SlideShare a Scribd company logo
1 of 24
Download to read offline
1
FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL
DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN PRASEKOLAH
(MPW 1143)
Pengajian Islam
Tugasan Kumpulan
Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam
Disemak Oleh ;
Ustazah Wan Yusnee Bt Wan Abdullah
Disediakan Oleh;
Noor Adilah Bt Said 3131000411
Nur Fazilah Bt Hashim 3131002281
Nur Halisa Bt Mohd Basri 3131002231
Nur Qurratulaini Bt Nazli 3131000891
Nor Aina Bt Mansor 3131003131
Suraya Bt Saiful Anuar 3131001581
Tarikh Serahan ;
22 October 2013
2
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ALLAH S.W.T, selawat serta salam buat
junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam. Dengan izin dan
kehendakNya, kami dapat menyiapkan dan menjayakan tugasan ini dengan mudah. Ucapan
terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa kami yang telah banyak memberikan galakkan
dan dorongan kepada kami untuk terus sabar dalam melaksanakan tugasan yang diberikan
kepada kami.
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami
yang mengajar kami dalam kursus Pengajian Islam (MPW 1143) iaitu Ustazah Wan Yusnee
Bt Wan Abdullah yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar serta pelbagai
panduan kepada kami dalam menyiapkan tugasan kami ini.
Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan kami iaitu Noor Adilah Said, Nur Fazilah
Hashim, Nur Halisa Mohd Basri, Nur Qurratulaini Bt Nazli, Nor Aina Bt Mansor, dan Suraya
Bt Saiful Anuar yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang menyiapkan tugasan
kumpulan yang telah diberikan ini.
3
SENARAI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
SENARAI KANDUNGAN
PENDAHULUAN ................................................................................................................ 1-2
1.0 Konsep Kepimpinan Islam ............................................................................................. 3-4
2.0 Prinsip pemerintahan Islam ............................................................................................ 5-6
3.0 Peranan Rasulullah SAW sebagai Pemimpin ................................................................ 7-8
4.0 Strategi Rasulullah SAW ............................................................................................ 9-10
5.0 Kepimpinan di era Rasulullah SAW ......................................................................... 10-11
6.0 Syura ............................................................................................................................... 12
7.0 Hisbah ....................................................................................................................... 13-14
7.1 Konsep Hisbah
7.2 Prinsip-prinsip Hisbah
KESIMPULAN ................................................................................................................. 15-16
RUJUKAN.............................................................................................................................. 17
4
Pendahuluan
Kepimpinan Rasulullah merupakan model pemerintahan kurun terbaik dlm
sejarah Islam dan mengandungi ‘qudwah hasanah.
“Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan
yang baik” (al Ahzab: 21)
Rasulullah SAW selain sebagai seorang Rasul yang membawa risalah Allah
SWT, baginda juga seorang pemimpin negara yang berkuasa dan memerintah dengan
menerapkan hukum-hukum Allah SWT yang diwahyukan kepada baginda. Allah SWT
berfirman :
“Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan
janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang
telah datang kepadamu…” (QS. Al Maidah : 48)
Rasulullah SAW merupakan ketua negara Islam yang pertama. Pemerintahan
Rasulullah SAW juga tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh
Allah s.w.t. dalam al-Qur’an iaitu mendaulatkan hukum Allah, menegakkan keadilan,
kebebasan dan ketelusan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, membina
perpaduan dan menjamin keamanan dan keharmonian.
Sesungguhnya perjuangan Rasulullah SAW itu adalah perjuangan yang sejagat
sifatnya. Setelah Rasulullah SAW meruntuhkan berhala-berhala batu yang menjadi
sembahan manusia maka kita lihat bahawa Rasulullah SAW tidak berhenti di situ sahaja
kerana di sana terdapat berbagai berhala yang perlu dihancurkan di muka bumi Allah ini.
Perjuangan Rasulullah SAW tidak hanya menghancurkan berhala-berhala yang
َ‫ر‬ ‫ى‬ِ‫ف‬ ۡ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬ َ‫ان‬َ‫ك‬ ۡ‫د‬َ‫ق‬َّ‫ل‬ٌ‫َة‬‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ٌ‫ة‬ َ‫و‬ۡ‫س‬ُ‫أ‬ ِ َّ‫ٱَّلل‬ ِ‫ل‬‫و‬ُ‫س‬
5
berjumlah 360 jenis itu sahaja tetapi perjuangan Rasulullah SAW itu meruntuhkan
berhala-berhala manusia,berhala-berhala idealogi, berhala-berhala sistem yang
menjadikan manusia hamba kepada manusia. Risalah Islam ini membawa manusia
kepada pengabdian yang sebenarnya kepada Allah SWT. Berhala-berhala ini menjadi
musuh kepada Islam hinggalah ke hari kiamat dan taklif risalah ini tertanggung di setiap
orang muslim di setiap zaman dan tempat.
Rasulullah SAW telah mencanai suatu bentuk rupa manusia Islam yang menjadi
model di seluruh alam sebagai suatu alternatif kepada keruntuhan tamadun manusia di
setiap zaman dan masa. Contoh-contoh peribadi itu adalah suri teladan yang hidup dan
umpama mata air yang mengalir yang akan menghilangkan dahaga bagi sesiapa yang
meminumnya. Tamadun umat Islam ini akan menjadi segar jika umat Islam menghirup
mata air bersih yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ini.
Dari seluruh huraian di atas, maka terbukti bahwa Rasulullah SAW telah
membangun suatu struktur pemerintahan negara Islam yang kukuh. Tuntasnya tugasan
ini berusaha merujuk kepada ayat-ayat al-Qur'an dan sunnah Rasul yang kedua-dua
sumber ini telah menggariskan berbagai asas utama kehidupan menurut syariat Islam
dari sudut politik, ekonomi, sosial, budaya, dan pertahanan dan keamanan (jihad).
6
1.0 Konsep Kepimpinan Islam
Islam adalah ‘al-din’ iaitu agama yang merangkumi bukan sahaja ibadat khusus,
tetapi ia juga suatu sistem hidup yang merangkumi bidang-bidang lain seperti muamalat,
sistem sosial dan sistem politik. Lantaran itu, konsep kepimpinan juga menjadi tajuk
yang diperbincangkan oleh para ulama’, sejarawan dan ilmuwan-ilmuwan Islam dari
dahulu hingga sekarang. Ia diperbincangkan di bawah tajuk ‘imamah’, ‘khalifah’ dan
tajuk-tajuk lain seumpamanya. Kertas ini akan cuba melihat konsep kepimpinan Islam
serta tanggungjawab mereka seperti yang dibincangkan oleh para sejarawan dan ilmuwan
Islam .
Islam menganggap setiap seorang Muslim yang mukallaf sebagai pemimpin.
Sekurang-kurangnya mereka adalah pemimpin bagi diri mereka, dan keluarga mereka.
Dengan sebab seseorang itu dianggap pemimpin bagi dirinya, beliau tidak boleh
mencampakkan dirinya dalam kemusnahan atau dalam bahaya.
Tetapi tumpuan kita ini adalah kepimpinan kepada masyarakat umum. Dalam hal
ini Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya:
“Jika tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah salah seorang dari mereka
di lantik menjadi ketua.”
Kalau bagi kumpulan tiga orang pun perlu dilantik seorang ketua, apa lagi
keperluan bagi satu kaum, bangsa, Negara dan Umat ini. Keperluan ketua atau pemimpin
ini adalah jelas, iaitu untuk menjalankan syariat Allah di muka bumi ini, terutama
suruhan-suruhan yang berkaitan dengan tugas penguasa, juga untuk memberi
pengarahan, menjaga kebajikan dan keselamatan mereka,mengatur penggunaan sumber,
7
menjalankan usaha untuk kemuslahatan ramai, dan mengelak dari berlakunya
pertelingkahan antara mereka.
Di samping itu, jika kita melihat kepada tanggungjawabnya, kita perlu mengambil
perhatian kepada peringatan Rasulullah SAW, di mana Baginda ada bersabda yang
maksudnya ialah:
“Setiap kamu adalah pengembala dan setiap pengembala akan ditanya tentang
pengembalaannya. Seorang pemimpin adalah pengembala dan beliau akan ditanya
tentang rakyatnya, seorang lelaki (suami) adalah pemimpin keluarganya, dan beliau
akan ditanya tentang anggota keluarganya, seorang wanita adalah pemimpin di rumah
suaminya, dan beliau akan ditanya tentang kepimpinannya, pembantu rumah adalah
pemimpin (penjaga) harta-benda tuannya, dan beliau akan ditanya tentang keselamatan
harta-benda tersebut.”
Pada prinsipnya, walaupun seseorang itu dianggap pemimpin, mereka tetap
tertakluk kepada sifat-sifat mahmudah seperti yang dikehendaki bagi setiap orang
Muslim, seperti sifat amanah, ikhlas, jujur, tekun, dedikasi, rajin, suka beribadat, suka
beribadat waktu malam, belas kasihan, suka tolong menolong, suka berderma,
bekerjasama, nasihat menasihati dan pada umumnya menjalankan tugas amr makruf nahi
mungkar. Sebaliknya pula beliau hendaklah meninggalkan sifat-sifat buruk seperti nifaq,
suka melakukan atau merela orang melakukan perbuatan maksiat dan sifat-sifat lain yang
dibenci oleh Syara’. Di samping itu, beliau dipertanggungjawabkan bagi setiap perlakuan
dan perbuatannya sebagai pemimpin.
8
2.0 Prinsip pemerintahan Islam
Politik atau perkara berkaitan dengan kepimpinan dan kenegaraan merupakan
satu bidang yang amat rumit serta berisiko tinggi. Setiap individu yang melibatkan diri
dalam bidang ini perlu bersedia menghadapi risiko apabila gagal menunaikan tugas
kepimpinan memerintah negara. Jawatan pemimpin dan pemerintah bukan merupakan
satu pekerjaan yang kekal atau berbentuk warisan. Jawatan ini adalah berkaitan dengan
amanah Allah kepada individu yang mempunyai kebolehan, kepakaran dan
kebijaksanaan dalam mengendalikan urusan kemasyarakatan dan kenegaraan.
Dalam arena politik dan kepimpinan, kerjasama di antara pemimpin dan rakyat
merupakan satu prinsip kepimpinan yang tidak boleh diabaikan. Islam memperkenalkan
sistem kepimpinan dan pemerintahan berlandaskan kepada amanah sebagai khalifah
Allah di muka bumi ini. Setiap umat Islam mempunyai tugas masing-masing dalam
mengendalikan urusan keduniaan berlandaskan kepada wahyu dan kepimpinan
Rasulullah SAW.
Pemimpin atau pemerintah dianggap sebagai wakil rakyat untuk mengendalikan
urusan kenegaraan dan kemasyarakatan berdasarkan kepada prinsip kepimpinan dalam
Islam seperti mana dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.
Dalam Islam, pentadbiran dan pemerintahan mestilah berdasarkan kepada prinsip-
prinsip berikut:
a) Keadilan.
Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam Al-Quran, adil
bermaksud tidak zalim. Orang yang melanggar perintah Allah dianggap zalim
9
(menzalimi) diri sendiri. Orang yang melakukan suruhan Allah dan meninggalkan
larangannya ialah orang yang adil.
b) Mendapat keredhaan Allah.
Aktiviti yang dilaksanakan dalam pentadbiran bukan bertujuan duniawi atau
untuk mendapatkan penghormatan dari manusia. Apa yang penting menunaikan
tanggungjawab untuk mendapat keredhaan Allah.
c) Menegakkan yang maaruf.
Segala tindakan hendaklah menuju kearah kebaikan tidak bertentangan dengan
prinsip ajaran Islam dan mencegah kemungkaran. Tidak berlaku dalam pemerintahan
sesuatu sifat menentang dan melakukan maksiat kepada Allah. Sebaliknya pentadbiran
itu bertujuan menghapuskan segala bentuk maksiat dan kezaliman
d) Tunduk kepad perintah Allah.
Segala perancangan dan pelaksanaan hendaklah dengan perasaan tunduk kepada
Allah (melakukannya kerana menurut perintah Allah).
Berdasarkan kepada prinsip dan konsep kepimpinan dan pemerintahan dalam
Islam maka diharapkan setiap pemimpin dan pentadbir dalam negara ini menumpukan
perhatian kepada tugas dengan sebaik mungkin semoga sumbangan dan pengorbanan
mereka direstui oleh rakyat dan diberkati oleh Allah.
10
3.0 Peranan Rasulullah SAW sebagai Pemimpin
Rasulullah adalah pemimpin agung umat Islam. Baginda merupakan pemimpin
pertama yang menegakkan negara Islam di Madinah.
Baginda juga pemimpin dalam masyarakat, pemimpin dalam solat, pemerintah
tentera dan panglima dalam peperangan. Maka demikian banyaknya tugas dan
tanggungjawab baginda sebagai pemimpin.
Antaranya tugas dan tanggungjawab yang dilakukan oleh Baginda bagi
memantapkan kepimpinannya ialah:
a) Membina Masjid : Masjid merupakan institusi sosial yg cukup penting yg
berfungsi sebagai pusat pembentukan masyarakat, pembinaan komuniti, pusat ilmu, pusat
pentadbiran, perbincangan, mendamaikan pergaduhan, pengadilan (mahkamah) dan
sebagainya.
b) Mengukuhkan Persaudaraan : Baginda menyatukan semua penduduk Madinah
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama di bawah panji-panji dan menghapuskan
asabiyah.
c) Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar : Baginda menggalakkan
mereka saling bantu membantu dalam apa jua keadaan.
d) Membuat perjanjian dengan orang bukan Islam : Baginda membuat perjanjian
antara muslim dan kafir untuk bersama-sama menjaga kedamaian Madinah yang baru
ditubuhkan.
e) Membentuk Dasar : Baginda menyusun dan membentuk dasar pemerintahan
kerajaan Islam yang baru itu.
11
f) Meletakkan Sistem Masyarakat : Baginda meletakkan dasar bagi sistem sosial,
ekonomi dan politik bagi membentuk dan melahirkan masyarakat yang merangkumi hak-
hak keadilan dan kebebasan seluruh penduduk Madinah.
g) Menubuhkan Stuktur Pemerintahan : Baginda membentuk organisasi kerajaan
yang merangkumi pelbagai jawatan, melantik pegawai dan kakitangan di peringkat pusat
dan wilayah.
h) Menubuhkan Institusi Percukaian : Baginda membentuk sistem kewangan
yang merangkumi sumber kewangan, percukaian, zakat, jizyah, sedekah, ghanumah dan
lain-lain.
i) Mengembangkan Islam : Baginda menghantar utusan kpd penduduk-penduduk
luar Madinah, pembesar-pembesar Arab dan ketua-ketua negara di Semenanjung Tanah
Arab untuk menyeru mereka memeluk Islam. Sebahagian dari mereka menerima Islam
dan ada juga yang menolak Islam.
j) Menunjuk contoh yang baik : Baginda sentiasa menunjukkan contoh yang baik
kepada orang Islam dan bukan Islam. Sikap dan peribadi Baginda itu telah menawan hati
ramai orang bukan Islam yang akhirnya mereka memeluk agama Islam.
12
4.0 Strategi Rasulullah SAW
Allah SWT mengutus Rasulullah SAW ketika manusia berada dalam kegelapan,
kezaliman dan kejahiliyahan. Rasulullah SAW datang ke dunia ini dengan membawa
agama Islam yang inti ajarannya dapat kita ringkas atas tiga hal, yaitu akidah, ibadah dan
sistem.
Akidah dapat tegak dengan mentauhidkan Allah dalam uluhiyah, rububiyah dan asma
wa sifat. Uluhiyah adalah beribadah hanya kepada Allah saja, rububiyah adalah
mengesakan Allah dalam penciptaan dan pengaturan semua urusan jagat raya, sedangkan
asma wa sifat adalah meyakini bahawa semua sifat Allah Esa dan Sempurna. Ibadah
berkait dengan semua aktiviti, ucapan dan fikiran yang ditujukan hanya bertujuan untuk
mencari redha Allah. Dalam hal sistem, selain mengajarkan akidah tauhid, Islam datang
membawa sistem untuk mengatur semua aspek kehidupan meliputi bidang agama,
ekonomi, sosial, politik, budaya, pendidikandan lain-lain.
Rasulullah SAW telah mentadbir negara Islam sejak awal turunnya wahyu Islam.
Bahkan, baginda juga telah meletakkan urusan dalam negeri, dan luar negeri.Strategi
berikut ini dibuat sebelum dan setelah hijrah.
i. Rasulullah SAW memberikan motivasi kepada kaum Quraisy agar dapat
memimpin dunia jika mau mengucapkan dan mengamalkan la ilaha illallah.
ii. Hijrah ke Habasyah. Ini adalah strategi politik yang diambil oleh Rasulullah
SAW, iaitu memerintahkan beberapa sahabat hijrah ke Habasyah untuk
menghindari seksaan dan intimidasi.
13
iii. Persaudaraan. Rasulullah SAW mengadakan sistem persaudaraan antar
sahabat muhajirin sebelum hijrah di Mekah. Hal itu tiada lain kecuali dalam
rangka program keagamaan, politik dan sosial yang bertujuan melenyapkan
kesukuan dan perbedaan status sosial. Hasilnya, terjadilah persaudaraan
antara Paman Hamzah dan Zaid bin Haritsah, antara Ubaidah bin Harits dan
Bilal dan lain-lain. Langkah ini merupakan fenomena yang sangat indah
untuk persamaan manusia dalam pandangan Islam.
iv. Meminta bantuan dari kabilah, sebagaimana yang terjadi ketika Rasulullah
SAW pulang dari Taif dengan jaminan Al-Muthim bin Adi.
v. Rasulullah SAW Hijrah setelah Allah mengizinkan Rasulullah SAW hijrah
kerana situasi dan kedudukan telah meragukan. Apabila di Madinah
Munawarah banyak orang masuk Islam termasuk orang-orang Yahudi.
5.0 Kepimpinan di era Rasulullah s.a.w.
Kepimpinan di bawah Rasulullah SAW kerana mendapat wahyu dari Allah SWT. Rakyat
dicorakkan melalui tauhid, melalui usaha dakwah yang berterusan. Manakala, wilayah
diperolehi dengan usaha mencari tapak yang sesuai dan yang paling ‘subur’ iaitu
Yathrib(Madinah), setelah usaha-usaha mencari seperti di Habsyah, dan Taif didapati tidak
sesuai. Demikian juga usaha Rasulullah saw berjumpa penduduk Hadramaut dan Yaman
yang datang ke Mekah di musim haji juga tidak menghasilkan natijah yang diperlukan. Hijrah
membuka peluang untuk Rasulullah SAW merancang sebuah negara dengan pentadbiran
yang mantap.
14
Setelah itu, Rasulullah SAW mewujudkan Perlembagaan bertulis yang pertama di dunia
iaitu Perlembagaan Madinah. Masjid Madinah menjadi pusat pemerintahan, pentadbiran dan
pengurusan negara Islam yang diterajui oleh Rasulullah SAW, di samping menjadi pusat
dakwah, agama, sosial, ibadat, menerima tetamu dan diplomat asing dan hatta mengadakan
perjanjian dengan suku kaum lain yang datang ke Madinah, memeluk Islam dan berbai’ah.
Rasulullah mengutamakan syura dalam pengurusannya. Ahli Syura terdiri dari tujuh
orang Muhajirin dan tujuh orang Ansar, di antaranya Abu Bakar, Omar, Ali, Ibnu Mas’ud,
Salman, Hamzah, Jaafar, Khuzaifah, Abu Zar, Iqdad, Bilal dan lainnya.
Kekuasaan Rasulullah SAW sebagai Ketua Negara. Baginda juga Ketua Hakim dan Ketua
Panglima Perang. Baginda mengamalkan pengurusan secara decentralisasi.
Walaubagaimanapun setiap perlantikan seperti perlantikan Gabenor, Panglima Perang,
hakim-hakim dan lain-lain dilakukan dengan terancang dan secara hati-hati dengan
mengambilkira kemampuan, wara’, ‘alim dan mempunyai peribadi yang kuat dan berwibawa.
Umpamanya Zaid bin Tsabit dilantik sebagai penulis wahyu dan juga sebagai jurubahasa
bahasa-bahasa asing, Ali bin Abi Talib dan Mu’az bin Jabal dilantik sebagai hakim wilayah,
Abu Sufyan sebagai Gabenor di Najran, ‘Itab bin ‘Usaid sebagai Gabenor di Mekah dan
sebagainya.
15
6.0 Syura
Syura adalah suatu kaedah dan prinsip penting yang diajar oleh agama Islam dalam
melahirkan masyarakat Islam yang membangun, maju, stabil dan adil.Konsep Syura sangat
luas merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia, dariperkara berkaitan kehidupan harian
hingga pemerintahan negara.
Syura adalah prinsip fitrah yang wujud dalam jiwa manusia. Manusia sukakan urusan
mereka dibincangkandengan meneliti pelbagai pandangan. Manusia tidak suka dipaksa
dengan cara alim dan menekankan kepentingan mereka.Pelaksanaan Syura oleh pemerintahan
negara Islam menjadi fardhu yang telahsabit secara jelas oleh al-Quran, al-Sunnah serta
disepakati oleh para ulama. Para ulama menyatakan Syura adalah suatu keperluan. Walau
bagaimanapun, pelaksanaan Syura diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Islam yang
perlu disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan perubahan zaman.Syura dianggap suatu
keperluan kerana semua manusia memerlukanperbincangan bahkan ianya boleh disifatkan
suatu kemestian kerana wujudnya perbezaan pendapat, pandangan dan pengalaman antara
satu dengan yang lainnya.Perbincangan mampu melahirkan suatu keputusan yang terbaik
berbanding pendapat individual.
Syura mula diperkenalkan oleh Rasulullah SAW dan kemudiannya diteruskan
olehpara Khulafa’ ar-Rashidin selepas kewafatan beliau. Perintah melaksanakan Syura
didalam setiap urusan politik dan pemerintahan telah disebutkan oleh Allah AWT melalui
ayat:
“... dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal
keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (setelah bermesyuarat untuk
berbuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allahmengasihi orang-
orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali-Imran 3:159)
16
7.0 Hisbah
Pelaksanaan Hisbah di dalam tradisi Islam bermula sejak dari zaman Rasulullah lagi. Baginda
telah melantik pegawai-pegawai untuk mengawasi perjalanan pasar dan urusan perdagangan.
Mereka ini digelar ‘Penyelia Pasar’ (Sahib as-Suq) atau ‘Petugas di Pasar’ (al-Amil fil-Suq).
Bidang tugas mereka pada masa itu bertumpu kepada memastikan tidak berlaku penindasan
atau penipuan dan semua pihak patuh kepada sistem timbangan dan sukatan atau dengan kata
lain menjamin berlaku keadilan di dalam urusniaga.
7.1 Konsep Hisbah
Dari segi konsep, hisbah memberi makna mencongak, menyemak dan menilai pencapaian
diri dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran yang telah
diamanahkan. Amalan muhasabah diri untuk mengatasi dan memperbaiki kelemahan,
kekurangan , dan kecacatan sifat diri yang dimiliki.
7.2 Prinsip-prinsip Hisbah
Antara prinsip-prinsip hisbah termasuk :
 Mengawal, menyemak dan mengemas kini sistem pemerintahan dan pentadbiran
supaya dapat dipertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan khidmat yang
diberikan kepada rakyat.
 Menilai pencapaian prestasi dalam pentadbiran dan pengurusan supaya kelemahan,
kekurangan dan kesilapan diri dapat diatasi dan dibaiki.
 Mengukur kejayaan pemerintahan dan pentadbiran supaya pelaksanaan perancangan
menepati kehendak sasaran dan memenuhi matlamat yang diingini.
17
 Mengesan serta mengenal pasti masalah dan kesulitan yang menyebabkan kegagalan,
merancang tindakan dan mengatur strategi bagi mencari penyelesaian untuk mencapai
kejayaan.
 Mengetahui kesilapan dan kesalahan diri supaya dapat dilakukan pembetulan dan
memastikan permasalahan yang sama tidak akan berulang lagi.
 Menunjau pandangan, pendapat dan komen rakyat terhadap sesuatu dasar atau
rancangan yang diperkenalkan dan dilaksanakan oleh pemerintah atau pemimpin
dalam pemerintahan dan pentadbiran.
 Menyemak perkembangan serta menikuti perubahan bagi menentukan kejayaan
pelaksanaan sesuatu dasar atau perancangan.
 Mencegah dan membendung gejala-gejala buruk,amalan yang tidak sihat dan
perbuatan salah laku yang dihadapi dalam menerajui pemerintahan dan pentadbiran.
Hisbah merupakan aspek penting dalam sistem pemerintahan Islam. Amalan yang
dituntut supaya dipraktikan oleh seseorang ketua atau pemimpin dalam menerajui
kepimpinan ummah. Mekanisme penilaian yang paling berkesan bagi meningkatkan
kecekapan pemimpin dalam kepimpinan negara dan keberkesanan pentadbiran dalam
pengurusan organisasi kerajaan, Ciri penting pentadbiran dan pengurusan yang menentukan
kejayaan, kemajuan dan kecermelangan kepimpinan sesebuah kerajaan agensi atau
organisasi. Melalui muhasabah diri pemimpin terhadap kepimpinan segala permasalahan dan
kerumitan dapat ditangani. Kecacatan dan kepincangan pemerintahan dan pentadbiran boleh
diatasi dan diperbaiki.
18
8.0 Piagam Madinah
Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk
terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan
Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah
dari Makkah pula digelar Muhajirin ( golongan Pendatang ).Orang-orang Yahudi di Madinah
pula terbahagi kepada beberapa kumpulan.Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan
Nadir.
Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama
mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka
dihalau dari kampung halaman mereka.Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan
dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang
Munafik perlu menjadi musuh dalam selimut.Disamping itu pula orang-orang Musyrikin
Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan
orang-orang Islam.
Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat
perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam
pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.
19
8.1 Aspek utama Piagam Madinah
Pengakuan terhadap Rasullah S.A.W sebagai Ketua Negara madinah yang wajib
dipatuhi dan dihormati. Apa -apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk
bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun,
semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang
difikirkan berpatutan.
Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak
terpengaruh dengan apa – apa elemen yang tidak baik dari luar.Semua penduduk hendaklah
bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa -apa
serangan musuh.Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .Semua penduduk diberi
kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal
keagamaan.Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi
perlembagaan tersebut.
8.2 Kepentingan Piagam Madinah
Penerimaan Rasullah S.A.W sebagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan
kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana
penduduknyaterdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa-
apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari masa ke
semasa.
Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan
dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam.
Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah
20
sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan-kesalahan di luar
bidang kuasa ketua-ketua kaum berkenaan.
Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan
mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada
musuh-musuh Islam.Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku
bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini.
Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk.
Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas
umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w
ke Madinah.
Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah
menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah
menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams
ecara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya.
Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan
negara.Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat
sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan
negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam.
Piagam madinah memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu
penganut-penganut agama lain.Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas
mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul
dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan
21
juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang
bukan Islam memeluk agama Islam.
Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsungmengiktiraf kewujudan
Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai
Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang
Yahudi.
Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak
yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya
tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam,
seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab
Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir,
mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan
membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa
dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak.
Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara
pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India.Piagam Madinah merupakan piagam
bertulis pertama di dunia.Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam
pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang
memerintah dunia selama tujuh abad.Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana-
mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai
penduduk berbilang bangsa.
22
Kesimpulan
Dalam konteks pemerintahan dan pentadbiran Rasulullah adalah sebaik-baik
ikutan yang perlu diteladani. Namun, dewasa ini mengapa pejuang-pejuang Islam tidak
dapat lihat bahawa di dalam Islam itu sendiri ada sistem pemerintahannya sendiri. Apalah
ertinya hanya pandai melaungkan bahawa Islam itu syumul yang mencakupi semua
sistem hidup dari yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada yang sebesar-besarnya seperti
sistem pemerintahan negara. Tetapi dalam hal pemerintahan negara mereka merujuk
kepada barat. Sebabnya mereka mengatakan bahawa ini terpaksa. Tidak ada alternatif!
Adakah kita menganggap Islam tidak ada jalan keluar dalam sistem berpolitik.
Di dalam Al Quran Allah berfirman, maksudnya:
“Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang
lain. Tiadalah balasannya bagi mereka yang berbuat demikian melainkan ditimpakan
kehinaan di dunia manakala di hari Kiamat dicampakkan ke dalam azab yang pedih.
Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan” (Al Baqarah 85)
Kini, dapat kita menyaksikan betapa bukan barat sahaja yang musnah dik sistem
politik ciptaan mereka malah mana-mana negara sebelah timur yang menganut dan
melaksanakan sistem mereka itu juga membawa kemusnahan kepada kehidupan
masyarakat mereka. Khususnya yang dapat dilihat hari ini ialah bagaimana musnahnya
negara-negara di Timur Tengah. Sistem pemerintahan yang mereka amalkan bersandar
kepada sistem barat nyata tidak membawa masyarakat kepada kehidupan yang aman
makmur. Bukan sahaja tidak mendapat pengampunan Tuhan malah mendapat kemurkaan
dan penghinaan dari Tuhan.
23
Sampai bilakah kita terus terbawa-bawa melaksanakan sistem politik sekular ini
dalam pemerintahan negara? Walaupun masyarakat kita sudah sedar akan segala
kepincangan dan kerosakannya, sampai bilakah kita hendak biarkannya berterusan? Dan
sanggupkah kita melabelkan Islam tidak ada jalan keluar untuk memerintah negara?
Sebenarnya dalam sistem pemeritahan dunia yang hiruk pikuk dan kacau bilau
waktu ini, pemerintahan Islam adalah pemerintahan alternatif. Ia bukan saja alternatif
sebagai jalan keluar tetapi ia adalah pilihan yang hakiki kerana ia bukan pemerintahan
ciptaan manusia. Ia adalah pemerintahan ciptaan Allah yang bersandar kepadan Al Quran
dan Sunnah. Ia ada jaminan dari Allah untuk membawa manusia selamat di dunia dan
selamat di akhirat.
Allah berfirman dalam Al Quran, maksudnya:
“Negara yang aman makmur mendapat keampunan Tuhan” ( As Saba’: 15)
Lantaran itu, seharusnya kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan
dalam kehidupan seharian dalam segala urusan. Sebagai umat Islam sewajarnya kita
yakin bahawa Rasulullah SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek
kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari
aspek politik, sosial, ekonomi dan pertahanan. Kepimpinan Rasulullah SAW juga
terbukti telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur.
Oleh itu rakyat dan pemimpin dalam negara ini perlu bekerjasama untuk
menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang maju.
24
Rujukan
Abdul Aziz B Haji Harjin (2010). Pemerintahan Alternatif adalah Pentadbiran Rasulullah.
Abu Malaya Al-Hafiz (2009). Sejarah Lengkap Nabi & Rasul dalam Al-Quran. Kuala
Lumpur : Ar-Risalah Product Sdn.Bhd.
Di peroleh dari (2011): Fastnote.wordpress.com / Piagam Madinah.
Di peroleh dari (2010): http://az-esei-jan2010.blogspot.com/2010/04/sejarah-pentadbiran-
rasulullah-dalam_22.html
Ibrahim A. Rahman (2003). Perjuangan Rasulullah SAW. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar
Sdn. Bhd.

More Related Content

What's hot

Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Rashidah Abd Wahab
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam Mohd Kamal Jusoh
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daifdr2200s
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamEzad Azraai Jamsari
 
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...Qhaiyum Shah
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQGuru Sejarah PraU
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahIr Deena
 
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliThomas Mon
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)hudhud321
 
Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahakhmal ali
 
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidahNurul Fatin
 
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa KritisAkidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa KritisBudak Baik
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaEzad Azraai Jamsari
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliamira nurfahmida
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.jimoh370
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahsiti hajar pauzi
 
Ciri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikanCiri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikanNORFATEHAHBINTIESHAM
 

What's hot (20)

Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3Assignment mukjizat al quran 3
Assignment mukjizat al quran 3
 
peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam  peranan guru pendidikan islam
peranan guru pendidikan islam
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Hadith Daif
Hadith DaifHadith Daif
Hadith Daif
 
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan IslamZaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
Zaman Jahiliyyah dan Nabi Muhammad SAW Sebelum Kedatangan Islam
 
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...
Sejarah Tingkatan 4 - Bab 6: Pembentukan Kerajaan Islam & Sumbangannya (Keraj...
 
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQSUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
SUMBANGAN KHALIFAH ABU BAKAR AL-SIDDIQ
 
Kerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyahKerajaan bani umaiyah
Kerajaan bani umaiyah
 
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
 
Dakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAWDakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAW
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)
 
Kemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidahKemunculan aliran aliran akidah
Kemunculan aliran aliran akidah
 
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
186677588 modul-pim-3112-pengajian-akidah
 
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa KritisAkidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
Akidah, Syariah, Ibadah dan Akhlak..Suatu Analisa Kritis
 
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan CabarannyaWahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
Wahyu Dakwah Nabi Muhammad SAW di Makkah dan Cabarannya
 
Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian HudaibiyahPerjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Hudaibiyah
 
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithaliMencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
Mencontohi rasulullah sebagai pendidik mithali
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
 
Ciri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikanCiri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikan
 

Viewers also liked

Viewers also liked (11)

Bab10 tingkatan 1
Bab10 tingkatan 1Bab10 tingkatan 1
Bab10 tingkatan 1
 
KEPEMIMPINAN RASULULLAH
KEPEMIMPINAN RASULULLAHKEPEMIMPINAN RASULULLAH
KEPEMIMPINAN RASULULLAH
 
Bab 9-tingkatan 1
Bab 9-tingkatan 1Bab 9-tingkatan 1
Bab 9-tingkatan 1
 
Bab 6 tingkatan 1
Bab 6 tingkatan 1Bab 6 tingkatan 1
Bab 6 tingkatan 1
 
Ciri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammad
Ciri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammadCiri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammad
Ciri ciri dan bukti kepimpinan nabi muhammad
 
Bab 8 tingkatan 1
Bab 8 tingkatan 1Bab 8 tingkatan 1
Bab 8 tingkatan 1
 
Bab 11tingkatan 1
Bab 11tingkatan 1Bab 11tingkatan 1
Bab 11tingkatan 1
 
Kepimpinan rasulullah
Kepimpinan rasulullahKepimpinan rasulullah
Kepimpinan rasulullah
 
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAWKEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
KEPIMPINAN NABI MUHAMMAD SAW
 
Bab 4 tingkatan1
Bab 4 tingkatan1Bab 4 tingkatan1
Bab 4 tingkatan1
 
Bab 3 tingkatan 1
Bab 3 tingkatan 1Bab 3 tingkatan 1
Bab 3 tingkatan 1
 

Similar to Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02Operator Warnet Vast Raha
 
sistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamsistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamImanina Baim
 
Sistem Politik Islam dan Demokrasii
Sistem Politik Islam dan DemokrasiiSistem Politik Islam dan Demokrasii
Sistem Politik Islam dan Demokrasiiatuulll
 
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014MOHD ARIFF AB RAZAK
 
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Imran
 
tugasan pendidikan islam (1).docx
tugasan pendidikan islam (1).docxtugasan pendidikan islam (1).docx
tugasan pendidikan islam (1).docxsitiBaaieyah
 
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa KhulafaurrasyidinSejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa KhulafaurrasyidinSholiha Nurwulan
 
Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam
Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut IslamKelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam
Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut IslamAr Rayyan
 
Kelompok 7 pemimpin dan jabatan
Kelompok 7  pemimpin dan jabatanKelompok 7  pemimpin dan jabatan
Kelompok 7 pemimpin dan jabatan-
 
MAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAM
MAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAMMAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAM
MAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAMHerry Rachmat Safi'i
 
pembangunan insan
pembangunan insanpembangunan insan
pembangunan insanAzura Aziz
 
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarah
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan SejarahIran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarah
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarahestoreportal
 
Makalah Strategi Dakwah Di Zaman Modern UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Strategi Dakwah Di Zaman Modern UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docxMakalah Strategi Dakwah Di Zaman Modern UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Strategi Dakwah Di Zaman Modern UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docxZukét Printing
 
TUGAS MAKALAH SEJARAH 1 samudra pasai ( sabil ) (2).docx
TUGAS MAKALAH SEJARAH 1 samudra pasai ( sabil ) (2).docxTUGAS MAKALAH SEJARAH 1 samudra pasai ( sabil ) (2).docx
TUGAS MAKALAH SEJARAH 1 samudra pasai ( sabil ) (2).docxrdiopra
 
Bukti kerasulan muhammad saw
Bukti kerasulan muhammad sawBukti kerasulan muhammad saw
Bukti kerasulan muhammad sawRizky Faisal
 
Islam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia
Islam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan IndonesiaIslam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia
Islam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan IndonesiaRizky Faisal
 

Similar to Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam (20)

Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02
Ctu085sistemkehidupandalamislamgroupira 130917041834-phpapp02
 
sistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islamsistem kehidupan dalam islam
sistem kehidupan dalam islam
 
Sistem Politik Islam dan Demokrasii
Sistem Politik Islam dan DemokrasiiSistem Politik Islam dan Demokrasii
Sistem Politik Islam dan Demokrasii
 
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014
 
Pengertian islam
Pengertian islamPengertian islam
Pengertian islam
 
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
Syarah Pendek Usul 20 - Imam Hassan al Banna (IHAB)
 
tugasan pendidikan islam (1).docx
tugasan pendidikan islam (1).docxtugasan pendidikan islam (1).docx
tugasan pendidikan islam (1).docx
 
Pengurusan islam 2
Pengurusan islam 2Pengurusan islam 2
Pengurusan islam 2
 
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa KhulafaurrasyidinSejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
Sejarah Peradaban Islam Pada Masa Khulafaurrasyidin
 
Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam
Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut IslamKelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam
Kelayakan & Ciri2 Pemimpin Terbaik Menurut Islam
 
Absf4103 qawaid fiqhiyyah
Absf4103 qawaid fiqhiyyahAbsf4103 qawaid fiqhiyyah
Absf4103 qawaid fiqhiyyah
 
Kelompok 7 pemimpin dan jabatan
Kelompok 7  pemimpin dan jabatanKelompok 7  pemimpin dan jabatan
Kelompok 7 pemimpin dan jabatan
 
MAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAM
MAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAMMAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAM
MAKALAH PENDIDIKAN AGAMA ISLAM KARAKTERISTIK AJARAN ISLAM
 
pembangunan insan
pembangunan insanpembangunan insan
pembangunan insan
 
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarah
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan SejarahIran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarah
Iran - Penukaran Dari Sunni Menjadi Syiah: Ringkasan Sejarah
 
Makalah Strategi Dakwah Di Zaman Modern UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Strategi Dakwah Di Zaman Modern UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docxMakalah Strategi Dakwah Di Zaman Modern UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
Makalah Strategi Dakwah Di Zaman Modern UNZAH GENGGONG By_ Zuket Printing.docx
 
TUGAS MAKALAH SEJARAH 1 samudra pasai ( sabil ) (2).docx
TUGAS MAKALAH SEJARAH 1 samudra pasai ( sabil ) (2).docxTUGAS MAKALAH SEJARAH 1 samudra pasai ( sabil ) (2).docx
TUGAS MAKALAH SEJARAH 1 samudra pasai ( sabil ) (2).docx
 
Bukti kerasulan muhammad saw
Bukti kerasulan muhammad sawBukti kerasulan muhammad saw
Bukti kerasulan muhammad saw
 
Islam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia
Islam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan IndonesiaIslam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia
Islam saja - Kajian Islam Mahasiswa Universitas Pendidikan Indonesia
 
AKTUALISASI NILAI.pdf
AKTUALISASI NILAI.pdfAKTUALISASI NILAI.pdf
AKTUALISASI NILAI.pdf
 

More from Adilah Said

Unit 6 awal matematik dalam kurikulum prasekolah
Unit 6   awal matematik dalam kurikulum prasekolahUnit 6   awal matematik dalam kurikulum prasekolah
Unit 6 awal matematik dalam kurikulum prasekolahAdilah Said
 
Unit 5 bahasa matematik
Unit 5   bahasa matematikUnit 5   bahasa matematik
Unit 5 bahasa matematikAdilah Said
 
Unit 4 prinsip nctm
Unit 4   prinsip  nctmUnit 4   prinsip  nctm
Unit 4 prinsip nctmAdilah Said
 
Unit 3c geometri (bentuk dan ruang)
Unit 3c   geometri (bentuk dan ruang)Unit 3c   geometri (bentuk dan ruang)
Unit 3c geometri (bentuk dan ruang)Adilah Said
 
Unit 3b penyelesaian masalah (1)
Unit 3b  penyelesaian masalah (1)Unit 3b  penyelesaian masalah (1)
Unit 3b penyelesaian masalah (1)Adilah Said
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Adilah Said
 
Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)
Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)
Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)Adilah Said
 
Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematikAdilah Said
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)Adilah Said
 
Guru sebagai pengurus dan pemimpin
Guru sebagai pengurus dan pemimpinGuru sebagai pengurus dan pemimpin
Guru sebagai pengurus dan pemimpinAdilah Said
 
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanakFalsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanakAdilah Said
 

More from Adilah Said (14)

Unit 6 awal matematik dalam kurikulum prasekolah
Unit 6   awal matematik dalam kurikulum prasekolahUnit 6   awal matematik dalam kurikulum prasekolah
Unit 6 awal matematik dalam kurikulum prasekolah
 
Unit 5 bahasa matematik
Unit 5   bahasa matematikUnit 5   bahasa matematik
Unit 5 bahasa matematik
 
Unit 4 prinsip nctm
Unit 4   prinsip  nctmUnit 4   prinsip  nctm
Unit 4 prinsip nctm
 
Unit 3c geometri (bentuk dan ruang)
Unit 3c   geometri (bentuk dan ruang)Unit 3c   geometri (bentuk dan ruang)
Unit 3c geometri (bentuk dan ruang)
 
Unit 3b penyelesaian masalah (1)
Unit 3b  penyelesaian masalah (1)Unit 3b  penyelesaian masalah (1)
Unit 3b penyelesaian masalah (1)
 
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
Teori pembelajaran dan perkembangan kanak kanak ( nota en.safar)
 
Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)
Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)
Perkembangan pemikiran matematik kanak kanak (1)
 
Kspk
KspkKspk
Kspk
 
Konsep asas matematik
Konsep asas matematikKonsep asas matematik
Konsep asas matematik
 
Pengajian islam
Pengajian islamPengajian islam
Pengajian islam
 
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK  (ETD 1113)
PSIKOLOGI PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK (ETD 1113)
 
Guru sebagai pengurus dan pemimpin
Guru sebagai pengurus dan pemimpinGuru sebagai pengurus dan pemimpin
Guru sebagai pengurus dan pemimpin
 
Bahasa arab
Bahasa arabBahasa arab
Bahasa arab
 
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanakFalsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Falsafah dan Pendidikan Awal Kanak-kanak
 

Recently uploaded

Kel. 4 Administrasi Keuangan.pdf di sekolah
Kel. 4 Administrasi  Keuangan.pdf di sekolahKel. 4 Administrasi  Keuangan.pdf di sekolah
Kel. 4 Administrasi Keuangan.pdf di sekolahaisyahnurul2408
 
materi geografi kelas x semester genap kurikulum merdeka
materi geografi kelas x semester genap kurikulum merdekamateri geografi kelas x semester genap kurikulum merdeka
materi geografi kelas x semester genap kurikulum merdekaAstriDiniaAgustina1
 
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan muridAksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan muridYusnelMarni
 
PAI SD 1_BAB 9. pendidikan agama islam tentang bersuci
PAI SD 1_BAB 9.  pendidikan agama islam tentang bersuciPAI SD 1_BAB 9.  pendidikan agama islam tentang bersuci
PAI SD 1_BAB 9. pendidikan agama islam tentang bersucietiernawati20
 
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1LailaTulangRusukMaha
 
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...Shoffan shoffa
 
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxPaket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxDarmiahDarmiah
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxYusufAmirudin3
 
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahmateri pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahkrisdanarahmatullah7
 
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)RezaWahyuni6
 
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxSasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxFidelaNiam
 
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKcontoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKTaufik241763
 
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptxanisakhairoza
 
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daMenyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daWijaya Kusumah
 
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas Xyova9dspensa
 
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAH
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAHPANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAH
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAHNurul Nuha MS
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIsyedharis59
 

Recently uploaded (20)

Kel. 4 Administrasi Keuangan.pdf di sekolah
Kel. 4 Administrasi  Keuangan.pdf di sekolahKel. 4 Administrasi  Keuangan.pdf di sekolah
Kel. 4 Administrasi Keuangan.pdf di sekolah
 
Persiapandalam Negosiasi dan Loby .pptx
Persiapandalam  Negosiasi dan Loby .pptxPersiapandalam  Negosiasi dan Loby .pptx
Persiapandalam Negosiasi dan Loby .pptx
 
materi geografi kelas x semester genap kurikulum merdeka
materi geografi kelas x semester genap kurikulum merdekamateri geografi kelas x semester genap kurikulum merdeka
materi geografi kelas x semester genap kurikulum merdeka
 
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan muridAksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
 
PAI SD 1_BAB 9. pendidikan agama islam tentang bersuci
PAI SD 1_BAB 9.  pendidikan agama islam tentang bersuciPAI SD 1_BAB 9.  pendidikan agama islam tentang bersuci
PAI SD 1_BAB 9. pendidikan agama islam tentang bersuci
 
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptxELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
 
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
Power point Materi Pembelajaran Kelas 3 TEMA 7 SUB 2 PB 1
 
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
Implementasi Model pembelajaran STEAM Holistik-Integratif Berbasis Digital Me...
 
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxPaket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
 
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptxUTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
UTS CT (ppg prajabatan gelombang 1 tahun 2023).pptx
 
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptxDEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
DEFINISI DAN KONTEKS MANAJEMEN ISU DAN KRISIS.pptx
 
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrahmateri pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
materi pondok romadon sekolah dasar dengan materi zakat fitrah
 
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)
Materi Pertemuan 1.pdf (Pengantar Pendidikan Pancasila di Perguruan Tingg)
 
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptxSasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
Sasaran dan Pengembangan Sikap Profesional Guru.pptx
 
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIKcontoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
contoh DOKUMEN AKSI NYATA DALAM HAL PENERAPAN COACHING KEPADA PESERTA DIDIK
 
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
573323880-PPT-Nasionalisme-dan-Anti-Korupsi.pptx
 
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus daMenyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
Menyiapkan Guru Masa Depan yang Bagus da
 
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas XPowerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
Powerpoint tentang Kebutuhan Manusia kelas X
 
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAH
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAHPANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAH
PANDUAN MENGISI KAD HIJAU KAD RAWATAN SEKOLAH
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
 

Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam

  • 1. 1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL DIPLOMA PENDIDIKAN PENGAJIAN PRASEKOLAH (MPW 1143) Pengajian Islam Tugasan Kumpulan Rasulullah S.A.W sebagai model utama dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Islam Disemak Oleh ; Ustazah Wan Yusnee Bt Wan Abdullah Disediakan Oleh; Noor Adilah Bt Said 3131000411 Nur Fazilah Bt Hashim 3131002281 Nur Halisa Bt Mohd Basri 3131002231 Nur Qurratulaini Bt Nazli 3131000891 Nor Aina Bt Mansor 3131003131 Suraya Bt Saiful Anuar 3131001581 Tarikh Serahan ; 22 October 2013
  • 2. 2 PENGHARGAAN Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ALLAH S.W.T, selawat serta salam buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W yang membawa rahmat ke seluruh alam. Dengan izin dan kehendakNya, kami dapat menyiapkan dan menjayakan tugasan ini dengan mudah. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa kami yang telah banyak memberikan galakkan dan dorongan kepada kami untuk terus sabar dalam melaksanakan tugasan yang diberikan kepada kami. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami yang mengajar kami dalam kursus Pengajian Islam (MPW 1143) iaitu Ustazah Wan Yusnee Bt Wan Abdullah yang telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar serta pelbagai panduan kepada kami dalam menyiapkan tugasan kami ini. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan kami iaitu Noor Adilah Said, Nur Fazilah Hashim, Nur Halisa Mohd Basri, Nur Qurratulaini Bt Nazli, Nor Aina Bt Mansor, dan Suraya Bt Saiful Anuar yang telah memberi kerjasama yang baik sepanjang menyiapkan tugasan kumpulan yang telah diberikan ini.
  • 3. 3 SENARAI KANDUNGAN PENGHARGAAN SENARAI KANDUNGAN PENDAHULUAN ................................................................................................................ 1-2 1.0 Konsep Kepimpinan Islam ............................................................................................. 3-4 2.0 Prinsip pemerintahan Islam ............................................................................................ 5-6 3.0 Peranan Rasulullah SAW sebagai Pemimpin ................................................................ 7-8 4.0 Strategi Rasulullah SAW ............................................................................................ 9-10 5.0 Kepimpinan di era Rasulullah SAW ......................................................................... 10-11 6.0 Syura ............................................................................................................................... 12 7.0 Hisbah ....................................................................................................................... 13-14 7.1 Konsep Hisbah 7.2 Prinsip-prinsip Hisbah KESIMPULAN ................................................................................................................. 15-16 RUJUKAN.............................................................................................................................. 17
  • 4. 4 Pendahuluan Kepimpinan Rasulullah merupakan model pemerintahan kurun terbaik dlm sejarah Islam dan mengandungi ‘qudwah hasanah. “Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik” (al Ahzab: 21) Rasulullah SAW selain sebagai seorang Rasul yang membawa risalah Allah SWT, baginda juga seorang pemimpin negara yang berkuasa dan memerintah dengan menerapkan hukum-hukum Allah SWT yang diwahyukan kepada baginda. Allah SWT berfirman : “Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu…” (QS. Al Maidah : 48) Rasulullah SAW merupakan ketua negara Islam yang pertama. Pemerintahan Rasulullah SAW juga tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur’an iaitu mendaulatkan hukum Allah, menegakkan keadilan, kebebasan dan ketelusan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, membina perpaduan dan menjamin keamanan dan keharmonian. Sesungguhnya perjuangan Rasulullah SAW itu adalah perjuangan yang sejagat sifatnya. Setelah Rasulullah SAW meruntuhkan berhala-berhala batu yang menjadi sembahan manusia maka kita lihat bahawa Rasulullah SAW tidak berhenti di situ sahaja kerana di sana terdapat berbagai berhala yang perlu dihancurkan di muka bumi Allah ini. Perjuangan Rasulullah SAW tidak hanya menghancurkan berhala-berhala yang َ‫ر‬ ‫ى‬ِ‫ف‬ ۡ‫م‬ُ‫ك‬َ‫ل‬ َ‫ان‬َ‫ك‬ ۡ‫د‬َ‫ق‬َّ‫ل‬ٌ‫َة‬‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ٌ‫ة‬ َ‫و‬ۡ‫س‬ُ‫أ‬ ِ َّ‫ٱَّلل‬ ِ‫ل‬‫و‬ُ‫س‬
  • 5. 5 berjumlah 360 jenis itu sahaja tetapi perjuangan Rasulullah SAW itu meruntuhkan berhala-berhala manusia,berhala-berhala idealogi, berhala-berhala sistem yang menjadikan manusia hamba kepada manusia. Risalah Islam ini membawa manusia kepada pengabdian yang sebenarnya kepada Allah SWT. Berhala-berhala ini menjadi musuh kepada Islam hinggalah ke hari kiamat dan taklif risalah ini tertanggung di setiap orang muslim di setiap zaman dan tempat. Rasulullah SAW telah mencanai suatu bentuk rupa manusia Islam yang menjadi model di seluruh alam sebagai suatu alternatif kepada keruntuhan tamadun manusia di setiap zaman dan masa. Contoh-contoh peribadi itu adalah suri teladan yang hidup dan umpama mata air yang mengalir yang akan menghilangkan dahaga bagi sesiapa yang meminumnya. Tamadun umat Islam ini akan menjadi segar jika umat Islam menghirup mata air bersih yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW ini. Dari seluruh huraian di atas, maka terbukti bahwa Rasulullah SAW telah membangun suatu struktur pemerintahan negara Islam yang kukuh. Tuntasnya tugasan ini berusaha merujuk kepada ayat-ayat al-Qur'an dan sunnah Rasul yang kedua-dua sumber ini telah menggariskan berbagai asas utama kehidupan menurut syariat Islam dari sudut politik, ekonomi, sosial, budaya, dan pertahanan dan keamanan (jihad).
  • 6. 6 1.0 Konsep Kepimpinan Islam Islam adalah ‘al-din’ iaitu agama yang merangkumi bukan sahaja ibadat khusus, tetapi ia juga suatu sistem hidup yang merangkumi bidang-bidang lain seperti muamalat, sistem sosial dan sistem politik. Lantaran itu, konsep kepimpinan juga menjadi tajuk yang diperbincangkan oleh para ulama’, sejarawan dan ilmuwan-ilmuwan Islam dari dahulu hingga sekarang. Ia diperbincangkan di bawah tajuk ‘imamah’, ‘khalifah’ dan tajuk-tajuk lain seumpamanya. Kertas ini akan cuba melihat konsep kepimpinan Islam serta tanggungjawab mereka seperti yang dibincangkan oleh para sejarawan dan ilmuwan Islam . Islam menganggap setiap seorang Muslim yang mukallaf sebagai pemimpin. Sekurang-kurangnya mereka adalah pemimpin bagi diri mereka, dan keluarga mereka. Dengan sebab seseorang itu dianggap pemimpin bagi dirinya, beliau tidak boleh mencampakkan dirinya dalam kemusnahan atau dalam bahaya. Tetapi tumpuan kita ini adalah kepimpinan kepada masyarakat umum. Dalam hal ini Rasulullah SAW ada bersabda yang maksudnya: “Jika tiga orang keluar bermusafir, maka hendaklah salah seorang dari mereka di lantik menjadi ketua.” Kalau bagi kumpulan tiga orang pun perlu dilantik seorang ketua, apa lagi keperluan bagi satu kaum, bangsa, Negara dan Umat ini. Keperluan ketua atau pemimpin ini adalah jelas, iaitu untuk menjalankan syariat Allah di muka bumi ini, terutama suruhan-suruhan yang berkaitan dengan tugas penguasa, juga untuk memberi pengarahan, menjaga kebajikan dan keselamatan mereka,mengatur penggunaan sumber,
  • 7. 7 menjalankan usaha untuk kemuslahatan ramai, dan mengelak dari berlakunya pertelingkahan antara mereka. Di samping itu, jika kita melihat kepada tanggungjawabnya, kita perlu mengambil perhatian kepada peringatan Rasulullah SAW, di mana Baginda ada bersabda yang maksudnya ialah: “Setiap kamu adalah pengembala dan setiap pengembala akan ditanya tentang pengembalaannya. Seorang pemimpin adalah pengembala dan beliau akan ditanya tentang rakyatnya, seorang lelaki (suami) adalah pemimpin keluarganya, dan beliau akan ditanya tentang anggota keluarganya, seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya, dan beliau akan ditanya tentang kepimpinannya, pembantu rumah adalah pemimpin (penjaga) harta-benda tuannya, dan beliau akan ditanya tentang keselamatan harta-benda tersebut.” Pada prinsipnya, walaupun seseorang itu dianggap pemimpin, mereka tetap tertakluk kepada sifat-sifat mahmudah seperti yang dikehendaki bagi setiap orang Muslim, seperti sifat amanah, ikhlas, jujur, tekun, dedikasi, rajin, suka beribadat, suka beribadat waktu malam, belas kasihan, suka tolong menolong, suka berderma, bekerjasama, nasihat menasihati dan pada umumnya menjalankan tugas amr makruf nahi mungkar. Sebaliknya pula beliau hendaklah meninggalkan sifat-sifat buruk seperti nifaq, suka melakukan atau merela orang melakukan perbuatan maksiat dan sifat-sifat lain yang dibenci oleh Syara’. Di samping itu, beliau dipertanggungjawabkan bagi setiap perlakuan dan perbuatannya sebagai pemimpin.
  • 8. 8 2.0 Prinsip pemerintahan Islam Politik atau perkara berkaitan dengan kepimpinan dan kenegaraan merupakan satu bidang yang amat rumit serta berisiko tinggi. Setiap individu yang melibatkan diri dalam bidang ini perlu bersedia menghadapi risiko apabila gagal menunaikan tugas kepimpinan memerintah negara. Jawatan pemimpin dan pemerintah bukan merupakan satu pekerjaan yang kekal atau berbentuk warisan. Jawatan ini adalah berkaitan dengan amanah Allah kepada individu yang mempunyai kebolehan, kepakaran dan kebijaksanaan dalam mengendalikan urusan kemasyarakatan dan kenegaraan. Dalam arena politik dan kepimpinan, kerjasama di antara pemimpin dan rakyat merupakan satu prinsip kepimpinan yang tidak boleh diabaikan. Islam memperkenalkan sistem kepimpinan dan pemerintahan berlandaskan kepada amanah sebagai khalifah Allah di muka bumi ini. Setiap umat Islam mempunyai tugas masing-masing dalam mengendalikan urusan keduniaan berlandaskan kepada wahyu dan kepimpinan Rasulullah SAW. Pemimpin atau pemerintah dianggap sebagai wakil rakyat untuk mengendalikan urusan kenegaraan dan kemasyarakatan berdasarkan kepada prinsip kepimpinan dalam Islam seperti mana dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat baginda. Dalam Islam, pentadbiran dan pemerintahan mestilah berdasarkan kepada prinsip- prinsip berikut: a) Keadilan. Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Dalam Al-Quran, adil bermaksud tidak zalim. Orang yang melanggar perintah Allah dianggap zalim
  • 9. 9 (menzalimi) diri sendiri. Orang yang melakukan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya ialah orang yang adil. b) Mendapat keredhaan Allah. Aktiviti yang dilaksanakan dalam pentadbiran bukan bertujuan duniawi atau untuk mendapatkan penghormatan dari manusia. Apa yang penting menunaikan tanggungjawab untuk mendapat keredhaan Allah. c) Menegakkan yang maaruf. Segala tindakan hendaklah menuju kearah kebaikan tidak bertentangan dengan prinsip ajaran Islam dan mencegah kemungkaran. Tidak berlaku dalam pemerintahan sesuatu sifat menentang dan melakukan maksiat kepada Allah. Sebaliknya pentadbiran itu bertujuan menghapuskan segala bentuk maksiat dan kezaliman d) Tunduk kepad perintah Allah. Segala perancangan dan pelaksanaan hendaklah dengan perasaan tunduk kepada Allah (melakukannya kerana menurut perintah Allah). Berdasarkan kepada prinsip dan konsep kepimpinan dan pemerintahan dalam Islam maka diharapkan setiap pemimpin dan pentadbir dalam negara ini menumpukan perhatian kepada tugas dengan sebaik mungkin semoga sumbangan dan pengorbanan mereka direstui oleh rakyat dan diberkati oleh Allah.
  • 10. 10 3.0 Peranan Rasulullah SAW sebagai Pemimpin Rasulullah adalah pemimpin agung umat Islam. Baginda merupakan pemimpin pertama yang menegakkan negara Islam di Madinah. Baginda juga pemimpin dalam masyarakat, pemimpin dalam solat, pemerintah tentera dan panglima dalam peperangan. Maka demikian banyaknya tugas dan tanggungjawab baginda sebagai pemimpin. Antaranya tugas dan tanggungjawab yang dilakukan oleh Baginda bagi memantapkan kepimpinannya ialah: a) Membina Masjid : Masjid merupakan institusi sosial yg cukup penting yg berfungsi sebagai pusat pembentukan masyarakat, pembinaan komuniti, pusat ilmu, pusat pentadbiran, perbincangan, mendamaikan pergaduhan, pengadilan (mahkamah) dan sebagainya. b) Mengukuhkan Persaudaraan : Baginda menyatukan semua penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama di bawah panji-panji dan menghapuskan asabiyah. c) Mempersaudarakan antara Muhajirin dan Ansar : Baginda menggalakkan mereka saling bantu membantu dalam apa jua keadaan. d) Membuat perjanjian dengan orang bukan Islam : Baginda membuat perjanjian antara muslim dan kafir untuk bersama-sama menjaga kedamaian Madinah yang baru ditubuhkan. e) Membentuk Dasar : Baginda menyusun dan membentuk dasar pemerintahan kerajaan Islam yang baru itu.
  • 11. 11 f) Meletakkan Sistem Masyarakat : Baginda meletakkan dasar bagi sistem sosial, ekonomi dan politik bagi membentuk dan melahirkan masyarakat yang merangkumi hak- hak keadilan dan kebebasan seluruh penduduk Madinah. g) Menubuhkan Stuktur Pemerintahan : Baginda membentuk organisasi kerajaan yang merangkumi pelbagai jawatan, melantik pegawai dan kakitangan di peringkat pusat dan wilayah. h) Menubuhkan Institusi Percukaian : Baginda membentuk sistem kewangan yang merangkumi sumber kewangan, percukaian, zakat, jizyah, sedekah, ghanumah dan lain-lain. i) Mengembangkan Islam : Baginda menghantar utusan kpd penduduk-penduduk luar Madinah, pembesar-pembesar Arab dan ketua-ketua negara di Semenanjung Tanah Arab untuk menyeru mereka memeluk Islam. Sebahagian dari mereka menerima Islam dan ada juga yang menolak Islam. j) Menunjuk contoh yang baik : Baginda sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada orang Islam dan bukan Islam. Sikap dan peribadi Baginda itu telah menawan hati ramai orang bukan Islam yang akhirnya mereka memeluk agama Islam.
  • 12. 12 4.0 Strategi Rasulullah SAW Allah SWT mengutus Rasulullah SAW ketika manusia berada dalam kegelapan, kezaliman dan kejahiliyahan. Rasulullah SAW datang ke dunia ini dengan membawa agama Islam yang inti ajarannya dapat kita ringkas atas tiga hal, yaitu akidah, ibadah dan sistem. Akidah dapat tegak dengan mentauhidkan Allah dalam uluhiyah, rububiyah dan asma wa sifat. Uluhiyah adalah beribadah hanya kepada Allah saja, rububiyah adalah mengesakan Allah dalam penciptaan dan pengaturan semua urusan jagat raya, sedangkan asma wa sifat adalah meyakini bahawa semua sifat Allah Esa dan Sempurna. Ibadah berkait dengan semua aktiviti, ucapan dan fikiran yang ditujukan hanya bertujuan untuk mencari redha Allah. Dalam hal sistem, selain mengajarkan akidah tauhid, Islam datang membawa sistem untuk mengatur semua aspek kehidupan meliputi bidang agama, ekonomi, sosial, politik, budaya, pendidikandan lain-lain. Rasulullah SAW telah mentadbir negara Islam sejak awal turunnya wahyu Islam. Bahkan, baginda juga telah meletakkan urusan dalam negeri, dan luar negeri.Strategi berikut ini dibuat sebelum dan setelah hijrah. i. Rasulullah SAW memberikan motivasi kepada kaum Quraisy agar dapat memimpin dunia jika mau mengucapkan dan mengamalkan la ilaha illallah. ii. Hijrah ke Habasyah. Ini adalah strategi politik yang diambil oleh Rasulullah SAW, iaitu memerintahkan beberapa sahabat hijrah ke Habasyah untuk menghindari seksaan dan intimidasi.
  • 13. 13 iii. Persaudaraan. Rasulullah SAW mengadakan sistem persaudaraan antar sahabat muhajirin sebelum hijrah di Mekah. Hal itu tiada lain kecuali dalam rangka program keagamaan, politik dan sosial yang bertujuan melenyapkan kesukuan dan perbedaan status sosial. Hasilnya, terjadilah persaudaraan antara Paman Hamzah dan Zaid bin Haritsah, antara Ubaidah bin Harits dan Bilal dan lain-lain. Langkah ini merupakan fenomena yang sangat indah untuk persamaan manusia dalam pandangan Islam. iv. Meminta bantuan dari kabilah, sebagaimana yang terjadi ketika Rasulullah SAW pulang dari Taif dengan jaminan Al-Muthim bin Adi. v. Rasulullah SAW Hijrah setelah Allah mengizinkan Rasulullah SAW hijrah kerana situasi dan kedudukan telah meragukan. Apabila di Madinah Munawarah banyak orang masuk Islam termasuk orang-orang Yahudi. 5.0 Kepimpinan di era Rasulullah s.a.w. Kepimpinan di bawah Rasulullah SAW kerana mendapat wahyu dari Allah SWT. Rakyat dicorakkan melalui tauhid, melalui usaha dakwah yang berterusan. Manakala, wilayah diperolehi dengan usaha mencari tapak yang sesuai dan yang paling ‘subur’ iaitu Yathrib(Madinah), setelah usaha-usaha mencari seperti di Habsyah, dan Taif didapati tidak sesuai. Demikian juga usaha Rasulullah saw berjumpa penduduk Hadramaut dan Yaman yang datang ke Mekah di musim haji juga tidak menghasilkan natijah yang diperlukan. Hijrah membuka peluang untuk Rasulullah SAW merancang sebuah negara dengan pentadbiran yang mantap.
  • 14. 14 Setelah itu, Rasulullah SAW mewujudkan Perlembagaan bertulis yang pertama di dunia iaitu Perlembagaan Madinah. Masjid Madinah menjadi pusat pemerintahan, pentadbiran dan pengurusan negara Islam yang diterajui oleh Rasulullah SAW, di samping menjadi pusat dakwah, agama, sosial, ibadat, menerima tetamu dan diplomat asing dan hatta mengadakan perjanjian dengan suku kaum lain yang datang ke Madinah, memeluk Islam dan berbai’ah. Rasulullah mengutamakan syura dalam pengurusannya. Ahli Syura terdiri dari tujuh orang Muhajirin dan tujuh orang Ansar, di antaranya Abu Bakar, Omar, Ali, Ibnu Mas’ud, Salman, Hamzah, Jaafar, Khuzaifah, Abu Zar, Iqdad, Bilal dan lainnya. Kekuasaan Rasulullah SAW sebagai Ketua Negara. Baginda juga Ketua Hakim dan Ketua Panglima Perang. Baginda mengamalkan pengurusan secara decentralisasi. Walaubagaimanapun setiap perlantikan seperti perlantikan Gabenor, Panglima Perang, hakim-hakim dan lain-lain dilakukan dengan terancang dan secara hati-hati dengan mengambilkira kemampuan, wara’, ‘alim dan mempunyai peribadi yang kuat dan berwibawa. Umpamanya Zaid bin Tsabit dilantik sebagai penulis wahyu dan juga sebagai jurubahasa bahasa-bahasa asing, Ali bin Abi Talib dan Mu’az bin Jabal dilantik sebagai hakim wilayah, Abu Sufyan sebagai Gabenor di Najran, ‘Itab bin ‘Usaid sebagai Gabenor di Mekah dan sebagainya.
  • 15. 15 6.0 Syura Syura adalah suatu kaedah dan prinsip penting yang diajar oleh agama Islam dalam melahirkan masyarakat Islam yang membangun, maju, stabil dan adil.Konsep Syura sangat luas merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia, dariperkara berkaitan kehidupan harian hingga pemerintahan negara. Syura adalah prinsip fitrah yang wujud dalam jiwa manusia. Manusia sukakan urusan mereka dibincangkandengan meneliti pelbagai pandangan. Manusia tidak suka dipaksa dengan cara alim dan menekankan kepentingan mereka.Pelaksanaan Syura oleh pemerintahan negara Islam menjadi fardhu yang telahsabit secara jelas oleh al-Quran, al-Sunnah serta disepakati oleh para ulama. Para ulama menyatakan Syura adalah suatu keperluan. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Syura diserahkan kepada kebijaksanaan kepimpinan Islam yang perlu disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan perubahan zaman.Syura dianggap suatu keperluan kerana semua manusia memerlukanperbincangan bahkan ianya boleh disifatkan suatu kemestian kerana wujudnya perbezaan pendapat, pandangan dan pengalaman antara satu dengan yang lainnya.Perbincangan mampu melahirkan suatu keputusan yang terbaik berbanding pendapat individual. Syura mula diperkenalkan oleh Rasulullah SAW dan kemudiannya diteruskan olehpara Khulafa’ ar-Rashidin selepas kewafatan beliau. Perintah melaksanakan Syura didalam setiap urusan politik dan pemerintahan telah disebutkan oleh Allah AWT melalui ayat: “... dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (setelah bermesyuarat untuk berbuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allahmengasihi orang- orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali-Imran 3:159)
  • 16. 16 7.0 Hisbah Pelaksanaan Hisbah di dalam tradisi Islam bermula sejak dari zaman Rasulullah lagi. Baginda telah melantik pegawai-pegawai untuk mengawasi perjalanan pasar dan urusan perdagangan. Mereka ini digelar ‘Penyelia Pasar’ (Sahib as-Suq) atau ‘Petugas di Pasar’ (al-Amil fil-Suq). Bidang tugas mereka pada masa itu bertumpu kepada memastikan tidak berlaku penindasan atau penipuan dan semua pihak patuh kepada sistem timbangan dan sukatan atau dengan kata lain menjamin berlaku keadilan di dalam urusniaga. 7.1 Konsep Hisbah Dari segi konsep, hisbah memberi makna mencongak, menyemak dan menilai pencapaian diri dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran yang telah diamanahkan. Amalan muhasabah diri untuk mengatasi dan memperbaiki kelemahan, kekurangan , dan kecacatan sifat diri yang dimiliki. 7.2 Prinsip-prinsip Hisbah Antara prinsip-prinsip hisbah termasuk :  Mengawal, menyemak dan mengemas kini sistem pemerintahan dan pentadbiran supaya dapat dipertingkatkan tahap kecekapan dan keberkesanan khidmat yang diberikan kepada rakyat.  Menilai pencapaian prestasi dalam pentadbiran dan pengurusan supaya kelemahan, kekurangan dan kesilapan diri dapat diatasi dan dibaiki.  Mengukur kejayaan pemerintahan dan pentadbiran supaya pelaksanaan perancangan menepati kehendak sasaran dan memenuhi matlamat yang diingini.
  • 17. 17  Mengesan serta mengenal pasti masalah dan kesulitan yang menyebabkan kegagalan, merancang tindakan dan mengatur strategi bagi mencari penyelesaian untuk mencapai kejayaan.  Mengetahui kesilapan dan kesalahan diri supaya dapat dilakukan pembetulan dan memastikan permasalahan yang sama tidak akan berulang lagi.  Menunjau pandangan, pendapat dan komen rakyat terhadap sesuatu dasar atau rancangan yang diperkenalkan dan dilaksanakan oleh pemerintah atau pemimpin dalam pemerintahan dan pentadbiran.  Menyemak perkembangan serta menikuti perubahan bagi menentukan kejayaan pelaksanaan sesuatu dasar atau perancangan.  Mencegah dan membendung gejala-gejala buruk,amalan yang tidak sihat dan perbuatan salah laku yang dihadapi dalam menerajui pemerintahan dan pentadbiran. Hisbah merupakan aspek penting dalam sistem pemerintahan Islam. Amalan yang dituntut supaya dipraktikan oleh seseorang ketua atau pemimpin dalam menerajui kepimpinan ummah. Mekanisme penilaian yang paling berkesan bagi meningkatkan kecekapan pemimpin dalam kepimpinan negara dan keberkesanan pentadbiran dalam pengurusan organisasi kerajaan, Ciri penting pentadbiran dan pengurusan yang menentukan kejayaan, kemajuan dan kecermelangan kepimpinan sesebuah kerajaan agensi atau organisasi. Melalui muhasabah diri pemimpin terhadap kepimpinan segala permasalahan dan kerumitan dapat ditangani. Kecacatan dan kepincangan pemerintahan dan pentadbiran boleh diatasi dan diperbaiki.
  • 18. 18 8.0 Piagam Madinah Pada masa ketibaan Rasullah s.a.w di Madinah terdapat dua golongan penduduk terbesar, iaitu orang Arab dan Yahudi. Orang Arab Islam, terdiri dari suku kaum Aus dan Khzaraj digelar sebagai Ansar ( Golongan Penolong ) dan orang Arab Quraisy yang berhijrah dari Makkah pula digelar Muhajirin ( golongan Pendatang ).Orang-orang Yahudi di Madinah pula terbahagi kepada beberapa kumpulan.Antaranya ialah bani Qainuqa, Quraizah dan Nadir. Orang-orang Ansar dari suku kaum Aus dan Khazraj sentiasa berselisih faham sesama mereka sejak zaman berzaman lagi. Orang Muhajirin pula terlalu miskin kerana mereka dihalau dari kampung halaman mereka.Orang-orang Yahudi sentiasa bersikap permusuhan dan sentiasa menghasut dan mengkhianati Rasullah s.a.w dan pengikutnya. Orang-orang Munafik perlu menjadi musuh dalam selimut.Disamping itu pula orang-orang Musyrikin Quraisy di Makkah sentiasa membuat pelbagai usaha untuk menghancurkan agama Islam dan orang-orang Islam. Untuk mententeramkan keadaan gawat di Madinah, Rasullah s.a.w membuat perjanjian dengan seluruh Penduduk di Madinah dan menulis satu paiagam negara Islam pertama yang disebut sebagai Sahifah al-Madinah.
  • 19. 19 8.1 Aspek utama Piagam Madinah Pengakuan terhadap Rasullah S.A.W sebagai Ketua Negara madinah yang wajib dipatuhi dan dihormati. Apa -apa masalah besar antara penduduk Islam dengan penduduk bukan Islam mestilah dirujuk kepada ketua negara untuk diselesaikan. Walaubagaimana pun, semua ketua kaum mempunyai hak untuk menyelesaikan masalah mereka sendiri secara yang difikirkan berpatutan. Semua penduduk Madinah hendaklah hidup sebagai satu Ummah yang tidak terpengaruh dengan apa – apa elemen yang tidak baik dari luar.Semua penduduk hendaklah bersatu-pada, berkerjasama, dan bertanggungjawab mempertahankan negara dari apa -apa serangan musuh.Wahyu sebagai sumber piagam termasuk tradisi .Semua penduduk diberi kebebasan mengamalkan agama masing – masing, dan tiada gangguan dan paksaan dalam hal keagamaan.Keselamatan semua penduduk adalah terjamin selama mereka mematuhi perlembagaan tersebut. 8.2 Kepentingan Piagam Madinah Penerimaan Rasullah S.A.W sebagi Ketua Negara Madinah telah menaikkan kedudukan baginda sebagai pemimpin di dalam sebuah negara yang mana penduduknyaterdiri dari pelbagai bangsa. Baginda mempunyai kuasa untuk memutuskan apa- apa dasar negara dan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang timbul dari masa ke semasa. Pengekalan struktur kekeluargaan masyarakat Madinah yang tidak bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian darinya mengikut hukum-hukum Islam. Ketua-ketua kaum tetap mempunyai autority terhadap kaumnya dan Rasullah s.a.w adalah
  • 20. 20 sebagai Ketua hakim yang akan memutuskan hukumaan terhadap kesalahan-kesalahan di luar bidang kuasa ketua-ketua kaum berkenaan. Orang-orang Islam diwajibkan hidup bermasyarakat sesama mereka secara aman dan mereka hendaklah membantu saudara seagama dan ditegah membantu dan berpihak kepada musuh-musuh Islam.Piagam Madinah telah menyatukan dan mendamaikan antara suku-suku bangsa Arab di Madinah yang sentiasa bertelagah sebelum ini. Memberi kebebasan menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk. Peraturan ini dibuat untuk mengelak pemboikotan ekonomi oleh orang-orang Yahudi ke atas umat Islam seperti yang dilakukan oleh kaum Quraisy Makkah sebelum hijrah Rasullah s.a.w ke Madinah. Kebebasan dalam kegiatan perniagaan dan keadaan yang aman di Madinah telah menarik minat pedagang-pedagang luar untuk datang ke Madinah. Akhirnya Madinah telah menjadi pusat perdagangan penting di Semenanjung Tanah Arab. Dengan itu, umat Islams ecara beransur-ansur telah menguasai ekonomi Madinah dan di kawasan persekitarannya. Semua penduduk Madinah bertanggungjawab memelihara keamanan dan keselamatan negara.Dengan peruntukan piagam ini, orang-orang Yahudi tidak lagi boleh membuat sebarang pakatan dengan orang Quraisy Makkah dan mereka diwajibkan mempertahankan negara dari ancaman luar bersama-sama dengan orang Islam. Piagam madinah memberikan kebebasan beragama dan tidak boleh menganggu penganut-penganut agama lain.Dengan kebebasan beragama ini, orang-orang Islam bebas mengamalkan ajaran Islam. Ini memberi peluang kepada orang-orang bukan Islam bergaul dengan orang-orang Islam dan memerhatikan akhlak dan personaliti orang-orang Islam dan
  • 21. 21 juga ibadat mereka yang penuh dengan disiplin. Ini semua telah menarik minat orang-orang bukan Islam memeluk agama Islam. Melalui piagam ini, orang-orang Yahudi secara tidak langsungmengiktiraf kewujudan Islam sebagai satu agama, Madinah sebagai negara Islam dan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Pesuruh Allah yang sebenar. Sebelum ini, ketiga-tiga perkara ini ditolah oleh orang-orang Yahudi. Hak dan keselamatan setiap penduduk Madinah adalah terjamin. Mana-mana pihak yang cuba mengkhianati piagam akan diambil tindakan tegas dan dihukum seberat-beratnya tanpa mengira bangsa atau agama. Hukuman telah dikenakan kepada pengkhianat piagam, seperti apa yang dikenakan ke atas Bani Qainuqa’ yang berkomplot dengan orang Arab Quraaisy Mekkah dalam Perang Badar. Mereka dihalau, begitu juga dengan Bani Nadir, mereka dihalau kerana berkerjasama dengan orang Arab Quraisy dalam Perang Uhud dan membunuh kaum lelaki Bani Quraizah yang mengisytiharkan perang dan berkerjamasa dengan Quraisy Makkah dalam Perang Khandak. Piagam Madinah bersifat perkembangan sebenar berbanding dengan tatacara pemerintahan kerajaan purba Greek, China dan India.Piagam Madinah merupakan piagam bertulis pertama di dunia.Dengan tergubalnya Piagam Madinah, lahirnya sebuah negara Islam pertama di dunia di Madinah, yang menjadi induk kepada Empayar Islam selepasnya, yang memerintah dunia selama tujuh abad.Piagam Madinah boleh dijadikan asas kepada mana- mana piagam Islam yang baru, terutama sekali kepada sebuah negara Islam yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.
  • 22. 22 Kesimpulan Dalam konteks pemerintahan dan pentadbiran Rasulullah adalah sebaik-baik ikutan yang perlu diteladani. Namun, dewasa ini mengapa pejuang-pejuang Islam tidak dapat lihat bahawa di dalam Islam itu sendiri ada sistem pemerintahannya sendiri. Apalah ertinya hanya pandai melaungkan bahawa Islam itu syumul yang mencakupi semua sistem hidup dari yang sekecil-kecilnya hinggalah kepada yang sebesar-besarnya seperti sistem pemerintahan negara. Tetapi dalam hal pemerintahan negara mereka merujuk kepada barat. Sebabnya mereka mengatakan bahawa ini terpaksa. Tidak ada alternatif! Adakah kita menganggap Islam tidak ada jalan keluar dalam sistem berpolitik. Di dalam Al Quran Allah berfirman, maksudnya: “Apakah kamu mengambil sebahagian isi kitab dan menolak sebahagian yang lain. Tiadalah balasannya bagi mereka yang berbuat demikian melainkan ditimpakan kehinaan di dunia manakala di hari Kiamat dicampakkan ke dalam azab yang pedih. Allah tidak lalai terhadap apa yang kamu lakukan” (Al Baqarah 85) Kini, dapat kita menyaksikan betapa bukan barat sahaja yang musnah dik sistem politik ciptaan mereka malah mana-mana negara sebelah timur yang menganut dan melaksanakan sistem mereka itu juga membawa kemusnahan kepada kehidupan masyarakat mereka. Khususnya yang dapat dilihat hari ini ialah bagaimana musnahnya negara-negara di Timur Tengah. Sistem pemerintahan yang mereka amalkan bersandar kepada sistem barat nyata tidak membawa masyarakat kepada kehidupan yang aman makmur. Bukan sahaja tidak mendapat pengampunan Tuhan malah mendapat kemurkaan dan penghinaan dari Tuhan.
  • 23. 23 Sampai bilakah kita terus terbawa-bawa melaksanakan sistem politik sekular ini dalam pemerintahan negara? Walaupun masyarakat kita sudah sedar akan segala kepincangan dan kerosakannya, sampai bilakah kita hendak biarkannya berterusan? Dan sanggupkah kita melabelkan Islam tidak ada jalan keluar untuk memerintah negara? Sebenarnya dalam sistem pemeritahan dunia yang hiruk pikuk dan kacau bilau waktu ini, pemerintahan Islam adalah pemerintahan alternatif. Ia bukan saja alternatif sebagai jalan keluar tetapi ia adalah pilihan yang hakiki kerana ia bukan pemerintahan ciptaan manusia. Ia adalah pemerintahan ciptaan Allah yang bersandar kepadan Al Quran dan Sunnah. Ia ada jaminan dari Allah untuk membawa manusia selamat di dunia dan selamat di akhirat. Allah berfirman dalam Al Quran, maksudnya: “Negara yang aman makmur mendapat keampunan Tuhan” ( As Saba’: 15) Lantaran itu, seharusnya kita menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh teladan dalam kehidupan seharian dalam segala urusan. Sebagai umat Islam sewajarnya kita yakin bahawa Rasulullah SAW bukan sahaja mempunyai ketokohan dari aspek kepimpinan baginda sebagai nabi dan rasul tetapi baginda juga sangat berkaliber dari aspek politik, sosial, ekonomi dan pertahanan. Kepimpinan Rasulullah SAW juga terbukti telah membawa masyarakat Islam kepada kehidupan yang lebih baik dan teratur. Oleh itu rakyat dan pemimpin dalam negara ini perlu bekerjasama untuk menjadikan Malaysia sebuah negara Islam yang maju.
  • 24. 24 Rujukan Abdul Aziz B Haji Harjin (2010). Pemerintahan Alternatif adalah Pentadbiran Rasulullah. Abu Malaya Al-Hafiz (2009). Sejarah Lengkap Nabi & Rasul dalam Al-Quran. Kuala Lumpur : Ar-Risalah Product Sdn.Bhd. Di peroleh dari (2011): Fastnote.wordpress.com / Piagam Madinah. Di peroleh dari (2010): http://az-esei-jan2010.blogspot.com/2010/04/sejarah-pentadbiran- rasulullah-dalam_22.html Ibrahim A. Rahman (2003). Perjuangan Rasulullah SAW. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Sdn. Bhd.