SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
Topik 2 Budaya dan
                                        Masyarakat
      HASIL PEMBELAJARAN
      Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
      1.    Menerangkan maksud budaya dan kepentingan budaya dalam
            masyarakat;
      2.    Memberi contoh difusi dalam sesebuah masyarakat;
      3.    Menyenaraikan serta menjelaskan elemen-elemen budaya;
      4.    Menghuraikan maksud integrasi budaya; dan
      5.    Menjelaskan aspek-aspek variasi budaya serta sikap terhadap
            variasi budaya.



           PENGENALAN
Budaya dan masyarakat adalah konsep-konsep yang luas dan mendalam
pengertiannya. Konsep-konsep tersebut sering digunakan untuk memahami
kewujudan sosial masyarakat. Tanpa kedua-dua konsep ini, agak sukar untuk
kita memahami erti kehidupan sebenarnya.

Untuk kita memahami gaya hidup berbagai jenis manusia termasuklah diri kita
sendiri, sosiologi seringkali menggunakan konsep budaya, yang merujuk kepada
perkongsian bersama barangan, ilmu dan kepercayaan sebuah kumpulan
manusia atau masyarakat. Konsep ini tidak terhad kepada seni, sastera, dan
muzik klasik sahaja tetapi merangkumi aspek-aspek kehidupan lain dalam
masyarakat.

Ahli sosiologi membahagikan budaya kepada dua jenis iaitu:

(i)   Budaya kebendaan yang terdiri daripada objek fizikal yang digunakan oleh
      manusia untuk mencapai matlamatnya. Contoh budaya kebendaan adalah
TOPIK 2   BUDAYA DAN MASYARAKAT         17



       seperti peralatan dan mesin yang digunakan dalam pembinaan, atau
       komputer dan mesin kira untuk menyelesaikan masalah matematik.

(ii)   Budaya bukan kebendaan yang terdiri daripada nilai-nilai, seni lukisan,
       bahasa, pandangan hidup dan simbol yang mewakili dunia sosial dan
       fizikal. Contoh budaya bukan kebendaan adalah seperti cerita dongeng
       kanak-kanak, kod perundangan, muzik dan pandangan hidup yang
       dipelajari semasa dewasa.

       Dalam topik ini, kita akan mengupas aspek budaya bukan kebendaan dan
       serta pengaruhnya ke atas ahli masyarakat.


 2.1        PERKEMBANGAN BUDAYA MASYARAKAT
Sebagai seorang manusia, kita tidak boleh lari daripada pengaruh budaya. Sama
ada anda seorang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau sebagainya, anda
sudah semestinya membesar dalam sesebuah masyarakat yang mengamalkan
budaya atau cara hidup yang tersendiri. Kepelbagaian budaya masyarakat
sedunia (sila lihat Rajah 2.1) memastikan bahawa kehidupan manusia sentiasa
menarik dan beraneka ragam.




                 Rajah 2.1: Kepelbagaian budaya masyarakat sedunia


2.1.1       Konsep Budaya
Apakah yang dimaksudkan dengan budaya?

Budaya boleh didefinisikan sebagai corak hidup dan juga sebagai pemahaman
persetujuan yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian
mereka. Ahli sesebuah masyarakat perlu berkongsi idea asas yang sama tentang
18         TOPIK 2   BUDAYA DAN MASYARAKAT



bagaimana masyarakat mereka berfungsi, apa yang penting dalam kehidupan
mereka, apakah artifak mereka dan apakah maksud tindak-tanduk mereka.

Struktur sosial masyarakat merujuk kepada perkara yang praktikal atau
instrumen yang berkaitan dengan hubungan sosial, manakala budaya merujuk
kepada aspek simbolik atau luahan perasaan hubungan sosial tersebut.

Semua makhluk mempunyai corak kehidupan masing-masing, iaitu kepercayaan
agama, gaya membesarkan anak, strategi mencari nafkah seharian, cara
memperolehi tempat tinggal dan sebagainya. Apa yang menarik tentang budaya
ialah ia mencorakkan kehidupan sesebuah masyarakat melalui proses
pembelajaran.

Kebanyakan anak haiwan berupaya untuk hidup setelah dilahirkan dengan
sendiri, tetapi bayi manusia memerlukan penjagaan rapi oleh ibu bapa mereka
untuk terus hidup. Beberapa jam setelah dilahirkan, seekor anak kuda sudah
boleh menendang dan berlari. Bayi yang baru dilahirkan hanya mempunyai
beberapa tindakan refleks. Bagaimanakah bayi memperolehi budaya?
Persekitaran sosialnya akan mendidiknya supaya memperolehi pelbagai
kemahiran. Melalui kemahiran jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial, kanak-
kanak itu akan memahami budaya dan masyarakatnya.

Terdapat beberapa kejadian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidak
terdedah kepada interaksi masyarakat akan membesar secara tidak normal.
Tingkahlaku mereka ternyata kurang bersifat manusia. Mereka berkomunikasi
hanya dengan berbunyi, tidak mampu mengawal pergerakan mereka dan tidak
kisah dengan manusia di sekeliling mereka. Ini membuktikan bahawa manusia
perlu belajar untuk menjadi manusia. Perkembangan manusia bergantung
kepada sosialisasinya, iaitu proses interaksi di mana manusia akan mempelajari
identitinya dan kemahiran bersosial.

Isi kandungan sosialisasi bergantung kepada budaya sesuatu masyarakat
tersebut. Melalui proses sosialisasi, kita memperolehi budaya masyarakat di
mana kita dibesarkan.


          SEMAK KENDIRI 2.1
     1.     Apakah yang anda faham dengan maksud budaya?
     2.     Apakah perbezaan di antara budaya dan masyarakat?
     3.     Jelaskan kepentingan budaya kepada masyarakat.
TOPIK 2   BUDAYA DAN MASYARAKAT            19



2.1.2      Difusi
Apakah yang dimaksudkan dengan difusi? Bilakah difusi berlaku?

Melalui proses difusi, manusia akan menyerap budaya orang lain ke dalam
budayanya sendiri. Proses ini memperkayakan budaya asal dengan elemen-
elemen etnik yang tidak wujud sebelumnya dalam budaya dominan masyarakat
tersebut. Difusi mencakupi aspek-aspek seperti fesyen, muzik, tarian, makanan
dan sebagainya.

Kita boleh menyaksikan aspek-aspek difusi dalam budaya di Amerika Syarikat:
•   Tarian yang menggabungkan elemen salsa dari Latin Amerika.
•   Muzik reggae dari kepulauan Caribbean, muzik jazz dan blues yang diserap
    dari budaya African American.
•   Makanan seperti pizza dari Itali, frankfurter dari Jerman, taco dari Mexico,
    sushi dari Jepun dan falafel dari Timur Tengah (sila lihat Rajah 2.2).

Perlu dinyatakan bahawa penyerapan budaya asing ke dalam budaya asal adalah
kurang merbahaya. Kebiasaannya, budaya asal masih dikekalkan oleh ahli
masyarakat tersebut.




             Rajah 2.2: Makanan yang diserap dari budaya-budaya asing
20        TOPIK 2   BUDAYA DAN MASYARAKAT




        AKTIVITI 2.1

     Berikan contoh difusi dalam masyarakat Malaysia.




2.2        ELEMEN-ELEMEN BUDAYA
Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam mengatur kehidupan seharian.
Pembelajaran, upacara perkahwinan dan aspek-aspek lain dalam budaya
dipelajari dan disampaikan melalui interaksi di antara manusia dalam sesebuah
masyarakat. Misalnya, di India, lazimnya ibu bapa memilih jodoh untuk anak
mereka. Tetapi di Amerika lain pula caranya. Ibu bapa memberi kebebasan
kepada anak mereka mencari jodoh sendiri. Aspek-aspek budaya yang lazimnya
membentuk cara bagaimana sesebuah masyarakat itu hidup adalah:

 •    Bahasa
 •    Norma
 •    Kawalan
 •    Nilai



2.2.1      Bahasa
Tahukah anda mengapa bahasa penting dalam sesebuah masyarakat?

Pada hari ini, terdapat sebanyak 7,000 bahasa yang ditutur di seluruh dunia.
Bilangan ini melebihi jumlah negara yang terdapat di dunia. Dalam sesebuah
negara, mungkin ada lebih daripada satu bahasa yang digunakan untuk bertutur.
Misalnya, di Malaysia terdapat penggunaan bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin
dan Tamil. Namun begitu ada juga negara yang hanya menggunakan satu
bahasa sahaja seperti di Korea dan Jepun.

Penggunaan bahasa mencerminkan budaya sesebuah bangsa. Bahasa Inggeris
banyak menggunakan frasa yang dikaitkan dengan peperangan, misalnya
conquering space (menakluki angkasa lepas), waging war on drugs (memerangi
dadah), dan sebagainya. Ini mencerminkan betapa pentingnya peperangan
dalam budaya orang Inggeris. Begitu juga di Malaysia, perkataan-perkataan
seperti galas, bimbit dan kepit mencerminkan bahawa kita banyak menggunakan
tenaga anggota.
TOPIK 2   BUDAYA DAN MASYARAKAT             21



Bahasa merupakan asas kepada setiap budaya masyarakat. Bahasa adalah sistem
perkataan yang bermakna dan bersimbol untuk setiap aspek budaya. Ia
melibatkan pertuturan, penulisan, nombor, simbol, dan pergerakan yang tidak
menggunakan bahasa dan penyataan. Memandangkan bahasa merupakan asas
sesebuah budaya, maka penguasaan beberapa bahasa dilihat sebagai penting
dalam perhubungan di antara pelbagai bangsa.

Ini ternyata benar jika kita melihat penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa
antarabangsa. Penguasaan bahasa tersebut penting untuk kita berinteraksi pada
peringkat global seperti di persidangan Bangsa-bangsa Bersatu, seminar
antarabangsa, atau untuk menerbitkan penulisan dalam jurnal luar negara.
Selepas peristiwa September 11, kerajaan Amerika menyarankan bahawa
anggota perisik mereka menguasai bahasa Arab untuk memudahkan tugas
menjejak pengganas.

Walaupun bahasa merupakan budaya sejagat, namun terdapat beberapa
perbezaan dalam penggunaannya. Misalnya, bahasa Arab menggunakan
perkataan yang berbeza mengikut jantina orang yang bertutur. Begitu juga
dengan bahasa Inggeris di mana penggunaan he dan she membezakan siapa
yang dimaksudkan dalam perbualan. Tetapi dalam Bahasa Melayu kita tidak
dapat membezakan di antara jantina sebab perbezaan ini tidak ditekankan.


2.2.2      Norma
Apakah itu norma?

Untuk hidup dalam sesebuah masyarakat, kita perlu bersetuju tentang apa yang
boleh kita lakukan dan apa yang tidak boleh diterima oleh masyarakat. Sebagai
contoh, kita tidak boleh mengambil barang jiran kita tanpa meminta
kebenarannya terlebih dahulu. Ada perbezaan di antara mencuri dan meminjam
dan ini bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak. Persetujuan atau
kesefahaman inilah yang mengawal kehidupan seharian kita dan membuat kita
berfikir tentang perbuatan kita. Apabila kita memasuki institusi pengajian tinggi,
berkahwin atau mula bekerja, kita perlu tahu apakah jangkaan orang terhadap
kita dalam sesuatu situasi tersebut. Jangkaan seperti ini dipanggil norma.

Norma adalah peraturan sosial yang menentukan tingkahlaku yang boleh
diterima dan tidak boleh diterima dalam sesuatu situasi. Ia memberitahu kita
apakah yang ‰boleh‰, ‰mesti‰, ‰tidak boleh‰ atau ‰tidak semestinya‰ dilakukan.

Semua budaya mempunyai peraturan sosial yang melibatkan hal-hal tentang
seks, harta dan keselamatan. Tetapi norma bukan sahaja tentang peraturan.
22        TOPIK 2     BUDAYA DAN MASYARAKAT



Norma menyediakan panduan yang boleh kita aplikasikan kepada tindak-
tanduk kita agar sesuai dengan orang lain apabila terdapat situasi yang kurang
jelas atau kabur. Norma menyediakan piawai di mana kita menilai orang lain
dan membuat keputusan tentang bagaimana kita berinteraksi dengan mereka.

Di Barat, secara lazimnya pengguna-pengguna pengangkutan awam membaca
suratkhabar, merenung iklan atau bercakap tentang cuaca pada hari itu.
Seseorang yang tidak mengikuti peraturan ini kerana sibuk bersembang akan
dianggap sebagai orang asing oleh pengguna-pengguna pengangkutan awam
yang lain. Dia tidaklah dilihat sebagai seseorang yang merbahaya. Tetapi
sekiranya seseorang itu menendang kaki penumpang yang lain, dia akan dilihat
sebagai seseorang yang merbahaya dan menyebabkan penumpang yang
ditendang menjerit meminta tolong.

Walaupun norma merupakan ciptaan manusia, kita mengalaminya sebagai
sebahagian daripada ciri-ciri persekitaran sosial kita. Manusia merujuk kepada
beberapa norma yang dianggap penting (kawalan) dan hukuman dijatuhkan
kepada mereka yang melanggarnya.

Ahli sosiologi mengkelaskan norma kepada dua jenis iaitu yang formal dan tidak
formal (sila lihat Jadual 2.1):

           Jadual 2.1: Norma yang Formal dengan Norma yang Tidak Formal

 (1)   Norma yang      Norma yang telah didokumenkan dan ditetapkan jenis
       formal          hukumannya sekiranya seseorang itu melanggar norma tersebut.
                       Undang-undang adalah norma yang formal.

 (2)   Norma yang      Norma yang diterimapakai oleh sebuah masyarakat tetapi tidak
       tidak formal    didokumenkan, contohnya pakaian yang sesuai dipakai.
                       Memakai baju yang dipenuhi oleh manik berkilat ke pejabat
                       bukanlah salah tetapi tidak sesuai. Ia lebih sesuai dipakai ke
                       majlis malam.
TOPIK 2   BUDAYA DAN MASYARAKAT              23



Penerimaan norma bergantung kepada beberapa faktor (sila lihat Jadual 2.2):

                     Jadual 2.2: Faktor-Faktor Penerimaan Norma

(1)   Norma yang tidak diikuti    Merokok tidak digalakkan dalam masyarakat
      oleh kebanyakan ahli        Malaysia tetapi remaja kita masih menghisap rokok
      masyarakat.                 di dalam atau di luar sekolah.

(2)   Norma yang tidak            Lumba haram sangat diminati oleh kumpulan remaja
      diterima oleh masyarakat    Mat Rempit yang telah menjadikannya norma
      umum tetapi diterima        mereka. Walaubagaimanapun, lumba haram tidak
      oleh segelintir individu.   diterima sebagai norma bagi masyarakat umum di
                                  Malaysia.

(3)   Norma yang diketepikan      Anda terdengar jeritan kanak-kanak yang didera oleh
      kerana ia bercanggah        ibu bapanya. Anda serba salah untuk mengambil
      dengan norma yang lain.     tindakan. Sekiranya anda menolongnya, anda
                                  mungkin merasa seolah-olah anda menjaga tepi kain
                                  orang. Tetapi pada masa yang sama, jika anda tidak
                                  menghiraukan jeritan tersebut, anda seperti
                                  menggalakkan penderaan tersebut berlanjutan.

(4)   Norma yang bercanggah       Membunuh seseorang bukanlah norma yang boleh
      tetapi masih boleh          diterima sewenang-wenangnya di mana-mana
      diterima.                   negara.    Tetapi   membunuh       dengan     sebab
                                  mempertahankan diri boleh diterima. Membunuh
                                  musuh dalam peperangan dianggap norma bagi
                                  askar dan adakalanya diberi ganjaran dan kepujian.

(5)   Norma yang bergantung       Di Malaysia ketika zaman sebelum merdeka,
      kepada perubahan situasi    perkahwinan campur di antara kaum tidak dapat
      politik, ekonomi dan        diterima sebagai norma masyarakat kita. Tetapi pada
      sosial.                     hari ini, perkahwinan campur sudah menjadi norma
                                  terutamanya di bandar-bandar seperti Kuala
                                  Lumpur.



        AKTIVITI 2.2
      Anda seorang guru disiplin. Jelaskan norma-norma yang harus
      dipatuhi oleh pelajar-pelajar di sekolah anda.
24        TOPIK 2    BUDAYA DAN MASYARAKAT




2.2.3       Kawalan
Apakah itu kawalan?

Kawalan bermaksud ganjaran atau hukuman ke atas tingkahlaku bersabit
dengan norma sosial (sila lihat Jadual 2.3):

                    Jadual 2.3: Kawalan Positif dengan Kawalan Negatif

(1)   Kawalan positif:         Sebagai contoh, jika anda mendapat straight As dalam
      Berbentuk pujian atau    ujian SPM, anda akan dihormati oleh rakan-rakan anda
      ganjaran.                serta peluang anda menjejakkan kaki ke menara gading
                               semakin cerah.

(2)   Kawalan negatif:         Sebagai contoh, pemandu kenderaan yang tidak
      Berbentuk denda,         membayar tiket letak kereta akan dikenakan saman.
      ugutan atau hukuman
      penjara.




2.2.4       Nilai
Tahukah anda apakah maksud nilai?

Nilai merupakan andaian dan penilaian yang dilakukan terhadap bahan,
matlamat atau keadaan yang dianggap penting, diingini dan perlu dicapai. Di
Amerika, menghormati hak individu memiliki harta adalah satu nilai penting, di
samping hak individu bersendirian dan kebebasan bersuara. Nilai membentuk
sistem norma masyarakat dengan mendefinisikan kriteria untuk menilai
tingkahlaku yang boleh diterima dan ditolak.

Namun begitu, nilai tidak semestinya menentukan tingkahlaku kita. Norma yang
menentukan persepsi tingkahlaku yang ideal dalam sesuatu situasi. Ia tidak
semestinya mencerminkan perkara atau tingkahlaku yang sebenar. Walaupun
nilai hak individu itu adalah satu nilai yang penting di Amerika, namun begitu
barang kepunyaan pelajar boleh diperiksa oleh guru sekolah, kehidupan pekerja
boleh disiasat oleh majikannya, dan sejarah latarbelakang peminjam boleh
diminta oleh pihak bank.

Nilai mempengaruhi tingkahlaku manusia dan digunakan sebagai kayu ukur
untuk menilai tingkahlaku orang lain. Nilai, norma dan kawalan sesuatu budaya
mempunyai kaitan antara satu sama lain. Misalnya, sesuatu masyarakat yang
meletakkan nilai tinggi ke atas institusi kekeluargaan akan mewujudkan norma
TOPIK 2   BUDAYA DAN MASYARAKAT             25



dan kawalan ketat sebagai usaha untuk memastikan tidak berlakunya zina atau
perceraian.

Nilai sesuatu budaya itu boleh berubah tetapi kebanyakan nilai seseorang itu
akan berkekalan sepanjang hayatnya. Ahli sosiologi Robin M. Williams (1970)
menyenaraikan nilai asas manusia seperti berikut:

                      •   Kejayaan
                      •   Kecekapan
                      •   Keselesaan kebendaan
                      •   Nasionalisme
                      •   Keadilan
                      •   Keagungan sains
                      •   Kepercayaan

Nilai-nilai pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi di Amerika berbeza
dengan senarai nilai asas manusia di atas. Selama 39 tahun yang lepas, pelajar di
Amerika Syarikat telah meletakkan nilai menjadi mewah dari aspek wang ringgit
sebagai nilai yang dikaitkan dengan kuasa. Tahap kedudukan juga merupakan
nilai yang semakin diterima umum.

Walaubagaimanapun, nilai membentuk falsafah hidup yang bermakna dan
altruism merupakan nilai yang semakin diketepikan. Pada akhir-akhir ini, pelajar
di universiti didapati mengamalkan budaya plagiarisme di mana sebahagian
besar tugasan bertulis mereka diceduk daripada internet.


          AKTIVITI 2.3
     1.     Apakah elemen-elemen yang penting dalam sesuatu budaya?
     2.     Pada pendapat anda, nilai apakah yang telah berubah dalam
            pelajar sekolah pada hari ini berbanding dengan pelajar sekolah
            pada zaman 60an?
     3.     Nilai apakah yang penting dalam hidup anda?
26         TOPIK 2   BUDAYA DAN MASYARAKAT




 2.3        INTEGRASI BUDAYA DAN VARIASI
            BUDAYA
Apakah yang dimaksudkan dengan integrasi budaya?

Setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Setiap budaya pula
mempunyai keunikannya. Misalnya, mereka yang tinggal di kawasan yang
mempunyai empat musim akan mengalami musim luruh, sejuk, bunga dan
panas. Pada setiap musim pula mereka akan mengenakan pakaian yang
bersesuaian dengan musim yang dialami. Ini amat berbeza dengan mereka yang
tinggal di kawasan khatulistiwa yang sentiasa mengalami musim panas dan
berpakaian nipis.

Variasi budaya boleh juga dilihat pada makanan. Mereka yang tinggal di
Malaysia, Thailand, Indonesia dan India lebih gemar makan nasi berbanding
dengan mereka yang tinggal di Amerika, Australia dan United Kingdom yang
lebih gemar makan ubi kentang.

Budaya sesuatu kaum itu disesuaikan dengan keadaan sekeliling seperti cuaca,
lokasi, bilangan penduduk dan juga tahap teknologi. Walaupun terdapat
persamaan seperti agama, namun terdapat variasi di antara budaya. Misalnya, di
Malaysia terdapat variasi budaya di antara orang Melayu di negeri-negeri di
utara dan di selatan.


2.3.1       Aspek Variasi Budaya
Variasi budaya merupakan fenomena sosiologi yang mewarnai kehidupan
manusia sejak permulaan tamadun manusia lagi. Di sini, kita akan
membincangkan tiga perkara:
•     Budaya kecil
•     Counterculture
•     Kejutan budaya

(a)    Budaya Kecil

       Apakah itu budaya kecil?

       Budaya kecil adalah seperti budaya yang diikuti oleh petani yang bekerja di
       bendang, nelayan yang ke laut atau penjual sayur di pasar. Mereka ini
       merupakan sebahagian kecil daripada masyarakat yang lebih besar. Mereka
TOPIK 2   BUDAYA DAN MASYARAKAT           27



mempunyai nilai, norma dan adat resam yang tersendiri. Budaya kecil
boleh dianggap sebagai sebuah budaya yang wujud di dalam budaya yang
dominan dalam sesebuah masyarakat. Budaya kecil ini ternyata wujud
dalam sesebuah masyarakat seperti Malaysia yang terdiri daripada
pelbagai kaum.

Sambil mengamalkan budaya kecil, mereka ini juga melibatkan diri dalam
budaya yang dominan dalam masyarakat. Keadaan ini mewujudkan
sebuah bahasa (argot) yang hanya digunakan oleh ahli dalam budaya kecil
tersebut. Misalnya, nelayan ada bahasanya tersendiri yang terdiri daripada
perkataan-perkataan yang mungkin tidak difahami oleh orang yang bukan
nelayan. Bahasa inilah yang digunakan oleh penghuni-penghuni kampung
nelayan (sila lihat Rajah 2.3) sebagai corak komunikasi di antara mereka.




                     Rajah 2.3: Kampung nelayan

Di Malaysia, kita sering mendengar tentang budaya anak-anak remaja kita
(sila lihat Rajah 2.4). Mereka ini dalam golongan usia belasan tahun dan
mempunyai gaya hidup mereka tersendiri (pakaian, muzik, bahasa dan
makanan) yang berlainan dengan golongan usia 20an dan 30an. Mereka ini
juga digolongkan dalam budaya kecil.




               Rajah 2.4: Remaja Cina, India dan Melayu
28       TOPIK 2   BUDAYA DAN MASYARAKAT



(b)   Counterculture
      Counterculture merujuk kepada corak budaya yang kuat menentang
      budaya yang diterima oleh masyarakat umum. Pada zaman 1960an,
      terdapat kumpulan remaja counterculture yang menolak budaya aliran
      utama pada masa itu yang dianggap terlalu mementingkan diri, kuat
      bersaing dan mengejar kebendaan. Kumpulan hippies dan counterculture
      yang lain lebih gemar kepada budaya yang bercorak gaya hidup
      bekerjasama dan mementingkan perkembangan pertumbuhan individu.
      Perbezaan ini mengakibatkan sesetengah golongan manusia keluar
      daripada kumpulan masyarakat tersebut.

(c)   Kejutan Budaya
      Apakah yang dimaksudkan dengan kejutan budaya?

      Istilah kejutan budaya merujuk kepada perasaan yang bersifat
      mengelirukan (disorienting) dan menekan (stressful) yang dialami oleh
      manusia apabila mereka memasuki atau mengalami persekitaran budaya
      yang asing.

      Terdapat banyak perbezaan di antara budaya sesebuah negara dengan
      negara-negara yang lain. Ramai manusia yang beranggapan bahawa
      budaya negaranya adalah lebih hebat daripada budaya negara lain. Dengan
      berlandaskan pemikiran sedemikian, maka tidak hairanlah jika seseorang
      itu mendapati dirinya kurang selesa dengan budaya yang dilihatnya
      apabila mengembara atau melancong ke negara lain.

      Bayangkan seorang pelajar Melayu dari luar bandar yang dianugerahkan
      biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah universiti di luar
      negara seperti di bandaraya New York (sila lihat Rajah 2.5).
      Memandangkan beliau tidak pernah keluar daripada kampung
      halamannya, sudah pasti beliau akan terkejut melihat gaya hidup
      penduduk New York yang berpusu-pusu berjalan ke destinasi masing-
      masing tanpa mengendahkan orang lain. Beliau juga akan hairan melihat
      jenis pakaian yang mereka pakai dan cara pergaulan mereka seharian.
      Semua ini akan dianggap sebagai sesuatu yang sangat pelik dan asing bagi
      beliau. Perasaan yang dialami oleh beliau pada ketika itu boleh ditafsirkan
      sebagai kejutan budaya.
TOPIK 2   BUDAYA DAN MASYARAKAT           29




                         Rajah 2.5: Bandaraya New York


2.3.2      Sikap Terhadap Variasi Budaya
Variasi budaya memastikan bahawa kehidupan manusia sentiasa beraneka
ragam dan menarik coraknya. Walaubagaimanapun, ada juga pihak yang kurang
menerima kepelbagaian budaya lalu bertindakbalas secara negatif terhadapnya.
Dalam bahagian ini, kita akan mengkaji fenomena etnosentrisme serta
penawarnya iaitu cultural relativism.

(a)   Etnosentrisme
      Apabila seseorang itu melalui kejutan budaya, beliau berkemungkinan
      mentafsir budaya asing dengan membuat perbandingan dengan budayanya
      sendiri. Selalunya, beliau akan membuat rumusan bahawa budaya yang
      baru ini adalah kurang baik berbanding dengan budayanya. Misalnya,
      kumpulan budaya seperti Caribs, Kiowas, Lapps dan Tunguses
      menganggap diri mereka sebagai „manusia‰. Secara tidak langsung, ini
      membuat mereka memandang mereka yang bukan ahli kumpulan mereka
      sebagai „bukan manusia‰.

      Etnosentrisme wujud disebabkan kurang pemahaman tentang budaya.
      Sekiranya kita melihat sesuatu budaya tersebut luar daripada konteksnya,
      kemungkinan budaya itu akan dianggap pelik atau aneh.

      Pada zaman dahulu di negara Cina, kaum perempuan dikehendaki
      mengikat atau membalut kaki mereka agar kaki mereka tidak membesar.
      Kita mungkin menganggap perbuatan ini sebagai zalim dan
      mendiskriminasi kaum perempuan, tetapi orang Cina pada zaman itu tidak
      beranggapan demikian. Perempuan yang saiz kaki kecil dianggap cantik
      dan menawan.

      Di Malaysia, kita membuka kasut apabila kita memasuki rumah sebagai
      tanda hormat. Tetapi di Barat, budaya ini dianggap kurang selesa. Mereka
      sebaliknya memakai kasut sehingga masuk ke dalam bilik tidur.
30         TOPIK 2   BUDAYA DAN MASYARAKAT




           AKTIVITI 2.4

      Cari seorang rakan sekelas yang pernah pergi ke luar negara.
      Tanyakan kepadanya sama ada terdapat perbezaan budaya di antara
      negara yang dilawati dengan negara kita. Jika ada, cuba berikan alasan
      untuk kewujudan perbezaan tersebut.


(b)   Cultural Relativism
      Sekiranya etnosentrisme adalah satu anggapan yang kurang tepat
      mengenai sesebuah budaya asing, maka alternatifnya ialah cultural
      relativism. Mempraktikkan cultural relativism bukanlah mudah. Kita perlu
      menanam sikap terbuka terhadap budaya orang lain, menerima nilai dan
      norma yang berbeza, serta tidak menilai mengikut kepercayaan dan nilai
      kita.

      Sikap begini sangat penting pada hari ini di mana kita berinteraksi dengan
      manusia daripada berbilang kaum dan budaya. Di Malaysia, terdapat tiga
      kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum etnik yang lain
      seperti Iban dan Kadazan. Negara-negara seperti Amerika, Britain dan
      Australia juga mempunyai rakyat yang berbilang bangsa. Sudah jelas
      bahawa dalam konteks muhibbah sebegini, cultural relativism harus
      dipupuk untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan negara. Ini
      sangat penting untuk memastikan rakyat memahami budaya serta dapat
      menerimanya dengan fikiran terbuka.


           AKTIVITI 2.5

      1.     Bagaimanakah manusia menilai perbezaan budaya?
      2.     Pada pandangan anda, adakah wujud suatu budaya globalisasi?
             Sekiranya ya, adakah ia sesuatu yang positif atau negatif?
             Mengapa?
TOPIK 2   BUDAYA DAN MASYARAKAT           31




•   Budaya adalah corak hidup dan juga pemahaman persetujuan yang
    digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian.

•   Budaya dicorakkan melalui sosialisasi di mana individu berinteraksi dengan
    masyarakat di sekelilingnya untuk memperolehi kemahiran sosial.

•   Melalui proses difusi, manusia akan menyerap budaya lain ke dalam
    budayanya sendiri.

•   Terdapat beberapa elemen dalam budaya seperti bahasa, norma, kawalan
    dan nilai. Setiap elemen ini mempunyai fungsinya tersendiri.

•   Setiap budaya di dunia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kelainan
    budaya ini dipengaruhi oleh keadaan seperti cuaca, lokasi, bilangan
    penduduk dan juga tahap teknologinya.

•   Variasi dalam budaya akan menimbulkan budaya kecil, counterculture dan
    kejutan budaya.

•   Sikap manusia terhadap variasi budaya harus diambilkira. Ada manusia
    yang bersikap etnosentrik iaitu menganggap budayanya lebih baik daripada
    budaya asing.

•   Kita harus menilai sesuatu budaya asing itu di dalam konteks masyarakat
    yang mengamalkannya. Cultural relativism membantu kita saling memahami
    dan memupuk semangat toleransi di antara satu sama lain.




Bahasa                                  Integrasi budaya
Budaya                                  Kawalan
Budaya kecil                            Kejutan budaya
Counterculture                          Nilai
Cutural relativism                      Norma
Difusi budaya                           Variasi budaya
Etnosentrisme
32       TOPIK 2   BUDAYA DAN MASYARAKAT




Macionis, J. J. (2005). Sociology. Upper Saddle River: Pearson.

Schaefer, R. T. (2008). Sociology. Boston: McGraw-Hill.

http://www.TheSociologyPage.com (or http://www.macionis.com)

More Related Content

What's hot

Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukAsmawi Abdullah
 
Konflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putihKonflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putihTaufik Salleh
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuErica Leenya
 
Teater Bangsawan
Teater Bangsawan  Teater Bangsawan
Teater Bangsawan keryman313
 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerjaAsri Mohad
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanPihin Hassanal
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahFez Na
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualHui Chew
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAhmad NazRi
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)STPMVi
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologinurul amyeza
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonhasila300978
 
Fonem dan alofon
Fonem dan alofonFonem dan alofon
Fonem dan alofonCikgu Isnin
 

What's hot (20)

Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-PendudukGeografi STPM-Bahagian B-Penduduk
Geografi STPM-Bahagian B-Penduduk
 
Konflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putihKonflik perebutan pulau batu putih
Konflik perebutan pulau batu putih
 
Maksud nilai
Maksud nilaiMaksud nilai
Maksud nilai
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
 
Teater Bangsawan
Teater Bangsawan  Teater Bangsawan
Teater Bangsawan
 
2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja2.2.2 kata kerja
2.2.2 kata kerja
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
Kepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkahKepentingan biodiversiti dan langkah
Kepentingan biodiversiti dan langkah
 
Prinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni VisualPrinsip Rekaan Seni Visual
Prinsip Rekaan Seni Visual
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
Bahasa Melayu Klasik (STPM Sem 1)
 
Beberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologiBeberapa konsep dalam morfologi
Beberapa konsep dalam morfologi
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Fonem dan alofon
Fonem dan alofonFonem dan alofon
Fonem dan alofon
 
Makna sastera
Makna sasteraMakna sastera
Makna sastera
 
Konsep masyarakat
Konsep masyarakatKonsep masyarakat
Konsep masyarakat
 

Similar to Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)

Komunikasi antar budaya 1
Komunikasi antar budaya 1Komunikasi antar budaya 1
Komunikasi antar budaya 1maneicon22
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnikDhani Ahmad
 
Konseling lintas sosial
Konseling lintas sosialKonseling lintas sosial
Konseling lintas sosialSarahBela25
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Mohammad Yaqin
 
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasionalRendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasionalMustofa Hidayat
 
KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)
KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)
KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)Ashikin Azeman
 
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasionalRendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasionalMustofa Hidayat
 
Kartul ridhos + halaman
Kartul ridhos + halamanKartul ridhos + halaman
Kartul ridhos + halamanRidho Pasopati
 
Ilmu Sosial Budaya Dasar ( manusia sebagai makhluk budaya )
Ilmu Sosial Budaya Dasar ( manusia sebagai makhluk budaya )Ilmu Sosial Budaya Dasar ( manusia sebagai makhluk budaya )
Ilmu Sosial Budaya Dasar ( manusia sebagai makhluk budaya )Chatrin Evelin
 
10. komunikasi lintas budaya 2
10. komunikasi lintas budaya 210. komunikasi lintas budaya 2
10. komunikasi lintas budaya 2Yoga Pratama
 
Intercultural communication
Intercultural communication Intercultural communication
Intercultural communication Ratih Aini
 
Bab1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Bab1 Konsep Asas Hubungan EtnikBab1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Bab1 Konsep Asas Hubungan Etnikkita1malaysia
 

Similar to Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat) (20)

HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2
HBSS3203 Pengenalan Sosiologi Topik 2
 
Komunikasi antar budaya 1
Komunikasi antar budaya 1Komunikasi antar budaya 1
Komunikasi antar budaya 1
 
Tuesday
TuesdayTuesday
Tuesday
 
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnikBab 1 :  konsep konsep asas hubungan etnik
Bab 1 : konsep konsep asas hubungan etnik
 
Konseling lintas sosial
Konseling lintas sosialKonseling lintas sosial
Konseling lintas sosial
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
 
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasionalRendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
 
KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)
KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)
KONSEP ASAS 2 (HUBUNGAN ETNIK)
 
Budaya konteks pendidikan
Budaya konteks pendidikanBudaya konteks pendidikan
Budaya konteks pendidikan
 
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasionalRendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
Rendahnya kesadaran generasi muda akan budaya daerah dan budaya nasional
 
Kartul ridhos + halaman
Kartul ridhos + halamanKartul ridhos + halaman
Kartul ridhos + halaman
 
Makalah kesenian
Makalah kesenianMakalah kesenian
Makalah kesenian
 
KELOMPOK 2 IBU DEVY.pptx
KELOMPOK 2 IBU DEVY.pptxKELOMPOK 2 IBU DEVY.pptx
KELOMPOK 2 IBU DEVY.pptx
 
Keberagaman Budaya.pptx
Keberagaman Budaya.pptxKeberagaman Budaya.pptx
Keberagaman Budaya.pptx
 
Ilmu Sosial Budaya Dasar ( manusia sebagai makhluk budaya )
Ilmu Sosial Budaya Dasar ( manusia sebagai makhluk budaya )Ilmu Sosial Budaya Dasar ( manusia sebagai makhluk budaya )
Ilmu Sosial Budaya Dasar ( manusia sebagai makhluk budaya )
 
Ilmu Budaya Dasar
Ilmu Budaya DasarIlmu Budaya Dasar
Ilmu Budaya Dasar
 
Budaya konteks multikultural
Budaya konteks multikulturalBudaya konteks multikultural
Budaya konteks multikultural
 
10. komunikasi lintas budaya 2
10. komunikasi lintas budaya 210. komunikasi lintas budaya 2
10. komunikasi lintas budaya 2
 
Intercultural communication
Intercultural communication Intercultural communication
Intercultural communication
 
Bab1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Bab1 Konsep Asas Hubungan EtnikBab1 Konsep Asas Hubungan Etnik
Bab1 Konsep Asas Hubungan Etnik
 

More from PAKLONG CIKGU

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017PAKLONG CIKGU
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017PAKLONG CIKGU
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihPAKLONG CIKGU
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihPAKLONG CIKGU
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3PAKLONG CIKGU
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3PAKLONG CIKGU
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 PAKLONG CIKGU
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4PAKLONG CIKGU
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.PAKLONG CIKGU
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanPAKLONG CIKGU
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuPAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3PAKLONG CIKGU
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4PAKLONG CIKGU
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4PAKLONG CIKGU
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4PAKLONG CIKGU
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016PAKLONG CIKGU
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3PAKLONG CIKGU
 

More from PAKLONG CIKGU (20)

ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 penulisan.
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 2 2017
 
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
ujian selaras 2 bahasa melayu tahun 3 2017
 
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3Ulasan Bahasa Melayu  Tahun 3
Ulasan Bahasa Melayu Tahun 3
 
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang BersihLaporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
Laporan Bergambar Pelancaran Sekolah Perak Yang Bersih
 
kertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersihkertas kerja sekolah perak yang bersih
kertas kerja sekolah perak yang bersih
 
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
Latihan penulisan bahasa melayu tahun3
 
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
Soalan Pemahaman Bahasa Melayu Tahun 3
 
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
UJIAN SELARAS BAHASA MELAYU TAHUN3
 
Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3 Bahasa Melayu Tahun 3
Bahasa Melayu Tahun 3
 
soalan sejarah tahun 4
soalan  sejarah  tahun 4soalan  sejarah  tahun 4
soalan sejarah tahun 4
 
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
tajuk karangan bahasa melayu tahun 3.
 
permainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataanpermainan bahasa - cari perkataan
permainan bahasa - cari perkataan
 
Teka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayuTeka silang kata bahasa melayu
Teka silang kata bahasa melayu
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
ujian penulisan bahasa melayu tahun 3
 
Ujian penulisan b.melayu th4
Ujian penulisan b.melayu  th4Ujian penulisan b.melayu  th4
Ujian penulisan b.melayu th4
 
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4ujian  bahasa melayu  pemahaman tahun 4
ujian bahasa melayu pemahaman tahun 4
 
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
ujian penulisan bahasa melayu tahun 4
 
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
Peperiksaan B.Melayu Thn 4 - Format 2016
 
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3Ujian Selaras  Bahasa Melayu Tahun 3
Ujian Selaras Bahasa Melayu Tahun 3
 

Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)

  • 1. Topik 2 Budaya dan Masyarakat HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud budaya dan kepentingan budaya dalam masyarakat; 2. Memberi contoh difusi dalam sesebuah masyarakat; 3. Menyenaraikan serta menjelaskan elemen-elemen budaya; 4. Menghuraikan maksud integrasi budaya; dan 5. Menjelaskan aspek-aspek variasi budaya serta sikap terhadap variasi budaya. PENGENALAN Budaya dan masyarakat adalah konsep-konsep yang luas dan mendalam pengertiannya. Konsep-konsep tersebut sering digunakan untuk memahami kewujudan sosial masyarakat. Tanpa kedua-dua konsep ini, agak sukar untuk kita memahami erti kehidupan sebenarnya. Untuk kita memahami gaya hidup berbagai jenis manusia termasuklah diri kita sendiri, sosiologi seringkali menggunakan konsep budaya, yang merujuk kepada perkongsian bersama barangan, ilmu dan kepercayaan sebuah kumpulan manusia atau masyarakat. Konsep ini tidak terhad kepada seni, sastera, dan muzik klasik sahaja tetapi merangkumi aspek-aspek kehidupan lain dalam masyarakat. Ahli sosiologi membahagikan budaya kepada dua jenis iaitu: (i) Budaya kebendaan yang terdiri daripada objek fizikal yang digunakan oleh manusia untuk mencapai matlamatnya. Contoh budaya kebendaan adalah
  • 2. TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 17 seperti peralatan dan mesin yang digunakan dalam pembinaan, atau komputer dan mesin kira untuk menyelesaikan masalah matematik. (ii) Budaya bukan kebendaan yang terdiri daripada nilai-nilai, seni lukisan, bahasa, pandangan hidup dan simbol yang mewakili dunia sosial dan fizikal. Contoh budaya bukan kebendaan adalah seperti cerita dongeng kanak-kanak, kod perundangan, muzik dan pandangan hidup yang dipelajari semasa dewasa. Dalam topik ini, kita akan mengupas aspek budaya bukan kebendaan dan serta pengaruhnya ke atas ahli masyarakat. 2.1 PERKEMBANGAN BUDAYA MASYARAKAT Sebagai seorang manusia, kita tidak boleh lari daripada pengaruh budaya. Sama ada anda seorang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau sebagainya, anda sudah semestinya membesar dalam sesebuah masyarakat yang mengamalkan budaya atau cara hidup yang tersendiri. Kepelbagaian budaya masyarakat sedunia (sila lihat Rajah 2.1) memastikan bahawa kehidupan manusia sentiasa menarik dan beraneka ragam. Rajah 2.1: Kepelbagaian budaya masyarakat sedunia 2.1.1 Konsep Budaya Apakah yang dimaksudkan dengan budaya? Budaya boleh didefinisikan sebagai corak hidup dan juga sebagai pemahaman persetujuan yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian mereka. Ahli sesebuah masyarakat perlu berkongsi idea asas yang sama tentang
  • 3. 18 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT bagaimana masyarakat mereka berfungsi, apa yang penting dalam kehidupan mereka, apakah artifak mereka dan apakah maksud tindak-tanduk mereka. Struktur sosial masyarakat merujuk kepada perkara yang praktikal atau instrumen yang berkaitan dengan hubungan sosial, manakala budaya merujuk kepada aspek simbolik atau luahan perasaan hubungan sosial tersebut. Semua makhluk mempunyai corak kehidupan masing-masing, iaitu kepercayaan agama, gaya membesarkan anak, strategi mencari nafkah seharian, cara memperolehi tempat tinggal dan sebagainya. Apa yang menarik tentang budaya ialah ia mencorakkan kehidupan sesebuah masyarakat melalui proses pembelajaran. Kebanyakan anak haiwan berupaya untuk hidup setelah dilahirkan dengan sendiri, tetapi bayi manusia memerlukan penjagaan rapi oleh ibu bapa mereka untuk terus hidup. Beberapa jam setelah dilahirkan, seekor anak kuda sudah boleh menendang dan berlari. Bayi yang baru dilahirkan hanya mempunyai beberapa tindakan refleks. Bagaimanakah bayi memperolehi budaya? Persekitaran sosialnya akan mendidiknya supaya memperolehi pelbagai kemahiran. Melalui kemahiran jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial, kanak- kanak itu akan memahami budaya dan masyarakatnya. Terdapat beberapa kejadian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidak terdedah kepada interaksi masyarakat akan membesar secara tidak normal. Tingkahlaku mereka ternyata kurang bersifat manusia. Mereka berkomunikasi hanya dengan berbunyi, tidak mampu mengawal pergerakan mereka dan tidak kisah dengan manusia di sekeliling mereka. Ini membuktikan bahawa manusia perlu belajar untuk menjadi manusia. Perkembangan manusia bergantung kepada sosialisasinya, iaitu proses interaksi di mana manusia akan mempelajari identitinya dan kemahiran bersosial. Isi kandungan sosialisasi bergantung kepada budaya sesuatu masyarakat tersebut. Melalui proses sosialisasi, kita memperolehi budaya masyarakat di mana kita dibesarkan. SEMAK KENDIRI 2.1 1. Apakah yang anda faham dengan maksud budaya? 2. Apakah perbezaan di antara budaya dan masyarakat? 3. Jelaskan kepentingan budaya kepada masyarakat.
  • 4. TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 19 2.1.2 Difusi Apakah yang dimaksudkan dengan difusi? Bilakah difusi berlaku? Melalui proses difusi, manusia akan menyerap budaya orang lain ke dalam budayanya sendiri. Proses ini memperkayakan budaya asal dengan elemen- elemen etnik yang tidak wujud sebelumnya dalam budaya dominan masyarakat tersebut. Difusi mencakupi aspek-aspek seperti fesyen, muzik, tarian, makanan dan sebagainya. Kita boleh menyaksikan aspek-aspek difusi dalam budaya di Amerika Syarikat: • Tarian yang menggabungkan elemen salsa dari Latin Amerika. • Muzik reggae dari kepulauan Caribbean, muzik jazz dan blues yang diserap dari budaya African American. • Makanan seperti pizza dari Itali, frankfurter dari Jerman, taco dari Mexico, sushi dari Jepun dan falafel dari Timur Tengah (sila lihat Rajah 2.2). Perlu dinyatakan bahawa penyerapan budaya asing ke dalam budaya asal adalah kurang merbahaya. Kebiasaannya, budaya asal masih dikekalkan oleh ahli masyarakat tersebut. Rajah 2.2: Makanan yang diserap dari budaya-budaya asing
  • 5. 20 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT AKTIVITI 2.1 Berikan contoh difusi dalam masyarakat Malaysia. 2.2 ELEMEN-ELEMEN BUDAYA Setiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam mengatur kehidupan seharian. Pembelajaran, upacara perkahwinan dan aspek-aspek lain dalam budaya dipelajari dan disampaikan melalui interaksi di antara manusia dalam sesebuah masyarakat. Misalnya, di India, lazimnya ibu bapa memilih jodoh untuk anak mereka. Tetapi di Amerika lain pula caranya. Ibu bapa memberi kebebasan kepada anak mereka mencari jodoh sendiri. Aspek-aspek budaya yang lazimnya membentuk cara bagaimana sesebuah masyarakat itu hidup adalah: • Bahasa • Norma • Kawalan • Nilai 2.2.1 Bahasa Tahukah anda mengapa bahasa penting dalam sesebuah masyarakat? Pada hari ini, terdapat sebanyak 7,000 bahasa yang ditutur di seluruh dunia. Bilangan ini melebihi jumlah negara yang terdapat di dunia. Dalam sesebuah negara, mungkin ada lebih daripada satu bahasa yang digunakan untuk bertutur. Misalnya, di Malaysia terdapat penggunaan bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil. Namun begitu ada juga negara yang hanya menggunakan satu bahasa sahaja seperti di Korea dan Jepun. Penggunaan bahasa mencerminkan budaya sesebuah bangsa. Bahasa Inggeris banyak menggunakan frasa yang dikaitkan dengan peperangan, misalnya conquering space (menakluki angkasa lepas), waging war on drugs (memerangi dadah), dan sebagainya. Ini mencerminkan betapa pentingnya peperangan dalam budaya orang Inggeris. Begitu juga di Malaysia, perkataan-perkataan seperti galas, bimbit dan kepit mencerminkan bahawa kita banyak menggunakan tenaga anggota.
  • 6. TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 21 Bahasa merupakan asas kepada setiap budaya masyarakat. Bahasa adalah sistem perkataan yang bermakna dan bersimbol untuk setiap aspek budaya. Ia melibatkan pertuturan, penulisan, nombor, simbol, dan pergerakan yang tidak menggunakan bahasa dan penyataan. Memandangkan bahasa merupakan asas sesebuah budaya, maka penguasaan beberapa bahasa dilihat sebagai penting dalam perhubungan di antara pelbagai bangsa. Ini ternyata benar jika kita melihat penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa. Penguasaan bahasa tersebut penting untuk kita berinteraksi pada peringkat global seperti di persidangan Bangsa-bangsa Bersatu, seminar antarabangsa, atau untuk menerbitkan penulisan dalam jurnal luar negara. Selepas peristiwa September 11, kerajaan Amerika menyarankan bahawa anggota perisik mereka menguasai bahasa Arab untuk memudahkan tugas menjejak pengganas. Walaupun bahasa merupakan budaya sejagat, namun terdapat beberapa perbezaan dalam penggunaannya. Misalnya, bahasa Arab menggunakan perkataan yang berbeza mengikut jantina orang yang bertutur. Begitu juga dengan bahasa Inggeris di mana penggunaan he dan she membezakan siapa yang dimaksudkan dalam perbualan. Tetapi dalam Bahasa Melayu kita tidak dapat membezakan di antara jantina sebab perbezaan ini tidak ditekankan. 2.2.2 Norma Apakah itu norma? Untuk hidup dalam sesebuah masyarakat, kita perlu bersetuju tentang apa yang boleh kita lakukan dan apa yang tidak boleh diterima oleh masyarakat. Sebagai contoh, kita tidak boleh mengambil barang jiran kita tanpa meminta kebenarannya terlebih dahulu. Ada perbezaan di antara mencuri dan meminjam dan ini bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak. Persetujuan atau kesefahaman inilah yang mengawal kehidupan seharian kita dan membuat kita berfikir tentang perbuatan kita. Apabila kita memasuki institusi pengajian tinggi, berkahwin atau mula bekerja, kita perlu tahu apakah jangkaan orang terhadap kita dalam sesuatu situasi tersebut. Jangkaan seperti ini dipanggil norma. Norma adalah peraturan sosial yang menentukan tingkahlaku yang boleh diterima dan tidak boleh diterima dalam sesuatu situasi. Ia memberitahu kita apakah yang ‰boleh‰, ‰mesti‰, ‰tidak boleh‰ atau ‰tidak semestinya‰ dilakukan. Semua budaya mempunyai peraturan sosial yang melibatkan hal-hal tentang seks, harta dan keselamatan. Tetapi norma bukan sahaja tentang peraturan.
  • 7. 22 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT Norma menyediakan panduan yang boleh kita aplikasikan kepada tindak- tanduk kita agar sesuai dengan orang lain apabila terdapat situasi yang kurang jelas atau kabur. Norma menyediakan piawai di mana kita menilai orang lain dan membuat keputusan tentang bagaimana kita berinteraksi dengan mereka. Di Barat, secara lazimnya pengguna-pengguna pengangkutan awam membaca suratkhabar, merenung iklan atau bercakap tentang cuaca pada hari itu. Seseorang yang tidak mengikuti peraturan ini kerana sibuk bersembang akan dianggap sebagai orang asing oleh pengguna-pengguna pengangkutan awam yang lain. Dia tidaklah dilihat sebagai seseorang yang merbahaya. Tetapi sekiranya seseorang itu menendang kaki penumpang yang lain, dia akan dilihat sebagai seseorang yang merbahaya dan menyebabkan penumpang yang ditendang menjerit meminta tolong. Walaupun norma merupakan ciptaan manusia, kita mengalaminya sebagai sebahagian daripada ciri-ciri persekitaran sosial kita. Manusia merujuk kepada beberapa norma yang dianggap penting (kawalan) dan hukuman dijatuhkan kepada mereka yang melanggarnya. Ahli sosiologi mengkelaskan norma kepada dua jenis iaitu yang formal dan tidak formal (sila lihat Jadual 2.1): Jadual 2.1: Norma yang Formal dengan Norma yang Tidak Formal (1) Norma yang Norma yang telah didokumenkan dan ditetapkan jenis formal hukumannya sekiranya seseorang itu melanggar norma tersebut. Undang-undang adalah norma yang formal. (2) Norma yang Norma yang diterimapakai oleh sebuah masyarakat tetapi tidak tidak formal didokumenkan, contohnya pakaian yang sesuai dipakai. Memakai baju yang dipenuhi oleh manik berkilat ke pejabat bukanlah salah tetapi tidak sesuai. Ia lebih sesuai dipakai ke majlis malam.
  • 8. TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 23 Penerimaan norma bergantung kepada beberapa faktor (sila lihat Jadual 2.2): Jadual 2.2: Faktor-Faktor Penerimaan Norma (1) Norma yang tidak diikuti Merokok tidak digalakkan dalam masyarakat oleh kebanyakan ahli Malaysia tetapi remaja kita masih menghisap rokok masyarakat. di dalam atau di luar sekolah. (2) Norma yang tidak Lumba haram sangat diminati oleh kumpulan remaja diterima oleh masyarakat Mat Rempit yang telah menjadikannya norma umum tetapi diterima mereka. Walaubagaimanapun, lumba haram tidak oleh segelintir individu. diterima sebagai norma bagi masyarakat umum di Malaysia. (3) Norma yang diketepikan Anda terdengar jeritan kanak-kanak yang didera oleh kerana ia bercanggah ibu bapanya. Anda serba salah untuk mengambil dengan norma yang lain. tindakan. Sekiranya anda menolongnya, anda mungkin merasa seolah-olah anda menjaga tepi kain orang. Tetapi pada masa yang sama, jika anda tidak menghiraukan jeritan tersebut, anda seperti menggalakkan penderaan tersebut berlanjutan. (4) Norma yang bercanggah Membunuh seseorang bukanlah norma yang boleh tetapi masih boleh diterima sewenang-wenangnya di mana-mana diterima. negara. Tetapi membunuh dengan sebab mempertahankan diri boleh diterima. Membunuh musuh dalam peperangan dianggap norma bagi askar dan adakalanya diberi ganjaran dan kepujian. (5) Norma yang bergantung Di Malaysia ketika zaman sebelum merdeka, kepada perubahan situasi perkahwinan campur di antara kaum tidak dapat politik, ekonomi dan diterima sebagai norma masyarakat kita. Tetapi pada sosial. hari ini, perkahwinan campur sudah menjadi norma terutamanya di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur. AKTIVITI 2.2 Anda seorang guru disiplin. Jelaskan norma-norma yang harus dipatuhi oleh pelajar-pelajar di sekolah anda.
  • 9. 24 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 2.2.3 Kawalan Apakah itu kawalan? Kawalan bermaksud ganjaran atau hukuman ke atas tingkahlaku bersabit dengan norma sosial (sila lihat Jadual 2.3): Jadual 2.3: Kawalan Positif dengan Kawalan Negatif (1) Kawalan positif: Sebagai contoh, jika anda mendapat straight As dalam Berbentuk pujian atau ujian SPM, anda akan dihormati oleh rakan-rakan anda ganjaran. serta peluang anda menjejakkan kaki ke menara gading semakin cerah. (2) Kawalan negatif: Sebagai contoh, pemandu kenderaan yang tidak Berbentuk denda, membayar tiket letak kereta akan dikenakan saman. ugutan atau hukuman penjara. 2.2.4 Nilai Tahukah anda apakah maksud nilai? Nilai merupakan andaian dan penilaian yang dilakukan terhadap bahan, matlamat atau keadaan yang dianggap penting, diingini dan perlu dicapai. Di Amerika, menghormati hak individu memiliki harta adalah satu nilai penting, di samping hak individu bersendirian dan kebebasan bersuara. Nilai membentuk sistem norma masyarakat dengan mendefinisikan kriteria untuk menilai tingkahlaku yang boleh diterima dan ditolak. Namun begitu, nilai tidak semestinya menentukan tingkahlaku kita. Norma yang menentukan persepsi tingkahlaku yang ideal dalam sesuatu situasi. Ia tidak semestinya mencerminkan perkara atau tingkahlaku yang sebenar. Walaupun nilai hak individu itu adalah satu nilai yang penting di Amerika, namun begitu barang kepunyaan pelajar boleh diperiksa oleh guru sekolah, kehidupan pekerja boleh disiasat oleh majikannya, dan sejarah latarbelakang peminjam boleh diminta oleh pihak bank. Nilai mempengaruhi tingkahlaku manusia dan digunakan sebagai kayu ukur untuk menilai tingkahlaku orang lain. Nilai, norma dan kawalan sesuatu budaya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Misalnya, sesuatu masyarakat yang meletakkan nilai tinggi ke atas institusi kekeluargaan akan mewujudkan norma
  • 10. TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 25 dan kawalan ketat sebagai usaha untuk memastikan tidak berlakunya zina atau perceraian. Nilai sesuatu budaya itu boleh berubah tetapi kebanyakan nilai seseorang itu akan berkekalan sepanjang hayatnya. Ahli sosiologi Robin M. Williams (1970) menyenaraikan nilai asas manusia seperti berikut: • Kejayaan • Kecekapan • Keselesaan kebendaan • Nasionalisme • Keadilan • Keagungan sains • Kepercayaan Nilai-nilai pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi di Amerika berbeza dengan senarai nilai asas manusia di atas. Selama 39 tahun yang lepas, pelajar di Amerika Syarikat telah meletakkan nilai menjadi mewah dari aspek wang ringgit sebagai nilai yang dikaitkan dengan kuasa. Tahap kedudukan juga merupakan nilai yang semakin diterima umum. Walaubagaimanapun, nilai membentuk falsafah hidup yang bermakna dan altruism merupakan nilai yang semakin diketepikan. Pada akhir-akhir ini, pelajar di universiti didapati mengamalkan budaya plagiarisme di mana sebahagian besar tugasan bertulis mereka diceduk daripada internet. AKTIVITI 2.3 1. Apakah elemen-elemen yang penting dalam sesuatu budaya? 2. Pada pendapat anda, nilai apakah yang telah berubah dalam pelajar sekolah pada hari ini berbanding dengan pelajar sekolah pada zaman 60an? 3. Nilai apakah yang penting dalam hidup anda?
  • 11. 26 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 2.3 INTEGRASI BUDAYA DAN VARIASI BUDAYA Apakah yang dimaksudkan dengan integrasi budaya? Setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Setiap budaya pula mempunyai keunikannya. Misalnya, mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai empat musim akan mengalami musim luruh, sejuk, bunga dan panas. Pada setiap musim pula mereka akan mengenakan pakaian yang bersesuaian dengan musim yang dialami. Ini amat berbeza dengan mereka yang tinggal di kawasan khatulistiwa yang sentiasa mengalami musim panas dan berpakaian nipis. Variasi budaya boleh juga dilihat pada makanan. Mereka yang tinggal di Malaysia, Thailand, Indonesia dan India lebih gemar makan nasi berbanding dengan mereka yang tinggal di Amerika, Australia dan United Kingdom yang lebih gemar makan ubi kentang. Budaya sesuatu kaum itu disesuaikan dengan keadaan sekeliling seperti cuaca, lokasi, bilangan penduduk dan juga tahap teknologi. Walaupun terdapat persamaan seperti agama, namun terdapat variasi di antara budaya. Misalnya, di Malaysia terdapat variasi budaya di antara orang Melayu di negeri-negeri di utara dan di selatan. 2.3.1 Aspek Variasi Budaya Variasi budaya merupakan fenomena sosiologi yang mewarnai kehidupan manusia sejak permulaan tamadun manusia lagi. Di sini, kita akan membincangkan tiga perkara: • Budaya kecil • Counterculture • Kejutan budaya (a) Budaya Kecil Apakah itu budaya kecil? Budaya kecil adalah seperti budaya yang diikuti oleh petani yang bekerja di bendang, nelayan yang ke laut atau penjual sayur di pasar. Mereka ini merupakan sebahagian kecil daripada masyarakat yang lebih besar. Mereka
  • 12. TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 27 mempunyai nilai, norma dan adat resam yang tersendiri. Budaya kecil boleh dianggap sebagai sebuah budaya yang wujud di dalam budaya yang dominan dalam sesebuah masyarakat. Budaya kecil ini ternyata wujud dalam sesebuah masyarakat seperti Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sambil mengamalkan budaya kecil, mereka ini juga melibatkan diri dalam budaya yang dominan dalam masyarakat. Keadaan ini mewujudkan sebuah bahasa (argot) yang hanya digunakan oleh ahli dalam budaya kecil tersebut. Misalnya, nelayan ada bahasanya tersendiri yang terdiri daripada perkataan-perkataan yang mungkin tidak difahami oleh orang yang bukan nelayan. Bahasa inilah yang digunakan oleh penghuni-penghuni kampung nelayan (sila lihat Rajah 2.3) sebagai corak komunikasi di antara mereka. Rajah 2.3: Kampung nelayan Di Malaysia, kita sering mendengar tentang budaya anak-anak remaja kita (sila lihat Rajah 2.4). Mereka ini dalam golongan usia belasan tahun dan mempunyai gaya hidup mereka tersendiri (pakaian, muzik, bahasa dan makanan) yang berlainan dengan golongan usia 20an dan 30an. Mereka ini juga digolongkan dalam budaya kecil. Rajah 2.4: Remaja Cina, India dan Melayu
  • 13. 28 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT (b) Counterculture Counterculture merujuk kepada corak budaya yang kuat menentang budaya yang diterima oleh masyarakat umum. Pada zaman 1960an, terdapat kumpulan remaja counterculture yang menolak budaya aliran utama pada masa itu yang dianggap terlalu mementingkan diri, kuat bersaing dan mengejar kebendaan. Kumpulan hippies dan counterculture yang lain lebih gemar kepada budaya yang bercorak gaya hidup bekerjasama dan mementingkan perkembangan pertumbuhan individu. Perbezaan ini mengakibatkan sesetengah golongan manusia keluar daripada kumpulan masyarakat tersebut. (c) Kejutan Budaya Apakah yang dimaksudkan dengan kejutan budaya? Istilah kejutan budaya merujuk kepada perasaan yang bersifat mengelirukan (disorienting) dan menekan (stressful) yang dialami oleh manusia apabila mereka memasuki atau mengalami persekitaran budaya yang asing. Terdapat banyak perbezaan di antara budaya sesebuah negara dengan negara-negara yang lain. Ramai manusia yang beranggapan bahawa budaya negaranya adalah lebih hebat daripada budaya negara lain. Dengan berlandaskan pemikiran sedemikian, maka tidak hairanlah jika seseorang itu mendapati dirinya kurang selesa dengan budaya yang dilihatnya apabila mengembara atau melancong ke negara lain. Bayangkan seorang pelajar Melayu dari luar bandar yang dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah universiti di luar negara seperti di bandaraya New York (sila lihat Rajah 2.5). Memandangkan beliau tidak pernah keluar daripada kampung halamannya, sudah pasti beliau akan terkejut melihat gaya hidup penduduk New York yang berpusu-pusu berjalan ke destinasi masing- masing tanpa mengendahkan orang lain. Beliau juga akan hairan melihat jenis pakaian yang mereka pakai dan cara pergaulan mereka seharian. Semua ini akan dianggap sebagai sesuatu yang sangat pelik dan asing bagi beliau. Perasaan yang dialami oleh beliau pada ketika itu boleh ditafsirkan sebagai kejutan budaya.
  • 14. TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 29 Rajah 2.5: Bandaraya New York 2.3.2 Sikap Terhadap Variasi Budaya Variasi budaya memastikan bahawa kehidupan manusia sentiasa beraneka ragam dan menarik coraknya. Walaubagaimanapun, ada juga pihak yang kurang menerima kepelbagaian budaya lalu bertindakbalas secara negatif terhadapnya. Dalam bahagian ini, kita akan mengkaji fenomena etnosentrisme serta penawarnya iaitu cultural relativism. (a) Etnosentrisme Apabila seseorang itu melalui kejutan budaya, beliau berkemungkinan mentafsir budaya asing dengan membuat perbandingan dengan budayanya sendiri. Selalunya, beliau akan membuat rumusan bahawa budaya yang baru ini adalah kurang baik berbanding dengan budayanya. Misalnya, kumpulan budaya seperti Caribs, Kiowas, Lapps dan Tunguses menganggap diri mereka sebagai „manusia‰. Secara tidak langsung, ini membuat mereka memandang mereka yang bukan ahli kumpulan mereka sebagai „bukan manusia‰. Etnosentrisme wujud disebabkan kurang pemahaman tentang budaya. Sekiranya kita melihat sesuatu budaya tersebut luar daripada konteksnya, kemungkinan budaya itu akan dianggap pelik atau aneh. Pada zaman dahulu di negara Cina, kaum perempuan dikehendaki mengikat atau membalut kaki mereka agar kaki mereka tidak membesar. Kita mungkin menganggap perbuatan ini sebagai zalim dan mendiskriminasi kaum perempuan, tetapi orang Cina pada zaman itu tidak beranggapan demikian. Perempuan yang saiz kaki kecil dianggap cantik dan menawan. Di Malaysia, kita membuka kasut apabila kita memasuki rumah sebagai tanda hormat. Tetapi di Barat, budaya ini dianggap kurang selesa. Mereka sebaliknya memakai kasut sehingga masuk ke dalam bilik tidur.
  • 15. 30 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT AKTIVITI 2.4 Cari seorang rakan sekelas yang pernah pergi ke luar negara. Tanyakan kepadanya sama ada terdapat perbezaan budaya di antara negara yang dilawati dengan negara kita. Jika ada, cuba berikan alasan untuk kewujudan perbezaan tersebut. (b) Cultural Relativism Sekiranya etnosentrisme adalah satu anggapan yang kurang tepat mengenai sesebuah budaya asing, maka alternatifnya ialah cultural relativism. Mempraktikkan cultural relativism bukanlah mudah. Kita perlu menanam sikap terbuka terhadap budaya orang lain, menerima nilai dan norma yang berbeza, serta tidak menilai mengikut kepercayaan dan nilai kita. Sikap begini sangat penting pada hari ini di mana kita berinteraksi dengan manusia daripada berbilang kaum dan budaya. Di Malaysia, terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum etnik yang lain seperti Iban dan Kadazan. Negara-negara seperti Amerika, Britain dan Australia juga mempunyai rakyat yang berbilang bangsa. Sudah jelas bahawa dalam konteks muhibbah sebegini, cultural relativism harus dipupuk untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan negara. Ini sangat penting untuk memastikan rakyat memahami budaya serta dapat menerimanya dengan fikiran terbuka. AKTIVITI 2.5 1. Bagaimanakah manusia menilai perbezaan budaya? 2. Pada pandangan anda, adakah wujud suatu budaya globalisasi? Sekiranya ya, adakah ia sesuatu yang positif atau negatif? Mengapa?
  • 16. TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 31 • Budaya adalah corak hidup dan juga pemahaman persetujuan yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian. • Budaya dicorakkan melalui sosialisasi di mana individu berinteraksi dengan masyarakat di sekelilingnya untuk memperolehi kemahiran sosial. • Melalui proses difusi, manusia akan menyerap budaya lain ke dalam budayanya sendiri. • Terdapat beberapa elemen dalam budaya seperti bahasa, norma, kawalan dan nilai. Setiap elemen ini mempunyai fungsinya tersendiri. • Setiap budaya di dunia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kelainan budaya ini dipengaruhi oleh keadaan seperti cuaca, lokasi, bilangan penduduk dan juga tahap teknologinya. • Variasi dalam budaya akan menimbulkan budaya kecil, counterculture dan kejutan budaya. • Sikap manusia terhadap variasi budaya harus diambilkira. Ada manusia yang bersikap etnosentrik iaitu menganggap budayanya lebih baik daripada budaya asing. • Kita harus menilai sesuatu budaya asing itu di dalam konteks masyarakat yang mengamalkannya. Cultural relativism membantu kita saling memahami dan memupuk semangat toleransi di antara satu sama lain. Bahasa Integrasi budaya Budaya Kawalan Budaya kecil Kejutan budaya Counterculture Nilai Cutural relativism Norma Difusi budaya Variasi budaya Etnosentrisme
  • 17. 32 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT Macionis, J. J. (2005). Sociology. Upper Saddle River: Pearson. Schaefer, R. T. (2008). Sociology. Boston: McGraw-Hill. http://www.TheSociologyPage.com (or http://www.macionis.com)