Syair Ayahanda kepada Anak

3,556
-1

Published on

1 Comment
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total Views
3,556
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0
Actions
Shares
0
Downloads
8
Comments
1
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Syair Ayahanda kepada Anak

  1. 1. SYAIR AYAHANDA KEPADA ANAK Dengarkan tuan ayahanda berperi, Kepada anakanda muda bestari, Jika benar kepada diri, Masihat kebajikan ayahanda beri. Ayuhai anakanda muda remaja, Jika anakanda mengerjakan raja, Hati yang betul hendaklah disahaja, Serta rajin pada bekerja.Mengerjakan gubernemen janganlah malas, Zahir dan batin janganlah culas, Jernihkan hati hendaklah ikhlas, Seperti air di dalam gelas. Jika anakanda menjadi besar, Tutur dan kata janganlah kasar, Janganlah seperti orang sasar, Banyaklah orang menaruh gusar. Tutur yang manis anakanda tuturkan, Perangai yang lembut anakanda lakukan, Hati yang sabar anakanda tetapkan, Kemaluan orang anakanda fikirkan. Kesukaan orang anakanda cari, Supaya hatinya jangan lari, Masyurlah anakanda dalam negeri, Sebab kelakuan bijak bestari. Nasehat ayahanda anakanda fikirkan, Keliru syaitan anakanda jagakan, Orang berakal anakanda hampirkan, Orang jahat anakanda jauhkan. Setelah orang besar fikir yang karu, Tidak mengikut pengajaran guru, Tutur dan kata haru-biru, Kelakuan seperti anjing pemburu. Tingkah dan laku tidak kelulu, Perkataan kasar keluar selalu,
  2. 2. Tidak memikirkan orang empunya malu, Bencilah orang hilir dan hulu. Itulah orang akalnya kurang, Menyangka diri pandai seorang, Takbur tidak membilan orang, Dengan manusia selalu berperang.

×