Your SlideShare is downloading. ×
Forum
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Forum

8,360
views

Published on

forum

forum

Published in: Education

1 Comment
2 Likes
Statistics
Notes
  • Bonjour
    Pour vous qui êtes fichés, interdits bancaires et si vous n'avez pas la faveur des banques et vous avez besoin de prêter de l'argent entre particulier, Nous aidons les gens sérieux et honnêtes, qui peuvent rembourser le prêt dans le temps normale qu'ils veulent . Nous prêtons de 1000€ à 1.350.000€ en 48h voir 72h plus tard . Nos rebroussement se fait avec un intérêt de 2% sur tout la durée de votre remboursement selon votre demande de prêt. Pour plus d'infos contactez nous sur cet adresse Mail: combesdominique@hotmail.fr

    NB: MERCI DE NE PAS RÉPONDRE SUR LE FORUM MAIS CONTACTEZ NOUS PAR NOTRE MAIL combesdominique@hotmail.fr AFIN D' EVITER TOUT CONFLIT
    Téléphone: (+33) 0637024355
    Mr DOMINIQUE
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
8,360
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
224
Comments
1
Likes
2
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Forum panel Forum Forum simposium perbahasan Forum Forum temu kuliah ramah
  • 2. Kemahiran mempengerusikan forum Kemahiran Kemahiran menutup forum mengawal forum Kemahiran Nada dan melahirkan intonansi pendapat
  • 3. Terdiri daripada 3 hingga 5 orang ahli panel. Selalunya tajuk forum diberikan lebih awal kepada ahli panel. Ahli panel boleh berbincang Semasa berforum, pengerusi akan mengemukakan soalan atau pandangan. Akhirnya, pengerusi akan membuat kesimpulan hasil daripada perbincangan farum tersebut.
  • 4. Terdiri daripada 4 orang panel Tajuknya bersifat kontroversi. Tajuk akan diberi lebih awal. Semasa forum, ahli-ahli panel akan dijemput oleh pengerusi untuk membentangkan hujah- hujah secara bergilir-gilir. Selepas itu, penonton akan diberi peluang untuk berbincang dengan ahli panel.
  • 5. Mirip dengan aktiviti menemu ramah. Selalunya seorang pakar rujuk untuk menyampaikan pendapat dan fakta secara spontan. Setelah itu, akan diadakan sesi soal jawab bersama penonton.
  • 6. Seorang pakar akan dijemput untuk menyampaikan kulliah tentang sesuatu tajuk. Setelah mengikuti kuliah tersebut, penonton akan bersoal jawab dan berinteraksi sesama sendiri.
  • 7. Ahli panel = 3 atau 4 orang Tajuk = setiap ahli panel akan diberikan tajuk dan ditentukan aspek khusus berkenaan tajuk tersebut Semasa forum = ahli panel akan bentang kertas kerja masing-masing secara bergilir-gilir. Selepas forum = pengerusi akan membuka majlis untuk sesi soal jawab dan perbincangan antara ahli panel dan penonton.
  • 8. Kemahiran mempengerusikan forum Pengerusi memainkan peranan penting dalam pengendalian forum. Peranan pengerusi terbahagi kepada 3 tahap : Sebelum Semasa Selepas
  • 9. SEBELUM 1. Dapatkan biodata ahli-ahli panel. 2. Cari maklumat tentang tajuk forum dan hayatinya. 3. Menganalisis audien, (ketahui latar belakang, tahap pendidikan, taraf sosio-ekonomi, pangkat dan gelaran) 4. tentukan peruntukan masa untuk setiap ahli panel. 5. Sediakan soalan-soalan perbincangan yang bermutu dan menepati tajuk. 6. Kenal pasti kepakaran ahli-ahli panel supaya soalan yang ditujukan sesuai dengan kepakaran mereka.
  • 10. SEMASA 1. Mengambil alih majlis daripada juruacara dan ucapkan kata- kata aluan kepada peserta forum dan penonton. 2. Huraikan tajuk forum. 3. Perkenalkan ahli forum dari segi biodata peribadi. 4. Menerangkan syarat-syarat dan peraturan-peraturan seperti peruntukan masa untuk sesi pembentangan dan soal jawab kepada ahli panel dan penonton. 5. Bersoaljawab dengan ahli panel pertama tentang maksud tajuk forum. 6. Memastikan ahli panel membentangkan kertas kerja dengan lancar. 7. Kawal perbincangan supaya tidak menyeleweng. 8. Pastikan penglibatan aktif dari ahli panel dan penonton. 9. Kemukakan soalan yang bernas untuk mendapatkan tindak balas yang tepat dan sesuai. 10. Kemukakan soalan mengikut keahlian seseorang ahli panel.
  • 11. SELEPAS 1. Menggalakkan penonton mengemukakan soalan dan pendapat. 2. Rumuskan forum dengan menggunakan isi-isi penting yang didapati dari forum 3. Sampaikan ucapan penutup, merakamkan penghargaan, dan memohon maaf. 4. Serahkan majlis kepada juruacara.
  • 12. Pada peringkat awal selalunya pengerusi akan menjelaskan tatacara forum. Semasa forum berlangsung pengerusi akan menjadi fasilitatorsupaya perjalanan forum berjalan lancar. Adakalanya pengerusi perlu bersifat tegas agar : 1. Dapat mengawal masa setiap pembentangan kertas kerja setiap ahli panel. 2. Mengawal perbincangan agar tidak menyeleweng dari tajuk. 3. Mengelakkan ahli panel lain mengganggu ahli panel yang lain ketika pembentangan kertas kerja atau paendapat. 4. Mengawal ahli panel daripada terlalu emosi dan menyentuh isu-isu sensitif. 5. Mengawal penonton darpada terlalu emosi. 6. Memastikan penonton menjaga tatasusila dan tidak mengganggu ahli panel. Pada akhir forum, pengerusi harus bertindak cekap untuk : 1. Mengawal penoton dari mengemukakan soalan-soalan yang menyentuh isu sensitif. 2. Kawal soalan penonton agar tidak kabur. 3. Memberi peluang terakhir kepada ahli paanel untuk menjawab soalan dan menyatakan pendapat.
  • 13. Ahli panel perlu menguasai kemahiran untuk melahirkan pendapat yang meliputi 3 aspek : Cara Cara Menentukan melahirkan mempengaruhi jenis pendapat pendapat audien
  • 14. Ahli panel perlu membuat analisis terhadap audien untuk menentukan aspek, isi, dan cara pendapat yang sesuai dengan citarasa penonton.
  • 15. 1. Tentukan aspek yang akan dibentangkan supaya perbincangan tidak menyeleweng daripada tajuk dan tujuan forum. 2. Mengemukakan pendapat dalam bentuk kertas kerja 3. Memilih dan menyusun isi agar bertepatan dengan aspek yang akan dihujahkan 4. Mengemukakan pendapat yang disokong dengan fakta, bukti statistik dan contoh supaya hujah lebih konkrit, berkaitan dan meyakinkan. 5. Sentiasa menumpukan perhatian terhadap hujah-hujah rakan serta pandangan daripada penonton agar tindak balas yang wajar dapat diberikan. 6. Menjawab soala dan memberi pendapat terhadap kemusykilan daripada penonton dengan meyakinkan. 7. Gunakan bahasa yang sesuai dengan audien dan aras pendapat. 8. Elakkan penggunaan istilah-istilah yang bombastik dan sukar difahami. 9. Gunakakan laras bahasa yang sesuai dengan majlis forum. 10.Gunakan istilah mengikut laras. 11.Gunakan bahasa yang jelas tepat dan tidak meleret-leret. 12.Selitkan unsur kecindan atau humor dalam penyampaian pendapat. 13.Menunjukkan keyakinan diri. 14.Wujudkan hubungan mata dengan penonton, iaitu melihat mereka (dari mata turun ke hati). 15.Gunakan gaya tangan, mata dan gerakan badan untuk menekankan fakta. 16.Menunjukkan mimik muka yang meyakinkan.
  • 16. 1. Mengkaji dan mengetahui peringkat pemikiran, taraf sosio-ekonomi, jantina dan profesion audien. 2. Selitkan ayat-ayat soalan untuk mewujudkan ransangan dikalangan audien. 3. Gunakan bahasa yang sesuai dengan audien termasuk teknik retorika. 4. Selitkan unsur kecindan. 5. Pastikan suara anda dapat didengari oleh semua audien. 6. Menjangka had atau batasan tumpuan audien.
  • 17. Ketika mengalu-alukan kedatangan penonton dan memperkenalkan ahli panel nada dan intonasi pengerusi selalunya mendatar dan ketika tajuk forum dinyatakan nada suara akan dinaikkan sedikit untuk menarik perhatian audien. Semasa menyampaikan pendapat, ciri-ciri dan intonasi yang wajar diberikan perhatian adalah seperti berikut : 1. Tinggikan nada apabila hendak menarik perhatian. 2. Memperlahankan dan merendahkan suara ketika hendak memujuk. 3. Jangan berhujah terlalu laju atau perlahan. 4. Pause – berhenti sebentar apabila perlu. 5. Gunakan sebutan baku. 6. Gunakan bahasa yang indah, tersusun dan mudah difahami. 7. Gunakan nada yang gembira apabila hendak menghidupkan suasana yang hambar. 8. Gunakan nada dan intonasi yang menggambarkan keperihatinan. Penonton sebaik-baiknya menggunakan nada suara yang menggambarkan keperihatinan dan hormat kepada ahli panel ketika hendak mengemukakan soalanatau pandangan.
  • 18. Dalam penutup forum, pengerusi sekali lagi menunjukkan kewibawaannya melalui kemahiran-kemahiran yang berikut : 1. Ucapkan terima kasih kepada semua ahli panel yang telah menyampaikan pendapat berkenaan tajuk forum. 2. Membuka majlis kepada penontonuntuk mengemukakan soalan/pandangan. Pengerusi perlu mewujudkan suasana yang kondusif dan galakkan penonton untuk melibatkan diri. 3. Bertindak sebagai fasilitator sewaktu sesi soal jawab. 4. Rumuskan keseluruhan idea yang telah diforumkan, pengerusi perlu: (peka terhadap setiap aspek tajuk dan membuat kesimpulan dengan menggabungkan semua idea yang telah dihujahkan.) 5. Sampaikan kata-kata penutup dengan ucapkan terima kasih kepada semua ahli panel dan semua yang terlibat. 6. Menyatakan harapan agar isu dan pandangan yang dikemukakan mendatangkan manfaat kepada semua. 7. Mohon maaf kepada semua sekiranya terdapat sebarang kesilapan ketika kendalikan forum.
  • 19. SEKIAN TERIMA KASIH

×