Uploaded on

terbaik

terbaik

More in: Education
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Be the first to comment
    Be the first to like this
No Downloads

Views

Total Views
1,286
On Slideshare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
3

Actions

Shares
Downloads
49
Comments
0
Likes
0

Embeds 0

No embeds

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
    No notes for slide

Transcript

  • 1. Tutorial 3 PLURALITI DAN MASYARAKAT PLURALISTIK DI MALAYSIA Mohamad Fahmi Mohamad Fazrin Naim Mohamad Khairil Azli Nasrullah Aiman
  • 2. PLURALITI MASYARAKAT ALAM MELAYU DALAM SEJARAH
    • Dua konsep yg sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara ialah pluraliti dan masyarakat plural ( plural society) .
    • Pluraliti: istilah yg digunakan untuk merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum kedatangan kuasa-kuasa penjajah (Eropah) yg terbentuk melalui proses semula jadi tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.
  • 3.
    • Masyarakat Plural:
    • Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah. Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasi dengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yg wujud di Asia Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yg hidup terasing daripada kelompok yg lain walaupun tinggal di tempat yg sama (Masyarakat Majmuk)
    • - Penjajahan Barat : menjadi titik pemisah antara Pluraliti dan masyarakat Plural.
  • 4.
    • Pluraliti alam Melayu boleh dikaji berdasarkan pluraliti sosial dan alam sekitar.
    • Pluraliti sosial dapat dilihat berdasarkan realiti kehidupan masyarakat yang ada.
    • Pluraliti alam sekitar merujuk kepada keadaan alam sekitar dan muka bumi alam Melayu yang begitu mudah berinteraksi dengan kawasan-kawasan lain di dunia.
    • Cth: Bunga raya – dibawa dari kepulauan Pasifik.
    • Getah – dibawa dari Brazil.
  • 5.
    • Pembentukan Pluraliti di alam Melayu
    • 1. Hubungan dengan Cina dan India.
    • Hubungan antara alam Melayu dengan Cina dan India telah lama berlaku.
    • faktor perdagangan- alam Melayu menjadi persinggahan para pedagang dari kedua-dua benua tersebut.
    • Abad ke-7 Masehi - kewujudan institusi pengajian agama di alam Melayu pada zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan penyebaran ilmu pengetahuan.
  • 6.
    • Zaman Hinduisme dan Buddhisme.
    • Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yg besar dalam kehidupan rakyat biasa berbeza dengan pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naguib Al-Attas).
    • Bukti: tidak terdapat kitab-kitab yg membincangkan idea-idea besar seperti falsafah, ketuhanan dll yg berasaskan Hinduisme & Buddhisme di alam Melayu, yg ada Cuma kitab-kitab yg bersifat kesenian.
    • - Hinduisme & Buddhisme diterima baik di kalangan pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme mengukuhkan institusi raja di alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-candi yg didirikan.
  • 7.
    • Penjelmaan dari segi material dan non-material.
    • - Dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yg bersifat epistemologikal yg dibawa oleh penjajah Inggeris.
    • Epistemologikal: iaitu asal mula sesuatu ilmu pengetahuan.
    • Perubahan epistemologikal: perubahan dari segi ilmu pengetahuan yg melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yg seterusnya akan melibatkan perubahan terhadap cara memahami sesuatu.
    • - Sebelum kedatangan penjajah Inggeris, ilmu pengetahuan di alam Melayu banyak berasaskan epistemologi yg bercorak metafizik atau ilmu yg bersumberkan alam ghaib.
  • 8.
    • Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yg menggunakan jampi mantera dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah manifestasi yg jelas mengenai ilmu metafizik alam Melayu.
    • Kedatangan Inggeris mengubah epistemologi yg bersifat non-material ini kepada epistemologi fizikal yg bersifat rasional saintifik. Asasnya ialah pembuktian sesuatu material menerusi panca indera dan kemudiannya dipertingkatkan menerusi alat-alat saintifik.
    • Kesannya muncul pelbagai ilmu dan institusi moden, pengenalan kepada ekonomi kapitalis yg berorientasikan pasaran dan birokrasi politik. Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial.
  • 9.
    • Puncak Pluraliti: Empayar Melaka Mercu Hubungan Etnik Pra-Penjajahan.
    • Zaman empayar Melaka: zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan Melayu.
    • Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga digelar “ The Venice of the East” .
    • Dari segi pemerintahan
    • Para pegawai istana terdiri drp campuran orang-orang Melayu tempatan dengan bangsa-bangsa asing yg datang berdagang dan menetap di istana.
    • - Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan anak pemerintah China dll.
  • 10.
    • Pemerintah Melaka mengambil kira keharmonian di antara kaum.
    • Perlembagaan Melaka yg berasaskan ajaran Islam (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka) menyumbang kepada kemakmuran dan kemajuan sistem pemerintahan Melaka.
    • Dari aspek perdagangan.
    • Perdagangan Melaka berjalan dengan lancar hasil daripada sistem pemerintahan terbuka dan pentadbiran pelabuhan yg cekap.
    • - Pelaksanaan Undang-undang Laut Melaka menjamin tahap keselamatan yg tinggi kepada ribuan kapal pedagang.
  • 11.
    • Kecekapan kawalan terhadap hasil rempah-ratus yg menjadi tarikan kepada kedatangan pedagang asing.
    • Kependudukan.
    • Zaman empayar Melaka – zaman pluraliti. Berlaku penghijrahan secara alamiah tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak, mereka tidak memerlukan pasport dan visa untuk memasuki sesuatu kawasan.
    • Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi dengan penduduk tempatan dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat yg tidak pernah wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba dan Mamak .
    • - Empayar Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai kaum dan bangsa di Melaka.
  • 12.
    • Kebudayaan .
    • Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang daripada seluruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yg menyulitkan memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sbg pelabuhan penting dunia.
    • Kemajuan perdagangan dan kemajuan sebagai kota metropolitan memungkinkan Melaka wujud sebagai kota multi-budaya, setiap budaya mempunyai tempat masing-masing.
  • 13.
    • - Pluralisme budaya bukanlah suatu fenomena baharu dlm alam Melayu. Interaksi antara pelbagai budaya seperti Arab pra-Islam, Hinduisme, Buddhisme, Arab Islam dan Eropah (Portugis, Sepanyol, Belanda & British) dgn budaya alam Melayu telah berlaku sekurang-kurangnya sejak abad ke-5 Masihi lagi.
    • - Pertemuan & pertembungan budaya-budaya besar dunia tersebut telah melahirkan satu ciri fenomena sosial yg istimewa dlm alam Melayu, iaitu fenomena kepluralitian budaya
  • 14.
    • Pengasasan Masyarakat Plural.
    • Penjajahan British membawa bersama-sama dasar pentadbiran yg selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan.
    • Prinsip, sistem, struktur dan dasar yg diamalkan dalam pemerintahan mereka jauh berbeza dengan sistem yg ada di alam Melayu.
    • - Perubahan epistemologikal yg besar ialah dari segi pemisahan di antara Negara dan Agama. Kesannya di alam Melayu, pemerintahan negara dikawal oleh penjajah manakala agama & adat istiadat peribumi di bawah pengawasan sultan Melayu.
  • 15.
    • Sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa di antara tiga unsur penting: Legislatif, Eksekutif dan Kehakiman diperkenalkan. Berbeza dengan kuasa mutlak raja yg tiada agihan kuasa.
    • Hasil daripada pemerintahan moden itu berkembangnya sistem ekonomi kapitalis yg berasaskan ekonomi perindustrian dan perdagangan. Sistem ekonomi ini bergantung kepada pasaran, modal dan buruh.
    • - Perkembangan pesat ekonomi kapitalis inilah yg mendorong kepada kewujudan masyarakat plural di alam Melayu dengan kemasukan bangsa asing yg dibawa oleh penjajah untuk tujuan pengeksploitasian ekonomi dengan segera dan menguntungkan.
  • 16. LATAR BELAKANG BANGSA MALAYSIA DALAM KONTEKS KEPULAUAN MELAYU .
    • Aspek Geo.budaya.
      • Kepulauan Melayu (Nusantara): Semenanjung Tanah Melayu, Pulau Borneo, selatan Filipina, gugusan Kepulauan Maluku, Jawa & Sumatera.
      • Penduduk - masyarakat terawal ialah orang Melayu yg terdiri daripada pelbagai suku etnik & mempunyai pelbagai kepercayaan & cara hidup.
  • 17.
    • Mereka terangkum sebagai Rumpun Melayu (mempunyai ciri-ciri persamaan budaya yg jelas antara satu suku dgn suku yg lain)
    • Aspek Rumpun Bangsa.
      • Di Semenanjung Tanah Melayu: Penduduknya ialah kelompok Melayu yg bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan cara hidup orang Melayu & beragama Islam.
      • Sebahagiannya datang dari sekitar Kepulauan Melayu (cth: Jawa, Banjar, Bugis, Minangkabau, Melayu-Patani)
      • Suku asli - Jakun, Sakai, Senoi dll.
  • 18.
    • Sabah.
      • Penduduknya lebih heterogenes & dikenali sebagai bumiputera.
      • Terdapat pelbagai suku peribumi : Kadazandusun, Murut, Bajau, Bisaya, Suluk, Iranun, Idahan, Melayu-Brunei, Kedayan dll.
      • Bajau, Brunei, Bisaya, Suluk - masyarakat bumiputera Islam.
      • Kadazandusun dan Murut - masyarakat bumiputera bukan Islam (beragama Kristian & fahaman animisme) tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.
  • 19.
    • Sarawak.
      • Penduduknya lebih heterogenes & dikenali sebagai bumiputera.
      • Terdapat pelbagai suku peribumi: Iban, Melanau, Kelabit, Bidayuh, Penan, Melayu, Murut, Bisaya, Kenyah, Kayan, Kedayan dll.
      • Melayu, Melanau & Kedayan- masyarakat bumiputera Islam.
      • Iban, Murut, Kelabit, Kenyah, Kayan & Bisaya - masyarakat bumiputera bukan Islam (beragama Kristian & fahaman animisme) tetapi sebahagiannya juga beragama Islam.
  • 20.
    • Aspek Bahasa.
      • Bahasa Melayu - berasal drp bahasa Austronesia / dikenali sebagai bahasa Malay-Polinesia. BM berkembang menjadi 150 cabang bahasa lain mengikut suku yg ada di Kepulauan Melayu.
      • Kedatangan ajaran Hindu - pengaruh bahasa Sanskrit dalam BM kuno.
      • Pengaruh Islam (Abad ke-13 & ke-14 M) - BM berkembang pesat, pengenalan tulisan Jawi menyebabkan perkembangan ilmu (Kesusasteraan, Teologi, Falsafah & Tasawuf)
  • 21.
      • BM bersifat dinamik - menjadi Lingua-franca di alam Melayu terutamanya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
      • Kerajaan Tradisi Melayu.
        • Zaman Hindu-Buddha - pemerintahan beraja. Cth: Kerajaan Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya & Majapahit.
        • Zaman Islam- kerajaan Melaka, Aceh.
        • Selepas Melaka - kerajaan Johor-Riau, Brunei.
  • 22. CAMPUR TANGAN BRITISH & KELAHIRAN MASYARAKAT PLURALISTIK
    • Penguasaan ke atas Melaka: Portugis - 1511, Belanda -1641.
    • Penguasaan British ke atas pelabuhan P.Pinang -1786, Melaka - 1824 & Singapura - 1826.
    • Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 - Pembentukan sempadan Kepulauan Melayu di bawah pengaruh British dan Belanda.
    • 1874 - Pengenalan Sistem Residen di Negeri2 Melayu Bersekutu & Sistem Penasihat di NNMTB.
  • 23.
    • Di Sarawak - Penguasaan keluarga Brooke (1841-1946.
    • Di Sabah - Pemerintahan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) -(1881-1946)
    • Dalam proses campur tangan ke atas kerajaan Melayu, kuasa Barat (British) mengiktiraf orang Melayu sebagai Tuan kepada tanah airnya. British berhubung dgn sultan-sultan Melayu untuk mendapatkan persetujuan mereka.
    • Penjajahan - mengakibatkan penentangan tokoh/masyarakat tempatan.
    • Penjajahan British - meninggalkan kesan yg besar dlm politik, demografik & sosioekonomi T.Melayu.
  • 24. KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK/PLURALISTIK
    • Berkait rapat dengan dasar British mengeksploitasi ekonomi T. Melayu untuk keuntungan yg cepat dan maksimum.
    • Migrasi orang Cina - dari Kwangtung & Fukien - dibawa masuk melalui sistem kontrak buruh, tiket kredit, secara berkumpulan & persendirian.
    • Bertumpu di sekitar P.Pinang hingga ke Singapura (negeri2 pantai barat)
  • 25.
    • 1895-1927 - lebih drp 6 juta org Cina berhijrah ke T.Melayu.
    • 1931 - 34% drp penduduk T.Melayu ialah org Cina.
    • Di Sarawak - org Cina bertumpu di kawasan bandar Sibu, Miri & Bintulu.
    • Di Sabah - SBBU membawa masuk buruh asing spt org Cina, Filipina, Jawa & Jepun - bekerja di ladang tembakau, getah, kelapa, pembalakan & pemeliharaan mutiara.
  • 26.
    • Migrasi orang India - dari India Selatan & dibawa melalui sistem Kangani
    • Bermula pada th 1880-an & pesat pada abad ke-20.
    • 1911- org India - 10% drp penduduk T.Melayu. & meningkat kpd 15% pd th 1921.
    • Mereka bekerja di ladang2 getah, sektor perkhidmatan & kerja raya.
    • Migrasi penduduk Melayu dr Indonesia, Jawa & Sumatera: bekerja dlm sektor pertanian & tinggal di luar bandar.
    • Terdapat juga migrasi penduduk Arab-Parsi & Ceylon.
  • 27.
    • Imigran yg masih tinggal di T.Melayu membentuk satu masyarakat yg tetap & mengasaskan organisasi sosial masing-masing.
    • Cth: orang-orang Cina membentuk persatuan & pertubuhan sosial masyarakat mereka (Huatuan).
    • British melaksanakan dasar Pecah dan Perintah bagi memudahkan k a walan ke atas imigran tersebut.
    • Kesannya: Pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi, pengasingan tempat tinggal dan pengasingan sistem pendidikan
  • 28.
    • Kumpulan etnik menceburi sektor ekonomi yg berbeza:
    • Melayu - nelayan & petani (sektor luar bandar)
    • Cina - perlombongan dan perdagangan
    • India - perladangan dan kerja raya.
    • Sistem Ekonomi Duaan /Dualisme Ekonomi: Perkembangan sistem Ekonomi Moden & Ekonomi Tradisional tidak seimbang.
    • Sistem pendidikan: Sekolah Inggeris, sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil.
    • Hubungan kaum baik dalam konteks ‘bercampur tetapi tidak bersatu’.
  • 29. Sekian terima kasih