• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Pemahaman Bahasa Melayu
 

Pemahaman Bahasa Melayu

on

  • 4,977 views

 

Statistics

Views

Total Views
4,977
Views on SlideShare
4,976
Embed Views
1

Actions

Likes
2
Downloads
258
Comments
1

1 Embed 1

http://www.slideshare.net 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1 previous next

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • terbaikk
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Pemahaman Bahasa Melayu Pemahaman Bahasa Melayu Document Transcript

    • Nama : _____________________________________ Tarikh : ______________ 011011BahasaMelayuMLB 2009Set 350 minit JABATAN PELAJARAN PERAK KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA _____________________________________________ MODUL “LATIH BIMBING” UPSR 2009 011 – BAHASA MELAYU Lima puluh minit JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.2. Jawab semua soalan.3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan.4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian hitamkan jawapan yang baru. Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak.011 2009 Hak Cipta Sektor Pengurusan Akademik, JPN PerakHalaman | 1
    • Arahan AmTiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A , B , C dan D. Antaranya, ada satujawapan yang betul. Pilih jawapan kamu, hitamkan ruangan yang mempunyai huruf yang samadengan jawapan yang telah kamu pilih.Soalan 1- 22Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.1. Farid baru pulang ___________ Pulau Pangkor. A di B ke C dari D daripada2. Burung-burung pulang ke sarang __________ waktu senja. A kepada B pada C dari D keSoalan 3 berdasarkan Gambar 13. Gambar 1 Guru besar menyampaikan hadiah __________ Johan Pertandingan Pidato. A daripada B kepada C dari D keHalaman | 2
    • 4. Bakul sampah itu dibuat __________ rotan. A di B ke C dari D daripada5. Peserta ______________ rumah Merah telah menjadi johan bagi acara larian 1 00 meter. A ke B dari C pada D daripada6. Kad-kad ucapan yang diterima oleh kakak digantung __________ ranting pokok. A di B ke C dari D pada7. Yusri telah berjaya __________ pingat emas dalam acara larian 1 dan 200 meter. 00 A menggondol B mencapai C mencipta D membawa8. Abang Zaki bijak __________ jadual hariannya untuk mengulangkaji pelajaran. A mengisi B menulis C mengurus D menyusunHalaman | 3
    • Soalan 9 berdasarkan Gambar9. Gambar 2 Gurmit Singh __________ gambar pemandangan di tepi tingkap biliknya. A menconteng B mengecat C mencoret D melukis10. Kak Fatin __________ oleh rakan-rakannya kerana cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum. A disanjung B dikagumi C diangkat D disokong1. 1 Penduduk Kampung Sentosa __________ membina rumah Mak Kiah yang hidup sebatang kara. A bergotong-royong B tergopoh-gapah C bertolak-ansur D berdolak-dalikHalaman | 4
    • Soalan 1 berdasarkan Gambar 3 212. Gambar 3 Murid-murid Tahun Enam Ceria bekerjasama __________ kawasan rumah orang- orang tua. A menebas B memotong C membasuh D membersihkanSoalan 1 berdasarkan Gambar 4 313. Gambar 4 Kak Milah berasa __________ kerana berjaya membuat sebiji kek coklat yang sedap. A puas hati B suka ria C penat lelah D lepas tanganHalaman | 5
    • 14. Rosli disayangi oleh jiran-jirannya kerana dia seorang yang _________. A ambil berat B ringan tulang C lipas kudung D berat tulang15. “________ berasa amat sukacita melihat kemakmuran negara kita,” titah raja itu. A Tuanku B Hamba C Patik D Beta16. Puan Sharifah terpaksa __________ untuk menyelesaikan masalah jiran-jirannya. A angkat kaki B buah fikiran C ringan tulang D campur tangan17. Ayah __________ makan sekeping roti dan secawan kopi sebagai alas perut. A juga B hanya C sahaja D Memang18. “Mengapakah kamu belum tidur __________?” tanya emak kepada adik. A pun B jua C lagi D sahaja19. Dewi menang dalam __________ acara olahraga yang disertainya. A kedua B dua-dua C kedua-dua D kedua-keduaHalaman | 6
    • 20. Persahabatan mereka sangat akrab bagaikan isi dengan kuku. Perkataan seerti bagi akrab ialah A erat B kukuh C kerap D baik21 . Penghuni rumah anak-anak yatim itu berasa gembira kerana mendapat layanan yang baik. Perkataan berlawan bagi baik ialah A elok B teruk C buruk D hodoh22. Pasukan pengakap akan __________ Gunung Kinabalu pada bulan hadapan. A meniti B menaiki C mendaki D mendongakSoalan 23 - 24Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.23. I Murid-murid hendaklah menyemak jawapan yang diberi di dalam jadual ini. II Cikgu Zeti sedang menyemak buku latihan murid-muridnya di bilik guru. III Emak menyemak dengan teliti karangan yang ditulis oleh kakak. IV Abang menyabit rumput yang menyemak di belakang rumah. A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II dan IV sahaja D I, II dan III sahajaHalaman | 7
    • 24. I Kak Mila pandai menyulam kain songket. II Puan Anita sedang menyulam alas meja makannya. III Dia pandai menyulam ceritanya dengan lawak jenaka. IV Pak Yazid yang buta itu pandai menyulam bakul dan tikar. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I, II dan IV sahaja25. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah. Apakah tugas kaum wanita dalam aktiviti gotong-royong itu? A Kaum wanita hanya menjadi pemerhati. B Kaum wanita tidak dibenarkan hadir bersama. C Kaum wanita hanya berbual-bual antara satu sama lain. D Kaum wanita membantu menyediakan makanan dan minuman.26. Pilih ay at tany a yang sesuai bagi ayat di bawah. Mereka bergotong-royong mencantikkan balai raya pada hari Ahad yang lalu. A Bilakah mereka bergotong-royong mencantikkan balai raya? B Siapakah yang bergotong-royong mencantikkan balai raya? C Mengapakan mereka bergotong-royong mencantikkan balai raya? D Bagaimanakah mereka bergotong-royong mencantikkan balai raya?Soalan 27 dan 28Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.27. Penduduk Kampung Sentosa bersatu padu untuk menjaga keselamatan kampung mereka. A Kampung mereka selamat kerana bersatu padu penduduk Kampung Sentosa. B Keselamatan Kampung Sentosa terjamin kerana penduduknya bersatu padu. C Bersatu padu menjaga keselamatan kampung penduduk Kampung Sentosa. D Keselamatan Kampung Sentosa dijaga oleh penduduknya yang bersatu padu.Halaman | 8
    • 28. Mak Kiah sedang menjahit baju kurung di ruang tamu rumahnya. A Baju kurung sedang Mak Kiah jahit di ruang tamu rumahnya. B Baju kurung di ruang tamu rumahnya sedang dijahit oleh Mak Kiah. C Baju kurung sedang dijahit oleh Mak Kiah di ruang tamu rumahnya. D Baju kurung Mak Kiah sedang dijahit olehnya di ruang tamu rumahnya.Soalan 29 – 30Pilih ay at yang betul.28. A Cuaca di hari ini sungguh panas. B Tolong jangan bersandar pada dinding itu. C Abang Ngah baru pulang daripada Kota Kinabalu. D Semua pemenang akan menerima hadiah dari guru besar.30. I Jam loceng itu berbunyi pada pukul enam. II Selendang merah itu akan dihadiahkan ke ibu. III Beg tangan itu diperbuat daripada kulit. IV Kunci almari ini ada pada emak atau ayah? A I dan II sahaja B I dan III sahaja C I dan IV sahaja D I, III dan IV sahajaSoalan 31- 35Baca dan fahami dialog di bawah ini. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.Pemberita Assalamualaikum, pak cik. Saya Azlan, pemberita akhbar Suria Pagi. Bolehkah saya ingin tahu tentang kebakaran yang berlaku pagi tadi?Pak Saleh Waalaikumussalam. Boleh, jemputlah masuk. Apakah yang encik ingin tahu?Pemberita Bilakah kejadian kebakaran ini disedari oleh penduduk kampung?Pak Saleh Lebih kurang pada pukul 2.30 pagi. Ketika itu, semua penghuni sedang tidur nyenyak Pak cik tersedar apabila terdengar suara Amir, jiran pak cik menjerit Api!, ‘Api!, ‘Api!”Pemberita Apakah punca kebakaran ini, pak cik?Halaman | 9
    • Pak Saleh Yang pak cik tahu, kebakaran itu berpunca daripada api pelita.Malam tadi kampung kami bergelap kerana bekalan elektrik terputus.Kira-kira pada pukul 12.30 tengah malam, barulah bekalan elektrik pulih. Menurut tuan rumah tersebut, anaknya tertidur tanpa memadam api lilin yang dipasang itu.Pemberita Bagaimanakah keadaan tuan rumah itu, pak cik?Pak Saleh Dia tidak mengalami kecederaan yang teruk. Hanya badan anaknya sahaja yang melecur kerana api telah membakar kertas dan menyambar baju tidurnya.Pemberita Bagaimanakah dengan harta benda tuan rumah itu?Pak Saleh Harta benda tuan rumah itu tidak dapat diselamatkan kerana api merebak terlalu cepat. Tambahan pula rumah di sini semuanya rumah papan. Dalam masa beberapa minit sahaja seluruh rumah itu hangus dijilat api.Pemberita Terima kasih, pak cik kerana sudi ditemu bual.Pak Saleh Sama-sama31 . Siapakah Pak Saleh? A Kawan pemberita. B Mangsa kebakaran. C Jiran mangsa kebakaran. D Bapa mangsa kebakaran.32. Mengapakah temu ramah itu diadakan? A Memperoleh maklumat tentang mangsa kebakaran. B Mendapatkan maklumat tentang kebakaran yang berlaku. C Mendapatkan maklumat tentang kawasan kebakaran. D Mendapatkan maklumat tentang punca kebakaran.33. Apakah yang menyebabkan kebakaran itu berlaku? A Puntung rokok. B Litar pintas. C Api pelita. D Api lilin.Halaman | 10
    • 34. Bilakah bekalan elektrik di kampung itu pulih? A Tepat pukul 1 2.30 tengah malam. B Selepas pukul 1 2.30 tengah malam. C Sebelum pukul 1 2.30 tengah malam. D Lebih kurang pukul 1 2.30 tengah malam.35. Pada pendapat kamu, apakah faktor yang menyebabkan api merebak dengan cepat? A Angin bertiup dengan kencang. B Rumah di situ rumah papan. C Pihak bomba lambat tiba. D Bekalan air terputus.Soalan 36 - 40Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Seramai tiga puluh orang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Kebangsaan Setiatelah melawat ke Rumah Orang-Orang Tua di Ipoh, Perak pada 9 Ogos 2008 yang lalu. Lawatan yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga ke pukul 5.00 petang itubertujuan mendedahkan kehidupan para penghuni rumah orang-orang tua tersebut, di sampingaktiviti harian yang dilakukan oleh mereka. Aktiviti suai kenal merupakan aktiviti yang pertama diadakan pada hari itu antara parapeserta lawatan dengan para penghuni. Selepas makan tengah hari, aktiviti bergotong royongdiadakan. Para peserta dan penghuni rumah orang-orang tua itu bekerjasama sepanjangaktiviti tersebut diadakan. Pengetua Rumah Orang-orang Tua Pengasih, iaitu Encik Badri berasa besar hatidengan lawatan itu. Hal ini menunjukkan bahawa masyarakat masih mengambil berat kepadapara penghuni. Sebelum pulang, para peserta lawatan menyumbangkan barang-barang seperti hampermakanan, pakaian, kasut, dan sebagainya kepada para penghuni. Kami berasa gembirakerana lawatan tersebut telah berjaya mencapai objektifnya dan bersyukur kerana mempunyaikeluarga yang penyayang.Disediakan oleh, 22 OGOS 2008SuriatiHalaman | 11
    • (SURIATI BINTI KHALID)36. Siapakah Suriati binti Khalid? A Guru penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah. B Pengetua Rumah Orang-orang Tua Pengasih. C Setiausaha Persatuan Bulan Sabit Merah D Penganjur lawatan itu.37. Apakah tujuan utama lawatan itu diadakan? A Mengadakan gotong royong membersihkan rumah orang-orang tua. B Melihat suasana kehidupan para penghuni dan aktiviti mereka. C Mempelajari pengurusan rumah orang-orang tua itu. D Memperbanyak aktiviti dengan orang-orang tua.38. Mengapakah aktiviti suai kenal diadakan? A Memudahkan aktiviti bergotong royong. B Melancarkan aktiviti sepanjang lawatan itu. C Membezakan antara peserta dan penghuni. D Memesrakan para penghuni dengan peserta.39. Para peserta menyumbangkan barang-barang tersebut kerana ____________ A hendak dijadikan kenang-kenangan. B hendak menggembirakan para penghuni. C barang-barang itu sudah rosak dan tidak digunakan lagi. D barang-barang itu tidak digunakan lagi tetapi masih elok.40. Apakah faedah yang diperoleh peserta daripada lawatan itu? A Melahirkan masyarakat penyayang. B Menghargai dan mengasihi orang-orang tua. C Menerima pujian daripada Pengetua rumah orang-orang tua itu. D Diingati oleh para penghuni rumah orang-orang tua tersebut. KERTAS SOALAN TAMATHalaman | 12