Kepelbagaian bentuk bahasa

17,952
-1

Published on

0 Comments
4 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total Views
17,952
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
428
Comments
0
Likes
4
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kepelbagaian bentuk bahasa

  1. 1. Topik 6 Kepelbagaian Bentuk Bahasa HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengenal pasti bentuk-bentuk bahasa; 2. Mengenal pasti ciri-ciri bentuk bahasa; dan 3. Menerangkan tentang kepentingan mempelajari bahasa baku, bahasa rasmi dan Bahasa Kebangsaan. PENGENALANMalaysia mempunyai pelbagai bangsa yang menuturkan pelbagai bahasa ibundamasing-masing. Namun begitu, bahasa rasmi dan bahasa pengantar yangdigunakan ialah bahasa Melayu umum. Semua kaum di Malaysia harusmenggunakan bahasa Melayu baku sebagai bahasa pengantar utama di semuamajlis rasmi. Walaupun begitu, terdapat pelbagai bentuk bahasa yang digunakanoleh masyarakat di Malaysia bagi tujuan tertentu dan mengikut situasi ataupuntempat. Hal ini menyebabkan pelbagai bentuk bahasa terhasil ekoran daripadafaktor tersebut. Umumnya, terdapat pelbagai bentuk bahasa. Yang wujudantaranya ialah bahasa tulisan, bahasa lisan, bahasa isyarat dan sebagainya.Kesemua bentuk bahasa ini mempunyai perbezaannya yang tersendiri danhanya digunakan di sesetengah tempat dan mengikut masa sahaja.Dalam topik ini, pelajar akan didedahkan kepada bentuk-bentuk bahasa yangterdapat di dalam bahasa di dalam bahasa Melayu. Selain mengetahui Melayu.Dengan pendedahan ini, diharapkan pelajar akan dapat mengetahui tentangbentuk-bentuk bahasa yang terdapat bentuk-bentuk bahasa tersebut, apa yanglebih penting ialah pelajar dapat menggunakan bentuk-bentuk bahasa tersebutdengan tepat, bersesuaian dengan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
  2. 2. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 141 SEMAK KENDIRI 6.1 Apakah yang anda faham dengan bentuk-bentuk bahasa? Adakah anda fikir bentuk-bentuk bahasa ini dapat memberi maklumat yang penting bagi tujuan komunikasi dan penulisan? 6.1 BENTUK-BENTUK BAHASA ISOGLOSIstilah isoglos pertama kali digunakan oleh Bielenstein, seorang ahli dialektologidari Latvia, dalam tahun 1892. Istilah baru ini dicipta berdasarkan istilah kajicuaca isoterm, iaitu garisan yang menyambungkan kawasan-kawasan yangmempunyai suhu purata yang sama. Isoglos bermakna Âsama bahasaÊ (iso+glos).Andainya istilah ini bertujuan menunjukkan sesuatu garis yang ditulismerentangi satu-satu kawasan, ia akan menunjukkan kedua-dua kawasan di kirikanan garisan itu mengandungi beberapa aspek pemakaian bahasa yang sama,tetapi kedua-dua bahasa tersebut tidak serupa antara satu sama lain.Kamus Linguistik mendefinisikan isoglos sebagai garis yang dilakar di sekelilingsatu kawasan yang mempunyai ciri sebutan, tatabahasa, atau kosa kata tertentuyang serupa. Isoglos boleh digunakan untuk menentukan sempadan dialek.Seterusnya, Kamus Dewan mendefinisikan isoglos sebagai garisan yang dilukispada peta untuk melingkungi kawasan yang mempunyai ciri linguistik yangsama. Berdasarkan definisi tersebut, kita dapat simpulkan isoglos sebagai satugaris sempadan sesuatu kawasan yang menuturkan bahasa tertentu atau dialektertentu.Keluasan isoglos atau sempadan wilayah bahasa atau dialek ini ditentukan olehfaktor perpindahan. Sesuatu bahasa itu mempunyai kawasan pertuturannyayang sama dengan kawasan penghunian penuturnya. Kawasan ini boleh meluasatau menyempit mengikut penyebaran bangsanya. Jika bangsa berkenaanmenyebar dan merentas kawasan yang luas, maka luaslah kawasan penyebaranbahasa berkenaan. Sebaliknya, jika bangsa pendukungnya itu lebih suka dibatasioleh garis wilayahnya yang kecil, maka kecillah kawasan bahasanya. Penyebaranbahasa yang berlaku bersama-sama dengan penyebaran penutur-penuturnyadinamakan penyebaran secara migrasi atau perpindahan.Dari segi sejarah bangsa-bangsa di dunia, kita lihat bahawa bangsa yang sukamengembara, baik sebagai penjajah mahu pun sebagai seorang yang sengajaberpindah ke tempat lain disebabkan oleh sesuatu kejadian di tempat asalnya itu,juga bertanggungjawab meluaskan kawasan geografi bahasanya. Di sampingdisebarkan oleh penjajah, bahasa boleh dibawa bersama oleh penuturnya yang
  3. 3. 142 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASAkerap berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Sebab-sebab bagi perpindahantiada batasnya. Manusia mungkin berpindah kerana ingin lari dari keadaan yangtidak mengizinkan dia tinggal dengan selesa di tempat kediaman asalnya.Sesuatu malapetaka alam seperti banjir, letusan gunung berapi, gempa bumi,kemarau panjang dan ribut taufan yang memusnahkan boleh menyebabkanmanusia mencari tempat lain untuk diri dan keluarganya. Ketandusan tanah dankemiskinan juga boleh menyebabkan dia berlari.6.2 GEOGRAFI DIALEKMenurut Kamus Dewan Bahasa Edisi Baru, dialek merupakan satu bentukbahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau oleh sesuatu kelas sosialberbeza daripada bahasa ÂstandardÊ, loghat, pelat daerah (negeri dan lain-lain);seperti Kelantan dan Kedah. Manakala, geografi pula merujuk kepada sainstentang fitur-fitur semula jadi permukaan bumi, termasuk topografi, iklim,tanah, tumbuh-tumbuhan dan gerak balas manusia terhadapnya dan ilmu alam.Daripada penyataan tersebut, ia menunjukkan bahawa dialek geografimerupakan satu bahasa yang digunakan di setiap daerah yang mempunyaikelainan dari sudut bentuk bahasa, sebutan, intonasi, kosa kata dan fonemberdasarkan ruang geografi yang terdapat di sekitarnya. Keadaan ini berlakuakibat daripada pengaruh geografi kawasan tersebut, contohnya dialek Pahangyang dipengaruhi oleh pergerakan arus sungai. Contohnya, semakin menghulusungai arus Sungai Pahang, akan menjadi lebih deras dan ini menjadikan dialekyang digunakan menjadi semakin laju dan semakin kasar.Dialek geografi merupakan sejenis kelainan bahasa yang ditentukan berdasarkanruang geografi tempat menetapnya penutur kelainan berkenaan. Konsep ruanggeografi dikenali sebagai ruang geografi linguistik. Ruang geografi linguistikialah kawasan tempat satu jenis kelainan bahasa yang sama dituturkan.Sempadan kawasan geografi linguistik ditandai satu garisan khayalan yangdisebut isoglos (Noriah Mohamed 1998). Garisan isoglos bukan garisan yangmenandakan berakhirnya penggunaan suatu dialek geografi, tetapi garis inilebih merupakan satu kawasan peralihan dialek. Pada garis isoglos, dialek didalam satu kawasan bercampur dengan dialek di dalam kawasan-kawasan yangberhampiran. Dalam kata lain, pada garis isoglos mungkin berlaku percampuranbeberapa dialek sehingga membentuk apa yang dikatakan jaringan isoglos.Penentuan ruang geografi dialek Melayu di Malaysia nampaknya mengikutruang geografi politik atau sempadan negeri. Misalnya, nama dialek Melayusejajar dengan nama negeri tempat dialek tersebut dituturkan. Berdasarkan halini, wujud dialek Kelantan, dialek Terengganu, dialek Perak dan seterusnyauntuk menunjukkan kepada dialek-dialek di Malaysia. Berdasarkan konsepruang geografi linguistik, dialek Melayu yang khusus sebenarnya menepati
  4. 4. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 143ruang yang lebih atau kurang daripada ruang geografi politik. Misalnya, apayang disebut kawasan pertuturan dialek Kedah menyebar sehingga ke utaraPerak, yakni Taiping.6.2.1 Dialek Geografi dalam Variasi BahasaVariasi didefinisikan sebagai kepelbagaian bahasa yang ditentukan oleh faktorteknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Di dalam variasi bahasa,dialek geografi atau boleh juga disebut sebagai dialek kawasan dikenali sebagaivariasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Iadikaitkan dengan rumpun bahasa Austronesia, cabang Nusantara. CabangNusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan sepertiFilipina, Sumatera, Jawa, Kalimantan dan sebagainya. Bahasa Melayu termasukdalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahasa Batak, Acheh,Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut. Umumnya, bahasa Melayumerangkumi bahasa Malaysia di Malaysia, bahasa Indonesia di Indonesia,bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, iamerupakan dialek bagi bahasa Melayu. Dalam bahasa Melayu, terdapatperhubungan di antara dialek geografi, ideolek dan dialek sosial. Rajah 6.1seterusnya akan menunjukkan perkaitan dalam variasi bahasa.
  5. 5. 144 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA Rajah 6.1: Perkaitan dalam Variasi Bahasa [Sumber: Portal Pendidikan Utusan, http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htm]Kita dapat lihat penerangan daripada Rajah 6.1 tersebut, bahawa dialek geografiatau juga dikenali sebagai dialek kawasan terdapat dalam susur galur variasibahasa. Dalam bahasa Melayu, dialek adalah cabang daripada variasi bahasaselain daripada ideolek dan dialek sosial. Rajah itu juga menunjukkan bahawaperkaitan rapat dialek dengan pengguna, selagi ada pengguna untukmenggunakan sesuatu dialek, dialek itu tidak akan pudar. Namun demikian,tidak semua orang menutur dialek yang sama, di mana ia menunjukkan bahawadialek hanya ditutur oleh sesetengah individu mengikut sempadan geografinyaatau dengan kata yang lebih tepat lagi dikenali sebagai isoglos. Contohnya,
  6. 6. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 145dialek Utara yang terdiri dari kawasan geografi atau isoglos yang terdiri darinegeri Kedah, Utara Perak, Pulau Pinang dan Perlis serta ada yang diamalkan diSempadan Thailand yang berhampiran dengan Perlis dan Kedah.Daripada Rajah 6.1 juga, kita dapat melihat terdapat perbezaan di antara dialekkawasan dengan dialek sosial, walaupun berada dalam golongan yang samaiaitu golongan variasi bahasa. Kita dapat lihat dialek kawasan mempunyaipengguna yang tetap dan digunakan sentiasa dalam perbualan seharian.Manakala dialek sosial mempunyai penggunaan dalam pembahagian jenisbahasa yang digunakan dalam keadaan tertentu sahaja, seperti bahasa istanadigunakan oleh orang-orang istana sahaja, sewaktu berada di dalam istanaseperti perkataan ÂbetaÊ untuk kata ganti nama pertama untuk sultan atau raja.Dalam kata lain, dialek sosial hanya mempunyai penggunaan yang tertentusahaja dan dalam keadaan tertentu sahaja. Malah, dialek sosial juga terdapatdalam penggunaan formal dan tidak formal, contohnya bahasa baku digunakandalam mesyuarat dan urusan rasmi sahaja manakala bahasa slanga hanyadigunakan oleh remaja dan golongan yang mempunyai penguasaan bahasa yanglemah sahaja. Keadaan ini berlainan dengan dialek geografi. Dialek geografihanya merupakan bahasa tidak formal dan digunakan oleh penduduk dalamgarisan isoglos tertentu sahaja dan hanya digunakan dalam perbualan hariansahaja. SEMAK KENDIRI 6.2 (a) Dengan contoh yang sesuai, nyatakan ciri-ciri yang terdapat pada isoglos. (b) Nyatakan jenis-jenis dialek di Malaysia. 6.3 BAHASA PIDGINPidgin adalah bahasa yang berkembang sebagai alat komunikasi antara duakelompok masyarakat yang tidak mempunyai bahasa yang khusus untukdituturkan dalam kelompok masyarakat tersebut. Bahasa ini merupakanpenyederhanaan dari dua bahasa atau lebih. Bahasa pidgin tidak mempunyaipenutur asli atau (native speaker) serta terbentuk secara alami di dalam suatukontak sosial yang terjadi antara sejumlah penutur yang masing-masingmemiliki bahasa ibunda tersendiri. Bahasa pidgin cenderung dicampuradukkandari aspek kosa kata, bunyi, dan bentuk-bentuk gramatikal dari kedua-duabahasa. Bahasa pidgin terbentuk semasa pengguna suatu bahasa terlibat dalamsuatu perdagangan dengan pengguna bahasa lain. Penggunaan bahasa pidginjuga boleh terbentuk dalam aktiviti pertanian yang turut terdapat pengguna
  7. 7. 146 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASAbahasa lain atau orang asing (bukan pemakai bahasa setempat) dan tidak satupun dari kedua pemakai bahasa (pekerja dan pengawas) memahami bahasamasing-masing. Sebagai contoh, Malaysia pada suatu ketika dahulu pernahmenjadi tanah jajahan Portugis dan fungsi bahasa pidgin ini dapat dilihat dalamkonteks hubungan sosial antara penutur bahasa yang terdiri daripadamasyarakat tempatan dan penutur bahasa asing yang terdiri daripada orang-orang Portugis (pidgin.com).Dalam aktiviti pertanian, pidgin dilihat berfungsi untuk memudahkan parapetani tempatan dan orang asing untuk berkomunikasi antara satu sama lain,kerana petani-petani dan orang asing itu tidak mempunyai satu bahasa yangkhusus untuk membolehkan mereka berkomunikasi. Bahasa pidgin juga telahdigunakan di pusat-pusat pelabuhan di mana terdapat pelbagai jenis bangsayang bertutur dalam bahasa asing yang berbeza. Oleh itu, fungsi bahasa pidginini dilihat sebagai pemudah cara para pedagang untuk menjalankan aktivitiperdagangan mereka. Walau bagaimanapun, bahasa pidgin terbentuk sebagaibahasa campuran dan hanya digunakan sebagai alat komunikasi di antaramereka yang bertutur dalam bahasa yang berlainan sahaja dan tidak bersifatstandard , autonomi, historis, dan vitalis. Contoh bahasa pidgin English di PapuaNew Guinea ialah seperti berikut: „Bipo tru igat wanpela liklik meri nau nem bilong em Liklik Retpela Hat.‰ (ÂA long time ago, there was a little girl named Little Red Riding HoodÊ). Pidgin-magazine.net6.3.1 Definisi Bahasa PidginKemunculan pidgin, terutamanya pada masa lampau, selalu dikaitkan dengantujuan atau keinginan berkomunikasi antara para pedagang, hamba abdi semasadalam aktiviti pelayaran mahupun semasa bekerja di ladang-ladang dan semasapenjajahan atau penerokaan kawasan-kawasan baru, antara kumpulan asingdengan masyarakat tempatan, yang tidak mempunyai bahasa perantaraan yangdituturkan serta difahami bersama, tetapi terpaksa atau mahu berkomunikasiantara satu sama lain. Terdapat pelbagai takrif yang dijelaskan mengenai bahasapidgin ini, namun begitu rata-ratanya bersifat negatif. Antaranya pidgindikatakan bahasa pinggiran yang diwujudkan untuk menjalankan beberapafungsi yang amat terhad bilangannya, misalnya untuk bertukar pandangan ataupendapat yang remeh sifatnya semasa berinteraksi dalam aktiviti jual-beli yangbersifat kecil dan kurang penting. Selain itu, pidgin juga dianggap sebagaibahasa rekaan atau (artificial language), bahasa kacukan atau campuran iaitu(mixed language), bahasa abdi (slave jargon ), bahasa perdagangan (tradelanguage), serta bahasa gampang (bastard language). Hal ini berlaku kerana,
  8. 8. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 147sifat kacukannya yang kadangkala melibatkan banyak bahasa dan sukarditentukan bahasa-bahasa yang membinanya secara dominan.Pidgin juga sering kali dianggap sebagai bahasa ragam khas (targot), sepertiragam yang digunakan oleh kumpulan penjahat, antaranya penjenayah,perompak dan sebagainya. Takrif-takrif sedemikian telah membentukpandangan stereotaip tentang pidgin, antaranya sebagai bahasa yang tidak tulen,yakni bercampur sifatnya, bahasa yang berstatus rendah, versi jelik bahasa laindan bahasa yang tidak penting. Akibat keadaan sosial yang mana tiada bahasaperantaraan yang sama dalam kalangan pihak-pihak yang terpaksa atau mahuberkomunikasi itu, sebahagian besar kosa kata sesuatu pidgin diambil daripadasatu bahasa dan selalunya adalah dalam kumpulan bahasa yang lebih dominandalam konteks pertembungan itu, manakala nahunya pula diambil daripadabahasa lain yang kurang dominan. Walaupun pidgin hanya muncul apabilawujudnya keperluan perhubungan yang sering kali bersifat spontan, namunpidgin adalah bahasa tulen dan berstatus penuh yakni bukanlah bahasa yangdireka-reka. Walaupun sifatnya yang bercampur-campur, struktur pidgindaripada pelbagai aspek tetap memperlihatkan pidgin sebagai satu sistemlinguistik yang kompleks dan tersusun dalam perspektif fonologi, morfologiserta sintaksisnya memperlihatkan wujudnya pola-pola yang sistematik. Dengankata lain, sistem linguistik pada sesuatu pidgin itu sama kompleksnya dengansistem bahasa-bahasa yang natural, iaitu tulen yang tidak bersifat campuran.Sehubungan dengan keadaan sosial, kelahiran pidgin tidak menjadi bahasaibunda atau natif kepada mana-mana kumpulan iaitu pidgin tidak merupakanbahasa yang pertama sekali diajarkan atau dipelajari oleh seseorang. Di dalambeberapa kes pidgin atau pidgia, ia dipelajari kanak-kanak sebagai bahasaibunda atau natif kepada sesuatu kumpulan itu dan dipanggil kreol(pidgin.com).6.3.2 Kriteria Bahasa Pidgin/PidgiaBahasa pidgin selalunya diklasifikasikan sebagai satu daripada dua atau lebihbahasa yang membentuknya. Selalunya bahasa yang membekalkan kosa katakepada bahasa pidgin itu dianggap menjadi dasar kepada pidgin berkenaan.Berikut adalah beberapa kriteria bahasa pidgin yang digolongkan berdasarkankriteria-kriteria tertentu; Americo - iaitu yang dituturkan di sepanjang pantai Liberia, di barat Afrika, dan Sranan yang digunakan di kawasan pantai Suriname, di timur laut Amerika Selatan merupakan bahasa pidgin yang dasarnya bahasa Inggeris. Rodrigues Creole - yang dituturkan di Pulau Rodrigues, dekat Mauritius dan Reunionals yang dituturkan di Pulau Reunion di sebelah timur Madagaskar dianggap sebagai bahasa pidgin yag berasal daipada bahasa Perancis.
  9. 9. 148 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA Chibaacano - yang digunakan di Zamboanga, Filipina dan Pidgin Spanish yang dituturkan di barat Venuzuela merupakan bahasa Pidgin yang berasaskan Sepanyol. Tekrur - yang digunakan di timur Tasik Chad, bahagian tengah atas Afrika dan Galgaliya di timur laut Nigeria adalah bahasa pidgin yang mempunyai bahasa Arab sebagai asasnya. Bahasa Goa - di India dan nikari karu Pidgin yang dituturkan di Guyana, terutamanya dekat dengan sempadan Brazil adalah bahasa pidgin yang dianggap sebagai bahasa yang mempunyai bahasa Portugis.6.3.3 Kosa Kata Bahasa Pidgin/PidgiaKosa kata bahasa pidgin itu dikatakan mempunyai bilangan yang amat kecilatau terhad. Hal ini disebabkan antara oleh ketidakmampuan para penuturnyamenggunakan jumlah perkataan yang lebih besar ekoran daripada kajian merekatentang bahasa dasar kepada pidgin berkenaan. Walau bagaimanapun,ketidakmampuan ini diatasi dengan kepintaran serta kekreatifan merekamembentuk perkataan-perkataan baharu untuk mengungkapkan, sama ada hal-hal remeh ataupun abstrak daripada jumlah perkataan yang terhad itu.Bahasa Melayu Pidgin yang lebih dikenali dengan nama Bahasa Melayu pasaryang tidak mengandungi kosa kata yang membawa maksud jantina seseorangseperti „dewi-dewa‰, „ seniman-seniwati „, dan „haji-hajah‰. Selain itu, bahasaPidgin juga tidak mengandungi kata ekamorfis, iaitu perkataan-perkataan yangmengungkap satu konsep yang sama atau hampir seakan-akan sama di bawahsesuatu kategori, misalnya „cantik‰, „molek‰, „comel‰, „lawa‰, „indah‰, „elok „dan „kacak‰. Hal ini bergantung kepada kekreatifan para penutur. Perhatikanungkapan „saya punya anak cikgu, pompuan puan haji‰ (Guru anak saya soranghajah). Perkataan „cantik‰: digeneralisasikan untuk mengungkapkan segalabentuk keindahan: „dia punya anak jantan, manyak cantik punya‰ (Anaklelakinya sungguh kacak sekali). Untuk mengatasi kekurangan kosa kata itu,para penutur sesuatu pidgin biasanya menggunakan „circumlocution‰, iaitu caraberbelit-belit untuk menyatakan sesuatu. Perhatikan ungkapan „yu mi go‰ didalam Tok Pisin yang bererti „we go‰ (kata/kami pergi). Perkataan „we‰(kita/kami) dalam bahasa pidgin itu dibentuk daripada perkataan-perkataan„you‰ dan „me‰. Sejauh manakah pembentukan kata „yu mi‰ itu satu contohkepintaran serta kekreatifan para penutur pidgin ini (extreme-hawaii.com).Sementara itu, bagi perkataan „grass‰ (rumput) bahasa Inggeris yang dianjakkanmakna untuk mengungkap makna „ janggut‰ melalui ungkapan „grass bilongfes‰ (grass that belongs to the face) dan „rambut‰ yang diungkapkan dalambentuk „gras bilong hed‰ (grass that belong to the head). Dalam sistem kala
  10. 10. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 149bahasa Inggeris yang diungkapkan dalam Cameroon Pidgin English melaluiperkataan-perkataan baharu yang dicipta seperti berikut: I go market She goes to market I di go market She is going to market I bin go market She went to market I dong go market She has gone to market I go go market She will go to marketAdalah didapati bahawa sistem kala bahasa Inggeris itu, iaitu kala semasa kini(present continuous), lepas (past), sempurna kini (present pefect) dan depan(future) diungkapkan secara sistematik melalui perkataan-perkataan baharuyang dicipta „diÊ, „binÊ,‰dong‰, dan „go‰. Konsep kompleks seperti sistem kalabahasa Inggeris dengan pembahagian yang agak rencam itu berjaya diungkapdalam sebuah pidgin, iaitu bahasa atau kelainan bahasa yang rata-rata diberipenilaian rendah (pidgin.org).6.4 BAHASA KREOLKreol bermaksud bahasa yang terbentuk daripada campuran dua bahasa yangberlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dalam komunitiatau daerah tertentu. Malah, kreol juga merupakan variasi bahasa yang dilihatdari segi pemakaiannya (Mansoer Pateda, 1994).Menurut Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim (1984), menyatakan bahawabahasa kreol sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penutur-penuturyang menukarkannya sebagai bahasa pertama. Misalnya, dalam masyarakatyang bahasanya bercampur-aduk iaitu bahasa pidgin digunakan sebagai linguafranca, kanak-kanak mungkin mempelajari bahasa tersebut sebagai bahasapertama, terutama jika ibu bapa mereka biasanya berhubung melalui bahasapidgin. Apabila keadaan ini berlaku, maka bahasa tersebut akan menimbulkankembali semua ciri-ciri bahasa biasa yang sempurna (tidak lagi bersifat pidgin)selepas melalui proses pengkreolan. Selain itu, apabila bahasa kreol digunakanoleh orang dewasa yang menuturkannya sebagai bahasa pertama, bahasatersebut (jika dibandingkan dengan bahasa pidgin) akan mempunyaiperbendaharaan kata yang lebih luas, sintaksis yang lebih banyak dan bentukgaya yang bertambah. Malah, bahasa kreol akan digunakan bagi semua tujuandalam situasi-situasi sosial yang tidak terbatas. Dengan perkataan lain, bahasakreol adalah bahasa yang normal namun menjadi sedikit luar biasa akibat faktorsejarahnya.Menurut Mansoer Pateda (1994), beliau menyatakan bahawa proses pengkreolanatau kreolisasi merupakan akibat kontak pemakaian bahasa. Kreolisasi adalahsesuatu perkembangan linguistik yang terjadi kerana dua bahasa berada dalam
  11. 11. 150 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASAkontak waktu yang lama. Dalam kontak tersebut, terjadi integrasi antara kedua-dua bahasa. Malah, dalam integrasi ini, pada umumnya terjadi bahawa salahsatu bahasa menjadi sumber tatabahasa. Pada permulaannya, bentuk bahasayang terjadi adalah bahasa pidgin yang timbul kerana urgensi komunikasi yangkemudian berkembang sehingga menjadi kreol yang dikutip. Sila rujuk Rajah 6.2.Jadi, bahasa; A ⁄... pidgin B Rajah 6.2: Bahasa pidgin yang timbul daripada urgensi komunikasi yang berkembang menjadi kreol yang dikutipJika A menjadi sumber, atau B yang menjadi sumber atau dengan kata lain, salahsatu di antaranya mendominasi yang lain, maka bahasa tersebut dikenali sebagaikreol. Menurut Teo Kok Seong (1997), menyebut bahawa bahasa pidgin seringditakrifkan dengan definisi yang negatif apabila bahasa tersebut digambarkansebagai bahasa pinggiran, yang diwujudkan untuk menjalankan beberapa fungsiyang amat terhad bilangannya, misalnya bertukar pandangan yang remeh-temeh sifatnya semasa interaksi jual beli yang kecil dan kurang penting. Pidginturut dianggap sebagai bahasa rekaan (artificial language), bahasa kacukan ataucampuran (mixed language), bahasa abdi yang sukar difahami (slave jargon),bahasa perdagangan (trade language) serta bahasa gampang (bastard language)disebabkan oleh sifat kacukannya yang kadang kala melibatkan banyak bahasadan sukar ditentukan bahasa-bahasa yang membinanya secara dominan. Selainitu, pidgin sering kali dianggap sebagai bahasa ragam khas (targot) sepertiragam yang digunakan oleh kumpulan penjahat antaranya penjenayah, pencuridan penyamun. Oleh sebab itu, takrif-takrif sedemikian telah membentuksetereotaip tentang pidgin, antaranya sejenis bahasa yang tidak tulen, bahasayang berstatus rendah dan bahasa yang tidak begitu penting. Namun secarapositifnya, pidgin merupakan sebuah bahasa yang diringkaskan,dipermudahkan dan kadang-kadang dicampuradukkan, yang lahir dalamkalangan orang yang tidak mempunyai sebuah bahasa perhubungan yang samauntuk tujuan-tujuan tertentu, misalnya perniagaan (Trudgill dalam Nik SafiahKarim, 1984).Walaupun bahasa pidgin dan bahasa kreol adalah berasal sebagai bahasavernakular tertentu yang terhad, namun terdapat perbezaan yang ketara antarakedua-dua bahasa tersebut apabila bahasa kreol mampu mencapai status ataukedudukan sebagai bahasa baku dalam keadaan-keadaan tertentu (John Lyons
  12. 12. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 151dalam Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi, 1994). Sementara itu, Asmah Haji Omar(1991), pula berpendapat bahawa bahasa kreol adalah bahasa kacukan yangsudah mantap, yang merupakan kacukan daripada sekurang-kurangnya duabahasa. Bahasa kreol merupakan bahasa yang bukan berasal daripada bahasatempatan sesebuah negara tetapi datang dari luar negara tersebut. Bahasa kreoljuga telah lama digunakan dan menerima unsur-unsur bahasa tempatan. Bahasatersebut kemudiannya menjadi bahasa natif atau bahasa ibunda bagi kelompokpenutur dalam masyarakat berkenaan.Bahasa kreol turut dirujuk sebagai percampuran antara bahasa penjajah denganbahasa peribumi misalnya Kreol Portugis dan Kreol Baba di Melaka(maaroff/inklusif.doc). Di samping itu, bahasa kreol merupakan bahasa yangsudah menjadi bahasa ibunda serta merupakan bahasa pertama bagi sesebuahkeluarga ataupun kelompoknya. Penggunaan bahasa ini tidak terbatas kepadakelompoknya sahaja, malah turut juga ditiru sebutannya oleh masyarakatMelayu yang hidup bersama kelompok penutur tersebut (members.tripod.com).Dalam konteks dunia, bahasa kreol mula digunakan oleh masyarakat Jamaicayang terdiri dalam kalangan hamba abdi dari Afrika akibat faktor strata sosialyang lebih rendah berbanding golongan atasan iaitu orang British yang bertuturdalam bahasa Inggeris. Bahasa tersebut mempunyai hubungan sejarah denganbahasa Inggeris, tetapi amat berbeza dengan bahasa Inggeris yang dituturkanoleh British (Chambers dan Trudgill dalam Annuar Ayub, 1990). Menurut PeterTrudgill dalam Nik Safiah Karim (1984), menyatakan bahawa beberapa variasiKreol Inggeris (Bahasa Inggeris pidgin yang telah menjadi kreol) digunakandengan luasnya di Hindia Barat oleh orang berketurunan Afrika. Malah, dalambentuk yang paling ÂasliÊ Kreol Inggeris ini tidak begitu mudah untuk difahamioleh penutur-penutur bahasa Inggeris, walaupun perbendaharaan katanyaadalah sama serta memperlihatkan pengaruh yang agak banyak daripadabahasa-bahasa Afrika. Malah, golongan tersebut khususnya masyarakat Jamaicamenanggap bahawa mereka merupakan orang Negro Amerika pertama yangmenuturkan bahasa kreol sebagai bahasa ibunda, dan bahasa tersebutmenyerupai bahasa orang kulit putih akibat daripada peredaran masa yangberubah.Dalam pada itu, Kreol Perancis, Inggeris, Portugis dan Sepanyol juga merupakanantara bahasa-bahasa yang paling terkenal di Eropah yang berkembang akibatdaripada bahasa pidgin. Bahasa Kreol Perancis terdapat dengan luasnya didaerah Caribbean dan sekitarnya seperti Haiti, Trinidad, dan Grenada sertapulau-pulau yang lain di Selatan Caribbean iaitu French Guiana dan AmerikaSyarikat. Malah, bahasa Kreol Perancis turut digunakan di Lautan Hindi,terutamanya di Mauritius dan Seychelles.
  13. 13. 152 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASASementara itu, kebanyakan Kreol Inggeris yang terkenal dituturkan di beberapadaerah di benua Amerika. Perkembangan bahasa Kreol Inggeris ini turut samaseperti bahasa Kreol Perancis apabila bermula akibat daripada hasil perniagaanhamba abdi (Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim, 1984). Bahasa kreol turutberkembang dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu sudah lama terkenal sebagaibahasa antara suku bangsa khususnya di Indonesia. Di Pulau Jawa, terutamanyaJakarta, bahasa Melayu mengalami proses kreolisasi yang mempunyai unsurdasar bahasa Melayu pasar tercampur dengan berbagai bahasa di sekelilingnya,khususnya bahasa Tionghua, Sunda, Jawa, Bali, Bugis, Belanda dan Portugis.Bahasa Melayu dalam bentuk kreol ini turut banyak dijumpai di kawasanIndonesia Timur yang bermula dari Manado hingga ke Papua. Contohnya,dialek Melayu Jakarta bahasa Betawi yang dituturkan di Jakarta, dialek MelayuPeranakan yang dituturkan oleh masyarakat Tionghua di Jawa Timur dan JawaTengah serta dialek Melayu Manado yang iaitu bahasa Manado yang dipakaisebagai lingua franca di Sulawesi Utara (wikipedia.org).Dalam pada itu, terdapat banyak faktor yang menyebabkan wujudnya bahasakreol dalam masyarakat di Malaysia. Antara faktor-faktor yang telahmempengaruhi kewujudan bahasa kreol itu sendiri adalah faktor geografi,perkahwinan, perniagaan dan sebagainya (members.tripod.com). Penelitiandaripada aspek geografi ini ditinjau kerana setiap kawasan mempunyai dialek-dialek yang berbeza. Maka, apabila bahasa ini dipertemukan di sesuatu tempat,bahasa tersebut akan mengalami percampuran atau lebih dikenali dengan istilahÂkacukanÊ. Sebagai contoh, pada asalnya bahasa Baba merupakan bahasa pidginiaitu bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina yang bersifatsementara.Namun, akhirnya bahasa Baba berubah menjadi bahasa kreol apabila bahasakacukan ini menjadi bahasa pertuturan bagi masyarakat Baba-Nyonya.Kewujudan bahasa kreol ini adalah akibat daripada pertembungan bahasa ataubudaya yang terdiri daripada faktor geografi yang berlainan seperti bahasa Cinadan bahasa Melayu yang telah berlaku semenjak dahulu lagi(members.tripod.com).Faktor perkahwinan juga merupakan faktor terpenting yang menyebabkanwujudnya bahasa kreol. Misalnya, penutur-penutur bahasa kreol Baba-Nyonyaadalah terdiri daripada masyarakat Cina Hokkien, yang wujud hasil daripadaperkahwinan di antara perempuan Hindu Chitty dengan lelaki Cina. Namundemikian, generasi yang lahir ini kemudiannya turut berkahwin dengan kaumCina. Walau bagaimanapun, mereka tetap menggunakan bahasa Melayu yangdipengaruhi oleh bahasa Cina (members.tripod.com). Faktor perniagaan pulawujud akibat daripada perkembangan bahasa pidgin pada awalnya yang hanyadigunakan bagi tujuan perniagaan dan perhubungan antara penutur-penuturnya. Namun, bahasa tersebut terus berkembang menjadi bahasa kreol
  14. 14. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 153setelah melalui proses pengkreolan (Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim,1984).Dalam masa yang sama, bahasa kreol turut mempunyai ciri-cirinya yangtersendiri. Menurut Peter Trudgill dalam Nik Safiah Karim (1984), menyatakanbahawa bahasa kreol ini mempunyai lingua franca kerana dituturkan olehbeberapa kumpulan dalam situasi dan konteks mereka yang tersendiri.Contohnya, Bahasa Djuka merupakan salah satu bahasa kreol yang palingterkenal juga dituturkan dalam bentuk pidgin sebagai lingua franca olehbeberapa kumpulan orang Dayak Amerika yang tinggal di kawasan tersebut.Dalam konteks yang sama, bahasa kreol juga mempunyai ciri kemasukan unsur-unsur kesalahan bahasa. Malah, jika diteliti terhadap bahasa Baba dan Nyonya,didapati bahawa bahasa ini banyak dipinjam daripada bahasa Cina terutamanyabahasa Hokkien. Keadaan sedemikian menyebabkan kebanyakan perkataannyamempunyai penyebutan bunyi yang hampir sama dengan bahasa Hokkien(members.tripod.com). Contohnya dapat kita lihat dalam Jadual 6.1. Jadual 6.1: Persamaan sebutan bunyi perkataan dalam bahasa Baba-Nyonya dengan Bahasa Hokkien [Sumber: http://members.tripod.com] Perkataan Sebutan Lauteng lau-teng Teko te-ko Kuchai ku-chai Kueh Tiau KutiauNamun begitu, makna perkataan tersebut tidak banyak berbeza daripada maknayang terdapat dalam bahasa Melayu. Misalnya, jika ayat dalam bahasa Melayudibandingkan dengan ayat dalam bahasa Baba dan Nyonya, hanya unsurtatabahasa sahaja yang tidak tepat. Contohnya; Saya mahu masak nasi (Ayat Bahasa Melayu) Gua mo masak nasik (Ayat Baba Nyonya)Bahasa kreol Baba-Nyonya ini turut tidak menitikberatkan aspek penggunaantatabahasa yang betul. Hal ini demikian kerana, bahasa Melayu Baba-Nyonyaatau bahasa kreol Baba-Nyonya tidak mempunyai tatabahasa tertentudisebabkan oleh penutur-penuturnya yang tidak menunjukkan minat untukmempelajari bahasa Melayu dengan tepat dan betul walaupun bahasa tersebutsudah menjangkaui usia lebih 400 tahun berada di Nusantara. Di samping itu,struktur ayat yang digunakan adalah lebih banyak dipengaruhi oleh strukturayat yang terdapat dalam bahasa Cina. Keadaan ini disebabkan oleh masyarakat
  15. 15. 154 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASABaba-Nyonya mempunyai dan menggunakan secara meluas kod bahasa yangdinamakan sebagai Âcakap terbalikÊ ataupun Âbahasa terbalikÊ(members.tripod.com).Sebagai kesimpulannya, bahasa kreol adalah berasal daripada bahasa pidginatau bahasa lingua franca yang telah diterima masuk ke dalam bahasa tempatandan telah diterima sebagai bahasa pertama mereka. Para pengkaji tempatan jugabersetuju dengan pendapat bahawa bahasa kreol bukanlah bahasa pidgin ataubahasa tempatan tetapi bahasa kreol adalah bahasanya yang tersendiri dan turutmempunyai ciri-ciri yang tersendiri (members.tripod.com). Malah, pengkajianterhadap bahasa kreol dalam beberapa tempat di benua-benua tertentu telahmenggambarkan dengan jelas mengenai kewujudan bahasa tersebut. Bahasakreol telah berperanan sebagai bahasa komunikasi yang berguna kepadapenuturnya umpama perhubungan sebagai Âjalan tengahÊ memandangkanbahasa tersebut disesuaikan antara bahasa asal-usul mereka dengan bahasamasyarakat setempat. Daripada kelainan itulah bahasa tersebut dikenali sebagaikreol. Malah, bahasa kreol telah memberi sumbangan yang berguna sebagaibahasa penuturan dan telah memainkan peranan yang berfungsi untukmengeratkan perhubungan masyarakat penuturnya. Kemungkinan penggunaanbahasa kreol ini akan berkembang ataupun terus lenyap dan pupus adalahsepenuhnya bergantung kepada kesetiaan penutur-penutur bahasa tersebut.6.5 BAHASA KOLOKIALMenurut Dr. Mansoer Pateda (1994), menyatakan bahawa bahasa kolokial ialahbahasa yang dipakai sehari-hari oleh masyarakat yang tinggal di daerah tertentu.Bahasa kolokial biasa juga disebut sebagai bahasa sehari-hari, bahasa percakapandan kadang-kadang disebut sebagai bahasa pasar. Menurut Abdul HamidMahmood (2007), mengatakan bahawa bahasa pasar ialah bahasa Melayu yangdituturkan oleh orang bukan Melayu yang tidak menguasainya atau bahasaseperti yang dituturkan oleh orang Melayu yang diketahuinya tidak pandaibertutur dalam bahasa Melayu yang betul. Bahasa kolokial juga mengandungikata-kata yang kurang enak didengar sehari-hari di daerah tertentu (MansoerPateda, 1994).Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997) pula, menyatakanbahawa bahasa kolokial perlu ditakrifkan dengan berpandukan beberapasumber. Bahasa basahan juga disebut sebagai bahasa kolokial. Zaba menggelarbahasa ini sebagai bahasa cakap mulut. Bahasa kolokial merupakan bahasapertuturan harian dalam konteks yang tidak rasmi. Menurut Kamus Dewan,bahasa kolokial ialah bahasa yang bersifat percakapan atau bahasa basahan danbukan bahasa baku. Bahasa kolokial ini ialah bahasa pertuturan sehari-hari.Bahasa ini tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa kerana yangdipentingkan ialah kefahaman antara penutur dan pendengar. Oleh itu, ia tidak
  16. 16. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 155digunakan dalam tulisan atau ucapan rasmi. Bentuknya pula sering dipengaruhioleh dialek dan slanga daerah. Menurut Teo Kok Seong (2006), mengatakanbahawa slanga ialah pertuturan terhad subkumpulan dan subbudaya tertentudalam sesebuah masyarakat. Dengan pengertian ini, slanga ialah bahasa,khususnya perkataan biasa yang diberikan pengertian baharu dan digunakanserta hanya difahami oleh sesuatu kumpulan, misalnya golongan pemuzik ataupeminat rock di sesuatu tempat atau kawasan.Menurut Mohd Sidin Ahmad Ishak (1999), mengatakan bahawa perkataankolokial dimaksudkan dengan perkataan yang digunakan dalam perbualansehari-hari ataupun dalam penulisan yang mempunyai tujuan tersebut.Kolokialisme bukanlah bermaksud bahasa yang tidak betul atau bahasa buruk. Iamerupakan perkataan yang digunakan dalam perbualan tidak formal oleh semuaorang sama ada berpelajaran atau tidak berpelajaran. Dalam penulisan, iadigunakan untuk memberi kesan atau tanggapan perbualan secara langsung danmesra. Untuk mendapatkan kesan ini, penutur kerap kali menggunakansingkatan seperti „tak, nak, ku, mu, kau, tv‰ atau perkataan-perkataan yangdigugurkan imbuhannya.Oleh itu, dapatlah didefinisikan bahawa bahasa kolokial ialah bahasa pertuturandalam kehidupan seharian tanpa menggunakan sistem tatabahasa yang betulnamun dapat difahami oleh pendengar. Lazimnya, bahasa kolokial dipengaruhioleh dialek daerah penutur berkenaan (Kamaruddin Husin dan Siti Hajar AbdulAziz, 1997).6.5.1 Ciri-Ciri Bahasa KolokialMenurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), bahasa kolokialmempunyai pelbagai ciri. Antara ciri-cirinya ialah seperti berikut:(a) Cara Penyampaian Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), bahasa kolokial disampaikan secara lisan. Ia meliputi perhubungan secara terus antara dua penutur atau lebih dengan menggunakan pertuturan seharian. Penggunaan perkataan pula ringkas dan tidak mengikuti ejaan perkataan sepenuhnya, tetapi pendengar dapat memahaminya.(b) Mewujudkan Kemesraan Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), kemesraan akan wujud dalam penggunaan bahasa kolokial. Ini dapat dilihat apabila penutur tertentu menggunakan penanda-penanda mesra. Dalam pertuturan, dapat didengar penutur yang menggambarkan nama atau gelaran tersendiri dalam perbualan. Mereka biasanya akan dapat
  17. 17. 156 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA melahirkan kemesraan dengan panggilan yang bersahaja serta intonasi yang menggembirakan. Sebagai contohnya: Hai Mat, nak ke mana tu? Tak singgah dulu? Kami tengah minum teh. Marilah rasa kuih Kak Mah ni. Bukan main sedap lagi, panas-panas ni. Terdapat juga penutur yang menggunakan unsur ÂkanÊ sebagai bukan dan ÂdahÊ sebagai sudah yang menunjukkan kemesraan dalam pertuturan. Sebagai contohnya : Kan aku dah kata, jangan menyampuk. Kamu tu kan masih kecil lagi(c) Penggunaan Dialek Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997) dalam Lado (1980: 283), dialek ialah bentuk tertentu atau variasi satu bahasa yang berhubung dengan satu kawasan geografi atau kumpulan masyarakat. Oleh itu, dalam bahasa kolokial wujud penggunaan dialek dalam perhubungan mereka. Keadaan ini wujud apabila penutur dan pendengar datang dari satu tempat yang sama. Biasanya, perbezaan dialek ini berdasarkan kelas, latar belakang pendidikan, pekerjaan, tempat tinggal, status ekonomi dan sosial yang berlainan.(d) Penggunaan Tatabahasa Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), dalam bahasa kolokial penggunaan tatabahasa tidak begitu dipentingkan. Bahasa ini menggunakan beberapa strategi seperti memendekkan kata serta menggugurkan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Ayat-ayatnya juga banyak meninggalkan penggunaan imbuhan, sebaliknya digantikan dengan unsur-unsur isyarat dan gerak-geri untuk difahami oleh pendengar.(e) Percampuran Kod Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), dalam penggunaan bahasa kolokial kod yang pelbagai sering digunakan, terutamanya golongan yang agak terpelajar. Penggunaan lain-lain bahasa dalam pertuturan ini disebabkan masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan. Penggunaan Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab dapat dikesan dalam percakapan yang penuh dengan kemesraan. Kebiasaan ini dapat dikesan terutamanya antara orang Melayu dengan Melayu atau berlainan keturunan. Golongan ini dilihat lebih mudah menggunakan percampuran kod ini dalam perbualan mereka.
  18. 18. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 157(f) Bahan yang Diperkatakan Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), perbincangan dan perbualan dalam bahasa kolokial bergantung kepada penutur dan pendengar yang terlibat. Namun biasanya, mereka berbincang tentang perkara yang agak ringan serta mudah untuk mencapai maksud yang diberikan. Keadaan ini wujud kerana mereka tidak berada dalam keadaan rasmi. Biasanya, tajuk perbualan berkisar kepada perkara-perkara yang ringan apabila mereka bertemu. Keadaan ini wujud lantaran sering berjumpa di samping untuk mewujudkan kemesraan antara mereka.(g) Cara Penggunaannya Menurut Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (1997), bahasa kolokial digunakan oleh penutur dalam keadaan pergaulan harian. Dalam perhubungan ini mereka tidak mementingkan unsur-unsur tatabahasa serta imbuhan. Kata singkat serta dialek daerah sering digunakan dalam perbualan mereka. Dalam perbualan juga, aspek kemesraan dan pemahaman maksud yang lebih diutamakan berbanding susunan dan aturan tatabahasa yang betul. Dalam memilih perkataan, kebanyakan mereka menggunakan perkataan yang pendek-pendek serta dapat menimbulkan kesedapan dan kefahaman serta menggambarkan kemesraan antara mereka dan anggota masyarakat yang terlibat. Keadaan ini berlaku lantaran kefahaman mereka akan lebih mendalam jika menggunakan bahasa yang sedemikian. Dalam penggunaan ayat pula, mereka lebih menggunakan ayat-ayat yang tidak mempunyai imbuhan seperti yang terdapat dalam ayat-ayat tulisan. Keadaan ini dapat memudahkan mereka berhubung di samping dapat memudahkan mereka untuk menyatakan maksud dengan lebih cepat dan pantas. Sekiranya menggunakan ayat yang lengkap akan menjadikan situasi yang tidak mesra serta tidak menghidupkan suasana. Oleh itu, dalam penggunaan bahasa kolokial ini, semua penutur yang terlibat tidak mementingkan struktur ayat serta sistem tatabahasa yang betul. Apa yang penting adalah untuk mendapatkan makna supaya dapat difahami maksud perbualan dengan segera. 6.6 PERBEZAAN ANTARA BAHASA BAKU DENGAN BAHASA BASAHANTerdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaituseperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 6.2 hingga Jadual 6.4 berikut:
  19. 19. 158 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA(i) Perkataan berbeza untuk makna yang serupa Jadual 6.2: Perkataan berbeza untuk makna yang serupa Bahasa Baku Bahasa Basahan Mengapa Kenapa Bagaimana Macam mana Sedang Tengah(ii) Bentuk kependekan Jadual 6.3: Bentuk kependekan Bahasa Baku Bahasa Basahan Hendak Nak Tidak Tak Sudah Dah(iii) Perubahan bunyi Jadual 6.4: Perubahan bunyi Bahasa Baku Bahasa Basahan Ambil ambik Kecil kecik Pula pulakSebagai kesimpulannya, bahasa kolokial merupakan bahasa yang dipakai ataudigunakan sehari-hari dalam pertuturan. Bahasa kolokial juga dikenali sebagaibahasa basahan. Terdapat beberapa ciri yang boleh dikenal pasti berkenaandengan bahasa kolokial iaitu dari segi cara penyampaian, kewujudan kemesraanantara penutur, penggunaan dialek, penggunaan tatabahasa, percampuran koddan bahan yang diperkatakan. Dalam bahasa kolokial juga tidak mementingkanstruktur ayat dan sistem tatabahasa yang betul. Apa yang menjadi keutamaanadalah penutur dapat memberikan makna yang dapat difahami oleh orang lain.
  20. 20. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 1596.7 BAHASA BAKUApakah yang dikatakan dengan bahasa baku? Menurut Sulaiman Masri dalambukunya yang bertajuk Inilah Bahasa Baku (1992) telah mendefinisikan bahasabaku sebagai bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan, penggunaan katadan frasa, ayat, singkatan dan akronim, tanda baca, dan laras bahasa. Manakaladefinisi bahasa baku yang lain ialah bahasa yang menjadi dasar dan ukurandalam menentukan ketepatan bahasa yang digunakan (Awang Sariyan, 1993).Dalam Wikipedia Bahasa Melayu pula menyatakan bahasa baku ialah jenisbahasa yang menggambarkan keseragaman dalam bentuk dan fungsi bahasa.Daripada definisi-definisi tersebut dapatlah dirumuskan bahawa bahasa bakumerupakan bahasa yang diterima untuk digunakan dalam situasi rasmi sepertidalam perundangan, pentadbiran, persekolahan, pengajian tinggi, dan sebagaialat sebaran am.Penggunaan bahasa baku bertujuan untuk meningkatkan taraf bahasa Malaysiasesuai dengan peranannya sebagai Bahasa Kebangsaan negara kita, dan supayabahasa kita setanding dengan bahasa-bahasa moden di dunia. Sebenarnya,beberapa aspek bahasa Malaysia moden telah mula dibakukan pada tahun 1930-an dengan kemunculan surat khabar dan majalah dalam Bahasa Malaysia. Usahaini diikuti dengan kemunculan radio. Walau bagaimanapun, aspek-aspek bahasabaku yang menonjol dalam karangan, berita, rencana, dan cerpen pada ketika ituhanyalah pemilihan perkataan, pembinaan ayat dan tanda baca.Aspek-aspek sebutan, ejaan, dan laras bahasa belum dapat diselaraskan. Namun,ini tidak bererti aspek penulisan sudah baku sepenuhnya. Kesalahan danketidakselarasan masih terdapat dalam surat khabar dan majalah pada waktuitu, malah hinggalah sekarang.6.7.1 Ejaan BakuMenurut Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, terbitan Dewan Bahasadan Pustaka (1994), ejaan baku bermaksud ejaan yang betul. Terdapat peraturandan pandangan yang dikemukakan dan mesti dipatuhi untuk mengeja perkataandengan betul iaitu:Keselarasan huruf vokalKekecualian keselarasan huruf vokalPerkataan pinjaman, khususnya daripada Bahasa InggerisAwalan dan kata sendi ÊdiÊ dan ÊkeÊPartikelKata ganti singkat
  21. 21. 160 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASADalam topik ini hanya membincangkan mengenai keselarasan huruf vokalsahaja. Sebagaimana yang kita ketahui bahawa keselarasan huruf vokalmelibatkan perkataan yang terbentuk daripada dua suku kata. Bagi perkataanyang mengandungi lebih daripada dua suku kata, keselarasan huruf vokal inihanyalah dikenakan pada dua suku kata yang terakhir.Terdapat 18 pola keselarasan huruf vokal. Berikut diberikan beberapa contoh:(i) a___a basah, balak(ii) a___i dalih, balik(iii) a___u basuh, batuk(iv) e pepet _ _ _ a cemas, kelam(v) e pepet _ _ _ i lebih, betik(vi) e pepet _ _ _ u telur, tempuh(vii) e taling _ _ _ a elak, dewan(viii) e taling _ _ _ e taling leceh, gelek, selekehDaripada 18 pola tersebut, terdapat 8 pola yang selalu mengelirukan penggunabahasa Malaysia. Pola tersebut merupakan perubahan daripada sistem ejaanlama (rumi). Contohnya adalah seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 6.5hingga Jadual 6.12 berikut:(i) Pola a _ _ _ i Jadual 6.5: Pola a _ _ _ i Salah Baku Adek Adik Balek Balik Lateh Latih Maseh Masih Patek Patik Tarek Tarik(ii) Pola a _ _ _ u Jadual 6.6: Pola a _ _ _ u Salah Baku Aros Arus Ator Atur Masok Masuk Payong Payung Sambong Sambung Sayor Sayur
  22. 22. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 161(iii) Pola e (pepet) _ _ _ i Jadual 6.7: Pola e (pepet) _ _ _ i Salah Baku Beneh Benih Cerdek Cerdik Herdek Herdik Pedeh Pedih Pereksa Periksa Petek Petik(iv) Pola e (pepet) _ _ _ u Jadual 6.8: Pola e (pepet) _ _ _ u Salah Baku Cemoh Cemuh Gemok Gemuk Ketok Ketuk Penoh Penuh Semboh Sembuh Serbok Serbuk(v) Pola i _ _ _ i Jadual 6.9: Pola i _ _ _ i Salah Baku Bilek Bilik Bisek Bisik Milek Milik Pileh Pilih Pingger Pinggir Seliseh Selisih
  23. 23. 162 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA(vi) Pola i _ _ _ u Jadual 6.10: Pola i _ _ _ u Salah Baku Bingong Bingung Hidop Hidup Hirop Hirup Periok Periuk Sibok Sibuk Simpol Simpul(vii) Pola u _ _ _ i Jadual 6.11: Pola u _ _ _ i Salah Baku Bueh Buih Buter Butir Kueh Kuih Mudek Mudik Puteh Putih Puleh Pulih(viii) Pola u _ _ _ u Jadual 6.12: Pola u _ _ _ u Salah Baku Bunoh Bunuh Burok Buruk Burong Burung Dudok Duduk Gulong Gulung Busok Busuk6.7.2 Sebutan BakuSebutan dalam bahasa Malaysia hendaklah berdasarkan ejaan dengan pengertianbahawa setiap huruf dilafazkan menurut nilai bunyinya dalam bahasa Malaysia(Sulaiman Masri, 1992). Sebutan baku ini bertujuan untuk menyeragamkansebutan dalam bahasa Malaysia terutamanya apabila digunakan dalam urusanrasmi. Urusan rasmi yang dimaksudkan di sini ialah apa sahaja bentuk
  24. 24. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 163penyampaian atau pengumuman berita sama ada melalui radio mahupuntelevisyen; proses pembelajaran dan pengajaran sama ada di sekolah, maktabataupun di universiti, penyampaian syarahan, pidato, ceramah, dan kertas kerja.Ini bermakna, sebutan baku tidak perlu digunakan dalam perbualan biasa.Setiap perkataan sama ada bahasa Malaysia jati atau perkataan serapanhendaklah disebut berdasarkan ejaan. Berikut merupakan beberapa panduanyang perlu dipatuhi bagi menghasilkan sebutan baku dengan betul:(a) Huruf Vokal Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, terdapat enam vokal tulen yang patut disebut dengan betul menurut nilai bunyinya masing-masing iaitu /a/, /e/, / /, /i/, /o/, dan /u/. Semua huruf vokal ini perlulah dilafazkan dengan bunyi [a], [e], [ ], [i], [o], dan [u] pada semua kedudukan, sama ada di awal perkataan, di tengah perkataan atau di akhir perkataan.(b) Huruf Diftong Dalam bahasa Malaysia, terdapat tiga huruf diftong iaitu /ai/, /oi/, dan /au/. Huruf-huruf diftong ini seperti juga huruf-huruf vokal perlu dilafazkan dengan bunyi [ai], [oi], dan [au]. Huruf diftong ai dilafazkan dengan bunyi (ai) pada semua kedudukan. Contohnya: Ejaan Sebutan aidilfitri [ai + dil + fit + ri] hairan [hai + ran] pantai [pan + tai] Huruf diftong au dilafazkan dengan bunyi (au) pada semua kedudukan. Contohnya: Ejaan Sebutan audit [au + dit] aurat [au + rat] autonomi [au + to + no + mi] harimau [ha + ri + mau]
  25. 25. 164 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA Huruf diftong oi termasuklah perkataan. Contohnya: Ejaan Sebutan sepoi [s + poi] kaloi [ka + loi] konvoi [kon + voi](c) Huruf Konsonan Terdapat 26 huruf konsonan dalam bahasa Malaysia. Huruf konsonan g daripada perkataan pinjaman dilafazkan dengan bunyi (g), bukan (j). Contohnya: Ejaan Sebutan agenda [a + gen + da] agensi [a + gen + si] geografi [geo + gra + fi] strategi [stra + te + gi] teknologi [tek + no + lo + gi] tragedi [tra + ge + di] Bunyi (g) bagi huruf g ini sama dengan bunyi dalam perkataan Melayu jati yang dilafazkan dengan bunyi (g). Contohnya: Ejaan Sebutan gigi [gi + gi] gelagat [ge + la + gat] pagi [pa + gi] Huruf r dilafazkan dengan bunyi (r) pada semua kedudukan. Contohnya: Ejaan Sebutan kotor [ko + tor] meter [me + t r] pasar [pa + sar] pelantar [p + lan + tar] resam [r + sam](d) Huruf Gugus Konsonan Sebutan bagi gugus konsonan didasarkan kepada pedoman umum seperti yang berikut:
  26. 26. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 165 Gugus konsonan di awal perkataan dilafazkan sepenuhnya. Contohnya: Ejaan Sebutan drama [dra + ma] klasik [kla + sik] profesor [pro + fe + sor] psikologi [psi + ko + lo + gi] strategi [stra + te + gi] Gugus konsonan di akhir perkataan yang dilafazkan sepenuhnya. Contohnya: Ejaan Sebutan ambulans [am + bu + lans] forseps [for + seps] insurans [in + su + rans] sains [sains] Gugus konsonan yang dilafazkan sebagai fonem tunggal. Contohnya: Ejaan Sebutan kloroform [klo + ro + fom] konsert [kon + s t] standard [stan + dad] Sebutan gugus konsonan di tengah kata dipertahankan walaupun dari segi transkripsi dipisahkan menurut pola suku kata. Contohnya: Ejaan Sebutan preskriptif [pres + krip + tif] geografi [geo + gra + fi] kilogram [kilo + gram] rekrut [rek + rut] transkripsi [trans + krip + si]6.8 PENGGUNAAN ISTILAHSecara umum, istilah bermaksud satu perkataan atau gabungan kata yang jelasmenerangkan suatu konsep, makna, proses, keadaan atau sifat khusus dalambidang tertentu, yang disepakati oleh pakar-pakar bidang berkenaan. Denganperkataan lain, istilah ialah satu perkataan, atau perkataan-perkataan yangdikawal dan untuk tujuan khusus oleh pakar-pakar dalam bidang ilmu tertentu
  27. 27. 166 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA(Sulaiman Masri, 1992). Ini bermaksud, perkataan yang dinamakan istilah inihanya terbatas penggunaannya dalam satu bidang yang berkenaan sahaja. Suatuistilah yang bersifat umum, iaitu istilah yang digunakan oleh beberapa bidangilmu dikenali sebagai istilah umum. Istilah umum ini lama-kelamaan bolehmenjadi perkataan hari-hari.Dari segi bahasa baku, istilah yang betul bererti suatu perkataan atau gabunganperkataan khusus digunakan bagi melambangkan konsep dalam bidang ilmutertentu. Terdapat istilah yang menggambarkan suatu konsep dan terbataspenggunaannya dalam satu bidang ilmu sahaja. Selain itu, terdapat juga istilah-istilah yang melambangkan lebih daripada satu konsep dan digunakan olehbeberapa bidang ilmu. Misalnya, pengagihan (istilah ekonomi), taburan (istilahgeografi), dan pembahagian (istilah umum).Dengan penjelasan di atas, kita dapat memahami istilah sebagai perkataan ataugabungan perkataan yang terkawal dan hanya digunakan oleh golonganprofesional apabila mereka bercakap tentang bidang ilmu yang mereka ceburiatau kuasai. Seorang doktor perubatan tentu akan kelihatan lebih pakar danmahir apabila berbual-bual dengan teman sejawatannya dalam ilmu perubatan.Seorang ahli linguistik akan kelihatan lebih pakar dan lancar apabila berbual-bual dengan teman sebidang.Dalam bidang komunikasi begini, muncullah beberapa istilah, iaitu perkataanterkawal dan khusus atau jarang didengar, yang digunakan oleh golongan pakarperubatan dan pakar bahasa. Sebaliknya, jika seorang doktor perubatan denganseorang ahli linguistik berbincang tentang penyakit darah tinggi, maka tentulahahli linguistik itu menghadapi masalah memahami beberapa istilah perubatan.Pada kebiasaannya, istilah digubal atau dicipta oleh pakar ilmu tertentu secaraperseorangan. Dialah kemudiannya memperkenalkan istilah itu supayadigunakan oleh orang yang mempelajari bidang baharu itu, atau apabila bidangtersebut diumumkan kepada orang ramai. Misalnya, minyak diesel, merupakankandungan minyak yang dikaji oleh Randolph Diesel. Seterusnya, jika suatuilmu dipindahkan daripada satu masyarakat kepada masyarakat yang lain,biasanya istilah tersebut perlu disahkan oleh beberapa orang pakar atau ahlidalam bidang ilmu berkenaan. Dalam ilmu peristilahan moden, sesuatu istilahhendaklah disepakati oleh pakar-pakar bidang, peristilahan, bahasa dan wakilpengguna menerusi jawatankuasa istilah bidang berkenaan.Di Malaysia, istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu telah digubal, disepakati,disahkan, diselaraskan dan kemudiannya diterbitkan untuk disebarkan. Prosespenyebaran istilah-istilah yang telah dipersetujui oleh semua pihak akandisebarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama pakar-pakar pelbagai bidang ilmu, ahli bahasa, ahli peristilahan dan wakil pengguna.
  28. 28. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 167Semua istilah ini diterbitkan oleh DBP boleh dianggap betul kerana kira-kira 600ribu istilah untuk 450 bidang ilmu yang ada setakat ini telah disepakati olehbeberapa kumpulan pakar yang berwibawa daripada beberapa agensi kerajaan,swasta dan golongan profesional lain.Oleh itu, penggunaan istilah-istilah yang diterbitkan oleh DBP atau badan lainyang menggubal istilah berdasarkan pedoman tertentu adalah sangatdigalakkan. Jika beberapa istilah yang terpaksa diubah kerana menyalahi konsepatau ciri sebenar, maka DBP dan badan yang bekerjasama dengannya akanmembuat pengumuman rasmi. Bagaimanapun, istilah yang terpaksa diubah initidak banyak jumlahnya. Jadual 6.13 berikut menyenaraikan beberapa contohpenggunaan istilah: Jadual 6.13: Contoh Penggunaan Istilah SALAH BETUL Negara yang membangun Negara membangun Negara yang maju Negara maju Keluaran yang baru Keluaran baru Aktiviti terjemahan Aktiviti penterjemahan Padang penembakan Padang tembak Hutan simpanan Hutan simpan Tanah simpanan Melayu Tanah simpan Melayu Tempat pertanyaan Tempat (ber) tanya Tempat meletak kereta Tempat letak kereta Ali restoran Restoran AliBerdasarkan apa yang telah dibincangkan itu, dapatlah kita simpulkan bahawapenggunaan bahasa baku di kalangan masyarakat di negara ini perlu dipandangserius kerana terdapat banyak perkataan-perkataan yang dieja dan disebut tidakberdasarkan kepada penggunaan bahasa baku. Sebagai contoh, jika di dalamkonteks pentadbiran dan pengurusan, fungsi yang harus ditekankan ialah fungsiobjektif, iaitu bahasa baku sebagai rangka rujukan untuk menentukan salahbetulnya penggunaan bahasa. Jika fungsi objektif ini tidak ditegaskan, nescayabahasa yang digunakan dalam pentadbiran dan pengurusan akan berbeza-bezabentuknya. Apabila hal ini terjadi, maka kecekapan pentadbiran dan pengurusanakan tergugat. Oleh itu, diharap dengan pembakuan sebutan maka lengkaplahusaha untuk membakukan bahasa Malaysia agar menjadi bahasa moden yangmampu mengungkapkan konsep canggih dalam pelbagai bidang ilmu. Usaha inidiharapkan dapat memudahkan komunikasi antara individu, kelompokindividu, ataupun masyarakat secara keseluruhan dengan lebih berkesan.
  29. 29. 168 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA6.9 BAHASA RASMIBahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitu dalamurusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara, urusanperdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dan sebagainya.Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, bahasa rasmi ialah bahasa yangdigunakan untuk pentadbiran dan urusan rasmi sesebuah negara. Namun,bahasa rasmi tidak semestinya bahasa kebangsaan dan bahasa kebangsaan pulatidak semestinya bahasa rasmi.Menurut Kamus Dewan, bahasa rasmi ialah bahasa pentadbiran. Bahasa rasmijuga merupakan bahasa perhubungan awam, bahasa pengantar serta bahasailmiah di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi. Sesebuahnegara, khususnya yang baru mencapai kemerdekaan akan mendaulatkanbahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Begitu juga dengan negaraMalaysia yang memilih bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasaMelayu juga dijadikan bahasa rasmi negara.Bahasa rasmi tidak perlu menjadi Bahasa Kebangsaan kerana bahasa rasmiadalah bahasa yang semata-mata dianggap sebagai alat untuk tujuan tertentuyang tidak perlu dikaitkan dengan semangat kebangsaan. Biasanya bahasa rasmidipilih daripada salah satu bahasa anak negeri dan ada kalanya dipilihberdasarkan bahasa bekas penjajah. Bagi negara yang mempunyai bahasa yangmaju, bahasa yang banyak laras bahasanya akan diangkat menjadi bahasa rasmi.Bahasa rasmi boleh sahaja dipilih daripada mana-mana bahasa yang sesuaiasalkan bahasa itu mempunyai sistem tulisan, tradisi sastera dan boleh dijadikanbahasa perhubungan antara kerajaan dan rakyat jelata. Contohnya, bahasaMelayu menjadi bahasa rasmi kerana bahasa ini dapat digunakan sebagai bahasailmu dan dapat difahami umum. Contoh yang lain ialah negara Filipina yangmencapai kemerdekaan telah menobatkan bahasa Tagalog sebagai bahasakebangsaan manakala untuk bahasa rasmi mereka telah memilih bahasaInggeris. Negara India pula telah menjadikan bahasa Hindi sebagai bahasakebangsaan dan untuk bahasa rasmi mereka juga memilih bahasa Inggeris.Negara Indonesia telah mengambil bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaandan sebagai bahasa rasmi negara itu. Singapura pula telah menobatkan bahasaMelayu sebagai bahasa kebangsaan namun mengambil empat bahasa yangberlainan untuk dijadikan bahasa rasmi sesuai dengan negara tersebut yangmempunyai pelbagai bahasa dan bangsa. Empat bahasa rasmi tersebut ialahbahasa Inggeris, bahasa Mandarin, bahasa Melayu dan bahasa Tamil.Sebagai bahasa rasmi bahasa Melayu ditetapkan menjadi prasarana komunikasidalam bidang pentadbiran. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyatakanbahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua urusan rasmi di peringkat
  30. 30. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 169kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan juga badan berkanun. Contohnyadalam bidang pentadbiran undang-undang, kehakiman dan mahkamah.Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa mahkamah bertambah baik setelahSeksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan dipinda pada Jun 1991 (wikipedia.org).6.9.1 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa RasmiBahasa Melayu sebagai bahasa rasmi sememangnya jelas sekali digunakansebagai bahasa rasmi pemerintahan kerajaan bermula dari kerajaan awal diNusantara. Kepulauan Melayu memang terkenal dengan pelbagai bahasatempatan yang berlainan dari sebuah pulau ke sebuah pulau. Namun daripadadokumen perutusan Raja Melayu dahulu, ternyata bahasa Melayu digunakansebagai perutusan. Sebagai contohnya, utusan Sultan Alaudin Acheh kepadaHarry Middleton dan Surat Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Brunei kepadaKapitan Inggeris di Jambi. Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu itu jugamenjadi bahasa rasmi perutusan kerajaan Melayu pada zaman tersebut.Kini, bahasa Melayu sememangnya mempunyai fungsi penting dalammembentuk perpaduan. Maksud perpaduan ialah menimbulkan sikap bersatuterhadap kesetiaan bahasa. Misalnya, apabila orang berlainan bangsa bertemu,mereka dapat mengeratkan hubungan di antara satu sama lain denganpenggunaan satu bahasa iaitu bahasa Melayu.Sebagai bahasa utama bagi negara yang baru terlepas daripada penjajahan,bahasa Melayu juga mempunyai peranan sebagai bahasa rasmi negara. Bahasarasmi bermaksud bahasa yang digunakan dalam urusan pentadbiran kerajaan,sistem pendidikan negara, urusan perniagaan dan upacara-upacara rasmi.Bahasa kebangsaan biasanya satu bagi setiap negara, tetapi bahasa rasmi tidakdemikian. Bahasa rasmi boleh lebih daripada satu, mungkin dua, tiga atau empatbagi sesebuah negara. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi negara bukan sejakbermula kemerdekaan, sebaliknya hanya bermula pada tahun 1969.Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi kerana beberapa sebab iaitu bahasaMelayu sudah menjadi bahasa kebangsaan dan berupaya mengambil alih fungsibahasa Inggeris, maka layaklah bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi. BahasaMelayu juga mudah difahami oleh semua kaum di negara ini, maka dalamurusan rasmi, rakyat tidak menghadapi masalah menggunakan bahasa Melayu.Setelah menjadi bahasa rasmi, keupayaan bahasa Melayu perlu diperkukuhkan.Oleh itu, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah bermula padatahun 1970. Menteri Pelajaran ketika itu, Abdul Rahman Yaakob telahmengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran Inggeris menggunakan bahasaMelayu secara berperingkat-peringkat. Kini, bahasa Melayu telah menjadibahasa pengantar bukan sahaja di sekolah, malah di peringkat universiti.
  31. 31. 170 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASAPenggunaan bahasa pengantar ini akan mewujudkan satu suasana kebangsaanyang membabitkan semua rakyat tanpa mengira kaum. Dengan itu, bahasaMelayu mempunyai fungsi yang penting sebagai bahasa rasmi negara.6.9.2 Usaha Memartabatkan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa RasmiTerdapat pelbagai usaha untuk memartabatkan bahasa rasmi negara kita iaitubahasa Melayu. Antaranya ialah seperti berikut:(a) Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 Menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bagi negara Malaysia. Contohnya, dalam Fasal 6 menyentuh bahawa bahasa Melayu digunakan untuk maksud rasmi dalam apa sahaja urusan kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan urusan pihak-pihak berkuasa.(b) Pendidikan Di peringkat persekolahan, sama ada sekolah rendah dan sekolah menengah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Malah, Universiti Kebangsaan Malaysia telah ditubuhkan sebagai pusat pengajian tinggi yang menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi termasuk urusan pentadbiran dan sebagai bahasa pengantar.(c) Peranan pelbagai pihak Pelbagai pihak memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan hak bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Sebagai contohnya, Datuk Dr. Rais Yatim merupakan salah seorang tokoh yang memperjuangkan Bahasa Melayu malah beliau telah mewajibkan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dalam majlis rasmi, dan rancangan-rancangan di televisyen semasa beliau masih menjadi menteri penerangan. Selain itu, contoh lain yang dapat dilihat sebagai usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi ialah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar rasmi dalam Sukan Komanwel VXI di Kuala Lumpur pada tahun 1998. Pemilihan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam sukan tersebut bagi memperlihatkan kemampuan bahasa Melayu kepada dunia, bukan saja untuk saranan komunikasi kesukanan tetapi juga untuk menonjolkan peranannya dalam pembinaan identiti bangsa dan negara. Hal ini jelas menunjukkan peranan bahasa rasmi yang luas terhadap pelbagai bidang di negara kita. Kesimpulannya, bahasa rasmi memainkan peranan penting dalam sesebuah negara. Bahasa rasmi bukan sahaja berfungsi sebagi bahasa perhubungan malah melambangkan identiti sesebuah negara. Contohnya,
  32. 32. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 171 bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa rasmi di Malaysia dan bahasa ini melambangkan identiti negara Malaysia yang mempunyai penduduk yang majoritinya berbangsa Melayu. Penggunaan bahasa rasmi bukan sahaja memudahkan urusan terutama dalam berkomunikasi malah melicinkan urusan pentadbiran kerana dapat mewujudkan keseragaman bahasa yang digunakan dalam sesuatu urusan kerajaan. Namun, hal ini bukan bermakna bahasa lain tidak boleh digunakan dalam sesuatu urusan kerajaan. Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa pengantar kedua di negara ini masih boleh digunakan untuk tujuan urusan rasmi iaitu semasa prosiding dalam mahkamah. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa rasmi negara haruslah sentiasa diutamakan dalam apa jua urusan rasmi yang dijalankan.6.10 BAHASA KEBANGSAAN„Bahasa Jiwa Bangsa‰ dengan jelas menunjukkan kepentingan bahasa dalammemupuk perpaduan antara kaum. Menyedari hakikat ini, kerajaan telahmenjadikan bahasa Melayu (pada satu ketika dikenali sebagai bahasa Malaysia)sebagai bahasa kebangsaan negara kita. Mulai tahun 1970, bahasa Melayu secaraberperingkat-peringkat telah menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasapengantar di sekolah-sekolah.Sebuah badan berkanun iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalahbertanggungjawab untuk memaju dan memperkayakan bahasa Melayu kita.Kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasminegara ini berpaksi pada Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, selain daripadaAkta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan yang sedia ada.6.10.1 Dasar Bahasa KebangsaanPemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebab perlunyadiadakan satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawa bahasa itudapat menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan. Peranan bahasa sebagaifaktor penyatuan disalurkan melalui sistem pelajaran kebangsaan, sebagaimanatercatat dalam mukadimah Akta Pendidikan seperti berikut:„⁄ dan untuk merancangkan perkembangan satu sistem pelajaran iaitu bahasakebangsaan adalah bahasa pengantar yang utama.‰Di samping memenuhi keperluan menjadi lambang penyatuan, penubuhan satubahasa kebangsaan juga timbul daripada desakan semangat kebangsaan yangmahukan bahasa penjajah diambil alih oleh bahasa Bumiputera. Menurut TunkuAbdul Rahman;
  33. 33. 172 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA„Adalah wajar bahawa sebagai satu negara membangun, kita memerlukan satubahasa kepunyaan sendiri. Jika bahasa kebangsaan tidak diadakan, negara kitaakan ketiadaan nyawa.‰Dasar bahasa kebangsaan merupakan asas terpenting bagi perkembangan bahasaMelayu di Malaysia. Dasar ini memenuhi konsep perancangan taraf bahasa.Dengan adanya dasar bahasa yang menentukan pemilihan bahasa kebangsaandan bahasa rasmi, barulah dilakukan tahap-tahap seterusnya, iaitu propaganda,pembinaan dan peluasan penggunaannya.Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152Perlembagaan Persekutuan. Dasar bahasa negara ini juga dianggap bermuladengan idealisme, iaitu untuk menyaksikan satu rupa bangsa yang bersatu iaitupembentukan budaya kebangsaan selaras dengan keinginan dan hasratmembentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti keperibadian yangdapat dibanggakan dan penuh dengan kesetiaan kepada negara, memupuk ciri-ciri pengenalan rakyat yang relatif seragam, menegakkan persatuan antarakaum-kaum yang mendiami negara ini dan menobatkan Bahasa Melayu sebagaisarana komunikasi yang berkesan dalam sektor-sektor penting negara.6.10.2 Fungsi Bahasa Melayu Sebagai Bahasa KebangsaanSecara khusus, fungsi utama bahasa kebangsaan adalah untuk menerbitkanlambang inspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan. Tidakketinggalan juga, pengisian bahasa kebangsaan dapat bertindak sebagai alatperhubungan, dan dengan demikian akan menghasilkan satu masyarakat yangmempunyai pandangan hidup yang tidak begitu berbeza. Usaha untukmemupuk rakyat Malaysia melalui penggunaan satu bahasa yang sama inidicadangkan berdasarkan sistem pendidikan kebangsaan yang terkandungdalam Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1955, yang kemudiannya dikenalidengan nama Penyata Razak (1956).Tidak dinafikan bahawa fungsi bahasa Melayu adalah berterusan. MenurutChew Hock Thye (1975), bahasa Melayu mula-mula berfungsi sebagai asas bagiperjuangan kemerdekaan, dan kemudian sebagai asas untuk menyatukan rakyatyang berbilang bangsa dan keturunan yang telah mencapai kemerdekaan itu.
  34. 34. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 1736.10.3 Akta Bahasa KebangsaanPerkara 152, Perlembagaan Persekutuan mencatatkan bahasa Melayu yangkemudiannya disebut bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi ialah seperti berikut: „Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang oleh parlimen.‰Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (disemak 1971) mula berkuat kuasa pada April1963. Akta ini mengandungi tiga seksyen, iaitu meliputi aspek-aspek tulisan,bentuk angka dan bahasa dalam borang rasmi kerajaan. Sepuluh tahun selepasmerdeka, Akta Bahasa Kebangsaan 1976 diluluskan di Semenanjung Malaysia.Akta tersebut kemudiannya disemak dan disatukan dengan Akta BahasaKebangsaan 1963 menjadi Akta Bahasa Kebangsaan 1976.Akta ini dengan jelas memperuntukkan bahawa selepas 1 September 1967,bahasa kebangsaan hendaklah digunakan bagi maksud-maksud rasmi, kecualidalam beberapa kes tertentu seperti undang-undang yang sedia ditulis dalambahasa Inggeris, perhubungan dengan dunia luar dan sebagainya.Di peringkat sekolah, pada mulanya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantarhanya pada peringkat sekolah rendah. Sejak tahun 1958, bahasa Melayudiperkenalkan sebagai bahasa pengantar di kelas-kelas menengah aliran Melayuyang kemudiannya menjadi sekolah menengah kebangsaan. Pada tahun 1983,universiti-universiti tempatan pertama kali menerima pelajar Tahun 1 yang telahmendapat keseluruhan pendidikan dalam bahasa pengantar bahasa Melayu.6.10.4 Akta PendidikanAkta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961) menegaskan peranan bahasaMelayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Sebelum wujudnyaAkta Pendididkan, dalam Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib telahmenegaskan bahawa bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalamsistem pendidikan negara, sama ada peringkat rendah mahupun menengah,termasuk sekolah-sekolah jenis kebangsaan, ataupun di peringkat universiti.Cara ini dapat memperkukuhkan kedudukan dan taraf bahasa Melayu sehinggamampu menjadi wadah serta dapat menyaingi bahasa-bahasa maju yang lain.Bahasa Kebangsaan mempunyai kerangka yang amat kukuh. Menerusipernyataan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan, akta Bahasa Kebangsaandan Akta Pendidikan, bahasa Melayu mampu untuk pergi lebih jauh lagi. Bahasa
  35. 35. 174 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASAMelayu mampu menjadi bahasa antarabangsa jika usaha untuk memperluaskanpenggunaannya dilipatgandakan.Untuk mempertahankan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaandan bahasa rasmi negara, kesepaduan rakyat mestilah sentiasa digembleng.Tegasnya, penggunaan satu bahasa (bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan)akan berjaya mencerminkan jalinan hubungan rakyat Malaysia yang sejati.Jelaslah bahawa Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik serta menuturkanbahasa-bahasa yang berlainan memerlukan satu bahasa, iaitu bahasa kebangsaansebagai dasar bahasa rasmi. Di samping itu, bahasa juga dapat dijadikan alatterpenting untuk mewujudkan dan mengekalkan perpaduan antara kaum. Inidapat mewujudkan negara yang aman dan damai disebabkan semua kaumbersatu disebabkan penggunaan bahasa yang sama iaitu bahasa Melayu sebagaibahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia. Kerjasama daripada semuakaum dalam memilih atau persetujuan bahasa Melayu sebagai BahasaKebangsaan merupakan satu langkah yang baik untuk negara supaya terus majutanpa sebarang gangguan.Bukan sahaja bahasa Melayu digunakan di Malaysia, malahan perlumengembangkannya ke seluruh dunia dalam menjadikan bahasa Melayu sebagaibahasa antarabangsa. Justeru, kerajaan juga telah menjalankan pelbagai carauntuk mengembangkan penggunaan bahasa Melayu dan dalam masa yangsingkat, bahasa Melayu telah nampak memancarkan cahayanya ke seluruhnegara. SEMAK KENDIRI 6.1 (a) Berdasarkan kepentingan bentuk-bentuk bahasa, jelaskan peranan bahasa Melayu dalam konteks negara dalam membentuk perpaduan di kalangan rakyat. Isoglos sebagai garis yang dilakar di sekeliling satu kawasan yang mempunyai ciri sebutan, tatabahasa, atau kosa kata tertentu yang serupa. Keluasan isoglos atau sempadan wilayah bahasa atau dialek ditentukan oleh faktor perpindahan. Dialek geografi merupakan satu bahasa yang digunakan di setiap daerah yang mempunyai kelainan dari sudut bentuk bahasa, sebutan, intonasi, kosa kata dan fonem berdasarkan ruang geografi yang terdapat di sekitarnya.
  36. 36. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 175Pidgin adalah bahasa yang berkembang sebagai alat komunikasi antara duakelompok masyarakat yang tidak mempunyai bahasa yang khusus untukdituturkan dalam kelompok masyarakat tersebut.Bahasa kreol sebagai bahasa pidgin yang telah mempunyai penutur-penuturyang menukarkannya sebagai bahasa pertama.Antara faktor yang telah mempengaruhi kewujudan bahasa kreol adalahfaktor geografi, perkahwinan, perniagaan dan sebagainya.Bahsa kolokial ialah bahasa yang dipakai sehari-hari oleh masyarakat yangtinggal di daerah tertentu.Dialek ialah abentuk tertentu atau variasi satu bahasa yang berhubungdengan satu kawasan geografi atau kumpulan masyarakat.Bahasa baku ialah bahasa yang betul dari segi ejaan, istilah, sebutan,penggunaan kata dan frasa, ayat, singkatan dan akronim, tanda baca, danlaras bahasa.Terdapat enam vokal tulen yang patut disebut dengan betul menurut nilaibunyinya masing-masing iaitu /a/, /e/, / /, /i/, /o/, dan /u/.Terdapat tiga huruf diftong iaitu /ai/, /oi/, dan /au/.Istilah bermaksud satu perkataan atau gabungan kata yang jelasmenerangkan suatu konsep, makna, proses, keadaan atau sifat khusus dalambidang tertentu, yang disepakati oleh pakar-pakar bidang berkenaan.Bahasa Rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi, iaitudalam urusan pemerintahan dan pentadbiran, sistem pendidikan negara,urusan perdagangan dan perusahaan, upacara rasmi, kehakiman dansebagainya.Pemilihan satu bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia timbul sebabperlunya diadakan satu lambang penyatuan, iaitu dengan harapan bahawabahasa itu dapat menjadi dasar bagi satu identifikasi kebangsaan.Dasar bahasa di Malaysia meletakkan kedudukan bahasa Melayu sebagaibahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, seperti terkandung dalam Perkara 152Perlembagaan Persekutuan.Fungsi utama Bahasa Kebangsaan adalah untuk menerbitkan lambanginspirasi dan semangat kebangsaan dan kemerdekaan.
  37. 37. 176 TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA Baba Chibaacano Ekamorfis Isoglos Jargon Kolokial Kreol Pelat Pidgin Slanga Sranan Targot Tekrur VariasiAsmah Haji Omar. (1991). Aspek bahasa dan Kajiannya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Awang Sariyan. (1993). Bahasa Melayu Baku dan Perancangan Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Bahasa inklusif. (2008). Diakses Februari 16, 2008 daripada http://fosee.mmu.edu.my/~maaroff/inklusif.docChambers, J.K. (1990). Dialektologi (Annuar Ayub, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Extreme Hawai Fun Pidgin Team. (2008). Full on pidgin. Diakses Julai 30 daripada www.extreme-hawaii.com/pidgin/Ismail Dahaman. (1994). Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Ismail Hussein. (1992). Sejarah pertumbuhan bahasa kebangsaan kita. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kemunculan bentuk bahasa kreol yang terpesong dalam masyarakat Melayu dan implikasinya terhadap pembaikan bahasa. (2008). Diakses Februari 16, 2008 daripada http://members.tripod.comLyons, J. (1994). Bahasa dan linguistik: Suatu pengenalan (Ramli Salleh dan Toh Kim Hoi, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  38. 38. TOPIK 6 KEPELBAGAIAN BENTUK BAHASA 177Mansoer Pateda. (1994). Sosiolinguistik. Indonesia: Penerbit Angkasa Bandung. Melayu kreol (2008). Diakses Februari 16, 2008 daripada http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_MelayuNoresah Baharom. (2005). Kamus dewan edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Portal Pendidikan Utusan. (n.d.). Variasi bahasa. Diakses Julai 25, 2008 daripada http://www.tutor.com.my/tutor/stpm/variasi_bahasa.htmPidgin.com. (2008). Diakses Julai 28, 2008 daripada http://www.pidgin.comPidgin-magazine. (2008) Diakses Julai 28, 2008 daripada http://www.pidgin-magazine.net/Teo Kok Seong. (1997). Pidgin. Pelita Bahasa, 40-43.Trudgill, P. (1984). Sosiolinguistik: Satu pengenalan (Nik Safiah Karim, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

×