Kata Ganti Nama Diri Orang

19,567 views
18,735 views

Published on

Published in: Business
9 Comments
27 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
19,567
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
331
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
9
Likes
27
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Kata Ganti Nama Diri Orang

1. 1. Kata Ganti Nama Diri Orang
2. 2.

Kata Ganti Nama Diri Orang:

digunakan untuk menggantikan nama diri orang

selalu digunakan dalam perbualan seharian

Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama Kedua Ketiga
3. 3. Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama

digunakan untuk menggantikan nama orang yang bercakap .

Aku Saya Hamba Patik Beta Kita Kami
4. 4. Aku penatlah. Mari kita berehat sebentar. Aku digunakan sewaktu bercakap dengan rakan. Singkatan bagi aku ialah ku .
5. 5. Saya ingin membentangkan hasil pencapaian syarikat ini. Saya digunakan sewaktu bercakap dalam majlis rasmi atau dengan orang yang baru dikenali.
6. 6. Beta murka dengan kelakuan tuan hamba. Beta digunakan sewaktu raja atau sultan bertitah kepada rakyat.
7. 7. Ampun Tuanku, sembah patik harap diampun. Patik digunakan sewaktu golongan bawahan bercakap dengan Raja.
8. 8. Nama hamba Marco Polo. Hamba digunakan sebagai kata ganti nama diri sendiri pada zaman dahulu.
9. 9. Kami berdoa supaya pakcik cepat sembuh. Kami digunakan untuk mewakili pihak yang ramai apabila bercakap dengan orang lain.
10. 10. Ayah, mari kita bawa adik bersiar-siar. Kita digunakan kepada diri sendiri dan orang yang dilawan bercakap.
11. 11. Kata Ganti Nama Diri Orang Kedua

digunakan untuk merujuk orang yang dilawan bercakap.

Awak Anda Tuanku Engkau/Kau Kalian Kamu
12. 12. Awak nak tengok adik saya? ATAU Kamu nak tengok adik saya? Saya pun nak tunjuk awak adik saya. ATAU Saya pun nak tunjuk kamu adik saya. Awak dan kamu digunakan untuk membahasakan diri orang kedua yang rapat dengan kita.
13. 13. Terima kasih atas sokongan anda. Anda digunakan untuk orang yang tidak dikhususkan percakapan atau dalam satu kumpulan.
14. 14. Apa yang telah terjadi pada engkau/kau ? Engkau / kau digunakan untuk diri orang kedua yang rapat dengan kita.
15. 15. Ampunkan patik, Tuanku. Tuanku digunakan apabila bercakap dengan sultan atau raja.(untuk membahasakan diri sultan)
16. 16. Kalian mesti belajar dengan bersungguh-sungguh supaya lulus dengan cemerlang. Kalian digunakan ketika bercakap dengan sekumpulan orang .
17. 17. Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga

digunakan untuk merujuk orang yang diperkatakan .

Ia Beliau Baginda Mereka Dia
18. 18. Ini beruang mainan saya. Ia dibeli oleh ibu. Ia digunakan untuk merujuk benda atau haiwan yang diperkatakan. Ini pula kucing saya. Ia sedang tidur.
19. 19. Ibu, ini kawan saya Maniam. Dia yang selalu saya ceritakan pada ibu. Dia digunakan untuk merujuk seseorang yang diperkatakan.
20. 20. Seniman Agung P. Ramlee telah dilahirkan pada 22 Mac 1929. Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 29 Mei 1973. Beliau digunakan untuk merujuk seseorang yang terhormat atau berkedudukan.
21. 21. Baginda sungguh baik hati terhadap rakyat. Baginda digunakan untuk merujuk sultan atau raja.
22. 22. Kanak-kanak itu kelihatan gembira. Mereka sedang bermain air. Mereka digunakan untuk merujuk sekumpulan orang yang diperkatakan.
23. 23. Soalan?
24. 24. Latihan Kuiz
25. 25. Bina dua potong ayat bagi kata ganti nama diri orang pertama, kedua dan ketiga.
26. 26. Selesai