• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Bentuk kurikulum
 

Bentuk kurikulum

on

  • 2,270 views

 

Statistics

Views

Total Views
2,270
Views on SlideShare
2,270
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
97
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Bentuk kurikulum Bentuk kurikulum Document Transcript

    • TransformasiTransformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan MesyuaratSusulan Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. MenteriPelajaran pada 23 Mei 2008. Satu usaha penambahbaikandalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkatsekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulumpersekolahan memenuhi keperluan dan cabaran semasaserta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian PelajaranMalaysia (KPM) telah melaksanakan satu kajian danmendapati wujudnya keperluan untuk melakukantransformasi kurikulum sekolah rendah.Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula danpenambahbaikan kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasiadalah untuk memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dannilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.Fokus transformasi kurikulum persekolahan rendah adalah kepada kemahiranmembaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya mengambil kira kemahiranpenaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) sertaelemen keusahawanan.Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukanpenandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikankurikulum persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding denganpendidikan global. Di samping itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagaipihak berkepentingan seperti Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard dibangunkan. Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip- prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) danberlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum yang dibangunkan turutmelibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi memastikan kurikulum tersebutmantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah terpilih di seluruhnegara.
    • Hasrat KSSRKurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yangseimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjangkomunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilandiri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilaiKurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaandan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21,Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga menggunapakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learningto know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama(learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut:- Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial- Warganegara yang bertanggungjawab- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)- Pekerja berilmu
    • Prinsip KSSRKurikulum Standard Sekolah Rendah mengekalkan kesemua prinsip KBSR. Prinsip inidikekalkan kerana masih sesuai dan relevan untuk melahirkan insan yang seimbangdan holistik. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:Pendekatan BersepaduTumpuan utama diberikan kepada pendekatan bersepadu. Unsur-unsurpengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan supaya wujud kesepaduan dari segiintelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.Perkembangan Individu Secara MenyeluruhKSSR digubal untuk memastikan semua mata pelajaran berperanan untuk memenuhikeperluan intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Setiap potensi muriddikembangkan secara bersepadu.Pendidikan Saksama Untuk Semua MuridKSSR memberi peluang yang luas dan saksama kepada semua murid untukmendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang menyeluruh dan seimbang.Pendidikan Seumur HidupKSSR menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh semua muridsebagai asas untuk menghadapi cabaran kehidupan seharian dan pendidikansepanjang hayat.
    • Bentuk KurikulumKonsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentukpengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepadapembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dansosial.Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yangmenjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis daninovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisitbidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang salingberhubung kait dan bersepadu.Tunjang KomunikasiTunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalinkemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi.Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar danbertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul.Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam prosespemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yanglain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuatpemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, BahasaTamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.
    • Tunjang Perkembangan Fizikal dan EstetikaTunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepadaperkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukandaya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkanaspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakatdan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.Tunjang KemanusiaanTunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalantentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, sertapenghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapatdalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap IIpersekolahan.Tunjang Keterampilan DiriTunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dansahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluangmenyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjahdan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatankokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluangkepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakansebaya, keluarga dan masyarakat.Tunjang Sains dan TeknologiTunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan: • pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik • pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik • pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologiDisiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains,Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat danKomunikasi (TMK).Tunjang Kerohanian, Sikap Dan NilaiTunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidangpembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan,sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagimurid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.
    • Fokus KSSRKSSR memastikan selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standardpengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSRmemberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca, menulis, mengira danmenaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan danpenilaian dengan menggunakan akal atau logik.Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M.Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan muridmenguasai kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilaitambah iaitu kreativiti dan inovasi, keusahawanan dan TMK.Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4Mdi samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks,pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.Organisasi KurikulumKSSR diorganisasikan dalam bentuk modular dengan mengelompokkan matapelajaran dalam kumpulan tertentu yang dikenali sebagai modul. Mata pelajaranjuga diorganisasikan secara modular iaitu kandungan mata pelajaran disediakandalam bentuk modul yang kendiri-lengkap (self-contained). Setiap modulmengandungi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untukdikuasai oleh murid.Organisasi Tahap IPada Tahap I kurikulum diorganisasikan dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Temadan Modul Elektif. Komposisi KSSR Tahap I adalah seperti jadual di bawah.
    • Organisasi Tahap IIPada Tahap II, kurikulum diorganisasikan secara modular dalam Mata PelajaranTeras dan Mata Pelajaran Elektif. Kandungan mata pelajaran disediakan dalambentuk modul. Komposisi KSSR Tahap 2 adalah seperti jadual di bawah.
    • Kurikulum Berasaskan StandardKSSR digubal dalam bentuk pernyataan standard. Pernyataan standard terdiridaripada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dicapai olehmurid dalam suatu tempoh dan tahap persekolahan. Standard Kandungan Standard Pembelajaran Penyataan spesifik Satu penetapan kriteria tentang perkara yang atau petunjuk murid patut ketahui dan (indicator) kualiti boleh lakukan dalam pembelajaran dan suatu tempoh pencapaian yang boleh persekolahan diukur bagi setiap merangkumi aspek standard kandungan. pengetahuan, kemahiran dan nilai.Elemen Merentas KurikulumElemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam prosespengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran danketerampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasadan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalahseperti Bahasa, Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, NilaiMurni dan Patriotisme.Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti danInovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pastisebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkansecara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insanyang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalampembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.
    • PERBEZAAN KSSR DAN KBSR