ASAS 50). (Kassim Ahmad, 2004: xxvii)  Antara jati diri utama yang terdapat dalam diri Abdullah Munsyi ialah bersifat realistik dan terbuka dalam pemikirannya. Menurut A.H Hill (1969), “Abdullah was the first writer in Malay to bring realism to this art....”. Keterbukaan Abdullah dapat dilihat apabila beliau bertindak menterjemah Kitab Injil ke dalam bahasa Melayu, sesuatu yang dianggap sebagai menyalahi agama oleh sebahagian besar masyarakat pada masa tersebut. hazmanazhar© 2013 15
  • 16. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Malah, walaupun bapa Abdullah adalah merupakan seorang yang berilmu dan dekat dengan golongan penjajah Barat dengan menjadi jurutulis, beliau sendiri dilihat menentang keterbukaan Abdullah apabila anaknya bertindak belajar di sekolah mubaligh, Anglo-Chinese College.  Keterbukaan Abdullah juga menyebabkan beliau menjadi seorang pengagum kepada sains dan teknologi serta menolak kepercayaan karut dalam masyarakat Melayu pada masa tersebut. Menurut Kassim Ahmad (2004), kekaguman Abdullah terhadap sains dinukilkan di dalam hikayatnya apabila beliau melihat sendiri sebuah kapal asap yang datang ke Singapura, selain menyaksikan demonstrasi sebuah alat pengambil gambar, kamera yang awal.  Walaupun masyarakat Melaka memandang Abdullah sebagai seorang yang bersifat kebaratan, hakikatnya jati diri Abdullah terhadap bangsa Melayu cukup tinggi terutamanya melalui pemikirannya yang sentiasa memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang berada dalam keadaan yang menyedihkan dan malang.  Misalnya, Kassim Ahmad (2004) menjelaskan bahawa Abdullah sentiasa mengenangkan nasib orang Melayu yang mundur dalam ilmu pengetahuan: “ Adapun segala hal ehwal mereka itu sekalian senantiasa bersamasama dengan aku. Maka kulihat hal ehwal mereka itu dan tabiat mereka itu dan kelakuan mereka itu dan adat mereka itu daripada kecilku sampailah sekian umurku, maka kuperhatikan juga, maka adalah kudapati bangsa Melayu itu makin lama usahkan makin pandai, makin pula bodohnya, adanya.”  Selain mengenang nasib bangsanya, Abdullah juga seorang yang begitu sayang akan bahasa Melayu dan sampai ke suatu tahap cuba untuk menyusun nahu bahasa Melayu sebagai satu panduan kepada generasi yang akan datang. Catat Abdullah: “....Bermula bahasa Melayu ini bukankah seperti hutan rimba besar keadaannya, penuh dengan semak samun dan duri pun berceracangan dan akar pun bersengkarut, dan kayu pun lintang-pukang dan lorongnya pun simpang-siur dan tanahnya pun tinggi rendah? Maka daripada zaman adanya bahasa itu sampai sekarang ini adakah seorang yang bernafsu hendak membetulkan atau mengaturkan jalannya atau hukumnya?” hazmanazhar© 2013 16
  • 17. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Keunikan Hikayat Abdullah dalam Aspek Pembentukan Masyarakat i. Pembentukan Masyarakat yang Hidup dalam Zaman Perubahan:  Abdullah Munsyi hidup dalam satu zaman perubahan, iaitu perubahan daripada zaman feudal Melayu di Tanah Melayu kepada zaman pemerintahan kolonial Inggeris di Tanah Melayu.  Dalam era perubahan ini, Abdullah telah dilihat cuba menggambarkan berlakunya pertembungan dua aliran dalam keilmuan iaitu aliran ilmu pengetahuan masyarakat yang sedia ada dan ilmu pengetahuan Barat yang membawa pelbagai pembaharuan dan kelebihan kepada masyarakat. Aliran ilmu pengetahuan tradisi ini dilihat menekankan pendidikan agama terutamanya pembacaan al-Quran manakala aliran ilmu pengetahuan Barat menekankan pelbagai disiplin ilmu termasuklah bahasa, sains, teknologi dan juga etika.  Kehadiran Barat (Inggeris) dan ilmunya disambut dengan penuh skeptikal oleh masyarakat tempatan termasuklah bapa Abdullah sendiri, walaupun beliau adalah merupakan seorang yang berilmu pengetahuan di Melaka.  Di era transisi perubahan ini, masyarakat Melayu dilihat masih cuba untuk mengekalkan diri mereka dengan kehidupan lama mereka. Menurut Kassim Ahmad (2004), sikap prasangka masyarakat tempatan terhadap Inggeris telah ditulis Abdullah dalam hikayatnya seperti berikut: “Bermula maka adalah telah berpuluh-puluh kali aku ini disuruhkan oleh tuan-tuan itu memanggil dan mencari anak-anak Melayu supaya boleh ia belajar dan mengetahui membaca dan menulis, baik bahasa Melayu, baik bahasa Inggeris. Maka oleh sebab bodohnya dan sangka mereka itu nanti dimasukkan Inggeris, tiadalah ia mau datang. Karena fikiran mereka itu, dengan kekerasan nanti ditangkap, dimasukkan Inggeris. Maka beberapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu serta memberitau akan mereka itu bahawa sekali-kali tiada Inggeris itu hendak memasukkan seseorang ke dalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka....” hazmanazhar© 2013 17
  • 18. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Berdasarkan apa yang telah dituliskan oleh Abdullah dalam hikayatnya, nyatalah masyarakat Melayu dalam zaman transisi tersebut dilihat penuh dengan kesangsian terhadap Inggeris, di mana mereka menganggap Inggeris cuba untuk menjadikan masyarakat tempatan seperti mereka dan menganut agama yang sama dengan mereka iaitu Kristian.  Pada pandangan masyarakat tempatan pada masa tersebut, menurut cara Inggeris adalah bersalahan dari segi agama dan pegangan ini turut dipersetujui oleh bapa Abdullah sendiri iaitu Abdul Kadir. Catat Abdullah: “ Aku tiada suka engkau pergi belajar bahasa Inggeris dan suratnya, karena seorang pun orang Islam tiada belajar itu. Dan lagi, banyaklah orang mengatakan pekerjaan itu tiada baik, merosakkan agama...” ii. Pembentukan Masyarakat yang Menerima Pendidikan Formal:  Walaupun berlaku pertentangan di antara masyarakat tempatan ke atas usaha Inggeris dalam menyebarkan ilmu pengetahuan terutamanya bahasa Inggeris kepada anak-anak tempatan, akhirnya atas usaha yang dilakukan oleh dua orang paderi iaitu Tuan Milne dan Tuan Thomsen telah menyebabkan tertubuhnya sebuah sekolah mubaligh di Melaka pada ketika itu yang dikenali sebagai Anglo-Chinese College.  Menurut Siti Aisah Murad (1996), sekolah ini telah ditubuhkan atas arahan East India Company dan di sinilah anak-anak Cina, Nasrani dan Melayu belajar menulis dan membaca bahasa Inggeris.Malah, Abdullah sendiri tidak ketinggalan untuk turut belajar di maktab tersebut, bahkan medorong orang lain untuk sama-sama belajar di maktab tersebut.  Kejayaan penubuhan maktab tersebut sebenarnya telah menunjukkan kepada kita bahawa berlakunya pembentukan sebuah masyarakat baru di era transisi feudal ke kolonialisme di Tanah Melayu.  Antara perubahan yang berlaku dalam masyarakat termasuklah pembentukan sebuah masyarakat yang mendapat pendidikan formal di Melaka pada ketika itu berbanding sebelumnya yang hanya tertumpu kepada pendidikan separa formal di kelas-kelas pengajian al-Quran dan pendidikan tidak formal di rumah. hazmanazhar© 2013 18
  • 19. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) iii. Pembentukan Masyarakat di Singapura:  Seterusnya, Abdullah Munsyi dalam karyanya juga turut menggambarkan pembacanya mengenai pembentukan masyarakat di Singapura yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan imigran terutamanya dari China.  Dalam hikayatnya juga, Abdullah turut memperincikan mengenai Singapura sebelum daripada pembinaan loji Inggeris yang digambarkan sebagai sebuah kawasan hutan sebelum Sultan Hussein bertindak membina istananya di Kampung Gelam. (Siti Aisah Murad, 1996)  Berdasarkan penulisan Abdullah dalam Hikayat Abdullah, beliau telah menggambarkan bagaimana masyarakat Singapura ketika beliau membantu menjadi jurutulis kepada Stamford Raffles, Singapura dipenuhi oleh imigran Cina yang hadir dalam jumlah yang ramai dan membawa budaya kongsi gelap mereka ke Singapura.  Dalam hikayatnya, Abdullah turut menceritakan bagaimana keberaniannya dalam menyelinap masuk ke dalam kongsi gelap T‟ien Ti Hui di pedalaman Singapura. (A.H Hill, 1969:15)  Dalam kisah penyelinapannya ke dalam kongsi gelap tersebut, Abdullah telah bertindak menyamar sebagai seorang pengemis dan telah menyaksikan pembakaran kertas nazar, upacara meminum darah di hadapan berhala dan seksaan ke atas ahli kongsi gelap yang melanggar peraturan kongsi gelap tersebut. Kejayaan Abdullah menyelinap itu telah memberikan satu gambaran kepada kita mengenai struktur kongsi gelap Cina di Tanah Melayu pada ketika itu.  Seterusnya, bagi mengawal sebuah masyarakat di Singapura, Abdullah turut mencatatkan bagaimana beliau ditugaskan untuk menulis satu undang-undang yang menjadi hukum dan adat dalam negeri Singapura termasuklah hal berkaitan dengan larangan perjudian dan menanam candu di Singapura oleh Raffles.  Menurut Siti Aisah Murad (1996), kebanyakan masyarakat menyambut baik undangundang yang dibuat Raffles kecuali masyarakat Cina. Catat Abdullah mengenai undang-undang tersebut: hazmanazhar© 2013 19
  • 20. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) “Maka adalah daripada masa surat itu sudah ditampalkan, maka segala hukum dan adat dalam negeri Singapura pun tetaplah, maka segala bangsa pun terlalulah sukacita sebab mendengarkan hukum dan adat yang diadakan oleh Tuan Raffles itu; melainkan orang Cina juga yang tiada suka, sebab dalam undang-undang itu menegahkan tiada boleh bermain judi, maka sebab itu kebanyakan orang-orang Cina yang mengempas dan menarik nafas panjang, maka adalah masing-masing mereka itu dengan masam mukanya, serta mengumpat dan memaki akan Tuan Raffles sebab menegahkan orang daripada bermain judi itu.”  Berdasarkan apa yang dicatatkan oleh Abdullah itu, maka jelaslah bahawa pembentukan sebuah masyarakat di Singapura adalah jauh berbeza dengan masyarakat di sekitarnya di alam Melayu pada masa tersebut.   Hal ini kerana kebanjiran imigran telah mengubah keadaan masyarakat termasuklah pertentangan budaya di antara orang Cina dan orang tempatan Melayu terutamanya dalam kegiatan perjudian, arak, candu dan kongsi gelap.  Contohnya, undang-undang yang dibuat oleh Raffles dalam mengharamkan judi dan candu telah mendapat reaksi berbeza dalam kalangan penduduk tempatan, imigran Cina dan pegawai Inggeris. Hal ini menunjukkan berlakunya pertembungan budaya dalam kalangan masyarakat di Singapura pada waktu tersebut. iv. Masyarakat yang Mengekalkan Amalan Perhambaan:  Seterusnya, aspek pembentukan masyarakat yang turut dimuatkan oleh Abdullah dalam hikayatnya termasuklah penggunaan institusi perhambaan dalam masyarakat pada ketika itu.  Menurut Kassim Ahmad (2004), ahli-ahli sejarah dan pengkaji masyarakat Malaysia zaman pramoden terhutang budi kepada Abdullah kerana dua catatannya dalam buku Hikayat Abdullah tentang kewujudan hamba abdi pada masa tersebut. hazmanazhar© 2013 20
  • 21. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Misalnya, catatan beliau mengenai hamba yang telah dibawa oleh orang Bugis: “ .... Hatta setelah keesokan harinya, pagi-pagi aku turunlah ke laut hendak pergi melihatkan itu. Maka apabila sampai ke perahu itu, maka kulihat penuh sesak dengan hamba. Ada kira-kira tiga ratus orang: laki-laki, perempuan, budak-budak. Ada yang bunting hampir beranak, yakni bunting sarat. Maka terlalu kasihan hatiku melihat akan dia. Maka sebentar lagi kulihat orang-orang Cina datang beratus-ratus hendak membeli itu....”  Keunikan Hikayat Abdullah dalam Aspek Pendidikan  Berdasarkan penulisan Abdullah dalam hikayatnya, aspek pendidikan adalah merupakan aspek terpenting yang menjadi asas dalam kehidupan Abdullah.  Semenjak kecil, beliau dididik dengan ilmu pengetahuan dan apabila besarnya pula menjadi guru, penterjemah, penulis dan pengkaji, bidang-bidang kehidupan yang tidak lari daripada pendidikan.  Selain itu, Abdullah juga mengemukakan pelbagai kritikan dan saranan mengenai pendidikan orang Melayu yang dilihat jauh ketinggalan pada zaman tersebut, selain sikap tertutup orang Melayu yang menolak ilmu-ilmu moden dari Barat.  Menurut Kassim Ahmad (2004), Abdullah semenjak kecilnya dilahirkan dan dibesarkan dalam satu tradisi ilmu bahasa Melayu dan agama ortodoks yang kukuh. Hal ini disebabkan oleh Abdullah yang lahir dalam sebuah keluarga yang berilmu, di mana bapanya Abdul Kadir merupakan seorang ahli bahasa, jurutulis dan khatib, selain menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.  Selain itu, nenek kepada Abdullah yang bernama Peri Achi pula ialah seorang guru besar di Kampung Pali, mengajar lebih kurang dua ratus orang murid membaca, menulis dan mengaji al-Quran. (Siti Aisah Murad, 1996:3) hazmanazhar© 2013 21
  • 22. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Disebabkan latar belakang keluarga Abdullah yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi, Abdullah telah dibesarkan dalam situasi yang mementingkan pelajaran.  Menurut Siti Aisah Murad (1996), zaman kanak-kanak Abdullah telah dihabiskan bersama neneknya di sekolah. Abdullah telah menjelaskan perkara ini di dalam hikayatnya seperti berikut: “Maka barang apa-apa pengajarannya kepada budak-budak itu semuanya kuturut sahaja, itulah menjadi permainanku: dari bangun pagi sehingga pukul enam petang tiadalah bunyi apa lain lagi melainkan riuh bunyi belajar dan mengaji sahaja.”  Abdullah sejak umurnya tujuh tahun telah mula ditekankan dengan ilmu pengetahuan apabila dirinya dihadiahkan dengan sekeping papan loh dan kalam resam menjadi alat permainannya. Melalui papan itu jugalah beliau mula belajar melakar dan membentuk perkataan dalam bentuk garis kasar.  Bapa Abdullah adalah seorang pendisiplin ilmu yang keras (Kassim Ahmad, 2004). Disebabkan sikap bapanya yang tegas terhadap pelajaran Abdullah, akhirnya beliau mampu untuk khatam al-Quran, memperoleh kemahiran membaca dan menulis dengan baik.  Pembudayaan ilmu dalam diri Abdullah telah menyebabkan beliau menjadi seorang yang gemar mencari ilmu. Antaranya, beliau telah berguru dengan dua orang ahli bahasa Melayu yang terkemuka di Melaka pada ketika itu iaitu Datuk Sulaiman dan Datuk Astur.  Melalui gurunya, beliau telah dapat menguasai pengetahuan bahasa Melayu dalam simpulan perkataan, ikatan perkataan, rangkai perkataan, kuasa perkataan dan tujuan perkataan. (Siti Aisah Murad, 1996: 5)  Menurut Kassim Ahmad (2004), selain mempelajari ilmu bahasa Melayu, Abdullah juga telah bertindak mempelajari pelbagai bahasa pertuturan di Melaka pada ketika itu seperti bahasa Tamil, Hindi, Cina dan Inggeris. hazmanazhar© 2013 22
  • 23. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Seterusnya, sikap Abdullah dalam pendidikan ialah beliau bukan sahaja berminat dalam mempelajari sesuatu ilmu, akan tetapi turut sama menyebar ilmunya dan berusaha mengembangkan lagi ilmu tersebut.  Misalnya, semenjak kecil, Abdullah telah muncul sebagai seorang guru al-Quran kepada supai-supai Benggali beragama Islam yang mengawal Kota Melaka. Kemudiannya, Abdullah menjadi guru bahasa Melayu kepada orang-orang Eropah termasuklah dua orang paderi iaitu Tuan Milne dan Tuan Keasberry.  Abdullah bukan sahaja menjadi seorang guru kepada bahasa Melayu, tetapi bercitacita tinggi mengembangkan lagi ilmu bahasa Melayu ke suatu tahap yang lebih tinggi.  Misalnya, Abdullah telah mengkritik masyarakat Melayu yang langsung tidak mempunyai walaupun sebuah sekolah untuk belajar bahasa Melayu. Kritik Abdullah dalam hikayatnya: “...adalah sebesar-besar hairan dalam hatiku sebab melihat hal adat orang-orang kita Melayu itu, yang tiada diperbuat-buat oleh bangsa yang lainlain dalam dunia ini diperbuatnya! Adakah segala bangsa manusia dalam dunia ini membuangkan bahasanya sendiri, tiada bertempat belajar bahasanya itu, melainkan yang kulihat orang Melayulah yang tiada mengendahkannya.”  Berdasarkan kritikan Abdullah ini, kita dapat lihat bagaimana tidak wujud inisiatif dalam kalangan masyarakat Melayu untuk membina dan mewujudkan sebuah sekolah bagi mempelajari bahasa Melayu iaitu bahasa pertuturan masyarakat Melayu itu sendiri.  Abdullah di dalam hikayatnya turut menjelaskan betapa pentingnya menguasai bahasa sendiri dalam kehidupan masyarakat sehari-hari. Catat Abdullah dalam karyanya: “Syahadan dapat tiada kalau ada suatu bangsa yang besar itu, maka bahasanya pun besarlah, kerana sekalian perkara yang ada dalam dunia dan akhirat itu semuanya terbit daripadanyalah, menjalankan pekerjaan dan memberi nama tiap-tiap suatu itu dengan bahasa, dan mendatangkan hazmanazhar© 2013 23
  • 24. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) kekayaan dan kemuliaan kebesaran bagi manusia itu pun daripada bahasa datangnya. Maka bahasa itulah yang amat besar gunanya bagi manusia ini dunia akhirat adanya. Maka patutkah ia itu tiada engkau endahkan?”  Berdasarkan sikap Abdullah terhadap ilmu bahasa Melayu, beliau telah menekankan peri pentingnya bahasa Melayu baik sebagai panduan di dunia mahupun di akhirat.  Selain menekankan mengenai perlunya ada sebuah sekolah mengajar bahasa dan menekankan pentingnya untuk mempelajari bahasa, Abdullah turut menekankan tentang keperluan mewujudkan sebuah kitab nahu bahasa Melayu yang menjadi panduan kepada masyarakat Melayu. Keluh Abdullah dalam hikayatnya: “....Bermula bahasa Melayu ini bukankah seperti hutan rimba besar keadaannya, penuh dengan semak samun dan duri pun berceracangan dan akar pun bersengkarut, dan kayu pun lintangpukang dan lorongnya pun simpang-siur dan tanahnya pun tinggi rendah? Maka daripada zaman adanya bahasa itu sampai sekarang ini adakah seorang yang bernafsu hendak membetulkan atau mengaturkan jalannya atau hukumnya?”  Seterusnya, sikap Abdullah terhadap ilmu begitu tinggi. Beliau cukup menghargai ilmu pengetahuan yang dimilikinya seperti yang dijelaskan beliau dalam hikayatnya: “Kupohonkan kepada Allah SWT agar memberikan kerahmatan, kesejahteraan dan kebajikan kepada guru-guruku yang telah memberikan ilmu pengetahuan sehingga aku tidak terkena emas lancungan atau perak lancungan, dan intan disangka batu kelikir. Kebanyakan orang yang tidak mempunyai ilmu pengetahuan, tidak akan menyedari sama ada sesuatu perkara itu baik jahat ataupun salah benar.” hazmanazhar© 2013 24
  • 25. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Keunikan Hikayat Abdullah dalam Aspek Pemikiran  Dalam berbicara mengenai keunikan Hikayat Abdullah menerusi aspek pemikiran, tidak disangkal lagi Abdullah bukan sahaja seorang guru, penterjemah, penulis ataupun pengkaji, akan tetapi beliau juga adalah seorang pemikir.  Menurut Kassim Ahmad (2004), Abdullah bukan sahaja merupakan seorang penulis Melayu yang agung; beliau juga merupakan seorang mujaddid dan ahli fikir. Buah fikirannya, walaupun sudah berusia lebih seratus lima puluh tahun, masih tetap segar dan sesetengahnya masih perlu diusahakan oleh masyarakat Malaysia pada hari ini.  Berdasarkan penceritaan Abdullah dalam hikayatnya, kita dapat melihat bagaimana pemikiran Abdullah yang liberal dan terkehadapan berbanding masyarakat yang sezaman dengannya, terutamanya terhadap ilmu-ilmu Inggeris, terhadap Injil dan Kristian dan kritikan-kritikan beliau terhadap kemunduran masyarakat Melayu yang menebal dengan kepercayaan lama yang penuh dengan kekarutan.  Menurut Kassim Ahmad (2004), Abdullah Munsyi melalui pergaulannya dengan tokoh-tokoh Inggeris seperti Stamford Raffles dan William Farquhar telah terpengaruh dengan idea-idea rennaisance (kelahiran semula) yang melanda Eropah pada ketika itu. Pegawai Inggeris seperti Raffles dan Farquhar ini dilihat cenderung kepada pemikiran rasionalis dan humanis dalam diri mereka dan perkara ini cukup terkesan kepada Abdullah.  Menurut Kassim Ahmad (2004), Abdullah dilihat tertarik dengan idea-idea baru rennaisance seperti martabat tinggi individu, kebebasan individu, kemuliaan yang diberi kepada ilmu, pemerintahan mengikut undang-undang, semangat tekun, kebersihan, perancangan dan disiplin dalam kehidupan.  Disebabkan oleh terpengaruhnya beliau terhadap fahaman rasionalis, Abdullah secara terang telah menolak sebarang bentuk khurafat, tahyul dan kepercayaan karut lain yang bersebati dalam pemikiran orang-orang Melayu pada ketika itu. Hal ini dapat dilihat melalui kritikan Abdullah terhadap kepercayaan khurafat dalam masyarakat Melayu: hazmanazhar© 2013 25
  • 26. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) “....Segala hantu syaitan yang tersebut itu pun halnya kudapati bohong dan tipu dan perdaya dan silap mata. Maka sebab itulah berani aku bersumpah menyebut nama Allah mengatakan bukannya benar; hanya semata-mata kejahatan dalamnya dunia dan akhirat. Maka adapun orang yang percaya dan orang yang berbuat dan orang yang membenarkan pekerjaan itu sama hukumnya menduakan Allah, sekali-kali tiada yang lain daripada Allah yang boleh memberi baik atau jahat, dan yang mematikan dan menghidupkan, dan yang mendatangkan sesuatu bahaya atau kesukaran di atas hamba-Nya....”  Seterusnya, pemikiran humanis Abdullah pula dapat dilihat melalui kritikannya ke atas kezaliman raja pada waktu itu ke atas masyarakat Melayu. Tulis Abdullah dalam hikayatnya: “... sebab aku menyatakan zalim dan aniaya perintah raja-rajanya karena sentiasa tabiat raja Melayu itu, iaitu menghinakan rakyatnya, seolaholah pada pemandangannya akan rakyat itu seperti binatang, adanya. Maka sebab itulah apabila rakyatnya itu bertemu dengan dia dapat tiada hendaklah ia dapat duduk di tanah, baik di becak, baik di kotor. Dan lagi, apabila rajaraja itu menghendaki baik anak-anak perempuan, atau barang suatu harta benda rakyatnya, diambilnya sahaja tanpa menjadi suatu kesusahan atau takut kepada Allah...”  Berdasarkan pengkisahan mengenai raja-raja Melayu di dalam hikayatnya itu, ternyata Abdullah telah dipengaruhi oleh pemikiran humanis Barat yang menjunjung tinggi kebebasan dan martabat setiap individu yang diperjuangkan olehnya.  Pemikiran Abdullah ini penuh dengan islah (pembaharuan) dengan mengkritik secara terbuka ke atas raja-raja Melayu dan masyarakat Melayu yang dianggap sebagai bodoh dan malas. Malah, pemikiran islah yang telah dimulakan Abdullah ini telah diteruskan pula oleh angkatan pemikir Timur Tengah dalam Gerakan Islah seperti Syed Syeikh al-Hadi. (Kassim Ahmad, 2004)  Seterusnya, pemikiran Abdullah juga dilihat sarat dengan kecintaannya terhadap bahasa Melayu, Inggeris dan ilmu pengetahuan. (Siti Aisah Murad, 1996:12) hazmanazhar© 2013 26
  • 27. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Misalnya, pemikiran Abdullah terhadap bahasa Inggeris adalah berlawanan dengan sikap dan pemikiran masyarakat Melayu yang lain terhadap ilmu tersebut. Tulis Abdullah mengenai kepentingan bahasa Inggeris: “.... memberitau sudah berapa kali sudah aku ingatkan akan mereka itu serta akan mereka itu bahawa sekali-kali Inggeris hendak memasukkan seseorang ke dalam agamanya kalau yang empunya diri tiada suka, melainkan supaya kamu boleh belajar dan mengetahui bahasa kamu dan bahasa Inggeris, kelak nanti di belakang banyak gunanya. Kalau sudah pandai, engkau sekalian boleh mencari kehidupan dengan mudahnya.”  Selain itu juga, pemikiran Abdullah dalam hikayatnya juga penuh dengan keterbukaan. Sebagai contoh, Abdullah telah bertindak membantu Tuan Thomsen menterjemah kitab Injil Matius ke dalam bahasa Melayu. (Siti Aisah Murad, 1996:7)  Keadaan ini menyebabkan Abdullah dihina dan dipulau oleh masyarakat Melaka dan digelar sebagai “Abdullah Paderi” disebabkan tindakannya yang dilihat sebagai menyalahi agama.  Keunikan Hikayat Abdullah dalam Aspek Kritikan Sosial Abdullah Munsyi dalam hikayatnya secara terbuka melakukan kritikan ke atas beberapa pihak termasuklah raja-raja Melayu, masyarakat Melayu dan sebahagian pegawai Inggeris yang tidak dianggap sebagai tidak bermoral. Antara kritikan Abdullah termasuklah: i. Kritikan Abdullah terhadap Raja-raja Melayu: Abdullah mengkritik sikap raja-raja Melayu yang zalim. Misalnya, sebahagian raja-raja Melayu akan mengambil harta benda rakyat dan wanita yang diminati mereka sesuka hati. Abdullah menganggap sikap raja-raja Melayu yang zalim itu menyebabkan orang Melayu kekal dalam kebodohan. hazmanazhar© 2013 27
  • 28. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) Abdullah mengkritik sikap Tengku Long yang enggan berniaga ketika diusulkan Raffles kerana kononnya bukan adat golongan diraja untuk berniaga. Abdullah mengkritik sikap Tengku Long yang dilihat malas berkerja dan hanya mengharapkan kesenangan tanpa berusaha. ii. Kritikan Abdullah terhadap Masyarakat Melayu: Abdullah mengkritik masyarakat Melayu yang terpengaruh dengan tahyul dan kepercayaan karut marut seperti hantu jembalang dan adat menjual anak. Abdullah mengkritik sikap masyarakat Melayu yang tidak mempunyai usaha untuk mengajarkan bahasanya sendiri. Abdullah mengkritik sikap masyarakat Melayu yang tertutup dan enggan memajukan diri dengan ilmu pengetahuan yang dibawa oleh Inggeris atas dakwaan kononnya ilmu Inggeris boleh merosakkan akidah. iii. Kritikan Abdullah terhadap orang Eropah di Melaka: Abdullah mengkritik sikap Tuan Milne dan Tuan Thomsen yang pandai-pandai mengajarnya bahasa Melayu sedangkan Abdullah merasakan yang beliau lebih tahu. Abdullah mengkritik sikap bengis dan kejam Tuan Bean yang mempunyai hobi yang menyeksa binatang dan suka menyakiti tubuh manusia.  Keunikan Hikayat Abdullah dalam Aspek Peranan Wanita  Walaupun Hikayat Abdullah dilihat tertumpu kepada penceritaan mengenai diri beliau, akan tetapi terdapat juga beberapa watak wanita yang turut diketengahkan dalam penulisan Abdullah yang memainkan peranan penting dalam hikayat tersebut.  Antaranya termasuklah nenek kepada Abdullah iaitu Peri Achi. Menurut Siti Aisah Murad (1996), Peri Achi adalah merupakan seorang guru besar sebuah sekolah di Kampung Pali yang mengandungi lebih kurang 200 orang murid. Sekolah tersebut menekankan pelajaran membaca, menulis dan mengaji al-Quran. hazmanazhar© 2013 28
  • 29. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Malah, Abdullah juga turut mendapat pendidikan awal bersama neneknya semasa bapanya berniaga di Siak.  Berdasarkan peranan yang dimainkan oleh Peri Achi, hal ini menunjukkan bagaimana wanita pada zaman Abdullah telah memainkan peranannya dalam menjadi tenaga pendidik dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal ini secara tidak langsung juga turut menunjukkan bagaimana wanita turut berperanan dalam membangunkan anak bangsanya pada ketika itu.  Seterusnya, watak wanita yang turut memainkan peranannya dalam Hikayat Abdullah termasuklah ibu kepada Abdullah sendiri iaitu Salamah.  Menurut Siti Aisah Murad (1996), ibu Abdullah sebelum bernikah dengan bapanya adalah merupakan seorang wanita India beragama Hindu yang berasal dari Kedah.  Peranan Salamah dalam hikayat ini menggambarkan beliau sebagai seorang ibu yang penyayang dalam menjaga anak tunggalnya iaitu Abdullah. Walaupun beliau mendapat seorang suami yang keras dalam mendisiplinkan anaknya, beliau tidak pernah mencampuri urusan suaminya itu, malah sentiasa menyokong tindakan suaminya dan menasihati Abdullah supaya bersabar dalam menuntut ilmu.  Selain itu, watak wanita yang turut diceritakan oleh Abdullah dalam hikayatnya termasuklah isteri Tuan Raffles. Berdasarkan perwatakan yang ditunjukkan oleh isteri Tuan Raffles, beliau telah memainkan peranan dalam menonjolkan citra seorang wanita Barat yang berpekerti tinggi sesuai dengan tarafnya sebagai isteri seorang pegawai tinggi Inggeris.  Catat Abdullah mengenai isteri Tuan Raffles: “Mengenai isteri Tuan Raffles, kulihat dia bukan sembarang perempuan. Setiap hari dia seperti suaminya. Semua kerjanya dilakukan dengan tertib dan sopan dan berwajah manis apabila bertemu dengan orang sama ada miskin ataupun kaya.” hazmanazhar© 2013 29
  • 30. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) KEUNIKAN TUHFAT AL-NAFIS  Karya Tuhfat al-Nafis karangan Raja Ali Haji merupakan sebuah sastera sejarah yang bersifat Bugis-centric yang berkisar kepada salasilah raja Melayu dan Bugis, kedatangan Bugis ke alam Melayu serta peristiwa-peristiwa penting yang melibatkan masyarakat Bugis dalam percaturan politik di alam Melayu.  Secara umumnya, karya karangan Raja Ali Haji ini sarat dengan pelbagai aspek yang menjadikannya sebuah karya bercorak sejarah yang unik termasuklah dalam aspek pembinaan jati diri bangsa, pembentukan masyarakat, pendidikan, pemikiran, kritikan sosial dan peranan wanita.  Keunikan Tuhfat al-Nafis dalam Aspek Pembinaan Jati Diri Bangsa i. Jati Diri Bugis yang Menebal:  Seperti yang diketahui, pengarang teks Tuhfat al-Nafis iaitu Raja Ali Haji merupakan seorang penasihat raja yang berketurunan raja dalam Kesultanan Riau-Lingga.  Kedudukan dirinya yang masih berada dalam lingkungan keluarga diraja Riau-Lingga itu telah menyebabkan wujudnya jati diri Bugis yang kukuh dalam diri Raja Ali Haji. Oleh itu, maka tidak hairanlah apabila Raja Ali Haji dilihat lebih bersifat Bugis-centric dan mengagungkan masyarakat Bugis dalam penulisannya.  Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), rata-rata pembesar berketurunan Bugis dalam istana Riau menyedari bahawa mereka adalah golongan Bugis yang berhijrah dari Sulawesi dan Makassar ke kawasan Johor-Riau, oleh itu maka tidak hairanlah apabila pengaruh Bugis yang kuat tersemat dalam jati diri para pembesar dalam istana Riau masih menebal dalam diri mereka termasuklah Raja Ali Haji.  Di dalam penulisan Tuhfat al-Nafis, Raja Ali Haji dilihat bertindak terlalu mengagungagungkan bangsa Bugis dengan memuliakan pahlawan Bugis termasuklah sifat orang Bugis yang mempunyai daya kepahlawanan, kesetiaan, kekuasaan dan kecekapan dalam berperang. (Jalal Ahmad, 1986:218) hazmanazhar© 2013 30
  • 31. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Malah, di suatu tahap pula, Raja Ali Haji turut mendakwa bahawa Hang Tuah yang terkenal sebagai seorang pahlawan terkemuka pada zaman Kesultanan Melayu juga adalah merupakan seorang yang berketurunan Bugis. Menurut Jalal Ahmad (1986), sikap Raja Ali Haji dalam penulisannya itu seolah-olah mengagung-agungkan suku Bugis sebagai bangsa yang terbaik di dunia. ii. Jati Diri Islam dalam Masyarakat:  Seterusnya, menurut Jalal Ahmad (1986), jati diri masyarakat di Kepulauan RiauLingga pada ketika itu adalah merupakan sebuah masyarakat yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Hal ini disebabkan oleh kemunculan Penyengat sebagai pusat keilmuan Islam yang penting pada masa tersebut walaupun menghadapi ancaman budaya daripada penjajahan Belanda di seluruh Indonesia termasuklah kawasan Kepulauan Riau-Lingga.  Jati diri masyarakat Riau-Lingga yang taat beragama dijelaskan oleh Tuhfat al-Nafis seperti berikut, “Maka Yang Dipertuan Muda pun menitahkan tuan-tuan sayyid dan haji-haji dan lebai-lebai tahlil tiap-tiap malam....”  Selain itu, jati diri masyarakat Riau-Lingga yang kuat beragama diceritakan dalam Tuhfat al-Nafis mengenai Sultan berserta para pembesarnya yang begitu gemar menuntut ilmu berkenaan agama Islam.  Misalnya, Sultan Abdul Rahman I ibni Sultan Mahmud (mangkat tahun 1818) gemar memakai jubah Arab dan amat kuat beribadat, serta didampingi oleh para sayyid saban hari. Selain itu, Tuhfat al-Nafis juga turut mencatatkan Yamtuan Raja Ali telah berguru dengan Syeikh Abdul Ghaffur al-Maduri dan merupakan seorang pengamal tariqat as-Samaniyyah atau al-Khalwatiyyah. (Muhammad Yusoff Hashim, 1988:485)  Seterusnya, berdasarkan corak penulisan Raja Ali Haji dalam Tuhfat al-Nafis, corak penulisan berunsurkan mitos dan mistik telah mula ditinggalkan dan sebarang perkara yang dianggap tidak sahih kejadiannya ditulis sebagai „konon‟ atau „kata setengah kaul‟ dan sebagainya. (Jalal Ahmad, 1986:215). hazmanazhar© 2013 31
  • 32. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Menurut Jalal Ahmad (1986), unsur-unsur mistik dan mitos telah mula ditinggalkan oleh Raja Ali Haji dalam penulisannya kerana dianggap sudah tidak sesuai dengan zamannya. Hal ini menunjukkan bahawa jati diri masyarakat Melayu di Riau pada ketika itu telah mula keluar daripada kepercayaan lama yang terlampau mempercayai mitos, mistik dan dongeng terutamanya yang berkaitan raja mereka.  Keunikan Tuhfat al-Nafis dalam Aspek Pembentukan Masyarakat  Karya Tuhfat al-Nafis berlatarkan masa dari abad ke-17 hingga abad ke-19 Masihi. Zaman tersebut adalah merupakan satu tempoh masa yang genting kepada geopolitik di alam Melayu terutamanya melibatkan jatuh bangunkan Kesultanan Johor-Riau-Lingga.  Sejarah kerajaan Kesultanan Johor-Riau-Lingga telah menyaksikan pelbagai peristiwa politik sehingga membawa kepada campurtangan pengaruh Bugis dalam kerajaan tersebut.  Hal ini bermakna, kerajaan Kesultanan Johor-Riau-Lingga telah menyaksikan satu pembentukan masyarakat yang berbilang suku dan etnik seperti Melayu, Orang Selat dan Bugis walaupun kesemua mereka masih boleh dianggap sebagai satu rumpun Melayu yang tunggal.  Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), teks Tuhfat al-Nafis telah menggambarkan kepada pembacanya mengenai pembentukan sebuah masyarakat Bugis yang telah berasimilasi dengan masyarakat Melayu dalam kerajaan JohorRiau.  Kebijaksanaan orang-orang Bugis yang berhijrah ke Johor dalam berpolitik, perkahwinan campur di antara orang Bugis dan wanita tempatan dan peranan yang dimainkan masyarakat Bugis dalam menangkis serangan Raja Kechil dari Siak telah menyebabkan orang Bugis dianggap telah meresap ke dalam masyarakat Melayu dan dianggap sebagai sebahagian daripada masyarakat Johor-Riau pada masa tersebut. (Muhammad Yusoff Hashim, 1988: 487) hazmanazhar© 2013 32
  • 33. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Seterusnya, teks Tuhfat al-Nafis juga telah memberikan satu gambaran kepada para pembacanya mengenai pembentukan masyarakat di Riau-Lingga yang telah terpecah daripada Kesultanan Johor akibat campur tangan Barat di alam Melayu.  Menurut Muhammad Yusoff Hashim, zaman Raja Ali Haji adalah merupakan satu zaman yang telah menyaksikan bagaimana pecahnya Kesultanan Johor-Riau disebabkan oleh Perjanjian Inggeris-Belanda 1824.  Sebelumnya, kekalahan orang Bugis kepada Belanda dalam perang pada 1784 telah menyaksikan Riau menerima seorang Residen Belanda yang berpengkalan di Tanjong Pinang. Hal ini akhirnya telah menyebabkan kuasa masyarakat Bugis yang menduduki jawatan Yamtuan Muda akhirnya terhapus dengan jawatan yang terakhir disandang oleh Yamtuan Muda Ali.  Selain itu, teks Tuhfat al-Nafis juga turut menggambarkan pembentukan sebuah masyarakat yang berpegang teguh agama Islam disebabkan kemasukan para alim ulama ke Riau.  Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), kepatuhan masyarakat Riau beragama turut disumbang kepada kealiman para pemerintahnya dalam beragama termasuklah Sultan Abdul Rahman I dan Yamtuan Muda Ali, Yamtuan Muda kesepuluh dan yang terakhir dalam tradisi kerajaan Johor-Riau-Lingga.  Keunikan Tuhfat al-Nafis dalam Aspek Pendidikan  Walaupun abad ke-19 adalah satu zaman yang telah menyaksikan kejatuhan kuasa politik Melayu Riau-Lingga, pada zaman tersebutlah berlakunya kegemilangan dan peningkatan tamadun Melayu dalam bidang bahasa, kesusasteraan, kebudayaan yang berteraskan Melayu-Islam, serta pendidikan dan ilmu pengetahuan. (Muhammad Yusoff Hashim, 1988:510) hazmanazhar© 2013 33
  • 34. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Menurut Khalif Muammar A.Harris (2011), kerajaan Riau-Lingga sebagaimana yang dikisahkan oleh Raja Ali Haji dalam Tuhfat al-Nafis memiliki budaya ilmu yang luar biasa dan tradisi agama yang cukup kuat, walaupun berlaku di sebuah tempat yang terpencil iaitu di Penyengat dalam Kepulauan Riau.  Tradisi keilmuan yang berkembang dalam Kesultanan Riau-Lingga banyak disumbangkan oleh peranan yang dimainkan oleh para pembesar kerajaan tersebut.  Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), kebanyakan pembesar Riau adalah sangat mencintai ilmu pengetahuan, dan kemudiannya bertindak menyebarkan pula ilmu yang telah diperoleh.  Tradisi keilmuan ini bermula apabila Yamtuan Muda keenam iaitu Raja Jaafar ibni Raja Haji menjawat jawatan tersebut telah memulakan satu tahap kesusasteraan dan kebudayaan yang berteraskan Melayu-Islam dalam kerajaan Johor-Riau-Lingga. Sepanjang pemerintahannya, beliau telah menjemput para alim ulama untuk menyampaikan ilmu kepada para pembesar di Penyengat.  Hasilnya, para pembesar Riau telah menunjukkan kecintaan mereka terhadap ilmu pengetahuan. Misalnya, Raja Ali Kelana dan Tengku Othman ibni Almarhum Sultan Abdul Rahman Muazzam Syah telah bertindak berkelana ke Kaherah, Mesir bagi mendalami bidang agama Islam di sana. (Muhammad Yusoff Hashim, 1988:486)  Selain menerima pendidikan Islam, anak-anak pembesar Riau turut menerima pendidikan Barat di sekolah elit Belanda di Bandung seperti Daeng Menambun ibn Raja Ali Haji dan seorang anakanda kepada Sultan Abdul Rahman Muazzam Syah.  Tuhfat al-Nafis telah mencatatkan mengenai peranan Penyengat di Kepulauan Riau yang muncul sebagai pusat keilmuan Islam dengan kehadiran ramai tokoh ulama di kawasan tersebut. Antara ulama yang telah menyampaikan ilmu mereka di Riau termasuklah Tuan Shahabuddin ibn Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Syeikh Ahmad Jibrati, Haji Hamin al-Banjari, Kyai Berenjang, Haji Abu Bakar, Syed Hassan al-Haddad dan Habib Syed Saqqaf. (Muhammad Yusoff Hashim, 1988:485)  Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), Tuhfat al-Nafis telah menjelaskan mengenai peranan ulama-ulama yang hadir ke Riau dalam mengajarkan ilmu-ilmu agama yang berkaitan termasuklah ilmu saraf, usuluddin, nahu dan mantik. hazmanazhar© 2013 34
  • 35. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Antara kitab-kitab agama yang terkenal yang ada di Riau termasuklah Sabil alHidayah, Minhaj at-Talibin, Ihya’ Ulumuddin, Bustanul Arifin dan Ithaf al-Murid. Kehadiran para ulama di Riau juga telah mengembangkan lagi ilmu tarikat di Riau seperti tarikat as-Samaniyyah dan al-Khalwatiyyah.  Selain itu, menurut Khalif Muammar A.Harris (2011), karya Tuhfat al-Nafis sendiri turut memberikan kepada para pembacanya mengenai aspek keilmuan yang terdapat pada pengarangnya iaitu Raja Ali Haji terutamanya apabila penulisannya merangkumi aspek sastera, sejarah dan ilmu pemikiran bernegara yang diolah oleh penulis. Hal ini menunjukkan bahawa karya Tuhfat al-Nafis mampu menjadi satu karya yang menyampaikan ilmu dan panduan kepada para pembacanya.  Berdasarkan tulisan Raja Ali Haji dalam Tuhfat al-Nafis, penggunaan tajuk karyanya menggunakan perkataan Arab secara tidak langsung turut menggambarkan betapa besarnya pengaruh keilmuan Islam dalam kerajaan Riau-Lingga pada masa tersebut.  Keunikan Tuhfat al-Nafis dalam Aspek Pemikiran  Menurut Jalal Ahmad (1986), pemikiran Raja Ali Haji dalam karyanya dianggap bersifat Bugis-centric. Dalam kebanyakan hal, suku Bugis cuba dilihat sebagai satu bangsa yang kuat dan berjaya, selain mempengaruhi banyak perkara dan keputusan di alam Melayu.  Antaranya, pemikiran Raja Ali Haji yang dilihat bersifat Bugis-centric dalam penulisannya dalam Tuhfat al-Nafis termasuklah apabila beliau mendakwa bahawa Hang Tuah yang merupakan seorang panglima dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka itu adalah merupakan seorang yang berketurunan Bugis.  Hal ini bagi mengukuhkan gambaran mengenai kepahlawanan Bugis yang ditonjolkan dalam karya tersebut. (Jalal Ahmad, 1986: 218). Malah, dalam satu bahagian yang lain, Raja Ali juga dilihat mengangkat darjat suku Bugis dengan menyatakan bahawa orang-orang Bugis adalah merupakan keturunan baginda Nabi Muhammad S.A.W. hazmanazhar© 2013 35
  • 36. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Seterusnya, pemikiran Raja Ali Haji dalam mengarang Tuhfat al-Nafis adalah cenderung untuk meletakkan keobjektifan sejarah ketika menulis.  Walaupun beliau dilihat sebagai seorang yang bersifat Bugis-centric, namun penulisannya masih lagi menggunakan sumber-sumber luar dalam menguatkan hasil penulisannya.  Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), antara sumber luar yang menjadi rujukan Raja Ali Haji termasuklah sumber dari Terengganu, Siak, Selangor dan Pontianak. Selain itu, sumber dalaman yang digunakan oleh Raja Ali Haji termasuklah catatan-catatan yang sedia ada dalam istana Riau serta hikayat-hikayat Bugis dari Sulawesi dan Makassar.  Pemikiran Raja Ali Haji dalam penulisannya adalah berbeza dengan penulisan hikayat-hikayat sebelum daripadanya. Menurut Jalal Ahmad (1986), walaupun tujuan penulisan Tuhfat al-Nafis masih berkisar pada salasilah raja-raja Melayu dan Bugis, namun penulisannya dalam menggambarkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku ditulis dengan lebih memberikan tumpuan kepada sebab musabab suatu perisitiwa itu berlaku.  Selain itu, bagi memastikan penulisan beliau dianggap benar dan tepat, Raja Ali Haji juga dilihat cuba untuk meletakkan penggunaan tarikh dalam peristiwa yang dicatatkan dalam karyanya itu. (Muhammad Yusoff Hashim, 1988)  Seterusnya, berdasarkan peristiwa yang telah dicatatkan oleh Raja Ali Haji dalam penulisannya, pemikiran masyarakat Bugis dalam pelbagai peristiwa dilihat sebagai seorang yang berfikiran oportunis kepada peluang dan keadaan yang ada.  Masyarakat Bugis dalam penghijrahan mereka keluar dari Makassar dalam kisah Daeng Lima Bersaudara telah menunjukkan bagaimana mereka mampu untuk mengambil kesempatan ke atas pertikaian yang berlaku di antara Sultan Bendahara Tun Abdul Jalil dan Raja Kechil dari Siak yang cuba untuk merebut taktha kerajaan Johor-Riau.  Disebabkan kepintaran Daeng Merewah lima bersaudara, akhirnya mereka berjaya mendapatkan kuasa politik dalam istana Johor dengan memegang jawatan Yamtuan Muda. hazmanazhar© 2013 36
  • 37. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Malah, Raja Ali Haji dalam Tuhfat al-Nafis telah menjelaskan bagaimana berkuasanya Yamtuan Muda dalam istana Johor pada ketika itu. Menurutnya, “Yamtuan Besar (Sultan) menjadi seperti perempuan sahaja; jika diberi makan baharu makan ia; Yamtuan Muda menjadi seperti laki-laki; dan jika datang satu-satu hal atau apa jua bicara melainkan apa kata Yamtuan Muda”.  Berdasarkan peristiwa tersebut, nyatalah bagaimana pemikiran suku Bugis yang dilihat pandai mengambil peluang yang diperoleh mereka dalam meneruskan survival kehidupan mereka setelah kejatuhan Bugis di Sulawesi.  Seterusnya, menurut Khalif Muammar A.Harris (2011), pemikiran masyarakat RiauLingga yang ditonjolkan dalam Tuhfat al-Nafis juga adalah merupakan masyarakat yang terpengaruh dengan pemikiran Islam yang kukuh dan teguh.  Keadaan ini turut disumbangkan oleh kemunculan ramai tokoh ulama Islam ke kawasan Riau terutamanya di Pulau Penyengat. Berdasarkan teks Tuhfat al-Nafis, kebanyakan pembesar Riau dan termasuk Sultannya adalah mereka yang cenderung kepada pemikiran Islam seperti Yamtuan Muda Raja Ali Kelana (Yamtuan Muda terakhir) dan Sultan Abdul Rahman I.  Pemikiran Islam para pembesar Riau digambarkan dalam Tuhfat al-Nafis apabila mereka dilihat lebih cenderung kepada aktiviti keilmuan Islam, selain sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dan mengingati kematian.  Keunikan Tuhfat al-Nafis dalam Aspek Kritikan Sosial  Raja Ali Haji mengkritik perlakuan Sultan Mahmud Syah II yang dianggap sebagai kurang waras kerana dikatakan beristerikan seekor peri (jin) yang kuat cemburu serta mempunyai nafsu songsang ke atas lelaki. hazmanazhar© 2013 37
  • 38. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102)  Raja Ali Haji juga mengkritik sikap orang Melayu yang dilihat cemburu dengan masyarakat Bugis yang mendapat layanan yang baik dan rapat dengan Sultan Sulaiman.  Raja Ali Haji juga mengkritik sikap Raja Terengganu dan beberapa pembesar Melayu yang berpakat untuk melakukan fitnah dan cuba untuk menghalau Bugis dari Tanah Melayu, termasuklah meminta bantuan Belanda menghalau Bugis. Dikhabarkan, Sultan Terengganu sanggup membenarkan Belanda menguasai perdagangan lada di Terengganu dengan syarat pengaruh Bugis dapat dilenyapkan.  Keunikan Tuhfat al Nafis dalam Aspek Peranan Wanita  Di dalam karya Tuhhfat al-Nafis karya Raja Ali Haji, terdapat beberapa nama wanita yang telah ditonjolkan oleh penulis.  Salah seorang daripadanya ialah Siti Malangkik. Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), Siti Malangkik adalah merupakan raja pertama Bugis. Tulis Raja Ali Haji dalam Tuhfat al-Nafis, “Syahadan adalah Siti Malangkik itu menjadi raja kerajaan di Selangi. Maka ia bersuamikan raja Bugis yang besarnya sekali di negeri Luwuk. Maka Siti Malangkik inilah beranakkan Datuk Palingik inilah beranakkan Patotok, beranakkan Betara Guru...”  Berdasarkan tulisan Raja Ali Haji yang bersandarkan kepada sumber Bugis iaitu I La Galigo, Siti Malangkik bukan sahaja merupakan raja pertama Bugis, akan tetapi juga berperanan sebagai wanita yang melahirkan zuriatnya yang menjadi pewaris takhta kepada kerajaan Bugis di Sulawesi.  Menurut Muhammad Yusoff Hashim (1988), Raja Ali Haji menjelaskan bahawa masyarakat Bugis juga percaya bahawa Siti Malangkik dan sekian raja-raja Bugis hazmanazhar© 2013 38
  • 39. Nota Pensejarahan Malaysia (SJH3102) adalah berasal dari keturunan Puteri Balqis, seorang pemerintah di negeri Saba‟ di Timur Tengah yang terkenal dalam sejarah Islam.  Melalui kepercayaan tersebut, masyarakat Bugis sebenarnya telah mengangkat darjat wanita ke satu tahap yang tertinggi dengan mempercayai bahawa raja-raja mereka adalah merupakan keturunan seorang raja wanita yang mulia, selain masyarakat Bugis sendiri yang telah bertindak mengangkat seorang wanita iaitu Siti Malangkik menjadi raja mereka di Selangi.  Selain itu, kisah wanita lain yang dimuatkan oleh Raja Ali Haji dalam karyanya termasuklah isteri kepada Megat Seri Rama yang telah dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah II (Marhum Mangkat Dijulang).  Menurut Jalal Ahmad (1986), isteri Megat Seri Rama telah dibunuh oleh Sultan disebabkan memakan buah nangka yang terdapat di dalam kebun istana Sultan. Kematian isteri Megat Seri Rama ini sebenarnya telah memainkan peranan besar kepada para pembesar dalam istana Johor dalam menghukum Sultan yang dianggap tidak layak menjadi Sultan disebabkan tingkah lakunya yang mengaib dan memalukan termasuklah bernafsu songsang dan dikatakan beristerikan seekor peri (jin).  Seterusnya, antara nama wanita yang turut disebut dalam Tuhfat al-Nafis termasuklah seorang wanita yang bernama Che‟ Mi.  Menurut Raja Ali Haji dalam Tuhfat al-Nafis, Sultan Abdul Jalil (Sultan Bendahara) selepas berlakunya pembunuhan ke atas Sultan Mahmud II (Marhum Mangkat Dijulang) telah bertindak membunuh semua isteri al-Marhum Sultan yang masih hamil kecuali seorang isteri baginda yang bernama Che‟ Mi. (Jalal Ahmad, 1986: 215)  Dalam peristiwa ini, Che‟ Mi yang hamil telah berjaya dilarikan ke Minangkabau dan melahirkan seorang pewaris kepada Sultan Mahmud II yang kemudiannya dikenali sebagai Raja Kechil dari Siak.  Berdasarkan kisah ini juga, peranan yang telah dimainkan oleh Che‟ Mi cukup besar dalam memastikan waris Sultan yang sah dari keturunan Bukit Siguntang sejak era Kesultanan Melayu Melaka menjadi pengganti kepada Sultan Mahmud Syah II. hazmanazhar© 2013 39