Stpm Pam Kertas2 Set2
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Stpm Pam Kertas2 Set2

on

  • 15,695 views

STPM PA SKOR A JPN 2005

STPM PA SKOR A JPN 2005

Statistics

Views

Total Views
15,695
Views on SlideShare
15,695
Embed Views
0

Actions

Likes
1
Downloads
174
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Adobe PDF

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Stpm Pam Kertas2 Set2 Stpm Pam Kertas2 Set2 Document Transcript

  • SULIT* 900/2 STPM 2005 JABATAN PELAJARAN PERAK PENGAJIAN AM KERTAS 2 SET 2 LEARNING TO SCORE (Tiga jam) SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA Arahan kepada calon : Jawab enam soalan. Pilih satu soalan daripada tiap-tipa bahagian A, B, D dan E, dan dua soalan dalam bahagian C. Gunakan lembaran kertas yang berlainan bagi tiap -tiap bahagian. Markah untuk tiap-tiap bahagian diberikan dalam tanda [ ]. Kertas soalan ini terdiri daripada 7 halaman bercetak Jabatan Pe lajaran Negeri Perak 2005 HALAMAN 1
  • SULIT* Bahagian A Pilih satu daripada tajuk -tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan . [25] 1. Sesebuah negara akan maju dalam sektor ekonomi sekiranya wujud iklim pelaburan yang memberangsang daripada pelabur-pelabur negara maju dan syarikat multinasional. Malaysia telah mengatur strategi dalam menarik pelabur asing bagi menjana pertumbuhan ekonomi negara. Bincangkan sumbangan pelaburan asing terhadap pembangunan negara. 2. Kaum wanita telah berjaya membuktikan bahawa mereka mampu membangunkan negara dalam pelbagai bidang, walaupun pada hakikatnya mereka juga menghadapi krisis dwikerjaya yang menyumbang kepada beberapa masalah sosial. Bincangkan. Bahagian B Pilih satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini, dan tulis karangan yang panjangnya antara 250 hingga 300 patah perkataan . [25] 3. Pembuangan bahan-bahan sisa pertanian yang tidak terancang akan mencetuskan pencemaran alam sekitar. Namun demikian, kaedah-kaedah pengurusan bahan buangan pertanian yang lebih sistematik akan mendatangkan manfaat kepada manusia. Jelaskan pernyataan ini. 4. Penyakit bawaan n yamuk seperti Japanese Encephalitis (JE) oleh nyamuk Culex, demam denggi oleh nyamuk Aedes dan malaria oleh nyamuk Tiruk dan Anopheles adalah sangat berbahaya dan boleh membawa maut. Jelaskan punca dan langkah -langkah pencegahan yang boleh diambil bagi mengawal penyakit ini. Bahagian C Jawab dua soalan sahaja dalam bahagian ini, satu daripada soalan 5 dan satu daripada soalan 6 [20] 5(a) Sistem pengenalan diri biometrik dalam pengambilan pekerja Indonesia akan dilaksanakan tidak lama lagi bertujuan membendung kemasukan semula pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan nama lain. Perkembangan ini bukan bermakna bahawa Malaysia mengamalkan dasar pintu tertutup. Sebaliknya kerajaan sentiasa menerima baik kehadiran orang luar asalkan kemasukan mereka adalah secara sah dan mematuhi undang- undang. Kini kerajaan beralih kepada pengambilan pekerja asing dari negara lain misalnya Pakistan bagi memastikan kelangsungan kemajuan ekonomi negara. (Dipetik dan diubahsuai daripada Utusan Malaysia, Selasa 15 Februari 2005) (i) Apakah kelebihan sistem biometrik dalam membendung kemasukan PATI? HALAMAN 2
  • SULIT* (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana pengambilan pekerja asing dapat membantu perkembangan ekonomi negara. ATAU 5(b) Nyamuk berada di mana-mana dan kehadirannya kelihatan bersahaja seperti serangga perosak yang lain walhal ia sebenarnya pembunuh atau pembawa pelbagai jenis penyakit yang boleh mencetuskan kegemparan. Antara yang paling ditakuti kini ialah nyamuk Aedes. Ia paling aktif pada waktu pagi dari jam 5 hingga 7 pagi dan waktu petang dari jam 5 hingga 7 petang dan situasi ini mendedahkan kanak-kanak dan pelajar sekolah kepada bahaya denggi. Berdasarkan statistik, sebanyak 33,203 kes denggi dilaporkan di seluruh negara dan 30% daripadanya membabitkan pelajar sekolah. Kini semakin banyak laman web percutian memaparkan ancaman denggi di rantau ini. Ketiadaan vaksin pencegahan denggi boleh menakutkan pelancong untuk datang ke negara kita. (Dipetik dan diubahsuai daripada Harian Metro, Rabu, 26 Januari 2005.) (i) Mengapa kanak-kanak dan pelajar sekolah adalah golongan yang paling terdedah kepada ancaman denggi? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana penularan penyakit demam denggi boleh mempengaruhi sektor pelancongan di negara kita. 6(a) Lebih 8,000 hektar hutan musnah terbakar di 5 kawasan di Semenanjung ketika panas sekarang yang memaksa Pasukan Bomba dan Penyelamat berhempas pulas mengawal dan memadamkan kebakaran tersebut. Keadaan diburukkan lagi ekoran cuaca yang panas sekarang. Dijangka negara akan menghadapi suhu yang panas tahun ini pada 21 Mac 2005 iaitu menjangkau sehingga 40 darjah celcius. Kebakaran hutan yang berlaku di negara ini turut akan menjejaskan ekonomi dan ekologi negara. (Utusan Malaysia, 25 Februari 2005) (i) Apakah pemangkin kepada kejadian kebakaran hutan di negara kita? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih dari 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana kebakaran hutan boleh memberi kesan negatif ke atas eko logi negara ini. ATAU 6(b) Pada amnya, kadar kejadian kanser meningkat dalam masyarakat yang maju. Kemajuan yang dicapai bukanlah faktor penyebab kanser tetapi faktor gaya hidup tertentu berkaitan dengan kemajuan tersebutlah yang membantu kejadian kanser. Sebilangan kecil kes kanser adalah berkaitan dengan baka seperti kanser mata yang diperturunkan secara genetik oleh ibu bapa kepada generasi yang seterusnya. Selain itu,sikap masyarakat yang enggan mendapatkan rawatan awal turut menyumbang kepada merebaknya penyakit ini. (Dewan Kosmik, Oktober 1996) HALAMAN 3
  • SULIT* (i) Apakah faktor yang menyebabkan penyakit kanser merebak? (ii) Dengan menggunakan tidak lebih daripada 50 patah perkataan, jelaskan bagaimana faktor gaya hidup menjadi pemangkin kepada kejadian kanser. Bahagian D Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. Jawapan hendaklah dibuat pada kertas graf. [15] 7. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam petikan di bawah, sediakan carta yang sesuai bagi membandingkan guna tenaga dalam sektor pembuatan mengikut kategori pekerja bagi tempoh tahun 2000 dan tahun 2002. Dalam tempoh kajian semula, sumbangan sektor pembuatan dalam pewujudan pekerjaan kekal tertinggi dengan kadar pertumbuhan purata 3.4% setahun berbanding dengan sektor ekonomi lain. Sektor pembuatan telah mewujudkan 270,700 pekerjaan baru atau 30.9 peratus daripada jumlah pekerjaan baru yang diwujudkan. Daripada jumlah 2,679,800 guna tenaga dalam sektor pembuatan pada tahun 2002 sebanyak 1,717,800 orang atau 64.1 peratus adalah dalam kategori pekerja mahir. Walaupun bilangan pekerja dalam kategori ini bertambah sebanyak 203,300 gunatenaga pada tahun 2002 berbanding dengan tahun 2000, namun peningkatan tersebut tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan yang meningkat bagi pekerja dalam kategori ini. Bagi pekerja tidak mahir, peratusan guna tenaga dalam sektor pembuatan kekal statik iaitu 5.9 peratus bagi kedua-dua tempoh tersebut. Jumlah guna tenaga kerja dalam kumpulan pekerjaan Pengurusan dan Profesional, dan Teknikal dan Penyeliaan menunjukkan peningkatan, walaupun terdapat penurunan dari segi peratusan. Jumlah guna tenaga dalam kumpulan pekerja Pengurusan dan Profesional pada tahun 2000 sebanyak 184,200 orang meningkat sebanyak 6,100 orang pada tahun 2002. Guna tenaga kerja dalam kumpulan Teknikal dan Penyeliaan juga mengalami peningkatan pada tahun 2002 menjadi 343,000 orang. Guna tenaga dalam sektor pembuatan bagi kategori pekerja am mengalami penurunan yang ketara pada tahun 2002. Pengenalan teknologi moden dalam sektor tersebut telah menyebabkan penguncupan pekerjaan am sebanyak 74,500 orang pada tahun 2002. Dalam tempoh kajian semula, produktiviti keseluruhan sektor pembuatan berkurangan pada kadar 1.9 peratus berikutan daripada kemerosotan ekonomi yang mengakibatkan pekerja tidak digunakan sepenuhnya. Guna tenaga dalam kumpulan pekerjaan perkeranian juga berkurang daripada 245,600 orang pada tahun 2000 menurun sebanyak 0.6 peratus menjadi 219,700 orang pada tahun 2002. Bagi meningkatkan peluang mendapat pekerjaan, pekerja yang diberhentikan telah diberi latihan semula sementara siswazah yang menganggur diberi latihan prapekerjaan termasuk menempatkan mereka di syarikat bagi memperoleh kemahiran baru yang diperlukan oleh usahawan. (Sumber: Dipetik dan diubahsuai daripada Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan, 2001 – 2005) HALAMAN 4
  • SULIT* 8. Berdasarkan petikan berikut, lukis graf yang sesuai untuk menunjukkan perbezaan jumlah antara bidang profesional di Malaysia mengikut etnik bagi tahun 1998 dan tahun 2002. Negara memerlukan tenaga professional yang terdiri daripada rakyat tempatan untuk menjana pembangunan negara. Pada tahun 2002, bilangan arkitek Bumiputera hanya terdiri daripada 1406 orang sahaja, manakala kaum Cina melebihi kaum Bumip utera sebanyak 356 orang. Walau bagaimanapun bilangan arkitek Bumiputera yang dicatat pada tahun 1998 hanya sebanyak 1146 orang iaitu berkurang sebanyak 260 orang berbanding tahun 2002. Kaum Cina tetap mengatasi kaum-kaum lain dalam profesion arkitek pada tahun 1998 sebanyak 1664 orang. Dalam profesion yang sama , kaum India hanya mencatat 49 orang pada tahun1998. Bilangan kaum India telah menurun sebanyak 2 orang pada tahun 2002. Lain-lain kaum yang terlibat dalam profesion ini pada tahun 1998 dan 2002, masing- masing sebanyak 7 dan 9 orang sahaja. Semua warganegara Malaysia yang terlibat dalam profesion arkitek berjumlah 2866 orang pada tahun 1998 dan meningkat kepada 3224 orang pada tahun 2002. Jumlah akauntan di negara kita pada tahun 1998 sebanyak 12128 orang dan meningkat sebanyak 6243 ora ng pada tahun 2002. Kaum Cina telah mencatat sebanyak 77.93% daripada jumlah keseluruhan pada tahun 1998. Kaum Bumiputera pula berjumlah 1840 orang, kaum India 704 orang dan bakinya diwakili oleh lain-lain kaum. Pertumbuhan ekonomi negara turut menggalakkan peningkatan dalam bilangan akauntan di Malaysia. Bilangan kaum Bumiputera meskipun hanya menyumbang sebanyak 19.0% daripada jumlah keseluruhan tetapi telah meningkat sebanyak 1656 orang menjadi 3496 orang pada tahun 2002. Bilangan akauntan Cina mencatatkan adalah sebanyak 13707 orang pada tahun 2002 iaitu melebihi sebanyak 12766 orang berbanding kaum India. Manakala lain-lain kaum hanya mencatat sebanyak 227 orang sahaja. Bidang kejuruteraan semakin diminati di kalangan pelajar-pelajar Pusat Pengajian Tinggi. Keadaan ini dibuktikan dengan jumlah Jurutera pada tahun 2002 sebanyak 41762 orang, berbanding hanya 32101 orang tahun 1998. Kaum Bumiputera yang terlibat dalam profesion jurutera pada tahun 2002 adalah sebanyak 18229 orang dan pada tahun 1998 sebanyak 13526 orang sahaja. Sementara itu, kaum Cina telah mencatat sebanyak 16553 orang tahun 1998 dan 20901 orang pada tahun 2002. Kaum India dan lain-lain kaum pula adalah sebanyak 1634 orang dan 388 orang pada tahun 1998. Bilangan kaum India dan lain-lain kaum turut mengalami peningkatan pada tahun 2002 iaitu masing-masing 2201 dan 431 orang. Dalam profesion kedoktoran pula, pada tahun 1998 kaum Bumiputera yang terlibat adalah sebanyak 4138 orang atau 35.8% daripada jumlah keseluruhan iaitu sebanyak 11565 orang. Manakala pada tahun 2002, bilangan doktor di kalangan bumiputera adalah 5346 orang. Bilangan kaum Cina dalam bidang yang sama pada tahun 1998 adalah sebanyak 3594 orang dan terus meningkat kepada 4151 orang pada tahun 2002. Bilangan kaum India pula adalah sebanyak 3507 orang pada tahun 1998 dan lain-lain kaum sebanyak 326 orang. Kaum India terus meningkat kepada 3546 orang pada tahun 2002 dan lain -lain kaum bagi tahun yang sama adalah sebanyak 334 orang. (Sumber:Dipetik dan diubahsuai daripada Jabatan Statistik ,tahun 1999 dan 2003) HALAMAN 5
  • SULIT* Bahagian E Jawab satu soalan sahaja dalam bahagian ini. [15] 9. Berdasarkan jadual di bawah, huraikan perubahan kadar guna tenaga mengikut kumpulan pekerjaan utama dari tahun 2000 hingga tahun 2005 dan berikan sebab -sebab wujudnya keadaan yang demikian. MALAYSIA : GUNA TENAGA MENGIKUT KUMPULAN PEKERJAAN UTAMA, 2000-2005 (’000 orang ) Tahun 2000 2003 2005 (Jangkaan) ’000 % ’000 % ’000 % Kumpulan Pekerjaan orang orang orang Penggubal Undang-undang , Pegawai Kanan & Pengurus 639.7 6.9 771.3 7.6 845.7 7.8 Profesional 528.5 5.7 548.0 5.4 628.8 5.8 Juruteknik & Profesional Bersekutu 1103.3 11.9 1268.5 12.5 1409.5 13.0 Pekerja Perkeranian 890.0 9.6 974.2 9.6 1008.3 9.3 Pekerja Perkhidmatan, Pekerja Kedai & Jurujual 1205.3 13.0 1420.7 14.0 1593.8 14.7 Pekerja Mahir Pertanian & Perikanan 1390.7 15.0 1288.8 12.7 1268.5 11.7 Pekerja Pertukangan & Yang Berkaitan 843.7 9.1 1085.8 10.7 1246.2 11.5 Operator Loji & Mesin & Pemasang 1492.7 16.1 1623.7 16.0 1691.4 15.6 Pekerja Asas 1177.4 12.7 1167.0 11.5 1149.3 10.6 Jumlah 9271.2 100.0 10148.1 100.0 10842.3 100.0 ( Sumber : Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kelapan 2001-2005 ) HALAMAN 6
  • SULIT* 10. Dunia kini menghadapi dilema sama ada ingin meneruskan pembangunan atau memelihara alam sekitar. Hal ini semakin membimbangkan terutamanya pencemaran yang mungkin mengugat kestabilan sistem ekologi di dunia ini. Huraikan impak pencemaran udara terhadap kepelbagaian biologi. IMPAK PENCEMARAN UDAR TERHADAP KEPELBAGAIAN BIOLOGI Pencemaran Udara Peningkatan gas Sulfur Dioksida Peningkatan Karbon Dioksida dan Nitrogen Peningkatan suhu global – perubahan iklim Gangguan proses psikologi Hujan asid dan pertumbuhan pokok Perubahan komposisi dan Pengasidan tanah dan air struktur tumbuhan Perubahan komposisi hutan Kemerosotan populasi hidupan akuatik Kemerosotan kepelbagaian biologi (Sumber : Era Hijau, 2002) HALAMAN 7