Your SlideShare is downloading. ×
Semantik Topik 2
Semantik Topik 2
Semantik Topik 2
Semantik Topik 2
Semantik Topik 2
Semantik Topik 2
Semantik Topik 2
Semantik Topik 2
Semantik Topik 2
Semantik Topik 2
Semantik Topik 2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×
Saving this for later? Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime – even offline.
Text the download link to your phone
Standard text messaging rates apply

Semantik Topik 2

18,303

Published on

1 Comment
7 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
18,303
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
1,020
Comments
1
Likes
7
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Topik Proses Dalaman 2 Penerbitan Bahasa, Pertuturan dan Komunikasi HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mentakrifkan konsep pemerolehan bahasa; 2. Membandingkan antara tiga teori pemerolehan bahasa; 3. Mengaitkan fungsi otak dalam pemerolehan bahasa; dan 4. Menghuraikan proses yang terlibat dalam penerbitan pertuturan. PENGENALAN Dalam topik yang lalu, kita telah mengenal beberapa teori huraian bahasa. Antaranya ialah teori tradisional, struktural, transformasi generatif dan teori fungsional. Dalam topik ini pula kita akan melanjutkan perbincangan dengan meneliti beberapa teori pemerolehan bahasa. Tahukah anda, cara manusia memperoleh bahasa merupakan salah satu aspek yang penting dalam bidang psikolinguistik? Walaupun terdapat banyak teori pemerolehan bahasa, namun untuk topik ini, kita akan berkenalan dengan tiga teori pemerolehan bahasa, iaitu teori behaviouris, teori mentalis dan teori interaksionalis sahaja.
  • 2. TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, PERTUTURAN DAN 15 KOMUNIKASI 2.1 TAKRIF PEMEROLEHAN BAHASA Sebelum kita membincangkan teori pemerolehan bahasa dengan lebih lanjut, kita harus memahami konsep pemerolehan bahasa dahulu. Menurut Lyons (1994), bahasa ialah nurani. Oleh hal demikian, bahasa tidak diperoleh secara semula jadi tetapi tumbuh atau menjadi matang secara organik. Kamus Linguistik (1997), mentakrifkan pemerolehan bahasa sebagai proses pembelajaran bahasa daripada satu aspek hingga keseluruhannya. Maksudnya, proses seseorang penutur seperti kanak-kanak menjadi penutur jati bagi bahasa natifnya, atau proses seseorang kanak-kanak ataupun dewasa menjadi penutur bahasa kedua. Mangantar Simunjuntak (1987), berpendapat bahawa pemerolehan bahasa ialah proses yang berlaku di dalam otak seseorang kanak- kanak sewaktu memperoleh bahasa ibundanya. Dalam bidang psikolinguistik, konsep pemerolehan bahasa selalunya dikaitkan dengan pembelajaran bahasa pertama. 2.2 TEORI PEMEROLEHAN BAHASA Terdapat pelbagai pandangan dalam kalangan ahli bahasa tentang pemerolehan bahasa. Oleh sebab pandangan yang berbeza-beza ini, maka wujud pelbagai teori pemerolehan bahasa. Seperti yang telah dinyatakan di dalam bahagian pengenalan, terdapat banyak teori pemerolehan bahasa, namun begitu kita hanya akan meneliti tiga teori pemerolehan bahasa, iaitu teori behaviouris, teori mentalis, dan teori interaksionalis dalam bahagian ini. Kita sudah pun membincangkan bahawa pemerolehan bahasa ialah cara seseorang mempelajari bahasa pertamanya. Sekarang kita akan mengenal teori-teori pemerolehan bahasa yang dikemukakan oleh ahli bahasa pula. Kita bermula dengan mengenal teori behaviouris terlebih dahulu. Teori ini dipelopori oleh B.F. Skinner. Beliau mengemukakan pandangan bahawa pemerolehan bahasa adalah berdasarkan pelaziman operan, iaitu rangsangan yang diasaskan kerana ganjaran atau peneguhan. 2.2.1 Teori Behaviouris (Skinner) Teori Behaviouris adalah berasaskan pemerolehan bahasa pertama oleh kanak- kanak. Teori ini juga dikenali sebagai teori mekanis. Biasanya kanak-kanak belajar bahasa secara tidak formal melalui proses peniruan daripada ahli keluarganya, khususnya daripada ibu bapanya. Oleh hal demikian, ibu bapa menjadi model bahasa bagi anak mereka. Kanak-kanak menguasai bunyi-bunyi
  • 3. 16 TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI dan menyebut perkataan yang telah didengar oleh mereka secara berulang kali sehingga mereka dapat melafazkannya dengan betul. Behaviorisme berpandangan bahawa bahasa merupakan satu tabiat yang diperoleh. Kelihatan teori ini menekankan peri laku, dan individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya. Teori ini tidak mementingkan fungsi mental dan perkara yang dikaji dalam teori ini ialah data, iaitu kalimat-kalimat yang dapat diamati dan diukur. Teori ini berpandangan bahawa bahasa terjadi hasil daripada operasi rangsangan dan gerak balas yang bergantung pada ciri-ciri naluri manusia. Justeru bahasa ialah proses peri laku yang berdasarkan operasi rangsangan dan respons. Golongan behaviouris berpendapat bahawa pemerolehan adalah sesuatu perlakuan yang terjadi melalui ulangan perlakuan itu. Perkara-perkara seperti latihan dan latih tubi amat penting dijalankan dengan kerap untuk membolehkan pemerolehan bahasa berlaku sehingga menjadi amalan kebiasaan. Dengan ini, kemahiran bahasa dapat diperoleh. Oleh hal demikian, murid-murid hendaklah diberi peluang untuk berlatih berulang kali bagi membentuk tabiat dalam diri mereka. Hal ini bermakna bahawa bahasa dikuasai melalui proses pengulangan kerana teori ini beranggapan bahawa penguasaan bahasa merupakan proses mekanis yang tiada kena-mengena dengan fikiran atau daya mental. 2.2.2 Teori Mentalis (Chomsky) Teori mentalis berpendapat bahawa pemerolehan bahasa sebagai proses pemikiran yang melibatkan aktiviti mental. Teori ini yang juga dikenal sebagai teori kognitif menjelaskan bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan melalui proses dalam otak. Oleh itu, menurut teori ini, bahasa ialah aktiviti mental yang merupakan kebolehan semula jadi manusia. N. Chomsky, salah seorang pelopor teori ini berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa (Language Acquisition Device) atau LAD. Alat ini menyebabkan manusia mempunyai kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. Mangantar (1987), juga berpendapat bahawa manusia memang dilahirkan bersama sesuatu yang membolehkannya berbahasa dengan mudah dan cepat. Beliau menyebut hal ini sebagai hipotesis nurani, iaitu sesuatu yang dibawa lahir atau yang berada di dalam manusia. Sebenarnya, hipotesis ini pernah dikemukakan oleh Chomsky.
  • 4. TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, PERTUTURAN DAN 17 KOMUNIKASI Golongan mentalis berpendapat bahawa seseorang kanak-kanak menggunakan keupayaan yang sedia ada pada mereka untuk merumus dan membentuk ayat mengikut sistem bahasa yang mereka peroleh. Golongan ini juga berpendapat bahawa manusia mempunyai kompetens (competence) dan prestasi (performance) bahasa. Kompetens di sini dapat diertikan sebagai rumus-rumus yang ada dalam mental manusia. Manakala prestasi ialah aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan bahasa manusia. Oleh hal demikian, teori ini mengutamakan proses berfikir berbanding dengan perlakuan manusia. 2.2.3 Teori Interaksionalis (Bloom) Teori interaksionalis berkembang pada tahun-tahun 60-an dan 70-an. Terdapat beberapa ahli bahasa mempelopori teori ini, antaranya ialah Bloom, Bowennan, Cromer dan Halliday. Menurut Noor Aina Dani (2007), golongan interaksionalis kelihatan telah berkompromi dengan mengambil jalan tengah antara teori behavourisme dan mentalis. Mereka berpendapat bahawa persekitaran luaran dan faktor bawaan semula jadi memainkan peranan yang sama penting dalam pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak. Kanak-kanak selain menerima latihan bahasa yang pasif daripada ibu bapa mereka, juga dapat memproses bahasa secara aktif kerana memiliki struktur dalaman dalam pemerolehan bahasa. Faktor-faktor seperti persekitaran sosial, pematangan, biologi dan kognitif memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Faktor-faktor ini saling berinteraksi lalu melakukan penyesuaian antara satu sama lain. Terdapat dua pendekatan utama bagi golongan interaksionalis seperti berikut: Pendekatan kognitif Pendekatan sosial Pemahaman kanak-kanak tentang bahasa berakar umbi daripada perkembangan kognitif; dan perkembangan bahasa juga terlahir sebagai akibat persekitaran sosial yang disediakan oleh ibu bapa mereka. Interaksi sosial antara kanak-kanak dan ibu bapa amat penting kerana memberikan pengalaman bahasa bagi kanak- kanak. Halliday (1975), salah seorang tokoh interaksionalis, beranggapan bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa. Beliau berpendapat bahawa kanak-kanak memperoleh bahasa kerana mereka mempunyai keperluan untuk berinteraksi dengan ahli masyarakat dalam persekitaran mereka. Halliday juga berpendapat bahawa
  • 5. 18 TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI proses kognitif penting dalam perkembangan bahasa, khususnya dalam usaha kanak-kanak mentafsirkan makna yang terdapat dalam situasi sosial mereka dan kemudian menggambarkan makna tersebut dalam bentuk bahasa. SEMAK KENDIRI 2.1 (a) Apakah itu teori pemerolehan bahasa? (b) Bandingkan teori pemerolehan bahasa secara mekanis dan mentalis. 2.3 EVOLUSI PERTUTURAN Dalam bahagian ini, kita akan mempelajari evolusi pertuturan, iaitu perkembangan secara beransur-ansur pertuturan atau bahasa dalam kalangan manusia. Sebelum itu, kita perlu mengenali fungsi dan mekanisme otak. Mekanisme otak bermaksud cara otak kita menjalankan fungsi bahasa. Selain itu, kita akan memahami kaitan antara pembentukan bahasa dengan fungsi otak. 2.3.1 Fungsi Otak dan Mekanisme Otak Otak merupakan organ manusia yang amat kompleks sifatnya. Otak menjalankan pelbagai fungsi dan ada cara otak itu berfungsi. Otak memegang peranan penting dalam proses pembelajaran. Walau bagaimanapun, kita hanya dapat memahami sebahagian daripada fungsinya, dan beberapa daripada fungsinya adalah berkaitan dengan bahasa. Sekarang kita akan meneliti bahagian-bahagian organ ini secara terperinci. Otak manusia dapat dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bahagian bawah dan bahagian atas. Bahagian bawah dikenal dengan nama batang otak manakala bahagian atas sebagai serebrum. Batang otak memastikan badan kita sentiasa hidup dengan mengawal pernafasan, degup jantung, dan sebagainya. Serebrum pula merupakan bahagian yang amat penting bagi kehidupan kita kerana bahagian ini menjana bahasa. Selain itu, serebrum juga mengintegrasikan manusia dengan persekitarannya. Serebrum dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu hemisfera kiri dan hemisfera kanan. Lihat Rajah 2.1. Kedua-dua bahagian hemisfera ini dihubungkan oleh tisu yang disebut korpus kalosum.
  • 6. TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, PERTUTURAN DAN 19 KOMUNIKASI Rajah 2.1: Bahagian utama hemisfera Bahagian otak yang penting ialah medula, pons, talamus, korteks, dan korpus kalosum. Medula berperanan dalam hal seperti pernafasan, degup jantung, pemindahan, kordinasi pergerakan, tindak balas di luar kawalan, penghadaman dan emosi. Pons pula dikaitkan dengan refleksi manakala talamus berkaitan dengan pertuturan dan bahasa. Korteks terdiri daripada enam lapisan tisu yang berkedut dan bengkok-bengkok. Korpus kalosum berperanan sebagai penyelaras proses mental bagi kedua-dua hemisfera. Rajah 2.2: Hemisfera Kanan dan Kiri (Disesuaikan daripada, Pengantar Psikolinguistik, hlm. 153) Setiap hemisfera dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu cuping frontal, cuping parietal, cuping temporal, dan cuping oksipital. Lihat Rajah 2.2. Setiap satu hemisfera mempunyai tugas utama. Hemisfera kiri bertugas untuk mengawal bahasa, operasi logik, analitik, dan matematik. Sementara itu, hemisfera kanan bertugas untuk mengawal emosi, mengecam muka, dan mengenal struktur badan. Pematangan fungsi tertentu otak, khususnya fungsi verbal menjadi mantap di hemisfera kiri. Hal ini disebut sebagai lateralisasi.
  • 7. 20 TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI 2.3.2 Bahasa dan Otak Setelah mengenal bahagian-bahagian otak dan beberapa banyak fungsinya, tentu timbul persoalan bagaimanakah bahasa dibentuk dalam otak, dan apakah kaitan antara bahasa dengan otak? Kita telah mempelajari bahawa otak ada pelbagai fungsi dan sebilangan fungsinya adalah berkaitan dengan bahasa. Pertamanya, kita mendapati bahawa otak mengawal proses kognitif yang terlibat dalam hal menghasilkan bahasa atau untuk memahami bahasa. Jalur motor pula terlibat dalam hal artikulasi, iaitu pergerakan otot-otot lidah, bibir dan anak tekak. Seterusnya, kita akan mengenal pasti cara-cara otak membantu kita memperoleh bahasa. Seperti yang dibincangkan pada awal, beberapa daripada bahagian otak terlibat dalam struktur dan fungsi bahasa. Sebenarnya, otak memberikan tugas kepada hemisfera otak, iaitu hemisfera kiri dan kanan. Operasi bahasa, logik dan analisis, serta matematik bertahap tinggi biasanya berlaku di hemisfera kiri. Sementara itu, hemisfera kanan cukup berkesan dalam hal mengenal emosi, mengecam muka, dan mengambil kira struktur perkara secara global tanpa sebarang analisis. Kita menyebut bidang tugas hemisfera kiri dan kanan sebagai lateralisasi. Lateralisasi otak menjelaskan bahawa otak mempunyai tanggungjawab khusus untuk mengembangkan bahasa. Kita memang cukup tertarik dengan lateralisasi bahasa, iaitu bahagian-bahagian otak yang terlibat dalam penggunaan bahasa. Kajian menunjukkan bahawa bahasa berpusat di hemisfera kiri dalam kalangan orang yang menggunakan tangan kanan. Ada kalanya bahasa berpusat di hemisfera kanan bagi orang kidal. Kini terdapat pandangan baharu tentang lateralisasi. Pandangan itu menyatakan bahawa hemisfera kiri memberi tumpuan kepada operasi bahasa yang cepat, manakala yang kanan memberi tumpuan kepada proses pemaknaan yang tinggi. Dalam kebanyakan manusia, kemahiran bahasa kelihatan muncul khususnya di hemisfera kiri. Sebagai contoh, jika seseorang mengalami cedera parah dalam kemalangan di bahagian otaknya, iaitu di hemisfera kiri, orang itu sudah tentu akan mengalami impaknya. Kemungkinan kebolehan berbahasa orang tersebut akan terjejas. Oleh itu, kita dapat merumuskan bahawa beberapa banyak bahagian otak terlibat dalam fungsi bahasa, iaitu dalam hal penerbitan pertuturan dan pemahaman pertuturan. Antaranya ialah hemisfera kiri dan talamus yang memainkan peranan dalam penerbitan bahasa.
  • 8. TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, PERTUTURAN DAN 21 KOMUNIKASI SEMAK KENDIRI 2.2 (a) Otak mempunyai banyak fungsi yang berkaitan dengan bahasa. Bolehkah anda senaraikan fungsi tersebut? (b) Apakah perbezaan peranan antara hemisfera kiri dan hemisfera kanan yang terdapat dalam otak? 2.4 PROSES PENERBITAN BAHASA DALAM PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI Salah satu tujuan psikolinguistik adalah untuk mengetahui cara pertuturan dihasilkan dan difahami dalam konteks komunikasi sehari-hari. Oleh itu, proses kita menerbitkan pertuturan (speech) merupakan salah satu aspek yang dikaji dalam ilmu psikolinguistik. Oleh itu, dalam bahagian ini kita akan meneliti proses penerbitan bahasa dalam pertuturan dan kemudian meneliti cara pertuturan bahasa itu digunakan dalam komunikasi. Sebenarnya, penerbitan pertuturan mengkaji segala proses mental yang berlaku dalam otak ketika seseorang cuba berfikir. Terlebih dahulu, kita perlu memahami konsep penerbitan bahasa (language production). Penerbitan bahasa dapat diertikan sebagai aktiviti atau proses mental yang terlibat dalam hal menghasilkan, memahami lalu memperoleh bahasa oleh kanak-kanak atau orang dewasa. Ketika kita menghasilkan pertuturan atau ketika mendengar dan memahami sesuatu pertuturan, terdapat huraian yang berlaku dalam otak kita. Aktiviti inilah yang dikenal sebagai pemprosesan bahasa. Menurut Levelt (1989), proses penerbitan pertuturan dapat dibahagikan kepada tiga aspek, iaitu konseptualisasi (conceptualisation), formulasi (formulation) dan pelaksanaan (articulation). Semasa konseptualisasi, seseorang penutur membentuk sesuatu niat lalu memilih maklumat yang relevan daripada ingatan atau persekitaran sebagai persediaan untuk membina pertuturan yang dihasratkan. Inilah yang disebut sebagai proses peringkat mesej (message-level processes). Proses formulasi pula melibatkan hal menterjemahkan konsep yang diwakili itu ke dalam bentuk bahasa. Akhirnya, proses pelaksanaan pula melibatkan perancangan fonetik dan artikulasi pertuturan. Sebenarnya, apabila seseorang hendak bertutur, dia harus melibatkan tiga operasi seperti berikut:
  • 9. 22 TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI Operasi semantik dalam proses penerbitan melibatkan pemilihan perkataan yang sesuai dengan idea dan makna yang dihasratkan. Proses memilih kata ini disebut sebagai pengleksikalan (lexicalisation). Operasi sintaksis pula merupakan hal pemilihan pola ayat yang sesuai dan dalam pola ayat inilah semua perkataan yang terpilih itu disusun. Operasi fonologi pula melibatkan tugas menerbitkan idea dalam bentuk bunyi bahasa yang dihasilkan oleh sistem ujaran seperti lidah. Permulaan proses penerbitan ada kaitan dengan proses pemahaman. Oleh sebab proses pemahaman merupakan proses mental, kita perlu membuat persepsi dan kemudian memproses bunyi-bunyi yang didengar atau dituturkan itu. Jadi proses pemahaman melibatkan tiga gerak laku yang berurutan, iaitu menanggapi maklumat deria dan mengenalpastikannya, menentukan makna perkataan, dan memproses perkataan yang telah ditentukan maknanya menurut kaedah semantik yang betul (Zulkifli Hamid, 1994). Kita perlu faham bahawa proses penerbitan bahasa akan terbantut jika berlaku kerosakan kepada otak kita. Umpamanya, afasia merupakan keadaan kekacauan bahasa yang dialami oleh seseorang setelah mengalami kerosakan otak. Keadaan tersebut akan menyebabkannya tidak dapat menerbitkan pertuturan yang baik. SEMAK KENDIRI 2.3 Dengan memahami proses penerbitan bahasa yang betul, bincangkan bagaimana ia dapat memperbaiki proses komunikasi anda?
  • 10. TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, PERTUTURAN DAN 23 KOMUNIKASI Pemerolehan bahasa ialah proses penguasaan bahasa oleh seseorang tanpa disedari atau dipelajari secara formal. Teori behavourisme menegaskan bahawa manusia memperoleh bahasa kerana terdapat rangsangan dan tindak balas. Kemudian manusia menguasai sesuatu bahasa melalui proses pengulangan sehingga terbentuk kebiasaan atau tabiat dalam dirinya. Teori mentalis berpandangan bahawa manusia secara semula jadi mempunyai keupayaan untuk berbahasa. Terdapat LAD dalam otak manusia untuk membina bahasa mereka secara aktif. Teori ini juga berpendapat bahawa ada dua proses dalam penguasaan bahasa, iaitu kecekapan dan prestasi. Teori interaksionalis beranggapan bahawa pemerolehan bahasa melibatkan dua proses, iaitu proses mental dan interaksi bahasa. Terdapat banyak bahagian otak yang terlibat dalam fungsi bahasa. Antara yang penting ialah hemisfera kiri. Penerbitan bahasa merupakan aktiviti mental yang melibatkan hal menghasilkan, memahami dan melaksanakan pertuturan dalam komunikasi. Penerbitan pertuturan dalam otak melibatkan tiga peringkat yang penting, iaitu konseptualisasi, formulasi dan pelaksanaan. Bertutur melibatkan operasi semantik, sintaksis dan fonologi. Pengleksikalan ialah proses memilih kata semasa kita hendak berkomunikasi dengan orang lain.
  • 11. 24 TOPIK 2 PROSES DALAMAN PENERBITAN BAHASA, PERTUTURAN DAN KOMUNIKASI Hipotesis Nurani Penerbitan Pertuturan Kecekapan Pertuturan Konseptualisasi Prestasi LAD (Peranti Pemerolehan Bahasa) Proses Mekanis Lateralisasi Teori Behavourisme Pelaziman Operan Teori Fungsional Pemerolehan Bahasa Teori Mentalis Pemprosesan Bahasa Teori Pemerolehan Bahasa Aitchson, J. (2000). The articulate mammal. An introduction to psycholinguistics. Routledge: London and New York. Abdul Rahman Ab Rashid, et al. (1997) Pengajian Melayu I. Longman Sdn. Bhd.: Petaling Jaya (Bab 6: Psikolinguistik). Kamarudin Hj Husin. (1988). Pedagogi bahasa. Longman: Petaling Jaya (Bab 3 & 4). Mangantar Simanjuntak. (1987). Pengantar psikolinguistik moden. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Bab 1-5, dan Bab 9). Noor Aina Dani. (2007). Pengantar psikolinguistik. Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya (Bab 4: Bahasa, Otak dan Pemikiran, hlm 149-194). Steinberg. D. D. (1993). An Introduction to psycholinguistics. Longman: New York, London.

×