• Share
  • Email
  • Embed
  • Like
  • Save
  • Private Content
Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)
 

Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat)

on

  • 45,801 views

 

Statistics

Views

Total Views
45,801
Views on SlideShare
45,799
Embed Views
2

Actions

Likes
13
Downloads
1,944
Comments
12

2 Embeds 2

https://twitter.com 1
http://sempoi-zone.blogspot.com 1

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

110 of 12 previous next Post a comment

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…

110 of 12 previous next

Post Comment
Edit your comment

    Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat) Kajian sosial (Budaya dan Masyarakat) Document Transcript

    • Topik 2 Budaya dan Masyarakat HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan maksud budaya dan kepentingan budaya dalam masyarakat; 2. Memberi contoh difusi dalam sesebuah masyarakat; 3. Menyenaraikan serta menjelaskan elemen-elemen budaya; 4. Menghuraikan maksud integrasi budaya; dan 5. Menjelaskan aspek-aspek variasi budaya serta sikap terhadap variasi budaya. PENGENALANBudaya dan masyarakat adalah konsep-konsep yang luas dan mendalampengertiannya. Konsep-konsep tersebut sering digunakan untuk memahamikewujudan sosial masyarakat. Tanpa kedua-dua konsep ini, agak sukar untukkita memahami erti kehidupan sebenarnya.Untuk kita memahami gaya hidup berbagai jenis manusia termasuklah diri kitasendiri, sosiologi seringkali menggunakan konsep budaya, yang merujuk kepadaperkongsian bersama barangan, ilmu dan kepercayaan sebuah kumpulanmanusia atau masyarakat. Konsep ini tidak terhad kepada seni, sastera, danmuzik klasik sahaja tetapi merangkumi aspek-aspek kehidupan lain dalammasyarakat.Ahli sosiologi membahagikan budaya kepada dua jenis iaitu:(i) Budaya kebendaan yang terdiri daripada objek fizikal yang digunakan oleh manusia untuk mencapai matlamatnya. Contoh budaya kebendaan adalah
    • TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 17 seperti peralatan dan mesin yang digunakan dalam pembinaan, atau komputer dan mesin kira untuk menyelesaikan masalah matematik.(ii) Budaya bukan kebendaan yang terdiri daripada nilai-nilai, seni lukisan, bahasa, pandangan hidup dan simbol yang mewakili dunia sosial dan fizikal. Contoh budaya bukan kebendaan adalah seperti cerita dongeng kanak-kanak, kod perundangan, muzik dan pandangan hidup yang dipelajari semasa dewasa. Dalam topik ini, kita akan mengupas aspek budaya bukan kebendaan dan serta pengaruhnya ke atas ahli masyarakat. 2.1 PERKEMBANGAN BUDAYA MASYARAKATSebagai seorang manusia, kita tidak boleh lari daripada pengaruh budaya. Samaada anda seorang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau sebagainya, andasudah semestinya membesar dalam sesebuah masyarakat yang mengamalkanbudaya atau cara hidup yang tersendiri. Kepelbagaian budaya masyarakatsedunia (sila lihat Rajah 2.1) memastikan bahawa kehidupan manusia sentiasamenarik dan beraneka ragam. Rajah 2.1: Kepelbagaian budaya masyarakat sedunia2.1.1 Konsep BudayaApakah yang dimaksudkan dengan budaya?Budaya boleh didefinisikan sebagai corak hidup dan juga sebagai pemahamanpersetujuan yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharianmereka. Ahli sesebuah masyarakat perlu berkongsi idea asas yang sama tentang
    • 18 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKATbagaimana masyarakat mereka berfungsi, apa yang penting dalam kehidupanmereka, apakah artifak mereka dan apakah maksud tindak-tanduk mereka.Struktur sosial masyarakat merujuk kepada perkara yang praktikal atauinstrumen yang berkaitan dengan hubungan sosial, manakala budaya merujukkepada aspek simbolik atau luahan perasaan hubungan sosial tersebut.Semua makhluk mempunyai corak kehidupan masing-masing, iaitu kepercayaanagama, gaya membesarkan anak, strategi mencari nafkah seharian, caramemperolehi tempat tinggal dan sebagainya. Apa yang menarik tentang budayaialah ia mencorakkan kehidupan sesebuah masyarakat melalui prosespembelajaran.Kebanyakan anak haiwan berupaya untuk hidup setelah dilahirkan dengansendiri, tetapi bayi manusia memerlukan penjagaan rapi oleh ibu bapa merekauntuk terus hidup. Beberapa jam setelah dilahirkan, seekor anak kuda sudahboleh menendang dan berlari. Bayi yang baru dilahirkan hanya mempunyaibeberapa tindakan refleks. Bagaimanakah bayi memperolehi budaya?Persekitaran sosialnya akan mendidiknya supaya memperolehi pelbagaikemahiran. Melalui kemahiran jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial, kanak-kanak itu akan memahami budaya dan masyarakatnya.Terdapat beberapa kejadian yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidakterdedah kepada interaksi masyarakat akan membesar secara tidak normal.Tingkahlaku mereka ternyata kurang bersifat manusia. Mereka berkomunikasihanya dengan berbunyi, tidak mampu mengawal pergerakan mereka dan tidakkisah dengan manusia di sekeliling mereka. Ini membuktikan bahawa manusiaperlu belajar untuk menjadi manusia. Perkembangan manusia bergantungkepada sosialisasinya, iaitu proses interaksi di mana manusia akan mempelajariidentitinya dan kemahiran bersosial.Isi kandungan sosialisasi bergantung kepada budaya sesuatu masyarakattersebut. Melalui proses sosialisasi, kita memperolehi budaya masyarakat dimana kita dibesarkan. SEMAK KENDIRI 2.1 1. Apakah yang anda faham dengan maksud budaya? 2. Apakah perbezaan di antara budaya dan masyarakat? 3. Jelaskan kepentingan budaya kepada masyarakat.
    • TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 192.1.2 DifusiApakah yang dimaksudkan dengan difusi? Bilakah difusi berlaku?Melalui proses difusi, manusia akan menyerap budaya orang lain ke dalambudayanya sendiri. Proses ini memperkayakan budaya asal dengan elemen-elemen etnik yang tidak wujud sebelumnya dalam budaya dominan masyarakattersebut. Difusi mencakupi aspek-aspek seperti fesyen, muzik, tarian, makanandan sebagainya.Kita boleh menyaksikan aspek-aspek difusi dalam budaya di Amerika Syarikat:• Tarian yang menggabungkan elemen salsa dari Latin Amerika.• Muzik reggae dari kepulauan Caribbean, muzik jazz dan blues yang diserap dari budaya African American.• Makanan seperti pizza dari Itali, frankfurter dari Jerman, taco dari Mexico, sushi dari Jepun dan falafel dari Timur Tengah (sila lihat Rajah 2.2).Perlu dinyatakan bahawa penyerapan budaya asing ke dalam budaya asal adalahkurang merbahaya. Kebiasaannya, budaya asal masih dikekalkan oleh ahlimasyarakat tersebut. Rajah 2.2: Makanan yang diserap dari budaya-budaya asing
    • 20 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT AKTIVITI 2.1 Berikan contoh difusi dalam masyarakat Malaysia.2.2 ELEMEN-ELEMEN BUDAYASetiap budaya mempunyai cara tersendiri dalam mengatur kehidupan seharian.Pembelajaran, upacara perkahwinan dan aspek-aspek lain dalam budayadipelajari dan disampaikan melalui interaksi di antara manusia dalam sesebuahmasyarakat. Misalnya, di India, lazimnya ibu bapa memilih jodoh untuk anakmereka. Tetapi di Amerika lain pula caranya. Ibu bapa memberi kebebasankepada anak mereka mencari jodoh sendiri. Aspek-aspek budaya yang lazimnyamembentuk cara bagaimana sesebuah masyarakat itu hidup adalah: • Bahasa • Norma • Kawalan • Nilai2.2.1 BahasaTahukah anda mengapa bahasa penting dalam sesebuah masyarakat?Pada hari ini, terdapat sebanyak 7,000 bahasa yang ditutur di seluruh dunia.Bilangan ini melebihi jumlah negara yang terdapat di dunia. Dalam sesebuahnegara, mungkin ada lebih daripada satu bahasa yang digunakan untuk bertutur.Misalnya, di Malaysia terdapat penggunaan bahasa Melayu, Inggeris, Mandarindan Tamil. Namun begitu ada juga negara yang hanya menggunakan satubahasa sahaja seperti di Korea dan Jepun.Penggunaan bahasa mencerminkan budaya sesebuah bangsa. Bahasa Inggerisbanyak menggunakan frasa yang dikaitkan dengan peperangan, misalnyaconquering space (menakluki angkasa lepas), waging war on drugs (memerangidadah), dan sebagainya. Ini mencerminkan betapa pentingnya peperangandalam budaya orang Inggeris. Begitu juga di Malaysia, perkataan-perkataanseperti galas, bimbit dan kepit mencerminkan bahawa kita banyak menggunakantenaga anggota.
    • TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 21Bahasa merupakan asas kepada setiap budaya masyarakat. Bahasa adalah sistemperkataan yang bermakna dan bersimbol untuk setiap aspek budaya. Iamelibatkan pertuturan, penulisan, nombor, simbol, dan pergerakan yang tidakmenggunakan bahasa dan penyataan. Memandangkan bahasa merupakan asassesebuah budaya, maka penguasaan beberapa bahasa dilihat sebagai pentingdalam perhubungan di antara pelbagai bangsa.Ini ternyata benar jika kita melihat penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasaantarabangsa. Penguasaan bahasa tersebut penting untuk kita berinteraksi padaperingkat global seperti di persidangan Bangsa-bangsa Bersatu, seminarantarabangsa, atau untuk menerbitkan penulisan dalam jurnal luar negara.Selepas peristiwa September 11, kerajaan Amerika menyarankan bahawaanggota perisik mereka menguasai bahasa Arab untuk memudahkan tugasmenjejak pengganas.Walaupun bahasa merupakan budaya sejagat, namun terdapat beberapaperbezaan dalam penggunaannya. Misalnya, bahasa Arab menggunakanperkataan yang berbeza mengikut jantina orang yang bertutur. Begitu jugadengan bahasa Inggeris di mana penggunaan he dan she membezakan siapayang dimaksudkan dalam perbualan. Tetapi dalam Bahasa Melayu kita tidakdapat membezakan di antara jantina sebab perbezaan ini tidak ditekankan.2.2.2 NormaApakah itu norma?Untuk hidup dalam sesebuah masyarakat, kita perlu bersetuju tentang apa yangboleh kita lakukan dan apa yang tidak boleh diterima oleh masyarakat. Sebagaicontoh, kita tidak boleh mengambil barang jiran kita tanpa memintakebenarannya terlebih dahulu. Ada perbezaan di antara mencuri dan meminjamdan ini bergantung kepada persetujuan kedua-dua belah pihak. Persetujuan ataukesefahaman inilah yang mengawal kehidupan seharian kita dan membuat kitaberfikir tentang perbuatan kita. Apabila kita memasuki institusi pengajian tinggi,berkahwin atau mula bekerja, kita perlu tahu apakah jangkaan orang terhadapkita dalam sesuatu situasi tersebut. Jangkaan seperti ini dipanggil norma.Norma adalah peraturan sosial yang menentukan tingkahlaku yang bolehditerima dan tidak boleh diterima dalam sesuatu situasi. Ia memberitahu kitaapakah yang ‰boleh‰, ‰mesti‰, ‰tidak boleh‰ atau ‰tidak semestinya‰ dilakukan.Semua budaya mempunyai peraturan sosial yang melibatkan hal-hal tentangseks, harta dan keselamatan. Tetapi norma bukan sahaja tentang peraturan.
    • 22 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKATNorma menyediakan panduan yang boleh kita aplikasikan kepada tindak-tanduk kita agar sesuai dengan orang lain apabila terdapat situasi yang kurangjelas atau kabur. Norma menyediakan piawai di mana kita menilai orang laindan membuat keputusan tentang bagaimana kita berinteraksi dengan mereka.Di Barat, secara lazimnya pengguna-pengguna pengangkutan awam membacasuratkhabar, merenung iklan atau bercakap tentang cuaca pada hari itu.Seseorang yang tidak mengikuti peraturan ini kerana sibuk bersembang akandianggap sebagai orang asing oleh pengguna-pengguna pengangkutan awamyang lain. Dia tidaklah dilihat sebagai seseorang yang merbahaya. Tetapisekiranya seseorang itu menendang kaki penumpang yang lain, dia akan dilihatsebagai seseorang yang merbahaya dan menyebabkan penumpang yangditendang menjerit meminta tolong.Walaupun norma merupakan ciptaan manusia, kita mengalaminya sebagaisebahagian daripada ciri-ciri persekitaran sosial kita. Manusia merujuk kepadabeberapa norma yang dianggap penting (kawalan) dan hukuman dijatuhkankepada mereka yang melanggarnya.Ahli sosiologi mengkelaskan norma kepada dua jenis iaitu yang formal dan tidakformal (sila lihat Jadual 2.1): Jadual 2.1: Norma yang Formal dengan Norma yang Tidak Formal (1) Norma yang Norma yang telah didokumenkan dan ditetapkan jenis formal hukumannya sekiranya seseorang itu melanggar norma tersebut. Undang-undang adalah norma yang formal. (2) Norma yang Norma yang diterimapakai oleh sebuah masyarakat tetapi tidak tidak formal didokumenkan, contohnya pakaian yang sesuai dipakai. Memakai baju yang dipenuhi oleh manik berkilat ke pejabat bukanlah salah tetapi tidak sesuai. Ia lebih sesuai dipakai ke majlis malam.
    • TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 23Penerimaan norma bergantung kepada beberapa faktor (sila lihat Jadual 2.2): Jadual 2.2: Faktor-Faktor Penerimaan Norma(1) Norma yang tidak diikuti Merokok tidak digalakkan dalam masyarakat oleh kebanyakan ahli Malaysia tetapi remaja kita masih menghisap rokok masyarakat. di dalam atau di luar sekolah.(2) Norma yang tidak Lumba haram sangat diminati oleh kumpulan remaja diterima oleh masyarakat Mat Rempit yang telah menjadikannya norma umum tetapi diterima mereka. Walaubagaimanapun, lumba haram tidak oleh segelintir individu. diterima sebagai norma bagi masyarakat umum di Malaysia.(3) Norma yang diketepikan Anda terdengar jeritan kanak-kanak yang didera oleh kerana ia bercanggah ibu bapanya. Anda serba salah untuk mengambil dengan norma yang lain. tindakan. Sekiranya anda menolongnya, anda mungkin merasa seolah-olah anda menjaga tepi kain orang. Tetapi pada masa yang sama, jika anda tidak menghiraukan jeritan tersebut, anda seperti menggalakkan penderaan tersebut berlanjutan.(4) Norma yang bercanggah Membunuh seseorang bukanlah norma yang boleh tetapi masih boleh diterima sewenang-wenangnya di mana-mana diterima. negara. Tetapi membunuh dengan sebab mempertahankan diri boleh diterima. Membunuh musuh dalam peperangan dianggap norma bagi askar dan adakalanya diberi ganjaran dan kepujian.(5) Norma yang bergantung Di Malaysia ketika zaman sebelum merdeka, kepada perubahan situasi perkahwinan campur di antara kaum tidak dapat politik, ekonomi dan diterima sebagai norma masyarakat kita. Tetapi pada sosial. hari ini, perkahwinan campur sudah menjadi norma terutamanya di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur. AKTIVITI 2.2 Anda seorang guru disiplin. Jelaskan norma-norma yang harus dipatuhi oleh pelajar-pelajar di sekolah anda.
    • 24 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT2.2.3 KawalanApakah itu kawalan?Kawalan bermaksud ganjaran atau hukuman ke atas tingkahlaku bersabitdengan norma sosial (sila lihat Jadual 2.3): Jadual 2.3: Kawalan Positif dengan Kawalan Negatif(1) Kawalan positif: Sebagai contoh, jika anda mendapat straight As dalam Berbentuk pujian atau ujian SPM, anda akan dihormati oleh rakan-rakan anda ganjaran. serta peluang anda menjejakkan kaki ke menara gading semakin cerah.(2) Kawalan negatif: Sebagai contoh, pemandu kenderaan yang tidak Berbentuk denda, membayar tiket letak kereta akan dikenakan saman. ugutan atau hukuman penjara.2.2.4 NilaiTahukah anda apakah maksud nilai?Nilai merupakan andaian dan penilaian yang dilakukan terhadap bahan,matlamat atau keadaan yang dianggap penting, diingini dan perlu dicapai. DiAmerika, menghormati hak individu memiliki harta adalah satu nilai penting, disamping hak individu bersendirian dan kebebasan bersuara. Nilai membentuksistem norma masyarakat dengan mendefinisikan kriteria untuk menilaitingkahlaku yang boleh diterima dan ditolak.Namun begitu, nilai tidak semestinya menentukan tingkahlaku kita. Norma yangmenentukan persepsi tingkahlaku yang ideal dalam sesuatu situasi. Ia tidaksemestinya mencerminkan perkara atau tingkahlaku yang sebenar. Walaupunnilai hak individu itu adalah satu nilai yang penting di Amerika, namun begitubarang kepunyaan pelajar boleh diperiksa oleh guru sekolah, kehidupan pekerjaboleh disiasat oleh majikannya, dan sejarah latarbelakang peminjam bolehdiminta oleh pihak bank.Nilai mempengaruhi tingkahlaku manusia dan digunakan sebagai kayu ukuruntuk menilai tingkahlaku orang lain. Nilai, norma dan kawalan sesuatu budayamempunyai kaitan antara satu sama lain. Misalnya, sesuatu masyarakat yangmeletakkan nilai tinggi ke atas institusi kekeluargaan akan mewujudkan norma
    • TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 25dan kawalan ketat sebagai usaha untuk memastikan tidak berlakunya zina atauperceraian.Nilai sesuatu budaya itu boleh berubah tetapi kebanyakan nilai seseorang ituakan berkekalan sepanjang hayatnya. Ahli sosiologi Robin M. Williams (1970)menyenaraikan nilai asas manusia seperti berikut: • Kejayaan • Kecekapan • Keselesaan kebendaan • Nasionalisme • Keadilan • Keagungan sains • KepercayaanNilai-nilai pelajar yang memasuki institusi pengajian tinggi di Amerika berbezadengan senarai nilai asas manusia di atas. Selama 39 tahun yang lepas, pelajar diAmerika Syarikat telah meletakkan nilai menjadi mewah dari aspek wang ringgitsebagai nilai yang dikaitkan dengan kuasa. Tahap kedudukan juga merupakannilai yang semakin diterima umum.Walaubagaimanapun, nilai membentuk falsafah hidup yang bermakna danaltruism merupakan nilai yang semakin diketepikan. Pada akhir-akhir ini, pelajardi universiti didapati mengamalkan budaya plagiarisme di mana sebahagianbesar tugasan bertulis mereka diceduk daripada internet. AKTIVITI 2.3 1. Apakah elemen-elemen yang penting dalam sesuatu budaya? 2. Pada pendapat anda, nilai apakah yang telah berubah dalam pelajar sekolah pada hari ini berbanding dengan pelajar sekolah pada zaman 60an? 3. Nilai apakah yang penting dalam hidup anda?
    • 26 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 2.3 INTEGRASI BUDAYA DAN VARIASI BUDAYAApakah yang dimaksudkan dengan integrasi budaya?Setiap kaum mempunyai budaya yang tersendiri. Setiap budaya pulamempunyai keunikannya. Misalnya, mereka yang tinggal di kawasan yangmempunyai empat musim akan mengalami musim luruh, sejuk, bunga danpanas. Pada setiap musim pula mereka akan mengenakan pakaian yangbersesuaian dengan musim yang dialami. Ini amat berbeza dengan mereka yangtinggal di kawasan khatulistiwa yang sentiasa mengalami musim panas danberpakaian nipis.Variasi budaya boleh juga dilihat pada makanan. Mereka yang tinggal diMalaysia, Thailand, Indonesia dan India lebih gemar makan nasi berbandingdengan mereka yang tinggal di Amerika, Australia dan United Kingdom yanglebih gemar makan ubi kentang.Budaya sesuatu kaum itu disesuaikan dengan keadaan sekeliling seperti cuaca,lokasi, bilangan penduduk dan juga tahap teknologi. Walaupun terdapatpersamaan seperti agama, namun terdapat variasi di antara budaya. Misalnya, diMalaysia terdapat variasi budaya di antara orang Melayu di negeri-negeri diutara dan di selatan.2.3.1 Aspek Variasi BudayaVariasi budaya merupakan fenomena sosiologi yang mewarnai kehidupanmanusia sejak permulaan tamadun manusia lagi. Di sini, kita akanmembincangkan tiga perkara:• Budaya kecil• Counterculture• Kejutan budaya(a) Budaya Kecil Apakah itu budaya kecil? Budaya kecil adalah seperti budaya yang diikuti oleh petani yang bekerja di bendang, nelayan yang ke laut atau penjual sayur di pasar. Mereka ini merupakan sebahagian kecil daripada masyarakat yang lebih besar. Mereka
    • TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 27mempunyai nilai, norma dan adat resam yang tersendiri. Budaya kecilboleh dianggap sebagai sebuah budaya yang wujud di dalam budaya yangdominan dalam sesebuah masyarakat. Budaya kecil ini ternyata wujuddalam sesebuah masyarakat seperti Malaysia yang terdiri daripadapelbagai kaum.Sambil mengamalkan budaya kecil, mereka ini juga melibatkan diri dalambudaya yang dominan dalam masyarakat. Keadaan ini mewujudkansebuah bahasa (argot) yang hanya digunakan oleh ahli dalam budaya keciltersebut. Misalnya, nelayan ada bahasanya tersendiri yang terdiri daripadaperkataan-perkataan yang mungkin tidak difahami oleh orang yang bukannelayan. Bahasa inilah yang digunakan oleh penghuni-penghuni kampungnelayan (sila lihat Rajah 2.3) sebagai corak komunikasi di antara mereka. Rajah 2.3: Kampung nelayanDi Malaysia, kita sering mendengar tentang budaya anak-anak remaja kita(sila lihat Rajah 2.4). Mereka ini dalam golongan usia belasan tahun danmempunyai gaya hidup mereka tersendiri (pakaian, muzik, bahasa danmakanan) yang berlainan dengan golongan usia 20an dan 30an. Mereka inijuga digolongkan dalam budaya kecil. Rajah 2.4: Remaja Cina, India dan Melayu
    • 28 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT(b) Counterculture Counterculture merujuk kepada corak budaya yang kuat menentang budaya yang diterima oleh masyarakat umum. Pada zaman 1960an, terdapat kumpulan remaja counterculture yang menolak budaya aliran utama pada masa itu yang dianggap terlalu mementingkan diri, kuat bersaing dan mengejar kebendaan. Kumpulan hippies dan counterculture yang lain lebih gemar kepada budaya yang bercorak gaya hidup bekerjasama dan mementingkan perkembangan pertumbuhan individu. Perbezaan ini mengakibatkan sesetengah golongan manusia keluar daripada kumpulan masyarakat tersebut.(c) Kejutan Budaya Apakah yang dimaksudkan dengan kejutan budaya? Istilah kejutan budaya merujuk kepada perasaan yang bersifat mengelirukan (disorienting) dan menekan (stressful) yang dialami oleh manusia apabila mereka memasuki atau mengalami persekitaran budaya yang asing. Terdapat banyak perbezaan di antara budaya sesebuah negara dengan negara-negara yang lain. Ramai manusia yang beranggapan bahawa budaya negaranya adalah lebih hebat daripada budaya negara lain. Dengan berlandaskan pemikiran sedemikian, maka tidak hairanlah jika seseorang itu mendapati dirinya kurang selesa dengan budaya yang dilihatnya apabila mengembara atau melancong ke negara lain. Bayangkan seorang pelajar Melayu dari luar bandar yang dianugerahkan biasiswa untuk melanjutkan pelajarannya ke sebuah universiti di luar negara seperti di bandaraya New York (sila lihat Rajah 2.5). Memandangkan beliau tidak pernah keluar daripada kampung halamannya, sudah pasti beliau akan terkejut melihat gaya hidup penduduk New York yang berpusu-pusu berjalan ke destinasi masing- masing tanpa mengendahkan orang lain. Beliau juga akan hairan melihat jenis pakaian yang mereka pakai dan cara pergaulan mereka seharian. Semua ini akan dianggap sebagai sesuatu yang sangat pelik dan asing bagi beliau. Perasaan yang dialami oleh beliau pada ketika itu boleh ditafsirkan sebagai kejutan budaya.
    • TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 29 Rajah 2.5: Bandaraya New York2.3.2 Sikap Terhadap Variasi BudayaVariasi budaya memastikan bahawa kehidupan manusia sentiasa beranekaragam dan menarik coraknya. Walaubagaimanapun, ada juga pihak yang kurangmenerima kepelbagaian budaya lalu bertindakbalas secara negatif terhadapnya.Dalam bahagian ini, kita akan mengkaji fenomena etnosentrisme sertapenawarnya iaitu cultural relativism.(a) Etnosentrisme Apabila seseorang itu melalui kejutan budaya, beliau berkemungkinan mentafsir budaya asing dengan membuat perbandingan dengan budayanya sendiri. Selalunya, beliau akan membuat rumusan bahawa budaya yang baru ini adalah kurang baik berbanding dengan budayanya. Misalnya, kumpulan budaya seperti Caribs, Kiowas, Lapps dan Tunguses menganggap diri mereka sebagai „manusia‰. Secara tidak langsung, ini membuat mereka memandang mereka yang bukan ahli kumpulan mereka sebagai „bukan manusia‰. Etnosentrisme wujud disebabkan kurang pemahaman tentang budaya. Sekiranya kita melihat sesuatu budaya tersebut luar daripada konteksnya, kemungkinan budaya itu akan dianggap pelik atau aneh. Pada zaman dahulu di negara Cina, kaum perempuan dikehendaki mengikat atau membalut kaki mereka agar kaki mereka tidak membesar. Kita mungkin menganggap perbuatan ini sebagai zalim dan mendiskriminasi kaum perempuan, tetapi orang Cina pada zaman itu tidak beranggapan demikian. Perempuan yang saiz kaki kecil dianggap cantik dan menawan. Di Malaysia, kita membuka kasut apabila kita memasuki rumah sebagai tanda hormat. Tetapi di Barat, budaya ini dianggap kurang selesa. Mereka sebaliknya memakai kasut sehingga masuk ke dalam bilik tidur.
    • 30 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT AKTIVITI 2.4 Cari seorang rakan sekelas yang pernah pergi ke luar negara. Tanyakan kepadanya sama ada terdapat perbezaan budaya di antara negara yang dilawati dengan negara kita. Jika ada, cuba berikan alasan untuk kewujudan perbezaan tersebut.(b) Cultural Relativism Sekiranya etnosentrisme adalah satu anggapan yang kurang tepat mengenai sesebuah budaya asing, maka alternatifnya ialah cultural relativism. Mempraktikkan cultural relativism bukanlah mudah. Kita perlu menanam sikap terbuka terhadap budaya orang lain, menerima nilai dan norma yang berbeza, serta tidak menilai mengikut kepercayaan dan nilai kita. Sikap begini sangat penting pada hari ini di mana kita berinteraksi dengan manusia daripada berbilang kaum dan budaya. Di Malaysia, terdapat tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum etnik yang lain seperti Iban dan Kadazan. Negara-negara seperti Amerika, Britain dan Australia juga mempunyai rakyat yang berbilang bangsa. Sudah jelas bahawa dalam konteks muhibbah sebegini, cultural relativism harus dipupuk untuk memastikan keharmonian dan kesejahteraan negara. Ini sangat penting untuk memastikan rakyat memahami budaya serta dapat menerimanya dengan fikiran terbuka. AKTIVITI 2.5 1. Bagaimanakah manusia menilai perbezaan budaya? 2. Pada pandangan anda, adakah wujud suatu budaya globalisasi? Sekiranya ya, adakah ia sesuatu yang positif atau negatif? Mengapa?
    • TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKAT 31• Budaya adalah corak hidup dan juga pemahaman persetujuan yang digunakan oleh manusia untuk menjalankan aktiviti seharian.• Budaya dicorakkan melalui sosialisasi di mana individu berinteraksi dengan masyarakat di sekelilingnya untuk memperolehi kemahiran sosial.• Melalui proses difusi, manusia akan menyerap budaya lain ke dalam budayanya sendiri.• Terdapat beberapa elemen dalam budaya seperti bahasa, norma, kawalan dan nilai. Setiap elemen ini mempunyai fungsinya tersendiri.• Setiap budaya di dunia mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kelainan budaya ini dipengaruhi oleh keadaan seperti cuaca, lokasi, bilangan penduduk dan juga tahap teknologinya.• Variasi dalam budaya akan menimbulkan budaya kecil, counterculture dan kejutan budaya.• Sikap manusia terhadap variasi budaya harus diambilkira. Ada manusia yang bersikap etnosentrik iaitu menganggap budayanya lebih baik daripada budaya asing.• Kita harus menilai sesuatu budaya asing itu di dalam konteks masyarakat yang mengamalkannya. Cultural relativism membantu kita saling memahami dan memupuk semangat toleransi di antara satu sama lain.Bahasa Integrasi budayaBudaya KawalanBudaya kecil Kejutan budayaCounterculture NilaiCutural relativism NormaDifusi budaya Variasi budayaEtnosentrisme
    • 32 TOPIK 2 BUDAYA DAN MASYARAKATMacionis, J. J. (2005). Sociology. Upper Saddle River: Pearson.Schaefer, R. T. (2008). Sociology. Boston: McGraw-Hill.http://www.TheSociologyPage.com (or http://www.macionis.com)