Your SlideShare is downloading. ×
  • Like
New microsoft word document
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×

Thanks for flagging this SlideShare!

Oops! An error has occurred.

×

Now you can save presentations on your phone or tablet

Available for both IPhone and Android

Text the download link to your phone

Standard text messaging rates apply

New microsoft word document

  • 163 views
Published

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
No Downloads

Views

Total Views
163
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
0

Actions

Shares
Downloads
4
Comments
0
Likes
1

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Perkembangan Ekonomi Di Zaman Kerajaan Abbasiyah Dan Implikasinya Terhadap Pembangunan IraqCreated by Marzuki1.0 PENDAHULUANZaman Khalifah Harun ar-Rasyid merupakan kemuncak kegemilangan pemerintahan Abbasiyah, atauboleh juga dikatakan sebagai zaman paling gemilang dalam sejarah Islam.Pada masa pemerintahannya,bermulalah era pembangunan dan perkembangan ilmu pengetahuan. Selain itu, beliau juga berjayamenjadikan kota Baghdad sebagai pusat perdagangan antarabangsa dan pusat ilmu pengetahuan.Pentadbiran negara pada zaman pemerintahan Harun ar-Rasyid merupakan pemerintahan palingsempurna.Hal ini disebabkan kecekapannya dan pegawai-pegawainya menguruskan pentadbirannegara.Beliau dapat membanteras segala kekacauan dan pemberontakan di dalam negaranya. Misalnyabeliau menamatkan pemberontakan gabenor-gabenor di Afrika dengan bertindak menghantar IbrahimIbn Aghlab ke sana.Selain itu, beliau juga menyusun semula pasukan tenteranya supaya menjadi sebuah pasukan tenterayang berdisiplin dan teratur, mengambil berat terhadap kredibiliti tentera-tenteranya dan memberiperlindungan serta keselamatan untuk kesejahteraan rakyatnya.Sikap prihatinnya menyebabkansepanjang zaman pemerintahannya negara berada dalam keadaan aman damai.Sistempemerintahannya berdasarkan sistem kekhalifahan yang mengandungi ciri-ciri keislaman.Beliaumeneruskan dasar anti-Ali (anti-Syiah) dan anti kaum zandaqah (zindik), seperti mana yang diamalkanoleh khalifah-khalifah Abbasiyah sebelumnya.Pelbagai kemajuan dan pembangunan negara berjalan dengan pesat.Oleh sebab keagungan namanya,beliau menjadi simbol kemegahan Islam di Timur dan di Barat. Terdapat banyak kota seperti Baghdad,Basrah, Maysul, Damsyik, dan Aleppo muncul sebagai kota terkenal. Beliau juga mendirikan masjid,sekolah, hospital, kolej, jalan raya, perigi, jambatan dan terusan air di kota-kota.Dengan adanya parit-parit dan terusan itu, pertanian kian maju dan pendapatan negara bertambah. Keadaan ini dapat dilihatapabila kota Baghdad mencapai kemuncak keagungan di seluruh dunia. Bangunan-bangunan yang dibinasebelum pemerintahannya diperbaharui dan dihias agar sesuai dengan zaman pada masa itu.( UtusanPublications & Distributions Sdn. Bhd: ARKIB : 06/06/2003)2.0 SEKTOR-SEKTOR UTAMA EKONOMI KERAJAAN ABBASIYAH
  • 2. Zaman Abbasiyah adalah di anggap sebagai zaman yang paling kaya dalam sejarah kekhalifahan Islam,ahli-ahli sejarah klasik dan moden bersetuju secara khusus meletakkan zaman pemerintahan KhalifahHarun Al-Rasyid (170 – 194H/786 – 809M) sebagai zaman pencapaian ekonomi yang paling tinggisehingga layak menerima jolokan zaman keemasan (golden period). Prof.Philip K.Hitti menyifatkankejayaan Abbasiyah dalam soal ini adalah luar biasa kerana ia mampu menaikkan taraf Baghdad darisatu keadaan yang mengagungkan setanding dengan keagungan Bayzantin.Kejayaan Baghdad menjadi juara perdagangan dunia tentunya ada hubungan dengan kedudukan DawlahAbbasiyah sebagai kuasa besar dunia pada waktu itu. Kestabilan politik, kecekapan pengurusanpentadbiran serta ketinggian akhlak masyarakat juga menyumbang kepada pembangunan pesat kotaBaghdad. Dan satu yang paling penting dalam konteks ini ialah kekuatan kuasa beli yang terdapat padapenduduk kota Baghdad pada waktu itu jelas menunjukkan kemewahan serta kemantapan ekonomiNegara. Pada umumnya terdapat tiga sektor ekonomi yang menjadi tonggak kekayaan kerajaanAbbasiyah iaitu sektor pertanian, perindustrian dan perdagangan.Kerajaan Abbasiyah memberikan perhatian yang serius bagi memajukan sektor ekonomi Negara denganmencurahkan perbelanjaan yang banyak khususnya dalam sektor perindustrian dan pertanian. Di setiapsektor memainkan peranan penting yang tersendiri untuk memberikan sumbangan ekonomi di tahapmaksima2.1 PertanianKegiatan perdagangan tidak mungkin mencapai kepesatan yang luar biasa jika tidak ditampung olehkegiatan pertanian dan perindustrian yang kukuh.Hal ini yang sangat menjadi perhatian pemerintahdinasti Abbasiyah. Pada masa Abbasiyah lah bidang pertanian mengalami perkembgan pesat, kerana disamping ibu kota terletak di daerah sangat subur (di apit oleh sungai Eufrates dan Tigris), pemerintahmemberi kebebasan kepada penduduk setempat untuk mengusahakan tanah pertanian mereka, tanpatekanan-tekanan yang besifat diskriminasi (membezakan).Pertanian juga telah mencapai kemajuan kerana kesedaran pihak pemerintah tentang betapa perlunyapertanian sebagai sumber hasil Negara yang utama dan juga kerana kerajaan memberi penghormatandan layanan yang baik kepada pemilik-pemilik tanah yang subur. Kerajaan telah memajukan pertanian dikawasan lembah Sungai Eufrates dan Tigris yang terkenal subur itu, di mana kemudahan-kemudahan taliair dan terusan diadakan. Banyak hasil pertanian yang ditanam di asia barat diperkenalkan kepadaeropah, terutamanya penanaman tebu.
  • 3. Bidang pertanian maju pesat pada masa awal dinasti Abbasiyah kerana pemerintahannya sendiriterletak di daerah yang sangat subur, di tepi sungai yang biasa dikenal al-sawad kerana merekamenyedari pertanian merupakan sumber utama pemasukan Negara, dan pengusahaan tanah hampirsepenuhnya di kerjakan oleh penduduk tempatan, yang statusnya mengalami peningkatan pada masapemerintahan baru ini. Kawasan pertanian yang terbentang, di pendalaman yang hancur di berbagaiwilayah diperbaiki dan dibangun kembali secara bertahap. Daerah rendah Tigris – Eufrat, yangmerupakan daerah terkaya setelah Mesir, dan dipandang sebagai Surga Aden, mendapat perhatiankhusus dari pemerintah pusat. Mereka membuka kembali saluran pengairan yang lama dari sungaieufrat, dan membuat saluaran pengairan baru sehingga membentuk “jaringan yang sempurna”.terusanbesar pertama, yang disebut Nahr I’sa setelah digali kembali oleh keluarga al-Mansur, menghubungkanaliran Sungai Euffrat di Anbar sebelah barat laut dengan Sungai Tigris di Baghdad.Tanaman asli Irak terdiri atas gandum, padi, kurma, wijen, kapas dan rami. Daerah yang sangat suburberada di daratan tepian sungai ke selatan, Sawad, yang menumbuhkan berbagai jenis buah dansayuran, yang tumbuh didaerah panas maupun dingin. Kacang , limau nipis, terung, tebu, dan beragambunga seperti, bunga mawar dan violet tumbuh subur.Daerah Khurasan merupakan daerah pertanian yang paling makmur sehingga menjadi pendapatan cukaikerajaan terbesar. Kota Bukhara, merupakan daerah perkebunan yang subur, disini antara Samarkandan Bhukara, terbentang lembah Sogdiana, salah satu dari “empat sorga dunia”, yaitu Shi’b Bawwan(celah bavvan di Faris), kebun Ubalah Canal, yang membentang dari Bashrah ketenggara. Ditaman-taman ini tumbuh subur beberapa jenis buah, sayuran dan bunga, seperi kurma, apel apricot, persik,prem, lemon, limau, anggur, zaitun, almond, delima, terung, lobak, mentimun, mawar, selasih, tembikaidi datangkan dari Kwarizm ke istana al-Ma’mun dan al-Wastiq dalam peti yang diisi air batu, harga sebijitembikai di Baghdad mencapai 700 dirham. Sebenarnya, pohon dan sayuran yang kini tumbuh sudahdikenal pada masa itu, kecuali mangga, kentang, tomato, dan tanaman sejenis baru diperkenalkan daridunia baru .Dan Negara koloni eropah di seberang benua.Minat terhadap pertanian jelas dilihat dari kebanyakan buku mengulas tentang tumbuh-tumbuhan,termasuk terjemahan dari bahasa Yunani, yang terdapat dalam fihrist, juga ada buku tentangpembuatan farfume dari bunga, dan buku yang di klaim sebagai karya ibnu Wahsyiyah yang berjudul al-Filahah al-Nabatiyah.Sekolah-sekolah pertanian dibuka untuk menganalisis sifat-sifat tanah dan tanaman yang sesuai untukditanam di atas jenis tanah dan iklim yang beraneka. Sebuah karya penting tentang ilmu pengolahantanah dan tanaman ditulis di Iraq oleh seorang pengkaji, Ibn Washiyyah dalam bukunya yang di
  • 4. namakan kitab Al-Filalah al-Nabatiyyah (291H/904M) yang isinya merupakan hasil kajian dan perpaduanantara ilmu tradisional dengan ajaran-ajaran yang termaktub dalam filsafat-filsafat kuno.Wilayah Sepanyol yang sangat subur tidak disia-siakan kaum muslimin.Gandum merupakan makananutama, hampir seluruh kaum muslimin saat itu.Di kebun-kebun sayur, tumbuhan penuh dan beranekaragam makanan serta rempah-rempah melimpah ruah.Di wilayah-wilayah selain sayuran, kaummuslimin menanam seluruh jenis buah-buahan yang terdapat di Mediternian, sementara di daerahpinggiran gurun, di Tanami pohon kurma yang menjadi makanan pokok penduduk miskin saat itu.Di wilayah Parsi, khususnya Ahwaz dan Faris terdapat ladang tebu yang luas lengkap dengan faktorimemproses gula yang di anggap terbesar pada waktu itu.Gula yang diproses di sini telah di eksporthingga ke Eropah.Teknologi ini kemudiannya berkembang keseluruh empayar Islam dan akhirnya dibawa oleh orang-orang Islam Sepanyol ke benua Eropah.Mengikut al-Tha’alibi buah tembikai jugaterdapat di kawasan ini terutama di wilayah Khawarismi yang merupakan pengeluar utamanya. Namundi Baghdad buah tembikai merupakan buah-buahan kelas atasan kerana harganya terlalu mahal iaitulebih kurang 700 dirham sebijiPertanian merupakan sumber terpenting kerajaan Abbasiyah dan petani merupakan majoriti pendudukyang mendiami seluruh wilayah kekuasaan di antara mereka yang hanya menjadi petani, pelaksanaanpengolahan tanah pertanian tidak jauh berbeza dengan amalan masa khulafa’ ar-Rasyidin2.2 PerindustrianFaktor utama yang menjadi ukuran tahap ketinggian tamaddun sesebuah Negara itu adalah bergantungkepada kadar penglibatan Negara berkenaan dalam bidang industri. Dalam hubungan ini kita dapatikerajaan Abbasiyah telah memberi pelbagai insentif serta galakan yang kuat kepada golongan usahawantempatan agar menceburkan diri dalam bidang perindustrian bagi menjaga keseimbangan perniagaan.Di bidang perindustrian terdapat pemisah antara sektor kerajaan dan swasta, tetapi bagaimanabebasnya pihak swasta bergerak dalam industri kraf tangan misalnya ia tetap di bawah peraturan danpengawalan Negara, seperti kilang senjata, kapal laut, armada perdagangan fabric kertas dan barang-barang lainnya. Kekuasaan kerajaan yang sedemikian luas dan tingkat peradaban yang tinggi itu dicapaidengan melibatkan jaringan perdangan internasional yang luas.Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad,Bashrah, Siraf Kairo, dan Iskandariyah menjadi pelabuhan internaisonal.
  • 5. Disebelah Timur, pedagang Islam telah menjelajah sampai ke Cina, yang berdasarkan riwayat berbahasaarab, telah dilakukan sejak masa khalifah al-Manshur, para pengusaha dari Bashrah yang membawadagangannya dengan kapal laut keberbagai negeri yang jauh, masing-masing membawa muatan bernilailebih dari satu juta dirham. Seorang pemilik kapal di Bashrah di Baghdad mampu menderma untukorang miskin 100 dinar perhari, tahap aktiviti perdagangan di dukung oleh pengembangan industrikraftangan diberbagai pelosok Negara. Di kawasan Asia Barat banyak di dapati perusahaan membuatpermaidani selimut, sutra, kapas, dan kain bulu, tenun dan kain satin, sofa, kelengkapan dapur danrumah tangga lainnya.Di Tustar dan Sousa di Kuzistan (Susiana) terdapat sejumlah yang terkenal dengan kain sulamannya(damask) yang dihiasi dengan emas, juga terkenal dengan gordennya yang terbuat dari tenunan sutra(khazz).Pengeluaran mereka yang lainnya adalah kain yang terbuat dari bulu unta dan biri-biri, juga bajudalam dari tenunan sutera yang terkenal luas.Syiraz menghasilkan baju dalam dari bulu biri-biri, kaintransparent dan brocade. Dikenal dengan nama “taffeta”. Sementara wilayah-wilayah di bahagian BaratAsia pula masyhur dengan pengeluaran permaidani, sutera, kapas, benang bulu kambing, kain satin, sofadan kain alas sofa, juga termasuk semua jenis kelengkapan rumah, kain-kain yang diperbuat daripadabulu (woolen) keluaran kilang di Syiraz di laporkan amat digemari oleh wanita eropah kerana kualitinyayang baik. Kilang-kilang di Khurasan dan Armenia mengeluarkan tilam dan alas tilam, sementara Bukharamenumpukan kepada industri membuat sejadah dalam berbagai kualiti.Industri lain yang sangat penting seperti pembuatan kertas tulis, yang di perkenalkan pada abad ke 8dari Cina ke Samarkhan kertas samarkand, yang diduduki Islam pada tahun 704, di lihat tiadatandingannya pada waktu itu. Sebelum akhir abad ke 8 Baghdad memiliki kilang kertas yang pertama(the first paper – mill industri) dalam sejarah tamadun Islam. Perkembangan industri ini kemudiannyaberkembang keseluruh kota Islam dimana Mesir Berjaya mengasaskan kilang kertasnya yang pertamapada 288H/900M, Morocco pada 494H/1100M dan Spain dalam tahun 545H/1150M.Sementara di wilayah Khurasan terkenal juga dalam sektor perlombongan, mengikut al-Maqdisi,kegiatan perlombongan emas dan perak kebanyakkannya terdapat di sini.Khurasan juga dikatakanpengeluar batu mar-mar dan batu mercury terbesar masa itu. Sementara batu delima, lapis lazuli(lazawarda)dan batu azura terdapat di wilayah Transoxiana. Di wilayah Kirman pula tertumpu kepadaindustri bijih timah dan perak. Wilayah-wilayah lain seperti Bahrain masyhur dengan pengeluaran batumutiara, Nasyabur dengan batu Pirus, sementara di pergunungan Labenon dengan perlombongan besi,Georgia dan Farghana perusahaan minyak tar.
  • 6. Seni mengolah perhiasan juga mengalami perkembangan pada masa Dinasti Abbasiyah, mutiara, safir,rubi, emerald, dan permata sangat disukai para bangasawan; sedangakan batu zamrud yang berwarnabiru kehijauan, batu carnelius, coklat, atau hitam disukai oleh kalangan bawah. Salah satu batu berhargapaling terkenal di dalam sejarah Arab adalah delima (ruby) besar, yang pernah dimiliki oleh raja Parsi,klalifah Harun ar-Rahid dikatakan telah membelinya dengan harga 40 ribu dinar, untuk diletakkan padamahkotanya. Delima itu di anggap yang terbesar pernah ditemui pada masa itu dan mempunyaipancaran cahaya yang luar biasa sehingga boleh dikesan jika diletakkan di ruang yang gelap.Saudaraperempuan Harun seperti yang kita ketahui mengenakannya untuk menghias kepalanya, sedangkanpermaisurinya menggunakannya untuk menghias kasutnya.Al-Tabari melaporkan perdana MenteriAbbasiyah, Yahya bin Khalid al-Barmaki, pernah menawarkan 7.000.000 dirham kepada seoranghartawan bagi mendapatkan sebuah kotak barang kemas yang bertatahkan batu permata tetapi gagalmendapatkannya.Sementara khalifah mu’taz di laporkan sebagai orang pertama yang telahmenggunakan pelana kuda yang diperbuat daripada emas.Kemahiran tangan yang di laksanakan oleh pihak swasta sangat banyak dan bervariasi.Secara umumpara pembuat bertindak pula sebagai penjual barang-barang yang dikelaurkannya. Bahkan, mereka yangbergerak di bidang tekstil, terhimpun dalam sebuah unit koperasi yang disebut bazzaz (pembuat danpenjual kain) yang pekerjanya penenun, pemintal dan dobi, kekuatan mereka yang begitu besar dansangat dominan, terutama di kota-kota besar, melahirkan kelompok baru dalam masyarakat, aristocratkaum pedagang.Beberapa bidang industri dan kerajinan rakyat yang terkenal pada masa ini antara lain:1. Industri gelas dan tembikar2. Industri tekstil dan tenun terdapat di Myat, Kabul, Transoxiana, Maroko, Andalus, Merx dan Mesirsejak awal terkenal dengan pembuatan permaidani yang khas, sedangkan kain kepala dari sutera yanghingga kini dikenal dengan sebutan kufiah, Damaskus terkenal dengan pembuatan kain Dumas yangdisulami dengan benang emas dan kain-kain tirai yang dibuat dari pintalan sutera.3. Kertas telah lama dikenal orang di Cina. Ketika Samarkhand di taklukkan kaum muslimin (704 M), dikota ini terdapat kilang tulis yang diprodaksinya sangat halus dan bagus, pada akhir abad ke 8 M,Baghdad telah memiliki fabric kertas tersendiri. Dari kaum muslimin di Sepanyol bangsa eropahmengenal kertas abad ke 12 dan 13 M.4. Industri perlombongan, penggalian perak, tembaga, timah dan besi terdapat di daerah Afrika danAndalus.5. Penggilingan gula tebu menyebar di sebelah barat daya Parsi, Basrah dan Tusthat, begitu jugapengolahan minyak zaitun terdapat di Andalus Maroko dan Mesir
  • 7. 6. Selain itu industri pembuatan lilin, sabun dan galangan (gelegar) kapal perang juga di buat.2.3 PerdaganganPendekatan Khalifah Harun Ar-Rasyid sebelum mangkatnya pada tahun 193 Hijrah telah dapatmelaksanakan suatu nilai kemakmuran dan keamanan yang tulen kepada masyarakat Islam.KotaBaghdad yang belum berusia setengah abad di zamannya telah tumbuh dengan pesatnya menjadi pusatdunia yang amat makmur dan mempunyai erti antarabangsa.Kekuasaan kerajaan yang sedemikian luas dan tingkat peradaban yang tinggi itu dicapai denganmelibatkan jaringan perdagangan internasional yang luas.Pelabuhan-pelabuhan seperti Baghdad,Basrah, Siraf, Cairo dan Iskandariyah menjadi pelabuhan internasional.Pedagang-pedagang Islam telah berniaga sampai ke negeri China.Mereka berdagang secara kafilah danbarangannya di bawa oleh kuda.Di sebelah barat orang-orang Arab telah berdagang sampai keSepanyol.Mereka telah menjual kurma, gula, kapas, kain bulu, alat besi dan gelas serta mengimportrempah ratus, kapur barus dan sutera dari negeri-negeri Asia. Dari Afrika di import daging, gading, kayuarang dan hamba abdiLuas wilayah kerajaan yang tingginya tingkat peradaban yang dicapai baik dalam bidang industri maupunpertanian memaksa diadakan suatu perdagangan Internasional yang lebih luas. Berikut laluan-laluanpenting yang di lalui para saudagar pada kegiatan niaga pada masa dinasti Abbasiyah:1. Dari barat ke timur via Mesir, menggunakan laluan ini. Kebanyakan para pedagang Yahudi yangmenjadi rakan niaga saudagar muslim dan Irak. Di Istahan mereka mempunyai perkambungan dagangyang disebut Havi Yahudi (lorong Yahudi)2. Dari Eropah ke Timur Via Antiokia terus ke Baghdad melalui sungai Eufrat, kemudian ke teluk Parsi,Yaman, India dan China.3. Dari utara Rusia ke timur melalui laut Caspian kemudian ke Marx, Balk, Bukhara, Samarkhand,Transoxiana dan China4. Laluan darat dari Eropah ke timur dari Andalusia, melalui Jabal Tariq ke Maroko, Tunisia, Mesir,Damaskus, Irak (Baghdad, Basrah dan Kuffah) lalu ke Iran, Kirman, India dan berakhir di China. Parasaudagar muslim yang berniaga melalui jalan ini sekarang di sebut silk road (laluan sutera)
  • 8. 5. Laluan laut dan Teluk Parsi, Gujerat, Selat Melaka, Jawa, Laut China ke Canton (China)Sebuah karya penting tentang laluan-laluan, pusat perdagangan dan pemerintahan di tulis pada masa ini(abad ke 3 H/9 M) oleh seorang ahli geografi Abu Al-Qasim bin Khurdadhbeb dari Parsi dalam bukunyayang dinamakan Al-Musalik wa al Mamalik, berikut pusat-pusat penting perdagangan pada masa dinastiAbbasiyah1. Antiokia yang terletak di persisir timur laut tengah pelabuhan yang diperlebar pada masa Khalifah al-Mu’tasim ini merupakan pusat perdagangan Syam yang menjadi transit (perhentian) para saudagartimur dan barat.2. Pelabuhan Iskandariah dari Varma, juga menjadi penghubung antara pedagang yang dagang dariEropah dan Laut merah.3. Ailot,Qolzam dan Jeddah adalah pusat-pusat perdagangan Laut Merah, Jeddah bahkan setiap tahunmenjadi terminal jamaah haji yang dating dari pelusuk dunia4. Aden merupakan pintu gerbang kapal-kapal yang akan memasuki Laut Merah.5. Basrah pintu gerbang kota Baghdad dan muara sungai Tigris di datangi oleh pedagang dari Timur danBarat.6. Bahgdad merupakan kota dagang terbesar di Asia,sebagaimana Iskandariah sebagai puatperdagangan di Afrika, kesemarakan kota ini tidak saja disebabkan kedudukannya sebagai ibu kotadaulah Abbasiyah dan pusat pertemuan jalur-jalur niaga dari seluruh penjuru.7. Damaskus menjadi kota dagang penting kerana dilewati kapilah-kapilah jamaah haji yang berangkatdan pulang dari Mekkah.8. Tushat, kota dagang Mesir di zaman dinasti Fatimiyyah, merupakan kota terbersih dan amantenteram9. Tes (Maroko) dan lain-lainSatu kebiasaan bangsa Arab sebelum Islam dan diteruskan kaum muslim, yakni dilangsungkannya pekan-pekan dagang dan bazaar pada waktu-waktu tertentu kota-kota penting perdagangan.Disebelah timur, pedagang Islam telah menjelajah sampai ke Cina, sejak masa Khalifah al-Manshur parapengusaha dari Basrahh yang membawa dagangannya dengan kapal laut keberbagai negeri yang jauh,
  • 9. masing-masing membawa muatan bernilai lebih dari satu juta dirham. Di sepanjang pelabuhan yangberbatu-batu panjangnya, berlabuh berates-ratus kapal termasuk kapal perang dan kapal perangantarabangsa. Sementara dikedai-kedai pula terdapat jualan sutera dan kasturi yang berasal dariTiongkok, rempah ratus dan cat dari India, batu permata dan haasil-hasil perusahaan dari Turtki dan AsiaTengah, madu, lilin dan barang-barang kulit dari Skandinavia dan Rusia, gading dan barang-barang galianseperti emas permata dan lain-lain dari Afrika Timur, beras dan gandum dari mesir, barang-barang kacadan buah-buahan dari Syiria, bahan-bahan Sutera dan bau-bauan dari ParsiDari Baghdad pula, saudagar-saudagar Arab mengirim barang-barang dagangan mereka ke Timur Jauh,Eropah dan Afrika.Mata wang Arab yang belum beberapa lama kemudian telah ditemui orang jauh diUtara sampai ke Rusia, Findland, Sweden dan Jerman. Semua ini membuktikan kegiatan saudagar arabIslam pada zaman itu yang menguasai pasaran dunia. Riwayat pengalaman nelayan Sinbad, salah satucerita yang paling terkenal adalah berasas kebenaran yang dilakukan oleh saudagar-saudagar IslamSesuatu yang sangat baik dari usaha perdagangan yang di lakukan pada zaman kerajaan Abbasiyah iniialah berlakunya penyebaran agama Islam tidak melalui kekerasan atau penyerangan oleh tenterakenegara-negara tertentu, melainkan melalui kegiatan perdagangan secara damai.Masyarakat luarmelihat kejujuran dan keperibadian sehari-hari pedagang Arab sehingga menyebabkan mereka tertarikuntuk memeluk agama Islam.3.0 SUMBER KEWANGAN EKONOMI ABBASIYAHSumber-sumber kewangan merupakan hasil-hasil pendapatan Negara mengikut sumber ekonomiIslam.Setiap daripada sumber ini dipungut mengikut keadaan dan syarat tertentu menurut syariatIslam.Agama Islam telah menggariskan dengan selengkapnya untuk kita melaksanakan perkara inidengan adil dan betul. Sumber kewangan kerajaan Abbasiyah seperti berikut:3.1 Zakatkadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam terhadap harta-harta tertentu yang mencukupi nisab.Zakat terbahagi kepada dua iaitu: zakat fitrah dan zakat harta. Zakat fitrah dibayar pada bulanRamadhan sahaja mulai 1 Ramadhan hingga 1 Syawal sebelum solat sunat Aidilfitri.Manakala zakat hartaboleh dibayar pada bila-bila masa.Kadar zakat harta ialah 2.5% dari jumlah harta.Menurut terminologi bahasa (lughat), harta adalah segala sesuatu yang diinginkan sekali oleh manusiauntuk memiliki, memanfaatkan dan menyimpannya.Sedangkan menurut terminologi syariah (istilah
  • 10. syara), harta adalah segala sesuatu yang dapat dimiliki (dikuasai) dan dapat digunakan (dimanfaatkan)menurut ghalibnya (lazim). Zakat harta seperti;a. Binatang ternak (Hewan ternak meliputi hewan besar (unta, sapi, kerbau), hewan kecil (kambing,domba) dan unggas (ayam, itik, burung)b. Emas dan perak, Termasuk dalam kategori emas dan perak, adalah mata uang yang berlaku padawaktu itu di masing-masing negara.c. Harta Perniagaan Harta perniagaan adalah semua yang diperuntukkan untuk diperjual-belikan dalamberbagai jenisnya, baik berupa barang seperti alat-alat, pakaian, makanan, perhiasan, dll.d. Hasil Pertanian, Hasil pertanian adalah hasil tumbuh-tumbuhan atau tanaman yang bernilai ekonomisseperti biji-bijian, umbi-umbian, sayur-mayur, buah-buahan, tanaman hias, rumput-rumputan,dedaunan, dll.e. Madin dan Kekayaan Laut (hasil perlombongan) adalah benda-benda yang terdapat di dalam perutbumi dan memiliki nilai ekonomis seperti emas, perak, timah, tembaga, marmer, giok, minyak bumi,batu-bara, dll. Kekayaan laut adalah segala sesuatu yang dieksploitasi dari laut seperti mutiara, ambar,marjan, dll.f. Rikaz – Rikaz adalah harta terpendam dari zaman dahulu atau biasa disebut dengan harta karun.Termasuk didalamnya harta yang ditemukan dan tidak ada yang mengaku sebagai pemiliknya.3.2 KharajKharaj adalah perkataan Arab yang bererti keluaran iaitu apa yang keluar daripada bumi seperti hasil,pemberian rezeki dan kebaikannya. Dalam al-Quran disebut kharaj adalah pemberian seperti disebutdalam ayat: Kerana kharaj (pemberian) Tuhanmu lebih baik dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki.(al-Muminun: 72)Dari segi istilah agama pula kharaj mempunyai banyak maksud dan digunakan oleh Rasulullah s.a.w.,para sahabat dan tabiin dalam pelbagai konteks sebelum mempunyai istilah yang diterima pakai padahari ini.Salah satu istilah kharaj digunakan bagi menamakan harta yang diambil negara yang dibuka olehorang Islam tanpa perang.Sejarah Islam ada menyebutkan kharaj pertama diambil oleh Rasulullah s.a.w.ialah kharaj dari negeri Bahrain.Kharaj juga bermaksudkan bayaran atau gaji yang diberi oleh pemerintah kepada pekerja dan kakitangannya.Bayaran atau gaji itu mungkin merupakan wang atau makanan dan lain-lain.Kharaj jenis inidipanggil kharaj tauzif (kharaj pekerjaan). Bayaran atau upah yang diberi oleh tuan kepada hamba lelakidan hamba perempuan untuk mengelak masing-masing daripada mencuri dan melacur diri adalah jugadipanggil kharaj.Malah kharaj juga dalam penggunaan ulama-ulama dahulu kala bermaksud jizyah, fi dan itawah yangkesemuanya bermaksud sejumlah wang yang diwajib ke atas orang bukan Islam membayarnya kepada
  • 11. pemerintah Islam.Bagaimanapun, kharaj yang diguna pakai oleh para ulama pada zaman mutakhirbermaksud cukai tanah dan cukai hasil tanah.Pada masa pemerintahan Abbasiyah diwan al-Kharaj telah ditubuhkan.Jabatan ini bertujuan untukmengendalikan semua perkara yang berkaitan dengan masalah cukai tanah yang mengeluarkan hasilpertanian.Jabatan ini diketuai oleh seorang pegawai. Pegawai ini akan meneliti dan memastikanperaturan dan sistem kharaj berjalan lancar.beliau juga berkuasa untuk melantik wakil pemungut cukaidan menentukan jumlah cukai kharaj dihantar ke Baitul Mal selepas ditolak perbelanjaan wilayah3.3 Ghanimah’ – harta rampasan perang 4/5 (80%) daripadanya diberikan kepada pejuang Islam3.4 JizyahJizyah merupakan sejenis cukai bayaran yang dikenakan keatas orang bukan Islam yang mendiami bumiorang Islam demi untuk menjamin keamanan dan keselamatan jiwa dan harta benda mereka. Jizyahbertujuan untuk menggantikan penat lelah dan usaha yang telah dicurahkan oleh orang Islam bagimelindungi orang bukan Islam, jizyah terbahagi kepada dua:1. Jizyah secara baik atas dasar kerelaan dan persetujuan2. Jizyah secara paksa iaitu pihak pemerintahan sendiri yang menentukan kadarnya.3.5 Fik - harta yang diperolehi melalui jalan perdamaian daripada pihak musuh setelah pihak musuhmeyerah kalah3.5 Usyur – 1/10 kadar bayaran tetap yang dikenakan keatas kapal perdagangan bukan Islam yang telahsinggah di pelabuhan Islam untuk tujuan perniagaanBerdasarkan sedikit penjelasan di atas menunjukkan sumber-sumber kewangan yang memainkanperanan yang penting untuk menjana dan menampung pendapatan Negara. Setiap hasil yang dikutipdan dipungut akan dihantar ke baitul mal. Pelaksanaan ini masih lagi berjalan dengan lancar dan tiadasebarang halangan serta gangguan semasa proses ini berlangsung selama tempoh pemerintahankerajaan Abbasiyah. Walau bagaimanapun, selepas tempoh kegemilangan kerajaan Abbasiyah, semuaitu menjadi porak peranda.Khalifah sewenang-wenangnya menggunakan semua harta ini untukkegunaan peribadi dan untuk berhibur dan berfoya-foya.
  • 12. 4.0 KESIMPULANKesan pembangunan ekonomi terhadap rakyat jelas kelihatan semasa pemerintahan Abbasiyah, tarafkehidupan rakyat yang tinggi, banyak kemudahan-kemudahan untuk rakyat dapat disediakan seperti taliair, jambatan, jalan, masjid, sekolah, dan lain-lain lagi.Peluang pekerjaan juga turut disediakan kepadarakyat ekoran kedudukan ekonomi yang baik. Penduduk di sekitar ibu kota Baghdad pada masa itu tidaklagi dibelenggu dengan masalah kemiskinan seperti sebelum ini. Boleh dikatakan keseluruhan rakyat dibawah pemerintahan Abbasiyah berada dalam keadaan aman dan tenteramDi sini jelaslah menunjukkan bahawa dengan kemajuan dan ketamadunan yang tinggi yang telah dicapaioleh kerajaan Bani Abbasiyah telah memberikan kesan yang tertentu kepada masyarakatnya. Kesan-kesan ini akan mematangkan lagi usaha dan daya maju di kalangan penduduk bani Abbasiyah. Bahkanpada masa inilah juga lahir berbagai ilmu Islam dan berbagai ilmu penting lain yang telah diterjemahkanke dalam bahasa arab. Selain itu sumbangan umat Islam bagi peradaban dunia juga dihasilkan oleh paracendikiawan-cendikiawan besar yang hidup di masa Daulah Abbasiyah.