• Like
Buku mmi
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

Buku mmi

  • 5,023 views
Published

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
5,023
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
6

Actions

Shares
Downloads
52
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Kementerian Pelajaran Malaysia2013
  • 2. i MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONALKEMBALI KEPADA YANG ASAS : PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, GURU MENGAJAR DAN MURID BELAJAR Diterbitkan oleh KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 3. ii CETAKAN PERTAMA JANUARI 2013 © KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAHak Cipta Terpelihara kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersil. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan dalam apa-apa bentuk atau dengan apa alat jua pun, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman atau sebagainya, tanpa kebenaran terlebih dahuludaripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
  • 4. iii Isi KandunganGLOSARI ixKATA ALU-ALUAN xiKETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIAKATA ALU-ALUAN xiiTIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA(SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN)Kandungan Muka Surat 1 PENDAHULUAN Pengenalan 2 2 MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instructional Time) 7 di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid Haji Sufa’at bin Tumin Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) 3 KERTAS CADANGAN PELAKSANAAN 3.1 Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah Semasa 39 Proses Pembelajaran dan Pengajaran Dr.Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali Abd Munir bin Mohd Rashid Nadimin bin Abdul Aziz Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
  • 5. iv 3.2 Kepimpinan Instruksional 55 Dr. James Ang Jit Eng Haji Abdul Razak bin Alias Institut Aminuddin Baki 3.3 Jadual Waktu 65 Bong Muk Shin Bahagian Pendidikan Khas 3.4 Melindungi Masa Instruksional dalam Kegiatan 74 Kokurikulum di Sekolah: Isu dan Cadangan Penyelesaian Mahamad Amran bin Kamsi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian 3.5 Pengurusan Masa dalam Konteks Pelaksanaan 95 Pentaksiran Berasaskan Sekolah Rohesan bin Muhamad Lembaga Peperiksaan Malaysia 3.6 Pengoperasian Latihan dalam Perkhidmatan (LDP) 109 Berasaskan Sekolah (School Based) Ahmad Zaki bin Salleh Razlee bin Mohamad Habidah@Abidah binti Ibrahim Bahagian Pendidikan Guru4 KERTAS AMALAN TERBAIK PENGURUSAN SEKOLAH 4.1 Melindungi Masa Instruksional (Protecting 122 Instruksional Time) di Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid Ghazali bin Kassim SK Seri Indera, Kangar, Perlis 4.2 Guru Mengajar Murid Belajar 133 Hajah Siti Aminah binti Hj Ibrahim SMK Bandar Bukit Kayu Hitam Bukit Kayu Hitam, Kedah Darulaman 4.3 DOS (Do Something) 150 (JANGAN DUDUK SAHAJA) Zakaria bin Othman SK Seri Impian, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • 6. v4.4 Pengalaman Sekolah di Negeri Sembilan dalam 166 Melindungi Masa Instruksional Haji Hamidon Bin Haji Khalid SMK Senawang 3, Taman Marida, Seremban4.5 Guru Bercuti dan Tidak Hadir ke Sekolah, Cara 178 Menangani dan Penyelesaiannya Dr. Hajah Rosnanaini binti Haji Sulaiman SMK Malim, Melaka4.6 Amalan Terbaik Melindungi Masa Instruksional di 193 SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai Haji Komaruddin bin Abdullah, A.S.K. SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan4.7 Pengurusan Sekolah dalam Melindungi Masa 210 Instruksional di Sekolah untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid Mukhtar bin Haji Kasim SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis4.8 Melindungi Masa Instruksional di SMK Sultanah 222 Bahiyah Hajah Rahinun binti Mohd Noor, B.C.K. SMK Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah4.9 Memaksimumkan Waktu Pembelajaran dan 244 Pengajaran Khaliqul Zaman bin Mohamed Sheriff, SMK Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang4.10 Melindungi Masa Instruksional Melalui Polisi 261 Pengurusan Sekolah dan Program Khas Rusnani binti Sharuddin SMK Raja Perempuan, Ipoh, Perak4.11 Program Relief Berkesan Melindungi Masa 270 Instruksional dan Meningkatkan Masa Pembelajaran Berkesan di dalam Bilik Darjah Radhiah binti Muhammad Rohani binti Roslan SMK Puteri Wilayah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur4.12 Protecting Instructional Time : Mengatasi Masalah 280 Guru Meninggalkan Kelas Kerana Tugasan Luar Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SM Teknik Tuanku Ja’afar, Seremban
  • 7. vi 4.13 Amalan Melindungi Masa Instruksional di Sekolah 293 Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang. Haji Bahtiar bin Sanusi Ahmad Zamri bin Md Isa SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang 4.14 Inisiatif Memperkasa Masa Instruksional : Guru 311 Ganti Sistematik (GGS) Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Sabah 4.15 Program Inovatif Pengurusan Sekolah Dalam Mmi 325 Dalam Kalangan Murid (Program Permata Bonus) Dan Guru (Program Training Of The Trainers) Di SMK Riam Miri (2000 – 2005) Hajah Serina binti Sauni SM Sains Miri, Sarawak5 KERTAS AMALAN TERBAIK GURU 5.1 Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan untuk 363 Keberhasilan Pembelajaran Murid Formula Sejarah Mohd Jamil Bin Rosli SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau, Perlis 5.2 Kit Pembelajaran Bijak Matematik Tambahan 377 (Bidang Pembelajaran: Pilih atur dan Gabungan) Suhaimi bin Mohd Tabiee SMK Datuk Haji Abdul Kadir, Kepala Batas, Pulau Pinang 5.3 Memelihara Masa Instruksional Mata Pelajaran: 382 Biologi, Strategi : ‘Guru Muda’ Roziah Ayub SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak 5.4 Blog Modul Pembelajaran Kendiri 388 Gempurbio.Blogspot: Alternatif kepada Pengajaran dan Pembelajaran Tanpa Guru. Mahadiah binti Muda SM Sains Seri Puteri Kuala Lumpur 5.5 Intergrasi Idea Kreatif, Inovatif Melindungi Masa 401 Instruksional di Sekolah Muhamad Shahlyme bin Abd Wahid Haryani binti Ismail SK Yamtuan Lenggang, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan
  • 8. vii5.6 Pengurusan Melindungi Masa Instruksional 420 (Protecting Instructional Time) Yang Berkesan di Sekolah Katherine Tan Teck Neo SK Convent Infant Jesus 1 (M), Melaka5.7 Guru Sekolah Kebangsaan Convent Infant Jesus (2) 428 Unik dan Cemerlang Hamimah binti Hamid Jamilah binti Osman Norrehan binti Mohamad Nuur Hidayah binti Ab Hamid SK Convent Infant Jesus 2, Melaka5.8 Meningkatkan Kemahiran Murid Menjawab Soalan 445 Geografi PMR Berdasarkan Peta dengan Menggunakan Teknik, “Tak Kenal Maka Tak Cinta” Rohani binti Hamzah SMK Durian Daun, Melaka5.9 Kepimpinan Instruksional: Melindungi Masa 461 Pembelajaran Miracle Fingers (Matematik Sekolah Rendah Tahap 2) Shahril bin Othman Azmi bin Abd Rahim Rahim bin Hassan SK Maran, Maran, Pahang5.10 Team Teaching Sebagai Langkah Melindungi Masa 478 Instruksional Noraini binti Ibrahim SK Tengku Mahmud Nurul Syafinaz binti Ishak SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut5.11 Pengajaran Berkesan Penggunaan Wazan Board 496 dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Arab Andi Kaswia binti Abdul Kadir SMKA Kota Kinabalu, Sabah5.12 HUBAGAM: Pendekatan Kontekstual Visual dalam 505 Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Iqra’ Farida binti Abdul Rahman SK Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan5.13 Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Di 515 Sekolah Untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid Mohd Fauzi bin Hashim SK Paya, Beseri, Perlis
  • 9. viii 5.14 Pengajaran Dan Pembelajaran Berkesan Di Bilik 527 Darjah Dapat Menjana Modal Insan Yang Berpengetahuan, Berkemahiran, Dan Menghayati Nilai-Nilai Murni Ab. Aziz bin Omar SMK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, KelantanPENYUMBANG 552
  • 10. ix GLOSARIKPM - Kementerian Pelajaran MalaysiaJPN - Jabatan Pelajaran NegeriPPD - Pejabat Pelajaran DaerahJPA - Jabatan Perkhidmatan AwamBPG - Bahagian Pendidikan GuruIAB - Institut Aminuddin BakiJNJK - Jemaah Nazir dan Jaminan KualitiBKK - Bahagian Kokurikulum dan KesenianBPSH - Bahagian Pengurusan Sekolah HarianPPK - Pusat Perkembangan KurikulumLP - Lembaga PeperiksaanPdP - Pengajaran dan PembelajaranMMI - Melindungi Masa InstruksionalSOP - Standard Operating Procedure (Prosedur Standard Operasi)LDP - Latihan Dalam PerkhidmatanSIP - School Improvement Programme (Program Peningkatan Sekolah)PLC - Profesional Learning Community (Komuniti Pembelajaran Profesional)RPH - Rancangan Pengajaran HarianRPT - Rancangan Pengajaran TahunanNILAM - Nadi Ilmu Amalan MembacaHIV - Human Immunodeficiency ViirusAIDS - Acquired Immuno Deficiency SyndromeAJK - Ahli JawatankuasaJK - Jawatankuasa
  • 11. xPK - Penolong KananHEM - Hal Ehwal MuridPIBG - Persatuan Ibubapa dan GuruBBM - Bahan Bantu MengajarVRC - Virtual Repository Centre (Pusat Repositori Maya)NKRA - National Key Result Area (Bidang Keberhasilan Utama Negara)SPPK - Sektor Pengurusan Pembangunan KemanusiaanTALIS - Teaching and Learning International Survey (Kajian Antarabangsa Pengajaran dan Pembelajaran)ALT - Academic Learning Time (Masa Pembelajaran Akademik)SK - Sekolah KebangsaanSPI - Surat Pekeliling IkhtisasTOV - Take-Off ValueOTI - Operational Target IncreaseETR - Expected Target ResultOKU - Orang Kurang UpayaPBS - Pentaksiran Berasaskan SekolahPS - Pentaksiran SekolahPPsi - Pentaksiran Psikometrik Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)PAJSK - Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan KokurikulumKSSR - Kurikulum Standard Sekolah Rendah Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)SPPBS - Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)SMK - Sekolah Menengah KebangsaanSK - Sekolah KebangsaanPPPLD - Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
  • 12. xi Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia YBhg. Tan Sri Abd Ghafar bin MahmudSyabas dan tahniah kepada Sektor Operasi Pendidikan, Kementerian PelajaranMalaysia atas inisiatif menerbitkan Buku Melindungi Masa Instruksional. Inisiatif iniselaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 yangmelakarkan visi agar sistem pendidikan negara mampu menghadapi persainganekonomi global dalam memenuhi keperluan negara pada masa hadapan. Inti pati buku ini bersesuaian dengan aspirasi yang terkandung dalamGelombang 1 (2013 – 2015) PPPM iaitu mengubah sistem dengan memberikansokongan kepada guru dan penekanan kepada kemahiran teras. Pihak pengurusansekolah semestinya memastikan keberadaan guru di sekolah dan seterusnyameningkatkan kualiti kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional.Melindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsi pemimpininstruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Pemimpinsekolah yang mengamalkan kepimpinan instruksional sewajarnya menyelaras danmenentukan program pembangunan profesionalisme guru. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu pemimpin sekolah dan guruuntuk memberikan perhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolahsupaya kualiti pembelajaran murid dapat ditingkatkan. Semua warga sekolahseharusnya memanfaatkan buku ini sepenuhnya dengan menjadikannya sebagaipanduan dan rujukan utama bagi mencapai elemen kualiti dan memenuhi aspirasisistem pendidikan negara.Tan Sri Abd Ghafar bin Mahmud
  • 13. xii Kata Alu-aluan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Pendidikan) YBrs. Tuan Haji Sufa’at bin TuminSetinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan petugas Sektor Operasi Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia atas penerbitan Buku Melindungi MasaInstruksional. Penerbitan buku ini diharapkan dapat membantu ke arah memantapkandan meningkatkan kualiti tahap profesionalisme kepimpinan pengurus sekolah sertawarga pendidik dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP). Sayaamat berkeyakinan bahawa buku ini dapat memberikan sumbangan yang amatsignifikan kepada usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mencapai sasaranPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Pengetua dan Guru Besar yang berperanan sebagai pemimpin instruksional perlumemberikan tumpuan kepada tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuatkeputusan, memelihara, dan mempertahankan perkara-perkara asas dalammengoptimumkan masa PdP. Kepimpinan sekolah seharusnya merancang danmenyusun semula sumber-sumber untuk menyokong program perkembangan staf danaktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti dan penambahbaikan secaraberterusan. Di samping itu, kepimpinan sekolah perlu melibatkan pemimpinmasyarakat dan komuniti setempat bagi meningkatkan jaring profesionalisme interdan intra sekolah, daerah dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajarandalam kalangan murid. Guru merupakan sasaran utama dalam usaha membangunkan peningkatan kualitiinstruksional berdasarkan latihan semula dan meningkatkan kemahiran pengajaranguru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) sertaprofesionalsime guru yang lebih kontekstual. Semua pihak yang terlibat perlumenggembleng tenaga dalam memainkan peranan masing-masing untuk memastikanamalan melindungi masa instruksional dipraktiskan di sekolah. Senario ini, diharapdapat memberikan sumbangan yang bermakna kepada pencapaian matlamat PPPM2013 – 2025. Sesungguhnya buku ini telah berjaya mengupas secara meluas dan mendalamtentang tanggungjawab kepimpinan pendidikan dalam konteks melindungi masainstruksional yang menjadi tunjang utama kepimpinan instruksional. Semoga pihakpengurusan sekolah berupaya memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesanatau academic learning time dalam kalangan murid di semua sekolah.HAJI SUFA’AT BIN TUMIN
  • 14. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 1 PENDAHULUAN Muka Surat | 1
  • 15. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALANKemajuan pendidikan di negara ini sentiasa diberi keutamaan dalam semuaagenda kerajaan termasuk Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yangmemberikan fokus kepada pembangunan modal insan bagi memajukanekonomi negara. Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokusdalam setiap bajet yang dibentangkan oleh kerajaan. Bagi tahun 2013, sektorini menerima peruntukan berjumlah RM38.7 billion meliputi 21% daripadaperuntukan keseluruhan bajet negara. Perkembangan ini membuktikankesungguhan kerajaan memberikan pendidikan berkualiti kepada rakyat dinegara ini. Bagi memastikan hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan berkualitikepada rakyat tercapai maka semua peringkat pengurusan pendidikan perlumelaksanakan peranan masing-masing dengan berkesan. Peranan dantanggungjawab mereka bagi memajukan pendidikan di negara ini telahdiperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Malah, Pelan PembangunanPendidikan Malaysia 2013–2025 telah menjelaskan beberapa inisiatif bagimemastikan kemenjadian murid selaras dengan hasrat Falsafah PendidikanKebangsaan. Sejak belakangan ini, isu kemenjadian murid telah menjadi perhatian danperbahasan dalam kalangan ibu bapa, pemimpin, dan para pendidik. Oleh itu,beberapa pendekatan telah dilaksanakan melibatkan pemantapan pelaksanaankurikulum dan kokurikulum di sekolah. Antara pendekatan yang perludilaksanakan segera ialah meningkatkan kepimpinan instruksional di semuaperingkat pengurusan pendidikan. Pendekatan ini perlu diperkasakan sebagaiusaha menambah baik dan memantapkan kepimpinan pengajaran danpembelajran (PdP) di sekolah. Muka Surat | 2
  • 16. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Pendekatan ini juga berhasrat meningkatkan keberhasilan pembelajaranmurid seperti yang difokuskan dalam semua program dan rancangan yangdirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sejajar dengan itu,KPM perlu menyediakan pelan tindakan yang sesuai bagi memastikan PdPdapat dilaksanakan tanpa halangan di sekolah. Melindungi Masa Instruksional (MMI) merupakan salah satu komponenfungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secaraberkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberi perhatian bagi membangunkanmodal insan yang kreatif, kritis, dan inovatif. Malah, kejayaan melaksanakanfungsi ini dapat menyediakan murid-murid untuk menghadapi semua peringkatpeperiksaan dengan lebih sempurna. Peningkatan masa instruksional perlu dipastikan untuk mengoptimumkankeberkesanan pembelajaran dalam kalangan murid. Sehubungan dengan itu,penerbitan buku ini berhasrat untuk mengumpulkan amalan-amalan terbaikuntuk dikongsi oleh semua pihak yang bertanggungjawab menguruskan masainstruksional di sekolah. Diharapkan idea-idea dan amalan-amalan yangdipaparkan serta amalan terbaik di institusi masing-masing boleh digarap bagimemantapkan pengurusan pendidikan dan pembelajaran. Buku ini turutmenyediakan pelan tindakan yang bersepadu dari peringkat JPN sehingga kesekolah sebagai panduan pelaksanaan program ini. Objektif pelaksanaan program MMI ialah: a) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan memahami konsep melindungi masa instruksional, Muka Surat | 3
  • 17. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar b) memastikan semua peringkat pengurusan pendidikan dapat meningkatkan usaha MMI (protecting instructional time) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid, c) semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dapat menyebarluaskan konsep MMI (protecting instructional time) di semua sekolah di bawah pentadbiran mereka, d) memastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan (academic learning time) dalam kalangan murid di semua sekolah, dan e) memastikan guru mesti berada di kelas dan melaksanakan pembelajaran dengan berkesan. Dalam Bab 2, penjelasan tentang konsep, matlamat dan strategimelindungi masa instruksional dihuraikan bagi menjelaskan kepentinganpendekatan ini. Malah, diperincikan peranan Pengetua dan Guru Besar sebagaipemimpin instruksional melaksanakan perkara-perkara asas bagimengoptimumkan masa pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan inimerupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksional dalammenjayakan pembelajaran berkesan di sekolah. Manakala dalam Bab 3, dihimpunkan kertas cadangan pelaksanaan yangmenjelaskan tentang pengurusan sekolah yang efektif ke arahmenyempurnakan pembelajaran di dalam kelas dan di luar kelas. Pemeriksaandi sekolah mendapati terdapat sebilangan guru yang meninggalkan bilik darjahdan tidak melaksanakan PdP sama ada disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi.Justeru, dikemukakan beberapa cadangan berkaitan pengurusan kurikulum, Muka Surat | 4
  • 18. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkokurikulum, jadual waktu dan latihan bagi mengatasi masalah ketiadaan gurudi dalam kelas. Terdapat pengurus sekolah yang telah berjaya MMI dengan berkesan danmemberikan impak yang besar kepada institusi berkenaan. Kejayaan Pengetuadan Guru Besar ini dikongsikan dalam Bab 4. Impak daripada kejayaan-kejayaan ini turut mewujudkan iklim yang kondusif dan menyumbang kepadakecemerlangan sekolah. Manakala Pengarah JPN dan Ketua Sektor JPNberkongsi pengalaman tentang amalan pengurusan sekolah yang terbaik.Mereka menjelaskan tentang kepentingan perancangan yang sistematik bagimenguruskan PdP di sekolah. Antara aspek yang diberi fokus ialah polisipengurusan sekolah, guru ganti (relief), program khas, dan amalan MMI. Kertas kerja amalan-amalan terbaik oleh guru dihimpunkan dalam Bab 5.Sejumlah 14 kertas kerja berkenaan telah membincangkan teknik dan kaedahPdP yang berkesan mengikut mata pelajaran. Kepakaran guru-guru ini telahberjaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid yang terlibat. Keseluruhannya, bagi MMI dengan berkesan di sekolah maka semuapihak perlu memainkan peranan masing-masing secara konsisten dan mematuhiprosedur sedia ada. Keprihatinan untuk tidak mengganggu masa instruksionaldi sekolah memungkinkan semua murid mendapat pendidikan yang sempurna.Penyediaan pendidikan yang berkualiti akan melahirkan modal insan yangberpotensi untuk memajukan ekonomi, sosial, dan kesejahteraan negara padamasa akan datang. Muka Surat | 5
  • 19. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 2 MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) Muka Surat | 6
  • 20. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTING INSTRUCTIONAL TIME) DI SEKOLAH UNTUKMENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID oleh HAJI SUFA’AT BIN TUMIN Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Operasi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia AbstrakPenulisan ini akan membincangkan isu berkait dengan pengurangan masainstruksional di sekolah yang berlaku tanpa disedari dan mengganggu masainstruksional. Hal ini mengakibatkan murid tidak dapat belajar secara berkesandisebabkan oleh beberapa gangguan yang berlaku. Antara objektif penulisan iniadalah untuk melihat betapa pentingnya pemimpin sekolah dan guru memberikanperhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah untuk meningkatkankualiti pembelajaran murid. Tempoh masa instruksional yang dikhususkan untukpembelajaran berkesan secara realiti tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana berlakupelbagai gangguan instruksional. Senarai gangguan masa instruksional yang dikenalpasti boleh dikategorikan kepada dua faktor utama, iaitu, faktor pengurusan sekolahdan faktor instruksional guru. Peningkatan kualiti instruksional dalam kalangan gurumerupakan sasaran utama dengan meningkatkan keberadaan guru di sekolah danmeningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kepimpinan instruksional.Pembangunan profesionalisme guru akan lebih diperturun kuasa penentunya kepadapemimpin sekolah yang lebih memahami masalah pembelajaran murid selaras denganekosistem sekolah berkenaan. Melindungi masa instruksional merupakan salah satukomponen fungsi pemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secaraberkesan di sekolah. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam memastikanpeningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modal insanyang kritis, kreatif, dan inovatif. Muka Surat | 7
  • 21. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALANPendidikan masa ini memberikan perhatian utama tentang peningkatan kualitipembelajaran murid. Beberapa inisiatif dirancang dan dilaksanakan bagimeningkatkan kualiti pembelajaran murid. Perancangan pendidikan yangdisediakan mensasarkan semua murid dapat mengakses pendidikan berkualitidan mampu berkembang sewajarnya mengikut keupayaan masing-masing. Penulisan ini akan membincangkan isu berkaitan dengan penguranganmasa instruksional di sekolah yang berlaku tanpa disedari dan mengganggumasa instruksional. Hal ini mengakibatkan murid tidak dapat belajar secaraberkesan disebabkan oleh beberapa gangguan yang berlaku. Penulisan ini jugaakan membahaskan keperluan pemimpin sekolah dan guru memberikanperhatian atas usaha melindungi masa instruksional di sekolah untukmeningkatkan kualiti pembelajaran murid. Perlindungan masa instruksionalboleh dilakukan melalui pemimpin sekolah sebagai pemimpin instruksionaldan guru yang melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. PEMBANGUNAN PENDIDIKANIlmu pengetahuan atau pendidikan ialah tonggak kepada pembangunantamadun serta menjadi asas ke arah kecemerlangan negara. Malaysiamensasarkan untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi.Justeru, kerajaan memberikan keutamaan kepada pembangunan sistempendidikan dalam melahirkan tenaga kerja berbakat, berkemahiran tinggi,mempunyai daya kreativiti serta berinovatif. Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program transformasi yangmencakupi bidang pendidikan dalam melahirkan modal insan yang holistik. Muka Surat | 8
  • 22. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarProgram Transformasi Kerajaan sesungguhnya berhasrat untuk memastikansetiap rakyat dapat mengecapi nikmat pembangunan berdasarkan semangatkeutuhan perpaduan bagi mendukung Konsep 1Malaysia. Susulan daripada itu, Transformasi Pendidikan Negara melalui BidangKeberhasilan Utama Negara Kementerian Pelajaran Malaysia (NKRA KPM)merupakan manifestasi kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikannegara. Menerusi hasrat dan matlamat ini, kerajaan berkeyakinan bahawa usahamerakyatkan peluang pendidikan dan kecemerlangan pendidikan ke seluruhpelosok negara dapat dilaksanakan. Pembangunan pendidikan tidak ketinggalan diberikan keutamaan dalamRancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) iaitu secara khususnya kerajaanmemberikan fokus kepada rancangan pembangunan modal insan dalam usahamembangun dan memperkembang ekonomi negara. Pembangunan modal insanjuga merupakan kerangka hala tuju pendidikan negara yang memberikankeutamaan untuk memastikan pendidikan berkualiti disediakan bagi semuamurid. Tambahan pula, keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokusutama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajardengan itu, KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halanganbagi mencapai objektif yang disasarkan dalam usaha meningkatkankeberkesanan pembelajaran murid. Kepentingan pembangunan pendidikan turut menjadi fokus dalam Bajet2012 bertemakan, “Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat,Mensejahtera Negara”. Untuk mengukuh dan memastikan kejayaan inisiatifatau program Transformasi Pendidikan Negara, pembangunan modal insanmenjadi perhatian khusus melalui salah satu fokus Bajet 2012. Fokus kedua :mengungguli modal insan, mencerna kreativiti, dan mencetus inovasi. Hal Muka Surat | 9
  • 23. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarsedemikian ini memperlihatkan keperihatinan Kepimpinan Negara. untukmembela dan mensejahterakan rakyat masa ini dan akan datang. Guru termasuk pemimpin sekolah merupakan agen utama pelaksana dasarkerajaan pada peringkat akar umbi agar apa yang dirancang oleh kerajaandapat diuar-uarkan kepada rakyat. Sehubungan dengan itu, tema sambutan HariGuru peringkat kebangsaan “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”telah memperlihatkan peranan guru dalam pembangunan negara. Dalam hal ini,guru yang telah dilantik sebagai Guru Cemerlang mempunyai peranantersendiri dan menjadi barisan hadapan serta pakar rujuk kepada guru lainsejajar dengan pengiktirafan yang diberikan. Guru Cemerlang seharusnyabersedia menjadi pemangkin dalam melaksanakan segala program transformasipendidikan di peringkat akar umbi. Guru Cemerlang semestinya unggul dan berani melakukan transformasidalam mencorak budaya berfikir dan cara bekerja yang lebih relevan denganarus perubahan semasa. Selaras dengan tema iaitu “GURU CEMERLANGPEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN”. KEBERHASILAN PEMBELAJARAN FOKUS SISTEM PENDIDIKANDriscoll, 2000; Gagne, 1965 menyatakan bahawa pembelajaran merupakan satuproses yang pada akhirnya berlaku perubahan tingkah laku pada murid.Mengikut Piaget, (1971) pembelajaran ialah pembinaan skema (strukturkognitif) dalam usaha individu memahami persekitarannya. Hal sedemikian,kurikulum yang dibina memerlukan aspek pembangunan pembelajaran denganmerangka perkembangan perubahan tingkah laku murid secara berperingkat-peringkat daripada konkrit ke abstrak. Perubahan tingkah laku dilihat daripadaperspektif perubahan perkembangan ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai, dan Muka Surat | 10
  • 24. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarsikap. Perkembangan yang berlaku pada murid dirancang dan dijelmakandalam kurikulum sekolah yang akhirnya perlu diterjemah dan direalisasikandalam proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di dalam bilik darjah. Dewasa ini para cendekiawan dan pendidik sering membincangkanpencapaian pembelajaran murid berfokus kepada apa yang diperoleh murid.Dengan kata lain, hasil pembelajaran atau learning outcomes merupakansasaran proses pembelajaran serta semua rancangan atau inisiatif pembangunanpendidikan negara peringkat global termasuk sistem pendidikan Malaysia. Secara umum, hasil pembelajaran merupakan pernyataan yang dibinamengenai apa yang diketahui oleh murid dan berupaya melakukannya sebagaihasil atau result setelah menjalani aktiviti pembelajaran. Pernyataan yangdibina menjelaskan perubahan tingkah laku murid selepas melalui sesuatuproses pembelajaran. Ciri-ciri hasil pembelajaran yang baik dapat dilihatmelalui tingkah laku yang boleh diukur serta dilakukan oleh murid. Hasilpembelajaran sering menjadi panduan untuk liputan kandungan pengajaran,proses pengajaran, dan pentaksiran. Hasil pembelajaran yang mudah danringkas seharusnya mempunyai tiga elemen penting iaitu, siapa dan apakahaktiviti yang perlu dilakukan serta apakah hasil yang hendak dicapai daripadaaktiviti yang dilakukan. Sebagai pendidik atau perancang sistem pendidikan negara, pencapaianhasil pembelajaran untuk semua murid wajib diberikan perhatian selarasdengan prinsip akses, ekuiti, dan kualiti. Dalam hal ini, pencapaian hasilpembelajaran mencerminkan kejayaan peranan Kementerian dalammenyediakan sistem pendidikan yang memberikan keutamaan kepada kualiti.Namun, perbahasan mengenai akses, ekuiti, dan kualiti masih berlanjutanapabila berlaku perbandingan secara terperinci antara sekolah, murid dan iklimsekolah yang masih terdapat jurang di antaranya. Muka Surat | 11
  • 25. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Jelas pada kita, 4 sub-NKRA Pendidikan kini menjadi cabaran utama.Pelaksanaan inisiatif sub-NKRA Pendidikan dilaksanakan dengan berfokuskepada apa dan bagaimanakah sesuatu inisiatif atau program yang dirancangmenyumbang kepada peningkatan keberhasilan pembelajaran murid. Dengankata lain, sebarang perancangan pendidikan atau inisiatif Kementerian berfokuskepada, “apakah impak atau hasilnya kepada pembelajaran murid”. Penekananini selari dengan slogan “1Malaysia ; Rakyat Didahulukan, PencapaianDiutamakan”. Pada masa yang sama, beberapa inisiatif lain dalam ProgramTransformasi Kerajaan juga memberikan tumpuan kepada impak pembelajarankepada murid dengan hasrat untuk menghasilkan modal insan yang bersifatkreatif dan berinovatif sejajar dengan arus pembangunan negara masa depan. KEPENTINGAN PEMIMPIN DAN GURU DALAM SISTEM PENDIDIKANKebolehan dan kecekapan pemimpin sekolah dan guru merupakan satu faktorpenentu kepada kualiti pendidikan. Kualiti pendidikan negara pada asasnyaterletak di tangan guru termasuk pemimpin sekolah. Mc Kinsey & Company(2007) dalam laporan kajian perbandingan sistem pendidikan beberapa negaraperingkat global merumuskan perkara berikut: a) The quality of an education system cannot exceed the quality of its teachers, b) The only way to improve outcomes is to improve instruction, dan c) High performance requires ever child to succeed. Muka Surat | 12
  • 26. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Dapatan kajian berkenaan juga mencabar sistem pendidikan negara ini. Dimanakah sebenarnya kualiti pendidikan negara Malaysia? Adakah apa yangdiperkatakan signifikan dikaji dalam pelaksanaan sistem pendidikan negarakita? Merujuk dapatan berkenaan, para pemimpin sekolah dan guru ialah agenutama dalam menjayakan pelaksanaan dasar baharu kerajaan di peringkat akarumbi. Penubuhan Pintar Foundation dan Yayasan Khazanah pada Oktober2010, bertujuan membawa transformasi sistem pendidikan melalui perubahanparadigma pemikiran dan gaya bekerja para pemimpin sekolah, guru, danwarga sekolah. Justeru, kepentingan guru dan pemimpin menjadi fokus utamadalam membangunkan sistem pendidikan negara. Selari dengan itu, Sektor Operasi Pendidikan (SOP) berperanan mencapaimatlamat meningkatkan kualiti pembelajaran murid melalui kepemimpinansekolah dan guru. Lantaran itu, pemastian kualiti pengajaran dan pembelajarandi sekolah dipertanggungjawabkan kepada lapan Bahagian iaitu: a) Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, b) Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, c) Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, d) Bahagian Pendidikan Khas, e) Bahagian Pendidikan Islam, f) Bahagian Sukan, g) Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, dan h) Bahagian Pendidikan Swasta. Tanggungjawab ini juga dipikul bersama oleh Sektor PengurusanPembangunan Kemanusiaan (SPPK) iaitu: Muka Surat | 13
  • 27. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar a) Pembangunan profesionalisme guru oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), b) Pembangunan kepimpinan sekolah oleh Institut Aminuddin Baki (IAB), dan c) Pemeriksaan institusi pendidikan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK). Peranan yang harus dilakukan oleh semua bahagian yang terlibat amatkritikal bagi memastikan apa yang dirancang diterjemah dan dilaksanakandengan sempurna di sekolah bagi meningkatkan kualiti pembelajaran murid.Guru Cemerlang yang disasarkan menjadi model kepada guru lain seharusnyaberperanan sewajarnya sebagai agen pelaksana dasar kerajaan. Persoalannya,“Apakah yang dapat kita sumbangkan untuk menyediakan peluang pendidikandan meningkatkan kualiti pembelajaran semua murid?”. KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL UNTUK KUALITI PEMBELAJARAN MURIDMelindungi masa instruksional merupakan salah satu komponen fungsipemimpin instruksional dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan disekolah. Komponen ini perlu diberikan perhatian dalam memastikanpeningkatan keberhasilan pembelajaran murid ke arah membangunkan modalinsan yang kritis, kreatif, dan inovatif. Merujuk Lampiran 1 dan 2. Smith dan Andrew (1989) menyatakan kepimpinan instruksional sebagaiadunan daripada pelbagai tugas sebagai pencerapan di bilik darjah,pembangunan staf dan pembangunan kurikulum. Muka Surat | 14
  • 28. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Peranan yang penting dan bermakna yang dilaksanakan oleh Pengetua danGuru Besar sebagai pemimpin instruksional perlu memberikan tumpuan kepadaarahan, tunjuk ajar, berkongsi bersama dalam membuat keputusan, memeliharadan mempertahankan perkara-perkara asas (basics), memanfaat danmengoptimumkan masa PdP, menyokong perkembangan staf yang berterusan,merancang dan menyusun semula sumber-sumber untuk menyokong programdan aktiviti sekolah dalam mencipta satu iklim integriti, dan penambahansecara berterusan. Kepimpinan pengajaran seperti yang diutarakan oleh Hallinger danMurphy (1987) merujuk peranan Pengetua dan Guru Besar dalam menentukanmatlamat sekolah untuk meningkatkan PdP di sekolah. Susulan daripada itu,terdapat 11 fungsi yang berperanan dalam keberhasilan pembelajaran murid. a) Penentuan matlamat sekolah, b) Penyelarasan matlamat sekolah, c) Pencerapan dan penilaian pengajaran, d) Penyelarasan kurikulum, e) Pengurusan kemajuan pelajar, f) Pengawalan waktu pengajaran dan pembelajaran, g) Sokongan dalam aktiviti pengajaran, h) Pengukuhan usaha guru, i) Penggalakan perkembangan profesional, j) Penguatkuasaan dasar akademik pelajar, dan k) Pemberian insentif untuk pembelajaran. Keberhasilan pembelajaran murid (student learning outcomes) merupakantumpuan utama dalam rancangan pembangunan pendidikan negara di seluruhdunia termasuk Malaysia. Dalam kajian antarabangsa Teaching and LearningInternational Survey (TALIS) pemimpin sekolah melaporkan faktor guru Muka Surat | 15
  • 29. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardatang lewat, ketidakhadiran, dan kurang persediaan pedagogi merupakanfaktor mengganggu masa pembelajaran murid (OECD, 2010). Merujuk Jadual1, faktor yang dikaji dikaitkan dengan ciri kepimpinan instruksional yangmemastikan iklim sekolah yang positif untuk pembelajaran berkesan. Jadual 1: Faktor guru dalam mewujudkan iklim sekolah Negara Lewat sampai di Tidak hadir Kurang sekolah persediaan pedagogiAustralia 7.8% 22.9% 35.8%Malaysia 13.2% 19.5% 30.2%Korea 17.8% 23.3% 33.8%Iceland 14.1% 24.0% 12.7%TALIS (Purata) 15.3% 25.8% 24.1%Sumber : Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), 2009. Jadual 1 secara tidak langsung menjelaskan bagaimana faktor guru secaralangsung mengganggu masa instruksional di sekolah yang mengurangkankeberhasilan pembelajaran murid. Peratusan guru tidak bersedia dari segipedagogi melampaui data purata TALIS yang menyumbang kepada gangguanmasa instruksional sekolah. Selain itu, faktor kepimpinan sekolah juga dikaji bagaimana iamempengaruhi masa instruksional di sekolah. Hallinger & Murphy (1987) telahmengemukakan kerangka kepimpinan instuksional yang menegaskan bahawaterdapat tiga dimensi kepimpinan instruksional, iaitu mendefinisikan misisekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran, dan mempromosikan iklimpembelajaran sekolah. Ketiga-tiga dimensi tersebut ditunjuk dalam Jadual 2.Setiap dimensi mengandungi beberapa pengkhususan fungsi tugasan yang Muka Surat | 16
  • 30. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarseterusnya melibatkan kepelbagaian tingkah laku dan amalan Pengetua danGuru Besar. Jadual 2 : Kerangka Kepimpinan Instruksional Dimensi FungsiMendefinisi misi sekolah 1.Merangka Matlamat Sekolah 2.Menyampaikan Matlamat Sekolah 3.Penyeliaan dan Penilaian InstruksionalMengurus kurikulum dan 4.Menyelaras kurikulumpengajaran 5.Memantau Kemajuan Murid 6.Melindungi Waktu PdP 7.Membudayakan PerkembanganMempromosi iklim Profesionalpembelajaran sekolah 8.Mengekalkan Ketampakan (Visibility) 9.Menyediakan Ganjaran kepada Guru 10.Penguatkuasaan Standard Akademik 11.Menyediakan Insentif kepada Murid Kemahiran pemimpin mewujudkan iklim pembelajaran positif danmengawal waktu PdP menghasilkan sekolah yang cemerlang dan murid yangberkualiti. Iklim sesebuah sekolah dapat dilihat dengan menilai kewujudanfaktor-faktor yang mempengaruhi proses pembentukannya. Sebarang programuntuk membaiki iklim sekolah yang ingin dilaksanakan perlulah ditumpukankepada aspek kemanusiaan bagi melahirkan insan yang seimbang dari segijasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (JERIS) selari dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan. Berdasarkan hasil kajian meta analisis mengenaiperbandingan jenis kepimpinan pemimpin sekolah, ciri kepimpinaninstruksional pemimpin sekolah didapati mempunyai kesan purata tiga hingga Muka Surat | 17
  • 31. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarempat kali ganda terhadap keberhasilan pembelajaran murid berbandingkepimpinan transformasional (Robinson, Llyod & Rowe, 2008). Kajian lokaljuga mendapati kepimpinan instruksional mempunyai perkaitan hubungan yangsignifikan dan positif dengan pencapaian akademik murid (Seminar NasionalPengurusan dan Kepimpinan Pendidikan Kali ke-19). Pemimpin sekolah yangmempunyai ciri kepimpinan instruksional dalam komponen melindungi masainstruksional mempunyai hubungan positif dengan peningkatan pencapaianakademik murid. ISU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPelbagai isu pendidikan sering dibahaskan oleh umum dan antaranyamembincangkan kenapa ada murid yang masih tidak boleh membaca ataumengira selepas melalui sistem pendidikan negara. Isu yang dibahaskan berkaitdengan isu keberkesanan PdP di sekolah yang secara langsung mempengaruhikeberhasilan pembelajaran murid. Guru perlu melakukan penilaian yangberterusan untuk mengesan kekuatan dan kelemahan pembelajaran murid sertamengambil tindakan segera mengatasi kelemahan yang dapat dikenal pasti bagimengelakkan kelemahan terkumpul. Dengan kata lain, isu yang diperkatakanberkait dengan kualiti pembelajaran yang dilalui oleh murid. Masa inipencapaian pendidikan bukan sahaja diukur dari segi kuantiti malahan dari segikualiti. KUANTITI ATAU KUALITI?Perbahasan tentang pencapaian pendidikan sering membandingbezakan antarapencapaian kuantiti dan pencapaian kualiti. Dalam sistem pendidikan Malaysia,Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menjadi pegangan untuk menghasilkan Muka Surat | 18
  • 32. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmodal insan yang holistik merangkumi berpengetahuan, kemahiran serta nilai,dan etika kehidupan dalam menyediakan individu untuk mengharungi masalahkehidupan seharian. Pendidikan yang dihasratkan sudah pasti mensasarkan pencapaian darisegi kuantiti di samping tidak mengabaikan pencapaian kualiti. Kedua-duapencapaian perlulah seimbang agar modal insan yang dilahirkan bukan sekadarberilmu tetapi berupaya menggunakan ilmu dan kemahiran yang dikuasai untukmenghasilkan ilmu bahru tanpa mengabaikan nilai. KEBERKESANAN PEMBELAJARANIdealnya, pihak pemimpin sekolah telah merancang jadual waktu persekolahanseperti yang diarahkan oleh Kementerian. Namun, sejauh manakah waktu yangdiperuntukkan untuk pembelajaran benar-benar dimanfaatkan untukpembelajaran dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan dalamkurikulum. Pernahkah antara kita mengkaji adakah semua murid belajar?Adakah semua murid dapat menerima pembelajaran pada tahap yang sama?Adakah setiap pengajaran guru memberikan kesan yang sama kepada semuamurid yang sememangnya berbeza-beza? Jika tidak, mengapa? Ini antarabeberapa persoalan yang perlu dikaji ke arah meningkatkan keberhasilanpembelajaran murid. Persoalan yang dibangkitkan berkisar dalam aspekkeberkesanan pembelajaran yang berlaku dalam masa instruksional di sekolah.Sekiranya masa instruksional terganggu sudah pasti keberksanan pembelajaranjuga menurun. Muka Surat | 19
  • 33. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar MASA INSTRUKSIONAL SEKOLAHSecara umum, masa instruksional sering disamakan dengan masa persekolahan.Namun, realitinya ia adalah berbeza. Kajian lampau mendapati empat jenismasa pembelajaran yang berlaku di sekolah seperti dalam Jadual 3. Masainstruksional didefinisikan sebagai masa yang sebenarnya digunakan untukaktiviti pembelajaran tanpa gangguan. Walaupun sekolah merangka masainstruksional yang ideal namun masa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikanpembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesan disebabkan oleh gangguantertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilik darjah. Jadual 3: Kategori Masa Instruksional Sekolah Kategori PenjelasanMasa persekolahan Jumlah masa murid hadir ke sekolah.(Allocated schooling time)Masa bilik darjah Jumlah masa murid berada di dalam kelas (tidak(Allocated class time) termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, waktu makan tengah hari dan lain-lain). Ia merupakan subkategori masa persekolahan.Masa instruksional Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional(Instructional time) (tidak termasuk gangguan, pengurusan rekod, dan lain-lain).Masa pembelajaran Jumlah masa instruksional iaitu muridakademik memberikan perhatian dan menerima pengajaran(Academic learning time) pada tahap penguasaan tertentu serta berlakunya pembelajaran berkesan dan bermakna.Sumber: Levin & Tsang,1987 Muka Surat | 20
  • 34. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMASA PEMBELAJARAN AKADEMIK ATAU ACADEMIC LEARNING TIME (ALT)Masa pembelajaran akademik merupakan jumlah masa yang diambil olehmurid untuk menyelesaikan tugasan akademik dan melaksanakannya dengankadar kejayaan yang tinggi (Caldwell, Huitt, and Graeber, 1982; Berliner,1984; Levin & Tsang,1987). Dengan kata lain, masa pembelajaran akademikdikaji dari segi jumlah masa murid terlibat dalam aktiviti pembelajaran danberjaya menjalankan tugas dengan jayanya. Kejayaan pembelajaran dalamkalangan murid agak subjektif antara murid kerana pembelajaran bergantungkepada syarat pembelajaran dalaman dan syarat pembelajaran luaran murid(Gagne, 1965). Syarat pembelajaran dalaman murid bergantung kepada dirimurid itu sendiri iaitu pengetahuan sedia ada, gaya kognitif, kesediaaan murid,dan gaya belajar. Manakala syarat pembelajaran luaran pula merujuk bahanbantu mengajar, guru, pengajaran, persekitaran dan peralatan asas untuk belajaryang merupakan faktor luar daripada murid. Dalam konteks pembelajaran, persekitaran dan interaksi murid denganpersekitaran amat penting kerana ia menentukan kejayaan pembelajaran(Vygotsky, 1978). Menyedari syarat berkenaan, persekitaran pembelajaranyang kondusif merupakan salah satu elemen dalam kepimpinan instruksionalyang berupaya mengawal masa instruksional sekolah dan menggalakkanpembelajaran berkesan (Hallinger & Murphy, 1986). KEPENTINGAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONALHallinger dan Murphy (1986) mencadangkan kepentingan melindungi masainstruksional melalui kepimpinan instruksional yang bermatlamatmengurangkan gangguan masa instruksional bagi memastikan pembelajaran Muka Surat | 21
  • 35. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarberlaku secara bermakna atau berkesan dalam kalangan murid. Merekamencadangkan: ”Protecting instuctional time: Policies and enforcement practices that reduce tardiness, absenteeism, and truancy to increase learning time for students. Principal can also increase student opportunities to learn by protecting classroom instructional time from interruptions due to public address announcements, by working with teachers to develop more effective classroom management and instructional practices, and by reducing the number of non-instructional school activities that enroach on classroom time.” (Hallinger & Murphy, 1986) Melindungi masa instruksional bermaksud untuk mengurangkangangguan bagi mengelakkan kelas tidak berlangsung seperti yangdirancang dan memastikan kualiti masa instruksional yang menjaminpembelajaran bermakna/pembelajaran berkesan dalam kalangan muridyang dilaksanakan oleh guru. Hallinger dan Murphy (1986) mencadangkanpelbagai strategi melalui dasar dan pengurusan sekolah yang dapatmengurangkan gangguan pembelajaran sama ada dari aspek pengurusanmahupun pengurusan instruksional dalam kalangan guru. Pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikantempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat.Analisis masa instruksional seorang murid dalam pembelajaran dan faktorgangguan yang menyumbang kepada pengurusan masa instruksional diberikandalam Rajah 1. Muka Surat | 22
  • 36. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar MASA PERSEKOLAHAN (5 HARI SEMINGGU) MASA BILIK DARJAH (6 JAM Faktor Pengurusan SEHARI) Sekolah MASA INSTRUKSIONAL (4 -5 JAM SEHARI) MASA PEMBELAJARAN AKADEMIK (3 JAM SEHARI) ENGAGED LEARNING Faktor Instruksional TIME…? Guru MASA PEMBELAJARAN BERKESAN….? Rajah 1: Analisis Masa Instruksional Seorang Murid Walaupun pada peringkat awal guru atau pemimpin sekolah telahmenjadualkan masa pembelajaran akademik namun disebaliknya adakah masayang ditetapkan digunakan sepenuhnya untuk pembelajaran. Jika ya, sejauhmanakah murid mencapai hasil pembelajaran yang disasarkan? Realitinya,gangguan yang berlaku di sekolah menjadikan masa pembelajaran akademikamat terhad dan tidak berlaku kepada semua murid. Keseluruhannya, masapembelajaran berkesan murid amat sedikit dan ditentukan oleh dua faktorgangguan utama iaitu faktor pengurusan sekolah dan instruksional guru. KONSEP MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONALMasa instruksional bermaksud masa untuk pembelajaran murid belajar secaraberkesan yang dirancang dan dicapai oleh sekolah. Masa instruksionaldimanfaatkan secara optimum membawa erti sekolah memastikan kelasberlangsung sama ada dengan kehadiran guru atau tanpa kehadiran guru serta Muka Surat | 23
  • 37. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmemastikan murid belajar secara berkesan. Hal sedemikian ini bermaknasekiranya 30 minit ditetapkan sebagai masa kelas, sekolah harus memastikanmurid belajar secara optimum dalam masa berkenaan sama ada dengankehadiran guru atau tanpa kehadiran guru. Pada masa yang sama, KPM juga berhasrat agar masa 30 minit berkenaantermasuk murid belajar dan memberikan perhatian serta terlibat dengan jayanyauntuk mencapai pembelajaran berkesan. Hal ini bermakna, masa instruksionalyang dilindungi cuba dicapai ke arah masa pembelajaran akademik atauringkasnya: Masa instruksional = Masa pembelajaran akademik. Menurut Gettinger dan Seibert (1995), ALT mempunyai empat variabelyang menentukan tahap pencapaian pembelajaran murid, iaitu: a) Masa yang diperuntukkan, b) Masa sebenar yang digunakan untuk pengajaran, c) Masa keterlibatan murid (student engagement) dalam pembelajaran, dan d) Kejayaan pembelajaran atau pembelajaran berkesan. Empat varibel yang dinyatakan harus dikawal oleh pemimpin sekolahbersama guru bagi memastikan masa pengajaran terlindung dan digunakansecara optimum untuk pembelajaran berkesan bagi mencapai hasrat KPMdalam perkara ini. Muka Surat | 24
  • 38. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PRAKTIS MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAHTempoh masa instruksional yang dikhususkan untuk pembelajaran berkesansecara realiti tidak dapat dicapai sepenuhnya kerana berlaku pelbagai gangguaninstruksional. Jelas menunjukkan bahawa seseorang guru telah ditetapkanmenjalankan tugas utama mereka iaitu mengajar atau menjalankan instruksiuntuk tempoh tertentu. Di sebaliknya, guru tidak dapat melaksanakan tugasmereka sepenuhnya disebabkan oleh gangguan yang berlaku. Laporan Kajian Beban Tugas Guru mendapati guru terbeban dengan tigakategori tugas, iaitu; a) Tugas Utama, b) Tugas Sampingan, dan c) Tugas Perkeranian. Laporan berkenaan secara tidak langsung menjelaskan faktor gangguanmasa instruksional sekolah daripada perspektif guru yang melaksanakanpengajaran di sekolah. Lanjutan itu, dapatan awal Kajian EksperimentalMenangani Beban Tugas Perkeranian Guru (BPG, 2011) mendapati jumlahmasa yang digunakan oleh guru untuk melaksanakan tugas utama iaitu tugaspengajaran amat rendah berbanding tugas lain seperti yang dinyatakan dalamJadual 3. Dapatan ini menunjukkan bahawa masa instruksional terganggudisebabkan guru tidak melaksanakan tugas utama mereka kerana gangguanyang berlaku. Merujuk Jadual 4, gangguan yang berlaku kepada guru secara tidaklangsung menyebabkan gangguan masa instruksional. Justeru, bagaimanakahgangguan yang berlaku kepada guru dapat dikurangkan memandangkan gurumerupakan arkitek dan jurutera proses pembelajaran murid. Muka Surat | 25
  • 39. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Jadual 4: Dapatan Awal Kajian Eksperimental Menangani Beban Tugas Perkeranian Guru KATEGORI JENIS TUGAS GURU MIN JUMLAHTUGAS GURU JAM SEMINGGU TUGAS 1. PdP UTAMA 2. Perancangan PdP 3. Penilaian murid 11.16 4. Perjumpaan kokurikulum 5. Bimbingan akademik di luar masa PdP TUGAS Menghadiri LDP, mesyuarat, SAMPINGAN mengiringi murid, melatih murid, 40.00 kelas tambahan, relief, program khas sekolah, majlis sekolah, dan mesyuarat PIBG TUGAS 1. Tugas perkeranian mingguan.PERKERANIAN 2. Tugas perkeranian bulanan 16.88 3. Tugas perkeranian tahunanSumber: Bahagian Pendidikan Guru, 2011 GANGGUAN MASA INSTRUKSIONALPelbagai gangguan berlaku di sekolah yang secara langsung menjadi variabelyang mempengaruhi jumlah masa instruksional sekolah dan masa pembelajaranakademik. Gangguan yang berlaku disebabkan oleh beberapa perkara sepertidiberikan dalam Lampiran 3. Senarai gangguan masa instruksional yang dikenal pasti seperti dalamLampiran 3 dikategorikan kepada dua faktor utama gangguan masainstruksional sekolah, iaitu, a) Faktor pengurusan sekolah dan b) Faktor instruksional guru. Muka Surat | 26
  • 40. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Jadual 5 menjelaskan dua faktor utama yang boleh dikaji sebagai puncakejadian gangguan yang boleh dibendung oleh pemimpin sekolah dan guruyang mengurus, merancang, dan melaksanakan pengajaran di sekolah. Jadual 5: Kategori Gangguan Masa Instruksional FAKTORBIL. KELOMPOK CONTOH GANGGUAN GANGGUAN1. FAKTOR Guru Tiada Guru tiada di sekolah, guru ada di PENGURUSAN sekolah tetapi tidak berada di dalam SEKOLAH kelas, tidak cukup guru, guru hadir kursus atau tugas luar, menduduki peperiksaan, aktiviti kokurikulum / sukantara Gangguan Fizikal Pengumuman dari pembesar suara, susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah, dan persekitaran. Gangguan Luar Jangka Guru cuti sakit, cuti kecemasan, hal-hal peribadi, kesediaan murid belajar, kesediaan guru mengajar, dan melaksana tugas sampingan Gangguan Adhoc Menghadiri mesyuarat, dipanggil ke pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankan tugas jurulatih utama, dan sambutan lawatan pelawat2. FAKTOR  Kualiti pembelajaran Kesediaan murid belajar, kualiti INSTRUKSIONAL murid guru, proses PdP, sikap guru, guru GURU  Kualiti pengajaran bukan opsyen, kompetensi guru, guru dan kesediaan guru mengajar. STRATEGI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONALMerujuk faktor gangguan yang dibincangkan, marilah kita membuat refleksidiri dan merancang strategi melindungi masa instruksional di sekolah untukmeningkatkan kualiti pembelajaran dalam kalangan murid. Peranan pemimpindan guru perlu dilihat lebih meluas dan penting dalam menjayakan usaha ini. Muka Surat | 27
  • 41. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBerlandaskan konsep pemimpin instruksional, pihak sekolah mampumerancang pelbagai program atau aktiviti yang dapat mengurangkan gangguanmasa instruksional. Menurut Deborah (2002), pemimpin instruksional harus kreatif bagimendapatkan sumber untuk menyokong penambahbaikan sekolah. Dengan ini,peruntukan kewangan tidak diperlukan ke arah menghasilkan budayapembelajaran kendiri dalam kalangan murid dan guru. Pemimpin yangberkualiti mampu melindungi masa instruksional dengan berkesan. Pemimpin sekolah berperanan mewujudkan iklim pembelajaran positifdengan memastikan guru berada di bilik darjah dalam keadaan yang sedia danmengawal waktu PdP. Pemimpin dan guru merupakan agen perubahan yangpenting untuk meningkatkan keberhasilan murid. KERANGKA DAN FALSAFAH STRATEGI PELAKSANAANCadangan ini berlandaskan kerangka Kepimpinan Instruksional yangmemberikan keutamaan kepada kawalan masa instruksional ke arahmemastikan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid. Rujuk Lampiran1 dan 2. Matlamat strategi pelaksanaan adalah untuk memastikan masainstruksional berlangsung seperti yang dirancang untuk mencapai objektifpembelajaran serta dimanfaat secara optimum untuk mencapai pembelajaranberkesan dalam kalangan murid. Kerangka pelaksanaan program untuk melindungi masa instruksional disekolah merujuk dua faktor utama iaitu faktor pengurusan sekolah dan faktor Muka Surat | 28
  • 42. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarinstruksional guru. Faktor ini disasarkan melalui beberapa cadangan strategipelaksanaan yang akhirnya berupaya meningkatkan keberhasilan pembelajaranmurid. Kerangka cadangan ini diberikan dalam Rajah 2. FAKTOR GANGGUAN SASARAN STRATEGI MATLAMAT PENGURUSAN SEKOLAH (PEMIMPIN SEKOLAH) KAWALAN MASA INSTRUKSIONAL INSTRUKSIONAL (GURU) PENINGKATAN MASA PEMBELAJARAN BERKESAN ATAU ALT Rajah 2: Kerangka Melindungi Masa InstruksionalSTRATEGI PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONALKawalan masa instruksional boleh dicapai melalui dua peringkat iaitu;i. Strategi jangka pendek (2012-2013) Strategi yang dapat mengurangkan gangguan masa instruksional merujuk arahan atau pekeliling semasa yang tidak melibatkan perubahan dasar makro serta memberikan penupayaan kepada pemimpin sekolah Muka Surat | 29
  • 43. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar berdasarkan masalah pengurusan setempat dan tidak memerlukan peruntukan kewangan.ii. Strategi jangka panjang (2012-2015) Strategi yang memerlukan usaha untuk mengubah minda dan pemikiran serta budaya organisasi pembelajaran dalam komuniti sekolah ke arah menghasilkan budaya pembelajaran kendiri di samping mengoptimumkan masa pengajaran untuk pembelajaran berkesan. Peningkatan kualiti instruksional dalam kalangan guru merupakan sasaran utama dengan membangun, melatih semula dan meningkatkan kemahiran pengajaran guru melalui kaedah pembangunan professional learning community (PLC) dan pembangunan profesionalsime guru secara berasaskan sekolah yang lebih kontekstual. Pembangunan profesionalisme guru akan lebih diperturun kuasapenentunya kepada pemimpin sekolah yang lebih memahami masalahpembelajaran murid selaras dengan ekosistem sekolah berkenaan. Di sampingitu, guru mendapat sokongan pemimpin dan komuniti setempat termasuk ibubapa dengan meningkatkan jaringan profesionalisme inter dan intra sekolah,daerah, dan negeri dalam meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Contoh cadangan program atau aktiviti ke arah melindungi masainstruksional diberikan dalam Lampiran 4. KESIMPULANMMI amat kritikal perlu dirancang bagi memastikan pembelajaran berlangsungdi sekolah dan akhirnya murid belajar secara berkesan. Usaha melindungi masa Muka Surat | 30
  • 44. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarinstruksional perlu dirancang dengan menggunakan agen pendidikan di sekolahiaitu pemimpin sekolah dan guru yang merancang, mengurus dan melaksanapengajaran di sekolah. Matlamat MMI lebih kritikal untuk memastikan muriddisediakan dengan peluang pembelajaran yang sewajarnya dan belajar secaraberkesan. Usaha MMI harus dirancang untuk dilaksanakan melalui strategi jangkapendek dan jangka panjang melalui pembudayaan kepimpinan instruksionaldalam kalangan pemimpin sekolah dan guru. Sebagai Guru Cemerlang yangmerupakan model kepada yang lain, apa dan bagaimanakah peranan sertasumbangan dapat diberikan dalam mengubah fenomena mengawal masainstruksional untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Dalamsemua usaha mesti ada titik permulaan ke arah sesuatu kejayaan, demikian jugausaha melindungi masa instruksional. Cadangan dalam kertas ini merupakancetusan idea di peringkat awal yang mengalu-alukan pandangan semua pihakdalam melindungi masa instruksional sekolah untuk meningkatkankeberhasilan pembelajaran murid. Muka Surat | 31
  • 45. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 1 KEPIMPINAN DALAM SEKOLAH BERKESAN Instructional Leadership in effective school (Hallinger & Murphy, 1986) FUNGSI PENGETUA PROSES KEPEMIMPINAN MATLAMAT Membina dan menyebar luas matlamat sekolah Menyelia dan menilai instruksional Menjajar dan menyelaras kurikulum  KOMUNIKASI Membangun standard akademik dan sasaran  MEMBUAT KEPUTUSAN  PENGURUSAN KONFLIK MENINGKATKAN  PROSES KUMPULAN KEBERHASILAN Memantau kemajuan pembelajaran murid  PROSES PERUBAHAN  INTERAKSI PERSEKITARAN PEMBELAJARAN Menggalakkan pembangunan profesional guru MURID Melindungi masa instruksional Membangun insentif untuk murid dan guru Muka Surat | 32
  • 46. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 2 KERANGKA PEMIMPIN INSTRUKSIONAL DIMENSI FUNGSIMEMBINA MISI Merangka Matlamat Menyebarluas MatlamatMENGURUS KURIKULUM Memahami kurikulum dan instruksionalDAN INSTRUKSIONAL Menjajar Kurikulum Menyelia dan Menilai Memantau Kemajuan MuridMENGGALAKKAN IKLIM Merangka StandardSEKOLAH Merangka Sasaran Akademik Melindungi Masa Instruksional Menggalakkan PenambahbaikanSumber: Hallinger, P & Murphy, J. F. (1987). Assessing and developing principalinstructional leadership. Educational Leadership. hlm. 54 – 61. Muka Surat | 33
  • 47. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 3 PELBAGAI JENIS GANGGUAN MASA INSTRUKSIONAL 1. Pengumuman dari pembesar suara. 2. Aktiviti sukan sekolah/sukantara. 3. Aktiviti kokurikulum atau koakademik. 4. Waktu pengajaran kerap kali diganggu dengan kelewatan murid kerap kali masuk dalam kelas. 5. Guru atau murid dipanggil ke pejabat. 6. Susun atur kelas dan dalam kelas. 7. Sikap guru. 8. Kepentingan aktiviti bercanggah 9. Prasarana dan kemudahan sekolah 10. Faktor luar kawal (guru cuti sakit, cuti ganti, hal-hal peribadi, cuti kecemasan) 11. Guru menduduki peperiksaan bagi yang menjalani pengajian melalui Pendidikan Jarak Jauh. 12. Tugas-tugas tambahan yang bukan untuk pengajaran (guru biasiswa, guru data dan lain-lain). 13. Kehendak luar bilik darjah (aktiviti kokurikum, guru bermesyuarat, guru berkursus, mengawas peperiksaan) 14. Keberkesanan pengajaran guru. 15. Disiplin murid. 16. Guru menghadiri kursus. 17. Guru menjalankan tugas jurulatih utama. 18. Kesediaan murid belajar. 19. Persekitaran sekolah 20. Kesediaan guru melaksanakan pengajaran. 21. Kerosakan peralatan seperti komputer. 22. Guru bukan opsyen mengajarkan mata pelajaran tertentu. Muka Surat | 34
  • 48. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 4 CADANGAN PROGRAM/AKTIVITI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL KATEGORI KELOMPOK STRATEGI STRATEGI JANGKA JANGKA PANJANG FAKTOR BIL PENDEK (2012-2013) GANGGUAN (2012-2015)1. FAKTOR Guru Tiada  Dasar Pengurusan  Penguatkuasaan PENGURU- Sekolah dan pematuhan SAN Gangguan dasar pengurusan SEKOLAH Fizikal  Program khas sekolah melindungi masa Gangguan instruksional,  Peluasan program Luar Jangka contoh: aktiviti khas di sekolah Program Gangguan Menganggur Adhoc Berdikari, pembelajaran rakan sebaya, Program Guru Muda, modul guru ganti, kelas tambahan, jual beli waktu pengajaran  School-based CPD  Penyelarasan aktiviti KPM2. FAKTOR  Kualiti  CPD guru  Kepimpinan INSTRUK- Pembe- instruksional SIONAL  School-based CPD lajaran budaya kepimpinan GURU Murid  Pemantauan dan pemimpin sekolah penilaian pengajaran  Kualiti  CPD guru guru berterusan Penga-  School-based CPD jaran Guru  Guru opsyen  Pemantauan dan penilaian pengajaran guru berterusan  Pembudayaan bimbingan instruksional dalam kalangan komuniti sekolah  Guru opsyen Muka Surat | 35
  • 49. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar KATEGORI KELOMPOK STRATEGI STRATEGI JANGKA JANGKA PANJANG FAKTOR BIL PENDEK (2012-2013) GANGGUAN (2012-2015)  Professional Learning Community untuk CPD guruRujukanDriscoll, M. P. (2000). Psychologyy of learning for instruction. 2nd. Ed. Massachusetts. Allyn & bacon.Gagne, R. M. (1965). The conditions of learning. USA: Holt, Rinehart and Winstons.Gettinger, M. & Seibert, J. K. (1995). Best practices in increasing academic learning time.Hallinger, P. & Murphy, J. (1987). Assessing and developing principal instructional leadership. Educational Journal. EBSCO Publishing.Hallinger, P. & Murphy, J. F. (1986). Instructional ledarship in effective schools. ERIC (ED 309535).Horng, E. & Loeb, S. (2010). New thinking about instructional leadership. Kappa. Hlm. 66 – 69.Jamelaa Bibi Abdullah, Jainabee Md Kassim. Amalan Kepimpinan Instruksional dalam Kalangan Pengetua Sekolah Menengah di Negeri Pahang : Satu Kajian Kualitatif daripada http://www.iab.edu.my/sn19/KertasFinal/Jamelaa%20Bibi%20Abdullah _Kepimpinan_Pahang.pdfKualiti pendidikan bergantungkepada kecekapan pemimpin sekolah. The Star daripada http://mstar.com.myMcEwan, E. (2003). 7 steps to effective instructional ledarship. 2nd Ed. CA: Corwin Press, Inc.McKinsey & Company. (2007). How the world’s best performing school systems come out on top. Muka Surat | 36
  • 50. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarOECD. (2010). Creating effective teaching and learning environments: First results from TALIS.Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)Teori Pembelajaran dalam Perlaksanaan daripada http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=7Urquhart, V. (2006). Increase time with an audit. Changing Schools. Vol. 53. Hlm. 3. daripada www.mcrel.org.Piaget. J. (1971). Biology and Knowledge (An Essay an the Relations between Organic Regulations and Cognitive Processes). Scotland : Edinburgh University Press. Muka Surat | 37
  • 51. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar KERTAS CADANGAN 3 PELAKSANAAN Muka Surat | 38
  • 52. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PEMERHATIAN GURU MENINGGALKAN BILIK DARJAH SEMASA PROSES PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Oleh DR. MOHD. SUHAIMI BIN MOHAMED ALI ABD. MUNIR B. MOHD RASHID NADIMIN BIN ABDUL AZIZ Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia AbstrakMelindungi waktu PdP merupakan salah satu touch point KPPM bagi tahun 2012.JNJK telah melaksanakan Pemerhatian Guru Meninggalkan Bilik Darjah (GMBD)Semasa PdP sepanjang bulan Mac sehingga bulan Oktober 2012 bagi mengesan isuketiadaan guru semasa proses PdP. Matlamat GMBD ialah untuk memastikan kualitiPdP guru digunakan secara optimum. Tujuan pemerhatian ini ialah untukmengenalpasti / memperolehi bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah iaitutidak melaksanakan proses PdP sama ada disebabkan tugas rasmi atau tidak rasmi.Pemeriksaan dilaksanakan oleh JNJK seluruh negara mulai Mac hingga Oktober2012. JNJK mensasarkan 1000 pemerhatian dalam tempoh lapan bulan. Setiapsekolah dilawati oleh dua nazir sekolah dengan membuat pemerhatian dan semakanjadual kehadiran guru. JNJK berjaya melaksanakan 954 pemerhatian di seluruhnegara. Adalah didapati bahawa seramai 4486 guru telah tidak hadir ke sekolahsementara seramai 634 guru tidak masuk kelas untuk PdP dalam tempoh lapan bulantahun 2012 iaitu pada hari pemeriksaan dijalankan. Muka Surat | 39
  • 53. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALANMoment of truth pembelajaran berlaku semasa pertemuan antara guru danmurid dalam proses PdP (contact hours) dan kebanyakan masa berlaku didalam bilik darjah. Walau bagaimanapun, realitinya contact hours yangditetapkan tidak berlaku seperti yang diharapkan. Seringkali guru tidak dapatmemenuhi jadual yang telah ditetapkan kerana terdapat komitmen lain yangmenyebabkan guru tidak berada di bilik darjah. Ketiadaan guru di bilik darjah dilihat sebagai bertentangan dengan arahanKPM melalui Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 2/1981: Ketetapan Masa diSekolah-Sekolah. SPI ini menjelaskan tentang keperluan guru menepati masadalam menjalankan tanggung jawabnya di sekolah. Ketetapan masa jugabermakna seorang guru hendaklah mengikut jadual pengajarannya dantidak boleh meninggalkan kelasnya atau kawasan sekolah sebelum masauntuk berbuat demikian. Perkara ini juga selari dengan Perkara 11,Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yangmenegaskan tentang kewajipan guru mengajar mengikut jadual waktuyang ditetapkan. TINJAUAN BERKAITAN KETIDAKHADIRAN GURU KE SEKOLAHKetiadaan guru di bilik darjah semasa PdP bukanlah satu isu baru. Perubahandan perkembangan bidang pendidikan masa kini memerlukan guru pekaterhadap perubahan dan perkembangan semasa. Hal ini menyumbang kepadakekerapan guru meninggalkan bilik darjah kerana terpaksa menghadiri pelbagaiaktiviti bagi mempertingkatkan kemahiran guru dan membantumemperkembang potensi murid. Beberapa tinjauan di seluruh negaramenunjukkan ketidakhadiran guru sentiasa berlaku dari semasa ke semasa. Satu Muka Surat | 40
  • 54. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajartinjauan telah dilaksanakan oleh Pejabat Pelajaran Langkawi di 11 buahsekolah menengah dan rendah untuk melihat keseriusan isu ini. Tinjauan ketidakhadiran guru di 11 buah sekolah menengah dan rendahdaerah Langkawi yang melibatkan 625 orang guru telah dilaksanakan mulaibulan Jun hingga Oktober 2011. Hasil tinjauan menunjukkan bilangan guruyang tidak berada di bilik darjah semasa PdP adalah tinggi. Dalam tinjauan initelah didapati jumlah hari ketidakhadiran guru bagi 11 buah sekolah tersebuttinggi tersebut adalah sebanyak 6531 hari. Secara purata dalam tempoh limabulan tersebut jumlah hari setiap guru tidak hadir ke sekolah adalah sebanyak10.45 hari. Tinjauan ketidakhadiran guru yang dibuat oleh Pejabat Pelajaran WilayahPersekutuan Putrajaya (PPWPP) terhadap 2292 guru di 21 buah sekolah di WPPutrajaya dari bulan Januari hingga bulan Ogos 2011 menunjukkan trend yangsama. Dalam satu hari terdapat sehingga 29 aktiviti luar bilik darjah yangdijalankan dan ini menyebabkan lebih 30 peratus guru terpaksa meninggalkanbilik darjah. Dalam tempoh lima bulan, peratus ketidakhadiran guru di sekolahadalah antara 13.20 (Ogos) peratus hingga 43.83 peratus (April) seperti dalamJadual 1. Jadual 1: Bilangan Guru Tiada di Sekolah Di Putrajaya dari Bulan Jan-Ogos 2011 BULAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SMK 148 133 198 284 200 185 233 75 SK 54 97 185 243 176 182 219 85 Jumlah 202 230 383 527 376 367 452 160 Peratus 16.67 18.98 31.60 43.48 31.02 30.28 37.29 13.20 Muka Surat | 41
  • 55. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Ketidakhadiran guru ke sekolah bukan sahaja berlaku di kawasan bandarseperti Putrajaya malahan berlaku di semua tempat termasuk kawasanpedalaman. Berdasarkan laporan JNJK, ketidakhadiran guru di 11 buahsekolah pedalaman daerah Semporna, Sabah pada 22 Februari 2010menunjukkan daripada jumlah keseluruhan 151 guru, 45 orang guru (29.80%)tidak berada di sekolah pada tarikh tersebut. Laporan tentang kehadiran guru di 14 sekolah pedalaman daerah KudatSabah pula menunjukkan dari bulan Januari hingga Mei 2010, purata kehadiranke sekolah adalah sebanyak 80.77 peratus dan terdapat sekolah yang mencatatkehadiran serendah 67.0 peratus. Isu guru tidak berada di bilik darjah turut berlaku di negara-negara majuseperti di Amerika Syarikat dan Britain. Di Amerika Syarikat lebih 2500Pentadbir Sekolah-Sekolah (school Board) melanggani khidmat“Automated Substitute Placement and Absence Management”(AESOP) yangmengendalikan ketidakhadiran guru serta mencari pengganti segera bagi guruberkenaan. Jumlah school board yang melanggani sistem ini terus bertambahkerana pihak sekolah merasa sukar untuk menangani isu guru tidak hadir.(www.aesopeducation.com). Di negara Britain masalah ketidakhadiran guru telah mengakibatkansekolah-sekolah terpaksa menanggung bebanan kewangan yang tinggi keranamembayar elaun atau gaji perkhidmatan guru pengganti. Terdapat sekolah-sekolah besar di Britain terpaksa menanggung kos melebihi £100,000 setahununtuk bayaran guru pengganti.(http://www.teachingexpertise.com/articles/dealing-with-teacher-absence-2263) Muka Surat | 42
  • 56. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PUNCA KETIDAKHADIRAN GURUPunca ketidakhadiran guru boleh dikategorikan sebagai ketidakhadirandirancang (diketahui awal) dan ketidakhadiran tidak dirancang.1. Ketidakhadiran Yang Dirancang a) Menghadiri kursus, seminar, mesyuarat yang dianjurkan oleh Bahagian KPM, JPN, PPD dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).  Data tinjauan Putrajaya tentang ketidakhadiran guru kerana menghadiri aktiviti rasmi boleh dijadikan contoh. Menurut tinjauan tersebut, pada bulan September 2011 guru-guru sekolah di Putrajaya telah terlibat dalam 380 aktiviti rasmi yang dianjurkan oleh Bahagian-bahagian KPM, JPN, PPWPP dan badan-badan lain (NGO) seperti dalam Jadua.  Daripada 380 aktiviti tersebut, hanya 63 (16.57%) sahaja yang dilaksanakan selepas waktu persekolahan. Ini bermakna sebanyak 317 aktiviti yang dijalankan telah menyebabkan guru meninggalkan bilik darjah semasa PdP berjalan. Jadual 2: Aktiviti Rasmi Guru Anjuran Pelbagai Pihak Di Putrajaya pada Bulan September 2011 Kursus/ Aktiviti Mesyuarat/ Tugas Aktiviti Seminar/ Jumlah Rasmi Taklimat Kokurikulum lain Bengkel Jumlah 171 139 24 46 380 Aktiviti Peratus 45.00% 36.58% 6.32% 12.10% 100% b) Terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan sukan di pelbagai peringkat (peringkat sekolah, daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa). Muka Surat | 43
  • 57. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar  Melalui tinjauan PPWPP seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2, pada bulan September 2011 sekolah-sekolah di Putrajaya telah terlibat dalam 24 aktiviti kokurikulum.  Tinjauan JNJK di Langkawi mulai bulan Jun sehingga Oktober pada tahun 2011 terhadap 625 orang guru menunjukkan jumlah hari ketidakhadiran guru adalah sebanyak 448 hari bekerja. c) Cuti, seperti cuti haji, cuti bersalin, cuti sakit yang berpanjangan, cuti rehat khas, cuti tanpa rekod dan cuti tanpa gaji.  Tinjauan di 11 buah sekolah di daerah Langkawi menunjukkan kadar ketidakhadiran guru di sekolah disebabkan cuti adalah tinggi. Bagi tempoh Jun hingga Oktober 2011 jumlah hari guru bercuti adalah sebanyak 4563 hari. Daripada jumlah tersebut, 2163 hari (47.40%) adalah jumlah hari tidak hadir bagi 43 orang guru kerana cuti bersalin (Rujuk Jadual 3). Jadual 3: Jenis Cuti dan Jumlah Hari Guru Tiada di Sekolah Daerah Langkawi Pada Bulan Jun hingga Oktober 2011 Cuti Cuti Cuti Jenis Cuti Cuti Cuti Rehat Tanpa Tanpa Jumlah Cuti Sakit Belajar Bersalin Khas Rekod Gaji Jumlah 1158 590 978 93 2163 11 4563 Hari Bil guru 321 417 50 9 43 1 terlibat  Ketidakhadiran guru kerana cuti bersalin dilihat sebagai isu kritikal yang perlu ditangani segera. Ini adalah kerana setiap guru yang bersalin akan bercuti selama 90 hari. Ia menjadi lebih kritikal apabila terdapat beberapa guru dari sekolah yang sama bercuti serentak. Sebagai contoh, semasa tinjauan Muka Surat | 44
  • 58. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar dijalankan didapati seramai 12 orang guru dari sekolah yang sama telah mengambil cuti bersalin. Jumlah hari cuti bagi 12 orang guru tersebut adalah sebanyak 743 hari (Jadual 4). Jadual 4: Bilangan Guru Bersalin dan Jumlah Hari Cuti Guru Dari Bulan Jun Hingga Oktober 2011 di Sekolah Daerah Langkawi Jumlah Bil Guru Jumlah Hari Bil Nama Sekolah Guru Bersalin Cuti 1 SJK(C) Min Nam 12 0 0 2 SK Bayas 32 0 0 3 SK Nyior Cabang 31 2 (6.45%) 21 4 SK Padang Mat Sirat 65 3 (4.61%) 184 5 SK Sri Negeri 77 6 (7.79%) 369 6 SK Temonyong 51 4 (7.84%) 234 7 SMK Mahsuri 142 12 (8.45%) 743 8 SMK Air Hangat 52 2 (3.84%) 91 9 SMK Langkawi 32 2 (6.25%) 47 10 SMK Ulu Melaka 53 3 (5.66%) 41 11 SMK Kelebang 78 9 (11.53%) 433 JUMLAH 625 43 21632. Ketidakhadiran Tidak Dirancang a) Cuti sakit, cuti kecemasan seperti kematian waris atau kemalangan.  Jadual 3 di atas menunjukkan sepanjang tempoh tinjauan dijalankan di 11 buah sekolah daerah Langkawi, seramai 321 guru tidak hadir kerana cuti sakit. Dengan jumlah hari Muka Surat | 45
  • 59. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar sebanyak 1158, bermakna sepanjang tempoh tersebut, secara purata setiap guru mengambil cuti sakit sebanyak 3.6 hari setiap seorang pada tahun tersebut. b) Lewat hadir ke sekolah kerana menguruskan hal-hal peribadi, masalah pengangkutan atau sebab-sebab lain.  Laporan tentang kehadiran guru di 11 sekolah pedalaman daerah Semporna, Sabah menunjukkan daripada 106 guru yang hadir ke sekolah, 63 guru (59.43%) didapati lewat atas pelbagai sebab (Jadual 5) Jadual 5: Kehadiran Guru di 11 Sekolah Pedalaman Daerah Semporna pada 22 Februari 2010 Perkara Jumlah Peratus Bilangan Guru 151 100% Bilangan Hadir 106 70.20% Bilangan Hadir Lewat 63 59.43% Bilangan Tidak Hadir 45 29.80% Tidak Hadir Tanpa Sebab 35 77.78% c) Berada di sekolah tetapi terpaksa menjalankan tugas pentadbiran secara adhoc, menangani masalah murid seperti berjumpa waris dan lain-lain. d) Tidak hadir tanpa sebab yang munasabah.  Tinjauan di Langkawi di 11 buah sekolah di daerah Langkawi juga menunjukkan terdapat kes guru yang tidak hadir tanpa sebab. Dalam tinjauan tersebut didapati tujuh guru didapati tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. Jumlah ketidakhadiran guru-guru tersebut adalah sebanyak 100 hari. Muka Surat | 46
  • 60. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar  Laporan tentang ketidakhadiran guru di 11 buah sekolah pedalaman daerah Semporna menunjukkan daripada jumlah 45 guru yang tidak hadir, sebanyak 35 guru (77.78%) tidak hadir ke sekolah tanpa sebab (Jadual 5). e) Ponteng kelas, iaitu berada di sekolah tetapi tidak masuk ke kelas untuk melaksanakan PdP tanpa sebab yang munasabah. KESAN KETIADAAN GURU DI BILIK DARJAHKetiadaan guru di bilik darjah memberi kesan kepada pembangunan modalinsan yang kreatif, kritis, dan inovasi ketiadaan guru di sekolah tetap akanmemberi kesan seperti berikut:1. Menjejaskan pengurusan dan pentadbiran sekolah  Ketiadaan guru di sekolah menyebabkan banyak gangguan terhadap program dan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah.2. Kualiti tugas guru terjejas  Guru yang berada di sekolah terpaksa menjalankan tugas tambahan bagi menggantikan guru yang tiada di sekolah. Beban tugas ini boleh menyebabkan kualiti tugas utama guru merosot.3. Kualiti pembelajaran murid terjejas  Guru yang berada di sekolah terbeban dengan tugas mengganti kelas. Tugasan tambahan ini menjejaskan prestasi guru tersebut. Hal ini sudah tentu mengakibatkan pembelajaran murid terjejas.  Guru yang bercuti panjang seperti cuti sakit berpanjangan atau cuti bersalin tanpa pengganti tetap akan mengganggu kelancaran pembelajaran. Sekiranya pengurusan sekolah tidak memainkan Muka Surat | 47
  • 61. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar peranan sebagai pemimpin instruksional maka pencapaian/prestasi murid akan menurun.4. Disiplin dan keselamatan murid terjejas  Ketiadaan guru di sekolah dalam jumlah besar secara serentak sukar ditampung oleh guru lain. Ini menyebabkan kelas tidak dapat diurus dengan baik dan kesannya, masalah disiplin meningkat dan keselamatan murid tidak terjamin. TINDAKAN JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI BAGI MENANGANI GURU MENINGGALKAN BILIK DARJAHPada tahun 2012, salah satu touch point KPM ialah memastikan guru perluberada dalam bilik darjah dan proses PdP mesti berlaku. Sehubungan denganitu, JNJK telah mengorak langkah untuk memastikan touch point ini dilaksanadan difahami oleh sekolah. Matlamat pemerhatian ini adalah untuk mendapatmaklumat tepat tentang bilangan guru yang meninggalkan bilik darjah semasaPdP di seluruh negara. Analisis akan dibuat pada setiap minggu keempat setiapbulan. Berdasarkan pemerhatian ini, JNJK dapat mengesan bilangan guru yangmeninggalkan bilik darjah, keberkesanan guru ganti dan langkah yang diambiloleh pihak sekolah bagi menangani masalah ini. Umumnya, melalui pemerhatian ini, Strategi Menangani GuruMeninggalkan Bilik Darjah dapat dikenalpasti bilangan guru yang tidak beradadi bilik darjah semasa PdP dan tindakan sewajarnya dapat diambil. Skoppemerhatian adalah untuk mengesan bilangan guru yang tidak masuk ke bilikdarjah bagi melaksanakan proses PdP, mencerap guru ganti dan mendapatmaklumat dari pihak sekolah tentang strategi untuk mengatasi masalahtersebut. Muka Surat | 48
  • 62. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Pemerhatian dilaksanakan mulai bulan Mac sehingga Oktober 2012melalui pasukan nazir yang terdiri daripada dua orang pegawai. Pasukan iniakan memantau setiap sekolah sahaja dalam setiap bulan. JNJK mensasarkanpemerhatian di 1000 buah sekolah seluruh negara dalam tempoh lapan bulanini. Pemerhatian dijalankan secara mengejut tanpa dimaklumkan kepada pihaksekolah dan dijalankan selama tiga jam. Proses pemerhatian GMBD adalahseperti dalam Jadual 6. Muka Surat | 49
  • 63. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Jadual 6: Proses Kerja Pemerhatian GMBDBil. Proses/Tugas Huraian Tindakan1. Persediaan pra i. Pemilihan sekolah berdasarkan lokasi Ibu Pejabat pemerhatian yang sesuai/berdekatan dengan pejabat. ii. Instrumen seperti di Lampiran 1. Ketua Pasukan iii. Pemerhatian dijalankan dalam minggu pertama sehingga minggu ke tiga sahaja.2. Pemerhatian di i. Pemerhati perlu berada di sekolah Semua Nazir sekolah sebaik sahaja waktu persekolahan Isi Instrumen a. Melawat bilik bermula atau selepas waktu no.1 hingga 8 darjah bagi rehat.(Sesi pagi /petang) Isi Instrumen memastikan ii. Mengesan guru yang tiada di bilik no.12 kehadiran guru darjah. Isi Instrumen dalam bilik iii. Berjumpa pentadbir dan semak buku no.9, no.10 dan darjah kedatangan dan jadual guru ganti. no.11 b. Semak jadual kedatangan guru dan jadual guru ganti (pohon kebenaran Guru Besar/Pengetua) c.Pencerapan guru i. Semak buku rekod mengajar a.guru Semua nazir ganti ganti Isi Instrumen ii. guru yang tidak hadir no.13 Isi Instrumen no.13 d.Temu bual iii. Mendapatkan pandangan usaha Semua nazir sekolah menangani guru Isi Instrumen meninggalkan bilik darjah. no.144. Selepas pemerhatian. i. Memindahkan instrumen yang diisi Ketua Pasukan ke dalam tapak. (Tapak GMBD) ii. Tapak yang telah diisi perlu diemel Semua nazir pada hari yang sama selepas pemerhatian. Semua nazir iii. Emel kepada gmbdjnjk@gmail.com dan nadimin.jnjk@gmail.com dengan menamakan fail dengan kod sekolah diikuti dengan GMBD. Contoh:- AEA0001.GMBD5. Pengumpulan data i. Minggu ke empat (4) adalah untuk UDTM/Task bulanan merumus data. Force ii. Data dirumus berdasarkan tiga objektif pemerhatian.6. Laporan Pemerhatian i. Laporan siap dalam minggu keempat Task Force dan diserahkan kepada Ketua Nazir. Muka Surat | 50
  • 64. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar DAPATAN PEMERHATIAN JNJKPemerhatian GMBD telah dilaksanakan di 954 buah sekolah seluruh negaradalam tempoh lapan bulan bermula dari bulan Mac sehingga bulan Oktoberbagi tahun 2012. Sepanjang pemerhatian tersebut, isu guru tidak masuk kekelas bagi melaksanakan PdP memang berlaku telah dikesan berpunca daripadafactor rasmi dan tidak rasmi. Ketidakhadiran guru didapati banyak berpuncadaripada penglibatan mereka dengan program yang dianjurkan KPM, JPNmahupun PPD. Program rasmi yang menyebabkan ketidakhadiran guru adalahseperti mesyuarat, kursus dan lain-lain anjuran KPM, JPN ataupun PPD. JNJK juga telah mengesan bahawa ada sebahagian guru lewat atau tidakmasuk ke kelas walaupun mereka berada dalam kawasan sekolah. Alasan yangdiberikan oleh guru-guru ini ialah lewat keluar dari kelas sebelumnya atauberurusan dengan penjaga murid dan berjumpa pengetua/guru besar. Malahanada juga mengatakan mereka tidak mendapat maklumat tentang penggantiankelas ganti. Jadual 7 menunjukkan analisis guru yang tidak masuk ke kelas atas sebabtidak berada di sekolah atau kelewatan masuk ke kelas. Jadual 7: Analisis Pemerhatian JNJK Bulan Mac-Oktober 2012 BIL BULAN BIL. BIL. GURU BIL. GURU TIDAK PEMERHATIAN TIDAK MASUK KELAS HADIR 1. MAC 118 645 99 2. APRIL 125 622 137 3. MEI 147 602 74 4. JUN 88 357 51 5. JULAI 146 564 59 6. OGOS 89 293 45 7. SEPT. 180 1105 118 OKT. 61 298 51 JUMLAH 954 4486 634 Muka Surat | 51
  • 65. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar SARANAN BAGI MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAHBagi menyokong touch point KPM 2012 yang bertujuan untuk memastikanwaktu instruksional guru bersama-sama murid dilindungi, adalah disyorkansupaya beberapa pendekatan disambut seperti berikut:1. Penubuhan Jawatankuasa Melindungi Masa Instruksional (MMI) Peringkat Sekolah. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar dengan ahli yang terdiri daripada semua penolong kanan, ketua bidang, ketua panitia mata pelajaran dan guru bertugas harian/mingguan. Fungsi jawatankuasa tersebut pula adalah: a) membuat pertimbangan bagi menentukan guru yang perlu menghadiri kursus, seminar, mesyuarat dan sebagainya, b) menyediakan Jadual Guru Ganti bagi guru yang tidak hadir, c) menguruskan proses pelaksanaan “Jual Beli Kelas”, d) membuat pemantauan bagi memastikan jadual penggantian kelas dipatuhi, e) menyemak kehadiran Guru ke sekolah apabila waktu persekolahan bermula, dan f) mengumpul dan menyediakan data berkaitan kehadiran guru serta melaporkannya kepada PPD (PPD akan mengetengahkan hal ini ke JPN).2. Pengupayaan perancangan program berdasarkan daerah dan sekolah. Pada masa sekarang, walaupun Takwim Tahunan KPM dan JPN diselaraskan namun dari segi pengoperasiannya ia agak sukar dipatuhi. Tambahan pula terdapat program dan aktiviti ad-hoc yang melibatkan pihak sekolah. Pengupayaan kepada pihak PPD dan sekolah dalam daerah tersebutuntuk Muka Surat | 52
  • 66. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar merancang program berdasrkan kesesuaian daerah berkaitan dapat meminimumkan keluar masuk guru dan pentadbir sekolah semasa proses PdP.3. Penglibatan Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) hendaklah diaktifkan di semua daerah supaya pihak sekolah mudah mendapat bekalan guru ganti. Peruntukan untuk bayaran KGSK hendaklah mencukupi bagi membolehkan sekolah mendapat guru bagi menggantikan guru yang bercuti dalam tempoh yang panjang seperti cuti bersalin atau cuti haji.4. Pengenalan jawatan Pembantu Guru (hampir sama dengan Pembantu Pengasuh Murid) di sekolah perlu diperluas bagi mengambil alih tugas perkeranian guru terutama yang berkaitan dengan pengisian data, menyemak kehadiran dan lain-lain tugas selain tugas PdP.5. Pengwujudan jawatan Jurulatih Bertauliah untuk mengendalikan aktiviti sukan dan kokurikulum. Dengan adanya jawatan ini guru bilik darjah akan dapat menumpukan perhatian terhadap tugas mengajar dan tidak perlu lagi mengiringi murid untuk program sukan dan sebagainya. Selain itu, kegiatan sukan murid-murid dikendalikan oleh kumpulan pakar dalam bidang berkaitan.6. Penglibatan menyeluruh PIBG dan ibu bapa dalam program koakademik dan kokurikulum. Kumpulan berkepentingan ini wajar digembleng peranan mereka untuk bersama-sama melibatkan diri secara aktif dengan program sekolah. Kumpulan ini boleh membantu sekolah untuk mengiringi murid-murid dalam aktiviti luar bilik darjah seperti menyertai pertandingan perbahasan, sukan dan perkemahan.7. Perancangan yang teliti bagi menangani isu ketiadaan guru untuk tempoh panjang perlu dilaksanakan. Unjuran jumlah guru yang akan mengambil Muka Surat | 53
  • 67. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar cuti dalam tempoh yang lama seperti cuti haji, cuti bersalin dan guru yang akan bersara pada sesuatu tahun hendaklah disediakan.8. Penguatkuasaan berbentuk punitif bagi guru yang tidak hadir dan tidak melaksanakan proses PdP secara sengaja wajar dikuatkuasakan. Langkah seperti mengenakan denda boleh digunakan sebagai langkah akhir jika guru berkaitan gagal memberikan alasan yang sahih ketidakhadirannya. PENUTUPIsu ketidakhadiran guru adalah serius dan kerap diperkatakan oleh pihak ibubapa melalui pelbagai platform media massa. Kebimbangan ibu bapa berkaitanisu ini adalah berasas kerana ketiadaan guru di bilik darjah akan menjejaskanprestasi pencapaian murid. Semua pihak yang berkepentingan di semuaperingkat sama ada Bahagian di KPM, JPN mahupun PPD harus memainkanperanan yang mantap untuk merancang kaedah yang sesuai bagi melindungimasa intruksional. Pemantauan perlu terus dilaksanakan supaya apa juga yangdirancang difahami dan dilaksana dengan berkesan di peringkat sekolah. Muka Surat | 54
  • 68. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL Oleh DR. JAMES ANG JIT ENG HAJI ABDUL RAZAK ALIAS Institut Aminuddin Baki Kementerian Pelajaran Malaysia AbstrakMMI merupakan salah satu komponen penting dalam tugas kepimpinan instruksionalseorang pentadbir sekolah. Walaupun demikian, usaha ini tidak akan berjayasepenuhnya sekiranya hasrat ini tidak difahami dan disokong oleh para pegawai diperingkat PPD dan JPN. Kertas kerja ini bertujuan untuk menjelaskan peranankepimpinan instruksional yang boleh dimainkan oleh para pegawai di peringkat PPDkhususnya dalam aspek kemahiran coaching dan mentoring dan pemantauanpencapaian murid (headcount). Kedua-dua jenis kemahiran ini amat penting bagipara pengawai di peringkat PPD dan JPN kerana ia akan membolehkan merekamengenalpasti masalah akademik yang dihadapi oleh sekolah dan seterusnyamengambil tindakan yang sesuai untuk mendampingi para pentadbir dan membantumengatasi masalah akademik yang dihadapi. Muka Surat | 55
  • 69. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALAN1. Kajian-kajian awal penggunaan masa pengajaran Kajian literatur menunjukkan bahawa kajian-kajian awal yang cuba mengaitkan masa yang diperuntukkan untuk pengajaran (allocated time) dengan pencapaian murid telah bermula sejak tahun 1970an lagi. Hasil- hasil kajian mendapati bahawa usaha meningkatkan peruntukan masa pengajaran sahaja tidak banyak mempengaruhi pencapaian murid. Pada tahun 1980an, perbahasan mengenai hubungan peruntukan masa dengan pembelajaran murid terus berlangsung (Contoh: Jacobson 1980; Baines 2007). Cotton (1990) telah menyimpulkan hasil-hasil kajian literatur pada ketika itu dan menyimpulkan perkara-perkara berikut: (a) Tidak ada korelasi (hubungkait) antara peruntukan masa (allocated time) dengan pencapaian murid. (b) Terdapat sedikit korelasi antara masa penglibatan (engagement time) dengan pencapaian murid. (c) Terdapat korelasi yang besar antara masa pembelajaran (learning time) dengan pencapaian murid (d) Tidak ada bukti konkrit yang menunjukkan terdapatnya korelasi antara panjangnya waktu pembelajaran dalam sehari atau setahun dengan pencapaian murid (Millot dan Lane, 2002). Kajian-kajian turut menunjukkan bahawa terdapat korelasi yang kukuh dan positif antara masa murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task) dengan pencapaian murid. Ini berbeza dengan dengan masa penglibatan (engagement time) dengan pencapaian yang agak rendah. Yair (2000) Muka Surat | 56
  • 70. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar melaporkan bahawa secara purata, murid hanya terlibat 53.8 peratus masa dalam pembelajaran. Kajian Stalling (1985) yang sering digunakan sebagai tanda aras penggunaan masa secara berkesan dalam bilik darjah menunjukkan bahawa guru-guru sekolah menengah yang ‘biasa’ menggunakan 38 peratus daripada masa untuk menguruskan kelas, 50 peratus untuk mengawas dan menyelia kerja murid dan baki 12 peratus untuk pengajaran (rujuk Rajah 1). 38% Mengawas & Menyelia 50% Penyampaian Pengajaran 12% Mengurus Kelas Rajah 1 : Penggunaan Masa oleh Guru ‘Biasa’ Guru-guru yang berkesan pula menggunakan kurang daripada 15% daripada masa untuk menguruskan kelas, 35% untuk tugas mengawas dan menyelia kerja murid dan baki 50% untuk penyampaian pengajaran (rujuk Rajah 2). Murid yang berkesan pula menggunakan 97% daripada masa untuk pembelajaran aktif dan 3% masa luang (off-task). Muka Surat | 57
  • 71. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Mengurus Kelas, 15%, 15% Mengawas & Menyelia, 35%, 35% Penyampaian Pengajaran, 50%, 50% Mengawas & Menyelia Penyampaian Pengajaran Mengurus Kelas Rajah 2 : Penggunaan Masa oleh Guru Berkesan2. Kajian kehilangan masa pembelajaran di negara membangun Kajian oleh Bank Dunia mendapati terdapat jurang antara masa yang diperuntukkan dengan realiti dalam masa pengajaran khususnya di negara kurang membangun (Millot dan Lane 2002, Abadzi 2007). Secara kuantitatif dan kualitatif, masa yang digunakan untuk pengajaran sebenar adalah kurang daripada kehendak dasar pendidikan kebangsaan masing- masing.3. Langkah-langkah memaksimumkan masa pembelajaran Dapat disimpulkan bahawa daripada hasil kajian literatur bahawa komponen penting untuk menjayakan dasar ‘melindungi masa pembelajaran’ adalah dengan memaksimumkan masa pembelajaran dan meningkatkan masa murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task) untuk segala bentuk aktiviti yang berlaku di sekolah. Muka Surat | 58
  • 72. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Seperti yang disebutkan di atas, satu daripada variabel yang mempengaruhi pembelajaran murid ialah ‘masa pembelajaran’ (instructional time). Abadzi (2007) mentakrifkan masa pembelajaran sebagai jumlah masa dalam kelas yang guru gunakan untuk menyampaikan ilmu. Masa pembelajaran menurut beliau tidak termasuk masa yang guru gunakan untuk mengurus bilik darjah yang dianggap sebagai masa luang (off-task). Untuk tujuan itu, kajian telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi statistikal yang positif antara masa pembelajaran dan pencapaian murid dalam peperiksaan (Lieberman dan Denham, 1980). Selain daripada meningkatkan masa pembelajaran, guru juga perlu meningkatkan masa murid terlibat dalam pembelajaran (time-on-task) murid. ‘Time-on-task’ merujuk kepada jumlah masa dalam satu waktu apabila guru dan murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Ia juga sering difahamkan dengan masa murid benar-benar terlibat dalam pembelajaran (Abadzi, 2007). Kajian yang oleh Levin dan Nolan (2010) menunjukkan bahawa kunci kejayaan pembelajaran murid adalah kemampuan guru untuk memaksimakan masa ‘time-on-task’ murid terlibat dalam tugasan akademik dan mengurangkan masa luang untuk memulakan aktiviti, transisi antara aktiviti, tidak ada aktiviti atau terlibat dengan perbuatan salah laku. Untuk mencapai hasrat ini, Pengetua atau Guru Besar perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran kepimpinan instruksional khususnya ilmu memantau pencapaian akademik murid (headcount) yang membolehkan mereka mengenal pasti kelemahan (akademik) murid dan seterusnya mengambil langkah-langkah pembetulan/penambahbaikan yang sewajarnya. Kemahiran-kemahiran ini telah disampaikan kepada Muka Surat | 59
  • 73. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar golongan pentadbir sekolah melalui kursus-kursus yang telah dianjurkan oleh IAB seperti berikut: (a) Kursus Kepimpinan Instruksional, (b) Kursus Memantau Pencapaian Murid, (c) Kursus NPQEL (National Professional Qualification for Educational Leaders), dan (d) Kursus Coaching dan Mentoring Pemimpin. Walaupun demikian, tahap amalan kandungan kursus di peringkat sekolah masih menjadi tanda tanya kerana tidak ada pihak yang memantau pelaksanaan dan keberkesanan kursus tersebut apabila para peserta kembali ke sekolah masing-masing. Satu pihak yang boleh membantu memastikan pelaksanaan tugas memantau pencapaian (akademik) murid adalah para pegawai di peringkat PPD kerana mereka berada lebih dekat dengan sekolah dan merupakan golongan ‘prime movers’ dalam usaha mentransformasi PPD. Oleh yang demikian, untuk membolehkan masa pembelajaran murid dilindungi dan dipertingkatkan di sekolah, adalah dirasakan bahawa para pegawai PPD perlu dilibatkan. Sebagai langkah permulaan, mereka perlu diberi pendedahan dalam kemahiran memantau pencapaian murid (headcount) dan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin agar mereka dapat mendampingi dan menyelesaikan masalah akademik yang dihadapi oleh sekolah dengan lebih cekap lagi. Muka Surat | 60
  • 74. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PERNYATAAN ISUBagaimanakah cara terbaik untuk memastikan para pegawai di peringkatJPN/PPD memahami konsep dan kepentingan kemahiran memantaupencapaian murid (headcount) dan kemahiran coaching dan mentoringpemimpin yang membolehkan mereka mendampingi pihak sekolah (parapentadbir dan guru) secara bermakna agar mesej yang ingin disampaikan danmatlamat yang dihasratkan tercapai? CADANGAN TINDAKAN (CADANGAN PENGISIAN SESI TAKLIMAT)1. Berkongsi hasil kajian empirikal yang telah dibuat untuk menunjukkan peranan sekolah dan guru dalam meningkatkan pencapaian murid.2. Berkongsi cara mengenal pasti tahap pencapaian murid melalui teknik memantau pencapaian murid (headcount).3. Membantu membina jaringan dan menggalakkan percambahan idea antara pegawai JPN/PPD untuk menangani masalah pencapaian akademik murid.4. Mengupayakan pegawai JPN/PPD dengan kemahiran coaching dan mentoring pemimpin.5. Menjadikan coaching dan mentoring sebagai satu bentuk pembangunan profesionalisme pemimpin yang bercirikan pembelajaran pandu kendiri (self-directed learning). Muka Surat | 61
  • 75. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar KESIMPULANLangkah yang dicadangkan oleh IAB adalah sebahagian daripada usahabersepadu Kementerian Pelajaran yang diketuai oleh Timbalan Ketua PengarahPelajaran Malaysia, Sektor Operasi Pendidikan (TKPPM-OP) khususnyamelalui sesi mesyuarat/taklimat kepada JPN/PPD untuk melaksanakan dasar‘Melindungi Masa Pengajaran’ di sekolah-sekolah sebagai salah satu usahauntuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. SYOR1. Selain pendedahan kepada ilmu ‘memantau pencapaian murid’ dan kemahiran ‘coaching dan mentoring pemimpin’, para pegawai JPN/PPD diberi pendedahan kepada aspek-aspek lain yang turut menyumbang kepada usaha melindungi dan memaksimumkan masa instruksional dan pembelajaran murid dalam sesi mesyuarat/taklimat yang diketuai oleh TKPPM-OP.2. Para pegawai JPN/PPD dikehendaki menghadiri kursus Kepimpinan Instruksional dan kursus Coaching dan Mentoring Pemimpin yang dianjurkan oleh IAB.RujukanAbadzi, H. (2007). Absenteeism and beyond: Instructional time loss and consequences. Independent Evaluation Group, World Bank, Washington, DC.Baines L. (2007). Learning from the World: Achieving More by Doing Less. Phi Delta Kappa International 89, no 2 (October 2007): 98–100. Muka Surat | 62
  • 76. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarCotton, K. (2003). The principals and student achievement: What the research says. Association for Supervision and Curriculum Development. Alexandria : Virginia.Davis, G. & Thomas, M.A. (1989). Effective school and effective teacher. Allyn and Bacon.Hallinger, P. & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional management behaviors of principals. The Elementary School Journal, 86 (2), 217- 247.Jacobson, K. 1980. “The Relationship of Individual Student Time Allocation to Reading and Mathematics Achievement.” Report from the Project on Studies of Administration and Organization for Instruction. Research and Development Center for Individualized Schooling, University of Wisconsin, Madison.James Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah (2011). Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal. PTS Professional Publishing.Levin, J. & Nolan, J. F. (2010). Principles of classroom management: A professional decision-making model. Pearson Education Inc. NJ.Lieberman, A., & Denham, C. (1980). Time to learn. Sacramento, CA: California Commission for Teacher Preparation and Licensing.Mielcarek, J.M.A. (2003). A model of school success: Instructional leadership, academic press and student achievement. Unpublished dissertation. Ohio State University.Millot, B., and J. Lane. 2002. “The Efficient Use of Time in Education.” Education Economics 10, no 2: 209–28.Murphy, J. (1990). Principal instructional leadership: Changing perspectives on the school. Advances in Educational Administration, 1, 163-200.Barber, M., & Fullan, M. (2005). Tri-level development: It’s the system. Education Week, 24 (25), pp. 32 - 35.Stallings, J. A. (1980). Allocated academic learning time revisited, or beyond time on task. Educational Researcher 9(11), December, 11-16.Stallings, J. A. (1985). Instructional Time and Staff Development: How Useful is the Research on Time to Teachers? In Perspectives on Muka Surat | 63
  • 77. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Instructional Time, edited by C.W. Fisher and D.C. Berliner, 283–97. New York and London: Longman.Stallings, J. A. (2007). The Importance of Using Instructional Time Effectively. Unpublished article. HDNED, World Bank, Washington, DC. Dimuat turun pada 20 Ogos 2012 dari http://www- wds.worldbank.org/external/default/WDSContentServer/WDSP/IB/200 9/02/11/000333037_20090211004247/Rendered/PDF/473280WP0Box 33101OFFICIAL0USE0ONLY1.pdfTengku Azuan Tg Mohamed (2006). Headcount: Satu perkongsian Pengalaman. Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2, November 2006. IAB Cawangan Utara. KPM.Yair, G. 2000. “Not Just About Time: Instructional Practices and Productive Time in School.” Education Administration Quarterly 36, no. 4 (October): 485–512. Muka Surat | 64
  • 78. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar JADUAL WAKTU oleh ENCIK BONG MUK SHIN Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia AbstrakKertas kerja ini membincangkan kepentingan jadual waktu dalam proses PdP yangberkesan. Penyediaan jadual waktu perlu diurus dengan baik agar pelaksanaan PdPberjalan lancar. Jadual Waktu yang strategik akan memudahkan guru melaksanakanPdP mengikut masa dan tempoh yang ditetapkan dan seterusnya melindungi masainstruksional. Beberapa aspek yang perlu diambil kira dalam pembinaan jadual waktuadalah agihan waktu mengajar, susunan mata pelajaran dalam jadual waktu,persediaan guru, persediaan murid, lokasi dan pentadbiran. Muka Surat | 65
  • 79. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALANJadual waktu merupakan suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akandiajar kepada murid setiap hari persekolahan yang menyatakan tempoh danperuntukan masa suatu mata pelajaran yang diajar dan nama guru yangmengajar mata pelajaran itu. Setiap jadual waktu sekolah adalah jadual untuk menyelaras empatelemen iaitu: murid, guru, bilik darjah dan tempoh. Jadual ini perlu mematuhikurikulum yang ditetapkan, mengandungi mata pelajaran yang diajar dananalisis jumlah waktu, peruntukan waktu mengikut pekeliling terkini danmengandungi senarai nama guru dengan mata pelajaran yang diajar, memenuhikehendak jadual waktu anjal dan fleksibal. ISU JADUAL WAKTU1. Dapatan kajian yang dilaksanakan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada Februari hingga April 2012 mendapati bahawa lebih daripada 40 peratus proses pengajaran dan pembelajaran tidak dilaksanakan di dalam bilik darjah. Antara faktor yang dikenal pasti adalah; a) guru menjalankan tugas di luar sekolah dan guru ganti tidak menjalankan PdP, b) guru berada di sekolah tetapi tidak masuk ke kelas (menjalankan aktiviti lain, berada di kantin), dan c) guru masuk ke kelas tetapi tidak menjalankan PdP. Muka Surat | 66
  • 80. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar2. Jadual Waktu Guru Ganti Jadual waktu perlu diurus dengan baik agar PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan. Jadual waktu PdP disediakan untuk memudahkan guru melaksanakan P&P mengikut masa dan tempoh yang dijadualkan dengan lancar dan sistematik. Ahli Jawatankuasa Jadual Waktu terdiri daripada guru-guru yang dilantik oleh Pengetua atau Guru Besar. Jadual Guru Ganti perlu merekod guru yang tidak dapat hadir ke kelas yang diajar dan nama guru yang menggantinya. Slip Guru Ganti perlu mengandungi maklumat seperti Tahun atau Tingkatan, Waktu dan Mata Pelajaran yang akan digantikan. Slip ini perlu diserahkan kepada Guru Ganti lebih awal agar guru tersebut dapat membuat persediaan awal sebelum kelas bermula.3. Pelaksanaan Jadual Waktu Bagi melindungi waktu pembelajaran murid, beberapa aspek perlu diberikan perhatian iaitu; a) Agihan Waktu Mengajar i. Bilangan kelas dan mata pelajaran yang diajar perlu dihadkan bagi seseorang guru. Contohnya penentuan tahap kelas yang diajar seperti Tahap 1 atau 2 di Sekolah Rendah, ataupun Menengah Rendah atau Menengah Atas perlu diambil kira. ii. Penentuan set/kumpulan mata pelajaran yang boleh diajar oleh seseorang guru. Kombinasi mata pelajaran perlu dipertimbangkan dan seboleh-bolehnya lebih sesuai mengikut Muka Surat | 67
  • 81. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar kepakaran/opsyen agar tidak menjejaskan keberkesanan pengajaran guru. Contoh, dari segi :  mata pelajaran - Bahasa Melayu dengan Seni, Sains dengan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dan Bahasa Inggeris dengan Muzik,  waktu - Sebelah pagi bagi mata pelajaran matematik, selepas waktu rehat mata pelajaran Sains dan sebelum balik mata pelajaran Pendidikan Seni, dan  hari - Mata pelajaran teras perlu dimasukkan dalam jadual waktu secara seimbang pada setiap hari supaya tidak berlaku bebanan kepada guru dan murid. Walau bagaimanapun penentuan set ini perlu mengambil kira pekeliling-pekeliling yang berkuatkuasa. iii. Dicadangkan agar guru diperuntukkan tidak melebihi 3 waktu mengajar. Guru dihadkan mengajar dua mata pelajaran mengikut opsyen major/minor latihannya. Mata pelajaran yang diberi perlu dipasangkan dengan satu mata pelajaran teras dan satu lagi elektif. Guru mengajar mengikut tahap tertentu sama ada tahap I dan tahap II sahaja bagi sekolah rendah, atau menengah rendah atau menengah atas. Guru diperuntukkan tidak melebihi tiga waktu mengajar berterusan. Justifikasi i. Guru boleh membuat persiapan lebih rapi dalam melaksanakan PdP mata pelajaran tersebut. Muka Surat | 68
  • 82. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar ii. Guru boleh memberi tumpuan dalam pelaksanaan PdP yang berkesan. iii. Guru akan memiliki kemahiran yang lebih baik dalam mata pelajaran tertentu. iv. Guru akan lebih mengenali murid dan dapat meningkatkan potensi mereka ke tahap yang maksimum. b) Susunan Mata Pelajaran Dalam Jadual i. Pengagihan waktu mata pelajaran perlu seimbang antara guru mengikut keadaan/keperluan sekolah. ii. Waktu ganti tidak dibebankan kepada guru-guru tertentu sahaja. Pengagihan waktu ganti perlu seimbang dan diagih sama rata kepada semua guru. Pembahagian mata pelajaran perlu mengikut kecenderungan atau opsyen seseorang guru. Pihak sekolah harus menyimpan rekod bagi guru ganti untuk mengelakkan berlakunya ketidaksamarataan agihan waktu ganti kepada guru. iii. Waktu kembar (double period) dan satu waktu (single period) perlu diambil kira mengikut mata pelajaran. Huraian : Pihak sekolah perlu memperuntukkan waktu senggang di antara waktu PdP bagi membolehkan guru bersedia sepenuhnya untuk berada lebih awal di kelas seterusnya. Waktu senggang perlu diagih seimbang pada sebelah pagi sebelum rehat dan selepas rehat kepada semua guru. Begitu juga bagi bilangan waktu mengajar hendaklah diagih Muka Surat | 69
  • 83. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar seimbang antara semua guru dalam seminggu. Contoh, 25 hingga 26 waktu sahaja seminggu. Jadual waktu perlu disusun mengikut keutamaan mata pelajaran. Contoh, jadual waktu pagi sebelum rehat dikhaskan kepada mata pelajaran teras dan seterusnya bagi mata pelajaran elektif mengikut keadaan dan keperluan sekolah. Begitu juga kepada jadual guru ganti, sekiranya berlaku ketidakhadiran guru, jadual guru ganti perlu diagih sama rata kepada guru agar tidak terbeban kepada guru-guru tertentu sahaja. Ketetapan kelas bagi seseorang guru perlu mengikut kesesuaian lokasi. Sebagai contoh, pergerakan guru dari satu blok ke blok yang lain atau dari satu kelas ke kelas yang seterusnya tidak melibatkan jarak yang jauh. c) Persediaan Guru i. Guru perlu pergi ke kelas lebih awal sebelum waktu pengajarannya bermula jika guru tersebut tiada kelas sebelumnya. ii. Guru terlibat perlu menyediakan RPH dan bahan yang akan digunakan dalam PdP. Guru ganti seboleh- bolehnya guru mata pelajaran yang sama dengan kelas yang diganti. iii. Pertukaran waktu mengajar suka sama suka boleh dibuat jika guru telah mengetahui lebih awal tentang penglibatan atau tugasnya di luar sekolah. Muka Surat | 70
  • 84. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Huraian : Bagi menepati peruntukan masa PdP (30 minit untuk sekolah rendah dan 40 minit untuk sekolah menengah) guru perlu bersedia seawal 5 minit sebelum ke kelas. Keadaan ini juga dapat mengelakkan pembaziran waktu pembelajaran di samping mengawal disiplin murid terutama keluar masuk kelas dan membuat bising. Kebenaran perlu diberi kepada guru yang ingin bertukar waktu mengajar suka sama suka jika dia terlibat dengan tugas-tugas luar. Ini boleh mengelakkan daripada membebankan guru lain untuk menjalankan PdP sebagai guru ganti. d) Persediaan Murid i. Murid perlu sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum menjalankan aktiviti pembelajaran untuk mengelakkan guru dari membuang masa PdP dengan melayan kerenah murid di dalam kelas. Huraian : Murid perlu dinasihatkan agar sentiasa bersedia dengan keperluan mata pelajaran seterusnya setiap kali sebelum guru masuk mengajar. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pembaziran masa PdP. Guru terpaksa menunggu murid mengambil kelengkapan PdP padahal masa untuk PdP sepatutnya sudah bermula. Muka Surat | 71
  • 85. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar e) Lokasi Tempat PdP i. Jadual waktu penggunaan bilik-bilik khas perlu dibuat dengan teliti agar dapat mengelakkan pembaziran masa bagi guru dan murid untuk bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Jika keadaan sekolah tidak dapat memenuhi keperluan ini maka pihak sekolah perlu menyediakan sebuah bilik transit. Huraian: Penyusunan jadual waktu perlu mengambil kira jarak pergerakan guru dan murid dari kelas ke kelas, dari kelas ke bilik khas atau dari blok ke blok yang lain di antara waktu PdP bagi penjimatan masa. Bilik darjah yang fleksibel perlu diadakan bagi memudahkan guru dan murid yang mengalami masalah kesihatan atau masalah fizikal untuk menjalani PdP dengan selesa. Murid orang kurang upaya (OKU) yang berkerusi roda perlu ditempatkan di bilik darjah di tingkat bawah. Sebuah bilik transit diperlukan untuk guru berehat sebelum ke kelas seterusnya. Contoh, jarak kelas yang diajar bagi mata pelajaran seterusnya agak jauh dari kelas pengajaran sebelumnya. f) Pentadbiran i. Pemilihan pakej mata pelajaran perlu dihadkan. ii. Guru ganti boleh menggabung kelas berdasarkan mata pelajaran atau tahun/tingkatan yang sama semasa ketiadaan guru mata pelajaran/kelas tersebut. Bagi keberkesanan PdP guru perlu mengambil kira bilangan Muka Surat | 72
  • 86. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar murid dalam kelas yang digabung dan tempat PdP dijalankan. Jika bilangan murid terlalu ramai PdP boleh dijalankan di dewan sekolah dan sebagainya. Huraian Pakej mata pelajaran dalam satu-satu aliran perlu dihadkan mengikut kesesuaian sekolah. Contohnya, satu pakej dalam aliran sains dan satu dalam aliran sastera sahaja. Guru ganti boleh menggabungkan kelas mengikut mata pelajaran atau tahap supaya proses PdP dapat berlangsung dan kawalan disiplin dapat dilaksanakan dengan berkesan. SYORPihak sekolah disyorkan mengambil kira semua aspek termasuk prasaranasekolah, tahap kemampuan murid dan kepakaran guru dalam merancangpenyusunan jadual waktu sekolah. Muka Surat | 73
  • 87. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DALAM KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH : ISU DAN CADANGAN PENYELESAIAN Oleh ENCIK MAHAMAD AMRAN BIN KAMSI Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia AbstrakHasil kajian Bahagian Naziran (2010) dan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian(2011) tentang keberkesanan kokurikulum di kalangan murid sekolah menengah adamenunjukkan perkaitan dengan kegagalan pihak sekolah melindungi masainstruktional kegiatan kokurikulum. Kelemahan guru yang kurang mahir dalammenjalankan aktiviti kelab/persatuan sekolah sebagai faktor penyebab utama. Faktor-faktor lain seperti wibawa pentadbir sekolah; kurikulum kelab/persatuan yang tidaklengkap dan kekurangan kemudahan dan peralatan juga sebagai penyumbang isu yangberlaku. Dalam usaha mengatasi masalah ini dua langkah penyelesaian dikenalpasti.Pertama, penyelesaian di peringkat sekolah yang berfokus kepada pengetua/gurubesar dalam melaksanakan 11 strategi pelaksanaan kokurikulum. Kedua, penyelesaianperingkat Kementerian yang meliputi pelaksanaan kegiatan kelab/persatuan sekolahsecara projek inovasi; pemantapan Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum KPM;pemantapan sistem pemantauan di semua peringkat pelaksanaan; melengkapkan danmelatih pegawai/ personal kokurikulum di semua peringkat dan; melengkapkankemudahan infrastruktur dan kejurulatihan di Pusat Kokurikulun Negeri dan Daerah.Strategi penyelesian secara serampang dua mata dijangka bukan sahaja diyakini bolehmenyelesaikan masalah melindungi masa instruktional kokurikulum malahan jugamampu meningkatkan imej kokurikulum di peringkat sekolah. Cadangan penyelesaianini memberi impak kewangan berjumlah RM159,683,410 dan impak perjawatanbaru berjumlah 4,133 orang. Muka Surat | 74
  • 88. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALANKandungan pendidikan di sekolah-sekolah Malaysia terdiri daripada duaaspek penting iaitu kurikulum dan kokurikulum. Perkara pertama berkait rapatdengan apa jua kegiatan pengajaran-pembelajaran di dalam bilik darjahmanakala yang terkemudian pula mengenai proses yang sama tetapi berlaku diluar bilik darjah. Pada dasarnya KPM sentiasa berusaha dan berhasrat agarkedua-dua aspek ini memberi impak yang maksimum kepada perkembanganpendidikan yang menyeluruh kepada setiap murid sejajar dengan hasratfalsafah pendidikan negara, namun dari segi keberhasilannya menampakkanbahawa aspek kokurikulum masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. Iabermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada prosespengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberi peluang untukmenambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilaiyang dipelajari di dalam bilik darjah (dalam Peraturan-Peraturan KebangsaanPendidikan 1997 berkaitan kurikulum). Pelaksanaan kokurikulum adalah wajib.Kegagalan melaksanakan kegiatan ini adalah suatu kesalahan yang bolehdidenda tidak melebihi RM5,000 atau 3 bulan penjara atau kedua-duanya (Akta Pendidikan ,1996: Seksyen 18 - Akta 550). Penyertaan murid dalamaktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran murid dalamaktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. Arahan ini termaktub sebagaimanadalam SPI Bil. 1/1986, KP(BS)8591/Jld. 11/(41) bertarikh 15 Januari 1986.Peraturan-peraturan dan arahan ini jelas menunjukkan kegiatan kokurikulumadalah sebahagian masa instruktional yang wajib dilaksanakan. Berdasarkan Warta Kerajaan No. 5652 Jil. 11/Bil.27 bertarikh Disember1967, masa yang diperuntukkan untuk kegiatan kokurikulum di sekolah adalahseperti berikut: Muka Surat | 75
  • 89. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Peruntukan Masa Sekolah Tahap Darjah/Tingkatan (minit/minggu) Rendah 1 3 dan 4 60 2 5 dan 6 120 Menengah Peralihan, 1,2 dan 3 180 4 dan 5 (aliran perdagangan dan 180 sastera) 4 dan 5 (aliran sains dan 140 pertanian) Purata kekerapan perjumpaan mingguan yang minimum dalam setahunialah 18 kali bagi pasukan pakaian seragam dan 12 kali bagi kelab/persatuandan kelab/persatuan sukan/permainan. Ketiga-tiga jenis kegiatan ini perludijalankan sepanjang tahun mengikut jadual yang telah ditetapkan. Sungguhpunbegitu isu yang sering dipersoalkan ialah sejauhmana masa yang diperuntukkanbenar-benar telah digunakan oleh pihak sekolah bagi tujuan memenuhi masainstruktional kegiatan kokurikulum. PERNYATAAN ISUBahagian Naziran KPM (2010) yang mengkaji tentang pelaksanaan kegiatankokurikulum di sekolah-sekolah mendapati bahawa kegiatan kokurikulum yangberunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh murid. Di antara faktorpenyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang berinisiatifdan aktiviti yang tidak menarik dan mencabar. Dapatan ini disokong oleh hasiltinjauan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM (2011)ke sekolah-sekolah di seluruh negara yang melihat kegiatan kelab danpersatuan tidak popular sebagaimana kegiatan badan beruniform dansukan/permainan. Muka Surat | 76
  • 90. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Dapatan kedua-dua kajian ini boleh dirumuskan seperti berikut: (a) kegiatan kokurikulum (terutama jenis kelab dan persatuan) tidak dilaksanakan dengan sewajarnya sehingga memberi suatu persepsi yang negatif di kalangan murid, dan (b) masa instruktional bagi menjalankan kegiatan kokurikulum tidak dilindungi kerana terbukti pengisian pengajaran tidak memberi impak positif kepada murid. MMI dalam kokurikulum dipengaruhi oleh wibawa Pentadbir sekolah(termasuk Guru Besar/Pengetua/Guru Penolong Kanan Kokurikulum).Pentadbir bertanggungjawab memastikan kelangsungan kegiatan kokurikulumselaras dengan dasar dan prinsip yang telah ditetapkan. Sebaliknya pentadbirsekolah yang bersikap negatif terhadap kokurikulum bercirikan seperti berikut: (a) kurang menghayati kepentingan kokurikulum dan berkeinginan untuk mengetahui peraturan, garis panduan atau arahan KPM, JPN dan PPD sebagai satu perkara yang perlu ditangani dengan segera, (b) bersikap sambil lewa kepada isu-isu penguatkuasaan peraturan dan sistem pemantauan, seperti dalam menetapkan masa dan penjadualan aktiviti kokurikulum sekolah, dan (c) gagal mewujudkan budaya berkokurikulum di sekolah. Kejayaan melindungi waktu instruktional dalam kokurikulum banyakdipengaruhi oleh kemampuan guru berperanan sebagai guru kokurikulumseperti sebagai penasihat/pembimbing/jurulatih (SPI Bil.1/1985KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985). Namun ramai guru yanggagal menjalankan tanggugjawab sebagai guru kokurikulum kerana tidakcukup kompeten. Masalah kurang mahir dalam sesuatu jenis kegiatankokurikulum yang dipertanggungjawabkan adalah faktor utama. Tidakdinafikan semua guru ada menerima pendedahan kegiatan kokurikulum semasa Muka Surat | 77
  • 91. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarbelajar di institusi perguruan atau universiti tetapi apa yang diperolehi hanyalahsetakat tahap asas yang tidak membolehkan mereka menguasai sesuatu bidangilmu kokurikulum yang diperlukan oleh murid. Guru-guru yang sedemikianakan setakat menghadirkan diri dalam kegiatan kokurikulum tanpa suatuperancangan yang rapi dan hanya mampu mencatat kehadiran murid.Kelemahan ini sudah tentu memberi kesan pengajaran dan bimbingan kepadamurid-murid. Ketiadaan guru yang mahir dan pakar ini juga yang menjadialasan untuk tidak mengadakan sesuatu kegiatan kokurikulum di peringkatsekolah. Kegagalan guru melindungi masa instruktional kegiatan kokurikulumsering dikaitkan dengan kurikulum/kandungan pembelajaran yang tidaklengkap. Kelemahan ini berlaku kerana atas dua faktor. Pertama, bidangkokurikulum terlalu luas, apa sahaja yang berkaitan kegiatan di luar bilik darjahadalah kegiatan kokurikulum. Kedua, terdapat sesetengah kegiatan yangdiluluskan oleh KPM dipayungi oleh agensi luar sebagai badan induk yangtelah melaksanakan kegiatan tanpa kurikulum yang standard. Sungguhpunbegitu ketiadaan kurikulum yang lengkap bukan suatu alasan untuk tidakmenjalankan kegiatan ini. Tidak sebagaimana bidang akademik bidangkokurikulum tidak terlalu terikat kepada suatu set atau sekuen kandunganpelajaran. Yang mustahak ialah sama ada pengetahuan atau kemahiran yangdipelajari oleh murid itu berkaitan atau tidak dengan sifat semulajadikelab/persatuan yang dianggotai. Umpamanya, bagi kelab bahasa sudah tentuilmu dan kemahiran yang disampaikan itu mengenai apa sahaja yang berkaitanbahasa. Sejajar dengan peranan kokurikulum sebagai penyumbang danpelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, tidakmenjadi suatu kesalahan untuk menjadikan kurikulum bilik darjah sebagaipanduan asalkan boleh mengukuhkan apa yang sudah dipelajari dalam bilikdarjah. Muka Surat | 78
  • 92. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Kegiatan kokurikulum lazimnya berlaku di luar bilik darjah. Pendekatankokurikulum yang jelas ialah secara menjadikan alam semulajadi dan alamsekitar sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran. Namun ada jugasesetengah aktiviti kokurikulum yang sememangnya memerlukan kemudahandan peralatan khusus seperti kegiatan robotik dan perkhemahan. Ketiadaanperalatan dan kemudahan ini di sekolah atau yang berhampiran sering dijadikanalasan untuk tidak menjalankan kegiatan. Tidak menafikan KPM adamenyediakan infrastruktur dan kemudahan kokurikulum di sekolah namunmasih banyak lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki. Dalammasa yang sama diperakui ada sesetengah kemudahan dan peralatan yang tidakboleh dibina di setiap sekolah atas sebab kos pembinaan dan penyelenggaranyang tinggi; dan memerlukan kepakaran jurulatih dan juruteknik. Kemudahansebegini sewajarnya diadakan secara berpusat di setiap daerah. Ketiadaan ataukekurangan kemudahan infrastruktur ini seringkali dijadikan alasan kepadaguru-guru untuk tidak menjalankan kegiatan kokurikulum yang berkaitan. Berdasarkan perbincangan diatas dapatlah dirumuskan bahawa faktorpenyebab masa instruksional kokurikulum tidak dilindungi adalah sepertiberikut: (a) sikap pentadbir sekolah yang tidak sensitif kepada keperluan melaksanakan kegiatan kokurikulum dengan sebaik mungkin, (b) guru-guru yang kurang kompeten dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum, (c) kandungan kurikulum sesetengah kegiatan kokurikulum yang tiada, tidak lengkap atau tidak standard, dan (d) kekurangan kemudahan, fasiliti dan peralatan khusus untuk sesuatu kegiatan kokurikulum di sekolah atau yang berhampiran. Muka Surat | 79
  • 93. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIAN:Secara jelas isu melindungi masa instruktional dalam kokurikulum adalahmasalah peringkat sekolah namun jika diteliti secara mendalam masalah yangtimbul ada yang berpunca dari kelemahan dasar/polisi pihak lain seperti daripihak KPM. Dalam hal ini penulis mencadangkan dua kaedah penyelesaianyang melibatkan peringkat sekolah dan peringkat KPM.Peringkat Sekolah:1. Pengetua/Guru Besar sebagai agen transformasi kokurikulum: Jatuh bangun kokurikulum di sekolah ditentukan oleh wibawa Pengetua/Guru Besar. Kefahaman sebenar tentang kokurikulum serta kepentingannya dan dasar-dasar perlaksanaannya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian seharusnya dikuasai oleh setiap Pengetua/Guru Besar. Seterusnya, kebolehan menaakul kokurikulum dan kemudian menterjemahkan dalam bentuk pengurusan sekolah merupakan kemahiran yang dituntut dan wajib ada pada setiap pengetua/guru besar. Tidak dinafikan dalam mengurus kokurikulum di peringkat sekolah, KPM berpendekatan fleksibel dengan memberi kepercayaan kepada daya usaha dan inisiatif Pengetua/Guru Besar. Sungguhpun begitu dalam isu MMI kokurikulum Pengetua/Guru Besar boleh menjadikan strategi-strategi yang berikut sebagai panduan: (a) Mengubah persepsi negatif warga sekolah terhadap bidang kokurikulum - Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab untuk memberi kesedaran dan meyakinkan semua warga sekolah (murid, guru, ibubapa dan masyarakat setempat) tentang dasar sebenar kerajaan terhadap kokurikulum. Silap faham tentang peranan Muka Surat | 80
  • 94. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar kokurkulum sebagai kegiatan sampingan yang boleh dilaksanakan setakat seadanya perlu dihapuskan. Pengetua/Guru Besar seharusnya mampu mengubah persepi dan minda warga sekolah bahawa kegiatan ini adalah suatu kegiatan yang penting, terancang dan bersistematik yang mampu membawa kemenjadian manusia secara menyeluruh termasuk pembangunan ‘kepelbagaian intelek’ dan ‘intelek emosi’. Dalam masa yang sama kegiatan ini menjadi landasan kepada kerjaya murid semasa dewasa dan, yang lebih penting menjadi aset negara dalam menjana sumber manusia yang berkualiti. (b) Mempelbagaikan kelab/persatuan dan aktiviti-aktiviti kokurikulum - Kepelbagaian kelab/persatuan amat perlu demi memenuhi tuntutan kepelbagaian kebolehan dan minat murid. Sungguhpun begitu Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab memastikan bilangan kelab/persatuan yang ditubuhkan telah mengambilkira bilangan keseluruhan murid, kemahiran guru dan kemudahan/peralatan yang ada. Kepelbagaian aktiviti juga perlu mengambilkira program berbentuk penyertaan ramai dan program yang bermatlamatkan kecemerlangan. Dalam memenuhi tuntutan dan keperluan murid untuk menubuhkan sesuatu kelab/persatuan, Pengetua/Guru Besar perlu menimbangkan secara rasional dan praktikalnya pelaksanaan kelab/persatuan itu. (c) Mewujudkan suasana aktiviti kokurikulum yang meriah - Suasana yang meriah bermaksud wujudnya penglibatan semua warga sekolah dalam sesuatu aktiviti/program kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah. Segala kegiatan kokurikulum yang dijalankan sepanjang tahun sentiasa diwar-warkan dan menjadi perhatian warga sekolah. Dari segi fizikalnya, murid-murid sentiasa bersaing mempromosikan atau memperagakan imej kelab/persatuan Muka Surat | 81
  • 95. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar di persekitaran sekolah. Penyertaan pasukan sekolah di semua peringkat aktiviti (daerah, zon, negeri, kebangsaan) nyata amat kerap dan menjadi sebutan masyarakat setempat. Suasana meriah ini lebih terbukti apabila pihak sekolah mengadakan aktiviti/program kokurikulum seperti Hari Kokurikulum, Sukan Tahunan yang mendapat sokongan dan sambutan penuh dari ibu bapa dan masyarakat setempat. Murid-murid dan guru-guru pula sentiasa bersungguh-sungguh menjalankan peranan masing-masing. Manakala pihak sekolah sentiasa sensitif dan berusaha memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada sebarang usaha serta penglibatan murid dan guru melalui pelbagai cara. (d) Menjalankan aktiviti atau kegiatan kokurikulum sepanjang tahun - Dalam memastikan aktiviti kokurikulum dijalankan sepanjang tahun, Pengetua/Guru Besar perlu peka kepada 3 perkara. Pertama, keseimbangan tiga bidang aktiviti kokurikulum, iaitu pasukan pakaian seragam, kelab/persatuan dan sukan permainan. Kedua, membezakan di antara aktiviti mingguan kelab/persatuan dan aktiviti kokurikulum peringkat sekolah. Ketiga, aktiviti peringkat lanjutan seperti peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Pembinaan takwim yang awal boleh membantu murid dan guru untuk melaksanakan aktiviti sepanjang tahun secara ansur maju atau peringkat demi peringkat. Aktiviti yang berterusan juga boleh menghindarkan kebosanan murid kerana kekosongan masa dipenuhi dengan aktiviti yang dijalankan. Penggunaan kemudahan dan peralatan kokurikulum dapat digunakan semaksimum mungkin jika aktiviti dijalankan sepanjang tahun. Umpamanya penggunaan padang sekolah sepanjang tahun boleh menggambarkan keadaan kokurikulum di sekolah tersebut meriah dan boleh membawa kearah pencapaian sekolah berwatak dan etos sekolah yang dikehendaki. Muka Surat | 82
  • 96. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (e) Mewujudkan sistem dokumentasi yang kemaskini, informatif dan lengkap - Sebagai sebuah organisasi yang berdaftar, perjalanan sesebuah kelab/perrsatuan sekolah perlu didokumentasikan dengan sempurna. Maklumat yang berinformatif dan lengkap seperti senarai ahli dan jawatankuasa, laporan perjumpaan, aktiviti tahunan dan pencapaian, laporan perbelanjaan boleh menggambarkan prestasi sesebuah kelab/persatuan. Malahan ia boleh dijadikan suatu aspek untuk menilai prestasi kelab/persatuan. Pihak sekolah juga boleh menjadikan hasil pendokumentasian ini sebagai pangkalan data kokurikulum yang boleh diedarkan di kalangan warga sekolah atau ke peringkat pengurusan lebih tinggi apabila dipohon atau diperlukan. (f) Mewujudkan sistem penilaian dan pengiktirafan yang diperakukan, adil dan memberangsangkan - Proses penilaian kokukurikulum memerlukan komitmen yang tinggi dari guru dan sekolah. Kesedaran di kalangan murid tentang syarat-syarat untuk memperolehi skor yang tinggi perlu ada, dan kriteria penilaian yang sebenar perlu diperjelaskan dari masa ke semasa. Pihak sekolah pula perlu sentiasa memotivasikan murid dengan memastikan segala rekod dan bukti pencapaian murid dikemaskini sepanjang masa dan tidak hanya sewaktu hendak menentukan markah murid. Cara ini boleh membantu murid yang kurang berprestasi untuk memperbaiki prestasinya. Sebaik-baiknya hasil penilaian itu mudah diakses oleh semua warga sekolah seperti melalui talian telefon atau internet. Berbanding penilaian bidang akademik, penilaian dalam kokurikulum lebih kepada membantu murid-murid untuk mencapai hasil penilaian yang lebih bagus. (g) Menjalankan pemantauan yang berkesan dan berterusan - Pengetua/Guru Besar sewajarnya membina dan memperkukuh Muka Surat | 83
  • 97. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar sistem pemantauan yang bukan sahaja berkesan malahan juga berterusan. Amalan ini bertujuan untuk memastikan semua kegiatan yang dijalankan menepati dasar dan peraturan yang telah ditetapkan. Hasil dari pemantauan ini boleh menjadi sumber rujukan untuk menambah baik pelaksanaan di masa akan datang. Pemantauan juga sebagai gambaran keprihatinan pihak sekolah dengan usaha dan penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum. (h) Mewujudkan sumber manusia yang berkemahiran dan komited - Membina pasukan penggerak kokurikulum di sekolah sering diabaikan oleh Pengetua/Guru Besar. Seharusnya rekod dan data guru yang berkemahiran dan tidak berkemahiran dalam sesuatu bidang kokurikulum perlu sentiasa dikemaskini bagi mewujudkan pasukan penggerak ini. Guru-guru yang tidak berkemahiran perlu diberi peluang menghadiri kursus atau sekurang-kurangnya pendedahan secara latihan dalaman (in-house training) dibuat. Latihan dalam ini termasuklah dari Pengetua/Guru Besar/Guru Penolong Kanan Kokurikulum tentang peranan dan tanggungjawab guru dalam melaksanakan kegiatan kokurikulum yang wajib diadakan setiap tahun. (i) Membangunkan infrastruktur dan prasarana, perkakasan / peralatan yang mencukupi dan berkualiti - Dalam kokurikulum perkara ini bermaksud tempat dan peralatan yang digunakan untuk aktviti kokurikulum. Ia merangkumi kemudahan yang ada di dalam kawasan sekolah dan di luar kawasan sekolah. Sekolah-sekolah yang kurang kemudahan dan kawasan lazimnya digalakkan menggunakan sumber yang ada di luar sekolah atas dasar konsep guna sama. Cara ini hanya boleh berlaku jika ada suatu penjadualan aktiviti yang sistematik. Kekurangan kemudahan menjalankan aktiviti juga boleh diatasi dengan pengubahsuaian aktiviti. Contohnya, permainan Muka Surat | 84
  • 98. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar bolasepak futsal menggantikan permainan bolasepak padang, atau mengadakan perkhemahan dalam kawasan sekolah berbanding di luar. Dalam menyediakan kelengkapan kemudahan dan peralatan pihak sekolah wajar mengambilkira peruntukan yang ada dan memilih peralatan yang berkategori perlu dan boleh diguna sama, seperti peralatan perkhemahan yang boleh diguna oleh semua aktiviti. Penyenggaraan dan penstoran peralatan juga berperanan dalam menentukan kualiti dan ketahanan kemudahan dan peralatan. Tindakan ini akan membolehkan murid melakukan aktiviti kokurikulum dengan selamat dan sempurna. Dalam hal ini, mempunyai tenaga pakar yang menilai kemudahan dan peralatan serta kemudahan kokurikulum adalah satu nilai tambah yang penting kepada kemajuan kokurikulum di sesebuah sekolah. (j) Menyediakan sumber maklumat, data dan informasi yang komprenhensif dan kemas kini - Strategi ini berkaitan usaha pihak sekolah untuk mempromosi kegiatan kokurikulum sebagai suatu kegiatan penting di mata semua warga sekolah. Konsep "happening" dan "lively" kegiatan kokurikulum sekolah boleh diwujudkan dengan sumber maklumat yang mudah diakses di sekitar kawasan sekolah seperti melalui papan-papan kenyataan, sudut-sudut khas dan bilik sumber. Penyampaian maklumat yang lebih luas juga boleh dibuat ke luar kawasan sekolah malahan boleh menjangkau peringkat kebangsaan dan antarabangsa melalui laman web sekolah atau program khas seperti "school linkage programme". Membudayaakan penggunaan maklumat dan informasi kokurikulum memerlukan suatu usaha yang berterusan dan memerlukan komitmen serta kerjasama semua pihak terutama dari kalangan murid dan guru Muka Surat | 85
  • 99. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (k) Menjalankan program penyelidikan dan pembangunan yang berterusan - Sejajar dengan sifat pendidikan yang dinamik, kerja- kerja penyelidikan dan pembangunan yang boleh menambah baik kepada keberkesanan kegiatan kokurikulum perlu sentiasa dilakukan. Kerja-kerja ini melibatkan kreativiti dan inovasi guru, juga sokongan dan galakkan pengurusan sekolah bagi membolehkan kokurikulum sentiasa releven dengan keperluan semasa, mantap dan bertepatan dengan matlamat pendidikan dan pembangunan negara. Hasil penyelidikan ini perlu disebar luas dan dikongsi bersama dengan pengiat kokurikulum yang lain atas dasar kebaikan bersama. Berdasarkan strategi-strategi di atas boleh dirumuskan bahawa dalam memastikan masa instruksional kokurikulum dilaksanakan Pengetua/Guru Besar perlu melihat dalam skop yang luas yang melibatkan "grand design" untuk menyelesaikannya. Secara ringkas Pengetua/Guru Besar perlu mempunyai pelan induk pembangunan kokurikulum yang merangkumi pembangunan fizikal dan infrastruktur/kemudahan serta peralatan; pembangunan guru pembimbing/jurulatih/fasilitator/penasihat dan; pembangunan aktiviti. Dalam merealisasikan pelan induk ini, Pengetua/Guru Besar boleh mendapatkan bantuan dan kerjasama melalui jawatankuasa yang terlibat dengan kegiatan kokurikulum seperti Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum Sekolah, Jawatankuasa Bimbingan Sekolah, Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Sekolah dan jawatankuasa-jawatankuasa yang lain. Muka Surat | 86
  • 100. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar2. Peringkat Kementerian: (a) Kegiatan Kelab/Persatuan Sekolah berasaskan Projek Inovasi : Telah jelas daripada kajian mendapati kegiatan kelab/persatuan kurang memberi impak akibat faktor-faktor kebanyakan gurunya kurang berkemahiran, kurikulum yang tidak lengkap dan masa instruktionalnya gagal dilindungi. Sehubung itu, kegiatan ini memerlukan proses perekayasaan dengan pendekatan semua kelab/persatuan sekolah melaksanakan aktiviti mingguan yang berfokus kepada pembuatan projek inovasi. Justifikasi kepada pendekatan ini ialah untuk membudayakan amalan kreatif dan inovatif di kalangan murid yang mana kemahiran yang sedemikian diperlukan oleh negara di masa akan datang. Kokurikulum dilihat cocok kepada arah tuju pembudayaan ini kerana secara semulajadi memberi ruang dan peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba atau mencuba jaya sesuatu tugasan/projek yang dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yang dilakukan itu memenuhi minat dan kebolehan diri yang ada pada mereka. Skop kegiatan kelab/persatuan secara projek berinovasi tertumpu kepada projek berasaskan sekolah dan khusus berkait rapat dengan jenis sesuatu kelab dan persatuan. Konsep pelaksanaan projek ialah berpusatkan kepada murid di mana guru berperanan untuk membimbing dan murid-murid melaksanakannya. Sebagai tambahan, ada suatu bentuk penilaian secara berpusat dibuat. Kementerian berfungsi untuk membina dasar pelaksanaan manakala JPN dan PPD bertanggungjawab menyelia dan memantau pelaksanaannya. Muka Surat | 87
  • 101. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Pendekatan cara pembuatan projek juga boleh memberi impak dari aspek: i. Murid berfokus untuk melakukan kegiatan kelab/persatuan - Dalam setiap masa perjumpaan kelab/persatuan sekolah, pengisiannya ialah kepada merancang dan menyiapkan projek atau projek-projek berbentuk inovasi yang berkaitan kelab/persatuan yang dianggotai. Projek ini boleh dijalankan secara kumpulan besar atau beberapa kumpulan. Pembuatan projek yang dipilih oleh murid ini pada awal tahun mesti disiapkan di hujung tahun untuk dibuat penilaian. Langkah ini mengatasi masalah masa instruktional kelab/persatuan yang tidak berkualiti. ii. Pendekatan ‘berpusat kepada murid’ - Dalam melaksanakan projek berinovasi guru berperanan sebagai pembimbing dan penasihat manakala kumpulan murid akan merancang dan melaksanakan aktiviti. Setiap projek akan diketuai oleh seorang ketua dan diurus oleh jawatankuasa yang dilantik oleh ahli-ahli kumpulan. Guru penasihat kelab/persatuan hanya bertanggungjawab untuk menyelia dan memastikan proses pembuatan projek berlangsung dengan betul dan mengikut jadual. Langkah ini boleh mengatasi masalah guru yang tiada kemahiran khusus dalam kelab/persatuan kerana kemahiran utama adalah memadai setakat mengurus projek. iii. Projek Inovasi sebagai ‘showcase’ sekolah - Pihak sekolah bertanggungjawab untuk memberi penghargaan dan sokongan kepada aktiviti ini dengan menubuhkan jawatankuasa penilai yang berfungsi menentukan tahap pencapaian projek yang dihasilkan. Hasilan projek ini boleh dipamerkan sewaktu Hari Muka Surat | 88
  • 102. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Kokurikulum atau Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah sekolah yang boleh diadakan saban tahun dengan penglibatan ibu-bapa dan ahli masyarakat setempat untuk hadir. Sekolah juga digalakkan untuk mengangkat hasilan projek yang bermutu ke peringkat lebih tinggi jika ada sesuatu pertandingan/pameran yang berkaitan. Melalui tindakan ini pihak ibu-bapa/penjaga dan masyarakat luar boleh melihat bukti atau hasil penglibatan murid-murid dalam kegiatan kokurikulum. (b) Memantapkan fungsi Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum Kebangsaan: Sebagaimana sedia maklum Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum di peringkat KPM dianggotai oleh bahagian-bahagian di KPM yang terlibat dengan aktiviti kokurikulum dan bertujuan menyelaras dasar dan arah tuju kokurikulum di semua peringkat. Ia juga berfungsi sebagai focal person terhadap kewujudan sesuatu dasar yang baru. Jawatankuasa ini yang juga berperanan untuk menyelesaikan masalah pertindanan aktiviti, menyelaras peruntukan kokurikulum bagi semua bahagian yang terlibat, merangka program kejurulatihan dan menilai perjawatan pengurusan di semua peringkat. Jawatankuasa ini juga menjadi think tank kepada sebarang dasar baru yang diperkenal oleh KPM. Menyedari isu perlindungan masa instruktional kokurikulum merupakan isu kebangsaan maka amatlah wajar jawatankuasa ini berperanan sebagai forum untuk mencadang penyelesaian masalah di peringkat pengurusan tertinggi KPM. Muka Surat | 89
  • 103. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (c) Pemantapan Sistem Penyeliaan Kokurikulum oleh KPM, JPN dan PPD : KPM bertanggungjawab untuk mewujudkan sistem pemantauan yang mantap dan konsisten kepada pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah. Ini bertujuan untuk memastikan segala dasar dan peraturan kokurikulum yang ditetapkan telah dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua peringkat, terutama pihak sekolah. Satu bentuk pelaporan tahunan yang komprehensif perlu dibuat kepada Jawatankuasa Pembangunan Kokurikulum selepas siri pemantauan tahunan tersebut selesai. Menguatkuasakan segala bentuk peraturan yang berkait dengan kokurikulum untuk memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa kegiatan ini terikat dengan undang-undang yang telah diwartakan dan boleh membawa kepada hukuman/penalti kepada pesalah yang melakukannya. (d) Pegawai dan Jurulatih/Personel : Masalah guru yang kurang mahir dalam bidang kokurikulum memerlukan suatu tindakan yang mantap terutama sekali secara melihat semula sejauh mana pengisian kurikulum yang berkait kokurikulum di peringkat institusi perguruan dan universiti benar- benar releven dan memenuhi keperluan sekolah dan, guru-guru yang memasuki pasaran sekolah benar-benar kompeten untuk mengendalikan kegiatan kokurikulum. Di samping itu, suatu program pembangunan dan pengembangan kejurulatihan/personel di semua peringkat pelaksanaan yang melibatkan jangka pendek dan Muka Surat | 90
  • 104. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar panjang terhadap guru-guru kokurikulum dalam perkhidmatan perlu di wujudkan. Dalam masa sama tindakan yang segera perlu dibuat dengan memenuhkan kekurangan pegawai yang mengurus kokurikulum di semua peringkat mengikut keperluan yang telah ditimbang tara. Begitu juga perlunya suatu mekanisma yang jelas untuk memastikan pegawai yang terlibat dengan pengurusan kokurikulum mempunyai pengalaman dan telah lulus kursus khas (berkaitan kokurikulum) sebelum menyandang jawatan perlu diwujudkan. (e) Melengkapkan Pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah : Dasar penubuhan Pusat-pusat Kokurikulum Negeri dan Daerah untuk membantu pihak sekolah yang tiada kemudahan, peralatan dan kepakaran aktiviti menjalankan aktiviti kokurikulum dengan lebih bersistematik dan selamat. Kewujudan pusat-pusat ini terutama di peringkat daerah menjadi nilai tambah kepada kegiatan kokurikulum sebagai pusat rujukan dan rujukan sekolah, di samping sebagi pusat latihan kepada guru-guru kokurikulum yang kurang mahir. Dalam hal ini melengkap kemudahan infrastruktur pusat- pusat kokurikulum negeri dan daerah sebagaimana yang dirancang akan memberi impak besar terutama dari segi penjimatan kos operasi kegiatan kokurikulum secara menyeluruh, dan juga mengatasi masalah guru-guru yang kurang mahir. Melengkap keperluan bilangan jurulatih sepenuh masa di pusat- pusat kokurikulum negeri dan daerah boleh membantu masalah melindungi masa instruksional kokurikulum, juga masa instruktional akademik. Jika bilangan jurulatih yang mencukupi wujud masalah Muka Surat | 91
  • 105. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar guru-guru meninggalkan kelas kerana terlibat dalam kegiatan diperingkat daerah, negeri dan kebangsaan boleh dikurangkan apabila tanggungjawab itu boleh diserahkan kepad jurulatih yang dilantik secara spenuh masa. KESIMPULANIsu melindungi masa instruktional kokurikulum memerlukan penyelesaian yangmantap dan konsisten. Komitmen yang tinggi tidak sahaja dari sekolah malahanjuga PPD, JPN dan KPM. Tidak seperti bidang akademik yang prestasinyadiukur melalui peperiksaan awam, prestasi kokurikulum dinilai berasaskankepada kehadiran, jawatan yang disandang, tahap penglibatan dan pencapaianmurid dalam sesuatu kelab/persatuan yang dianggotai. Sehubungan itupendekatan yang fleksibel dan praktikal dalam melaksanakan kegiatan ini perludiberi pertimbangan dengan mengambil kira kekangan-kekangan yang dihadapioleh pihak sekolah. Sungguhpun begitu dalam masa yang sama, masainstruktional yang telah ditetapkan untuk kegiatan kokurikulum perludilaksanakan sebaik yang mungkin. Dalam hal ini pelaksanaan aktivitikelab/persatuan secara pembuatan projek berinovasi dilihat sebagai suatu yangmenepati kriteria yang diperlukan. Secara jelas kegagalan melindungi waktu instruktional kokurikulumberpunca kegagalan pihak sekolah meletakkan kokurikulum di tempat yangsewajarnya dalam sistem sekolah. Sungguhpun begitu faktor-faktor penyebabsampingan kepada kelemahan tersebut perlu juga diambil kira sebagai perkarayang mustahak juga. Dalam masa KPM mengesa pihak Pengetua/Guru Besarmemperbaiki strategi pelaksanaan kokurikulum di peringkat sekolah amatlahmolek KPM juga mengambil langkah-langkah penyelesaian isu ini. Muka Surat | 92
  • 106. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar SYORJawatankuasa Pembangunan Kokurikulum KPM mengesyorkan agar cadangan-cadangan yang berkaitan mengatasi masalah melindungi masa instruktionalkokurikulum dipertimbangkan untuk kelulusan. Cadangan-cadangan tersebutadalah meliputi seperti berikut:1. Program Transformasi Kokurikulum Peringkat Sekolah2. Program kelab/persatuan sekolah secara projek berinovasi3. Sistem pemantauan dan penguatkuasaan peraturan pelaksanaan kokurikulum sekolah4. Melengkapkan pembangunan fizikal dan infrastruktur 137 Pusat Kokurikulum Daerah.5. Melengkapkan bilangan jurulatih secara sepenuh masa Pusat Kokurikulum Negeri seramai 708 orang dan Pusat Kokurikulum Daerah seramai 3,425 orang.RujukanBahagian Naziran, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kajian Mengenai Keberkesanan Kokurikulum di sekolah, 2010Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia, Laporan Tinjuan Minat Murid dalam kegiatan Kokurikulum, 2011Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, Himpunan Kertas Seminar Kokurikulum, 1970 hingga 1990, Muka Surat | 93
  • 107. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarBahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Pengurusan Kokurikulum, 2007Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Iktisas KPM (1971 -2010), 2011.Ramlan Abdul Wahab, Panduan Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah, 2004, Banter Sdn. Bhd., Kuala Lumpur.Kementerian Pendidikan Malaysia, Surat Pekeliling Iktisas KPM (1971 -2010), 2011. Muka Surat | 94
  • 108. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGURUSAN MASA DALAM KONTEKS PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN SEKOLAH Oleh ENCIK ROHESAN BIN MUHAMMAD Lembaga Peperiksaan Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia PENGENALANPentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yangbersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi danrohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah PendidikanKebangsaan dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PBS mentaksirbidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripadaPentaksiran Sekolah (PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukanakademik terdiri daripada Pentaksiran Psikometrik (PPsi) dan PentaksiranAktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-dua bidang inimemberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakanpentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. PENTAKSIRAN SEKOLAH (PS)Pentaksiran Sekolah (PS) adalah pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir,diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru sekolah yang berkenaan. PS bolehdilaksanakan dalam bentuk formatif dan sumatif. Pentaksiran formatifdijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Contohinstrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, Muka Surat | 95
  • 109. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarsenarai semak, laporan tugasan, ujian penggal. PS berfungsi sebagaipentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksirantentang pembelajaran (assessment of learning). PS adalah komponen utama dalam proses PdP kerana berperananmengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru dan mampumemberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapaidalam satu-satu proses PdP. PS adalah proses pentaksiran yang berterusan yang dilaksanakan olehguru dan sekolah sepenuhnya meliputi aspek perancangan, pembinaan item daninstrumen pentaksiran, pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodandan pelaporan. PS penting untuk menentukan keberkesanan guru dalam usahamenghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Pentaksiran ini merupakanaktiviti yang berterusan yang menuntut komitmen yang tinggi serta hala tujuyang jelas daripada guru dan pihak sekolah untuk memperkembangkan potensisetiap murid ke tahap maksimum.Ciri- ciri Pentaksiran Sekolah: a) Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni. b) Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan PdP c) Fleksibel iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid. d) Merujuk standard prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. PS boleh dilaksanakan secara: i. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses PdP Muka Surat | 96
  • 110. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar ii. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran, semester atau tahun Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada,Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan StandardPrestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran sertapencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan proses mendapatkanmaklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telahmenguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yangditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalamdokumen kurikulum. Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkanpencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melapor prestasi muriddalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan(growth) murid dalam pembelajaran merujuk kepada pernyataan standard.Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalammasyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensidiri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkanmaklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yangmerangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi membolehkanpihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,menghargai, mengiktirafdan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting danmempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara danbangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. Dokumen Standard Prestasi dibangunkan oleh Lembaga Peperiksaan(LP), KPM. Dokumen ini mengandungi panduan untuk mentaksir pencapaianmurid mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalamdokumen kurikulum. Muka Surat | 97
  • 111. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN STANDARD STANDARD PRESTASI KURIKULUM • Matlamat • Objektif MP • Pernyataan Standard • Standard Kandungan • Deskriptor • Standard PENTAKSIRAN • Evidens Pembelajaran • Instrumen Apa yang dilaporkan Apa yang patut dipelajari tentang perkembangan dan pencapaian muridStandard PrestasiStandard Prestasi merupakan satu pernyataan yang menerangkan tentangpencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu bidang yangtelah dilalui. Standard ini memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiranboleh dan dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepadastandard yang ditetapkan. Standard ini, juga menjadi sumber rujukan olehsemua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidaklangsung seperti murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untukmenunjukkan dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistempendidikan. Dengan menggunakan Standard Prestasi ; a) Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran. b) Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid. Muka Surat | 98
  • 112. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar c) Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu. d) Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan negara serta kualiti pada murid yang dihasilkan daripada sistem pendidikan tersebut. Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standardpendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standardpendidikan negara lain. Pernyataan Standard diletakkan dalam kategorimengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3,Band 4, Band 5 dan Band 6) yangdisusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakantingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukanprestasi individu.Kerangka Standard Prestasi Jadual 1: Kerangka Standard Prestasi BAND STANDARD 6 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali 5 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji 4 Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab 3 Tahu, Faham dan Boleh Buat 2 Tahu dan Faham 1 Tahu Deskriptor pula merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu danboleh buat berdasarkan standard pembelajaran yang diterangkan dalam Muka Surat | 99
  • 113. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarStandard Kurikulum bagi matapelajaran berkenaan. Deskriptor setiappernyataan standard adalah berbeza bagi setiap tahun pembelajaran. Pernyataan evidens (murid) adalah pernyataan yang menerangkanbagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat. Kualiti inijuga merujuk kepada aspek aspek boleh dilaksana dan ditadbir. Evidens(bahan) merujuk kepada bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapatditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan. Evidens bolehdalam bentuk produk atau proses seperti gambar foto, grafik, artifak danlaporan. Evidens juga boleh dalam bentuk verbal dan perubahan tingkah lakumurid. Guru harus kreatif dalam memilih tugasan dan boleh menggunakanpelbagai jenis instrumen pentaksiran untuk menguji penguasaan ataupencapaian murid bagi sesuatu domain. Antara contoh instrumen yang sesuaidigunakan ialah ujian bertulis, demonstrasi atau kuiz. Dalam aspek pengurusan masa dalam PS, kita tidak boleh larimembincangkan perancangan pentaksiran dalam PdP. Sejak kebelakangan initerdapat segelintir masyarakat yang mempersoalkan pelaksanaan PBS denganmenyatakan bahawa pentaksiran ini menambahkan beban guru, menggangguPdP, dan pelaksanaan PBS akan menyebabkan tidak cukup masa untukmenghabiskan sukatan mata pelajaran. Muka Surat | 100
  • 114. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Peranan Standard Prestasi dalam PS MULA Pemulihan Belum mencapai tahap penguasaan Telah mencapai Tahap penguasaan ©2012 LEMBAGA PEPERIKSAAN, 50 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Rajah 1: Proses Pengajaran, Pembelajaran dan Pentaksiran (3 P) PS bukan suatu perkara yang baru dalam sistem pendidikan. Pentaksiranini dalam bentuk formatif berjalan sering dengan proses PdP. Kini, dalam PBSpenekanan juga diberikan kepada perekodan pencapaian murid secara online.LP tidak pernah mencadangkan perubahan kepada proses PdP, cuma LPmenekankan kepada kaedah pentaksiran baru yang sebenarnya telah pundilaksanakan oleh guru di sekolah. Permulaan proses PdP ialah perancangan guru menyediakan perkara yangperlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalamDokumen Standard Kurikulum. Guru akan merancang kaedah pengajaran,menyediakan bahan-bahan pengajaran dan seterusnya menyampaikankandungan tersebut kepada murid dengan menggunakan pelbagai strategi,mengikut kreativiti guru.Guru kemudian akan mentaksir pemahaman muridtentang perkara yang diajar. Pentaksiran juga boleh dilakukan denganmenggunakan pelbagai strategi dan instrumen pentaksiran yang bersesuaiandengan perkara yang ditaksir. Guru juga boleh melakukan pentaksiran secara Muka Surat | 101
  • 115. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajartidak formal, sebagai contoh menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu gurumenilai setiap murid secara berterusan tentang apa yang mereka tahu, fahamdan boleh buat. Guru juga boleh menilai pencapaian dengan cara penyoalansecara lisan, atau menggunakan pelbagai instrumen yang sesuai dengankehendak standard prestasi. Setelah menilai pencapaian murid, guru akanmerujuk dokumen standard prestasi untuk melaporkan pencapaian muridberdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid, sama ada dalam bentukproses, produk atau diri murid itu. Bagi murid yang telah mencapai standardyang ditetapkan, guru akan meneruskan pengajaran-pembelajaran kandunganyang berikutnya dalam dokumen Standard Kurikulum. Sekiranya murid tidakmencapai standard yang ditetapkan, guru akan membuat sesi pemulihan untukmembimbing murid tersebut. Guru menentukan strategi pengajaranberdasarkan pengalaman pembelajaran untuk membantu murid. Bagi murid yang telah menguasai standard yang ditetapkan, guru akanmerekod dan melaporkan tahap penguasaan murid dalam aplikasi SistemPengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Bagi memudahkan danmenjimatkan masa, guru perlu merekodkan pencapaian tersebut di dalamborang prestasi transit terlebih dahulu. Kerja merekod ke dalam SPPBSmungkin boleh dilakukan bila-bila masa yang sesuai. Pelaporan tahappenguasaan murid yang dijana oleh aplikasi SPPBS perlu dikeluarkan olehpihak sekolah pada bila-bila masa mengikut keperluan Muka Surat | 102
  • 116. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Jadual 2 : Jadual Pengoperasian PBS Bil. Perkara Tempoh Tindakan 1. Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke Disember LP JPN. 2. Mengedarkan Surat Pekeliling dan Disember JPN Surat Arahan Pelaksanaan PBS ke PPD dan Sekolah. 3. Mesyuarat Jawatankuasa PBS Januari - Mac, April JPN / PPD / Sekolah. - Jun, Julai - Sekolah September Oktober - Disember 4. Pendaftaran SPPBS. Januari – Februari Sekolah 5. Tempoh pelaksanaan PBS. Sepanjang sesi Sekolah persekolahan 6. Aktiviti Penjaminan Kualiti: Sepanjang tahun dan Sekolah / PPD / Pementoran, Pemantauan, mengikut keperluan JPN / LP / Penyelarasan dan Pengesanan. Bahagian KPM 7. Pengumpulan skor murid dalam Sepanjang tahun Sekolah SPPBS. 8. Pelaporan skor murid. Mengikut keperluan SekolahPeranan Dalam Pelaksanaan PSPS memberi penekanan terhadap peranan pentadbir sekolah, guru, murid, ibubapa dan pihak berkepentingan.1 Pentadbir Sekolah a) Mengadakan program pembangunan staf secara berterusan yang merangkumi aspek pengetahuan dan kaedah pelaksanaan PS. b) Menyediakan peralatan, bahan dan jadual. c) Menyediakan kemudahan untuk melaksanakan PS. d) Menyediakan ruang dan kaedah penyimpanan rekod. Muka Surat | 103
  • 117. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar e) Menjalankan pementoran, pemantauan dan penyelarasan.2 Guru a) Menjadi pentaksir / pemudah cara dalam proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran. b) Membuat pemerhatian secara langsung dan tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran. c) Menyediakan instrumen pentaksiran. d) Memberi maklum balas tentang pencapaian murid. e) Membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh. f) Mengumpul rekod dan data penguasaan murid. g) Melaporkan penguasaan murid.3 Murid a) Mengetahui dan memahami standard prestasi. b) Mengetahui perkara yang perlu dikuasai. c) Mempamerkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai. d) Memperbaiki prestasi untuk mencapai standard yang ditetapkan.4 Ibu Bapa a) Mengetahui dan memahami standard prestasi dalam sistempentaksiran. b) Memahami dan menyedari potensi, kekuatan dan kelemahan anak. c) Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences). d) Membantu anak mencapai tahap penguasaan mengikut keupayaan. Muka Surat | 104
  • 118. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar5 Pihak Berkepentingan a) Mengetahui dan memahami transformasi pendidikan dalam aspek pentaksiran. b) Memahami dan menyedari peranan yang boleh dimainkan dalam menjayakan pentaksiran di sekolah.Evidens PS1. Memberi pelbagai bentuk sokongan dalam aktiviti pentaksiran.2. Evidens PS adalah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses. a) Penulisan i. Menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukntuk perkataan dan gagasan lain yang mewakili bahasa atau maklumat. ii. Penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui tulisan. b) Bahan cetakan i. Hasil kerja murid yang menggunakan pelbagai medium cetakan. c) Persembahan i. Pembentangan atau penglibatan murid dalam mempamerkan bakat melalui pelbagai aktiviti. d) Foto i. Gambar yang mempunyai persamaan dengan suatu subjek. Muka Surat | 105
  • 119. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar e) Grafik i. Merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Contoh grafik ialah gambar, foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, topografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna. ii. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi atau berseni. Grafik juga boleh merupakan bayangan atau menggambakan perkara yang wujud dalam dunia sebenar. f) Artifak i. Bahan yang dihasilkan dan salinan yang dicatatkan sebagai satu tinggalan sejarah atau telah dibuat sekian lama. ii. Bahan yang dihasilkan seperti arca. g) Laporan i. Penulisan berformat untuk melaporkan sesuatu tugasan. h) Model i. Bentuk fizikal objek yang tidak berdasarkan skala sebenar. i) Produk i. Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan. j) Rakaman i. Perekodan / pelaporan dalam bentuk audio visual. Muka Surat | 106
  • 120. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar k) Bahan Informasi Komunikasi danTeknologi (ICT) i. Sebarang bentuk penyimpanan evidens yang menggunakan ICT. l) Proses Gerak kerja / aktiviti semasa melakukan tugasan m) Lisan / verbal. n) PerlakuanPenyediaan Fail Murid1. Sediakan dua fail untuk menyimpan evidens murid. Fail tersebut adalah seperti berikut: a) Fail Perkembangan Murid (FPM) i. Setiap murid 1 FPM, menyimpan setiap evidensterkini untuk setiap mata pelajaran, ii. Evidence diserah kepada murid setelah direkodkan dalam SPPBS dan pelaksanaan Penjaminan Kualiti b) Fail Showcase (FS) FS adalah untuk menyimpan evidens murid yang terbaik dan terpilih dalam band. Fail ini boleh dijadikan bahan showcase. Fail ini boleh dibentukmengikut : i. aliran (contoh: semua tingkatan 1) ; atau ii. kelas; atau iii. mata pelajaran. Muka Surat | 107
  • 121. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarNota :Pihak sekolah dikehendaki menyediakan FPM dan FS seperti perkara (a) dan(b) di atas di peringkat sekolah. Walau bagaimanapun kaedahpelaksanaannya tertakluk kepada keputusan JK PBS sekolah.1. Pengurusan Evidens Oleh Guru a) Evidens hendaklah diserah semula kepada murid setelah direkod dalam aplikasi SPPBS. b) Guru hendaklah memberi maklum balas kepada murid agar murid boleh membuat penambahbaikan, pentaksiran semula dan pengayaan pembelajaran. c) Evidens yang terbaik dan terpilih pada tahun semasa dalam band boleh dijadikan bahan showcase. Muka Surat | 108
  • 122. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPENGOPERASIAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP) BERASASKAN SEKOLAH (SCHOOL BASED) Oleh AHMAD ZAKI BIN SELLEH, RAZLEE BIN MOHAMAD HABIDAH @ ABIDAH BINTI IBRAHIM Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia AbstrakLatihan Dalam Perkhidmatan (LDP) perlu diberi kepada guru bagi meningkatkanprofesionalisme keguruan. Latihan berasaskan sekolah (School Based) adalah satukaedah pelaksanaan latihan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran dan pengajaran(PdP) dan dapat melindungi masa instruksional di sekolah. Pelaksanaan kaedahlatihan seperti ini tidak mungkin dapat direalisasikan sepenuhnya tanpa kefahaman,sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya pegawai di peringkat JPN dan PPD.Kertas makluman ini bertujuan untuk menjelaskan tentang pelaksanaan latihanberasaskan sekolah. Kertas ini juga memberikan syor dan cadangan latihan dalamperkhidmatan berasaskan sekolah yang dapat melindungi masa instruksional disekolah. Muka Surat | 109
  • 123. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALANMesyuarat Profesional KPM Bil.7/2007 bertarikh 21 November 2007 telahmeluluskan Konsep Pengoperasian Latihan Peningkatan ProfesionalismeBidang Pengajaran dan Pembelajaran Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan,KPM dengan memberi penekanan pengoperasiannya secara “school-based”selaras dengan konsep “let managers manage” dan amalan Latihan DalamPerkhidmatan (LDP) guru-guru luar negara yang menunjukkan fokus latihanguru masa kini adalah kepada latihan berasaskan sekolah. Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama Garis PanduanPengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan bagi Pegawai PerkhidmatanPendidikan (PPP), KPM Tahun 2009 dan juga Garis Panduan PengoperasianLatihan Dalam Perkhidmatan SecaraSchool-BasedTahun 2010. DEFINISI LATIHAN GURU SECARA SCHOOL-BASED1. Program latihan dianjurkan oleh pihak sekolah.2. Aktiviti yang diambil kira : i. Kursus ii. Bengkel iii. Taklimat Professional iv. Seminar v. Sesi Input “In-house” vi. Hari Profesional3. Latihan dijalankan di premis sekolah sendiri kecuali kes di mana beberapa buah sekolah menggabungkan usaha disebabkan bilangan guru yang sedikit. (Sekolah SKM atau guru-guru panitia). Muka Surat | 110
  • 124. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar4. Kursus jangka pendek di mana 6 jam dianggap sebagai 1 hari berkursus. CADANGAN/ASAS PERTIMBANGANPengetua/Guru Besar memainkan peranan penting sebagai pemimpininstruksional yang efektif bagi merealisasikan pelaksanaan latihan secaraschool-based, seperti saranan oleh Hanny pada Tahun 1987 iaitu: “In today’s world, effective principals are expected to be effective instructional leaders … the principal must be knowledgeable about curriculum development, teacher and instructional effectiveness, clinical supervision, staff development and teacher evaluation” Pengetua/Guru Besar haruslah melaksanakan perkara-perkara berikutsebelum latihan school-based dapat dilaksanakan (a) menubuhkan jawatankuasa latihan school-based peringkat sekolah (b) mengadakan kajian keperluan latihan bagi guru-guru (c) memuat turun modul latihan (d) membuat rujukan dari pelbagai sumber (e) mengadakan sesi pemantapan kandungan modul bersama ahli jawatankuasa school-based (f) melaksanakan school-based kepada guru-guru (g) mengkaji keberkesanan latihan yang dijalankan (h) melaksanakan kajian impak keberkesanan latihan Muka Surat | 111
  • 125. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Latihan Dalam Perkhidmatan secara school-based adalah sebahagiandaripada proses Pembangunan Profesionalisme Secara Berterusan (CPD) bagimemastikan anggota KPM sentiasa berpengetahuan dan bermaklumat terkini.Ini selaras dengan perubahan sistem pendidikan masa kini yang memerlukansetiap anggota KPM sentiasa menambah ilmu pengetahuan khasnya yangberkaitan dengan pendidikan. Semua permohonan kursus/latihan dan kehadiran peserta bagi latihansecara school-based hendaklah melalui aplikasi Sistem Pengurusan LatihanGuru (e-SPLG). CADANGAN TINDAKAN1. KAEDAH PELAKSANAAN Latihan Dalam Perkhidmatan secara School-based dapat dilaksanakan diperingkat sekolah melalui kaedah berikut : (a) Kaedah Latihan i. Kursus perluasan dasar-dasar KPM Kursus dasar-dasar KPM hendaklah dilaksanakan secara school-based dalam tempoh satu bulan selepas wakil sekolah menerima pendedahan bagi mengelakkan kecairan ilmu dan direkodkan. Contohnya kursus-kursus seperti KSSR, LINUS, Pentaksiran Berasaskan Sekolah, MBMMBI, Prasekolah dan Satu Murid Satu Sukan. Muka Surat | 112
  • 126. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Bagi kursus-kursus yang berbentuk fungsional, Pengetua/Guru Besar adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa semua kakitangan di bawah seliaannya mendapat latihan dan maklumat yang cukup dan lengkap. ii. Kursus-kursus yang dirancang oleh pihak sekolah. Kursus-kursus yang dirancang oleh pihak sekolah berdasarkan Analisa Keperluan Latihan (Training Need Analysis-TNA) dan pihak sekolah perlu merancang, melaksana, memantau, menilai, merekodkan pelaksanaannya secara berkala dan dilaporkan. (b) Sesi Pembelajaran Pelaksanaan Sesi Pembelajaran secara school-based seperti taklimat dan ceramah profesionalisme hendaklah dirancang, dilaksana, dipantau, dilapor dan direkodkan pelaksanaannya. (c) Pembelajaran Kendiri i. Pembacaan Buku Kaedah Pembacaan buku adalah salah satu alternatif sekiranya kewajipan menghadiri kursus bagi semua kakitangan awam tidak dapat dipenuhi. Pembacaan buku dan bahan ilmiah perlu dibentangkan dalam bentuk perkongsian ilmu di mana satu pembentangan bersamaan satu hari berkursus. Ianya perlu dirancang, dilaksana, diulas, dikongsi ilmu, direkod dan dilaporkan. [Rujuk: KP(PP)0022/252(23) bertarikh 20 Disember 2010] Muka Surat | 113
  • 127. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar ii. Secara e-Pembelajaran Pembelajaran melalui kaedah e-Pembelajaran bertujuan meningkatkan kompetensi individu secara school-based. Sehubungan itu ianya perlu dirancang, dilaksana, diberi maklum balas kepada latihan, dilaporkan dan direkodkan. (d) Bagi kursus LDP school-based yang dirancang melebihi daripada empat jam hendaklah menggunakan hari Sabtu sebagai hari berkursus [Rujuk:SPI Bil.8/2005]. Dalam usaha tersebut adalah dicadangkan agar JPN/PPD menyelaraskan tarikh-tarikh pelaksanaan bagi memudahkan pihak pengurusan sekolah menjadualkan aktiviti yang hendak dilaksanakan dari semasa ke semasa dan pemantauan pelaksanaan dapat dijalankan dengan teratur oleh pihak KPM, JPN dan PPD. (e) Pelaksanaan juga boleh diadakan secara bersiri sama ada selama satu jam atau dua jam pada hari-hari bekerja biasa dan dijadualkan mengikut keperluan. (f) Perkongsian Pembelajaran Kendiri dalam sesuatu perjumpaan juga boleh diambil kira sebagai 1 hari berkursus sekiranya mencukupi 6 jam pembentangan. Muka Surat | 114
  • 128. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar2. KAEDAH PENGIRAAN 7 HARI SETAHUN BILANGAN HARI YANG KAEDAH PELAKSANAAN BOLEH DIAMBILKIRA Kaedah Latihan Minima 2 hari Sesi Pembelajaran Maksima 5 hari Pembelajaran Kendiri Maksima 3 hari3. PANGKALAN DATA LATIHAN SCHOOL BASED DAN PEROLEHAN Pengetua/Guru Besar bertanggungjawab menyedia dan menyelenggarakan rekod latihan pegawai dan kakitangan yang meliputi perancangan/pelaksanaan, pemantauan program latihan termasuk peruntukan dan perbelanjaan. Pengetua/Guru Besar hendaklah bersedia untuk mengemukakan maklumat di atas apabila diperlukan. Sistem Pengurusan Latihan Guru (e-SPLG) yang telah dibangunkan membantu JPN/PPD dan sekolah mendapatkan maklumat berkaitan dengan kursus/latihan yang telah dihadiri oleh guru-guru. Sistem e-SPLG yang sentiasa dikemaskini dapat membantu JPN/PPD dan sekolah membuat perancangan LDP secara school based. [Rujuk: KP(PP)0089/144/8(46) bertarikh 19 April 2007] Muka Surat | 115
  • 129. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar4. PENGOPERASIAN PELAKSANAAN PROGRAM KURSUS Carta Aliran Rujuk Lampiran 1 1. Pelantikan Jawatankuasa 1 LDP peringkat sekolah 1. Soal selidik untuk semua guru. 2 2. Melaksanakan Kajian 2. Analisis keperluan bidang Keperluan kursus. 3 3. Perancangan Tahunan 1.Membuat Perancangan Tahun. 2. Takwim LDP sekolah lengkap. 1. Pengedaran Kad Pelaporan 4 4. Taklimat daripada JPN/PPD Latihan. 2. Pengedaran garis panduan pelaksanaan. 5 5. Mesyuarat LDP 1. Agihan bidang tugas. 2. Diadakan 2 kali setahun setiap penggal. 6 6. Dokumentasi 1. Fail pengurusan LDP. 2. Fail dokumen LDP. 3. Fail pelaksanaan LDP. Borang permohonan Kursus LDP, 7 7. Kertas Kerja dan kertas kerja, senarai semak. Permohonan Menjalankan kursus selepas 8. Kelulusan PPD / mendapat kelulusan PPD (untuk 8 Pengetua / Guru sekolah bukan PTJ) 1. Menjalankan kursus seperti Besar dirancang. 9. Menjalankan Kursus / 2. Memantau dan Menilai 9 Pemantauan / 1. Penghantaran laporan kursus 2 Penilaian kali setahun (30 Jun dan 31 Dis) ke Unit LDP (PPD)/JPN. 10. Laporan Kursus 10 2. Laporan kewangan setiap bulan. 3. Penghantaran Kad Pelaporan Latihan ke Unit LDP-PPD/JPN Muka Surat | 116
  • 130. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar KESIMPULANPelaksanaan LDP yang terancang dan berstruktur akan dapat melindungi masainstruksional di sekolah. Dalam hal ini, bilangan guru yang mendapat latihansecara on-site dan meninggalkan sekolah adalah kecil. Kumpulan kecil inikelak, akan merancang dan seterusnya melaksanakan LDP kepada semua gurutanpa mengganggu masa instruksional. Bagi memastikan LDP berjayamencapai objektif, pemimpin instruksional seharusnya meneliti kaedahpelaksanaan dan tempoh masa yang secukupnya untuk memberi peluangkepada semua guru meningkatkan profesionalisme dan masa instruksional disekolah. SYORPemimpin Instruksional seharusnya memantau dan menilai setiap aktiviti LDPschool-based yang dilaksanakan bagi memastikan; a. Pelaksanaan Latihan Dalam Perkhidmatan hendaklah dirancang bagi melindungi masa instruksional di sekolah, b. Pelaksnaan Latihan Dalam Perkhidmatan secara bersiri hendaklah dijalankan pada hari Sabtu atau selepas waktu instruksional, c. Latihan Dalam Perkhidmatan dapat membantu meningkatkan profesionalisme guru di luar waktu instruksional, d. Melalui LDP school-based ini bilangan guru yang meninggalkan sekolah dapat diminimakan dan kadar gangguan masa instruksional dapat dikurangkan. Muka Surat | 117
  • 131. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarRujukan:Garis Panduan Pengoperasian Latihan Dalam Perkhidmatan Secara School Based, Kementerian Pelajaran Malaysia, Januari 2010.Garis panduan Pengoperasian dalam Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan , Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009.Surat Siaran KP(PP)0022/252(23) bertarikh 20 Disember 2010Surat Siaran SPI Bil.8/2005Surat Siaran KP(PP)0089/144/8(46) bertarikh 19 April 2007 Muka Surat | 118
  • 132. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 1JAWATANKUASA LATIHAN SCHOOL-BASED PERINGKATSEKOLAH1. SEKOLAH MENENGAHPengerusi : PengetuaTimbalan Pengerusi : Guru Penolong Kanan AkademikSetiausaha LDP : Guru Kanan Mata PelajaranPenolong Setiausaha : Guru DataAhli Jawatankuasa : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Penolong Kanan Kokurikulum Penolong Kanan Petang Penolong Kanan Tingkatan Enam Guru Kanan Mata Pelajaran Guru Kaunselor Guru Cemerlang Guru Media Pengerusi Kelab Guru Ketua Pembantu Tadbir/PT Kewangan2. SEKOLAH RENDAHPengerusi : Guru BesarTimbalan Pengerusi : Guru Penolong Kanan AkademikSetiausaha LDP : Ketua PanitiaPen. Setiausaha : Guru DataAhli Jawatankuasa : Penolong Kanan HEM Penolong Kanan Kokurikulum Muka Surat | 119
  • 133. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Penolong Kanan Petang Ketua-ketua Panitia Guru Bimbingan Guru Cemerlang Guru Media Pengerusi Kelab Guru Ketua Pembantu Tadbir/PT Kewangan**Bagi Sekolah Kurang Murid (SKM), pelantikan AJK adalah mengikutkesesuaian sekolah Muka Surat | 120
  • 134. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar 4 KERTAS AMALAN TERBAIK PENGURUSAN SEKOLAH Muka Surat | 121
  • 135. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (PROTECTING INSTRUKSIONAL TIME) DI SEKOLAH UNTUKMENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID oleh GHAZALI KASSIM SK Seri Indera, Kangar, Perlis AbstrakSekiranya masa instruksional PdP tidak diurus dengan berkesan maka akan berlakupembaziran masa yang mengakibatkan bukan sahaja objektif pembelajaran semasatidak tercapai malah visi dan misi sekolah itu sendiri akan terjejas. Justeru, perhatiandan tumpuan ke arah melindungi masa instruksional ini memerlukan komitmen yangtinggi dalam kalangan pentadbir dan guru di sekolah. Menurut Cotton, (2003)pimpinan instruksional yang berkesan melibatkan diri secara gigih dalam isu-isukurikulum dan pengajaran. Selain itu, pelebaran peranan instruksional jugamelibatkan Penolong Kanan, Guru Cemerlang, Guru Kanan dan Guru Mata Pelajaran.Hal ini disahkan melalui dapatan kajian yang dijalankan oleh Elmore (2000), King(2002), dan Spillane, Halverson dan Diamond (2001) yang mengiktiraf perananpenting yang boleh dimainkan oleh pihak-pihak lain di sekolah dalam memastikanpelaksanaan aktiviti-aktiviti instruksional pengajaran. Perancangan jadual waktu yangtersusun serta mengambil kira mata pelajaran dan masa yang bersesuaian jugamempengaruhi keberkesanan PdP yang dilaksanakan di dalam kelas. Kertas kerja inimengetengahkan antara isu yang menyebabkan berlaku pembaziran masainstruksional di sekolah serta beberapa cadangan untuk mengatasi permasalahan yangada demi memastikan keberkesanan melindungi masa instruksional (protectinginstruksional time) yang diperuntukkan dalam PdP di sekolah-sekolah. Muka Surat | 122
  • 136. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALANMelindungi masa instruksional amat kritikal dan perlu dirancang bagimemastikan proses pembelajaran berlangsung di sekolah dan akhirnya muridbelajar secara berkesan. Penggunaan masa instruksional yang berkesan akanmenghasilkan sebaran ilmu dan kemahiran yang ditetapkan dalam sukatanpelajaran kepada semua murid. Di samping itu, pihak sekolah juga perlumengambil kira penyusunan jadual waktu yang sesuai mengikut mata pelajaranberdasarkan penerimaan murid. Jadual waktu yang mengambil kira susunanmasa dan mata pelajaran yang berganding, pada awal dan akhir masapembelajaran misalnya turut memberikan kesan kepada PdP yangdilaksanakan. Pengurangan masa instruksional akibat daripada pelbagai gangguanperlu dibendung bagi memastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesandalam kalangan murid dapat ditingkatkan. PERNYATAAN ISU1. Guru tiada di sekolah Setiap guru perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan. Mereka bukan sahaja perlu melaksanakan PdP dalam kelas tetapi juga perlu hadir bagi pelbagai aktiviti dan program di luar sekolah. Hal ini termasuklah menghadiri kursus, mesyuarat, taklimat, seminar, dan lain-lain. Demi memenuhi arahan, jadual dan masa pembelajaran yang ditetapkan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya sebagaimana yang dirancang. Muka Surat | 123
  • 137. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar2. Guru berada di sekolah tetapi tidak berada dalam kelas Terdapat sebilangan kecil guru walaupun hadir ke sekolah tetapi kurang peka dan prihatin atas tanggungjawab melaksanakan PdP di kelas. Mereka mungkin menghabiskan masa berbual-bual di kantin, di bilik guru atau di bilik-bilik khas sedangkan mengikut jadual, mereka perlu masuk ke kelas pada waktu berkenaan. Terdapat juga guru yang hadir tetapi perlu melaksanakan tugas-tugas yang lain seperti mengisi borang dan dokumen menyebabkan mereka tidak dapat masuk ke kelas.3. Guru masuk kelas tetapi tidak mengajar Dalam sesetengah keadaan, masa instruksional tidak digunakan oleh guru sebaik mungkin walaupun ia berada di dalam kelas. Guru hanya duduk, membaca akhbar, melayari internet atau menyiapkan kerja-kerja luar yang bukan tugas rasmi. Murid-murid dibiarkan bermain dan berkeliaran di dalam kelas atau hanya diberikan kerja-kerja mudah seperti melukis, mewarna, dan sebagainya. Kebanyakan kes dalam isu ini melibatkan guru ganti.4. Pengurusan bilik darjah Pengurusan bilik darjah yang lemah menyebabkan masa instruksional terbuang begitu sahaja. Hal sedemikian ini termasuklah murid perlu mengambil sedikit masa untuk membetulkan susunan kerusi dan meja, membersihkan kelas, mengumpul buku latihan kerana perancangan dan pelaksanaan tugas-tugas berkenaan tidak dirancang oleh guru. Muka Surat | 124
  • 138. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar5. Kesediaan guru melaksanakan pengajaran Akibat tidak dirancang, guru mengambil masa instruksional untuk mendapatkan bahan bantu mengajar atau memasang peralatan kemudahan ICT. Peralatan yang rosak tidak terlebih dahulu dikenal pasti tentunya lebih membazir masa untuk PdP.6. Kesediaan murid Murid kurang bersedia untuk mengikuti seterusnya mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran kerana kurang ditekankan pengalaman sedia ada dalam set induksi atau pengenalan. Akibatnya sesi pembelajaran banyak berlangsung secara sehala.7. Gangguan dalaman Tumpuan murid semasa pelaksanaan instruksional di dalam kelas juga terganggu dengan adanya beberapa pengumuman menerusi pembesar suara. Begitu juga kehadiran ibu bapa yang terus ke kelas untuk menemui anak-anak mereka atas pelbagai urusan.8. Disiplin murid Tidak kurang juga murid yang datang lewat ke sekolah dan masuk ke kelas. Tumpuan rakan-rakan terganggu apabila beberapa orang rakan mereka masuk ke kelas sedangkan pembelajaran sedang berjalan. Murid yang melanggar disiplin seperti membuat bising dan mengganggu rakan juga mengakibatkan masa instruksional terganggu dengan leteran guru. Muka Surat | 125
  • 139. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar9. Acara rasmi sekolah Beberapa acara rasmi sekolah tentunya telah ditetapkan dalam takwim bagi tahun semasa. Antara acara rasmi ini ialah sambutan Hari Guru, Isra’ dan Mikraj, Maulidur Rasul, Kejohanan Balapan dan Padang, Hari Anugerah Kecemerlangan, dan lain-lain. Pelaksanaan acara rasmi ini sekiranya tidak dirancang dan dipantau, masa instruksional yang sepatutnya berlaku berlalu begitu sahaja. Hal sedemikian ini, akibat daripada murid yang tidak memberikan perhatian dan membuat bising ketika acara dilangsungkan dan nilai-nilai murni yang patut disemai tidak berlaku. CADANGAN TINDAKAN / PENYELESAIAN1. Guru tiada di sekolah Pihak pentadbiran sekolah perlu merancang dan melaksanakan kaedah guru ganti dengan baik dan berkesan. Proses ini boleh dilaksanakan menerusi : a) Aliran yang sama Guru ganti yang ditugaskan di sesebuah kelas akan dapat mengajar mengikut tahap sukatan yang sama walaupun subjeknya berbeza dengan guru yang tidak dapat hadir. Murid-murid juga lebih bersedia menerima pelajaran yang disampaikan oleh guru yang berkenaan. Muka Surat | 126
  • 140. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar b) Tahap yang sama Sekiranya guru yang diganti itu bukan daripada aliran yang sama, sekurang-kurangnya biarlah guru tersebut dari tahap yang sama dengan guru yang tidak dapat hadir sama ada tahap satu atau tahap dua kerana perbezaan sukatan tidaklah terlalu jauh berbeza. c) Konsep jual beli Menerusi konsep ini guru yang sedia maklum akan ketidakhadirannya bagi sesuatu kelas boleh bertukar masa PdP bagi subjeknya dengan guru aliran yang sama supaya apabila ia kembali bertugas, ia akan mengambil alih masa PdP guru berkenaan. Guru berkenaan juga boleh menyediakan bahan yang terancang dan lengkap membolehkan masa tersebut dapat dipenuhi dengan PdP yang berkesan.2. Guru berada di sekolah tetapi tiada di kelas Pihak pentadbir sekolah perlu memberikan penekanan dan membuat pemantauan agar semua guru dapat memenuhi masa instruksional dipatuhi berdasarkan jadual yang ditetapkan. Tindakan secara berhemah seperti nasihat, amaran seterusnya ke tahap tindakan tatatertib perlu diambil terhadap guru terlibat. Sesi motivasi dan kesedaran seperti ceramah, “Kerja Sebagai Ibadah” boleh diadakan ke arah memupuk kesedaran dan semangat bekerja dalam kalangan guru dan staf. Muka Surat | 127
  • 141. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar3. Guru masuk kelas tetapi tidak mengajar Kebanyakan kes ini melibatkan guru ganti. Cara-cara mengatasi kes ini termasuklah menanamkan kesedaran dalam kalangan guru-guru ke arah mencapai visi sekolah menerusi pelaksanaan masa instruksional yang berkesan. Bagi guru yang memang sedia ada, pelaksanaan penyeliaan dan pencerapan yang teratur akan dapat membantu mengatasi kes seperti ini.4. Pengurusan bilik darjah Guru kelas perlu memastikan bahawa ketua kelas, penolong ketua kelas serta murid bertugas dapat melaksanakan tugas-tugas yang ditetapkan dengan lancar dan berkesan. Ini penting supaya setiap masa kelas berada dalam keadaan kemas serta tersusun dan tidak perlu guru mengambil masa mengarahkan murid mengemas dan menyusun kerusi meja semasa PdP akan berlangsung. Bagi murid sekolah ini mereka dilatih agar setiap kali meninggalkan kelas, mereka perlu menolak kerusi ke bawah meja dan ini tentunya dapat memastikan susunan kerusi meja sentiasa tersusun kemas.5. Kesediaan guru melaksanakan pengajaran Guru-guru perlu memeriksa peralatan yang akan digunakan terlebih awal. Sekiranya didapati peralatan berkenaan rosak atau tidak mencukupi, ia boleh dimaklumkan kepada pegawai atau kakitangan terlibat seperti juruteknik makmal komputer untuk pembaikan atau penggantian. Dengan ini masa instruksional tidak terbuang begitu sahaja. Muka Surat | 128
  • 142. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar6. Kesediaan murid Pembelajaran di dalam kelas perlu dikaitkan dengan pengalaman murid. Hal sedemikian penting bagi menyediakan murid mengambil bahagian secara aktif dan pembelajaran berlaku secara dua hala. Murid juga perlu dilatih supaya siap sedia dengan buku-buku bagi subjek berikutnya di atas meja sebelum guru berkenaan masuk ke dalam kelas. Jika ini berlaku tentunya masa instruksional dapat dimanfaatkan sepenuhnya.7. Gangguan dalaman dan luaran Pihak pentadbiran sekolah perlu mengelakkan daripada membuat pengumuman semasa pembelajaran sedang berlangsung. Pengumuman hanya dibuat pada awal pagi atau semasa rehat. Begitu juga setiap penjaga murid dilarang daripada masuk ke kelas untuk menemui anak jagaan mereka semasa PdP dijalankan sebaliknya mereka perlu berurusan di pejabat sekolah atau menemui anak mereka semasa rehat.8. Disiplin murid Pihak sekolah menerusi unit hal ehwal murid (HEM) perlu mengambil inisiatif bagi memastikan kes disiplin terutama melibatkan murid semasa PdP di dalam kelas diminimakan. Hal ini penting untuk mengelakkan guru terpaksa mengambil masa instruksional hanya untuk membuat teguran dan leteran kerana murid bising, tidak menyiapkan kerja rumah atau mengganggu rakan. Muka Surat | 129
  • 143. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar9. Acara rasmi sekolah Untuk memenuhi masa instruksional semasa acara rasmi sekolah dijalankan, guru-guru terutamanya guru bertugas perlu memastikan semua murid memberikan tumpuan kepada acara yang sedang berlangsung. Hal sedemikian ini kerana banyak nilai murni yang berkaitan dapat diterapkan dalam kalangan murid sekiranya mereka memberikan tumpuan. KESIMPULANUsaha-usaha untuk melindungi masa instruksional (protecting instruksionaltime) perlulah diambil oleh pihak sekolah terutama guru-guru bagi memastikanpembaziran masa untuk PdP dapat diminimakan. Jadual waktu yang dapatdirancang dan disusun rapi turut mempengaruhi pengisian masa PdP yangdilaksanakan di dalam kelas. Tidak terkecuali pihak-pihak luar termasukpelbagai agensi dan individu agar mereka memahami bahawa mereka tidakboleh mengganggu proses PdP di sekolah. Sekiranya kesedaran tentangpentingnya masa instruksional ini difahami serta dijadikan budaya di sekolah,maka masa instruksional ini dapat dipenuhi dengan lebih berkesan berdasarkansukatan dan objektif yang ditetapkan. CADANGANSelain tindakan yang bakal diambil oleh pihak sekolah berdasarkan cadanganyang dikemukakan, disyorkan beberapa tindakan melibatkan pelbagai pihakdemi melindungi masa instruksional ini. Muka Surat | 130
  • 144. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar1. Meningkatkan nisbah guru mengikut kelas Nisbah guru 1:5 yang sedia ada perlu ditingkatkan kepada 1:7 demi memastikan bilangan guru yang mencukupi di sekolah.2. Pengisian jawatan pegawai data Demi mengurangkan tugas-tugas perkeranian termasuk mengemas kini data serta penyimpanan rekod, sekurang-kurangnya seorang pegawai pengurusan data perlu ditempatkan di sekolah bagi menjalankan tugas- tugas berkenaan yang dipertanggungjawabkan kepada guru.3. Penjadualan semula kursus, taklimat dan mesyuarat Ramai guru yang perlu meninggalkan sekolah untuk mengikuti kursus, taklimat, mesyuarat, dan sebagainya yang dianjurkan oleh KPM, JPN atau PPD. Disyorkan supaya penjadualan serta penyelarasan dapat diambil agar masa dan hari yang digunakan tidak banyak melibatkan masa PdP guru-guru di sekolah.4. Kemudahan fizikal bilik darjah Bilik darjah yang menempatkan murid yang agak ramai (melebihi 35 orang) kurang selesa untuk pelaksanaan PdP yang berkesan. Justeru, disyorkan supaya saiz bilik darjah dibesarkan atau pun bilangan murid setiap kelas dikurangkan. Muka Surat | 131
  • 145. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar5. Penglibatan agensi luar Penglibatan guru ataupun murid dalam pelbagai aktiviti dan program oleh agensi luar perlulah dikurangkan demi memenuhi masa instruksional di sekolah. Sekiranya berkeperluan, aktiviti tersebut bolehlah dijalankan semasa cuti persekolahan.RujukanAlimuddin Hj Mohd Dom. (2006). Kepimpinan Instruksional, Jemaah Nazir Sekolah. Kementerian Pelajaran Malaysia.Hussein Mahmood. (1989). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kartini Zakaria. (2010). Kepimpinan Instruksional Dalam Melestarikan Kecemerlangan Sekolah: Satu perkongsian pengalaman SMK Sultanah Asma- Kolokium Kebangsaan Kepimpinan Instruksional 2010.Lisa A. Banicky & Heidi L. Janicky.(2006). Maximizing Instructional Time: Identifying Impediments and Strategies (Survey Result and Recommendations).Cotton, K. (2003). Principal and Student Achievement: What the research says. Alexadria. VA: Association for Supervision and Curriculum Development.King, D. (2002). The Changing Shape of Leadearship. Educatinal Leadership.59(8).61.63.Elmore, R. (2000). Building a New Structure for School Leadership. Washington D.C. Albert Shanker Institute.Spillane, J.P., Halverson, R., & Diamond, J.B. (2001). Investi Gating School Leadership Practice: A Distributed perspective. Educationl Researcher,30(3),23-28. Muka Surat | 132
  • 146. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar GURU MENGAJAR MURID BELAJAR oleh HJH SITI AMINAH BINTI HJ IBRAHIM SMK Bandar Bukit Kayu Hitam, Kedah Darulaman. AbstrakPengetua sebagai pemimpin kurikulum di sekolah perlu memastikan Tiga SasaranUtama Pendidikan terlaksana secara berkesan iaitu fokus kepada pembelajaran murid,kolaborasi antara guru (kerja sepasukan) dan fokus kepada kemenjadian murid ataukeberhasilan pembelajaran murid. Guru yang meninggalkan bilik darjah selalunyamempunyai urusan atau alasan yang munasabah. Beliau seharusnya berusahamelindungi masa instruksionalnya kerana itu ialah amanah seorang guru. Pasukanpengurusan sekolah pula harus bijaksana dalam memainkan peranan memastikanacademic learning time atau masa pembelajaran berkesan berjalan lancar dan gurumesti ada didalam bilik darjah untuk berfungsi dengan sewajarnya. Beberapacadangan yang diutarakan dalam penulisan ini akan memberikan impak positifkepada usaha memaksimumkan masa instruksional. Usaha melindungi masainstruksional di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid inimemerlukan kerjasama dan sokongan padu daripada semua peringkat lapisan sekolahkerana kejayaan melindungi masa instruksional tidak mampu dicapai tanpa kerjaberpasukan yang mantap. Muka Surat | 133
  • 147. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALANSemua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM adalah berfokuskepada keberhasilan pembelajaran murid dan seharusnya dilaksanakan tanpahalangan bagi mencapai hasrat yang telah disasarkan. MMI merupakan salahsatu komponen fungsi pemimpin instruksional bagi memastikan tempoh masauntuk pembelajaran secara berkesan berlaku tanpa halangan. Tuan Haji Sufa’atbin Tumin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mencadangkanagar pengetua sebagai pemimpin kurikulum di sekolah bertanggungjawabmemastikan peningkatan masa pembelajaran berkesan ini atau, “academiclearning time” berlaku dalam kalangan murid. Dengan kata lain, masainstruksional ialah memastikan guru mengajar dan murid belajar. PERNYATAAN ISUSeorang guru telah ditetapkan menjalankan tugas utama iaitu mengajar ataumelaksanakan instruksional untuk tempoh tertentu. Sekolah pula selalunyamerangka masa instruksional yang ideal, namun masa berkenaan tidaksepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkualiti atau pembelajaran berkesandisebabkan faktor gangguan tertentu yang berlaku di sekolah dan di dalam bilikdarjah. Guru-guru meninggalkan bilik darjah atas urusan atau alasan seperti: (a) menghadiri mesyuarat atau menghadiri taklimat, (b) berkursus, (c) menghadiri majlis rasmi, (d) jemputan ceramah (Guru Cemerlang), (e) mengiringi murid dalam pertandingan koakademik, sukan, dan permainan, Muka Surat | 134
  • 148. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (f) sikap guru yang kurang “sense of urgency” untuk hadir ke kelas tepat pada masanya, (g) sikap murid yang tidak minat belajar, (h) guru cuti sakit atau kecemasan, dan (i) guru cuti bersalin atau cuti mengerjakan fardu haji. Alasan bagi murid untuk tidak berada di ddalam bilik darjah kerana mewakili sekolah dalam pertandingan koakademik, sukan atau murid tercedera semasa mewakili sekolah dan mendapat cuti sakit. CADANGAN TINDAKAN/PENYELESAIANPengetua perlu bertanggungjawab melindungi masa instruksional dalammemastikan guru berada di dalam bilik darjah dan berfungsi sebagai seorangpendidik. Penulisan ini menyediakan cadangan tindakan atau penyelesaian kepadaisu guru meninggalkan bilik darjah mengikut situasi berikut:1. Meninggalkan bilik darjah selama satu hari seperti menghadiri mesyuarat, kursus, taklimat, menghadiri majlis rasmi, memohon Cuti Rehat Khas (CRK), mengiringi murid, dan jemputan ceramah. a) Bagi situasi guru meninggalkan bilik darjah selama satu hari. Dicadangkan guru membuat tukar ganti atau jual beli masa pengajaran dengan guru-guru lain yang mengajar kelas yang sama sebelum menghadiri urusan tersebut. Papan kenyataan disediakan untuk urusan tukar ganti atau jual beli kelas. Penolong Kanan Muka Surat | 135
  • 149. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Pentadbiran akan dimaklumkan apabila urusan tukar ganti atau jual beli selesai. b) Jemputan ceramah. Bagi sekolah-sekolah yang muridnya tidak cemerlang dan ibu bapa kurang prihatin tentang prestasi akademik anaknya; pihak sekolah akan menghadapi masalah kehadiran murid-murid jika bengkel teknik menjawab peperiksaan dibuat pada sebelah petang. Oleh itu, guru perlu menyusun jadual ceramah supaya dilaksanakan pada sebelah pagi bagi mengatasi masalah ketidakhadiran murid. Pergerakan guru pada masa instruksional patut dielakkan agar gangguan masa instruksional dapat diminimumkan. Justeru, satu carta alir yang menetapkan Standard Operating Prosedur (SOP) dicadangkan untuk diaplikasikan bersama antara pengetua (rujuk Lampiran 4) dalam usaha memastikan kepakaran guru dan peningkatan keberhasilan pembelajaran murid dikongsi bersama.2. Meninggalkan bilik darjah melebihi satu hari (seperti menghadiri kursus) Dalam kes ini, guru mempunyai tiga pilihan sama ada : a) melaksanakan kelas ganti di luar masa persekolahan, atau b) membuat urusan tukar ganti atau jual beli kelas sebelum menghadiri kursus, atau c) meninggalkan latihan atau kerja murid dengan menulis tarikh dan masa latihan yang perlu diedarkan kepada Penolong Kanan Pentadbiran. Guru ganti akan memastikan murid membuat latihan pada masa atau waktu mata pelajaran sepatutnya berlaku. Dengan ini, masa instruksional untuk mata pelajaran tersebut dapat dilindungi. Muka Surat | 136
  • 150. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar3. Learning Walk Kepimpinan instruksional merupakan pemimpin sekolah yang mengambil peduli atau cakna kepada pengajaran guru dan pembelajaran murid. Pengetua perlu sentiasa kelihatan bagi mengekalkan visibiliti yang tinggi dalam usaha untuk menambah baik prestasi murid dan juga memastikan guru menepati masa. Dalam situasi ini, pengetua mengamalkan pemantauan Learning Walk yang melibatkan: a) lawatan singkat pengetua bersama 1 atau 2 orang pengurusan sekolah (tanpa menetapkan masa lawatan) ke bilik darjah semasa proses PdP dijalankan. b) memantau dan menilai keadaan bilik darjah dengan memfokuskan kurikulum operasi selama 5 – 10 minit. c) maklumat atau data proses PdP perlu dicatat dalam borang pemantauan (rujuk Lampiran 2). d) guru dan pengurusan sekolah perlu membuat muhasabah atau refleksi proses pengajaran. e) dalam perjumpaan guru, pengetua berkongsi amalan pengajaran yang baik dan sebaliknya daripada dapatan pemantauan.4. Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Sebagai pemimpin sekolah, pengetua perlu menganjurkan LDP. Dicadangkan salah satu pengisian LDP ialah menekankan sifat amanah yang merupakan akhlak mulia yang diberi penekanan dalam semua agama. Oleh itu, tugas atau pekerjaan yang dipertanggungjawabkan atas setiap orang merupakan amanah yang wajib dilaksanakan. Saranan ini selari dengan ayat al-Quran yang membawa maksud; Muka Surat | 137
  • 151. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar “Wahai orang-orang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu mengkhianati amanah kamu, sedang kamu mengetahui salahnya”. Guru-guru perlu memastikan peruntukan masa untuk mengajar mencukupi bagi setiap mata pelajaran yang diamanahkan bagi setiap minggu. Penghayatan dasar Sekolah Penyayang yang dilaksanakan di sekolah haruslah bertemakan, “Mengajar Murid Umpama Mengajar Anak Sendiri”. Sekiranya guru mengandaikan mengajar murid seperti mengajar anaknya sendiri, sudah pasti guru akan berusaha mengajar secara bersungguh-sungguh untuk memastikan murid belajar secara berkesan.5. Lesson Study Kaedah yang diguna pakai ini diperkenalkan kepada sekolah yang berada di Band 6 dalam School Improvement Programme (SIP). Ia strategi yang dicadangkan dalam Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) iaitu komponen kedua De-Privatisation Of Practice. Amalan pengajaran Lesson Study (rujuk lampiran 3) ialah secara kolaborasi yang melibatkan sekumpulan guru merancang dan menyediakan rancangan pengajaran bersama-sama dan serta menjalankan proses PdP seperti yang dirancang. Guru lain membuat pemerhatian, refleksi, dan seterusnya membuat penambahbaikan kepada rancangan pengajaran tersebut. Pengajaran guru yang telah dipersetujui berserta bahan bantu mengajar yang disediakan dicatat dalam Buku Daftar Kaedah PdP. Kaedah tersebut diguna pakai dan dikongsi bersama oleh guru-guru lain. Muka Surat | 138
  • 152. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Program ini memerlukan guru membuat anjakan paradigma dalam amalan pengajarannya. Hal sedemikian ini akan berupaya mengubah seorang guru menjadi kreatif dan efisien dalam tugasnya dan merasakan “teaching is a work of heart”. Tambahan lagi, kaedah Lesson Study amat membantu guru-guru yang mengajarkan mata pelajaran bukan opsyen.6. Teach To Teach Satu daripada gangguan melindungi masa instruksional yang dikenal pasti di sekolah ini ialah guru meninggalkan bilik darjah. Hal ini disebabkan rasa putus asa apabila murid tiada minat untuk belajar. Guru membuat persediaan untuk mengajar mengikut Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Antara faktor murid ‘hilang’ atau tidak berada di dalam kelas ialah ponteng mata pelajaran tertentu dan selalu tidur semasa guru mengajar. Bagi seorang guru yang merasakan ”teaching is a work of heart”, situasi begini akan dapat ditangani dengan mudah dan efektif. Tetapi bagi guru yang kurang bermotivasi, jalan mudah diambil adalah dengan tidak berada dalam bilik darjah. Jika ini berlaku, punca masalah murid tidak berminat belajar tidak akan dapat diselesaikan. Cadangan penyelesaian bagi keadaan begini ialah program, “Teach To Teach” yang memerlukan pengetua sebagai pemimpin instruksional menjadi role model dalam pengajaran. Strategi pelaksanaannya adalah seperti carta alir di bawah : Muka Surat | 139
  • 153. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Guru yang menghadapi masalah pengajaran atau masalah murid tidak memberikan tumpuan semasa PdP berjumpa pengetua untuk berbincang. Guru mengisi borang yang disediakan. (rujuk Lampiran 1, Program “Teach To Teach” ) Menetapkan tarikh, hari, masa, topik yang hendak diajar dan memberikan bahan pengajaran yang perlu (jika ada) kepada pengetua. Pengetua melaksanakan pengajaran seperti dirancang oleh guru dalam RPH. Pengetua memberikan maklum balas kepada guru berkaitan pengajaran guru yang perlu dibaiki dan petua menarik minat pembelajaran murid. Pengetua berkongsi amalan pengajaran yang baik dan menegur amalan yang sebaliknya semasa pengajarannya dalam kelas yang bermasalah tadi. Dengan ini, guru tiada alasan menyatakan murid tidak minat belajar kerana kreativiti dalam pendekatan pengajaran berupaya melindungi masa instruksional.7. Cuti Sakit atau Kecemasan Bagi kes ini, guru yang bercuti tidak sempat membuat tukar ganti kelas atau meninggalkan latihan kepada murid. Maka, masa instruksional dilindungi apabila guru ganti masuk ke kelas dengan membawa Bakul Ilmu (disediakan oleh Pusat Sumber Sekolah, unit NILAM untuk Program “1 School Reads”) untuk dibaca oleh murid-murid dan mengisi Rekod Buku NILAM jika telah menyelesaikan bacaan.8. Peranan Kaunselor Kaunselor juga mempunyai masa instruksional yang perlu dilaksanakan mengikut perancangan tahunannya. Dalam hal ini, kaunselor boleh diberi Muka Surat | 140
  • 154. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar kelas ganti untuk kelas-kelas yang berbeza setiap hari supaya bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merangkumi akademik, kerjaya, keibubapaan, pembangunan diri murid, psikososial, pendidikan pencegahan dadah, kaunseling HIV/AIDS, dan pemulihan akhlak dan moral dapat dilaksanakan mengikut perancangan.9. Guru Cuti Bersalin / Cuti Menunaikan Fardu Haji Pengetua seharusnya mempunyai data bagi guru yang akan bersalin dan yang akan menunaikan fardu haji untuk tempoh 6 bulan akan datang. Guru ini perlu merancang dan membuat kelas-kelas bagi menyelesaikan tajuk-tajuk mengikut Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang ditetapkan. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk tajuk-tajuk yang perlu diselesaikan ini juga perlu dibuat pada muka surat khas supaya mudah dipantau oleh Pengetua, Penolong Kanan atau Guru Kanan. Kelas tambahan yang diadakan hendaklah dibuat selepas masa persekolahan, masa cuti persekolahan atau masa-masa lain yang sesuai tetapi tidak menganggu masa PdP rasmi. Cadangan ini adalah untuk memastikan masa instruksional dilindungi jika sekolah tidak mendapat guru ganti pada masa guru cuti bersalin atau cuti menunaikan ibadah haji nanti.10. Peranan Panitia Sekolah perlu mengubah persepsi murid supaya melihat sambutan hari- hari keutamaan sekolah seperti Hari Kemerdekaan, Hari Guru, atau Hari Sukan sebagai hari PdP. Antara peranan yang akan dimainkan oleh panitia ialah memastikan pengisian hari-hari sambutan tersebut selari dengan matlamat sekolah. Muka Surat | 141
  • 155. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Contoh: i. Atur Cara Sambutan Hari Merdeka :  Ceramah Kemerdekaan- Sebelum dan Selepas Kemerdekaan.  Kuiz Kemerdekaan – adakan Pusingan 1 dan Pusingan 2 untuk soalan PMR dan SPM.  Menyemai dan memupuk sifat patriotik, berdisiplin, dan jati diri murid melalui muzik dan lagu-lagu seperti Jalur Gemilang, Kerana Mu Malaysia dan Janji Ditepati. ii. Program Sambutan Hari Guru :  Murid menulis karangan bertajuk: Aktiviti Hari Guru.  Pertandingan mencipta pantun, sajak atau syair yang bertemakan Hari Guru.11. Semakan RPT dan RPH Setiap guru membuat RPT tanpa mengambil kira faktor-faktor gangguan (kecuali yang tertera dalam takwim seperti masa peperiksaan, hari atau majlis-majlis sambutan sekolah dan sebagainya) untuk diselesaikan dalam masa persekolahan. Gangguan fizikal, gangguan adhoc dan gangguan luar jangka tidak diambil kira semasa penyediaan RPT. Keadaan ini memberikan kesan kepada RPH. Untuk memastikan RPT dan RPH selari mengikut perancangan, semakan hendaklah dibuat oleh Pengetua, Penolong Kanan dan Guru Kanan dalam bulan Julai dan Oktober. Guru- guru perlu memberikan justifikasi sekiranya ketidakselarian berlaku.12. MMI untuk Murid MMI perlu juga diambil kira dari sudut murid yang: Muka Surat | 142
  • 156. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar a) meninggalkan bilik darjah kerana mewakili sekolah untuk pertandingan koakademik, sukan atau hadir aktiviti anjuran JPN / PPD (yang tidak melibatkan semua murid) dan b) mengalami kecederaan kerana mewakili sekolah dan mendapat cuti sakit yang lama. CADANGAN PENYELESAIANBeberapa cadangan penyelesaikan yang boleh dilaksanakan adalah seperti:1. Mengatur jadual peperiksaan atau ujian pada hari tertentu.2. Guru melaksanakan personal coaching kepada murid berkenaan.3. PdP dilaksanakan di hospital atau rumah murid yang bercuti sakit. KESIMPULANMMI perlu dirancang dengan penuh kebijaksanaan oleh pemimpin sekolahserta guru-guru bagi memastikan pembelajaran berlangsung di sekolah danakhirnya murid dapat belajar secara berkesan. SMK Bandar Bukit Kayu Hitamtelah merangka dan melaksanakan program di atas untuk memastikan masainstruksional dapat dilindungi dengan baik. Program yang dicadang ini sentiasadiberikan nilai tambah dari semasa ke semasa untuk menjadikannya lebihberkesan dan selaras dengan hala tuju KPM. Keberkesanan program ini dapatdilihat dengan berlakunya lonjakan pencapaian murid dalam keputusanpeperiksaan awam. Kecemerlangan sekolah juga terserlah dengan penglibatanaktif murid dalam kokurikulum dan sahsiah murid turut terpelihara.Sesungguhnya usaha ini memerlukan kerjasama dan sokongan padu daripada Muka Surat | 143
  • 157. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarsemua peringkat lapisan sekolah. Kejayaan melindungi masa instruksionaltidak mampu dicapai tanpa kerja berpasukan yang mantap. CADANGANPihak sekolah telah berjaya melindungi masa instruksional melalui pendekatanyang diutarakan. Hasil kejayaan yang dicapai ialah suatu realiti dan bukansuatu fantasi. Waima, sekolah yang bermula dengan Band 6 telah berubah keBand 5 apabila komposit skor NKRA meningkat. Justeru, dicadangkan agarprogram ini dapat dihayati dan dilaksanakan secara kelompok di semuasekolah. Pelaksanaannya diharap dapat memastikan Tiga Sasaran UtamaPendidikan (Three Big Ideas In Education) terlaksana iaitu fokus kepadapembelajaran murid, kolaborasi antara guru (kerja sepasukan) dan fokuskepada kemenjadian murid atau keberhasilan pembelajaran murid.RujukanBahan Kursus Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) untuk Guru Kanan, PK Pentadbiran, Pengetua dan Guru Besar, pada 22 -24 Mei 2012 di IAB(Utara).Melindungi Masa Instruksional (Protecting Instruktional Time) di Sekolah untuk Meningkatkan Keberhasilan Pembelajaran Murid. Nota Sektor Operasi Pendidikan, KPM 2012. Muka Surat | 144
  • 158. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 1 PROGRAM “TEACH TO TEACH”NAMA GURU :_______________________OPSYEN:_____________________MATA PELAJARAN :______________________TINGKATAN:_____________________PENYATAAN MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN :PENETAPAN TARIKH PENGAJARAN PENGETUA :TARIKH: ________________ HARI:__________________ MASA:________________ Tandatangan guru:________________ Tarikh:____________________TOPIK: ________________________________ TEMPAT:__________________________BAHAN PENGAJARAN YANG DISEDIA KAN:________________________________________MAKLUM BALAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN : A. SEBELUM PdP PENGETUA:ULASAN MURID:ULASAN PENGETUA : Muka Surat | 145
  • 159. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar B. SELEPAS PdP PENGETUA: ULASAN GURU :ULASAN MURID:CADANGAN PENGETUA : Muka Surat | 146
  • 160. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 2 PEMANTAUAN “LEARNING WALK”TARIKH: ………....................................... HARI: ………................MASA KE-: ………………........................ JAM: …………...……...KELAS: ……............................................... BIL. MURID :…… …...MATA PELAJARAN :……….................... GURU: …………...….. REAKSI GURU REAKSI MURID KEADAAN KELASPemantau: ………………….. Cop Jawatan : PEMANTAUAN “LEARNING WALK”TARIKH: ………....................................... HARI: ………................MASA KE-: ………………........................ JAM: …………...……...KELAS: ……............................................... BIL. MURID :…… …...MATA PELAJARAN :……….................... GURU: …………...….. REAKSI GURU REAKSI MURID KEADAAN KELASPemantau: ………………….. Cop Jawatan : Muka Surat | 147
  • 161. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 3 PENCERAPAN “LESSON STUDY”PANITIA : ____________________________________________NAMA GURU : ____________________________________________TINGKATAN : ____________________________________________MATA PELAJARAN: ___________________________________________TOPIK : ____________________________________________ A. PERBINCANGAN PERTAMATARIKH : ___________MASA : __________TEMPAT __________________KEHADIRAN: 1. ___________________________ 2.___________________________ 3.___________________________LAPORAN PERBINCANGAN : B. PERBINCANGAN KEDUATARIKH : ____________MASA : ________TEMPAT ___________________KEHADIRAN: 1. ___________________________ 2.___________________________ 3.___________________________LAPORAN PERBINCANGAN :C. PENCERAPAN1. TARIKH :__________________________2. MASA :__________________________3. TEMPAT : __________________________4. TINGKATAN : __________________________ Muka Surat | 148
  • 162. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 4 CARTA ALIR JEMPUTAN GURU SEBAGAI PENCERAMAH MASA PdP Ketua Panitia (sekolah lain) mengenal pasti penceramah (bertugas di SMKBBKH) ) Maklum kepada penceramah tarikh, hari, masa dan tempat ceramah secara lisan. Penceramah Hubungi Ketua Panitia menerima (sekolah lain) untuk jemputan perubahan masa. ceramah. Penceramah berusaha membuat tukar ganti masa PdP sesama guru bagi kelas yang akan ditinggalkan. Penceramah Pengetua memaklumkan kepada Pengetua setuju. pengetua tarikh tidak jemputan berceramah setuju. dan masa tukar ganti yang telah dibuat. Muka Surat | 149
  • 163. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar DOS (Do Something) (JANGAN DUDUK SAHAJA) oleh ZAKARIA BIN OTHMAN SK Seri Impian Kubang Semang, Seberang Perai AbstrakIsu guru ganti di sekolah-sekolah merupakan satu keadaan biasa yang sering berlakuhampir setiap hari. Penglibatan guru menjalankan tugas-tugas rasmi di luar sekolahpada waktu persekolahan atas arahan PPD, JPN, dan KPM serta ada juga yangmengambil cuti sakit, cuti sambilan, dan lain-lain menyebabkan perjalanan PdP didalam kelas tergendala. Satu kaedah atau usaha yang berkesan dan tidakmembebankan guru yang berada di sekolah perlu dirancang supaya proses PdPtetap berlaku walaupun guru mata pelajaran tidak hadir pada waktu tersebut. Kertasini dirancang bertujuan untuk memenuhi pengisian waktu guru ganti yang lebihberkesan, membantu mengurangkan bebanan kerja guru yang bertugas, memudahkanpemantauan pihak pentadbir dan seterusnya PdP di dalam kelas tersebut dapatdilaksanakan seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Projek ini jugadapat menyedarkan guru supaya bertugas dengan sepenuh hati bersesuaian dengantuntutan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 bertajuk Penggunaan Waktu TidakMengajar / Waktu Luang (free period) oleh guru bagi menggantikan guru yang tidakhadir. Muka Surat | 150
  • 164. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALANPenglibatan guru menjalankan tugas-tugas rasmi di luar sekolah pada waktupersekolahan atas arahan PPD, JPN, dan KPM seperti berkursus sertamesyuarat ditambah lagi ada yang mengambil cuti sakit, cuti sambilan dan cuti-cuti lain akan menjejaskan tugas utama (core business) sebagai guru iaitumengajar di dalam bilik darjah. Akibatnya, secara purata 1 hingga 3 orangguru tiada di sekolah pada setiap hari. Rekod sepanjang tahun 2010-2011menunjukkan pada musim puncak, purata sehingga 10 orang guru tiada disekolah. Isu ini telah sekian lama disedari oleh warga Sekolah Kebangsaan(SK) Seri Impian dan sering diperkatakan oleh masyarakat terutama waris danpihak berwajib.Satu kaedah perlu difikirkan dan dilaksanakan untuk menangani isu ini.Pemboleh ubah-pemboleh ubah yang boleh dikawal perlu dimanipulasisemaksimum mungkin agar hak murid tidak dinafikan. Projek yang diutarakanini dirancang supaya walaupun guru mata pelajaran tertentu tidak hadir kesekolah, proses PdP bagi mata pelajaran tersebut tetap dijalankan. Bagimenjayakan projek ini perlu ada dalam kalangan pentadbir, guru-guru, danmurid kesedaran yang tinggi tentang situasi yang berlaku bagi melaksanakanprojek ini. Usaha ini sememangnya memerlukan sedikit pengorbanan guru-guruterutama di peringkat penyediaan bahan / modul tetapi sebenarnya memangmenjadi tanggungjawab semua guru bahawa prinsip setiap kelas yangditinggalkan oleh guru yang tidak hadir perlu diganti serta PdP berjalan sepertiyang dirancang dalam Rancangan Pelajaran Harian (RPH) guru yangberkenaan. Muka Surat | 151
  • 165. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENYATAAN ISU / CADANGANWalaupun mekanisme dan proses menyediakan guru ganti mantap dan prosesberjalan dengan lancar pada setiap hari persekolahan, namun masalah utamadalam pengurusan pengisian waktu ganti ialah:1. Guru ganti mempunyai kecenderungan untuk masuk lewat, keluar awal dan hanya sekadar menjenguk atau tidak masuk kelas yang telah ditetapkan.2. Berlaku pembaziran waktu ketika ketiadaan guru mata pelajaran sekiranya guru ganti tidak mempunyai inisiatif sendiri membuat pengisian waktu dengan aktiviti yang berfaedah terutama bagi kumpulan murid yang motivasi dalamannya rendah.3. Guru ganti yang bertugas, berasa terbeban untuk memikirkan atau menyediakan bahan atau perancangan bagi pengisian waktu tersebut.4. Guru ganti hanya masuk dan memastikan murid membuat kerja sendiri tanpa perancangan PdP yang berkesan.5. Bahan PdP atau bahan kerja murid tidak ada.6. Proses PdP mata pelajaran berkenaan terputus selama mana guru tersebut tidak hadir.7. Sukar memantau sama ada guru masuk ke kelas ganti atau tidak. Untuk mencapai status sekolah berkesan dalam pengurusan waktu gantisemua masalah yang tersenarai di atas perlu diatasi segera. Hasil daripadapemantauan, komen ibu bapa, maklum balas daripada guru dan murid telahdimasukkan dalam mesyuarat Jawatankuasa (JK) Kurikulum sekolah kali ke Muka Surat | 152
  • 166. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarempat pada 20 Oktober 2010. Ahli Jawatankuasa (AJK) telah bersetuju untukmenjalankan satu projek yang dinamakan DOS (Do Something) atau JanganDuduk Sahaja (JDS) bagi mengatasi masalah pengisian waktu ganti supayalebih efisien dan berkesan. Jadual 1: Analisis Jurang Projek DOS Status Semasa Status Yang Hendak Dicapai Guru ganti mempunyai kecenderungan untuk Adakan satu sistem masuk lewat, keluar awal, hanya sekadar pemantauan. menjenguk atau tidak masuk kelas yang telah ditetapkan. Berlaku pembaziran waktu selama masa Adakan bahan untuk kegunaan ketiadaan guru mata pelajaran. Sekiranya guru ganti. guru ganti tidak mempunyai inisiatif sendiri membuat pengisian waktu dengan aktiviti yang berfaedah terutama bagi kumpulan murid yang motivasi dalamannya rendah. Guru ganti yang bertugas berasa terbeban Adakan prosedur perancangan untuk memikirkan atau menyediakan bahan terancang daripada guru yang atau perancangan bagi pengisian waktu tidak hadir. tersebut. Guru ganti hanya masuk dan memastikan Adakan prosedur perancangan pelajar membuat kerja sendiri tanpa terancang daripada guru tidak perancangan PdP. hadir. Bahan PdP atau bahan kerja murid tidak ada. Adakan bahan kerja. Proses PdP mata pelajaran berkenaan Adakan Prosedur PdP terputus selama mana guru tersebut tidak terancang. hadir. Sukar memantau semasa guru masuk kelas Adakan kaedah pemantauan ganti atau tidak. yang berkesan. CADANGAN TINDAKAN/ PENYELESAIANPelaksanaan Do Something (DOS) atau Jangan Duduk Sahaja (JDS) bolehdilaksanakan berdasarkan maklumat berikut: Muka Surat | 153
  • 167. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar1. Matlamat Projek Matlamat projek DOS adalah untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses PdP di SK Seri Impian dengan memastikan aktiviti PdP berjalan secara berterusan walaupun semasa guru mata pelajaran berkursus, cuti, dan sebagainya. Hasilnya, semua murid sekolah SK Seri Impian akan mendapat manfaat secara maksimum sewaktu mereka berada di sekolah.2. Objektif Projek Setelah projek ini dilaksanakan, diharapkan perkara-perkara yang berikut akan tercapai: a) Memantapkan pelaksanaan sistem guru ganti yang sememangnya berjalan lancar di peringkat penyediaan dan pengedaran jadual tetapi kurang berkesan di peringkat pelaksanaan oleh guru-guru yang menerima tugas penggantian tersebut. b) Memastikan masa dimanfaatkan dengan aktiviti pembelajaran yang berfaedah serta mampu menyumbang ke arah memperkembang minda dan menggilap potensi murid walaupun tanpa kehadiran guru mata pelajaran. c) Membolehkan guru ganti berasa terpanggil untuk masuk ke kelas kerana projek ini telah memberikan tumpuan khusus dan dipantau oleh semua pihak termasuk murid-murid kelas berkenaan. d) Memastikan guru yang tidak hadir ke sekolah kerana sesuatu tugas rasmi atau sebab-sebab lain tetap bertanggungjawab merancang dan menyediakan bahan bagi mata pelajaran dan kelas berkenaan. e) Membolehkan guru ganti terdorong untuk melaksanakan PdP setelah masuk ke kelas kerana bahan telah tersedia. f) Membantu murid mendapat sesuatu input atau faedah semasa ketiadaan guru mata pelajaran tersebut. Muka Surat | 154
  • 168. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar g) Membantu mengurangkan kes-kes pelanggaran disiplin walaupun guru mata pelajaran tidak hadir.3. Indikator Prestasi Untuk memastikan projek berjalan dengan lancar, indikator prestasi dibina bagi tujuan pengawalan, penilaian, dan pencapaian standard projek ini. Jadual 2: Indikator Prestasi Bil Aktiviti Indikator Prestasi 1 Mesyuarat sumbang saran Semua AJK memberikan pandangan atau idea yang relevan. 2 Penubuhan AJK projek Sumua AJK dapat spesifikasi tugas masing- masing 3 Penyediaan kertas projek Lengkap dan ikut format 4 Taklimat kepada PIBG PIBG menyokong dan bersetuju membantu dari segi kewangan. 5 Mesyuarat AJK projek Tiga kali setahun / semua AJK hadir 6 Pembelian 40 set buku kerja dan alat Empat mata pelajaran teras Tahun 1-6, mata bantu mengajar pelajaran wajib dan bimbingan & kaunseling. 7 Penilaian / pemantauan Guru memahami tanggungjawab dan melaksanakan tugas. 8 Dokumentasi Lengkap bergambar4. Jawankuasa Kerja Projek Pengerusi : Guru Besar Naib Pengerusi I : Penolong Kanan 1 Naib Pengerusi II : Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi III : Penolong Kanan Kokurikulum Setiausaha : Guru Penyelaras Jadual Waktu Muka Surat | 155
  • 169. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar AJK : Ketua Panitia : Guru Pusat Sumber : Guru Pusat Akses : Guru Penyelaras Makmal Komputer : Guru NILAM5. Tanggungjawab dan Spesifikasi Tugas Bagi melicinkan pelaksanaan projek setiap aktviti diperjelas tanggungjawab dan spesifikasi tugas seperti dalam Jadual 3. Jadual 3 : Tanggungjawab dan Spesifikasi Tugas Bil Aktiviti Tanggungjawab Deskripsi Tugas 1 Penubuhan Guru Besar Menyediakan senarai Jawatankuasa AJK 2 Mesyuarat Setiausaha  Mengeluarkan surat Jawatankuasa panggilan mesyuarat  Menyediakan agihan tugas 3 Menyediakan Kertas Setiausaha Menyediakan kertas Projek Projek 4 Taklimat kepada Guru Besar Menjelaskan kepada JK PIBG PIBG untuk mendapat sokongan dana 5 Menyediakan Sudut Penolong Kanan 1 Menyediakan sudut sesuai Letak Bahan 6 Pelaksanaan Aktiviti Setiausaha Memastikan aktiviti Projek program berjalan lancar 7 Pemantauan dan Guru Besar  Melaksanakan pemantauan Penilaian  Mencadangkan penambahbaikan6. Pelaksanaan Program DOS 1 (Guru menghadiri kursus, mesyuarat, dan aktiviti kokurikulum di luar waktu persekolahan) a) Guru mata pelajaran mendapat surat untuk bertugas di luar. b) Guru mata pelajaran perlu mengisi borang DOS 1. c) Guru mata pelajaran perlu smenyediakan bahan dan modul. Muka Surat | 156
  • 170. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar d) Guru mata pelajaran menyerahkan borang DOS 1 serta bahan atau modul kepada PK 1. e) PK 1 menyerahkan borang DOS 1 dan arahan kepada guru ganti untuk tindakan apabila tiba waktu. f) Guru ganti menerima borang DOS 1 dan arahan masuk ke kelas dan menjalankan PdP. g) Guru ganti telah selesai menggantikan kelas serta menyerahkan borang DOS1 kepada PK1 untuk direkod dan menyerahkan bahan atau modul kepada guru mata pelajaran yang berkenaan. h) Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan oleh guru ganti.7. Pelaksanaan Program DOS 2 ( Guru cuti sakit, cuti kecemasan) a) PK 1 menyemak kedatangan guru pada jam 7.30 pagi. b) PK 1 menyediakan jadual ganti. c) PK 1 menyerahkan borang DOS 2 kepada guru ganti bertugas. d) Guru ganti menerima borang DOS 2 dan arahan masuk ke kelas serta mengambil bahan dari sudut DOS untuk menjalankan PdP. e) Guru ganti setelah selesai pengajaran akan menyerahkan borang DOS 2 kepada PK 1 untuk direkod dan menyerahkan bahan atau modul kepada guru mata pelajaran berkenaan. f) Guru ganti menyimpan semula bahan di sudut yang disediakan. g) Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan oleh guru ganti. KESIMPULANProjek DOS telah dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Tempohpelaksanaan projek dilaksanakan mulai tahun 2011. Pihak PIBG telahmembantu projek ini dengan menyumbang dana. Program ini telah membantu Muka Surat | 157
  • 171. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmelaksanakan pengisian waktu ganti, memudahkan guru yang bertugas di luardan meningkatkan motivasi murid ke arah kecemerlangan akademik. Penilaian projek dinilai dengan cara membanding status pencapaiansebelum dengan selepas projek dijalankan seperti indikator prestasi yangditetapkan merujuk Jadual 4. Penilaian atas pandangan guru dan komen pihakJemaah Nazir dan Jaminan Kualiti yang positif telah membantu meningkatkankeberkesanan projek ini. Jawatankuasa Projek akan berusaha mengadakan penambahbaikan darisemasa ke semasa bagi memanfaatkan program ini kepada semua wargasekolah. Pelaksanaan projek ini diharapkan akan dapat membantu tercapainyavisi sekolah iaitu, “SK Seri Impian Terbilang di Pulau Pinang Tahun2012”. Jadual 4: Penilaian Program Status Semasa Status Yang Hendak DicapaiGuru ganti mempunyai kecenderungan untuk Satu sistem pematauan telahmasuk lewat, keluar awal, hanya sekadar diwujudkanmenjenguk atau tidak masuk kelas yang telahditetapkan.Berlaku pembaziran waktu selama masa Bahan untuk kegunaan guru gantiketiadaan guru mata pelajaran sekiranya guru sudah tersediaganti tidak mempunyai inisiatif sendirimembuat pengisian waktu dengan aktiviti yangberfaedah terutama bagi kumpulan murid yangmotivasinya rendah.Guru ganti yang bertugas berasa terbeban untuk Guru ganti tidak terbeban untukmemikirkan atau menyediakan bahan atau merancang/ menyediakan bahanperancangan bagi pengisian waktu tersebut. pengisian gantiGuru ganti hanya masuk dan memastikan pelajar Perancangan terancang disediakanmembuat kerja sendiri tanpa perancangan PdP.Bahan PdP atau bahan kerja murid tidak ada. Bahan kerja sudah tersediaProses PdP subjek berkenaan terputus selama PdP terancang sudah tersediaguru tersebut tidak hadir.Sukar memantau semasa guru masuk ke kelas Pemantauan lebih mudah danganti atau tidak. berkesan. Muka Surat | 158
  • 172. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar SYORProjek DOS ini merupakan projek penambahbaikan kepada kaedah yang lebihberkesan dalam menyelesaikan isu-isu waktu ganti. Pengurusan waktu gantimerupakan satu cabaran kepada semua pentadbir sekolah. Guru Besar sebagaipemimpin instruksional seharusnya melihat projek ini secara positif bukansuatu idea baharu yang membebankan atau menambah beban tugas pentadbir.Semua guru seharusnya membantu dan menerima idea ini secara positif jikamereka memahami hasrat murni yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Harapan saya agar semua sekolah dapat menggunakan projek seumpamaini di sekolah masing-masing. Projek ini telah membantu melaksanakanpengisian waktu ganti, memudahkan guru yang bertugas di luar sertameningkatkan motivasi murid ke arah kecemerlangan akademik. Projek ini bukanlah satu projek yang terbaik tetapi mungkin dapatmembantu pihak sekolah mendapatkan idea atau kaedah lain untuk menjadikanwaktu ganti lebih berkesan dan dapat dipantau pelaksanaannya dengan mudah.Projek ini berkemungkinan mempunyai beberapa kelemahan tetapi semuakelemahan itu boleh dibaiki dari semasa ke semasa.RujukanAkta Pendidikan 1958. Kementerian Pelajaran Malaysia.Surat Pekeliling Iktisas Bil 3 /1991, Kementerian Pelajaran Malaysia.Kertas Cadangan Kelas Terancang “Kelas Tanpa Guru Subjek”. Oleh: En Turin bin Ahmad,Penolong Kanan 1, Kolej Sultan Abdul Hamid: Tarikh :30 Mei 2002.Koleksi Projek Berasaskan Sekolah Jilid 1. Terbitan : Institut Aminuddin Baki, Cawangan Utara. Muka Surat | 159
  • 173. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 1 Borang DOS 1 BORANG PROGRAM DOS 1 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN 14400 BUKIT MERTAJAM, SEBERANG PERAITarikh:Masa :Kelas :Nama Guru Tidak Hadir:Mata Pelajaran :Nama Guru GantiAktiviti Yang Perlu Dijalankan: Komen / Ulasan Guru ganti:...................................................... ........................... (Tandatangan guru mata pelajaran) Tandatangan guru gantiDisemak : ....................................................Panduan Pelaksanaan Program DOS:1.Guru ganti mesti masuk ke kelas yang diganti pada waktu yang ditetapkan.2.Guru ganti bertanggungjawab sepenuhnya atas kelas tersebut.3.Guru ganti boleh mengajar & memberikan latihan / modul / bahan yang disediakan kepada murid.4.Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan oleh guru ganti. Muka Surat | 160
  • 174. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 2 Borang DOS 2 BORANG PROGRAM DOS 2 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMPIAN 14400 BUKIT MERTAJAM,S.PERAITarikh:Masa :Kelas :Nama Guru Tidak Hadir:Mata Pelajaran :Nama Guru GantiAktiviti yang dijalankan:........................................(Tandatangan guru ganti)Disemak : ....................................................Panduan Pelaksanaan Program DOS:1.Guru ganti mesti masuk ke kelas yang diganti pada waktu yang ditetapkan.2.Guru ganti bertanggungjawab sepenuhnya atas kelas tersebut.3.Guru ganti boleh mengajar dan memberikan latihan / modul / bahan yang disediakan kepada murid.4.Guru mata pelajaran perlu menyemak kerja yang diberikan oleh guru ganti. Muka Surat | 161
  • 175. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 3 Borang DOS 3 Borang Soal Selidik Projek DOS Penilaian GuruGuru Mata Pelajaran :_________________________Tahun :_________________________ Sangat Tidak Kurang Agak AmatBil Item tidak Bersetuju setuju setuju setuju bersetuju setuju1 Program ini membantu saya supaya lebih bertanggung-jawab semasa penggantian merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981.2 Perancangan PdP awal saya sebelum bercuti /kursus membantu murid saya.3 Saya rasa bersalah jika tidak dapat menyediakan rancangan PdP sebelum saya bercuti dan berkursus.4 Pengisian borang membantu saya menjalankan PdP sewaktu penggantian.5 Bahan & ABM yang disediakan memudahkan saya merancang PdP waktu ganti.6 Sudut tempat meletak bahan mudah untuk saya akses.7 Borang-borang yang disediakan mesra pelanggan.Syor saya untuk penambahbaikan program ini: Muka Surat | 162
  • 176. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 4 Borang DOS 4 Borang Soal Selidik Projek DOS Penilaian Penolong KananGuru Penolong Kanan:_________________________ Sangat Tidak Kurang Agak AmatBil Item tidak Bersetuju setuju setuju setuju bersetuju setuju 1 Program ini membantu saya supaya lebih bertanggung- jawab semasa penggantian merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981. 2 Perancangan PdP awal Guru sebelum bercuti /kursus membantu guru ganti. 3 Pengisian borang membantu saya menyediakan jadual ganti yang lebih mudah. 4 Bahan & ABM yang disediakan memudahkan guru merancang PdP waktu ganti. 5 Sudut tempat meletak bahan mudah bagi guru untuk mengakses. 6 Borang-borang yang disediakan mesra pelanggan.Syor saya untuk penambahbaikan program ini: Muka Surat | 163
  • 177. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 5 Borang DOS 5 Carta Aliran Kerja Program DOS 2 (Guru mata pelajaran tidak hadir disebabkan cuti sakit & kecemasan) Mula PK 1 menyemak senarai kehadiran guru pada jam 7.30 pagi. PK 1 menyediakan jadual ganti dan mengisi borang DOS 2. PK 1 menyerahkan borang DOS 2 dan memberikan arahan kepada guru ganti yang terlibat. Guru ganti mengambil bahan di tempat yang disediakan dan terus ke kelas untuk menjalankan PdP. Guru ganti mengisi aktiviti yang dijalankan dalam borang DOS 2 serta menandatangani borang tersebut. Guru ganti menyerahkan borang DOS 2 semula kepada PK1 untuk direkod dan menyimpan semula bahan di tempat yang disediakan. Guru mata pelajaran memeriksa jawapan atau membincangkan semula bersama murid kelas terbabit (sekiranya perlu). Tamat Muka Surat | 164
  • 178. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 6 Borang DOS 6 Carta Aliran Kerja Program DOS 1 (Guru mata pelajaran tidak hadir disebabkan sesuatu urusan tetapi tarikhnya diketahui awal dan persediaan sempat dibuat) Mula Guru mata pelajaran mengetahui tarikh yang berkenaan. Guru mata pelajaran merancang dan menyediakan bahan/modul PdP untuk setiap mata pelajaran dan kelas bagi setiap hari yang bakal ditinggalkan dan mengisi borang DOS. 1 Bahan/modul PdP hendaklah mencukupi bagi kegunaan semua murid di dalam kelas berkenaan. Borang DOS 1 dan bahan/Modul PdP yang telah siap diproses dan berlabel diserah kepada PK 1. PK 1 menyerah borang DOS 1 & bahan/modul dan arahan kepada guru ganti yang berkenaan. Guru ganti mengambil bahan dan borang DOS 1 terus ke kelas dan menjalankan PdP. Guru ganti menyerahkan semula bahan/modul serta borang DOS 1 untuk direkod dan menyerahkan bahan/modul kepada guru mata pelajaran untuk disemak/periksa. Guru mata pelajaran memeriksa jawapan atau membincangkan jawapan semula bersama murid kelas terbabit(sekiranya perlu). Tamat Muka Surat | 165
  • 179. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGALAMAN SEKOLAH DI NEGERI SEMBILAN DALAM MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL oleh HAJI HAMIDON BIN HAJI KHALID SMK Senawang 3, Taman Marida, Seremban AbstrakKertas ini membincangkan pengalaman Pengetua dalam Melindungi MasaInstruksional di sekolah. Dari sudut pandangan pengetua, Melindungi MasaInstruksional merupakan satu perkara yang menjadi keutamaan kepada tugas utamaguru di sekolah. Ia menjadi satu faktor kejayaan kritikal pencapaian murid dalampelbagai bidang sama ada akademik, kokurikulum, pembentukan sahsiah dansebagainya yang bermatlamat menghasilkan kemenjadian murid. Pengawalan masainstruksional dapat meningkatkan masa pembelajaran berkesan. Impaknya dapatmenjana keberhasilan pembelajaran murid. Di SMK Pasoh 2 dan SMK Senawang 3,beberapa strategi Melindungi Masa Instruksional yang digunakan ialah (1)mengurangkan masa gangguan, (2) menyediakan maklumat awal, (3) menggunakanBorang Pembelajaran Kendiri, (4) mengadakan mesyuarat di luar waktu pengajarandan pembelajaran, (5) menjadikan headcount sebagai satu budaya atau amalanpenting, (6) menjelaskan peranan guru, ibu bapa atau penjaga serta murid dan, (7)mewujudkan satu rangkaian perkongsian maklumat setempat. Muka Surat | 166
  • 180. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALANMMI ialah salah satu langkah ke arah meningkatkan mutu PdP di sekolah bagimembolehkan murid mendapat pendidikan yang maksimum, bermutu, danberkualiti. MMI merupakan salah satu komponen fungsi pemimpin instruksionaldalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen iniperlu diberi perhatian dalam memastikan peningkatan keberhasilanpembelajaran murid ke arah membangunkan modal insan yang kritis, kreatif,dan inovatif. Dalam melaksanakan proses PdP di sekolah, para guru menghadapipelbagai aktiviti yang menjurus kepada pembaziran waktu yang bolehmengurangkan proses instruksional di kelas. Antara aktiviti yang membazirwaktu yang mungkin berlaku di sesebuah sekolah adalah seperti yang berikut:  gangguan daripada pembesar suara di sekolah semasa PdP,  aktiviti sukan dan sukantara semasa waktu PdP,  aktiviti kokurikulum dan koakademik semasa PdP,  waktu PdP kerap terganggu dengan kehadiran murid lewat ke dalam kelas atau keluar masuk kelas semasa PdP,  ada ketika guru atau pelajar dipanggil ke pejabat semasa PdP,  susun atur dalam kelas sendiri boleh mendatangkan gangguan. Apabila guru masuk mengajar, guru mengambil masa untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif untuk pembelajaran dengan memastikan kelas bersih, teratur dan murid bersedia menerima pengajaran serta bersedia untuk belajar,  sikap guru dalam kelas sendiri boleh mengganggu tumpuan murid untuk belajar, Muka Surat | 167
  • 181. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar  prasarana dan kemudahan sekolah yang boleh mengganggu seperti terputusnya bekalan elektrik di dalam kelas ketika guru menggunakan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dan  faktor luar kawalan seperti guru bercuti rehat, guru mengalami kecemasan dan gangguan masalah peribadi. Pengetua yang berkesan memahami bahawa kunci untuk menambahbaik keberkesanan sekolah bukan terletak kepada kemahiran guru dalamprosedur, pekeliling dan peraturan-peraturan tetapi keberkesanannyamenguruskan masa yang diperuntukkan untuk PdP murid (Blasé dan Kirby,2000). Dengan kata lain, melindungi masa instruksional menjadi salah satufaktor yang dapat meningkatkan keberkesanan sekolah. Sementara itu, Hallinger dan Murphy, (1985) mencadangkan perkaraberikut: “Protecting instuctional time: Policies and enforcement practices that reduce tardiness, absenteeism, and truancy to increase learning time for students. Principal can also increase student opportunities to learn by protecting classroom instructional time from interruptions due to public address annoucements, by working with teachers to develop more effective classroom management and instructional practices, and by reducing the number of non-instructional school activities that enroach on classroom time.” (Hallinger & Murphy, 1985) Muka Surat | 168
  • 182. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PERNYATAAN MASALAH.Keberadaan guru di sekolah kini menjadi satu isu yang sering dibincangkanoleh pihak di KPM dan dalam kalangan masyarakat yang prihatin tentangperkembangan pendidikan di negara kita. Kajian rambang dan data yangdipungut oleh pentadbir sekolah sama ada data input, data proses, data outcomedan data satisfaction menunjukkan guru-guru sering menghabiskan waktudengan kerja-kerja yang tidak penting seperti kerja perkeranian. Sebagaicontoh, guru diminta memberikan maklumat yang kurang relevan kepada pihakatasan seperti Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri(JPN). Maklumat seperti biodata guru setiap mata pelajaran sering diminta olehPPD dan JPN setiap tahun boleh menambahkan tugas-tugas perkeranianseseorang guru. Sektor ICT di JPN atau PPD perlu mewujudkan satu pangkalandata bagi memantau perpindahan guru melalui e-GTukar atau mendapatkanmaklumat dari EMIS online. Walaupun berbagai-bagai maklumat diminta oleh kedua-dua pihaktersebut, guru-guru dan pentadbir di sekolah tidak mengetahui atau dijelaskanapakah kewajarannya. Hal ini disebabkan tiada maklum balas daripada kedua-dua pihak dibincangkan sama ada dalam mesyuarat-mesyuarat, taklimat-taklimat mahupun ketika sesi refleksi bersama pengetua-pengetua. Oleh sebabitu, guru dan pentadbir sekolah melahirkan persepsi bahawa tugas memberikanmaklumat ini boleh mengganggu persediaan guru untuk melaksanakan programkecemerlangan akademik murid. Dalam MMI, terdapat pelbagai strategi yang boleh digunakan. Dalamkonteks Sekolah Menengah di Negeri Sembilan, SMK Pasoh 2 dan SMKSenawang 3 dikenal pasti berupaya MMI melalui beberapa strategi sepertiyang dapat dilihat melalui Rajah 1. Muka Surat | 169
  • 183. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Rajah 1: Dimensi pengurusan instruksional pengetua (Hallinger dan Murphy, 1985) Menurut Hallinger dan Murphy (1985), terdapat tiga dimensipengurusan instruksional pengetua iaitu mendefinisikan misi sekolah,menguruskan program instruksional, dan membangunkan program iklimpembelajaran sekolah. Dalam Rajah 1, dapat diperhatikan bahawapembangunan program iklim pembelajaran sekolah mempunyai lima fungsiiaitu Melindungi Masa Instruksional, menyediakan insentif kepada guru-guru,menyediakan insentif pembelajaran, menggalakkan perkembangan profesional,dan mengekalkan keberadaan. Antara strategi yang boleh dilaksanakan:1. Strategi pertama ialah mengurangkan gangguan-gangguan kepada masa pengajaran guru seperti keperluan menyediakan data-data yang diperlukan oleh PPD dan JPN. Guru-guru juga perlu menyediakan kertas kerja untuk mendapatkan kelulusan menggunakan peruntukan per kapita mata pelajaran dan sebagainya. Di SMK Pasoh 2 dan SMK Senawang 3, guru- guru dibantu oleh pengetua untuk meningkatkan kemahiran ICT mereka dengan memberikan pengetahuan dan kemahiran seperti menulis kertas Muka Surat | 170
  • 184. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar kerja, dan membuat belanjawan, dan kemahiran memuat turun kertas- kertas kerja. Guru-guru yang berasa tertekan atas pengarahan tugas yang dianggap membebankan menjadi sangat responsif kepada usaha pengetua untuk membantu mengurangkan beban tugas tersebut. Dengan itu mereka mudah menerima pembaharuan yang dapat meringankan tugas-tugas menyediakan kertas kerja dan pengumpulan serta penyaluran maklumat. Walaupun pengetua tidak berupaya mengurangkan tugas menyediakan kertas kerja, dan sebagainya, namun perhatian dan keprihatinan pengetua amatlah dihargai oleh guru-guru.2. Strategi kedua yang digunakan ialah menyediakan maklumat awal yang dimasukkan ke dalam fail-fail berkaitan. Misalnya, maklumat guru opsyen Geografi disediakan pada hujung tahun selepas mesyuarat guru pertama sesi tahun depan yang dibuat pada tahun semasa. Maklumat- maklumat lain yang menjadi rutin dan yang dijangka akan diminta oleh pihak atasan disediakan lebih awal supaya dapat MMI di kelas. Kaedah ini didapati mampu mengurangkan tugas perkeranian guru dan menyumbang kepada MMI. Dalam konteks SMK Pasoh 2, setiap guru akan dibekalkan dengan pelbagai maklumat seperti kertas kerja, laporan aktiviti, modul-modul pembelajaran, surat-surat pekeliling, dan penggunaan geran per kapita mata pelajaran yang dimuatkan dalam satu CD sebagai rujukan ketika mesyuarat guru pertama.3. Strategi ketiga yang digunakan adalah dengan menyediakan Borang Pembelajaran Kendiri (merujuk Lampiran 1). Borang ini akan diisi oleh guru-guru yang akan meninggalkan sekolah kerana bertugas di luar sekolah. Program ini berteraskan bahawa guru mesti berada di dalam bilik darjah dan berfungsi dengan sewajarnya bagi memastikan pendidikan berkualiti disediakan untuk murid. Muka Surat | 171
  • 185. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Dalam borang tersebut, guru akan memaklumkan apakah tugasan yang diberi kepada muridnya ketika beliau berada di luar kawasan. Guru ganti yang masuk ke kelas akan memantau murid melakukan aktiviti seperti yang dirancang oleh guru mereka sebelum bertugas di luar. Oleh sebab itu waktu ganti dapat digunakan dengan aktiviti yang berfaedah menjurus kepada keberhasilan murid dalam pelajaran.4. Strategi keempat yang digunakan ialah mengadakan mesyuarat dan latihan dalam perkhidmatan (LDP) di luar waktu PdP. Bilangan mesyuarat yang ditetapkan di sekolah berdasarkan surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang dikeluarkan oleh KPM dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) termasuk Surat Pekeliling Kewangan. Mesyuarat-mesyuarat lain perlu dibuat dalam waktu rehat murid supaya tujuan utama mesyuarat iaitu membuat keputusan dapat dicapai. Permasalahan-permasalahan kecil yang timbul dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, dan pengurusan dibincangkan terus dalam masa senggang guru.5. Strategi kelima yang digunakan ialah menjadikan headcount sebagai satu amalan penting ke arah kecemerlangan murid. Setiap guru mata pelajaran dikehendaki menyediakan nilai-nilai yang berkaitan dengan headcount iaitu Take-Off Value (TOV), Operational Target Increase (OTI), dan Expected Target Result (ETR). Pemantauan dibuat dengan memeriksa halaman Headcount Prestasi Akademik Murid di dalam Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran Guru. Headcount juga dijadikan satu agenda yang mesti dibincangkan dalam mesyuarat panitia mata pelajaran. Bagi memastikan murid sentiasa ada di sekolah untuk menerima pengajaran guru dan memaksimumkan pembelajarannya, biasanya setiap Muka Surat | 172
  • 186. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar sekolah mempunyai buku rekod kehadiran murid di dalam kelas seperti ditunjukkan dalam Lampiran 2.6. Strategi keenam yang digunakan ialah menjelaskan peranan masing- masing iaitu peranan guru, peranan murid, dan peranan ibu bapa atau penjaga. Guru-guru dijelaskan peranan masing-masing melalui mesyuarat-mesyuarat dan taklimat di sekolah, murid-murid dijelaskan peranan masing-masing melalui perjumpaan-perjumpaan dalam kelompok kecil misalnya dalam aktiviti kokurikulum dan semasa perhimpunan rasmi sekolah. Manakala peranan ibu bapa atau penjaga dijelaskan oleh pengetua dan pihak pengurusan sekolah melalui mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), mesyuarat agung PIBG, dan pertemuan- pertemuan tiga penjuru yang diaturkan oleh pihak sekolah. Peranan murid di sekolah adalah untuk menimba sebanyak mungkin ilmu yang dicurahkan oleh guru, bertanya guru sebarang kemusykilan dalam pembelajaran sehingga menjadi faham dan menghayati setiap topik yang diajar guru. Bagi meningkatkan pencapaian murid di dalam bidang akademik, murid dinasihatkan dan digalakkan agar sentiasa: a) hadir ke sekolah dengan kelengkapan yang mencukupi seperti pensel, pen, buku latihan, buku teks serta buku, b) hadir ke kelas tepat pada masanya, c) bersedia untuk belajar dan menerima pengajaran guru sebaik sahaja loceng dibunyikan, d) hadir ke kelas dengan kerja rumah yang telah disiapkan, e) berpindah ke aktiviti lain dalam kelas dengan cepat dan senyap, dan f) mematuhi peraturan-peraturan bilik darjah. Peranan ibu bapa atau penjaga ialah memberikan sokongan kepada pembelajaran murid di samping mengetahui jangkaan dan harapan guru Muka Surat | 173
  • 187. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar serta sekolah terhadap anak mereka. Ibu bapa atau penjaga boleh membantu dari segi: a) memastikan anak atau anak jagaan mereka menyiapkan tugasan kerja rumah yang diberikan oleh guru, b) menghantar anak ke sekolah, c) memastikan anak berada di dalam kawasan sekolah, dan d) menghubungi guru-guru mata pelajaran dari semasa ke semasa.7. Strategi ketujuh yang digunakan ialah mewujudkan satu rangkaian setempat perkongsian maklumat. Di SMK Senawang 3, perkongsian maklumat dibuat dengan menubuhkan Pusat Repositori Maya atau Virtual Repository Centre (VRC). Pusat ini merupakan satu peti mel yang dibuka dengan akaun gmail iaitu senawang3@gmail.com. Penggunaan aplikasi Google Apps dirancang akan digunakan sepenuhnya pada tahun 2013. Rajah 2: Pusat Repositori Maya SMK Senawang 3 Muka Surat | 174
  • 188. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Antara maklumat yang dikongsikan ialah kertas-kertas kerja, bahan-bahan yang diperoleh daripada penyertaan guru dan pentadbir serta staf sokongan dalam pelbagai kursus, seminar, taklimat dan mesyuarat. Modul-modul pembelajaran yang disediakan oleh guru-guru juga turut dikongsikan secara maya dalam kalangan warga sekolah. Pusat Repositori Maya didapati sesuai dengan keadaan fizikal sekolah kerana sekolah tidak mempunyai bilik tetap disebabkan masih menumpang di SMK Senawang. Perkongsian maklumat secara maya juga dapat menjimatkan tugas guru untuk mendapatkan maklumat dan secara tidak langsung dapat MMI. CADANGANKajian menunjukkan terdapat perkaitan yang jelas antara kualiti masainstruksional dan prestasi akademik murid (Baker et al. 2004). Sepanjang tahunpersekolahan masa instuksional yang signifikan didapati hilang akibat aktiviti-aktiviti bukan instruksional dan gangguan-gangguan dalam pengajaran. Terdapat beberapa gangguan dalam pengajaran yang di luar kawalanguru tetapi boleh dikurangkan oleh PPD dan JPN. Aktiviti-aktiviti kokurikulumdan koakademik jika dirancang secara bersepadu dan teliti dapat mengurangkangangguan-gangguan luar kawalan guru ini. Sebagai kesimpulan, guru hendaklah menggunakan sepenuhnya masayang diperuntukkan dalam pengajaran di kelas kerana terdapat korelasi yangtinggi antara masa yang digunakan di sekolah dengan pembelajaran murid.Oleh sebab itu, seseorang guru perlu bertanggungjawab menguruskan masainstruksional. Sebagai pemimpin, guru perlula sentiasa sentiasa memantau danmengetahui perjalanan proses PdP secara maksimum dan semua pihak pekaatas tugasan dan amanah yang dipertanggungjawabkan. Muka Surat | 175
  • 189. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarRujukanBaker, D. P., Fabrega, R., Galindo, C., & Mishook, J. (2004). Instructional time and national achievement: Cross-national evidence. Prospects 34(3), 311–334.Hallinger, P., & Murphy, J. (1985). Assessing the instructional leadership behavior of principals. Elementary School Journal, 86(2), 217-248.Joseph Blase, Peggy C. Kirby. (2000). Bringing out the best in teachers. What effective principals do. California: Irwin Press Inc. Muka Surat | 176
  • 190. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 1 Borang Kehadiran Murid Buku Rekod Pemantauan Guru danMuridTarikh : ....................... Hari : ................. Bil. Murid Hadir : ........../......... Masa Masa Catatan Waktu Mata Nama Bil. T.T. Bil. Guru Guru Masalah PdP Pelajaran Guru Murid Guru Masuk Keluar Murid1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.Senarai Murid Tidak HadirBil. Nama Murid Catatan Bil. Nama Murid Catatan1. 5.2. 6.3. 7.4. 8.Tindakan oleh Pengetua/GPK Pentadbiran/GPK HEM/Guru Disiplin............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................. Disemak oleh :........................................... ............................................ Pengetua, SMK Senawang 3 Muka Surat | 177
  • 191. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL ( MMI ) : GURU BERCUTI DAN TIDAK HADIR KE SEKOLAH, CARA MENANGANI DAN PENYELESAIANNYA oleh DR. HAJAH ROSNANAINI BINTI HAJI SULAIMAN SMK Malim, Melaka. AbstrakKecemerlangan sesebuah sekolah sering dikaitkan dengan kualiti peneraju utamanya,iaitu Pengetua dan pencapaian murid dalam pembelajarannya. Walau bagaimanapun,pelbagai halangan perlu ditempuhi oleh pentadbir sekolah dan guru dalam mencapaikualiti yang diharapkan khususnya dalam memaksimumkan penggunaan masapembelajaran murid di dalam bilik darjah. Kertas kerja ini bertujuan untukmembincangkan faktor-faktor yang menyebabkan MMI tidak dapat dilaksanakandengan berkesan di SMK Malim dan strategi penyelesaiannya. Faktor yangdimaksudkan ialah ketiadaan guru, iaitu guru perempuan di sekolah kerana cutibersalin, guru mengambil cuti rehat khas, cuti sakit berpanjangan, dan menjalankantugas di luar sekolah sama ada di Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan PelajaranMelaka, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM). Pelbagai cara penyelesaian telah diamalkan, tetapi secara khusus pihaksekolah telah melaksanakan ganti secara tetap, jual-beli guru ganti, pembinaan danpenyediaan modul dan bahan relief, pengisian program oleh guru bimbingan dankaunseling, pengwujudan jawatankuasa MMI, dan pelaksanaan program bicarahikmah berbentuk motivasi dan kesedaran kendiri yang dilaksanakan secara berkalakepada semua guru, murid, PIBG dan pentadbir sekolah. Paling penting, KPM perlumembekalkan guru ganti secara tekal dan berterusan kepada sekolah yangmemerlukannya. Usaha melindungi masa instruksional atau pembelajaran murid iniakan berjaya sepenuhnya jika kesemua program yang dirangka telah dilaksanakandengan ikhlas, bersungguh-sungguh, berkolaborasi dan berterusan. Jelasnya, Pengetuaperlu memahami dan mengaplikasikan kepimpinan instruksional di samping GuruPenolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran memantau program sokongan MMI.Guru pula perlulah memahami tugas mereka secara mendalam dengan menganggapkerja sebagai ibadah dan murid sentiasa bermotivasi tinggi serta jelas tentang arah danhala tuju masa depan masing-masing. PIBG sentiasa memberikan sokongan danbantuan kepada pihak sekolah seperti bantuan kewangan, sokongan moral, khidmatnasihat dan sebagainya. Muka Surat | 178
  • 192. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALANSetiap hari manusia dikurniakan jumlah masa yang sama, iaitu 24 jam, tidaklebih dan tidak kurang. Masa ialah sumber yang unik kurniaan Ilahi yang tidakdapat dikumpul malah tidak dapat ditukar ganti dengan sebarang bentuk hartayang lain . Menurut Albert E.N. Gray dalam eseinya "The CommonDenominator of Success" kejayaan yang dicapai oleh manusia tidak hanyadisebabkan mereka bekerja kuat, bernasib baik atau hebat dalam mengaturhubungan sesama manusia meskipun semua faktor berkenaan adalah penting.Beliau menegaskan lagi bahawa, "Orang yang berjaya mempunyai amalanmembuat perkara yang mana orang gagal tidak suka melakukan." (TaidinSuhaimin, 2012). Faktor utama yang mendorong kejayaan manusia dalam kehidupanseharian ialah sentiasa mengutamakan amalan keberkesanan. Mereka sentiasamenggunakan fikiran dan tenaga untuk perkara-perkara paling utama, palingberfaedah serta fokus kerja yang memberikan pulangan maksimum.Bersesuaian prinsip 20/80 yang diperkenalkan oleh Vilfredo Pareto didapatimenyokong teori pengurusan masa berkesan. Menurut prinsip Pareto, untukmencapai keberkesanan pada kadar (optimum) sekitar 80% setiap hari,minggu, bulan, tahun atau dalam seumur hayat manusia, kita hendaklahmenumpukan perhatian umum perkara atau tugasan yang paling pentingdahulu. Misalnya, jika kita mempunyai 10 senarai tugasan atau kerja pada hariini dan dapat menyelesaikan dua tugasan yang paling penting atau paling tinggipulangannya, pencapaian atau keberkesanan kita pada hari tersebut adalah padatahap 80%. Oleh itu, untuk merealisasikan matlamat pendidikan negara kita secaraholistik seperti yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013 – 2025, maka pengurusan masa PdP yang berkesan di sekolah Muka Surat | 179
  • 193. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarperlu dititikberatkan secara serius agar kita dapat berdiri sama tinggi danduduk sama rendah dengan sistem pendidikan yang bertaraf dunia. PERNYATAAN MASALAHPerhatian serius terhadap masa instruksional murid dapat meningkatkankuantiti dan kualiti keberhasilan pembelajaran murid. Isu ketiadaan guru disekolah merupakan antara masalah utama yang dialami oleh kebanyakansekolah kerana pelbagai komitmen perlu dihadapi oleh guru-guru berkenaan.Walaupun setiap sekolah disalurkan bilangan guru terhak yang mencukupinamun secara realitinya permasalahan ketiadaan guru di sekolah seringdihadapi oleh Pengetua. Sebagai contoh penulisan ini akan memberikan fokuskepada kes-kes yang berlaku di SMK Malim, Melaka. Dari segi latar belakang, sekolah ini terletak dalam daerah MelakaTengah, iaitu dalam kawalan Pejabat Pelajaran Daerah Melaka Tengah. Padatahun 2012, bilangan guru sekolah ini seramai 108 orang, iaitu 20 orang gurulelaki dan 88 orang wanita. Manakala bilangan murid pula seramai 1700 orang.Jadual 1 di bawah menunjukkan maklumat guru SMK Malim mengikut umurpada tahun 2012. Jadual 1 : Maklumat Bilangan Guru SMK Malim Pada Tahun 2012 JANTINA BIL PENERANGAN L P 1. Guru berumur 31 tahun ke 25 tahun 2 23 2. Guru berumur 32 tahun – 40 tahun 6 41 3. Guru berumur 41 tahun ke atas 12 24 Jumlah 20 88 Jumlah Besar 108 Muka Surat | 180
  • 194. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Berdasarkan data di atas, jelas menunjukkan bahawa bilangan guruwanita lebih ramai berbanding guru lelaki dan dalam kalangan guru wanita pulasebanyak 64 orang (59%) adalah guru yang berumur dalam lingkungan 25tahun ke 40 tahun. Oleh sebab guru wanita ini dalam kategori guru yangproduktif melahirkan anak, maka mereka akan mengambil cuti bersalinberdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 4/2010 dan PekelilingPerkhidmatan Awam Bilangan 15/2007 seperti berikut: “Seseorang pegawai wanita yang bersalin layak mendapat cuti bergaji penuh sebanyak 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatannya. Pegawai diberi fleksibiliti untuk menentukan sendiri tempoh cuti bersalin antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran. Walau bagaimanapun pegawai boleh memilih untuk menggunakan cuti bersalin lebih awal dari tarikh bersalin iaitu pada bila-bila masa dalam tempoh 14 hari dari tarikh dijangka bersalin” ( PPA bilangan 14/2010 ). “Kemudahan cuti menjaga anak adalah bertujuan membolehkan pegawai wanita menjaga dan menyusukan bayinya. Pegawai wanita yang melahirkan anak boleh dipertimbangkan kemudahan cuti menjaga anak oleh ketua jabatannya sehingga 1,825 hari ( 5 tahun) sepanjang tempoh perkhimatan berdasarkan syarat seperti berikut : i. Kemudahan cuti menjaga anak adalah cuti tanpa gaji, ii. Tempoh keseluruhan kemudahan cuti menjaga anak tidak melebihi 1825 hari (5 tahun)., iii. Kemudahan ini boleh diambil sekaligus atau sebahagian daripadanya ( PPA bilangan 1/ 2007.) Muka Surat | 181
  • 195. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Berikut dipaparkan data guru wanita SMK Malim yang mengambil cutibersalin pada tahun 2012 seperti jadual 2 di bawah : Jadual 2 : Senarai nama guru bersalin tahun 2012 dan tempoh mereka bersalin dan bilangan hari yang diambil. TEMPOH CUTI BIL NAMA GURU HARI BERSALIN 12.06.2012 – 1. Guru A 90 09.09.2012 02.04.2012 – 2. Guru B 90 30.06.2012 28.09.2012 – 3. Guru C 90 26.12.2012 11.09.2012 – 4. Guru D 60 09.11.2012 12.09.2012 – 5. Guru E 60 10.11.2012 04.04.2012 – 6. Guru F 90 02.07.2012 12.04.2012 – 7. Guru G 90 10.07.2012 23.07.2012 – 8. Guru H 90 20.10.2012 21.06.2012 – 9. Guru I 90 18.09.2012 12.10.2012 – 10. Guru J 90 09.01.2013 Berdasarkan Jadual 2 di atas, menunjukkan terdapat seramai 10 orangguru wanita SMK Malim telah mengambil cuti bersalin sepanjang tahun 2012.Sebanyak 8 orang guru (80%) dalam kalangan mereka yang bersalinmengambil cuti maksimum sebanyak 90 hari dan 2 orang guru sahaja (20%) Muka Surat | 182
  • 196. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmengambil cuti sebanyak 60 hari. Dua orang guru dalam kalangan merekatelah menyambung cuti iaitu dengan mengambil cuti tanpa gaji menjaga anakselama 90 hari. Kesemua guru telah mengambil cuti bersalin lebih awal iaitu 14hari daripada tarikh dijangka bersalin. Hal ini sudah tentu menjejaskan masainstruksional murid kerana tiada guru ganti yang mengambil masa instruksionalyang ditinggalkan oleh guru. Di sebalik guru mengambil cuti bersalin yang sememangnya telahdimaklumi oleh Pengetua, kes-kes cuti seperti cuti rehat khas, guru menghadirikursus dan bertugas di luar sekolah juga merupakan cabaran untuk menanganimasa instruksional murid. Ketiadaan guru ini walaupun bukan dalam tempohjangka yang panjang telah memberikan impak negatif tentang pelaksanaan PdPmurid di dalam kelas. Apatah lagi jika ada dalam kalangan guru yangmengambil cuti sakit atau cuti rehat khas secara tergempar kerana hal-hal yangtidak dapat dielakkan. Berdasarkan semakan fail cuti sakit guru SMK Malim,didapati seramai 10 orang guru yang dikategorikan kerap mengambil cuti sakitsehingga 40 hari setahun sama ada secara berkala atau secara berpanjangan.Hal ini tentu menjejaskan masa instruksional murid. CADANGAN TINDAKAN/ PENYELESAIAN MASALAHBagi menangani isu yang dibincangkan di atas pihak sekolah telah berusahamelaksanakan beberapa program bagi MMI seperti berikut:1. Pertama : Pelaksanaan guru ganti tetap dan amalan konsep jual beli kelas ganti. Ketiadaan guru di dalam kelas kerana cuti bersalin dan sakit yang berpanjangan, telah diatasi oleh pihak sekolah dengan melaksanakan Muka Surat | 183
  • 197. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar guru ganti tetap. Guru Ganti tetap bermaksud seseorang guru yang berada di sekolah akan diberi tugas tambahan bagi menggantikan kelas guru yang bersalin. Guru yang mengambil kelas gantian tetap ini perlu mengenal pasti kesesuaiannya bagi melaksanakan PdP dalam kelas guru yang bercuti. Sekurang-kurangnya mereka dalam panitia yang sama atau opsyen yang hampir sama. Strategi pelaksanaan gantian tetap ini perlu dirancang lebih awal, teliti dan berhemah. Pihak pentadbir perlu mengumpulkan data guru yang akan bercuti lebih awal khususnya guru wanita yang akan bersalin atau bercuti tanpa gaji. Misalnya, senarai nama guru yang bersalin dan tempoh cuti yang akan diambil oleh mereka pada tahun 2013 akan direkod pada bulan November tahun 2012. Dengan itu, pihak sekolah dapat merancang program bagi mengisi masa instruksional dengan baik dan bersistematik. Jadual 3 di bawah ialah rekod guru yang akan bersalin pada tahun 2013, tempoh bersalin dan mata pelajaran yang diajar di SMK Malim. Jadual 3: Senarai nama guru yang akan bersalin tahun 2013, mata pelajaran yang diajar dan tarikh jangkaan bersalin. Tarikh Jangkaan Bil Nama Guru Mata Pelajaran Bersalin 1. Guru L Pendidikan Seni Visual April 2. Guru M Bahasa Inggeris Januari 3. Guru N Pendidikan Islam Mei 4. Guru O Sejarah / Kimia Februari 5. Guru P Sains / Biologi Mei 6. Guru Q Biologi / Sains Januari 7. Guru R Sains Jun 8. Guru S Sains Jun 9. Guru T Kemahiran hidup Mei 10. Guru U Pendidikan Khas Jun Muka Surat | 184
  • 198. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Selain itu, satu alternatif lain yang turut dilaksanakan ialah pelaksanaan konsep gantian melalui kaedah jual beli. Melalui kaedah ini guru yang ingin bercuti atas sebab-sebab tertentu perlu mencari guru pengganti sendiri. Guru berkenaan perlu mencari guru yang sanggup menggantikan waktunya menerusi persefahaman yang dicapai antara kedua belah pihak. Kaedah ini pada asalnya rumit untuk dilaksanakan namun lama-kelamaan ia semakin diterima kerana cara ini meletakkan persefahaman sebagai asas pemberian dan penerimaan gantian antara pihak yang terlibat. Sekiranya guru yang ingin bercuti tadi mendapat guru pengganti maka ia perlu dimaklumkan kepada pentadbir bagi tujuan rekod semasa.2. Kedua : Penyediaan bahan atau modul guru ganti Penyediaan modul guru ganti yang dibangunkan oleh ketua panitia bersama barisan guru cemerlang juga merupakan suatu alternatif yang telah dilaksanakan. Bahan-bahan modul berkenaan diletakkan dalam bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM) berdekatan dengan bilik guru untuk memudahkan semua guru mengambil dan membawanya ke dalam kelas ganti. Guru-guru diberi kebebasan sama ada ingin membawa bahan yang sesuai dengan bidangnya atau membawa bahan mengikut guru mata pelajaran yang diganti. Setiap bahan yang telah siap dilakukan oleh para murid hendaklah diserahkan kepada guru mata pelajaran sebenar untuk dibuat semakan. Pelaksanaan kaedah ini didapati telah membantu guru-guru melaksanakan proses PdP termasuklah pelaksanaan PBS bagi murid-murid tingkatan Satu. Panitia Pendidikan Islam sebagai contohnya telah menyediakan bahan-bahan PdP berfokus kepada bidang ibadah, tilawah, dan akidah untuk diuji bagi kelas-kelas yang diganti. Setiap guru agama yang menerima kelas ganti akan membawa bersama fail dan modul untuk dilaksanakan di kelas-kelas berkenaan. Kaedah yang dilaksanakan ini Muka Surat | 185
  • 199. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar terbukti telah membantu guru-guru melaksanakan proses PdP dengan lebih baik dan berkesan.3. Ketiga : Program Bicara Hikmah Penerapan elemen motivasi dan kesedaran kendiri telah dijalankan melalui program Bicara Hikmah. Antara pengisiannya ialah mengenai pengurusan masa yang berkesan dan konsep kerja sebagai ibadah. Mereka juga akan diberi motivasi dan kesedaran kendiri oleh pasukan pentadbir khususnya mengenai pengurusan masa yang berkesan. Sesungguhnya dalam kalangan ahli profesional termasuk guru telah berusaha menguruskan masa mereka dengan baik, malangnya hanya segelintir daripada mereka sahaja yang berjaya mencapai matlamat yang dirangka. Pengurusan masa yang berkesan memerlukan lebih daripada apa yang terdapat dalam senarai tindakan dan azam yang kuat bukan sekadar bangun daripada tidur dan berjanji kepada diri sendiri, "hari ini saya akan menguruskan masa dengan baik.". Dalam menguruskan masa instruksional, guru yang akan cuti bersalin ini diingatkan tentang kepentingan menguruskan masa instruksional, pertama, memahami nilai masa dan bagaimana masa dihabiskan. Kedua, memahami kemahiran penggunaan masa dan ketiga, mengamalkan penggunaan alat dan kemahiran pengurusan. Dalam hal ini MMI merupakan salah satu pendekatan yang wajar dijadikan amalan bagi meningkatkan kualiti penggunaan masa secara optimum dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Program Bicara Hikmah bukan sahaja dilaksanakan kepada guru, tetapi juga kepada murid pada setiap pagi Jumaat secara berjadual. Selain bacaan Surah Yasin, guru murid dan warga sekolah yang berkesempatan akan membaca zikir munajat, asmaul husna dan pengertiannya. Guru-guru dan staf sokongan pula akan mengikuti tazkirah sebulan sekali pada waktu yang telah dijadualkan. Muka Surat | 186
  • 200. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Trademark sekolah turut diperkenalkan dalam setiap acara mahupun majlis yang dianjurkan di sekolah sebagai langkah menanam sikap yang positif dalam kalangan murid SMK Malim. Trademark sekolah juga akan dilaungkan oleh guru sebelum PdP dimulakan bagi mengawal disiplin dan motivasi murid di dalam bilik darjah. Selain itu, tanpa mengira sebarang program, setiap pengisian majlis di sekolah akan diselitkan dengan laungan Trademark seperti berikut: WARGA MALIM ... Berwawasan KETERAMPILANNYA ... Hebat BERDIRINYA/DUDUKNYA ... Sedia ANAK YANG BAIK ... Mendengar kata FOKUS ... Boleh BUDAYA ... Senyap Penerapan elemen motivasi dan kesedaran intrinsik dilakukan secara berterusan termasuklah menerusi slot suntikan motivasi bersama kaunselor selain ceramah-ceramah agama dalam program sambutan hari kebesaran Islam. Pola pemikiran dan tindakan negatif yang wujud dalam diri warga sekolah perlu diubah menerusi pendekatan humanistik. Kes-kes seperti guru datang lewat dengan sengaja, cuti diambil sewenang- wenangnya serta tidak masuk ke kelas, selain masalah yang berterusan ditimbulkan oleh para murid perlu ditangani secara bijaksana. Justeru, usaha yang dilakukan ini merupakan satu pelan jangka panjang yang diharapkan dapat mengubah persepsi dan sikap negatif dalam kalangan guru dan murid mengenai cara berfikir, cara bertindak termasuklah daripada aspek pengurusan masa kerja dan belajar yang efisien. Muka Surat | 187
  • 201. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar4. Keempat : Mewujudkan jawatankuasa MMI Sekolah Satu jawatankuasa MMI diwujudkan sebagai strategi untuk menjelaskan kepentingan mengisi masa instruksional kepada semua warga SMK Malim. Organisasi yang diketuai Pengetua, diikuti Guru Penolong Kanan dan Guru Kanan Mata Pelajaran, ketua-ketua panitia dan termasuk empat orang Guru Cemerlang yang bertindak selaku penyusun modul dan bahan PdP. Tanggungjawab utama organisasi MMI ini ialah menyusun program MMI selari dengan matlamat pihak sekolah untuk memanfaatkan masa PdP sepenuhnya di dalam bilik darjah khususnya semasa guru menerima tanggungjawab sebagai guru ganti. Selain merangka dan menyusun atur modul PdP, kumpulan jawatankuasa kerja ini perlu mengatur selia bahan-bahan lain yang diserahkan oleh guru-guru untuk direkod dan dikemas kini penggunaannya di dalam bilik darjah. Semua bahan dan modul yang diterima akan dikumpul di dalam bilik khas bagi memudahkan guru-guru mengambil dan membawa masuk ke dalam kelas ganti masing-masing. Setiap penggunaan bahan akan direkod untuk menilai tahap penggunaan serta keberkesanan program yang dirancang. Ahli jawatankuasa ini juga dijadikan rujukan oleh setiap guru yang ingin menggunakan modul dan bahan yang disediakan. Penilaian dan maklum balas yang diterima daripada kalangan rakan sejawat akan dibincangkan dalam mesyuarat pengurusan sekolah terutamanya dari segi keberkesanan pelaksanaannya. Kesediaan guru menjayakan program dengan penggunaan modul di dalam kelas ganti bukan hanya telah mengoptimumkan penggunaan masa dengan slot PdP, bahkan mengubah persepsi murid yang selama ini beranggapan bahawa waktu kelas ganti ialah waktu untuk bersembang kosong atau santai. Muka Surat | 188
  • 202. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar CADANGANAntara cadangan untuk MMI di peringkat sekolah adalah seperti yang berikut:1. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu peka dengan keperluan Guru Ganti di sekolah. Bagi mengisi masa instruksional yang terjejas kerana guru bercuti, bekalan guru ganti tidak boleh terputus malah perlu berterusan berdasarkan permohonan Pengetua. Walaupun kehadiran guru ganti tidak mungkin dapat mencapai matlamat atau objektif PdP secara seratus peratus, tetapi sedikit sebanyak masa instruksional murid akan terisi di samping masalah disiplin murid dapat dikawal. Penyediaan bahan atau modul untuk kegunaan guru ganti membolehkannya mengisi masa instruksional murid dengan berkesan.2. Penyediaan Modul dan Bahan Berkualiti untuk guru ganti yang dirancang oleh pihak sekolah perlu berkualiti dan sesuai digunakan di kelas ganti. Sikap acuh tidak acuh dan sambil lewa dalam menyediakan modul atau bahan guru ganti ini tidak akan memberikan impak yang positif kepada pembelajaran murid.3. Menyediakan Jawatankuasa Melindungi Masa Instruksional (MMI) di sekolah. Jawatankuasa ini sangat relevan dengan hasrat untuk memperkasakan tanggungjawab guru dan meningkatkan penghasilan pembelajaran murid. Keberkesanan fungsi jawatankuasa ini perlu dinilai secara berterusan dan diperkemas lagi setiap tahun. Ahli jawatankuasa ini yang terdiri daripada pentadbir sekolah, Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru Cemerlang, dan Ketua Panitia perlu memahami dengan mendalam hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencapai kualiti pendidikan murid secara holistik dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Muka Surat | 189
  • 203. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar4. Pengisian program khas oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu diperkasa dan dipertingkatkan lagi. Mereka boleh mengisi masa instruksional dengan mengadakan program-program bimbingan dan kaunseling seperti kemahiran belajar, prospek kerjaya pada masa depan dan lain-lain. Pada masa tertentu dan sesuai mereka boleh diberi relief tetap untuk mengisi masa instruksional guru cuti bersalin.5. Pelaksanaan Program Bicara Hikmah yang memberikan fokus kepada pembangunan kesedaran kendiri dan meningkatkan motivasi. Program ini perlu dijalankan dengan konsisten dan bermaklumat. Program ini boleh diberi dengan pelbagai jenama yang sesuai mengikut keperluan sekolah. Matlamat program ini adalah untuk mengubah paradigma dan cara berfikir guru ke arah lebih kreatif dan inovatif. Antara modul yang boleh digunakan ialah modul perubahan paradigma guru dan modul tanggungjawab manusia empat dimensi iaitu siapakah diri kita dari kaca mata Islam.Selain itu guru-guru juga perlu diberi pemahaman yang jelas mengenai konseppenggunaan masa yang berkesan mengikut pandangan Islam. SesungguhnyaIslam amat menggalakkan umatnya mementingkan soal penggunaan danpengurusan masa. Semua perkara yang dilakukan oleh umat Islam berdasarkanmasa dan waktunya. Oleh itu, sebagai organisasi yang bertanggungjawabmenentukan kejayaan visi dan misi negara, pihak sekolah perlu mengisi masainstruksional murid dengan program yang sesuai demi memanfaatkan masaseoptimum yang mungkin. Diharap Program MMI ini berupaya untukmengorak langkah bagi mengelakkan pembaziran masa di dalam kelas. Hal ini Muka Surat | 190
  • 204. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardisebabkan PdP di dalam kelas merupakan entiti penting, nukleus utama dancore bussiness yang perlu dilaksana dan dimanfaatkan secara berkesan. RUMUSANSebagai rumusannya dapat disimpulkan bahawa usaha melindungi masainstruksional di sekolah perlu diberi perhatian yang sewajarnya terutamasemasa guru tidak dapat hadir ke sekolah kerana bercuti, berkursus danbertugas di luar sekolah. Usaha ini diharap dapat meningkatkan keberhasilanpembelajaran murid seterusnya merealisasikan visi dan misi sekolah danKementerian Pelajaran Malaysia. Kejayaan yang diharapkan ini memerlukankomitmen dan kolaborasi semua pihak di sekolah. Hal ini bermula denganperanan Pengetua selaku peneraju utama sekolah, perlu memahami danmendalami tugasnya sebagai pemimpin instruksional dan mempraktikkannya.Pentadbir yang lain, guru-guru dan semua warga sekolah sewajarnyamenyokong dan memantau keberkesanan program MMI dengan rapi danberkesan. Guru pula perlu diberi motivasi secara berterusan bagi memahamitugas dan tanggungjawab mereka sebagai pendidik. Manakala murid pula perludiberi suntikan semangat yang tinggi untuk menyedarkan mereka tentangkepentingan masa depan.RujukanAlbert. EN Gray ( 1940 ) The Common Dominator Of Sucsess. National Association Of Life Under WritersJames Ang Jit Eng & Balasandran Ramiah ( 2012 ) Kepimpinan Instruksional; Satu Panduan Praktikal. PTS Profesional PublishingMurphy, J. ( 1990 ) Principal Instruktional Leadership : Changing Perspective On The School. Advances in Educational Administration, 1, 163 -200.Martin Manser ( 2010 ) The Management Secret Harper Collins Publisher Ltd Muka Surat | 191
  • 205. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. ( 2012 ) Laporan Awal, Ringkasan Eksekutif. Muka Surat | 192
  • 206. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar AMALAN TERBAIK MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL Oleh HAJI KOMARUDIN BIN ABDULLAH SMK Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai, Kelantan Darul Naim AbstrakPerkara utama dalam mengukuhkan kualiti pendidikan dan memastikan pengendalianpengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dapat berjalan lancar ialah gurumesti masuk kelas dan pengajaran-pembelajaran berkesan. Justeru, guru perlumemainkan peranan utama mewujudkan situasi pembelajaran yang menarik perhatianmurid melalui kepelbagaian pedagogi. Dalam hal ini komitmen dan kerjasama semuaguru amat diperlukan bagi memastikan kecemerlangan akademik murid. Hasil yangpaling bernilai ialah apabila berjaya menghasilkan yang murid mempunyaipencapaian yang cemerlang dalam akademik,bersahsiah mulia dan aktif dalam aktivitikokurikulum. Sumber tenaga guru yang komited, rajin dan berpengalaman yangdimiliki oleh sekolah harus diambil peluang oleh pengurus untuk diguna pakai dalammerancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memastikan pencapaian KPI.Sebagai pemimpin sekolah, teras utama ialah memastikan pencapaian akademik terusmeningkat sama ada dari segi peratus kelulusan keseluruhan mahupun gred puratasekolah (GPS).Namun pihak sekolah, tidak dapat mengelak dari isu ‘guru tiada di sekolah’ dan‘guru tidak masuk kelas’ atas sebab-sebab urusan rasmi atau sengaja. Menyedarihakikat inilah maka pelbagai usaha dilakukan bagi melindungi masa instruksional ini.Antaranya ialah program-program yang lebih berfokus ataupun usaha-usaha personelyang diambil oleh pengurus sekolah bagi mengatasi isu yang timbul. Di samping itu,sekolah perlu mengamalkan budaya kerja cemerlang di peringkat pemimpin sekolahbersama-sama dengan guru-guru termasuk kakitangan. Muka Surat | 193
  • 207. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALANMelindungi masa instruksional bermaksud mengurangkan gangguan bagimengelakkan kelas tidak berlangsung seperti yang dirancang. Ia bertujuanuntuk memastikan kualiti masa instruksional yang boleh menjaminpembelajaran bermakna/ berkesan dalam kalangan murid. Kepimpinan puladidefinisikan sebagai proses mempengaruhi orang lain termasuk kakitanganbawahan untuk melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti untuk mencapaimatlamat organisasi. Menurut Blasé (1998) kepimpinan instruksional adalahgabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum.Kepimpinan instruksional ialah segala usaha yang dilakukan oleh pemimpinsekolah untuk menyediakan inovasi kurikulum dan memperkembangkan prosespengajaran dan pembelajaran dengan tujuan menjayakan matlamat sekolah(Hussein,1989). Kepimpinan instruksional juga boleh didefinisikan sebagaipemimpin sekolah yang mengambil peduli dan cakna terhadap pengajaran gurudan pembelajaran murid serta perkembangannya dan sentiasa membina iklimpembelajaran yang kondusif di sekolahnya. Sebenarnya melindungi masa instruksional amat penting denganbermatlamat untuk mengurangkan gangguan masa dan memastikan pengajarandan pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan dalam kalanganmurid. Masa instruksional merupakan masa dimana murid mendapatkanpembelajaran yang berkualiti yang telah dirancang oleh guru yang mengajaratau pihak sekolah. Guru sekolah perlu memanfaatkannya secara optimumdengan memastikan kelas berlangsung sama ada dengan kehadiran guru atautanpa kehadiran guru serta memastikan murid belajar secara berkesan.Pengurangan masa instruksional perlu dibendung oleh pihak sekolah bagimemastikan tempoh masa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan muridmeningkat. Muka Surat | 194
  • 208. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PERNYATAAN ISU MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL1. Isu Gangguan Masa Instruksional Murid. Ada 3 Penyebab Berlakunya Gangguan Masa Instrulsional: a) Guru Tidak Hadir Ke Sekolah : i. Cuti Sakit (MC) ii. Cuti Rehat Khas (CRK – 7 hari setahun) iii. Cuti Bersalin iv. Keluarga terdekat meninggal v. Isteri bersalin vi. Menghadiri kursus/mesyuarat/seminar/bengkel atau sebagainya vii. Menghadiri pelbagai aktiviti kokurikulum (jurulatih,pengiring,pengadil dsb) viii. Jurulatih Utama,penceramah ix. Pengawas peperiksaan b) Guru Hadir Tapi Tak Masuk Kelas : i. Terlupa (berbual dikantin,berniaga,bertukar jadual atau sebagainya) ii. Melayan tetamu luar iii. Mesyuarat dalaman iv. Dipanggil oleh pengetua v. Tak minat mengajar (mengajar bukan subjek opsyen,mengajar kelas akhir,gagal vi. Kawalan kelas semasa mengajar,tak minat jadi guru (bukan pilihan), Muka Surat | 195
  • 209. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar vii. Tak bersedia,berulang jauh ke sekolah(penat). c) Gangguan Semasa Pengajaran dan Pembelajaran i. Pengumuman dari pembesar suara ii. Kelewatan murid masuk kelas (tandas,jumpa kawan/guru /kantin dsb) iii. Keadaan kelas yang tak ceria iv. Murid dipanggil oleh pentadbir/guru v. Murid terlibat dalam latihan dalam pelbagai pertandingan kokurikulum/koakademik vi. Kerusakan peralatan seperti komputer vii. Murid kurang bersedia untuk belajar(tak minat subjek berkenaan. viii. PdP guru tidak menarik dan berkesan CADANGAN TINDAKAN PENYELESAIANBerdasarkan isu yang telah dinyatakan, Sekolah Menengah Kebangsaan SultanYahya Petra I telah melaksanakan dua cadangan penyelesian iaitu:1. Program berfokus melindungi masa instruksional Program ini bertujuan bagi memastikan setiap isu yang dihadapi dapat diselesaikan dengan cara terbaik. Muka Surat | 196
  • 210. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Jadual 1: Program Berfokus KATEGORI STRATEGI : STRATEGI :BIL FAKTOR KELOMPOK Budaya kerja Program berfokus GANGGUAN cemerlang1. FAKTOR Guru Tiada  Dasar Pengurusan  Penguatkuasaan PENGURUSAN Sekolah dan pematuhan SEKOLAH Gangguan  Program khas dasar pengurusan Fizikal melindungi masa sekolah instruksional,  Perluasan Gangguan Luar contoh: program / aktiviti Jangka o jadual guru khas di sekolah ganti, open book  School-based Gangguan test, rekod CPD Adhoc pengesanan murid, guru on call, borang laporan kelas, jual beli waktu pengajaran  School-based CPD  Penyelarasan aktiviti KPM2. FAKTOR Kualiti  Program e-cakna  Kepimpinan INSTRUKSIONAL Pembelajaran  Rondaan instruksional GURU Murid pentadbir budaya (Leadership and kepimpinan Kualiti Management by pemimpin Pengajaran Walking Around- sekolah Guru L&MBWA)  CPD guru  CPD guru  School-based  School-based CPD CPD  Pemantauan dan  Pemantauan dan penilaian penilaian pengajaran guru pengajaran guru berterusan berterusan  Guru opsyen  Pembudayaan bimbingan instruksional dalam kalangan komuniti sekolah  Guru opsyen  Professional Learning Community untuk CPD guru Muka Surat | 197
  • 211. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Program-program di atas dirancang dan dilaksanakan secara berfokus dan khusus untuk menyelesaikan isu dan permasalahan dalam amalan menjaga masa instruksional di sekolah ini. Matlamatnya ialah memastikan setiap orang murid sekolah ini mendapat hak mereka untuk menikmati peruntukan masa persekolahan yang betul dan bermanfaat seperti mana yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam surat pekeliling ikhtisas dan siaran rasmi. Di samping itu, program berfokus seperti e-cakna (pencerapan) dan rondaan pentadbir (Leadership and Management by Walking Around) juga membantu pemimpin sekolah memastikan guru mesti berada dalam bilik darjah,dan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan berkesan. Ini bermakna apabila guru berada dalam kelas, guru mestilah berfungsi sebagai seorang pendidik. Apabila situasi ini berlaku, murid akan dapat menikmati masa 40 hingga 80 minit tersebut dengan penuh kepuasan dari aspek keperluan dan kehendak mereka untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.2. Budaya kerja cemerlang : Amalan Melindungi Masa Instruksional Persoalan dan isu yang sering dibangkitkan ialah sejauhmanakah pemimpin sekolah atau Pengetua memberi penekanan dan peruntukan masa yang banyak kepada kepimpinan instruksional. Dapatan dari pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti , JNJK,KPM dan kajian-kajian yang dijalankan di peringkat negeri mendapati bahawa ada kalangan Pengetua kurang memberi perhatian terhadap PdP. Berdasarkan pengalaman, amalan budaya kerja cemerlang pengetua bukan sahaja memerlukan perhatian atau tanggungjawab secara langsung terhadap kepimpinan instruksional ini, tetapi juga dalam aspek-aspek lain yang berkaitan misalnya perlu di selitkan atau digabungjalinkan dalam ucapan harian, Muka Surat | 198
  • 212. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar doa, aktiviti kokurikulum, program pembangunan disiplin dan sebagainya. Proses penggabungjalinan dan penerapan ini penting bagi membolehkan perkara yang dianggapkan sukar seperti mencapai kecemerlangan akademik itu akan menjadi fokus, tanggungjawab dan amalan penting oleh semua pihak. Dengan cara ini, pembangunan sekolah menjadi lebih holistik dan wujudnya budaya kerjasama serta belajar dalam suasana yang kondusif sama ada di dalam bilik darjah, luar bilik darjah atau di rumah. Sebagai pemimpin sekolah, pengetua mesti memberi fokus kepada PdP. Penyelidikan sekolah telah menunjukkan bahawa pengetua sekolah boleh membawa perubahan yang mendadak terhadap produktivi sekolah. Pengetua melakukannya melalui peranannya sebagai pemimpin instruksional di sekolah. Penekanan terhadap aspek perpaduan kaum terutama semasa proses pengajaran dan pembelajaran amat dititikberatkan oleh pentadbiran sekolah. Pihak kami memastikan penglibatan sepenuhnya murid daripada tiga kaum utama di sekolah ini iaitu murid Melayu, Cina dan India. Usaha perlu dibuat bagi memastikan keperluan pengajaran dan pembelajaran guru mencukupi dan terkini. Guru-guru digalakkan melanjutkan pelajaran dan mengikuti pelbagai kursus yang bersesuaian dengan opsyen mereka dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik murid. Bakat yang ada pada guru digunakan sepenuhnya untuk menjalankan tugas dalam membina semangat kerja berpasukan dengan menyediakan peluang-peluang untuk guru berkongsi kepakaran, mengadakan perbincangan dan perjumpaan mengenai urusan kerja dalam suasana kondusif dan bersahaja. Pengurus sekolah perlu peka terhadap Muka Surat | 199
  • 213. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar faktor-faktor yang boleh membantutkan semangat guru seperti bilik darjah tidak kondusif, kurang kebajikan dan tahap disiplin murid lemah. Pihak sekolah juga perlu menawarkan maklumat kejayaan guru/staf kepada komuniti dan memperbanyakkan surat penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru dan staf. Pendekatan berkomunikasi dengan cara terbaik, mesra dan saling menghormati misalnya memberi penghargaan kepada guru/staf semasa mesyuarat atau majlis perhimpunan rasmi sekolah. Kesannya akan melahirkan rasa bangga guru/staf terhadap sekolah, pentadbir, rakan sekerja dan murid. Usaha yang berterusan dalam mengadakan sesi penataran maklumat untuk semua program sekolah. Menerangkan dengan jelas kepada guru/staf visi dan misi sekolah dan menjiwainya secara bersama, mengenali setiap guru/staf secara tidak formal dan berkongsi pengalaman positif secara tidak langsung, bersedia menerima teguran dan penilaian guru/staf walaupun pahit, bekerja secara bersama untuk mencapai budaya cemerlang dan gemilang dalam pelbagai bidang. Sekolah juga perlu menetapkan misi dan sasaran pencapaian murid/sekolah (Headcount) dengan memindahkan visi sekolah kepada tindakan secara bersama misalnya dalam penghayatan dasar kurikulum, membuat agihan dan persefahaman tugas semua pentadbir, ketua panitia dan guru serta penggabungan tugas secara sinergi, memantau keupayaan guru dan murid secara adil dan berterusan, membimbing dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada guru dan murid untuk peningkatan keupayaan diri, membina budaya ilmu yang kondusif, memberi insentif kepada guru dan murid secara jujur dan berusaha menjadi pemimpin sentiasa kelihatan dan bermaklumat. Muka Surat | 200
  • 214. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar KESIMPULANMelindungi masa instruksional di SMK Sultan Yahya Petra 1 merupakankomponen utama dalam menjayakan pembelajaran secara berkesan. Justeru, iaamat diberi perhatian oleh pihak sekolah dalam memastikan peningkatankeberhasilan pembelajaran murid dalam usaha membangunkan modal insanyang kritis, kreatif dan inovatif. Pengurus sekolah merupakan tulang belakangutama di dalam proses merancang dan membuat matlamat dengan memberikankomitmen yang tinggi terhadap pencapaian matlamat sekolah .Percayalahbahawa setiap komitmen guru dan murid akan bertambah tinggi apabila adaganjaran dan pengiktirafan. Dalam masa yang sama ia akan meningkatkankecemerlangan dalam pencapaian akademik murid. Yakinlah bahawa kejayaansebuah sekolah amat memerlukan pengorbanan daripada semua warga sekolahberkenaan. Setiap guru yang ada disekolah ada kekuatan masing-masing yangyang perlu diserlahkan dan dikongsi bersama agar matlamat akhirnya ialahmelahirkan anak didik yang cemerlang khususnya dalam akademik dan hakmereka untuk mendapat ilmu direalisasikan.RujukanAhmad Tajuddin Abd. Hamid. (1989). Peranan pengetua dalam kepimpinan pengajaran. Disertasi Sarjana Pendidikan. Tidak diterbitkan: FakultiPendidikan, Universiti Malaya.Ariffin Ba’ada. (2003). Pembangunan Sumber Manusia: Melalui Perspektif Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengurusan Dan Kepimpinan Pendidikan. IAB, KPM.Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Rancangan Malaysia ke-9: Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, 2006–2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Muka Surat | 201
  • 215. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMd. Kasim Hussin. (1999). Jangkaan peranan, harapan dan amalan pengetua sebagai pemimpin sekolah pada abad ke-21. Jurnal Pendidikan. 4: 2-7.Shafari Mohamed Nor. (2001). Kajian Amalan Kepemimpinan Pengajaran Pengetua Dari Persepsi Pengetua dan Guru Sekolah Menengah Di Kuala Pilah. Tesis Sarjana Sains: Universiti Putra Malaysia.Shahril @ Charil Marzuki. (1997). Kajian Sekolah Berkesan Di Malaysia: Model Lima Faktor. Tesis Ph.D. Tidak diterbitkan: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.Sufa’at Tumin. (2005). Mengapa program ini diadakan? Kursus Kepimpinan Instruksional Pengetua Sekolah-sekolah Negeri Johor Tahun 2005.Sufa’at Tumin, Mohammad Mahadi, & Azman Adnan. (2001). Pengurusan sekolah oleh pengetua yang sentiasa sibuk. Jurnal PKPSM. 1-9.Zulkafli Arifin, (2000).Pengaruh kepimpinan prestasi pengetua terhadap prestasi akademik murid: Satu tinjauan di sekolah-sekolah menengah. Tesis Sarjana: Universiti Teknologi Malaysia. Muka Surat | 202
  • 216. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 1 ALIRAN PENGURUSAN PROGRAM E-CAKNA (PENCERAPAN) Lantik seorang GK sebagai penyelaras penyelaras Pencerap / penyelia : Jadual pelaksanaan pencerapan Pengetua,Penolong kanan,guru (setiap guru dicerap dua kali kanan,guru cemerlang dan setahun) ketua panitia pencerapan Klinik Pencerap - Guru Kemasukan ke sistem e-cakna Cetak dan tandatangan pencerap Edar kepada guru berkenaan Muka Surat | 203
  • 217. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 2 ALIRAN PENGURUSAN JADUAL GURU GANTI Pemantau : : Pengetua,Penolong kanan/guru Guru kanan bertugas mingguan Jadual pelaksanaan guru ganti (1 salinan guru – 1 salinan pentadbir) Edar jadual Guru ganti masuk kelas pemantauan Muka Surat | 204
  • 218. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 3 ALIRAN PENGURUSAN PROGRAM OPEN BOOK TEST (OBT) Lantik seorang GK sebagai penyelaras penyelaras Rekod penggunaan modul OBT Ditandatangani oleh guru ganti AJK OBT dan Panel Penggubal semasa ambil dan hantar di Modul OBT bilik GK Modul OBT dibukukan Simpanan Modul OBT di Bilik Guru Kanan Guru ganti ambil modul OBT dan masuk kelas Kutip semula Tamat PdP modul dan skrip jawapan pelajar Simpan Modul OBT di Bilik Guru Kanan dan serah skrip kepada guru subjek Muka Surat | 205
  • 219. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 4 ALIRAN PENGURUSAN REKOD PENGESANAN MURID Lantik PK HEM sebagai penyelaras penyelaras AJK OBT sediakan set rekod pengesanan murid untuk setiap kelas Ketua Kelas ambil di bilik GK setiap pagi Dikemaskini dan ditandatangani oleh guru subjek ganti Isi nama murid ponteng masa PdP atau tidak hadir Jika tiada guru/guru ganti, ketua kelas tulis tiada Sebelum pulang ketua kelas kembalikan rekod ke bilik GK Semakan oleh PK HEM  Tandakan murid ponteng  Hantar nama guru tiada kepada Pengetua Muka Surat | 206
  • 220. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 5 ALIRAN PENGURUSAN GURU ON CALL DAN KAWALAN P&P HARIAN Lantik Ketua Kelas sebagai Pelapor PELAPOR Selepas 5 minit guru subjek/ganti tidak masuk kelas Ketua Kelas aisi borang Laporan Kelas (Kawalan PdP harian) Ketua kelas hantar borang ke pejabat sekolah Pengetua/PK/Staf telefon kepada guru berkenaan (Sila masuk kelas anda dengan segera) Alternatif (panggilan melalui pengumuman) Guru berkenaan kena jumpa Pengetua (Apa masalah cikgu?) Tindakan Pengetua  Khidmat nasihat  Amaran Muka Surat | 207
  • 221. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 6 ALIRAN PENGURUSAN JUAL BELI MASA PENGAJARAN Guru Subjek Guru A (terpaksa hadir mesyuarat di PPD) Sehari sebelum , proses rundingan dengan guru B Persetujuan bersama, A masuk masa B, B akan masuk masa A Isi borang makluman setuju sama (serah kepada Pengetua/PKP) Makluman kepada kelas berkenaan sehari sebelum Pelaksanaan kelas jual beli masa pengajaran Muka Surat | 208
  • 222. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lampiran 7 ALIRAN PENGURUSAN RODAAN PENTADBIR (LEADERSHIP AND MANAGEMENT BY WALKING AROUND) Pengetua/PK Pengetua Rondaan kawasan sekolah dan blok bilik darjah Jika didapati guru tiada dalam kelas, Pengetua/PK terus hubungi melalui telefon guru berkenaan Pengetua masuk kelas berkenaan sehingga subjek guru hadir Muka Surat | 209
  • 223. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGURUSAN SEKOLAH DALAM MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL DI SEKOLAH UNTUK MENINGKATKAN KEBERHASILAN PEMBELAJARAN MURID oleh MUKHTAR BIN HAJI KASIM SMA Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah, Arau Perlis. AbstrakKertas kerja ini menyingkap permasalahan, halangan dan isu-isu yang berlaku dalammelindungi masa instruksionaldi sekolah yang melibatkan isu sikap murid, sikap gurudalam pengurusan pengajaran dan pembelajaan, tugasan guru di luar bilik darjah isupengurusan aktiviti lain disekolah yang mengganggu masa instraksional. Kertas inijuga mencadangkan beberapa pandangan dan syor yang boleh dijadikan panduankepada pemimpin sekolah dalam menghasilkan pembelajaran berkesan kepada setiapmurid seperti memastikan murid sentiasa bersedia untuk memulakan pembelajaran,memastikan guru dapat menguruskan masa dengan baik dalam melaksanakan aktivitidan perancangan mereka serta memastikan setiap guru mempunyai kesedaran danmotivasi yang tinggi dalam melaksanakan amanah dan memahami konsep kerjasebagai amal ibadat. Memastikan setiap program dan perancangan kurikulummengikut takwim atau jadual yang selaras dengan mengambil kira aktiviti-aktiviti luardiperingkat sekolah, negeri mahupun kebangsaan, dan mewujudkan pembantu guruuntuk melaksanakan tugas-tugas bukan instruksional atau mengagihkan sama ratatugasan tersebut kepada semua guru. Muka Surat | 210
  • 224. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALANKeberhasilan pembelajaran merupakan fokus utama dalam semua programdanrancangan yang dirangka oleh KPM. Lantaran itu kerajaan Malaysia melaluiKementerian Pelajaran Malaysia (KPM), telah menggariskan bahawapendidikan menjadi satu teras utama dalam setiap pelan pembangunan Negaraseperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yangdibentangkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abd.Razak Perdana MenteriMalaysia yang telah meletakan sebelas anjakan utama terutama anjakan keLima iaitu ‘Memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan disetiapsekolah. Ini juga dapat dilihat melalui rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) bab ke lima iaitu Membangun Dan Mengekalkan Modal Insan BertarafDunia, kerajaan menggariskan empat strategi iaitu (i) memastikan setiap kanak-kanak boleh berjaya, (ii) menjadikan sekolah bertanggung jawab terhadapprestasi murid, (iii) membuat pelaburan bagi membangunkan kepimpinanunggul di setiap sekolah dan, (iv) meningkatkan daya tarikan profesionkeguruan dan menghasilkan guru terbaik. Pembangunan sistem pendidikan juga diberi perhatian oleh kerajaanmelalui satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaituMempertingkat kualiti murid. NKRA pendidikan bertujuan meningkatkanprestasi murid dan berteraskan kepada empat bidang: (i) kadar enrolmenprasekolah, (ii) sekolah berprestasi tinggi, (iii) program Penyaringan Literasidan Numerasi (LINUS) dan, (iv) Bai’ah kepada Guru Besar dan Pengetua. Lantas keberkesanan pelaksanaan strategi ini dilihat dan dinilai melaluikejayaan pemimpin sekolah mentadbir dan melindungi masa intraksional sertakerjasama dan komitmen guru di sekolah dan peningkatan prestasi murid.Kualiti guruberlandaskan falsafah untuk guru” ADA, BERFUNGSI, BERSIH’ Muka Surat | 211
  • 225. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajardan ketegasan kepimpinan sekolah mempunyai kesan yang amat signifikanterhadap kejayaan dan keberhasilan pembelajaran murid. PENYATAAN ISUAmalan kepimpinan instruksional mula mendapat tempat dalam kalanganpemimpin sekolah kerana ia amat signifikan dalam melahirkan sekolahberkesan (Sazali, Rusmini, Abang Hut & Zamri, 2007). Dalam mengkaji aspekkepimpinan instruksional, model Halinger dan Murphy (1987) telah banyakdigunakan.Model ini telah menggariskan tiga dimensi kepimpinan instruksionaliaitu mendefinisikan misi sekolah, mengurus kurikulum dan pengajaran, danmenggalakkan iklim sekolah. Ketiga-tiga dimensi tersebut ditunjuk dalamjadual 1. Di dalam dimensi ketiga, terdapat fungsi melindungi masainstruksional iaitu pendekatan yang dilakukan bagi mengurang gangguansemasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dijalankan di dalam kelas. Jadual 1: Kerangka Kepimpinan Instruksional Dimensi Fungsi Mendefinisi misi 1. Merangka Matlamat Sekolah sekolah 2. Menyampaikan Matlamat Sekolah Menguruskan 3. Penyeliaan Dan Penilaian Instruksi kurikulum dan 4. Menyelaras Kurikulum pengajaran 5. Memantau Kemajuan Murid Mempromosikan iklim 6. Melindungi Waktu PdP pembelajaran sekolah 7. Membudayakan Perkembangan Professional 8. Mengekalkan Ketampakan (Visibility) 9. Menyediakan Ganjaran Kepada Guru 10. Menguatkuasakan Standard Akademik 11. Menyediakan Insentif Kepada Murid Muka Surat | 212
  • 226. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarAntara isu-isu yang kerap timbul dan dikenalpasti menganggu prosespengajarandapat dibahagi kepada empat isu utama:1. Sikap guru (a) Sebahagian guru kurang persediaan dengan perancangan dan bahan semasa hendak memulakan pengajaran. (b) Guru Mengikuti Pengajaran Jarak Jauh dan mengikuti kursus selain menjalankan tugas-tugastambahan yang bukan pengajaran. (c) Guru bercuti sakit, cuti rehat khas,atau dating kesekolah tetapi tidak masuk ke kelas kerana masalah kesihatan,peribadi dan lain- lain. (d) Guru ganti tidak memasuki kelas ganti atau memasuki kelas dengan tidak menjalankan aktiviti pengajaran.2. Faktor Murid a) Kesediaan murid belajar. Sebahagian guru mengajar dengan tidak mengambil kira kesediaan murid dari segi mental, fizikal dan suasan kelas. b) Pergerakan Murid. Kedudukan kelas dengan bilik khas yang berjauhan menyebabkan pergerakan murid menagambil untuk sampai ke bilik khas seperti makmal Sains.3. Faktor Pengurusan (a) Gangguan pengumuman melalui pembesar suara semasa proses pengajaran berlangsung. Dengan berlakunya pengumuman ini pengajaran guru dan kesediaan murid belajar terganggu kerana masing-masing memberi perhatian kepada pengumuman tersebut. Muka Surat | 213
  • 227. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (b) Mesyuarat semasa PdP dan mesyuarat tergempar semasa pengajaran. Keadaan ini mengganggu perancangan dan kesediaan guru untuk mengajar. (c) Tempoh atau masa peperiksaan yang terlalu lama. Tempoh peperiksaan bagi sekolah menengah mengambil masa lebih dari dua minggu. Keadaan ini menyebabkan perancangan tahunan dan sukan pelajaran guru tidak dapat dihabiskan mengikut jadual.4. Faktor Prasarana (a) Kemudahan dan peralatan sokongan tidak lengkap dan rosak. Kemudahan prasarana seperti bekalan eletrik, perkaasan makmal Sains atau Kemahiran Hidup atau lain-lain kemudahan yang rosak dan tidak lengkap akan mengganggu kelicinan dan keberkesanan proses pengajaran. (b) Sistem pengudaraan dan pencahayaan yang tidak cukup menyebabkan ruang atau kelas menjadi kurang kundusif. Keberkesanan pengajaran guru tidak terhasil disebabkan keselesaan guru mengajar dan murid belajar terhalang dengan keadaan kelas yang tidak kundusif. (c) Lantas, kepimpinan sekolah terutama pengetua dan guru besar bertanggung jawab bagi mencari jalan penyelesaian supaya segala isi yang timbul dapat diatasi serta mencari jalan bagi mengurangkan aktivti bukan pengajaran yang menjadi penghalang kepada proses PdP agar dapat meningkatkan keberhasilan murid.. Muka Surat | 214
  • 228. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar CADANGAN TINDAKAN/ PENYELESAIANDalam usaha memaksimumkan waktu pengajaran (maximizing instructionaltime) beberapa pendekatan boleh diambil. Hawthorne Elementary SchoolIllinois Amerika Syarikat, telah menetapkan polisi bagi mengawal gangguansemasa proses PdP dijalankan. Prosedur yang telah ditetapkan ialah seperti:1. Penyiaran pesanan melalui alat pembesar suara hanya boleh dilakukan sekiranya berlaku kecemasan dan tidak dijangka sahaja,2. Murid akan mengikuti proses pembelajaran sebaik sahaja mereka tiba di kelas,3. Hanya panggilan kecemasan akan dihantar ke kelas semasa proses PdP berjalan,4. Hanya tetamu yang dijangka sahaja dibenarkan melawat kawasan pembelajaran,5. Jadual kelas yng dibentuk akan mengurangkan masa peralihan antara satu kelas dengan kelas yang lain,6. Aktiviti yang dijadualkan untuk memberi ganjaran kepada tingkah laku murid akan diselaraskan dengan kurikulum dan garis panduan pengajaran, dan7. Penyiaran video dan televisyen hanya akan digunakan untuk tujuan pengajaran yang menyokong kandungan utama pengajaran. Muka Surat | 215
  • 229. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Lembaga pentadbir bagi Barrington School District juga telahmembentuk polisi yang serupa seawal tahun 1994 lagi dalam memaksimumkanwaktu PdP. Antara garis panduan yang dibentuk ialah:1. Kelewatan murid ke kelas perlu diklasifikasikan sama seperti tidak hadir; kelewatan yang melampau akan dikenakan tindakan seperti ponteng,2. Gangguan murid di dalam kelas akan dikenakan tindakan disiplin seperti yang telah ditetapkan dalam peraturan sekolah,3. Gangguan kepada masa pengajaran perlu dielakkan seboleh mungkin. Pihak lembaga sekolah memastikan pihak pentadbiran untuk meminimumkan pengumuman melalui pembesar suara, lawatan ke kelas dan gangguan-gangguan lain kecuali situasi kecemasan, guru tidak akan diganggu dengan panggilan telefon, dan4. Rundingan atau mesyuarat yang melibatkan guru akan dijalankan di luar masa PdP. Mesyuarat sebegini boleh diadakan sama ada sebelum atau selepas waktu persekolahan. Sekiranya berlaku semasa waktu persediaan mengajar, ahli mesyuarat seharusnya tahu keperluan guru untuk meneruskan tugas mereka walaupun diakhir masa pengajaran. Dalam menangani halangan-halangan yang timbul untuk MMI, makaterdapat syor yang boleh dipertimbangkan untuk dilaksanakan. Antaranyamengenai sikap guru yang kurang bersedia. Guru perlu membuat persediaanberpandukan RPT dan Sukatan Pelajaran dan berfokus. Pihak pentadbir perlumembuat pencerapan dan pemantauan berekod disamping sentiasa memberibimbingan dan nasihat melalui mesyuarat, perhimpunan dan dalam setiapperjumpaan dengan guru. Muka Surat | 216
  • 230. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Bagi guru berkursus, Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), sakit atau bercutidisyorkan setiap guru mengadakan headcount masa peribadi masing-masing.Jika jumlah jam tidak mencukupi, mereka perlu membayar masa tersebutmelalui kelas tambahan. Juga dicadangkan supaya adakan amalan berjual belijadual waktu selain menyediakan bahan untuk guru ganti . Bagi menangani isu sikap murid, biasanya murid datang ke kelas dalamkeadaan tidak bersedia dan bising di dalam kelas. Oleh itu, menjaditanggungjawab ibu bapa dan murid dalam membuat persediaan di rumahsebelum ke sekolah dengan mengingatkan murid secara berterusan mengenaikepentingan pembelajaran dengan menekankan kawal selia kendiri(bertanggungjawab). Seterusnya, berkaitan isu pengurusan masa dalam proses PdP,pengurusan masa amat penting terutama peralihan dari satu kelas ke kelas yanglain melibatkan masa yang lama. Oleh itu, susun atur kedudukan kelas danbilik-bilik khas perlu berdekatan. Bagi guru pula, masa yang panjang terpaksadiambil untuk menyediakan peralatan untuk digunakan dalam pengajaranseperti peralatan ICT dan bahan cetakan, masa tidak mencukupi dan ‘hilang’dalam masa perancangan akibat daripada terlibat dalam mesyuarat, kursus dankerja komuniti. Oleh itu, disyorkan agar guru bersedia awal dengan peralatandan bahan cetakan sebelum memasuki kelas.Guru juga tidak perlu terlalu‘ambitious’ dalam pengajaran.Apa yang boleh dilakukan adalah menggunakankelengkapan mengikut kapasiti dan kebolehan supaya tidak berlaku pembaziranmasa hanya untuk membuat persediaan. Dengan ini dapat dipastikan masainstruksional dilindungi. Halangan mengenai saiz dan komposisi kelas juga memberi kesanterhadap proses instruksional. Antara isu utama ialah murid yang pelbagai Muka Surat | 217
  • 231. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarkebolehan berada dalam kelas yang sama, bilangan murid yang ramai untuksebuah kelas dan murid yang kurang upaya tanpa sumber dan sokongansempurna. Bagi menangani masalah ini pentadbir perlu membuat kajianmendalam mengenai saiz kelas melalui pelbagai kaedah seperti, nisbah muriddan guru dan pengagihan saiz kelas sebenar untuk memastikan bilangan gurudan murid diagih secara adil. Selain itu, tahap keupayaan murid juga perludiambil kira bagi menentukan pembahagian kelas agar keupayaan muriddiselaras bagi memudahkan guru mengenal pasti kaedah pengajaran yangsesuai dijalankan ketika masa instruksional. Seterusnya ialah halangan ujian dan penilaian. Ini diterjemahkan denganhalangan seperti kekerapan ujian dan penilaian, (peringkat sekolah, negeri dankebangsaaan), tempoh masa yang diperlukan untuk ujian dan jadual ujianseperti tarikh ujian yang awal dan berlaku pertindihan masa ujian.dan masaatau tempoh ujian terlalu lama. Antara langkah yang boleh diambil ialahdengan melanjutkan masa ujian sehingga kewaktu petang dan memperaktikkanPBS dengan sepenohnya serta mengurangkan kekerapan ujian terutama ujianperingkat sekolah dan membuat perubahan terhadap jadual dengan membuatjadual yang lebih fleksibel. Setiap jadual ujan perlu mengambil kira jadualakademik dan jadual ujian peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan. Akhir sekali, masalah penyimpanan rekod dan kertas kerja. Masalah initelah dikenalpasti sebagai antara masalah utama menghalang prosesinstruksional. Ini dikenal pasti melalui kajian yang telah dibuat oleh Banickydan Janicki (2006). Antara masalah yang telah dikenal pasti adalahmendokumenkan kehadiran murid dan juga dokumentasi mengenai mesyuaratdan juga laporan tertentu.Kaedah utama yang disyorkan adalah mengupahpembantu guru dalam melakukan tugasan bukan pengajaran ini. Kaedah lainadalah mengagihkan sama rata tugas bukan instruksional ini kepada semuaguru. Muka Surat | 218
  • 232. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarKeseluruhannya dapat dirumuskan kebijaksanaan pentadbir, komitmen gurudan kesediaan murid dilihat dapat melindungi masa instruksional denganmaksimum. KESIMPULANBerdasarkan kepada masalah yang dibincangkan, dapat disimpulkan bahawahalangan utama kepada memaksimumkan proses PdP termasuklah sikap guru,sikap murid, faktor pengurusan dan prasarana. Isu perancangan masa, saiz dankomposisi kelas, ujian dan penilaian dan pengurusan rekod dan kertas kerja.Sekiranya semua pihak di JPN, pentadbiran sekolah, guru, murid, stafsokongan, waris ibu bapa dan masyarakat memahami tentang perlu MMI ialahdiyakini keberhasilan pengajaran murid. Keberkesanan pelaksanaan strategiMMI dilihat dan dinilai melalui kejayaan pemimpin sekolah mentadbir dankerjasama pasukan warga sekolah ke arah peningkatan prestasi murid. SYOR1. Saiz Bilik darjah Saiz bilik darjah yang kecil menempatkan murid yang agak ramai menyebabkan PdP tidak berkesan. Adalah disyorkan supaya saiz bilik darjah dibesarkan atau pun bilangan murid setiap kelas dikurangkan. Muka Surat | 219
  • 233. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar2. Penyelarasan Aktiviti KPM, JPN atau PPD. Perlu membuat penyelarasan aktiviti semua bahagian atau sektor bagi mengelakkan ramai guru yang meninggalkan sekolah untuk mengikuti kursus, taklimat, mesyuarat dan sebagainya. Disyorkan supaya penjadualan serta penyelarasan dapat diambil agar masa dan hari yang digunakan tidak banyak melibatkan masa PdP guru- guru di sekolah.3. Peranan PIBG PenrananPIBG dalam membantu sekolah untuk membimbing anak-anak supaya mengutamakan pembelajaran dalam kelas hendaklah diterapkan sepanjang masa.4. Nisbah Guru Nisbah guru 1:5 yang sedia ada hendaklah dikaji semula agar dapat ditingkatkan kepada 1:7 supaya bilangan guru yang mencukupi di sekolah melaksanakan PdP yang berkesan.RujukanBanicky, A.L & Janicki, H.L . (2006). Maximizing Instructional Time: identifying impediments and strategies, survey, result and recommendations.Virginia Beach City Public Schools.Barrington School District Policy.(1994). Instructional Time.Barrington School.Edmond, R. (1979). Effective schools for urban poor.Educational Leadership. 37: 15-24. Muka Surat | 220
  • 234. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarHallinger, P. & Murphy, J. (1987). Assessing and developing principal instructional leadership. Journal of Educational leadership.45(1).Sazali Yusoff, Rusmini Ku Ahmad, Abang Hut Abang Engkeh & Zamri Abu Bakar.(2007). Perkaitan antara kepimpinan instruksional terhadap sekolah berkesan.Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminuddin Baki. 17 (2): 105-117.School-Based Decision Making Policy.(2009). Protection of instructional time. Hawthorne Elementary School.Sufa’at Tumin. (2012). Melindungi masa instruksional (protecting instructional time) di sekolah untuk meningkatkan keberhasilan pembelajaran murid. Persidangan Kebangsaan Pengetua Malaysia 2012. Muka Surat | 221
  • 235. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL MELALUI PROGRAM PENDIDIKAN oleh HAJAH RAHINUN BT MOHD NOOR, B.C.K. SMK Sultanah Bahiyah Alor Setar,Kedah Darul Aman ABSTRAKPerkembangan mutakhir sistem pendidikan di Malaysia kini menuntut kebijaksanaanpendukungnya untuk merealisasikan wawasan pendidikan negara dan citra Wawasan2020. Visi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ialah menzahirkan sistempendidikan berkualiti bertaraf dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusatkecemerlangan ilmu. Selaras dengan visi tersebut, usaha Kementerian Pelajaranmemperkenalkan konsep masa instruksional menuntut warga pendidik mengurangkanpelbagai halangan bagi memastikan pembelajaran berlaku secara bermakna dalamkalangan murid. Sekolah perlu memastikan kelas berlangsung sama ada dengankehadiran atau tanpa kehadiran guru. Pengisian kertas kerja ini membincangkankonsep masa instruksional, jenis gangguan masa instruksional dan langkah-langkahsekolah ini menangani gangguan masa instruksional. Langkah menangani gangguanmasa instruksional ini sememangnya berupaya diaplikasikan oleh semua sekolah dinegara ini jika budaya kerja cemerlang benar-benar dihayati oleh warga pendidikan. Muka Surat | 222
  • 236. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALANPelbagai pelan transformasi telah dijalankan oleh kerajaan untuk memastikansetiap warganegara menikmati pendidikan berkualiti seterusnya melahirkanmodal insan berketerampilan. Peningkatan kualiti insan ini diharapkan dapatmeningkatkan daya saing negara dalam semua bidang sama ada pada peringkatnasional mahupun antarabangsa. Sehubungan dengan itu, KementerianPelajaran Malaysia (KPM) mengambil inisiatif dengan mengadakan berbagaiprogram transformasi dan berusaha untuk meneroka kaedah yang lebih efektifuntuk memastikan golongan sasaran, iaitu murid-murid sama ada di sekolahrendah atau menengah dapat menerima pendidikan yang lebih berkualiti danberkesan sepanjang masa. Keberhasilan pembelajaran murid merupakan fokusutama dalam semua program dan rancangan yang dirangka oleh KPM. Sejajardengan itu, KPM perlu memastikan PdP dapat dilaksanakan tanpa halanganuntuk mencapai objektif yang disasarkan. Satu daripada transformasi yangperlu dilaksanakan adalah untuk MMI di sekolah sebagai satu cara yang palingberkesan untuk memastikan murid-murid mendapat input pembelajaran yangmaksimum. MMI merupakan salah satu komponen fungsi kepimpinan instruksionaldalam menjayakan pembelajaran secara berkesan di sekolah. Komponen iniperlu diberikan perhatian dalam memastikan keberhasilan pembelajaran muridke arah membangunkan modal insan yang kreatif, kritis, dan inovatif. Oleh itu,pengurangan masa instruksional perlu dibendung bagi memastikan tempohmasa untuk pembelajaran berkesan dalam kalangan murid meningkat.Sehubungan dengan itu, sesebuah sekolah memerlukan corak kepimpinan yangmantap supaya dapat menntransformasikan organisasinya dengan lebihberkesan. Dalam hal ini, perkara yang lebih penting adalah denganmewujudkan budaya pembelajaran, penumpuan terhadap PdP yang bervisi sertamempunyai misi yang jelas. Penambahbaikan kaedah MMI ini penting untuk Muka Surat | 223
  • 237. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmemastikan tadbir urus proses pendidikan di sekolah lebih berkualiti danberkesan. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah (SMKSB) telahmerangka dan melaksanakan pelbagai program untuk memastikan masainstruksional dapat dilindungi dengan baik. Program ini sentiasa diberikantambah nilai dari semasa ke semasa untuk menjadikannya lebih berkesan danselaras dengan hala tuju KPM. Keberkesanan program ini dapat dilihatberdasarkan lonjakan pencapaian murid dalam semua bidang sama adakurikulum, kokurikulum ataupun sahsiah murid. PERNYATAAN ISUMasa instruksional bermaksud waktu satu proses PdP oleh guru kepada muridberbentuk arahan, tunjuk cara, penerangan lisan, dan bukan lisan, atau bentuk-bentuk lain yang bertujuan membolehkan murid belajar secara lebih berkesanmanakala MMI (protecting instructional time) di sekolah untuk meningkatkankeberhasilan pembelajaran murid bermaksud PdP dapat dilaksanakan tanpahalangan bagi mencapai objektif yang disasarkan untuk meningkatkankeberhasilan pembelajaran murid. Muka Surat | 224
  • 238. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar1. Kategori masa instruktional sekolah Kategori Penjelasan Masa persekolahan Jumlah masa murid hadir ke sekolah (Allocated schooling time) Masa bilik darjah Jumlah masa murid berada di dalam kelas (tidak termasuk waktu rehat, pertukaran kelas, (Allocated class time) waktu makan tengah hari dan lain-lain). Ia merupakan subkategori masa persekolahan Masa instruksional Jumlah masa yang digunakan untuk instruksional (tidak termasuk gangguan, (Instructional time) pengurusan rekod, dan lain-lain) Masa pembelajaran Jumlah masa instruksional iaitu murid akademik memberikan perhatian dan menerima pengajaran pada tahap penguasaan tertentu (Academic learning time) serta berlakunya pembelajaran berkesan dan bermakna. Seseorang guru telah ditetapkan menjalankan tugas utama mereka iaitumengajar atau menjalankan instruksional untuk tempoh tertentu. Tugasmengajar guru akademik dalam skim perkhidmatan pendidikan menyatakanbahawa seseorang guru seharusnya mengajar antara 22 hingga 30 waktuseminggu. Sebenarnya sekolah telah merangka masa instruksional yang ideal namunmasa berkenaan tidak sepenuhnya menjanjikan pembelajaran berkualiti ataupembelajaran berkesan disebabkan faktor gangguan tertentu yang berlaku disekolah dan didalam bilik darjah. Muka Surat | 225
  • 239. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar2. Kategori Gangguan masa instruksional Bil. Kategori Faktor Kelompok Contoh Gangguan Gangguan 1. Faktor Guru Tiada Guru tiada di sekolah, guru ada di Pengurusan sekolah tetapi tidak berada di dalam Sekolah kelas, tidak cukup guru, guru hadir kursus atau tugas luar, guru menduduki peperiksaan, dan aktiviti kokurikulum/sukantara. Gangguan Pengumuman dari pembesar suara, Fizikal susun atur kelas atau sekolah, prasarana sekolah dan persekitaran. Gangguan Guru cuti sakit, cuti kecemasan, hal- Luar Jangka hal peribadi, kesediaan murid belajar, kesediaan guru mengajar, dan melaksanakan tugas sampingan. Gangguan Menghadiri mesyuarat, dipanggil ke Adhoc pejabat, menghadiri kursus, taklimat peperiksaan, menjalankan tugas jurulatih utama, dan sambutan lawatan pelawat 2. Faktor Kualiti Kesediaan murid belajar, kualiti guru, Instruksional pembelajaran proses PdP, sikap guru, guru bukan Guru murid opsyen, kompetensi guru, dan kesediaan guru mengajar LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH :1. Penghayatan Budaya Kerja Cemerlang Warga Sekolah Kebanyakan isu yang berkaitan dengan masa instruksional di sekolah dapat di atas dengan adanya penerapan budaya cemerlang dalam kalangan warga SMK Sultanah Bahiyah wajar dicontohi oleh sekolah lain. Muka Surat | 226
  • 240. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Selain mengurus dan mentadbir sekolah, Pengetua sebagai pemimpin instruksional telah memastikan kualiti PdP di sekolah terjamin dan dipertingkatkan secara berterusan. Pemantauan kurikulum berkualiti digunakan sebagai instrumen untuk memantapkan pengurusan dan keberkesanan program yang melibatkan di sekolah yang meliputi (a) Pemantauan rekod PdP (b) Pencerapan P&P (c) Semakan buku latihan (d) Pemantauan bilik darjah (e) Pemantauan prestasi murid Pihak Pengurusan memberikan maklumat dan pendedahan berkaitan surat pekeliling dan arahan daripada pihak kementerian dan jabatan supaya guru-guru memahami peranan dan amanah yang dipikul sebagai seorang guru.2. Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Profesion keguruan terdedah kepada perubahan semasa menyebabkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dan dikuasai suatu ketika dulu tidak lagi relevan pada masa ini. Oleh sebab itu, LADAP dalam perkhidmatan sangat diperlukan bagi menangani perubahan ini. LADAP di sekolah ini telah berjaya memperbaiki prestasi kemahiran bekerja secara kumpulan dan individu, mengukuhkan pengalaman serta perkembangan kerjaya guru selain membentuk pengetahuan profesional yang berjaya menyediakan guru menghadapi perubahan. Muka Surat | 227
  • 241. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (a) Pengetahuan dan profesionalisme (b) Kemahiran profesionalisme (c) Nilai dan amalan profesionalisme Jadual 1 : Latihan Dalam Perkhidmatan Yang Dijalani oleh Guru- Guru SMKSB Bil. Tahun Tajuk Tarikh 1. 2009 Teach To Teach 23/03/2009 2. Pembinaan Item 28/03/2009 3. Kajian Tindakan 20/06/2009 4. Penguasaan Web TV dalam PdP 25/07/2009 5. Pembinaan Modul PdP 08/08/2009 6. Excell in Excel 15/08/2009 7. Perancangan Strategik 03/10/2009 8. 2010 Penggunaan Adobe Photoshop dalam PdP 27/03/2010 9. Penambahbaikan PdP Menerusi Amalan 24/04/2010 Reflektif 10. Pembinaan Modul PdP 08/05/2010 11. Perlaksanaan Kaedah Latihan Secara - Pembacaan Buku 12. Guru Jutawan Akhirat 24/07/2010 13. 2011 Etika Kerja 28/12/2010 14. Nilai dan Etika Kerja 09/01/2011 15. Pengurusan Item 18/01/2011 16. Bidasan A 22/01/2011 17. Bidasan A 23/01/2011 Muka Surat | 228
  • 242. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Bil. Tahun Tajuk Tarikh 18. Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 13/02/2011 19. Perhimpunan Intelek (Pengurusan Bilik 04/03/2011 Darjah) 20. Perhimpunan Intelek (Pengurusan Kelas dan 03/04/2011 Kesejahteraan Murid) 21. Membina Diri, Membimbing Rakan di 08/04/2011 Sekolah Cemerlang -09/04/2011 22. ICT dalam PdP (Introduction To Video 16/06/2011 Editing) 23. Pengenalan Website 26/06/2011 24. 2012 Guru Sayang Murid 010/3/2012 25. Kemahiran Menangani Stres dalam 01/04/2012 Kalangan Guru 26. Mencipta Kepuasan Bekerja dalam 23/04/2012 Kalangan Guru 27. Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi 15/05/2012 Pendidikan Negara 28. Pembinaan Modul PdP 18/06/2012 29. Tatasusila Profesion Keguruan Guru-Guru 25/07/2012 Islam 30. Membangunkan Kapasiti Profesion 05/08/2012 Keguruan Berdasarkan Perspektif Islam’ 31. Perlaksanaan Kaedah Latihan Secara - Pembacaan Buku Muka Surat | 229
  • 243. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar3. Penerapan Budaya Kerja Cemerlang Dalam Kalangan Guru. (a) Orientasi Guru Baharu i. Garis Panduan Budaya Sekolah  Kehadiran guru ke sekolah : Semua guru datang ke sekolah sebelum pukul 7.30 pagi. Kedatangan pada waktu pagi dan waktu pulang tiap-tiap hari dilaksanakan melalui kaedah thumbprint.  Tugas guru mata pelajaran waktu pertama: Guru-guru berada bersama-sama murid kelas masing- masing semasa perhimpunan ini untuk memantau disiplin mereka dan membaca surah Yasin bersama- sama.  Perhimpunan mingguan : Semua guru perlu mematuhi tata cara perhimpunan mingguan  Ketepatan masa bekerja : Semua guru dikehendaki menepati masa: o Masuk dan keluar kelas. o Mesyuarat o Aktiviti-aktiviti sekolah o Menghantar laporan / tugasan o ‘Key-in’ markah ii. PdP yang cemerlang  Guru-guru merancang PdP berdasarkan rancangan pelajaran tahunan dan harian.  Guru-guru dikehendaki memantau murid semasa melaksanakan latihan. Perhatian khusus perlu diberikan Muka Surat | 230
  • 244. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar kepada murid yang lemah pencapaiannya dan murid- murid lain secara individu. Buku pemantauan kehadiran ditandatangi semasa waktu PdP dan menggantikan kelas ganti. Rujuk kepada mentor jika ada masalah berkaitan PdP iii. Semua guru ialah guru disiplin,  Menegur murid yang berada di luar kelas sewaktu PdP.  Memastikan semua murid yang keluar kelas membawa kad kebenaran.  Memastikan murid berbaris semasa bergerak ke bilik- bilik khas, dewan atau padang. Pergerakan tersebut mestilah pantas dan berhemah.  Memastikan murid-murid mematuhi laluan khas semasa datang dan pulang sekolah. iv. Kebersihan kelas : Sebelum memulakan PdP, semua guru perlu memastikan kebersihan kelas berada di tahap cemerlang dan mengarahkan murid untuk membersihkan kelas selepas PdP. Guru tingkatan perlu pantas untuk memastikan kebersihan, keceriaan dan kekemasan bilik darjah sepanjang masa. v. Guru berkursus : Guru melengkapkan dan menyerahkan minit curai atau laporan kepada Pengetua 3 hari selepas menghadiri kursus. Guru Kanan memastikan guru yang berkursus melaksanakan kursus dalaman kepada guru-guru lain. Muka Surat | 231
  • 245. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar vi. Tindakan sebelum dan selepas menghadiri kursus : Guru-guru berkursus dikehendaki mengisi butir-butir kursus yang bakal dihadiri dalam Buku Daftar Kursus  Guru-guru menyediakan modul siap siaga sebelum berkursus  Ganti menggantikan waktu PdP yang tertinggal melalui kelas tambahan waktu petang. vii. Tarikh akhir/due date : Guru-guru perlu memberikan perhatian terhadap tarikh akhir serahan tugasan. viii. Tugas-tugas luar : Guru-guru perlu memberikan pertimbangan terhadap kepentingan dan kekerapan melaksanakan tugas-tugas luar. ix. Tempat larangan murid : Murid dilarang masuk ke dalam Bilik Guru dan murid tidak dibenarkan sama sekali masuk ke dalam Bilik Peperiksaan untuk sebarang urusan. x. Kes Khas Guru-guru perlu segera menghubungi Pengetua untuk memaklumkan sebarang kes yang melibatkan murid sama ada dalam kelas atau di luar kelas. xi. Guru Ganti: Guru menjalankan aktiviti PdP seperti biasa dengan menggunakan modul Siap Siaga atau Guru Muda Muka Surat | 232
  • 246. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar xii. Aktiviti luar sekolah : Guru-guru perlu memastikan murid-murid menyerahkan surat kebenaran waris yang telah ditandatangani. Murid- murid dikehendaki berpakaian seragam atau baju sukan yang lengkap. Semua guru peka tentang perjalanan harian sekolah kerana banyak aktiviti pendidikan diadakan di sekolah. (b) Guru-guru selesa bertugas di SMKSB kerana masalah yang dihadapi boleh dibincangkan dengan pihak pengurusan untuk mendapatkan alternatif bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang merangkumi aspek: Akademik , pembangunan sahsiah, pencapaian kokurikulum dan kes-kes khas i. Perjumpaan guru akademik bersama Pengetua ii. Perjumpaan guru tingkatan bersama Pengetua iii. Perjumpaan Kes-kes khas (c) Penghargaan khas sebagai insentif kepada guru i. Kehadiran penuh ii. Buku Rekod Cemerlang iii. Cenderamata sempena pelbagai sambutan/perayaan iv. Sijil penghargaan dan pengukuhan lisan Muka Surat | 233
  • 247. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar4. KEISTIMEWAAN GURU SMKSB (a) Guru Cemerlang telah mencetus jiwa baharu dalam kalangan guru sekolah ini. Bil. Subjek Bilangan Guru 1. Bahasa Melayu 3 2. Sejarah 1 3. Kimia 1 4. Geografi 2 5. Pendidikan Seni 1 6. Kaunselor 1 (b) Pengalaman 3 orang Jurulatih Utama juga memacu kecemerlangan rakan-rakan guru di sekolah ini. (c) Budaya PERASA sentiasa diamalkan dalam kalangan warga SMKSB, melalui program : i. Bidasan A (Platform perbincangan untuk memantapkan prestasi cemerlang murid) ii. Membimbing Rakan di Sekolah Cemerlang (Semangat kerja sepasukan terjalin hingga kini) (d) Semua guru sekolah ini berpengalaman dan berkemampuan menjayakan pelbagai program yang dianjurkan bukan sahaja oleh sekolah tetapi oleh pihak PPD, JPN dan KPM mengikut masa yang ditetapkan. Muka Surat | 234
  • 248. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar (e) Guru sentiasa terpilih untuk menjadi anggota jawatan kuasa pelbagai program di luar sekolah berdasarkan kepakaran masing- masing. (f) Semua guru sekolah ini peka akan pentingnya ketepatan waktu berdasarkan petunjuk kehadiran melalui “thumbprint.” (g) Semua guru mempunyai komitmen yang cemerlang dalam proses PdP melalui hasil petunjuk (SKPM) iaitu 95.00%5. Keistimewaan Murid SMKSB a) Situasi pembelajaran dalam kelas sentiasa berada dalam keadaan terkawal dengan wujudnya Majlis Ketua Tingkatan. Semua Ketua Tingkatan berperanan untuk memantau: 1. buku log pemantauan kehadiran guru dan murid di dalam kelas. 2. kelas kondusif melalui Program Kelasku Kebanggaanku 3. Memastikan guru mata pelajaran dan guru ganti masuk ke dalam kelas untuk PdP. b) Persiapan awal menjana minda murid supaya menjadi murid cemerlang yang menghargai setiap masa pembelajaran dan pengajaran melalui: i. Orientasi merentasi tingkatan Pengisian - Inventori - Pendedahan kemahiran belajar - Pendedahan Sukatan Mata Pelajaran - Hala Tuju selepas PMR,SPM dan STPM Muka Surat | 235
  • 249. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar - Suai kenal guru dan budaya sekolah ii. Qiamullail merentasi tingkatan Pengisian - Bacaan Yasin - Ceramah - Sembahyang berjemaah dan qiamullail - Ceramah Kebesaran Islam - Solat Zohor Perdana pada hari Selasa dan solat Zohor mengikut tingkatan - Mutiara Hati - Kem Bina Jati Diri (Bimbingan Khas) - Perkongsian pintar murid bersama murid Insitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) - Kem Pembangunan Jati Diri Remaja - Kelompok Perbincangan Antara Individu - Kem Puteri Solehah (Solat yang Sempurna) iii. Motivasi Berfasa - Dilaksanakan 4 kali setahun bagi setiap tingkatan Pengisian - Memantapkan Teknik dan Kemahiran belajar - Pengurusan masa - Hala tuju selepas PMR, SPM dan STPM - Program Jalinan bersama IPT, Non Govement Organization (NGO) dan agensi kerajaan Muka Surat | 236
  • 250. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar - Program Jaringan bersama sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Kluster dan Sekolah Berasrama Penuh. iv. Program Sekolah Penyayang v. Sekolah dalam Taman vi. Program bina insan kepada murid yang bermasalah. vii. Bacaan Yasin setiap pagi sebelum kelas bermula tepat pada jam 7.20 pagi PENYELESAIAN ISU1. Jumlah masa murid hadir ke sekolah berjaya ditangani (a) Kepung ponteng Kaedah pelaksanaan:  Pentadbir menganalisis kehadiran murid mengikut bulan  Murid yang tidak hadir melebihi 10 hari akan dirujuk kepada kaunselor  Murid dipanggil mengikut tingkatan dan diberi taklimat kesan ponteng  Murid menjalani sesi kaunseling berkelompok  Kehadiran murid berkenaan dicatat setiap hari di bilik kaunselor  Jika tidak hadir murid diminta memberikan dokumen tunjuk sebab Muka Surat | 237
  • 251. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar  Sekiranya tidak hadir 3 hari berturut-turut akan diberi sesi kaunseling individu  Pemantauan berterusan akan terus dilakukan  Sesi perbincangan dengan waris mengikut keperluan (b) Menyelesaikan masalah ‘guru tiada”. i. Modul Jadual Ganti Berfokus Sekolah melaksanakan  Modul yang dilaksanakan di sekolah ini bermatlamatkan isu ‘guru tiada’ di sekolah atau di dalam bilik darjah, masa instruksional murid di dalam bilik darjah tidak terganggu. Pelaksanaan modul guru ganti bagi guru yang menghadiri urusan luar sekolah yang tarikhnya diketahui terlebih awal. Tarikh urusan rasmi dimaklumi lebih awal bagi guru yang terlibat. Guru rancang, sediakan bahan/modul P d P untuk kelas yang ditinggalkan Bahan mencukupi, dilabel ikut mata pelajaran dan kelas, diserah pada guru kanan Guru ganti mengambil bahan dari bilik Guru Kanan Modul dilaksanakan dalam waktu ganti, dikumpul dan diserahkan kepada guru mata pelajaran untuk tindakan selanjutnya.  Catatan : Buku log keluar masuk guru dan bahan/modul yang disediakan dan dicatat dalam buku log bagi tujuan pemantauan oleh pihak pengurusan Muka Surat | 238
  • 252. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar  Di sekolah ini juga, pelaksanaan ‘jual beli’ waktu pengajaran di dalam kelas berlaku dengan baik apabila guru-guru bertugas di luar sekolah. Guru-guru sendiri mempunyai rasa tanggungjawab dalam memastikan PdP tetap berlaku walaupun mereka tiada di sekolah. Pihak pengurusan akan dimaklumkan tentang pelaksanaan ‘jual beli’ waktu pengajaran tersebut. ii. Modul Siap Siaga Modul ini diguna pakai apabila ‘guru tiada’ atau ‘murid tiada’ Kaedah pelaksanaan Modul Siap Siaga  Modul disediakan oleh panitia mata pelajaran masing- masing.  Modul disimpan dalam rak yang disediakan oleh pihak pengurusan.  Guru ganti atau murid ketua mata pelajaran dalam kelas berkenaan akan mendapatkan modul daripada pihak pengurusan.  Tugasan dilaksanakan oleh murid berdasarkan modul yang dilaksanakan.  Pencapaian prestasi murid direkodkan.  Guru mata pelajaran menganalisis pencapaian murid dan melakukan penambahbaikan iii. Program Guru Muda Program dilaksanakan apabila guru ditugaskan secara adhoc oleh pihak atasan Kaedah pelaksanaan Program Guru Muda Muka Surat | 239
  • 253. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar  Kelayakan guru muda dalam kalangan murid dikenal pasti berdasarkan keputusan peperiksaan Akhir Tahun.  Pemilihan guru muda dilakukan bersama-sama oleh guru dan murid.  Kaunselor membimbing murid tentang prosedur/tugas Guru Muda.  Kenal pasti kepakaran masing-masing  Persediaan bahan dengan bimbingan guru mata pelajaran  Pencapaian prestasi rakan direkodkan setelah tamat masa PdP  Borang penilaian Guru Muda diedarkan kepada murid dan diserahkan kepada guru mata pelajaran  Guru mata pelajaran melaksanakan analisis dan penambahbaikan. iv. Program ‘Teach To Teach’ Program ini khusus untuk guru bukan opsyen yang bertujuan untuk memastikan guru  guru tersebut mendapat bimbingan daripada guru-guru berpengalaman bagi melonjakkan potensi dan pembangunan profesional masing-masing. Mentor dipilih untuk membimbing guru berkenaan dari segi:  sukatan pelajaran dan huraian sukatan  buku panduan guru  perancangan tahunan dan persediaan mengajar harian  sumber PdP Muka Surat | 240
  • 254. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar  pengurusan bilik darjah  refleksi  pengelolaan kurikulum Peranan panitia mata pelajaran:  Pengajaran mikro. Guru-guru didedahkan dengan teknik pengajaran mata pelajaran bukan opsyen  Pencerapan rakan sebaya. Kemahiran PdP guru-guru bukan opsyen akan ditingkatkan apabila dicerap atau mencerap  Bengkel Penataran Kertas Jawapan murid dilaksanakan.  Bimbingan membina Bahan Bantu Mengajar (BBM)  Membina modul bersama-sama mentor. (c) Situasi-Situasi Lain i. Kesediaan dan keberkesanan guru melaksanakan PdP serta kesediaan murid belajar.  Tiada masalah kerana budaya cemerlang guru dan murid sudah sebati. ii. Guru dan murid dipanggil ke pejabat  Janji temu ditetapkan selepas waktu persekolahan iii. Pengumuman melalui pembesar suara dan siaran pengetua  Pengumuman ditetapkan hanya waktu rehat sahaja, siaran maklumat dicetak dan diedarkan. iv. Aktiviti sukan sekolah atau sukantara.  Dilaksanakan pada waktu petang. Muka Surat | 241
  • 255. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar SYORBersandarkan ciri-ciri kepimpinan instruksional yang dimiliki pengetua iaitumempunyai pengetahuan yang tinggi tentang PdP untuk membangunkanprofesional guru, interpersonal yang mantap, dan memotivasikan guru-gurubagi menerapkan semangat kerja sepasukan. Perlaksanaan program-programpembangunan murid pula berjaya menjana kecemerlangan murid-muridsekolah ini. Keprofesionalisme guru-guru dapat direalisasikan melaluipenghayatan visi dan matlamat yang jelas bagi menjamin keunggulan peribadi,keberhasilan kerja, komunikasi berkesan dan berpotensi meningkatkankecemerlangan sekolah. Hasilnya sekolah ini telah berjaya MMImelalui pendekatan-pendekatanrealistik seperti yang diutarakan. Keputusan Peperiksaan Awam sentiasamendahului sekolah-sekolah harian biasa di Daerah Kota Setar malah beberapabuah sekolah kluster daerah-daerah lain di negeri Kedah. Kecemerlangansekolah juga terserlah melalui penglibatan aktif murid-murid dalam bidangkokurikulum hingga ke peringkat tertinggi dan pembangunan sahsiah muridsentiasa terpelihara. Masa instruksional dapat dilaksanakan apabila semua pihakbertanggungjawab melaksanakan serta merealisasikan tugas masing-masingdan menyokong semua program melindungi masa instruksional. UsahaKementerian Pelajaran untuk memastikan murid disediakan peluangpembelajaran yang optimum dan berkesan dapat direalisasikan.RujukanRobiah Sidin, (1994), Pendidikan di Malaysia: Cabaran untuk Masa Depan, Kuala Lumpur :Penerbit Fajar Bakti. Muka Surat | 242
  • 256. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarMcBeath.J. and Mortimore.P. (2001). Improving School Effectiveness. Open University Press.Dr Haji Ishak bin Sin, Jilid 14.Bil.02.Disember 2004Pengurusan dan Pendidikan,Mok Soon Sang, (2000), Ilmu Pendididkan KPLI Semester 1 dan 2Bahan dari internet : deriakacamata blog spot.com/2008/11/guru-guru tiada di sekolah pada masa persekolahanBahan persembahan Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah Menengah 2012Surat Pekeliling Ikhtisas Muka Surat | 243
  • 257. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar MEMAKSIMUMKAN WAKTU PDP oleh KHALIQUL ZAMAN BIN MOHAMED SHERIFF, SMK. Guar Perahu, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. AbstrakMemaksimumkan waktu pembelajaran telah dikenal pasti sebagai satu elemen pentingyang telah berjaya meningkatkan pencapaian murid dan seterusnya meningkatkanprestasi SMK Guar Perahu. SMK Guar Perahu telah berjaya meningkatkanpencapaian prestasi sekolah khususnya dalam Peperiksaan Penilaian MenengahRendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kejayaan merealisasikan sekolahsatu sesi telah banyak membantu sekolah dalam memaksimumkan waktupembelajaran. Antaranya ialah menambah waktu PdP dari 35 minit kepada 40 minit,penambahan waktu PdP bagi mata pelajaran teras, pelaksanaan bilik darjah tambahandan bilik darjah bimbingan selepas sekolah dan melaksanakan program MemperkukuhBahasa Inggeris (MBI) dalam jadual waktu persekolahan. Selain itu, sekolah jugatelah berjaya mengawal masa perhimpunan harian tanpa mengganggu waktu PdPdengan menyediakan tatacara perhimpunan pagi sebagai garis panduan, menyediakanjadual guru ganti bagi guru-guru yang tidak hadir termasuk yang berkursus dan jugaGuru Cemerlang serta Jurulatih Utama yang keluar atas keperluan tugas danmemastikan terdapat guru ganti bagi guru-guru yang cuti bersalin. Akhir sekali,pemantauan secara sistematik yang dilakukan oleh pentadbir dan ketua-ketua bidangserta peranan Guru Cemerlang juga telah memberikan impak yang besar terhadappencapaian sekolah. Hasilnya, pencapaian peratus kelulusan PMR telah meningkatdaripada 95.0% dalam tahun 2010 kepada 97.4% pada tahun 2011. Selain itu, GredPurata Sekolah (GPS) untuk SPM juga telah berjaya dikurangkan daripada 5.51 padatahun 2010 kepada 5.30 pada tahun 2011. Pencapaian ini telah melayakkan sekolahdicalon untuk mendapat Bai’ah pada tahun 2012 apabila ranking sekolah menurunsebanyak 323 dari tangga 1283 pada tahun 2010 kepada 960 pada tahun 2011. Denganini, diharapkan pencapaian SMK. Guar Perahu akan terus meningkat dengan program-program yang sedia ada dan ditambah dengan program-program baharu yang lebihberkesan pada masa akan datang. Muka Surat | 244
  • 258. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PENGENALANSMK Guar Perahu merupakan sebuah sekolah harian luar bandar yang telahditubuhkan pada tahun 1989. Sepanjang 22 tahun ditubuhkan, SMK GuarPerahu telah mencapai pelbagai kejayaan dalam akademik, sukan dan jugakokurikulum. Sesuai dengan arus perdana, SMK Guar Perahu telahmelaksanakan perubahan-perubahan yang dapat melonjakkan nama sekolahbukan sahaja di peringkat negeri, malah di peringkat kebangsaan. Namunbegitu, sebagai sebuah institusi sosial yang utama, SMK Guar Perahu tidakterlepas daripada menghadapi pelbagai masalah. Antara masalah utama yang dikenal pasti ialah sekolah dua sesi yangmenyukarkan aktiviti diselaraskan dan juga pergerakan guru yang ramai ataskeperluan tugas pada satu-satu masa. Selain itu, atas tuntutan kerajaan,kementerian dan stake holders, maka mutu pembelajaran dan pengajaran (PdP)juga perlu dipertingkatkan terutamanya melalui pemantauan yang sistematik.Satu lagi isu yang perlu diambil kira ialah cuti bersalin guru memandangkan79% daripada guru di sekolah ini ialah guru wanita. Bersandarkan empat isuutama inilah maka SMK Guar Perahu perlu menukar status daripada sekolahdua sesi kepada sekolah satu sesi mulai tahun 2011 dengan harapan akan dapatmemberikan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelanggan iaitu murid-murid di daerah Seberang Perai Tengah. Selain itu, langkah-langkah tertentujuga telah diambil untuk menangani tiga isu yang lain. Kajian tentang keberkesanan sesebuah sekolah mendapati bahawa PdPberkesan serta kompetensi guru amat berkait rapat dalam menentukanpenggunaan waktu PdP yang efektif dan optimum. Dapatan pertamamenekankan bahawa interaksi yang berlaku di antara guru dengan murid akandapat membantu murid dalam proses pembelajaran (Cotton, 1995). Hanya Muka Surat | 245
  • 259. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajarmelalui interaksi yang cukup, murid akan berasa yakin dan mampu untukmencerakinkan apa-apa yang dipelajari (Doyle, 1985). Sepanjang proses interaksi guru-murid ini berlaku, guru-guru bukansahaja akan dapat memotivasikan murid malahan juga akan dapat memantaukerja rumah atau latihan-latihan yang diberikan kepada murid. Selain itu,interaksi ini juga akan dapat mengurangkan masalah disiplin dan mewujudkansuasana pembelajaran yang kondusif di dalam bilik darjah. (Anderson, 2004). Stallings dan Mohlman, (1981) menyatakan bahawa guru berkesanmeluangkan 15% daripada masanya di sekolah untuk urusan perkeranian danpentadbiran, 50% masa untuk berinteraksi dengan murid termasuk di dalambilik darjah dan 35% lagi masa digunakan untuk memantau kerja sekolah ataulatihan murid. Dapatan kedua menekankan kepada penggunaan waktu PdP yang efektifsebagai penentu kejayaan seseorang murid dan juga sesebuah sekolah. Parapengkaji menggunakan istilah opportunity to learn, time on task dan jugaeffective learning time in school and at classroom level (Stallings, 1995;Scheerens, 1992; Scheerens & Bosker, 1997) untuk menekankan perkaitanantara jumlah masa yang diluangkan di sekolah dengan kejayaan murid danjuga kejayaan sekolah. Dapatan juga menunjukkan bahawa lebih banyak masadiluangkan untuk sesi PdP, lebih tinggi kebarangkalian untuk seseorang muriditu mencapai kejayaan dalam pelajaran. Muka Surat | 246
  • 260. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar ISI KANDUNGAN1. Sekolah Satu Sesi Persekolahan dua sesi mengurangkan waktu PdP sebanyak 12.5%. Persekolahan dua sesi menyukarkan pihak sekolah untuk melaksanakan program bilik darjah bimbingan kerana kekurangan tempat. Selain itu, sekolah dua sesi juga menyukarkan pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang akhirnya menyebabkan waktu PdP kadang-kadang digunakan untuk urusan kokurikulum. Dalam memastikan waktu (PdP) dilaksanakan secara maksimum dan lebih berkesan, pelbagai usaha telah diadakan. Antaranya ialah mewujudkan sekolah satu sesi. Sebelum ini, sekolah ini dijalankan dalam dua sesi kerana bilangan murid yang ramai melebihi 1400 orang. Namun, apabila sebuah sekolah baharu dibuka iaitu SMK Guar Perahu Indah, sebahagian murid sekolah ini dapat dipindahkan ke sekolah baharu. Pihak sekolah memanafaatkan peluang ini dengan mengemukakan permohonan kepada pihak JPN untuk memohon kebenaran menukar sesi pembelajaran dari dua sesi kepada satu sesi. Dengan wujudnya persekolahan satu sesi, waktu PdP telah ditambah kepada 40 minit untuk satu masa berbanding 35 minit dalam satu masa sebelum ini. Hal sedemikian bermakna, waktu PdP telah bertambah sebanyak 12.5 % (5/40 x 100 = 12.5%) atau 240 minit seminggu. Setiap murid menikmati waktu pembelajaran yang lebih panjang dan guru mempunyai lebih banyak masa untuk menguruskan PdP. Tugasan yang diberikan dapat disiapkan dengan lebih sempurna terutamanya apabila melibatkan waktu berganda (double period ) dan aktiviti amali . Muka Surat | 247
  • 261. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Persekolahan satu sesi juga membolehkan murid berada lebih lama di sekolah bersama guru-guru untuk memastikan urusan PdP dapat berjalan dengan lebih berkesan. Persekolahan satu sesi menyelesaikan banyak masalah seperti aktiviti kokurikulum. Apabila aktiviti kokurikulum berjalan secara lebih terancang, maka waktu PdP tidak terganggu. Oleh itu, guru dan murid dapat menumpukan perhatian serius semasa di dalam bilik darjah. Dengan adanya persekolahan satu sesi menyebabkan aktiviti bilik darjah bimbingan / tambahan / program motivasi dapat dijalankan dengan lebih kerap sekali gus dapat menambahkan waktu PdP guru dan murid secara optimum. Kesimpulannya, persekolahan satu sesi mampu menyelesaikan banyak masalah berkaitan PdP dan memberikan banyak kesan positif kepada murid dan para guru. Waktu PdP dapat ditambah dan memberikan pengaruh yang besar kepada keputusan peperiksaan para murid.2. Perhimpunan Setiap Pagi Semua murid dan guru mesti mengikuti perhimpunan setiap pagi sama ada perhimpunan rasmi sekolah setiap Isnin dan Rabu yang mengambil masa selama 40 minit mulai jam 7.40 hingga 8.20 minit pagi. Murid juga akan mengikuti perhimpunan harian mulai jam 7.30 hingga 7.40 setiap Selasa, Khamis, dan Jumaat. Perhimpunan pagi yang diadakan akan mengganggu PdP jika tidak dirancang dengan baik atau masa yang digunakan melebihi waktu yang ditetapkan. Bagi memastikan masa perhimpunan tidak menjejaskan waktu PdP, maka satu tatacara perhimpunan pagi telah dikeluarkan sebagai garis panduan. Perhimpunan dirancang dengan mengehadkan maklumat berkaitan perkara-perkara penting dan ringkas sahaja, mempunyai susunan atur Muka Surat | 248
  • 262. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar cara dan guru yang terlibat perlu memaklumkan maklumat yang hendak disampaikan terlebih dahulu untuk mendapat kebenaran. Selain itu, perhimpunan akan dihentikan pada jam 7.40 pagi. Kesimpulannya, dengan mengadakan perhimpunan pagi, guru tidak perlu membuang masa untuk mengambil kehadiran murid setiap hari di dalam bilik darjah. Guru lebih bersedia untuk terus memulakan PdP kerana murid akan segera berada di dalam bilik darjah serentak. Pergerakan murid untuk ke bilik-bilik khas / makmal / bengkel / bilik media akan lebih cepat. Tindakan atas murid yang menjejaskan waktu pengajaran guru akan diambil tindakan segera semasa perhimpunan pagi.3. Memaksimumkan Pengajaran Waktu Berganda Dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian prestasi akademik murid, sewajarnya guru dapat memaksimumkan PdP di dalam bilik darjah. Pembaziran masa berlaku apabila guru bergerak dari satu bilik darjah ke bilik darjah yang lain. Biasanya guru mengambil masa 2 hingga 3 minit untuk sampai ke bilik darjah bergantung kepada lokasi guru berada dan kedudukan bilik darjah yang perlu dimasuki. Jika pengajaran waktu berganda digunakan, guru dapat menjimatkan masa pergerakan sebanyak 50 peratus. Contohnya, jika pengajaran ‘satu waktu’ pergerakan guru ulang-alik ialah 4 minit, hal ini dapat dijimatkan kepada 2 minit apabila menggunakan pengajaran ‘waktu berganda’ . Pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk memperbanyak pengajaran ‘waktu berganda’ bagi kebanyakan mata pelajaran. Sebagai contohnya, mata pelajaran Sains yang diperuntukkan lima waktu, boleh dibahagikan kepada 2-2-1 waktu. Bagi mata pelajaran Geografi, 3 Muka Surat | 249
  • 263. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar waktu, dibahagikan kepada 2-1 waktu. Dengan cara ini, bilik-bilik khas seperti bilik media dan makmal dapat dimaksimumkan penggunaannya. Kesimpulannya, daripada pemantauan yang dibuat, didapati guru dapat mengelakkan pembaziran masa iaitu mengurangkan pergerakan guru daripada satu bilik darjah ke bilik darjah yang lain. Murid juga dapat menyiapkan semua latihan yang diberi oleh guru di dalam bilik darjah. Sukatan Pelajaran juga dapat diselesaikan mengikut Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT).4. Guru Ganti Bagi Guru Yang Tidak Hadir Guru-guru juga manusia biasa yang tidak terkecuali daripada mengalami masalah kesihatan, dan masalah-masalah peribadi atau keluarga yang tidak dapat dielakkan. Guru-guru terpaksa mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan semasa hari persekolahan. Bagi mengatasi masalah di atas, jadual guru ganti disediakan oleh pihak pentadbir. Semua Ketua Panitia telah dimaklumkan pada awal tahun supaya menyediakan 2 set bahan kelas gantian untuk setiap tingkatan. Guru yang masuk ke bilik darjah untuk menggantikan guru-guru yang cuti sakit atau cuti kecemasan akan mengambil bahan pengajaran daripada Panitia yang berkenaan. Selain itu, untuk mengatasi masalah ini, guru-guru juga boleh membuat bilik darjah tambahan / gantian bagi bilik darjah yang ditinggalkan. Dengan ini, sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut perancangan yang sedia ada. Kesimpulannya, walaupun guru mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan, PdP tidak terjejas kerana jadual guru ganti dan bahan-bahan Muka Surat | 250
  • 264. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar PdP disediakan untuk guru ganti mengambil alih tugas guru tersebut sebaik mungkin.5. Guru Berkursus Selain mengajar di sekolah, guru-guru diberi peluang untuk berkursus di tempat-tempat yang dikhususkan. Biasanya kursus-kursus yang melibatkan guru-guru dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Guru-guru terpaksa meninggalkan tugasan mengajar untuk mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan yang bersesuaian dengan opsyen. Kursus yang dihadiri mengambil masa beberapa hari dan minggu. Situasi ini menyebabkan PdP tertangguh, murid ketinggalan pelajaran dan sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan mengikut perancangan. Bagi mengatasi masalah di atas, guru-guru yang berkursus perlu merancang dan menyediakan bahan kerja untuk murid melaksanakannya sepanjang tempoh guru berkenaan menghadiri kursus. Sekembali daripada kursus, guru berkenaan hendaklah memantau kerja (homework) yang ditinggalkan dan memastikan murid melaksanakannya dan membuat perbincangan dengan murid. Sekiranya guru-guru mendapat tawaran kursus dalam jangka masa yang singkat bolehlah berhubung dengan rakan sejawat untuk menukar waktu PdP secara persetujuan bersama. Selain itu, untuk mengatasi masalah ini, guru-guru yang berkursus boleh membuat kelas gantian bagi kelas yang ditinggalkan. Dengan ini, sukatan pelajaran dapat dihabiskan mengikut perancangan yang sedia ada. Muka Surat | 251
  • 265. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Kesimpulannya, waktu PdP dapat digunakan secara maksimum jika guru-guru memainkan peranan yang sewajarnya dalam memartabatkan profesion perguruan. Sikap amanah, ikhlas dan bertanggungjawab guru- guru akan dapat melahirkan anak didik yang cemerlang di dunia dan di akhirat.6. Guru Cemerlang / Jurulatih Utama Terdapat sebilangan Guru Cemerlang (GC) dan Jurulatih Utama (JU) yang terpaksa keluar semasa waktu persekolahan untuk menjalankan tugas sebagai penceramah/fasilitator bagi membantu sekolah lain, PPD dan JPN ataupun KPM dalam menjalankan pelbagai program peningkatan akademik. Apabila guru-guru terlibat meninggalkan sekolah, mereka akan meninggalkan tugasan untuk murid dan membincangkan tugasan dengan murid pada waktu PdP berikutnya. Selain itu, guru terlibat juga akan menukar waktu PdP dengan guru lain secara suka sama suka. Guru terlibat juga kadang-kadang akan mengganti waktu PdP pada waktu cuti persekolahan. Kesimpulannya Guru Cemerlang dan Jurulatih Utama sentiasa berusaha untuk memaksimumkan waktu PdP walaupun terpaksa melakukan tugas luar demi kecemerlangan anak murid.7. Bilik darjah Bimbingan PMR / SPM Bilik darjah tambahan perlu dibuat memandangkan terdapat guru terlibat dengan aktiviti luar, mesyuarat dalaman dan mesyuarat di luar dan penyelesaian bagi kes-kes yang berlaku di sekolah atau guru terpaksa Muka Surat | 252
  • 266. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar menyelesaikan kes disiplin. Selain itu, terdapat ramai murid miskin yang tidak mampu menghadiri bilik darjah tambahan di luar dan murid lemah yang perlu diulang dan dibimbing pada setiap tajuk. Terdapat tiga jenis bilik darjah bimbingan diadakan iaitu bilik darjah bimbingan berfokus, bilik darjah bimbingan waktu cuti persekolahan dan bilik darjah bimbingan pada hari Sabtu. Bilik darjah bimbingan berfokus diadakan pada setiap Isnin, Selasa, dan Khamis mulai jam 3.15 petang hingga 4.15 petang. Bilik darjah ini merupakan bilik darjah pelengkap bagi guru yang terlibat dengan aktiviti luar atau sebagai bilik darjah latih tubi bagi tajuk-tajuk yang tertentu. (Jadual bilik darjah dilampirkan) Bilik darjah bimbingan waktu cuti persekolahan diadakan pada minggu pertama cuti pertengahan penggal. Bilik darjah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. (Lihat Lampiran). Bilik darjah ini dirancang oleh jawatankuasa peningkatan prestasi sekolah dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang SMKGP yang bertujuan untuk memastikan murid tidak membuang masa walaupun semasa cuti persekolahan. Bahan-bahan PdP disediakan oleh guru yang terlibat bersama-sama dengan ketua panitia. Bilik darjah bimbingan hari Sabtu diadakan pada hari Sabtu minggu kedua dan minggu keempat yang bukan cuti umum. Guru yang terlibat akan memaklum sendiri kepada bilik darjah-bilik darjah yang diajar. Bilik darjah bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi bagi slot pertama, manakala slot kedua mulai jam 10.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Muka Surat | 253
  • 267. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Keseluruhannya, program yang dirancang telah banyak membantu pihak sekolah mencapai objektif dan memberikan faedah kepada semua murid yang terlibat. Semua guru terlibat telah merancang dan berusaha menjayakan program demi kecemerlangan murid dan peningkatan prestasi sekolah pada tahun ini.8. Memperkukuh Bahasa Inggeris / Solat Zohor Penguasaan bahasa yang lemah dalam kalangan murid SMK Guar Perahu disebabkan kurang minat untuk membaca. Contact Hours yang sangat terhad menyebabkan murid hanya mendapat pendedahan terhadap Bahasa Inggeris di dalam bilik darjah semasa PdP sahaja. Selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran untuk Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBI), pihak sekolah telah melancarkan program MBI Happy Hour. Hari Isnin dan Rabu untuk menengah atas dan Selasa dan Khamis untuk menengah rendah. Program 30 minit ini memberikan peluang kepada murid untuk mendapat pendedahan berkaitan Bahasa Inggeris yang lebih agar mereka dapat meningkatkan penguasaaan mereka. Panitia Bahasa Inggeris dipertanggungjawabkan untuk menyediakan bahan yang menarik dan sesuai untuk murid. Masa MBI ialah dari 1.20 tengah hari hingga 1.50 tengah hari. Guru MBI akan memantau dan membantu murid jika diperlukan. Guru Bahasa Inggeris akan membuat tindakan susulan semasa bilik darjah mereka. Program ini selain daripada menambahkan contact hour, murid dapat juga menampung waktu jika guru terpaksa meninggalkan sekolah atas urusan rasmi atau bercuti. Muka Surat | 254
  • 268. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar Kesimpulannya, dengan adanya waktu tambahan 1.20 – 1.50 tengah hari, contact hour dapat ditambah dan diharapkan murid dapat menguasai bahasa Inggeris dengan lebih baik.9. Program Guru Ganti (Cuti Bersalin / Guru Melanjutkan Pelajaran) Bilangan guru perempuan di SMKGP lebih ramai berbanding guru lelaki dengan nisbah 4:1. Hal ini menyebabkan kemungkinan guru cuti bersalin adalah tinggi kerana ramai guru perempuan berumur antara 25 hingga 40 tahun yang berkahwin dan diandaikan boleh melahirkan anak. Selain itu, terdapat ramai guru muda yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan terpaksa memohon cuti yang panjang. Dalam memastikan waktu PdP digunakan semaksimum mungkin dan tidak berlaku pembaziran masa ketika ketiadaan guru-guru atas urusan tertentu, pihak sekolah akan memastikan “guru ganti” dapat diadakan tepat pada waktunya. Dengan kerjasama pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang setakat ini pihak sekolah sentiasa mendapat guru ganti tepat pada masanya terutama guru ganti untuk guru bersalin yang biasanya mengambil tempoh masa bercuti yang lama. Pada penghujung tahun, pihak sekolah biasanya akan membuat bancian tentang guru-guru yang dijangka bersalin pada tahun berikutnya. Nama– nama guru tersebut berserta pengkhususan/opsyen akan dihantar ke PPD untuk tujuan persediaan guru. Ada juga ketika guru–guru ganti yang datang tidak mengikut pengkhususan atau lewat dihantar, pihak sekolah akan membuat perubahan pada jadual waktu menggunakan kepakaran guru-guru yang sedia ada di samping membuat pengubahsuaian waktu mata-mata pelajaran lain. Namun, perkara yang dipastikan ialah tiada Muka Surat | 255
  • 269. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar bilik darjah tanpa guru dan PdP yang berkesan mesti dijalankan sepanjang masa. Pemantauan daripada pentadbir akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan proses PdP berjalan dengan berkesan. Kesimpulannya, pihak sekolah sentiasa membuat perancangan yang rapi supaya PdP tidak terjejas walaupun guru bercuti panjang kerana bersalin atau melanjutkan pelajaran.10. Pemantauan Berkesan Seperti sekolah-sekolah lain, SMK Guar Perahu juga perlu memastikan proses PdP perlu dirancang dan dimantapkan. Selain itu, keadaan persekitaran yang kondusif juga perlu diwujudkan. Murid akan keluar bilik darjah atau di kaki lima sekiranya guru tidak masuk ke bilik darjah atau terlewat masuk ke bilik darjah. Murid juga akan bising, tidak menumpukan perhatian dan tiada peralatan seperti buku dan alat tulis semasa proses PdP dilaksanakan jika kawalan bilik darjah oleh guru lemah. Bagi memastikan waktu PdP dimaksimumkan sepenuhnya pihak pentadbiran sekolah memastikan Jadual Pemeriksaan Buku Latihan dibuat. Semua guru diminta menyerahkan buku latihan murid yang telah disemak kepada pentadbir mengikut jadual. Dengan adanya pemantauan ini, pihak guru mesti merancang dan memastikan proses PdP yang dijalankan di bilik darjah adalah berkesan dan mempunyai aktiviti pengukuhan yang juga berkesan Pihak pentadbir juga dari semasa ke semasa membuat pencerapan bagi memastikan aktiviti PdP yang berlaku di bilik darjah mengikut sukatan Muka Surat | 256
  • 270. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar yang ditetapkan oleh kementerian. Jadual pencerapan diadakan. (rujuk lampiran) Setiap guru akan dicerap sebanyak dua kali. Setelah selesai proses pencerapan, perbincangan akan diadakan antara guru dan pentadbir untuk meningkatkan mutu PdP. Aktiviti ini menyumbang kepada peningkatan mutu PdP. Pentadbir juga akan melakukan rondaan ke setiap blok serta kawasan sekolah untuk memastikan PdP berjalan dengan lancar, murid bersedia untuk belajar dan tiada gangguan semasa PdP dilaksanakan. Rondaan juga dilakukan untuk memastikan bilik darjah berada dalam keadaan bersih dan ceria supaya pembelajaran dilakukan dalam keadaan yang selesa. Rondaan dilakukan oleh Pengetua, Penolong-penolong Kanan serta Ketua-ketua Bidang. Jadual rondaan disediakan dalam Jadual Waktu Sekolah. Ketua Bidang akan meronda 3 kali seminggu, Penolong Kanan 4 kali seminggu sementara Pengetua tidak disediakan jadual untuk melakukan rondaan. Guru Bertugas Mingguan juga melakukan rondaan mengikut jadual yang disediakan oleh Ketua Guru Bertugas Mingguan . Laporan perlu disediakan dalam borang rondaan yang disediakan selepas setiap kali rondaan untuk disahkan oleh pengetua atau Penolong Kanan Pentadbiran. Antara perkara yang perlu dilaporkan ialah bilik darjah yang tiada guru, bilik darjah yang muridnya tidur atau bising dan bilik darjah yang kotor serta kawasan sekolah yang kotor yang perlu dibersihkan dengan segera. Guru bertugas akan membuat laporan dalam Buku Bertugas Mingguan. Kesimpulannya, rondaan yang dilakukan oleh pihak sekolah dapat mengurangkan masalah murid berkeliaran di luar bilik darjah semasa PdP dilakukan. Di samping itu PdP dapat dilaksanakan dengan berkesan, Muka Surat | 257
  • 271. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar masalah guru tiada di dalam bilik darjah dapat di atasi dengan segera dan guru-guru dapat memaksimumkan waktu tersebut dengan sepenuhnya.11. Menambah Waktu Pengajaran dan Pembelajaran Bilik darjah Kemanusiaan 4K1, 4K2, 4K3, 5K1, 5K2, 5K3 mengambil 8 mata pelajaran untuk SPM. Walaupun boleh balik awal, tetapi waktu persekolahan untuk semua murid bermula jam 7.30 pagi hingga 3.00 petang. Terdapat waktu yang berlebihan. Maka, mata pelajaran Teras: Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Bahasa Melayu bagi bilik darjah Kemanusiaan ditambah waktu PdP menjadi di antara 6 hingga 8 waktu. Analisis Jadual Waktu bilik darjah berkenaan seperti yang berikut: Mata Pelajaran/Bilik Bahasa Matematik English Sains darjah Malaysia 4K1 5 7 6 7 4K2 5 7 7 6 4K3 6 5 6 8 5K1 7 7 5 6 5K2 6 6 5 8 5K3 5 5 5 8 Dengan menambah waktu PdP, dapat menambah ‘contact hours’ guru dengan murid dan murid dengan murid. Oleh itu, penambahan waktu mampu meningkatkan pencapaian akademik murid. Muka Surat | 258
  • 272. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid Belajar SYORBagi memastikan SMK Guar Perahu terus cemerlang, program-program sediaada akan diteruskan dan dibuat penambahbaikan mengikut keperluan. Selainitu, beberapa program juga sedang ditingkatkan keberkesanannya agarmemberikan impak yang lebih atas pencapaian murid dan juga sekolah. Antaraprogram yang akan dipertingkatkan ialah Program Motivasi untukmeningkatkan kesedaran murid termasuk dari aspek kerohanian, akademik danjuga kerjaya.Selain itu, pihak sekolah juga sedang meningkatkan kerjasama dengankomuniti setempat dan agensi luar untuk membantu sekolah bagi membantumurid. Pihak sekolah juga sedang meningkatkan pelaksanaan program-programsahsiah supaya disiplin dapat dipertingkat. Seandainya masalah disiplin muridseperti ponteng bilik darjah dan ponteng sekolah dapat di atasi, guru-guru akandapat memberikan tumpuan yang lebih berkaitan proses PdP dalam bilikdarjah.Hal ini akhirnya akan dapat meningkatkan lagi pencapaian murid dan jugasekolah. Diharapkan agar SMK Guar Perahu akan dapat meneruskankecemerlangan dalam semua aspek selaras dengan visi sekolah iaitu menjadiSekolah Hebat menjelang Tahun 2015.RujukanAnderson, L.W., (2004) Increasing Teacher Effectiveness. (Second Edition) Paris: UNESCO, IIEP dalam Scheerens, J. (2004). Review of school and instructional effectiveness research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdf Muka Surat | 259
  • 273. Melindungi Masa Instruksional (MMI)Kembali Kepada Yang Asas : Pemimpin Instruksional, Guru Mengajar dan Murid BelajarCotton, K. (1995). Effective schooling practices: A research synthesis. 1995 Update. School Improvement Research Series. Northwest Regional Educational Laboratory dalam Scheerens, J. (2004). Review of school and instructional effectiveness research.UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdfDoyle, W. (1985). Effective secondary classroom practices. In: M.J. Kyle (Ed.), Reaching for excellence. An effective schools sourcebook. Washington: U.S. Government Printing Office dalam Scheerens, J. (2004). Review of school and instructional effectiveness research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdfSammons, P., Hillman, J., & Mortimore, P. (1995). Key characteristics of effective schools: A review of school effectiveness research. London: OFSTED dalam Scheerens, J. (2004). Review of school and instructional effectiveness research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdfScheerens, J. (1992). Effective Schooling, Research, Theory and Practice. London: Cassell dalam Scheerens, J. (2004). Review of school and instructional effectiveness research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdfScheerens, J. (2004). Review of school and instructional effectiveness research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdfScheerens, J., & Bosker, R.J. (1997). The Foundations of Educational Effectiveness. Oxford: Elsevier Science Ltd dalam Scheerens, J. (2004). Review of school and instructional effectiveness research. UNESCO Research Paper 2005/ED/EFA/MRT/PI/44 dalam laman web www. unesdoc.unesco.org/images/0014/001466/146695e.pdfStallings, J. (1985). Effective elementary classroom practices. In: M.J. Kyle (Ed.), Reaching for excellence. An effective schools sourcebook. Washington, DC: US Government Printing Office.Stallings, J., & Mohlman, G. (1981). School policy, leadership style, teacher change and student behavior in eight schools. Final report to the National Institute of Education, Washington D.C. Muka Surat | 260