Susu Ibu
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Susu Ibu

on

  • 11,814 views

 

Statistics

Views

Total Views
11,814
Views on SlideShare
11,807
Embed Views
7

Actions

Likes
6
Downloads
380
Comments
1

2 Embeds 7

http://www.slideshare.net 6
http://wantisygpostnatal.blogspot.com 1

Accessibility

Upload Details

Uploaded via as Microsoft PowerPoint

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel

11 of 1

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
  • good
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Susu Ibu Susu Ibu Presentation Transcript

    • INSTITUT SAINS DAN TEKNOLOGI DARUL TAKZIM (INSTEDT) JABATAN KEJURURAWATAN DAN SAINS KESIHATAN PROGRAM DIPLOMA KEJURURAWATAN TAHUN 2/SEM 3B/2009 MEDICAL SURGICAL NURSING IV TUGASAN : BREAST FEEDING NAMA NO.MATRIK NOOR AMIRA BINTI AMINUDDIN 390310 NORSUHAIDA BTE ZULKAPLE 390318 NORSHAKILA BTE ABDUL MUTALIB 390319 SYAFIZA BTE ROSLAN 390322 NORLIANA BTE JALAL 390369 NAMA PENSYARAH:- PN NENENG SUPRIHATIN
    • OBJEKTIF
    • PENGENALAN
      • Penyusuan secara eksklusif merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Ini kerana susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, ibu digalakkan memberi penyusuan secara eksklusif sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu secara ekslusif sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.
    • JENIS SUSU IBU
      • Colostrum :
      • Terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir.
      • Transitional
      • Cair, berwarna putih. Komposisinya hampir sama dengan susu matang.
      • Susu matang :
      • Lebih cair hampir kebiruan pada awal penyusuan tetapi bertukar putih apabila kandungan lemaknya bertambah.
    • NUTRISI KETIKA MENYUSUKAN BAYI
      • Kalori :
      • Minimum 1 800 kalori sehari. Jika ibu kekurangan 1 hingga 4 pound dalam tempoh sebulan maknanya ibu tidak menikmati makanan dengan secukupnya.
      • Protein :
      • Diambil dua kali pengambilan makanan setiap hari.
      • K alsium :
      • Sekurang-kurangnya tiga atau empat makanan berkalsium setiap hari.
      • Cecair :
      • Minum sekurang-kurangnya lapan ke 10 cawan air setiap hari dan elakkan pengambilan minuman kafien kerana ia akan mengalirkan menerusi susu dan memberi kesan pada bayi.
    • KEBAIKAN PENYUSUAN IBU
    • UNTUK BAYI
      • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi.
      • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
      • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi.
      • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru serta masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
      • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak.
    • UNTUK IBU
      • Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
      • Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
      • Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
      • Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.
    • LAIN-LAIN KEBAIKAN
      • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
      • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
      • Mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
      • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
    • TEKNIK PENYUSUAN YANG BETUL
    • POSISI
      • Gambarajah 1.1 :
      • Baring mengiring dan bayi menghala kepada payudara ibu (Berhati - hati tidak tertidur dalam posisi ini untuk elak bayi lemas)
      • Gambarajah 1.2 :
      • Duduk dan letakkan satu atau dua bantal untuk mengampu bayi
      • Gambarajah 1.3 :
      • Cara pemberian susu dengan bayi dikepitkan di bawah lengan ibu
      • Gambarajah 1.4 :
      • Cara pemberian susu dengan memberi susu dan mengampu bayi pada tangan yang sama payudara
      • Gambarajah 1.5 :
      • Cara pemberian susu untuk bayi kembar
    • PELEKAPAN BAYI KETIKA MENYUSU
      • Gambarajah 2.1 :
      • Sentuh mulut bayi dengan puting ibu, tunggu sehingga bayi membuka mulutnya paling luas
      • Gambarajah 2.2 :
      • Rapatkan bayi ke payudara (bukan payudara ke bayi) dan rapatkan seluruh badan bayi ke dada bukan hanya bahagian kepala.
      • Gambarajah 2.3 :
      • Membantu bayi melekap dengan memegang payudara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payudara
      • Gambarajah 2.4 :
      • Menunjukkan bayi melekap dengan betul
      • Gambarajah 2.5:
      • Menunjukkan bayi yang tidak melekap dengan betul.
      • Ini boleh mengakibatkan masalah seperti kebengkakkan payu dara dan puting
      • Puting kelihatan leper semasa dikeluarkan dari mulut bayi selepas penyusuan.
      • Rasa sakit di puting semasa dan selepas penyusuan.
      • Payudara mungkin bengkak.
      • Susu tidak dikeluarkan dengan berkesan.
      TANDA PELEKAPAN YANG SALAH
    • BAYI MENYUSU DENGAN CARA YANG BETUL
      • Mulut bayi terbuka luas.
      • Dagu bayi menyentuh payudara.
      • Bibir bawah bayi bergulung keluar.
      • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas.
      • Bayi menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam.
      • Ibu boleh mendengar bunyi bayi menelan susu.
    • MASALAH SEMASA PENYUSUAN BAYI
      • Puting leper dan terkedalam :
      • Ibu perlu yakin bahawa bayi masih boleh menyusu dari payudara yang mempunyai puting leper atau tengelam kerana bayi menghisap dari payudara dan bukan dari puting.
      • Rawatan :
          • Penghisapan bayi akan menarik puting keluar.
          • Menggunakan pam payudara.
      • Kebengkakkan payu dara :
      • Lambat memulakan penyusuan.
      • Bayi jarang diberi susu ibu.
      • Susu yang banyak.
      • Rawatan :
          • Tuam air sejuk pada payudara untuk melegakan kesakitan.
          • Perah payudara dengan perlahan – lahan untuk melembutkan sebelum penyusuan yang seterusnya
          • Susukan bayi dengan lebih kerap
      • Puting melecet :
      • Meletakkan bayi dalam posisi yang salah.
      • Teknik penyusuan yang tidak betul.
      • Penjagaan puting yang tidak betul.
      • Jangkitan kulat disebabkan oleh Candida Albicaus juga boleh menyebabkan puting melecet.
      • Rawatan :
        • Perahkan sedikit susu dan sapukan pada puting. Ini boleh memulihkan puting yang melecet.
        • Tidak perlu gunakan losyen atau krim.
        • Kerap dedahkan putting tersebut pada udara.
        • Jangan pakai baju dalam seketika sehingga reda kesakitan.
      • Tidak cukup susu:
      • Ibu tidak beri bayi menghisap sekerapnya.
      • Bayi menghisap sebelah payudara sahaja.
      • Ibu tidak yakin dengan kedua-dua belah payudara.
      • Ibu mengalami tekanan emosi.
      • Ibu juga hendaklah yakin bahawa ibu boleh susukan bayinya.
      • Cara mengatasi :
        • Susukan bayi sekerap yang boleh mengikut kehendak bayi.
        • Penyusuan tidak melebihi 2 jam.
        • Pastikan bayi melekap dengan betul.
        • Menyusu dari kedua-dua belah payu dara.
        • Yakin pada diri sendiri “Anda boleh menyusukan anak anda”.
        • Dapatkan rehat secukupnya dan cuba bertenang semasa menyusukan bayi.
      • Bayi enggan menyusu :
      • Mulut bayi ada jangkitan.
      • Bayi dalam kesakitan.
      • Bayi telah diberi botol susu/putting kosong.
      • Aliran susu terlalu laju.
      • Pernafasan bayi terganggu.
      • Rawatan :
          • Dapatkan rawatan bagi jangkitan di mulut.
          • Jangan pegang bayi ditempat yang sakit atau lebam.
          • Pengaliran susu yang laju boleh dikurangkan dengan memerah payudara. sebelum memulakan penyusuan.
    • Ubatan yang tidak digalakan ambil ketika tempoh penyusuan bayi
      • Nikotin
      • (cth: Tampalan Nikotin untuk berhenti merokok)
      • Boleh mengurangkan pengeluaran susu, menyebabkan bayi muntah, cirit birit dan meragam. (Jangan guna sewaktu tempoh kehamilan dan penyusuan ibu)
      • Kafein
      • Jumlah kafein yang banyak memberi kesan yang tidak selesa kepada bayi seperti kembung.
      • Antihistamin
      • (eg. Chlorpheniramine, loratadine etc.)
      • Penggunaannya tidak disyorkan. Boleh mengurangkan pengeluaran susu ibu, dan menyebabkan bayi meragam. Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi.
    • PENYUSUAN SUSU BAGI IBU YANG BERKERJA
    • Teknik memerah susu dengan pam payudara :
        • Baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan
        • peralatan mengepam sebelum menggunakannya
        • Basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
        • Basuh tangan dengan bersih
        • Duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
        • Rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin ( let-down reflex )
        • Posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
        • Mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
        • Pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
        • Masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
    • Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan :
    • Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payudara. Picit payudara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.
      • Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
      • Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
      • Pusing dan perah dari semua arah.
      • Lakukan yang sama kepada payudara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payudara.
      • Jangan urut dari bahagian atas payudara.
    • Menyimpan susu yang telah diperah :
      • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
      • Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
      • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26 oC selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
      • Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.
    • Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi :
      • Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
      • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
      • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
      • Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
      • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
    • Mengajar bayi minum susu yang telah diperah :
      • Melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum ibu kembali bekerja.
      • Gunakan jadual sebagai panduan
      Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association JADUAL LATIHAN PENYUSUAN SUSU IBU UNTUK IBU BEKERJA Susu perahan Susu Badan Susu Badan Susu Badan 3.30 –4.00 pm Susu perahan Susu perahan Susu Badan Susu Badan 12.30 –1.30 t/hari Susu perahan Susu perahan Susu perahan Susu Badan 10.00 –11.30 am Susu perahan Susu perahan Susu perahan Susu perahan 7.30 –9.30 am Hari 10-13 Hari 7-9 Hari 4-6 Hari 1-3 Hari dan mula program
    • MASALAH DALAM PENYUSUAN BOTOL
      • Cirit- birit.
      • Muntah.
      • Berat badan yang berkurang.
      • Berat badan yang bertambah.
    • NURSING INTERVENTION
      • Sebagai jururawat kita wajib memberi pendidikan kesihatan kepada ibu untuk pemberian susu secara eksklusif seperti :
      • Menjelaskan pentingnya penyusuan secara eksklusif kepada ibu semasa ketika ibu hamil dan melahirkan anak dan terangkan kebaikan penyusuan secara eksklusif.
      • Meggalakan ibu memberi susu badan selepas 1 jam selepas melahirkan kerana menggandunggi colostrum yang terhasil pada hari-hari pertama selepas melahirkan. Ia berwarna kekuningan dan diperkaya dengan antibodi dan juga protein. Ini menjadikan ia sangat ideal bagi bayi baru lahir.
      • Menerangkan kepada ibu supaya memberi penyusuan mengikut kehendak bayi :
        • Tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu.
        • Penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu.
        • Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
      • Terangkan kepada ibu teknik penyusuan yang betul seperti :
        • Posisi yang betul dan selesa untuk ibu dan bayi seperti cara ibu duduk dan memeggang bayi. Terangkan kepada ibu jika posisi penyusuan tidak betul ini akan mempengaruhi keadaan ibu seperti sakit pada pinggang.
        • Pelekapan yang betul ketika bayi menyusu adalah penting dan perlu diberi penjelasan oleh jururawat seperti memberitahu kepada ibu jika pelekapan bayi tidak betul boleh menyebabkan :
          • Bayi tidak mendapat susu secukupnya.
          • Bayi tertelan udara menyebabkan kembung.
          • Puting ibu melecet.
      • Jika susu ibu tidak keluar sebagai jururawat kita perlu :
        • Menggalakan ibu menyusukan bayi mereka dengan kerap supaya merangsang susu keluar.
        • Membantu atau mengajar ibu mengepam payudara untuk merangsang susu keluar.
        • Memberi bayi susu formula dengan menggunakan cawan jika ibu tidak dapat mengeluarkan susu.
      • Menjelaskan mengenai penyusuan ketika ibu berkerja :
        • Teknik memerah susu menggunakan tangan dan pam payudara.
        • Teknik menyimpan susu perahan yang betul.
        • Menyediakan susu yang telah diperah.
    • RUMUSAN
      • Sebagai seorang jururawat kita bertanggungjawab memberi pendidikan kesihatan dengan jelas kepada ibu sama ada ketika ibu mengandung dan ibu selepas bersalin. Antara pendidikan kesihatan ialah kebaikkan penyusuan secara eksklusif cara pemberian dan teknik penyusuan yang betul. Jururawat juga perlu memberikan maklumat permakanan untuk ibu yang menyusukan bayi seperti elakkan makan makanan yang berkafein kerana ianya menyebabkan bayi kembung. Pemberian susu ibu ketika berkerja juga merupakan pendidikan kesihatan yang amat penting supaya ibu dapat memberi susu ibu sepenuhnya. Penyusuan eksklusif perlu diberikan sepenuhya sehingga bayi berumur 6 bulan dan dilanjutkan sehingga bayi berumur 2 tahun.
    • RUJUKAN
      • Myles textbook for midwives ( 4th edition ) by Diana M.Fraser & Margaret A.Cooper
      • Foreword by Gilliam Fletcher
      • Medical& Surgical ( Lemon Burke ) Person International Edition Critical Thinking in Client Care ( 4th edition ) by Pricillia Lemone & Karen Burke
      • The New Midwifery Science and Sensitivity in Practice by Lesley Ann Page ( 2000)
      • Internet
        • http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Pemakanan/PenyusuanSusuIbu.php
        • http://www.myhealth.gov.my/myhealth