Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikan
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikan

on

  • 3,008 views

 

Statistics

Views

Total Views
3,008
Views on SlideShare
3,008
Embed Views
0

Actions

Likes
2
Downloads
78
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

    Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikan Oumh1103 ciri ciri graduan yang dikehendaki oleh majikan Document Transcript

    • Learning Skills for Open Distance Learning OUMH1103ISI KANDUNGAN1.0 Pendahuluan 12.0 Kemahiran-Kemahiran Penting Yang Perlu Ada Dalam 2-6 Seseorang Graduan Yang Diinginkan Oleh Majikan 2.1 Kemahiran Berkomunikasi 2.2 Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif 2.3 Kemahiran Kepemimpinan 2.4 Kemahiran Berbahasa Inggeris 2.5 Kemahiran Pembelajaran Berterusan Dan Mengurus Maklumat 2.6 Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)3.0 Cadangan-Cadangan Untuk Bakal Graduan, Badan Kerajaan 7-9 Dan Institusi Pendidikan Di Malayisia Bagi Membantu Melengkapkan Para Graduan Dengan Kemahiran Insaniah 3.1 Institusi pendidikan 3.2 Badan kerajaan 3.3 Bakal graduan4.0 Penutup 10 Rujukan
    • Learning Skills for Open Distance Learning OUMH11031.0 Pendahuluan Generasi muda pada masa kini menghadapi cabaran yang besar dalam memastikan dirimereka mempunyai pekerjaan selepas menerima ijazah dalam bidang yang mereka ambil.Pengetahuan akademik yang baik tidak menjamin pekerjaanan bagi mereka kerana majikanmenginginkan pekerja yang lengkap dengan kemahiran-kemahiran penting yang dapatmenjadikan mereka unruk menjadi seorang pekerja ynag berkualiti tinggi, berdaya saing danproduktif. Pada tahun 2010, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusiamenunjukkan bahawa seramai 32,000 bekas graduan tidak mendapat pekerjaan selepas enambulan keluar daripada pengajian mereka di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini.Terdapat banyak punca yang menyebabkan perkara ini berlaku, antaranya ialah kekuranganpermintaan dalam bidang kelulusan mereka. Namun, punca utama kegagalan mereka untukmendapatkan pekerjaan adalah mereka kekurangan kemahiran-kemahiran penting yang majikaninginkan dalam diri pekerja yang bakal mereka ambil untuk bekerja nanti. Inilah yangmenyebabkan masalah pengangguran wujud dalam kalangan graduan di negara ini. Generasimuda pada masa datang menghadapi dugaan yang mencabar untuk mencari pekerjaan keranamajikan bukan sahaja akan melihat pada sekeping ijazah yang mereka miliki tetapi juga amatmenitikberatkan kemahiran-kemahiran penting yang perlu ada dalam diri seseorang graduan itu.Kemahiran-kemahiran penting itu merangkumi kemahiran insaniah yang tinggi sepertikemahiran berkomunikasi dan beberapa kemahiran lain seperti kemahiran berbahasa Inggeris,bekerja secara berpasukan, menyelesaikan masalah dan berfikir kritis, etika dan moralprofesional, pembelajaran berterusan dan pengurusan serta banyak lagi kemahiran lain. Tidakdapat dinafikan bahawa generasi muda pada masa kini dan masa akan datang perlumelengkapkan diri mereka dengan kemahiran-kemahiran yang diinginkan oleh majikan agarditerima untuk berkerja kelak. Sehubungan dengan itu, laporan ini akan membincangkanmengenai kemahiran-kemahiran penting yang perlu ada dalam seseorang graduan yangdiinginkan oleh majikan serta cadangan-cadangan untuk bakal graduan, badan kerajaan daninstitusi pendidikan di Malayisia bagi membantu melengkapkan para graduan dengan kemahiran-kemahiran tersebut. 1
    • Learning Skills for Open Distance Learning OUMH11032.0 Kemahiran-Kemahiran Penting Yang Perlu Ada Dalam Seseorang Graduan Yang Diinginkan Oleh Majikan2.1 Kemahiran Berkomunikasi Antara kemahiran utama yang diperlukan oleh majikan dalam graduan ialah kemahiranberkomunikasi. Kemahiran komunikasi amat penting dalam setiap bidang pekerjaan dankemahiran ini merupakan kemahiran asas yang wajib ada pada diri seseorang graduan untukmendapatkan pekerjaan. Menurut Hashim (2001), seperti dinyatakan dalam Yahya danMuhamad Shabudin (2001), proses komunikasi boleh berlaku pada bila-bila masa dan tidakdapat dielakkan oleh mana-mana individu. Oleh itu, majikan amat mementingkan kemahiranberkomunikasi dalam kalangan graduan agar pekerja yang bakal diambil dapat berkomunikasisecara efektif dengan banyak pihak seperti rakan sekerja, pihak atasan atau pelanggan,bergantung kepada bidang pekerjaan yang diceburi. Kemahiran berkomunikasi bolehdibahagikan kepada dua kategori iaitu kemahiran berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan.Contoh komunikasi secara lisan ialah perbincangan dalam kalangan rakan sekerja, majikan dansebagainya. Manakala contoh komunikasi bukan lisan adalah gerak badan dan sebagainya.Aspek yang dititikberatkan oleh majikan dalam kemahiran berkomunikasi ialah komunikasiinterpersonal, di mana seseorang individu boleh berinteraksi dengan baik denganpersekitarannya. Oleh itu, majikan menginginkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangangraduan agar mereka akan dapat menjalankan pekerjaan mereka secara efektif dan produktifkelak. Ratna Rosdhina Abdul Razak dan Faez Mohamed Mohamed Sultan (2009) dalam kajianmereka menyatakan bahawa salah satu punca graduan tidak berjaya mendapat pekerjaan adalahmereka mempunyai masalah dalam komuniksi dan tiada kemahiran interpersonal. Dalam satulaporan daripada akhbar Berita Harian pada tahun 2011, dinyatakan bahawa bakal majikan tidakmempersoalkan tentang kelayakan dan kualiti akademik graduan daripada IPTA tetapi merekamempertikaikan kegagalan graduan dari segi komunikasi. Laporan ini jelas menunjukkanbahawa kemahiran komunikasi merupakan salah satu kemahiran yang diinginkan oleh majikandalam kalangan graduan. Kesimpulannya, graduan haruslah melengkapkan diri mereka dengankemahiran berkomuniksi agar peluang mereka untuk diterima bekerja oleh bakal majikanmeningkat. 2
    • Learning Skills for Open Distance Learning OUMH11032.2 Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Majikan mencari graduan yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifagar mereka sentiasa produktif dalam kerja mereka dan membantu dalam kejayaan tempat dimana graduan itu bakal diterima bekerja. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kemampuanminda sesorang untuk menganalisis kelogikan dan kemunasabahan mengenai sesuatu danseterusnya membuat pertimbangan berserta alasan dan bukti. Manakala kemahiran berfikirsecara kreatif adalah kepantasan seseorang dalam menggunakan akalnya untuk menjana ideabaru serta mencari makna dan juga untuk menyelesaikan sesuatu secara inovatif. Graduan yangmempunyai kemahiran ini akan mempunyai peluang yang tinggi untuk diterima bekerja keranamereka boleh diharapkan oleh majikan untuk menyelesaikan masalah atau isu yang timbul dalamsesuatu organisasi, syarikat atau tempat graduan itu bekerja nanti. Dalam kata lain, kemahiranini penting kerana ia amat berguna untuk menangani pelbagai situasi yang bermasalah sertamembantu dalam mencari strategi untuk merealisasikan objektif berkaitan dengan bidang tugasseseoarng tersebut. Selain itu, majikan juga inginkan graduan yang mempunyai kemahiran inikerana ia boleh membantu seseorang untuk mempunyai daya ketahanan mental yang tinggi sertamemberikan perhatian sepenuhnya dalam memikul dan melaksanakan tugas yang diberikan olehmajikan. Melalui kemahiran ini juga, pelbagai penyelesaian alternatif boleh diaplikasi terhadapapa juga situasi dalam pekerjaan. Satu laporan dalam Berita Harian (2011), menyatakan bahawagraduan kurang kemahiran untuk berfikir secara kritis. Bernama (2012), juga melaporkanbahawa kekurangan kemahiran berfikir secara kritis dalam kalangan graduan menyebabkanmereka gagal menepati kehendak majikan. Sebagai konklusi, kemahiran berfikir secara kritisdan kreatif merupakan satu aspek yang sangat penting yang perlu ada pada para graduan keranamajikan mahukan pekerja yang menguasai kemahiran ini dengan baik.2.3 Kemahiran Kepemimpinan Selain itu, majikan juga menginginkan sifat kepemimpinan dalam diri seseorang graduan.Kemahiran kepemimpinan bukan merupakan sesuatu bakat tetapi lahir melalui pembelajaran,pembentukan dan pemupukan kemahiran ini. Justeru itu, graduan seharusnya merebut setiappeluang untuk belajar dan mengaplikasikan kemahiran kepemimpinan dalam diri mereka agar 3
    • Learning Skills for Open Distance Learning OUMH1103mereka dapat mencari kerja dengan mudah. Majikan memerlukan seseorang yang mempunyaikemahiran kepemimpinan kerana kemahiran ini membolehkan seseorang menjadi seorang yangberwibawa dan bertanggungjawab. Graduan yang memiliki sifat kepemimpinan akan dapatmerancang aktiviti, menjadi tempat rujuk, lambang organisasi, model kepada ahli, mencapaimatlamat organisasi, menyelesaikan masalah dengan berkesan, serta dapat membahagikan tugasahli dengan adil. Majikan juga memerlukan kemahiran kepemimpinan dalam diri graduan agardapat memimpin ahli atau rakan sekerja yang lain untuk memberikan komitmen dan sumbanganyang optimum. Apabila seseorang mempunyai kemahiran kepepimpinan, seseorang itu akanmempunyai ciri-ciri daya usaha yang tinggi, bersemangat, jujur, amanah, fleksibiliti, dankeyakinan diri yang tinggi. Sehubungan dengan itu, kecenderungan majikan untuk memilihgraduan yang mempunyai kemahiran kepemimpinan amat tinggi. Budaya saing yang amat tinggidan sangat jelas pada masa kini dalam konteks pekerjaan menyebabkan majikan menilai pelbagaikriteria dalam diri seseorang graduan, dan tidak dinafikan bahawa kemahiran kepemimpinanmerupakan elemen yang sangat penting harus dimiliki oleh graduan dan bakal graduan.Kesimpulannya, kemahiran kepemimpinan harus diterapkan dalam kalangan graduan sebelummereka mencari kerja dalam bidang yang diceburi.2.4 Kemahiran Berbahasa Inggeris Graduan pada masa kini bukan sahaja harus mantap dari segi kemahiran berfikir secarakritis serta mempunyai kemahiran kepemimpinan, tetapi juga harus mantap dari segi kebolehanuntuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Menurut Persekutuan Majikan Malaysia (MEF)kebolehan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris merupakan satu kriteria yang dicari-cari olehmajikan dalam kalangan graduan. Dalam satu kaji selidik berkaitan gaji Eksekutif 2010 yangdijalankan oleh MEF, didapati 68% syarikat mengutamakan kebolehan berkomunikasi sebagaisatu kualiti yang sangat diutamakan ketika permohonan kerja (Berita Harian Online, 2011).Peratus ini merupakan peratus yang tertinggi berbanding dengan kriteria- kriteria yang lain. Inimenunjukkan betapa di masa kini, kemahiran ini sangat penting untuk dikuasai oleh paragraduan. Pendapat ini juga disokong oleh Dr Marie Aimee Tourres, pensyarah penyelidikan diUniversiti Malaya. Beliau menyatakan bahawa ianya sangat penting bagi para graduan untukmahir dalam Bahasa Inggeris, ini dapat memastikan persaingan yang sengit antara mereka dalampasaran kerja secara global (n.d). Pengarah Eksekutif MEF Shamsuddin Bardan menyatakan 4
    • Learning Skills for Open Distance Learning OUMH1103yang beliau bimbang dengan keadan para graduan hari ini yang kurang cekap dalam menulisserta berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris (Berita Harian Online, 2011). Beliau berkatabahawa ini merupakan salah satu sebab utama kenapa mereka menghadapai masalah untukmendapat kerja dalam sektor swasta. Graduan yang tidak mempunyai kemahiran ini tidak dapatmenyatakan idea mereka secara tepat kerana kurangnya penguasaan perbendaharaan kata dalamBahasa Inggeris. Keadaan ini tidak seharusnya berlaku kerana industri kerja pada masa kinimemerlukan mereka yang dapat berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik keranamereka bukan sahaja akan berurusan dengan orang tempatan tetapi juga dengan orang asing yangsudah tentunya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. Justeru itu, pentingbagi para graduan untuk mengasah serta menguasai kemahiran ini, kerana pada masa kini,kriteria ini yang amat dititikberatkan oleh majikan.2.5 Kemahiran Pembelajaran Berterusan Dan Mengurus Maklumat Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (NPK) yang menekankan pembelajaransepanjang hayat, demikian juga majikan menginginkan graduan yang mengamalkanpembelajaran berterusan dan mempunyai kemahiran mengurus maklumat. Menurut AzimiHamzah (n.d.), konsep pendidikan berterusan adalah penekanan kepada menimba ilmu,mengubah sikap, dan meningkat kemahiran melalui pengalaman, latihan, serta perbincangansecara formal dan tidak formal. Manakala tujuan pendidikan berterusan ialah untukmenghasilkan individu yang sihat dan seimbang dalam pembangunan rohani, sosial, ekonomi,kebudayaan dan lain-lain (Azimi Hamzah, n.d.). Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu TunDatuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga ada menyatakan bahawa pembelajaran yangberterusan bukan hanya bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan peluang pekerjaan tetapijuga untuk menambahkan manfaat ilmu pengetahuan untuk memperkayakan jiwa dan mindaseseorang individu. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran pembelajaran berterusanmenjadikan peluang graduan untuk diterima bekerja oleh majikan lebih cerah kerana graduanyang mempunyai kemahiran pembelajaran berterusan akan lebih kuat dalam daya saing danproduktif di tempat kerja. Selain itu, majikan juga menitikberatkan kemahiran mengurusmaklumat dalam kalangan graduan. Kemahiran pengurusan maklumat adalah pengurusan yanglengkap dan sistematik ke atas pengetahuan dan proses yang berkaitan dengan maklumat.Majikan amat menitikberatkan kemahiran ini dengan beberapa sebab, antaranya ialah kemahiran 5
    • Learning Skills for Open Distance Learning OUMH1103pengurusan maklumat dapat memantapkan perancangan organisasi, dapat mencari penyelesaianyang berkesan, dan dapat membantu dalam mencapai objektif organisasi di tempat kerja. Inilahsebabnya majikan amat menitikberatkan kemahiran pengurusan maklumat dalam kalangangraduan.2.6 Kemahiran Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Antara kemahiran penting yang perlu ada dalam diri seorang graduan untuk menepatikehendak majikan ialah kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Kemahiran iniamat penting dalam alam pekerjaan di zaman teknologi ini kerana banyak kerja yangmemerlukan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi untuk melakukan kerja. Sebagaicontoh, penggunaan komputer dalam membuat kerja amat penting untuk melakukan pelbagaikerja seperti penyediaan kertas kerja, laporan mesyuarat, penyediaan pelbagai surat dansebagainya. Selain itu, kemahiran ini amat dititikberatkan kerana ini dapat meningkatkanproduktiviti di tempat kerja dengan menjimatkan masa dan menjadikan kerja lebih sistematik.Perhubungan antara rakan sekerja, pihak atasan dan pihak luar akan lebih mudah melaluipenggunaan teknologi komunikasi seperti emel yang memudahkan dari segi perkongsianmaklumat, perhubungan dan sebagainya. Oleh itu, graduan dan bakal graduan haruslahmelengkapkan diri mereka dengan kemahiran ICT untuk bersaing dalam mendapatkan pekerjaan.Sebagai kesimpulan, graduan masa kini harus mengikuti keperluan semasa dunia pekerjaan yangmemerlukan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). 6
    • Learning Skills for Open Distance Learning OUMH11033.0 Cadangan-Cadangan Untuk Bakal Graduan, Badan Kerajaan Dan Institusi Pendidikan Di Malayisia Bagi Membantu Melengkapkan Para Graduan Dengan Kemahiran Insaniah3. 1 Institusi Pendidikan Institusi pendidikan memainkan peranan yang amat besar dalam membantu bakalgraduan untuk menyediakan diri mereka dengan kemahiran insaniah agar mereka dapat mencaripekerjaan dengan mudah. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MoHE) memikultanggungjawab yang besar untuk membantu bakal graduan. Kementerian Pengajian Tinggiharus memantapkan lagi kerjasama dengan pelbagai institusi pendidikan tinggi di negara kita.Selain itu, instrumen yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi iaitu KemahiranInsaniah (My3S) yang merangkumi tujuh elemen iaitu kemahiran berkomunikasi, pemikirankritis dan kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja berpasukan, pembelajaranberterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional dankemahiran kepemimpinan dapat membantu graduan melengkapkan diri dengan kemahiraninsaniah. Keberkesanan program ini harus sentiasa dipantau agar ia benar-benar dapatmembantu bakal graduan untuk membina iemahiran insaniah dalam diri mereka. Pada masayang sama, setiap Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Malaysia harus memberikankomitmen sepenuhnya dalam melaksanakan My3S serta memperbanyakkan program yangberkaitan dengan My3S. Selain itu, IPT juga dapat menyediakan banyak alternatif lain untukmembantu bakal graduan, antaranya adalah menyediakan kaunseling kerjaya atau menubuhkanpusat penempatan kerjaya yang khas untuk membantu bakal graduan meningkatkan kemahiran,keperibadian mulia, minat dan nilai kerja selaras dengan dunia pekerjaan semasa. IPT juga harusmenjadi fasilitator kepada bakal gradual walaupun selepas mereka menamatkan pengajian.Contohnya, IPT membantu Bakal graduan meneroka peluang pekerjaan dalam pasaran kerja.3.2 Badan Kerajaan Bagi memastikan bakal graduan mempunyai kemahiran yang diinginkan majikan, badankerajaan harus mempergiatkan usaha mereka untuk membantu bakal graduan. Pada tahun 2011,kerajaan telah menubuhkan syarikat milik kerajaan (GLC) untuk menerima siswazah yang tidakberjaya dalam mendapatkan pekerjaan dalam tempoh lebih enam bulan dan seterusnya memberi 7
    • Learning Skills for Open Distance Learning OUMH1103latihan selama setahun. Melalui cara ini, graduan dapat berpeluang untuk menimba pengalamandan memantapkan kemahiran. Sebagai contoh, kerajaan telah mewujudkan Skim Latihan1Malaysia (SL1M), yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datk Seri Tun Razak. Skim inibukan sahaja bermatlamat untuk membantu dan menambah pengalaman para graduan tetapi jugabermatlamat untuk menyediakan mereka dengan segala bentuk kemahiran penting yang menepatikehendak pasaran, dan paling penting ialah membantu graduan untuk mendapatkan pekerjaansesuai dengan kelayakan mereka. Selain itu, ia juga diwujudkan bagi menyediakan bakalgraduan untuk mencapai matlamat jangka masa panjang bagi meningkatkan kualiti dankebolehpasaran graduan kelak. Oleh itu, antara langkah yang terbaik dalam membantu bakalgraduan di seluruh Malaysia adalah dengan melaksanakan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)secara meluas di pelbagai tempat di Malaysia agar lebih banyak graduan mendapat pendedahanmengenai kemahiran yang diinginkan majikan dalam kalangan graduan. Majikan tentunya akanmemilih mereka yang dilengkapi dengan kemahiran berbanding mereka yang tidak mempunyaikemahiran.3.3 Bakal Graduan Perkara pertama yang harus dilakukan oleh bakal graduan adalah membina kesedaranakan kriteria-kriteria yang harus ada pada bakal graduan untuk memastikan mereka mendapatpekerjaan kelak. Bakal graduan harus mempunyai kesedaran dari awal akan kepentingankemahiran insaniah dalam mencari pekerjaan dalam bidang yang mereka ceburi dan tidak hanyamementingkan pencapaian akademik sahaja. Semasa menuntut di mana-mana tempat pengajiantinggi, bakal graduan haruslah tidak mensia-siakan peluang untuk mempelajari danmengaplikasikan kemahiran insaniah dalam kehidupan mereka setiap hari. Contoh kemahiraninsaniah termasuklah kemahiran berkomunikasi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesaikanmasalah, pembelajaran berterusan dan pegurusan maklumat, pembelajaran berterusan,pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, moral dan etika profesional dan kemahirankepemimpinan. Kemahiran ini boleh dipupuk semasa mereka menuntut di institusi pengajiantinggi kerana institusi pengajian tinggi menyediakan banyak peluang kepada penuntutnya untukmemajukan diri mereka melalui pelbagai persatuan, kelab, aktiviti, ceramah, bengkel, seminardan banyak lagi. Bakal graduan bukan sahaja dapat memberikan diri mereka peluang untuk 8
    • Learning Skills for Open Distance Learning OUMH1103menjadi insan yang lebih baik tetapi mereka juga dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalamdiri mereka seterusnya membantu mereka dalam mencari pekerjaan kelak. 9
    • Learning Skills for Open Distance Learning OUMH11034.0 Penutup Secara keseluruhan, bakal graduan harus melengkapkan diri mereka dengan pelbagaikemahiran penting yang diinginkan oleh para majikan. Kemahiran utama yang dititikberatkanoleh majikan ialah kemahiran insaniah yang merangkumi pelbagai elemen utama sepertikemahiran berkomunikasi, kepemimpinan, berfikir secara kritis dan kreatif, pembelajaranberterusan dan pengurusan maklumat dan juga kemahiran berbahasa Inggeris. Kesedaran awaldalam diri graduan akan kepentingan kemahiran-kemahiran ini amat penting dan tidakmementingkan pencapaian akademik sahaja. Bakal graduan di luar sana harus belajar menguasaikemahiran-kemahiran ini untuk menepati kehendak majikan dengan melibatkan diri denganpelbagai aktiviti atau sebarang program yang dianjurkan oleh pihak IPT untuk membantu bakalgraduan melengkapkan diri mereka dengan kemahirani insaniah. Manakala bagi KementerianPengajian Tinggi, usaha untuk membantu graduan dan bakal graduan harus lebih dipergiatkanlagi untuk menyediakan dengan kemahiran insaniah sebelum mereka melangkah mencari kerjasesuai dengan bidang kajian mereka. Kerjasama dengan IPT untuk membantu bakal graduan dangraduan mesti diteruskan untuk memberi sokongan dan untuk memastikan graduan tidak mudahberputus asa dalam mendapatkan pekerjaan. Instrumen yang diperkenalkan oleh KementerianPengajian Tinggi iaitu My3S memerlukan kerjasa dan penglibatan daripada pelbagai pihakseperti bakal graduan dan graduan, IPT, badan kerajaan dan lain-lain bagi menjayakan penerapankemahiran insaniah dalam diri mereka. Tuntasnya, bakal graduan dan graduan pada masa kiniwajib melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran penting untuk menepati kehendakmajikan dan seterusnya melahirkan para pekerja yang berkualiti tinggi dan produktif diMalaysia. . (2599 pp) 10
    • Learning Skills for Open Distance Learning OUMH1103RujukanDon. (7 November, 2011). English standard for undergraduates is still not up to par. The Star.Hariati Azizan, Mun & L.M. (10 Ogos 2011). Top jobs only for those who know the language well. The Star.Kahirol Mohd Salleh, Nur Lisa Sulaiman & Khairul Nazry Talib. 2010. Globalisation’s Impact on Soft Skills Demand in the Malaysian Workforce and Organisations: What makes graduates employable. Proceedings of the 1st UPI International Conference on Technical and Vocational Education and Training. Bandung, Indonesia.Mariana Yusof. ( 13 Mac 2011). Kemahiran insaniah mantapkan graduan harungi dunia pekerjaan. Berita Harian.Mikhail Rah Abdullah. (4 Mac 2012). Graduan tempatan gagal tepati kehendak majikan. Bernama.Ratna Rasyid Abdul Razak & Fazal Mohamed Mohamed Sultan. (n.d.) .Sorotan Literature. [Online]. Available: http://www.ipptn.usm.my/attachments/091_7%20Bab%202 Sorotan%20Literatur.pdf. [9 April 2012].Skala kemahiran di insaniah Malaysia. (n.d.). [Online]. http://jpt.mohe.gov.my/my3s/members/index_home.php. [10 April 2012].Tiada kemahiran punca ramai graduan gagal dapat kerja. (31 Mei 2011). Utusan Online.[10April 2012]Yahya Bin Buntat. (2001). Kajian-kajian berkaitan dengan aspek-aspek kemahiran employalibility yang diperlukan oleh para majikan industri. Buletin Fakulti Pendidikan, (3).