• Like
4-bidang-psv
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

4-bidang-psv

  • 1,996 views
Uploaded on

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
1,996
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
104
Comments
0
Likes
4

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Kandungan Sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu: 1. Menggambar 2. Membuat Corak dan Rekaan 3. Membentuk dan Membuat Binaan 4. Mengenal Kraf Tradisional Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Pengajaran akan dilakukan secara bersepadu. PENGENALAN BIDANG MENGGAMBAR Mengambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Ia boleh melihat kemampuan murid terhadap aspek melukis serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu hasil karya sangat di tekankan. Aktiviti seperti lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, gosokan, resis, percikan dan mozek adalah aktiviti yang boleh di laksanakan semasa proses menggambar selain meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Oleh itu pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan dapat di pelajari. Persepsi visual murid dan kesedaran terhadap asas seni reka seperti warna, garisan, susunan dan kesannya boleh di tingkatkan. Apa itu menggambar Mengambar adalah membuat atau menghasilkan gambar di mana ia adalah salah satu bidang daripada empat kegiatan yang terdapat dalam sukatan Pendidikan Seni Visual. Mengambar juga adalah penterjemahan atau penghasilan visual/ilustrasi sesuatu objek atau imej yang ada dalam minda secara dua dimensi diatas kanvas atau kertas. Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna di atas permukaan rata
  • 2. Alat, Media dan Teknik Murid akan lebih berminat menghasilkan kerja-kerja seni jika di beri alternatif dari aspek bahan iaitu jenis kertas yang mempunyai tekstur, warna dan saiz yang berlainan seperti kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul surat, kertas pembungkus hadiah. Selaian itu penggunaan alat tulis samada media kering atau basah, berwarna atau tidak berwarna mempunyai fungsi tersendiri untuk melengkapkan kerja-kerja menggambar. Alat, Media dan Bahan Jenis ± jenis alat tulis yang biasa di gunakan dalam menggambar adalah seperti - Pensil HB adalah pensel jenis keras - Pensil B (2B - 8B) merupakan jenis pensel lembut - Pensil warna mengandungi pelbagai jenis warna -Arang mampu menghasilkan kesan legap dan cepat member kesan kesan - Pen dan dakwatakan menghasilkan kesan garisan yang lebih halus - Soft Pastel pula mempunyai pelbagai warna serta mempunyai kesan lembut - Krayon adalah lembut dan mempunyai kesan lilin - Pen marker boleh membentuk kesan garisan tebal - Marker pelukisan (rendering marker) - Kapur boleh member kesan garisan yang tebal namun mudah terpadam (c) Jenis-jenis Kertas Lukisan - Kertas lukisan biasa sesuai di gunakan untuk pensel, pen, arang atau krayon. - Kertas cat air pula lebih tebal dan berkualiti, namun agak mahal. - Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras dan licin yang dicipta untuk pen. - Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel - Lain-lain kertas seperti µbrown paper¶, kertas komputer,dan kertas arkitek.
  • 3. - LUKISAN Ia adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas permukaan rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit seperti pensil warna dan krayon. Unsur garisan amat di tekankan di mana ia adalah kerja asas untuk menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga adalah terhasil secara spontan mengikut garak hati atau perasaan pelukis itu. CATAN Catan adalah hasil seni bahantara pigmen warna di atas permukaan rata. Ia terhasil melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus atau alatan lain . Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan atau merakamkan gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. Jenis Warna yang lazim di gunakan ialah cat guac , warna Poster, warna Air, cat Akrilik, cat Minyak, cat Tempera, dan Fresko - Kapur plaster KOLAJ Penghasilan kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D . Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan- bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik. MONTAJ
  • 4. Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajaran, kemalangan, kecuaian, peperangan atau alam sekitar. Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) boleh digabungkan digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj. Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatianpemerhati. CETAKAN Cetakan adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Ia boleh dilaksanakan melalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. GOSOKAN
  • 5. .Mengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang dll) menggunakan sesuatu untuk menggosok. .Menurut Glosari Seni Lukis pula gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Gosoka adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan serta member ruang kepada murid meneroka proses mengambar menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Untuk menghasilkan cetakan, murid boleh menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan. Pelbagai teknik gosokan boleh di teroka iaitu gosokan satu lapis dan satu arah sahaja, gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali atau berulang kali dari arah dan sudut yang berlainan, secara pusingan, menggunakan pelbagai warna atau monokrom iaitu menggunakan warna putih dan hitam sahaja dan gosokan potongan kertas RESIS Menurut Glosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat air dengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian bahagian yang tidak hendak dicat atau diwarnakan.Lilin bertindak sebagai pelindung kepada warna asal atau menghasilkan garisan di atas permukaan ketas. Sekiranya kain di gunakan, maka canting diperlukan untuk membuat garisan lilin bagi menghasilkan corak batik.Warna pada resis kain dapat di kekalkan dengan menggunakan
  • 6. Sodium silikat . Setelah selesai, rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut. Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan2 yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin. Dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas didalam proses penghasilan batik lukis dan batik canting. GURISAN Alat yang tajam di perlukan untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. seperti permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Kayu, paku atau plastic di gunakan untuk melakar gambar di atasnya . PERCIKAN Glosari Seni Lukis menyatakan bahawa percikan adalah corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ke tiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi. Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Aktiviti seperti mendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik boleh menhasilkan percikan. . Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan.Percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas yang boleh di ubah kedudukannya untuk mengahasilkan kesan tindanan apabila warna kedua dipercikkan. MOZEK
  • 7. Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mozek juga boleh menghasilkan gambar atau corak hiasan dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), di susun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata untuk menghasilkan pantulan /kilauan. .Biasanya ia disusun secara bersebelahan dan tidak bertindih. Mozek dalam bentuk foto boleh terhasil dari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema /tajuk. STENSILAN Menggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan RUMUSAN Bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran murid dari aspek k melukis dan membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Ia menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri murid.Selain itu, menggambar merupakan satu cara untuk berkomunikasi dengan orang lain, meluahkan perasaan atau menilai sesuatu hasil seni dari aspek estetik b) MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
  • 8. TEORI MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Definisi Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik. Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama- nama tertentu yang berunsur tradisi. PENGHASILAN CORAK Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu: a) Corak Terancang b) Corak Tidak Terancang Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.
  • 9. JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN Susunan Ulang Sekata Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan. Susunan Berselang Seli Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur. Susunan Batu Bata Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya. Susunan Bertimbal Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan. Susunan Bertindih Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik. Susunan Beralun Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada motif yang sama atau berbeza. Susunan Berpusat Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif
  • 10. ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti: Corak tidak terancang secara: Pualaman Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit dimana sejenis catan yang tidak bersatu antara air dan minyak di gunakan.Bahan yang berasaskan minyak akan terapung diatas permukaan dalam semua arah mengikut aliran bahan tersebut. Corak pualaman boleh di jadikan sebagai kulit buku. Tiupan Warna air di tiup sama ada terus di atas kertas atau menggunakan straw untuk menghasilkan corak seperti ranting pokok. Titisan Warna akan di titiskan menjadi motif yang menarik. Ikatan dan celupan Teknik ikat dan celup yang biasa digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan. Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil. Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi. Haji Che Su b. Ishak adalah antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia. Garam digunakan sebagai bahan penyerapan.
  • 11. Renjisan dan percikan Ia didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan. Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Corak terancang secara: Lukisan, Catan, Cetakan, Capan, Lipatan dan guntingan, Resis , Kolaj dan kaligrafi 3. Membentuk dan Membuat Binaan Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti: Alat dan Bahan Penggunaan alat dan bahan yang sesuai diperlukan dalam proses penghasilan karya Membentuk dan Membuat Binaan. Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan
  • 12. seperti tanah liat, plastersin, kertas tumbuk, serbuk papan, kertas yang sesuai untuk origami, kayu, tanah liat, sabun dan sebagainya 4. Teknik-Teknik Membentuk dan Membuat Binaan Terdapat pelbagai teknik yang boleh digunakan untuk menghasilkan bentuk atau membuat binaan. Antaranya ialah melalui teknik picitan, lipatan, potongan, cantuman, pembungkusan, guntingan, luakan dan sebagainya. Biasanya teknik-teknik tersebut dipilih berdasarkan kesesuaian bahan yang digunakan seperti teknik picitan, Lipatan , Potongan, Cantuman, pembungkusan , guntingan dan luakan. Arca timbul Bentuk tiga dimensi yang tersembul keluar dari permukaan dua dimensi yang rata atau dipahat keluar yang akhirnya menonjolkan objek ke permukaan. Ia boleh dihasilkan secara acuan, tampalan, binaan atau asemblaj. Asemblaj Bahagian atau komponen yang berlainan yang dicantumkan menjadi satu kesatuan objek membentuk satu konsep yang bermakna. Teknik penghasilannya adalah kimpalan, binaan, cantuman skru/paku atau gam. Mobail
  • 13. Bahagian-bahagian dicantum untuk membentuk satu kesatuan. Digantung untuk menjadikan objek bergerak, berputar atau berombak. Teknik yang biasa digunakan untuk menghasilkan arca mobail adalah kimpalan, gam, skru dan lipatan. Mobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling. Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Ianya boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita. Stabail Bahan kutipan dicantumkan untuk membentuk satu kesatuan objek dan dipasang tapak yang stabail. Teknik yang bersesuaian untuk menghasilkan arca ini adalah kimpalan, skru, ikatan, acuan atau binaan. Model Bentuk yang digubah untuk tujuan membuat sesuatu objek konkrit. Contohnya model buah- buahan. Antara teknik yang digunakan adalah gam, kimpalan, skru dan acuan. Diorama Gubahan himpunan objek konkrit yang bertemakan sesuatu cerita, maklumat, fenomena atau peristiwa. Teknik yang lazimnya digunakan dalam penghasilan diorama adalah cantuman, gam dan kimpalan. Diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yang ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . Bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama. Bahan-bahan yang selalunya
  • 14. digunakan untuk menhasilkan diorama adalah seperti kotak kosong, gam, pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar, benang dan bahan hiasan yang sesuai. Boneka Model yang mewatakkan figura manusia, binatang, buah-buahan, serangga dan lain-lain. Teknik untuk penghasilan boneka adalah jalitan, gam, kimpalan dan skru. Topeng Objek konkrit yang dibentuk melalui lipatan atau konsep topologi. Teknik yang digunakan adalah lupatan dan guntingan. 4. Mengenal Kraf Tradisional Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun- temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti: 1. Alat domestik ialah alatan yang biasa di gunakan untuk aktivti seharian seperti senduk di buat daripada tempurung kelapa, kukur kelapa diperbuat daripada besi dan kayu, serta tenggala daripada kayu. Tekniknya ialah luakan, assemble dan ukir. 2 Alat permainan yang lazimnya di mainkan selepas musim menuai seperti wau dimana proses yang terlibat adalah memilih buluh, meraut, membina rangka, menampal kertas dan corak.
  • 15. 3. Alat pertahanan diri pula seperti keris, tombak, tumbuk lada, lawi ayam, lembing, dan sumpit. 4. Perhiasan diri (ornamen) seperti manic, rantai atau hiasan kepala. 5. Batik merupakan sejenis kraf yg dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain. Batik boleh di hasilkan melalui kaedah batik tulis,batik lukis atau batik canting . Ia melibatkan proses dimana kain akan dibasuh untuk membuang kanji seterusnya dikeringkan. Kain diregangkan untuk proses melakar motif dan corak menggunakan pensil. Setelah bahan campuran lilin dipanaskan, proses melakar diatas fabrik dibuat menggunakan canting seterusnya bahan warna disapu pada motif. 6. Tekat merupakan tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas kain dasar dari jenis baldu. Proses adalah penciptaan motif, persiapan pemidang, membentuk mempulur dan akhirnya menyulam. 7. Ukiran kayu adalah kraf tangan untuk menghiasi rumah seperti hiasan pada bahagian pintu, siling, dinding, mahupun tebar layar. Teknik mengukir sepertu bunga timbul atau papan tebuk adalah yang paling digemari . 8. Tenunan pula adalah seni kraf tekstil paling popular kerana hasilnya yang halus dan bermutu tinggi mencerminkan kreativiti dan kemahiran penenun. 9 . Anyaman adalah satu proses menjalin atau menjaring-jaringkan helaian daun buluh, rotan, lidi, bertam,atau paku pakis ribu ± ribu dengan menggunakan cara serta peraturan tertentu melalui teknik menyelang-yelikan antara satu sama lain. Prosesnya agak rumit
  • 16. dimana daun akan dilayur supaya tahan lama. Jangka digunakan untuk melerai daun menjadi saiz tertentu. Daun akan di lurut supaya mudah di anyam seterusnya di rendam dalam pewarna. Proses anyaman dimulakan dengan lagang iaitu bilah daun dibentuk menjadi V. Kelarai adalah corak atau motif berbentuk dam. Anyaman yang tidak bercorak kelerai dipanggil ghadas. 10. Tembikar adalah sejenis barang kraf yg dihasilkan daripada tanah liat. Ia dibentuk kemudian dibakar. Alat yg digunakan adalah pisau, pengayak, pinggan, penggelek, dawai pemotong, kayu pembentuk dan papan gelek Rumusan : Pendidikan Seni Visual menekankan kepada aspek perkembangan kognitif selaras dengan emosi pelajar untuk melahirkan atau mencetuskan idea kepada penciptaan baru atau meluahkan idea ± idea yang tersemat di kalbu mereka dalam pelbagai bentuk demi mempertingkatkan kemahiran pelajar. Selain itu pelajar akan lebih menghargai diri sendiri dan alam sekitarnya seterusnya menjadi inspirasi kepada mereka untuk menghasilkan karya yang bermutu dan berprestij. Refleksi : - Sesungguhnya tugasan ini telah membuka minda saya untuk memahami Pendidikan Seni Visual dari perspektif yang lebih fleksibel dan kreatif. Ia memiliki pelbagai medium untuk menghasilkan karya bukan hanya sekadar menghasilkan lukisan secara manual apatah lagi catan yang sememangnya menjadi titik kelemahan saya hingga saya meminggirkan Pendidikan Seni visual. Kepelbagaian teknik mengammbar membuat saya lebih fleksibel
  • 17. dan optimis untuk meneroka dan cuba menghasilkan pelbagai karya pada masa akan datang memandangkan pada ketika ini tiada ruang untuk saya menurunkan ilmu yang di perolehi kepada pelajar. Apapun, saya mula mengorak langkah meminati Pendidikan Seni Visual yang sememangnya tidak pernah bertempat di hati saya. Walaupun karya yang terhasil kurang berkualiti, namun kepuasan dan keseronokan melaksanakan kerja amali itu lebih utama. Sememangnya, tertanam hasrat untuk memperbaiki hasil karya dan meneroka pelbagai teknik yangtidak pernah di rasai selama ini. Rujukan :- Focus Goal, Pendidikan Seni Visual SPM, Kathleen Chee, Penerbitan Pelangi , Bangi, Selangor 2010 wareyzseni.blogspot.com/2009/12/menggambar.htm