27 Mac 2008   [FPM_OKED ]           FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN1.0   PENGENALANPelbagai perubahan telah berlaku dengan ...
27 Mac 2008   [FPM_OKED ]tersendiri. Menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1998, Falsafah PendidikanNegara (FPN) tel...
27 Mac 2008       [FPM_OKED ]pengetahuan,        berketrampilan,    berakhlak   mulia,    bertanggungjawab        danberke...
27 Mac 2008    [FPM_OKED ]rohaniahnya, intelek, rasional, perasaan dan indera. Sumber kepada pendidikanberkenaan adalah su...
27 Mac 2008     [FPM_OKED ]             •    melahirkan   rakyat   yang   bertanggungjawab           dan   boleh   memenuh...
27 Mac 2008     [FPM_OKED ]      •   menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan          Neg...
27 Mac 2008     [FPM_OKED ]   (i)        Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara.   (ii)       Faktor sosial yang mel...
27 Mac 2008     [FPM_OKED ]        ‘mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,        emosi da...
27 Mac 2008    [FPM_OKED ]   (v)     Faktor individu: Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses           pendidi...
27 Mac 2008   [FPM_OKED ]4.0   ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)Falsafah Pendidikan Kebangsaan bole...
27 Mac 2008     [FPM_OKED ]                                  •   Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma               ...
27 Mac 2008    [FPM_OKED ]                                      kritikal dan reflektif;                                  •...
27 Mac 2008      [FPM_OKED ]rakyat      Malaysia        yang    •   Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri;berketrampilan...
27 Mac 2008   [FPM_OKED ]                                     •   Mempertahankan       maruah     diri,   profesion,      ...
27 Mac 2008     [FPM_OKED ]         •     Keselamatan anggota-anggota sekolah dilindungi dengan peraturan               se...
27 Mac 2008    [FPM_OKED ]      Sehubungan dengan itu, usaha guru dalam merealisasikan Falsafah PendidikanKebangsaan adala...
27 Mac 2008    [FPM_OKED ]            Ringkasnya, untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pihaksekolah dan gu...
eaBinengsgaGt           27 Mac 2008     [FPM_OKED ]Bjuauardrui                     Rajah 2: Implikasi FPK – sistem pendidi...
27 Mac 2008      [FPM_OKED ]7.0   RUMUSANSekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disediakan dan dilaksanakan selama ...
27 Mac 2008    [FPM_OKED ]SUMBERChoong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program   Perguruan Pen...
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Fpn

1,100

Published on

1 Comment
1 Like
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total Views
1,100
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
1
Actions
Shares
0
Downloads
93
Comments
1
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Fpn

  1. 1. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN1.0 PENGENALANPelbagai perubahan telah berlaku dengan sepat di dunia hari ini. Ahli-ahli psikologi dansosiologi telah banyak memberi sumbangan kepada pembaharuan dalam amalanpengajaran yang menghasilkan mutu pendidikan yang lebih tinggi. Di Malaysia, beberapa perubahan baru telah berlaku dalam arena pendidikan.Berdasarkan syor-syor yang terkandung dalam Laporan Jawatankuasa KabinetMengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran (1979), Kurikulum Baru Sekolah Rendah(KBSR) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah mulai tahun 1983. Berikutan itu,Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) turut dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah mulai tahun 1989. KBSR menitikberatkan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengiraserta perkembangan individu secara menyeluruh iaitu dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani secara menyeluruh dan bersepadu. Dengan cara inilah, individu-individuyang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berakhlak mulia akan dihasilkan.1.1 Konsep Falsafah PendidikanPada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandanganyang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripadausaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuanfalsafah ialah mencari serta membukti kebenaran dan memberi arah tuju atau pedomanuntuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagaipedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan denganpendidikan.1.2 Latar belakang Falsafah Pendidikan KebangsaanSepertimana yang kita sedia maklum, negara kita Malaysia adalah sebuah negara yangsedang membangun. Justeru, agak penting bagi kita mempunyai falsafah pendidikan
  2. 2. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ]tersendiri. Menyedari hakikat tersebut, maka pada tahun 1998, Falsafah PendidikanNegara (FPN) telah digubal berdasarkan dokumen-dokumen dasar dan ideologi negara.Kini FPN dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK yangdinyatakan berikut akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepadasemua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Dari sudut sejarah, falsafahpendidikan negara lahir daripada proses yang agak panjang iaitu satu prosespembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi.2.0 KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)Umum mengetahui bahawa falsafah pendidikan negara yang dirumuskan pada tahun1988 dan disebut dalam Akta Pendidikan 1996 berbunyi: “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
  3. 3. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ]pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”2.1 Konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bersifat eklektisisme iaitu gabungan antarafalsafah tradisional dan falsafah progresif.1 Falsafah pendidikan negara merangkumifalsafah aliran epistemologi, metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputifalsafah dealisme, realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal daripada usaha berfikir yangrasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telahdimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara.Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini mengambil inspirasi daripada prosespembangunan bangsa dan negara yang agak panjang. Apa yang digariskan dalamfalsafah ini juga amat berkait rapat dengan perkembangan dunia Islam danpembangunan negara Malaysia. Rajah 1: Premis asas falsafah pendidikan kebangsaan Perbandingan falsafah ini dengan resolusi atau konsensus sedunia PersidanganDunia mengenai Pendidikan Muslim Pertama yang diadakan di Jeddah, dari 31 Machingga 8 April 1977 tidak jauh berbeza. Satu petikan ulasan oleh Mohd Kamal Hassan(1988) dalam bukunya Pendidikan dan Pembangunan: Satu Perspektif Bersepadumengatakan pengisytiharan Makkah mengenai matlamat pendidikan adalah meliputiperkembangan yang seimbang dalam keseluruhan peribadi insan melalui latihan1 A. Rahman & Zakaria (1994)2 Sufean Hussin (1996)
  4. 4. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ]rohaniahnya, intelek, rasional, perasaan dan indera. Sumber kepada pendidikanberkenaan adalah sumber wahyu dan akal sebagaimana yang diutarakan dalamkonsensus Persidangan tersebut. Faktor keseimbangan dan kesepaduan dalamresolusi ini dapat dimanifestasikan dalam falsafah pendidikan negara yang dirumuskan11 tahun kemudian. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menggariskan segala istilah, pemikiran danprinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan kata lain, iamenggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satuentiti keseluruhan yang tekal, jelas dan logik.2.2 Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)Berlandaskan kepada FPK yang telah dinyatakan, maka Matlamat Falsafah PendidikanKebangsaan ialah bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalanpendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1982). Ini adalah kesinambungan daripadaMatlamat Pendidikan Negara iaitu melahirkan insan yang baik dan sempurna supayamenjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain,Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna danmemiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: • percaya dan patuh kepada Tuhan; • berilmu pengetahuan; • berakhlak mulia; • bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara; • memilik sahsiah yang seimbang dan bersepadu; dan • memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Selain daripada perkembangan potensi individu secara menyeluruh danseimbang, adalah diharapkan juga, melalui proses pendidikan, Malaysia dapatmencapai matlamat pendidikannya seperti:
  5. 5. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] • melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara; • menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna, demi memberikan sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan; • melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut Perlembagaan; • melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cinta kepada negara; • melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, dan bersikap toleransi, agar dapat mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum; dan • mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada. Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadappendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluankepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikanberlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapidan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitandengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.2.3 Peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)Dalam sistem pendidikan Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan memainkanperanan yang penting seperti: • sebagai suluh yang memberi panduan dan arah tuju kepada segala usaha mengembangkan dan memajukan pendidikan;
  6. 6. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] • menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan Matlamat Pendidikan Negara; • sebagai rujukan untuk membantu para pendidik memahami sistem pendidikan negara; • sebagai bimbingan untuk para pendidik semasa mereka melaksanakan tugas- tugas pendidikan; • sebagai dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan kurikulum, bahan- bahan pelajaran dan strategi pengajaran dan pembelajaran; • sebagai pengawal ke atas aktiviti penyelewengan daripada dasar pendidikan; dan • menghilangkan salah faham, keraguan atau pertelingkahan dalam sebarang usaha melaksanakan tugas ataupun aktiviti pendidikan.3.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)Sebagaimana yang telah dijelaskan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakansuluh yang memberi pedoman dan arah tuju kepada segala usaha pendidikan, makaadalah penting bagi guru dan pendidik khasnya, meneliti dan mentafsir kandungannyaserta memahami secara mendalam hasrat dan cita yang terkandung di dalamnya.Kandungan, hasrat dan cita yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaanboleh ditafsirkan dari segi faktor-faktor yang mempengaruhi pertimbangan-pertimbangan semasa penggubalan dan unsur-unsur yang terkandung di dalamnya. Untuk menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang boleh memberipanduan dan bimbingan dan manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapafaktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktoryang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah PendidikanKebangsaan ialah:
  7. 7. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] (i) Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara. (ii) Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya. (iii) Faktor politik yang menentukan ideologi negara, dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan. (iv) Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara. (v) Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri. (vi) Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan berkeupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Pengaruh faktor-faktor tersebut dapat dikesan daripada pernyataan FalsafahPendidikan Kebangsaan yang dihuraikan seperti berikut: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepaduuntuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmupengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab danberkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadapkeharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (i) Faktor agama: Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia. Di samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Unsur agama ini dapat dihayati daripada pernyataannya, iaitu:
  8. 8. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] ‘mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan...’(ii) Faktor sosial: Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu: ‘....melahirkan rakyat Malaysia....memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.’(iii) Faktor politik: Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada iedologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas.(iv) Faktor ekonomi: Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara. Cita-cita memperkembangkan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  9. 9. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] (v) Faktor individu: Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. (vi) Faktor sejagat: Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan.......”. Ini jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup. Perkembangan, kemajuan serta pembangunan negara Malaysia bergantungkepada kerjasama negara-negara antarabangsa. Malaysia sejak awal pembentukannyapernah memainkan peranannya di arena antarabangsa dalam usaha menjaminkeamanan, keadilan dan kesejahteraan untuk negara sendiri dan sejagat. Usahakerjasama sejagat ini akan terus dipikul oleh generasi-generasi mendatang.Sehubungan ini, program pendidikan negara hendaklah merangkumi aspek sejagatyang boleh melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketrampilan danberakhlak mulia, bukan sahaja berupaya berkhidmat dan memberi sumbangan kepadanegara, tetapi juga berupaya memberi jasa ke arah kemajuan, keamanan dankestabilan antarabangsa.
  10. 10. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ]4.0 ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)Falsafah Pendidikan Kebangsaan boleh diteliti dengan lebih terperinci melalui analisisyang merujuk kepada beberapa elemen. Berikut pula adalah elemen-elemen pentingyang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan: Elemen-elemen FPK Implikasipendidikan suatu usaha • Pendidikan adalah suatu proses pemerolehanberterusan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni; • Proses pemerolehan dan pemindahan berlangsung secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat; • Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun; • Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan; • Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka; • Proses pendidikan yang berterusan bagi membantu individu menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan.perkembang potensi individu • Setiap individu telah diberkati Tuhan dengan bakat, potensi dan kebolehan yang mungkin terpendam; • Bakat, potensi dan kebolehan seelok-eloknya dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan dipertingkatkan;
  11. 11. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] • Bakat, potensi dan kebolehan akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling; • Pendidikan seharusnya memberi peluang individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka.perkembangan individu secara • Bakat, potensi dan kebolehan tidak bolehmenyeluruh dan bersepadu dikembangkan secara berasingan; sebaliknya dihubungkaitkan iaitu diselaraskan bagi mengelakkan pertentangan antara satu sama lain; • Perkembangan dan peningkatan seelok- eloknya merangkumi empat aspek, iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani.insan yang seimbang dan • Amat penting bagi individu memiliki ilmuharmonis (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta mempunyai akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani); • Keseimbangan antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara harmonis dengan diri dan orang lain; • Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masalah yang timbul.unsur intelek • Mempunyai kemahiran asas 3M: membaca, menulis dan mengira; • Sering berusaha untuk memperoleh dan mengembang ilmu yang benar; • Berkemahiran untuk berfikir secara kreatif,
  12. 12. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] kritikal dan reflektif; • Sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran (menyebarluaskan ilmu).unsur rohani • Menyedari dan percaya kepada Tuhan; • Bersyukur dengan pemberian Tuhan; • Berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai- nilai murni.unsur emosi • Mempunyai emosi yang matang dan stabil; • Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang; • Mempunyai sifat kekitaan dan perpaduan.unsur jasmani • Menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal; • Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial; • Menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.kepercayaan dan kepatuhan • Mengakui tentang kewujudan Tuhan;kepada Tuhan • Mengakui Tuhan sebagai Pencipta manusia dan alam; • Menyedari bahawa hukum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan; • Menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya; • Mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti.rakyat Malaysia yang berilmu • Cintai ilmu pengetahuan;pengetahuan • Berusaha memupuk budaya ilmu dan budaya membaca; • Mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.
  13. 13. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ]rakyat Malaysia yang • Mempunyai kecekapan dan kompetensi diri;berketrampilan • Berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna; • Berpandangan jauh dan berinisiatif; • Memupuk pembawaan diri yang baik.rakyat Malaysia yang berakhlak • Mempunyai perwatakan diri yang baik;mulia • Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup.rakyat Malaysia yang • Boleh dipercayai;bertanggungjawab • Menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik; • Menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap; • Mematuhi peraturan dan undang-undang negara; • Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.rakyat Malaysia yang • Berfikiran waras dan berjiwa tenang;berkeupayaan mencapai • Mempunyai daya ketahanan yang kuat untukkesejahteraan diri menghadapi cabaran hidup.rakyat Malaysia yang dapat • Berusaha untuk memupuk perpaduan rakyatmemberi sumbangan terhadap melalui sifat toleransi, bertimbang rasa,keharmonian dan kemakmuran kekitaan, hormat-menghormati danmasyarakat dan negara sebagainya; • Berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang ditetapkan; • Sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara; • Mematuhi perlembagaan dan peraturan negara;
  14. 14. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] • Mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.berkeupayaan mencapai • Mempunyai daya tahan fizikal dan mentalkesejahteraan diri yang tinggi; • Berkebolehan untuk mengharungi liku-liku hidup.sumbangan terhadap • Menjadikan Rukunegara sebagai amalankeharmonian dan kemakmuran hidup;keluarga, masyarakat dan • Memupuk persefahaman keluarga;negara • Mematuhi norma masyarakat; • Cintakan negara. Jadual 1: Elemen-elemen yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan Sumber: Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun5.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)5.1 Peranan pihak pentadbiran sekolahPihak pentadbiran sekolah perlu menerapkan budaya-budaya yang positif dalam dirisetiap murid-muridnya di samping memastikan dasar-dasar pendidikan negaradijalankan dengan baik. Budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah,mengandungi empat aspek utama, iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspekperkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara berikut: • Kebersihan bilik darjah, kantin, tandas dan kawasan sekolah serta anggota-anggota sekolah;
  15. 15. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] • Keselamatan anggota-anggota sekolah dilindungi dengan peraturan sekolah, alatan dan kemudahan, keselamatan yang lengkap termasuk mengadakan perkhidmatan keselamatan seperti pertolongan cemas dan kawalan keselamatan lalu lintas; • Kemudahan-kemudahan sekolah cukup dan lengkap serta digunakan dengan baik dan cermat; • Keselesaan seperti ruang untuk bergerak mencukupi, peredaran udara segar dan menyenangkan, suasana tenang dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran; dan • Keindahan sekolah dengan tumbuh-tumbuhan, bunga, pokok serta perhiasan-perhiasan yang merangsangkan suasana keselesaan. Aspek sosial merangkumi perkara-perkara berikut: • Hormat-menghormati di antara anggota-anggota sekolah serta mematuhi peraturan-peraturan sekolah; • Rasa tanggungjawab terhadap diri, anggota sekolah lain serta sekolahnya; dan • Bekerjasama di antara anggota-anggota sekolah, bersedia untuk bantu- membantu dan rela menjalankan tugas masing-masing tanpa rungutan. Semua aspek budaya sekolah ini perlu diterapkan dalam diri setiap murid agardapat melahirkan insan yang harmonis serta seimbang dari segi intelek, rohani, emosidan jasmani.5.2 Peranan guruSewajarnya, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan MatlamatFalsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi membangunkan sistem pendidikan bertarafdunia serta menjadi pusat kecemerlangan pendidikan di serantau.
  16. 16. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] Sehubungan dengan itu, usaha guru dalam merealisasikan Falsafah PendidikanKebangsaan adalah ditumpukan kepada penekanan-penekanan berikut: • Pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat berjaya memperkembangkan potensi murid dari aspek intelek, jasmani, emosi, dan rohani secara keseluruhan dan bersepadu. • Pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelenggaraan prasarana supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum, serta dalam keadaan yang baik dan selamat. • Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat dengan mewujudkan perkongsian pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat kerjasama demi dapat membantu pembangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan mahu pun tenaga yang diperlukan. Sesungguhnya, misi Kementerian Pelajaran Malaysia ialah memperkembangkanpotensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu, serta membangunkan sistempendidikan negara supaya menjadi pusat kecemerlangan pendidikan serantau danbertaraf dunia. Pencapaian misi dan matlamat pembentukan sistem pendidikan bertarafdunia meliputi komponen-komponen berikut: • Prasarana yang berkualiti; • Aplikasi teknologi yang canggih (ICT); • Warga pendidikan yang proaktif; • Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan kini; • Peluang diadakan untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D); dan • Ada Dasar Pendidikan terbuka.
  17. 17. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ] Ringkasnya, untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pihaksekolah dan guru memainkan peranan penting dalam pelaksanaan strategi-strategiyang ditentukan dan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.6.0 IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) DALAM SISTEM PENDIDIKAN NEGARA KITABerdasarkan huraian di atas, terdapat beberapa implikasi FPK terhadap sistempendidikan negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan sebuah dokumentasiyang murni dan luhur, dan memerlukan penghayatan, pemahaman dan keprihatinanpara pendidik untuk merealisasikan tujuan dan cita yang tersisip dalam kandungannya.Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988,telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita. Justeru itu,semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah merupakan pancaran nilai-nilaidan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya kemunculan Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan membawaimplikasi-implikasi kepada sistem pendidikan kita seperti yang dihuraikan berikut. (i) Implikasi terhadap kurikulum Perubahan kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini meliputi; • Perubahan sukatan pelajaran yang berorientasikan kepada program bersepadu. • Perubahan bahan-bahan pelajaran yang mengutamakan nilai-nilai murni diserapkan dalam semua mata pelajaran. • Perubahan program pendidikan yang berorientasikan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. • Perubahan sistem pendidikan yang berorientasikan ke arah pendidikan umum. • Perubahan sukatan pelajaran yang sesuai untuk melatih kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.BPSuednkatdoyuilkdaih
  18. 18. eaBinengsgaGt 27 Mac 2008 [FPM_OKED ]Bjuauardrui Rajah 2: Implikasi FPK – sistem pendidikana,Syneakpuocealemla (ii) Implikasi terhadap pendidikmbihet Perubahan sikap pendidik dan profesionalnya untuk menjalankan tugasrliW sejajar dengan tujuan dan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Inilaajdw meliputi:nagrns • Perubahan sikap peribadi pendidik sendiri dengan pandangan dan visiBa yang positif terhadap tugasnya untuk merealisasikan tujuan dan citaulndPaS Falsafah Pendidikan Kebangsaan.aie • Perubahan profesional dengan mengubah strategi dan teknikypnkae-o pengajarannya yang sesuai untuk melahirkan insan yang berilmurl pengetahuan, berketrampilan serta berakhlak mulia.piaokihsnP (iii)ia Implikasi terhadap institusi pendidikantar Perubahan organisasi sekolah ke arah mewujudkan situasi yang sesuai untukinofBj melahirkan pelajar-pelajar mengikut tujuan dan cita Falsafah Pendidikanae Kebangsaan. Ini meliputi:dhka • Perubahan kemudahan-kemudahan supaya pelajar-pelajar mendapatnd peluang mengembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani,al/n emosi, sosial dan jasmani, secara menyeluruh dan seimbang.aisl • Perubahan aktiviti budaya sekolah yang kondusif untuk memupuk nilai-nua nilai murni dalam jiwa pelajar.-milbn • Perubahan iklim sekolah yang kondusif untuk melahirkan pelajar-ae- pelajar yang mencintakan ilmu dan seterusnya membentuk budayairlna membaca dalam kalangan mereka.in
  19. 19. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ]7.0 RUMUSANSekiranya dilihat dari segi sistem yang telah disediakan dan dilaksanakan selama ini,terdapat usaha yang gigih untuk memperbaikinya dari semasa ke semasa. Sekiranyaditinjau secara halus dari segi hasil dasar dan sistem pendidikan kebangsaan,seharusnya ia mampu mengeluarkan pelajar yang berilmu, bermoral (akhlak), beradabdan bersopan, seorang individu yang boleh menjadi warganegara yang cukup baik.Namun terdapat pelbagai masalah moral, disiplin dan kelemahan akademik dalamkalangan sebilangan besar pelajar Melayu, terutamanya dari luar bandar. Kesimpulannya, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik berpegangkepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab profesional mereka, sudahpasti matlamat dasar pendidikan negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukanhanya satu impian sahaja.
  20. 20. 27 Mac 2008 [FPM_OKED ]SUMBERChoong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.Sufean Hussin (2004). Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

×