• Like
Asement kum sosio
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

Published

Assigmen

Assigmen

Published in Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
1,042
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1

Actions

Shares
Downloads
23
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. 1 1.0 PENDAHULUAN Secara ghalibnya, dasar British terhadap Tanah Melayu mulai berubah menjelang tahun 1870-an. Sejarah memperlihatkan campurtangan kuasa British di Tanah Melayu secara rasminya bermula pada 20 April 1874 apabila termeterainya Perjanjian Pangkor.1 Perubahan sikap British terhadap Negeri-negeri Melayu daripada dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan adalah didorong oleh kemajuan dan perubahan politik di Britain. Campurtangan kuasa British ini secara amnya telah meninggalkan impak yang besar dalam setiap aspek kehidupan rakyat di Tanah Melayu. Hakikatnya, salah satu daripada impak campur tangan mereka ialah transformasi corak ekonomi masyarakat tempatan yang menyaksikan kewujudan ekonomi penjajahan kolonialBritish merintis ekonomi konvensional atau tradisional yang sedia ada diamalkan oleh masyarakat tempatan. Pengenalan ekonomi dan penjajahan kolonial British ini menjadi salah satu corak pendekatan campur tangan British di Tanah Melayu melibatkan rangkuman beberapa komoditi utama yang diusahakan ketika itu. Secara amnya, umum sudah mengetahui yang Tanah Melayu merupakan salah satu kawasan yang subur dan kaya dengan sumber mineral atau beberapa jenis komoditi utama yang penting. Antara komoditi yang sinonim dengan ekonomi kapitalis di Tanah Melayu ketika itu ialah bijih timah, getah, lada hitam, gambir, tebu, buah pala dan beberapa jenis komoditi lain. Pelbagai dasar telah dilaksanakan oleh pihak British untuk mengaut kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu di samping British berminat untuk menjadikan Negeri-negeri Melayu sebagai pusat untuk memasarkan barangan siap keluaran kilang mereka. Ironinya, kewujudan dan pelaksanaan sistem ekonomi ini di Tanah Melayu banyak mengubah landskap politik dan sosioekonomi masyarakat tempatan. Perubahan yang berlaku ini ternyata boleh dilihat melalui prospek positif dan negatif. 1 Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal 121.
  • 2. 2 2.0 LATAR BELAKANG EKONOMI DAN PENJAJAHAN KOLONIAL BRITISH Ekonomi dan penjajahan kolonial secara konseptualnya merupakan satu corak dan bentuk ekonomi berasaskan modal yang memperlihatkan sumber ekonomi dimiliki sepenuhnya oleh individu atau kumpulan tertentu dan ianya digunakan sepenuhnya untuk mengeluarkan barangan atau produk. Pengenalan dan pelaksanaan dasar ekonomi dan penjajahan kolonial British di Tanah Melayu dalam era penjajahan sebenarnya merupakan salah satu pendekatan dan perubahan ekonomi yang dilakukan kuasa barat tersebut dalam usaha mereka menguasai dan mengukuhkan tampuk pemerintahan mereka di Tanah Melayu. Secara amnya, pengenalan dan pelaksanaan ekonomi dan penjajahan kolonial British ini di Tanah Melayu bersesuaian dengan ciri utama konsep ekonomi ini yang berteraskan usaha memaksimumkan keuntungan dan mengabaikan kebajikan rakyat. Buktinya, walaupun terdapat perubahan seperti peningkatan sistem perhubungan dan pengangkutan, namun ia ternyata untuk kepentingan pihak pedagang Eropah dan bukannya penduduk tempatan. Lebih menyedihkan apabila pengenalan ekonomi kapitalis telah menekan guna tenaga rakyat tempatan dan menyebabkan ketuanan Melayu tercalar. Secara amnya, pengenalan ekonomi dan penjajahan kolonial British ini dirangsang oleh faktor ekonomi sebagai faktor utama. Hal ini dapat dilihat apabila pengenalannya di Tanah Melayu oleh British sebenarnya bagi memenuhi corak dan permintaan pasaran dunia ketika itu yang memerlukan keluaran yang banyak terutamanya bekalan bahan mentah seperti bijih timah ekoran Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke-17. Faktor tarikan di Tanah Melayu yang kaya dengan bijih timah, getah dan beberapa komoditi lain serta kesuburan tanah juga telah menyebabkan ekonomi diperkenalkan oleh British bagi membolehkan British mengeksploitasi hasil keluaran Tanah Melayu. Namun demikian, faktor sosial dan politik tidak seharusnya dinafikan peranannya dalam merangsang pengenalan ekonomi di Tanah Melayu. Buktinya, faktor politik seperti persaingan kuasa barat (British, Sepanyol, Jerman, Belanda dan Perancis) dalam meningkatkan kuasa hegemoni mereka melalui kekayaan hasil juga turut mendorong pengenalan corak pentadbiran British ini.
  • 3. 3 PERUBAHAN SOSIOEKONOMI DAN KESAN PENJAJAHAN KOLONIAL BRITISH. 3.0 POLITIK 3.1 Sistem Residen Ekonomi yang melibatkan komoditi getah, bijih timah, lada hitam dan beberapa lagi jenis komoditi lain telah menguatkan lagi Sistem Residen yang diperkenalkan British. Hal ini dapat dilihat apabila lebih ramai pegawai Eropah menguasai tampuk pemerintahan dan perjalanan ekonomi di Tanah Melayu. Golongan pembesar Melayu pula hanya bertindak sebagai pembantu yang menyebabkan kuasa dan peranan mereka mulai terhakis. Hak memungut cukai terpaksa diberikan mereka kepada golongan pihak British. Melalui pelaksanaan ekonomi, mereka berjaya mengukuhkan Sistem Residen dengan mengeksploitasi ekonomi negeri-negeri di Tanah Melayu melalui pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Tumpuan diberikan kepada empat negeri ini kerana ia kaya dengan bijih timah seperti di Lembah Kinta dan Larut (Perak), Sungai Klang (Selangor), Kuala Lipis (Pahang) dan Sungai Ujong dan Jelebu di Negeri Sembilan.2 Bagi mengelakkan kebangkitan orang Melayu dan Sistem Residen tidak digugat, mereka hanya membenarkan orang tempatan terutamanya orang Melayu membuka kebun kecil dan menjadi petani kecil. Kebanyakan ladang getah dan lombong bijih timah hanya dimiliki oleh orang Eropah.3 Pihak British tertumpu di kawasan yang kaya dengan komoditi bijih timah seperti di Perak, Selangor dan Sungai Ujong.4 Pengenalan undang-undang tanah di bawah corak ekonomi penjajahan British juga turut dapat mengukukuhkan Sistem Residen apabila pelaksanannya telah memberi kuasa yang besar kepada Residen Negeri untuk menentukan jumlah kawasan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal. 2 J. Kennedy, 1965. A History of Malaya. Kuala Lumpur: Mac Millon and Company Limited. hlm.189-199. 3 Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.149. 4 Rahmat Saripan et.al, 1991. Masyarakat Melayu Abad Ke-19. Kuala Lumpur: Jawawatankuasa Kolokium. Jabaran Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.12.
  • 4. 4 3.2 Dasar Pecah dan Perintah Kedatangan kolonial British di Tanah Melayu juga telah membawa kepada dasar pecah dan perintah.Dasar ini merupakan pengasingan bagi setiap kaum yang terdapat di Tanah Melayu.Akibatnya, jurang perbezaan ekonomi dan sosial terbentuk atas dasar ini.Ia juga menyebabkan berlakunya pengasingan penempatan iaitu kaum-kaum di Tanah Melayu tinggal berasingan mengikut kegiatan ekonomi tersendiri. Kaum Cina tinggal di kawasan pemacu ekonomi di bandar dan lombong, kaum India pula diletakkan di kawasan perladangan aktiviti pertanian yang terletak diluar bandar dan kaum Melayu masih kekal di pedalaman kampung.Hanya golongan elit Melayu sahaja yang diterima bekerja dengan pejabat pentadbiran British. Pihak British sengaja memisahkan kaum-kaum terbabit serta menyekat sebarang usaha penyatuan agar tidak berlaku penentangan terhadap mereka.Oleh kerana penempatan yang berbeza, maka sebarang interaksi tidak dapat dilakukan oleh penduduk pada zaman pemerintahan British.Pengelasan kaum mengikut jenis pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza telah membawa kepada keadaan yang terasing oleh kaum yang menetap di Tanah Melayu.Meskipun kaum China dan India merupakan kaum yang asing, namun kedatangan mereka telah menjadikan mereka sebagai penduduk tanah Melayu. Setelah kedatangan Inggeris di Tanah Melayu, kuasa Raja dan Sultan juga turut terjejas dan menjadi terhad.Raja atau Sultan hanya boleh menyentuh hal-hal mengenai adat istiadat Melayu serta soal keagamaan sahaja.5 Bagi kaum India, mereka tidak perlu memikirkan keadaan politik tersebut kerana tugas mereka hanya menjalankan aktiviti ekonomi yang ditugaskan.Inggeris telah berjaya mentadbir dengan lancar melalui dasar pecah dan perintah kerana tiada lagi gangguan secara langsung daripada sultan dan pembesar tempatan.British telah menjadikan orang Melayu mengubah taraf kehidupan mereka di mana mereka tidak perlu lagi berkhidmat dan mencurahkan taat setia kepada sultan dan pembesar. Dasar pecah dan perintah telah berjaya mengurangkan kuasa pembesar tempatan selain tidak melibatkan campur tangan daripada pembesar Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu.Penglibatan masyarakat setempat iaitu kaum Melayu di dalam bidang 5 Kassim Thukiman. 2002. Malaysia : Perspektif, Sejarah, dan Politik. Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. hlm.30.
  • 5. 5 politik adalah terhad kepada jawatan rendah.Bagi kaum Cina dan India, mereka tidak terlibat secara langsung terhadap politik Tanah Melayu dan ini memudahkan pentadbiran Inggeris mengikut kaum-kaum tersebut. Apabila berlaku perluasan kuasa Inggeris, sistem ekonomi komersial turut diperkenalkan. Masyarakat Melayu kekal mengusahakan kegiatan ekonomi sara diri. Melalui dasar ini, orang Melayu tetap ditempatkan dikediaman asal iaitu perkampungan atau luar bandar.Alasan pihak British menempatkan orang melayu di luar bandar adalah kukuh.Mereka juga telah berjaya menjadikan bangsa Melayu terus mundur dan mewarisi kemiskinan keluarga. Sebelum kedatangan pihak British, perusahaan lombong bijih timah ini telah domonopoli oleh saudagar-saudagar Cina hampir setengah abad lamanya.Sejak pertengahan abad ke 18 sehingga akhir abad tersebut, hampir seluruh perusahaan lombong bijih timah di Tanah Melayu dimiliki oleh orang-orang Cina.Inggeris lebih menumpukan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport.Ini telah mendorong pelabur-pelabur asing datang ke Tanah Melayu dan membawa teknologi serta sistem pengurusan ekonomi yang lebih sistematik. Perkembangan perusahaan getah juga mendapat galakan daripada kerajaan British.Hal ini menjadi faktor penarik bagi orang India untuk datang ke Tanah Melayu.Peluang ekonomi yang wujud dalam sektor ini kepada orang India adalah disebabkan oleh keengganan orang Melayu untuk bekerja diladang getah.Selain itu, dua buah perkhidmatan awam yang paling banyak menggunakan tenaga buruh India iaitu Jabatan Keretapi dan Jabatan Kerja Raya juga menarik kehadiran orang India ke Tanah Melayu. 3.3 Masyarakat Berbilang Kaum Pengaruh kolonial British turut membawa pelbagai kaum datang ke Tanah Melayu.Antara kaum yang datang ialah Inggeris, Cina, India dan Bugis dari Indonesia.Kedatangan mereka pada dasarnya di atas faktor tertentu. Namun, mereka akhirnya berasimilasi dalam perkahwinan dengan orang melayu dan juga antara kaum lain.6 6 Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications Sdn Bhd. hlm.170.
  • 6. 6 Selain dibawa oleh pihak British, penghijrahan kaum Cina juga telah lama terjadi.Mereka datang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila terlibat dalam perdagangan di Pelabuhan Melaka. Begitu juga dengan kaum India yang telah menjadi sami, pedagang serta petukang. Mereka berhijrah ke Tanah Melayu pada awal kurun Masihi.Faktor ini menjadi galakan kepada pihak British apabila mendapat kerjasama yang baik daripada kaum-kaum tersebut untuk dibawa masuk sebagai petani mahupun sebagai buruh.Namun demikian, kemasukan kaum China dan India secara besar-besaran berlaku setelah berkembangnya perusahaan bijih timah dan getah.Kaum China dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui Sistem Kangcu manakala kaum India melalui Sistem Kangani. Apabila dilihat secara mendalam, penyatuan kaum di Tanah Melayu seakan-akan warisan daripada pihak British.Orang Eropah juga menetap di Tanah Melayu.Mereka menjadi penguasa dalam perdagangan.Kelab-kelab khas bagi orang Eropah juga ditubuhkan di bandar.7 Akhirnya, wujudlah perbezaan bagi pekerjaan, bahasa, tempat tinggal, pendidikan, kebudayaan dan agama.Perbezaan ini adalah menjadi teras bagi dasar pecah dan perintah. 3.4 Perkembangan Bandar Kewujudan bandar-bandar baru di Tanah Melayu adalah ekoran daripada perkembangan industri bijih timah dan getah.Kewujudan bandar-bandar baru juga disebabkan oleh pembinaan infrastruktur seperti jalan raya dan kereta api yang digunakan untuk mengangkut hasil bijih timah, getah dan tanaman-tanaman lain seperti kopi, teh, lada hitam dan sebagainya. Antara bandar-bandar baru yang muncul ialah Taiping, Ipoh, Seremban dan Kuala Lumpur.Selain itu, bandar-bandar seperti Sungai Petani, Kulim, Tampin, Segamat dan Pontian juga merupakan bandar baru yang wujud di Tanah Melayu ekoran perkembangan perusahaan getah.Namun, bandar-bandar ini tidak dapat menandingi bandar-bandar besar yang wujud di kawasan bijih.Sekitar lewat 1850-1860-an, telah wujud aktiviti melombong timah yang aktif di kawasan sekitar lombong di Ampang.Salah seorang Kapitan Cina yang pertama sekali membuka kedai ialah Yap Ah Loy yang telah menjadi Kapitan China bermula 1868-1885. Beliau menjadi individu yang berpengaruh dan berkuasa di Kuala Lumpur sehingga 1880 iaitu setelah kedatangan Residen British di kawasan Kuala 7 Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications Sdn Bhd. hlm.182.
  • 7. 7 Lumpur.8 Kewujudan bandar-bandar baru ini turut memberikan kesan yang mendalam di mana berlakunya pertambahan bilangan penduduk terutamanya di kawasan bandar. 4.0EKONOMI 4.1Aktiviti Perlombongan Inggeris merupakan pengaruh dan kuasa asing yang terakhir bertapak di Negeri- Negeri Melayu.Pengaruh Inggeris dan campur tangan mereka dalam hal pentadbiran Negeri- Negeri Melayu telah membawa kepada kebangkitan semangat nasionalisme di kalangan penduduk-penduduk tempatan.Namun, kehadiran Inggeris di Semenanjung Tanah Melayu selama 100 tahun telah mengubah kedudukan negara ini sehingga membawa kepada kemerdekaannya pada tahun 1957.9 Sejarah memperlihatkan campurtangan kuasa British di Tanah Melayu secara rasminya bermula pada 20 April 1874 apabila termeterainya Perjanjian Pangkor.10 Berlakunya perkembangan ekonomi di Tanah Melayu bermula dengan perlombongan iaitu perlombongan bijih timah.Perlombongan bijih timah merupakan sumber hasil utama di beberapa buah negeri di Tanah Melayu.Ia menyebabkan Brtish mempergiat dan mempertingkatkan aktiviti perlombongan ini. Di samping itu, British juga mempunyai niat untuk mengaut keuntungan dan kekayaan hasil bumi Tanah Melayu.Jadi, banyak lombong- lombong bijih timah telah diusahakan di samping membawa masuk buruh-buruh dari negara luar iaitu China untuk ditempatkan di lombong-lombong.Tenaga buruh dari China dibawa masuk ke Tanah Melayu adalah disebabkan masyarakat Melayu tidak berminat untuk bekerja sebagai buruh di lombong-lombong bijih timah mahupun di ladang-ladang getah.Perkembangan industri ini secara besar-besaran berlaku selepas penemuan longgokan bijih timah yang banyak di Larut, Perak iaitu pada tahun 1848 dan di Kinta pada tahun 1880.Namun, negeri Perak ini memang terkenal dengan hasil bijih timahnya sejak dari zaman wujudnya kerajaan dan kesultanan Melayu. Buktinya, menurut Barreto de Resende, sejumlah 8 J. Kennedy. 1965. A History of Malaya. Kuala Lumpur: Mac Millon and Company Limited. Hlm. 225. 9 Malaysia Kita. 2003. Kuala Lumpur: International Law Book Services. hlm.40. 10 Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.121.
  • 8. 8 lebih kurang 400 kati bijih timah dihantar ke Melaka sebagai pembayaran ufti negeri Perak kepada kuasa penjajah Melaka pada masa itu iaitu Portugis.11 Dalam pertengahan pertama abad ke-19, pelombong cina telah memperkenalkan pembaharuan dalam teknik perlombongan seperti pam rantai bagi mengeringkan lombong- lombong yang bertakung.Dalam beberapa tahun sahaja, mereka menjadi pengeluar utama dan mula mendapat tanah lombong untuk mereka sendiri daripada kerajaan. Pelombong Eropah di Kinta mendapati cara melombong bijih timah yang mereka gunakan tersangat mahal dan dua buah lombong mereka yang dibuka dalam tahun 1886 di Papan terpaksa dijual kepada orang Cina lima tahun kemudiannya kerana lombong itu mendatangkan kerugian yang besar.12 Tetapi, dengan cara yang digunakan oleh orang Cina ini, lombong tersebut telah membawa perubahan yang besar. Pelombong Cina juga memperkenalkan sistem lombong yang lebih baik seperti sistem lombong dedah, pam kelikir, dan palung. Namun, pada tahun 1898 pelombong Cina telah menggunakan teknik hidraulik dan pam kelikir yang dibawa dari Australia dalam perlombongan bijih timah. Industri bijih timah ini terus berkembang pesat di zaman pemerintahan kolonial British kerana ramai pelabur Inggeris membuat pelaburan di dalam bidang ini.Penggunaan kapal korek yang pertama dalam industri perlombongan bijih timah telah dibuat oleh Malayan Tin Dredging Company di Batu Gajah pada tahun 1912.13 Penggunaan kapal korek pada masa ini telah meningkatkan pengeluaran bijih timah.Selain itu, bijih timah juga mendapat permintaan yang tinggi dalam industri pengetinan makanan di England.Ia menggambarkan bahawa perusahaan bijih timah yang diusahakan oleh pengusaha Eropah dan Cina dianggap sangat penting dan memberikan sumbangan dalam berbagai cara kepada ekonomi negara ini. Justeru, kerajaan British telah mendirikan rel kereta api seperti Taiping- Port Weld (1885) dan Kelang-Kuala Lumpur (1886) yang didirikan untuk menghubungkan kawasan perlombongan dan pelabuhan.14 Port Weld pada masa ini merupakan sebuah pelabuhan yang sangat sibuk kerana segala import dan eksport di antara Taiping dengan 11 Mohd Zamberi A. Malek. 2001. Larut Daerah Terkaya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.25. 12 Jessy, Joginder Singh. 1978. Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.276. 13 Malaysia Kita. 2003. Kuala Lumpur: International Law Book Services. hlm.58. 14 Mohd Ashraf Ibrahim. 2004. Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.20.
  • 9. 9 Pulau Pinang disalurkan melalui pelabuhan ini. Hulu Perak dan Kinta juga bergantung kepada Port Weld walaupun Kinta juga menggunakan pelabuhan Teluk Anson.15 Selain itu, perlombongan emas juga turut dijalankan.Pahang adalah salah sebuah negeri di Malaysia yang terkenal dengan penghasilan emas.Pada tahun 1888, aktiviti melombong emas yang dijalankan oleh orang Melayu sebahagiannya dilakukan di dasar sungai yang cetek airnya. Hal ini kerana, orang Melayu masih lagi melombong emas dengan cara traidisional. Selain itu, orang Cina juga memainkan peranan yang penting dalam perlombongan emas di Pahang. Namun, sebelum abad ke-18, orang Cina yang tinggal di Pahang tidaklah ramai, tetapi selepas berita mengenai kekayaan emas di negeri itu tersebar, mereka tertarik untuk berpindah ke Pahang. Kebanyakan orang Cina yang berpindah ke Pahang ialah mereka yang berasal dari Perak dan Negeri Sembilan. Emas juga didapati di sepanjang tebing Sungai Sarawak dan tempat ini telah menarik perhatian pelombong Cina kerana lombong Sambas tidak lagi mendatangkan hasil.Emas di lombong Sambas tidak ditemui dengan banyak akibat daripada perlombongan yang tidak teratur. Pada tahun 1890- an, Syarikat Borneo memperkenalkan alat-alat melombong yang moden dan telah membuka lombong sendiri di Bau dua tahun kemudian. Pada tahun ini juga, emas dilombong secara komersial di Raub, Pahang yang diusahakan oleh Syarikat Perlombongan Emas Australia Raub dari Australia.Kawasan ini juga dikenali sebagai Pahang Gold Belt.Keadaan ini telah memberi peluang kepada industri perlombongan emas dan mencapai kemuncaknya selepas 20 tahun berikutnya. Perlombongan antimoni juga turut diusahakan namun bahan galian antimoni ini dikatakan hanya ditemui di Sarawak.Raja Charles telah membenarkan Syarikat Borneo menjalankan operasi di Sarawak dalam bidang pertanian dan perlombongan.Perlombongan antimoni pertama yang dibuka di Sarawak ialah di kawasan Bau iaitu empat tahun selepas Singapura menjadi pelabuhan entreport yang baharu bagi pasaran antimoni pada tahun 1819.Longgokan antimoni yang terdapat di Sungai Sarawak diusahakan oleh orang-orang Melayu dan Cina.Pada tahun 1840-an, Syarikat Borneo telah menubuhkan sebuah kilang melebur di Kuching dan Bau pada tahun 1860-an. Permintaan antimoni yang tinggi di pasaran Singapura menyebabkan bahan tersebut menjadi bahan eksport utamaSarawak dan 15 Khoo Khay Kim. 1981. Taiping IbuKota Perak. Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn Bhd. hlm.5.
  • 10. 10 menjadi hasil pendapatan utama negeri.Namun, selepas tahun 1885, jumlah keluaran dan kepentingannya mulai merosot. Selain daripada perlombongan bijih timah, emas dan antimoni, arang batu juga turut menjadi bahan galian eksport utama bagi negeri Sarawak selepas tahun 1889 apabila kerajaan berjaya mengusahakan lombong arang batu di Sadong. Selain itu, arang batu juga dilombong di Tawau, Sandakan, dan Labuan.Galian ini amat diperlukan untuk kegunaan kapal-kapal wap pada ketika itu.Arang batu menjadi galian eksport bahan mineral yang penting pada penghujung kurun ke-19 namun merosot setelah pertumbuhan industri getah dan kayu balak. Penjajahan British di Tanah Melayu memberi kesan terhadap ekonomi Tanah Melayu walaupun British melakukan sesuatu pembaharuan semata-mata untuk mengaut kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu.Namun, penguasaan British ini turut memberikan tempias terhadap perkembangan ekonomi Tanah Melayu. 4.2 Pertanian dan Perladangan Masyarakat Melayu sejak zaman berzaman bergantung hidup dengan kegiatan pertanian. Sejak zaman agraria lagi, sektor ekonomi penduduk rantau Asia Tenggara bergantung hidup kepada kegiatan pertanian bagi menjana makanan dalam kalangan masyarakat. Negeri Semenanjung Tanah Melayu yang terkenal dengan pertanian padi ialah di negeri Kelantan, Kedah dan Perlis. Semenanjung Tanah Melayu mengalami transformasi ekonomi hasil daripada pemerintahan kolonial.Ekonomi di bawah sistem kolonial mementingkan pertukaran.Di bawah pemerintahan kolonial membentuk sebuah industri pertanian.Aktiviti pertanian masyarakat Melayu dihadkan kepada ekonomi berbentuk kolonial.Contohnya, pihak kolonial mengadakan beberapa undang-undang bagi menyekat aktiviti penduduk. Di Perak, peraturan- peraturan dan undang-undang baru seperti Compulsory Planting of Coconuts by Malays1880, Prohibition of Feeling of Forest 1881 dan Alienation of Nipah Lands 1888. Peraturan ini telah membataskan pergerakan kaum tani Melayu. Pemerintah bebas menentukan jenis tanaman yang mesti ditanam dan cara penanamannya.16 16 Norazit Selat. 1977. Ekonomi dan Politik Melayu. Kuala Lumpur:Universiti Malaya. hlm.7.
  • 11. 11 Di bawah sistem pertanian komersial, pihak penjajah British menggalakkan bangsa mereka untuk membuka ladang-ladang getah, kelapa dan rempah ratus di Tanah Melayu untuk keperluan pengeluaran komoditi eksport.Tanaman pertama yang diperkenalkan British di Tanah Melayu ialah lada hitam.Tanaman lada hitam diperkenalkan di Pulau Pinang dari Acheh pada tahun 1790.Menjelang tahun 1830-an industri ini menghadapi krisis dan digantikan dengan tanaman buah pelaga dan buah pala pada awal abad ke-19. Tebu turut ditanam di Seberang Perai pada tahun 1850-an. Tanaman-tanaman lain yang ditanam di Tanah Melayu seperti ubi kayu, kelapa dan kopi. Sebelum Perang Dunia Pertama meletus getah muncul sebagai penjana ekonomi yang utama di Semenanjung Tanah Melayu.17 4.2.1 TanamanGetah Penanaman getah di Negeri-negeri Melayu bermula pada awal abad ke-20.Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor yang merancakkan lagi penanaman getah di Tanah Melayu. Pertamanya, harga kopi jatuh akibat pengeluaran kopi yang semakin meningkat di Brazil. Peladang kopi memilih untuk menanam getah kerana pokok kopi sering diserang penyakit.Pengarah Tanaman Botanik di Singapura, H.N.Ridley menggalakkan penanaman getah secara besar-besaran di Tanah Melayu.Di samping, kemajuan industri kereta di Eropah dan Amerika memerlukan penggunaan tayar getah.Kenaikan harga getah menggalakkan penanaman getah secara besar-besaran.Biji getah dibawa dari Brazil ke London dan ke Singapura. Dari Singapura biji getah ini dibawa ke Kuala Kangsar. Pokok getah pertama yang ditanam di Tanah Melayu ialah terletak di kediaman Residen Inggeris di Perak iaitu Hugh Low.Kebanyakan tanaman getah di tanam di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.18 Pihak Inggeris membuka ladang getah secara besar-besaran.Oleh itu, mereka memerlukan buruh yang ramai untuk mengerjakan ladang getah.Orang Cina yang berada di Tanah Melayu yang mengusahakan aktiviti perlombongan telah berubah arah kepada aktiviti penanaman getah.Hal ini disebabkan berlaku peningkatan harga getah di pasaran dunia pada tahun 1890-an. Pihak penjajah Inggeris memberi perhatian yang lebih kepada penanaman getah.Getah asli mendapat permintaan yang memberangsangkan di pasaran antarabangsa.Oleh itu, pada tahun 1925, Pusat Penyelidikan Getah Malaya (RRIM) telah 17 Ishak Saat. 2006. Sejarah Sosiobudaya Melayu. Shah Alam:Karisma Publications Sdn. Bhd. hlm.167-168. 18 2003. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: International Law Book Service. hlm.59-60.
  • 12. 12 ditubuhkan.Pusat ini merupakan satu-satunya pusat penyelidikan ke atas penanaman getah asli.19 Getah menjadi tanaman ideal bagi memenuhi matlamat jangka panjang penggunaan tanah oleh orang Eropah.Pada tahun 1897, peraturan tanah khas diperkenalkan di Negeri- negeri Melayu Bersekutu bagi menggalakkan penanaman getah.Boom getah yang pertama berlaku pada tahun-tahun 1905, iaitu dengan berkembangnya industri motokar. Dalam tempoh ini juga kawasan yang ditanami getah bertambah sebanyak lima kali ganda. Pada tahun 1908, getah ditanam di setiap negeri di Tanah Melayu.Kerajaan mengambil langkah yang bermanfaat terhadap peladang getah dari segi pengambilan tanah, aliran modal serta peraturan-peraturan buruh.Tujuannya adalah untuk mengadakan tapak bagi perluasan industri itu.Boom getah berlaku pula antara tahun 1909 dan 1912.Syarikat-syarikat Eropah membelanjakan jumlah wang yang besar untuk membeli tanah-tanah Melayu. Boom getah lebih ketara di negeri-negeri pantai barat disebabkan di sana adanya infrastruktur. Pengusaha- pengusaha Eropah merancakkan industri mereka di kawasan pantai barat berbanding dengan pantai timur. Hal ini disebabkan pantai barat terdapat jaringan jalan raya, jalan kereta api dan pelabuhan yang terbuka sepanjang tahun. Penyertaan pekebun-pekebun kecil dalam industri getah hanya mula berkesan apabila Skim Stevenson dikuatkuasakan pada tahun 1922. Skim ini menentukan kuota ke atas pengeluaran getah yang mendiskriminasikan pekebun kecil anak negeri.20 Sejarah penanaman getah di Tanah Melayu turut mengalami zaman yang genting, apabila harga getah menurun.Getah dikehendaki untuk perusahaan motokar.Harga getah mengalami kemelesetan sehingga mencecah hanya 20 sen sepaun.Rayuan dibuat bagi mengehadkan harga getah tetapi Belanda tidak melibatkan diri dalam rayuan ini.Pengeluar getah di Tanah Melayu dan Ceylon menjalankan juga Skim Pembatasan Stevenson.Pembatasan ini melibatkan pengeluaran dan ladang-ladang baharu.Harga getah mula meleset sehingga tahun 1934.Jepun menakluk Tanah Melayu dari tahun 1942 hingga 1945.Timbul pula getah tiruan yang menggugat pengeluaran getah asli.21 19 Ishak Saat. Sejarah Sosiobudaya Melayu. Shah Alam:Karisma Publications Sdn. Bhd. hlm.168-169. 20 Andaya.B.W dan Andaya L.Y. 1983.Sejarah Malaysia. Petaling Jaya:Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hlm.248-249. 21 Joginder Singh Jessy. 1978. Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.275.
  • 13. 13 4.2.2 TanamanPadi Penanaman padi secara pertanian pindah oleh kaum tani Melayu menjadi satu isu kepada pemerintahan Inggeris.Amalan berladang mengikut fahaman kolonial sebagai ‘anobnoxious and wasteful type of agriculture, destroying valuable timber and a temporary culture of best’.Pihak Inggeris menggalakkan kaum tani Melayu yang mempraktikkan sistem ladang untuk menanam padi secara tetap menerusi padi basah. Bagi mencapai matlamat tersebut, pihak kolonial menaikkan kadar sewa ke atas penanaman padi darat, namun cara itu juga tidak dapat mengubah keadaan. Masyarakat petani kekal dengan tanaman padi darat mereka. Dalam tahun 1888, setahun selepas kadar sewa dinaikkan, jumlah kawasan yang diusahakan dengan padi darat masih besar. Contohnya, di Perak di daerah Kinta sejumlah 1500 ekar diusahakan. Di Kuala Kangsar pula ialah 3455 ekar atau 91.0 peratus daripada kesemua tanah yang diteroka di dalam daerah itu. Ekoran kedegilan masyarakat pihak kolonial mengadakan peraturan yang lebih ketat.Bermula dari 1 Januari 1890, kawasan hutan tidak boleh ditebang untuk tujuan ladang.22 Pada mulanya, kerajaan kolonial tidak mengambil berat tentang penanaman padi secara sara diri. Namun begitu, setelah pelombong timah dan pengusaha industri getah mengimport ramai buruh asing menyebabkan permintaan terhadap makanan adalah tinggi.Pihak kolonial membuat percubaan dengan membawa masuk petani dari Cina dan India tetapi tidak berjaya.Kebanyakan masyarakat asing ini tidak berminat menceburkan diri dalam bidang pertanian secara jangka panjang.Permintaan terhadap beras dalam negeri semakin meningkat.Kemerosotan pekerjaan tradisional penduduk seperti kesenian kerja tangan Melayu dan perkapalan merancakkan lagi penanaman padi di barat laut atau timur laut Semenanjung Tanah Melayu.Kedua-dua kawasan ini memang sesuai ditanam padi kerana bekalan air yang cukup dan perparitan yang baik.Penanaman padi memerlukan sumber air yang mencukupi untuk hidup subur.Kedah merupakan negeri yang mengusahakan penanaman padi secara besar-besaran. Kerajaan kolonial memperkenalkan rancangan pengairan secara besar-besaran untuk daerah Kerian dan beberapa projek lain yang kecil. Orang Melayu juga dengan inisiatif mereka sendiri berusaha meningkatkan kawasan penanamannya. Semasa zaman kolonial 60% dari seluruh kawasan padi ialah di barat laut 22 Norazit Selat. 1977. Ekonomi dan Politik Melayu. Kuala Lumpur:Universiti Malaya. hlm.7-8.
  • 14. 14 (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Seberang Perai dan Perak) dan 23% lagi di timur laut (Kelantan dan Terengganu). Di Tanah Melayu, berlaku kekurangan bekalan beras yang sangat genting antara tahun 1918 dan 1921. Beras menjadi satu keperluan yang mendesak.Walau bagaimanapun, terdapat kesilapan besar dalam usaha Inggeris mahu menggalakkan penanaman padi dalam kalangan orang Melayu.Kerajaan kolonial tidak memberikan sambutan kepada keperluan kredit bagi penduduk kampung. Petani dihimpit masalah menerusi dasar pihak kolonial apabila pemberi pinjam akan merampas tanah mereka ataupun petani mungkin dihalau oleh tuan tanah yang mereka sewa itu. Sebaliknya, pinjaman yang sedia ada disalurkan kepada firma-firma Eropah yang terlibat dengan industri ekstraktif. Sehinggakan penyelidikan berkaitan dengan padi jauh terkebelakang berbanding dengan tanaman lain untuk eksport. Padi menjadi mangsa korban untuk tanaman getah dan timah.Kolonial kurang memberi perhatian terhadap penanaman padi.23 4.2.3 Tanaman Kopi Kopi menjadi tanaman yang menguntungkan pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.Penanaman kopi secara besar-besaran ialah di Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor.Kopi sebagai tanaman komersial pertama yang dapat hidup dengan subur di kebanyakan kawasan di Tanah Melayu.Tanaman kopi menarik banyak modal, pengurusan kakitangan dan membawa masuk ramai buruh Tamil dan Jawa ke beberapa tempat di Tanah Melayu.Kerajaan melihat tanaman kopi membawa keuntungan kepada mereka.Oleh itu, peladang-peladang kopi mendapat syarat-syarat yang baik tentang pengambilan tanah, diberi pinjaman penanaman yang besar dan keadaan buruh yang menguntungkan.Hal ini, mendorong kemasukan pelaburan yang besar.24 23 Andaya.B.W dan Andaya L.Y. 1983.Sejarah Malaysia. Petaling Jaya:Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hlm.252-253. 24 Andaya.B.W dan Andaya L.Y. 1983.Sejarah Malaysia. Petaling Jaya:Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hlm..247.
  • 15. 15 4.2.4 Tanaman Kelapa Sawit Kelapa sawit diperkenalkan di Semenanjung pada tahun 1850-an namun hanya ditanam sebagai pokok hiasan. Hanya pada tahun 1917, muncul ladang kelapa sawit yang pertama sebagai usaha komersial. Minyak kelapa sawit digunakan untuk membuat sabun, lilin, fluks untuk perusahaan menyadur timah, marjerin, minyak sayur, gris dan minyak untuk enjin pembakaran. Harga getah yang merosot setelah Perang Dunia Kedua menyebabkan peladang mencari alternatif mencari tanaman gantian yang lain. Pembangunan secara besar- besaran tidak berlaku, namun pada tahun 1924 tiga buah syarikat getah dalam kumpulan Guthrie menubuhkan Kelapa Sawit Berhad.Industri kelapa sawit memerlukan modal yang besar dan kepakaran yang khusus.Oleh itu, industri kelapa sawit terletak berdekatan dengan ladang-ladang getah.Hal ini supaya mendapat manfaat daripada infrastruktur yang ada.Ladang kelapa sawit terletak di pantai barat Tanah Melayu.Pada tahun 1930-an, pengeluaran minyak kelapa sawit berlipat kali ganda.Kemajuan yang begitu drastik dalam industri kelapa sawit disebabkan oleh kemajuan teknik di bidang penanaman, ekstraksi minyak dan pengangkutan.25 5.0 SOSIAL 5.1 Dasar- dasar Sistem Pendidikan Kolonial British Walaupun pendidikan pada Zaman Kolonial memang suatu kepentingan tetapi sekolah-sekolah yang direka adalah bagi memenuhi keperluan penjajah.Dasar pendidikan kolonial menyebabkan interaksi kaum pada masa itu sangat lemah.Pengenalan kaum berasaskan tempat tinggal amat ketara pada masa ini di mana orang Cina lazimnya di bandar- bandar atau lombong, orang India di kawasan estet dan ladang kopi manakala orang Melayutinggal di kampung-kampung sebagai nelayan ataupun petani yang mengerjakan sawah padi. British sengaja membiarkan keadaan ini supaya mereka senang memerintah dan mengaut kekayaan di Tanah Melayu sementara rakyat peribumi dibiarkan merempat dan ditindas di negeri sendiri. 25 Ibid. hlm.251.
  • 16. 16 Anak-anak Melayu yang belajar di Sekolah Vernakular Melayu diajar asas pelayaran dan pertanian supaya mereka boleh menjadi nelayan dan petani yang lebih baik daripada ibu bapa mereka.Dasar British adalah untuk mengekalkan orang Melayu di kampung kerana mereka menganggap orang Melayu pemalas dan tidak mahu melakukan kerja. Dasar Inggeris sendiri tidak mahu orang Melayu lebih berpelajaran kerana dianggap akan mengancam keselamatan dan menggerakkan penentangan terhadap penjajah.26 Namun, semenjak sebelum merdeka lagi, Malaysia telah menghantar ramai para pelajarnya menuntut di Britain.27 Ini menunjukkan bahawa penduduk di Tanah Melayu sudah mendapat pendidikan awal lagi.Sekolah-sekolah yang didirikan oleh penjajah adalah hanya sebagai penyebar budaya nilai-nilai asing kerana pada zaman kolonial kanak-kanak di sekolah diajar dengan menggunakan kurikulum dan buku-buku yang serupa dengan di England. Pemeritahan kolonial tidak ada minat untuk membangunkan rakyat dan menyatukan etnik yang pelbagai kaum pada waktu tersebut melalui pendidikan.Tujuan utama adalah untuk membantutkan dasar perkembangan pendidikan dan tamadun orang Melayu.Ia juga dilakukan bagi memudahkan pengaliran keluar segala hasil kekayaan negeri-negeri Melayu. Sekatan pendidikan turut dikenakan terhadap orang India yang menetap di ladang-ladang bagi mengekalkan status quo mereka sebagai „anak ladang‟.Orang Cina pula mempunyai sistem pendidikan tersendiri yang dibiayai oleh pedagang-pedagang dan pelombong Cina.Ternyata orang Cina mempunyai sistem pendidikan yang jauh lebih maju daripada pendidikan orang Melayu dan India. 5.2 Sistem Pendidikan Kolonial British Sistem pendidikan yang dilaksanakan pada zaman kolonial adalah mencerminkan kuasa dan keperluan penjajah kerana tujuan kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu bukan untuk memperkenalkan sistem pendidikan tetapi terpaksa diperkenalkan kerana tuntutan politik dan desakan daripada sesetengah pihak.Dasar pecah dan perintah British menyebabkan wujud sistem pendidikan Vernakular di Tanah Melayu iaitu empat aliran sekolah yang berbeza iaitu Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.Sistem Pendidikan Vernakular bermaksud sistem pendidikan yang berasaskan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa 26 Mohd Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications Sdn Bhd. hlm. 216. 27 Ucapan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Perasmian Pameran Pendidikan British di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada Hari Khamis, 28 Mac 1991.
  • 17. 17 pengantar. Pendidikan Vernakular gagal memupuk perpaduan kaum di Tanah Melayu kerana mereka terpisah di antara satu sama lain. Sistem pendidikan berbentuk vernakular dihasilkan dengan mengekalkan setiap kaum dengan identiti bahasa dan negara asal mereka. 5.3 Sekolah-sekolah yang ditubuhkan pada zaman kolonial 5.3.1 Sekolah Vernakular Melayu Sebelum penjajahan British, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan di surau, masjid dan sekolah pondok.Pendidikan dalam kalangan masyarakat Melayu tertumpu kepada pelajaran agama.Semasa pentadbiran British, Sekolah Melayu didirikan bagi memberikan pendidikan sekular kepada orang-orang Melayu menyebabkan sekolah pondok banyak ditubuhkan kerana orang-orang Melayu menganggap sekolah Inggeris kafir.Selepas tahun 1946 keadaan sebaliknya berlaku disebabkan galakan pihak pemerintah termasuk membuka peluang melanjutkan pelajaran dan jaminan mendapat pekerjaan untuk lepasan sekolah Inggeris dan Melayu.28 Di sekolah ini, anak-anak Melayu diajar menulis, membaca dan mengira serta sedikit ilmu Geografi, seni pertukangan dan perkebunan.Sekolah Sekular Melayu hanya memberikan pendidikan rendah sehingga darjah enam sahaja.Sekolah sekular Melayu pertama dibina adalah di negeri-negeri selat, iaitu Sekolah Melayu Gelugor dan Sekolah Melayu Bayan Lepas di Pulau Pinang. Sekolah-sekolah sekular Melayu kemudiannya dibuka di Seberang Prai, Melaka dan kemudiannya dibuka di negeri-negeri Melayu yang lain. Pada tahun1905, Kolej Melayu Kuala Kangsar (Malay college Kuala Kangsar) ditubuhkan khas bagi anak-anak golongan bangsawan Melayu yang menjadi alat pentadbiran British.Ianya berasaskan sistem pendidikan terbaik di Britain. Pada tahun 1910, mereka yang lulus darjah tujuh di kolej tersebut diserapkan ke dalam perkhidmatan pentadbiran Melayu. Pada tahun 1930, golongan ini dilantik untuk menjawat jawatan rendah dalam Perkhidmatan Awam Tanah Melayu (MCS).Lulusan kolej ini diharap menjadi penyokong setia British. Atas desakan untuk memenuhi kekurangan besar dalam bilangan guru, R.O Winstedt selaku penolong Pengarah Pelajaran telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir sekolah-sekolah vernakular Melayu dan beliau telah mencadangkan penubuhan sebuah maktab bagi melatih 28 Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm.209.
  • 18. 18 guru-guru Melayu di Tanjung Malim, Perak. Maka, lahirlah Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) pada tahun 1922. Pendidikan Vernakular Melayu adalah rendah mutunya.Antara tahun 1914-1940, tidak terdapat sekolah menengah aliran Melayu di Tanah Melayu.Perkembangan sekolah hanya terhad kepada sekolah rendah sahaja. Pihak British tidak mewujudkan sekolah menengah aliran Melayu kerana pihak penjajah berpegang kepada dasar untuk mengekalkan cara hidup masyarakat Melayu sebagai petani dan nelayan29 yang lebih cerdik daripada bapanya. Pihak British bimbang pendidikan tinggi bagi orang-orang Melayu akan membangkitkan kesedaran dan mereka akan bangkit menentang penjajahan British.30 Ini bermaksud British ingin terus membiarkan orang Melayu terus dibelenggu kemiskinan dan juga ingin mengekalkan orang Melayu supaya terus tinggal di perkampungan nelayan atau di kawasan pedalaman.Penubuhan sekolah vernakular Melayu ini juga bertujuan untuk mengekalkan kesetiaan dan jalinan persahabatan antara pegawai kerajaan British dengan golongan elit Melayu, iaitu golongan raja dan pembesar-pembesar Melayu supaya terus memberikan kerjasama dengan mereka. 5.3.2 Sekolah Vernakular Cina Pendidikan Cina di Tanah Melayu sehingga abad ke 20 adalah berasaskan pengetahuan klasik Confucius.31 Sekolah-sekolah Cina menekankan kaedah pembelajaran secara menghafal, mendeklamasi teks Confucius atau klasik Cina tanpa memahami maknanya.Sekolah-sekolah ini mengajar pelajaran klasik dan secara hafalan yang kurang berguna untuk keperluan Inggeris di Negeri-negeri Selat.32 Terdapat tiga jenis sekolah Cina pada zaman kolonial.Sekolah yang pertama iaitu yang dikendalikan oleh jawatan kuasa peringkat daerah, persatuan, keluarga Cina di Bandar atau di daerah tertentu.Sekolah yang kedua iaitu ditubuhkan oleh orang perseorangan atau beberapa orang guru dalam satu jawatan kuasa yang terdiri daripada penaja atau dermawan.Sekolah yang ketiga pula yang dijalankan oleh guru yang mengambil upah dari anak-anak murid mereka.Sekolah Cina menggunakan 29 Malaysia Kita: Panduan dan Rujukan untuk Peperiksaan Am Kerajaan. 2003. Kuala Lumpur: International Law Book Service. hlm.445. 30 Ibid. hlm.445. 31 Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hlm. 259. 32 Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm. 212.
  • 19. 19 dialek masing-masing sebagai bahasa pengantar iaitu Kantonis, Hokkien, Hakka dan sebagainya.Guru, sukatan mata pelajaran dan buku dibawa dari China.Sekolah Cina menyediakan pendidikan rendah selama enam tahun.Terdapat sekolah Cina yang menyediakan pendidikan sehingga tahap senior Middle iaitu pelajaran menengah atas tiga atau sekolah Tinggi ke China. Langkah untuk mengawal sekolah Cina bermula apabila sekolah ini digunakan oleh Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis China (PKC) sebagai pusat dakyah. Sekolah Cina di Tanah Melayu pada tahun 1920 an menjadi medan pertarungan antara dua ideologi politik yang bertentangan ini. Buku teks sekolah dan bahan pendidikan yang lain jelas menggambarkan semangat anti-Eropah.33 Pada tahun1920, kerajaan Inggeris mengeluarkan undang-undang bagi mengawal kegiatan sekolah-sekolah dan guru-guru yang terlibat serta semua sekolah yang didirikan mesti didaftarkan.34 Enakmen ini memberi kuasa kepada pengarah pelajaran untuk menutup sekolah yang tidak mengikut syarat pengurusan, sukatan pelajaran, dan peraturan kesihatan yang ditetapkan oleh British.Namun, perlaksanaan enakmen ini kurang berjaya. British kemudiannya terpaksa mengambil tindakan yang lebih tegas pada tahun 1929.Antara tindakan itu adalah menghapuskan semua unsur Eropah yang terdapat dalam buku teks sekolah vernakular Cina.Guru-guru yang lahir di negara Cina tidak dibenarkan lagi masuk ke Tanah Melayu.Pegawai-pegawai kerajaan dilantik untuk mengawal sekolah- sekolah Vernakular Cina ini.Selain itu, peruntukan kerajaan juga diberikan kepada sekolah- sekolah ini supaya dapat menyekat pengembangan ideologi komunis. 5.3.3 Pendidikan Vernakular Tamil Semasa zaman penjajahan British, British tidak mengambil berat tentang pendidikan orang India.Pendidikan Tamil adalah secara formal di Tanah Melayu dan dimulakan oleh orang perseorangan dan pertubuhan masyarakat India.Dalam perkembangan sekolah India kita dapat menilai dan melihat bahawa sekolah Vernakular Tamil dipengaruhi oleh perkembangan ekonomi di Tanah Melayu.British telah mengarahkan supaya Orang India 33 Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hlm. 260. 34 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm.290.
  • 20. 20 berhijrah secara beramai-ramai untuk bekerja di Tanah Melayu sebagai pekerja di ladang kopi,ladang tebu, ladang kelapa dan ladang getah. Dalam masa yang sama juga masyarakat India telah membina sekolah-sekolah Tamil dan sekolah-sekolah ini telah didirikan di kawasan ladang di Seberang Prai , Pulau Pinang dan Johor. Dapat dilihat bahawa sekolah-sekolah India yang dibina pada waktu ituhanya sekolah- sekolah ladang dan bermutu rendah dan menghadapi pelbagai masalah seperti kekurangan kemudahan di dalam sekolah seperti alat-alat untuk mengajar dan juga bilangan guru yang betul-betul berkelayakan. Guru-guru lazimnya ialah kangani itu sendiri, kerani ladang ataupun pekerja yang kebetulan boleh membaca dan menulis di ladang itu yang mempunyai sedikit latihan atau tanpa latihan sama sekali.35 Dari segi bahasa pengantar yang digunakan pula, di sekolah India telah menggunakan pelbagai rumpun bahasa dari India seperti bahasa Telegu, Malayalam, Punjabi atau bahasa Hindi. Pada tahun 1962 , British telah memperkenalkan sebuah undang-undang buruh yang mewajibkan pengusaha ladang supaya menyediakan sekolah dan guru untuk anak-anak pekerjanya.Keadaan ini secara langsung telah menyebabkan bilangan sekolah Tamil bertambah bagaikan cendawan selepas hujan di setiap kawasan ladang di Tanah Melayu.Walau bagaimanapun, terdapat juga sekolah Tamil yang didirikan di kawasan bandar seperti sekolah Thamboosamy Pillai dan sekolah Vivekananda di Bandar Kuala Lumpur. 5.3.4 Sekolah Vernakular Inggeris Sekolah Inggeris menyediakan pelajaran bagi semua kaum di Tanah Melayu kerana pentadbiran British memerlukan ramai kerani dan pegawai rendah tempatan yang mempunyai kemahiran berbahasa Inggeris.Sekolah Inggeris memainkan peranan yang penting dalam melahirkan golongan elit pentadbir Melayu.36 Sekolah-sekolah ini diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan-badan awam.Para mubaligh menganggap tugas mendidik adalah mengikut budaya Barat kerana tugas mentamadunkan anak jajahan adalah „beban orang putih‟.37 Sekolah Inggeris yang pertama di Tanah Melayu adalah Penang Free School 35 Barbara Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. 1983. Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. hlm.258. 36 Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.hlm.215. 37 Ibid. hlm. 215.
  • 21. 21 yangditubuhkan pada tahun 1816.Sekolah ini adalah sekolah pertama yang dibuka kepada semua kaum dan agama.38 Sekolah Inggeris yang lain adalah Malacca School Free (1826) dan Singapore Free School (1834). Terdapat sekolah Inggeris kerajaan di Negeri-negeri Melayu yang menawarkan pelajaran percuma kepada anak-anak lelaki golongan pembesar. Pegawai British seperti Frank Swettenham, Hugh Clifford dan Martin Lister menganggap bahawa apabila pelajaran percuma diberikan, para pembesarakan lebih mudah bekerjasama. Sebuah Sekolah Inggeris khusus untuk keluarga Diraja dan pembesar-pembesar negeri telah dibina pada tahun 1890 dan dinamakan Sekolah Raja.Pada tahun 1889, William Maxwell, residen Selangor telah melantik Rev. Frank Haines sebagai guru Bahasa Inggeris kepada anak-anak raja di Selangor. Terdapat sekolah Inggeris yang ditubuhkan oleh badan mubaligh Kristian seperti Pertubuhan Mubaligh London, Methodist Amerika, Gereja Anglikan dan Gereja Roman Katolik. Sekolah-sekolah ini berkembang apabila mendapat bantuan dari kerajaan British.Sumbangan penting sekolah mubaligh adalah kejayaan memberikan pelajaran kepada anak-anak perempuan.Mereka berjaya meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah.Pada akhir tahun 1974, tedapat kira-kira 33 buah Mubaligh untuk kanak-kanak perempuan. Antara sekolah mubaligh bagi kanak-kanak perempuan ialah sekolah Perempuam Methodist Senior, Kuala Lumpur.Sekolah ini diserahkan kepada mubalight Methodist Amerika masalah kewangan dan kesukaran untuk mendapatkan tenaga pengajar.Terdapat juga sekolah-sekolah mubaligh untuk kanak-kanak lelaki seperti sekolah lelaki Katholik di Pulau Pinang dan St. John Institution di Kuala Lumpur.Mata pelajaran adalah nahu Inggeris, Sejarah dan Geografi diajar dalam tahun tiga.Mata pelajaran sejarah diajar berdasarkan sejarah Rom atau Britain.Sekolah perempuan Inggeris memberi penekanan kepada kelas jahitan, memasak dan muzik.Sekolah Inggeris kemudian dimajukan menjadi sekolah rendah dan sekolah menengah. Sekolah rendah menyediakan pelajaran selama tujuh tahun iaitu darjah rendah, satu dan darjah rendah serta diikuti darjah satu hingga lima. Sekolah Menengah pula menyediakan pelajaran selama 4 tahun, iaitu darjah enam hingga kelas Sijil 38 Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. hlm.296.
  • 22. 22 Persekolahan. Murid-murid dalam darjah lima boleh mengambil peperiksaan khas, iaitu Sijil Junior Cambridge. 5.4 Infrastuktur 5.4.1 Sistem Perhubungandan Pengakutan Jalan Raya Menjelang pertengahan abad ke-19, negeri-negeri Melayu mula dikunjungi oleh pedagang- pedagang Eropah dan China secara beramai-ramai apabila terjumpanya hasil bumi yang berpotensi untuk dimajukan iaitu bijih timah.Lombong bijih timah banyak ditemui di daerah Larut dan Kinta di Perak dan Lembah Klang di Selangor.Justeru dengan penemuan berharga ini, mereka hanya berminat untuk mengusahakannya berhadapan dengan masalah pengangkutan untuk membawa keluar hasil-hasil lombong. Pada peringkat awal kebanyakan jalan darat dibina di kawasan lombong.Pengguna- pengguna jalan ini terdiri daripada pejalan-pejalan kaki dan kereta dua roda seperti kereta lembu dan kuda.Pemerintah-pemerintah Melayu sendiri sudah memulakan pembinaan jalan seperti ini tetapi sumber kewangan mereka terhad.Pelombong-pelombong Cina seperti Yap Ah Loy juga membina jalan di Kuala Lumpur.39 British terpaksa mengeluarkan wang untuk membina jalan-jalan darat yang menghubungkan antara kawasan perlombongan dengan kilang-kilang untuk diproses dan seterusnya dihantar ke pelabuhan untuk dieksport.40 Pada peringkat ini iaitu pada pertengahan abad ke-19, jalan-jalan darat yang dibina adalah merupakan jalan-jalan kecil atau denai untuk laluan pedati atau kereta lembu. Pada tahap ini kelihatan bahawa pihak yang berusaha untuk memajukan sistem pengangkutan jalan darat ini ialah mereka yang berkepentingan dalam perusahaan perlombongan seperti pembesar- pembesar Melayu yang turut terlibat misalnya Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad telah membelanjakan wangnya sendiri untuk membuat jalan di Ulu Langat, Selangor.41 Ini menunjukkan bahawa kepentingan jalan darat sudah mula dirasai. 39 Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. hlm.200. 40 Ibid.hlm.201 41 Amarjit Kaur. 1984. An Historical Study of Transport In Malaya. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia. hlm.246.
  • 23. 23 Menjelang tahun 1890, satu rangkaian jalan kereta lembu telah dibina di Negeri- negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Pembinaan jalan kereta lembu yang pertama adalah di Perak iaitu di daerah Matang dan Taiping kemudian pada tahun 1875 ianya disambungkan lagi ke Kamunting dan seterusnya ke Kerian. Jalan kereta lembu ini dibina bagi mengangkut bijih timah terutamanya di kawasan lombong yang jauh ke pedalaman.Seterusnya, jalan kereta lembu ini telah diperbaiki dan diperluaskan menjadi jalan raya untuk kegunaan kereta motor.42 Jaringan jalan raya ini telah dibuat secara berperingkat-peringkat di sesuatu kawasan dan seperti biasa kawasan utama pembinaan jalan raya oleh British ditumpukan di tempat yang ada nilai ekonomi seperti bijih timah, getah, serta hasil pertanian yang lain. Penggunaan jalan raya memudahkan pengangkutan hasil dari kawasan perlombongan atau pertanian, memudahkan pengedaran barang dagangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pembinaan jalan raya ini lebih dilihat oleh British sebagai satu kemudahan atau keperluan disebabkan oleh pembangunan ekonomi yang pesat. Kebanyakan kewangan adalah untuk membina jalan raya yang diberi tumpuan di kawasan yang mempunyai hasil bumi yang banyak terutama di negeri Perak dan Selangor berbanding dengan negeri-negeri lain.43 Misalnya pada tahun 1875, British telah menyiapkan jalan raya yang menghubungkan Petaling dan Damansara.44 Semasa kedatangan British ke Perak, di daerah Larut hanya terdapat satu jalan bermula daripada tebing sungai iaitu kawasan perlombongan bijih timah dan berakhir di Kota dan Bukit Gantang.45 Jalan tersebut sangat teruk dan hanya gajah sahaja yang digunakan untuk melalui jalan ini.Namun demikian, jalan ini telah dibaikpulih dengan menggunakan batu-batu dari kawasan perlombongan yang terdekat dan keadaannya menjadi semakin baikyang kemudiannya disebut sebagai “Cardury Roads”.46 Penggunaan jalan raya ini dilihat dapat memudahkan pengangkutan barangan khususnya bijih timah dari suatu tempat ke tempat yang lain dan memudahkan urusan pentadbiran pihak British. 42 Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.247. 43 M.A., Kennedy. J. 1965. A History Of Malaya. Hong Kong: Continental Printing. hlm.197. 44 Gullick, M.J. 2000. History OfKuala Lumpur (1856-1939). Selangor: Academic Art & Printing Services. hlm.60. 45 M.A., Kennedy. J. 1965. A History Of Malaya. Hong Kong: Continental Printing. hlm.169. 46 Ibid. hlm.169.
  • 24. 24 5.4.2 Sistem PerhubunganJalan Kereta Api Pembinaan landasan kereta api telah merapatkan lagi hubungan antara negeri-negeri di Tanah Melayu. Ia juga berjaya merubah bentuk muka bumi di Tanah Melayu dari keadaan yang berhutan belukar dan bergunung-ganang kepada keadaan bertanah rata dan mempunyai jaringan perhubungan yang baik. Pembinaan jalan kereta api memang dianggap penting oleh British untuk kepentingan ekonominya. Tetapi pembinaan jalan kereta api yang pertama di Tanah Melayu bukan dilakukan oleh British. Jalan kereta api pertama dibina oleh kerajaan Johor pada tahun 1869 yang menghubungkan Johor Bharu dengan Gunung Pulai. Jalan ini dikenali sebagai “kereta api kayu Johor” kerana landasannya dibuat daripada kayu.Tapi landasan ini ditinggalkan sepuluh tahun kemudian.47 British mula membina landasan kereta api pada tahun 1885 bagi mengadakan satu sistem pengangkutan dan perhubungan yang cekap dan lebih baik. Pada peringkat awal, perkembangan perkhidmatan kereta api di negeri-Negeri Melayu terutama di Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak ialah di antara tahun 1885 hingga 1895. Pada peringkat ini, empat landasan kereta api yang pendek telah di bina untuk menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah di kawasan pedalaman dengan pelabuhan.48 Kerja-kerja pembinaan landasan kereta api yang pertama sepanjang lapan batu di antara lombong-lombong di Taiping dan kawasan pantai di muara Sungai Larut telah dimulakan pada tahun 188149 . Kereta api yang pertama digunakan adalah pada tahun 1885, iaitu kereta api yang menghubungkan Taiping dengan Port Weld bagi mengangkut bijih timah ke Ipoh.50 Kemudian pada tahun 1886, landasan kereta api telah dibina bagi menghubungkan Kuala Lumpur dengan Kelang. Ini memudahkan bijih timah diangkut ke Pelabuhan Kelang.51 Manakala pada tahun 1891, landasan kereta api yang mmenghubungkan antara Port Dickson dengan Seremban telah dibina, dan pada tahun 1895 sebuah landasan kereta api telah menghubungkan Pelabuhan Teluk Intan dengan Ipoh dan Batu Gajah.52 Pembinaan landasan 47 Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. hlm 202. 48 Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.165. 49 Tate. D. J. M. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Fajar bakti Sdn.Bhd. hlm.226. 50 Hawkin Gerald. 1983. Malaya. Singapura: National Printer. hlm.83. 51 Abdullah Ishak, Nina Musa. 1997. Wilayah Persekutuan. Kompas Publishing: Petaling Jaya. hlm.9. 52 Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.165.
  • 25. 25 kereta api ini telah memberikan kemudahan kepada pelombong-pelombong di kawasan Lembah Kinta untuk membawa bijih timah ke tempat pelabuhan yang terdekat. Selain itu, ramai orang Cina dibawa masuk untuk bekerja di sektor perlombongan dan bijih timah dibawa keluar masuk menggunakan kereta api. Begitu juga dengan hasil daripada pokok getah yang akan dibawa ke pelabuhan menggunakan kereta api. Di samping itu sistem kereta api pada waktu itu lebih menjadi pilihan kerana dapat menjimatkan masa dan boleh membawa muatan yang banyak dan mengurangkan kos. Misalnya, pembukaan stesen dan landasan kereta api yang pertama di Kuala Lumpur, terdapat empat kereta api yang berulang- alik antara Kuala Lumpur dan Klang pada setiap hari.53 Setiap perjalanannya mengambil masa selama 40 minit untuk sampai ke destinasinya kira-kira 20 batu. Usaha memajukan lagi sistem jaringan perhubungan jalan kereta api ini sebenarnya secara tidak langsung dapat meningkatkan darjah ketersampaian pentadbiran British di samping meningkatkan lagi hasil ekonomi British pada ketika itu. 5.4.3 Perkhidmatan Pos, Telefon dan Telegraf Pejabat pos dan telegraf bermula dari pusat perkembangan ekonomi, pusat pentadbiran, pelabuhan dan kemudiannya ke kawasan petempatan.54 Pejabat pos mulanya dibina di Negeri-negari selat dan diikuti dengan bandar-bandar utama kawasan lombong seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban kemudian barulah berkembang ke bandar-bandar lain yang ada kepentingan perdagangan bagi pihak British. Pembinaan jalan raya menggalak dan meningkatkan lagi perkhidmatan pos. Kawasan-kawasan yang kurang kemudahan pengangkutan, perkidmatan pos masih tidak memuaskan. Bagi meningkatkan keberkesanan dan penyelarasan pentadbiran, kerajaan British memulakan perkhidmatan telegraf.Komunikasi ini juga membantu perkembangan ekonomi pihak British.Pada tahun 1892, sudah ada talian langsung yang menghubungkan Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka.Perkembangan telefon pula berhubungkait dengan permintaan orang ramai.Telefon bermula di Negeri-negeri Selat.Pada tahun 1885, Perak dihubungkan dengan Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Singapura.Di 53 Gullick M.J. 1998. Kuala Lumpur 1880-1895 A City In The Making.Selangor: Eagle Trading. hlm.47. 54 Zainal Abidin Abdul Wahid. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.248.
  • 26. 26 Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu juga berlaku perkembangan.Johor misalnya telah menswastakan projek telefon pada tahun 1899.Di Kedah pula talian telefon ada hubung kait dengan perusahaan getah.Semua balai-balai polis utama dilengkapi dengan kemudahan telefon menjelang akhir abad ke-19.Semua kemudahan ini sememangnya untuk memudahkan urusan pentadbiran pihak British di Tanah Melayu.55 5.4.4 Kewujudan Perkhidmatan Sosial Perkembangan bandar dan jaringan jalan pengangkutan yang baik terutamanya sistem pengangkutan laut akibat peningkatan hasil keluaran melalui ekonomi kapitalis telah menyebabkan wujudnya perkhidmatan sosial seperti perkhidmatan insurans maritim untuk melindungi dagangan dan kapal dagangan. Selain itu, terdapat juga beberapa jenis insurans lain seperti insurans kebakaran. Insurans kebakaran sebagai contohnya diwujudkan kerana ia amat penting berikutan kes kebakaran yang sering berlaku ketika itu. Pada tahun 1881, misalnya berlaku kebakaran yang hampir memusnahkan keseluruhan bandar kuala lumpur dan pada tahun 1892, kebakaran yang berlaku di ipoh telah memusnahkan 100 buah kedai.56 Pada peringkat awal, syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan cawangan atau wakil syarikat insurans yang beribu pejabat di luar negara. Salah satu syarikat perwakilan yang diperkenalkan di Tanah Melayu ialah Boustead and Company yang ditubuhkan di Pulau Pinang bagi mewakili Syarikat Royal Insurance Company dari England. Penubuhan syarikat insurans tempatan hanya wujud pada akhir abad ke-19.57 Selain daripada perkhidmatan sosial berbentuk jaminan insurans, terdapat juga perkembangan infrastruktur ekoran daripada ekonomi kapitalis yang merangsang kewujudan bandar baru. Hasilnya, pengawasan keselamatan sesuatu bandar pastinya memerlukan perkhidmatan seperti balai polis seperti Balai Polis Jalan Kota yang didirikan 1881. 5.4.5 Peningkatan Taraf Kesihatan Pengenalan dan pelaksanaan ekonomi kapitalis juga turut memberikan impak kepada taraf kesihatan rakyat di Tanah Melayu. Keuntungan dan pulangan yang diperolehi oleh 55 Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. hlm.204. 56 Ibid. 57 Ibid.
  • 27. 27 British daripada perlombongan bijih timah dan hasil keluaran komoditi seperti getah, lada hitam dan gambir telah disalurkan dengan baik apabila banyak kemudahan telah dibina. Pembinaan kemudahan ini juga bersesuaian dengan corak ketika itu yang menyaksikan banyak bandar-bandar baru muncul. Pada peringkat awal usaha melombong bijih timah, kemudahan perubatan amat diperlukan oleh pelombong Cina. Situasi ini secara tidak langsung telah menyebabkan banyak rumah-rumah sakit bercorak klinik didirikan bagi pelombong bijih.58 Namun, kelengkapan peralatan dan perubatannya tidak begitu sempurna dan teratur sehingga menyebabkan pesakit semakin bertambah serta wabak penyakit pula semakin menular. Secara dasarnya, Tanah Melayu mengalami masalah kesihatan yang agak teruk pada abad ke-19. Penyakit-penyakit seperti malaria, disenteri, demam cacar dan kolera biasa terdapat. Penyakit-penyakit tersebut telah mengakibatkan kematian ramai orang.59 Sebagai contoh, kira-kira 65 orang telah menjadi mangsa kolera di Larut pada tahun 1874. Jumlah kes beri-beri yang dirawat di Selangor pada tahun 1894 ialah sebanyak 2817 di mana kadar kematian ialah 24%.60 Pembukaan bandar baru dengan banyak kawasan lombong dan kawasan penanaman yang baru, jalan raya dan keretapi yang baru serta banyak kawasan lombong yang terbiar telah menyebabkan kes-kes kematian meningkat kerana banyak kawasan terdedah dengan serangan malaria dan pelbagai lagi penyakit berasaskan nyamuk. Salah satu daripada hospital terawal yang dibina di Tanah Melayu ialah hospital yang disediakan oleh Yap Ah Loy untuk pelombong Cina yang sakit di Kuala Lumpur. Selain daripada itu, di bawah pemerintahan dan pentadbiran Speedy pada tahun 1874, satu rancangan untuk mendirikan sebuah hospital untuk kemudahan penduduk telah direncanakan. Sungguhpun terdapat beberapa buah hospital lain bagi menampung jumlah pesakit, tetapi hospital yang paling besar ialah Hospital Yang Wah yang dibina khas untuk golongan miskin dan mampu memuatkan sehingga 900 orang pesakit.61 Taraf kesihatan di Tanah Melayu turut mendapat perhatian pihak pengkaji barat apabila Dr. Malcolm Watson telah melakukan kajian dan akhirnya menggunakan kaedah 58 Mohd Zamberi A.Malek, 2001. Larut Daerah Terkaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.102. 59 J. Kennedy, 1965. A History of Malaya. Kuala Lumpur: Mac Millon and Company Limited. hlm.226. 60 Ibid. hlm.227. 61 Mohd Zamberi A.Malek, 2001. Larut Daerah Terkaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.103.
  • 28. 28 pengairan untuk mengawal pembiakan nyamuk anopheles. Hasilnya, penyakit seperti malaria berjaya dikawal.62 Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah berjaya mewujudkan keamanan dan peraturan.Jaminan keselamatan dan persamaan hak di sisi undang-undang telah menggalakkan imigran Cina dan India, lebih-lebih lagi terdapat peluang dalam perkhidmatan persekutuan dan perkembangan bijih timah.Kedatangan imigran telah menyebabkan pertambahan penduduk di Negeri-negeri Melayu Bersekutu.Selain itu, kedatangan imigran juga mewujudkan masyarakat majmuk.Orang-orang Cina dan India adalah masyarakat yang berasingan dan tidak dapat mengasimilasikan diri dalam masyarakat Melayu. Penubuhan pesekutuan menyebabkan perutmbuhan dan perkembangan bandar-bandar seperti Taiping, Kuala Lumpur, Kelang dan lain-lain lagi. 62 Mohd Sarim Hj. Mustajab dan Khazin Mohd Tamrin, 1990. Klang 1890-1990. Sejarah dan Pentadbiran. Bangi: Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Klang dengan kerjasama Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm.77.
  • 29. 29 6.0 KESIMPULAN Secara kesimpulanya, ekonomi dan penjajahan kolonial British yang dilaksanakan telah mendatangkan perubahan yang bukan sedikit ke atas tiga entiti utama masyarakat di Tanah Melayu iaitu entiti politik, ekonomi dan sosial. Perubahan landskap ketiga-tiga entiti ini ternyata telah menjadi asas kepada pembentukan sebuah negara Malaysia yang berwajah baru menjelang abad ke-20. Aspek perubahan ini seharusnya tidak berfokus kepada sisi gelap sahaja apabila ternyata terdapat perubahan positif yang wujud seperti masyarakat majmuk, peningkatan taraf kesihatan dan kemunculan bandar-bandar baru. Namun, terdapat juga impak yang mengubah landskap ekonomi, politik dan sosial masyarakat di Tanah Melayu dalam sudut yang negatif seperti polarisasi kaum dan kemunduran masyarakat Melayu dalam sudut ekonomi sehingga lahirnya konsep dualisme ekonomi. Namun, secara tuntasnya, yang pasti pelaksanaannya jelas memberikan impak yang bukan sedikit kepada Tanah Melayu.
  • 30. 30 SUMBER-SUMBER ARKIB NEGARA 1) Shamsul Amri Baharuddin (Perancangan Pembangunan Negara Selepas Merdeka 1957-1975: Tinjauan Sejarah Perkembangan Sosio-Ekonomi Malaysia). 2) Polimik Tentang Masyarakat Feudal Di Semenanjung Melayu. 3) Ucapan Perdana Memteri Y.A.B Dato Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad Di Perasmian Pameran Pendidikan British Di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kula Lumpur. 4) Oong Hak Ching (Masalah Komuniti Cina dan Pembentukan Dasar kesatuan Negara Bangsa Di Bawah Pemerintahan Kolonial British Di Tanah Melayu, 1942-1952). 5) Malaysia Sejarah Dan Proses Pembangunan. 1979. Kuala Lumpur: Salam Press Sdn.Bhd. BIBLIOGRAFI Adi Haji Taha. 1983. “Recent Archeological Discoveries in Peninsula Malaysia : JMBRAS. USA. Andaya.B.W dan Andaya L.Y. 1983.Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd. Azmah Abdul Manaf. 2001. Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia.Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Abdullah Ishak, Nina Musa. 1997. Wilayah Persekutuan. Kompas Publishing: Petaling Jaya. Gullick, M.J. 2000. History Of Kuala Lumpur (1856-1939). Selangor: Academic Art & Printing Services. Hawkin Gerald. 1983. Malaya. Singapura: National Printer.
  • 31. 31 Ishak Saat. 2006. Sejarah Sosiobudaya Melayu. Shah Alam:Karisma Publications Sdn. Bhd. J. Kennedy, 1965. A History of Malaya. Kuala Lumpur: Mac Millon and Company Limited. Joginder Singh Jessy. 1978. Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Thukiman. 2002. Malaysia : Perspektif, Sejarah, dan Politik. Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. M.A., Kennedy. J. 1965. A History Of Malaya. Hong Kong: Continental Printing. Kassim Thukiman. 2002. Malaysia : Perspektif, Sejarah, dan Politik. Johor : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Malaysia Kita. 2003. Kuala Lumpur: International Law Book Services. Mohd Ashraf Ibrahim. 2004. Gagasan Bangsa Malayan yang Bersatu 1945-57. Bangi : Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd. Isa Othman. 2002. Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Mohd Sarim Hj. Mustajab dan Khazin Mohd Tamrin, 1990. Klang 1890-1990. Sejarah dan Pentadbiran. Bangi: Pejabat Daerah dan Majlis Perbandaran Klang dengan kerjasama Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia. Mohd Zamberi A.Malek, 2001. Larut Daerah Terkaya. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Norazit Selat. 1977. Ekonomi dan Politik Melayu. Kuala Lumpur:Universiti Malaya. Prof Dato‟ Khoo Kim. 1981. Taiping IbuKota Perak. Kuala Lumpur: United Selangor Press Sdn Bhd.
  • 32. 32 Rahmat Saripan et.al, 1991. Masyarakat Melayu Abad Ke-19. Kuala Lumpur: Jawawatankuasa Kolokium. Jabaran Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tate. D. J. M. 1980. Sejarah Pembentukan Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Fajar bakti Sdn.Bhd. Zainal Abidin Abdul Wahid, 1996. Malaysia Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.