Your SlideShare is downloading. ×
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Laporan kaijian bahasa murid masalah penglihatan

19,644

Published on

Published in: Education
1 Comment
9 Likes
Statistics
Notes
  • URUS NIK BEACUKAI / REGISTRASI PABEAN / SRP BEACUKAI
    Peraturan Menteri Keuangan No. 63/PMK.04/2011

    - URUS SRP, NIK BEACUKIA PENERBITAN BARU
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DITOLAK.
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI DIBLOKIR
    - URUS SRP, NIK BEACUKAI PINDAH ALAMAT,

    URUS IZIN USAHA:
    - URUS PENDIRIAN PT – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN PMA – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS PENDIRIAN CV – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIU – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS APIP – Jakarta, Bekasi, Depok, Tangerang, Krawang, Bandung
    - URUS NPIK – Seluruh Indonesia
    - URUS NIK BEACUKAI – Seluruh Indonesia
    - Urus IT Plastik
    - Urus IT CAKRAM OPTIK
    - Urus IT KOSMETIK
    - Urus IT ALAS KAKI
    - Urus IT MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus IT MAINAN ANAK-ANAK
    - Urus IT ELEKTRONIKA
    - Urus IT OBAT TRADISIONAL DAN HERBAL
    - Urus IT PRODUK MAKANAN DAN MINUMAN
    - Urus Izin Prinsip
    -Urus SIUP.
    -Urus TDP
    -Dll

    PT. LEGALITAS SARANAIZIN INDONESIA.
    Gedung Maya Indah Lt 2 Jakarta Pusat 10450
    Telp. 021-3142566
    Fax. 021-3928113
    HP. 081385042000
    Flexi. 021-70940216
    Website: http://www.saranaijin.com
    Email legal@saranaizin.com
    Pin BB 2262D175
       Reply 
    Are you sure you want to  Yes  No
    Your message goes here
No Downloads
Views
Total Views
19,644
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6
Actions
Shares
0
Downloads
1,043
Comments
1
Likes
9
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. <ul><li>KAJIAN MENGENAI MASALAH BAHASA KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN</li></ul>Kecacatan penglihatan atau buta adalah sejenis kecacatan fizikal di mana sebahagiannya daripada alat-alat pacaindera telah rosak samada rosak teruk atau mengalami kehilangan yang sedikit sehingga meninggalkan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan seseorang kanak-kanak. &lt;br /&gt;Pada tahun 1934, Persatuan Perubatan Amerika menerima pakai istilah buta seperti yang berikut:&lt;br /&gt;&quot; Ketajaman pandangan pusat pada 20/200 atau kurang pada mata terbaik dengan kanta pembetulan atau ketajaman pandangan pusat lebih dari 20/200 sekiranya terdapat kecacatan medan penglihatan di mana pandangan sisi kucup pada tahap di mana keratan rentas terlebar dari mana luas medan penglihatan tidak melebihi 20 darjah pada mata terbaik.&lt;br /&gt;Menurut Penilaian semula ke 10 Pengkelasan Statistik Antarabangsa, Kecederaan dan Punca Kematian WHO, Penglihatan lemah ditakrifkan sebagai ketajaman penglihatan kurang dari 6/18, tetapi lebih baik atau bersamaan dengan 3/60, atau bersamaan kehilangan medan penglihatan kepada kurang daripada 20 darjah, dalam mata terbaik dengan pembetulan terbaik. Buta ditakrifkan sebagai ketajaman penglihatan kurang dari 3/60, atau bersamaan kehilangan medan penglihatan kurang daripada 10 darjah, pada mata terbaik dengan pembetulan terbaik.(Wikipedia)&lt;br /&gt;Dari aspek pendidikannya bermasalah penglihatan bermaksud :&lt;br /&gt;Cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf biasa.&lt;br /&gt;Buta ialah mereka yang langsung tidak dapat melihat dan perlu menggunakan kod braille untuk membaca.&lt;br /&gt;Oleh yang demikian bagi kanak-kanak yang cacat penglihatan, mereka juga terlibat dengan beberapa masalah dalam aspek pembelajaran kerana pertumbuhan deria pacaindera mengalami masalah seterusnya sedikit sebanyak memberi kesan kepada perkembangan mental. Maka tidak hairanlah ada segelintir daripada mereka mengalami proses perkembangan yang lambat seperti respondan yang boleh dikatogerikan sebagai multiple handicap. Ini bermaksud kanak-kanak tersebut mengalami cacat penglihatan (B2) dan perkembangan lambat.&lt;br /&gt;Kanak-kanak dikatakan akan memperolehi bahasa bila tiba masa perkembangan umurnya, sama seperti kebolehan berjalan dan lain-lain lagi. Kebiasaannya kanak-kanak perlu dilatih, diajar dan diberi ransangan bagi mempelajari bahasa. Keperluan berbahasa memerlukan kebolehan berfikir semulajadi dan pendedahan dalam keupayaan bahasa itu. Pendedahan kanak-kanak cacat penglihatan kepada bahasa membolehkan proses pembelajaran berlaku menurut konteks kebudayaannya.&lt;br /&gt;Ibubapa perlu menyedari bahawa kanak-kanak perlu diberi pendedahan terhadap bahasa sejak mereka kecil lagi. Kanak-kanak cacat penglihatan biasanya mempelajari bahasa dengan lebih berkesan dengan mencontohi model bahasa ibu bapanya. Walau sekalipun tahap keupayaan mental mereka rendah tetapi pengaruh persekitaran memainkan peranan yang sangat penting sebagai pendorong meningkatkan asas perkembangan bahasa mereka. Antara faktor yang mempengaruhi masalah kecacatan ini termasuklah:&lt;br /&gt;<ul><li>Kecacatan semula jadi , sama ada yang berkaitan dengan baka atau penyakit </li></ul> yang berlaku pada peringkat bayi lagi .&lt;br /&gt;<ul><li> Perintal , iaitu dari 28 minggu sehingga satu minggu selepas bayi dilahirkan . Umpamanya , bayi yang dilahirkan lemas ( perinatal Asphyxia ) akan mengalami kerosakan otak , jangkitan , penyakit kuning yang serius dan sebagainya .
  • 2. Bayi dilahirkan normal tetapi kecacatan berlaku akibat penyakit , kecederaan atau kemalangan </li></ul>.&lt;br /&gt;1.1 BAHASA&lt;br /&gt;Bahasa merupakan satu alat perhubungan atau komunikasi yang dapat membentuk perkembangan individu dengan lebih berkesan. Mengikut definisi yang diberi oleh Atan Long (1988):&lt;br /&gt;“..............bahasa adalah lambang suara yang digunakan dikalangan manusia sebagai alat perhubungan di antara satu sama lain dan juga sebagai alat pemikiran di dalam diri seseorang”&lt;br /&gt;Kebolehan untuk berbahasa dengan erti kata yang sebenarnya ialah dengan menggunakan lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu atau sesuatu bahasa yang mempunyai makna dan difahami. Oleh itu ahli-ahli psikolinguistik moden mendefinisikan bahasa sebagai satu sistem kognitif manusia yang unik yang dapat dimanipulasikan oleh manusia yang menghasilkan sejumlah kalimat yang tidak terbatas supaya difahami oleh manusia sebagai alat komunikasi dan mengumpul ilmu pengetahuan. &lt;br /&gt;Penguasaan bahasa amat penting untuk individu berinteraksi dalam kehidupan seharian. Kajian ini menekankan kepentingan bahasa kepada kanak-kanak bekeperluan khas sebagai alat komunikasi. Bahasa dianggap sebagai:&lt;br /&gt;“ Alat yang digunakan oleh anggota sesuatu masyarakat untuk berhubung. Keupayaan berbahasa adalah satu kebolehan asasi manusia.....”&lt;br /&gt; ( Kamarudin Husin, 1993) &lt;br /&gt;“...Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenangnya dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi....”&lt;br /&gt; (Bloom, 1988)&lt;br /&gt;Dari definisi di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara simbolik yang boleh difahami oleh semua...”&lt;br /&gt;1.2 DEFINISI MASALAH BAHASA&lt;br /&gt;“ Masalah bahasa adalah kelemahan dan pemahaman, lisan, dan tulisan. Masalah ini mungkin melibatkan kelemahan dalam bentuk bahasa, kandungan bahasa, dan pragmatik bahasa.” &lt;br /&gt;Kelemahan-kelemahan ini mungkin terjadi dalam satu atau lebih komponen bahasa disebabkan bahasa adalah satu set tingkahlaku yang paling rencam yang ditujukan oleh manusia. Bahasa juga melibatkan ingatan pembelajaran, menerima dan memproses mesej dan juga kemahiran pemikiran. &lt;br /&gt;1.3 KOMPONEN BAHASA&lt;br /&gt;Kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dikatakan gagal menguasai salah satu komponen bahasa atau lebih yang terdiri daripada masalah:&lt;br /&gt;Fonologi merupakan penggunaan bunyi-bunyi untuk menghasilkan suku kata dan perkataan.&lt;br /&gt;Morfologi merupakan proses pembentukan perkataan daripada unsur makna yang paling asas.&lt;br /&gt;Sintaksis adalah susunan perkataan yang membentuk ayat yang boleh dibina untuk menentukan susunan perkataan dalam ayat.&lt;br /&gt;Semantik ialah peraturan-peraturan yang menentukan makna perkataan dalam komunikasi&lt;br /&gt;Pragmatik adalah penggunaan kemahiran kominukasi dalam konteks sosial atau cara bahasa digunakan. &lt;br /&gt;KEPENTINGAN MENGUASAI KEMAHIRAN BAHASA BAGI KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN.&lt;br /&gt;Bahasa merupakan satu elemen yang penting dalam komunikasi dua hala. Oleh yang demikian apa pun kecacatan yang di alami oleh seseorang individu perlu menguasai kemahiran tersebut agar dapat bersosiolisasi dalam masyarakat dengan penuh keyakinan . Berikut adalah antara kepentingan menguasai bahasa bagi kanak-kanak cacat penglihatan:&lt;br /&gt;Sebagai saluran untuk memenuhi kehendak individu.&lt;br /&gt;Memberi keyakinan dalam pertuturan dan penulisan&lt;br /&gt;Dapat berinteraksi dengan jelas dan berkesan&lt;br /&gt;Boleh menjalinkan perhubungan sosial dengan baik&lt;br /&gt;Memberi dan menerima arahan dengan jelas&lt;br /&gt;Menyampai dan mentafsi maklumat dengan tepat&lt;br /&gt;Menimba ilmu dari pelbagai media dan sumber&lt;br /&gt;Dapat berurusan dalam pelabagai bidang dengan lancar serta bermakna&lt;br /&gt;133350284480LATAR BELAKANG SAMPEL&lt;br /&gt;Nama:Qurattun Ain bt Abd RAzak&lt;br /&gt;Umur:12 Tahun&lt;br /&gt;Jantina:Perempuan&lt;br /&gt;Tarikh lahir:03/09/96&lt;br /&gt;Keturunan:Melayu&lt;br /&gt;Nama bapa:Abd Razak b Abd Hamid&lt;br /&gt;Pekerjaan bapa:Pekerja Am Rendah&lt;br /&gt;Nama Ibu:Maimunah bt Kadir&lt;br /&gt;Pekerjaan Ibu:Suri rumah tangga&lt;br /&gt;Bil. Adik beradik:5 orang&lt;br /&gt;No. Kad OKU:B 071245&lt;br /&gt;Jenis ketidakupayaan: Cacat penglihatan (multiple handicap)&lt;br /&gt;Kanak-kanak ini boleh dikatogerikan cacat penglihatan B2 yang bermaksud mempunyai sedikit penglihatan dimana di kedua matanya mempunyai tahap penglihatan 6/24 dan memerlukan rawatan susulan seumur hidupnya. Qurattun Ain bt Abd Razak dilahirkan pada 3hb September 1996 di Hospital Besar Kota Bharu. Kedua ibubapanya bekerja sebagai Pembantu Rendah Am di Bekalan Air Pahang. Mempunyai lima orang adik beradik yang kesemuanya normal dan tidak menghadapi masalah dalam pelajaran. Kecacatannya dikesan sebaik kelahiran dan disahkan oleh doktor mempunyai sejenis yang penyakit yang menyebabkan kedua biji mata seakan tidak seimbang dengan tahap penglihatan yang rendah. Selain daripada itu kanak-kanak ini mempunyai masalah perkembangan lambat dari segi pembelajarannya. Ternyata beliau adalah seorang multiple handicap.&lt;br /&gt;3.1 Berikut adalah ciri-ciri yang terdapat pada masalah beliau&lt;br /&gt;Sikap ibu bapa yang terlalu bimbangkan akan kesihatan anak mereka.  Ibu bapa terlalu resah dan cuba melindungi anak mereka setiap saat sampai ke tahap yang keterlaluan, menyebabkan kanak-kanak rasa terkongkong.  Kadang kala keadaan ini menyebabkan anak menjadi terlalu manja, tidak tahu berdikari, sentiasa bergantung kepada ibu bapa dan kurang keyakinan diri.&lt;br /&gt;Kekurangan dalam satu bahagian lain akan memberi kesan kepada kesempurnaan perkembangan bahagian lainnya. Chess (1974) berpendapat bila ada salah satu pancaindera yang mengalami kecacatan, hal ini kemungkinan akan mempengaruhi daya guna pacaindera lain.&lt;br /&gt;Kemampuan persepsi,asosiasi,dan daya ingatannya adalah lemah bergantung kepada tahap dan kepelbagaian kecacatannya.&lt;br /&gt;Keterbatasan pergaulan sosialnya kerana konsep ruang yang terhad dan rasa rendah diri.&lt;br /&gt;Sukar membezakan fantasi dan keadaan realiti, sukar untuk mengumpul dan membandingkan pengalaman yang berbeza tentang sesuatu situasi atau kejadian, lemah dalam memenuhi konsep yang secukupnya, mencari arah atau punca berpandukan gema, perlu mengambil masa yang panjang untuk memahami objek dengan mengaitkannya dengan anggota badan mereka, bersifat animism, dan lebih gemar melahirkan perasaan kepada objek-objek yang inanimate. Pendapat ini disokong oleh Slavin (2003) yang mengutarakan perihal psikologi kanak-kanak yang mempunyai perkaitan dengan tahap kanak-kanak cacat penglihatan.&lt;br /&gt;Kanak-kanak cacat penglihatan mengalami perkembangan yang lewat tentang membentuk konsep seperti konsep arah; di depan, di belakang, di tepi, diantara. Mereka juga mengalami kesukaran memahami konsep abstrak seperti tinggi dan warna. Kemungkinan ini berlaku adalah disebabkan oleh limitasi dalam pengalaman mengenal bentuk dan permukaan. Perkara ini akan mendatangkan kesan dalam perkembangan kemahiran mengklasifikasi bagi kanak-kanak cacat penglihatan ini.&lt;br /&gt;METODOLOGI KAJIAN&lt;br /&gt;Sampel kajian ini terdiri daripada kanak-kanak cacat penglihatan di Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota, Kuantan yang mempunyai program integrasi cacat penglihatan. Di sekolah tersebut terdapat berbagai tahap cacat penglihatan iaitu buta / rabun tetapi boleh belajar secara normal dan buta/rabun tetapi mempunyai pelbagai masalah seperti perkembangan lambat , hyper aktif dan terencat akal minima. Guru-guru juga dipilih sebagai sampel kajian seramai 5 orang bagi mengkaji masalah bahasa yang mereka alami sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.&lt;br /&gt;Beberapa instrument kajian telah termasuk soal selidik, pemerhatian, temubual dengan guru, murid dan ibu bapa bagi mendapatkan maklumat dan latar belakang kanak-kanak yang terlibat. Kesemua instrument yang berkaitan disertakan dalam lampiran. &lt;br /&gt;Hasil kajian telah menunjukkan beberapa masalah perkembangan bahasa yang dialami oleh kanak-kanak tersebut dan beberapa kesukaran bagi guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kerana kepelbagaian kecacatan yang ada. Sebahagian ibu bapa juga menghadapi masalah yang sama dan mereka tidak mengetahui cara atau kaedah berhubung dengan anak mereka serta tidak mendapat panduan dari sesiapa. Merujuk kepada Model Behavioral yang dikaji oleh Skinner menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran berlandaskan pelaziman. Mengikut teori ini sesuatu perlakuan yang awalnya berlaku secara kebetulan dan jika dilakukan secara berulangkali akan menghasilkan sesuatu perlakuan yang baik. Oleh yang demikian dari dapatan kajian dapat dirumuskan bahawa kurang pengetahuan dan pengalaman dari ibu bapa membantu meningkatkan perkembangan bahasa kanak-kanak ini sedikit sebanyak menjadi faktor utama permasalahan yang timbul. Mereka memasuki ke alam persekolahan dengan perasaan ragu dan tidak yakin untuk berkomunikasi dengan persekitaran.&lt;br /&gt;KEPENTINGAN KAJIAN.&lt;br /&gt;Kajian yang berkaitan dengan masalah perkembangan bahasa kanak-kanak cacat penglihatan ini tidak banyak dilakukan diperingkat persekolahan. Oleh itu adalah diharapkan kajian ini dapat menyumbang kepada maklumat gaya pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak cacat penglihatan. Kajian ini juga sangat penting bagi mengetahui tahap pencapaian akademik kanak-kanak ini selari dengan pencapaian kemahiran bahasa bagi mempertingkatkan lagi penguasaan bahasa dalam pembelajaran.&lt;br /&gt;Kajian ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada semua guru dan masyarakat keseluruhannya bahawa mereka ini boleh cemerlang sekiranya diberi peluang dan diberi bimbingan dengan berkesan. Adalah diharapkan mereka juga akan menjadi insan yang berguna kepada dunia pendidikan dan masyarakat.&lt;br /&gt; &lt;br /&gt;ANALISA DAPATAN:&lt;br /&gt;Data yang dikumpulkan akan dinilai dengan menggunakan Ujian Diagnostik Awal Bacaan, Rancangan Pengajaran Individu, Rancangan Pendidikan Individu , temubual dan pemerhatian yang telah dilaksanakan terhadap kanak-kanak cacat penglihatan. &lt;br /&gt;JADUAL 1&lt;br /&gt;BILKEMAHIRANMENGUASAIMENGUASAI DENGAN BANTUANTIDAK MENGUASAI1.Boleh berkomunikasi dua hala/2.Boleh bertutur dengan baik/3.Boleh mendengar dengan baik/4.Boleh melihat dengan baik/5.Boleh mengenal huruf a-z/6. Boleh membunyikan huruf vokal/7.Boleh membunyikan huruf konsonan/8.Boleh membunyikan sukukata terbuka/9.Boleh membunyikan sukukata tertutup/10 Boleh membaca sukukata diftong dan geluncuran/11Boleh membaca ayat pendek/12.Boleh membina ayat mudah/&lt;br /&gt;Berdasarkan Jadual 1 adalah hasil pemerhatian yang dijalankan ke atas kanak-kanak cacat penglihatan mengenai kemahiran bahasa yang dijalankan di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan serta temubual dengan guru yang terlibat. Antara masalah yang dapat dikenalpasti ialah:&lt;br /&gt;1.Komunikasi yang kurang berkesan&lt;br /&gt;2. Sebutan yang kurang jelas.&lt;br /&gt;3. Kurang perbendaharaan kata&lt;br /&gt;4. Dailek ( pengguguran / penambahan)&lt;br /&gt;5.Kesalahan ejaan dan kurang pemahaman&lt;br /&gt;Sesi pengajaran telah djalankan bagi mengukuhkan lagi hasil pemerhatian diatas. Rancangan Pengajaran Harian telah dibina dan dilaksanakan bagi sesi pengajaran Bahasa Melayu. (rujuk lampiran). Selepas sesi tersebut didapati murid ini didapati mempunyai masalah seperti berikut:&lt;br /&gt;Kenal huruf tetapi belum boleh membaca dengan lancar&lt;br /&gt; Hanya boleh membaca perkataan dengan dua suku kata.&lt;br /&gt;Kelihatan seakan-akan boleh membaca.&lt;br /&gt;Membaca dengan mengeja terlalu lambat.&lt;br /&gt;Tidak boleh membaca perkataan yang sukar seperti &apos;eksklusif&apos;, &apos;infrastruktur&apos;&apos;atau &apos;penyelesaian&apos;&lt;br /&gt;Tidak boleh membaca perkataan yang tidak dikenali.&lt;br /&gt;LAPORAN KAJIAN.&lt;br /&gt;MASALAH PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK CACAT PENGLIHATAN.&lt;br /&gt;Kanak-kanak cacat penglihatan belajar menggunakan bahasa menggunakan deria pendengaran bagi mewujudkan perkembangan pertuturan dan kefahaman berbahasa. Kanak-kanak ini sentiasa terdedah kepada bunyi-bunyi pertuturan di sekitar mereka. Perkembangan berbahasa mereka bergantung kepada kebolehan minda memproses maklumat yang diterima dan ditafsirkan mengikut kefahaman mereka dan kebolehan deria lain berfungsi dengan baik. Kanak-kanak cacat penglihatan sangat bergantung kepada sumbangan deria lain seperti mendengar, rasa, bau, sentuh dan sebagainya bagi membantu perkembangan bahasa mereka. &lt;br /&gt;Seorang kanak-kanak yang cacat penglihatan yang teruk mengalami masalah dalam penguasaan bahasanya sekiranya ada gangguan semasa proses mentafsir maklumat yang diterima. Kanak-kanak tersebut belajar berbahasa melalui pendengaran maka tidak hairanlah sekiranya mereka tidak dapat membuat perbandingan terutama dari aspek perbendaharaan kata, struktur bahasa serta masalah yang berkaitan dengan artikulasinya. Perkembangan bahasa mereka akan terjejas sekiranya mereka membuat andaian dan mentafsir mengikut kefahaman mereka sahaja.&lt;br /&gt;Mengikut kajian kanak-kanak normal dapat menyesuaikan diri dengan keadaan semasa ketika berkomunikasi. Mereka menerima dan memberi maklumat kepada orang disekitar mereka. Interaksi semulajadi merupakan satu fenomena yang boleh membantu perkembangan bahasa dan interaksi sosial . Berbeza pula dengan kanak-kanak cacat penglihatan yang menggunakan bahasa untuk menyatakan sesuatu tetapi tidak boleh menghayati sesuatu yang lebih abstrak. Oleh yang demikian guru yang bertanggungjawab mengajar kanak-kanak bermasalah penglihatan perlu memahami keperluan mereka . Mereka perlu dibenarkan melakukan sesuatu melalui pengalaman dan melakukan dengan sendiri .&lt;br /&gt;Penyampaian maklumat adalah secara perlahan agar mereka dapat memahami dengan baik. Kanak-kanak cacat penglihatan tidak dapat belajar cara yang sama dengan kanak-kanak normal. Sungguhpun mereka menggunakan sepenuhnya deria lain tetapi masih tidak mampu memberikan maklumat yang tepat.&lt;br /&gt;Hasil temubual dengan ibu bapa dan beberapa orang guru yang mengajar kanak-kanak cacat penglihatan serta proses pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan maka kita dapat merumuskan beberapa masalah perkembangan bahasa yang berkaitan dengan mereka:(rujuk lampiran).Keseluruhan masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak cacat penglihatan bolehlah dilihat aspek berikut:&lt;br /&gt;FONOLOGI DAN MORFOLOGI&lt;br /&gt;Bagi sesetengah kanak-kanak cacat penglihatan yang kurang pengetahuan berkomunikasi dan tidak dilatih bertutur dengan lancar akan menghadapi masalah memasuki alam persekolahan. Ini kerana penerimaan, penyimpanan dan pernyataan idea mereka adalah sangat kurang. Dalam perkembangan bahasa kanak-kanak normal akan dapat mempelajari peringkat demi peringkat berkomunikasi dan dapat mendiskriminasikan bunyi dan sebutan. Lama kelamaan kanak-kanak tersebut akan memahami bunyi sebutan itu sebelum mengeluarkan pertuturannya dengan yakin. Kesukaran membunyikan huruf-huruf yang sama bentuk seperti “b”, “d”, “p”, “c”, “s” “m”, “n” dan “r” menyebabkan kesukaran mengeja perkataan dan membunyikan perkataan .&lt;br /&gt;Namun bagi kajian kes ini masalah sebutan yang tidak jelas ini adalah disebabkan oleh “pelat”. Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka pelat bermaksud tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul dan tepat. Contoh seperti “makan jadi akan” , “cikgu jadi egu” dan sebagainya. Dalam kes ini kanak-kanak mengalami kesukaran dalam proses-proses tertentu. Pelat terjadi kemungkinan kerana kanak-kanak tersebut mengalami masalah kawalan alat pertuturan(artikulasi) yang tidak dapat dikesan pada peringkat awal lagi. Pengaruh persekitaran termasuk ibubapa dan adik beradik mungkin berbahasa pelat juga agar mudah difahami oleh kanak-kanak tersebut. Ini secara tidak langsung turut mempengaruhi bahasa pertuturan kanak-kanak tersebut. Masalah yang ketara ialah ada beberapa sukukata atau sebutan itu terdiri daripada kesengauan suara dimana tidak boleh menyebut dengan jelas sesetengah vokal dan konsonan. &lt;br /&gt;Dewan Bahasa dan Pustaka mentakrifkan sengau sebagai keadaan atau sifat bunyi yang dikeluarkan dari hidung: huruf ~ huruf yg diucapkan melalui rongga hidung (spt n, ng dll). Masalah yang berlaku ini sedikit sebanyak menganggu pengucapan-pengucapan yang berkaitan dengan fonetik. Penyebutan kata dan susunan bunyi pertuturan menjadi sengau dalam perbualan harian. Bila berada di alam persekolahan kanak-kanak terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan yang mempengaruhi emosi dan keyakinan diri berhadapan dengan situasi baru.&lt;br /&gt;SINTAKSIS&lt;br /&gt;Berkaitan dengan semua permasalahan diatas kanak-kanak ini biasanya akan menulis mengikut apa yang disebut dan didengar. Banyak kesalahan ejaan berlaku semasa menulis . Ini semua disebabkan oleh masalah dailek, pelat , sengau dan kurang kefahaman semasa berkomunikasi. Kanak-kanak yang terlibat dengan perkembangan lambat sangat ketara kesalahan yang dilakukan oleh mereka dalam aspek penulisan. Kebanyakan mereka ini membaca dengan sangat lambat, memerlukan tulisan yang besar dengan menggunakan alat bantuan bagi meningkat kefahaman. Kesalahan ejaan sangat ketara kerana kanak-kanak rabun ini menulis mengikut apa yang didengar. Berlaku pengabaian sukukata dan penambahan mengikut kefahaman mereka sahaja. Mereka tidak boleh menyusun sukukata-sukukata bagi menjadi satu perkataan yang bermakna dengan tulisan tangan yang sangat tidak kemas. &lt;br /&gt;SEMANTIK DAN PRAGMANTIK&lt;br /&gt;Perkara yang sering berlaku dalam perkembangan bahasa bagi kanak-kanak cacat penglihatan ini ialah kesukaran mereka mengikuti dan menggunakan bahasa berdasarkan aspek bahasa yang sepatutnya. Semantik menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan maksud atau erti sesuatu perkataan. Kemampuan kanak-kanak ini memahami sesuatu maksud perkataan bergantung kepada ciri-ciri sesuatu perkataan tersebut samada ianya melambangkan objek yang konkrit atau abstrak. Contohnya perkataan “angin” dan “peranginan”. Ini memerlukan kanak-kanak tersebut membuat andaian bagi dengan maksud yang sebenarnya. Adalah satu cabaran yang sukar bagi kebanyakkan kanak-kanak cacat penglihatan dengan pelbagai kecacatan ini memahaminya. Mereka dapat merasakan “angin” kerana mereka mempunyai deria lain tajam tetapi bagaimana mereka dapat membayangkan “peranginan” itu dengan masalah sebutan yang tidak jelasnya. Ketidakupayaan inilah menyebabkan mereka kurang mampu berkomunikasi dengan sepenuhnya. Kesukaran membaca dengan lancar menyebabkan mereka mempunyai pengetahuan yang terhad dalam bahasa dan dalam keterbatasan itu menyebabkan mereka menggunakan sukukata-sukukata yang mudah sahaja. &lt;br /&gt; Bahasa dan pertuturan adalah satu alat yang digunakan untuk tujuan komunikasi. Komunikasi atau proses interaksi dapat dilakukan dengan menggunakan lima deria yang utama:&lt;br /&gt;Pendengaran/pertuturan&lt;br /&gt;Penglihatan&lt;br /&gt;Sentuhan&lt;br /&gt;Hiduan/bau&lt;br /&gt;Rasa&lt;br /&gt;Keupayaan berkomunikasi di antara satu sama lain membolehkan penyampaian idea yang kompleks dengan menggunakan satu sistem perhubungan yang tersusun. Ianya bukan sahaja dapat menggalakan perhubungan sosial tetapi dapat juga memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kognitif . Komunikasi memerlukan sebarang maklumat yang bermakna dan memahami maklumat yang diterima. Ketidakupayaan seseorang itu dalam berkomunikasi terutama menerusi percakapan, pendengaran, bacaaan dan tulisan akan menyebabkannya kurang mampu untuk berkomunikasi sepenuhnya.&lt;br /&gt;Bagi kajian kes ini , masalah penglihatan mungkin dianggap sebagai masalah utama yang memberi kesan kepada perkembangan kognitif mereka. Ada pendapat mengatakan masalah penglihatan ini telah menghadkan pengalaman dan memahami pengalaman itu dalam dunia penglihatan sekiranya mereka tidak diberi bimbingan yang seawal mungkin termasuk dalam perkembangan bahasa. Mereka rasa kurang keyakinan diri dalam berinteraksi dengan golongan yang dapat melihat. Lebih ketara lagi mereka mengalami masalah bahasa dalam pertuturan. Biasanya masalah ini melibatkan kanak-kanak yang tergolong dalam masalah pembelajaran dan lembam . Urutan perkembangan bahasa kanak-kanak cacat penglihatan ini adalah sama dengan kanak-kanak normal, tetapi pencapaian mereka agak lewat sedikit. Ini kerana kanak-kanak ini menghadapi masalah perkembangan bahasa yang lembab dan agak ketinggalan ke belakang. Situasi ini juga dipengaruhi oleh tekanan emosi kerana perkembangan sosial yang sangat terbatas.&lt;br /&gt;Mengikut teori Behaviorisme, pembelajaran terjadi melalui ulangan sesuatu perlakuan. Begitu juga dengan komunikasi dan bahasa adalah satu perlakuan yang menyebabkan mereka kurang bercakap dengan rakan sebaya atau orang lain. Ini menyebabkan mereka tidak dapat menyusun bait-bait perkataan dengan betul dan dilafazkan dengan baik bagi tujuan pertukaran idea . Justeru itu perkembangan bahasa menjadi ketinggalan ke belakang jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya. Selain daripada itu gangguan perkembangan sosial dan gangguan emosi menjadikan kanak-kanak ini mempunyai perkembangan bahasa yang terhad.&lt;br /&gt;Dewan Bahasa dan Pustaka mengatakan dialek/loghat adalah bahasa daerah atau bahasa setempat yang digunakan seharian. Loghat ini digunakan pada semua isi rumah kerana mudah difahami dalam komunikasi. Walaubagaimanapun masalah akan timbul sekiranya kanak-kanak tersebut tidak dapat membezakan antara bahasa loghat ini dengan penggunaan bahasa buku. Sebutan-sebutan yang dasar yang sebenarnya. Sebagai contoh “ikan” menjadi “ikang”, “padang” menjadi “padam”, dan sebagainya. Faktor-faktor ini akan saling berkait dengan perbendaharaan kata yang selalu digunakan dengan sebutan yang kurang jelas, termasuk pelat dan sengau. Masa mereka lebih lama dirumah merupakan punca pengaruh dailek ini sukar diperbetulkan. Gangguan persekitaran dengan berbagai bahasa dailek akan cepat mempengaruhi mereka kerana mereka suka dengan perkataan yang mereka rasa mudah disebut dan mereka fahami sendiri. Bahasa mereka kadangkala sukar difahami tetapi kebanyakan mereka boleh berkomunikasi dengan rakan sebaya dengan bahasa mereka sendiri.&lt;br /&gt;PENILAIAN DAN INTERVENSI&lt;br /&gt;Langkah-langkah atau kaedah-kaedah untuk penilaian bahasa dan intervensi bagi kanak-kanak cacat penglihatan adalah pelbagai. Walau bagaimanapun intervensi yang akan dibincangkan ini adalah ditujukan kepada kanak-kanak yang berada di dalam golongan multiple disiblities (pelbagai kecacatan). Beberapa cadangan telah dibuat untuk memenuhi kehendak kanak-kanak yang bermasalah dalam bahasa. Program intervensi perlu dijalankan seawal mungkin supaya masalah dapat diatasi mengikut keperluan semasa kanak-kanak. Penglibatan ibubapa adalah diperlukan sepanjang masa dari peringkat mengenalpasti sehingga ke peringkat intervensi.&lt;br /&gt;8.1 Cadangan Intervensi:&lt;br /&gt;Masalah komunikasi yang kurang berkesan.&lt;br /&gt;Perkembangan komunikasi sangat dipengaruhi oleh kematangan intelek dan mental,umur,persekitaran dan alat pertuturan. Ibubapa dan guru adalah agen utama yang boleh melatih kanak-kanak ini melalui proses-proses yang tertentu. Oleh yang demikian mereka perlu dilatihtubi berulangkali dengan penuh kesabaran dan keyakinan tanpa rasa jemu terutama bersama ahli keluarga. Mereka perlu berinteraksi secara lebih kerap dan menggunakan semua deria utama yang ada sehingga menimbulkan rasa ingin maju dan terus mencuba. Secara semulajadinya sikap positif atau negatif ibu bapa memberi kesan yang hebat terhadap perkembangan kanak-kanak cacat penglihatan. Samada di rumah atau sekolah yang paling penting ialah kanak-kanak tersebut membesar dengan perkataan atau frasa-frasa yang selalu didengar dan menggunakannya pada situasi yang betul. Contohnya seperti pengucapan “selamat pagi” , “terima kasih” dan sebagainya. Dalam perbualan harian mereka perlu dibantu dengan mengembangkan perbendaharan kata mengenai benda-benda dipersekitarannya. Walaupun tidak dapat melihat / rabun kita galakkan mereka meneroka dengan menggunakan deria lain seperti sentuh, bau ,rasa dan dengar. Berikut adalah aktiviti yang boleh dikongsi bagi menggalakan mereka berkomunikasi dengan yakin.&lt;br /&gt;Membacakan buku cerita di waktu senggang.&lt;br /&gt;Galakan mereka bermain dengan rakan sebaya supaya mereka dapat meluahkan dan berkongsi perasaan .&lt;br /&gt;Menonton dan mendengar rancangan kegemaran bersama.&lt;br /&gt;Melihat buku-buku bergambar atau buku skrap yang boleh diubah suai mengikut tahap kecacatan mata.&lt;br /&gt; Masalah sebutan yang kurang jelas dan kurang perbendaharaan kata&lt;br /&gt;Masalah ini dikaitkan dengan pelat atau sengau. Oleh yang demikian latihtubi perlu dijalankan dan memerlukan masa yang panjang bagi membetulkan masalah sebutan tersebut. Masalah menjadi lebih berat kerana kanak-kanak ini mempunyai pelbagai kecacatan. Pelbagai kaedah perlu dijalankan termasuk latihtubi sebutan atau mendengar pita rakaman dengan menggunakan kad imbasan atau melalui cctv serta kanta pembesar. Masalah ini juga dapat diatasi dengan meningkatkan pergaulan dengan rakan sebaya agar mereka dapat berkomunikasi dengan sebutan yang betul.Ibu bapa digalakkan berjumpa dengan pakar pertuturan agar kanak-kanak ini dapat melalui proses terapi yang sesuai.&lt;br /&gt;Guru juga digalakan menggunakan perkataan yang mudah difahami pada peringkat permulaan dan secara beransur menggunakan penambahan-penambahan yang sesuai yang mudah dengan gambaran yang jelas. Juga dicadangkan membawa kanak-kanak ini meneroka ke sesuatu tempat atau benda dengan menggunakan semua deria yang ada.&lt;br /&gt;Pengaruh dailek atau loghat daerah&lt;br /&gt;Persekitaran di rumah sangat mempengaruhi perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak. Mereka membesar dan belajar bertutur dan mengenal bahasa melalui ibubapa. Maka tidak hairanlah apa yang dipertuturkan dan apa yang di dengar setiap hari akan mempengaruhi mereka. Oleh yang demikian mereka akan datang ke sekolah dengan pengetahuan bahasa yang telah mereka pelajari di rumah. Maka akan kedengaranlah seperti”makang” “ikang””pemadang”dan sebagainya. Bunyi-bunyi ini lah yang harus diperbetulkan dengan kaedah-kaedah yang sesuai dalam pengajaran bahasa Malaysia termasuklah kaedah fonetik, kaedah abjad, sukukata dan sebagainya. Salah satu kaedah tersebut jika dilakukan secara latihtubi dan berterusan akan memberi impak yang positif. Kanak-kanak juga boleh dibekalkan dengan kad-kad imbasan yang mengandungi perkataan yang perlu dilatihtubi dengan ejaan dan sebutan yang betul untuk dibaca di rumah bersama keluarga. &lt;br /&gt; Masalah kesalahan ejaan dan kurang pemahaman.&lt;br /&gt;Kanak-kanak cacat penglihatan/rabun mempunyai masalah untuk menulis dan membaca dengan cepat, pergerakan mereka sangat terbatas dan sangat lambat. Maka tidak hairanlah mereka memerlukan alat yang sesuai untuk membaca dan menulis dengan jelas. Meskipun menggunakan alat kebolehan menulis dan membaca tetap lambat kerana mereka terdiri dalam katogeri perkembangan lambat. Mereka menulis berpandukan apa yang mereka sebut, jika pelat maka akan banyaklah kesalahan ejaannya dan mereka tidak faham apa yang mereka tulis.Antara cadangan yang boleh membantu ialah:&lt;br /&gt;1) Bagi masalah ini guru boleh menggunakan huruf-huruf yang besar agar lebih jelas ejaannya dan dapat ditulis dengan betul. &lt;br /&gt;2)Bahan-bahan seperti kad-kad bacaan bergambar perlu disediakan dengan saiz yang besar.&lt;br /&gt; 3) penggunaan beberapa alat yang sesuai seperti JAWS iaitu komputer bersuara, embroser,mesin braille, kanta pembesar dan cctv serta alatan-alatan yang bersesuaian dengan tahap kecacatan mereka.&lt;br /&gt;9.RUMUSAN&lt;br /&gt;Kecacatan penglihatan (B1 dan B2) mempunyai impak yang besar terhadap penyesuaian sosial dan peribadi kanak-kanak. Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini ialah lemah dalam komunikasi, sebutan yang tidak jelas, kurang kelancaran,bahasa dailek dan kesalahan ejaan. Intervensi awal perlu dijalankan agar mereka tidak akan jauh ketinggalan dari kanak-kanak normal terutama dalam pemerolehan bahasa. Masalah ini akan merupakan penyebab kepada terjejasnya pencapaian mereka dalam aspek pembelajaran. Penglibatan ibu bapa dan persekitaran sangat penting dalam memberi sokongan dan bimbingan terhadap perkembangan bahasa mereka. Mereka perlu sentiasa berintraksi dan bersosiolisasi bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Ibu bapa merupakan faktor dalam menentukan laluan pendidikan mereka dengan mengubah sikap dan sentiasa berhubung dengan pihak sekolah.&lt;br /&gt;Meskipun pelbagai kemudahan telah disediakan oleh pihak sekolah dan kerajaan , keberkesanannya akan menjadi kabur sekiranya tidak ada komitmen dari dalam diri kanak-kanak tersebut, guru dan ibu bapa. Terutamanya bagi kanak-kanak cacat penglihatan dengan pelbagai kecacatan. Keadaan akan menjadi lebih sukar dan rumit kerana perkembangan mental mereka jauh ketinggalan ke belakang. &lt;br /&gt;Berdasarkan beberapa ujian yang telah dijalankan termasuk pemerhatian dan temubual saya dapati kanak-kanak yang begini memerlukan masa yang panjang untuk menunjukkan potensi diri. Merujuk kepada pencapaian prestasi akademik bolehlah dikatakan kanak-kanak ini berada didalam kelompok sederhana .&lt;br /&gt;Dari kajian yang telah saya jalankan saya dapat merumuskan bahawa terdapat beberapa masalah yang berkaitan dengan perkembangan bahasa bagi kanak-kanak cacat penglihatan (B2) dengan pelbagai kecacatan:&lt;br /&gt;1.Komunikasi yang kurang berkesan&lt;br /&gt;2. Sebutan yang kurang jelas.&lt;br /&gt;3. Kurang perbendaharaan kata&lt;br /&gt;4. Dailek ( pengguguran / penambahan)&lt;br /&gt;5.Kesalahan ejaan dan kurang pemahaman&lt;br /&gt;Setelah menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran guru perlu menggunakan keseluruhan deria yang mereka ada seperti:&lt;br /&gt;Pendengaran/pertuturan&lt;br /&gt;Penglihatan (baki yang ada)&lt;br /&gt;Sentuhan&lt;br /&gt;Hiduan/bau&lt;br /&gt;Rasa&lt;br /&gt;Berbagai teknik dan kaedah yang perlu dijalankan bagi memotivasikan mereka. Antaranya adalah seperti berikut:&lt;br /&gt;Membacakan buku cerita di waktu senggang.&lt;br /&gt;Galakan mereka bermain dengan rakan sebaya supaya mereka dapat meluahkan dan berkongsi perasaan .&lt;br /&gt;Menonton dan mendengar rancangan kegemaran bersama.&lt;br /&gt;Melihat buku-buku bergambar atau buku skrap yang boleh diubah suai mengikut tahap kecacatan mata.&lt;br /&gt;Antara alatan yang biasa digunakan dalam kelas:&lt;br /&gt;Mesin braille&lt;br /&gt;JAWS&lt;br /&gt;Emboser&lt;br /&gt;Kanta pembesar&lt;br /&gt;Cctv&lt;br /&gt;Buku braille&lt;br /&gt;Kad-kad imbasan yang timbul&lt;br /&gt;Radio, tv,perakam video&lt;br /&gt;10. PENUTUP:&lt;br /&gt;Masalah bahasa yang dialami oleh kanak-kanak cacat penglihatan bukanlah satu perkara yang luar biasa. Semua kanak-kanak yang normal turut mengalami masalah yang sama. Walaubagaimanapun kekurangan satu deria penglihatan bukanlah penyebab utama kelemahan bahasa yang mereka alami. Ini turut dibantu oleh perkembangan kognitif dan tahap keupayaan individu tersebut. Banyak faktor-faktor yang turut mempengaruhi antaranya ialah:&lt;br /&gt;Penggunaan bahasa di rumah, sekolah dan masyarakat setempat.&lt;br /&gt;Tahap kecekapan dan kebolehan mental sedia ada.&lt;br /&gt;Tahap keyakinan dan kesungguhan yang ada dalam diri&lt;br /&gt;Kemudahan dan infrastruktur yang membantu terhadap perkembangan bahasa.&lt;br /&gt;Kelemahan ini dapat diatasi dengan menggunakan keseluruhan deria yang ada dan dibantu dengan strategi-strategi dan pendekatan yang dirancang bagi meningkatkan kefahaman serta memotivasikan mereka dalam pelbagai aspek.&lt;br /&gt;

×