Skema Bm Kertas2 Set2

7,212 views

Published on

BM SPM SKOR A

Published in: Travel, Business
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
7,212
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
5
Actions
Shares
0
Downloads
124
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Skema Bm Kertas2 Set2

  1. 1. SULIT SKEMA SET 2 1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2005 2½ jam JABATAN PELAJARAN PERAK LEARNING TO SCORE 2005 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 1
  2. 2. SULIT SKEMA SET 2 1103/2 Soalan 1: Rumusan [30 markah] PENGENALAN Petikan membincangkan langkah-langkah / cara-cara / tindakan-tindakan / pendekatan- pendekatan menguruskan hutan di Malaysia. [2 markah] ISI TERSURAT S1 − Malaysia dan Indonesia bekerjasama memantau kawasan hutan di sempadan kedua-dua buah negara 2m S2 − Mengatasi aktiviti pembalakan haram dengan menggunakan teknik mengesan profil DNA/melalui teknik RAPD. 2m S3 − Kerajaan membaik pulih sejumlah besar hutan kekal dan kawasan pembalakan di Semenanjung Malaysia. 2m S4 − Kerajaan menjayakan Program Perhutanan Masyarakat / menubuhkan dan menyelenggarakan hutan lipur. 2m S5 − Kerajaan negeri menetapkan sasaran untuk menanam 50 ribu pokok setahun/ 1.2 juta pokok menjelang tahun 2020 di negeri masing−masing. 2m S6 − Malaysia komited melaksanakan pengurusan hutan secara berkekalan. 2m S7 − Negara cuba mengurangkan kebergantungan sepenuhnya pada bekalan kayu 2m daripada hutan asli/mengalih perhatian kepada ladang hutan. (Maksimum 12 markah) ISI TERSIRAT T1 − untuk tatapan generasi akan datang. 2m T2 − dapat memelihara kepelbagaian biologi serta sumber genetik. 2m T3 − mengekalkan kestabilan ekosistem. 2m T4 − sumber ekonomi negara 2m T5 − kawasan tadahan hujan. 2m T6 – mengekalkan habitat flora dan fauna 2m T7 – sebagai sumber penyelidikan 2m T8 – sebagai sumber perubatan tradisional 2m T9 – mengelakkan hakisan bumi 2m (Maksimum 4 markah) KESIMPULAN - Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama menyokong usaha-usaha pengurusan hutan di negara ini agar hutan kekal sebagai sumber alam negara. - Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama dalam pengurusan hutan di negara ini agar hutan kekal sebagai warisan negara. (2 markah) [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 2
  3. 3. SULIT SKEMA SET 2 1103/2 Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2(a) Petikan Umum (i) Maksud rangkai kata tidak harus saling menuding jari seperti yang terdapat dalam petikan ialah jangan selalu menyalahkan antara satu sama lain / tuduh menuduh. (2 markah) (ii) – menggalakkan pertumbuhan industri hiliran kayu. (1 markah) - memberikan insentif kepada industri berasaskan kayu. (1 markah) - menyediakan khidmat nasihat dan kepakaran. (1 markah) [Maksimum 3 Markah] (iii) - Cara untuk memupuk generasi muda agar mencintai alam sekitar ialah ibu bapa sendiri menjadikan dirinya sebagai contoh / model dalam menjaga keindahan alam sekitar (1 markah) - Selain itu, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti lawatan ke hutan simpan untuk menimbulkan kesedaran kepada pelajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar. (1 markah) - Di samping itu, media massa perlulah menyiarkan rencana lebih kerap tentang pentingnya menjaga alam sekitar. (1 markah) - Kerajaan pula hendaklah mengadakan kempen tentang penjagaan alam sekitar secara berterusan. (1 markah) [Maksimum 4 Markah] Soalan 2(b) Petikan Cerpen i. Sifat hulubalang Melayu: - setia / taat kepada raja 1m - tidak akan menderhaka kepada raja 1m - rela mati / tidak menjejaskan kedaulatan raja 1m - lelaki yang perwira/hebat/tangkas 1m ii. Hang Jebat menolak cinta Puteri Lo Po kerana: - Tidak mahu menderhaka kepada raja. 1m - takut akan hukuman raja/hukuman bunuh 1m - Hormat kepada Puteri Li Po sebagai permaisuri sultan 1m - Jebat mempunyai kekasih/bercinta dengan Dang Wangi 1m - Jebat seorang yang beriman. 1m iii. Pengajaran dalam petikan: - Seorang hulubalang/pembesar hendaklah setia kepada raja. 1m contohnya, Hang Jebat setia kepada Sultan Melaka/Puteri Li Po - Seorang isteri mestilah setia/taat kepada suami. 1m Puteri Hang Li Po setia dan taat kepada suaminya/sultan [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 3
  4. 4. SULIT SKEMA SET 2 1103/2 - Kita hendaklah bersikap jujur/amanah ketika menjalankan tugas. 1m contohnya, Hang Jebat bersifat jujur/amanah menjalankan tugas sebagai panglima /pengawal istana Puteri Li Po. Dia tidak terpengaruh oleh pujukan Puteri Li Po. [Maksimum 2 isi] Dalam drama: - Kita hendaklah bijak menyesuaikan diri dengan tempat persekitaran baru. 1m Contohnya, Puteri Li Po bijak menyesuaikan diri tinggal di Melaka. - Seorang isteri mestilah setia kepada suami. 1m Contohnya, Puteri Lo Po setia kepada sultan Melaka walaupun pada awalnya baginda terpikat kepada Hang Jebat. - Raja hendaklah memerintah dengan adil dan saksama agar negara 1m menjadi aman/makmur. Contohnya, Sultan Melaka berlaku adil kepada rakyat menyebabkan Negeri Melaka makmur dan masyhur. - Kita hendaklah berusaha menyelesaikan masalah dengan fikiran tenang 1m dan waras. Contohnya, Puteri Li Po menggunakan fikirannya yang waras dan tenang ketika menyelesaikan masalahnya dengan Hang Jebat dan Dang Wangi. - kita tidak harus menyimpan dedam terhadap seseorang yang telah melukai hati. 1m contohnya, Puteri Li Po tidak menyimpan dendan kepada Hang Jebat/ Dang Wangi. [Maksimum 2 isi] Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik (i) Mengapakah burung bayan meminta raja itu membelinya? [4 markah] - dia ingin mengubati penyakit sopak yang dialami oleh raja itu - dengan cara itu dia dapat membebaskan diri daripada budak itu - ingin berjasa kepada raja dengan harapan dia akan dibebaskan - rindu akan keluarganya dan ingin membebaskan diri (Maksimum 4 markah) (ii) Pada pendapat anda, mengapakah raja itu melepaskan burung bayan yang dibelinya itu? [4 markah] - ingin membalas jasanya / berjasa kepada raja - kasihan dengan penderitaan yang dihadapinya / rindu akan keluarganya - burung bayan berbudi perkerti mulia - tidak suka mendera/menyeksa binatang - mempunyai sifat perikemanusiaan (Maksimum 4 markah) Soalan 2(d) Petikan Puisi (i) – orang /pihak yang menjadi tempat bergantung/berharap telah tiada 1m - tidak tahu pada siapa hendak bergantung lagi 1m [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 4
  5. 5. SULIT SKEMA SET 2 1103/2 [Maksimum : 2 markah] (ii) - jadikan pengalaman sebagai panduan hidup 1m - pandai menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi 1m - menambah ilmu untuk berjaya 1m - cari modal sendiri untuk memulakan sesutu kerja 1m - menambah kemahiran untuk berjaya 1m [Maksimum: 3 markah] (iii) – Nilai keberanian - berani menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai sesuatu 2m - Nilai berdikari - berdikari selepas hilang tempat bergantung 2m - Nilai cekal - cekal dalam menghadapi cabaran hidup 2m [ Maksimum: 4 markah] Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] a) Membina ayat. i) kesedaran sosial - mempunyai perasaan terhadap kebajikan / kepentingan masyarakat Ayat : Semua pemimpin harus mempunyai kesedaran sosial bagi memastikan masyarakat menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan dengan adil. ii) bersikap terbuka - mempunyai fikran yang rasional / positif Ayat : Setiap guru perlu bersikap terbuka menerima perubahan dalam sistem pendidikan demi kemajuan generasi baru. iii) mengorak langkah - bertindak untuk melakukan sesuatu Ayat : Para pelajar hendaklah mengorak langkah seiring dengan aspirasi sekolah iv) bersemangat patriotik - mempunyai rasa cinta akan negara Ayat : Masyarakat Malaysia mestilah bersemangat patriotik bagi mempertahankan kedaulatan negara. v) pemangkin kemajuan - usaha mempercepat pembangunan tanah air Ayat : Teknologi ICT merupakan pemangkin kemajuan negara untuk mencapai Wawasan 2020. vi) melontarkan pandangan - menyampaikan idea / gagasan / pendapat - melihat ke arah tertentu Ayat : Penceramah itu melontarkan pandangan beliau dengan bernas dan berkesan. Ayat : Sasterawan itu melontarkan pandangan beliau jauh ke kaki langit untuk mendapatkan ilham (6 markah) b) Tukar ayat susunan biasa kepada ayat songsang. ( i ) Razak telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan cerpen remaja anjuran [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 5
  6. 6. SULIT SKEMA SET 2 1103/2 Dewan Bahasa dan Pustaka ( ii ) Di padang rumah mereka anak-anak kakak saya sedang berkejar-kejaran bermain bola. ( iii ) Pada setiap hari Sabtu Hamisah dan rakan-rakannya membaca buku di pusat sumber sekolahnya (6 markah) c) Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan ( i ) Kerajaan menggesa golongan remaja melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. ( ii ) Perabot yang dibeli oleh ayah itu mahal harganya kerana kayunya berkualiti tinggi dan diimport dari luar negeri. ( iii) Dianggarkan sebanyak 10 000 orang penonton menyaksikan persembahan Angkatan Tentera Malaysia di Stadium Nasional baru-baru ini. d) Membetulkan kesalahan kata/istilah dan kesalahan bahasa ( i ) tinggal – hidup, saling faham-memahami – saling memahami ( ii ) membimbing akan remaja - membimbing remaja, memulihara - memelihara ( iii ) bercocok - bercucuk , dari - daripada (6 markah) e) Peribahasa - sekali air bah, sekali pantai berubah - kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya - bahasa jiwa bangsa / bahasa menunjukkan bangsa (6 markah) Soalan 4 : Novel [15 markah] Soalan (i) Latar masyarakat dalam kedua-dua novel tersebut. [7 markah] Novel Perlumbaan Kedua . 1. Masyarakat haiwan/binatang yang hidup / tinggal bersama dalam hutan. 2m Contohnya, tuk kura / arnab / gajah/ tedung / kancil / tinggal bersama-sama dalam hutan. 2. Masyarakat yang mementingkan maruah diri/keluarga/bangsa. 2m Contohnya, tuk kura sanggup menyahut cabaran arnab / berusaha mempertahan maruah keluarga. 3. Masyarakat yang gigih berusaha demi mencapai kejayaan. 2m Contohnya, tuk kura berusaha dengan gigih / menjalani latihan untuk mencapai kejayaan dalam perlumbaan. 4. Masyarakat yang bijaksana. 2m [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 6
  7. 7. SULIT SKEMA SET 2 1103/2 Contohnya, tuk kura bijak menyusun strategi perlumbaan menyebabkan dia memenangi perlumbaan. 5. Masyarakat yang mengamalkan sikap bekasih sayang. 2m Contohnya, tuk kura menyanyangi cucu-cucu / kaumnya. 6. Masyarakat yang mengamalkan sikap bekerjama. 2m Contohnya, Seluruh warga rimba bekerjasama menjalankan/mengadakan perlumbaan antara tuk kura dengan arnab. 7. Masyarakat yang mengamalkan rasuah. 2m Contohnya, tedung menerima rasuah / telur ayam daripada keluarga arnab (Maksimum 2 isi) Novel Julia . 1. Masyarakat korporat yang sibuk dengan urusan perniagaan. 2m Contohnya, Dato’ Bakar dan Datin Maznah sibuk menguruskan Perniagaan/BMPRO Holding Sdn. Bhd. 2. Masyarakat yang mementingkan pendidikan agama. 2m Contohnya, Dato’ Bakar dan Datin Maznah menghantar Julia belajar agama di Hidayah Islamic College. 3. Masyarakat yang gigih berusaha demi mencapai kejayaaan. 2m Contohnya, Dato’ Bakar/Julia gigih berusaha memajukan perniagaan/BMPRO Holding Berhad. 4. Masyarakat yang bijaksana dalam tindakan. 2m Contohnya, Dato’ Bakar / Julia bijaksana mengatasi masalah/rintangan dalam perniagaan hingga berjaya. 5. Masyarakat yang mengamalkan sikap berkasih sayang dalam keluarga. 2m Contohnya, Mariah/nenek menyayangi / mengambil berat dan menjaga cucu-cucu / Julia adik-beradik. 6. Masyarakat yang mengamalkan sikap bekerjasama. 2m Contohnya, Julia mendapat sokongan/ kerjasama pekerja-pekerja memajukan perniagaan. / syarikat BMPRO Holding Bhd. 7. Masyarakat yang sanggup menghadapi cabaran / halangan 2m Contohnya, Julia yang masih muda sanggup menghadapi cabaran dan halangan memajukan syarikat BMPRO Holding setelah kematian ayahnya. 8. Masyarakatt remaja yang menghadapi keruntuhan akhlak. 2m Contohnya, Julia / Rashid dan rakan-rakanya terlibat dengan gejala keruntuhan akhlak/lepak. (Maksimum 2 isi) [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 7
  8. 8. SULIT SKEMA SET 2 1103/2 (b) Empat nilai murni yang terdapat dalam novel Berdasarkan novel Perlumbaan Kedua. i. Nilai kebijaksanaan mengatasi masalah/menyelesaikan masalah. 2m Tuk kura menggunakan kebijaksanaan mengalahkan sang arnab dalam perlumbaan. ii. Kegigigihan/ketekunan berusaha demi mencapai kejayaan. 2m Tuk kura gigih/tekun menjalani latihan menghadapi perlumbaan dengan sang arnab. iii. Ketabahan/kecekalan menghadapi cabaran 2m Tuk kura tabah menghadapi kerenah dan cercaan kaum kura. iv. Keberanian menghadapi cabaran/menjaga maruah. 2m Tuk kura berani menyahut cabaran sang arnab demi mempertahankan maruah kaumnya. v. Kejujuran menjalankan tugas 2m Gajah jujur menjalankan tugas sebagai hakim ketika perlumbaan antara tuk kura dengan sang arnab. v. Sikap bekerjasama menjalankan sesuatu usaha/kerja 2m yang berat/sukar. Seluruh haiwan di hutan bekerjasama menjayakan perlumbaan antara tuk kura dengan sang arnab. vi. Sikap memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan. 2m Kura-kura suku tasik/suku kuala/suku rimba telah memohon maaf kepada tuk kura atas kesilapan mereka. (Maksimum: 8 markah) Novel Julia. i. Kebijaksanaan/kepadaian mengatasi masalah/menyelesaikan masalah 2m Julia bijaksanaan mengatasi masalah/penyelewengan dalam BMPRO Transport. ii. Kegigihan/ketekunan berusaha 2m Julia gigih menjalankan perniagaan dan mengatasi masalah dalam BMPRO Holding Sendirian Bhd. iii. Ketabahan/kecekalan menghadapi cabaran 2m Julia tabah menghadapi rintangan menjalankan perniagaan keluarganya hingga berjaya. iv. Keberanian menghadapi cabaran dalam kehidupan 2m Julia berani menghadapi cabaran mamajukan BMPRO Holding Sdn Bhd walaupun ia masih muda. [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 8
  9. 9. SULIT SKEMA SET 2 1103/2 v. Sikap bekerjasama menjalankan sesuatu usaha/kerja yang berat/sukar. 2m Julia bekerjasama dengan Jun dan agensi kerajaan menjalankan program homestay. vi. Sikap menghormati orang tua/ibu bapa/keluarga. 2m Julia menghormati ibu bapa/nenek/ibu tiri/keluarga Jun. (Maksimum: 8 markah) [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 9

×