Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia

on

  • 457 views

 

Statistics

Views

Total Views
457
Views on SlideShare
457
Embed Views
0

Actions

Likes
0
Downloads
5
Comments
0

0 Embeds 0

No embeds

Accessibility

Categories

Upload Details

Uploaded via as Microsoft Word

Usage Rights

© All Rights Reserved

Report content

Flagged as inappropriate Flag as inappropriate
Flag as inappropriate

Select your reason for flagging this presentation as inappropriate.

Cancel
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Your message goes here
    Processing…
Post Comment
Edit your comment

Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia Pengajian Malaysia: Peruntukan malaysia Document Transcript

  • MPW 2133/MPW 1133 : PENGAJIAN MALAYSIA Course Leader: Sharliana Che Ani COURSE NOTES MODUL C : Perlembagaan & Proses Politik Subtopik 7 : Peruntukan Utama Perlembagaan 1.1 Pengenalan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 1.1.1 Federalisme K.C Wheare (1953), system federalisme merupakan satu kedah untuk membahagikan kuasa antara dua peringkat kerajaan, dan di mana di dalam bidang kuasa tertentu, kuasa sebuah kerajaan ke atasnya adalah sama atau kadang kala lebih tinggi. Jayum A. Jawan (2001) menjelaskan lanjutan daripada definisi yang dikemukakan oleh Wheare di atas, pelbagai penghalusan telah diberikan mengenai ciri/sifat federalisme seperti : a) terdapat pembahagian kuasa berdasarkan perlembagaan bertulis tentang fungsi kerajaan di mana sebuah kerajaan mempunyai kuasa bebas ke atas sekurangkurangnya satu bidang perkara. b) Sebuah kerajaan mempunyai kuasa yang tinggi ke atas bidang yang diagihkan kepadanya. c) Kedua-dua kerajaan mempunyai hubungan terus/langsung dengan rakyatnya. d) Kedua-dua kerajaan mendapat pengesahan kuasanya terus dari rakyat. e) Sebuah kerajaan tidak boleh mengubah hubungan ini ( yang terkandung dalam perlembagaan yang dipersetujui) dengan sendiri f) Sebuah kerajaan wilayah wujud atas hak dan kuasa tersendiri. Satu ciri utama sistem persekutuan ialah pembahagian kuasa yang jelas dan bertulis di antara tingkat-tingkat kerajaan. Setiap tingkat kerajaan adalah agung di dalam bidang kuasa yang diperuntukkan kepadanya. Di Malaysia, pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri juga jelas dan terkandung di dalam peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Terdapat tiga senarai dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan yang mengagihkan kuasa ini iaitu: a) Senarai Persekutuan b) Senarai Negeri c) Senarai Bersama Perbezaan di antara bidang kuasa yang disenaraikan di dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri adalah bergantung kepada sifat-sifat bidang kuasa berkenaan. Biasanya bidang kuasa yang disenaraikan dalam senarai Persekutuan adalah bidang kuasa yang menyeluruh dan mempunyai implikasi ke atas persekutuan keseluruhannya. Senarai Negeri pula mengandungi bidang kuasa yang bersifat kenegerian atau wilayah. 1.1.2 Demokrasi Berparlimen 1
  • 1. Pemerintahan demokrasi berparlimen merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat. 2. Maka kerajaan yang telah terpilih perlu memikat hati rakyat yang telah memilihnya. 3. Kerajaan berkewajipan menjalankan segala tugasnya secara terbuka supaya diketahui, difahami dan akhirnya mendapat sokongan rakyat. 4. Tindakan ini menunjukkan bahawa kerajaan menitikberatkan kebajikan rakyat dan bukannya membelakangkan mereka. 5. Kerajaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen dikatakan mampu mewujudkan satu pemerintahan yang stabil, mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara. 1.1.3 Raja Berpelembagaan 1. Raja berpelembagaan bermaksud sistem beraja mengikut peraturan perlembagaan iaitu Perlembagaan Malaysia. 2. Dalam sistem Raja Berpelembagaan kita ada dua institusi iaitu Yang Dipertuan Agong dan Majlis Raja-raja. 3. Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara dipilih secara bergilir daripada sembilan raja melayu. 4. Gelaran rasminya dari segi kedudukan dan jawatan, seperti yang disebutkan dalam Perlembagaan Malaysia iaitu Ketua Utama Negara. 5. Sistem raja berpelembagaan menjelaskan keseimbangan hak dan tanggungjawab antara raja yang menaungi dan rakyat yang dinaungi, demi kemakmuran dan kemantapan masyarakat sendiri. 6. Bagi menjamin kemurnian sistem, institusi Majlis Raja-raja dan institusi Yang dipertuan Agong, mempunyai struktur dan prosedur yang jelas seperti yang tersusun dalam Perlembagaan Malaysia. 7. Antara susunan terpenting adalah: a) soal keanggotaan Majlis b) Sistem giliran c) Sistem pemilihan Yang Dipertuan Agong d) Peraturan persidangan e) Bentuk dan perlaksanaan kuasa f) Fungsi dalam proses undang-undang dan pemerintahan negara. 2.1 Aktiviti Tutorial Bincangkan kepentingan konsep raja berpelembagaan di Malaysia. 2