Morfologi (membina ayat)

  • 15,749 views
Uploaded on

Morfologi

Morfologi

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
15,749
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2

Actions

Shares
Downloads
64
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Saharuddin Abdullah SMK Sijangkang Jaya
  • 2. Kemahiran Berbahasa Laluan Morfologi
  • 3. Membina ayat 6 markah diperuntukkan untuk bahagian ini. – 2. Bentuk kata yang disediakan untuk membina ayat ada 2 jenis, iaitu ; • a. Kata tunggal • b. Pasangan kata – Terdapat 3-6 patah perkataan/pasangan kata akan dikemukakan. – Terdapat 12 jenis soalan membina ayat. 3
  • 4. a. Membina ayat daripada kata ganda Ada 5 jenis kata ganda  Kata ganda seluruh  Kata ganda semua  Kata ganda separa  Kata ganda berima/bersajak  Kata ganda berimbuhan Contoh :  Ayah dan ibu sibuk melayan tetamu yang baru sampai dari kampung.  Keadaan di pasar raya itu menjadi kelam-kabut apabila berlaku satu letupan.  Kakak mengambil masa yang agak lama untuk memakai kanta sesentuh itu. 4
  • 5. b. Membina ayat daripada kata yang hampir sama makna.  menggoreng  merebus  memanggang  menanak  menjerang  mengukusContoh ayat :  Ibu merebus ketupat untuk dijadikan hidangan di hari raya.  Izzah ditugaskan untuk menanak nasi dalam perkhemahan itu.  Puan Khasnah mengukus pulut untuk dimakan dengan durian.  Kami menjerang air menggunakan cerek yang baru dibeli.  Abang memanggang ayam di halaman rumah bersama dengan kakak.  Pak Lang menggoreng beberapa ekor ikan untuk dibawa berkelah. 5
  • 6. Membina ayat daripada kata dasar dan kata terbitan hati  perhatian berhati-hati  pemerhatian memperhatikan  pemerhati Hati lembu itu dijual dengan harga RM25.00 sekilogram. Orang diminta berhati-hati apabila melalui lorong itu. Guru disiplin sedang memperhatikan gerak-geri sekumpulan pelajar yang berada dibelakang kantin. Pelajar itu memberi perhatian terhadap ceramah yang disampaikan oleh Ketua Polis Balai. Pemerhatian yang rapi perlu diberi terhadap pesakit kronik itu. Pemerhati politik menjangkakan pilihanraya akan diadakan pada tahun ini 6
  • 7. Membina ayat daripada kata dasar dan kata ganda seluruh tua – tua-tua jarang – jarang-jarang angkut – angkut-angkutContoh ayat:Pekerja itu memetik semua buah yang sudah tua.Orang tua-tua tidak dibenarkan mengunjungi pusat hiburan itu.Pakaian jarang tidak manis dipakai oleh golongan wanita Melayu.Sejak kejadian itu, saya lihat Aminah jarang-jarang keluar rumah.Semua perabot itu saya telah angkut ke raung tamu.Sarang angkut-angkut itu telah dibuang oleh ayah petang semalam. 7
  • 8. Membina ayat daripada kata hommograf (kata sama ejaan tapi lain sebutan)  selak – selak  sepak – sepak  rendang – rendang Selak di pintu rumah saya telah dikopak oleh pencuri. “Selak helaian buku itu satu persatu untuk mencari ayat yang saya tulis di papan putih ini,” arah cikgu Abel kepada pelajarnya. “Sila sepak bola itu ke arah adik kamu,” pinta ayah kepada abang. “Tergamak kamu sepak muka adik kamu,” marah ayah pada kakak. Pohon rendang di tepi jalan itu dijadikan tempat berteduh kami. Pelajar 5 Sains 1 membawa rendang ayam ke majlis jamuan hari raya. 8
  • 9. Membina ayat daripada kata terbitan  membawa – pembawaan  menentang – penentangan  membakar - pembakaran Bas itu membawa 40 orang pelajar mengikuti rombongan sekolah. “Kamu muntah-muntah ni sebab pembawaan budak,” kata ibu pada kakak. Sekolah Sijangkang akan menentang pasukan Sekolah Jenjarom dalam perlawanan akhir pertandingan bola sepak. Penentangan Orang Melayu terhadap Gagasan Malayan Union menyebabkan pihak Inggeris terpaksa mengalah. Pak Kamal membakar sampah di belakang rumah. Pembakaran sampah secara terbuka dilarang oleh pihak berkuasa. 9
  • 10. Membina ayat daripada kata majmuk dan kata ganda seluruh panas terik – panas-panas tinggi lampai – tinggi-tinggi pahit maung – pahit pahit Contoh ayat. “Sedap sekali pisang goreng ini bila dimakan panas-panas,” kata Faiz. Dia dijemur di bawah panas terik matahari kerana merokok di sekolah. Pramugara yang tinggi lampai itu ditemui mati di rumah sewanya. Lompat tinggi-tinggi supaya kamu boleh mengambil buah mempelam itu. Segala pahit manis sepanjang perjalanan hidupnya akan dibukukan. Ubat yang saya makan tadi pahit-pahit belaka. 10
  • 11. Membina ayat daripada kata dasar dan kata ganda berimbuhan  tendang – tendang–menendang  malam – semalam-malaman  patah – mematah-matahkan Contoh ayat. “Janganlah tendang barang-barang tu,” marah ayah pada adik. Kejadian tendang-menendang itu telah mencetuskan pergaduhan besar. Setiap malam kami akan mengikuti program pengajian di masjid. Semalam-malaman kami mencari kanak-kanak yang hilang. Kerusi itu patah diterajang oleh budak nakal itu. Kamal mematah-matahkan ranting kayu untuk dijadikan unggun api. 11
  • 12. Membina ayat daripada kata dasar dan kata majmuk gulung – gulung tikar cabut – cabut lari hentam – hentam keromo Contoh ayat: “Tolong gulung tikar itu dan simpan di setor,” pinta Pak Ali . Ramai peniaga terpaksa gulung tikar kerana ekonomi dunia meleset. “Tolong cabut kayu yang tertanam di hadapan rumah, “ pinta ibu. Peserta kursus itu cabut lari apabila terserempak dengan orang gila. “Siapkan kerja kamu dengan sempurna, jangan buat hentam saja,” nasihat guru kepada pelajarnya. Jawapan hentam keromo menyebabkan dia gagal dalam ujian itu. 12
  • 13. Membina ayat daripada kata ganda seluruh dan kata terbitan terang – terang  memasakkan menerangkan  rata-rata masak-masak  meratakan Contoh ayat. Perbuatan pemandu itu terang-terang menyalahi peraturan lalu-lintas. Cikgu menerangkan cara-cara menjawab soalan bahagian rumusan. Fikirlah masak-masak sebelum anda mengambil tindakan terhadapnya. Syawal memasakkan isterinya sup ayam untuk hidangan tengah hari. Rata-rata pelajar sekolah ini berbasikal ke sekolah. Jentolak itu meratakan tanah dihadapan sekolah saya. 13
  • 14. Membina ayat daripada kata yang berbeza maknanya tetapi hampir sama bunyi tempoh  kebah tempuh  rentap kebas  rentak Contoh ayat: Pegawai itu itu hampir tamat tempoh perkhidmatannya dengan kerajaan. Segala halangan berjaya saya tempuh sepanjang aktiviti lasak itu. “Sampai hati awak kebas barang peniaga itu,” kata Azli kepada rakannya. Pak Cik Iwan baru saja kebah daripada demam selesema. “Jangan kamu rentap joran itu, nanti ikannya terlepas,” tegur Naim. Pelajar itu menari mengikut rentak muzik yang dimainkan. 14
  • 15. Membina ayat daripada kata banyak makna  haus  buku  batas Contoh ayat: Amran berasa haus kerana cuaca hari ini sangat panas. Tayar kereta itu telah haus dan boleh mengakibatkan kemalangan. Semua buku kerja itu telah disemak oleh guru. Kami membeli beberapa buku roti untuk dibawa ke program itu. Islam telah menetapkan had batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Sayur-sayuran itu ditanam di atas batas yang telah digembur. 15
  • 16. Teknik Membina ayat 16
  • 17. TEKNIK MEMBINA AYAT Ayat yang dibina mestilah ayat yang lengkap,sempurna dan gramatis sesuai dengan tahap pemikiran seorang pelajar SPM. Digalakkan pelajar membina antara lapan hingga enam belas patah perkataan bagi membina ayat daripada satu perkataan. Ayat yang dibina mesti dapat membezakan makna kata yang diberikan.Sekiranya ayat itu tidak menunjukkan perbezaan makna kata,maka markah tidak dapat diberikan. 17
  • 18. TEKNIK MEMBINA AYAT Ingat, makna sesuatu perkataan dapat berubah melalui pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan. Justeru elakkan daripada :i. menambahkan/menggugurkan sebarang imbuhan kepada kata yang diberikan dalam soalan. ( cth : meningkat ------- meningkatkan )ii. Elakkan menggandakan kata yang diberikan dalam soalan. ( cth : anak -------- anak-anak )iii. Elakkan memajmukkan kata yang diberikan dalam soalan. ( cth : anak------- anak buah ) 18
  • 19. TEKNIK MEMBINA AYAT Jangan bentuk ungkapan, kiasan, cogan kata atau simpulan bahasa daripada kata yang diberikan dalam soalan. ( cth : bahasa ----- Bahasa Jiwa Bangsa ) Tiada markah diberi jika perkataan yang diberi dijadikan sebagai kata nama khas ( cth:genting-Genting Highlands) Jika membuat ayat daripada pasangan perkataan,namun jawapan pelajar tidak menunjukkan perbezaan maksud, ayat pertama yang betul akan diberikan markah. 19
  • 20. TEKNIK MEMBINA AYAT Ayat dalam bentuk cakap ajuk boleh dibina (terutama bagi perkataan yang tidak berimbuhan) tetapi peraturan menulis bentuk cakap ajuk mestilah dipatuhi. Jika gagal berbuat demikian, setengah markah akan dipotong. Cth perkataan : pukul  Cth ayat : “Anjeli, pukul anjing itu kerana ibu takut anjing itu mungkin akan menggigit adik kamu yang sedang bermain di taman itu,” kata ibu kepada Anjeli. Gariskan perkataan yang diberikan dalam binaan ayat agar senang dikesan oleh pemeriksa. 20
  • 21. TEKNIK MEMBINA AYAT Elakkan daripada sebarang kesalahan ejaan atau kesalahan bahasa. Setengah markah akan dipotong jika terdapat kesalahan ejaan, kesalahan tanda baca atau struktur ayat yang tidak jelas. Salah satu daripada syarat membina ayat dalam Soalan 3a ialah ayat yang dibina mestilah terdiri daripada SATU AYAT SAHAJA. Oleh hal yang demikian, pelajar tidak dibenarkan membina dua ayat atau lebih bagi sesuatu perkataan( kecuali homograf atau ada arahan yang mengatakan sebaliknya) Cth : Orang tua itu bongkok. Oleh itu, dia berjalan dengan menggunakan tongkat. ( salah ) 21
  • 22. TEKNIK MEMBINA AYAT  Orang tua yang bongkok itu berjalan dengan menggunakan tongkat (betul)Elak menggunakan semua perkataan yang diberikan untukmembina SATU ayat sahaja.  Cth perkataan : pendidik, mendidik, pendidikan, didik,  Cth ayat : Pendidik itu gigih mendidik anak didiknya kerana beliau mahu mereka memperoleh pendidikan yang sempurna. 22
  • 23. Latihan 1. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut. stesen pencen lesen opsyen eksyen komitmen 23
  • 24. Latihan 1. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut. kelangsungan – melangsungkan Kedalaman – mendalamkan Kesamaan - menyamakan 24
  • 25. Latihan 1. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut.•amal•beramal•mengamalkan•amalan•pengamalan•pengamal 25
  • 26. Latihan 1. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut. sebak sesak segak ramah resah redah 26
  • 27. Latihan 1. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada kata-kata tersebut. menjangkau melangkau merayau memantau merantau memukau 27
  • 28. Sekian, terima kasih.Kuasai bahasa anda dengan betul 28