CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU

92,861 views
92,381 views

Published on

20 Comments
28 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
92,861
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
200
Actions
Shares
0
Downloads
3,646
Comments
20
Likes
28
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

CONTOH LAPORAN KAJIAN KES TINGKAH LAKU

  1. 1. 15 . ANALISA DAPATANData yang dikumpulkan akan dinilai dengan menggunakan soal selidik tingkah laku,temubual, rekod anekdot, borang perekodan masa dan kekerapan serta pemerhatianyang telah dilaksanakan terhadap murid sampel kajian. Berikut adalah dapatan yangdiperolehi melalui beberapa instrument.15.1 BORANG SOAL SELIDIK TINGKAH LAKU DAN EMOSINAMA : Muhamad Nur Lukman b. Khamis TARIKH : 18 Jan 2010KELAS : PK Inovatif 2JENIS KURANG UPAYA : Autisme 1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadang BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3 A. Agresif / 1. Hiperaktif / 2. Suka memukul / 3. Suka mencubit / 4. Cepat marah / 5. Suka berkelahi / 6. Suka bertumbuk / 7. Suka mencederakan diri sendiri / 8. Suka mencederakan orang lain / 9. Suka merosakkan harta sendiri / 10. Suka merosakkan harta orang lain / 11. Suka mengejek kawan atau orang lain / 12. Suka mengganggu kawan / 13. Suka menjerit-jerit / 14. Membaling benda-benda kepada kawan / 15. Membaling buku dan lain-lain alat ke atas meja / lantai / 16. Menggoyang-goyangkan badan / 17. Mengetuk-ngetuk di tempat duduk / 18. Menyanyi, bersiul, dan ketawa sendirian / 19. Menggunakan bahasa kesat / 20. Cuba menonjolkan diri untuk menarik perhatian /
  2. 2. 1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadangBIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3 B. Pasif1. Hipoaktif (berdiam diri) /2. Mengasingkan diri / bersendirian /3. Suka berkhayal /4. Suka membebel / berleter seorang diri /5. Tiada keyakinan pada diri sendiri. Selalu kata “saya tidak / boleh”6. Mudah puas hati pada kerja yang kurang sempurna /7. Tidak mahu mencuba sesuatu tugas baru yang dianggap / susah8. Mempunyai pergerakan yang lambat /9. Memencilkan diri daripada aktiviti berkumpulan /10. Lambat dalam menjalankan tugas / 31BIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3 C. Masalah Emosi dan Sosial1. Suka menghisap jari /2. Suka menggigit kuku /3. Kelihatan sugul /4. Merasa takut dan cemas /5. Takut pada situasi baru /6. Terlalu malu dan kurang bergaul /7. Suka meminta perhatian /8. Suka berbohong /9. Suka mengambil barang orang /10. Tidak suka berkawan /
  3. 3. 11. Menyalahkan orang lain /12. Keluar dari tempat duduk tanpa meminta izin guru /13. Menggangu apabila guru bercakap /14. Tidak boleh menerima orang baru dengan mudah /15. Susah hendak bertenang dalam kelas selepas rehat /16. Tidak memberi kerjasama pada orang lain /17. Suka menceritakan perkara rekaan dan khayalan /18. Tidak suka pada rancangan yang diatur /19. Mengubah kerusi meja ke tempat lain tanpa izin /20. Tidak bertindakbalas apabila berbual / 32 1. Selalu 2. Tiada 3. Kadang-kadangBIL Jenis Tingkah Laku 1 2 3 D. Masalah Pembelajaran (kognitif)1. Kurang tumpuan perhatian /2. Tidak boleh menyiapkan kerja-kerja /3. Tidak boleh ikut arahan /4. Kurang daya ingatan /5. Kurang kefahaman /6. Kurang daya taakulan /7. Lambat menyiapkan kerja dan terpaksa digesakan /8. Kerja comot, tidak lengkap, dan tidak sempurna /9. Tidak cukup perbendaharaan kata apabila menerangkan / sesuatu10. Tidak peka terhadap bising /11. Tidak dapat menyesuaikan diri apabila terdapat bunyi bising /12. Kebersihan diri tidak memuaskan /
  4. 4. 13. Tidak boleh menulis huruf sendiri / 14. Tidak tahu menulis nama sendiri / 15. Tidak boleh membuat kerja dengan sendiri / Borang Soal Selidik Emosi dan Tingkah Laku 3315.2 Borang Rekod AnekdotPemerhati: Pn Supiah bt Mat yusofTarikh pemerhatian : 19 Jan 2010Masa pemerhatian : 9.00 pg – 12.00 tghNama pelajar : Muhamad Nur lukman b. KhamisPenerangan tentang kejadian:Muhamad Nur Lukman tidak melibatkan diri dalam aktiviti dalam dan luar kelas. Sukabersendiri, bermain sendiri, kadang kala melarikan dari rakan dan guru serta menyorokditempat-tempat yang susah hendak dijumpai. Menunjukkan minat bukan pada aktivititetapi pada guru yang menjalankan aktiviti. Sentiasa menyorok dibelakang guru danseakan berkepit dengan guru. Jarang berkomunikasi dengan rakan dan bahanpengajaran yang guru sediakan. Kadangkala cuba untuk bermain dan terlibat dalamaktiviti tetapi dengan kehadiran guru.
  5. 5. Hanya bermain dengan alatan yang diminati tetapi bermain sendiri seperti bermainbola. Tidak mahu berkongsi alatan mainan dan suka menjauhkan diri dari rakan.Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian :Pemerhatian pertama dijalankan di dalam kelas dalam mata pelajaran KemahiranManipulatif, Kemahiran Hidup dan Bahasa Malaysia.Pemerhatian kedua dijalankan diluar kelas dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta aktivitikokurikulum. 34Nota, cadangan dan langkah:Hasil pemerhatian saya dapati Lukman tidak mempunyai kemahiran interaksi dankemahiran sosial kerana perasaan rendah diri serta tidak yakin dengan kebolehan dirisendiri.Langkah:1. Menjalankan aktiviti berkumpulan samada di dalam atau luar kelas.2. Pengajaran berpusatkan bahan dan murid supaya mereka boleh saling berinteraksi.3. Memberi ganjaran kepada penglibatan yang aktif.4. Mesra dan mudah didekati5. Uruskan tingkah laku yang spesifik dan terkini6. Bantu murid membuat penghakiman nilai tentang tingkah lakunya7. Buat perancangan perubahan tingkah laku
  6. 6. 8. Dapatkan komitmen murid untuk menjalankannya9. Tindakan susulan untuk kesan keberkesanannya10. Jangan menghukum murid dengan sikap negatifCadangan:Faktor utama yang menentukan penguasaan kemahiran asas sosial kanak-kanakautisme ialah guru. Dapatan ini menyokong kajian Dougen (1994) yang mendapatipenggunaan teknik pengajaran secara ‘incidental’ (incidental teaching) meningkatkankemahiran bertanya. Selain itu, guru dapat mengeksploitasikan minat dan kesukaanmurid dalam pengajaran.Tandatangan: ......................................... 3515.3 LEMBARAN DATA PEREKODAN INTERVALNama Murid : Muhamad Nur Lukman b KhamisTarikh Lahir : 01/11/2000Kelas : PK Inovatif 2Penilai : Pn Supiah bt Mat YusofTingkah Laku yang direkod (TL sasar.an) : Suka bersendirianTandakan ( / ) bagi ya atau( x ) bagi tidak
  7. 7. TINGK AH LAKU LOKASISela masa Boleh Boleh Suka Aktiviti berkongsi interaksi bersendirian Dalam kelas Aktiviti Luar kelas bahan dengan rakan8.00 -9.00 / / / /pg9.00-10.00 / / / /pg10.00-11.00 x / / /11 – 12 tgh / / / /12 – 1 tgh / / / /Data Rekod Interval 36 Nota:Catatan dibuat pada awal persekolahan, murid mula menjalani sesi persekolahansetelah hampir dua bulan tidak berinteraksi dengan guru dan rakan.( / ) menunjukkan domain tingkah laku suka bersendirian lebih kerap daripadaberinteraksi dengan rakan. Cuma sekali sahaja dalam satu hari menunjukkan interaksidengan rakan iaitu semasa rehat sahaja.
  8. 8. 3715.4 BORANG DATA PEREKODAN MASA( Pemerhatian Data AwalSebelum Intervensi)Nama Murid : Muhamad Nur Lukman b KhamisTarikh Lahir : 01/11/2000Kelas : PK Inovatif 2Penilai : Pn Supiah bt Mat YusofTingkah Laku yang Direkod : Suka BersendirianTarikh : 19 Jan – 22 Jan 2010Tempoh masa : 2 jam bagi setiap hari Masa 8.30-9.30 9.30-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30 JumlahHari pagi pagi pagi tengah hari (x)ISNIN
  9. 9. 19 Jan 10 2 1 0 3 6SELASA20 Jan 10 1 1 1 2 5RABU21 Jan 10 2 2 1 0 5KHAMIS22 Jan 10 3 2 2 1 8JUMAAT23 Jan 10 1 2 2 2 7Data Perekodan MasaNota: Data diatas menunjukkan kekerapan domain tingkah laku sasaran yangdilakukan oleh Lukman pada awal persekolahan. 3815.5 Borang Pemerhatian Data Awal Semasa Intervensi Tingkah LakuSasaran( Suka Bersendirian) Masa 8.30-9.30 9.30-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30Hari pagi pagi pagi tengah hari JumlahISNIN25 Jan 10 1 1 0 1 3SELASA26 Jan 10 0 1 0 1 2RABU27 Jan 10 0 1 0 1 2KHAMIS28 Jan 10 1 1 0 1 3JUMAAT29 Jan 10 1 0 0 0 1 Data Perekodan MasaNota:Semasa menjalankan intervensi murid memberikan kerjasama yang baik walaupunpada mulanya agak sukar dilakukan.
  10. 10. Pada setiap perubahan tingkah laku sasaran dibantu oleh guru, pembantu pengurusanmurid dan bahan pengajaran dan pembelajaran.Hasil pemerhatian murid hanya berminat semasa aktiviti berkumpulan dimana ahlikumpulannya tidak ramai memadai 2 atau 3 orang sahaja kerana Lukman sangatmemerlukan perhatian dan bimbingan bagi meningkatkan motivasi diri. 3915.6 Borang Pemerhatian Data Awal Selepas Intervensi Tingkah LakuSasaran( Suka Bersendirian) Masa 8.30-9.30 9.30-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30 JumlahHari pagi pagi pagi tengah hariISNIN2 Feb 10 1 1 0 1 3SELASA3 Feb 10 1 1 0 1 2RABU4 Feb 10 0 1 1 1 3KHAMIS5 Feb 10 1 0 1 1 3JUMAAT8 Feb 10 1 0 1 1 3 Data Perekodan masaNota:Selepas intervensi didapati tingkah laku sasaran berlaku semula sekiranya murid tidakminat dengan aktiviti guru dan tidak mendapat perhatian sepenuhnya dari guru.Ini bermaksud murid ini sentiasa memerlukan motivasi yang berterusan.
  11. 11. 4015.7 Borang Pemerhatian Kekerapan Tingkah Laku.Domain Tingkah Laku (suka bersendirian)SEBELUM TERAPI SEMASA TERAPI SELEPAS TERAPITARIKH KEKERAPAN TARIKH KEKERAPAN TARIKH KEKERAPAN18 Jan 10 6 25 Jan 10 3 2 Feb 10 319 Jan 10 5 26 Jan 10 2 3 Feb 10 220 Jan 10 5 27 Jan 10 2 4 Feb 10 321 Jan 10 8 28 Jan 10 3 5 Feb 10 322 Jan 10 7 29 Jan 10 1 8 Feb 10 3Borang Pemerhatian Kekerapan Tingkah LakuNota:Jadual di atas menunjukkan data kekerapan berlakunya domain tingkah laku sebelum,semasa dan selepas terapi dijalankan. Rumusannya didapati murid cenderungmelakukan atau mengulangi tingkah laku tersebut selepas sesi terapi sekiranyapersekitaran yang ada tidak membantu meningkatkan keyakinan diri.
  12. 12. 4115.8 GRAF KEKERAPAN PERUBAHAN TINGKAH LAKUNota:Graf menunjukkan perubahan tingkah laku sasaran iaitu suka menyendiri sebelum,semasa dan selepas dijalankan terapi yang difikirkan sesuai.Keseluruhannya menunjukkan murid tersebut sangat bergantung kepada bantuan gurudan rakan serta bahan bantu mengajar yang sesuai dalam proses pengajaran dan
  13. 13. pembelajaran. Garisan biru menunjukkan tingkah laku sasaran sebelum intervensidijalankan.Garisan merah menunjukkan perubahan tingkah laku semasa intervensidijalankan.Garisan hijau menunjukkan selepas intervensi dijalankan kebarangkalianmurid mengulangi semula tingkah laku yang tidak diigini. 4216. LAPORAN KAJIAN. Pengurusan Tingkah Laku memerlukan kemahiran guru yang khusus dalam bidangtersebut. Ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip tertentu yang perlu dihayati dandipegang oleh guru. Antara perkara yang perlu guru ambil perhatian ialah prinsippeneguhan, jenis pemerhatian, dan prinsip pengurusan tingkah laku.Terdapat dua jenis pengurusan tingkah laku iaitu kaedah pengukuhan dan kaedahpengurangan. Kaedah pengukuhan ialah memperkukuhkan tingkah laku (positivereinforcement), shaping, token, modelling dan ganjaran. Manakala kaedahpengurangan pula ialah pelupusan tingkah laku, penghapusan, time-out, hukuman ataudendaan dan disensitisasi (desenstization).PeneguhanPeneguhan sangat penting untuk mengekal atau mengurangkan tingkah laku dalamproses pengajaran dan pembelajaran. Semasa memberikan peneguhan, ganjaran yangdiberikan hendaklah sesuai dan berkesan. Peneguhan merupakan sesuatu objek atausituasi yang dapat meneguhkan atau mengekalkan tindak balas atau kelakuan padamasa kini atau memungkinkan peningkatan perlakuan pada masa akan datang.Peneguhan yang diberi seharusnya sesuatu yang disukai oleh murid dan dapatmeransang penglibatan dalam aktiviti.Jenis-jenis Pemerhatian
  14. 14. Pemerhatian yang pertama adalah pemerhatian yang boleh dikategorikan mengikuttujuan dan aspek yang hendak diperhatikan iaitu memerhati sesuatu perlakuan tanpamembuat tafsiran (interpreation) dan tanggapan (judgement) iaitu melapor apa yangdilihat sahaja dan menggunakan tafsiran bukan untuk penilaian semasa tetapimembuat hipotesis yang diperolehi selepas menemu bual individu yang berkenaan. 43Kedua, pemerhatian yang dibuat mestilah mengikut apa yang telah dirancang dansecara “open-ended” iaitu menilai atau memerhati kemahiran tertentu, pengetahuan,perlakuan atau sikap yang telah dikenal pasti serta menilai sesuatu yang wujud tanpadijangka atau di luar perancangan pemerhati tetapi relevan dengan objektif penilaiantersebut.Manakala, yang ketiga adalah pemerhatian untuk jangka pendek dan jangka panjang.Pemerhatian yang dilaksanakan mengikut urutan dalam jangka masa berperingkatsupaya mendapat dapatan yang berkesan dan bermakna tentang perkembanganproses atau peristiwa terhadap sesuatu tugasan.
  15. 15. 44 17.PENAKSIRAN TINGKAH LAKU SASARAN KAJIAN.Bagi kanak-kanak yang dikenalpasti mempunyai masalah tingkah laku, pemerhatianakan dilaksanakan untuk mengetahui situasi sebenar kanak-kanak tersebut secarasemula jadi. Ia dilakukan secara tidak disedari supaya kanak-kanak tidak berpura-puradi mana fokus pemerhatian adalah untuk mengetahui tahap kefungsian kanak-kanaksecara semula jadi tanpa diganggu oleh faktor-faktor lain. Penilaian boleh dibuatsemasa individu terlibat dalam aktiviti-aktiviti hariannya seperti bermain, bekerja dalamkumpulan dan penglibatannya dalam aktiviti secara berkumpulan dan sebagainya. David Lambert dan David Lines 2000, penaksiran adalah proses pengumpulan,menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepadatugas pendidikan. Gearheat 1990, penaksiran adalah proses yang melibatkanpengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luasberdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi danpenenmpatan. Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Penaksiran adalah prosespengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar danmembuat keputusan megenai pelajar.Menurut Bailey dan Woldery 1992. Penaksiran adalah suatu proses mengumpulmaklumat bagi tujuan membuat keputusan . Mc Cluhen 1994. Penaksiran kanak-kanakkhas ialah proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan bertujuan membuatkeputusan pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukanperkhidmatan khas. Penaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah
  16. 16. pembelajaran pelajar dan faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaiansekolah dan perkembangan diri murid dari berbagai peringkat umur.Terdapat beberapa kaedah atau teknik yang boleh digunakan oleh pemerhati bagimerekod tingkah laku murid. Antaranya adalah time-sampling, event/ frequencyrecording, duration recording, interval recording, senarai semak, rekod anekdot dansekil kadar. 45Selepas pemerhatian dan diagnosis dilakukan, Lukman didapati mempunyai pelbagaitingkah laku negatif. Namun begitu, saya telah memilih satu masalah yang dominandimana tingkah laku ini kerap dilakukan oleh Lukman iaitu dia suka bersendirian ataumengasingkan diri semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Lukman tidakmenunjukkan minat dalam masa pembelajaran . Sekiranya dipaksa dia cuma bertahanbeberapa saat sahaja kemudian dia akan menyorok atau berjalan-jalan sendirian.Bermula dari masalah inilah menyebabkan masalah tingkah laku yang lain berlaku. Diakerap kali keluar ke kelas lain dan merayau-rayau secara sendirian . Dia masihmeneruskan tingkah laku tersebut walaupun telah ditegur oleh guru. KekerapanLukman suka meyepikan diri boleh dirujuk pada data kekerapan pada data yang telahdikemukan dalam laporan ini.
  17. 17. 46 18. MODEFIKASI TINGKAH LAKUBerikut adalah beberapa cadangan yang dikemukakan bagi mengurangkan masalahtingkah laku sasaran:GanjaranGanjaran terdiri daripada 3 jenis iaitu: a) Ganjaran primer b) Ganjaran social c) Ganjaran sekunder PembentukanJuga dikenali sebagai shaping yang bermaksud pemberian pengukuhan kepadaperlakuan-perlakuan yang dilakukan oleh murid yang menjurus kepada pembentukanperlakuan yang dikehendaki.Pengasingan (time-out)Murid-murid ditempatkan berasingan daripada kumpulan dan tidak terlibat dalam aktivitikumpulan sehingga tidak mengulangi tingkah laku bermasalah.Dendaan / hukuman
  18. 18. Cara lama yang masih digunakan supaya murid tahu dan sedar akan kesalahan yangtelah dilakukan.PenghapusanSalah satu cara yang dijalankan untuk menghapuskan terus tingkah laku yangbermasalah. 47ModellingMenggunakan watak-watak yang disukai, dihormati untuk diteladani oleh semua murid.Kejelakan (satiation)Membiarkan murid melakukan tingkah laku itu hingga dia jemu melakukannya danberhenti sendiri daripada melakukannyaBimbingan dan KaunsellingPendekatan-pendekatan kaunseling untuk membimbing murid yang menghadapi danmenangani masalah tingkah laku.Terapi.Menggunakan muzik atau seni untuk ketenteraman emosi,anxiety dan melepaskanperasaan yang tertekan.DesensitizationTindakan yang dijalankan secara beransur-ansur untuk menghilang rasa gugup atautakut yang berlebihan.Fading.Mengurangkan tingkah laku atau ganjaran secara perlahan-lahan.
  19. 19. PromptingDigunakan untuk mendapat ransangan tertentu yang dipilih sebagai tanda atau klukepada murid yang melaksanakan tingkah laku yang dikehendaki secara lisan, gerakbadan dan fizikal. 48Penamatan/PelupusanMemberhantikan atau menyekat murid daripada terus melakukan tongkah laku negatifsecara beransur-ansur dengan menggantikan dengan tingkah laku yang positif.Kontrak PerjanjianPersetujuan antara dua pihak atau lebih secara lisan atau sebaliknya. Muridbertanggungjawab terhadap perkara atau aktiviti yang dipilih. Kontrak akan berjayasekiranya murid faham akan tingkah laku yang hendak diubah dan kesannya.Token EkonomiToken diutamakan yang disukai, menarik, mudah untuk dibawa/dibahagikan, dan jugasukar untuk dipalsukan. Contohnya stiker, hadiah dan sebagainya.Dalam kajian ini saya cuba menjalankan beberapa teknik bagi mengurangkan tingkahlaku bermasalah terhadap Lukman iaitu suka menyendiri atau menyepikan diri.
  20. 20. 49 19. RANCANGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKUNama Murid : Muhamad Nur Lukman b KhamisTarikh Mula : 18hb Jan 2010Masalah Tingkah Laku : Suka menyendiri/menyepikan diriTarikh Lahir : 01/11/2000Umur : 10 tahunPengetahun sedia ada : Suka merayau-rayau sendiri dan tidak boleh mengikut arahan guruMatlamat : Mengurangkan atau menghentikan sikap negatif dan boleh berinteraksi dengan rakan semasa aktiviti pembelajaran dengan tanpa rasa rendah diri • Suka menyendiri dan menyepikan diri
  21. 21. Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran dijalankan. Tidak berminat berinteraksi dengan rakan dan bahan pembelajaran.Tingkah laku yang hendak • Suka menyendiridiuruskanTingkah laku sasaran • Boleh berinterkasi dan berkolaborasi dalam aktiviti pembelajaran berkumpulan tanpa rasa rendah diri.Masa tingkah laku • semasa tiada sebarang aktivitidilakukan • semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran • semasa di kantin • Murid tidak menunjukan minat berinteraksiSebab keutamaan dengan rakan dan guru. • Murid tidak menunjukkan minat dalam sebarang aktiviti pembelajaran. • Murid kadangkala membuat tindakan luar jangka contoh merayau-rayau sendiri. • Murid tidak yakin dengan kebolehan diri dan rasa rendah diriStrategi atau kaedah • Sentiasa mengawal tingkah laku tersebut. • melaksanakan aktiviti yang diminatinya contoh sewaktu aktiviti terapi lokomotor kasar. • Memberi peneguhan negatif untuk mengurangkan tingkah laku tersebut. • menasihati murid supaya tidak mengulangi tingkah laku tersebut • memberi ganjaran seperti pujian jika
  22. 22. berjaya menghentikan tingkah laku tersebut. • Menggalakkan mereka belajar secara berkumpulan supaya rakan lain berasa selesa dan selamat dengannya. • memperbanyakkan penggunaan bahan bantu belajar supaya murid tidak berasa bosan. • Mempelbagaikan aktiviti dan kaedah mengajar yang boleh motivasikan murid. • Personaliti guru boleh mengurangkan rasa rendah diri murid dengan selalu berdamping dan berbual dengan murid.Peneguhan • Positif  memberikan ganjaran  memberikan pujian seperti ”bagus” atau ’baik”.  Menggalakan penglibatan dalam aktiviti kumpulan  Selalu bertanya khabar dan berbual dengan murid.  Selalu berdampingan dengan murid • Negatif  Tindakan tanpa lisan  Ketegasan guruDaripada Rancangan Pengurusan Tingkah Laku diatas, saya telah mencadangkan danmenjalankan aktiviti-aktiviti sebagai intervensi mengatasi masalah tingkah laku. Antaracadangan yang saya jalankan ialah.
  23. 23. 1) Terapi Muzik 2) Terapi Bukan Lokomotor Kemahiran Manipulatif 3) Tindakan tanpa lisan 4) Token Ekonomi 5) Pengurusan bilik darjah. 6) Personaliti guru 7) Aktiviti dan bahan pembelajaran. 5219.1 Terapi Muzik Subjek : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Aktiviti : Lokomotor Kasar Tarikh : 18hb Jan 2010 Hari : Isnin Masa : 8.00 – 10.00 pagi Bil. Murid : 1 orang Sasaran : Muhamad Nur Lukman
  24. 24. Sasaran Tingkah Laku : Suka menyendiri Bahan Bantuan Terapi : MuzikCara KerjaLangkah Aktiviti1 Murid dikehendaki berkumpul bersama dengan rakan lain di satu kawasan terbuka untuk menjalankan aktiviti.2 Guru dan PPM mengambil tempat yang sesuai membantu murid-murid menjalankan aktiviti tersebut.3 Guru memberikan arahan dan peraturan sebelum aktiviti dijalankan.4 Guru membantu murid melakukan pergerakan semasa muzik dipasangkan5. Alatan tambahan lain seperti bola dan gelung boleh digunakan bagi menjadikan aktiviti lebih menarik. 53Gambar menunjukkan semasa Terapi Muzik hendak dijalankan. Muhamad Nur Lukmanmula menunjukkan minat dan turut ke hadapan bersama guru untuk menjalankanaktiviti tersebut. Namun begitu tingkah laku itu tidak berkekalan. Lukman mula menarikdiri dan merayau-rayau bersendirian.
  25. 25. Murid sedang menjalankan Terapi Muzik dengan bantuan guru. Peranan guru sangatpenting berdampingan dengan murid dan membantu murid membuat pergerakanbersama murid-murid lain tanpa rasa rendah diri. Aktiviti ini sangat membantu muridmerasa yakin dan seronok melakukan bersama-sama dengan guru dan rakan.Keberkesanan aktiviti.Muhamad Nur Lukman memberikan kerjasama yang baik sepanjang aktiviti dijalankan .Walaubagaimanapun dia tetap memerlukan bantuan guru sebagai satu motivasi danrasa yakin diri bila melakukan aktiviti. Aktiviti ini perlu diulang lagi dengan penambahanpelbagai alatan yang boleh dapat meransang Lukman dan terus melakukan aktivititanpa bantuan guru.
  26. 26. Gambar menunjukkan aktiviti Terapi Muzik dalam berkumpulan dijalankan. 5519.2 Terapi Bukan Lokomotor Kemahiran ManipulatifAktiviti : Terapi Bukan LokomotorTarikh : 19 Jan 2010Hari : SelasaMasa : 8.00 am – 10.00amBil. Murid : 1 orangSasaran : Muhamad Nur Lukman
  27. 27. Sasaran Tingkah Laku : Suka bersendirian/menyepikan diriBahan Bantuan Terapi : 1) Tilam Gimnastik 2) SkittleCara Kerja TerapiLangkah Aktiviti1 Guru membuat demonstrasi cara melakukan pergerakan merangkak, berguling dan membalikkan badan dengan betul.2 Murid melakukan aktiviti secara bergilir-gilir dengan bantuan guru dan pembantu3 Guru meminta murid lain memberikan tepukan bila setiap orang selesai melakukan aktiviti.4. Murid berasa seronok dan cuba melakukan berulang kali 56Gambar di atas dan bawahmenunjukkan Lukmanberminat mengambilbahagian dalam aktiviti yangmencabar dan bolehbersama-sama dengan rakan-rakan lain.
  28. 28. Keberkesanan aktiviti:Muhamad Nur Lukman menunjukkan minat melakukan aktiviti terapi ini kerana ianyaagak mencabar dan murid diberi motivasi dan ganjaran bila dapat melakukan denganbaik.Selain daripada aktiviti terapi yang dicadangkan diatas, beberapa peneguhan yangtelah digunakan bagi mengukuhkan tingkah laku yang positif termasuklah tokenekonomi , time out, tindakan tanpa lisan.
  29. 29. 5819.3 Tindakan Tanpa LisanMerupakan salah satu teknik yang boleh mengubah tingkah laku yang positif. Merujukgambar diatas, guru melakukan aktiviti dimana sahaja agar Lukman turut beradabersama seorang rakan lain menjalankan aktiviti pembelajaran. Tindakan guru
  30. 30. menarik tangan Lukman seakan satu paksaan bagi beliau untuk berada dalam aktivitipembelajaran.Lukman boleh duduk dan melihat sahaja beberapa minit sambil memerhati kawanmelakukan aktiviti psikomotor halus. Sesekali Lukman seakan mahu membanturakannya. Saya berpendapat Lukman tidak rasa rendah diri dan menyepikan dirisekiranya ahli dalam kumpulan itu tidak ramai. Lukman tidak perlu bersaing denganramai rakan dia rasa lebih yakin sekiranya ahli kumpulan tidak ramai. 5919.4 Token EkonomiMerupakan salah satu cara yang agak berkesan juga dalam kajian tindakan ini. TokenEkonomi merupakan modifikasi tingkah laku yang dirancang untuk meningkatkantingkah laku yang diingini dan pengurangan tingkah laku yang tidak diingini denganpengunaan Tokens (tanda-tanda). Murid menerima token setelah menunjukan tingkahlaku yang diingini. Token dikumpulkan dan ditukarkan dengan suatu objek ataupenghargaan. Tujuan Token Ekonomi untuk meningkatkan tingkah laku yang diinginidan tingkah laku pengurangan diingini. Bagaimanapun, tujuan utama Token Ekonomiuntuk mengajar tingkah laku yang sesuai dan berketrampilan sosial yang positif.Dalam kajian ini saya akan memberikan pelbagai hadiah seperti mainan atau alat tulissekiranya Lukman bersedia masuk ke dalam kumpulan untuk menjalankan aktiviti.Selain daripada itu Lukman suka dipegang tangan dan beramah mesra dengannya .Oleh itu setiap kali Lukman bersedia menjalankan aktiviti saya akan memujinyadihadapan rakan-rakan lain dan memberikan token seperti yang dijanjikan.
  31. 31. TINGKAH LAKU TARIKH 8.00- 8.30 9.00 9.30 10.00– 10.30– 11.00- DIINGINI 8.30 – – – 10.30 11.00 11.30 9.00 9.30 10.00 22/1/10 / / / Boleh melakukan 23/1/10 / / / aktiviti dalam kelas tanpa 24/1/10 / / / menyepikan diri 25/1/10 / / / bersama dengan rakan lain. 26/1/10 / / / /Selain daripada strategi yang dicadangkan diatas , terdapat beberapa aspek yang perludiambi kira bagi membantu masalah tingkah laku. Saya berpendapat ianya juga sangatpenting dalam mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas. 6019.5 MODELLINGModelling adalah antara salah satu teknik yang saya rasa sangat berkesan bagimengubah tingkah laku sasaran. Ianya bermaksud murid akan meniru daripada oranglain. Baik secara langsung ataupun tidak langsung. Teori seperti ini banyak wujuddalam kehidupan seharian . Sebagai contoh kanak-kanak meniru watak-watak kartunjuga seperti “Batman”, “Superman”, “Power Rangers” hingga kadang-kadang bolehmendatangkan kesan kepada diri mereka. Bagi mengatasi masalah ini sayamenggunakan konsep berkumpulan dalam menjalankan akitiviti. Ini bermakna semuamurid akan berkolaborasi antara satu sama lain semasa bermain. Kaedah berkumpulanini sangat sesuai bagi menarik Lukman melibatkan diri dan bergaul dengan rakansebaya . Bandura menghuraikan konsep ini dengan menggunakan contoh. Beliaumenyatakan bahawa kanak-kanak yang mempelajari sesuatu tingkah laku dandipelajarinya juga bahawa tingkah laku itu tidak dilakukan dalam keadaan-keadaantertentu.Menurut Bandura, proses modeling terdapat 4 tindakan yang mesti dilakukan iaitu:-
  32. 32. (a) Memberi perhatian kepada tingkah laku yang hendak ditiru itu, sama ada secara visual, ataupun dengan deria-deria lain. (b) Pemerhatian disimpan dalam fikiran. (c) Melakukan tingkah laku berdasarkan apa yang dilihat, didengar, dirasa atau sebagainya. (d) Mendapatkan kepuasan, ganjaran, peneguhan apabila tingkah laku itu selesai dilakukan.Matlamatnya supaya murid dapat membuat perbandingan dan menunjukkan tingkahlaku yang baik melalui pemerhatian. Saya perlu memastikan tingkah laku yang tidakbaik yang ditiru dalam aktiviti kumpulan diberi teguran serta merta. 6119.6 PERSEKITARAN BILIK DARJAHAspek ini sangat penting kerana ianya turut menyumbang kepada masalah tingkahlaku. Persekitaran di dalam dan luar kelas perlu di ambil kira supaya dapat mewujudkansatu keadaan yang sangat selesa dan selamat bagi kanak-kanak. Ruang pembelajaranyang disediakan sebenarnya mampu membantu perubahan tingkah laku. Bilik darjahyang selesa perlu menyediakan ruang untuk bermain dengan selamat supaya muridtidak berpeluang menunjukkan tingkah yang bermasalah bersama rakan sebaya.Sepanjang sesi terapi dijalankan saya perlu mengambil kira beberapa aspek sepertiberikut: a) Susunan kerusi meja yang boleh menggalakkan interaksi b) Sudut – sudut pembelajaran yang menarik dan boleh mendorong kepada interaksi dengan bahan.
  33. 33. c) Pengudaraan dan pengcahayaan yang sesuai dengan saiz kelas supaya murid tidak rasa rimas dan tertekan. d) Kedudukan kelas itu sendiri betul-betul strategik , jauh dari gangguan bising supaya murid boleh memberikan tumpuan. e) Kelas yang sentiasa bersih dan ceria boleh meransang murid dalam aktiviti. 6219.7 PERSONALITI GURUPersonaliti guru sangat penting dalam mengurus tingkah laku murid. Perwatakan danempati yang ditunjukkan oleh guru memberikan keyakinan kepada murid untukmenjalankan aitiviti. Sikap dan keperihatinan guru boleh menyebabkan muridbermotivasi dan boleh melakukan aktiviti dalam kelas dengan yakin tanpa perasaanrendah diri. Selain daripada itu kata-kata dorongan dan layanan baik yang diterimasebenarnya boleh membantu menghapuskan / mengurangkan domain tingkah lakusasaran. Stail guru menyelesaikan masalah yang timbul dirasakan adil memberikansatu kepuasan kepada murid-murid lain.Antara beberapa perkara yang saya rasakanperlu ialah: a) Penggunaan bahasa yang sesuai dengan aras murid.
  34. 34. b) Guru mempunyai unsur-unsur kecindan c) Sentiasa menunjukkan rasa simpati dan empati kepada murid d) Perihatin dengan keperluan murid e) Menghormati perasaan dan kehendak murid f) Kreatif dan inovatif dalam proses pengajaran. g) Mahir menangani setiap masalah yang timbul 6319.8 STRATEGI DAN TEKNIK PEMBELAJARAN.Guru perlu memastikan strategi dan pendekatan yang digunakan mampu menarikperhatian murid dan mampu bertahan lama menjalankan aktiviti. Contoh aktiviti dalamkumpulan seperti berkebun, pendidikan jasmani , muzik dan sebagainya. Strategi danteknik yang disusun menunjukan mesra budaya. Ini bertujuan dapat melibatkan semuamurid tanpa rasa pilih kasih. Murid yang merasa rendah diri dan suka mengasingkandiri akan cuba mendekati kumpulan sekiranya aktiviti yang dijalankan sangat menarikdan mencabar. Antara aktiviti yang boleh menarik murid ialah bercerita dalamkumpulan dan pasangan serta bermain bongkah kerana belajar sambil bermain sangatbermakna bagi murid-murid masalah tingkah laku. Banyak perkara yang saya rasa
  35. 35. dalam aspek ini boleh membantu mengubah tingkah laku sasaran. Antaranya ialahseperti berikut: a) Pengajaran berpusatkan murid b) Aktiviti berkumpulan dan menggunakan konsep rakan sebaya c) Kaedah belajar sambil bermain d) Kepelbagaian aktiviti yang menarik e) Penggunaan bahan bantu yang menarik dan fleksibel 6420 . RUMUSANKajian yang telah dijalankan memberikan satu kesimpulan bahawa PengurusanTingkah Laku sangat penting ke atas seorang kanak-kanak bagi meningkat lagi tahapkeupayaan dan kebolehan mereka. Cadangan intervensi yang telah dikemukakanmemerlukan ulangan beberapa kali untuk menampakkan keberkesanannya terhadapperubahan tingkah laku muird. Ada kemungkinan teknik dan bahan yang digunakantidak sesuai dan perlu digantikan dengan yang lain supaya dapat menarik minat murid
  36. 36. meneruskan aktiviti yang telah dicadangkan. Secara keseluruhannya domain tingkahlaku yang telah saya kemukakan mempunyai sebab yang munasabah kenapa ianyaberlaku. Antaranya ialah: a) Murid tersebut adalah anak tunggal , jarang bergaul dengan kanak-kanak lain kerana hobinya yang suka menghilangkan dengan senyap , maka itu ibunya tidak membenarkannya kemana-mana tanpa ada orang kain menemaninya. b) Perkembangan sosialisasi sangat terhad kerana sebab di atas, banyak menghabiskan masa dirumah dan menonton television. c) Jarang datang ke sekolah kerana masalah kesukaran bangun pagi. d) Sekiranya datang ke sekolah suka memencilkan diri sukar untuk berbual dengan rakan kerana masalah pertuturan yang di hadapinya. e) Mempunyai rasa rendah diri dan pemalu yang menebal menjadi salah satu sebab masalah tingkah laku.Usaha untuk mengubah tingkah laku suka menyendiri itu telah memberi idea kepadapenggunaan teknik pemerhatian , rekod berskala dan rekod kekerapan sebagai satupetunjuk kepada masalah tingka laku tersebut.Hasil daripada semua catatan rekod tersebut mengesahkan lagi kebarangkalianmelakukan tingkah laku bermasalah seperti yang dibincangkan sangat tinggi sekiranyausaha intervensi yang dijalankan tidak berkesan. 65Antara cadangan – cadangan yang telah dilakukan untuk mengubah masalah tingkahlaku ialah Terapi Muzik, Terapi Lokomotor Kasar, Tindakan Tanpa Lisan , TokenEkonomi, personality guru, perseitaran bilik darjah dan pendekatan pembelajaran yangdigunakan yang boleh menarik perhatian murid. Walaubagaimanapun segala usaha itu
  37. 37. perlu diulang beberapa kali supaya murid dapat melakukan latihtubi sebagai satupelaziman yang akhirnya dapat mengurangkan masalah tingkah laku sasaran.Perubahan tingkah laku tersebut dapat dilihat apabila murid boleh melakukan tanpasokongan guru. Namun begitu kekerapannya agak berkurangan jika dibandingkansemasa aktiviti dijalankan bersama guru.Pada keseluruhannya saya berpendapat murid ini boleh menunjukkan perubahantingkah laku sekiranya latihtubi yang berterusan dijalankan. Sokongan ibubapa danguru sangat penting sebagai satu motivasi yang berterusan. Sesungguhnya kejayaanitu bergantung kepada keikhlasan menjalankan sesi terapi tersebut. Ini kerana adalahsangat sukar untuk menyakinkan seorang anak istimewa untuk menerima orang yangtidak dikenali dalam kehidupan mereka.Bandura dan Walters berpendapat bahawa kehidupan sehari-hari banyak tingkah lakuyang dipelajari melalui contoh, teladan, dan melalui bahasa. Seandainya tingkah laku inihendak dipelajari melalui Teori Pelaziman Operan atau Pelaziman Klasik maka sudahtentu kita akan mengambil masa yang cukup banyak bagi menguasai semua tingkahlaku yang ada pada diri kita hari ini dan kita mungkin tidak akan mempunyai himpunantingkah laku sebanyak yang kita ada pada hari ini. (Amir Awang, 1989). . 66

×