• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Pengenalan Pendidikan Khas
 

Pengenalan Pendidikan Khas

on

  • 23,209 views

 

Statistics

Views

Total Views
23,209
Views on SlideShare
22,914
Embed Views
295

Actions

Likes
13
Downloads
1,383
Comments
7

6 Embeds 295

http://umiarmah64.blogspot.com 284
http://madbrosports.com 5
http://umiarmah64.blogspot.com.br 3
https://www.google.com 1
http://cahousekeeping.com 1
http://www.umiarmah64.blogspot.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

17 of 7 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Pengenalan Pendidikan Khas Pengenalan Pendidikan Khas Document Transcript

    • TAJUK 1 : ASAS PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAHPEMBELAJARANTakrif Sekolah Khas Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakanmelalui: Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluankhas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalahpenglihatan. la diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolahmenengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran danpembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif1.1 Definisi Pendidikan KhasPendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhandan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnyadaripada rancangan sekolah biasa(Chua,1982)Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang bertanggungjawabmengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanakdan belia yang bersifat luarbiasa.(Gearhart dan Weishahn,1980) Page 1
    • Orang berminat mengkaji tentang pendidikan khas mungkin kerana mereka mempunyaianak atau ahli keluarga yang memerlukan perkhidmatan khas atau mereka inginmenjadi sukarelawan membantu badan-badan terlibat dengan mendidikan kanak-kanakberkeperluan khas atau mereka yang ingin menjadi guru pendidikan khas di sekolahrendah atau menengah. Apakah pendidikan khas? Untuk memahami apa itu pendidikankhas adalah wajar kita meninjau beberapa definisi yang dikemukankan oleh pakar-pakar dalam bidang:Hallahan dan Kauffman(2006): Pendidikan khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakanuntuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas.Gargiulo (2003): Pendidikan khas merupakan program pengajaran khusus yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukanpenggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus.Friend (2005): Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagimemenuhi keperluan kanakkanak yang kurang upaya.Pengajaran ini mungkindikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain.Mansor (2005): Program pendidikan khas di Malaysia merupakan satu usaha yangberterusan untuk menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorangyang berkemahiran Page 2
    • Definisi Pendidikan Khas Dalam konteks MalaysiaPendekatan Baru Definisi Kanak-Kanak Dengan Keperluan-Keperluan Pendidikan Khasmenekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaandan pencapaian kanak-kanak tersebut dalam kemahiran-kemahiran pengembangan (development skill). Pendekatan baru menolak pendekatan tradisi yang menekankankecacatan dan ketidakbolehan (medical defict model).Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkankepada peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluanpendidikan khas seperti berikut :- kebolehan kognitif perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial penguasaan bahasa lisan / pertuturan penguasaan membaca kemahiran matematik kemahiran pertumbuhan asas manusia kemahiran berdikari kemahiran keusahawanan kebolehan penglihatan kebolehan pendengaranKANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHASDalam Bahasa Ingerís istilah „kanak-kanak bekeperluan khas‟ dinamakan ‘children withexceptional needs’ atau secara ringkas „exceptional children’. Pelbagai istilah lain telahdigunakan untuk „kanak-kanak bekeperluan khas‟ dan antaranya ialah; kanak-kanakistimewa (special children), kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya(children with disabilities), kanak-kanak cacat (handicapped children), kanak-kanakabnormal (abnormal children), kanak-kanak bermasalah (children with impairments) dankanakkanak terbantut pertumbuhan atau perkembangan Page 3
    • Menurut Kail (2001), hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luarbiasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkantanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpamempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapasendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan ataumengala mi kerencatan mental sejak dilahir. Secara umumnya, kanak-kanakberkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental(pencapaian akademik), keupayaan deria (melihat dan mendengar), keupayaanberkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi(bercampur gaul), dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri). Walaupunistilah kurang upaya dan kecacatan digunakan sebagai sama, kedua-dua istilah inimempunyai maksud yang berlainan. (a) Kurang upaya [atau Bermasalah] (disability or disorder) berlaku apabila sesuatu kekurangan menghad individu berkenaan melakukan tugas harian atau kerja tertentu seperti berjalan kaki, melihat, mendengar atau pun menyelesai masalah matematik yang mudah seperti 10 + 5. Individu kurang upaya tidak cacat, kecuali kekurangan itu membawa kepada masalah pembelajaran, masalah peribadi, masalah bercampur gaul masalah melakukan pekerjaan dan masalah-masalah lain (Heward, 2003). Contohnya, seorang kanak-kanak yang lumpuh pada kedua-dua kakinya tetapi boleh pergi ke sekolah menggunakan kerusi roda dan belajar bersama pelajar lain tidak cacat.Istilah Definisi Kurang upaya (disability) Kecacatan (handicap) Sesuatu yangmenghalang seseorang melakukan kerja tertentu yang dapat dilakukan oleh individunormal. Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akhibat daripada sesuatukekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagaiseorang yang normal. Page 4
    • (b) Kecacatan (handicap) merujuk kepada sesuatu masalah atau penghalang yang dihadapi oleh seorang kurang upaya apabila dia berinteraksi dengan alam sekeliling. Sesuatu jenis kecacatan mungkin menjadi masalah dalam suatu persekitaran tetapi tidak menjadi penghalang dalam persekitaran yang berlainan. Contohnya, seorang pelajar yang pekak mungkin berasa tercacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya, kanak-kanak yangsama tidak berasa tercacat ketika dalam makmal sains.KLASIFIKASI KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS.Ramai pakar pendidikan khas di merata dunia, menggunakan klasifikasi yangdicadangkan oleh IDEA (1990) di Amerika Syarikat untuk mengklasifikasi kanak-kanakberkeperluan khas. IDEA (PL 105-117) mencadangkan 13 kategori kurang upaya(disability). Untuk tujuan kursus ini, kanak-kanak berkeperluan khas di kategorikankepada 8 kategori sahaja. Untuk memudahkan perbincangan beberapa kategori telahdicantumkan.(a) Kanak-kanak Kurang Upaya Pendengaran atau Bermasalah PendengaranKanak-kanak kurang upaya pendengaran terbahagi kepada beberapa kumpulanberdasarkan tahap kehilangan deria pendengaran. Kehilangan deria pendengarandibezakan sama ada seseorang itu boleh mendengar bunyi pada desibel (denganringkas dB yang merupakan ukuran kekuatan bunyi) yang berlainan. Individu yanghanya boleh mendengar bunyi antara 27 hingga 65 dB dikatakan sebagai mengalamikesukaran pendengaran (hard of hearing) manakala individu yang hanya bolehmendengar bunyi pada 90 dB dan ke atas dikatakan sebagai pekak (deaf). Kehilanganderia pendengaran boleh mempengaruhi pertuturan dan penguasaan bahasa. Inisecara langsung akan memberi kesan ke atas kebolehan membaca, Page 5
    • perkembangan tatabahasa dan kemahiran membaca. Penguasaan bahasa akanterjejas bagi kanak-kanak yang menjadi pekak pada usia yang muda (sebelum 3 tahun).(b) Kanak-kanak Kurang Upaya Penglihatan atau Bermasalah PenglihatanKanak-kanak bermasalah penglihatan selalunya dibahagikan kepada dua kumpulansahaja iaitu: (i) Kanak-kanak buta (blind) adalah mereka yang tidak dapat melihat apa-apa, termasuk objek atau sumber cahaya. Mereka belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, hidu, dan rasa. Mereka mengunakan tulisan braille. Mereka juga perlu menggunakan tongkat putih apabila bergerak dari satu tempat ke satu tempat. (ii) Kanak-kanak berpenglihatan terhad atau rabun (low vision) mempunyai keupayaan melihat dan boleh membaca, melihat muka orang lain, objek atau gambar setelah diberikan peralatan khas seperti cermin mata, kanta pembesar dan lain-lain. Mereka perlu ditempatkan di bahagian hadapan kelas dan dibantu dengan cahaya yang sesuai dan tulisan bersaiz besar. Kurang upaya penglihatan atau bermasalah penglihatan tidak mempengaruhi kapasiti intelek atau kebolehan untuk belajar. Bagaimana pun kanak-kanak yang buta atau berpenglihatan terhad memerlukan perkhidmatan pendidikan khas untuk berjaya dalam pendidikan. Antaranya ialah bahan dengan saiz huruf besar, bukubuku yang dirakam pada pita audio atau cakera padat dan buku-buku Braille(c) Kurang Upaya Mental atau Kerencatan MentalKurang upaya mental atau kerencatan mental dikaitkan dengan individu yang tidakdapat belajar secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaikmereka yang normal dan yang dan tidak dapat memahami dengan jelas dan sukar Page 6
    • untuk menggunakan maklumat yang diperlukan dalam sesuatu situasi kepada situasilain. Dengan perkataan lain kanak-kanak kerencatan mental kecelaruan fungsianintelektual dan dua atau lebih daripada kemahiran adaptif berikut: komunikasi, urus diri,kemahiran hidup, kemahiran sosial, arahan kendiri, kesihatan dan keselamatan,akademik, beriaya dah dan kerja. Kerencatan mental lazim berpunca sebelum umur 18tahun(d) Kurang Upaya FizikalKurang Upaya Fizikal meliputi kanak-kanak yang diserang penyakit yang merosakkanotak, otot dan tulang belakang seseorang. Terdapat beberapa jenis penyakitsedemikian. Contohnya, kanak-kanak palsi serebral (cerebral palsy) mengalamikesukaran mengerakkan kaki atau tangan atau leher atau lebih daripada satu anggotabadan. Keadaan ini wujud disebabkan kecederaan kepada otak yang mengawal fungsimotor atau pergerakan. Keadaan ini bermula pada peringkat bayi dan awalperkembangan seorang kanak-kanak. Lagi satu penyakit yang membawa kepadakurang upaya fizikal ialah spina bifida (spina bifida) yang menyerang dan merosakkantulang belakang seseorang. Penyakit ini menyebabkan badan menjadi bengkok danakhirnya lumpuh. Distropi otot (muscular dystrophy) ialah sejenis penyakit yangmenyebabkan otot-otot skeletal menjadi lemah. Kanak-kanak yang diserang penyakit inilama-kelamaan dapati sukar bergerak dan terpaksa menggunakan kerusi roda danramai di antara mereka meninggal dunia apabila sampai remaja(e) Kurang Upaya Pertuturan atau BahasaMasalah bahasa merujuk kepada ketidakupayaan seseorang kanak-kanak menguasaikemahiran berbahasa yang terdiri daripada lima komponen bahasa iaitu fonologi,morforlogi, sintaksis, semantik dan aspek pragmatik. Kanak-kanak bermasalah bahasamengalami kesukaran untuk mengeluar atau menyebut sesuatu perkataan. Masalahberbahasa menyebabkan kanak-kanak mendiamkan diri daripada bertanya dan tidak Page 7
    • mahu bertindak balas atau menjawab soalan-soalan, memberi penerangan atauarahan. Mereka akan terus mendiamkan diri kecuali kalau dipaksa untuk menjawabsoalan. Kanak-kanak ini akan mengambil masa yang lama untuk memahami danmengeluarkan pendapat apabila bercakap(f) Kurang Upaya PembelajaranKanak-kanak kurang upaya pembelajaran atau bermasalah pembelajaran adalahkanak-kanak yang telah dikenal pasti sebagai mengalami kecacatan yang mengganggupembelajaran. Mereka terdiri daripada kanak-kanak yang mempunyai keupayaanmental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Kecacatan yangdialami mempengaruhi kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasalisan dan pertuturan, penguasaan membaca, kemahiran dan kemahiran matematik.Masalah pembelajaran dianggap berpunca daripadaketidakfungsian sistem saraf pusat.(g) Gangguan EmosiEmosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah, gembira dansebagainya. Emosi berpunca daripada mental seseorang dan wujud bergantungkepada keadaan tertentu. Sesetengah kanak-kanak tidak menunjukkan emosi kanak-kanak lain pula emosi dipamerkan melalui sesuatu tingkah laku. Gangguan emosimempengaruhi keupayaan untuk belajar, kesukaran membina dan mengekalkanhubungan interpersonal yang baik dengan rakan sebaya dan guru dan mudah merasaisedih. Kanak-kanak yang mengalami gangguan emosi mempamerkan tingkah lakuluaran seperti kerap berjalan dalam kelas, menjerit,mengacau pelajar lain dan sebagainya; dan tingkah laku dalaman seperti memencilkandiri, berkhayalan dan sebagainya. Page 8
    • (h) Pintar CerdasPelajar pintar cerdas dan berbakat tidak hanya terdiri daripada mereka yangmempunyai pencapaian akademik yang tinggi tetapi mereka yang mempunyai dayaimaginasi yang luas, kebolehan untuk mengemukakan idea-idea yang unik, kepintaranmemimpin, mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik. Kadang-kala, pelajar inidisalah sangka oleh guru sebagai pelajar nakal kerana suka mengganggu pelajar lainatau pun tidak memberi perhatian semasa guru mengajar. Mereka mudah merasabosan kerana apa yang diajar telah mereka fahami. Mereka sebenarnya suka aktiviti-aktiviti yang lebih kompleks dan mencabar .Ringkasnya, kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan-kumpulan di atasmemilikiciri-ciri umum tertentu yang dikongsi oleh kanak-kanak dalam kumpulan yangsama.Contohnya, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai bermasalah pendengaranberkongsiciri-ciri ketidakupayaan mendengar bunyi dan menghadapi masalah bertutur.Bagaimanapun, perlu ditegaskan bahawa ciri-ciri ini hanya wujud dari segi teori sahajakerana setiap individu adalah tidak sama dan berbeza. Dalam keadaan sebenar, kanak-kanak yang dikategorikan sebagai pekak tidak semua mempunyai tahap kepekakanyang sama atau ketidakupayaan menghasilkan bahasa pertuturan yang sama. Ada dikalangan kanak-kanak ini yang boleh mendengar sedikit dan boleh bertutur. Begitu jugadengan kanak-kanak yang dikategorikan dalam kumpulan yang lain. Mereka mungkinmemiliki persamaan dari segi ciri-ciri umum tetapi tidak sama dari segi ciri-ciri khusus.Memahami persamaan dan perbezaan ciri-ciri umum dan khusus ini amat penting bagiguru pendidikan khas. Kanak-kanak dalam sesuatu kategori berbeza dan mempunyaipotensi diri yang berbeza. Oleh itu, guru seharusnya member layanan yang berbezakepada setiap kanak-kanak dalam sesuatu kumpulan atau kategori. Page 9
    • 1.2 SEJARAH PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIAPendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangansukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurangupaya penglihatan dan pendengaran. menunjukkan tarikh-tarikh penting dalamperkembangan pendidikan khas.Di Malaysia pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnyaSekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954 Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan diPulau Pinang untuk kanak-kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam”(lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahapumurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak„Bermasalah Pembelajaran‟ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kaliKementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu,Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpukepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.PENDIDIKAN KHAS DI LUAR NEGARASeperti juga di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan pendidikan khas dibarat, khususnya di Britain dan di Amerika tidak begitu mendapat perhatian. Namun,berbanding di Malaysia perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih cepatdan maju. Perbincangan seterusnya difokuskan di Britain dan Amerika supaya andadapat membandingkan perkembangan dan pembangunannya dengan apa yang berlakudi Malaysia. Di Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabilaAkta Pendidikan 1996 diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975diperkenalkan. Manakala di Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkanperkembangan pendidikan khas. Kedua-dua negara tersebut mendahului lebih kurang20 tahun lebih awal daripada Malaysia yang kesannya amat besar dari aspekpertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas. Dalam halini, selain daripada kesedaran masyarakat terhadap pendidikan khas, peranan undang- Page 10
    • undang atau polisi pemerintah merupakan penggerak utama untuk membangunkanpendidikan khas. Sebagai perbandingan, kita akan teliti secara umum perkembangandan pembangunan pendidikan khas di Amerika dan di Britain.Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat.Pada 29 Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskanPublic Law 94-142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk SemuaKanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped Children Act). Undang-undang inimenjamin bahawa setiap individu di antara umur 3 hingga 21 tahun akan menerimapendidikan percuma dalam persekitaran yang seberapa boleh tidak menghalangperkembangan intelek mereka. Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika Syarikat terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatanmelindungi hak serta memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurangupaya serta keluarga mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurangupaya dibenarkan belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Bagaimanapun, sekiranya kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan didapati dia tidakakan maju dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap sekolahdisediakan dengan seorang Guru Pendidikan Khas.Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggilAkta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act,Public Law 94-476) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA. Undang-undang inmenunjukkan betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yangditekankan ialah: Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai kepadakanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate public education). Halini bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke atas kanakkanak khas terhadappersekolahan mereka. Semuanya dibiayai oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada Page 11
    • sistem percukaian negara, yang kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-kanak ini.Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidakmenghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the least restrictiveenvironment). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada pengasingan sama adadalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan pendidikan khas. Kanakkanakkhas boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan di dalam kelas kanakkanak biasa.Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai “pendidikan inklusif”Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalampenilaian pendidikan (Protection against discrimination in testing). Penilaian pendidikandilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan terlaksananya undang-undang ini,penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada padakanak-kanak khas dan hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekuranganmereka.Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikansetiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan menentukan perkembanganpendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak diberikan penumpuan sebelum ini.Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu gurupendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiapmurid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi membolehkan gurumerancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas dalam satu-satu jangka masatertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah dengan mengambil kira potensi dankekurangan seseorang kanak-kanak khas. Dalam hal ini konsep „kolaboratif‟ dalampendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa,kaunselor dan guru, terlibat sama dalam merancang pendidikan murid-murid khas.Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael tidak diberi peluang pendidikan Page 12
    • Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak-kanak kurang upayaberpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika Syarikatmempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak, buta,kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah biasa. Oleh kerana IDEA,kini program intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-kanakkurang upaya dan pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta kanak-kanak dan belia menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi memenuhikeperluan mereka. Lebih ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah di kawasanperumahan masing masing yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka. Pelajar kurangupaya yang belajar dalam kelas atau bangunan terasing telah berkurangan dan kinibelajar bersama dengan pelajar lain. IDEA dilihat sebagai satu pembaharuan yangmana pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas diberi perhatian yang lebihkhusus. Melalui akta ini juga konsep „pendidikan untuk semua‟ dan „pendemokrasianpendidikan‟ diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak khas dilibatkansama dalam perancangan keperluan pendidikan anak-anak mereka. Di samping itukonsep „kolaborasi‟ dalam pendidikan yang membabitkan pihak dalam pelbagaikepakaran disepadukan untuk kepentingan masa depan kanak-kanak berkeperluankhas. Akta ini juga dijadikan asas panduan dalam pelaksanaan pendidikan khas disesetengah negara lain.Perkembangan Pendidikan Khas di BritianPada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnockditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. LaporanWarnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan danpembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun cadangan-cadangan yangdikemukan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi laporan Warnockdijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan-cadangan yangdikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun berikutnya. Page 13
    • Umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan untuk kanak-kanakberkeperluan khas adalah berasaskan kepada „pengasingan‟ iaitu kanak-kanakberkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan menghalang merekadaripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini menekankan kepada konseppercampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yangdikenali sebagai „integerasi‟ atau „inklusif‟ diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusifmenekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harianbiasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dandiamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negaralain dalam melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkankepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala AktaKanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikankhas melalui dua perubahan yang ditekankan.Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yangsebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep „koloboratif‟iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khasmengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuatdiagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuatpenilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apayang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakarandalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.Keduanya, konsep „pengasingan‟ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khasdiganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khasbelajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telahmengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apayang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaranmasyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikankanak-kanak berkeperluan khas di Britain. Page 14
    • 1.3 AKTA,PERATURAN DAN PEKELILING.Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagisetiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalamPersidangan Dunia bertemakan „Pendidikan Untuk Semua‟ di Jomtien, Thailandyang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upayamenuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakanpersamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upayasebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan. [Terjemahan]2. Pada tahun1959,Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak-KanakSedunia dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu merekaberhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut kecacatan yangdialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin . Dasar mengenaipendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I(Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; “sekolah khas bermakna sekolah yangmenyediakan layanan pendidikan yang khas untuk muridmurid yang kurang upaya”.Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaranmelalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satupenekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas diMalaysia. Perakuan ini menyebut;Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadappendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih Page 15
    • sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yangmengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badansukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untukmengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurangupaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian Pendidikanialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini KementerianPembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian Buruh.Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan: Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik. Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan kanak- kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana serta kanak-kanak spastik.. Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat awaldan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. Akta Pelajaran1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khususmengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankanbahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihaksebagai „era baru‟ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendakimembuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini jugamemperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dankandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. Page 16
    • 41. 1. Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan- peraturan menetapkan: (a) Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas; (b) Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas; (c) Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan (d) Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat. AKTA ORANG CACAT 2002BAHAGIAN 2. PENDIDIKAN1. Setiap kanak-kanak yang mempunyai apa jua jenis atau tahap kecacatan harusmenerima pendidikan percuma dalam suasana yang bersesuaian sehingga umur lapanbelas tahun.2. Pendidikan bagi orang kurang upaya harus termasuk ke dalam perancanganpendidikan kebangsaan, perkembangan kurikulum serta organisasi sekolah.3. Pihak berkenaan harus berusaha mengalakkan mengintegrasikan pelajar kurang upayake dalam sekolah biasa.Untuk memasukkan kemudahan pendidikan bagi pelajar kurang upaya ke dalam sekolahbiasa, pihak berkenaan harus - Page 17
    • (a) mengadakan polisi yang jelas, dihayati dan diterima di peringkat sekolah dan masyarakat umum; (b) membenarkan kelonggaran kurikulum, serta tambahan dan adaptasi; (c) menyediakan bahan pengajaran yang berkualiti dan mudah didapati, latihan perguruan yang berterusan dan guru penyokong.4. Pendidikan khas boleh dipertimbangkan di mana sekolah biasa belum mempunyaikemudahan yang diperlukan atau bila mana pendidikan khas dianggap paling sesuai bagipelajar kurang upaya berkenaan. Ia harus bertujuan menyediakan pelajar untuk dididiksekolah biasa. Kualiti pendidikan harus menggambarkan piawaian serta aspirasi samaseperti pendidikan biasa dan harus berkaitan dengannya. Secara minimum, pelajarkurang upaya harus diberi pengagihan sumber pendidikan sama seperti yang diberikepada mereka yang bukan cacat.5. Untuk memastikan pendidikan berkualiti dapaat dinikmati semua, tumpuan khas harusdiberikan kepada bidang seperti kurikulum, program pendidikan, kaedah pengajaran danperkhidmatan sokongan: 5.1 Bagi mereka yang cacat penglihatan, di peringkat tadika dan sekolahrendah, kurikulum yang diubahsuai yang merangkumi, tetapi tidak terbatas kepada,latihan sensori, kemahiran hidup seharian, cara khas membaca dan menulis brel,orientasi dan pergerakan, pengetahuan asas dalam bidang komputer yangmempunyai perisian pembaca skrin, matematik, muzik dan sukan.Persediaan untuk mainstreaming harus diuruskan pada tahap awal persekolahandi peringkat sekolah rendah untuk memastikan kanak-kanak cacat penglihatanseperti kanak-kanak kurang upaya yang lain, kecuali mungkin mereka yangterencat akal, diberi pendidikan bersama rakan sebaya yang tidak cacat ke tahapyang setinggi-tingginya. Di sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi,mereka akan diintegrasikan bersaama pelajar lain dan mengikuti kurikulum yang Page 18
    • sama. Pelajar yang cacat penglihatan di peringkat ini akan diberi perkhidmatansokongan seperti bahan bacaan dalm bentuk brel atau audio, kelengkapan brel,alat pembaca, komputer yang dilengkapkan dengan kemudahan khas, alatkelengkapan bagi mereka yang kurang penglihatan, orientasi dan pergerakan,kaunseling, dan guru sumber (di sekolah menengah) 5.2 .Bagi mereka yang cacat pendengaran, kurikulum yangdiubahsuai akan menitiberatkan kepada perkembangan komunikasi dan bahasayang sesuai dengan keperluan pelajar. Kurikulum akan merangkumi cara khasuntuk mengajar pertuturan, memahami pertuturan, latihan pendengaran dan rentakmenggunakan komunikasi keseluruhan, pelbagai sensori serta pendekatan yanglain. Mereka akan diirujukan kepada staf sokongan seperti jurubahasa isyarat,otologist, audiologist, pakar pemulihan pertuturan, jurulatih auditori dan yang lainseperti diperlukan.Berdasarkan keperluan khas bagi mereka yang pekak atau pekak-buta, pendidikanbersesuaian boleh dikendalikan di sekolah khas atau pun di kelas atau unit khas disekolah biasa. 5.3.Bagi mereka yang mengalami kecacatan otopedik, pendidikanberkualiti akan diberi sama seperti untuk mereka di sekolah biasa, dan merekaakan dibenarkan menghadiri kelas di tingkat bawah bangunan sekolah di manaboleh. Penjadualan kelas serta pertimbangan lain akan dibuat bersesuaian dengankeperluan pendidikan mereka. Usaha akan dibuat supaya bangunan sekolah danmaktab tidak mempunyai sebarang halangan bersifat pembinaan. 5.4 Bagi mereka yang terencat akal, kurikulum yang diubahsuaiakan menitikberatkan latihan megurus diri, sosialisasi, kemahiran hidup seharianyang berdasarkan pergerkan, pra-vokesyenal dan vokesyenal. Bagi mereka yangterencat akal yang teruk, tumpuan akan diberi kepada peningkatan kemahiranpenjagaan diri. Page 19
    • 5.5 Bagi mereka yang mempunyai masalah perlakuan sepertiautisma, mereka yang bermasalah pembelajaran dan mereka yang mempunyaikecacatan pelbagai, kurikulum yang diubahsuai akan merangkumi aktiviti sertateknik penyampaian bagi menormalisasikan perlakuan dan juga kemahiranberdasarkan fungsi serta akademik untuk mengintegrasikan mereka ke dalammasyarakat. 5.6 Pihak berkuasa berkenaan akan memulakan atau menyebabkanbermulanya penyelidikan yang bertujuan mereka bentuk dan menyediakan alat bantuan,alat bantuan pengajaran, kelengkapan khas pengajaran atau apa sahaja peralatan yangdiperlukan untuk memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada kanak-kanakkurang upaya. 5.7 Pihak berkuasa berkenaan akan menubuhkan insitusi latihanperguruan yang secukupnya di samping memberi sokongan kepada badan bukankerajaan untuk mengadakan rancangan pendidikan perguruan dengan pengkhususandalam bidang mengajar pelajar kurang upaya supaya tenaga pengajar yang terlatih dapatdisalurkan ke sekolah khas dan sekolah berintergrasi bagi kanak-kanak kurang upaya. 5.8 Dengan tidak prejudis kepada peruntukan di atas, pihak berkuasaberkenaan akan menyediakan skim pendidikan yang komprehensif yang merangkumipelaksanaan rancangan pendidikan individu bagi setiap kanak-kanak kurang upaya disekolah;-kemudahan pengangkutan bagi kanak-kank kurang upaya atau bantuankewangan kepada ibu bapa atau penjaga utnuk membolehkan anak kurang upayamereka menghadiri sekolah;-memberikan secara percuma buku serta alat kelengkapan khas yang diperlukanbagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya; Page 20
    • -biasiswa bagi pelajar kurang upaya;-mengadakan saluran untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu bapadalam menempatkan kanak-kanak mereka dalam sekolah.BAHAGIAN 3. PEKERJAAN1. Pihak berkuasa berkenaan akan mengendalikan projek untuk menggalakkanpenggajian orang kurang upaya, dengan:-mewujudkan peluang pekerjaan dan mengadakan kerja yang bersesuaian untukorang kurang upaya-langkah untuk mereka bentuk serta mengubahsuai tempat kerja supaya memberikemudahan akses kepada mereka yang mempunyai kecacatan yang berbeza.-menyokong kegunaan teknologi baru serta mengeluarkan alat bantuan, danperalatan serta mengambil langkah untuk memberi kemudahan kepada orangkurang upaya menggunakan peralatan tersebut untuk mencari kerja-menyediakan latihan dan penempatan dalam pekerjaan yang bersesuaian sertasokongan berterusan seperti kemudahan bantuan peribadi dan jurubahasa isyarat;- kempen kesedaran awam bertujuan menghapuskan sikap negatif sertakecurigaan terhadap orang kurang upaya- langkah untuk meningkatkan keadaan persekitaran kerja untuk mengelakkankecederaan semasa bekerja dan juga menyediakan kemudahan pemulihan bagimereka yang mengalami kecederaan sewaktu bekerja. Page 21
    • 2. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal dasar-dasar berikut untuk memastikanpeluang pekjaan bagi orang kurang upaya:-sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor awam dikhaskan bagi orang kurangupaya-sebanyak satu peratus pekerjaan di sektor swasta dikhaskan bagi orang kurangupaya- insentif serta penghargaan kepada majikan yang menggaji tidak kurang daripada5 peratus pekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12bulan, serta insentif khas bagi majikan yang menggaji lebih daripada 10 peratuspekerja kurang upaya bagi tempoh berterusan sekurang-kurangnya 12 bulan;- Insentif cukai bagi majikan yang membeli alat kelengkapan bagi pekerja kurangupaya mereka atau untuk membuat pengubahsuaian pada tempat kerja bagimereka.3. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal skim berikut bagi mengalakkankeusahawanan dan pekerjaan sendiri di kalangan orang kurang upaya: · bantuan kewangan bagi perniagaan kecil yang dimiliki sendiri oleh orang kurang upaya; · pinjaman bagi modal; · tapak perniagaan yang sesuai bagi orang kurang upaya; · kontrak serta hak pengeluaran yang dikhaskan bagi orang kurang upaya; · agensi yang khas untuk memasarkan hasil keluaran orang kurang upaya. Page 22
    • BAHAGIAN 4. PEMULIHAN1. Pihak berkuasa berkenaan akan mengadakan atau menyokong penubuhan programpemulihan di peringkat kebangsaan bagi orang kurang upaya yang mengalami berbagaijenis kecacatan. Program tersebut harus berdasarkan keperluan sebenar orang kurangupaya dan atas prinsip penyertaan penuh dan penyamaan peluang.2. Program pemulihan akan merangkumi, tetapi tidak dihadkan kepada, latihan kemahiranasas bagi meningkatkan atau menampung sesuatu fungsi yang terjejas, perkhidmatankaunseling kepada orang kurang upaya serta keluarga mereka, menggalakkan sifatberdikari, serta perkhidmatan tidak berkala seperti penilaian dan bimbingan.3. Perkhidmatan pemulihan tersebut akan dibka kepada semua orang kurang upaya,termasuk mereka yang mengalami kecacatan yang teruk atau pelbagai.BAHAGIAN 5. AKSESIBILITI1. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal polisi untuk menyediakan kemudahanakses di persekitaran serta memberi akses kepada maklumat dan komunikasi bagi orangkurang upaya.2. Kerajaan tempatan akan memastikan bahawa pencapaian persekitaran tanpahalangan, melalui pelaksanaan undang-Undang Kecil Bangunan, akan memberi orangkurang upaya kemudahan bergerak di tempat awam dan bangunan kepunyaan pihakswasta.3. Pihak berkuasa berkenaan akan menyediakan peruntukan kewangan untukmenyediakan kemudahan bagi orang kurang upaya di bangunan kerajaan serta tempatlain yang berkaitan.4. Pihak berkuasa akan mengadakan program komprehensif untuk membantu orangkurang upaya menggunakan kemudahan pengangkutan. Page 23
    • 5. Pihak berkuasa akan mengadakan rancangan untuk memastikan maklumat sertadokumentasi mudah diakses oleh semua golongan orang kurang upaya. Brel,perkhidmatan rakaman, cetakan besar serta teknologi bersesuaian yang lain harusdigunakan untuk memberi akses kepada maklumat bersifat peruturan bagi mereka yangcacat pendengaran.6. Sebagai langkah untuk memudahkan komunkasi antara orang pekak dan yang lain,perkhidmatan alih bahasa isyarat akan disediakan di tempat-tempat utama seperti institusipendidikan dan pusat perubatan manakala perkhidmatan telekomunkasi terkini sepertikamera web, persidangan video dan perkhidmatan telekomunikasi penyiaran harusdiadakan.7. Pihak berkuasa berkenaan akan menggubal garis panduan bagi media terutamanyatelevisyen, radio dan akhbar, dan pembekal perkhidmatan telekomunikasi harusmemastikan perkhidmatan itu boleh diakses oleh oran kurang upaya.8. Persatuan orang kurang upaya akan dihubungi apabila, (a) menggubal piawaian serta amalan bagi kemudahan akses kepada alam persekitaran; (b) mengambil langkah untuk memastikan perkhidmatan maklumat mudah diakses;BAHAGIAN 6. PERKHIDMATAN SOKONGAN1. Pihak bekuasa berkenaan akan mengadakan perhubungan berkala dengan persatuanorang kurang upaya untuk memastikan penyertaan mereka dalam pembangunan dasarkerajaan.Persatuan orang kurag upaya akan mempunyai peranan mengenalpasti keperluan sertakeutamaan, menyertai dalam perancangan, implimentasi dan pematauan perkhidmatan Page 24
    • tindakan berkenaan khidupan orang kurang upaya, dan menyumbang tehadap kesedaranawam dan untuk menggalakkan perubahan.2. Pihak berkuasa bekenaan harus menjemput persatuan orang kurang upaya memberipandangan mereka dan mengambil keputusan dalam perancangan program yangberkaitan dengan orang kurang upaya atau yang melibatkan kedudukan sosial daneonomi mereka.3. Pihak berkuasa berkenaan akan, dalam jangka masa tertentu, mengumpul statistikberdasarkan jantina atau maklumat lain mengenai keadaan kehidupan orang kurangupaya. Pengumpulan statistik sedemikian boleh dilakukan semasa banci penduduk danbanci seisi rumah, dan dikendalikan dengan kerjasama, antara lain, universiti, institusipenyelidikan dan persatuan orang kurang upaya.4. Pihak berkuasa berkenaan harus menyokong dari segi kewangan atau dengan caralain, perkembangan, pengeluaran, penyibaran dan penyelenggaraan alat bantuan sertaalat kelengkapan serta penyibaran maklumat mengenainya.5. Pihak berkuasa harus menyokong, dengan bantuan kewangan atau selainnya,perkembangan dan penyediaan program pembantu peribadi dan perkhidmatan alihbahasa, terutamanya bagi mereka yang mengalami kecacatan teruk atau pelbagai.BAHAGIAN 7. KESELAMATAN SOSIAL1. Pihak berkuasa berkenaan akan memastikan bahawa pemberian bantuan pendapatankepada orang kurang upaya yang, oleh kerana kecacatannya atau faktor yang berkaitandengan kecacatannya, telah kehilangan pendapatan untuk sementara waktu ataumenerima pendapatan yang berkurangan atau tidak diberi peluang pekerjaan.2. Rancangan keselamatan sosial juga harus memberi insentif kepada orang kurangupaya untuk mencari pekerjaan supaya mereka boleh memperolehi pendapatan.3. Orang kurang upaya dan keluarga mereka harus dimaklumkan tentang langkah Page 25
    • pencegahan terhadap penderaan seksual dan juga penderaan yang lain. Orang kurangupaya mudah jadi mangsa kepada penderaan oleh keluarga, komuniti atau institusi danmereka harus dimaklumkan bagaimana mengelakkan berlakunya penderaan, menyedariapabila berlakunya penderaan dan melaporkan perkara sedemikian. 1.4 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA MASALAH PEMBELAJARAN. Pendapat orang ramai sesetenganya menyatakan bahawa kebanyakan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran, mungkin mengalami sedikit kerencatan mental kerana tahap kognitif,jasmani,emosi dan afektifnya yang terlalu rendah dan terlampau tidak munasabah dengan tahap perkembangan serta pertumbuhannya. Kebanyakan pakar perubatan berpendapat bahawa kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran mungkin berpunca daripada beberapa faktor seperti yang telah disenaraikan dibawah ini KECEDERAAN OTAK. Sebelum kelahiran. Pelbagai kecederaan atau kecacatan janin boleh berlaku kepada kanak-kanak ketika berada di dalam kandungan ibunya. Semasa mengandung, jika ibunya mengalami demam yang teruk atau dijangkiti rubella,herpes simplex, toxoplasmosis, chicken pox, cytomegalovirus ( CMV ) dan AIDS, maka keputusan untuk mendapat kecederaan otak amat tinggi. Pendedahan kepada bahan-bahan toksik seperti minuman keras,tabiat merokok dan penyalahgunaan dadah boleh merencatkan pertumbuhan organ-organ penting janin seperti otak, buah pinggang, jantung dan sebagainya.kekurangan zat pemakanan dan mengambil makanan yang tidak seimbang seperti asid folik dan vitamin boleh menjejaskan pertumbuhan janin.. Page 26
    • Kekerapan serangan sawan semasa mengandung, menjadi salah satu puncakerencatan mental kerana dos ubat antisawan dalam darah perlu diambil sekiranyaserangan semakin kerap. Secara keseluruhan, risiko untuk mendapat bayi yang cacatdalam populasi adalah sekitar 2-3%, tetapi dengan penyakit sawan, nilai ini bertambahmenjadi sekitar 6-8%. Risiko ini juga berkait dengan jenis ubat antisawan yangdigunakan. Di antara jenis-jenis lazim kecacatan bayi adalah seperti:1. Sumbing bibir serta lelangit pada mulut.2. Keabnormalan tiub neural, contohnya spina bifida.3. Bayi yang rendah berat kelahirannya4. Kepala kecil5. Ketandusan dari segi tumbesaran serta perkembangandarah8. Masalah sawan pada masa hadapan.9. Terencat mental10. Masalah pembekuan darah.Semasa kelahiran.Risiko seseorang kanak-kanak untuk menjadi cacat semasa dilahirkan mungkin jugaberpunca daripada kelahiran yang tidak cukup bulan,berat badan kurang daripada 2.5kg , bayi yang lemas dan tertelan najis semasa dalam kandungan, mungkin mengalamikecacatan mental selepas dilahirkan. Begitu juga kanak-kanak yang menghidappenyakit kuning ( jaundis ).Kandungan bilirubin yang tinggi boleh merosakkan otak.Kanak-kanak juga boleh mengalami kecacatan otak kerana kekurangan oksigensemasa dilahirkan atau terlambat lahir dalam tempoh masa yang ditetapkan, lantaranitu para doktor terpaksa menggunakan alat perubatan alternative seperti penggunaanvakum dan forsep Page 27
    • Lebih 90% bayi dilahirkan dalam kedudukan normal iaitukepala keluar dahulu. hanyasebilangan kecil mungkin berkedudukan luar biasa sama ada songsang (breech) ataumelintang (tranverse lie).Hanya sebilangan kecil sahaja yang berkedudukan luar biasasehingga saat tiba untuk dilahirkan. bayi songsang akan menyebabkan punggung ataukaki keluar dahulu. Risikonya, kerumitan ini boleh merosakkan otak dan saraf bayiakibat kekurangan oksigen dan boleh membawa kepada kematian.Punca Bayi SongsangIni merupakan satu petanda bahawa bayi yang dilahirkan ini tidak cukup bulan atau pramatang. Oleh itu tarikh akhir putaran haid ibu perlu disemak semula. Jika semua benar,bayi masih juga berkedudukan luar biasa ini bermakna bayi mengalami kecacatanseperti saiz kepala melebihi saiz biasa atau mengalami kecacatan lain. Ia bolehdikenal pasti melalui ujian ultrasound atau x-ray. Songsang juga dikaitkan denganfaktor kandungan air dalam rahim berlebihan (polihidramnion) atau berkurangan(oligohidramnios)Selepas kelahiran.Kadangkala kanak-kanak mengalami asphysia sewaktu dilahirkan,iaitu masalahkesukaran bernafas seperti penyakit asma yang menyebabkan oksigen tidak sampaike otak. Kanak-kanak juga boleh mengalami gegaran otak yang serius, akibat pernahdigoncang dengan kuat ( shaken baby syndrome ) semasa bayi atau kerap jatuhdaripada buaian atau tempat tinggi. Kemalangan jalan raya turut menyumbang kepadakecederaan otak ,kesan hentakan yang kuat pada bahagian kepala. Penyakit lainseperti demam panas yang terlampau tinggi, ketumbuhan pada otak dan jangkitankuman seperti enchepalitis dan meningitis juga boleh menyebabkan kanak-kanakmenjadi lembam dan lambat pertumbuhan mental dan fizikalnya. Page 28
    • GENETIK.Walaupun hubung kait di antara masalah genetik dengan masalah pembelajaran masihlagi menjadi pertikaian, namun kelewatan perkembangan kanak-kanak juga kadangkalaberpunca daripada genetic kedua ibu bapanya atau salah satu. Menurut Safani,MohdMokhtar dan Abdullah ( 2006 ),para penyelidik telah mendapati bahawa kira-kira 35 –45 % kanak-kanak yang menghadapi masalah membaca mempunyai ibu atau bapayang juga mempunyai masalah membaca. Penemuan yang sama juga didapati bagikanak-kanak yang menghadapi masalah pertuturan ( Lewis 1992 ), dan juga masalahejaan ( Schulte-korne,Diemel,Muller,Gutenbrunner dan Remschmidt,1996 ).hasilbeberapa kajian jelas membuktikan bahawa kembar monozigot ( kembar seiras )menghadapi masalah membaca jika kembanya itu menghadapi masalah yangsama.Menurut Gargiulo ( 2006 ) , ini memperkukuhkan lagi hipotesis bahawa masalahpembelajaran mempunyai kaitan dengan genetik.KETIDAK SEIMBANGAN BIOKIMIA.Ketidakseimbangan bahan-bahan kimia dikatakan dikatakan boleh menjadi puncakepada masalah hiperaktif yang boleh mengakibatkan kesukaran member tumpuan keatas kerja sekolah.kekurangan vitamin menyebabkan masalah pembelajaran ,andainyaberlebihan dan makan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan ia boleh menjadi racundan memudaratkan pelajar. Kesan pengambilan ubat pada peringkat trimester pertamaboleh menganggu perkembangan normal otak, jantung dan organ-organ lain.Masalahtimbul selepas anak itu dilahirkan, apabila proses metobolisme ubat disingkirkan melaluibuah pinggang bayi yang belum matang .Penggunaan bahan-bahan pengawetmakanan berlebihan dan asap-asap gas yang dilepaskan oleh kilang bolehmenyebabkan kecacatan bayi.Semasa mengandung para ibu dilarang melakukansinaran x-ray kerana ia juga akan menjejaskan kandungan .Kajian menunjukkan ibuyang terdedah kepada radiasi semasa hamil adalah dua kali ganda berkemungkinanmempunyai anak yang menghidap leukemia.amalan atau cubaan mengugurkan anakdengan cara tradisional seperti makan akar kayu,jamu, tapai dan pil-pil daripada doctor, Page 29
    • turut menjadi penyumbang kepada kerosakkan pertumbuhan janin serta kecacatanorgan bayi, sekiranya perbuatan tersebut gagal dilaksanakan.PERSEKITARAN.Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa persekitaran yang serba kekurangankerana kemiskinan boleh menyumbang kepada masalah pembelajaran kanak-kanak.Bagi keluarga yang miskin ,mungkin tidak dapat menyediakan makanan yangmencukupi, tempat tinggal yang sesuai dan lain-lain keperluan untuk perkembangansosial dan kognitif anak yang sihat. ( hill 2001 ) dan ( Wan Sofiah Meor Othman 2007 ).Kadangkala masalah pembelajaran juga merujuk kepada bagaimana guru-gurumeningkatkan kebolehannya sebagai guru.Bagi ibu bapa pula, bagaimana iamemberikan bimbingan dan sokongan kepada anak-anak mereka.Rancangan disekolah kebanyakannya memberikan tumpuan seratus peratus kepada anak-anaksederhana dan cerdik.Dalam situasi seperti ini, kana-kanak merasakan dia akan gagaldalam hidupnya,cita-citanya tidak diendahkan,terbantut dan dimusnahkan.LAIN-LAIN FAKTOR.Ketika berusia 35 tahun ke atas para ibu tidak digalakkan mengandung kerana risikomelahirkan bayi yang cacat syndrome down,cerebral palsy dan sebagainya.walaupunfakta ini masih lagi belum dapat dibuktikan dengan bukti yang kukuh, namun paradoktor sering menasihatkan kepada ibu yang mengandung pada usia lewat agarmenjaga kesihatan diri, kerana semakin berusia semakin merosot tahap kesihatanmereka. Page 30
    • 1.5 IMPLIKASI MASALAH PEMBELAJARAN.Implikasi kepada pendidikan. a. Deklerasi-deklerasi antara bangsa merupakan penyumbang terbesar kepada perkembangan pendidikan khas di Malaysia iaitu; - Deklerasi ini menghasilkan „ Peraturan-peraturan Standard Mengenai Persamaan Peluang –Peluang Pendidikan Untuk Orang Kurang Upaya (1993). - Negara-negara dunia digesa memastikan bahawa pendidikan orang kurang upaya dimasukkan dalam system pendidikan negara-negara masing-masing. - Mereka yang memerlukan pendidikan khas mesti mempunyai akses di sekolah-sekolah biasa yang menerima mereka dengan pedagogi yang berpusatkan murid dan mampu memenuhi keperluan mereka. - Sekolah-sekolah biasa yang berorientasikan inklusif merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang sikap-sikap diskriminasi,membentuk komuniti yang menerima,membina masyarakat yang inklusif dan memenuhi pendidikan untuk semua. - Pendidikan inklusif diperkenalkan di Malaysia bagi murid-murid pendidikan khas. b. Penggubalan Akta Pendidikan 1996. - Penghasilan Falsafah Pendidikan Khas. - Penglibatan ibu bapa. Implikasi kepada kebajikan. a. Pemberian insentif dan elaun kepada semua kumpulan OKU. b. Penglibatan ibu bapa. c. Sokongan moral dari pelbagai agensi,komuniti dan orang perseorangan. Page 31
    • Implikasi kepada perkhidmatan. a. Mewujudkan kolaborasi dari kumpulan pelbagai disiplin. b. Penyediaan kemudahan,infrastruktur dan peralatan mengikut keperluan kumpulan OKU. c. Kepentingan peranan setiap ahli kumpulan pelbagai disiplin. d. Kerjasama dari pelbagai agensi,komuniti dan orang perseorangan.1.6 MATLAMAT PENDIDIKAN KHAS UNTUK MURID-MURID BERMASALAHPEMBELAJARAN.Amalan untuk berdikari.Latihan kemahiran kerja perlu diberikan pendedahan kepada murid pendidikan khas.Matlamat utamanya untuk member kemahiran kendiri,sosialisasi dan kemahiran asasberkaitan pekerjaan dalam kehidupan. Latihan kemahiran kerja dibahagikan kepadatiga bentuk iaitu:a.latihan dalaman - berbentuk kerja projekGuru perlu melaksanakan aktiviti berbentuk projek yang telah dirancang dengan baik.CONTOH; A. Perkebunan dan penjualan hasil tanaman. B. Aktiviti-aktiviti perdagangan seperti membuat aiskrim,biskut,kek dan lain-lain. C. Memelihara ikan,burung dan lain-lain. Page 32
    • D. Latihan kerja yang melibatkan pihak luar atau kerja luar. Maksudnya mendapatkan barangan dari luar ( kilang ) untuk pembungkusan (assemble) dalam waktu persekolahan.Membuat barangan yang tertentu,contohnya hasil kraftangan murid seperti batik,bunga telur dan lain-lain untuk dijual.b. Latihan kerja sebenar.Mewujudkan situasi sebenar untuk sesuatu latihan kerja seperti mencuci kereta,mendobi dan lain-lain yang dibuat di sekolah. Murid-murid dihantar bekerja di tempatsebenar dan pemantauan dibuat oleh pegawai kerja.Keusahawanan / kerjaya..Fungsi bengkel terlindung adalah untuk member pengalaman,latihan,penilaian danpekerjaan kepada individu yang berkeperluan khas.terdapat bengkel terlindung yangberoperasi sendiri ( dibawah pengurusan sekolah ) atau yang mempunyai perjanjiandengan agensi yang member perkhidmatan berkaitan kerjaya.Bengkel terlindung tidakmementingkan hasil pengeluaran tetapi lebih mengutamakan pengalaman bekerjaindividu,menanam minat,memenuhi keperluan sosial dan memberi kemahiran inter-personal.Di bengkel terlindung perlu ada : a. Penilaian kemahiran vokasional. b. Latihan bekerja secara umum atau khusus. c. Memberi peluang latihan kepada individu yang berkeperluan khas. d. Peluang berekreasi. e. Perkhidmatan untuk mendapat pekerjaan pada masa hadapan. f. Bekerja dalam jangka masa panjang sebelum mendapat pekerjaan lain. Page 33
    • Potensi diri.Kanak-kanak istimewa boleh dilatih dan dididik untuk memperkembangkan potensidiri. Potensi diri yang ditunjukkan mengambil masa yang panjang dan memerlukankesabaran untuk menguasainya. Beberapa jenis potensi diri yang boleh dikuasaioleh murid-murid istimewa ialah:a. Melakukan kerja amal.b. Mengembangkan bakat.c. Perkembangan fungsi diri. - Perkembangan psikomotor. - Perkembangan kognitif. - Peningkatan sosialisasi. - Peningkatan akademik. - Perkembangan komunikasi. - Pengurangan masalah tingkah laku. Page 34
    • Tajuk 2: PERKEMBANGAN KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARANDefinisi Perkembangan.Bersifat kualititatif, tersusun bertahap dan berterusan pada diri manusia bermulasemenjak percambahan sel sehingga ke akhir hayat organism hasil dari kombinasipembelajaran, pengalaman dan kematangan melibatkan aspek-aspek fizikal, emosi,mental dan sosial.2.1 Peringkat perkembangan: 1. Peringkat bayi 0-2 tahun. Kadar pertumbuhan lambat seperti merangkak, berjalan, mengeluarkan bunyi- bunyi suara , lambat bercakap dan bertutur. Kurang kemahiran kawalan motor, motor halus dan motor kasar seperti tidak boleh memegang objek dengan kuat. 2. Peringkat awal kanak-kanak 2 – 10 tahun Kurang kawalan motor halus dan kasar dan penguasaan kemahiran. Kadar pertumbuhan lambat dan tidak boleh berinterksi dengan baik dengan rakan sebaya serta suka mengasingkan diri. Memerlukan perhatian dan kasih sayang serta motivasi. Lemah kemahiran kooedinasi mata dan tangan. Bersikap agresif, pasif dan hyperaktif, kurang tumpuan serta kurang kemahiran urus diri. 3. Awal remaja 11- 14 tahun Berlaku perubahan fizikal, mula menunjukkan minat untuk bersosial. Tidak dapat membezakan perkara yang baik dan buruk. Melihat dan menilai sesuatu mengikut pandangan sendiri. Sukakan kebebasan dan tidak suka dikawal serta tidak boleh membuat keputusan sendiri dan sangat bergantung kepada orang lain. 4. Remaja 15 – 20 tahun. Perkembangan fizikal dan mental yang lambat dan perlahan. Sangat mudah dipengaruhi oleh persekitaran. Menunjukkan perasaan rendah diri yang menebal, Page 35
    • kurang keyakinan diri , lambat matang serta mudah dipengaruhi olehpersekitaran.2.2 PERBANDINGAN DAN PERBEZAAN PERKEMBANGAN DENGANKANAK-KANAK NORMAL.KANAK-KANAK NORMAL KANAK-KANAK BERMASALAHBayi 0-2 tahun. Bayi 0-2 tahun Boleh mengecam suara, Kadar pertumbuhan lambat bunyi,member tindakbalas, seperti merangkak, berjalan, tersenyun,membalas sentuhan bercakap da bertutur. dan menggenggam. Kurang kawalan kemahiran Kemahiran motor kasar dan motor halus dan kasar. motor halus meningkat. Tahap pertumbuhan dan Tahap pertumbuhan dan perkembangan tidak mengikut perkembangan berlaku umur hayat. mengikut umur.Awal kanak-kanak 2-10 tahun. Awal kanak-kanak 2-10 tahun Pertumbuhan cepat seiring Kadar pertumbuhan lambat. dengan umur. Memerlukan lebih perhatian Pandai berdikari dan mengurus dan kasih sayang. diri sendiri. Kawalan motor lambat dikuasai Kawalan motor dan Sukar bergaul, mengasingkan penguasaannkemahiran cepat diri. dikuasai. Lemah koordinasi mata tangan Kemahiran berinteraksi dan Agresif, pasif dan hyperaktif. komunikasi Kurang kemahiran urus diri. Boleh member tumpuanAwal remaja 11-14 tahun Awal remaja 11-14 tahun Perubahan fizikal yang Perubahan fizikal tidak seimbang dan ketara seimbang dengan umur. Page 36
    • Pandai bersosial Tidak dapat beza yang baik Dapat membezakan perkara dan buruk yang baik dan buruk Melihat sesuatu dengan Boleh membuat keputusan , pandangan sendiri. rumusan dan menilai sesuatu. Mula minat untuk bersosial. Remaja 15-20 tahun Remaja 15-20 tahun Perkembangan fizikal dan Perkembangan fizikal dan mental yang optimum mental lambat Emosi yang stabil Mudah dipengaruhi oleh Citarasa dan keyakinan yang persekitaran tinggi Kurang keyakinan diri Matang dan tidak suka Perasaan rendah diri yang bergantung kepada orang lain menebal Boleh menentukan hala tuju Suka kebebasan dan sukar di dan membuat keputusan kawal. sendiri. Tidak boleh memberi keputusan.SIALA Aspek Pertumbuhan Perkembangan Jasmani Pertumbuhan saiz, berat, gigi Bertambah kemahiran menggunakan anggota seperti merangkak, berjalan, berlari dan melompat Mental Bertambah keupayaan berfikir Berkembangnya kemahiran menggunakan perkataan, bahasa, angka, pemikiran, mengingat, menaakul, analisis Emosi Perasaan seronok, gembira, Kemahiran mengawal sedih , takut perasaan dalam situasi tertentu Sosial Meluaskan perhubungan, Kemahiran mendisiplin dan komunikasi, bergaul dengan sesuaikan diri dalam orang lain pergaulan Page 37
    • 2.3 PERBEZAAN INDIVIDUBorish dan Tambori 1997….Variasi yang boleh diperhatikan dalam kalangan ahli-ahli satu kumpulan dari segi ciri-ciri tertentu.Definisi:  Merupakan variasi yang dapat diperhatikan di kalangan ahli-ahli satu kumpulan dari beberapa aspek seprti temperamen, tenaga, pola persahabatan, hubungan kekeluargaan.Satu konsep yang merujuk kepada keunikan dan ketidaksamaan yang wujud di anrtaramanusia yang berlainan. Variasi atau ketidaksamaan individu daripada normakumpulan sama ada daripada sifat-sifat kognitif, emosi,fizikal dan moral. Tingkah lakusosial, bakat dan aspek-aspek lain yang mungkin terdapat dalam kalangan individu.Aspek-aspek perbezaan individu: 1) Budaya 2) Sosial 3) System nilai / norma 4) Status sosio ekonomi 5) Aspirasi/motivasi 6) Kecerdasan 7) Gaya kognitif/gaya belajar 8) Emosi 9) Lokasi 10) Kesihatan 11) Bangsa 12) Personality 13) Fizikal Page 38
    • 2.3.1 TEORI-TEORI PERBEZAAN INDIVIDU 1) Teori ekologi Bronfenbrenner; menekankan aspek sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, makro dan krono Sistem ini berpusat secara kecil kepada besar/ lingkaran dalam bulatan/ tindanan . 2) Teori Arnold Gessel Fokuskan kepaa baka sebagai penggerak utama dalampekembangan individu. Beliau percaya bahawa kematangan fizikal pentinga alam kelancaran proses pembelajaran. Kebolehan anak akan muncul mengikut perkembangan dan kematangan masing-masing. Ia juga mengikut urutan dan pola tertentu. Maka perkembangan tingkah laku tidak dapat diramalkan. 3) Teori Havigurst Tugas perkembangan bermaksud jangkaan han harapan ibu bapa dan masyarakat . 4) Teori Psikososial Erikson Seseorang kanak-kanak melalui lapan tahap perkembangan dalam kidup yang penuh dengan krisis. Sesorang perlu melalui krisis pada tahap-tahap tersebut.2.3.2 Perbezaan dari aspek Kognitif: Galton(1865), Goddard(1890),Newman(1937), dan Sheldon(1962) telah membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebayanya. Menaakul, berfikiran logik, kebolehan bergaul, mengira dan berimaginasi. Setiap individu berbeza dari segi kecerdasan, keupayaan mental, dan cara individu mengadaptasi kepada persekitaran serta penyesuaian seseorang dengan persekitaran baru. Umur mental tidak sama dengan umur hayat. Page 39
    • Perbezaan dari aspek Bahasa Murid yang menggunakan bahasa yang pelat dan sukar difahami akan ketinggalan jika dibandingkan dengan murid-murid yang menggunakan bahasa yang betul. Bahasa yang diwarisi daripada nenek moyang akan mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Perbezaan dari aspek Psikomotor Setiap murid berbeza dari segi fizikal, tinggi – rendah, warna kulit, saiz. Tiada dua orang yang sama kecuali mereka yang kembar seiras. Perbezaan dari aspek Afektif Murid murid yang ceria dan bersedia untuk belajar akan lebih mudah menerima pelajaran yang murung, suka memendam perasaan dan mrendah diri. Persekitaran di rumah juga mempengaruhi emosi kanak-kanak. Perbezaan dari aspek Personaliti Ekstrovert – periang , petah bercakap , suka berkawan, mudah menyesuaikan diri, bersifat kembara, meminati aktiviti luar dan tahan lasak. Introvert – pendiam, kurang bersosial, lebih berbakat dalam penulisan, sensitive dan berhati-hati dalam membuat tindakan. Ambivert- kombinasi ciri-ciri ekstrovert dan introvert.2.3.3 Implikasi perbezaan individu kepada pengajaran dan pembelajaran  Kesediaan belajar – setiap kanak kanak mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. Ini bermakna kesediaan belajar juga adalah berbeza. Guru perlu mempertimbangkan bagi mengelakkan berlaku keciciran. Page 40
    •  Penentuan objektif dan aras pengajaran – Menentukan objektif yang sesuai dan berbeza mengikut tahap keupayaan dan kebolehan kanak-kanak dengan pelbagai aktiviti yang mengikut aras murid supaya yang lemah tidak ketinggalan.  Kewujudan pola tingkah laku yang mengganggu pengajaran guru- Peka kepada keperluan pelbagai tingkah laku yang distruktif dan hiperaktif supaya tidak menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.  Perbezaan gaya kognitif dan gaya belajar –mengesan gaya kepelbagaian belajar kanak-kanak yang berbeza-beza sesuai dengan bahan dan aktiviti yang dijalankan.  Perbezaan personaliti pelajar ( pendiam, dan ceria, bising dan ramai kawan)- Pelbagai personality boleh mendatangkan masalah jika kanak-kanak tidak dapat menyesuaikan diri dan bekerjasama dalam kumpulan.2.3.4 Peranan guru menghadapi Perbezaan Individu  Pemilihan kaedah kumpulan – membentuk aktiviti mengikut kaedah kumpulan berdasarkan tahap keupayaan murid. Secara tidak langsung akan memudahkan guru menyediakan latihan dan aktiviti serta rekod kemajuan murid .  Program pengayaan dan pemulihan – mudah bagi guru menyediakan latihan dan bahan mengikut kumpulan murid, pengayaan untuk kumpulan yang cerdas dan pemulihan untuk kumpulan yang lemah.  Pengajaran terancang/ modul/ bahan Multimedia-penyediaan bahan bagi pelbagai kumpulan agar murid dapat memahami objektif pengajaran  Pembelajaran koperatif – Aktiviti pembelajaran dijalankan dalam kumpulan di mana murid yang cerdas akan membantu murid yang lembab kerana prestasi murid yang lembab akan membantu markah dalam kumpulan. Ini kerana pembelajaran dalam kumpulan dengan rakan sebaya lebih berkesan dari guru.  Peneguhan positif dan negatif –Guru perlu member peneguhan yang positif pada setiap perlakuan yang disukai dengan serta merta, dan peneguhan yang negatif Page 41
    • pada setiap perlakuan yang tidak disukai supaya murid dapat membuat perbandingan serta membaiki kepada tingkah laku yang lebih baik. Agihan tugas mengikut minat dan keupayaan –Latihan dan tugasan yang sesuai dengan tahap keupayaan murid bagi menggalakkan murid berfikir dan berkembang mengikut tahap keupayaan dan kebolehan murid. Kepelbagaian Bahan bantu mengajar – Bahan bantu mengajar akan dapat merangsang minda murid dan dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian. Pencarian dan penyampaian maklumat memberikan banyak pengetahuan kepada murid-murid. Kepelbagaian Bentuk penilaian –Penilaian kertas dan pensil tidak dapat menggambarkan kecerdasan yang sebenar, pelajar boleh dinilai semasa menjalankan aktiviti melalui hasil kerja, buku skrab, projek dan sebagainya. Pengajaran semuka/ individu- Bimbingan dan latihan yang dijalankan secara individu sesuai dengan tahap keupayaan murid. Bahan-bahan dan model digunakan memberikan keseronokan kepada murid. Pelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran- Pelbagai teknik dan kaedah yang dipelbagaikan akan menarik perhatian murid dan motivasi menjalankan aktiviti dan penglibatan dalam pembelajaran. Page 42
    • TAJUK 3: KATEGORI KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARAN3.0.PengenalanMurid pendidikan khas bermasalah pembelajaran ialah golongan murid yangdikenalpasti dan disahkan oleh Pengamal Perubatan sebagai mengalami kecacatanyang mengganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh dikategorikanmengikut tahap kefungsian murid-murid dalam kebolehan-kebolehan berikut: Kognitif Tingkahlaku sosial / perkembangan sosial Penguasaan bahasa lisan / pertuturan Penguasaan membaca Kemahiran perkembangan (development skills) Kemahiran matematik3.1. Kanak-kanak bermasalah emosi atau tingkah lakuKanak-kanak tidak terkawal menghadapi masalah emosi ini. Disebabkan olehperubahan emosi dapat dilihat seperti sedih, takut, marah atau bermasalah tingkahlaku.Kanak- kanak ini berisiko mengalami kemurungan berpunca dari pengalaman tekananperasaan persekitaran contoh dipulau oleh keluarga, kehilangan seseorang yangdisayangi seperti ahli keluarga yang terdekat, keluarga yang mempunyai sejarahpenyakit kemurungan dan mempunyai sejarah masalah penyakit jiwa (mental) padazaman kanak-kanak. Page 43
    • 3.1.1. Definisi dan punca masalah emosi atau tingkah laku Masalah emosi ialah merupakan gangguan perasaan yang berlaku kepadaindividu sehingga mengganggu aktiviti kehidupan seharian. Mengikut pendapat Twiford,1979, masalah emosi ialah tingkah laku yang menganggu pertumbuhan perkembangannormal kanak-kanak , dipetik dari buku Ang Huat Bin (1999). Kerap kalinya tingkah lakuyang tidak normal dapat kita lihat dari segi intelek, pencapaian akademik, penyesuaianemosi dan pelakuan sosial kanak-kanak tersebut. Menurut Herbert (1974) dan bukuAng Huat Bin (1999), masalah emosi ialah manifestasi yang berbagai-bagai sepertipenarikan diri, pengantungan diri kepada orang lain, kekuatan, masalah kencingmalam, mencuri, agresif, malas dan kurang pencapaian akademik.Secara umumnya, ciri-ciri asas gangguan emosi ialah keresahan yang dianggapketerlaluan. Keresahan ini mungkin tidak ditunjukkan secara terbuka. Gangguan inisering berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang kebanyakkanya disebabkan reaksiterhadap tekanan daripada alam persekitaran (Kasmini Kassim, 1992). Secarakhususnya dapatlah dikaitkan bahawa emosi yang tidak stabil akan mempengaruhitingkah laku seseorang murid. Situasi ini akan member gambaran bahawa jika muridpendidikan khas mengalami masalah seperti merajuk, ia akan memperlihatkan tingkahlakunya seperti mendiamkan diri atau mengasingkan diri.Masalah emosi dan tingkah laku boleh wujud bersama dengan ketidakupayaan laincontohnya, ketidakupayaan pendengaran, masalah pembelajaran, autisme dansebagainya.Kategori ini mungkin merangkumi kanak-kanak atau remaja yang menghidapi„schizophrenia‟, masalah afektif, masalah kebimbangan (anxiety) atau masalah tingkahlaku lain bila ia memberi kesan buruk kepada perlakuan pendidikan. Page 44
    • 3.1.2.Punca masalah emosi dan tingkah lakuAspek masalah emosi:1. Faktor genetik atau baka Menurut Kasmini Kassim (1992: 28), faktor genetik boleh menerangkan sebahagian gangguan emosi walaupun pada zahirnya belum boleh dipastikan lagi. Gangguan obsesif kompulsif, sindrom Gilles de la Tourette dan tik kronik boleh dikaitkan dengan faktor genetik. Ada kanak-kanak yang cepat naik radang dan ada pula yang cepat rasa gelisah. Ini mungkin berlaku disebabkan temperamen kanak- kanak yang semulajadi. Keadaan ini boleh juga disebabkan oleh cara bagaimana ibu bapa mendidik anak-anak.2. Faktor persekitaran Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perasaan dan emosi kanak-kanak. Keluarga adalah yang paling rapat dengan kanak-kanak. Kanak-kanak yang dibesarkan dalam keluarganya yang menghadapi tekanan, keresahan, kerunsingan atau ketegangan akan memberi pengaruh yang besar kepada kanak-kanak. Kawalan yang keterlaluan kepada anak-anak atau terlalu bebas boleh memberi kesan yang sama. Jika kanak-kanak tidak mendapat jaminan keselamatan dalam keluarga, akan menyebabkan dia sentiasa berasa terancam apabila berhadapan dengan dunia luar. Pertelingkahan dan perceraian dalam keluarga juga akan menyebabkan kanak- kanak hilang kasih sayang dan rasa diabaikan, sekaligus menganggap ibu bapanya sebagai satu ancaman kepada mereka. Tekanan yang sedikit dan terus bertambah akhirnya mewujudkan satu gangguan emosi yang kritikal. Suasana sekolah juga turut memberi kesan yang besar, wujudnya masalah ini. Pencapaian yang rendah dalam akademik menyebabkan kanak-kanak rasa rendah diri dan kurang yakin pada diri sendiri. Ejekan dari rakan sebaya mengenai kekurangan dirinya misalnya Page 45
    • gemuk dan sebagainya, membuatkan kanak-kanak ini rasa disingkirkan dan tidak berguna lagi.3. Faktor penyakit fizikal atau kecederaan Penyakit fizikal dan kecederaan boleh menimbulkan gangguan emosi dengan 3 cara : 1.Kanak-kanak yang menghidap penyakit lelah/asma. Mereka akan rasa takut setiap kali diserang penyakit ini, mereka takut untuk dirawat di hospital atau takut akan mati. Perasaan yang menyelubungi diri mereka ini akhirnya menjadi satu tekanan yang berat dalam diri mereka. 2.Sikap ibu bapa yang terlalu bimbangkan akan kesihatan anak mereka. Ibu bapa terlalu resah dan cuba melindungi anak mereka setiap saat sampai ke tahap yang keterlaluan, menyebabkan kanak-kanak rasa terkongkong. Kadang kala keadaan ini menyebabkan anak menjadi terlalu manja, tidak tahu berdikari, sentiasa bergantung kepada ibu bapa dan kurang keyakinan diri. 3.Bentuk fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai bentuk badan yang ganjil atau mempunyai kecacatan fizikal akan selalu diperhatikan orang lain dan sering diejek oleh rakan. Ini akan menimbulkan perasaan malu dan rendah diri dalam kalangan kanak-kanak ini. Contohnya tubuh badan yang gemuk, gigi jogang, pendek dan sebagainya.3.1.3.Aspek masalah tingkah lakuMasalah tingkah laku berpunca daripada berbagai faktor yang bertindak antara satusama lain. Secara ringkas, sebab-sebabnya bolehlah dibahagikan kepada 4 faktor : Page 46
    • 1. Faktor juzukan (konstitusi) 1.1.Faktor baka Menurut Kasmini Kassim (1992), faktor baka boleh sedikit sebanyak mempredisposkan seseorang kepada gangguan ini. Ini adalah berdasarkan kajian yang dijalankan kepada kembar-kembar dan anak angkat kerana seseorang itu boleh dipredisposkan kepada jenayah, namun bukti ini tidak terlalu jelas dalam kalangan kanak-kanak. 1.2.Kecelaruan kromosom Kanak-kanak yang mempunyai lebih daripada satu kromosom yang mempunyai risiko yang tinggi untuk menjadi kanak-kanak Sindrom Down. Oleh itu kanak- kanak ini akan menunjukkan masalah tingkah laku dan emosi. 1.3.Kerosakan atau penyakit semasa dalam kandungan Janin yang terganggu perkembangan semasa dalam kandungan disebabkan penyakit atau kecederaan. Contohnya jangkitan kuman, virus, penyakit berjangkit dan sebagainya. 1.4.Kecederaan semasa bersalin Kecederaan pada otak atau koma yang berpanjangan kerana susah semasa proses hendak melahirkan anak. Contohnya seperti bersalin dengan menggunakan kaedah forcep, vakum dan sebagainya. 1.5.Kelahiran tidak cukup bulan Kanak-kanak ini perlu diberi rawatan intensif selepas dilahirkan oleh itu mereka terpaksa dipisahkan dari ibu mereka selama beberapa bulan. Ini boleh menjejaskan perhubungan emosi di antara ibu dan anak. Perpisahan ini boleh menwujudkan masalah emosi dan tingkah laku kanak-kanak di kemudian hari. Page 47
    • 2. Faktor Penyakit dan Kecederaan Kanak-kanak yang menghadapi penyakit yang melibatkan bahagian otak, lebih berisiko tinggi menunjukkan gangguan tingkah laku. Keadaan begini sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak yang menghidapi penyakit epilepsy dan juga kanak- kanak yang mempunyai tahap kecerdasan otak yang rendah. Ada juga kecederaan atau kemalangan yang berlaku kepada kanak-kanak tersebut sehingga meninggalkan atau memberi kesan terhadap emosi dan tingkah lakunya. Contohnya, kanak-kanak terbabit terlibat dalam kemalangan jalan raya dan memdapat kecederaan di kepala atau anggota yang lain. Ini akan memberi kesan yang mendalam dalam jiwa dan perasaan kanak-kanak tersebut, jika ia tidak dibendung atau mendapat rawatan yang sewajarnya menyebabkan timbulnya masalah tingkah laku dalam diri kanak-kanak tersebut.3. Faktor Persekitaran a) faktor dalam keluarga o ·Kurangnya keharmonian dalam keluarga, timbulnya ketegangan dan pertelingahan dalam keluarga tersebut. Contohnya, ibu bapa yang selalu bertelingkahan di hadapan anak-anak, ibu bapa yang bercerai dan tidak ada persefahaman antara ibu bapa dengan anak-anak atau ketegangan/pertelingkahan dalam kalangan adik beradik. Kanak-kanak yang sering berpindah tangan dari satu keluarga ke satu keluarga yang lain atau dari satu pengasuh kepada pengasuh yang lain. Sepatutnya kanak-kanak mempunyai keluarga yang tetap. Kadangkala bila wujudnya masalah atau bencana dalam keluarga, kanak-kanak terpaksa dipelihara oleh orang lain. Keadaan ini akan menyebabkan kanak-kanak tersebut tidak dapat menikmati pengalaman pembelajaran yang konsisten yang diperlukan untuk Page 48
    • pergaulan mereka. Mereka juga berasa sukar untuk merapatkan diri kepadakeluarga baru dan sukar mendapat kasih sayang sepenuhnya. Kanak-kanak inijuga sukar untuk merapatkan diri dengan seseorang yang boleh dijadikansebagai contoh.Ibu dan bapa yang sibuk, sering tiada di rumah bila anak-anak memerlukanmereka, menyebabkan kanak-kanak rasa bagai tersisih dan hilang kasih sayang.Mereka bebas melakukan apa saja untuk melepaskan perasaan tertekan dankesunyian yang dialaminya tanpa kawalan ibu bapa.Tidak ada persefahaman antara ibu bapa dengan anak-anak. Ibu bapa seringkali tidak memahami perasaan dan kehendak anak-anak, menyebabkantimbulnya konflik dalam perhubungan mereka. Selalunya keadaan ini akanmewujudkan satu situasi yang negatif dalam diri anak-anak. Ada sesetengah ibubapa yang terlalu mengongkong anak-anak sehingga anak-anak rasa sangattertekan dan seterusnya memberontak. Ada pula ibu bapa yang terlalumembebaskan atau memberi kebebasan yang melampau sehinggakan anaktersebut tak tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. o Keluarga yang terlalu besar atau ramai sehinggakan anak-anak tidak terjaga atau terbiar untuk menjalani kehidupan sendiri atau berdikari tanpa pengawasan ibu bapa. o Kedudukan atau status ekonomi yang rendah juga menjadi faktor berlakunya gangguan tingkah laku pada kanak-kanak. Kemiskinan hidup menyebabkan kanak-kanak mencari jalan sendiri untuk merasai kemewahan yang diimpikan mereka. o ·Sikap ibu bapa yang tidak dapat dijadikan satu contoh atau „role model‟. Kadangkala ibu bapa bersikap tidak konsisten dalam sesuatu peraturan atau disiplin yang dibuat , samada terlalu ketat, longgar atau tidak tetap pendiriannya. Page 49
    • · Kurang penekanan disiplin dan adab dalam keluarga. Contohnya tidak ada peraturan tetap mengenai rancangan atau aktiviti harian anak-anak seperti waktu makan, belajar, menonton, bermain dan sebagainya. · Kanak-kanak kurang diberi ganjaran yang berkesan. Maksudnya di sini ialah menunjukkan tindak balas yang berlainan setiap kali satu tingkah laku yang buruk atau yang baik di lakukan oleh anak. Kegagalan ibu bapa menunaikan janji-janji hukuman atau janji-janji ganjaran mengikut tingkah laku mereka juga menyebabkan anak-anak hilang kepercayaan dan rasa hormat mereka kepada orang tua. b) faktor rakan sebaya Kanak-kanak sering terpengaruh dengan tingkah laku rakan sebaya. Oleh kerana mereka mahu diterima dalam kumpulan rakan sebaya, maka mereka sedia mengikut sikap dan rentak kumpulan tersebut walaupun bersifat negatif.d)faktor sekolah/guru Kanak-kanak yang sering berpindah sekolah tidak dapat menyesuaikan diri dan sering menunjukkan gangguan tingkah laku, terutama sekali di sekolah yang ada pengaruh unsur-unsur buruk. Sikap guru yang tidak peka dan tidak memahami masalah pelajar juga memburukkan lagi keadaan kanak-kanak. Page 50
    • e)Sosial penolakan oleh rakan sebaya Penolakan rakan sebaya atau pun dengan kata lain, tidak di terima dalam kumpulan rakan sebaya. Situasi ini akan mengakibatkan kanak-kanak rasa tertekan dan membuat tingkah laku di luar kawalan untuk menarik perhatian.3.1.3 .Ciri-Ciri Kanak-Kanak Bermasalah Emosi dan Tingkah Laku1.Kelakuano Sedih, menyayat hati atau tangisan berterusano Kurang berminat dalam aktiviti yang menggembirakano Terpinggir / terasingo Marah dan suka bermusuho Hubungan yang tegango Kerapkali tidak hadir ke sekolaho Hendak lari dari rumaho Kelakuan yang merosakkan diri sendiri2. Perasaan /Emosi/Pemikirano Perasaan tidak puas hatio Kurang tumpuano Kurang keyakinan dirio Rasa diri tidak bergunao Bosano Tertekan kerana disingkiro Cepat marah3. Perubahan Fizikal Page 51
    • o Kurang tahap tenaga kecerdasano Perubahan masa tidur atau makano Masaalah fizikal seperti sakit kepala, sakit perut dan sebagainyao Perubahan berat badanDi bawah ini disenaraikan secara ringkas ciri kanak-kanak yang menghadapi masalahemosi : ·Emosinya kurang matang. ·Kanak-kanak ini sentiasa bergantung kepada ibu bapa dan tidak tahu untuk bergaul dengan kanak-kanak lain. ·Hidup mereka penuh dengan kebimbangan kerana takut akan kehilangan keluarga, mati atau ditimpa bencana. ·Sukar untuk tidur, tidur mudah terganggu kerana sering bermimpi dan mengigau. ·Tumpuan fikiran mereka mudah terjejas dan mereka mudah dipengaruhi oleh apa yang berlaku di sekeliling mereka. · Hilang selera makan, rasa loya, sakit perut, cirit birit, muntah, pening kepala, mulut rasa kering dan rasa hendak pitam. · Tapak tangan terasa seram sejuk dan berpeluh. ·Kerap kencing dan gagal mengawal kencing pada waktu malam atau siang.3.1.4. Pertimbangan pendidikan Page 52
    • Murid yang bermasalah emosi atau tingkah laku perlu diberi cara yang betul untukmemperbetulkan kesalahan bukannya didenda. Guru perlulah merangsang dan mengajar tingkah laku yang bersesuaian agartingkah laku yang negatif itu dapat dikurangkan secara beransur-ansur. Contonhnyatingkah laku yang suka mengambil barang kawan. Pengajaran guru perlu disokong dengan ganjaran apabila menunjukkan tingkah lakupositif. Contohnya guru memberi tepukan / pujian setelah murid yang melakukantugasan dengan kemas. Ganjaran ini tidak semestinya pada tingkah laku tetapi padapenampilan diri murid yang positf sebagai tanda menghargai diri mereka. Contoh CikguSalmah memuji Amir yang berambut pendek. Guru kerap berinterkasi dan melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran. Gurumemberi perhatian dengan cara memberi peluang murid menjawab dulu soalan yangdiberi. Ini sudah tentu memberi perangsang kepada murid untuk belajar dengan tekun. Murid juga diberi cara untuk mengawal diri dengan kaedah pemantau kendiri atauguru akan memantau tingkah laku murid dengan cara merekod. Kemudian guru akanmaklumkan berapa kali tingkah laku yang negatif itu diulang.3.2. Kanak-kanak Autism Page 53
    • Sindrom Autisme adalah satu masalah perkembangan yang paling sukar untuk memahami. Iamerupakan satu fenomena yang luar biasa dan kejadian insiden adalah lebih kurang 5 - 15setiap 10,000 kelahiran. Ramai kanak-kanak yang mengalami sindrom ini menghadapi masalahkomunikasi, tingkah laku, sosial dan adaptasi. Trend pendidikan masa kini menggalakan muridautisme ditempatkan belajar bersama murid normal dalam kelas biasa. Matlamatnya ialah untukmemberi peluang kepada murid autistik menerima pengajaran dan pembelajaran dan menyertaisemua aktiviti yang terdapat di sekolah.Biasanya sindrom autisme lebih kerap berlaku di kalangan jantina lelaki dibandingkan denganjantina perempuan, dalam nisbah 4 : 1. Sejak penemuan oleh Kanner pada tahun 1943, ahlipenyelidik telah berusaha mencari punca kejadian autisme. Selepas hampir enam puluh tahun,penyebab spesifik berlakunya sindrom ini masih tidak di ketahui lagi walaupun ada bukti yangmenyokong sebab-musabab yang pelbagai( Bauserman, 1981).Autisma dapat dikesan menerusi masalah dari segi perkembangan yang melibatkan interaksisosial,ramai murid dalam situasi tersebut tidak dapat menunjukkan potensi sebenar.MenurutSimpson(2001 ) kanak-kanak dan belia autisma merupakan sebahagian kumpulan yang unikbilamana dibandingkan dengan kanak-kanak berketidakupayaan yang lain.3.2.1. definisi dan punca autismaIstilah autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan Isme yangbererti aliran. Ini bermakna autisma membawa maksud keadaan yang menyebabkankanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisma adalah kategoriketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial,gangguan deria, pola bermain, dan perilaku emosi.Punca berlaku autisma Page 54
    • Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autismemembabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerapdalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan.1.kerosakan otakGangguan ini dipercayai berkaitan dengan ketidaknormalan pada beberapa bahagianotak. Malah, saiz otak kanak-kanak autistik juga tidak sama seperti kanak-kanak normalkerana ada yang lebih besar.2.GenetikKecelaruan autistik boleh diwarisi.3.Komplikasi semasa kandunganDalam kes tertentu autism dikaitkan dengan gangguan semasa atau selepas mengandung,termasuk· Kekurangan oksigen semasa kelahiran· Keracunan thalidomide· Rubela kongenital· Encephalitis· Measles-campak· Mum-Begok (Chess, Korn, & Fernandez, 1971).Kedudukan anak juga ada kaitan iaitu:· Anak pertama daripada dua anak dlm sekeluarga· Anak keempat atau seterusnya bagi yg anak lebih daripada empat orang (Mesibov et al.,1997)4.faktor pemakanan yang tidak seimbang dan berkhasiat Page 55
    • Pemakanan yang seimbang merupakan saranan yang terbaik untuk menjamin kandungan yangbakal lahir tidak bermasalah. Kebiasaannya ibu yang mengandung akan mengalami alahanyang teruk dan ini menyumbang kepada pemilihan makanan yang tidak sihat dan berkhasiat.Contohnya kekurangan zat besi akan menyebabkan bayi tumbesarannya terbantut.5.Emosi ibu yang mengandung yang sering murungSemasa mengandung, ibu dan ahli keluarga perlu memastikan tahap emosi berada dalamkeadaan terkawal. Ini kerana emosi yang terganggu seperti bergaduh dengan suami akanmemberi kesan kepada emosi si ibu untuk bersikap murung dan seterusnya memberi kesanyang negatif kepasa bayi yang bakal lahir.6.Kesihatan ibu yang sering tergangguIbu yang mengandung perlu memastikan kesihatan diri sentiasa terkawal dan dipantau agarmasalah yang dihadapi / penyakit dapat dikesan dan dirawat dengan segera. Kesihatan yangsering terganggu menyebabkan ibu yang mengandung sukar untuk memberi tupuan kepadabayi yang dikandung.7. Teratogen adalah agen atau bahan yang akan menyebabkan kecacatan bayi di dalamkandungan ibunya.Teratogen memberi kesan buruk terhadap kandungan pada 8 minggupertama kehamilan.Di antaranya ialah :1. Thalidomide2. Asid Valproik3. Misoprostol4. Jangkitan Rubella pada ibu3.2.2. ciri-ciri kanak-kanak Autisma Page 56
    • Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :1.Komunikasi Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan. Kurang cerdas semasa bermain Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain Ekolalia Tidak suka bertentang mata dengan orang lain2.Tindak balas sosial Hilang tumpuan dan kurang mimik muka Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain Suka bermain sendirian Tidak suka bergaul3.Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja. Sukakan rutin Cederakan diri sendiri Tidak suka disentuh Page 57
    • Selain dari itu murid Autisma juga bermasalah dari segi:1. Kerencatan bahasa2. Masalah kefahaman3.2.3. Pertimbangan pendidikanGuru perlu memainkan peranan untuk sentiasa memberi peneguhan positif kepada muridAutisma. Situasi ini akan merangsang mereka untuk berkomunikasi dan aktif dalam aktivitipembelajaran.Di samping itu juga sebagai guru kelas, murid Autisma perlu diberi peluang untuk membentukkemahiran dalam pelbagai situasi. Guru perlu perkenalkan situasi yang berbeza untuk muridAutisma merasa perbezaan. Ini kerana mereka sukakan rutin. Oleh itu dengan sedikitperubahan yang dibuat, murid akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru dansekaligus mendapat pengalaman serta pengetahuan baru.Murid Autisma berpotensi dalam akademik. Prestasi mereka diukur melalui pemerhatian dandiubahsuai jika guru tidak berpuashati.Kerjsama ibu bapa dan guru dalam kaedah terapi amat memberi kesan kepada kemajuan dirimurid Autisma. Antara kaedah yang dapat digunakan ialah kaedah terapi Floortime iaitu muriddidedahkan ke tahap yang lebih tinggi dengan bantuan orang dewasa. Kaedah TerapiPertuturan akan membantu murid Autisma bertutur dengan bahasa dan situasi yang sesuai.Guru dan ibu bapa juga boleh menggunakan kaedah TEACCH (Training and Education ofAutistic and Related Communication Handicapped) iaitu kaedah yang menggunakan bahanvisual untuk meningkatkan kefahaman dan kemahiran berdikari seperti menyusun pakaiansecara teratur. Kaedah dijelaskan dengan kad gambar secara berperingkat iaitu dari mudahkepada susah.3.3. Kanak-kanak Sindrom Down Page 58
    • Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down, orangpertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 18663.3.1. Definisi dan punca Sindrom DownSindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosomnombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 (biasanyahanya dua salinan) terdapat dalam setiap satu sel.Punca Sindrom Down1. Faktor usia ibuBagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebihtinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down.2.Faktor kromosom yang ganjil95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh"non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa prosespembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Dikalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan"Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlahkesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umuryang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma.3.faktor bakaSalasilah keluarga yang ada Sindrom Down,kebarangkalian untuk mewarisinya adalah tinggi.3.3.2. Ciri-ciri kanak –kanak Sindrom Down Page 59
    • Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik.1.sifat pada kepala, muka dan leherMereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkalhidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulutadalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigilambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil danagak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek.2.sifat pada tangan dan lenganSifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jarikelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisanurat dinamakan "simian crease".3.sifat pada kakiKaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dantapak kaki.4.sifat pada ototKanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadilembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.5.Masalah-masalah yang berkaitan:Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalamanterutama sekali jantung dan usus.6. Pertumbuhan yang lambat.7. Kecacatan mental yang ringan atau sederhana3.3.3. Pertimbangan pendidikanKanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dankerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalamsemua aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor halus dan Page 60
    • bercakap. Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari olehahli keluarga. Mereka juga mempunyai sifat periang. Perkembangan motor kasar merekalambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampirsemua pergerakan kasar.Sebagai guru kelas dan ibu bapa perlulah memberi pendedahan yang teratur dalampenguasaan bahasa,peningkatan kognitif dan sosial. Guru perlu juga mengajar mereka supayadapat menguruskan diri sendiri,membuat latihan senaman untuk menguatkan otot danpergerakan.Selain dari itu, murid Sindrom Down perlu diberi pendedahan mengenai konsep-konsep konkritiaitu yang dapat dilihat dan disentuh. Contohnya gambar bola dan bola yang realistik.Murid Sindrom Down juga boleh diajar sesuatu perkara dengan cara yang mudah atau tugas-tugas yang kecil seperti mengajar mengelap meja. Latihan secara berterusan akan dapatmelatih mereka memahami maksud kebersihan dan cara menjaga kebersihan.3.4. Kanak-kanak hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD)3.4.1. Definisi dan punca ADHDADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Iamelibatkan 3 jenis kepayahan : Kurang tumpuan Hiperaktif Menurut kata hati (Impulsiviti)Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkanseramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD. Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.Tiada punca utama di temui walaupun faktor genetik dan ketidakseimbangan bahan kimia didalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini. Page 61
    • Punca ADHDTiada siapa tahu apakah punca ADHD. Punca ADHD tidak dapat dikenal pasti dengan tepatkerana terdapat terlalu banyak kemungkinan. Yang pasti ADHD bukan disebabkan olehperkara-perkara berikut: Menonton televisyen Alah pada makanan Gula yang berlebihan Keadaan hidup yang miskin Sekolah bertaraf rendah3.4.2. Ciri-ciri ADHDSeorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebihdari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.A. Kurang tumpuanKanak-kanak sentiasa : Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah. Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah Tidak dapat menyelesaikan tugasnya Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya Tidak berupaya mematuhi arahan Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran Mudah hilang perhatian Pelupa Page 62
    • B. HiperaktifKanak-kanak sering : Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat duduknya Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa) Bising waktu bermain Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam) Banyak bercakapC. Menurut kata hati (Impulsiviti)Kanak-kanak akan : Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis Tidak sabar menunggu giliran Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain Tambahan : o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun o Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan o Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti di sekolah, rumah, tempat awam o Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu o Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan o Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu di sekolah, dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya3.4.3. Pertimbangan pendidikanGuru perlu peka dengan minat dan menarik perhatian murid agar berminat untuk belajar.Penggunaan bahan bantu mengajar dan belajar yang menarik dan berwarna-warni akan Page 63
    • memberi suatu keseronokan kepada murid ini untuk memberi perhatian. Walaupun tumpuan itutidak lama yang penting usaha guru untuk mengekalkan minat dan tumpuannya.Murid ADHD perlu diberi peluang untuk menjadi ketua kumpulan secara bergilir. Ini bertujuanuntuk melatih mereka faham tanggungjawab dan bersikap lebih prihatian terhadap orang lain.Tugasan yang perlu diberikan kepada murid ADHD perlulah menjurus kepada tugaspengamatan yang menarik. Contohnya aktiviti bermain puzzle atau mazing.3.5. Kanak-kanak Bermasalah komunikasi3.5.1. Definisi dan punca masalah komunikasiMurid yang bermasalah berkomunikasi merupakan murid yang mengalami ketidakupayaanmenyampaikan dan menerima maklumat secara normal. Ketidakupayaan menggunakan kod-kod bahasa dan kaedah yang boleh dikongsi bersama.Punca masalah komunikasi1.faktor bakaJika salah seorang daripada ibu atau bapa mengalami masalah kerencatan mental, ia akanmempengaruhi perkembangan mental mental anak-anak.2. masalah pendengaranKecacatan pendengaran sama ada penuh atau separa akan mengakibatkan gangguankomunikasi kerana sukar untuk mendengar dan menafsir gelombang bunyi yang di sekitarnya.Oleh kerana tidak mendengar, komunikasi tidak dapat berlaku secara lisan.3.faktor kemalanganKemalangan yang melibatkan alat pendengaran dan pertuturan akan menjejaskan komunikasi.Contohnya kehilangan pada alat pendengaran iaitu telinga akan menyebabkan masalahkomunikasi. Page 64
    • 4.faktor kecacatan pada alat artikulasiKecacatan pada alat alrikulasi akan menyebabkan sebutan dan kelancaran terjejas. Inimenyebakan apa yang disebut sukar untuk difahami oleh orang lain.5. masalah suaraMasalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal atauluar biasa yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara berbeza dari segi nada,kualiti suara, dan punca suara dihasilkan. Suara kurang menyenangkan apabila dikeluarkansecara sengau, serak atau garau (hoarseness), dan berbisik. Semua ini akan mengganggukomunikasi yang berkesan.6. masalah kelancaranGangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinanpertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang palingbiasa. Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang,tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguanpernafasan yang berpunca daripada penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagapberlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran danketegangan otot pertuturan.3.5.2. Ciri-ciri kanak bermasalah komunikasi1.tidak yakin diri2. sebutan tidak jelas3.gagap4.menggunakan laras bahasa yang tidak sesuai dengan usianya Page 65
    • 5.perbendaharaan kata terhad6.tidak suka berbual-bual7.bercakap pelat8.menggunakan isyarat untuk mendapatkan sesuatu9.tumpuan terganggu10.membaca gerak bibir dan meminta diulang ketika bercakap.3.5.3. pertimbangan pendidikan1. penggunaan alat sokongan untuk mendengar seperti implan koklea2.penggunaan bahasa isyarat untuk membantu murid bermasalah komunikasi berhubungdengan betul.3. penggunaan bahan bantu belajar yang interkatif dan menarik4. terapi pertuturan untuk membantu murid bertutur dengan betul5.aktiviti pengajaran yang terancang dan menarik3.6. Kanak-kanak Terencat Akal3.6.1. Definisi dan konsep terencat akalKanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai dayapemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatanakal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri.Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-carahidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota,penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibatkerencatan akal. Page 66
    • Persatuan Pediatrik Malaysia mentafsirkan terencat akal sebagai kanak-kanak yangmempunyaiu daya pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Merekayang kerencatan akal yang teruk,tidak boleh berjalan,bercakap dan menjaga diri. Manakalayang tidak teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup seperti menjaga diri.Kecacatan terbahagi kepada kecacatan fizikal/ anggota.penglihatan dan pendengaran.Kecacatan anggota ini tidak bermakna anak yang terlibat mengalami kerencatan akal.Punca terencat akal1. sebelum kelahiran Perkahwinan keluarga yang rapat Gen –gen lemah yang diwarisi akan mempunyai risiko yang tinggi. Mewarisi baka yang tidak dominan Umur ibu semasa hamil Faktor Rh dalam darah ibu bapa Fakor Rh adalah satu bahan dalam sel-sel darah merah manusia. Rh+ bagi yang ada dan RH- bagi yang tiada. Ibu yang mempunyai sel merah Rh+ dan mengandung anak yang mewarisi Rh- menghadapi risiko tinggi untuk mendapat anak yang kurang sel darah merah. Kekurangan ini menjejaskan bekalan oksigen yang boleh menyebabkan kerencatan akal. Tempoh masa yang lama dalam kandungan Kesan penyakit lain yang berisiko seperti diabetis,darah tinggi,barah,penyakit Rubella yang boleh menyebabkan kerenacatan akal,katarak dan pekak. Kesan sinar-X yang berlebihan Kesan penggunaan dadah dalam ubatan seperti streptomycin,neomycin,quinine yang berisiko anak cacat anggota atau pekak. Pencemaran alam sekitar iaitu terdedah kepada bahan-bahan kimia seperti merkuri dan plumbum.2. semasa kelahiran Page 67
    • Ketagihan alkohol Kekurangan iodin menyebabkan tumbesaran terbantut. Kecederaaan semasa hamil Proses kelahiran yang sukar iaitu tidak cukup bulan,songsang dan penggunaan vakum atau forsep.3. selepas kelahiran Pengaruh ibu bapa yang membiarkan anak terencat akal terbiar dan terabai. Masalah kesihatan kerana kelahiran yang tidak cukup bulan Kecederaan pada kepala Factor sosioekonomi3.6.2. Ciri- ciri kanak-kanak terencat akalKanak-kanak yang terencat akal berbeza daripada kanak-kanak normal. Mereka berbeza darisegi ;1.kognitif Tahap keupayaaan yang rendah Masalah untuk memahami tugasan yang diberikan Lemah menaakul dan menatafsir2. sosial / emosi Tumpuan singkat Tidak sabar dan mudah meradang Sukar tunjukkan emosi secara verba Tidak memahami apa yang orang lain sebut3.penggunaan bahasa Tatabahasa yang terhad Page 68
    • Penggunaan laras bahasa yang kurang tepat dan tidak sesuai Sukar faham maksud4. keupayaan fizikal dan motorMengalami pelbagai kecacatan termasuk penglihatan,pendengaran dan kemahiran motor halus.3.6.3. Pertimbangan pendidikan1.murid terencat akal yang sederhana boleh dibimbing.2.penggunaan bahan berbentuk visual dan bunyi akan dapat menarik perhatian mereka.3. terapi pertuturan dan terapi cara kerja akan dapat membantu murid terencat akal untukbertutur dan menulis dengan baik.3.7. Kanak-kanak kurang upaya dalam pembelajaran / Lembam / slowlearner3.7.1. definisi dan punca kurang upaya dalam pembelajaranKanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa,terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangkapendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.Punca kurang upaya dalam pembelajaran- Baka- Tersekat pengalaman- Intelek yang rendah- Masalah emosi- Kekecewaan- Rasa rendah diri- Kemantangan yang lambat Page 69
    • - Lemah daya ingatan- Mudah terganggu tumpuan- Kurang rangsangan- Faktor-faktor kesihatan- Persekitaran- Amalan makanan- Kesan semasa mengandung- Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.- Ubat semasa mengandung.- Kemalangan.- Sosio - ekonomi.3.7.2. Ciri-ciri kurang upaya dalam pembelajaran1-Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.2- Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.3- Sukar menerima arahan.4- Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa.5- Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar.6- Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis.7- Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.8- Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan.9- Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun10- Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah11- Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan.12- Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil.13- Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur.14- Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.3.7.3. Pertimbangan pendidikan Page 70
    • 1. -Temubual 2. - Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan 3. - Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai& menyeronokkan 4. - Senang kepada susah. 5. - Konkrit kepada abstrak. 6. - Melibatkan seberapa banyak pancaindera 7. - Banyakan pengukuhan dan latihtubi. 8. - Jauhkan dendaan yang negatifTAJUK 4 : PENGELOLAAN PROGRAM MASALAH PEMBELAJARAN 4.1 JENIS-JENIS PROGRAM: 1. INTEGRASI 2. KELAS KHAS 3. KELAS INKLUSIF 4. PUSAT LATIHAN HARIAN 5. INSTITUSI PESENDIRIAN/SWASTA/KERAJAAN 4.1.1 PROGRAM INTEGRASI. Integrasi bermaksud mendidik kanak-kanak bekeperluan khas bersama-sama dengan kanak-kanak biasa dalam satu sekolah. Ini adalah berdasarkan prinsip kanak-kanak berkeperluan khas perlu berkongsi segala kemudahan pembelajaran yang disediakan untuk kanak-kanak lain.(Williams 1988). Menurut Jenkinson 1987 integrasi ialah menyediakan pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah biasa.Laporan Warn telah membahagikan integrasi kepada tiga jenis: 1. Lokasi- kanak-kanak berkeperluan khas akan belajar bersama-sama dalam satu sekolah tetapi berlainan unit atau kelas. Mereka mempunyai hubungan Page 71
    • sosial yang terbatas dengan kanak-kanak biasa seperti menggunakan padang permainan dan sebagainya.2. Sosial- penempatan murid di sekolah di mana hubungan sosial yang biasa berlaku misalnya sewaktu bermain atau mengambil bahagian dalam aktiviti sekolah walaupun pendidikan formal berlaku di tempat-tempat yang berasingan.3. Kefungsian- kanak-kanak berkeperluan khas menghadiri kelas-kelas biasa dan mengambil bahagian bersama-sama dengan murid lain, berkongsi kemudahan yang disediakan dan tidak dipisahkan daripada sebarang aktiviti sekolah. Faktor-fakor yang mempengaruhi kejayaan Program Integrasi. 1. Faktor kanak-kanak: a) Tahap penyesuaian tingkah laku dan kemahiran bersosial b) Tahap keupayaan kognitif c) Kemahiran akademik d) Kesediaan untuk terlibat dalam program integrasi 2. Faktor Rakan Sebaya a) Sikap rakan sebaya dalam kelas b) Kesediaan murid biasa untuk menyesuaikan diri dengan kanak-kanak berkeperluan khas. 3. Faktor Guru dan Pengajaran a) Kualiti program kelas biasa b) Kesedaran guru kelas biasa menyesuaikan pengajaran dalam kelas biasa untuk memenuhi keperluan kanak-kanak khas. c) Bilangan kanak-kanak / murid berkeperluan khas yang terlibat dalam program integrasi. d) Kualiti latihan dalam perkhidmatan guru -guru biasa 4. Faktor Pentadbir a) Penetapan kriteria untuk kejayaan integrasi Page 72
    • b) Kualiti sumber yang disediakan untuk guru c) Penyediaan perkhidmatan sokongan dan pakar yang mencukupi d) Tahap sokongan yang diberikan kepada guru kelas 5. Sikap ibu bapa dan masyarakat a) Sikap ibu bapa kanak-kanak berkeperluan khas terhadap program intergrasi b) Sikap ibu bapa kanak-kanak biasa terhadap program intergrasi4.1.2 KELAS KHASOBJEKTIFSetiap orang pelajar diberi peluang dan bimbingan yang seluas-luasnya untukmembolehkan mereka ; 1. Menguasai kemahiran berkomunikasi . 2. Menguasai kemahiran bergaul . 3. Mengetahui dan memperkembang perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling . 4. Menjaga kesihatan dan keselamatan diri . 5. Menguruskan hal-hal kehidupan seharian . 6. Mempunyai keyakinan diri dan konsep kendiri yang positif . 7. Melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi . 8. Memahami keperluan perkembangan jasmani serta menguasai kemahiran motor 9. Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni . 10. Mengembangkan potensi, bakat dan daya kreatif dan intelek .KURIKULUM KELAS KHAS BERMASALAH PEMBELAJARANKurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran ini telah dirancang untukmembolehkan pelajar-pelajar mencapai kemahiran berdasarkan objektif-objektif yangtelah ditetapkan . Kurikulum tersebut mengandungi bidang-bidang berikut : Page 73
    • 1. Bidang Komunikasi . 2. Bidang Sosial dan Alam sekitar . 3. Bidang Kemahiran Amali Untuk berdikari . 4. Bidang Rekreasi dan Daya Kreatif . 5. Bidang Nilai dan Kerohanian .Kurikulum Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yang dilaksanakan adalahberdasarkan Kurikulum Rendah Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran yangdikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia4.1.3 INKLUSIFHala tuju pendidikan untuk pelajar-pelajar berkeperluan khas pada masa kini ialah kearah mengintegrasikan mereka dengan kanak-kanak normal. Untuk itu usaha-usahatertentu hendaklah dilakukan bagi merealisasikan matlamat berkenaan. (Geatheart,Weishahn & Gearheart, 1992). Sementara itu beberapa kajian pula menunjukkanterdapat faktor-faktor tertentu menghalang kepada kejayaan dan keberkesananprogram-programPendidikan Khas yang berkonsepkan integrasi ini. Antara faktor-faktortersebut ialah sumber yang terhad, sikap yang negatif dan kurangnya guru-guru terlatihdalam melaksanakannya (Ysseldyke dan Alozzine, 1982).UNESCO (1988) tigakeutamaan yang dikenalpasti dalam mendidika kanak-kanak istimewa:1.Pendidikan wajib bagi semua kanak-kanak2.Integrasi murid-murid dengan kecacatan ke sekolah-sekolah biasa3.Latihan guru ditingkatkan bagi mencapai tujuan tersebut.Definisi:Satu program yang menempatkan murid-murid Pendidikan Khas yang telah menguasaisebahagian mata pelajaran atau kemahiran ke kelas biasa untuk mengikutipembelajaran yang normal. Dijalankan dalam bentuk separa inklusif atau sepenuh Page 74
    • masa. Separa Inklusif bermaksud murid hanya mengikuti pelajaran pada mata pelajaranyang tertentu sahaja, waktu selebihnya berada di kelas khas. Sepenuh masa pulamengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa.Strategi Perlaksanaan Pendidikan Inklusif.Zalizan Mohd Jelas (1997) ada beberapa faktor sebagai prasyarat kearahperlaksanaan pendidikan Inklusif yang berkesan:1.Pengurusan pihak sekolah yang efektif – sikap pihak pentadbir masa kini adalahkritikal dalam proses pembentukan polisi dan amalan pendidikan Inklusif di sekolah.Kesungguhan dan komited dari segala aspek termasuk pengurusan masa, peruntukansumber serta sokongan dan galakan peribadi akan menentukan kejayaan program ini.2.Keyakinan guru membantu kanak-kanak belajar – sikap positif dan optimis dari guru-guru perdana dan guru-guru pendidikan khas dalam menghadapi cabaran mampumeningkatkan prestasi murid-murid Inklusif.3.Rasa optimis bahawa semua murid dapat belajar dan mampu mencapaikejayaan.Guru perlu tahu minat dan kebolehan murid-murid supaya dapat memanduarah mereka ke jalan yang betul dan percaya kepada kebolehan sendiri.4.Mengatur system sokongan- Kerjasama antara guru dengan perkongsian maklumat,pengetahuan dan kemahiran antara guru digunakan pada saluran yang betul.5.Mengesan dan menyemak kemajuan – prosedur yang sistematik perlu ada bagimengesan dan menyemak kemajuan secara berterusan. Melalui mekanisme ini dapatmengesan kelemahan dan pencapaian seseorang murid itu. Page 75
    • Isu semasa dalam Pendidikan Inklusif1.Kurang mendapat kerjasama dari pihak pentadbir dan guru-guru perdana kerana tidakmemahami perjalanan program inklusif tersebut. Kebanyakan mereka gagal memahamisikap dan kelemahan murid Inklusif dan menganggap sebagai satu beban dalam kelas.2.Kurang pengetahuan terhadap potensi murid dan cara mengatasi masalah bilabersama dengan murid-murid Inklusif.3.Sikap ibu bapa dan penjaga yang tidak menunjukkan kesungguhan dan mengambiltahu perkembangan anak-anak mereka.4.Penerimaan rakan sebaya dalam kelas yang mungkin memandang rendah dengankebolehan murid Inklusif.5.Kesuntukan masa untuk member tumpuan yang lebih kepada murid Inklusif dandalam usaha untuk menghabiskan sukatan. Beban guru akan bertambah yang akanmenimbulkan stress di kalangan guru.4.1.4 PUSAT LATIHAN HARIAN1.Pusat Latihan Jabatan Kebajikan MasyarakatMenyediakan perkhidmatan jagaan, pemulihan, latihan serta peluan pekerjaan kepadaorang kurang upaya. Terdapat 11 buah institusi orang kurang upaya seperti di bawah:-Taman Sinar Harapan (TSH)i. Pengenalan TSHTaman Sinar Harapan merupakan institusi yang dikhaskan untuk orang kurang upayamasalah pembelajaran yang memerlukan penjagaan, latihan, pemulihan danperlindungan. Terdapat 7 buah Taman Sinar Harapan yang beroperasi di Malaysia.ii. Objektif Page 76
    • Memberi jagaan, perlindungan dan pemulihan kepada orang kurang upaya bermasalah pembelajaran yang terbiar, yatim piatu, tidak mempunyai penjaga dan yang memerlukan latihan pemulihan. Memberi latihan pengurusan diri atau latihan aktiviti kehidupan seharian supaya mereka ini dapat melakukan sendiri tanpa bantuan dari orang lain. Memberi latihan pra-vokasional supaya mereka boleh hidup berdikari. Memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi atau bergaul dengan kawan-kawan, masyarakat atau orang lain melalui aktiviti-aktiviti sosial dan sebagainya. Memberi latihan kemahiran sosial dan mendapatkan kerjasama dari badan- badan sukarela bagi tujuan integrasi dengan masyarakat.Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi (PLPP)i. Pengenalan PLPPPusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Bangi adalah sebuah institusi di bawahJabatan Kebajikan Masyarakat yang memberikan perkhidmatan kepada orang kurangupaya anggota (OKU) melalui latihan vokasional serta pemulihan perubatan.ii. Objektif Memberikan perkhidmatan yang komprehensif kepada OKU anggota untuk mendapatkan latihan vokasional dan pemulihan perubatan. Mengembalikan kemahiran yang telah hilang akibat kemalangan bagi meningkatkan kemampuan mereka bekerja dan berdikari. Mengambil langkah awal untuk pemulihan bagi mengelakkan kurang upaya menjadi bertambah teruk. Menyediakan tempat perkhidmatan sebagai rujukan dan sumber latihan penuntut perubatan, jurupulih, juruteknik prostetik dan ortotik serta lain-lain kakitangan Page 77
    • yang memerlukan. Menjadi tempat rujukan untuk menjalankan kajian berkaitan OKU.Bengkel Terlindung (BT)i. Pengenalan BTBengkel Terlindung telah ditubuhkan mengikut Kaedah-Kaedah Worksyop Terlindung1979. Bengkel terlindung ini dikhaskan untuk Orang Kurang Upaya yang tidak berdayasaing untuk mendapat pekerjaan di pasaran terbuka. Institusi berkenaan adalah sepertiberikut:- Bengkel Daya Klang Bengkel Daya Sungai Petaniii. Objektif Mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang kurang upaya. Mempertingkatkan tahap keupayaan, kebolehan, pengetahuan dan kemahiran warga kurang upaya. Memberi sumber pendapatan kepada warga kurang upaya.Pusat Harian Bukit Tunkui. PengenalanPusat Harian ini telah dibuka dengan rasminya pada 6 Jun 1989 oleh Y.B. DatukMustaffa bin Mohamad, Menteri Kebajikan Masyarakat Malaysia. Menerima kemasukankes-kes pesakit jiwa yang telah menjalani rawatan perubatan di Hospital Permai diJohor Bahru, Hospital Bahgia di Tanjung Rambutan, Hospital Besar di Kuala Lumpurbagi menjalani rawatan pemulihan yang disediakan di Pusat Harian Bukit Tunku supayapesakit-pesakit ini dapat diserapkan lebih awal ke dalam masyarakat.ii. Objektif Page 78
    • Untuk membantu mengembalikan keupayaan atau kebolehan yang boleh menolong mereka untuk hidup lebih bebas di dalam masyakat. Untuk menyedari keupayaan dan kebolehan seseorang pesakit jiwa dan memupuk keupayaan atau kebolehan tersebut. Untuk mempertingkatkan tanggungjawab pesakit jiwa terhadap dirinya dan juga terhadap orang lain. Untuk membimbing pesakit jiwa mengenai penyesuaian dalam kehidupan harian mereka.PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITIPengenalanProgram Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau "Community -Based Rehabilitation"(CBR) telah dipelopori oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Jabatan KebajikanMasyarakat telah terlibat secara langsung dalam penyediaan manual dan seterusnyadiberi peluang menilai dan mengubahsuai pelaksaan program ini.Program ini diwujudkan sebagai program alternatif kepadaperkhidmatan pemulihandi institusi. Satu kaedah dalam pembangunan komuniti untuk golongan orangkurang upaya (OKU) menjalani pemulihan dalam keluarga dan masyarakat sendiri dimana memberi peluang kepada OKU menjalani pemulihan, mengecapi peluangsama rata dan berinteraksi dengan masyarakat.2. Program ini memerlukan penyertaan dan penglibatan aktif OKU, ibubapa/keluarga/penjaga dan masyarakat setempat dengan memaksimumkanpenggunaan sumber tempatan yang sedia ada dalam komuniti. PDK jugamerupakan satu pendekatan pembangunan ke arah sokongan dan kesedaranmasyarakat dalam membantu OKU untuk mengecapi taraf hidup yang lebih selesa. Page 79
    • 3. Program ini bukan sahaja “cost-effective” tetapi juga dapat memberi liputan yanglebih luas kepada lebih ramai orang kurang upaya. Di samping itu, ianya juga dapatmengeratkan hubungan keluarga di mana orang kurang upaya tidak perludipisahkan dari keluarga dan masyarakat mereka semasa menjalanipemulihan. Selain itu, ibu bapa/keluarga/penjaga dan masyarakat dapatdidedahkan kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan kaedah pemulihan.Objektif PDK Mengalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab masyarakat tempatan dalam program pemulihan OKU. Mengembleng sumber tempatan untuk pemulihan OKU. Mengalakkan penggunaan cara yang mudah dan teknik yang diterima, murah dan efektif dan sesuai dengan keadaan setempat. Menggunakan infrastruktur organisasi tempatan yang sedia ada untuk memberi perkhidmatan. Mengambil kira sumber ekonomi negara dan membolehkannya untuk diperluaskan perkhidmatan yang menyeluruh mengikut keperluan OKU.Program PDK Berteraskan Kepada 3 Model Home Based. Centre Based. Centre-Home Based. Page 80
    • Aktiviti PDK Kemahiran motor kasar. Kemahiran motor halus. Perkembangan sosial. Perkembangan bahasa. Pengurusan diri sendiri. Pra-menulis, membaca, mengira dan melukis. Kreativiti - permainan, rekreasi dan lain-lain. Latihan Vokasional. Terapi muzik. Sukan dan rekreasi.4.1.5 INSTITUSIKerajaan:1.Jabatan Kebajikan Masyarakat Perkara-perkara Sosial Yang Diberi Perhatian 1) Dasar Kebajikan Masyarakat Negara akan memberi keutamaan dalam kemajuan negara dan menjamin kesejahteraan rakyat, iaitu : Usaha proses pembangunan diarahkan untuk tujuan mempertingkatkan potensi semua golongan masyarakat. Perhatian khusus diberikan untuk meningkatkan penyamaan peluang ke arah hidup yang lebih bermakna dalam arus pembangunan negara. 2) Aspek kebajikan bagi golongan kurang upaya yang diberikan perhatian ialah : Page 81
    • Jagaan bagi golongan yang mempunyai keperluan khas Perkhidmatan khusus serta sokongan daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan perlu bagi membantu golongan tertentu untuk diserapkan ke dalam arus masyarakat. Kumpulan Sasaran Yang Diberi Perhatian Kebajikan masyarakat mementingkan kebajikan semua golongan masyarakat. Sistem kebajikan di semua lapisan masyarakat diperkukuhkan khususnya bagi golongan sasaran supaya wujud unsur-unsur kemajuan diri, sifat berdikari dan persepaduan. Golongan sasaran yang dimaksudkan itu ialah : Kanak-kanak Kanak-kanak dilindungi semua bahaya termasuk najis penyalahgunaan, penyiksaan, penderaan, diskriminasi dan eksploitasi. Di samping itu penekanan khusus diberi kepada perkembangan sihat kanak-kanak dari segi fizikal., sosial, emosi dan mental. Mereka juga dilengkapi dengan nilai dan sikap yang sesuai supaya mereka mempunyai haluan dan tujuan tertentu sebagai generasi dan pemimpin masa depan. Orang Kurang Upaya Kemudahan dan pengesanan awal disediakan bagi mereka untuk menerima rawatan, pemulihan, pendidikan dan latihan. Usaha untuk mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat digalakkan agar mereka bersedia menghadapi cabaran keadaan semasa.Perkhidmatan Orang Kurang UpayaPerkhidmatan di Luar InstitusiPerkhidmatan ini diwujudkan untuk menolong orang kurang upaya supaya dapatberdikari dan membolehkan mereka menjadi anggota masyarakat yang lebih produktifsejajar dengan kebolehan dan keupayaan mereka.Pendaftaran Orang Kurang Upaya Page 82
    • Pendaftaran orang kurang upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara.Ianya dijalankan oleh Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakatmelalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia. Pendaftaran OKU boleh dibuat diPejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeridan Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.Faedah-faedah yang boleh diperolehi ialah: rawatan perubatan khidmat pemulihan, rawatan lanjutan dan latihan vokasional pendidikan akademik di sekolah khas dan institusi tertentu bantuan kewangan, alat-alat tiruan dan alat-alat kemudahan pertimbangan Elaun Pekerja Kurang Upaya pertimbangan jagaan dan perlindungan, didikan dan latihan di institusi JKM/NGOs mengikut Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) peluang pekerjaan di sektor awam atau sektor swasta JABATAN KESIHATAN Kesihatan Orang Kurang Upaya dan Rehabilitasi Perkhidmatan Rehabilitasi dan Perkhidmatan Kesihatan Mental dalam Komuniti disediakan dibawah satu unit iaitu Unit Mental/Rehabilitasi yang ditubuhkan pada tahun 1996. Perkhidmatan bagi Orang Kurang Upaya pula meliputi penjagaan kanak- kanak keperluan khas serta perkhidmatan pencegahan dan kawalan masalah kebutaan, kepekakan dan kecacatan fizikal. Golongan OKU turut dikecualikan daripada bayaran rawatan di hospital atau pusat perubatan awam di negara ini. Page 83
    • Program-program yang dijalankan: 1. Program imunisasi 2. Institusi Kesihatan Umum 3. Bahagian Pembangunan Kesihatan KeluargaJABATAN PENDIDIKANKementerian Pendidikan di bawah Jabatan Pendidikan Khas menyediakan kelas khaskepada kanak-kanak cacat pengelihatan, pendengaran dan bermasalah pembelajaran.Program pendidikan dijalankan di sekolah khas pendidikan dan melalui programintegrated di sekolah biasa. Kerajaan juga mengecualikan bayaran pendaftarankemasukan pelajar-pelajar kurang upaya pendengaran yang mengikuti latihankemahiran di institusi-institusi pengajian di bawah kelolaan Kementerian pendidikan.Bagi Pelajar yang berjaya mereka akan mendapat elaun bulanan sebanyak RM300.00sebulan.Jabatan Pendidikan KhasSebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yangdiletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yangdikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara. Unit inidianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang KetuaPenolong Pengarah. Apabila berlaku penstrukturan baru pada I Oktober tahun 1995,Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnyasama dengan status jabatan-jabatan lain Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankantanggungjawabnya seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat.Visi, Misi dan Falsafah Jabatan Pendidikan Khas. Permintaan ibu bapa yang Page 84
    • mempunyai kanak-kanak kurang upaya dan kesedaran masyarakat terhadappendidikan khas juga menjadi faktor utama yang menyebabkan berkembangnyapendidikan ini. Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk: Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan keperluan Khas. Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan keperluan khas. Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini. Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.Bagi mencapai kelima-lima objektif yang tersenarai, Jabatan Pendidikan Khas terbahagikepada tiga bahagian dan satu unit:(a) Bahagian Perancangan Penyelidikan dan DasarBertanggungjawab untuk merealisasikan dasar, hala tuju dan perkembanganpendidikan khas dengan menetapkan peraturan dan perundangan mengenaipendidikan khas dan menyelaras hasil penyelidikan dan kajian dan membuatperancangan bagi pelaksanaan dasar-dasar mengenai pendidikan khas.(b) Bahagian Pengurusan SekolahBertanggungjawab untuk merancang, menggubal, mengubahsuai, mengelola danmenyelaras kurikulum dan kokurikum. Page 85
    • (c) Bahagian Latihan dan Khidmat BantuBertanggungjawab untuk menyediakan latihan kepakaran bagi guru-guru danmemberikhidmat bantu kepada pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat di samping merancang,mengurus dan mentadbir pusat sumber jabatan dan sekolah, dan mencetak bahansokongan (seperti bahan Braille).(d) Unit PengurusanBertanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pengurusan Jabatan melaluiperbelanjaan kewangan berhemah, peningkatan kebajikan dan kemajuan perkhidmatanwarga pendidikan khas, penyebaran maklumat dan penggunaan media elektronik.Jenis-jenis Sekolah Pendidikan KhasKementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui duaPendekatan Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan danbermasalah pendengaran. Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalahpenglihatan, ia diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolahmenengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran danpembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif. Tempoh belajar bagi pelajarberkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempoh pelajar bagi pelajarberkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluanpelajar berkenaan (Jabatan Pendidikan Khas, 2004)SwastaNASOM Page 86
    • Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia berperanan mengesan dan menjalankanrawatan, pembelajaran bagi kanak-kanak autism.Selain itu member nasihat kepadakeluarga yang terlibat dan cadangan aktiviti – aktiviti yang boleh dijalankan bagimeningkatkan potensi kanak – kanak autism.KIWANISSatu pusat pemulihan dalam komuniti bukan kerajaan yang bertujuan membentu kanak-kanak down syndrome mendapat pelajaran dan latihan kemahiran hidup sebelummereka bersekolah.PERSATUAN ORANG BUTA MALAYSIAMengesan kanak-kanak buta dan mendaftarkan ke program seperti pra sekolah danmemastikan mereka mendapat perkhidmatan kesihatan mata yang sempurna danmember nasihat kepada ibu bapa.NURYPertubuhan yang member perkhidmatan kepada keluarga yang mempunyai kanak-kanak bermasalah dan membantu ke arah pembangunan keluarga bagi melahirkananak-anak yang cemerlang di samping menjalankan aktiviti – aktiviti terapi yangbersesuaian.TASPUTRA PERKIMBerperanan memberi asuhan dan bimbingan kepada kanak-kanak berkeperluan khasdan kanak-kanak cacat anggota. Antara aktiviti yang dijalankan ialah memberikanlatihan yang meningkatkan kekuatan mental dan fizikal.LAIN-LAIN KHIDMAT SOKONGANPerkhidmatan Audiologi - boleh didapati di hospital kerajaan , swasta dan NGO.Memberikan perkhidmatan yang berkaitan dengan masalah pendengaran. Ujian inibertujuan mengesan tahap pendengaran atau kerosakan pendengaran danmencadangkan alat-alat bantuan pendengaran yang sesuai. Page 87
    • Perkhidmatan Terapi Pertuturan-menyediakan perkhidmatan yang berkaitan denganmasalah perkembangan masalah komunikasi dari aspek pertuturan dan bahasa.Pelbagai teknik dan kaedah digunakan kepada kanak-kanak yang mempunyai masalahpada alat artikulasi.Perkhidmatan Neurologi – memberikan perkhidmatan mengesan kecederaan ataukecacatan pada otak yang boleh membawa kepada kecelaruan mental.Perkhidmatan Pediatrik – memberikan perkhidmatan merawat kanak-kanak danmengesan punca-punca masalah.Perkhidmatan Oftomologi – memberikan perkhidmatan mengesan masalah penglihatankanak-kanak dan membuat pemeriksaan dan cara merawat/membantu dalampenglihatan.Peranan Ibu Bapa – memberikan galakan dan motivasi kepada anak-anak dan sentiasaberinteraksi dengan pelbagai kumpulan disiplin supaya dapat membantu meningkatkantahap keupayaan anak dan mempelajari langkah-langkah yang bersesuaimengurangkan masalah.4.2 PROSES PENEMPATAN PELAJAR KE KELAS KHAS BERMASALAHPEMBELAJARAN.Kriteria kemasukan dan penempatan pelajar-pelajar ke program Kelas KhasBermasalah Pembelajaran ialah setelah menedapat pengesahan daripada doktor ataupakar perubatan . Kriteria penempatan berdasarkan kepada pakar perubatan ini sangatpenting kerana pakar perubatan telah melakukan pemeriksaan secara klinikal kepadapelajar-pelajar khas tersebut .Penempatan akan ditentukan berdasarkan ujian saringan yang telah dijalankan olehpengamal perubatan. Kecacatan dan keupayaan kanak-kanak berkeperluan khas akanmenentukan ke sekolah yang berkaitan. Antara syarat kemasukan/ penempatan yangdisyorkan adalah seperti berikut:1.Had Umur – Pra sekolah Pendidikan Khas 4 – 6 tahun Page 88
    • Program Pendidikan Khas Rendah 7 - 14 tahun Program Pendidikan Khas Menengah 15 - 18 tahun Vokasional /Teknik 19 – 21 tahun2. Tempoh belajar sama dengan sama dengan tempoh persekolahan yang sedia adatetapi boleh di lanjutkan selama 2 tahun lagi samada di sekolah rendah atau menengah.3.Penempatan akan ditentukan mengikut kecacatan yang di alami samada ke ProgramIntegrasi atau Sekolah Pendidikan Khas.4. Pengesahan pakar yang dari Hospital Kerajaan diiktiraf akan diguna pakai sebagairujukan. Pengesahan akan menentukan samada kanak-kanak tersebut layak kesekolah atau ke Pusat Harian Biasa.5.Guru-guru yang telah mengenalpasti kanak-kanak yang bermasalah akan berbincangdengan ibu bapa atau penjaga supaya mereka faham akan kedudukan anak-anakmereka . Atas persetujuan mereka akan kanak-kanak akan dirujuk kepada pakar-pakaryang berkenaan.Sementara itu, terdapat juga proses penempatan pelajar-pelajar khas yangberdasarkan arahan Kementerian Pendidikan, melalui Jabatan Pendidikan Negeri .Selain daripada itu juga, kehendak ibu bapa yang tinggi untuk menempatkan anak-anakmereka ke Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran juga memainkan peranan dalamproses penempatan pelajar berkenaan .Di samping itu juga, guru-guru kelas juga memainkan peranan dalam penempatanpelajar-pelajar khas ini . Guru kelas dapat menilai keupayaan pelajar dari masa kesemasa dan mengetahui latar belakang serta tahap kebolehan pelajar-pelajar mereka .Dengan itu guru-guru ini mengesyorkan agar pelajar-pelajar tersebut ditempatkan dikelas khas . Page 89
    • 4.3 KAEDAH PENGUMPULAN MAKLUMAT UNTUK MENENTUKAN CALONPemerhatian: • Pemerhatian proses dan hasil kerja seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan pengajar menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran. • Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu pendidik melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan. • Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar/marking scheme. Digunakan untuk menilai - sikap - perlakuan/amalan - amali - kemahiran manipulatif - kemahiran bersosial - kemahiran belajar - kemahiran kinestetik - kemahiran literasi komputer - kemahiran mereka cipta Pengesanan (Screening) Cara saintifik dan sistematik mengesan sama ada kanak- kanak memerlukan bantuan semasa sesi p & p di dalam bilik darjah . Page 90
    • Proses Pengesanan Kenalpasti Kanak-Kanak Keperluan KhasMengumpul maklumat - kesihatan kanak-kanak - kesihatan ibu bapa - penglihatan, pendengaran, tingkah laku dll  Memproses maklumat / data  Menganalisis maklumat / data  Mengambil tindakan susulan  Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat (periodical)Pemerhatian Sebagai Satu Cara Pengesanan Pemerhatian perlu dijalankan berasas matlamat tertentu soalan-soalan yang perlu difikirkan .. - kenapa pemerhatian itu dijalankan - apakah objektif yang hendak dicapai - apakah situasi yang sesuai untuk mengumpul maklumat (setting) - apakah focus perkembangan yang hendak diperhatikan ( perkembanagn fizikal - motor halus, kasar, bahasa, tingkahlaku bermasalah, kesihatan - bagaimana merekod maklumat - siapa diperhatikan ( individu, kumpulan, beberapa kanak-kanak - bagaimana maklumat hendak direkod ( senarai semak, rekod anekdot . - apa yang perlu dilakukan semasa membuat pemerhatian - terdapat perubahan tingkahlaku semasa diperhatikan? - Berapa lama masa diperlukan untuk membuat pemerhatian - event sampling – perlukan masa yang lama - time sampling – masa yang pendek sahaja Page 91
    • 2.1 Matlamat pemerhatian - Antara matlamat membuat pemerhatian : - sebagai satu latihan professional - pengalaman - mengenalpasti tingkah laku kank-kanak - membuat keputusan contoh kesesuaian perabut dalam kelas, alat permainan, ruang dll - keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Objektif pemerhatian perlulah bersesuaian dengan persekitaran dan sumber 2.2 Pendekatan pemerhatian Terdapat pelbagai cara melakukan pemerhatian : Mirror - jarak dekat – cth . mengesan pertuturan murid pemerhati perlu mencatat dan bersemuka dengan kanak-kanak untuk mengumpul maklumat dengan tepat dan jelas.2.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi pemerhatian  sensitive dengan situasi dan keadaan emosi kanak-kanak  personaliti pemerhati  pengaruh setting – bahan , persekitaran , ruang …dll2.4 Apa yang hendak dilakukan semasa membuat pemerhatian  memilih kedudukan yang sesuai  membuat catatan2.5 Ralat dalam pemerhatian  silap merekod peristiwa yang melibatkan tingkah laku  tidak cekap mencatat maklumat ( tidak dilakukan serta merta) Page 92
    •  menambah maklumat yang tidak wujud  keletihan dalam pemerhatian  gangguan cth . bunyi dari persekitaran  ketidak selesaaan  personaliti pemerhati ( cth. perihatin & sabar?)  sikap bias ( biases) dalam pemerhatian  kesesuaian tempat / situasi2.6 Pemerhatian individu dan kumpulan Kumpulan - sekumpulan kanak-kanak yang mempunyai matlamat yang sama dan homogeneous ( umur dan tahap perkembangan ) - sulit mencatat perbualan - sesuai menggunakan rakaman video - untuk 2 kanak-kanak – perhatian mestilah silih berganti sepanjang masa. - sesuai untuk memerhatikan tingkah laku dalam kumpulan dan bukan individu . Komponen kumpulan  karakter ahli kumpulan ( member characteristic) – umur , bangsa , etnik , budaya dan agama . - ianya mempengaruhi output aktiviti dalam kumpulan .  tingkah laku ahli ( member behavior)  tingkah laku kontekstual ahli – hubungan antara ahli kumpulan sebagai satu sistem ( norma)2.7 Langkah-langkah pemerhatian Page 93
    •  tentukan perkara yang hendak diperhati  merekod maklumat dengan lengkap  merekod serta merta semasa pemerhatian  hadkan satu rekod untuk 1 peristiwa sahaja  rekod fakta yang tepat dan tidak membuat interpretasi  rekod peristiwa positif dan negative2.8 Kaedah pemerhatian ( methods)  kaedah bermaksud „ how to do it dan seluruh proses yang terlibat dengan pemerhatian, prosedur pemerhatian - tingkah laku – behavior - setting dan situation  normal dan tidak formal - normal – dilakukan secara teratur, terancang dan sistematik - tidak formal - melalui aktiviti dan situsai semasa Teknik / kaedah merekod dan membuat pemerhatian tingkah laku  penulisan narrative ( narrative description) - menggunakan huraian yang panjang dan terperinci - on the spot - khusus kepada tingkah laku - tanpa gangguan, interpretasi atau penilaian - boleh dilaksanakan melalui video, audio atau pemerhatian  time sampling - pemerhati mencari satu masa tertentu dan tingkah laku yang sesuai untuk dijadikan sample Page 94
    • - pemerhatian yang bertujuan untuk mencatat kekerapan sesuatu tingkahlaku berulang / berlaku . Contoh tingkah laku yang diperhatikan ialah seprti bergaduh , bertengkar dan panas baran ( aggresif) Tingkahlaku yang diperhatikan pada masa itu merupakan samples - Memberi maklumat yang terperinci berkaitan tingkahlaku yang diperhatikan . . - cth. Dalam kelompok 15 murid, pemerhati akan memperuntukkan selama 3 minit untuk setiap kanak-kanak sehingga semua kanak-kanak di buat pemerhatian. - biasanya menggunakan senarai semak / koding dan mudah digunakan semasa membuat pemerhatian . Kebaikan - mudah digunakan khusus untuk pelbagai tingkahlaku - tidak memerlukan belanja tinggi - jimat masa - data mempunyai kebolehpercayaan tinggi Event sampling - Pemerhati memillih event/ tingkah laku sebagai sample untuk diperhati semasa membuat pemerhatian Cth : tingkah laku sosial - Cara ini digunakan sekiranya sesuatu tingkah laku itu tidak selalu dipamerkan oleh murid semasa time sampling dilakukan. - Pemerhati biasanya akan menunggu berlakunya tingkah laku yang hendak diperhatikan berlaku dan mencatat peristiwa tersebut untuk dianalisis. - Maklumat boleh ditulis secara naratif atau menggunakan koding ( senarai semak ) - catatkan sama ada event / tingkah laku wujud dalam masa pemerhatian Page 95
    • - tingkah laku yang tidak menjadi focus tidak diambil kira ( senarai semak ) , namu jika menggunakan penulisan naratif semua perkara perlu dicatat Rekod anekdot - maklumat murid di rekod secara berterusan mengikut tahap dan boleh disambung oleh guru lain. - melalui pemerhatian terus - mencatat tingkahlaku murid sama ada normal atau bermasalah - catatan pemerhatian diasingkan dengan tafsiran. - pemerhati hanya perlu memerhati dan mencatat tingkah laku murid yang wujud pasa masa pemerhatian. - mencatat perubahan yang berlaku dalam tingkah laku murid - membantu guru memahami perkembanagn murid dari semasa ke semasa Rekod frekuensi - merekod tingkah laku murid menggunakan frekuensi. ( mencatat / sebagai kekerapan ) - mudah digunakan dan ditafsir - menyediakan maklumat/ data yang mudah difahami - carta bar. cth : 20 % ali terlibat dengan aktiviti koperatif, 30% solidarity dan 50% secara unoccupied Rekod harian - mencatat perkembangan murid bagi satu jangka masa yang panjang. - tertumpu kepada tingkah laku yang baru berbanding yang sedia ada ( perkembangan) - step by step progress over a period of time - satu cara yg informal Page 96
    •  Senarai semak ( check list) - Specific behavior - given content- sebahagaian daripada tingkah laku itu wujud dalam pemerhatian  Skala ( rating scale) - menggunakan skala cth: cemerlang, sangat baik, baik, sederhana, lemah4.4 PENYARINGAN DAN PENGUJIAN DIAGNOSTIKSebelum program intervensi awal dapat dilaksanakan, penaksiran, sama ada secaraformal atau tidak formal perlu dilakukan (Dowker, dalam Gersten dan Jordan, 2005).Penaksiran ialah proses pengumpulan maklumat berkenaan kanak-kanak yang diajardengan bertujuan membuat keputusan tentang kekuatan, kelemahan dan keperluanmereka. Daripada penaksiran yang teratur keputusan-keputusan penting tentangstrategi pengajaran dan pembelajaran dapat dibuat dengan lebih tepat. Penaksiranbertujuan untuk mengenal pasti intervensi awal yang sesuai bagi seseorang individuatau kumpulan kanak-kanak. Penaksiran, sama ada berbentuk formal atau tidak,haruslah bergantung kepada situasi dan instrumen yang digunakan. Sebagai contoh,Ujian Kecerdasan Weschler digunakan untuk menilai tahap kecerdasan kanak-kanakyang syaki mengalami kerencatan mental. Penaksiran juga dilakukan untuk menilaikeberkesanan sesuatu intervensi awal. Maklumat yang diperolehi boleh digunakanuntuk mengubahsuai strategi pengajaran ke arah memperbaiki lagi kaedah intervensiawal. Secara umum, penaksiran digunakan untuk penyaringan dan diagnosis.PenyaringanSebelum bermula intervensi awal, masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak hendakditentukan. Kadang kala, masalah yang dihadapi sesetengah kanak-kanak sangat nyatadan pengujian tidak diperlukan. Contohnya, sindrom Down dan kurang upaya fizikalboleh ditentukan dengan memerhati ciri-ciri fizikal kanak-kanak berkenaan. Bagi Page 97
    • sesetengah kanak-kanak pula adalah sukar untuk menentukan masalah yang dihadapi.Oleh itu, penyaringan (screening) perlu dilakukan. Proses saringan melibatkanpemeriksaan yang singkat tentang sesuatu perkara, contohnya kemahiran bahasa.Lazimnya, teknik saringan dapat dilakukan dengan cepat dan mudah denganmelibatkan bilangan pelajar yang ramai. Setelah dikenal pasti, guru akan membuatpengubahsuaian pengajaran sesuai dengan pelajar berkenaan. Sekiranyapengubahsuaian tersebut tidak membantu, maka guru akan merujuk pelajar itu untukmenjalani pengujian diagnostik yang lebih terperinci.Pengujian DiagnostikApabila proses penyaringan menunjukkan bahawa terdapat sesuatu masalah ataubeberapa masalah di kalangan kanak-kanak yang diuji, kanak-kanak berkenaan dirujukuntuk pengujian diagnostik. Ujian diagnostik khusus yang digunakan tertakluk kepadajenis masalah yangdihadapi (McLean, Bailey & Wolery, 1996). Lazimnya, pengujian diagnostik dilakukanterhadap lima domain untuk menentukan sama ada seseorang kanak-kanak itumenghadapi masalah yang menghalang perkembangan dirinya (Heward, 2003).(a) Perkembangan MotorKebolehan bergerak dan manipulasi objek boleh mempengaruhi pembelajaran.Pengujian tentang perkembangan motor dapat menunjukkan tahap kekuatan,kelenturan, ketahanan lasak dan kordinasi mata-tangan seseorang kanak-kanak.Pergerakan otot besar (seperti berjalan kaki, berlari and melontar sesuatu objek) danpergerakan otot halus (seperti mengambil sesuatu objek permainan, mengikat talikasut) menunjukkan tahap perkembangan motor seseorang kanak-kanak.(b) Perkembangan KognitifPengujian dijalankan untuk menentukan kemahiran kognitif kanak-kanak sepertikemahiran mengira, mengingat perkara yang mereka telah lakukan pada masa lampau,merancang dan membuat keputusan tentang apa mereka akan buat pada masa depan.Kebolehan mereka mengintegrasi maklumat yang baru dipelajari dengan maklumat Page 98
    • sedia ada, menyelesai masalah dan menghasil idea-idea baru adalah petanda-petandaperkembangan kognitif.(c) Komunikasi dan Perkembangan BahasaKomunikasi melibatkan penyampaian maklumat seperti perasaan, keinginan, keperluan,pengetahuan dan sebagainya. Kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakanbahasa untuk berkongsi maklumat dengan orang lain dan menerima maklumat daripadaorang lain. Komunikasi lisan melibatkan penggunaan perkataan, frasa, ayat dan bunyi.Komunikasi bukan lisan melibatkan gerak-geri tangan dan anggota badan, penumpuanmata, riak air muka dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri tersebut dapat mengesan tahapkeupayaan komunikasi dan perkembangan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.(d) Perkembangan Emosi dan SosialKanak-kanak yang telah mencapai kompetensi sosial rela berkongsi barang permainandan tidak keberatan berkerjasama dengan kanak-kanak lain. Mereka tahu pentingnyamengikut giliran dan menyelesaikan konflik yang timbul. Mereka juga dapat meluahkanperasaan dan emosi dengan cara teratur. Pengujian terhadap ciri-ciri tersebut dapatmengesan tahap perkembangan emosi dan sosial kanak-kanak berkeperluan khas.(e) Kemahiran AdaptifPerkembangan kanak-kanak juga ditentukan sama ada mereka mempunyai kemahiranadaptif seperti boleh memakai baju tanpa dibantu orang lain, makan sendiri tanpadisuap, menggunakan tandas dengan sempurna, memberus gigi dengan sendiri,membasuh tangan dan sebagainya. Pengujian ciri-ciri ini melalui pemerhatian dapatmengesan tahap kemahiran adaptif kanak-kanak berkeperluan khas.Lazimnya, kelima-lima domain ini diperincikan kepada ciri-ciri tertentu yang bolehdiperhatikan dan diukur. Sesuatu kebolehan atau keupayaan itu dikaitkan dengan umurtertentu. Contohnya, pada umur 4 tahun, disenaraikan kebolehan dan keupayaan yangpatut dilakukan oleh kanak-kanak pada peringkat umur tersebut. Oleh itu, perbandinganboleh dibuat dengan kanak-kanak berkeperluan khas yang diuji. Perlu ditekankan Page 99
    • bahawa kelima-lima domain ini tidak berasingan tetapi banyak bertindih. Contohnya,kanak-kanak yang bermain bola sepak menggunakan kelima-lima domain: kemahiranmotor (berlari dan menendang bola), kemahiran kognitif (dapat meramal gerak-geripemain), kemahiran berkomunikasi (menerima dan memberi arahan), kemahiran sosial(mematuhi peraturan permainan) dan kemahiran adaptif (memakai kasut bola tanpabantuan).Merujuk kepada semua rekod-rekod diatas , kita boleh membuat satu analisis daripadadata-data yang telah diperolehi supaya satu tindakan susulan boleh dibuat. Planintevensi ini akan menentukan bagaimana kaedah dan teknik yang sesuai bolehdilakukan begi menyelesaikan sesuatu masalah.TAJUK 5 : RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)5.1. DEFINISI DAN KONSEPRancangan Pendidikan Individu ( RPI ) adalah satu program yang berkaitan denganPendidikan Khas dan perkhidmatan yang dibentuk khusus bagi memenuhi keperluanpembelajaran murid dengan keperluan khas. Program ini dibentuk dalam beberapa sirimesyuarat dalam bentuk rancangan setiap murid.Menurut Hallahan dan Kauffman ( 1977 ), RPI adalah satu perjanjian bertulis antara ibubapa dan pihak sekolah tentang keperluan-keperluan murid dan cara bagaimanakeperluan-keperluan itu dapat dipenuhi. Dari segi pelaksanaan, RPI adalah kontraktentang perkhidmatan-perkhidmatan yang perlu disediakan untuk murid itu. Manakalamenurut Bender W.N ( 1995 ) pula, RPI adalah satu program pengajaran berasaskanpenilaian pelbagai disiplin dan direka bagi memenuhi keperluan-keperluan individumurid kurang upaya.Rancangan Pendidikan Individu dibentuk oleh satu jawatankuasa yang melibatkanpentadbir sekolah, guru, ibu bapa dan juga murid itu sendiri jika difikirkan sesuai. Page 100
    • Rancangan Pendidikan Individu ini mengandungi matlamat dan objektif berdasarkanpencapaian sedia ada bagi murid dengan keperluan khas itu. Matlamat dan objektif inidibentuk oleh mereka yang terlibat dalam perancangan dan penyediaan perkhidmatan.RPI juga menentukan penempatan pendidikan yang diperlukan bagi mencapaimatlamat dan objektif. Di dalam RPI dinyatakan juga tarikh perkhidmatan diberi, jangkamasa pelaksanaan dan corak penilaian bagi menentukan pencapaian murid.Dengan RPI, ibu bapa dan guru dapat bekerjasama dalam beberapa aspek sepertimenentukan keperluan pembelajaran murid, keperluan bagi mencapai keperluan itu danhasil pembelajaran yang dijangkakan. RPI disemak dan diteliti apabila berlakuperubahan dalam keperluan pembelajaran murid.Penulisan RPI adalah komitmen pihak sekolah bagi menyediakan sumber-sumber yangdiperlukan dan dipersetujui bersama. Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapatdilihat dengan jelas dan dapat bertindak sebagai penilaian bagi murid ituu dalammencapai matlamat objektif. Di samping itu, RPI juga adalah satu titik pertemuan bagimenyelesaikan isu yang mungkin timbul dengan wujudnya kesepakatan antara pelbagaipihak.5.2. CIRI –CIRI RPIRancangan Pendidikan Individu yang dibentuk perlu mengandungi ciri-ciri berikut :a)KomprehensifRPI merangkumi aspek ketidakupayaan murid, termasuk aspek komunikasi, tingkahlaku, sosial, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motor-tangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan penempatanyang diperlukan sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas.b)Spesifik Page 101
    • Matlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapatdiperhatikan dan diukur.c) Mengikut urutanRPI dibentuk berdasarkan urutan perkembangan dan fungsi kemahiran.d) Realistik dan sesuaiMatlamat dan objektif yang dinyatakn dalam RPI perlu sesuai dengan tahap fungsi dankadar perkembagan sedia ada setiap murid.e) DifahamiRPI direkodkan dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh para profesional danjuga ibubapa dan dapat menjejaskan apa yang perlu diketahui.f) DipersetujuiRPI adalah program yang dipersetuujui ibubapa, guru, murid dan professional lainyang terlibat.5.2.1. Pembentukan Rancangan Pendidikan Individu ( RPI )RPI perlu dibentuk bagi setiap murid dengan keperluan khas dalam tempoh 30 hariataupun satu bulan dari tarikh murid itu ditentukan ketidakupayaannya. PembentukanRPI perlu dilakukan sebelum penempatan sebenar dilakukan, dan sebelum murid itumenerima sebarang perkhidmatan ataupun diberi pendidikan khas. Semua RPI perludisemak dan dikaji sekurang-kurangnya setahun sekali oleh jawatankuasa RPI tetapiibubapa dan guru dapat memohon supaya semakan dilakukan dengan lebih kerap.5.2.3. Elemen RPIa) KerjasamaBerkerja dalam kumpulan merupakan elemen penting dalam RPI. RPI dirangka oleh Page 102
    • sekumpulan individu yang terlibat secara langsung dengan pendidikan dan kebajikanmurid berkenaan. Oleh itu, ibu bapa dan guru merupakan orang yang sangat pentingdalam proses ini.b) Berkongsi MaklumatPerancangan RPI mesti berdasarkan kepada maklumat yang dikumpul daripadaindividu yang mempunyai hubungan rapat dengan murid. Maklumat ini mesti dikongsibersama dan menjadi asas kepada keputusan untuk membina perancangan pendidikanyang akan dibuat.c) Keputusan BersamaIbu bapa dan golongan profesional bekerjasama untuk menyediakan RPI. Mereka perlumembuat keputusan bersama untuk menentukan apa yang diperlukan oleh muridberkenaan dan bagaimana RPI dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.d) KebolehpercayaanObjektif pengajaran dan prosedur penilaian perlu diterangkan dalam RPI. RPI juga perludibuat semakan pemantauan dan penilaian dari semasa ke semasa.e) DokumentasiRPI perlu didokumentasi bagi tujuan rujukan dan panduan semua pihak.f)Proses dan hasilRPI merupakan proses yang meliputi aktiviti bagi memastikan program pengajaran danpembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk murid berkenaan.5.2.4. Jawatankuasa Pembentukan RPIJawatankuasa Rancangan Pendidikan Individu perlu sekurang-kurangnya terdiridaripada: Page 103
    • a) Pentadbir sekolahWakil pihak sekolah selain daripada guru murid itu, yang berkelayakan bagimenyediakan perkhidmatan yang diperlukan berdasarkan keperluan pembelajaranmurid,juga berkelayakan memantau pelaksanaan program.b) GuruPada peringkat permulaan, kemungkinan guru itu bukan guru bagi murid terlibat keranamurid itu belum mempunyai gurunya sendiri. Oleh itu, guru yang sesuai adalah guruyang berkelayakan mengikut tahap umur murid.c) Ibubapa ataupun penjaga muridIbu bapa ataupun penjaga perlu diberi peluang melibatkan diri dalam pembentukan danperkembangan RPI anak mereka. Sekiranya kerjasama ibubapa sukar diperoleh,jawatankuasa yang lain perlu terus membentuk RPI yang sesuai.d) Murid dengan keperluan khasMurid dengan keperluan khas itu sendiri sepatutnya melibatkan diri dalam membentukRPI terutamanya di peringkat sekolah menengah yang melibatkan proses transisi. Inikerana fungsi RPI adalah untuk memenuhi keperluan unik murid itu sendiri.Walaubagaimanapun, sekiranya murid itu dianggap kurang sesuai untuk bersama-samadalam pembentukan ini disebabkan ketidakupayaan yang dialaminya, jawatankuasayang lain perlu terus membentuk RPI yang sesuai dengan murid itu.Pada peringkat permulaan pembentukan RPI juga, jawatankuasa perlu melibatkanpihak yang terlibat dalam aspek penilaian ataupun orang yang mempunyai Page 104
    • pengetahuan dalam prosedur penlaian yang dijalankan terhadap murid dengankeperluan khas.Program transisi turut perlu dimasukkan dalam RPI bagi murid yang berumur 14 tahunke atas, ataupun lebih muda sekiranya sesuai. Sehubungan itu, murid itu dan jugaagensi yang berkaitan dengan perkhidmatan bagi orang dewasa perlu dilibatkan.Peluang perlu diberi kepada murid bagi membolehkan memilih rancangan transisi danperkhidmatan yang diperlukan. Dalam semua perjumpaan, pihak sekolah perlumemastikan ibu bapa memahami apa yang dirancang bagi anak mereka.Ahli Jawatankuasa lain yang sewajarnya turut dilibatkan dalam perjumpaan bagimembentuk Rancangan Pendidikan Individu adalah:-a) Ahli Fisioterapib) Ahli terapi cara kerjac) Patologi Pertuturan Bahasad) Kaunselore) Agensi Pemulihanf) Guru Kelas Biasag) Guru Vokasional5.3. KEPENTINGAN RPIRPI membolehkan murid mengikut program pendidikan yang dirancangkan samaada yang telah diadaptasi atau dimodifikasi dengan lebih berkesan. Dalam konteks ini,RPI bertujuan untuk menyimpan rekod dalam aspek-aspek berikut :-a) jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asalb) perkara yang perlu dipelajari oleh muridc) jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakand) penilaian pencapaian kemahiran Page 105
    • Proses RPI dapat memberi kebaikan kepada:-1.1. Murida) setiap perancangan pendidikan digubal bertujuan membantu murid dalam prosespembelajaran.b) memberi peluang untuk terlibat dalm program pembelajaran yang dirangkac) menjadikan matlamat dan objektif lebih jelas1.2. Gurua) menerangkan peranan dan tugas mereka dengan jelasb) memberi peluang untuk mendapatkan maklumat tentang muridc) menyediakan forum untuk mendapatkan pandangan, bantuan resos, sokongan danperkhidmatan daripada pihak yang berkenaan.d) Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam segala aspekperkhidmatan yang disediakan dan resos yang diperlukane) Menyediakan bantuan dalam menyelesikan masalahf) Mendapatkan maklumat yang tepat daripada mereka yang berhubung dengan murid.5.4. MERANCANG DAN MEMBINA RPIPenyediaan RPI memberi peluang kepada semua pihak yang terlibat dengan muridberkeperluan khas untuk sama-sama merancang program yang paling sesuai untukmurid berkenaan.5.4.1. Rujukan Pihak Yang TerlibatPada peringkat ini hubungan komunikasi yang baik perlu diwujudkan :· antara guru· antara ibu bapa dan sekolah· antara sekolah dan agensi luar yang berkaitan Page 106
    • 5.4.2 Pengumpulan DataMengumpul segala maklumat berkaitan dengan kekuatan, kelemahan dan keperluanmurid yang boleh membantu proses pengajaran dan pembelajaran.Maklumat dikumpul melalui :· borang biodata murid· sejarah hidup termasuk aspek kesihatan dan perkembangan· borang kaji selidik akademik· ujian diagnostik· pemerhatian ke atas muridPerkara yang perlu diberi perhatian dalam proses pengumpulan maklumat ini ialah :· cara mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan murid· individu yang akan mengumpul maklumat berkenaan· jenis bantuan yang diperlukan dalam proses mengumpul maklumat· sejauhmana penglibatan murid· sejauhmana penglibatan ibu bapa· sejauhmana penglibatan khidmat sokonganMaklumat yang terkumpul hendaklah dianalisis, dirumus dan dicatat dalam borangrumusan data awal sebagai panduan semasa sesi mesyuarat ahli jawatankuasa RPI.5.4.3. MesyuaratMesyuarat RPI mempunyai dua fungsi utama, iaitu :1. Aspek Tugasan· berkongsi maklumat· menyediakan matlamat dan objektif· menyenaraikan strategi pengajaran· membahagikan tugas kepada individu yang terlibat dalam pengajaran· menyediakan kriteria penilaian Page 107
    • · menetapkan tarikh penilaian / semakan semula2. Tanggungjawab· pastikan setiap orang berpeluang untuk mengeluarkan pendapat· menerima pendapat dan persepsi daripada orang lain· menghormati setiap orang tanpa mengira pangkat dan jawatanDalam peringkat ini, perkara-perkara berikut perlu dilakukan :· Wujudkan jawatankuasa· Mengedar maklumat yang diperolehi kepada semua ahli yang terlibat· Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar atau salah seorangdari Guru Penolong Kanan di sekolah.5.4.4. Penyediaan RPIBahagian penting dalam proses pembinaan RPI ialah pendokumentasian. Perlu diingatbahawa dalam pendokumentasian RPI, tidak ada format khusus yang harus diikut.Penulisan RPI perlu mempunyai komponen-komponen berikut :· Objektif yang khusus untuk murid· Strategi pengajaran yang terperinci· Profesional atau individu yang akan bertanggungjawab terhadap tugas berkenaan.· Resos yang diperlukan untuk mencapai objektif.· Prosedur penilaian yang terperinci.5.4.5 PelaksanaanDalam peringkat ini, segala resos dan kemudahan bantuan perlu disedia, diselaras dandipantau untuk membantu pencapaian pengajaran guru.Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah :· penyelarasan penggunaannya.· mengenalpasti individu yang bertanggungjawab tentang pelaksanaan· penyelarasan program Page 108
    • · bantuan dan sokongan kepada guru.· pemantauan dan penilaian program.5.4.6 PenilaianPada peringkat ini, mesyuarat penilaian perlu dibuat. Maklumat tentang pencapaian danperkembangan murid dikumpul dan diedarkan kepada ahli. Maklumat yang tepattentang pencapaian dan perkembangan murid perlu dibentang oleh guru. Segalamaklumat ini perlu dibincang bersama oleh ahli jawatankuasa bagi tujuan pemantauan.Jika perlu, strategi yang lain boleh dirangka untuk mencapai objektif yang dirancang.Sekiranya objektif dan matlamat telah dicapai, program perancangan yang seterusnyaperlu dirangka sesuai dengan matlamat berikutnya.5.4.7 Penulisan RPISetiap dokumen RPI harus mengandungi perkara-perkara berikut :1.Jawatankuasa:· guru besar· guru khas· ibu bapa· para profesional dll.2.Matlamat:· jangka panjang· jangka pendek3.Pencapaian Murid:· jangka masa untuk mencapai objektif· pilih bidang-bidang yang penting sahaja· tumpu kepada satu atau dua perkara pada satu-satu masa.4.Objektif: Page 109
    • · objektif merupakan pencapaian sasaran dalam jangka masa yang ditetapkan· objektif perlu dinyatakan dengan terperinci dan tepat· objektif-objektif hendaklah disenaraikan menurut keutamaan.5.Prosedur dan Kriteria Penilaian· kriteria Penilaian boleh juga dijadikan sebagai sebahagian daripada objektif6.Strategi Pengajaran· bahagian ini menentukan murid dapat mencapai objektif pengajaran· perlu ditulis oleh AJK yang terlibat dengan penggubalan RPI.7.Resos· guru perlu memastikan resos ini tersedia pada waktunya. RPI juga perlu menyatakandengan jelas objektif yang akan dicapai dan resos yang akan digunakan, seterusnyabagaimana resos itu dapat digunakan untuk mencapai objektif berkenaan.8.Orang yang Bertanggungjawab· menyatakan individu yang bertanggungjawab untuk memastikan murid mencapaiobjektif pembelajaran.9.Inklusif· harus dijelaskan jangka masa dan sebab-sebab mengapa murid-murid berkenaandiinklusif ke kelas biasa.10.Catatan· digunakan untuk ulasan penulis atau pihak-pihak yang berkaitan· digunakan sebagai rekod· digunakan untuk mencatat penggunaan resos· ditulis selepas penilaian dijalankan Page 110
    • 5.5. MENILAI RPISemakan bagi RPI perlu dilakukan dari semasa ke semasa apabila berlakunyaperubahan dalam perkhidmatan yang diberi, penambahan ataupun perubahanmatlamat dan objektif, penambahan atau penamatan perkhidmatan, penambahanataupun perubahan penempatan dan perubahan penyertaan murid dalam aktivitipendidikan. Persetujuan ibu bapa perlu diperoleh bagi sebarang perubahan,penempatan ataupun penambahan perkhidmatan.TAJUK 6 : INTERVENSI AWALINTERVENSI AWALKonsep Intervensi awal (early intervention) yang diatur untuk kanak-kanakberkeperluan khas sejak dilahir hingga 6 tahun adalah sangat penting. Intervensi awalterdiri daripada gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang pemakanan,perkembangan kemahiran motor, penjagaan diri, interaksi sosial dan sokongankeluarga yang dilaksanakan sejurus selepas ketidakupayaan dikenal pasti (Hanson &Lynch, 1989). Intervensi awal boleh merupakan pengukuhan penguasaan bahasa,mempertingkatkan kemahiran matematik, memperkembangkan kemahiran motor daninteraksi sosial. Intervensi awal yang intensif bertujuan untuk mengurangkan kesansesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan mengelaknya menjadi lebih ketaraapabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah.Definisi intervensi awal.Intervensi awal sebagai suatu usaha yang tersusun untuk meningkatkan perkembanganbayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat. ( Fatimah bivi, 2002 ). Page 111
    • Mengapa amalan intervensi awal tidak berleluasa? Salah satu sebab ialah kadarpertumbuhan kanak-kanak yang sukar dijangkakan terutama pada peringkat umur yangmuda. Golongan pendidik enggan mencadangkan kanak-kanak prasekolah yangmenghadapi kesukaran belajar mengikuti program pendidikan khas (Lerner, 2003).Mereka lebih cenderung untuk mengaitkan kanak-kanak yang menghadapi masalahpembelajaran dengan perkembangan lewat (late developers) dan perlu diberi lebihbanyak masa. Ini telah menyebabkan kanak-kanak berkenaan tidak mendapatperkhidmatan pendidikan khas yang sewajarnya dan akhirnya gagal untuk menguasaikemahiran asas. Contohnya, kanak-kanak dyslexia [disebut „dis-lek-sia] (sejenismasalah penyakit yang menjejaskan kemahiran bacaan), tidak dapat membaca padatahap kanak-kanak lain ditafsir oleh guru sebagai lewat berkembang dan perlu diberilebih banyak masa. Bagi kebanyakan murid sekolah rendah, masalah pembelajaranmenjadi jelas apabila mereka gagal untuk menguasai kemahiran membaca, menulisdan menyelesai masalah matematik. Tingkah laku yang sering dilihat ialahketidakupayaan untuk member tumpuan dan lemah dalam kemahiran motor(contohnya, tidak boleh bergerak dengan pantas). Lama kelamaan kurikulum menjadisemakin susah, apabila mereka dikehendaki mempelajari bidang-bidang ilmu lainseperti sains dan sains sosial. Setelah beberapa tahun mengalami kegagalan dalambidang akademik, masalah emosi mula muncul yang menghalang interaksi denganmurid lain. Oleh itu, intervensi awal sangat penting untuk membantu kanak-kanak ini(Lerner, Lowenthal dan Egan 2003). Para ibu bapa dan guru tidak harus berputus asaterhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Sebaliknya, mereka harus memberikansokongan sepenuhnya melalui usaha intervensi awal.Pentingnya Intervensi AwalKajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepadakanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek danjangka masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun kebawah) diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dankanakkanakberisiko tinggi (IDEA, 1990). Mengapa? Page 112
    • a. Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kanak-kanakberkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.b. Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluargadan masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaranterdekat kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab ini juga, setiap individu dalamsesebuah komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak-kanak berkeperluan khas (Lerner, 2003).c. Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak.Contohnya, seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakanbahasa isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya danmembuka peluang untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.d. Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melaluiperkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalahpenglihatan tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosiseperti perasaan kecewa.e. Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesuatu masyarakat.Intervensi awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaanpendidikan khas pada peringkat sekolah rendah danmenengah. Bilangan kanak-kanakyang memerlukan perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan. Ringkasnya,intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatan perkembangan fizikal danmeningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awalyang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan kepadakeluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi awalyang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapatdikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untukkemudahan penjagaan, kesihatan dan pendidikan. Page 113
    • BENTUK INTERVENSI AWAL YANG SESUAI.Sama ada memilih intervensi awal secara individu, secara kumpulan kecil atau seluruhkelas bergantung kepada tahap keterukan sesuatu ketidakupayaan. Seperti mana gurutelah menentukan sama ada untuk melaksanakan strategi intervensi berpusatkan guruatau berpusatkan pelajar, guru juga harus menentukan kesesuaian strategi-strategitersebut ke atas seluruh kelas, sekumpulan kecil atau orang perseorangan. Pemilihanini bergantung kepada kebijaksanaan guru untuk menilai strategi intervensi yang terbaikmengikut jumlah pelajar dan jenis ketidakupayaan.(a) Intervensi Berpusatkan GuruIntervensi berpusatkan guru adalah satu kaedah yang berkesan untuk mengajar danmengawal pelajar bermasalah pembelajaran dan tingkah laku (Gersten, 1998). Atassebab ini, golongan pendidik seharusnya sedar tentang peranan mereka yang tidakhanya terbatas untuk memberi ilmu pengetahuan, tetapi mencegah sesuatuketidakupayaan itu menjadi lebih kronik apabila pelajar-pelajar tersebut sudahdewasa. Intervensi berpusatkan guru sepenuhnya memerlukan guru memainkanperanan utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dalam intervensi ini, guruyang menentukan jenis strategi yang perlu digunakan, model dan demonstrasi, memberarahan kepada kanak-kanak dan memantau kemajuan mereka. Intervensi berpusatkanguru sepenuhnya sesuai digunakan pada tahap pemerolehan pengetahuan dankemahiran.(b) Intervensi Berpusatkan PelajarIntervensi berpusatkan pelajar lebih sesuai bagi pelajar yang berkemampuan mengawaltingkah laku sendiri (Graham, Harris dan Reid, 1993). Oleh itu, pelajar yang bolehmengawal tingkah laku sendiri dikenal pasti dan barulah intervensi berpusatkan pelajardilaksanakan. Istilah „berpusatkan pelajar‟ membawa imej tentang pelajar yang Page 114
    • berdikari, bergantung pada diri sendiri dan Berjaya mengendalikan proses-prosespembelajaran dalam kelas biasa. Dalam intervensi berpusatkan pelajar, pelajarmemainkan peranan utama tetapi masih mendapat bimbingan dalam beberapa perkaradaripada guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri, menentukanmatlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah.Intervensi ini melatih pelajar untuk „berdiri di atas kaki sendiri‟.(c) Intervensi Berpusatkan KeluargaDalam pendekatan intervensi berpusatkan keluarga, kanak-kanak dilihat sebagaisebahagian daripada sistem sesebuah keluarga. Apabila ibubapa dilibatkan dalamproses intervensi, keluarga itu akan menjadi elemen yang mustahak dalam prosespembelajaran kanak-kanak berkenaan. Ini turut memperbaiki interaksi di antara kanak-kanak dengan golongan dewasa. Intervensi berpusatkan keluarga memerlukankomitmen yang tinggi daripada setiap ahli sesebuah keluarga. Secara tidak langsung,pendekatan ini juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meningkatkankefahaman tentang keperluan individu berkeperluan khas. Apakah persamaan danperbezaan di antara intervensi berpusatkan pelajar, berpusatkan guru dan berpusatkankeluarga.d. Intervensi berasaskan hospital.Pihak hospital juga ada menyediakan perkhidmatan intervensi awal. Jenis-jenisintervensi yang terdapat di hospital dikendalikan oleh ahli-ahli terapi yang terlatih.TAJUK 7: KHIDMAT SOKONGAN7.1 DEFINISI DAN KONSEP Page 115
    • Khidmat sokongan sebagai satu gaya perhubungan secara langsung sekurang-kurangnya antara dua k interaksi kumpulan yang ersetuju dalam membuat keputusanuntuk mencapai matlamat yang sama(Cook & Friend, 1991).Sher dan Baur (1991) khidmat sokongan sepenuhnya merangkumi interaksi setiapanggota di sekolah yang melibatkan antara guru dengan ibu bapa murid-murid khas,guru, ibu bapa dan murid lain dalam kelas biasa. Kefahaman tentang murid-murid khasbukan hanya dapat membantu pihak sekolah membantu mereka tetapi jugamenghargai kewujudan mereka sebagai sebahagian daripada anggota sekolah.7.2 JENIS-JENIS KHIDMAT SOKONGANa) Perkhidmatan Audiologib) Perkhidmatan Terapi Pertuturanc) Perkhidmatan Pediatrikd) Perkhidmatan Neurologie) Perkhidmatan Oftomologif) Perkhidmatan Sosial dan Kerjayag) Perkhidmatan Pendidikan7.3 Peranan Ibu Bapa / Penjagaa) Ibu bapa sebagai penyebab anak mempunyai cirri-ciri ketidakupayaan.b) Ibu bapa sebagai pengasas pertubuhan dan organisasi ibu bapa.c) Ibu bapa sebagai pembentuk program pendidikan dan perkhidmatan.d) Ibu bapa sebagai penerima keputusan daripada professional.e) Ibu bapa sebagai guru kepada anak-anak mereka. Page 116
    • f) Ibu bapa sebagai pembela melalui political.g) Ibu bapa sebagai pembuat keputusan dalam pendidikan.h) Ibu bapa sebagai perlaku kerjasama7.4 Peranan Komunitia) Mengetahui hak dan kepentingan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas.b) Memberi sokongan, bersosial dan menikmati kehidupan yang sama dengan kanak-kanak lain.c) Kolaborasi dengan kumpulan pelbagai disiplin untuk mendapatkan informasimengenai ciri – cirri ketidaupayaan.d) Menyediakan perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanakberkeperluan khas.e) Sebagai rujukan untuk sesuatu keputusan dan perlaksaan intervensiTAJUK 8: ISU PENDIDIKAN KANAK-KANAK BERMASALAH PEMBELAJARANPENGENALANProgram pendidikan khas masalah pembelajaran sememangnya terdapat banyak isudan cabaran yang berkaitan untuk dibincangkan bersama. Segala isu yang wujud perludiberi perhatian dan tindakan yang sewajarnya agar segala permasalahan dapatdiselesaikan. Ramai daripada kita yang sering terlepas pandang atau mungkin tidakmenyedari, bahawa satu peratus penduduk Malaysia adalah kanak-kanak istimewa danmereka memerlukan perhatian khusus atau pendidikan khas dalam pembelajaran. Page 117
    • Sikap tidak peka atau langsung tidak mengambil endah terhadap masalahpembelajaran dihadapi kanak-kanak istimewa itu, sekali gus menyebabkan golonganberkenaan sering kali ketinggalan jauh atau keciciran dalam menerima pendidikan dinegara ini sehingga memberikan masa depan yang gelap.Pensyarah Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Prof Madya Dr Norani Md Salleh, berkata kanak-kanak istimewa tidak bolehdipinggirkan, malah seperti kanak kanak normal yang perlu diberikan pendidikansempurna demi memastikan kebaikan dan menjamin masa depannya, begitulah jugadengan golongan itu.8.0. Isu-isu yang sering dibincang8.1. Kesan ke atas keluarga kanak-kanak tersebut. Bagi keluarga yang mempunyai anak istimewa,kadangkala wujud perasaanrendah diri dan malu dalam diri mereka. Keluarga yang sebegini akan mengasingkandiri dan tidak menonjolkan anak mereka di khalayak ramai. Mereka lebih senangmeletakkan anak istimewa ini di rumah berbanding memberi peluang kepada anakistimewa mereka mengenali dunia luar.8.2. Peranan masyarakat Masyarakat masih kurang pengetahuan dalam bidang pendidikan khas. Inimenjadikan masyarakat mudah melabel murid pendidikan khas sebagai orang yangtiada berguna dan membawa beban dalam hidup. Situasi ini menjadikan masyarakatseakan hilang punca serta semangat untuk mendidik sebaik mungkin anak istimewahilang. Oleh itu, tiada tindakan yang wajar diambil untuk menangani masalah yangdihadapi. Sokongan masyarakat terhadap keluarga yang memiliki anak istimewa tidakbegitu meluas. Masih wujud sikap masyarakat yang memandang negatif danmengaitkan kecacatan anak istimewa sebagai bala / sial / malang kepada keluarga. Page 118
    • 8.3. Batasan / halangan yang dihadapi oleh keluarga Masalah yang biasa dihadapi oleh keluarga yang mempunyai anak istimewa ialahsikap masyarakat,masalah kewangan,cara untuk mendapatkan rawatan yangbetul,pengangkutan yang sesuai untuk anak istimewa dan penerimaan masyarakatterhadap anak istimewa. Bagi keluarga yang berfikiran positif dan semangat juang yangtinggi,halangan itu dianggap sebagai pendorong untuk memberi pendidikan yangsempurna walaupun hakikatnya anak mereka tidak sempurna pada pandangan fizikal. Pendidikan khas perlu diwujudkan di setiap sekolah rendah dan menengah bagimemudahkan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa menghantar anak mereka yangjaraknya dekat antara sekolah dan rumah. Situasi ini akan mengurangkan beban kospengangkutan yang terpaksa dialami oleh kebanyakan ibu bapa yang berpendapatansederhana. Memiliki anak istimewa juga menuntut pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.Ini kerana masa yang diambil oleh anak istimewa untuk menguasai sesuatu kemahiranseperti mengurus diri memakan masa yang agak lama. Terdapat juga kes yangmenyebabkan ibu berhenti kerja semata-mata untuk memberi perhatian kepada anakistimewa. Wujud juga masalah ibu bapa yang tidak tahu mengajar pengurusan diri yangbetul kepada anak istimewa. Contohnya menggunakan isyarat yang salah untukmenyatakan maksud ke tandas dan bercakap pelat dengan anak istimewa. Di samping itu harga peralatan sokongan yang agak mahal memberi kesankepada ibu bapa untuk membeli peralatan tersebut. Contohnya kerusi roda, alat-alatbantuan pendengaran yang spesifik seperti implan koklea untuk membantu muridistimewa mendengar. Page 119
    • Selain dari itu, penerimaan ahli keluarga terhadap anak istimewa itu sendiri. Sikaptidak suka mengambil tahu dan berkongsi masalah dengan keluarga yang mempunyaianak istimewa menyebabkan masalah itu tidak dapat diselesaikan dengan cara yangbetul.8.4. Prasarana pendidikan di sekolah / institusi Bilik pembelajaran untuk kanak-kanak istimewa di kebanyakan sekolah tidakkondusif. Pada asasnya, nisbah satu kelas ialah empat murid bagi memudahkan guruuntuk bergerak dan memberikan perhatian kepada setiap murid. Selain itu lazimnya, didalam kelas ada banyak bantuan peralatan pembelajaran yang perlu digunakan untukmengajar kanak-kanak ini. Jika kanak-kanak normal boleh belajar dalam suasanaselesa dan teratur, sudah tentu kanak-kanak istimewa berhak mendapat semua itu. Selain dari itu, suasana sekolah yang tidak selesa, sesuai dan tidak memenuhikeperluan kanak-kanak istimewa. Kebanyakan sekolah masih ada yang tidak pekadengan kemudahan untuk murid istimewa. Contohnya penyediaan laluan khas untukmurid yang menggunakan kerusi roda,palang besi di kaki lima untuk murid yangbermasalah Serebral Palsi. Kemudahan ini bertujuan untuk memberi kemudahan untukbergerak di kawasan sekitar sekolah. Masalah kekurangan kelengkapan dan kemudahan bilik terapi serta alat bantupembelajaran di sekolah. Hanya segelintir sekolah yang mampu menyediakankemudahan sebegini memandangkan kosnya yang tinggi. Namun begitu, hargabukanlah menjadi persoalan kerana daya kreativiti dan semangat bekerjasama mampumelahirkan alat yang mesra bajet.8.5. Kepelbagaian masalah dalam kelas Kebanyakan kelas pendidikan khas adalah sempit dan terpaksa berkongsi ruang.Ini menjadikan pergerakan murid istimewa terhad dan terganggu. Keadaan ini bolehmewujudkan pelbagai masalah terutamanya masalah tingkah laku. Page 120
    • Tahap keselamatan murid istimewa di dalam kelas jika mempunyai murid yangbersikap agresif. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan emosi kepada rakan tetapikepada guru itu sendiri. Contohnya murid yang suka memukul rakan. Memandangkan ruang yang agak sempit,wujud gangguan ketika sesi pengajaranberlaku.Contohnya kelas A sedang mengikuti mata pelajaran Pendidikan Muzik, sudahtentu murid di kelas B akan terganggu penumpuannya. Begitu juga akan wujud kehilangan barang di kelas jika tidak diletakkan di tempatyang sesuai. Contohnya, anak patung biasanya disukai oleh murid Sindrom Down. Page 121