Teks pengacara mesyuarat agung pibg

11,647 views
11,039 views

Published on

Perkongsian Ilmu

Published in: Education
0 Comments
8 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
11,647
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3
Actions
Shares
0
Downloads
470
Comments
0
Likes
8
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Teks pengacara mesyuarat agung pibg

  1. 1. TEKS PENGACARA MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 14 DISEMPURNAKAN OLEH : YANG SETIA TUAN SUB INSPEKTOR MOHAMED ZULKIFLEE BIN MOHD AMIN KETUA POLIS BALAI, TELOK PANGLIMA GARANG TARIKH: 15 FEBRUARI 2014 (SABTU) Assalamualaikum w.b.t…Salam Sejahtera. 1 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14
  2. 2. Pengumuman : Sukacita saya ingin memaklumkan tentang perjalanan program perasmian Mesyuarat Agung PIBG yang akan berlangsung sebentar lagi. 1. Tuan/Puan diminta untuk memastikan telah melakukan pendaftaran di kaunter yang telah disediakan. 2. Apabila Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkeflee sampai di Foyer, kita akan sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dengan iringan muzik. 3. Majlis kita akan dibahagikan kepada 2 slot iaitu : Slot 1 : Majlis Perasmian dan Penyampaian Sumbangan Pelajar Asnaf. Slot 2 : Mesyuarat Agung PIBG 4. Majlis mengharapkan kerjasama daripada semua ibu bapa untuk dapat bersama-sama sehingga mesyuarat Agung kita selesai 5. Para hadirin akan dipersilakan duduk untuk kita memulakan majlis perasmian. 6. Sesungguhnya kehadiran tuan/puan pada hari ini sangat dihargai dan disanjung tinggi. Sekian, harap maklum. Kerjasama tuan/puan sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. TEKS PENGERUSI MAJLIS 2 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14
  3. 3. PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SIJANGKANG JAYA KE-14 MASA PERISTIWA Ketibaan tetamu khas BUTIRAN PENYAMPAI Mengumumkan ketibaan: Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin, Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang. diiringi oleh Yang DiPertua PIBG, Pegawai Pelajaran Daerah, Tuan Pengetua dan tetamu-tetamu jemputan. PENYAMPAI En. Saharuddin Para hadirin dipohon untuk berdiri. Nyanyian lagu Kita mulakan majlis dengan nyanyian lagu Negaraku. Para hadirin diminta bersedia. ( Nyanyian lagu dimainkan) Tetamu duduk Para jemputan dan hadirin dipersilakan duduk Ucapan aluan pengerusi majlis Kasihnya ibu membawa ke syurga Kasihnya ayah berkorban nyawa Kasihnya guru mencurah ilmu Pemacu segala pelita dan lampu Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Menjalankan tugas dengan amanah Untuk mendapat redha illahi dan keberkatan Seribu tahun menjadi hikmat Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam keilmuan 3 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14 En. Saharuddin En. Saharuddin
  4. 4. dan salam Satu Malaysia. Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin, Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang. Yang Dihormati Tn Hj Zulkapli b. Mohamed, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat, Yang Berusaha Pn Hajjah Salbiah bt Ibrahim Tuan Pengetua, SMK Sijangkang Jaya. Yang Berusaha, Yang Dipertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Tn Hj Zulkapli bin Md Taib dan Kepimpinan Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Sijangkang Jaya sesi 2013. Yang Dihormati lagi dikasihi, Saf Kepimpinan Penolong Kanan, Pn. Ramlah bt Hj Hashim – PK Pentadbiran. Tn Hj Kowangid bin Taufek – PK Hal Ehwal Murid Pn Zaleha bt Selamat – PK Kokurikulum Pn. Hjh Rubia’ah bt Hayat – PK Petang 4 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14
  5. 5. Pn. Sharifah bt Shaari – PK Pendidikan Khas. guru-guru, para ibu bapa, para pelajar dan hadirin sekalian Alhamdulillah, marilah sama-sama kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat Nya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun dalam Majlis Mesyuarat Agung PIBG kali ke14 dan secara tidak langsung kita dapat bersua muka, berkenal mesra dan dapat menyatukan idea untuk membina kecemerlangan pendidikan anak-anak kita. Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin, Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang ke majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14. Saya juga melahirkan rasa banga dan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kehadiran ibu bapa, guruguru dan para tetamu dalam menunaikan amanah sebagai Ahli PIBG. Inilah ruang dan peluang atau platform terbaik untuk kita mencari kesepakatan, untuk kita mencari titik 5 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14
  6. 6. persamaan bagi menjulang dan meledakkan kejayaan untuk anak-anak kita dalam bidang akademik, kokurikulum, disiplin dan sahsiah. Pepatah Melayu ada menyatakan, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, justeru itu, kalau kita dapat satukan minda, selaras pandangan dan sepadukan idea, pasti kecemerlangan menjadi milik kita bersama. Bak kata pepatah secekak bak serai, serumpun bak buluh. Yang ringan sama kita jinjing, yang berat sama kita pikul – jika itu dapat kita kesepaduan itu dapat kita realisasikan, Insya Allah SMK Sijangkang Jaya mampu melahirkan putera dan puteri yang cemerlang dan terbilang. Bacaan doa Bagi memberkati majlis kita pada pagi, marilah samasama kita menadah tangan memohon keberkatan Illahi, agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan hormatnya menjemput Al-Fadhil Ustaz Dawami b. Shaien untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. En Saharuddin Selesai Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz En. Faizal 6 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14
  7. 7. bacaan doa Dawami b. Shalen atas pimpinan bacaan doa itu tadi. Ucapan aluan Pengetua Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, En. Faizal Kepimpinan diteladani, Program dirancang dan direalisasi, Muafakat kata menjadi paksi Kejayaan pasti menjelma bukan umpama mimpi dalam mimpi Majlis pada pagi ini dimulakan dengan dengan mempersilakan Yang Berusaha Pn. Hjh Salbiah bt Ibrahim, Tuan Pengetua, SMK Sijangkang Jaya merangkap Penasihat PIBG SMK Sijangkang Jaya untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Hormat dipersilakan. Selesai ucapan Pengetua Ucapan aluan YDP PIBG Demikian tadi ucapan alu-aluan oleh Yang Berusaha Tuan Pengetua. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Seterusnya, majlis dengan berbesar hati menjemput Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Yang Berusaha Tn Hj Zulkapli bin Md Taib untuk menyampaian ucapan. Dipersilakan.. En. Saharuddin Selesai Demikian tadi ucapan oleh Yang DiPertua PIBG SMK En. Faizal 7 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14 En. Saharuddin
  8. 8. ucapan YDP PIBG Ucapan Perasmian Sijangkang Jaya. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih. Sidang hadirin yang budiman, En Faizal Kalau tuan’ pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan’ ruang diberi, Mohon rasmikan majlis kami majlis dengan sukacita dan penuh takzim mempersilakan Yang Setia, Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin, Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang bagi menyampaikan ucaptama dan seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SMK Sijangkang Jaya kali ke-14. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. Selesai ucapan perasmian Dengan Bismillah kita mulai, Alhamdulillah wassola tannabi, Dengan takdir Ilahi Rabbi, Selesai sudah upacara merasmi. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Yang Setia Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin, Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang, atas ucapan perasmian sebentar tadi. 8 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14 En. Saharuddin
  9. 9. Penyampaian Sumbangan Pakaian Sukan Sekolah Kepada Pelajar Asnaf Yang Alim Menjadi Imam Yang Bijak Menjadi Pemimpin Yang Arif Menjadi Hakim Yang Kekurangan kita ingati Sebagai tanda kasih tiada bertepi Sebagai ihsan tanda simpati Alhamdulillah, Pusat Zakat Selangor dan pihak PIBG telah sudi untuk menyumbangkan barangan kepada pelajar-pelajar asnaf yang menuntut di sekolah ini. Diharapkan sumbangan ini dapat meringan beban dan membolehkan mereka mengikut pembelajaran dengan sempurna. Untuk menyempurnakan majlis, saya dengan sukacitanya mempersilakan Yang DiPertua PIBG dan Pn Pengetua untuk menjemput dan mengiringi Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkiflee bin Mohd Amin,Ketua Polis Balai, Telok Panglima Garang naik ke pentas untuk menyampaikan sumbangan. Hormat dipersilakan. Dipersilakan adik …………………… bersama ibu/bapa/penjaga …….. 9 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14 En Saharuddin
  10. 10. ( Bacakan nama pelajar mengikut senarai nama yang disediakan ) Penyampaian Cenderamata kepada Tetamu VVIP. Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sub Inspektor Mohamed Zulkeflee, YDP PIBG dan Tn Pengetua atas penyempurnaan majlis penyampaian sumbangan itu tadi. Biar Mati anak Jangan Mati Adat, Secekak bak padi, serumpun bak serai Orang berbudi, Kita berbahasa. Sebagai tanda terima kasih, majlis dengan ini mempersilakan Yang DiPertua PIBG SMK Sijangkang Jaya, Tn Hj Zulkapli bin Md Taib untuk menyampaikan cenderamata tanda penghargaan kepada Tuan Sub Inspektor Mohamed Zulkefle atas kesudian menghadiri majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG dan menyempurnakan penyampaian anugerah kecemerlangan PMR 2012. Terima kasih kepada YDP PIBG kerana menyempurnakan penyampaian tanda hati kepada tetamu. 10 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14 En. Faizal
  11. 11. Penutup Acara kita sampai ke penghujung. Saya bagi pihak majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua tetamu. Ibu bapa, guruguru dan pelajar yang menghadiri Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Sekalung budi, Segunung Penghargaan jug ditujukan kepada AJK Pelaksana yang telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk memastika majlis kita berjalan lancer. Seandainya, terdapat kekhilafan dan kesalahan dari segi tuturkata, lengok bicara atau renungan mata – sepuluh jari disusun, seribu kemaafan dipohon. Marilah kita sama-sama mengakhiri majlis dengan membaca tasbih kafarah dan surah al asr…. SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI KA ASY HA DU AN LA ILA HA ILLA ANTA ASTAGH FI RU KA WA ATU BU ILAIK... Wal Asr… 11 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14 En. Saharuddin
  12. 12. Sekian, wabillahitaufiq walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh. Saya serahkan majlis kepada En. Suhaimi Mohamed Sayuti (SU Agong Kehormat PIBG) untuk mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG. 12 Mesyuarat Agung PIBG kali ke 14

×