Bahagian c (1)

4,998 views
4,754 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
4,998
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
156
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Bahagian c (1)

  1. 1. Bahagian C (JUN 2010 (1)) Tajuk 1 Sebagai seorang rakyat, kita hendaklah mengamalkan semangat patriotik dengan mencintai negara kita kerana di negara inilah kita dilahirkan. Selain itu, kita hendaklah jujur semasa menjalankan tugas dengan tidak mementingkan diri sendiri. Seterusnya, kita hendaklah rajin belajar supaya mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan. Di samping itu, kita hendaklah berani bertanya jika kurang faham dalam pelajaran. Akhir sekali, kita hendaklah mengamalkan sikap adil terhadap orang lain supaya disenangi orang. Tajuk 2 Kita hendaklah menghargai masa dengan menepati masa semasa bekerja kerana masa sangat penting, bak kata pepatah “ Masa Itu Emas”. Selain itu, kita hendaklah bekerjasama ketika menjalankan tugas bagai aur dengan tebing. Seterusnya, kita hendaklah bertanggungjawab dengan menjalankan tugas dengan sempurna. Di samping itu, kita hendaklah baik hati dengan mengutamakan kebajikan orang bawahan kita. Akhir sekali, kita hendaklah bijak membuat keputusan supaya tidak rugi. Tajuk 3 Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab, kita hendaklah sayang akan harta benda awam supaya semua orang boleh menggunakannya. Di samping itu, kita hendaklah sentiasa bersikap jujur dengan tidak menipu ibu bapa kita kerana ini ialah amalan yang mulia. Seterusnya, kita hendaklah bertindak secara rasional dengan berfikir dahulu sebelum bertindak supaya tidak rugi. Akhir sekali, kita hendaklah baik hati dengan membantu masyarakat dan negara tanpa mengharapkan sebarang balasan. Tajuk 4 Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab, kita hendaklah bijak membuat keputusan supaya tidak rugi. Selain itu, kita hendaklah mengamalkan sikap adil kepada semua penduduk kampung sepanjang masa supaya tidak ada yang berkecil hati. Seterusnya, kita hendaklah jujur dengan melakukan sebarang tugas dengan sempurna tanpa mementingkan diri sendiri. Akhir sekali, kita hendaklah bertolak ansur dengan menerima keputusan orang lain supaya disenangi oleh orang lain.
  2. 2. Bahagian C (JUN 2010 (2)) Tajuk 1 Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab, kita hendaklah menghargai masa dengan menepati masa seperti yang dijanjikan kerana masa sangat penting, bak kata pepatah “Masa Itu Emas”. Selain itu, kita hendaklah berdikari dengan menaiki bas sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Di samping itu, kita hendaklah hormat akan ibu bapa dengan meminta izin daripada mereka. Akhir sekali, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya sentiasa berjaya dalam pelajaran. Tajuk 2 Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab, kita hendaklah rajin bekerja supaya hidup kita senang. Selain itu, kita hendaklah bijak membuat keputusan contohnya menjual barang-barang dengan harga yang berpatutan supaya tidak rugi. Di samping itu, kita hendaklah jujur semasa berniaga supaya disukai oleh orang lain. Seterusnya, kita hendaklah bersopan santun semasa bergaul dengan orang lain sepanjang masa. Akhir sekali, kita hendaklah berjimat cermat semasa berbelanja dan menyimpan wang demi hari tua kita. Tajuk 3 Sebagai seorang pemain bola, kita hendaklah mempunyai keyakinan diri apabila bertanding supaya bersemangat yang lebih tinggi untuk menang. Selain itu, kita hendaklah rajin berusahan dengan berlatih bersungguh-sungguhagar dapat memenangi pertandingan. Sebaliknya, sebagai seorang jurulatih, kita pula harus bertanggungjawab dengan memberi latihan dan bimbingan yang sempurna kepada murid-murid. Kita juga hendaklah bekerjasama dan bermuafakat ketika bertanding supay dapat menewaskan pihak lawan. Akhir sekali, kita hendaklah hormat akan kelebihan pihak lawan dengan tidak merendah-rendahkan kebolehan mereka. Tajuk 4 Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab, kita hendaklah selalu bekerjasama semasa melakukan tugasan yang diberi bagai aur dengan tebing. Selain itu, kita hendaklah bersikap adil dengan membahagikan segala tugas sama rata kepada semua orang supaya disenangi orang. Di samping itu, kita mestilah selalu berdikari dengan menjaga pakaian dan peralatan sendiri tanpa bantuan orang lain. Seterusnya, kita juga mestilah berani dan tabah semasa menghadapi kesusahan. Akhir sekali, kita mestilah selalu menjaga kebersihan kawasan sekitar kita supaya tidak tercemar dan kesihatan terjamin.
  3. 3. Bahagian C (JULAI 2010 (1)) Tajuk 1 Sebagai seorang murid, kita harus mendisiplinkan diri dengan mematuhi jadual belajar yang dibuat supaya memanfaatkan masa dengan maksima. Selain itu, kita harus menjaga kesihatan kita dengan meluangkan masa-masa tertentu untuk berekreasi dan berehat. Kita sewajarnya mempunyai daya usaha yang tinggi dengan tekun membaca dan mencari maklumat. Akhir sekali, kita juga perlu rajin membantu ibu bapa kita membuat kerja rumah untuk meringankan beban mereka. Tajuk 2 Kita perlu bersemangat kemasyarakatan dengan bersatu padu dan bekerjasama dengan jiran-jiran kita contohnya menceburkan diri dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kampung. Selain itu, kita juga patut menjaga kebersihan kawasan sekitar kita supaya dapat mengelakkan pelbagai jenis penyakit. Kita sewajarnya bersikap prihatin dan baik hati dengan membantu jiran kita yang sakit bagai aur dengan tebing. Akhir sekali, kita perlu mengenang jasa orang lain dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah membantu kita. Tajuk 3 Sebagai seorang murid, kita harus berfikir semasak-masak sebelum bertindak saupaya tidak mendapat malu. Selain itu, kita harus menghargai masa dengan melakukan kerja yang berfaedah supaya tidak sesal kelak. Kita juga sewajarnya membalas jasa ibu bpaa dan saudara kerana mereka telah menolong kita. Akhir sekali, kita perlu rajin berusaha untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Tajuk 4 Kita harus bersikap jujur apabila berkawan dengan orang lain supaya disukai ramai walaupun miskin. Selian itu, kita patut mengenang jasa guru yang telah mendidik kita dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka. Kita sewajarnya bersemangat gigih dengan tidak mudah putus asa walaupun menghadapi kegagalan. Akhir sekali, kita harus bersopan santun dan berhati-hati semasa bercakap supaya tidak mendatangkan malu.
  4. 4. Bahagian C (JULAI 2010 ) Tajuk 1 Kita harus bersikap gigih dan tidak mudah putus asa walaupun menghadapi pelbagai rintangan hidup. Selain itu, kita sewajarnya bersifat rajin berusaha demi kejayaan pada masa depan. Kita juga perlu berdikari dengan sanggup meinggalkan kampung halaman kita walaupun terpaksa berpisah dengan ahli keluarga. Dalam pada itu, kita perlu berazam tinggi dengan bercita-cita menjadi peguam supaya kita dapat berkhidmat untuk masyarakat dan hidup senang. Akhir sekali, kita haruslah tabah dan sabar kerana kemiskinan tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk terus maju ke depan. Tajuk 1 Kita harus sentiasa bersyukur dengan apa yang sedia ada walaupun miskin. Kita sewajarnya gigih menghadapi rintangan hidup denan tidak senang berputus asa dan terus hidup. Selain itu, kita perlu rajin bekerja dan berani seperti Johari yang menolong ibunya menjaja kuih di kampung. Dalam pada itu, kita juga perlu rajin berusaha dengan mengulang kaji setiap malam supaya memperoleh kejayaan dalam pelajaran. Akhir sekali, kita mestilah berazam untk berjaya demi mengubah nasib hidup kita dan keluarga kita.
  5. 5. Bahagian C (Julai 2010) Tajuk 2 Kita hendaklah menjaga kesihatan diri dengan bersarapan sebelum ke sekolah supaya kita dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Selain itu, kita perlu mematuhi peraturan sekolah dengan beratur ketika hendak membeli makanan dan minuman di kantin dan jangan berebut-rebut. Sikap prihatin terhadap kepentingan orang lain perlu ada dalam diri. Kita haruslah menghormati hak orang yang lebih dahulu beratur sebelum kita. Di samping itu, amalkanlah sikap kesederhanaan tanpa perlu menunjuk-nunjuk kemewahan yang dimiliki kerana menunjuk-nunjuk merupakan sikap negatif yang wajar dijauhi. Akhir sekali, kita perlu bersikap toleransi dalam persahabatan dan menghormati rakan-rakan supaya disenangi orang. Tajuk 3 Sebagai murid, kita perlu prihatin terhadap kawan-kawan sekelas kita dan bersedia mendengar serta menangani masalah mereka. Selain itu, kita juga patut bersikap baik hati dengan membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Kita juga perlu menghargai jasa orang yang telah membantu kita dengan mengucapkan terima kasih kepada mereka. Akhir sekali, kita harus rajin dan gigih belajar demi mencapai kejayaan dalam pelajaran. Tajuk 3 Sebagai seorang anak, kita patut bersyukur kerana mempunyai tempat tinggal yang sesuai walaupun sempit. Selain itu, kita perlu menjaga keselamatan dengan tidak bermain di kawasan landasan kereta api kerana malang tidak berbau. Kita sewajarnya mematuhi undang-undang dengan menghargai harta benda kerajaan dan nyawa orang lain dan tidak melakukan perkara vandalisme seperti membaling batu ke arah kereta api. Kita sepatutnya taat kepada ibu bapa dengan mendengar nasihat yang diberikan oleh ibu bapa supaya tidak rugi. Akhir sekali, kita perlu mematuhi peraturan jalan raya dengan menggunakan jejantas semasa melintas landasan kereta api supaya tidak berlaku kemalangan. Bahagian C
  6. 6. Tajuk 1 Kita mestilah berani bertindak apabila berlaku sesuatu misalnya menyelamatkan seseorang yang terjatuh ke dalam sungai. Kita juga mestilah boleh menghargai masa dengan membaca kerana masa itu emas. Selain itu, kita juga mestilah prihatin terhadap apa yang berlaku di sekitar kita dan bertindak pantas menolong orang yang dalam kecemasan. Akhir sekali, kita perlu mengenang jasa orang lain dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang membantu kita. Tajuk 2 Sebagai seorang murid khasnya pengawas harus bersikap tanggungjawab dengan selalu pergi awal ke sekolah dan memastikan tugasnya disempurnakan. Kita juga harus berdisiplin dengan mematuhi peraturan sekolah contohnya beratur semasa hendak ke dewan. Kita juga mestilah menghormati orang yang sedang memberi ucapan dengan mendengar nasihat mereka dengan teliti. Akhir sekali, sebagai pengawas, kita perlulah sentiasa memberikan bantuan kepada rakan kita yang memerlukan pertolongan. Tajuk 3 Kita mestilah menepati masa apabila mengikuti sesuatu program supaya tidak membazirkan masa orang lain. Kita juga haruslah adil apabila membahagikan tugas dengan mengikut kebolehan setiap anggota supaya disenangi orang. Selain itu, kita juga harus menjaga kebersihan diri dengan mandi setiap hari supaya tidak mudah dijangkiti penyakit. Akhir sekali, kita perlu menjaga kebersihan kawasan selepas digunakan misalnya memungut sampah supaya kesihatan kita terjamin. Tajuk 4 Kita mestilah berdikari seperti mencuci kasut sekolah sendiri tanpa bantuan orang lain. Sebagai anak, kita harus bersikap rajin menolong ibu melakukan kerja-kerja rumah demi meringankan beban mereka. Kita juga mestilah bijak menguruskan masa dengan mengikuti aktiviti yang berfaedah pada masa lapang seperti mengikuti kelas lukisan. Akhir sekali, ibu bapa hendaklah bertanggungjawab atas pelajaran anak-anak dengan membimbing mereka dalam pelajaran dan meluangkan masa bersama mereka di rumah. Bahagian C (Ogos 2010)
  7. 7. Tajuk 1 Kita haruslah menghargai persahabatan dengan bergaul mesra bersama kawan. Selain itu, kita juga harus bekerjasama apabila melakukan sesuatu misalnya Susan dan Liyan selalu berbincang dalam pelajaran bersama-sama. Di samping itu, kita perlu menghormati orang lain dan janganlah kita menghina orang lain seperti sikap Nadia. Akhir sekali, kita haruslah saling mempercayai dengan tidak memburuk-burukkan kawan kita. Tajuk 2 Kita perlu bersikap baik hati seperti berkongsi bekal yang dibawa dengan kawan kita. kita juga haruslah berjimat dengan menyimpan wang saku yang diberikan oleh ibu bapa. Kita hendaklah berbudi bahasa dengan mengucapkan terima kasih kepada kawan. Akhir sekali, sebagai serorang anak, kita mestilah bertanggungjawab dengan jimat berbelanja demi mengurangkan beban ibu bapa kita. Tajuk 3 Sebagai seorang anak, kita haruslah rajin menolong emak membuat kerja untuk meringankan bebannya. Kita juga perlulah berjimat dengan membawa bekal ke sekolah. Selain itu, kita perlulah menabung wang saku yang diperoleh. kita seharusnya bersikap berani bertanya kepada guru jika terdapat sebarang pertanyaan tentang pelajaran. Akhir sekali, kita sewajarnya mempunyai hati yang cekal untuk berjaya mengubah nasib hidup kita. Tajuk 4 Sebagai seorang anak, kita perlu patuh akan perintah ibu bapa dengan tidak membantah suruhan mereka. Kita juga harus bersikap penyayang terhadap binatang seperti Majid mengusap-ngusap kepala anak lembu yang dibelanya. Kita haruslah menghargai pertolongan orang lain dan memuji-mujinya. Akhir sekali, kita sewajarnya bersikap ikhlas dengan tidak mahu menerima balasan daripada orang yang kita beri bantuan. Bahagian C (Ogos 2010)
  8. 8. Tajuk 1 Kita mestilah cekal dan berusaha gigih ketika belajar tanpa kenal erti penat supaya memperoleh kejayaan. Kita juga haruslah memberi penghargaan kepada orang yang berjaya sebagai dorongan seperti Amirul yang diberi hadiah dan sijil penghargaan. Selain itu, kita haruslah taat kepada ibu bapa dengan menurut segala arahan mereka. Akhir sekali, kita mestilah menghargai masa dengna melakukan aktiviti yang berfaedah misalnya membaca buku dan mengulang kaji pelajaran. Tajuk 2 Kita haruslah menghargai kejayaan seseorang seperti ayah penulis yang membelikan hadiah atas kejayaan penulis dalam peperiksaan. Sebagai seorang peniaga, kita mestilah beramah mesra apabila melayan pelanggan supaya disenangi orang. Kita juga haruslah bersikap jujur dengan memulangkan wang yang kita jumpa kepada tuannya. Akhir sekali, kita perlu berbudi bahasa dengna mengucapkan terima kasih kepada orang yang menolong kita sebagai tanda menghargai jasa mereka. Tajuk 3 Kita perlu bersikap baik hati dengan membantu adik semasa membuat kerja sekolah. Selain itu, kita perlu menghormati abang dengan tidak melawan kata-kata mereka atau bersikap kasar terhadap mereka. Kita juga perlu mendengar nasihat ahli keluarga yang senior dengan mematuhi tunjuk ajar yang diberikan. Akhir sekali, kita perlu ada sikap suka berkongsi dengan ahli keluarga kita seperti bermain alat permainan bersama-sama supaya tidak berlaku pertelingkahan. Tajuk 4 Kita hendaklah prihatin kepada keadaan sekeliling misalnya Sabok dan Gopal mencari arah suara yang didengari oleh mereka. Selain itu, kita haruslah bersikap baik hati dengan menolong orang yang dalam kesusahan seperti yang Gopal lakukan dengan meminta bantuan daripada guru. Seterusnya, kita sewajarnya mempunyai sikap kasih sayang terhadap murid lain dan tidak membuli mereka. Akhir sekali, kita mesti insaf atas sikap buruk dan berjanji untuk mengubahnya.
  9. 9. Bahagian C Tajuk B1 Sebagai seorang murid, kita mesti menepati masa dengan pergi awal ke sekolah setiap hari supaya tidak lewat. Kita wajar menjaga kebersihan dengan menyapu kawasan bilik darjah kita. Selain itu, kita harus bertanggungjawab dengan berani menegur rakan kita yang tidak menjalankan tugas. Akhir sekali, kita patut mematuhi peraturan sekolah dengan tidak membawa senjata ke sekolah. Tajuk B2 Kita patut sayang kepada warga tua dengan mengambil berat terhadap datuk kita yang sedang sakit tenat. Selain itu, kita mesti taat kepada warga tua dengan mendengar nasihat daripada datuk kita untuk belajar bersungguh-sungguh. Kita harus rajin menuntut ilmu pengetahuan supaya berjaya dalam kehidupan. Akhir sekali, kita perlu gigih berusaha supaya cita-cita kita seperti ingin menjadi doktor tercapai. Tajuk B3 Kita mesti menepati masa dengan sampai awal ke rumah pelanggan supaya dipercayai orang. Kita juga patut menjaga keselamatan seperti berhati-hati ketika mengayuh beca di jalan raya. Kita wajar bertanggungjawab misalnya menjaga barang yang dibeli oleh pelanggan dengan baik supaya tidak hilang. Akhir sekali, kita harus berjimat cermat dengan pandai menabung untuk membeli barang keperluan atau kegunaan pada masa kecemasan. Tajuk B4 Sebagai seorang guru, kita mesti bersikap prihatin dan mengambil berat terhadap pelajar-pelajar yang menyertai kursus. Kita juga patut bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan untuk mencapai matlamatnya. Selain itu, kita wajar bekerjasama dengan orang lain semasa bekerja secara berkumpulan supaya kerja-kerja itu dapat disempurnakan cepat dan perhubungan menjadi rapat. Akhir sekali, kita harus baik hati dengan membantu antara satu sama lain apabila menghadapi kesusahan.
  10. 10. Bahagian C Tajuk C1 Sebagai seorang ayah yang bertanggunjawab, kita harus menjaga keselamatan dengan memastikan kenderaan kita dalam keadaan baik dan memandu kenderaan dengan berhati-hati untuk mengelakkan berlakunya kemalangan. Selain itu, kita perlu menghormati jiran kita dengan bertegur sapa dengan mereka dan bersalaman dengan ibu bapa sebagai tanda hormat. Kita sewajarnya bertolak ansur dengan memberi laluan kepada kenderaan lain yang mengejarkan masa seperti ambulans. Akhri sekali, kita juga perlu bersyukur dengan apa yang dikurniai Tuhan khasnya mempunayi ibu bapa yang baik hati. Tajuk C2 Sebagai seorang anak, kita mesti faham kasih sayang ibu terhadap anak-anak tidak ternilai harganya. Oleh itu, kita perlu sayang akan ibu bapa kita dan perlu sentiasa prihatin terhadap mereka. Kita janganlah malu untuk mengaku ibu bapa sendiri walaupun mereka telah tua, hodoh lagi miskin setelah kita menjadi kaya. Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, kita mesti mengenang jasa ibu bapa kita dengan membalas jasa mereka contohnya menjaga mereka. Akhir sekali, janganlah kita menderhaka kepada ibu bapa kita kerana akan terima padahnya. Tajuk C3 Sebagai seorang anak,kita harus menghormati warga tua kerana mereka amat berjasa kepada kita. kita seharusnya menyayangi warga tua khasnya ibu bapa kita dan prihatin kepada mereka dengan mengambil berat tentang masalah mereka. Selain itu, kita mesti mengenang jasa ibu bapa kita kerana segala pengorbanan mereka tidak ternilai harganya bagai hutang budi dibawa mati. Apabila besar nanti, kita juga bertanggungjawab menjaga ibu bapa kita untuk membalas jasa mereka. Tajuk C4 Sebagai seorang pengguna jalan raya yang bertanggungjawab, kita harus sentiasa mematuhi peraturan jalan raya untuk mengelakkan kemalangan jalan raya. Kita sepatutnya mematuhi undang-undang jalan raya dengan mematuhi segala isyarat serta amaran di sepanjang jalan raya. Amalkanlah sikap biar lambat asal selamat, janganlah kita sekali-kali memandu kenderaan serta menggunakan jalan raya dengan terburu-buru. Akhir sekali, elakkanlah daripada melakukan kesilapan lalu lintas supaya sentiasa selamat.
  11. 11. Bahagian C Tajuk 1 Sebagai seorang anak, kita mestilah mengenang jasa ibu bapa dan berbalas kepada mereka sama ada dalam bentuk wang ataupun tenaga. Selain itu, kita harus sayang akan ibu bapa kita denan mengambil berat terhadap kesihatan mereka. Kita sewajarnya prihatin terhadap ibu bapa kita dengan sentiasa menghubungi atau mengunjungi mereka walalupun terpisah jauh. Dalam pada itu, kita perlu bertimbang rasa terhadap ibu bapa kita dan sentiasa memikirkan kehendak dan keperluan mereka. Tajuk 2 Sebagai seorang murid, kita haruslah berdisiplin denan menyimpan barang-barang dengan teratur dan kemas supaya disenangi orang. Selain itu, sebagai ibu bapa, kita harus prihatin terhadap anak kita dan menolong menyelesaikan masalah mereka jika boleh. Kita sewajarnya bersikap taat kepada ibu bapa kita dengan menuruti segala nasihat mereka supaya tidak rugi. Di samping itu, kita harus mengakui kesilapan kita dengan mengubah sikap kita yang bruruk itu. Akhir sekali, kita harus bersikap bertanggungjawab dengan menjaga barang-barang yang kita pinjam dengan baik supaya tidak hilang. Tajuk 3 Sebagai seorang murid, kita harus rajin berusaha semasa belajar demi mencapai kejayaan dan menikmati kehidupan yang bahagia. Selain itu, kita harus bersikap gigih dengan tidak putus asa ataupun menghadapi kegagalan sebaliknya terus berusaha. Jika kita mempunyai kelemahan, kita harus mengakuinya dan sedia membaikinya. Akhir sekali, kita harus menghargai masa dengan memanfaatkan masa dan aktiviti yang berhasil untuk mengulang kaji, menyertai kelas tambahan dan sebagainya demi memastikan kejayaan dalam pelajaran. Tajuk 4 Kita mestilah prihatin terhadap rakan kita dengan mengambil tahu masalah mereka. Selain itu, kita mestilah bersikap baik hati dengan menghulurkan bantuan untuk menolong rakan kita. kita juga mestilah bersikap berani untuk meluahkan masalah demi mendapat penyelesaian. Akhir sekali, kita mestilah berterima kasih kepada orang yang telah membantu kita.
  12. 12. Bahagian C Tajuk A1 Kita harus baik hati seperti memberikan peluang pekerjaan dan upah kepada anak jiran kita. Apabila kita menerima sesuatu tugas, kita haruslah menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab seperti menjaga dusun dengan baik. Selain itu, kita harus menjaga kebersihan dengan membersihkan kawasan sekitar supaya pokok-pokok dapat hidup subur dan menghindarkan penyakit. Dalam pada itu, kita sewajarnya bersikap murah hati misalnya memberikan buah-buahan yang lebih kepada Rahman dan anak-anak yatim. Tajuk A2 Kita mestilah bersabar apabila menghadapi masalah dalam pekerjaan yang terlibat kurang berjaya. Kita wajar tidak mudah putus asa dengan berusaha mencari jalan supaya dapat mengatasi masalah yang dihadapi. Selain itu, kita perlu bersikap rajin seperti sanggup bekerja lebih dengan menjual pisang goreng untuk menambahkan pendapatan. Akhir sekali, kita mesti bersikap ramah mesra apabila bergaul dengna orang lain supaya disukai ramai. Tajuk A3 Sebagai seorang murid, kita mesti berani untuk menghadapi saat-sat semasa keputusan peperiksaan diumumkan kerana ini semuanya telah ditentukan oleh daya usaha kita. selain itu, kita mesti bersabar dengan mengawal perasaan kita walaupun dalam keadaan tegang ketika keputusan diumumkan ataupun kita telah gagal dalam peperiksaan. Kita perlu juga berterima kasih kepada guru yang telah berjasa kepada kita. kita sewajarnya bersuyukur apabila telah berjaya kerana dengan berkat Tuahn, usaha kita selama ini telah berhasil. Tajuk A4 Kita mesti berusaha gigih untuk mengatasi masalah keluarga seperti mencari pendapatan sampingan. Selain itu, kita harus bersabar ketika mendapatkan upah contohnya menjual buluh walaupun upah itu tidak seberapa dan kerja-kerja mencari buluh agak sukar. Sebagai seorang cucu, kita harus bertanggungjawab menjaga datuk nenek kita seperti membeli ubat untuk nenek. Dalam pada itu, kita mesti mengenang jasa ahli keluarga yang telah membesarkan kita dengan membalas jasa mereka contohnya menjaga mereka apabila mereka sudah tua.
  13. 13. Bahagian C Tajuk H1 Sebagai seorang murid, kita hendaklah berdisiplin dan tekun belajar untuk memperoleh ilmu yang banyak demi mencapai kecemerlangan. Kita juga perlu bersemangat patriotik dengan berdiri tegak semasa menyanyikan lagu Negaraku sebagai tanda mencintai sekolah. Kita juga perlu menjaga kebersihan dengan membuang sampah ke dalam taong sampah supaya sekolah kita sentiasa ceria dan selesa untuk belajar. Kita mestilah meminta izin daripada seseorang sebelum membuat sesuatu supaya tidak melakukan kesilapan. Tajuk H2 Kita perlu bersikap baik hati dengan membantu orang yang berada dalam kesusahan seperti membawa mangsa ragut ke hospital. Selain itu, kita juga perlu bertindak secara rasional dengan mencatatkan nombor plat kenderaan penjenayah dan melaporkan kepada pihak polis. Kita hendaklah menghargai pertolongan orang lain dengan mengucapkan terima kasih. Akhir sekali, kita mestilah cermat ketika berada di jalan raya untuk mengelakkan berlakunya kecelakaan. Tajuk H3 Kita perlu bersikap baik hati dengan membantu orang yang memerlukan pertolongan tanpa mengira kaum. Selain itu, kita mestilah bersopan ketika bercakap dengan orang lain supaya disenangi orang. Di samping itu, kita hendaklah menghargai jasa orang lain dengan mengucapkan terima kasih kepda orang yang telah membantu kita. Akhir sekali, kita perlu bersikap ikhlas ketika membantu orang tanpa mengharapkan balasan orang lain. Tajuk H4 Kita perlu bersopan semasa bercakap dengan ibu kerana dialah yang membesarkan kita. Selain itu, kita perlu bercakap jujur dengan menerangkan perkara sebenar supaya dipercayai orang. Kita juga perlu berjimat cermat dengan mengamalkan sikap suka menabung. Akhir sekali, kita hendaklah bersikap baik hati dengna membantu orang yang berada dalam kesusahan seperti mengutip derma untuknya.
  14. 14. Bahagian C Tajuk I1 Kita mesti bersopan santun dengan menundukkan badan semasa bersalaman dengan orang lain. Kita patut bersyukur dan mengucapkan terima kasih setelah menerima pemberian orang lain. Ktia perlu insaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan dengan memohon maaf setelah melakukan kesalahan. Kita perlu menghormati sesama jiran dengan bertegur sapa dan bersikap ramah mesra dengan mereka. Tajuk I2 Kita mesti menjaga kesihatan adik dengan memberikan susu kepadanya apabila adik lapar. Kita patut menyayangi adik dengan sabar memujuknya apabila adik merajuk. Kita wajar bertanggungjawab terhadap adik dengan menemankan adik yang bermain keseorangan supaya tidak terasa sepi. Kita harus sanggup berkorban untuk adik demi ketenangan dan kebahagiaan hidupnya. Tajuk I3 Kita mesti membuat persediaan dengan rajin berlatih apabila menyertai sesuatu pertandingan seperti pertandingan nyanyian. Kita patut berdisiplin dengan mematuhi peraturan pertandingan contohnya bermula mengikut masa yang dittetapkan. Kita harus yakin kepada diri apabila menyanyi di atas pentas supaya mempunyai peluang yang lebih cerah untuk menang. Kita wajar menambahkan pengalaman dengan menyertai aktiviti yang berfaedah seperti pertandingan nyanyian. Tajuk I4 Kita mestilah mengeratkan hubungan dengan saudara-mara seperti menyambut perayaan Tahun Baru Cina bersama-sama. Kita hendaklah bersikap murah hati seperti memberikan wang kepada semua kanak-kanak sempena menyambut hari perayaan. Ktia mestilah mengamalkan semangat hidup bermasyarakat dengan kunjung-mengunjungi rumah saudara-mara semasa perayaan utnuk beramah mesra dengan mereka. Kita mestilah bersikap berjimat cermat dengan menabung wang di dalam bank untuk kegunaan kelak.
  15. 15. Bahagian C Tajuk D1 Kita mesti mengambil berat terhadap rakan kita yang ditimpa kesusahan seperti didenda oleh guru. Kita perlu berdisiplin dengan datang tepat pada masanya ke tempat latihan supaya tidak dimarahi guru. Sebagai seorang guru, kita harus bersikap adil dan tegas dengan mengenakan hukuman kepada murid yang bersalah. Kita mesti bersimpati terhadap rakan yang menghadapi masalah dan mendoakan yang terbaik untuknya. Tajuk D2 Kita mesti bersikap prihatin akan orang lain dengan mengambil berat terhadap hal-hal anak muridnya. Kita mesti mematuhi peraturan dengan datang awal ke sekolah supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran. Kita mesti bersimpati terhadap kesusahan orang lain. Sebagai guru, kita mesti membantu anak murid yang ditimpa kesusahan. Tajuk D3 Kita mesti mematuhi undang-undang dengan memakai tali pinggang keledar di tempat duduk belakang demi keselamatan kita. kita patut bertanggungjawab terhadap penumpang di bahagian belakang. Kita wajar menghargai nyawa dengan memakai tali pinggang keledar untuk menguranakan kemalangan yang meragut nyawa. Kita perlu bekerjasama untuk menjaga keselamatan penumpang. Tajuk D4 Kita perlu menghargai harta benda awam yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta dengan tidak merosakkan harta benda awam. Kita wajar bertanggungjawab menjaga harta benda yang disumbangkan oleh pihak kerajaan dan swasta. Kita mesti bertimbang rasa dengan tidak mementingkan diri semata-mata dan tidak merosakkan kemudahan awam supaya pengguna lain boleh menggunakannya. Kita mesti mempunyai semangat patriotik terhadap negara dengan memelihara kemudahan awam supaya masyarakat Malaysia hidup dalam aman damai.
  16. 16. Bahagian C Tajuk E1 Kita mesti meminta izin daripada orang lain jika hendak mendapatkan sesuatu daripada mereka supaya tidak dianggap sebagai mencuri. Selain itu, kita juga harus taat kepada ibu bpaa dengan mendengar nasihat atau pesanan mereka seperti tidak mengabil barang orang lain tanpa kebenaran. Ktia sewajarnya bersopan santun dan memberikan salam ketika berkomunikasi dengan orang lain. Akhir sekali, kita perlulah bermurah hati seperti memberikan buah-buahan kepada orang lain supaya disenangi orang. Tajuk E2 Kita mestilah bersabar apabila menghadapi masalah contohnya apabila komputer kita tidak berfungsi ketika hendak mendapatkan maklumat. Kita sewajarnya berusaha mencari jalan untuk mengatasi masalah seperti mendapatkan bantuan daripada kawan. Sebagai seorang kawan, kita harus bersikap baik hati dengan sudi membantu orang lain contohnya membantu membaiki computer kawan. Akhir sekali, kita juga perlu menghargai jasa orang lain dengan mengucapkan terima kasih atau membalas jasa kepada orang yang telah membantu kita. Tajuk E3 Kita mesti sentiasa menjaga keselamatan dengan berhati-hati ketika memandu kenderaan supaya tidak berlaku kemalangan. Selain itu, kita juga harus mematuhi peraturan dan undang-undang tentang kepentingan memakai jaket keselamatan ketika menaiki bot. Kita juga perlu mendengar nasihat orang lain dengan mementingkan keselamatan orang lain dan janganlah kita tamak dan ingin mengaut wang semata-mata. Akhirnya, seseorang pemandu mesti bertanggungjawab akan keselamatan penumpang yang dibawa kerana nyawa mereka ada pada tangan seorang pemandu. Tajuk E4 Kita mestilah berdisiplin dengan beratur ketika membeli tiket. Selain itu, kita perlu bertindak rasional dengan melakukan perbuatan yang tepat seperti menegur pemandu yang tidak mengikut peraturan. Kita sewajarnya berani menegur orang lain jika mereka berbuat salah. Akhir sekali, kita perlu insaf dan mengubah sikap buruk kita jika kita telah melakukan kesalahan.
  17. 17. Bahagian C Tajuk F1 Kita haruslah bersopan santun dengan orang lain contohnya sekiranya kita berjumpa dengan kawan, kita harus bertegur sapa. Selain itu, kita juga haruslah bersikap jujur dengan kawan-kawan supaya mereka akan berkawan dengan kita. Seterusnya, kita perlu bersikap toleransi dalam persahabatan agar tidak bergaduh. Akhir sekali, kita perlu bertimabang rasa terhadap kawan dengan memegang pendirian ringan sama dijinjing , berat sama dipikul. Tajuk F2 Kita haruslah bersopan santun apabila kita sedang menyampaikan ucapan seperti yang diucapkan oleh seorang penceramah. Sebagai ibu bapa, kita haruslah menjaga keselamatan rumah dengan sentiasa berhati-hati terhadap api. Kita juga perlu brdisiplin dengan mematuhi langkah-langkah keselamatan tentang penggunaan peralatan elektrik di rumah seperti pastikan peralatan elektrik atau gas sentiasa ditutup selepas digunakan. Akhir sekali, ibu bapa juga mestilah memberi nasihat kepada anak-anak agar tidak bermain dengan mancis. Tajuk F3 Kita hendaklah berhati-hati ketika berada di jalan raya untuk mengelakkan kemalangan di jalan raya. Di samping itu, kita hendaklah menghormati undang-undang denan mematuhi segala peraturan supaya sentiasa selamat. Seterusnya, kita hendaklah kasih sayang akan keluarga kerana mereka amat penting kepada kita dan janganlah menyakitkan hati mereka. Akhir sekali, kita harus bersyukur kepada Tuhan kerana tidak ditimpa apa-apa kemalangan. Tajuk F4 Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab, kita hendaklah rajin belajar supaya menjadi orang yang berguna kelak. Selain itu, kita hendaklah menjaga kesihatan dengan tidak merokok untuk mengelakkan sebarang penyakit yang berbahaya. Di samping itu, kita hendaklah berjimat cermat ketika menggunakan wang supaya boleh digunakan apabila diperlukan. Seterusnya, kita hendaklah bersikap jujur dengan berterus terang dengan ibu bapa. Akhir sekali, kita harus mengakui kesalahan kita dan mengubah sikap kita yang buruk jika bersalah.
  18. 18. Bahagian C Tajuk G1 Kita perlu berdisiplin dengan menurut segala arahan guru demi mencapai kejayaan. Sikap merendah diri patut ada pada diri seseorang dan janganlah kita bersikap ego sekiranya menang. Kita juga harus menghargai masa dengan mengikuti latihan yang ditetapkan kerana masa itu emas. Untuk mencapai kejayaan yang gemilang, nasihat guru serta tunjuk agarnya hendaklah dipatuhi. Biasanya orang yang tidak mudah berputus asa akan berjaya dalam perlawanan. Semangant juang yang tinggi serta kental baisanya akan membuahkan kejayaan. Tajuk G2 Sebagai seorang murid, kita harus berdisiplin dengna bangun awsal dan tidur awal setiap hari supaya tidak lewat ke sekolah. Selain itu, kita perlu menghargai masa dengna meluangkan masa dalam pelajaran dan bukannya menonton televisyen. Kita juga patut prihatin terhadap rakan kita dengan mengambil berat tentang hal-hal peribadi rakan-rakan. Akhir sekali, kita sewajarnya menjaga kesihatan dengan bersarapan sebelum melakukan sesuatu perkara. Tajuk F3 Sebagai seorang manusia, kita harus bersikap kasih sayang dengan simpati terhadap orang yang lemah. Kita sewajarnya bersikap baik hati dengna memberi bantuan yang munasabah kepada orang yang memerlukan bantuan. Selain itu, kita perlu mempunyai semangat kejiranan dengan menghormati mereka dan saling membantu tanpa mengira kaum. Akhir sekali, kita perlu mengekalkan perpaduan antara kaum dalam masyarakat berbilang bangsa supaya dapat hidup dalam harmoni. Tajuk F4 Kita hendaklah bersikap baik hati dengan membantu orang yang miskin seperti pengemis. Di samping itu, kita harus bermurah hati dengan memberi sedekah kepada orang yang miskin. Selain itu, kita hendaklah menghormati orang yang lebih tua daripada kita sama ada kaya atau miskin kerana ini ialah amalan yang mulia. Seterusnya, kita hendaklah rajin berusaha supaya mencapai kejayaan dan hidup senang. Akhir sekali, kita harus bersyukur kerana segala ada pada kita merupakan berkat Tuhan.
  19. 19. Bahagian C Tajuk J1 Kita harus menjaga keselamatan dengan berhati-hati semasa menggunakan jalan raya dan juga tidak mandi di kawasan yang berbahaya seperti bekas lombong. Selain itu, kita mesti mematuhi undang-undang dengan menuruti arahan papan tanda yang melarang kita mandi atau memancing di kawasan berbahaya supaya tidak berlaku kemalangan. Kita juga perlu baik hati dengan memberi bantuan kepada rakan kita yang berada dalam kesusahan. Akhir sekali, kita patut bertindak secara rasional jika berlaku sesuatu kemalangan dengan mendapatkan bantuan daripada orang lain apabila tidak berjaya menyelamatkan mangsa kemalangan. Tajuk J2 Sebagai seorang kakak, kita harus menyayangi adik kita dengan mengambil berat tentang keadaannya dan cuba menemani mereka. Selain itu, kita mestilah berbaik sangka dan penuh yakin terhadap jiran yang membantu menjaga adik kita. Kita sewajarnya mempunyai semangat kejiranan dengan bantu-membantu sesama jiran contohnya membantu menjga anak jiran. Akhir sekali, kita mesti menjaga keselamtan dengan berhati-hati semasa dalam perjalanan ke rumah supaya tidak berlaku apaapa kemalangan. Tajuk J3 Kita wajar menghargai kebolehan orang lain seperti berkemahuan bermain sepak takraw dengan memberi pujian kepada mereka. Selain itu, kita mesti mengucapkan terima kasih kepada orang yang menghargai kebolehan kita sebagai tanda sopan santun. Kita harus bersikap rendah hati dan tidak sombong dengan pujian yang diberikan supaya disenangi orang. Akhir sekali, kita patut rajin berusaha dengan berlatih bermain sesuatu permainan dengan bersungguh-sungguh supaya mencapai kecemerlangan atau menjuarai sesuatu pertandingan. Tajuk J4 Sebagai jiran, kita mestilah mempunyai semangat kejiranan seperti memberitahu jiran kita jika berlaku sesuatu malapetaka seperti banjir. Selain itu, kita juga perlu membantu keluarga kita menyelamatkan nyawa dan harta benda ketika banjir. Kita sewajarnya bertanggungjawab seperti pihak berkuasa yang memberikan bantuan kepada mangsa banjir sama ada makanan ataupun perlindungan. Akhir sekali, kita patutlah bersyukur dan berterima kasih terhadap pihak menghulurkan bantuan kepada kita.
  20. 20. Bahagian C Tajuk K1 Kita mesti taat kepada ibu bapa kita dan mematuhi arahan mereka dengan tidak mengunjungi tempat permainan video. Kita mesti berdisiplin dengan mematuhi peraturan sekolah contohnya tidak ponteng sekolah. Selain itu, kita mesti bersikap jujur dengan ibu bapa dan janganlah kita menyembunyikan sesuatu di sebalik meeka. Kita perlu rajin menuntut ilmu pengetahuan daripada membuang masa di tempat permainan video. Tajuk K2 Kita mesti bertanggungjawab dengan menjaga harta awam seperti kabel telefon demi kepentingan orang ramai. Kita patut bersikap jujur dengan tidak mencuri harta benda awam kerana perbuatan tersebut merupakan jenayah besar. Pihak berkuasa patut mengambil berat dengan mengkaji semula hukuman terhadap pembeli dan penjual kabel telefon curi supaya dapat mengawal kes-kes pencurian kabel. Kita hendaklah mematuhi undang-undang supaya tidak dikenakan hukuman oleh pihak berkuasa. Tajuk K3 Kita mesti berusaha gigih untuk mencapai kejayaan yang kita impikan. Sebagai ibu bapa, kita mesti sanggup berkorban terhadap anak kita dengan menyokong minat mereka. Kita mesti berazam tinggi dan rajin berlatih untuk mencapai matlamat menjadi pemain yang terkenal pada suatu masa nanti. Kita juga mesti bersikap penyayang dan prihatin terhadap anak kita. Sebagai seorang anak, kita mesti taat kepada ibu bapa dan guru dengan menuruti arahan mereka agar kita akan memperoleh kejayaan pada suatu hari nanti. Tajuk K4 Kita mesti menghormati guru yang telah mengajar dan mendidik kita kerana mereka amat berjasa kepada kita. Kita mesti mempunyai sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan supaya memperoleh kebijaksanaan. Kita harus menurut nasihat guru supaya menjadi orang yang baik dan berbudi bahasa. Sebagai rakyat, kita mesti sanggup berkorban kepada bangsa dan negara yang tercinta seperti pengorbanan seseorang guru. Kita juga perlu berazam tinggi dengan berusaha gigih supaya mencapai impian utama kita, iaitu menuntut di universiti.
  21. 21. Bahagian C Tajuk L1 Kita mesti bersatu padu untuk merancang sesuatu supaya perancangan itu berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kita mesti bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku di kampung kita dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah. Kita mesti sanggup berkorban dalam bentuk wang ringgit ataupun tenaga terhadap kampung kita supaya kampung kita terus maju. Bukan itu sahaja, kita juga mesti tabah dan tidak mudah berundur ketika menyelesaikan sesuatu kerja. Kita mesti bekerjasama dengan melakukan kerja secara bergotong-royong supaya kerja dapat diselesaikan segera serta mengeratkan perhubungan antara penduduk. Tajuk L2 Kita mesti berwaspada ketika meletakkan kenderaan kita di mana-mana sahaja supaya tidak berlaku kecurian. Kita perlu melengkapkan kenderaan kita dengna alat-lat keselamatan yang sesuai. Kita mesti menghargai harta benda kita dengan mengambil berat terhadap harta benda kita yang hilang. Sebagai pengawal keselamatan, kita mesti bertanggungjawab untuk mengawasi kawasan di tempat kerja kita. Kita mesti sabar dan tenang apabila menghadapi masalah dengan bertindak secara rasional contohnya apabila berlaku kecurian, kita mesti melapor kepada pihak polis supaya masalah dapat diselesaikan. Tajuk L3 Kita mesti mempunyai semangat patriotik terhadap negara kita dengan menyertai sambutan kemerdekaan sebagai tanda mencintai negara. Kita mesti mempunyai semangat bermasyarakat dengan meraikan ulang tahun negara kita bersama-sama. Sebagai tanda hormat kepada negara, kita bolehlah mematuhi peraturan dengna memasang dan mengibarkan bendera Malaysia di rumah atau di kenderaan kita. Kita mesti bekerjasama dan bersepakat dalam menyambut sambutan kemerdekaan. Selain itu, kita juga mesti mengingati jasa-jasa para pejuang kemerdekaan dengan merayakan hari kemerdekaan tersebut. Tajuk L4 Kita mesti menyayangi ibu yang pernah bersusah payah melahirkan kita. Kita mesti sanggup berkorban seperti ibu kita yang telah banyak berkorban untuk melahir dan membesarkan kita. Kita mesti menghormati ibu bapa kita. Kita mesti rajin berusaha dengan mencari ilmu pengetahuan bersungguh-sungguh hingga berjaya agar dapat memenuhi harapan ibu bapa kita yang inginkan kita berjaya. Kita wajar berazam tinggi dengan mempuyai harapan untuk berjasa kepada bangsa dan negara. Kita mesti membalas jasa ibu bapa kita yang telah banyak berkorban kepada kita selain menjadi seorang manusia yang berjaya.
  22. 22. Bahagian C Tajuk M1 Kita perlu menghargai alam kerana alam semula jadi merupakan anugerah berharga oleh Tuhan. Kita perlu bersyukur kepada Tuhan yang telah memberi alam dengan menjaga alam sebaik mungkin. Kita perlu menyayangi flora dan fauna di alam ini dengan tidak mencemari alam sekitar dan menganiaya haiwan. Kita mesti bekerjasama untuk memastikan hutan tidak diteroka sesuka hati supaya malapetaka tidak menimpa kita. Tajuk M2 Kita mesti bijak menguruskan masa dengan merancang masa untuk bersiap-siap pergi ke sekolah supaya tidak terlewat. Kita mesti bersopan santun apabila berhadapan dengan ibu bapa seperti bersalam dengan mereka sebelum pergi ke sekolah. Kita mesti berdisiplin dengan mematuhi peraturan seperti beratur sebelum menaiki kenderaan. Kita mesti menjaga kebersihan kelas seperti menyapu sampah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang selesa. Tajuk M3 Kita perlu menjaga kesihatan dengan bersenam seperti berjoging selain menjaga kebersihan diri seperti mandi setiap hari. Kita juga perlu mengeratkan perhubungan dengan ahli keluarga kita seperti makan bersama atau berbual-bual dengan mereka. Kita juga perlu menjaga kebersihan kawasan rumah seperti menyapu sampah, mencabut rumput dan membersihkan longkang. Kita patut rajin membantu ibu bapa membuat kerja seperti membersihkan kawasan rumah untuk meringankan beban mereka. Tajuk M4 Kita mesti rajin membuat persediaan terlebih dahulu sebelum pergi memancing. Kita perlu meminta izin daripada ayah atau ibu jika hendak melakukan sesautu di luar rumah seperti memancing. Kita perlu menepati janji kita dengan rakan supaya dipercayai orang kerana kata itu kota. Kita mesti menghargai masa yang terluang dengan melakukan aktiviti yang berfaedah contohnya membaca buku untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
  23. 23. Bahagian C Tajuk N1 Kita harus bersikap gigih dalam menghadapi cabaran. Sikap positif, berani dan menerima cabaran harus ada pada kita supaya mencapai kejayaan. Kita sewajarnya bersemangat patriotik dengan mengharumkan nama negara melalui kejayaan yang dikecapi. Akhir sekali, kita perlu mencintai alam sekitar supaya bumi ini dapat kekal menjadi tempat tinggal yang selesa. Tajuk N2 Sifat tabah dan gigih harus ada pada diri seseorang untuk menempuhi rintangan hidup. Kita sewajarnya bersimpati dan prihatin terhadap nasib buruh kanak-kanak yang malang. Hak asasi mereka perlu dilindungi. Jika terdesak, kita perlu berdikari dan membantu keluarga kita walaupun kecil. Sesungguhnya, kita harus bersyukur dan berterima kasih kerana dilahirkan sebagai anak Malaysia di bumi yang bertuah. Tajuk N3 Dalam persahabatan, kita perlu sentiasa mengutamakan nilai setia kawan. Sebagai sahabat, kita perlu jujur, ikhlas dan tidak boleh mengkhianati sahabat kita. kita juga harus mempunyai sifat kasih sayang terhadap keluarga. Kita tidak boleh mengabaikan ahli keluarga yang sakit. Kita juga perlu menghargai nyawa apabila dalam bahaya. Kita mesti mencari jalan untuk menyelamatkan diri. Sesungguhnya, persahabatan yang baik memerlukan perasaan saling mempercayai, bekerjasama, mengambil berat dan tolong-menolong tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Tajuk N4 Sebagai ibu bapa, kita harus bertanggungjawab menjaga kesihatan dan keselamatan anak. Kita perlu menjalankan amanah yang diberi dengan ikhlas tetapi mesti menggunakan akal dan kebijaksanaan kita supaya tidak mendatangkan kemudaratan. Sebagai seorang ibu, kita seharusnya lebih berwaspada dan prihatin dalam hal yang melibatkan kebajikan dan keselamatan ahli keluarga. Kita seharusnya berfikir secara rasional sebelum menyerahkan tanggungjawab kepada seseorang yang keupayaannya boleh diragukan.
  24. 24. Bahagian C Tajuk O1 Kita perlu mengisi masa yang terluang dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah contohnya membaca buku. Kita sepatutnya menghormati ahli keluarga yang lebih tua khasnya ibu bapa. Kita perlu menjaga keselamatan dengan berhati-hati semasa memandu kenderaan supaya tidak berlaku kemalangan. Kita seharusnya berinisiatif untuk menjaga kebersihan diri contohnya mandi setiap hari kerana ini merupakan satu amalan yang mulia. Kita hendaklah rajin membantu ibu melakukan kerja-kerja rumah untuk meringankan bebannya. Tajuk O2 Kita hendaklah berdisiplin dengan datang awal ke sekolah. Kita mestilah tenang dan sabar ketika kita ditimpa kesusahan. Selain itu, kita perlu mengenang jasa orang lain dengan berterima kasih kepada orang yang telah membantu kita. kita hendaklah minta maaf jika kita telah melakukan kesalahan. Sebagai orang yang bertanggungjawab, kita mesti menepati janji yang telah dibuat supaya dipercayai orang. Tajuk O3 Sebagai seorang murid, kita hendaklah sentiasa berdisiplin dan mematuhi peraturan sekolah. Kita juga patut mematuhi masa supaya tidak melanggar peraturan sekolah. Kita perlu bersemangat patriotisme dengan berdiri tegak semasa menyanyikan lagu “Negaraku”. Semangat jati diri boleh dipupuk contohnya membaca ikrar. Akhir sekali, kita patut mematuhi peraturan sekolah kerana ini menandakan kita berdisiplin dan menyayangi sekolah kita.
  25. 25. Bahagian C Tajuk P1 Kita harus cekal dan rajin berusaha walaupun menghadapi rintangan hidup. Kita juga perlu berbudi pekerti dengan mengambil berat perasaan orang lain. Sebagai rakan sedarjah, kita perlulah mengamalkan sikap kesederhanaan. Sebagai seorang guru, kita perlu prihatin dan baik hati terhadap murid-muridnya. Kita perlu menunujukkan perasaan belas kasihan terhadap murid dengan memberikan dorongan dan bantuan bentuk tuisyen kepada murid-murid. Tajuk P2 Sebagai manusia yang hidap dalam masyarakat, kita harus bekerjasama dengan mengamalkan sikap bergotong-royong dalam kehidupan. Kita mesti bertanggungjawab menjaga dan menyayangi alam sekitar dengan menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran. Di samping itu, sifat bersatu dan bermuafakat yang terwujud di antara penduduk adalah amat berharga. Sebagai pemimpin, kita sewajarnya menunjukkan sifat yang baik dengan menghargai dan berterima kasih terhadap usaha yang dilakukan oleh para penduduk. Tajuk P3 Kita harus menunjukkan sifat kejiranan di mana kita bergaul mesra dengan jiran walaupun tidak sama kaum. Kita juga perlu berhemah tinggi dengan hormat kepada kepercayaan dan adapt resam kaum lain. Persefahaman mereka dijalin melalui sifat hormat-menghoramti ini. Di samping itu, kita perlu mengamalkan semangat bermasyarakat dengan sentiasa prihatin dan peka terhadap isu-isu yang wujud di kawasan kediaman kita. Kita juga hidup bekerjasama dalam menangani masalah-masalah demi kebaikan bersama.
  26. 26. Bahagian C Tajuk Q1 Kita mesti bersikap jujur dan amanah supaya dipercayai orang lain. Jangalah kita tamak terhadap harta benda orang lain. Selain itu, kita juga harus menunjukkan sikap bekerjasama dengan pihak polis dengan memberi penjelasan yang diperlukan supaya melicinkan siasatan. Sikap ini amat diperlukan bagi setiap rakyat. Sebagai polis, kita sewajarnya menunjukkan sikap bertanggungjawab di mana tidak berlengah-lengah dalam menjalankan tugas. Kita mesti bersyukur dan mengenang jasa orang lain yang telah membantu kita dengan mengucapkan terima kasih kepada mreka. Tajuk Q2 Kita harus mengamalkan amalan rajin membaca kerana ini merupakan satu amalan yang baik. Kita sepatutnya bersabar dan berdisiplin dengan beratur semasa membeli makanan di kantin serta sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Selain itu, kita patut bertanggungjawab menjaga harta benda sekolah yang telah digunakan. Kita perlu bersikap baik hati dengan memberi pertolongan kepada orang lain terutama semasa kecemasan. Tajuk Q3 Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh supaya memperoleh kejayaan yang cemerlang sama ada dalam bidang pelajaran ataupun sukan. Oleh itu, sifat ini amat penting bagi kita apabila melaksanakan sesuatu perkara. Selain itu, penyertaan kita dalam pelbagai pertandingan bidang akademik dan sukan pula menunjukkan berani. Sifat keberanian ini perlu diamalkan supaya tidak mensia-siakan bakat yang ada. Selain itu, kita perlu bersikap rendah hati di mana tidak berasa sombong terhadap pencapaian kita. Sifat baik hati juga kita tunjukkan dengan sedia menghulurkan bantuan kepada rakan yang menghadapi masalah dalam pelajaran. Akhir sekali, dengan sifat berbudi bahasa, kita akan dihormati dan disukai rakan-rakan di sekolah.
  27. 27. Bahagian C Tajuk R1 Kita harus rajin menuntut ilmu dengan banyak membaca supaya dapat membuahkan fikiran yang bernas. Selain itu, kita perlu prihatin terhadap apa yang berlaku di sekitar kita dengan banyak membaca supaya mengetahui peristiwa semasa. Kita sewajarnya menjaga kesihatan kita dengan menenangkan fikiran kita melalui membaca. Akhir sekali, kita perlu menghargai masa dengna melakukan aktiviti yang memanfaat contohnya membaca supaya masa keemasan kita tidak terbuang begitu sahaja. Tajuk R2 Kita harus menjaga keselamatan dengan sentiasa berhati-hati semasa berada di jalan raya supaya kemalangan tidak berlaku. Selian itu, kita perlu mematuhi undang-undang jalan raya contohnya mematuhi lampu isyarat dan tidak menggunakan telefon bimbit semasa menunggang motosikal untuk mengelakkan kemalangan. Kita wajar baik hati dengan memberi bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan contohnya membantu mangsa kemalangan. Akhir sekali, kita patut mengakui kesilapan kita dengan bersedia menerima dendaan dairpada pihak polis. Tajuk R3 Kita harus bertanggungjawab dengan menjalankan tugas yang diarahkan contohnya membersihkan bilik darjah. Selain itu, kita perlu menjaga keselamatan dengan sentiasa berhati-hati semasa di sekolah, janganlah kita cuai. Kita sewajarnya bersikap berani apabila berlaku sesuatu contohnya ternampak orang cedera dan berdarah. Kita perlu mengambil tindakan yang rasional dan jangan melarikan diri. Akhir sekali, kita mesti baik hati dengan membantu orang yang tercedera supaya nyawa seseorang terselamat. Tajuk R4 Kita mesti taat kepada nenek kita dengan mendengar nasihatnya kerana nasihatnya memang bernas. Selain itu, kita perlu sayang akan nenek dengan membantunya dan menyediakan makanan untuknya supaya hidup selesa. Kita sewajarnya menghormati nenek kita kerana orang tua seperti ini memang merupakan teladan kita. Akhir sekali, kita perlu mengenang jasa nenek dengan membalas budinya yang amat berjasa kepada kita.
  28. 28. Bahagian C Tajuk U1 Kita mestilah rajin belajar dengan menumpukan perhatian dan rajin bertanya semasa belajar agar mendapat keputusan yang cemerlang. Selain itu, kita juga harus bertanggungjawab dengan menyempurnakan segala kerja sekolah yang diarahkan oleh guru supaya lebih mantap tentang kemahiran yang dipelajari. Kita sewajarnya berdisiplin dengan mengikuti jadual waktu belajar yang dirancang supaya masa dapat dimanfaatkan. Akhir sekali, kita perlu mengenang jasa ibu bapa dan guru setelah berjaya kelak dengan memberi balasan kepada mereka. Tajuk U2 Kita mestilah berdisiplin dengan mematuhi peraturan di sesuatu tempat yang dilawati. Selain itu, kita perlu menjaga keselamatan diri dengan tidak menyentuh benda-benda yang dipamerkan khasnya senjata tajam supaya kemalangan tidak berlaku. Ktia wajar sentiasa berhemah tinggi dengan tidak berbuat bising semasa lawatan supaya tidak mengganggu orang lain. Akhir sekali, ktia patut rajin bertanya semasa mengikuti lawatan untuk memperoleh lebih banyak pengetahuan. Tajuk U3 Kita mestilah berdisiplin dengan datang awal ke sekolah pada setiap hari. Selain itu, ktia perlu bertanggungjawab dengan menjalankan tugas yang diberikan dengan sempurna contohnya memastikan rakan-rakan berbaris dan mendengar ucapan semasa perhimpunan. Kita sewajarnya bersemangat patriotik dengan berdiri tegak semasa lagu ”Negaraku” dinyanyikan. Akhir sekali, kita harus bersikap baik hati dengan membantu seseorang yang berada dalam kesusahan contohnya memyelamatkan kawan daripada terjatuh. Tajuk U4 Kita mesitlah menghargai masa dengna menyertai aktiviti kokurikulum yang dapat memanfaatkan kita contohnya perkhemahan. Selain itu, kita perlu bekerjasama dengan melakukan sesuatu kerja secara bergotong-royong supaya senang dan cepat siap. Kita wajar bersikap berani misalnya menyertai aktiviti meniti titian kenopi suapya lebih yakin. Akhir sekali, kita harus menjaga kebersihan dengan membersihkan tapak perkhemahan sebelum pulang.
  29. 29. Bahagian C Tajuk S1 Kita perlu bersabar sementara menunggu hasil seperti menunggu ikan memakan umpan. Kita juga perlu menghargai masa dengan mengisi masa dengan aktiviti yang berfaedah seperti membaca surat khabar. Di samping itu, sebagai seorang murid, kita mestilah rajin belajar walaupun hidup dalam serba kekurangan supaya berjaya kelak. Kita sewajarnya tekun bekerja dengan membantu ayah terutama pada musim cuti untuk meringankan bebannya. Tajuk S2 Kita perlu bertolak ansur dengan menghormati kepercayaan yang diamalkan oleh kaum lain supaya dapat hidup dengan harmoni. Selin itu, kita perlu menjalin hubungan dengan jiran dengan lawat-melawati semasa perayaan. Kita sewajarnya mempunyai semangat kejiranan dengan saling membantu sesama jiran supaya dapat hidup aman. Akhir sekali, kita mestilah bersyukur kerana dapat hidup dalam masyarakat yang berbeza budaya. Tajuk S3 Kita perlu menghargai jasa orang lain dengan mengucapkan terima kasih menaruh kepercayaan kepada kita. Kita juga perlu berkeyakinan diri denga menerima tanggungjawab diberi walaupun tanggungjawab itu agak berat contohnya menjadi seorang ketua pengawas. Selain itu, kita perlu tegar hati semasa menjalankan tugas dengan tidak mudah mengalah. Akhir sekali , kita hendaklah bekerjasama untuk menjaga disiplin sekolah dan mewujud suasana yang selesa. Tajuk S4 Kita mesti berdisiplin dengan beratur ketika membeli makanan di kantin. Selain itu, kita hendaklah prihatin terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita contohnya kita bertindak apabila terlihat murid lain cedera. Kita patut bersikap baik hati dengan memberi pertolongan cemas kepada orang yang cedera. Akhir sekali, kita perlu bertindak rasional dengan memaklumkan kejadian kepada guru supaya masalah dapat diselesaikan dengan sempurna. Tajuk S5 Kita perlu bertanggungjawab dengan melaksanakan tugas yang diberi. Kita juga hendaklah bekerjasama dalam menjalankan tugas secara gotong-royong. Selain itu, kita perlu baik hati dengan memberi bantuan kepada orang yang bermasalah contoh menenangkan pesakit dan menghubungi ambulans. Akhir sekali, kita wajar bersikap rajin bekerja contohnya membantu guru menyedaikan hidangan makanan untuk meringankan bebannya.
  30. 30. Bahagian C Tajuk T1 Kita mestilah belajar dengan rajin dan tekun untuk memperoleh kejayaan. Semasa di dalam kelas, kita mesti memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Kita mesti berdisiplin semasa di dalam kelas dan jangan mengganggu kawan-kawan yang hendak belajar. Selain itu, kita sewajarnya menyayangi rakan-rakan yang lain. Sebagai guru, kita perlu prihatin dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap murid yang melanggar peraturan sekolah. Tajuk T2 Kita hendaklah berdisiplin dengan menjauhi sikap buruk contohnya ponteng sekolah kerana perbuatan ini akan menyebabkan kita ketinggalan dalam pelajaran. Selain itu, kita harus menyemai sikap menghargai masa dengan melakukan akitiviti yang berfaedah kerana masa itu emas misalnya sikap suka melepak di kafe siber hendaklah dihindari. Di samping itu, kita hendaklah bersikap jujur kerana perbuatan menipu itu berdosa. Kita sepatutunya sedar dan menjalankan tanggungjawab kita sebagai seorang pelajar, iaitu bersikap baik dan belajar dengan tekun sehingga berjaya. Tajuk T3 Sebagai seorang guru, kita mestilah melakukan tugas dengan bertanggungjawab dan tekun misalnya mengajar murid-murid dengan bersungguh-sungguh. Setiap guru harus berazam tinggi dengan mengharapkan murid-muridnya berjaya dalam pelajaran. Selain tugas rasmi, kita juga perlu rajin membuat kerja-kerja rumahtangga demi kebahagiaan keluarga. Akhir sekali, kita sewajarnya bersikap ramah mesra terhadap ahli keluarga contohnya menyambut kepulangan suami dan anak-anak dengan mesra. Tajuk T4 Kita harus menghargai masa dengan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Kita sewajarnya menyemai sikap berdikari supaya tidak perlu sentiasa mengharapkan bantuan daripada orang lain. Kita juga perlu mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan dan beramah mesra dengan mereka semasa menjalankan aktiviti. Untuk berjaya dalam perlawanan, kita harus rajin berlatih sebagai persediaan dan bekerjasama dalam pasukan.
  31. 31. Bahagian C Tajuk T5 Kita harus menghormati orang lain dengan meminta izin sebelum memasuki bilik orang lain. Kita juga patut menghargai hak orang lain dengan tidak mengambil barang orang lain sesuka hati tanpa kebenaran. Sebagai anak, kita mesti taat kepada ibu bapa dengan mendengar nasihat mereka dan jangan bersikap keras kepala. Selain itu, kita mesti insaf dengan meminta maaf atas kesalahan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu lagi. Tajuk T6 Kita harus bersikap rajin menuntut ilmu kerana ilmu pengetahuan tidak ternilai harganya. Sebaik-baiknya ilmu yang dipelajari perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita contohnya kita boleh mencipta bakul serba guna melalui pelajaran untuk meringankan beban ibu bapa. Selain itu, kita perlu sentiasa berdisiplin dengan menuruti peraturan dan nasihat guru supaya tidak mendatangkan kerugian. Akhir sekali, kita sewajarnya menjaga keselamatan dengan berhati-hati semasa menjalankan aktiviti agar kecelakaan tidak berlaku.
  32. 32. Bahagian C Tajuk V1 Kita mestilah berdisiplin dengan bangun awal setiap hari untuk ke sekolah supaya tidak lewat. Selain itu, kita juga perlu menjaga kesihatan diri dengan bersarapan setiap pagi supaya badan kita sihat. Kita sewajarnya menjaga keselamatan diri dengan berhati-hati semasa menunggang basikal di jalan raya. Akhir sekali, kita harus menghargai masa dengan mengisi masa lapang kita dalam aktiviti membaca kerana masa itu emas. Tajuk V2 Kita mestilah gigih berusaha untuk menghasilkan sesuatu ciptaan yang kreatif menggunakan bahan-bahan terbuang contohnya kereta mesra alam. Selain itu, kita perlulah bekerjasama dengan bersedia menerima idea dan bimbingan orang lain semasa melakukan sesuatu projek. Di samping itu, kita hendaklah rajin membuat rujukan contohnya melayari internet untuk menambahkan ilmu pengetahuan. Akhir sekali, kita haruslah mengucapkan terima kasih kepada orang yang memberikan sokongan dan dorongan kepada kita. Tajuk V3 Kita harus bersemangat kejiranan dengan membantu jiran baru kita supaya perhubungan kita dengan jiran erat. Selain itu, kita haruslah bekerjasama dengan bergotong-royong melakukan kerja kerana dapat menjimatkan belanja dan masa. Kita sewajarnya mempunyai semangat perpaduan denan kunjung-mengunjungi antara satu sama lain semasa perayaan agar mewujudkan masyarakat yang aman. Akhir sekali, kita perlu menjaga kebersihan kawasan sekitar kita supaya penyakit yang berjangkit dapat dihindari. Tajuk V4 Kita perlu bekerjasama dengan bergotong-royong semasa membersihkan rumah supaya menjimatkan masa dan tenaga. Selain itu, kita juga perlu menjaga kebersihan contohnya mandi, membersihkan diri, mencuci pinggan mangkuk serta membersihkan kawasan persekitaran rumah supaya dapat menghalang penyakit daripada merebak. Kita sewajarnya bersikap rajin membantu ibu dan bapa mengemas dan membersihkan rumah. Akhir sekali, kita mesti taat kepada kedua-dua orang tua kita dengan sentiasa sedia membantu dan melakukan kerja tanpa disuruh.
  33. 33. Tajuk W1 Kita mesti menghormati ibu bapa kita dengan patuh akan arahan mereka. Kita perlu juga menjaga keselamatan diri dengan berhati-hati semasa menunggang basikal supaya tidak ditimpa kemalangan. Selain itu, kita wajar berbudi bahasa dengan orang tua apabila mengucapkan salam kepada Pak Tam. Akhir sekali, kita juga wajarlah jujur seperti Hock Kim yang memulangkan wang baki yang terlebih kepada Pak Tam. Tajuk W2 Kita digalakkan memupuk semangat bekerjasama seperti Emran, Raju dan Lee yang sentiasa bersama-sama ketika bermain dan belajar. Selain itu, kita mestilah rajin belajar dengan membuat latihan dan mengulang kaji pelajaran untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Kita juga perlu prihatin terhadap jiran kita contohnya menziarahi ayah Raju yang sakit dengan membawa buah tangan. Akhir sekali, kita wajarlah menjalin hubungan baik dengan jiran kita supaya dapat hidup dalam aman dan harmoni. Tajuk W3 Kita harus sayang akan ahli keluarga kita seperti Sally amat menyayangi kakaknya dan berasa sedih apabila terpisah dengan kakaknya. Selain itu, kita perlu berusaha gigih dengan mementingkan pelajaran apabila melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kita patut rajin membantu ibu bapa kita membuat kerja untuk meringankan beban mereka contohnya membantu ibu mengemas bilik. Akhir sekali, kita harus bersyukur apabila memperoleh sesuatu kejayaan dan selamat apabila doa kita diberkati.
  34. 34. Tajuk W4 Kita harus prihatin terhadap rakan-rakan kita dengan sentiasa mengambil berat terhadap mereka dan membantu mereka dalam pelajaran. Selain itu, kita perlu mencontohi Alicia Soo yang menghormati ibu bapanya serta sering membantu kedua-dua ibu bapanya membuat kerja rumah untuk meringankan beban mereka. Kita sewajarnya rajin berusaha dengan banyak membaca dan mengulang kaji pelajaran selalu untuk menambahkan ilmu dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam pelajaran. Akhir sekali, kita patut berazam tinggi seperti Alicia yang bercita-cita menjadi jurutera dewasa kelak supaya dapat menyumbang kepada masyarakat dan hidup cerah. Tajuk W5 Kita mesti rajin menghadiri latihan sukan supaya mendatangkan kejayaan kerana kejayaan tidak datang bergolek. Selain itu, kita harus jujur dengan tidak mengambil wang yang terdapat dalam dompet yang dtemui. Sebaliknya kita perlu mengembalikan dompet yang ditemui kepada tuan punya. Kita sewajarnya sentiasa taat kepada ibu bapa kita dengan menuruti segala pesanan mereka. Akhir sekali, kita perlu mengenang jasa orang lain dengan memberi pujian kepada orang yang melakukan sesuatu perkara yang baik seperti tindakan yang diambil oleh guru besar. Tajuk W6 Kita haruslah bertanggungjawab semasa menjalankan tugas seperti Aaron memastikan murid-murid beratur dan mencatat nama murid yang lewat. Selain itu, kita hendaklah sabar dengan tidak mudah marah dan sanggup menerima cabaran orang lain. Kita sewajarnya berdisiplin denan mematuhi segala peraturan dan arahan guru demi kecemerlangan dan nama baik sekolah. Akhir sekali, kita perlu berazam kuat dengan melaksanakan tugas dengan tegas agar memelihara disiplin sekolah.
  35. 35. Bahagian C Tajuk X1 Kita hendaklah adil agar tidak menganiaya orang yang tidak bersalah seperti Christ. Kita juga perlu bertenang supaya dapat bertindak dengan matang contohnya menjelaskan keadaan sebenar. Kita patut ambil berat demi keselamatan diri dan rakan seperti Chirst yang rela mengutip kaca pecah. Kita wajar memaafkan orang lain kerana pemaaf sifat orang yang mulia. Tajuk X2 Kita hendaklah merapatkan hubungan kekeluargaan dengan meluangkan masa bersama keluarga jika mempunyai kelapangan. Kita juga mestilah rajin membantu ibu bapa supaya dapat meringankan kerja mereka seperti Aida. Selain itu, kita hendaklah menjaga keselamatan dengan berhati-hati ketika memandu di jalan raya. Kita wajarlah menghargai masa dengan mengisi masa dalam akitivi yang berfaedah, iaitu membaca buku ketika dalam perjalanan. Tajuk X3 Kita harus berazam tinggi dengan bercita-cita melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti demi kejayaan hidup. Kita sewajarnya gigih menghadapi segala rintangan dengan tidak berputus asa semasa menuntut. Selain itu, kita perlu rajin belajar dengan sentiasa mengulang kaji supaya pelajaran kita tidak ketinggalan. Denan kejayaan yang kita capai, dapatlah kita membalas jasa ibu bapa kita dengan memenuhi harapan mereka. Tajuk X4 Kita haruslah merendah diri sebagai tanda orang budiman dan disenangi orang. Selain itu, kita juga perlu bersikap adil agar tidak menganiaya mana-mana pihak yang tidak bersalah. Kita wajar prihatin dan pemurah terhadap rakan-rakan kita bagi membantu dan meringankan bebanan orang lain. Akhir sekali, kita perlu bersopan santun seperti Beng Hock demi menjagai maruah diri.
  36. 36. Bahagian C Tajuk Y1 Kita mesti menunjukkan sikap prihatin terhadap rakan yang sedang sakit dengan melawatnya. Selain itu, kita juga hendaklah menghormati orang tua dengan bersalaman jika bertemu dengan mereka. Kita perlu menjaga keselamatan dengan berhati-hati semasa berada di jalan raya. Apabila melakukan kesalahan, kita haruslah insaf dan berazam tidak akan mengulangi kesilapan tersebut pada masa hadapan. Tajuk Y2 Kita hendaklah bersikap baik hati dengan menolong jiran yang dtimpa kesusahan contohnya menolong jiran memadamkan kebakaran. Kita hendaklah rajin mengulang kaji pelajaran di rumah supaya mendapat keputusan yang cemerlang. Kita juga hendaklah mengenang jasa orang lain dengan mengucapkan terima kasih kepada orang yang menolong kita. Akhir sekali, ktia hendaklah bersikap ikhlas dengan menolong orang lain tanpa mengharapkan balasan. Tajuk Y3 Kita hendaklah mengamalkan cara hidup berdisiplin dengan bangun awal walaupun pada hari cuti sekolah. Kita juga mesti hidup berdikari dengan mengemaskan katil selepas bangun dairpada tidur tanpa bergantung kepada orang lain. Selian itu, kita hendaklah mementingkan kebersihan diri dengan mencuci tangan sebelum makan supaya sentiasa sihat. Akhir sekali, kita wajarlah rajin dengan menolong ibu membuat kerja untuk meringankan bebannya. Tajuk Y4 Sebagai seorang anak, kita hendaklah menyayangi kedau-dua orang ibu bapa kita dengan sepenuh hati. Jasa dan bakti ibu bapa kita patut dikenang dan dibalas sepanjang hayat. Kita hendaklah sama-sama bergembira dengan mengucapkan tahniah kepada rakan kita yang menyambut hari istimewanya. Akhir sekali, jika orang memberi hadiah, kita hendaklah mengucapkan terima kasih.
  37. 37. Bahagian C Tajuk Z1 Kita hendakalah bersikap baik hati dengan membantu orang secara ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Selain itu, kita haruslah mengenang jasa ibu bapa dengan membalas jasa mereka kerana merekalah yang telah membesarkan kita dan janganlah bersikap seperti kacang lupakan kulit. Seterusnya, kita hendaklah menghargai masa dengan membaca buku supaya banyak mendapat ilmu pengetahuan. Akhir sekali, kita wajarlah menjaga kesihatan dengan bersukan setiap petang untuk mengelakkan penyakit. Tajuk Z2 Kita harus bersikap baik hati dengan membantu orang yang susah tetapi biarlah bantuan itu ikhlas. Kita hendaklah merendah diri sentiasa dan bersyukur jika memperoleh kejayaan agar kita disenangi sesiapa sahaja. Seterusnya, kita perlu menepati janji dengan menunaikan kata-kata yang dijanjikan. Kita juga wajar berjimat cermat dengan menabung demi kebahagiaan masa hadapan. Tajuk Z3 Kita harus bersifat penyayang seperti Chai Kit yang amat mengasihi datuknya. Kita harus juga rajin membantu datuk membuat kerja contohnya rela menolongnya berkebun sayur untuk meringankan bebannya. Selain itu, kita perlu menghormati orang tua dengan tidak boleh meninggikan suara apabila bercakap. Akhir sekali, kita wajar bersikap jujur apabila berniaga contohnya memulangkan wang baki yang cukup kepada pelanggan kita. Tajuk Z4 Kita harus bersikap baik hati seperti Tian Hui yang rela menolong orang tua mengutip barang-barang serta memimpinnya ke perhentian bas. Selain itu, kita patut mempunyai sikap belas kasihan dengan membantu orang yang cedera contohnya membersihkan luka orang tua. Kita sewajarnya bersikap pemurah dengan menghidangkan makanan kepada tetamu seperti anak orang tua itu. Akhir sekali, kita mestilah mengenang jasa orang lain yang telah membantu kita dengan mengucapkan terima kasih kepadanya.

×