Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Dwi Cemerlang Enterprise
-------------------------------------------------------------------------------------------------...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Sistem perakaunan perniagaan

1,198

Published on

0 Comments
2 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
1,198
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
47
Comments
0
Likes
2
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Sistem perakaunan perniagaan

  1. 1. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 1 SISTEM PERAKAUNAN PERNIAGAAN Perakaunan adalah suatu proses merekod, mencatit dan meringkaskan semua urusniaga perniagaan secara sistematik. Dahulu ianya dikenali sebagai Simpankira. Tujuan utama dan kebaikan kita mencatit segala urusniaga adalah kerana : • Daya ingatan manuasia yang terhad ataupun dengan bahasa lain kita mudah terlupa dengan apa yang berlaku semasa kita menguruskan transaksi perniagaan. • Catitan yang lengkap dan sempurna memudahkan penyediaan Penyata Kewangan yang terdiri dari Buku Tunai/Bank, Lejar Am, Buku Penghutang, Buku Pemiutang dan Buku Belian Aset. • Semua catatan yang dibuat adalah merupakan sejarah dan bukti lengkap perniagaan. Ini amat penting sebagai petunjuk untuk peniaga mengetahui pada bulan berapakah jumlah Jualan atau Belian kedai beliau meningkat akibat permintaan yang tinggi dari pelanggan. Ini membolehkan peniaga bersedia lebih awal bagi mengatasi pusingan bulan tersebut. • Memudahkan peniaga untuk memohon bantuan pembiayaan atau geran dari Institusi Kewangan atau Agensi Kerajaan. Rekod perakaunan yang disediakan menjadi alat pengukur kemajuan sesuatu perniagaan yang akan memudahkan sesuatu permohonan pembiayaan itu diluluskan oleh pihak tertentu. • Penyata kewangan yang disediakan dapat membantu kita menilai kemajuan kewangan perniagaan kita pada masa tertentu. • Segala hutang piutang perniagaan dapat di kawal dan di kutip. • Penyata kewangan juga membolehkan peniaga tersebut mengetahui jumlah harta dan nilai tanggungan perniagaan beliau. 5 KUMPULAN AKAUN Secara asasnya seseorang peniaga mestilah mengetahui 5 kumpulan akaun bagi memudahkan beliau membuat catitan urusniaga. 5 kumpulan tersebut adalah: • Aset (Harta) • Liabiliti (Tanggungan) • Modal atau Ekuiti • Hasil atau Pendapatan • Belanja atau Belian Tip nak ingat 5 kumpulan akaun ni: A ku A untuk Aset L ebih L untuk Liabiliti M emahami M untuk Modal H ati H untuk Hasil B udimu B untuk Belanja Cuba baca: Aku Lebih Memahami Hati Budimu
  2. 2. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 2 ASET Aset adalah sesuatu yang dimiliki oleh perniagaan yang mempunyai nilai wang. Ianya boleh dikatogerikan kepada 2: • Aset Tetap : Merupakan Aset yang dimiliki atau di beli oleh perniagaan dengan tujuan memperolehi hasil atau pendapatan tetapi bukan untuk di jual serta mempunyai hayat yang tertentu. Contohnya seperti Kenderaan, Bagunan(Premis), Perabot/Peralatan Pejabat, Mesin dll. • Aset Semasa : Merupakan harta yang tidak jelas dari segi bentuk, mudah berubah dan tidak mempunyai nilai tetap, di mana nilai pegangan padsa suatu masa senantiasa berubah mengikut keadaan. Contohnya seperti wang tunai, stok barangan niaga, penghutang, deposit dll LIABILITI (Tanggungan) Liabiliti adalah tuntutan atau hak pihak ketiga yang mesti dijelaskan oleh perniagaan pada masa yang telah ditetapkan. Ianya terbahagi kepada 2: • Liabiliti Jangka Panjang : Merupakan tanggungan yang mesti dijelaskan dalam tempoh yang lama yakni melebihi setahun seperti Pinjaman sewa beli, pinjaman bangunan, pinjaman MARA dll. • Liabiliti Semasa : Merupakan tanggungan yang mesti dijelaskan dalam masa yang singkat atau pendek seperti Pemiutang perniagaan, overdraf dll. MODAL (Ekuiti) Sesuatu yang dilaburkan oleh pemilik atau peniaga di dalam memulakan perniagaannya seperti wang tunai atau aset tetap. Modal peniaga akan bertambah sekiranya perniagaan beliau mendapat keuntungan tetapi Modal peniaga akan berkurangan jika sekiranya perniagaan beliau mengalami kerugian atau peniaga itu mengambil wang tunai atau barang perniagaan untuk kegunaan sendiri. Ini dikenali sebagai Ambilan. HASIL Hasil atau pendapatan bagi sesebuah perniagaan diperolehi melalui jualan atau perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Semua jualan secara tunai atau hutang akan dikira sebagai hasil. BELANJA Perbelanjaan adalah semua jumlah wang yang dibelanjakan untuk menjana hasil atau pendapatan bagi sesautu perniagaan. Ianya terbahagi kepada 2:
  3. 3. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 3 • Perbelanjaan Modal : Semua perbelanjaan untuk pembelian Aset bagi kegunaan perniagaan seperti pembelian kenderaan, pembelian perabot dll. • Perbelanjaan Hasil: Seperti Belanja pengeluaran, belanja pemasaran, belanja pentadbiran, belanja untuk membeli stok dll. Urusniaga Perniagaan Dokumen Perniagaan Mencatat & Merekod Invoice Resit Bil Buku Cek Baucer Buku Lejar / Dairi Mengkelaskan 5 Kump. Akaun Aku Lebih Memahami Hati Budimu Aset Liabiliti Modal Hasil Belanja Imbangan Duga Penyata Pendapatan (Untung & Rugi) Kunci Kira-Kira Penyata Kewangan Buku Tunai/Bank Lejar Am Buku Penghutang Buku Pemiutang Senaraikan Baki Akaun: Item Aset disebelah Debit Item Liabiliti disebelah Kredit Item Modal disebelah Kredit Item Hasil disebelah Kredit Item Belanja disebelah Debit Jumlah Debit = Jumlah Kredit Item Hasil & Belanja Item Aset, Liabiliti & Modal T A T A C A R A P E R A K A U N A N
  4. 4. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 4 CARA MEREKOD CATITAN URUSNIAGA BUKU TUNAI Semua transaksi perniagaan yang melibat tunai perlu direkodkan di dalam buku ini. Catitan Debit(DT) dan Kredit(KT) untuk buku tunai adalah seperti berikut: Dt Adalah semua jenis transaksi penambahan atau penerimaan wang tunai sahaja Kt Adalah semua jenis pengurangan atau pembayaran wang tunai sahaja Sebagai contoh: 1. Jualan barang secara tunai - Item Debit 2. Modal tunai memulakan perniagaan - Item Debit 3. Terima bayaran hutang secara tunai – Item Debit 4. Bayar gaji pekerja secara tunai – Item Kredit 5. Belian barangan secara tunai – Item Kredit 6. Bayar hutang secara tunai – Item Kredit BUKU BANK Semua transaksi perniagaan yang melibatkan penggunaan Cek sesebuah Bank akan direkodkan di dalam buku ini.Catitan Debit & Kredit adalah sama seperti buku tunai tetapi yang membezakannya ialah semua urusniaga hanya melibatkan bayaran atau penerimaan cek sahaja. BUKU PENGHUTANG Sudah menjadi kebiasaan di dalam dunia perniagaan ini untuk berurusniaga secara kredit atau hutang. Penghutang merupakan pelanggan yang berhutang dengan perniagaan kita. Buku ini diwujudkan adalah untuk mencatatkan butir-butir urusniaga pelanggan yang berhutang. Apa yang terpenting sekali ialah seseorang peniaga itu dapat mengetahui BAKI hutang bagi setiap pelanggannya. Walaubagaimanapun semua peniaga adalah dinasihatkan agar cuba mengelak daripada memberi hutang kepada para pelanggan. Catatan Debit & Kredit adalah seperti berikut: Dt Penghutang Kt Jualan
  5. 5. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 5 Di dalam urusniaga kredit(hutang) hanya 2 akaun sahaja yanag akan terlibat iaitu Akaun Penghutang dan Akaun Jualan sahaja. BUKU PEMIUTANG Kadangkala seseorang peniaga mendapat kemudahan kredit (hutang) daripada pembekal atau vendor. Tempoh kredit bergantung kepada persetujuan antara pembekal dan peniaga. Kebanyakkannya memberi tempoh 30 hari hingga 45 hari dari tempoh penerimaan oleh peniaga. Buku pemiutang dapat menunjukkan jumlah BAKI hutang seseorang peniaga dengan para pembekal. Catatan Debit & Kredit adalah seperti berikut: Dt Belian Stok Kt Pemiutang Di dalam urusniaga ini hanya 2 akau sahaja yang terlibat iaitu Akaun Pemiutang dan akaun Belian Stok. LEJAR AM Lejar am juga dikenali sebagai buku catatan ‘rojak’ kerana semua jenis transaksi urusniaga selain daripada Buku Tunai, Buku Bank, Buku Penghutang dan Buku Pemiutang akan dicatatkan di dalam buku Lejar Am. Catatan Debit & Kredit bagi lejar am adalah berlawanan dengan 4 buku yang disebut tadi. Sebagai contohnya ialah Akaun Gaji Pekerja, Akaun Jualan, Akaun Belian, Akaun Bil Telefon, Akaun sewa kedai dll. Kesimpulan bagi transaksi Debit & Kredit di dalam Lejar Am dapat dihuraikan seperti gambarajah di bawah: Lejar Am Debit Kredit Buku Tunai dan Buku Bank DEBIT Penambahan atau Penerimaan KREDIT Pengurangan atau Pembayaran Buku Penghutang (jualan Hutang) Debit Buku Pemiutang (belian Hutang) Kredit
  6. 6. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 6 Penerangan Anak Panah Merah menunjukkan pemindahan butir butir penerimaan (Dt) dari buku tunai/bank ke bahaigian kredit lejar am. Dt Buku Tunai/Bank Kt Lejar Am Anak Panah Pink menunjukkan pemindahan butir butir pembayaraan (Kt) dari buku tunai/bank ke bahagian debit lejar am. Dt Lejar Am Kt Buku Tunai/Bank Anak Panah Biru menunjukkan butir butir belian stok secara kredit dari buku pemiutang ke bahagian debit lejar am Dt Lejar Am (Akaun Belian Stok) Kt Buku Pemiutang Anak Panah Hitam menunjukkan butir butir jualan secara kredit dari buku penghutang ke bahagian kredit lejar am Dt Buku Penghutang Kt Lejar Am (Akaun Jualan stok)
  7. 7. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 7 Contoh Catatan bergu (Debit & Kredit) : Encik Majid memulakan perniagaan kedai barangan elektrik pada 10hb Mei 2005 dengan modal permulaan sebanyak RM10,000 tunai. Berikut adalah urusniaga-urusniaga yang berlaku sehingga 31hb Julai 2005. Tarikh Keterangan 10/5 Modal Tunai Awal RM10,000 Sebelum sesuatu urusniaga itu di buat catatan bergu, seseorang peniaga itu perlu mengetahui apakah akaun yang terlibat pada sesuatu urusniaga. Jadi pada contoh ini selepas dicongak didapati hanya Akaun Modal & Akaun Tunai sahaja yang terlibat. Selepas itu peniaga itu perlu memastikan akaun mana di sebelah debit & kredit. En. Majid telah melabur RM10,000, ini bermakna perniagaan tersebut memiliki wang tunai RM10,000. Setiap pertambahan Tunai kita akan debitkan Akaun Tunai. Catatan bergu adalah seperti berikut: Dt Tunai 10,000 Kt Modal 10,000 (Buku Lejar Am) 15/5 Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll) RM3,000 Seseorang peniaga harus terus mencongak akaun apakah yang terlibat. Akaun yang akan terlibat ialah Akaun Perkakas Pejabat dan Akaun Tunai. Maka catatan bergunya adalah: Dt Perkakas Perabot 3,000 (Buku Lejar Am) Kt Tunai 3,000 20/5 Membeli Barang-barang jualan tunai RM5,000 Terus sahaja mencongak akaun apa yang terlibat…… Dt Akaun Jualan 5,000 (Buku Lejar Am) Kt Tunai 5,000 25/5 Bayar Tambang kereta secara tunai RM100 Dari conggakan ……pembayaran telah berlaku jadi Dt Akaun Tambang 100 (Buku Lejar Am) Kt Tunai 100 28/5 Jualan tunai RM200 Dari conggakan ……penerimaan tunai telah berlaku jadi Dt Tunai 200 Kt Buku Jualan 200 30/5 Jualan hutang kepada En. Hassan RM1,000 Apabila transaksi jualan hutang berlaku, secara automatik hanya ada 2 akaun sahaja yang terlibat iaitu Akaun penghutang dan akaun jualan. Untuk memudahkan kita, Akaun Jualan hanya berada di sebelah Kredit sahaja, jadi akaun penghutang mestilah di sebelah Debit. Dt Penghutang Hassan 1,000 Kt Akaun Jualan 1,000
  8. 8. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 8 30/5 Bayar gaji pekerja secara tunai RM300 Apabila ada pembayaran berlaku……. Dt Akaun Gaji 300 Kt Tunai 300 1/6 Bayar sewa secara tunai RM400 Apabila ada pembayaran berlaku……. Dt Akaun Sewa 400 Kt Tunai 400 7/6 Bayar kursus Perakaunan secara tunai RM250 Apabila ada pembayaran berlaku……. Dt Akaun Kursus 250 Kt Tunai 250 10/6 Jualan tunai RM5,500 Dari conggakan ……penerimaan tunai telah berlaku jadi Dt Tunai 5,500 Kt Jualan 5,500 20/6 Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7,000 Apabila berlaku belian secara hutang, hanya ada 2 akaun sahaja yang terlibat iaitu akaun belian dan akaun pemiutang. Untuk makluman, akaun belian semestinya dicatitkan hanya di sebelah Debit sahaja. Jadi catitannya ialah: Dt Belian 7,000 Kt Pemiutang – Ah Seng 7,000 21/6 Beli perabot kedai secara tunai RM1,200 Tunai dah keluar dari poket peniaga jadi………… Dt Pekakas perabot 1,200 Kt Tunai 1,200 22/6 Hassan bayar hutang secara tunai RM400 Ada penghutang dah bayar hutang pada peniaga, jadi tunai dah diterima …… Dt Tunai 400 Kt Penghutang – Hassan 400 25/6 Bayar lesen perniagaan secara tunai RM200 Duit tunai dah keluar jadi…… Dt Akaun Lesen 200 Kt Tunai 200 27/6 Bayar iklan secara tunai RM250 Duit tunai dah berkurang lagi……. Dt Akaun Belanja Iklan 250 Kt Tunai 250 30/6 Jualan hutang kepada Salmah RM2,500 Apabila ada sahaja jualan hutang terus dapat dicongak bahawa hanya akaun
  9. 9. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 9 penghutang dan akaun jualan yang terlibat. Sebagaimana telah diterangkan di atas akaun jualan semestinya di sebelah kredit…. Dt Akaun Penghutang – Salmah 2,500 Kt Jualan 2,500 2/7 Bayar Bil elektrik, air dan telefon secara tunai RM320 Duit keluar lagi….. Dt Akaun Utiliti 320 Kt Tunai 320 3/7 Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2,000 Seperti yang berlaku pada 20/6 maka catitannya seperti berikut… Dt Pemiutang – Sykt Raju 2,000 Kt Belian 2,000 5/7 Jualan tunai RM1,500 Duit masuk lagi…. Dt Tunai 1,500 Kt Jualan 1,500 8/7 Membuka akaun di BCB RM2,000 Di sini akaun bank telah di buka dengan mengambil wang tunai sebagai deposit permulaan membuka akaun bank. Jdi tunai berkurang tetapi akaun bank bertambah…. Dt Bank 2,000 Kt Tunai 2,000 10/7 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuran sebulan RM1,000 selama 60bulan. Di sini bank yang memberi pinjaman dikategorikan sebagai Liabiliti jangka panjang. Akaun bank bertambah jadi… Dt Akaun Bank 50,000 Kt Akaun pinjaman Maybank 50,000 20/7 Membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15,000 En Majid telah membeli aset dengan mengurangkan baki di akaun bank jadi…. Dt Akaun Kenderaan 15,000 Kt Akaun Bank 15,000 21/7 Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1,500 En. Majid membayar hutangnya kepada Sykt Raju dan ini mengurangkan baki akaun bank…. Dt Pemiutang – Sykt Raju 1,500 Kt Akaun Bank 1,500 22/7 Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5,000 En. Majid mengurangkann lagi baki akaun bank beliau Dt Pemiutang – Sykt Hassan 5,000 Kt Akaun Bank 5,000
  10. 10. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 10 30/7 Salmah bayar hutang tunai Rm 2,000 Duit tunai bertambah bila ada penghutang yang membayar hutangnya….. Dt Tunai 2,000 Kt Penghutang – Salmah RM 2,000 31/7 Bayar gaji pekerja secara tunai RM500 Apabila ada pembayaran berlaku……. Dt Akaun Gaji 2,000 Kt Tunai 2,000 31/7 Masukkan wang tunai ke dalam bank RM2,500 Duit tunai berkurang tetapi baki akaun bank bertambah…. Dt Bank 2,500 Kt Tunai 2,500 31/7 Bayar Sewa secara tunai RM400 Apabila ada pembayaran berlaku……. Dt Akaun Sewa 400 Kt Tunai 400 31/7 Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1,000 secara cek. Bagi pembayaran ansuran pinjaman ada tiga lejar yang akan terlibat. 1. Akaun Pinjaman (pokok Pinjaman) 2. Akaun Faedah di Bayar 3. Akaun Bank atau Tunai Bagaimana cara merekod catatan beregu ini, Kita perlu mengira berapakah bayaran pokok dan faedah pinjaman untuk sebulan dahulu: Ansuran sebulan RM1,000 X 60 bulan = RM60,000 jumlah kena bayar kepada Bank. Jumlah keseluruhan RM60,000 – RM50,000 pokok pinjaman = RM10,000 faedah pinjaman. Jadi; RM50,000 / 60 bulan = RM834 pokok pinjaman sebulan dan RM10,000 / 60 bulan = RM166 faedah pinjaman sebulan. Jadi, catatan beregunya adalah seperti berikut: Dt Akaun Pinjaman Maybank Finance 834 Dt Akaun Faedah Pinjaman 166 Kt Akaun Bank 1,000 31/7 Stok Akhir RM 9,000 Pengiraan stok akhir kebiasaanya dilakukan setahun 2 kali sahaja, tetapi oleh kerana kesibukan peniaga ianya dilakukan sekali setahun iaitu pada 31hb Disember setiap tahun. Cara mengira jumlah nilai RM stok tersebut adalah secara anggaran kuantiti produk dan di darab dengan harga kos terakhir yang diperolehi dari pembekal barangan tersebut. Nota: Pengiraan belanja susutnilai bagi perkakasas perabot 10% dan kenderaan 20% Sila sediakan Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira
  11. 11. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 11 Tip: Untuk memudahkan akaun yang mana berada di debit atau di kredit, kita hanya berpandukan kepada akaun tunai atau bank sahaja. Jika penerimaan wang atau cek kita debitkan sahaja Akaun Tunai/Bank dan secara automatik akaun yang satu lagi kita kreditkan. Samalah juga jika sesautu pembayaran tunai atau cek dibuat, kita terus sahaja mengkreditkan akaun tunai/bank dan mendebitkan akau yang satu lagi. IMBANGAN DUGA Imbangan duga adalah senarai semua baki-baki akaun sesebuah perniagaan bagi membuktikan kejituan pengiraan dan pemindahan akaun yang sempurna. Ia digunakan sebagi alat pengukur samada kemasukan debit dan kredit didalam buku tunai/bank, buku penghutang, buku pemiutang dan lejar am adalah betul. Imbangan duga tidak dianggap sebagai salah satu dari keluarga penyata kewangan. Untuk mengetahui samada akaun-akaun yang dibuat itu adalah betul, jumlah bahagian debit dan kredit mestilah sama. Bagi penentuan baki akaun mana yang akan diletakkan di bahagian debit atau kredit, sila rujuk gambarajah dibawah: PENYATA PENDAPATAN Penyata pendapatan merupakan penyata yang menunjukkan segala ringkasan hasil dan belanja bagi sesuatu tempoh perakaunan. Ianya juga dikenali sebagai Penyata Untung Rugi. Kepentingan penyata ini adalah : • Mengetahui keuntungan atau kerugian sesuatu perniagaan. • Sebagai kayu pengukur mengkaji prestasi atau kemajuan sesebuah perniagaan. Senaraikan Baki Akaun: Item Aset disebelah Debit Item Liabiliti disebelah Kredit Item Modal disebelah Kredit Item Hasil disebelah Kredit Item Belanja disebelah Debit Jumlah Debit = Jumlah Kredit Aku Lebih Memahami Hati Budimu
  12. 12. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 12 • Memberitahu pemegang syer atau rakan kogsi mengenai keupayaan dan keuntungan perniagaan. • Memudahkan pengiraan Zakat atau Cukai Pendapatn sesebuah perniagaan. Di dalam penyata ini kita akan dapat melihat 2 daripada 5 kumpulan akaun bergabung untung pengiraan Untung Bersih sesuatu perniagaan. 2 kumpulan itu ialah Hasil dan Belanja. Semua jumlah Hasil atau jumlah jualan tunai atau kredit digabungkan dan di tolak dengan Kos Barang Dijual yang akan menghasilkan Untung Kasar. Selepas itu Untung Kasar akan ditolak dengan semua perbelanjaan operasi, pentadbiran dan kendalian, maka akan menghasilkan Untung atau Rugi Bersih. Tip Salah satu item perbelanjaan yang selalu dilupakan ialah belanja Susutnilai. Apakah Susunilai? Susutnilai adalah disebabkan keusangan dan kehausan sesuatu aset yang digunakan bagi memudahkan urusan perniagaan. Selain darip aspek keusangan, ciptaan-ciptaan teknologi baru juga adalah antara punca sesuatu aset itu tidak praktikal lagi untuk digunakan. Contohnya seperti komputer yang dianggap tidak ada nilai lagi selepas 2 tahun digunakan kerana kepantasan teknologi mencipta perisian yang baru. Peratus pengiraan susutnilai adalah mengikut jenias aset tersebut. Contoh peratus susutnilai yang digunakan dalam Sistem Perakaunan di Malaysia adalah seperti berikut: 1. Kenderaan – 20% atau 5 tahun 2. Bangunan Kekal – 2% atau 50 tahun 3. Komputer dan Pencetak – 50% atau 2 tahun 4. Perabot dan Perkakasan Pejabat – 15% atau 6 tahun Kaedah pengiraan yang paling kerap digunakan ialah Kaedah Garis Lurus. Kaedah ini menunjukkan belanja susutnilai adalah sama setiap tahun mengikut ketahanan harta. Contoh Kiraan. En. Ahmad membeli kereta untuk kegunaan perniagaan pada bulan Julai 2005 dengan harga RM40,000, sila kira susutnilai degan kaedah Garis Lurus. Peratus sustnilai 20% setahun: Tahun Harga Kos Susutnilai Susutnilai Terkumpul Nilai Aset Bersih 1 40,000 8,000 8,000 32,000 2 40,000 8,000 16,000 24,000 3 40,000 8,000 24,000 16,000 4 40,000 8,000 32,000 8,000 5 40,000 7,999 39,999 1
  13. 13. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 13 Mengikut kaedah garis lurus, belanja susutnilai adalah sama setiap tahun dan pengiraan nilai aset bersih adalah dengan formula berikut: Nilai Aset Bersih = Harga Kos Aset – Susutnilai Terkumpul Pada tahun kelima nilai bersih aset menunjukkan baki sebanyak RM1.00. Ini menunjukkan aset tersebut masih digunakan untuk kegunaan perniagaan. Jika pada tahun kelima aset tersebut telah di jual maka barulah boleh untuk kita meletakkan nilai sifar. KUNCI KIRA-KIRA Kunci Kira-Kira merupakan satu penyata yang menunjukkan jumlah 3 kumpulan akaun iaitu Aset, Liabiliti dan Modal/Ekuiti Pemilik yang telah pun diterangkan sebelum ini pada mukasurat 2. Semua format penyata seperti Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira boleh dirujuk pada file excel Penyata Kewangan Kewangan Perniagaan. PENUTUP Hasrat kami agar tuan puan telah pun mendapat sedikt maklumat mengenai bagaimana satu set penuh penyata kewangan dapat disediakan. Penyata yang terpenting adalah Penyata Pendapatan. Harapan kami agar pihak tuan puan dapat menyiapkan penyata kewangan ini pada setiap tahun agar memudahkan kita membuat kiraan membayar zakat dan cukai. Tuan puan juga adalah dinasihatkan membuat rujukan tambahan daripada buku perakaunan dan juga tunjuk ajar dari mereka yang terlatih dalam bidang perakaunan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas di dalam penyediaan sistem perakaunan ini. Tahniah! diucapkan kepada tuan puan kerana berani untuk mengubah cara pentadbiran dan pengurusan perniagaan kepada yang lebih sistematik.
  14. 14. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 14 PANDUAN MENGGUNAKAN FILE PEYATA PERAKAUNAN KEWANGAN (MICROSOFT EXCEL) Klik dua kali pada ikon di bawah di dalam CD-Rom yang anda perlolehi. Tip Sebelum anda memasukkan data urusniaga anda sila patikan anda menyimpan (save) dahulu file Penyata Kewanagn Perakaunan ini di ‘desktop’ komputer anda. Selepas anda membuka file tersebut ‘save’kan dulu dengan menukar nama file dengan menggunakan menu ‘Save as’: Anda pelu membuat salinan ‘master’ agar ianya boleh digunakan untuk perniagaan lain anda. Kemasukan data transaksi perniagaan anda adalah seperti contoh di bawah: Tarikh Keterangan 10/5 Modal Tunai Awal RM10,000 15/5 Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll) RM3,000 20/5 Membeli Barang-barang jualan secara tunai RM5,000 25/5 Bayar Tambang kereta secara tunai RM100 28/5 Jualan tunai RM200 30/5 Jualan hutang kepada En. Hassan RM1,000 30/5 Bayar gaji pekerja secara tunai RM300 1/6 Bayar sewa secara tunai RM400 7/6 Bayar kursus Perakaunan secara tunai RM250 10/6 Jualan tunai RM5,500 20/6 Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7,000 21/6 Beli perabot kedai secara tunai RM1,200 22/6 Hassan bayar hutang secara tunai RM400
  15. 15. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 15 25/6 Bayar lesen perniagaan secara tunai RM200 27/6 Bayar iklan secara tunai RM250 30/6 Jualan hutang kepada Salmah RM2,500 2/7 Bayar Bil elektrik, air dan telefon secara tunai RM320 3/7 Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2,000 5/7 Jualan tunai RM1,500 8/7 Membuka akaun di BCB RM2,000 10/7 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuran sebulan RM1,000 selama 60bulan. 20/7 Membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15,000 22/7 Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1,500 21/7 Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5,000 30/7 Salmah bayar hutang tunai Rm 2,000 31/7 Bayar gaji pekerja secara tunai RM500 31/7 Masukkan wang tunai ke dalam bank RM2,500 31/7 Bayar Sewa secara tunai RM400 31/7 Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1,000 secara cek. 31/7 Stok Akhir RM 9,000 Nota: Pengiraan belanja susutnilai bagi perkakasas perabot 10% dan kenderaan 20% Sila sediakan Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira CONTOH KEMASUKAN DATA: Kemasukan transaksi PENERIMAAN TUNAI. 10/5 Modal Tunai Awal RM10,000 28/5 Jualan tunai RM200 Pastikan jumlah yang anda masukkan pada column Tunai SAMA dengan column Modal Tunai. Sila praktikkan perkara ini untuk semua transaksi.
  16. 16. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 16 Kemasukan transaksi PEMBAYARAN TUNAI 15/5 Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll) RM3,000 20/5 Membeli Barang-barang jualan secara tunai RM5,000 25/5 Bayar Tambang kereta secara tunai RM100 30/5 Bayar gaji pekerja secara tunai RM300
  17. 17. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 17 Kemasukan transaksi PENERIMAAN BANK 10/7 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuran sebulan RM1,000 selama 60bulan. 8/7 Membuka akaun di BCB RM2,000 Jika hanya melibatkan pemindahan tunai untuk di simpan di akaun bank perniagaan sendiri, kemasukan transaksi hanya di column Bank sahaja. Begitulah juga jika pengeluaran tunai dari bank untuk kegunaan perniagaan.
  18. 18. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 18 Kemasukan transaksi PEMBAYARAN BANK Bagi pembayaran hutang kepada PEMIUTANG secara tunai atau cek, dalam Buku pembayaran Bank atau Tunai sila catatkan seperti di atas. Dan yang selebihnya sila catatkan pada buku pemiutang seperti di bawah. Setiap kali ada pembelian hutang dari pembekal, anda dikehendaki memasukkan data di dalam Buku Pemiutang seperti diatas. Jika ada pembelian hutang yang baru sila masukkan data pada ruangan ‘Item’ 20/7 Membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15,000 Sila catitkan nombor cek anda di sini. Di tunggul cek (Cek butt) juga anda dikehendaki mencatitkan jumlah dan kepada siapa ianya di bayar. 20/6 Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7,000 22/7 Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1,500 21/7 Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5,000 3/7 Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2,000
  19. 19. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 19 dan ‘Harga Belian’. Jika ada bayaran hutang sila masukkan data pada ruangan ‘Item’, ‘Tarikh Bayaran’ dan ‘Tunai atau Cek’. Bayaran Pinjaman pula ada dua lejar yang terlibat iaitu Buku Pembayaran Bank dan Penyata pembayar Pinjaman : 31/7 Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1,000 secara cek. 10/7 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuran sebulan RM1,000 selama 60bulan.
  20. 20. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 20 Catatan Merekod Penghutang Perniagaan Setiap kali ada Jualan hutang dari pelanggan, anda dikehendaki memasukkan data di dalam Buku Penghutang seperti diatas. Andai terdapat ulangan jualan hutang yang baru sila masukkan data pada ruangan ‘Item’ dan ‘Harga Jual’. Jika ada bayaran hutang sila masukkan data pada ruangan ‘Item’, ‘Tarikh Bayaran’ dan ‘Tunai atau Cek’. 30/5 Jualan hutang kepada En. Hassan RM1,000 22/6 Hassan bayar hutang secara tunai RM400
  21. 21. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 21 Pengiraan Belanja Susutnilai. Anda perlu memasukkan jumlah urusniaga pada ruangan ‘Kos Aset’ dan ‘% Susutnilai Setahun’ sahaja. Yang lainnya akan dikira secara automatik oleh komputer.
  22. 22. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 22 Penerangan mengenai Penyata Kewangan. Klik 2 kali pada ikon ini dan satu lembaran kerja Excel akan muncul seperti di bawah: Buku Tunai Buku Bank Buku Penghutang Buku Pemiutang Lejar Bayaran Lejar Pinjaman Susutnilai Penyata Kewangan : Pendapatan & Kunci Kira Kira
  23. 23. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 23 Contoh Penuh Kemasukan Data Urusniaga: Tarikh Keterangan 10/5 Modal Tunai Awal RM10,000 15/5 Membeli perkakas kedai (Kerusi Meja dll) RM3,000 20/5 Membeli Barang-barang jualan secara tunai RM5,000 25/5 Bayar Tambang kereta secara tunai RM100 28/5 Jualan tunai RM200 30/5 Jualan hutang kepada En. Hassan RM1,000 30/5 Bayar gaji pekerja secara tunai RM300 1/6 Bayar sewa secara tunai RM400 7/6 Bayar kursus Perakaunan secara tunai RM250 10/6 Jualan tunai RM5,500 20/6 Beli barang jualan secara hutang dengan Ah Seng RM7,000 21/6 Beli perabot kedai secara tunai RM1,200 22/6 Hassan bayar hutang secara tunai RM400 25/6 Bayar lesen perniagaan secara tunai RM200 27/6 Bayar iklan secara tunai RM250 30/6 Jualan hutang kepada Salmah RM2,500 2/7 Bayar Bil elektrik, air dan telefon secara tunai RM320 3/7 Beli barang jualan secara hutang dengan Sykt Raju RM2,000 5/7 Jualan tunai RM1,500 8/7 Membuka akaun di BCB RM2,000 10/7 Menerima pinjaman bank daripada Maybank Berhad RM50,000. Ansuran sebulan RM1,000 selama 60bulan. 20/7 Membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan dengan cek RM15,000 22/7 Bayar hutang kepada Sykt Raju dengan cek RM1,500 21/7 Bayar hutang kepada Ah Seng dengan cek RM5,000 30/7 Salmah bayar hutang tunai Rm 2,000 31/7 Bayar gaji pekerja secara tunai RM500 31/7 Masukkan wang tunai ke dalam bank RM2,500 31/7 Bayar Sewa secara tunai RM400 31/7 Bayar Ansuran Pinjaman di Maybank Finance RM1,000 secara cek. 31/7 Stok Akhir RM 9,000 Nota: Pengiraan belanja susutnilai bagi perkakasas perabot 10% dan kenderaan 20% Sila sediakan Imbangan Duga, Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira
  24. 24. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 24 Catatan dalam Penerimaan Buku Tunai
  25. 25. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 25 Catatan dalam Penerimaan Buku Bank
  26. 26. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 26 Catatan dalam Pembayaran Buku Tunai
  27. 27. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 27 Catatan dalam Pembayaran Buku Bank
  28. 28. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 28 Catatan dalam Buku Pemiutang
  29. 29. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 29 Catatan dalam Buku Penghutang
  30. 30. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 30 Catatan pada Lejar Pembayaran Pinjaman
  31. 31. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 31 Catatan pada Imbangan Duga. Anda tidak perlu memasukkan data pada Penyata ini. Kemasukan data akan dibuat secara automatik oleh komputer.
  32. 32. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 32 Catatan pada Penyata Pendapatan. Anda tidak perlu memasukkan data pada Penyata ini. Kemasukan data akan dibuat secara automatik oleh komputer. HANYA PERLU MEMASUKKAN JUMLAH STOK AKHIR SECARA MANUAL KERANA IANYA PERLU DITENTUKAN OLEH TUAN/PUAN PADA SETIAP HUJUNG BULAN DENGAN MEMBUAT KIRAAN PADA HARGA KOS BARANG AN ITU DIBELI. Catatan pada Kunci Kira-Kira Jumlah Stok Akhir pada 31 Julai ialah RM9,000.00
  33. 33. Dwi Cemerlang Enterprise -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Jika anda memperolehi buku panduan ini secara percuma sila hubungi kami di www.dwicemerlang.com. Sokongan anda amat kami hargai. Hakcipta Terpelihara © 2006 Dwi Cemerlang Enterprise PG0113119-U 33 Anda tidak perlu memasukkan data pada Penyata ini. Kemasukan data akan dibuat secara automatik oleh komputer. HANYA JUMLAH BERSIH NILAI ASET TETAP PERLU DIMASUKKAN SECARA MANUAL PADA KUNCI-KIRA-KIRA TERSEBUT. Jumlah kedua-dua nilai bersih asset tetap ini diambil daripada lejar pengiraan susutnilai atau ‘sheet’ Beli Aset pada mukasurat 21.

×