Your SlideShare is downloading. ×
Konsep bimbingan dan kaunseling
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Saving this for later?

Get the SlideShare app to save on your phone or tablet. Read anywhere, anytime - even offline.

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

Konsep bimbingan dan kaunseling

1,242
views

Published on

Published in: Education

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
1,242
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
99
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

Report content
Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
No notes for slide

Transcript

  • 1. Konsep bimbingan dan kaunseling Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159), bimbingan merupakan perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Ahli-ahli psikologi mengemukakan pelbagai takrifan terhadap bimbingan dan kaunseling mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing. Othman Mohamed (2000) juga mendefinisikan bimbingan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Proses ini meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk menentukan pencapaian matlamat oleh orang yang menerima. Biasanya ia merujuk kepada menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya. Takrifan bimbingan ini merujuk kepada pendapat Crow dan Crow (1960Bantuan yang diberikan oleh seseorang sama ada lelaki atau perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri; membuat pilihan hidupnya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri.). Manakala menurut Shertzer dan Stone (1971), menyatakan bimbingan merupakan proses menolong individu memahami diri sendiri serta alam sekelilingnya. Proses ini sentiasa berterusan dan memerlukan jangka masa yang lama untuk melihat hasilnya. Huraian secara terperinci mengenai takrifan ini diperjelaskan oleh Tang Chee Yee (1991:1). Maksud menolong bermakna bantu, assisting dan availing seseorang individu dalam menyelesaikan hal yang berkaitan dengan perkembangan dan kepuasan kehidupan peribadi dan sosial. Perkataan memahami diri pula ialah bagaimana seseorang individu itu memahami identiti diri, kelebihan dan kekurangan yang dimiliki.Seterusnya alam sekeliling pula ialah merujuk kepada keadaan yang berlaku di sekitarnya dan peluang-peluang yang harus direbut. Takrifan kaunseling sering ditafsirkan sebagai satu bentuk nasihat. Namun ia bukan hanya nasihat semata-mata disebabkan wujunya unsur nasihat ini.
  • 2. Pada asasnya kaunseling berasal dari perkataan Inggeris iaitu counseling yang bermaksud menolong. Namun begitu terdapat pelbagai takrifan lain berkenaan dengan maksud kaunseling ini antaranya ialah Blocher (1974) merumuskan bahawa kaunseling ialah satu proses menolong individu mengenali diri sendiri dan cara berinteraksi dengan keadaan persekitarannya. Pada masa sama individu ini dapat memperkembangkan potensi diri untuk masa depannya. Kaunseling menurut takrifan Shertzer dan Stone (1968), membawa maksud proses interaksi seseorang individu dalam memahami diri sendiri serta keadaan sekelilingnya. Proses ini melibatkan penetapan matlamat dan nilai hidup yang dibentuk dan dijelaskan sehingga dapat mecapai keputusan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah satu keadaan dimana proses untuk membantu individu yang bermasalah, Krumboltz dan Thoreson (1976). Selain itu, ia juga merujuk kepada bagaimana membantu seseorang individu untuk menyelesaikan masalah personal, perasaan dan cara untuk membuat keputusan. Seterusnya kaunseling juga merupakan satu proses pertemuan secara interaktif iaitu bersemuka antara kaunselor dan klien sehingga berlaku perubahan pada diri klien tersebut, Patterson dan Eisenberg (1983). Oleh itu, maksud kaunseling dapat disimpulkan sebagai suatu proses bantuan secara profesional untuk bimbingan klien memahami dirinya dan suasana sekelilingnya. Bimbingan ini dilakukan sehingga kelihatan perubahan yang positif kepada klien tersebut. Menurut Suradi Salim (1996), bimbingan dan kaunseling adalah satu proses dimana seorang kaunselor akan berinteraksi dengan individu untuk membantu individu memahami dirinya dan dunia di sekelilingnya supaya ia boleh menggunakan kebolehan, keupayaan dan bakat yang ada sepenuhnya. Definisi di atas telah menunjukkan aktiviti yang dijalankan sepanjang proses bimbingan dan kaunseling adalah interaksi diantara klien dengan kaunselor ataupun dengan perkataan lain komunikasi. Maka kesimpulan yang dapat dibuat adalah keberkesanan sesuatu proses bimbingan dan kaunseling
  • 3. adalah bergantung kepada sejauh manakah keberkesanan komunikasi yang berlaku di antara klien dengan kaunselor di sepanjang proses. Prof Datin Dr Aizan(2002) menyatakan antara kemahiran yang asas dalam membantu adalah menggalakkan penstrukturan, mendengar, klien kemahiran membina bercakap, kemahiran kemahiran perhubungan, kemahiran membalas, kemahiran kemahiran menyoal, kemahiran memimpin secara parafrasa, kemahiran langsung, kemahiran berkomunikasi, kemahiran melakukan dorongan minima, kemahiran membuat refleksi perasaan, kemahiran membuat interpretasi, kemahiran membuat klarifikasi, kemahiran meneroka, kemahiran pemfokusan, kemahiran mencabar, kemahiran berempati, kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran mengetahui teori dan teknik-teknik kaunseling, kemahiran memberi maklumat, kemahiran merumus, kemahiran meninjau klien, kemahiran konfrontasi dan kemahiran menyemak persepsi.
  • 4. Sebelum sesi kaunseling dimulakan, kaunselor seharusnya menyemak rekodrekod klien untuk mendapatkan maklumat yang dianggap berguna.Kaunselor juga harus menyemak diskripsi tugas klien. Ini mungkin berguna untuk membantu dalam menilai prestasi dan proses membina matlamat kemudian nanti. Selain itu, kaunselor juga hendaklah menyediakan tempat dan masa yang sesuai untuk berbincang tanpa banyak gangguan. Seterusnya dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslah cuba menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab pertemuan dengan jelas, sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan berasa terancam dan menjadi defensif (a) Membina hubungan Merupakan langkah yang paling awal dalam sesi kaunseling.Tujuannya adalah untuk membina perhubungan yang mesra, saling mempercayai dan rasa selamat antara kaunselor dan klien supaya klien sedia berbincang. . Kaunselor mesti membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan dan menunjukkan kemesraan dengan klien. Dalam kemahiran ini terdapat beberapa sub kemahiran asas seperti membina suasana alam sekeliling, suasana terapeutik, ruang untuk berkomunikasi, penampilan diri, ekspresi muka, kontak mata, pergerakan tangan dan kaki, nada suara, senyuman dan akhir sekali cara cara duduk dalam kaunseling. Kemahiran ini digunakan oleh kaunselor untuk membawa klien menghadapi realiti dengan cara menyelaraskan mental, emosi, tingkah laku, komunikasi lisan dan bukan lisannya. Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej yang hendak disampaikan. Oleh itu, adalah penting bagi para kaunselor mempamerkan ekspresi muka atau wajah yang dapat menyakinkan klien.Wajah atau mimik muka adalah hasil kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kedutan dahi, muka dan hidung dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Antara aspek yang ditekankan ialah 1. Pembentukan suasana yang kondusif.
  • 5. Pembentukan suasana yang kondusif merujuk kepada keselesaan bagi klien dan kaunselor.Keselesaan ini di khusukan kepada bebas dari gangguan seperti bau, bising, dan kedudukan perabut, susun ataur kerusi, dan pandangan yang tidak menghalang klien dari melihat kaunselor. 2. Pembentukan suasana yang teraputik. Bagi pembentukan suasana yang teraputik pula, setelah suasana yang kondusif dipenuhi, suasana yang aman dan tenang tampa ganguan akan wujud dengan sendirinya, suasana aman dan tenang ini membolehkan perbincangan, penghayatan perasaan dan penglahiran idea tampa rasa terancam, suasana ini adalah suasana yang teraputik. 3. Jarak(Ruang untuk komunikasi). Jarak dalam konteks ini merujuk kepada kedudukan klien dan kaunselor, jarak tidaklah harus jauh dan terlalu dekat, jarak yang ideal ialah1-1.5 meter, pada jarak ini segala bentu komunikasi dapat diperhatikan oleh kedua-dua pihak, dengan itu proses interpretasi dapat dilakukan dengan jayanya. 4. Penerimaan tampa syarat. Merujuk kepada penerimaan tampa syarat oleh kaunselor terhadap klien. 5. Personaliti dan gesture kaunselor. Kaunselor haruslah menampilkan imej yang kemas bagi mencipta keyakinan klient, gesture badan kaunselor juga amat penting bagi membina interpretasi yang baik dimata klien. Contoh : Kaunselor : Apa khabar hari ini? Klien : Baik Kaunselor : Terima kasih kerana sudi datang untuk sesi kaunseling Klien : Sama-sama
  • 6. (b) Mendengar dengan aktif Merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting dalam sesi kaunseling.Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan klien tersebut. Selain dari tutur kata, gerak geri (body language) klien semasa bercakap juga patut dilihat dan didengar sama. Segala tingkah laku klien itu turut memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan. Mendengar adalah berkait rapat dengan memberi perhatian. Brammer (1973) merumuskan : tampa perhatian, mendengar sahaja tidak akan membawa kepada kefahaman, maka komunikasi tidak wujud. Mendengar dengan aktif amat penting dalam setiap tahap kaunseling, pentingnya mendengar secara aktif kereana ianya melibatkan tiga kompenen iaitu kontak mata, gaya mendengar, dan respon, ketiga kompenen ini menunjukkan tindakan memberi perhatian dengan aktif ataupun mendengar dengan aktif. Contoh: Kaunselor : tadi kamu ada menyatakan saying dengan emak kamu? Betul….. Klien : iya….. saya ada cakap begitu tadi. (c) Dorongan minima Dorongan minima adalah kemahiran yang digunakan oleh kaunselor bagi menggalakkan klien meluahkan isi hati mereka.Ia membolehkan klien rasa bahawa kaunselor sedang mendengar dan menumpukan perhatian terhadapnya apa yang diceritakan oleh klien. Contoh dorongan minima menganggukkan kepala, senyuman, wajah yang tenang atau menggunakan separa bahasa seperti ‘Mmm! Mmm!, Hmm! Hmm!. Klien : saya merasakan diri saya sudah tidak suci lagi….
  • 7. Kaunselor : hmmm…. (sambil mengangguk kepala) (d) Pendedahan Kendiri Kaunselor menggunakan kemahiran ini apabila dia berhajat untuk mendapat klien berkongsi sesuatu maklumat dengannya.Matlamat yang didedahkan hendaklah bersesuaian dan berfungsi.Maklumat yang boleh menyebabkan klien berasa rendah diri atau kurang cekap hendaklah dielakkan. Pendedahan kendiri disini merujuk kepada mendedahkan perihal peribadi kepada oaring lain, dalam erti kata lain menceritakan kisah peribadi bagi tujuan untuk difahami dan dibantu atau hanya satu bentuk perkongsian. Pendedahan kendiri boleh juga melibatkan kaunselor, dimana menceritakan kisah kaunselor dari segi pengalaman. Contoh : Klien : Cikgu, saya selalu bergaduh dengan rakan sampai muka saya jadi lebam Kaunselor : Kawan cikgu dulu pun bertumbuk sampai lebam dan ada lagi yang sampai masuk hospital sebab luka (e) Kemahiran Menyoal Dalam peringkat penerokaan, soalan terbuka amat digalakkan iaitu soalan yang tidak memerlukan jawapan yang khusus.Manakala, soalan tertutup hanya digunakan pada situasi yang sesuai tetapi harus dielakkan supaya klien aktif meluahkan masalahnya.Namun begitu, ada kalanya pertanyaan atau pun soalan langsung tidak mendapat sebarang jawapan.Oleh yang demikian, soalan yang hendak ditanyakan biarlah sesuai, mudah difahami dan menyenangkan klien menjawab dengan rela. Soalan tertutup: Soalan tertutup merujuk kepada menghadkan jawapan kepada satu atau beberapa perkataan sahaja, dan jawapan ini memberikan jawapan yang khusus.Soalan tertutup bertujuan untuk mendapatkan kepastian bagi sesuatu fakta.
  • 8. Soalan terbuka: Soalan terbuka ini bertujuan untuk menjemput perbincangan, perjelasan, dan huraian yang panjang lebar, ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Soalan terbuka juga penting dalam menggalakkan penerokaan serta memberikan ruang kepada klien meluahkan perasaan mengikut arah yang dipilihnya sendiri tanpa dikhususkan oleh kaunselor, dimana klien yang mengawal rundingan. Kaunselor : Apakah perasaan kamu apabila diejek oleh rakan? Klien : Saya tidak suka kawan mengejek saya sebab sama seperti menghina Kaunselor : Boleh jelaskan dengan cikgu, kenapa kamu rasa dihina bila diejek oleh rakan? (f) Konfrontasi Konfrontasi adalah kata-kata yang boleh mencabar perasaan, pandangan dan juga tingkah laku tanpa lisan mereka.Konfrontasi teknik yang digunakan oleh kaunselor bagi mengetahui dengan lebih mendalam ruang dalaman klien.Teknik ini perlu digunakan dalam situasi yang sesuai supaya tidak menyebabkan klien berdiam diri.Kemahiran ini hanya dilaksanakan selepas terbentuknya hubungan yang baik antar klien dengan kaunselor.Kaunselor perlu menggunakan nada suara yang lembut, yang mengambil unsur-unsur mengambil berat supaya mesej yang disampaikan tidak disalahtafsirkan. Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor. Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan Contoh: Klien : Bilakah rombongan ke Melaka itu akan bertolak? Kaunselor : Saudara telah menyatakan beberapa kali saudara tidak meminati rombongan tersebut, tetapi saudara kerap bertanya .
  • 9. Konfrontasi menimbulkan suatu risiko tetapi jika Berjaya akan dapat mempercepatkan proses kaunseling. Sekiranya perhubungan di antara kaunselor dengan klien belum mesra atau kukuh, konfrotasi hendaklah dielakkan. Ini merupakan kemahiran untuk menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi adalah berbeza dengan pandangan kaunselor.Konfrotasi digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari suatu sudut yang berlainan. g) kemahiran menyemak persepsi Ia merupakan kemahiran dimana klien dirasionalkan oleh kaunselor berkaitan dengan sesuatu perkara. Contohnya menyatakan tingkahlaku yang negatif klient tidak dapat membezakannya. Contoh: Klien : saya sering bergaul dengan gangster dan suka bergaduh Kaunselor : pada kamu perbuatan tersebut baik ataupun tidak? h) Parafrasa Merupakan kemahiran mengulang ayat klient tanpa mengubah makna asal.Ia bertujuan untuk mendapatkan kepastian dan menyatakan bahawa kaunselor faham dengan apa yang dinyatakn oleh klient. Selain itu ia juga adalah respon kaunselor setelah mendengar isi dan memerhati tingkahlaku klien, pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam ayat yang agak pendek, kebiasaannya, prafrasa melibatkan penggunaan kembali maksud atau ayat klien dalam bentuk yang lain tampa mengubah makna Contoh: Klien : saya berasa tidak selesa berada disini. Kaunselor : oooo…. Kamu tidak selesa disini…… i) Kemahiran Refleksi Perasaan / Emosi Refleksi emosi juga merujuk kepada refleksi perasaan iaitu respon kaunselor untuk menggambarkan emosi klien bagi menunjukkan empati kaunselor.
  • 10. Contoh ; Klien : Bila dapat buktikan pada makcik bukan saya yang ambil duit simpananya, barulah saya rasa lega kerana ayah masih mempercayai saya. Kaunselor : Jadi, sekarang kamu merasa lebih selamat dan tenang? Kaunselor merefleksi keadaan emosi klien pada ketika itu dan dengan itu mengkomunikasikan penerimaannya terhadap klien. Dengan itu, klien akan merasa dirinya difahami dan seterusnya menjadi lebih terbuka dalam mempersepsikan masalahnya. j) Kemahiran Refleksi Makna / Isi Refleksi isi merupakan respon kaunselor untuk menggambarkan isi perbualan dengan klien yang menunjukkan kefahaman kaunselor.Isi perbincangan mungkin dibuat berdasarkan kepada beberapa sesi pertemuan yang telah berlangsung.Tujuannya adalah untuk membuat semakan.Disamping itu juga, memberi keyakinan kepada klien bahawa masalahnya diberi sepenuh perhatian oleh kaunselor. Refleksi isi biasanya dibuat dalam situasi-situasi seperti ; - Kaunselor menstruktur permulaan sesi kaunseling dengan mengimbas kembali perkara yang telah dibincangkan dalam temubual yang lalu - Klien mula membuat kenyataan yang mengelirukan dan tiada kaitan dengan masalahnya - Apabila hendak mengambil sesuatu tindakan akan datang, kaunselor dan klien membuat penilaian apa yang telah dipelajari dari perbincangan sebelumnya - Pada peghujung sesi, kaunselor memberitahu klien apa yang didapati dan telah dipelajari daripada sesi tersebut. Contoh: Klien : kadang-kadang saya akan mimpi yang bukan-bukan membuatkan saya terganggu.
  • 11. Kaunselor : bermakna kamu tidak dapat tidur dan ia member kesan kepada hidup kamu, betul? k) Kemahiran meminta penjelasan. Merupakan kemahiran yang perlu ada kepada kaunselor dalam menjalankan sesi.Ia adalah keadaan dimana kenyataan dari klient untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang apa yang telah dibincangkan. Contoh: Kaunselor : tadi kamu cakap nenek dan datuk tinggal bersama kamu, tetapi tidak dilukis disini. Klien : oooo….. datuk dan nenek berada didalam rumah. Sebab itu saya tidak melukis gambar mereka. l) Membuat interpretasi Keadaan dimana kaunselor menjelaskan makna apa yang telah dibincangkan dan apa isu tersirat yang klient tidak Nampak semasa berbincang. Ia merupakan suatu proses aktif dimana kaunselor menjelaskan makna perkara atau isu yang dibawa oleh klien mengikut kefahaman kaunselor dari perspektif yang baru, kemahiran ini bererti memberi penghuraian kepada klien supaya klien dapat melihat perkara dari sudut perspektif yang berbeza. Contoh: Klien : tekanan yang saya alami ini hanya tuhan yang tahu Kaunselor : saya faham……. Tekanan kamu bukan sahaja disebabkan masalah tersebut sahaja. Tetapi juga msalah yang lain. m)Kemahiran merumus Kemahiran merumus adalah satu proses untuk merangkum beberapa idea yang telah dibincang dan perasaan-perasaan yang diluahkan oleh klient. Kaunselor memberi tumpuan kepada perkara-perkara seperti; - apa yang telah klient ucapkan (isi) - bagaimana ia menyatakan perasaannya (emosi ketika itu) - maksud, masa dan kesan kenyataannya (proses).
  • 12. Tujuan membuat rumusan ialah untuk menimbulkan kefahaman yang mendalam dan kesedaran diri klient dalam proses tolong bantu, bimbingan dan penyelesaian kepada sesuatu masalah. Kemahiran membuat rumusan terbahagi kepada dua iaitu rumusan kecil dan rumusan besar. Rumusan kecil ialah penerangan terhadap susuatu isu yang telah dibingcangkan, manakala rumusan besar pula ialah ringkasan keseluruhan bagi member gambaran tentenag apa yang telah dibincangkan. Contoh: Klien : itu sahaja yang dapat saya kongsikan setakat ini. Kaunselor : berdasarkan apa yang telah kamu ceritakan, saya dapat merumuskan bahawa keluarga kamu sangat sayangkan kamu, tetapi mungkin ada sesuatu yang menyebabkan kamu berasa tersisih atau tidak diberi perhatian Rumusan kecil Rumusan ini dibuat bebrapa kali dalam satu sesi dan bertujuan untuk membantu klien mengingat kembali apa yang sedang dibincangkan. Contoh: Kaunselor: Jadi imran pada minggu lalu kita telah membincangkan tentang................dan......... Rumusan besar Rumusan besar ini merujuk kepada rumusan penamat atas segala sesi yang pernah dilakukan dan di bincangkan. Contoh: Kaunselor: sebelum saya menutup sesi bagi permasalahan kamu ini maka, saya akan merumuskan apa yang telah kita lalui sepanjang sesi berlangsung