Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)

5,064 views
4,642 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
5,064
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
104
Comments
0
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Maksud dialek geografi dan dialek sosial (1)

  1. 1. Pengelasan antara dialek. Bahasa Pengguna Penggunaan Dialek Geografi Dialek sosial dan laras (Berdasarkan daerah) (Berdasarkan aspek sosial)
  2. 2. 1) Maksud dialek. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4 mukasurat 369, ‘dialek’ bermaksud satu bentuk bahasa yang digunakan dalam sesuatu daerah atau sesuatu kelas sosial, berbeza daripada bahasa standard dan loghat. Dialek ialah kelainan bahasa yang berbeza dari segi sebutan , kosa kata dan tatabahasa daripada bahasa baku. Dialek digunakan dalam situasi tidak rasmi dalam perhubungan kekeluargaan dan perhubungan harian.
  3. 3. 2) Maksud geografi. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4 mukasurat 486, ‘geografi’ bermaksud sains tentang fitur- fitur semula jadi permukaan bumi, topografi, iklim, tanah, tumbuh-tumbuhan dan gerak balas manusia terhadapnya. 3) Maksud sosial. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4 mukasurat 1442, ‘sosial’ bermaksud segala hal yang berkaitan dengan masyarakat dan kemasyarakatan. Berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang. Suka bergaul dan bercampur dengan masyarakat.
  4. 4. Mengikut Nik Safiah Karim dalam bukunya yang berjudul Sosiolinguistik Bahasa Melayu dan Pengajaran mukasurat 5, ‘dialek geografi’ bermaksud sesuatu bahasa mungkin mempunyai banyak variasi, bergantung kepada sejarah perkembangannya, jumlah penduduk dan luas daerah penyebarannya.
  5. 5. Variasi bahasa yang terhasil akibat ruang geografi yang berbeza. Perbezaan sebutan dialek geografi merujuk kepada perbezaan tempat asal pengguna tersebut. Variasi bahasa wujud akibat faktor pengguna.
  6. 6. Mengikut Asmah Haji Omar dalam bukunya yang berjudul Susur Galur Bahasa Melayu mukasurat 109, ‘dialek geografi’ juga bermaksud memberi keterangan kepada kejadian- kejadian atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam sejarah bahasa yang berkenaan yang menurunkan dialek- dialeknya atau perkembangan-perkembangan yang berlaku dalam masing-masing dialek itu secara tersendiri atau secara berkaitan dengan dialek-dialek lain. Dialek geografi (pengguna) orang yang menggunakan bahasa ; didapati bahawa bahasa boleh dibezakan dari segi orang yang menggunakannya (Halliday, 1968).
  7. 7. Matthews, P.H (1997: 344) “ Bentuk pertuturan yang dikaitkan dengan kelas sosial atau kumpulan yang sama dalam sesebuah masyarakat, berbeza dengan dialek yang biasa yang dikaitkan dengan kawasan atau daerah geografi”. Holmes (1992: 140) “ Dialek sosial dibezakan menerusi ciri lafaz, kosa kata dan tatabahasa mengikut kumpulan sosial penutur”.
  8. 8. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka edisi ke-4 mukasurat 369, ‘dialek sosial’ bermaksud variasi bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kumpulan sosial atau lapisan masyarakat bahasa, misalnya bahasa istana. Variasi bahasa yang terhasil berdasarkan aspek penggunaan telah menghasilkan dialek sosial. Dialek sosial (penggunaan) kesesuaian jenis bahasa yang digunakan dengan keadaan sewaktu penggunaan bahasa itu (Halliday, 1968).
  9. 9. • Dialek Georafi Sebutan  Perkataan air akan menjadi ayaq/ayo Gaya Lagu Bahasa  Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan Tatabahasa  Penggunaan imbuhan per- & -kan  perbesar (dialek kedah) dan besarkan (dialek johor) Kosa Kata  Perkataan bewoh-dialek Kelantan bermaksud kenduri Kata Ganti Diri  Perkataan demo-dialek Kelantan bermaksud awak  Pekataan hang-dialek utara bermaksud awak
  10. 10. • Penggunaan bahasa dialek yang sama CONTOH • Penghubung komunikasi Menjadi bahasa pertuturan masyarakat di sesebuah tempat mengikut dialek di sesebuah tempat tersebut JOHOR KELANTAN Saing Saing
  11. 11. • Penggunaan bahasa baku untuk tujuan perhubungan umum  Dalam tujuan formal, menggunakan bahasa baku seperti dalam penulisan surat rasmi, syarahan dan sebagainya. • Digunakan secara lisan atau tulisan  Secara lisan melalui pertuturan manakala secara tulisan melalui penulisan tidak formal seperti SMS
  12. 12. Secara kesimpulannya, dialek merupakan variasi bahasa yang berbeza dari segi kosa kata dan sebutan. Sesuatu bahasa mempunyai beberapa jenis dialek dan salah satu daripada jenis dialek menjadi variasi bahasa. Sebagai contohnya Bahasa Melayu sendiri mempunyai variasi bahasa seperti bahasa baku, dialek geografi dan dialek sosial.

×